Surat aduan pengadaan benih padi

Norhayati Binti Sharif
No.4 kampung Purun Kuala Klawang
71600 Jelebu
Negeri Sembilan Darul Khusus
………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………
21 November 2015
Pengarah
Hospital Tuanku Jaffar Seremban

Tuan,
PERKARA : Memohon mendapat Penjelasan Lanjut Mengenai Rawatan Yang
Diterima Oleh Pesakit Mazlan Bin Sharif
Saya seperti nama diatas waris kepada Mazlan Bin Sharif ingin mendapatkan
keterangan serta penjelasan lanjut mengenai rawatan yang telah diberi
kepada pesakit Mazlan Bin Sharif.
Berikut adalah kronologi perjalanan pesakit sebelum disahkan meninggal
dunia pada 18/5/2015
2.
Pesakit mula dikesan sakit pada awal Februari 2015. Pada 24/3/2015
Pesakit telah mula menerima rawatan di Hospital Jelebu. Pada ketika itu

pesakit menjalani ujian darah dan kemudian nya telah dimasukan ke wad
(lampiran 1). Pesakit juga diberi rawatan biasa seperti memasukan darah
bagi menstabilkan tekanan darah. Pada 25/3/2015 waris pesakit diarahkan
membawa pesakit untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tuanku
Jaffar Seremban ini kerana tekanan darah pesakit tidak stabil.
3.
Menerima rawatan di Hospital Seremban dari 25-29/3/2015 rujuk
(lampiran 2). Pada petang 29/3/2015 waris pesakit dimaklumkan bahawa
doktor yang merawat pesakit tidak dapat mengesan apa punca penyakit
yang dialami oleh pesakit. Pada masa yang sama waris ada dimaklumkan ia
berhubung kait dengan ‘hormon’tetapi ia tiada penjelasan jelas. Oleh yang
demikian pesakit diarahkan untuk keluar dan dibekalkan dengan ubat
antibiotic sementara menunggu untuk hadir temujanji pada 20/5/2015.

Temujanji itu adalah temujanji ‘mengambil sample darah’. Manakala
temujanji seterusnya pada 1/6/2015.
4.
Setelah dibenarkan keluar dari hospital ,pesakit berada dibawah
jagaan abang pesakit dikampung Jelebu. Disebabkan beberapa kekangan
abang pesakit telah menghantar pesakit kerumah adiknya di Batang Kali.

Sepanjang berada di rumah adiknya,pesakit hanya mengalami batuk-batuk
kecil sahaja serta kahak kering. Sehingga pada 12/5/2015 jam 11.45
malam pesakit ada mengadu tidak sedap badan dan tidak bermaya. Pesakit
terus dibawa ke Hospital Sungai Buloh dirujuk ke Unit Kecemasan (Zon
Merah). Sepanjang berada di Hospital Sungai Buloh pesakit menerima
rawatan rujuk (lampiran 3) sehingga pesakit disahkan meninggal dunia
pada 18/5/2015.
5.
Sebagai waris yang terdekat saya mewakili pihak keluarga memohon
mendapatkan penjelasan lanjut dari pihak tuan. Kenapa dipihak tuan
(Hospital Tuanku Jaffar Seremban) gagal mengesan punca sebenar penyakit
arwah dan bagaimana pihak hospital Sungai Buloh dapat mengesan penyakit
tersebut tetapi ia sudah terlambat.
Segala penjelasan sekurang-kurangnya dapat meredakan kegelisahan serta
kekeliruan kami sekeluarga semua.

Yang mengadu

……………………………..
Norhayati Binti Sharif

Waris pengadu
No tel : 012-6348002

s.k : Pengarah Kesihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan