ANTARA MASYARAKAT HIJAU DAN TEKNOLOGI HI

ANTARA MASYARAKAT HIJAU DAN
TEKNOLOGI HIJAU
24 Julai 2010 · by Muhammad Qayyum ·

in

Uncategorized. ·

Saya dapat perhatikan terdapat beberapa seruan terhadap pengaplikasian teknologi – teknologi
hijau di UTM. Pada pandangan saya, seruan terhadap teknologi hijau adalah seruan yang baik. Ianya
merupakan satu daripada keperluan dalam pembangunan lestari. Namun adakah pengaplikasian
teknologi tersebut semata – mata sudah cukup untuk kita mencapai maksud dan matlamat
penciptaannya?
Teknologi Hijau
Buat anda yang tidak biasa dengan istilah teknologi hijau, ianya bermaksud penggunaan sains alam
sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti
manusia (sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau) . Mungkin mudah ditakrifkan sebagai
sebarang bentuk teknologi yang boleh membantu memulihara dan memelihara alam sekitar.
Sebagai contoh, teknologi kereta berkuasa solar yang menjana tenaga daripada cahaya matahari
sekaligus mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida ke udara,
disamping menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.


Pembangunan Lestari
Pembangunan lestari (sustainable development) pula bermaksud pembangunan yang memenuhi
keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi,
sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi
seterusnya (sumber:http://www.jpbdjohor.gov.my/pautan_info/PbgnMampan.pdf). Mudah saya ertikan
sebagai pembangunan yang menepati keperluan generasi kini dalam masa yang sama tidak
menyebabkan generasi depan menghadapi ancaman. Pembangunan yang memikirkan keperluan
generasi akan datang.
Sebagai contoh, projek pengayaan teknologi sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti biojisim.
Untuk generasi kini, keperluan terhadap biojisim tidaklah begitu terdesak kerana kita masih ada
sumber tenaga bahan api fosil. Tetapi demi generasi hadapan, kemungkinan bahan api fosil mungkin
tidak lagi relevan kerana satu, kesan pencemaran daripada pembakarannya, kedua, kehabisan sumber
tersebut daripada perut – perut bumi.

Persoalan Utama
Berbalik pada persoalan utama saya, apakah dengan mengimplimentasikan teknologi – teknologi
tersebut

menggantikan


teknologi



teknologi

semasa

semata



mata

sudah

cukup

untuk


menyampaikan kita kepada matlamat asal kita, iaitu pembangunan lestari? Saya kira jika inilah
kesimpulan kita, ia adalah kesimpulan yang sangat tidak betul dan tidak cukup masak. Dan saya akan
bicarakan dalam konteks UTM secara khusus dan Malaysia umumya.

Sememangnya banyak teknologi – teknologi hijau sudah dibangunkan di negara – negara barat.
Dengan pelaburan yang mencukupi, memang kita mampu membeli teknologi – teknologi tersebut.
Kita gantikan sistem dan teknologi semasa sekian – sekian dengan sistem dan teknologi yang lebih
mesra alam seperti di barat.

Tetapi dalam kegharaihan kita melihat fenomena kebangkitan teknologi hijau di barat, kita lupa
meneliti faktor utama kepada kebangkitan teknologi hijau itu. Iaitu faktor manusiawi. Manusia di sana.
Bagaimana bentuk mentaliti mereka? Bagaimana pula sikap mereka?

Masyarakat Mentaliti Hijau
Semester ini saya mengikuti kelas “Principles of Chemistry & Environmental” yang disyarahkan oleh Dr
Maketab bin Mohamed. Saya dimaklumi beliau sewaktu kelas pertama, di Amerika Syarikat, aktiviti
memancing dikenakan lesen. Permohonan lesen tersebut sudah pastinya memerlukan bayaran –
bayaran tertentu. Namun bagi masyarakat di sana, ianya tidak menbebankan, kerana dana tersebut
digunakan khusus bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan habitat – habitat hidupan air.

Kemudian saya teringat dua tahun lepas sewaktu saya mengikuti kelas “Pollution Control” oleh En
Ismail

bin

Mahmood.

Saya

ditugaskan

oleh

beliau

untuk

mengkaji

mengenai


fenomena illegal dumping (pembuangan haram).
Saya mengambil beberapa penempatan di Amerika sebagai kes rujukan, salah satunya ialah di
Whiting, Indiana. Kawasan 10 ekar di sana pada masa dahulunya menjadi tempat pembuangan haram
oleh –penempatan setempat. Namun atas usaha pihak pentadbiran dan komuniti setempat,
masyarakat dididik supaya bermentaliti hijau dan mesra alam. Kawasan ini, Lost Marsh, dibersihkan
daripada sampah sarap yang bertan – tan, kemudian ditanam semula rumput, dibina kotak – kotak
sarang burung dan pelbagai lagi usaha pemuliharaan oleh penduduk setempat dengan bantuan
kerajaan. Dan mereka seterusnya berusaha mengekalkan kehijauan kawasan ini sehinggalah hari ini,
dengan izin Allah, telah menjadi habitat bagi 23 spesis burung dan 59 spesis tumbuhan flora.

Bagaimana mentaliti hijau masyarakat kita? Soal membuang sampah merata – rata itu sudah menjadi
kelaziman. Bila hari terakhir sewaktu anda memandu, kereta di hadapan anda membuang bungkusan
sampah melalui tingkap? Enam hari yang lepas bagi saya.

Bagaimana pula dengan tahap kesedaran kita terhadap perkara yang lebih asas, seperti penjimatan
elektrik. Contoh yang jelas, di UTM sendiri. Saya tinggal di tingkat 4 blok XB 1, Kolej Dato’ Onn Jaafar.
Pernah satu hari, saya menggunakan tangga untuk turun ke tingkat 1 pada jam 12.55 tengah hari.
Semua lampu korridor di belah sayap saya daripada tingkat 3 hingga ke tingkat 1 masih menyala! Jam
12.55 tengah hari! Begitulah juga sewaktu saya tinggal di tingkat 5 blok XB 2, kolej yang sama pada

tahun lepas dan di Kolej Tun Dr Ismail pada tahun – tahun sebelum itu. Berapakah ‘kilowatt’ kuasa
elektrik yang telah dibazirkan?

Buat pengetahuan anda, tenaga elektrik dijana melalui pembakaran bahan api fosil. Pembakaran
bahan api fosil adalah penyumbang kepada pencemaran kerana berlakunya pembebasan karbon
dioksida berlebihan dan banyak lagi gas – gas yang merbahaya yang menyumbang kepada
pemanasan global. Jika kita tidak menggunakan elektrik secara optimum, kita adalah penyumbang
kepada pencemaran dan kemusnahan alam.

Kiraan mudah, katakanlah kuasa elektrik yang sepatutnya kita gunakan cuma 100 kilowatt minggu ini.
Tetapi akibat pembaziran, penggunaannya meningkat, katakanlah kepada 200 kilowatt seminggu. Hal
ini akan menyebabkan keperluan terhadap tenaga elektrik meningkat. Bagi menampung peningkatan
terhadap keperluan tersebut, pihak yang menjana tenaga elektrik terpaksa meningkatkan pembakaran
bahan api fosil. Peningkatkan pembakaran akan menyebabkan peningkatan pembebasan bahan –
bahan pencemar ke alam sekitar.

Itu masalah lampu korridor, bagaimana pula dengan kipas dan lampu di bilik? Komputer peribadi dan
komputer riba? Haru biru mentaliti kita. Ramai mahasiswa yang membiarkan komputer mereka
terbuka 24 jam sehari kerana memuatturunkan filem dan video yang prosesnya memerlukan masa
berjam – jam, walhal tiada kepentingan langsung terhadap pembangunan intelektual mereka. Hiburan

semata – mata. Bukankah Abu Hurairah RA pernah melaporkan, Rasullullah SAW bersabda;

“Sebahagian kecantikan seseorang muslim itu adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat
terhadap dirinya”
HR Imam at-Tirmidzi

Saya akui perbandingan yang saya buat tidak konsisten dari segi situasi. Tetapi saya kira kita boleh
nilai daripada situasi – situasi yang saya tulis, betapa berbezanya bentuk mentaliti dan sikap
masyarakat barat terhadap ekosistem alam berbanding masyarakat kita.

Malahan, mentaliti mereka di peringkat pimpinan negara pun agak meragukan. Saya masih ingat, Dr
Maketab pernah meluahkan kekecewaannya dengan mengatakan, “If you want to talk about
environment, never talk with politicians, they just want to listen to what they want, not the truth”.
Beliau banyak terlibat dengan penilaian terhadap pemeliharaan alam sekitar, saya kira pengalaman
hidup beliau pastinya mengajar beliau kecewa dengan pepimpin masyarakat yang tidak serius
mengenai alam sekitar.

Selain itu, Encik Ismail pula pernah memberitahu saya, sewaktu beliau mengendalikan kelas bagi
pelajar – pelajar separuh masa, sekumpulan pelajar yang bekerja dengan syarikat besar milik kerajaan
telah mengadu kepada beliau bahawa sisa yang dilepaskan ke sungai oleh loji mereka di pantai timur

tidak menepati piawaian Jabatan Alam Sekitar, tetapi tidak pernah diambil apa – apa tindakan.

Kecewa bukan? Itu sedikit yang saya kongsikan daripada apa yang mereka luahkan. Dan mereka
adalah ahli akademik. Mereka menilai berdasarkan ilmu pengetahuan mereka, bukannya omongan
propaganda.

Penyelesaian
Sifirnya mudah, manusia yang mencipta teknologi dan sistem. Bukan sebaliknya. Menggunakan
teknologi – teknologi hijau sedia ada tidak dapat menjamin pembangunan lestari dan menyelamatkan
dunia daripada kerosakan akibat kegilaan industri kapitalis.

Sebaliknya, melahirkan manusia – manusia bermentaliti hijau yang sensitif terhadap pemuliharaan dan
pemeliharaan alam akan sekaligus melahirkan masyarakat yang ingin kepada teknologi mesra alam,
pembangunan industri yang tidak menjahanamkan khazanah alam dan sistem yang tidak mencemar
alam.

Penutup
Oleh itu, bagi saya mendidik masyarakat supaya membuang budaya haru biru dan berhijrah kepada
mentaliti hijau adalah lebih utama dalam melestarikan pembangunan. Bagaimanapun, jangan
konklusikan saya sebagai orang yang menolak pengimplementasian teknologi hijau.