HUBUNGAN ANTARA KAUNSELING DAN AKIDAH

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

HUBUNGAN ANTARA KAUNSELING DAN
AKIDAH
Norazlina Binti Zakaria
Kulliyyah Usuluddin Kolej Universiti Insaniah
Noor Shakirah Mat Akhir
Universiti Sains Malaysia
1.0 PENDAHULUAN
Kaunseling merupakan salah satu ‘hikmah’
yang lahir dalam dunia Barat selepas revolusi
perindustrian, sebagai salah satu ilmu atau sains
teknik penyelesaian masalah dan pembangunan
diri manusia. Hikmah ini, asalnya merupakan
satu hasil pemikiran
ke arah pemantapan
(improvasi) teknik tolong bantu, nasihat dan
penyelesaian masalah kerjaya dan kehidupan
yang melanda masyarakat industri di Barat.
Walaupun kaunseling dianggap sains atau

ilmu aqliyyah, ia tidak dapat dipisahkan daripada
agama, kerana ilmu ini mempunyai kaitan yang
sangat rapat dengan ‘manusia’ dan bukannya
material atau benda seperti ilmu kejuruteraan,
seni bina( arkitektur) atau yang seumpama
dengannya. Setiap yang bersangkut-paut dengan
kehidupan manusia, tidak dapat tidak akan
mempunyai hubungan dengan ‘pencipta’ dan
‘pemilik’ manusia tersebut serta peraturanperaturan yang ditetapkan oleh-Nya kepada
manusia.
1

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

Justeru, meskipun Barat mengumumkan
bahawa ‘kaunseling’ adalah ilmu ciptaan atau
inovasi cetusan aqal mereka, yang mereka
angkat sebagai suatu yang ekslusif dan
profesional, tetapi selagi mana kaunselor atau

klien itu adalah manusia milik Allah, maka,
segala cetusan ilmu dariapda hikmah aqliyyah itu
hendaklah dirujuk statusnya terlebih dahulu
kepada dustur yang ditetapkan Allah SWT
sebagai rujukan manusia, iaitu Al-Quran dan AlSunnah, melibatkan segala aspek yang berkaitan
dengan aqidah, syariat dan juga akhlak.
2.0 MAKSUD KAUNSELING
2.1 Pengertian secara literal
Kaunseling
berasal
dari
perkataan
‘counselling’ dalam Bahasa Inggeris dengan kata
dasarnya
‘counsel’.
Kata
nama
‘counsel’
membawa maksud pertukaran fikiran berkaitan
sesuatu prosedur/ konsultansi, pendapat yang

diberikan selepas konsultansi, bantuan atau
arahan untuk membuat penghakiman, nasihat,
menunjuk
arah,
keputusan,
rahsia
yang
dipegang, penasihat yang dipercayai atau
memegang rahsia, badan penasihat, badan
penasihat undang-undang, seseorang yang
dipercayai dan diyakini untuk meyimpan
perencangan atau memegang rahsia1.
1 Lihat The Oxford English Dictionary, Second Edition, Vol. III, Oxford : Clarendon Press, 1991, m.s. 10101018.

2

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

Kata kerja ‘counsel’ pula membawa maksud

memberi atau menawarkan nasihat atau
menasihati, memberi cadangan, berunding,
mempertimbangkan
suatu
perkara,
atau
memikirkan
suatu
perkara2.
‘Counseling’
diertikan sebagai perbuatan memberi nasihat
sama
ada
berkaitan
peribadi,
kemasyarakatan(sosial) atau kejiwaan(psikologi)
dan sebagainya. Ia juga bermakna satu bentuk
terapi kejiwaan (psikoterapi) apabila seorang
kaunselor menggunakan peranannya secara
permisif atau pendorong(supportive) untuk

membolehkan seseorang klien menyelesaikan
masalahnya3.
2.2 Pengertian dari segi istilah
Terdapat banyak definisi kaunseling secara
istilah, tetapi yang diketengahkan di sini adalah
definisi yang dicatatkan dalam Akta Kaunselor
2008:
“Satu
proses
sistematik
untuk
membantu
perhubungan
berdasarkan prinsip-prinsip psikologi
yang dilaksanakan oleh kaunselor
berdaftar
mengikut
kod
etika
kaunseling untuk mencapai suatu

perubahan,
kemajuan
dan
2 Ibid,m.s. 1018-1024.
3 Ibid, m.s. 1025

3

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

penyesuaian yang holistik, baik dan
sukarela pada diri klien, supaya
perubahan,
kemajuan
dan
penyesuaian itu akan berterusan
sepanjang hayat klien”
Bersandarkan kepada takrifan tersebut maka
dapatlah dirumuskan bahawa kaunseling perlu

ada elemen-elemen berikut:
i)
ii)
iii)
iv)
v)

vi)

vii)

Prinsip asasnya adalah untuk membantu
klien
Ia
melibatkan
suatu
proses
yang
terancang dan teratur
Ia mestilah dikendalikan oleh kaunselor

bertauliah
Ia menggunakan ilmu dan prinsip
psikologi
Kaunselor perlu mematuhi kod etika yang
diputuskan oleh Lembaga Kaunselor
Malaysia
Matlamat
kaunseling
adalah
untuk
membawa perubahan klien ke arah yang
lebih
baik
atau
membantu
klien
menyelesaikan
masalah
yang
dihadapinya

atau
membantunya
menyesuaikan
diri
dengan
persekitarannya
Segala proses kaunseling dan perubahan
atau penyelesaian oleh klien hendaklah
berlaku secara sukarela
4

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

Justeru dapat difahami daripada takrifan
dalam Akta Kaunselor, bahawa kaunseling
bukanlah aktiviti pertolongan atau penasihatan
biasa, tetapi ia adalah suatu khidmat profesional
oleh penasihat yang mempunyai ilmu psikologi
dan terlatih dengan prosedur-prosedur kaunseling

yang telah ditetapkan.
Berdasarkan Akta Kaunselor 1998, ‘kaunselor’
di Jabatan-Jabatan Agama yang tidak mempunyai
kelayakan
profesional
atau
lesen
untuk
mengendalikan kaunseling, tidak boleh dipanggil
dengan gelaran‘kaunselor’, sebaliknya perlu
diigelar ‘Penasihat Syar’iyy’4.
Begitu juga, mereka yang membantu
seseorang untuk menyelesaikan masalah, dengan
memberi nasihat atau teguran tanpa ada asasasas psikologi atau prosedur-prosedur tertentu
tidak dianggap sebagai sedang memberi
kaunseling. Dalam etika kaunseling, klien
mestilah bersedia menerima bantuan tanpa
paksaan dan melakukan perubahan secara
sukarela tanpa pengaruh atau tekanan daripada
kaunselor. Maka seorang ibu, guru, majikan,

imam atau penghulu yang menggunakan
autoritinya untuk
menasihat, menegur atau
4 Siti Zalikhah Md Nor (2002), Kaunseling Menurut Perspektif Islam, Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan
Pustaka, m.s. 34.

5

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

merubah tingkah laku tidak dianggap sebagai
‘mengkaunseling’ anak/murid/pekerja/anak buah
mereka. Demikian juga, seseorang yang tidak
terlatih dalam disiplin ilmu psikologi dan
kaunseling atau tiada tauliah, tidak boleh
menggelarkan dirinya sebagai seorang kaunselor.
Walaubagaimanapun, ini adalah takrifan yang
diputuskan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia,
berasaskan kepada pengajian atau disiplin ilmu
kaunseling yang diasaskan di Barat. Namun,
apabila kita ingin membincangkan tentang
‘Kaunseling Islam’ maka suatu penakrifan
tersendiri perlulah dibentuk berasaskan nas-nas
dalam Al-Quran dan al-Hadith, serta pengamalan
sepanjang sirah atau atau tarikh (sejarah) Islam.
Zulkifli Yusuf5 berpendapat bahawa :
“Para ulama dan kaunselor sepatutnya
memberi definisi yang jelas tehadap
istilah nasihat dalam Islam supaya tidak
dianggap serong atau dianggap tidak
menepati
kehendak
kaunseling
sekarang.”
Siti Zalikhah Md Nor cuba menonjolkan
persamaan antara kaunseling dan sistem hisbah
dalam Islam, walaubagaimanapun, beliau sedar
bahawa ada perbezaan penting antara hisbah
5 Zulkifli Yusuf (1992), Bimbingan Kaunseling di Malaysia Satu Tinjauan, Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn.
Bhd, m.s. 145.

6

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

dan
kaunseling
konvensional
iaitu
ketidakupayaan
kaunselor
untuk
bertindak
termasuk jika pilihan yang dibuat oleh klien
bertentangan dengan syariat Islam, disebabkan
prinsip bahawa klien mempunyai kebebasan
penuh dalam menntukan pilihan, keputusan atau
tindakannya6. Beliau juga telah menggariskan
beberapa etika tambahan untuk kaunseling Islam
selain menggunapakai etika PERKAMA7.
Adawiyah Ismail juga mengaitkan kaunseling
dengan hisbah apabila beliau menganggap
bahawa
kaunseling
merupakan
bentuk
perencanaan sosial yang mempunyai hubungan
dengan institusi hisbah, selain peranannya
sebagai
perkhidmatan
kebajikan8.
Beliau
mengistilahkan kaunselor sebagai muhtasib.
Beliau juga menganggap bahawa perundingcara
boleh dianggap sebagai kaunselor, disebabkan
peranan yang hampir sama sementalahan Kamus
Inggeris Melayu Dewan menyebut kaunseling
sebagai rundingcara9.
2.3 TAKRIF
KAUNSELING
PERSPEKTIF ISLAM

DARIPADA

6 Siti Zalikhah Md Nor (2002), Kaunseling Menurut Perspektif Islam, Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan
Pustaka, m.s. 8-16.
7
8 Adawiyah Ismail (2007), Kaunseling Islam – Ke Arah Pembentukan Keluarga Dinamik, Shah

Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd, m.s.21 & 33.
9 Ibid, m.s. 22-23.

7

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

Kaunseling hanya mula berkembang di
negara-negara Arab pada tahun 1970-an,
bermula di Jordan diikuti Kuwait, melalui khidmat
bimbingan di sekolah yang diistilahkan sebagai
at-taujih (‫)التوجيه‬. Kemudian seminar dan forum
berkaitan kaunseling mula giat diadakan pada
tahun 1980-an dan kaunseling diistilahkan
sebagai al-Irsyaad al-Nafsiyy( ‫)الرشاد النفسي‬
secara literal bermaksud petunjuk kejiwaan atau
al-Irsyaad al-Nafsiyy al-Tarbawiy (‫الرشاد النفسي‬
‫)اتتتتتتلتتربوي‬10
bererti
petunjuk
kejiwaan
dan
pendidikan.
Al-Irsyaad dari kata dasar rasyada (
‫)ر ش‬secara literal bermaksud ‘menunjukkan atau
‫شد‬
menerangkan11.
Di dalam al-Quran perkataan al-rusyd
membawa maksud jalan yang betul/benar.
      
12
     
“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana
sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam)
dari kesesatan (kufur)”

10 Lihat Siham Darwisy Abu ‘Iyat (1988), Mabadii’ al-Irsyaad al-Nafsiyy, Kuwait: Daar al-Qalam, m.s.30-31.
11 Ibnu Manzuur, Lisaan al-‘Arab, Jilid 3.
12 Surah Al-Baqarah, ayat 256.

8

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

    
    
13
  
“Kitab yang memberi panduan ke jalan yang
betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami
tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu
makhluk dengan Tuhan kami.”










 

    
14
 
“(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan
orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka
berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami
rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahankemudahan serta pimpinan kepada kami untuk
keselamatan agama kami.”

Dalam salah satu Hadith Rasulullah SAW ,
irsyaad membawa maksud petunjuk yang benar.
‫وأ هببو‬
‫حد دث نننا أ هببو‬
‫حد دث نننا ه‬
‫احل ه ح‬
‫هننادد ن‬
‫ن‬
‫ص ه‬
‫ح ه‬
‫و ص‬
‫شةة‬
‫نتتت احل ه ح‬
‫ةةة تتتتتتتتتتتتتتتتتتتتعن‬
‫وةةةةةةةةةةةةةةةةةيه ه‬
‫م ه‬
‫عةةةةةةةةةةةةةةةةة ه‬
‫ب‬
‫عا ص‬
‫م ص‬
‫ه‬
‫سو ب‬
‫قا ه‬
‫ههري حهرةه نقا ن‬
‫م‬
‫ل‬
‫ه ه‬
‫ب‬
‫عل هي ح ص‬
‫ل الل ن ص‬
‫و ه‬
‫ل هر ب‬
‫سل ن ه‬
‫صنلى الل ن ب‬
‫ه ه‬
‫ه ه‬
13Surah Al-Jinn, ayat 2.
14 Surah Al-Kahf, ayat 10 .

9

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

‫ه‬
‫ه‬
‫م ح‬
‫م ه‬
‫ة‬
‫ن‬
‫م‬
‫م ه‬
‫ه‬
‫م أحر ص‬
‫ضا ص‬
‫ؤذذ ب‬
‫ما ب‬
‫ن الل ن ب‬
‫م د‬
‫م د‬
‫شدح احلئ ص ن‬
‫ه ن‬
‫ؤت ه ه‬
‫ن ب‬
‫وال ح ب‬
‫احل ص ه‬
‫ه‬
15
‫وا ح‬
‫م ه‬
‫ن‬
‫غ ص‬
‫ؤذذصني ه‬
‫فحر ل صل ح ب‬
‫ه‬
Ia
juga
kesejahteraan

bemaksud

kebaikan

atau

      
     
16
  
“Dan
bahawa
sesungguhnya
kami
tidak
mengetahui adakah (dengan adanya kawalan
langit yang demikian) hendak menimpakan bala
bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan
mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada
mereka?”
Al-Rusyd juga bermaksud keupayaan untuk
berfikir atau menentukan apa yang baik dan
keupayaan mengurus dengan baik.
   







   
17
 
“Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh)
sehingga
mereka
cukup
umur (dewasa).
Kemudian jika kamu nampak dari keadaan
‫ذ‬
15 ‫ المام ضامن‬- ‫ب ال لأ ذذذانن‬
‫ ألبذوا ب‬- ‫ كنذتاب ال ص ذصذلانة‬- ‫تحفة الحوذي شرح سنن الترمذي‬
- 524 ‫ص‬
16 Surah Al-Jinn, ayat 10.
17 Surah An-Nisaa, ayat6.

10

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa
mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga
hartanya, maka serahkanlah kepada mereka
hartanya”
Ia juga membawa makna keupayaan untuk
berfikir dalam mencari kebenaran.
    
    
18
  
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi
kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang
benar dalam bertauhid dan Kami adalah
mengetahui akan halnya.”

2.3.1
ISTILAH ‘KAUNSELING’
AL-QURAN DAN AL-HADITH

DALAM

Sekiranya kita ingin mencari kalimah dalam
al-Quran dan al-Hadith yang membawa maksud
yang sama dengan kaunseling secara istilahnya,
iaitu ‘proses sistematik untuk menolong klien
menggunakan kaedah psikologi’, maka kita tidak
akan menjumpai kalimah tersebut di dalam dua
dustur utama umat Islam tersebut, bahkan tiada
perkataan khusus dalam perbendaharaan kata
Bahasa Arab mewakili istilah khusus itu.
Walaubagaimanapun, maksud kaunseling dari
18 Surah Al-Anbiyaa, ayat 51.

11

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

segi bahasa/literal “memberi atau menawarkan
nasihat atau menasihati, memberi cadangan,
berunding, mempertimbangkan suatu perkara,
atau memikirkan suatu perkara”, bolehlah
diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab sebagai
nashaha ( ‫ )نصح‬iaitu memberi nasihat, rasyada (
‫) رشد‬bermaksud memberi petunjuk , wa’adza (
‫)وعظ‬bermakna memberi pengajaran, wassa (
‫صى‬
‫ )و ش‬bermaksud memberi nasihat atau wajjaha (
‫جه‬
‫)و ش‬bererti menunjuk arah.
Justeru, untuk memeberi makna kepada
kaunseling dari perspektif Islam, maka penelitian
haruslah dilakukan terhadap nas-nas al-Quran
dan al-Hadith yang mengaitkan nashaha ( ‫)نصح‬,
rasyada ( ‫) رشد‬,wa’adza ( ‫)وعظ‬, wassa ( ‫صى‬
‫ )و ش‬,
atau wajjaha (‫جه‬
‫ )و ش‬dengan psikologi atau
kejiwaan (al-nafsiyy – ‫ )النفسي‬atau yang ada
kaitan dengan situasi menghadapi kesulitan atau
masalah.
Daripada
penelitian
tersebut,
didapati
bahawa kalimah wa’adza ( ‫ )وعظ‬dan kata-kata
terbitannya seperti maw’idzah ‫موعظة‬
adalah
kalimah yang paling banyak digunakan bila
dikaitkan dengan kejiwaan atau psikologi
manusia berbanding perkataan nashaha ( ‫)نصح‬,
rasyada ( ‫) رشد‬, wassa ( ‫صى‬
‫)و ش‬
‫ )و ش‬, atau wajjaha ( ‫جه‬
dan terbitan-terbitannya.
12

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

    
    
    
19
   
“Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh
Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh
itu berpalinglah engkau daripada mereka dan
nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada
mereka kata-kata yang boleh memberi kesan
pada hati mereka.”




   




   
20

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah
datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi
nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang
menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin
yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi
hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta
membawa rahmat bagi orang-orang yang
beriman.”
     
     




19 Surah An-Nisaa, ayat 63.
20 Surah Yunus, 57.

13

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

  
21
 
“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu,
kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad),
untuk menguatkan hatimu dengannya dan telah
datang kepadamu dalam berita ini kebenaran
dan pengajaran serta peringatan bagi orangorang yang beriman.”

Dalam masalah rumahtangga, perkataan
wa’adza juga banyak digunakan sebagai jalan
penyelesaian.
 …   



   
   
22
   
“ ...dan perempuan-perempuan yang kamu
bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz)
hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika
mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat
tidur dan (kalau juga mereka masih degil)
pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang
bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka
taat kepada kamu, maka janganlah kamu
mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.”
21 Surah Hud, ayat 120.
22 Surah An-Nisaa, ayat 34

14

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012








  


 

      




    
23
     
“Kemudian, apabila mereka (hampir) habis
tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang
mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau
lepaskan mereka dengan cara yang baik dan
adakanlah dua orang saksi yang adil di antara
kamu
(semasa
kamu
merujukkan
atau
melepaskannya) dan hendaklah kamu (yang
menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu
kerana Allah semata-mata. Dengan hukumhukum yang tersebut diberi peringatan dan
pengajaran kepada sesiapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang
bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan
suruhanNya dan meninggalkan laranganNya),
nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan
keluar
(dari
segala
perkara
yang
menyusahkannya)”

23 Surah At-Talaq, ayat 2

15

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

   




    



    
    
    
24
     
“Maka bagaimana halnya apabila mereka
ditimpa
sesuatu
kemalangan
disebabkan
(kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan
mereka sendiri, kemudian mereka datang
kepadamu sambil bersumpah: Demi Allah, kami
tidak
sekali-kali
menghendaki
melainkan
kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak
yang berbalah). Mereka itulah orang-orang yang
diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam
hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau
daripada mereka dan nasihatilah mereka, serta
katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh
memberi kesan pada hati mereka.”

Adapun perkataan nashiihah banyak digunakan
di dalam al-Quran berkaitan nasihat atau seruan
ke arah keimanan dan mengingati Allah serta
menurut panduan Rasul dengan ikhlas termasuk
24Surah An-Nisaa, ayat 59-63

16

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

ketika ditimpa ketika ditimpa masalah atau
kesusahan.
    
     
25
  
“(Tugasku)
menyampaikan
kepada
kamu
perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Tuhanku,
serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang
aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan
apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
    
26
    
“(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan
perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku
dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah,
bagi kamu.”
‫ن‬
‫ن‬
‫حد دث نننا أ نببو انل ن ن‬
‫ن ع بب ني ند ن الل دهب‬
‫ن أ د‬
‫ن ال ن ن‬
‫حد دث نننا أببو ن بعني نم م ن‬
‫ن‬
‫ح ن‬
‫شه ن ب‬
‫ب عن ن‬
‫س ب‬
‫قا ن‬
‫ق ن‬
‫ل‬
‫ت بفيهب فن ن‬
‫ن زبنياد م ن‬
‫ض ه ب ال د ب‬
‫منر ب‬
‫مع ن ب‬
‫ن ين ن‬
‫ما ن‬
‫ذي ن‬
‫سارم بفي ن‬
‫عاد ن ن‬
‫ل بن ن‬
‫بن ن‬
‫حد نث ب ن‬
‫ق ل‬
‫ه‬
‫ه ب‬
‫س ب‬
‫ح ب‬
‫مع ن ب‬
‫ك ن‬
‫م ن‬
‫ن نر ب‬
‫ديثثا ن‬
‫صدلى الل د ب‬
‫معنت ب ب‬
‫ل إ بنني ب‬
‫ه ن‬
‫لن ب‬
‫ل الل دهب ن‬
‫سو ب‬
‫م ن‬
‫قو ب‬
‫ن‬
‫م ين ب‬
‫ما ب‬
‫س ب‬
‫ه ع نل ني نهب ون ن‬
‫م ن‬
‫ع نل ني نهب ون ن‬
‫ل ن‬
‫سل د ن‬
‫صدلى الل د ب‬
‫معن ب‬
‫سل د ن‬
‫ي ن‬
‫م ن‬
‫ت الن دب ب د‬
‫ة‬
‫ست ننر ن‬
‫ح ن‬
‫عي د ث‬
‫ه نر ب‬
‫حط ننها ب بن ن ب‬
‫جد ن نرائ ب ن‬
‫صي ن‬
‫م ين ب‬
‫ع نب ند م ا ن‬
‫م ين ب‬
‫حةم إ بدل ل ن ن‬
‫ة فنل ن ن‬
‫عاه ب الل د ب‬
27
‫جن دةب‬
‫ال ن ن‬
25 Surah Al-A'raf, ayat 62
26 Surah Al-A'raf, ayat 68
27
‫ذ‬
‫ ذباب ذما ذجاذء أ ذ صذن ال لإ نذماذم ذضانمنن‬- ‫ب ال لأ ذذذانن‬
‫ ألبذوا ب‬- ‫ كنذتاب ال ص ذصذلانة‬- ‫سنن الترمذي‬27
‫ذوال لبمؤذنصذذن بمؤلتذذمنن‬
- ‫ مباب مما مجامء أ م ذ من ال ؤذإممامم مضاذمنن موال ؤمممؤ ذذمن ممؤؤتمممنن‬- 402 ‫ص‬

17

‫‪Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim‬‬
‫‪Malaysia, 17– 21 Disember 2012‬‬

‫‪Walaubagaimanapun, perkataan nashiihah‬‬
‫‪banyak digunakan dalam Hadith Nabawi dalam‬‬
‫‪hal ehwal yang bersangkutan dengan pengaduan‬‬
‫‪masalah kepada Nabi SAW.‬‬
‫ن‬
‫حد دث نننا ع ن ن‬
‫ب نقا ن‬
‫ل‬
‫حد دث نننا أببي ن‬
‫مد ب ن‬
‫ن‬
‫ن ال د‬
‫ص ن‬
‫سائ ب ب‬
‫حد دث نننا ع نب ند ب ال د‬
‫طابء ب ن ب‬
‫ن‬
‫ن‬
‫حدث نبني حكيم ب ن‬
‫سو ن‬
‫ن أ نببيهب نقا ن‬
‫ل‬
‫حد دث نبني أببي أ د‬
‫ل ن‬
‫ن أببي ي بن‬
‫ن د‬
‫ن نر ب‬
‫زيد م ع ن ن‬
‫ن ب ب ن ب‬
‫م نقا ن‬
‫ن‬
‫ل دن ب‬
‫م ب‬
‫س يب ب‬
‫ب ب نعن ب‬
‫صي ب‬
‫ه ع نل ني نهب ون ن‬
‫ضه ب ن‬
‫سل د ن‬
‫صدلى الل د ب‬
‫عوا الدنا ن‬
‫الل دهب ن‬
‫م ن‬
‫ن‬
‫‪28‬‬
‫ه‬
‫م أن ن‬
‫ص ن‬
‫ح ‪ -‬ص ‪ - 419‬أ ن‬
‫ص ن‬
‫ض فنإ بنذا ا ن‬
‫ح ب‬
‫حد بك ب ن‬
‫خاه ب فنل ني نن ن ن‬
‫ست نن ن ن‬
‫ب نعن م‬
‫‪Perkataan nasiihah juga digunakan berkaitan‬‬
‫‪bantuan‬‬
‫‪penghuraian‬‬
‫‪persoalan‬‬
‫‪psikologi‬‬
‫‪antaranya dalam penafsiran mimpi.‬‬
‫ن‬
‫أن ن‬
‫ن ع نب ند ب الل دهب ن‬
‫م ن‬
‫ح د‬
‫خب ننرننا ب‬
‫زيد ب ب ن ب‬
‫مد ب ب ن ب‬
‫حد دث نننا ي ن ب‬
‫ن أ نببي هبنري ننرة ن‬
‫ن ب‬
‫بزنري نمع ن‬
‫حد دث نننا ن‬
‫ن عن ن‬
‫ري ن‬
‫ن قننتاد نة ن ع ن ن‬
‫سبعيد ل ع ن ن‬
‫سي ب‬
‫ن اب ن ب‬
‫ع نن النبي صدلى الل ده ع نل نيه وسل د ن‬
‫ه ن‬
‫قو ب‬
‫صوا الصرؤ ننيا‬
‫ل نل ت ن ب‬
‫ن ين ب‬
‫كا ن‬
‫م أن د ب‬
‫ن ب ن ن ن‬
‫ب‬
‫ق ص‬
‫ن دب ن ن‬
‫عال بم أ ن‬
‫‪29‬‬
‫ن‬
‫د‬
‫ح‬
‫ص‬
‫نا‬
‫و‬
‫ب‬
‫ن‬
‫ن‬
‫م‬
‫إ بل ع نلى ن م‬
‫‪Perkataan wasiyyah pula digunakan dalam‬‬
‫‪al-Quran dengan membawa makna berpesan‬‬‫‪pesan.‬‬
‫فتح الباري شرح صحيح البخاري ‪ -‬كنذتاب ال لبببيونع ‪ -‬بيع الحاضر للبادي ‪28‬‬
‫ص ‪434‬‬

‫عن لبهلم أ ذلجذمنعيذن ‪ -‬الرؤيا معلقة برجل طائر ما لم يحدث بها صاحبها فإذا حدث بها ‪29‬‬
‫مسند أحمد ‪ -‬أ ذ ص ذوبل بملسن ذند ال لذمذدنن صنييذن ذرنضذي الل ص ذبه ذ‬
‫وقعت‬

‫‪18‬‬

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012






  






30
 
“Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu,
dia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang
beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta
berpesan-pesan
dengan
kasih
sayang.
(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman
serta berusaha mengerjakan amal-amal yang
tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah
golongan pihak kanan (yang akan beroleh
Syurga).”
Sebagai kesimpulannya, meskipun perkataan
maw’idzah ada digunakan sebagai sebagai
perkataan yang dekat dengan makna kaunseling,
tetapi ia turut digunakan bagi menggambarkan
maksud-maksud nasihat lain, pengajaran dan
peringatan yang tidak berbentuk ‘kaunseling’
(Lihat surah-surah An-Nisaa, 58,An-Nahl,90,AnNur 34, An-Nisaa 58, An-Nahl 90, dan An-Nur,34).
Begitu juga perkataan an-nashiihah, meskipun
ada dalam hadith-hadith yang disebutkan
sebelum ini menggambarkan ia berkait dengan
‘kaunseling’, tetapi ia juga membawa maksud
penasihatan yang bukan ‘kaunseling’.

30 (Al-Balad 017-018)

19

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

Justeru, satu
kesimpulan dapat dibuat
bahawa kaunseling adalah suatu ‘hikmah’ yang
disebutkan oleh AllahSWT dalam firman-Nya
31

‫ل نرب ن ن‬
‫مو ن ب‬
‫ك ببال ن ب‬
‫سن نةب‬
‫عظ نةب ال ن ن‬
‫ح ن‬
‫اد نع ب إ بنلى ن‬
‫مةب نوال ن ن‬
‫حك ن ن‬
‫سببي ب‬

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)
dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik”
Makna ‘al-hikmah’ sangat subjektif, dan
terbuka kepada inovasi dan kebijaksanaan
manusia. Namun, matlamatnya sama seperti
dakwah dan nasihat, iaitu membawa manusia
‘kembali’ ke jalan Allah. Hikmah ini telah
dinamakan oleh para sarjana Arab sebagai ‘alIrsyad An-Nafsi
Kedudukan kaunseling boleh digambarkan
seperti diagram berikut:

Dakwah

Amar Makruf Nahi Munkar

Nasihat/
Maw'izah
/Irsyad

31 Surah AN-Nahl, ayat 125

20

Hikmah

Ta’aawun

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

Kaunseling

Dakwah32
KAUNSELING
ISLAM
TIDAK
BOLEH
DIPISAHKAN DARIPADA NASIHAT
Aminah, Rusnani dan Nordin menyatakan bahawa
kaunseling adalah satu proses menolong tetapi
bukan merupakan memberi nasihat33.

KAUNSELING
MASALAH?

BUKAN

UNTUK

MENYELESAI

Aziz Salleh telah menggariskan beberapa tujuan
kaunseling, antaranya adalah menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh seseorang klien.
32 Ali imran, 104

33 Aminah Hj Hashim, Rusnani A. Kadir dan Nordin Kardin (1985), Kaunseling Kelompok :

Satu Model, Kertas kerja seminar Kebangsaan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah,
Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, 1-2 Ogos.

21

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

KAUNSELOR BUKAN MUHTASIB, KAUNSELING
BUKAN
HISBAH,
TETAPI
BOLEH
MENJADI
SEBAHAGIAN DARIPADA PROSES HISBAH
Siti Zalikhah Md Nor cuba menonjolkan
persamaan antara kaunseling dan sistem hisbah
dalam Islam, walaubagaimanapun, beliau sedar
bahawa ada perbezaan penting antara hisbah
dan
kaunseling
konvensional
iaitu
ketidakupayaan
kaunselor
untuk
bertindak
termasuk jika pilihan yang dibuat oleh klien
bertentangan dengan syariat Islam, disebabkan
prinsip bahawa klien mempunyai kebebasan
penuh dalam menntukan pilihan, keputusan atau
tindakannya34.
Beliau meletakkan nasihah,
tadhkirah,
irsyad,
qudwah35,
qiyadah,
tawshiyyah36
dan
islah37
sebagai
teknik
pendekatan kaunseling38.
Adawiyah Ismail juga mengaitkan kaunseling
dengan hisbah apabila beliau menganggap
34 Siti Zalikhah Md Nor (2002), Kaunseling Menurut Perspektif Islam, Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan
Pustaka, m.s. 8-16.
35 Al-saff, 2-3
36 Al-balad, 17
37 Lihat surh al-Nisa, 114
38 Ibid, m.s. 19.

22

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

bahawa
kaunseling
merupakan
bentuk
perencanaan sosial yang mempunyai hubungan
dengan institusi hisbah, selain peranannya
sebagai
perkhidmatan
kebajikan39.
Beliau
mengistilahkan kaunselor sebagai muhtasib.
Beliau juga menganggap bahawa perundingcara
boleh dianggap sebagai kaunselor, disebabkan
peranan yang hampir sama sementalahan Kamus
Inggeris Melayu Dewan menyebut kaunseling
sebagai rundingcara40.

3.0 HUBUNGAN ANTARA KAUNSELING DAN
AKIDAH
SECARA
UMUM
(SISTEM
KEPERCAYAAN)
3.1 KEMUNCULAN
KECENDERUNGAN
KAUNSELING SPIRITUAL
Perkhidmatan kaunseling professional
yang dimulakan di Barat pada tahun 1900-an
selepas Revolusi Perindustrian, asasnya
bersifat sekular. Sigmund Freud yang menjadi
pencetus
kepada
disiplin
kaunseling,
mengasaskan teori psikoanalisisnya secara
39 Adawiyah Ismail (2007), Kaunseling Islam – Ke Arah Pembentukan Keluarga Dinamik, Shah

Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd, m.s.21 & 33.
40 Ibid, m.s. 22-23.

23

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

sekular, meskipun beliau adalah seorang
Yahudi. Pendekatan sekular yang sama diikuti
oleh tokoh-tokoh ilmu kaunseling berikutnya
seperti Albert Ellis, Eric Berne, William
Glasser dan Carl Rogers. Meskipun percubaan
untuk menghubungkan antara psikologi dan
spiritualiti wujud seawal akhir abad ke- 20
melalui usaha William James(1842-1910),
Carl Jung (1875-1961) dan Gordon Allport
(1897-1967), hanya pada tahun 1950-an
barulah timbul kecenderungan yang tinggi di
Barat untuk memasukkan elemen spriritual
dan keagamaan ke dalam terapi psikologi
dan kaunseling yang dicetuskan antaranya
oleh Erich Fromm(1900-1980) , Bergin (1988)
dan Vande Kemp (1996)41.
Selain faktor sejarah pemberontakan ke
atas agama pada zaman Renaissance yang
membawa
kepada
sekularisme
dan
materialisme42, antara sebab lain wujudnya
jurang antara kaunseling dan spiritualiti serta
agama adalah kerana ketiadaan teori,
penyelidikan dan latihan kepada kaunselor
berkaitan kaunseling keagamaan ini 43. Selain
itu, turut timbul isu penggunaan kaunseling
41 Miller, Geri (2003). Incorporating spiritualiti in counseling and Psychoterapy. New Jersey : John Wiley &
Sons, Inc, m.s. 31-32.

42 Lihat Hasan Langgulung (1990)

24

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

keagamaan secara bias ke atas klien yang
berlainan akidah pada tahun 1970an hingga
1980an
yang
menyebabkan
American
Psychiatric Association (APA) mengeluarkan
garispanduan pemisahan antara agama dan
terapi44. Sebaliknya, jika agama kaunselor
dan klien adalah sama pula, penggunaan
desakan unsur-unsur keagamaan dianggap
bertentangan dengan etika kaunselor, kerana
ia
boleh
menimbulkan
ketidakselesaan
kepada klien45.
Walaubagaimanapun kaunseling pastoral
(Kristian) tetap dilaksanakan di gereja,
manakala kaunseling sekular dilaksanakan di
sekolah, kilang-kilang atau pusat pemulihan
mental46.

3.2 PERKARA-PERKARA
BERKAITAN
AKIDAH YANG ADA KAITAN DENGAN
KAUNSELING
43 Lihat Richards, P.S., & Bergin A.E. (Eds) (1977). A Spiritual strategy for counseling and psychoteraphy.
Washington DC : American Psychologocal Association, dalam Miller, Geri (2003). Incorporating spiritualiti in
counseling and Psychoterapy. New Jersey : John Wiley & Sons, Inc, m.s 23.

44 Miller, ibid, m.s. 24-26.
45 Ibid, m.s. 30.
46 Lihat Ishammudin Ismail (2001),

25

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

Disiplin kaunseling konvensional melibatkan
aspek-aspek berikut47 :
i)

Matlamat
a.Baiki hubungan dengan sekeliling
(percaya-mempercayai, rasa selamat)
b.Perubahan tingkah laku
c. Bantu membuat keputusan/pilihan
d.Memberi
kemahiran
daya
tindak
(termasuk teknik belajar berkesan)
e.Membantu berfikir secara rasional
(untuk pulihkan tekanan jiwa)
f. Mengajar
untuk
bertanggungjawab
pada diri
g.Baiki imej negatif

ii)

Fungsi
a.Melihat masalah secara objektif
b.Faham
tentang
diri
dan
persoalan/masalah
c. Bantu bertindak (termasuk teknik atau
pengurusan masa)
d.Merancang masa depan (termasuk
dalam pemilihan kejaya)

iii) Proses
a.Pra (latar belakang klien, tempat yang
selesa, kemampuan kaunselor)
b.Semasa
(penyediaan
diri
klien,
penjelasan,
struktur,
perhubungan,
47 Lihat Sapora Sipon, Wan Anor Wan Sulaiman (2002), Pengantar Kaunseling , Petaling Jaya : Prentice Hall
Pearson Malaysia Sdn. Bhd., m.s. 11-34.

26

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

penerokaan,
pengukuhan,
perancangan)
c. Selepas (pemantauan, rumusan)
iv) Prinsip
a.Klien individu normal dan bukan pesakit
mental
b.Perlu dikendalikan kaunselor terlatih
c. Kaunselor mempunyai ilmu psikologi
d.Proses pendengaran berlaku
e.Bukan paksaan (perlu ada kepercayaan
klien terhadap kaunselor)
f. Perubahan klien berlaku secara sukarela
g.Klien rancang /membuat keputusan
sendiri (klien pilih matlamat sendiri,
termasuk kanak-kanak)
h.Berlaku proses temubual
i. Sulit
j. Beretika (harga diri dihormati)
k. Tidak menghadkan klien (semua klien
perlu diterima)
l. Sistematik
m. Ada kemajuan pada klien
n.Kaunselor
harus
percaya
dan
mengiktiraf
kemampuan
individu
(manusia itu unik, hormati perbezaan,
tidak pandang rendah)
o.Guna teori ikut kecenderungan sendiri
p.Klien perlu faham diri sendiri
q.Hubungan permisif (tiada paksaan,
tidak boleh paksa klien terima idea)
r. Orientasi masa depan dan masa kini
27

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

v)

Teori (Model) dan Teknik
a.Psikoanalitik (Freud) – id, ego dan
superego berinteraksi bagi menghasilkn
tingkahlaku,
mengubah
tingkahlaku
ialah dengan memahami pengalaman
masa lalu dan mengubah perkara tidak
sedar kepada sedar. Teknik –perkaitan
bebas,
pentafsiran,
tafsir
mimpi,
analisa, pentafsiran penahanan serta
analisa pemindahan48.
b.Kaunseling Keperibadian Fenomenologi
memahami
dan
merasakan
pengalaman klien, klien menanggapi
persekitaran
mengikut
pandangannya
tersendiri(mempunyai hak pada diri)
seterusnya bertanggungjawab pada
pilihannya, penekanan pada masa
sekarang bukan masa lepas (Kellypsikologi
pembentukan
peribadi,
Grinker-transaksional, Carkhuff-elektik,
Rogers-pemusatan klien, Perls-psikologi
Gestalt, kesedaran yang tinggi bersifat
di sini dan sekarang’)49. Teknik-pelbagai,

48 Lihat Sapora Sipon & Hapshah Yusuf (2010), Pengenalan Kepada Profesion Kaunseling, Nilai: Penerbit
USIM,m.s. 84-86.
49 Lihat Muhd Mansur Abdullah, Siti Nordinar Mohd Tamin (1993), Pengantar Kaunseling, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka,m.s. 225-235.

28

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

menitikberatkan hubungan kaunselor
dan
klien50,
Gestaltpermainan
berdialog, ‘making the round’, ‘saya
yang bertanggungjawab’, ‘saya ada
suatu rahsia’51.
c. Psikoterapi Pendekatan Rasional Emotif
(RET)(Williamson, Thorne dan Ellis, Tosi)
- pencerahan dalaman klien melalui
logik untuk menimbulkan kesedaran
dan mengatasi emosi hingga terjadinya
perubahan
tingkahlaku,
dengan
diagnosis sebagai asas rawatan)52,
Teknik

berhujah,
mencabar
kepercayaan,
permainan
peranan,
terapi tingkah laku53.
d.Existensial/Kewujudan (Sartre, Frankl,
Boss, Kaam, May) - manusia dari segi
psikologi adalah unik, tersendiri dan
selalu berubah-rubah, manusia sedar
dan mampu membuat keputusan
sendiri,
penyelesaian
dipusatkan
kepasa situasi klien dan pilihannya,
bukan
masalahnya
atau
50 Sapora Sipon, op.cit, m.s. 88.
51 Ibid, m.s. 92.
52 Muhd Mansur Abdullah,op.cit., m.s. 253-260, lihat juga H.M Arifin (1996), Teori-teori Konseling Umum
dan Agama, Jakarta : PT Golden Terayon Press, m.s.92-128.
53 Sapora Sipon, op.cit, m.s. 94.

29

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

persekitarannya.
Teknikpelbagai,
antaranya
logotheraphyhasrat
paradoks(menumpukan kepada diri)
dan derefleksi(tidak pedulikan masalah)
-klien harus diberi kebebasan dan
bertanggungjawab atas pilihannya54.
e.Modifikasi Tingkahlaku/ Behaviorisme
(Skinner, Donald & Miller, Rotter, Wolpe,
Ullmann & Krasner, Philips &Wiener,
Krumboltz, Stamfl &Levis, Lazarus,
Bandura,
Krumboltz
&Thoresan)tingkahlaku dan personaliti adalah
ditentukan oleh keadaan serta
kejadian sama ada pada masa lalu
dan masa kini55.
f. Psikososial (Frank, Goldstein, Strong) –
manusia sebagai ejen kawalan yang
mampu
mengawal
sosial
dan
persekitarannya56.
g.Transaksional
(Berne)

manusia
mempunyai
pilihan-pilihan
dan
tidak
dibelenggu
oleh
masa
lampau. Boleh membuat rumusan hasil

54 Muhd Mansur Abdullah,op.cit., m.s. 236-252.
55 Ibid m.s.261-264.
56 Ibid m.s. 265-268.

30

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

interaksi dengan orang lain.Teknik –
sejajar/selari, bersilang, berlapis57.
Berdasarkan
kepada
matlamat,
fungsi,
proses, prinsip dan teori-teori kaunseling
konvesional
di
atas,
terdapat
beberapa
persoalan berkaitan akidah terutamanya yang
berkaitan dengan teori kaunseling konvensional.
Ia boleh disimpulkan seperti berikut:3.2.1 KEPERCAYAAN
KEWUJUDAN TUHAN

TENTANG

Kaunseling dalam Islam ditegakkan atas
prinsip bahawa agama itu merupakan keperluan
asas
manusia
juga
kepercayaan
kepada
kewujudan tuhan sebagai pencipta, pemilik
setiap individu, penentu takdir , penentu dan
pengatur tugasan serta hukum-hakam dalam
kehidupan di dunia.
Keimanan kepada tuhan harus diyakini
menjadi faktor utama kepada ketenteraman jiwa,
kebahagiaan dan segala kebaikan dalam hidup
manusia. Keimanan kepada tuhan juga perlu
dianggap sebagai faktor penting untuk kejayaan
kaunseling.
Bahkan terapi utama yang patut diusahakan
oleh kaunselor Muslim ke atas kliennya adalah
57 Sapora Sipon, op.cit, m.s. 95-98.

31

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

membina iman yang utuh dan menggunakan
ayat-ayat al-Quran.
    






   
  




    
58
   
“(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan
kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu
menimbulkan perasaan sombong angkuh yang
ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran
Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliah
(yang menyebabkan kamu panas hati dan
terharu), lalu Allah menurunkan semangat
tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada
orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah
perdamaian), serta meminta mereka tetap
berpegang kepada "Kalimah Takwa", sedang
mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang
sangat berhak dengan "kalimah Takwa" itu serta
menjadi ahlinya dan (ingatlah), Allah adalah
Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

58 Surah Al-Fath, ayat 25-26

32

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

Keimanan
mententeramkan
kepada manusia.

adalah
sesuatu
yang
dan membawa ketenangan

Keimanan merupakan faktor yang akan
memberi ketenangan jiwa kepada manusia dan
menjauhkan dirinya daripada kesedihan.
    
   
















    




59
     
“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan
keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah
Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan
yang betul, akan turunlah malaikat kepada
mereka dari semasa ke semasa (dengan
memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap
kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan
terimalah berita gembira bahawa kamu akan
beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada
59 Surah Fussilat, ayat30-31

33

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

kamu. Kamilah penolong-penolong kamu dalam
kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan kamu
akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini
oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada
hari
itu
apa
yang
kamu
cita-citakan
mendapatnya.”
Kepercayaan dan pergantungan kepada
Tuhan sebagai tempat mengadu sebarang
masalah atau memohon untuk menghilangkan
kesedihan , ketenangan hati atau kebahagiaan
menjadi terapi utama dalam kaunseling Islam.
     
   




    
60
  
“Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan
memperkenan) aduan perempuan yang bersoal
jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai
suaminya, sambil dia berdoa merayu kepada
Allah
(mengenai
perkara
yang
menyusahkannya),
sedang
Allah
sedia
mendengar
perbincangan
kamu
berdua.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Melihat.”
60 Surah Al-Mujadila, ayat 1

34

Persidangan Antarabangsa Psikologi Dan Kaunseling Islam 2012, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim
Malaysia, 17– 21 Disember 2012

    
   
    
   
    
    
   
    

