PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN (1)

Group Assignment (Evaluation paper)
Tajuk: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN VOKASIONAL
DI SMT/SMV/KV

PREPARED BY:
NAME

:TAN TAI & ARIFFIN

MATRIC NO. :JB MP111349(2016-02)
I/C NO.

:641006-01-5271

COURSE CODE :MPK 3053

LECTURERS

(Program Evaluation in TVE)

: Assoc. Prof. Dr. Mohd Khata Jabor

Dr Qistina Andin Abdullah

DEPARTMENT OF TECHNICAL & ENGINEERING EDUCTION
FACULTY OF EDUCATION
UNIVERISTI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak
Artikel ini merupakan satu penilaian pelaksanaan konsep Kolej Vokasional (KV) mulai 2011.
Kini terdapat 22 buah KV yang telah dijernanakan dari Sekolah Menengah Vokasional (SMV)
yang terlibat dalam Pelan Transformasi Voctech oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
(BPTV) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pengambilan pelajar lepasan PMR ke KV kini
telah berubah dengan tempoh pengajian ialah 3 tahun dan program latihan kemahiran 2-3 tahun
dengan menggunakan sistem semester. Tiga dimensi kemahiran yang menjadi kunci fungsi
kompetansi diberi penekanan dalam konsep KV, iaitu Kemahiran Teknikal, Kemahiran Guna
Tenaga dan Kemahiran Keusahawanan Pelajar KV selepas tamat pengajian akan dianugerahkan
Sijil KV dan lain-lain sijil industri yang terlibat. KV menggunakan kurikulum berasaskan standart
industri dengan adanya komponen perlaksanaan Latihan Dalam Kerja (On Job Training (OJT))
mengikut keperluan kursus.Satu era baru dalam KV ialah pengambilan tenaga pengajar daripada
pasaran terbuka. Dari segi kapasiti, pengambilan lepasan sekolah menengah ke aliaran


vokasioanal perlu dikaji semula selain daripada KV yang mampu menyerapnya. KV di
Malaysia memerlukan satu badan pakar dibentuk untuk menilai kandungan, input, proses
dan produk selain daripada pensijilan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa

PENGENALAN

Pada Oktober 2013, seramai 470,395 calon yang menduduki PMR terakhir di
Malaysia. Pada awal tahun 2013, daripada 481,424 calon lepasan PMR seluruh negara,
terdapat sebanyak 117,000 permohonan yang ingin memasuki Sekolah Menengah Teknik
(SMT), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Kolej Vokasional (KV). Maknanya,
24% atau hampir ¼ daripada pelajar negara ini ingin menghalatuju ke arah Pendidikan
Teknik dan Vokasional (PTV) selepas tamat 9 tahun persekolahan di Tingkatan 3.

Pada masa awal tahun 2013, terdapat 15 buah KV yang telah dijenamakan dari
SMV di Malaysia mulai tahun 2011. Pada tahun 2011, terdapat 30 buah SMT dan 43
buah SMV di bawah BPTV, KPM. Bilangan terakhir pada Oktober 2013 portal rasmi
KPM, terdapat 21 buah SMT (613 pelajar), 92 buah SMV (2,427 pelajar) dan, KV telah
bertambah 7 buah menjadi jumlah 22 buah (353 pelajar). Bilangan jumlah sekolah
menengah harian seluruh negara pada tahun 2013 ialah sebanyak 1,998 buah dengan

seramai 159,162 pelajar dari tingkatan peralihan hingga ke tingkatan 6. Seramai 470,395
calon yang menduduki SPM 2013 menggambarkan hampir semua pelajar lepasan PMR
meneruskan pelajaran ke Tingkatan 5.

Namun demikian, kapasiti SMT, SMV dan KV di seluruh negara hanya mampu
menampung 21,000 enrolmen (bilangan ini telah ditambah menjadi 27,433 enrolmen
pada tahun 2013). Daripada 22 KV yang dijenamakan semula dari SMV, bermakna,
purata pengambilan 1400 pelajar bagi setiap KV yang ada sekarang masih tidak mampu
menampung permintaan yang begitu tinggi. Ini bermakna masih ada seramai 96000
pelajar yang menyesal dalam hala tuju merealisasikan transformasi PTV. Fokus utama
artikel ini ialah ingin bagaimana konsep KV dibentuk dan cara pelaksanaannya seperti
yang disarankan?

Sebagai langkah untuk mengatasi bilangan permintaan yang bergitu tinggi supaya
tidak lagi memghampakan hampir seratus ribu lepasan PMR, pada tahun 2013 ini, BPTV
telah mngambil langkah menambahkan 72 buah KV untuk menerima pengambilan lebih
ramai lepasan PMR pada awal tahun 2014.

Maknanya, sasaran 33% oleh KPM supaya daripada kohort tingkatan 4 dan
tingkatan 5 di sekolah menengah akademik dan SMT/V dapat mengambil mata pelajaran

teknik dan vokasional menjelang tahun 2010 sungguhpun tercapai dari segi perangkaan,
tetapi kemampuan menyalurkan secara berkesan pelajar ke aliran PTV perlu dinilai

semula. Dengan memperkenalkan MPV, KPM berharap peratus penyertaan murid dalam
bidang sains dan teknologi ke arah dasar 60:40. Ini merupakan satu transformasi besar
dan inovasi raksaksa KPM kerana sebelum 2002, mata pelajaran vokasional dan teknikal
langsung tidak ditawarkan di sekolah menengah akademik.
Pelajar yang berminat dalam bidang teknik dan vokasioanal terpaksa memohon ke
SMT/V yang tempatnya agak terhad dalam dua extrim, iaitu SMT untuk pelajar yang
mendapat keputusan SRP/PMR yang cemerlang dan SMV pula mengambil pelajar yang
keputusan SRP/PMR lemah. Tambahan pula kadar penyertaan pelajar di SMT/V ialah 7%
daripada jumlah enrolmen kohort Tingkat 4, satu angka yang sangat rendah berbanding
kadar penglibatan pelajar di negara-negara maju seperti Jerman, Perancis dan Itali yang
melebihi 60% (Ahmad Sipon, 2001).

Objektif Penilaian Konsep KV
Secara khususnya, objektif penilaian program KV ini adalah untuk:
1. Membuat Penilaian Produk KV iaitu:
1.1. Menilai KV Malaysia berbanding dengan Vochtech di negara lain.
1.2 Menilai kesesuaian KV di Malaysia.


Sorotan Bacaan
Latihan Vokasioanal di Indonesia
Di Indonesia, 50% lepasan sekolah menengah rendah akan disaluran ke Sekolah
Kejuruan. Kajian di Indonesia mendapati tingkat pemahaman diri dan layanan Bimbingan
& Kauseling ( Abdul Majid, 2012) merupakan faktor-faktor yang mendorong pelajar
memasuki Sekolah Kejuruan.Terdapat lebih 3000 buah Sekolah Kejuruan di Indonesia
yang membekalkan program sijil vokasional yang dijalankan secara sistem semester
selama 3 hingga 4 tahun. Tujuan Sekolah Kejuruan adalah untuk menyediakan guna
tenaga yang diperlukan di pasaran. Tempoh pengajian adalah bermula dari 7.30 pagi
hingga 4.30 petang. Nisbah kursus voctech dengan akademik ialah 70:30. Program

Sekolah Kejuruan adalah sangat pelbagai ragam termasuklah penerbangan dan maritime.
Ciri-ciri lain yang ada pada Sekolah Kejuruan ialah mengamalkan konsep kilang
pengajaran, iaitu sekolah ialah kilang menghasilkan produk perniagaan. Selain daripada
itu, Bangunan mesin di sekolah menggunakan penghasilan mesin CNC (Computer
Numerical Control) dalam industri. Sekolah Kejuruan juga ada pekerja tetap dalam
pengeluaran. Semua Sekolah Kejuruan adalah sekolah harian dan pendidikan ini
bukannya percuma.


Latihan Vokasioanal di Thailand
Di Thailand, 41% pelajar lepasan sekolah menengah rendah akan memasuki Kolej
Kerjaya ( 415 awam dan 400 swasta). Mereka yang tamat program vokasioanl akan diberi
Sijil Pendidikan Vokasional yang dikenali “ Bor Wor Saw” yang lebih kepada proram
perakaunan, pemasaran, ekonomi rumahtangga, perniagaan, seni, pelancongan, fesyen
dan makanan (masakan). Manakala Kolej Teknikal menberi sijil Diploma teknikal yang
dikenali “Bor Wor Chor” lebih kepada program automotif, elektronik, kimpalan, binaan
bangunan dan kuasa elektrik.
Nisbah Voctech dengan akademik pendidikan vokasional di Thailand ialah 20jam:
10jam. Subjek akademik yang dipelajari ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Thai, Matematik,
sains dan social. Tempoh kolej ialah dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang dengan
mengamalkan sistem semester. 70% daripada lepasan diploma vokasional akan
melanjutkan pelajaran ke Diploma Vokasional Tinggi selama 2 tahun di Kolej Vocational
dan Teknikal.

Pendidikan Vokasional di Korea
Di Korea, 40% pelajar lepasan sekolah menengah rendah akan memasuki Sekolah
Tinggi Profesional / Vokasional untuk memperolehi Diploma Vokasional dalam tempoh 3
tahun pengajian. 90% daripada lepasan ini akan meneruskan pengajian di Kolej Junior
selama 2 hingga 3 tahun untuk mendapat Diploma Lanjutan. Terdapat lebih 700 buah


Sekolah Tinggi Vokasional (VHS) di Korea. Pada tahun 2007, VHS telah ditukar menjadi
Sekolah Tinggi Proffesional ( Meister School) dalam sistem semester. Tempoh kolej
ialah dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Nisbah antara voctech dengan akademik ialah 70:30. Bidang kajian termasuklah
pertanian, industri, perdagangan, perikanan, maritime dan ekonomi rumahtangga.
Kemajuan PTV Korea dipermantapkan melalui penubuhan KRIVET (Korea Research
Institute for Vocational Education and Training) untuk mencapai kelas bertaraf dunia
dalam pembangunan dan penyelidikan institusi sumber manusia.

Pendidikan Vocational di Perancis
Di Perancis, 50% pelajar lepasan sekolah menengah rendah akan memasuki
pendidikan voctech yang terdiri daripada 3 bahagian, iaitu Sekolah Teknikal berasakan
teknik dan Sekolah Professional yang berkelayakan berasaskan sekolah. Manakala
mereka yang memasuki program perantisan ke Pusat Perantisan, tempoh pengajian
adalah feksibel yang bertujuan untuk memasuki alam kerja. Mereka yang menamatkan
pengajian di Sekolah Teknikal (Tech Bac, Technical Baccalaureat (Senior High School
Diploma-Tech)) dan Sekolah Proffesional (Prof Bac, Professional Baccalauraeat (Senior
High School Diploma-Vocational) akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti
Institut Teknologi. Mereka yang menamatkan program perintisan akan diberi Diploma

Vokational Menengah – Kelayakan Perantisan (Apprenticeship Qualification), Sijil
Pendidikan Vokasioanal (BEP, Vocational Education Certificate) dan Sijil Kebolehan
Proffesional (CAP, Certificate of Professional Aptitude).
Terdapat 1700 Kolej Professional Tinggi dengan pelajar seramai 720,000 orang
dan 300,000 yang mengikuti program perantisan di Perancis. Kandungan program ialah
nisbah voctech dengan academic 60:40 dalam sistem semester. Bidang teknikal
termasuklah industry, seni dan rekabentuk, makmal, insuran dan perbankan, kosmetik dan
terapi, ekologi, hotel dan pelancongan, mizik dan teater. Bidang Proffesional termasuklah
industi kayu, seni dan ukiran, bakeri, pembinaan, arkitek, pelukis dan pereka, tekstil,
fasion dan mizik. Terdapat 3 Bidang utama dalam CAP/BEP, iaitu perkhidmatan, industry

dan perdagangan. Contohnya tukang emas, pembuat coklat, penjual bunga, pembuat jam
tangan dan penala piano.

Pendidikan Vokasional di Singapura
Di Singapura, pelajar selepas tamat Peperiksaan Meninggalkan Sekolah Rendah
(PSLE, Primary School Leaving Examination), akan disalurkan kepada tiga pilihan
sekolah menengah. Pelajar yang PSLEnya baik akan ke Secondary Express selama 4
tahun untuk menduduki GCE “O” Level, selepas itu akan melanjutkan pelajaran ke GCE
“A” Level selama 2 tahun atau ke Politeknik untuk mengikuti Diploma 3 tahun.

Bagi pelajar yang akademiknya sederhana dalam PSLE, mereka akan mengikuti
GCE “N” Level di Secondary Normal Technical selama 4 tahun. Mereka selepas itu akan
melanjutkan pelajaran ke ITE(Terdapat 83 kursus yang pelbagai termasuklah sains
gunaan dan kesihatan, perniagaan dan perkhidmatan, rekabentuk dan media,
kejuruteraan, elektronik dan ICT) untuk mendapat Sijil Juruteknik selama 2 tahun. Bagi
mereka yang gagal PSLE atau menghadapi masalah mengikuti kurikulum utama, akan ke
3 buah “North Light School” (kurikulum berasaskan “Life Learning Academy dari San
Francisco”)yang ditubuhkan mulai tahun 2007. Tempoh kolej ini bermula dari 8.30pagi
hingga 4.30petang dengan itu 80% adalah subjek teras, 5% elektif dan 15% kemahiran
hidup.

Pendidikan Vokasional di Australia

Pelajar lepasan sekolah menengah rendah Australia pula akan melanjutkan
pelajaran ke Sekolah Menengah Atas atau ke Program Vokasional selama 3 tahun untuk
mendapat Sijil Aras 1-2. Selepas itu boleh melanjutkan pelajaran ke Kolej TAFE
(Technical And Further Education) supaya mendapat Sijil Aras 3-5. Tiada sekolah
vokasional di Australia tetapi kebanyakan sekolah tinggi menawarkan program
vokasional. Program yang ditawarkan adalah pelbagai mengikut keperluan komuniti.


Di Australia, cirri-ciri khas pendidikan vokasional ialah mengamalkan Sistem

Pendidikan

Vokasional

Bersepadu

“Unified

Vocational

Education

System

(AQTF, Australian Quality Training Framework)”. Antara program yang ditawarkan
termasuklah program Traineeship, program Perantisan, Sekolah Keusahwanan, Konsep
“Auspicing” dan sebagainya. Pelajar adlah diberi pilihan untuk mengikuti program
vokasional. Waktu kelas adalah bermula dari 8.30pagi hingga 3.00petang.


Pendidikan Vokasional di Finland
Selepas tamat 9 tahun pendidikan komprehensif, 41% akan meneruskan pelajaran
ke Kolej Vokasinal selama 3 tahun. Selepas itu akan melanjutkan pelajaran ke politeknik
atau ke alam kerja. Terdapat 177 buah kolej vokasional dengan 75% adalah program
vokasional dengan tujuan untuk persiapan untuk pasaran kerja atau untuk melanjutkan
pelajaran. Pendidikan vokasional adalah dikawalselia oleh Jawatankuasa Pendidikan dan
Latihan Kebangsaan dan Kumpulan Ko-ordinasi Kebangsan bagi Latihan dan
Pendidikan. Semua program vokasional diwajibkan Latihan Dalam Kerja (OJT) setiap
tahun dengan jumlah 20 kredit.
Di Finland, kolej vokasional menawarkan 53 kursus dalam 8 bidang, iaitu Sumber
semulajadi(5), Teknology dan Pengangkutan(25), Perniagaan & Pentadbiran(1),
Pelancongan,

Katering,Ekonomi

Kemasyarakatan(6),

Kebudayaan(6),

Rumahtangga(5),
Kemanusiaan

Kesihatan
dan

dan

Pendidikan(3),

Sains
Sains

Kemanuisan(1). Kelayakan tenaga pengajar memerlukan tiga syarat:- pertama, sekurang-

kurangya ijazah dalam bidang yang berkaitan di pasaran terbuka, kedua, latihan pedagogi
selama satu tahun di politeknik, dan mempunyai pengalaman industri selama tiga tahun.

Rajah 1.0: Sumber: Konsep Kolej Vokasional, KPM

Konsep KV

Konsep KV merupakan satu perubahan yang besar dalam BPTV, KPM. Pada
peringkat awal pelancaran KV, BPTV, KPM dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk

melaksanakannya. Dari segi kronologi dalam penyediaan Pelan Transformasi Voctech,
BPTV dan KPM telah memulakannya dengan mengadakan Seminar MKRA VOCTECH
pada 1-4 Disember 2009. Seterusnya 4 siri Bengkel Blue Ocean Strategy telah dijalankan
di Institut Aminudin BAKI dengan melibatkan konsultan, pegawai BPTV dan KPM,
pengetua dan guru SMT dan SMV dari tahun 2009 hingga 2010. Pada masa yang sama,
pegawai BPTV juga telah membuat lawatan ke luar negara, termasuklah Germany
(2007), Australia (2008), Indonesia (2009), Korea (8-12 Mac 2010), Thailand (20-21
Mav 2010), Indonesia dan Singapura (Mei 2010) dan Finland (Mei 2010).
Pada 20-23 Jun 2010, Bengkel Transformasi Voctech dengan melibatkan pegawai
BPTV, KPM, wakil agensi latihan awam ( JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran),
NATC (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan ), MTIB (Malaysian Timber Industry
Board), MARA), pengetua dan guru SMT dan SMV, wakil-wakil Alumni SMT SMV,
wakil-wakil PIBG SMT SMV dan wakil IPTA, IPTS dan insutri telah diadakan.

Untuk membuat penilaian program KV, kaedah tinjauan dan sorotan bacaan
program dan pelaksanaan pendidikan vokasioanal atau voctech ditinjau di beberapa
negara yang terpilih. Antaranya ialah Indonesia, Thailand yang terdiri daripada negara
sedang membangun dan Singapura, Korea, Australia, Francis dan Finland yang
merupakan negara yang lebih maju di Asia dan Barat digunakan. Kajian ini bertujuan
untuk menilai dan melihat perjalanan program KV, tiada teori khusus yang diuji atau
dihasilkan.

Dalam konsep KV, 10 buah SMT akan meneruskan program Teknikal
SPM seperti sedia kala. Terdapat 78 buah KV akan dijernamakan dalam dua bentuk,
pertama, Sijil Vokasional dengan Program Vokasional 3 tahun. Kedua, Program Latihan
Kemahiran SKM dengan tempoh 2 hingga 3 tahun. Pengambilan pelajar kesemuanya
ialah lepasan Pendidikan Menengah Rendah. Lepasan pelajar ini ada tiga laluan, pertama
masuk ke dunia kerja, kedua melanjutkan pelajaran ke Malaysian Technical Universities
Network (MTUN), Politeknik, UniKL, JMTI, TATIUC (Terengganu Advanced Technical

Institute University College ) dan Kolej Teknikal Swasta. Laluan ke tiga ialah
melanjutkan pelajaran ke Institut Tinggi Kemahiran.
Penilaian Objektif KV
Objektif KV ialah melalui program latihan kemahiran, graduan akan menjadi
pengamal yang dipersijilkan dengan aras SKM 1, 2 dan 3. Garduan akan ada potensi
untuk terus maju dalam bidang professional yang diceburi. Dalam dunia kerja, graduan
KV akan bersedia untuk diserap oleh pasaran atau bekerja sendiri. Mereka akan
dilengkapi dengan kemahiran interaktif dan social yang baik. Mereka juga akan
didedahkan kemahiran perniagaan dan keusahawanan mengikuti perkembangan trend
pasaran. Mereka juga akan dilatih supaya peka terhadap kesihatan dan keselamatan serta
berfokuskan pada pengguna. Dalam dunia pekerjaan, garduan akan menjadi pekerja
separuh mahir, pekerja mahir dan pekerja berkemahiran tinggi. Pada masa depan, mereka
boleh menjadi juru teknologis dengan adanya latihan dan pendidikan selanjutnya.
Penilaian Kriteria Kerangka Kurikulum KV
Dalam Transformasi Pendidikan Voctech, KV telah mengamalkan sistem
pengajian semester dengan tempoh pengajian ialah selama 3 tahun. Hasil program
mensasarkan graduan direkabentuk untuk tujuan guna tenaga, bekerja sendiri dan mampu
melanjutkan pendidikan kemahiran. Pentaksiran berbentuk holistic dalam dua program,
iaitu vokasional dan latihan kemahiran dengan nisbah kemahiran dan akademik 70:30
bagi program vokasional dan SKM 80:20. Dua jenis persijilan iaitu, Sijil Kolej
Vokasional dan SKM akan dianugerahkan kepada graduan. Latihan Industri “On Job
Training” adalah menjadi komponen wajib. Manakala Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris akan digunakan sebagai bahasa pengantar dan lain-lain bahasa seperin Bahasa
Mandarin dan Arab akan diperkenalkan.
Dari segi kerangka kurikulum, komponen dua program Pendidikan Vokasional
dan Latihan Kemahiran dalam KV, mengandungi elemen kemahiran kemahiran, nilainilai kerja, kreativiti dan inovasi serta kemahiran ICT. Jawatankuasa Kurikulum Industri
bagi setiap bidang juga diwujudkan. Metodologi program dijalankan dengan kaedah
Pendidikan Berasaskan Pengeluaran (PBE, Production-Based Education), Pncendidikan

dan Latihan Berasaskan Kompetensi (CBET, Competency-Based Education & Traning)
dan Sekolah Keusahawaman, iaitu Belajar sambil Berpendapatan (Earning while
Learning) bagi Pendidikan Vokasional, dan bagi Latihan Kemahiran adalah berbentuk
Perantisan / Kelatihan. Rangkaian dengan institusi negara serantau seperti Thailand,
Indonesia dan Singapura juga diadakan. Komponen baru KV juga meningkatkan
penguasaan Bahasa Tambahan dengan kebolehan komunikasi Mandarin / Arab
diperkenalkan. Nilai tambah komponen KV ialah memenuhi keperluan industri dengan
penglibatan industri ( Pusat Kecemerlangan ) dan agensi awam ( sekolah angkat )
diwujudkan di Kolej Voctech. On Job Traning diwajibkan termasuk di negara serantau.
Pengiktirafan JPA untuk bekerja di sector awam dan memenuhi syarat MQA juga
diambilkira.

Program Perantisan

Dari segi program keperantisan, KV telah menjalankan dua projek Pilot di SMV
Batu Pahat (bertempat di LY Academy, Batu Pahat) dan SMV Sungai Buluh dan SMV
Kajang ( bertempat di MAEPS (Mardi), Serdang) dengan 80 pelajar terlibat pada tahun
2011. Ini adalah satu usaha baru dalam PTV dengan tenaga pengajar diambil dari luar.
Iaitu tenaga pengajar WISDEC diambil dan 2 guru dilatih oleh WISDEC (WOOD
INDUSTRY SKILLS DEVELOPMENT CENTRE) bagi prgram industry perabot dengan
agensi MTIB dan LY Furniture Sdn Bhd Batu Pahat terlibat. Bagi Industri Kuda, tenaga
pengajar dari TAFE ( Technical and further education) University of Ballarat (UB)
Australia digunakan dengan 15 guru dilatih oleh UB. Melalui program perantisan ini,
pelajar mendapat laluan kerjaya dengan tenaga pelajar ini diserap bekerja dengan syarikat
yang berkaiatan selain daripada berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di WISDEC,
UPM dan MARDI.

Dimensi Kemahiran

Dari segi dimensi kandunagn kursus KV, terdapat 11 bidang program dengan 43 kursus
yang dicadangakn akan ditawarkan. Tiga dimensi kemahiran yang menjadi kunci fungsi
kompetansi diberi penekanan dalam konsep KV, iaitu Kemahiran Teknikal, Kemahiran Guna
Tenaga dan Kemahiran Keusahawanan. iaitu Kemahiran tugas / melaksanakan teknikal
pengetahuan menunjukkan ditekankan. Kemahiran Guna Tenaga pula menekankan praktikal
positif dalam nilai dan sikap, kebolehan inovasi dan kreativiti pameran, dan Merancang &
menganjurkan kerja. Kemahiran keusahawanan pula ialah penguasaan mengintegrasikan
kesihatan, keselamatan (safety) dan keselamatan (security), Kepekaan komunikasi dan
persekitaran, dan tanggungjawab & penyelesaian masalah.

Sumber Tenaga Pengajar

Satu transformasi besar tenaga pengajar KV ialah sumber guru tidak terhad lagi
dilatih oleh IPTA seperti Institut Perguruan Teknik, UTM, UPM dan UTHM. Bagi
menampung 43 kursus yang ditawarkan, IPTS dan industri yang berkaitan juga adalah
sumber tenaga pengajar. Contohnya, UPSI, KLMU, Kolej PTPL, Food Institue Malaysia
akan melatih tenaga pengajar dalam kursus Seni Kulinari. Proton, Toyota Motor, Naza,
Perodua, UMW dan CIAST akan melatih tenaga pengajar dalam kursus Teknologi
Automatif.

Kesimpulan
Penilaian

produk

melihat

dari

aspek

keberkesanan

program

KV

ini

diperbandingkan dengan negara-negara lain seperti yang disenaraikan dari segi
kandungan,

pengambilan , tahun pengajian dan program kemahiran dengan

menggunakan pendekatan model CIPP .
Boleh disimpulkan bahawa sistem 6+3+3 merupakan amalan di banyak negara
serantau dan negara maju. Pendidikan vokasional memerlukan 3 tahun untuk
menyediakan graduan dengan kemahiran yang tinggi termasuk melibatkan OJT. Semua
negara kini mengamalkan sistem semester di peringkat sekolah. Komponen vokasional

dinaikkan kepada 70% kerana banyak diamalkan sungguhpun latar belakan yang negara
adalah berbeza.
Terdapatnya pentaksiran yang berbeza bagi pendidikan vokasional di setiap
negara. Maknanya, KV di Malaysia juga perlukan satu badan pakar dibentuk untuk tujuan
pensijilan vokasional yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bidang
kursus yang ditawarkan oleh KV dan pendidikan vokasional perlu diperluaskan. Persepsi
terhadap pendidikan vokasional dan KV perlu diperbaiki selain daripada penjernamaan
dan persijilan.

Tiga dimensi kemahiran yang menjadi kunci fungsi kompetansi diberi penekanan
dalam konsep KV, iaitu Kemahiran Teknikal, Kemahiran Guna Tenaga dan Kemahiran
Keusahawanan Pelajar KV selepas tamat pengajian akan dianugerahkan Sijil KV dan
lain-lain sijil industri yang terlibat. KV menggunakan kurikulum berasaskan standart
industri dengan adanya komponen perlaksanaan Latihan Dalam Kerja (On Job Training
(OJT)) mengikut keperluan kursus.Satu era baru dalam KV ialah pengambilan tenaga
pengajar daripada pasaran terbuka. Dari segi kapasiti, pengambilan lepasan sekolah
menengah ke aliaran vokasioanal perlu dikaji semula selain daripada KV yang mampu
menyerapnya. KV di Malaysia memerlukan satu badan pakar dibentuk untuk menilai
kandungan, input, proses dan produk selain daripada pensijilan yang diiktiraf di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa

Sebagai tambahan, dalam penilaian yang dibuat, penilai berharap ada
penambahbaikan kepada keadaan KV. Namun demikian, apa yang menyesalkan dengan
mengenalpasti masalah banyak masalah tidak pula menghasilkan banyak perbaikan
(Rossi, 2004.pg 371) dan ada antaranya tidak menunjukkan tanda pembaikan, ada pula
yang langsung tidak berkesan (not effective at all) dan hanya sebilangan kecil sahaja yang
menunjukkan ‘preverse effects’.
Jadual 2: Laluan PTV di peringakat sekolah menengah beberapa negara:-

SMK/SMT

Peratus

Ratio

Tempoh

Bilangan

Bilangan

Kelayakan

Latihan Dalam

/VK

Pengambi

voctech:

Pengajian

KV

Kursus

Tenaga

Kerja (On Job

Malaysia

lan
10%

akademik
70:30

2 tahun

15KV

ditawarkan
21

Pengajar
Dilatih oleh

Training(OJT)
Tiada

=45%

30SMT

voc
3-4 tahun

43SMV
>3000

28 juta
Indonesia

50%

70:30

250 juta

7.30am-

Sistem

4.30pm

semester

Thailand

40%

20jam:10jam

67 juta

8.30am-

Sistem

Korea

4.30pm
40%

semester

51 juta

9.00am-

Sistem

5.00pm

semester

70:30

IPTA/IPG
Pelbagai

Ada pekerja

konsep kilang

termasuk

tetap

pengajaran

North Light

Secondary Normal

School

Technical

Penerbangan
3 tahun

3 tahun

Singapore

8.30am-

80%core:

GCE “N”

5.3 juta

4.30pm

5%electi

level

ves:15%l

Sistem

415awam

perkapalan
Teknikal

400swasta

Vokasional

>700

KRIVET

3 ITE

83 course

Autralia

8.30am-

ife skills
kebanyakan

semester
3 tahun

Tiada

Tiada

Unified

kebanyakan

23 juta

3.00pm

sekolah

Sistem

SMV,

sekolah

Vovational

sekolah bekalkan

ada

sesester

vokasional

Education

proram vokasional

program
vokasional
60:40

Francis
66 jut

System
AQTF
3 tahun

1700

SMT

Sistem

sekolah

Sekolah

Teknikal

semester

profesioa

Profesional

Proffesional

nl tinggi

Pusat

CAP/BEP

720,000

Perantisan

(Perantisan)

pelajar
177 KV

53

penduduk

Finland

41%

75% voc

3 tahun

Ijazah +

Setiap tahun

1 th latihan

20 kredit

5.2juta

Sistem

Pedagogi +

penduduk

semester

3 tahun
pengalaman
industri

Rujukan

Abdul MAjid (2012). Faktor-faktor Yang Berpengaruh Terhadap Minat Siswa SMP Masuk SMK.
Jurnal Pendidikan Vokasi, Vol 2.No.3 (2012), Program Pascasarjana, Universiti Negeri
Yooyakarta, Kampus Karangmalang, Yogyakarta, Indonesia.
Alberto Arenas (2009).Evaluating TVET Programmes through Appreciative Inquiry. University
of Arizona, Tucson, USA.
Kandar al el.(2003), Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Di Sekolah Menengah Harian: Penyedian
Guru MPV, Isu dan Cabaran, FP, UTM.
Mohamad Hisyam bin Mohd. Hashim (2011). Pelaksanaan Pembelajaran Kontekstual Dalam
Mata Pelajaran Aliran Vokasioanal Di Sekolah Menengah Akademik Harian: Satu Konseptual.
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Unversiti Tun Hussein Onn Malaysia
Mohd Nordin al el.(2010). Penilaian Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Bagi Bidang
Pertanian Di Sekolah Menengah Harian Di Semenanjung Malaysia. FP, UTM.
Rossi, P., Lipsey, M. & Freeman, H. (2004). Evaluation A Systematic Approach (7 th ed).
Thousand Oasks, California: Sage Publications.

Sarimah & Farawahida (2010). Kekangan Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah
Menengah Negeri Johor. Fakulti Pendidkan, UTM.

Siti Syahirah Abdullah (2011). “Transformasi PTV: Kesedian Guru-guru Vokasional
Terhadap Pelaksanaan Kolej Vokasional KPM Dari Aspek Tahap Kemahiran.”
Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan
Teknik Dan Vokasional (CIETVT). Faculty Of Technical And Vocational Education
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Tai Lung Aik. (2002). Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4 & 5. KPM. Percetakan Warni Sdn.
Bhd. Batu Caves, Selangor.
TESDA (2011), Impact Eveluation Study of TVET Programs, Philipina.