ANALISIS FAKTOR PENERIMAAN TERHADAP APLI

International Conference on Education and Regional Development 2016 (ICERD 2016)
“Cross-Cultural Education for Sustainable Regional Development”
Bandung, Indonesia.
31 October & 1 November 2016

ANALISIS FAKTOR PENERIMAAN TERHADAP
APLIKASI E-DAFTAR DALAM KALANGAN
KAKITANGAN NIOSH, MALAYSIA
Rohaila Mohamed Rosly a , Fariza Khalid a
a

Fakulti Pendidikan,, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Salangor, Malaysia.

Abstrak

Pembangunan sistem maklumat pengurusan bukanlah satu yang baru dalam perkembangan dunia teknologi
di negara ini. Ia telah digunakan secara meluas dalam sektor awam mahupun swasta selaras dengan
kewujudan kerajaan elektronik. Sehubungan itu, satu aplikasi pengurusan maklumat mengenai latihan telah
dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, NIOSH dan dikenali sebagai e-Daftar. Kajian ini untuk
mengenalpasti persepsi kakitangan NIOSH terhadap penerimaan aplikasi e-Daftar dari aspek kebolehgunaan
dan kemudahgunaan serta mengenal pasti hubungan antara sikap terhadap penggunaan dan penggunaan

sebenar aplikasi e-Daftar berdasarkan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Kajian ini merupakan kajian
deskriptif berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 126
kakitangan NIOSH, Malaysia. Soal selidik digunakan sebagai instrumen pengumpulan data yang diedar
secara atas talian menggunakan aplikasi QuestionPro. Data dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembolehubah
kemudahgunaan dan kebolehgunaan mempunyai hubungan signifikan dan positif secara langsung terhadap
pembolehubah sikap terhadap penggunaan. Kemudahgunaan dan kebolehgunaan juga mempunyai pengaruh
positif dan secara langsung terhadap penggunaan sebenar. Sikap terhadap penggunaan juga telah
menunjukkan hubungan signifikan yang positif secara langsung terhadap penggunaan sebenar. Secara
keseluruhannya di dapati tahap penerimaan pengguna terhadap aplikasi e-Daftar adalah tinggi. Hasil daripada
kajian ini diharap mampu memberi penambahbaikan berterusan kepada aplikasi sedia ada serta menjadi bahan
rujukan pada kajian akan datang.
Kata kunci : sistem maklumat pengurusan, Model TAM, sistem , kemudahgunaan, kebolehgunaan

1. Pendahuluan
Pembangunan sistem pengurusan maklumat (SMP) semakin meningkat sejajar dengan saranan kerajaan di
bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), iaitu bagi mewujudkan Kerajaan Elektronik yang
merupakan salah satu inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Penekanan kandungan dalam aspek
Kerajaan Elektronik adalah penyampaian serta perkongsian data secara elektronik agar maklumat yang
diterima tepat dan pantas secara dalam talian. Bagi sesebuah organisasi yang melibatkan penyimpanan sumber

data yang besar, pengurusan terhadap maklumat adalah penting kerana ia merupakan aset yang bernilai.
Moh’d Al-adaileh (2009) menekankan bahawa SMP mempunyai pengaruh yang vesar ke atas produktiviti dan
keberkesanan organisasi seperti melaksanakan tugasan harian dan proses membuat keputusan. Menurut Said,
Haruzuan, Suhaimin dan Intan Marini (2010), penggunaan teknologi maklumat dapat membantu

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

634

menguruskan dan menyimpan maklumat dengan selamat dan berkesan yang mana akan memudahkan proses
penyelenggaraan. Selain itu, Chowdhury, et al (2013), pula mendapati bahawa kewujudan sistem pengurusan
maklumat dapat mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan kepada pelanggan dan organisasi.
Hasan, Shamsuddin dan Aziati (2013) menyatakan bahawa data merupakan nadi bagi sesebuah
organisasi serta pengurusan data yang cekap dan berkesan dianggap penting sebagai strategi persaingan.
Menurut Chowdhury, Md Shahnur dan Md Maruf (2013), kewujudan sistem pengurusan maklumat dapat
mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan kepada pelanggan dan organisasi. Kepentingan mewujudkan
sistem pengurusan maklumat yang sistematik telah memberi impak kepada negara termasuk institusi
pendidikan. Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) merupakan sebuah insitut latihan
yang berfungsi sebagai penyedia latihan bagi memberikan khidmat latihan, rundingan, menyebarkan
maklumat dan menjalankan penyelidikan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah mengambil

inisiatif terhadap pembangunan kerajaan elektronik. Selaras dengan itu, satu aplikasi pengurusan maklumat
mengenai latihan telah dibangunkan dan diberi nama e-Daftar.
e-Daftar merupakan sebuah sistem maklumat pengurusan latihan dalam megendalikan proses pengurusan
serta penyimpanan data-data kursus serta maklumat peserta kursus di NIOSH. Kepentingan e-Daftar ini
adalah dalam menyediakan pengurusan rekod yang bersistematik selain dapat meningkatkan kecekapan
tugasan harian dan penyimpanan rekod maklumat dengan selamat. Dari aspek pentadbiran dan pengurusan, ia
dapat membantu serta mendidik pengguna terutamanya kakitangan NIOSH agar menguasai penggunaan
teknologi serta dapat menguruskan proses pengurusan data dengan lebih teratur dan berkesan.
Sebahagian besar organisasi gagal untuk melihat kepentingan melaksana inisiatif terhadap
pengurusan rekod latihan sedangkan pengurusan rekod yang bersistematik dapat menentu daya tahan dan
daya saing sesebuah organisasi (Aziz, Yusuf, dan Asma’ Mokhtar, 2011). Faktor penerimaan penggunaan
sistem pengurusan maklumat adalah mencakupi kepada ketersediaan sistem, kemahiran yang mencukupi serta
persediaan untuk menggunakannya. Selain itu, penerimaannya juga bergantung kepada kemahiran serta
kecekapan pengguna menggunakan komputer. Masalah yang sering dihadapi apabila berlakunya
pembaharuan dalam suatu organisasi adalah penerimaan inovasi yang dilakukan.
Objektif kajian ini adalah untuk melihat persepsi kakitangan NIOSH terhadap kebolehgunaan dan
kemudahgunaan aplikasi e-Daftar serta mengenalpasti hubungan antara sikap terhadap penggunaan aplikasi
e-Daftar dengan penggunaan sebenar aplikasi e-Daftar berasaskan Model Penerimaan Teknologi (TAM).
TAM adalah model yang sesuai digunakan dalam kajian ini kerana ia akan mengesahkan faktor Persepsi
Kebolehgunaan (Perceived Usefulness, PU), Persepsi Kemudahgunaan (Perceived Ease of Use, PEOU),

Sikap terhadap penggunaan (Attitude Toward Using, ATU) dan Penggunaan Sebenar (Actual Use, AU).
Penerimaan teknologi pada dasarnya akan mengubah kaedah kerja dalam sesebuah organisasi. Perubahan
teknologi selalunya akan mempengaruhi aktiviti kerja dan keperluan pengguna yang mempunyai kemahiran
yang berlainan. Skop pelaksanaan e-Daftar ini merangkumi proses yang menyeluruh termasuk inovasi
korporat dan inovasi tadbir urus. Sehubungan itu, kajian ini diharapkan dapat menyumbang ke arah
penambahbaikan yang lebih berkesan dalam usaha meningkatkan kualiti sistem maklumat pengurusan yang
bersesuaian dengan keperluan semasa dan peningkatan masa hadapan di NIOSH.
2. Sistem maklumat pengurusan di Malaysia
Medan (2010) mendefinisikan sistem sebagai elemen yang saling berhubungan bagi membentuk satu
kesatuan, dan ia dicipta untuk mencapai sesuatu objektif atau sasaran. Patterson (2005) mendefinisikan Sistem
Maklumat Pengurusan (SMP) sebagai satu sistem penukaran data kepada maklumat yang disampaikan dalam
bentuk yang sesuai bagi tujuan mendapatkan keputusan atau perancangan yang akan dijalankan dalam
sesebuah organisasi. SMP adalah sinonim dengan sistem perkhidmatan maklumat, sistem maklumat,sistem
pemprosesan maklumat dan sistem maklumat berasaskan komputer. Kepelbagaian SMP ini telah digunapakai
secara meluas di organisasi dan institusi di seluruh dunia tidak ketinggalan Malaysia. Perlaksanaan SMP
dalam institusi melibatkan proses mengumpul data, memproses, menyimpan, serta menyampaikan maklumat
yang berkaitan untuk tujuan pengurusan kerja yang lebih cekap dan berkesan dalam organisasi.
Di Malaysia, perkembangan SMP bermula pada 1965 dengan penggunaan sistem oleh Lembaga Letrik
Malaysia (LLM) bagi sistem perakaunan dan pembayaran gaji. Ini diikuti oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri


International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

635

(LHDN) dengan penggunaan sistem pemprosesan maklumat statistik dan seterusnya menjadi ikutan kepada
organasasi lain. Kepelbagaian SMP ini masih mempunyai matlamat dan tujuan yang sama iaitu menguruskan
data, maklumat dan sumber bagi meningkatkan kecekapan prestasi kerja dan produktiviti dalam sebuah
organisasi (Salleh 2014). Oleh itu, Malaysia sebagai sebuah negara ke arah berpendapatan tinggi menekankan
proses yang melibatkan inovasi harus diterima kerana ia dapat membantu negara untuk menjadi negara yang
berdaya saing (Shairil & Hasnah 2013). Antara SMP yang digunakan di Malaysia adalah Sistem Maklumat
Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS), Sistem Maklumat Pengurusan Politeknik (SMPP), Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM) dan pelbagai lagi mengikut kesesuaian bidang.
Dalam konteks sistem pengurusan maklumat di NIOSH, aplikasi e-Daftar dilihat sebagai platform
pengurusan maklumat yang berkaitan dengan kursus yang dijalankan di NIOSH. Aplikasi e-Daftar juga
berfungsi sebagai penyimpanan data, perkongsian maklumat yang sistematik serta peningkatan kecekapan.
Pelaksanaannya dalam satu rangkaian setempat membolehkan pengguna dalaman mengakses maklumat
kursus dengan cepat dan tepat.
3. Aplikasi e-Daftar
Aplikasi e-Daftar adalah satu aplikasi pengurusan maklumat yang telah dibangunkan oleh Bahagian
Teknologi Maklumat (ITD), NIOSH yang merupakan sebuah sistem maklumat pengurusan latihan untuk

pentadbiran, dokumentasi, pengesanan dan laporan kursus serta penyimpanan maklumat peserta yang
mengikuti kursus di NIOSH. Aplikasi e-Daftar adalah bertujuan untuk memudahkan pengendalian maklumat
kursus secara berpusat. Penggunaannya melibatkan pengguna dalaman yang terdiri dari kakitangan NIOSH
dan peserta luar yang menghadiri kursus. Namun kajian ini menfokuskan kepada tahap penerimaan pengguna
dalaman sahaja. Fungsi-fungsi dan ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi e-Daftar adalah seperti berikut:
i.
Membolehkan koordinator kursus mendaftarkan kursus-kursus secara dalam talian.
ii. Membolehkan koordinator kursus menyediakan laporan berkaitan kursus yang dijana secara automatik,
seperti senarai kehadiran, surat pemahamana, surat penilaian dan sebagainya.
iii. Pengeluaran surat tawaran dan payment advice yang dijana secara automatik melalui emel dan cetakan
sendiri (self-printed) di laman web.
iv. Kemasukan maklumat peperiksaan serta semakan keputusan peperiksaan dibuat secara atas talian.
v. Pengeluaran laporan dan statistik untuk penggunaan pihak pengurusan.
vi. Pengurusan sijil secara berpusat dan dalam talian .
vii. Melibatkan integrasi antara semua modul.
3.1. Pangkalan data dan pengaturcaraan
Aplikasi e-Daftar dibangunkan dengan menggunakan pangkalan data Lotus Domino dan penggunaan
perisian dari Lotus Designer. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah terdiri daripada lotus script, java
script dan html.
3.1.1. Rekabentuk aplikasi e-Daftar

Reka bentuk aplikasi e-Daftar ini menjelaskan carta aliran penggunaan aplikasi serta paparan antara muka
yang digunakan oleh pengguna. Rajah 1 menjelaskan aliran penggunaan modul dalam aplikasi berdasarkan
pengguna aplikasi e-Daftar. Walaupun terdapat dua kategori pengguna, semua modul yang disediakan ini
dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna dalaman. Pengguna dalaman yang menggunakan aplikasi ini
terdiri daripada pegawai latihan, kakitangan peperiksaan serta pengurusan pertengahan.

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

Pengguna dalaman

636

Pengguna luar

Penjadualan Kursus
Pendaftaran Peserta
Laporan dan Statistik

Cetakan Surat/
Bayaran Kursus


Cetakan Sijil

Penilaian Fasilitator

Semakan Keputusan
Peperiksaan

Sebutharga

Rajah 1

Modul-modul aplikasi e-Daftar

. Fungsi bagi setiap modul adalah seperti berikut:
Penjadualan Kursus – menjadualkan senarai kursus mengikut jenis dan lokasi
Pendaftaran Peserta – membolehkan koordinator menguruskan maklumat peserta yang telah berdaftar
secara dalam talian atau walk-in
iii. Penilaian Fasilitator – penyediaan maklumat berkaitan keberkesanan pengajar
iv. E-Quotation – membolehkan koordinator mengeluarkan sebutharga bagi kursus yang berkaitan mengikut

spesifikasi yang telah ditetapkan
v. Laporan dan Statistik – pengurusan laporan dan pengeluaran statistik
vi. Cetakan surat – melibatkan kepelbagaian surat yang berkaitan dengan kursus
vii. Semakan keputusan – membolehkan semakan keputusan bagi kursus yang mempunyai penilaian
viii. E-Sijil – Pengurusan pengeluaran sijil secara berpusat

i.
ii.

4. Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti:
i. Tahap persepsi kebolehgunaan dan kemudahgunaan aplikasi e-Daftar dari persepsi pengguna dalaman.
ii. Sikap dan tahap penggunaan sebenar aplikasi e-Daftar dalam kalangan pengguna dalaman.
iii. Hubungan antara persepsi kemudahgunaan dengan persepsi kebolehgunaan pengguna dalaman.
iv. Hubungan antara persepsi kemudahgunaan dan persepsi kebolehgunaan dengan sikap terhadap
penggunaan aplikasi e-Daftar.
v. Hubungan antara sikap terhadap penggunaan aplikasi e-Daftar dengan penggunaan sebenar aplikasi eDaftar.
5. Persoalan Kajian
Persoalan kajian dapat dikenalpasti berdasarkan objektif kajian seperti yang berikut:
i.

Apakah persepsi pengguna dalaman terhadap aspek kemudahgunaan e-Daftar?
i.
Apakah persepsi pengguna dalaman terhadap aspek kebolehgunaan e-Daftar?
ii.
Apakah sikap terhadap penggunaan e-Daftar dalam kalangan pengguna dalaman?

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

iii.
iv.
v.
vi.
vii.

637

Apakah tahap penggunaan sebenar e-Daftar dalam kalangan pengguna dalaman?
Adakah terdapat hubungan signifikan antara persepsi kebolehgunaan dengan persepsi kemudahgunaan
e-Daftar?
Adakah terdapat hubungan signifikan antara persepsi kemudahgunaan dengan sikap penggunaan eDaftar?

Adakah terdapat hubungan signifikan antara persepsi kebolehgunaan dengan sikap penggunaan eDaftar?
Adakah terdapat hubungan signifikan antara sikap terhadap penggunaan e-Daftar dengan penggunaan
sebenar e-Daftar?

6. Model Penerimaan Teknologi (TAM)
Model Penerimaan Teknologi (TAM) telah dibangunkan oleh Davis (1989) dan diperkukuhkan bersama
Venkatesh et al (2003) seperti Rajah 2. Model TAM telah diadaptasi dari Model TRA (Theory of Reasoned
Action) yang diperkenalkan oleh Ajzen dan Fishbein (1980). TAM sering digunakan oleh penyelidik bagi
mengetahui reaksi pengguna terhadap sistem maklumat. Kajian penerimaan yang melibatkan sistem maklumat
pengurusan dengan tahap penerimaan teknologi telah banyak dibincangkan dan konsep penerimaan ini
didefinisikan mengikut kesesuaian bidang. Oleh itu, penyelidik telah membuat penelitian menggunakan empat
konstruk dari Model TAM iaitu Persepsi Kebolehgunaan (Perceived Usefulness), Persepsi
Kemudahgunaan (Perceived Ease of Use), Sikap terhadap penggunaan (Attitude Toward Using) dan
Penggunaan sebenar (Actual Use).

Persepsi
Kebolehgunaan
Sikap terhadap
penggunaan

Penggunaan sebenar

Persepsi
Kemudahgunaan
Rajah 2 Technology Acceptance Model. TAM
(sumber: Davis, 1989; Venkatesh et al, 2003)
6.1. Persepsi kemudahgunaan (Perceived ease of use)
Davis (1989) mendefinisikan persepsi kemudahgunaan sebagai pandangan individu terhadap penggunaan
suatu sistem tertentu dimana ia mudah difaham dan tidak sukar untuk dipelajari. Dalam konteks kajian ini,
persepsi kemudahgunaan membawa maksud individu tidak memerlukan banyak usaha dari segi masa dan
tenaga dalam mempelajari penggunaan aplikasi e-Daftar.
6.2. Persepsi kebolehgunaan (Perceived usefulness)
Persepsi kebolehgunaan ditafsirkan sebagai “sejauh mana apabila seseorang itu percaya bahawa
menggunakan sistem tertentu akan meningkatkan prestasi individu” (Davis 1989). Dalam kajian ia memberi
maksud pengguna dalaman akan merasa penggunaan aplikasi e-Daftar memberi manfaat teruatamanya dalam
meningkatkan produktiviti dan menjadikan kerja lebih efektif.
6.3. Sikap terhadap penggunaan (Attitude toward using)
Sikap terhadap penggunaan didefinisikan oleh Davis (1989) sebagai perasaan positif atau negarif dari
individu yang akan menggunakan sesuatu sistem. Namun, penggunaan faktor sikap terhadap penggunaan

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

638

dalam konteks kajian ini akan menilai sikap pengguna dalaman apabila ingin menggunakan apliaksi e-Daftar
seperti sifat yang terbuka atau sebaliknya.
6.4. Penggunaan sebenar (Actual use)
Davis (1989) mendefinisikan penggunaan sebenar adalah penilaian dalam bentuk pengukuran terhadap
frekuensi dan tempoh masa teknologi digunakan. Pengguna akan merasa gembira menggunakan sesuatu
sistem jika mereka yakin sistem itu mudah untuk digunakan dan dapat meningkatkan produktiviti kerja.
Banyak kajian yang mengguna Model TAM sebagai pengukur terhadap penerimaan dan penggunan
sesuatu sistem di dalam organisasi. Yunastiti dan Baridwan (2014) dan Fatmawati (2015), menekankan
kepentingan aplikasi Model TAM (Technology Acceptance Model) ini dan mendapati persepsi
kebolehgunaan, persepsi kemudahan penggunaan serta norma subjektif adalah punca utama sesebuah sistem
pengurusan itu diterima pakai. Kajian juga membuktikan bahawa penggunaan Model TAM dalam kajian
penerimaan adalah komprehensif berdasarkan hubungan yang signifikan antara faktor persepsi
kemudahgunaan dan persepsi kebergunaan terhadap sikap penggunaan sistem (Shairil & Hasnah 2013; Mohd
Azul 2014; Destiana & Salman 2015). Hal ini menyatakan bahawa seseorang pengguna itu akan mengenal
pasti atau mencuba terlebih dahulu sebuah sistem yang disediakan dan mengenal pasti sama ada ia mudah
digunakan atau tidak. Ini seterusnya dapat mempengaruhi pengguna untuk terus menggunakan sistem tersebut
atau berhenti menggunakannya.
Bagi menilai sikap terhadap penggunaan sistem maklumat, setiap penyelidik menggunakan faktor utama
bagi Model TAM iaitu persepsi kebolehgunaan dan persepsi kemudahgunaan sebagai faktor penentu. Selain
dari faktor ini, faktor luaran juga perlu dilihat agar penerimaan sesuatu inovasi teknologi itu memberi impak
terhadap kesesuaian sistem. Althunibat, Zin dan Sahari (2012), menambah faktor ciri-ciri dan tingkah laku
pengguna mengikut Teori Resapan Rogers sebagai faktor penentu. Suki, Norazah dan Ramayah (2014), telah
memasukkan faktor niat untuk menggunakan sistem sebagai faktor tambahan terhadap kajiannya, yang mana
seseorang individu itu akan mempunyai niat untuk menggunakan sesuatu teknologi jika teknologi tersebut
memberi kesenangan kepada pengguna. Keputusan ini juga disokong oleh Ramayah, Dahlan dan Siron
(2002).
Bagi melihat penggunaan sebenar sesebuah sistem itu, faktor persepsi kebergunaan dan persepsi
kemudahgunaan ini juga menjadi elemen pengukur. Namun, terdapat faktor lain yang ditambah oleh
penyelidik untuk menilai penggunaan sebenar sistem. Faktor tambahan adalah pengaruh sosial (Ika & Salman
2015), kemudahan interaktif (Azul 2014), jangkaan prestasi (Ramly, Norlida et al 2015), persepsi kredibiliti
(Tang et al 2004), keinginan untuk menerima (Roslia, Naida, et al 2015) serta faktor personal, saluran
komunikasi dan niat tingkah laku (Salman, Ali et al 2014 ).
Kajian literatur yang dilakukan ini diharapkan mampu untuk meningkatkan kefahaman tentang perlunya
memahami keperluan pengguna kerana strategi yang berbeza perlu digunakan untuk menjadikan sistem
maklumat lebih bermanfaat. Oleh yang demikian, model TAM ini digunakan oleh pengkaji sebagai asas
kerangka kepada kajian .
7. Metodologi
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif yang bertujuan untuk menganalisis penerimaan
aplikasi e-Daftar dalam kalangan kakitangan NIOSH. Kaedah deskriptif ini menggunakan rekabentuk
kuantitatif dan berbentuk tinjauan bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penerimaan atau penolakan
terhadap aplikasi e-Daftar. Kajian ini juga menggunakan kaedah soal selidik. Borang soal selidik berstruktur
akan digunakan sebagai instrumen utama kajian ini. Menurut Ismail (2013), penggunaan soal selidik dalam
kalangan penyelidik adalah antara metode yang paling popular digunakan. Penyelidik telah memilih survei
menggunakan soal selidik kerana maklumat dapat diperolehi daripada responden yang ramai dan cepat.
Malah, kos membina soal selidik adalah murah dan masa yang diperuntukan juga adalah lebih singkat
berbanding kajian eksperimen (Gillham 2008).

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

639

7.1. Lokasi
Kajian ini tertumpu di Ibu Pejabat (NIOSH) yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor dan semua
lokasi pejabat wilayah iaitu Johor, Melaka, Penang, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.
7.2. Populasi dan sampel
Pensampelan merupakan proses bagi memilih sebilangan subjek daripada populasi untuk dijadikan
responden dalam kajian. Saiz sampel yang lebih kecil daripada saiz populasi dapat membantu penyelidik
membuat keputusan dengan lebih mudah (Ismail 2013). Populasi kajian adalah meruapakan kakitangan
NIOSH yang pernah atau sedang menggunakan aplikasi eDaftar. Sebanyak 126 borang soal selidik daripada
180 edaran borang selidik yang diterima dengan lengkap serta digunakan di dalam kajian ini untuk dikodkan
ke dalam perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0.
7.3. Instrumen
Borang soal selidik adalah instrumen utama yang digunakan bagi mendapatkan keputusan kuantitatif
daripada responden dan penggunaan soal selidik secara dalam talian (online) digunakan sebagai teknik
mengumpul data. Borang soal selidik ini mengandungi 21 soalan yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu
Bahagian A (Demografi – 6 item) dan Bahagian B (Model Penerimaan Teknologi – 15 item). Kesemua soalan
adalah diadaptasi dari pengasas Model tetapi diolah mengikut kesesuaian kajian ini. Penilaian responden
berdasarkan Skala Likert 5 mata iaitu:
1= Sangat tidak setuju

, 2= Tidak setuju, 3= Neutral, 4=Setuju, 5=Sangat setuju

7.4. Ujian Kebolehpercayaan

Pembolehubah

Jadual 1 Ujian kebolehpercayaan
Bilangan item
15

Alpha Cronbach
0.84

Data yang telah diperolehi selepas proses pengumpulan data diuji terlebih dahulu untuk melihat
kesahannya melalui kaedah Alpha Cronbach. Jadual 1 menunjukkan pekali kebolehpercayaan dengan nilai
Alpha Cronbach adalah 0.84 iaitu melebihi dari tahap penanda aras kebolehpercayaan 0.70 yang dicadangkan
oleh Hair (2010). Manakala interprestasi data analisis hubungan bagi kajian ini adalah berdasarkan kepada
cadangan Cohen (1988) seperti Jadual 2.
Jadual 2 Interpretasi kekuatan hubungan
Nilai r
± 0.10 hingga 0.29
0.30 hingga 0.49
0.50 hingga 1.00

Interprestasi
Lemah
Sederhana
Kuat

8. Dapatan Kajian
Seramai 126 kakitangan NIOSH, Malaysia telah terlibat di dalam kajian ini. Dapatan memfokuskan kepada
dapatan demografi, persepsi kemudahgunaan, persepsi kemanfaatan, sikap terhadap penggunaan dan
penggunaan sebenar aplikasi e-Daftar. Jadual 3 menunjukkan frekuensi bagi aspek demografi responden.

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

640

Jadual 3 Maklumat demografi
Demografi
Jantina
Umur
Pengalaman Kerja

Lokasi
Kelayakan Akademik

Lelaki
Perempuan
20 tahun – 29 tahun
30 tahun – 39 tahun
1 tahun – 5 tahun
6 tahun – 10 tahun
Melebihi 10 tahun
Ibu Pejabat
Pejabat Wilayah
Sijil
Diploma
Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana (master)
Lain-lain

Kekerapan
59
67
59
67
51
64
11
61
65
31
41
35
4
15

%
46.80
53.20
46.80
53.20
40.50
50.80
8.70
48.40
51.60
24.60
32.50
27.80
3.20
11.90

Soalan Kajian 1: Apakah persepsi pengguna dalaman terhadap aspek kemudahgunaan aplikasi e-Daftar?
Berdasarkan Jadual 4, secara umumnya keputusan menunjukkan pengguna mempunyai persepsi yang baik
terhadap kemudahgunaan aplikasi e-Daftar dengan memperoleh skor min keseluruhan lebih daripada 3.0.
Jadual 4 Persepsi Kemudahgunaan
Item
1. Saya berpendapat e-Daftar adalah aplikasi mudah
2. Penggunaan e-Daftar adalah mudah
3. Antara muka dan menu yang mudah difahami
4. Mudah mahir menggunakan e-Daftar
Min keseluruhan

Min
3.77
3.91
3.73
3.78
3.79

Sisihan Piawai
0.67
0.60
0.68
0.69

Soalan Kajian 2: Apakah persepsi pengguna dalaman terhadap aspek kebolehgunaan aplikasi e-Daftar?
Jadual 5 menunjukkan bahawa pengguna mempunyai persepsi kebolehgunaan yang tinggi terhadap aplikasi eDaftar dengan skor min keseluruhan adalah 3.84 iaitu lebih daripada 3.0.
Jadual 5 Persepsi Kebolehgunaan
Item
1. Meningkatkan prestasi kerja
2. Tugas menjadi lebih berkesan
3. e-Daftar adalah sangat berguna
4. Meningkatkan produktiviti kerja
Min keseluruhan

Min
3.85
3.79
3.83
3.92
3.84

Sisihan Piawai
0.68
0.61
0.62
0.61

Soalan Kajian 3: Apakah sikap terhadap penggunaan aplikasi e-Daftar dalam kalangan pengguna dalaman?
Berdasarkan Jadual 6, tahap sikap pengguna dalaman terhadap penggunaan aplikasi e-Daftar adalah baik
dengan memperolehi skor min keseluruhan yang agak tinggi iaitu 3.91 dengan lebih 65 peratus subjek
bersetuju bahawa aplikasi e-Daftar adalah satu idea yang baik dalam pengurusan sistem latihan.

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

641

Jadual 6 Tahap sikap terhadap penggunaan aplikasi e-Daftar
Item
1. Penggunaan aplikasi e-Daftar untuk menguruskan latihan adalah
satu idea yang baik
2. Saya mempunyai pandangan yang positif terhadap penggunaan
aplikasi e-Daftar
3. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan aplikasi eDaftar pada masa akan datang
Min keseluruhan

Min

Sisihan Piawai

3.66

0.69

4.07

0.52

4.00

0.65

3.91

Soalan Kajian 4: Apakah tahap penggunaan sebenar aplikasi e-Daftar dalam kalangan pengguna
dalaman?
Rajah 6 Graf kekerapan penggunaan aplikasi e-Daftar dalam sebulan
Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan 64 peratus pengguna menggunakan aplikasi e-Daftar
dengan kekerapan yang tinggi iaitu melebihi 5 kali dalam tempoh sebulan.
Jadual 7
Hasil ujian hubungan antara konstruk
No
1
2
3
4

Item
Kebolehgunaan → Kemudahgunaan
(POU → PEOU)
Kemudahgunaan → Sikap penggunaan
(PEOU → ATU)
Kebolehgunaan → Sikap penggunaan
(POU → ATU)
Sikap penggunaan → Penggunaan sebenar
(ATU → AU)

Sig

R

Kesimpulan

0.00

0.52

SK5 : Signifikan, kuat

0.00

0.50

SK6 : Signifikan, kuat

0.00

0.77

SK7 : Signifikan, kuat

0.00

0.49

SK8 : Signifikan, sederhana

Berdasarkan Jadual 7, hasil pengujian perhubungan antara konstruk dilakukan dengan kaedah ujian
korelasi pearson adalah seperti berikut:
Soalan Kajian 5 : Persepsi kebolehgunaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan persepsi
kemudahgunaan (r=0.52, p

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

ANALISIS ISI LIRIK LAGU-LAGU BIP DALAM ALBUM TURUN DARI LANGIT

22 212 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

ANALISIS SISTEM PENGENDALIAN INTERN DALAM PROSES PEMBERIAN KREDIT USAHA RAKYAT (KUR) (StudiKasusPada PT. Bank Rakyat Indonesia Unit Oro-Oro Dowo Malang)

160 705 25

ANALISIS PROSPEKTIF SEBAGAI ALAT PERENCANAAN LABA PADA PT MUSTIKA RATU Tbk

273 1263 22

PENERIMAAN ATLET SILAT TENTANG ADEGAN PENCAK SILAT INDONESIA PADA FILM THE RAID REDEMPTION (STUDI RESEPSI PADA IKATAN PENCAK SILAT INDONESIA MALANG)

43 322 21

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26