Iraq sebagai sebuah negara yang gagal da

Nama : Siti Nabilah binti Che Musa (AEL120019)
Pensyarah : Prof. Dato. Dr Mohammad Redzuan bin Othman

Bincangkan perkembangan politik yang berlaku di Iraq sejak tahun 1979 sehingga
menyebabkan negara tersebut menjadi sebuah negara yang gagal ( A Failed State) dan
apakah faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku?
Iraq adalah sebuah negara yang strategik kerana terletak diantara dua sungai utama dunia
iaitu Sungai Tigris dan Euraphates.1 Penduduk negara Iraq mempunyai 3 golongan pembahagian
terbesar iaitu 60 peratus adalah golongan yang bermazhabkan Syiah. Golongan ini
kebanyakannya tinggal di kawasan selatan negara Iraq. Manakala golongan kedua terbesar
adalah golongan yang memegang mazhab Sunni. Golongan ini biasanya tinggal di kawasan
tengah Iraq. Selebihnya adalah orang Kurdish atau lebih dikenali sebagai Kurds people.2
Kedudukan kawasan ini boleh dilihat secara jelas di setiap kawasan. (Sila lihat lampiran peta 1.1)

1
2

Hobbes. J.J. , World Regional Geography, Changage Larning : USA, 2009. hlmn. 263.
Ibid., hlmn. 264

Peta 1.0 : Kedudukan Iraq dan negara-negara jiran. Dipetik dalam buku Zone of Crisis: Afganistan,

Pakistan, Iraq, and Iran.3

Perkembangan politik Iraq pada tahun 1979 bermula seawal perlantikan Saddam
Hussien menjadi Presiden Iraq bagi menggantikan Ahmed Abu Bakar.4 Saddam Hussien
memulakan karier politik beliau melalui Parti Baath yang disertai oleh beliau pada tahun 1950-an
lagi. Parti Baath pada tahun 1960-an telah banyak menggulingkan presiden Iraq

sendiri.

Bermula pada tahun 1963, Qasim telah digulingkan pada 8 Februari 1963 dan kemudian
digantikan oleh pemerintahan yang bersifat junta oleh Abd Al-Salam Arif. Abd Al- Salam Arif.
Sekali lagi pada tahun 1968, Abd Al-Salam Arif telah digulingkan oleh kepimpinan General
Ahmed Abu Bakar. Ahmad Abu Bakar ini telah menjadikan parti Baath sebagai sebuah parti elit
yang mendominasi ekonomi minyak pada tahun 1970an. Pada masa tersebut, cawangan Parti
Baath elit adalah menerusi Revolutionary Command Council (RCC) yang mana Saddam Hussien
menjadi pengerusi5. Pada tahun 1979, Saddam Hussien telah menggulingkan Ahmed Abu Bakar
sebagai presiden. Selepas Saddam Hussien menjadi presiden Iraq, pembentukan kuasa adalah
berdasarkan kepada kuasa bermazhabkan Sunni atau lebih dikenali sebagai Sunni Uphold.6 Jika
dilihat dalam komposisi penduduk dalam negara Iraq pada tahun 1970-an sehinggalah sekarang,
majoriti penduduk adalah bermazhabkan Syiah dan diikuti oleh Sunni. Kepimpinan Saddam

Hussien adalah kepimpinan yang menggunakan sistem ditaktor dalam memerintah.

3

4

Amin Saikal., Zone of Crisis: Afganistan, Pakistan, Iraq, and Iran. IB. Tauris Co. <D : NY, 2006. Hlmn. 2.

Bukovac M. ,Failed States : Unstable Countries in the 21 st Century. The Rosen Publishing Group, NY. 2010. hlmn.
13.
5
Cordesman. A.H. , Iraq dan the War of Sactions : Conventional Threats and Mass Destructions. Green Wood
Publishing Group: US. 1999. Hlmn. 13.
6
Robert. K, B. Iraq, Vietnam and The Limit of American Power. Public Affairs : US. 2006. Hlmn. 93

Bermula sejak perlantikan Saddam Hussien sebagai presiden Iraq, banyak perkara penting
dalam politik negara Iraq telah berlaku sehinggalah kemasukan Amerika Syarikat melalui invansi
pada tahun 2003 yang akhirnya menjadikan Iraq sebagai sebuah negara yang gagal. Banyak siri
peperangan yang telah dilakukan oleh Saddam Hussien dalam mengukuhkan kuasa beliau

sebagai Presiden Iraq.
Pada tahun 1980, setahun selepas perlantikan beliau sebagai presiden Iraq, Iraq telah
melancarkan perang kepada Iran melalui Perang Iran-Iraq. Perang antara kedua-dua negara ini
berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah kebimbangan Saddam
Hussien terhadap Revolusi Iran yang berlaku pada tahun 1979. Pada tahun 1979, Iran telah
mengalami satu revolusi yang dipanggil sebagai Revolusi Iran. Revolusi Iran telah berjaya
menggulingkan rejim Syah Pahlavi daripada tampuk pemerintahan Iran dan digantikan oleh
Ayatollah Khomeini.7 Majoriti masyarakat dalam negara Iraq adalah bermazhabkan kepada
Syiah. Dalam hal ini, Saddam Hussien menganggap keadaan ini sangat membimbangkan dan
boleh menggugat kedudukan beliau sebagai pemerintah Iraq pada ketika itu. Seandainya berlaku
satu kebangkitan dalam kalangan rakyat Iraq seperti mana berlaku di Iran, beliau akan dijatuhkan
daripada pemerintahan yang sedia ada.8 Selain itu, seruan secara terbuka oleh Ayatollah
Khomeini juga menjadi antara pencetus utama kepada perang ini. Pada tarikh 1980, Ayatollah
Khomeini secara terang-terangan telah menyatakan secara terbuka yang menyeru rakyat Iraq
bangkit menentang pemerintahan Saddam Hussien. Dalam seruan tersebut juga, Ayatollah
Khomeini memberikan semangat bahawa perlu adanya revolusi Islam di Iraq seperti mana
berlaku di Iran.9 Saddam Hussien melihat peluang yang ada untuk menguasai kawasan dan
7
8


Fisher W.B. “Physical and Geography in Iraq” in The Middle East and North Africa ed by Taylor and Francis Group
50th ed. The Graham Press : US. 2004. hlmn. 450.
9
Ibid., hlmn. 13.

ekonomi Iraq terutamanya selepas kawasan sempadan Shet Al-Arab adalah cerah
memandangkan keadaan tentera Iran pada ketika lemah memandangkan Ayatollah Khomeini
bertindak memecat tentera-tentera yang dilantik semasa pemerintahan Shah.10
Sebagai tindak balas atas kenyataan yang diberikan oleh Ayatollah Khomeini, Saddam
Hussien menentang bahawa revolusi di negara-negara Arab hanya boleh dilakukan oleh orang
Arab sahaja. Hal ini kerana kebanyakan rakyat Iran bercakap dalam bahasa Parsi dan masih tidak
menggunakan bahasa Arab sepertimana rakyat Iraq. Saddam Hussien menyatakan bahawa Iraq
adalah sebuah negara yang terletak di Tanah Arab bukan Parsi. 11Saddam juga menyatakan
dengan sekerasnya bahawa orang Arab adalah orang yang paling layak untuk memimpin dalam
Islam.
Faktor yang kedua ialah perebutan kawasan sempadan antara Iran dan Iraq. Shet AlArab merupakan satu kawasan yang menentukan sempadan antara Iraq dan Iraq. Pada 16
September 1975, Iraq dan Iraq telah menandatangani satu perjanjian sempadan bahawa Shet AlArab adalah kawasan sempadan yang perlu dipatuhi. 12 Pun begitu, Iraq telah memberikan kata
putus bahawa kawasan yang berada 200 meter daripada Shet Al-Arab adalah milik negara Iraq.
Kawasan tersebut ialah Khouzestan. Kawasan Khouzestan ini adalah kawasan yang mempunyai
telaga minyak. Dalam hal yang lain, Iran dilihat tidak mahu menerima apa yang telah

diisytiharkan oleh Iraq kerana berdasarkan perjanjian sempadan 1975 yang berlaku antara Iran
dan Iraq ia berada dalam kawasan negara Iran13. Atas keadaan yang berlaku ini, Iraq telah
bertindak menyerang Iran pada tahun 1980. Dalam perang ini , beberapa siri serangan telah
10

Ibid., hlmn. 14.
Shaul Bhakash, “The Trouble Relationships : Iran-Iraq 1930-1980” in Iran, Iraq and The Legacies of War ed by
Potter J.L, S.G.C, Palgrave Macmillan: 2004 . Hlmn. 4
12
Ibid., hlmn. 450.
13
Ibid., hlmn. 234.
11

berlaku antara Iran dan Iraq. Serangan yang mengambil masa lebih kurang 8 tahun ini telah
mengorbankan banyak nyawa. Anggaran rakyat Iran dan Iraq yang terkorbandan hilang adalah
berjumlah hampir 500,00 orang.14 Sehinggalah pada tahun 1988, Persatuan Bangsa-Bangsa
Bersatu ( PBB) telah memainkan peranan dalam resolusi gencatan senjata.
Politik negara Iraq masih lagi diteruskan kepada siri serangan terhadap Kuwait. Kuwait
telah diserang oleh Iraq pada tahun 1990. Kuwait dikatakan enggan memberikan pinjaman

kepada Iraq sebagai ‘hadiah’ semasa perang yang berlaku antara Iran dan Iraq. Semasa
berlakunya perang Iran-Iraq ini, Iraq telah mengambil langkah untuk membuat pinjaman
daripada negara-negara Arab yang lain. Antaranya ialah Kuwait. Kuwait bersetuju untuk
membantu memberi pinjaman kepada Iraq dari segi kewangan semasa perang tersebut berlaku
tetapi Iraq telah menganggap bahawa Kuwait telah memberikan ‘hadiah’ atas dasar setia kawan
dan diplomasi. Pun begitu, Kuwait masih lagi tidak bersetuju untuk menukarkan pinjaman
sejumlah wang yang telah diberikan kepada Iraq itu sebagai hadiah. Malah, meminta Iraq supaya
membayar kembali wang tersebut kepada Kuwait.
Perang yang dilancarkan oleh Iraq terhadap Kuwait ini akhirnya mencetuskan huru-hara
kepada negara-negara Arab yang lain. Perang ini digelar sebagai “Perang Teluk” yang berlaku
antara tahun 1990 sehingga 1991. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila adanya campur
tangan daripada PBB yang menggunapakai tuduhan daripada Amerika Syarikat terhadap Iraq
dalam penggunaan senjata nuklear semasa serangan terhadap Kuwait. Presiden George W. Bush
telah mengemukakan tuduhan kepada Iraq memiliki senjata nuklear. Ada sarjana yang
menganggap bahawa tindakan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ini adalah sebagai satu
tindakan untuk mengusir Iraq daripada Kuwait. Atas dasar tindak balas terhadap serangan Iraq
14

Ibid.,


terhadap Kuwait, PBB telah memberikan kata putus untuk mengenakan sekatan tekanan ekonomi
kepada Iraq pada tahun 1991.15 Selepas berlakunya sekatan ekonomi terhadap Iraq, Iraq mula
merasakan bahawa tekanan ekonomi dan kesukaran dalam menjaga negaranya, Iraq telah
membuat satu persetujuan untuk membayar kerosakan dan kemusnahan yang telah dilakukan
oleh Iraq ke atas Kuwait dan menarik diri keluar daripada Kuwait. 16
Hasil daripada tindakan yang telah dilakukan oleh Bush pada tahun 1991, PBB telah
mengeluarkan satu resolusi pada 15 Januari 1991. Resolusi 687 (1991)17 mengandungi kebenaran
untuk menggunakan kekerasan membenarkan Iraq diusir daripada Kuwait. Iraq telah menyerah
kalah pada tahun 1991. Namun, PBB dan Amerika Syarikat telah bersetuju untuk melakukan
pemeriksaan dan pemantauan terhadap negara Iraq melalui keputusan PBB. Keputusan ini telah
dicapai melalui Special Commision on Iraq (UNSCOM)18 Perkara penting yang berlaku pada
tahun 1998 dalam perkembangan politik Iraq ialah Iraq Liberation Act. Amerika Syarikat telah
menyatakan bahawa Iraq akan menjadi sebuah negara yang demokrasi dan Saddam bakal
dijatuhkan daripada tampuk pemerintahan Iraq.19
Keadaan ini masih lagi berterusan apabila Iraq sekali lagi melalui campur tangan PBB dan
Amerika Syarikat mengadakan pemeriksaan dan pemantauan. PBB telah mengeluarkan satu lagi
resolusi iaitu resolusi 1441 (2002) bersama dengan Majlis Keselamatan PBB. 20 Resolusi
pemeriksaan dan pemantauan yang awalnya hanya terhenti setakat tahun 1998. Namun, Amerika
Syarikat sekali lagi memainkan peranan dalam ‘kemelut’ politik Iraq. Dengan menyatakan rasa
15


Ibid.,
Ibid,.
17
Resolusi ini telah dicapai melalui Rancangan Weapon of Mass Destruction ( WMB), PBB dan anggota keselamatan
PBB.
18
UNSCOM ialah sebuah badan khas yang ditubuhkan oleh PBB untuk menyiasat negara Iraq mengenai
penggunaan senjata nuklear selepas Perang Teluk.
19
Ibezem F., C. Saddam Hussien : The Legendary Dictator : United States of America, 2006. Hlmn. 17.
20
Resolution 1441 (2002) Invansion of Iraq and Use of Force in International Law.
16

kebimbangan terhadap senjata nuklear yang dimiliki oleh Iraq, pemeriksaan dan pemantauan ini
telah dilakukan bersama dengan badan khas yang terlatih iaitu U.N Monitoring, Verification and
Inspection Commission (UNMOVIC)21 dan the International Atomic Energy Agency (IAEA).22
Pada awalnya, resolusi kali kedua ini tidak dipersetujui oleh Iraq. Pada saat akhir, Iraq akhirnya
bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dan pemantauan ini dilakukan.

Tidak beberapa lama kemudian, Amerika Syarikat melalui misi ‘Operasi Kebebasan Iraq’
telah berjaya memasuki Iraq melalui invansi pada 19 Mac 2003. Pemeriksaan dan pemantauan
yang dicapai melalui resolusi senjata nuklear kali kedua dianggap tidak berjaya oleh Amerika
Syarikat. Oleh itu, Amerika Syarikat telah bersama-sama dengan beberapa negara sekutu seperti
Perancis, Jerman dan Rusia telah mencapai kata sepakat melakukan operasi ini. Pada 1 Mei
2003, Bush dalam ucapan beliau telah memberikan pengisytiharan kepada Iraq sebagai negara
yang berzon konflik (conflict zone). Amerika Syarikat pada tahun yang sama telah membawa
masuk lebih 130,000 orang anggota tentera ke dalam Iraq.

23

Nasib Saddam Hussien akhirnya

berada di tangan Amerika Syarikat apabila beliau ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati.
Peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam perkembangan politik Iraq sebenarnya membawa
status negara Iraq kepada negara yang gagal ( A Failed State ). Selepas pasca pemerintahan
Saddam Hussien sehinggalah kejatuhan Saddam Hussien sebagai Presiden Iraq, ramai ahli sains
politik telah menganggap bahawa Iraq adalah negara yang ‘fragile’ dan menuju ke ‘failed’.
Namun, pada tahun 2010, Iraq telah diisytiharkan sebagai negara yang gagal atau ‘The Failed
State of Iraq’

21

UNMOVIC ialah satu badan yang dilantik yang menggunakan resolusi Majlis Keselamatan PBB 1284 pada 17
Disember 1999 sehingga tahun 2007.
22
Richelson, J. (ed) Iraq and Weapons of Mass Destruction National Security Archieve Electronic Brefieng Book No.
80: National Security Archieve, 2004. Diakses daripada: http://nsarchive.gwu.edu/NSAEBB/NSAEBB80/ pada 14
Mei 2015.
23
Ibid., hlmn. 236.

Sebelum melihat faktor yang menjadikan Iraq sebagai sebuah negara yang menuju ke ‘The
Failed State’, pendefinisian ‘state’ itu sendiri terbahagi kepada beberapa pembahagian iaitu
‘Strong State’ dan ‘Failed State’. Dalam pendefinisian ini, ianya merangkumi beberapa ciri
tertentu yang menentukan sama ada sesebuah negara itu berada dalam kategori ‘state’ yang mana
satu. Secara umumnya, ‘Strong state’ boleh ditafsirkan sebagai sebuah negara yang mempunyai
peranan kerajaan autoriti dalam memberikan aturan kepada satu atau lebih masyarakat sama ada
dalam negara atau jajahan. Aturan-aturan ini termasuk dalam peranan kerajaan dalam
menyediakan kehendak awam atau rakyat dalam negara itu sendiri. Antara kehendak awam yang
mempunyai priority adalah perlindungan dan keselamatan, politik serta ekonomi. 24 Menurut

Robert L. Rotberg, beliau telah mencirikan beberapa kehendak awam yang perlu disediakan oleh
kerajaan kepada masyarakat. Antaranya ialah:
1) Keselamatan

: Kerajaan berperanan melindungi

sempadan

daripada sebarang

pencerobohan dan ancaman sama ada daripada dalam atau luar negeri itu sendiri.
2) Politik : Masyarakat awam perlu diberikan kebebasan dalam berpartisipasi politik sama
ada secara langsung atau proses politik. Selain itu, politik ini juga perlulah seiring dengan
hak asasi manusia.
3) Keperluan awam : Keperluan awam ini adalah menjurus kepada pembangunan sosial
dalam masyarakat seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan awam, sistem perbankan
dan sebagainya.25

24

Natasha U., Countering Global Terrorism and Insurgency : Calculating the Risk of State Failure in Afganistan,
Palestin and Iraq. Palgrave Mac Millan : UK.2014. Hlmn. 18.
25
Robert R.R. When States Failed: Causes and Consequences. Priceton University Press : UK. 2004 hlmn.5.

Dalam pendefinisian ‘Failed State’ pula, ‘state’ mengalami satu tahap krisis dalaman yang
disebabkan oleh kelemahan undang-undang dan ketenteraman (collapse law and order). Dalam
masa yang sama, institusi pembangunan dan keselamatan tidak mampu lagi untuk berfungsi
dengan sempurna. Robert L. Rotberg juga ada mencirikan bagaimana‘failed state’. Antara cirinya
ialah :
1. Perang sivil yang berlaku dalam sesebuah negara tanpa ada penyelesaian. Perang sivil ini
boleh berlaku antara etnik, agama dan sebagainya.
2. Pemerintahan secara rejim oleh pemerintah dalam sesebuah negara. Pemerintahan yang
sebegini akan memberikan tekanan kepada masyarakat dan rakyat yang akhirnya
dinafikan hak-hak dalam Hak Asasi Manusia.
3. Ketidakupayaan mengawal kawasan dan sempadan negara. Negara yang boleh
dianggap gagal apabila adanya kelemahan dalam sistem keselamatan dan pengawalan
sehingga membolehkan pencerobohan dan menyebabkan hilangnya sebahagian besar
daripada kawasan yang diperintah.
4. Peningkatan kadar jenayah keganasan.26
Selain daripada ciri-ciri umum yang dinyatakan di atas, ada indikator lain yang akan menentukan
sama ada sesebuah negara itu adalah ‘strong state’, ‘Weak State’ dan ‘Failed State’. Antara
indikator yang sering digunakan ialah pendapatan per kapita yang diperoleh oleh sesebuah
negara. Sekiranya pendapatan per kapita masih berada di bawah tahap yang minimum, ia boleh
dianggap sebagai sebuah negara yang gagal.
Selain itu, ada juga badan yang ditubuhkan untuk mengkaji keadaan sesebuah negara. Misalnya,
‘The Fund For Peace’. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan bertindak sebagai
pengkaji sejauhmanakah kekuatan dan kegagalan sesebuah negara. 27 Dalam menentukan keadaan
26
27

Ibid., hlmn. 6.
The Fund for Peace : The Fragile State Index. Diakses dari : http://fsi.fundforpeace.org/ pada 14 Mei 2015.

sesebuah negara melalui Fragile State Index (FSI) menggariskan beberapa ciri penting. Antara
ciri-ciri tersebut ialah sosial, ekonomi dan politik.

Dipetik daripada laman sesawang rasmi The Fund for Peace.
Kedudukan Iraq bermula pada tahun 2005 sehinggalah tahun yang terakhir iaitu tahun 2014
menduduki tangga antara negara yang dalam bahaya dan boleh menuju ke arah negara yang
gagal. Pada tahun 2005 dan 2006, Iraq berada di tangga keempat, 2007 menaiki tangga yang
kedua, pada tahun 2008 menduduki tangga yang ke lima 5, berubah kepada tangga yang ke 6
pada tahun 2009. Tahun berikutnya kepada tangga ketujuh, sembilan ( tahun 2011 dan 2012).
Manakal pada tahun 2013, Iraq menduduki tangga yang ke-11 dan ke 13 pada tahun 2014.
Persoalan utama yang ditimbulkan terhadap negara Iraq iaitu bagaimanakah politik yang
berlaku sejak tahun 1979 membawa kepada negara yang gagal. Terdapat pelbagai faktor yang
boleh dikaitkan mengapakah perkara ini berlaku. Pertamanya ialah ekonomi negara Iraq yang
meruncing. Ekonomi Iraq mula menjadi merosot disebabkan oleh pembaziran yang berlaku
semasa siri perang dengan Iran dan Kuwait serta Kuwait. Semasa perang antara Iran-Iraq
berlaku, Iraq telah mengalami banyak kerugian kerana terpaksa membeli senjata dan alat
pertahanan daripada negara pembuat senjata. Berikutan perang yang berlaku lebih kurang 10
tahun dan lebih ini juga Iraq terpaksa menanggung hutan yang banyak terutamanya negaranegara Arab. Ahli ekonomi menganggarkan bahawa jumlah hutang oleh Iraq daripada pinjaman
oleh negara-negara Arab ialah $75 B USD. Keadaan fiskal ekonomi Iraq mula jatuh sebermula
serangan Iraq terhadap Kuwait pada tahun 1990 dan berterusan menjadi rumit pada tahun 2003
selepas invansi Amerika Syarikat terhadap Iraq.28 Jika dilihat sebelum pertengahan tahun 197028

Ibid.,hlm. 12.

an iaitu tahun 1973, Iraq mengalami perkembangan ekonomi yang pesat kerana membentuk
ekonomi baru hasil daripada minyak. Iraq menjadi salah satu pengeluar minyak utama dunia.
Pembangunan Iraq pada ketika menjadi pesat malah pernah dikatakan bahawa Iraq bakal menuju
ke arah sebuah kota metropolitan. Pembinaan jalan raya, bangunan-bangunan dan komersial
yang aktif telah memberikan pulangan gaya hidup yang lebih baik. 29 Namun, perkara ini berubah
sama sekali semasa pemerintahan Saddam Hussien.
Iraq juga telah mengalami tekanan ekonomi kerana kebergantungan Iraq terhadap
ekonomi tunggal iaitu minyak. Iraq bergantung kepada hasil pendapatan minyak saban tahun.
Akibat berlakunya beberap siri perang sivil ke atas Iraq, penghasilan minyak tidak dapat berjalan
dengan maksimum. Kerosakan dan kemusnahan kemudahan fasiliti seperti saluran paip minyak,
stesen pam dan pelantar menyukarkan penghasilan minyak. Pada tahun 1981 sahaja, pengeluaran
minyak 3.4 M barrel per day telah menurun kepada 0.9 barrel per day.
Hal ini sekaligus menjadikan pendapatan negara Iraq juga menurun. Keadaan ini dapat
dilihat melalui pendapatan perkapita negara Iraq yang bermula pada tahun 1950-an. Pada tahun
1950-an, jumlah pendapatan per kapita Iraq telah disumbangkan oleh sektor petroleum dan
minyak iaitu sebanyak 3 peratus. Keadaan ini meningkat kepada 56 peratus kerana berlakunya
kenaikan harga pasaran minyak pada tahun 1980. Namun, keadaan ini telah berubah pada tahun
1990-an iaitu sumbangan sektor minyak dan petroleum menurun kepada 12 peratus dan menurun
lagi dengan mendadak kepada 4.5 peratus pada tahun 1995. Pendapatan negara Iraq telah
mengalami defisit yang teruk kerana kekurangan pendapatan negara ditambah pula dengan
hutang-hutang yang pernah dipinjam daripada negara-negara Arab. Semasa era berlakunya
perang oleh negara Iraq, perbelanjaan negara Iraq banyak disumbangkan kepada aktiviti
29

Ibid., hlm. 264.

pertahanan dan perkhidmatan tentera. Tambahan pula, pada tahun 1991, selepas Iraq bertindak
menyerang Kuwait, PBB telah memberi kata putus bahawa tekanan dan sekatan ekonomi
terhadap Iraq telah dikenakan. Iraq bukan sahaja menjadi lemah dari segi ekonomi tetapi juga
mengalami kelemahan dalam sektor yang lain seperti makanan dan ubatan.30
Masalah dalaman dan krisis ekonomi dalam negara Iraq juga berpunca daripada korupsi dan
nepotisme yang berlaku dalam kalangan pejawat awam. Hal ini dapat dibuktikan melalui data
yang ditunjukkan oleh Transparency International’s Corruption Perceptions Index in 2012.
Melalui data ini, Iraq telah menduduki tangga yang ke 169 daripada 176 negara yang berdaftar.31
Selain itu, faktor negara Iraq menjadi negara yang gagal adalah kerana politik.
Pemerintahan Saddam Hussien merupakan pemerintahan yang bersifat diktaktor dan rejim.
Saddam Hussien bukan sahaja berfungsi sebagai presiden Iraq tetapi juga sangat autokratik
dalam pentadbiran negara. Beliau seolah-olah bertindak sebagai Menteri di Kementerian,
Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan sebagainya. 32 Saddam Hussien juga menggunapakai
kuasanya dalam mengeluarkan perintah bukan sahaja dalam sistem negara tetapi juga dalam parti
Baath itu sendiri.33
Semasa pemerintahan beliau juga, telah berlakunya dasar pecah dan perintah antara
mazhab Sunni Dan Syiah. Kepimpinan Saddam Hussien dalam memberi ruang dan keistimewaan
kepada golongan sunni dalam pemerintahan sememangnya memberikan lagi kesan dan polemik
yang berpanjangan dalam kalangan penganut kedua-dua mazhab ini. Saddam Hussien juga
bertindak sebagai seorang pemerintah yang kejam kerana beliau akan menghukum sesiapa sahaja

30

Ibid., hlmn.234
Ibid., hlmn. 264.
32
Ibid,, hlmn. 10.
33
Ibid.,
31

yang dirasakan akan menggugat kedudukannya sebagai Presiden. Misalnya, pada tahun 1992.
Saddam Hussein telah dilaporkan menangkap beberapa orang pemimpin yang disyaki
mempunyai pertalian dengan puak Juburi. Pada pertengahan tahun 1992 sahaja, seramai lebih
kurang 30 orang pegawai termasuklah Jeneral Abed Mutleq Juburi telah dijatukan hukuman
mati. Manakala pada Oktober tahun yang sama juga, beliau telah menjatuhkan hukuman mati
kepada 19 pegawai termasuklah Brigadier Anwar, Ismael Hentosh dan Amir Rashid Hassoon
kerana disyaki terlibat dalam pergerakan pemberontakan Syiah di utara Iraq.34
Antara kekejaman dan kezaliman yang pernah dilakukan oleh Saddam Hussien semasa
pemerintahan beliau ialah kempen ‘Al-Anfal’. Kempen ini bertujuan untuk menghapuskan etnik
Kurdish dalam Iraq.35 Dalam kempen ini, beliau telah menggunakan senjata kimia untuk
membunuh etnik Kurdish secara beramai-ramai. Pada peristiwa 16 Mac 1988, Saddam Hussien
telah mengeluarkan satu arahan serangan dengan menggunakan gas beracun ke atas kawas
Hallabjah. Serangan ini telah menyebabkan ramai orang terbunuh dan mencecah seramai
100,000 orang mangsa.36 Tekanan yang dikenakan terhadap orang Kurdish telah mendapat
perhatian daripada PBB dan telah mengistiharkan kawasan utara Iraq sebagai kawasan ‘No Fly
Zone’37. Langkah ini diambil bagi melindungi orang-orang Kurdish daripada tekanan politik
Saddam Hussien. 38
Bukan itu sahaja, beliau juga akan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap berpotensi
menentang beliau dalam politik. Bahkan, golongan Sunni yang berada dalam parti yang sama

34

Ibid., hlmn. 26.
Burnell, P., R. V. R. ,Politics in a Developing World: World 4e. Oxford University Press: UK. 2014. Hlmn. 330
36
Kaplan R.D. The Revenge of Geography: What The Map tell Us Bout Cmonig Conflicts and Battle Against Fate,
Random House Publishing : 2012. hlmn. xiv
37
‘No Fly Zone’ ini adalah satu usaha yang dilakukan oleh PBB bagi menghalang pesawat tentera Iraq sampai ke
kawasan yang didiami oleh orang Kurdish.
38
Ibid., hlmn. 263.
35

juga menjadi akan dihukum menjadi ‘pesalah politik’. Sesiapa yang didapati menentang akan
dipenjarakan dan dihukum mati.39 Pemerintahan Saddam Hussein pernah dilabelkan sebagai
pemerintahan yang melanggar hak asasi manusia yang paling tinggi. Manakan tidak, kekejaman
yang dilakukan semasa pesalah politik berada dalam tahanan.
Faktor yang ketiga ialah keadaan sosial masyarakat dalam negara Iraq. Siri peperangan
yang berlaku antara negara Iraq dengan negara yang lain telah membantutkan pembangunan
sosial dalam negara Iraq. Institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti, kesihatan seperti
klinik dan hospital dan kemudahan asas dan awam telah musnah. Perbelanjaan negara Iraq telah
banyak diberikan kepada sektor pertahanan negara dan menanggung hutang yang banyak akibat
peperangan. Dalam keadaan ini, peluang untuk mendapatkan pendidikan menjadi terhad.
Tambahan pula, Iraq tidak lagi mempunyai tenaga manusia yang mencukupi kerana ramai pelajar
dan rakyat Iraq yang terpelajar telah mendapatkan perlindungan politik dan pelarian di negaranegara luar. Golongan-golongan pertengahan rakyat Iraq telah bermastautin dan menjadi rakyat
negara lain.
Selain itu, kerajaan Iraq juga gagal menyediakan keperluan asas dan keperluan awam
kepada rakyatnya. Keperluan asas seperti air, elektrik dan makanan asasi masih lagi tidak mampu
disediakan secara konsisten. Hal ini juga didapati bertitik tolak daripada keadaan ekonomi
negara Iraq yang masih meruncing secara langsung tidak mampu untuk menyediakan kemudahan
asas ini.40 Kemusnahan yang teruk semasa berlakunya siri peperangan di Iraq menambahkan lagi
kesukaran untuk membina semula kerana memerlukan wang yang banyak.

39
40

Ibid,. hlmn. 13
Sutan Barakat (ed). Reconstructing Post- Saddam, Iraq. Routledge : New York. 2008. Hlmn. 208-209.

Dalam sektor perubatan dan kesihatan, taraf kesihatan rakyat Iraq masih lagi berada pada
tahap yang rendah sehinggalah sekarang. Ketiadaaan bekalan asas seperti air dan elektrik
memberikan kesan secara langsung kepada ketidakcekapan sistem hospitaliti dan kekurangan
bahan ubat-ubatan. Banyak bekalan ubat-ubatan telah rosak kerana tiada tempat penyimpanan.
Kematian dalam kalangan rakyat Iraq terutamanya ibu dan anak-anak kecil terus meningkat.
Sehingga tahun 1991, kematian bayi telah meningkat kepada 300 peratus. Hal-hal yang
disebutkan ini juga berpunca daripada keputusan PBB untuk mengenakan sekatan ekonomi
terhadap Iraq yang akhirnya memberi kesan kepada ekonomi dan sosial negara Iraq.
Faktor yang keempat ialah krisis dalaman yang berlaku dalam negara Iraq itu sendiri. Perang
sivil berlaku dalam kalangan rakyat Iraq saban hari. Peperangan ini walaupun boleh disifatkan
sebagai kecil, namun ia telah menggangu kestabilan perjalanan politik Iraq. Selepas kejatuhan
Saddam Hussien pada tahun 2003, Iraq terus dihujani dengan pelbagai perang saudara antara
puak-puak pelampau dan golongan yang bertelagah. Antara golongan yang dikenalpasti muncul
ialah golongan yang anti kepada Amerika Syarikat. Mereka berusaha untuk bangkit menentang
kemasukan Amerika Syarikat. Selain itu, golongan yang sememangnya sudah mempunyai
polemik daripada dahulu lagi iaitu Syiah dan Sunni. Golongan-golongan yang ekstremis ini
sering bertelagah sesama sendiri. Golongan sunni-Syiah telah bangkit untuk cuba menguasai
Iraq.41 Memandangkan Syiah mempunyai populasi yang lebih majoriti berbanding Sunni,
golongan ini mengatakan bahawa mereka lebih layak untuk memerintah Iraq. Pembangunan
demokrasi mustahil untuk dilakukan di Iraq. Pada tahun 2005, Iraq hampi mencapai proses
demokrasi namun berlakunya pertentangan pendapat antara kedua-dua mazhab ini. Golongan
yang berpegang kepada mazhab Syiah lebih berpegang kepada idea demokrasi manakala

41

Ibid., hlmn. 15

golongan yang berpegang kepada mazhab Sunni lebih mahukan kepada politik yang bersifat
tradisional.
Faktor yang terakhir ialah campur tangan kuasa asing dalam politik, ekonomi dan sosial
negara Iraq. Campur tangan kuasa asing dalam ketiga-tiga aspek ini sememangnya memberikan
kesan kepada keadaan sesebuah negara. Dalam konteks perbincangan negara Iraq, Amerika
Syarikat telah memulakan dasar campur tangan secara tidak langsung bermula daripada tahun
1990-an semasa berlakunya perang Teluk antara Iraq dan Kuwait. Amerika Syarikat secara telah
bertindak mengemukakan tuduhan kepada Iraq memiliki senjata nuklear. Pada tahun 2003,
Amerika Syarikat bertindak sebagai ‘penyelamat’ kepada pergolakan politik Iraq dengan
membawa masuk tentera ke dalam negara Iraq.
Namun, tindakan Amerika Syarikat ini tidak banyak membawa perubahan dan pembangunan
terhadap negara Iraq seperti mana yang pernah dikatakan oleh George W. Bush. Dalam bidang
ekonomi Iraq masih lagi berada dalam takuk yang sama. Hal ini jelas dalam pendapatan per
kapita Iraq pada tahun 2005 hanyalah $ 3,400 setahun. Begitu juga dengan kadar penganguran
dalam kalangan belia juga masih berada pada tahap yang sama iaitu 25 peratus pada tahun yang
sama.42Walaupun Amerika Syarikat telah menggalakkan pelaburan (investment) daripada negara
luar, namun ia masih dipelopori oleh syarikat luar.
Dalam keadaan politik pula, perkembangan demokrasi seperti mana yang dimahukan tidak
dapat juga dicapai. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor penting iaitu budaya politik dan
sosialisasi politik tradisional yang dibentuk atau dipengaruhi dengan keadaan yang sebelumnya. 43

42
43

Ibid., hlmn. 94.
Ibid., hlmn. 10.

Pembentukan budaya politik dan sosialisasi dalam kalangan rakyat Iraq untuk menerima
demokrasi agak mustahil memandangkan pemerintahan sebelum ini adalah bersifat autokratik.44
Kesimpulannya, perkembangan politik Iraq yang berlaku sejak daripada tahun 1979 telah
membawa Iraq ke arah sebuah negara yang gagal. Pemerintahan Saddam Hussien dianggap oleh
para sarjana sebagai ‘fragile state’ berbanding ‘failed state’. Hal ini diakui oleh Robert L.
Rotberg yang mendefinisikan Iraq sebagai sebuah negara yang ‘fragile’. Namun, sejak bermula
pada tahun 2010, Iraq menjadi sebuah negara yang gagal dan bakal menuju ke arah negara yang
‘collapse’ seperti mana yang berlaku di Lebanon.

44

Ibid.,

Lampiran

Peta 1.1 : Kedudukan kawasan mengikut pembahagian golongan yang terbesar dalam Iraq.
Dipetik daripada buku World Regional Geography hlmn. 263.

Bibliografi.

Hobbes. J.J. , World Regional Geography, Changage Larning : USA, 2009.
Amin Saikal., Zone of Crisis: Afganistan, Pakistan, Iraq, and Iran. IB. Tauris Co. <D : NY,
2006.

Bukovac M. ,Failed States : Unstable Countries in the 21 st Century. The Rosen Publishing Group,
NY. 2010.
Cordesman. A.H. , Iraq dan the War of Sactions : Conventional Threats and Mass Destructions.
Green Wood Publishing Group: US. 1999.
Robert. K, B. Iraq, Vietnam and The Limit of American Power. Public Affairs : US. 2006.
Fisher W.B. “Physical and Geography in Iraq” in The Middle East and North Africa ed by Taylor
and Francis Group 50th ed. The Graham Press : US. 2004.
Shaul Bhakash, “The Trouble Relationships : Iran-Iraq 1930-1980” in Iran, Iraq and The
Legacies of War ed by Potter J.L, S.G.C, Palgrave Macmillan: 2004
Ibezem F., C. Saddam Hussien : The Legendary Dictator : United States of America, 2006.
Richelson, J. (ed) Iraq and Weapons of Mass Destruction National Security Archieve Electronic
Brefieng Book No. 80: National Security Archieve, 2004. Diakses daripada:
http://nsarchive.gwu.edu/NSAEBB/NSAEBB80/ pada 14 Mei 2015.
Sutan Barakat (ed). Reconstructing Post- Saddam, Iraq. Routledge : New York. 2008.
Burnell, P., R. V. R. ,Politics in a Developing World: World 4e. Oxford University Press: UK.
2014.
Kaplan R.D. The Revenge of Geography: What The Map tell Us Bout Cmonig Conflicts and
Battle Against Fate, Random House Publishing : 2012. The Fund for Peace : The Fragile State
Index. Diakses dari : http://fsi.fundforpeace.org/ pada 14 Mei 2015.
Natasha U., Countering Global Terrorism and Insurgency : Calculating the Risk of State Failure
in Afganistan, Palestin and Iraq. Palgrave Mac Millan : UK.2014.
Robert R.R. When States Failed: Causes and Consequences. Priceton University Press : UK.
2004.

Dokumen yang terkait

Keanekaragaman Makrofauna Tanah Daerah Pertanian Apel Semi Organik dan Pertanian Apel Non Organik Kecamatan Bumiaji Kota Batu sebagai Bahan Ajar Biologi SMA

26 317 36

Analisis tentang saksi sebagai pertimbangan hakim dalam penjatuhan putusan dan tindak pidana pembunuhan berencana (Studi kasus Perkara No. 40/Pid/B/1988/PN.SAMPANG)

8 102 57

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Upaya mengurangi kecemasan belajar matematika siswa dengan penerapan metode diskusi kelompok teknik tutor sebaya: sebuah studi penelitian tindakan di SMP Negeri 21 Tangerang

26 227 88

Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi penerapan manajemen mutu terpadu pada Galih Bakery,Ciledug,Tangerang,Banten

6 163 90

Efek ekstrak biji jintan hitam (nigella sativa) terhadap jumlah spermatozoa mencit yang diinduksi gentamisin

2 59 75

Pengaruh Rasio Kecukupan Modal dan Dana Pihak Ketiga Terhadap Penyaluran Kredit (Studi Kasus pada BUSN Non Devisa Konvensional yang Terdaftar di OJK 2011-2014)

9 104 46

Perancangan media katalog sebagai sarana meningkatkan penjualan Bananpaper : laporan kerja praktek

8 71 19

Pengaruh Etika Profesi dan Pengalaman Auditor Terhadap Audit Judgment (Penelitian pada Kantor Akuntan Publik di Wilayah Bandung yang Terdaftar di BPK RI)

24 152 62