Fungsi Keluarga dalam Penjagaan pesakit

Fungsi Keluarga dalam
Penjagaan: Isu dan Cabaran
Oleh
Prof. Madya Dr. Fatimah Abdullah
Program Kerja Sosial
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengenalan





Fungsi Keluarga adalah melahirkan zuriat bagi
kesinambungan generasi, sosialisasi anak,
menyediakan keperluan ekonomi, perlindungan,
keselamatan dan kesejahteraan fizikal serta emosi
ahli-ahlinya.
Fungsi tradisi keluarga dimainkan oleh kedua ibu
bapa.

Dalam keluarga moden di bandar, fungsi keluarga
makin terbatas.

Tujuan Kertas Kerja

2.
3.
4.
5.

membahaskan hal-hal berkaitan dengan:
Apakah yang dimaksudkan dengan penjagaan?
Bagaimana dan siapakah yang melaksanakan
fungsi tersebut?
Apakah masalah yang dihadapi oleh keluarga
dalam melaksanakan fungsi tersebut?
Apakah peranan komuniti setempat dalam
membantu keluarga?

Makna Penjagaan





Kombinasi perasaan afeksi dan tanggung-jawab
bagi menyediakan keperluan peribadi individu
agar kesejahteraan mereka dapat ditingkatkan
melalui interaksi semuka (Finch & Groves 1983
dalam Cancian 2000: 137).
Sebagai satu amalan, penjagaan mestilah
merangkumi etik berhubung dengan hal-hal
mengenai memberi jagaan (caring about) dan
aktiviti menjaga (care for).

Sambungan

Memberi jagaan melibatkan pemikiran dan
perasaan tanggung-jawab untuk memenuhi
keperluan orang lain.
 Menjaga merujuk kepada kepelbagaian

aktiviti menyediakan keperluan atau
kesejahteraan orang lain yang merangkumi
penjagaan fizikal, emosi dan perkhidmatan
langsung.



Sambungan





Sebagai satu amalan, penjagaan mempunyai tiga
ciri (Glenn 2004: 04) iaitu;
– Mengiktiraf bahawa setiap orang perlukan
penjagaan.
– Melihat penjagaan sebagai satu hubungan
timbal balas di antara si penjaga (yang ada
kuasa) dengan orang yang inginkan penjagaan

(tidak berkuasa).
– Penjagaan sebagai tugas tabii dan sebagi
“kerja” yang dibayar upah.
Dalam keluarga, fungsi penjagaan hanya dicapai
jika keperluan asas sudah dipenuhi

Kenapa Fungsi Penjagaan dalam
Keluarga Bersifat Gender
Kaitan dengan mitos bahawa wanita ada
keupayaan tabii dan naluri untuk menjaga.
 Kebanyakan kajian dapati wanitalah yang
menjaga ibu mereka yang telah tua. Ini ada
kaitan dengan pengetahuan yang diturunkan
daripada ibu bapa kepada anak perempuan.
 Peranan wanita berkurangan akibat
perkembangan dalam perubatan moden
apabila ramai lelaki yang menjadi doktor.




sambungan



Kajian-kajian menunjukkan perkaitan antara
peranan gender dan penjagaan di mana,
wanita:
– Menjaga lebih kerap dan lebih intensif kepada
ibu bapa dan pasangan
– Lebih kerap melibatkan diri dalam aktiviti
penjagaan harian.
– Berhadapan dengan konflik.
– Lebih komited
– Sukar mencari pengganti

sambungan

 Sementara itu lelaki pula:
- Hadapi lebih banyak masalah dalam
memberikan sokongan emosi.

- Bantuan yang diberi lebih berupa sokongan
yang melibatkan kewangan, kesihatan dan
perundangan.
- Menyediakan pengangkutan, membaiki rumah
dan kereta.
Kajian di Korea (Lee & Sung dalam Galliano
2003) dapati anak sulong lelaki pikul tanggungjawab menjaga ibu bapa tapi lebih 55% tugas
diserahkan kepada isteri mereka

Penjagaan dan Penjaga: Kes
Keluarga Bandar dan Desa


Satu penyelidikan mengenai transformasi keluarga
keluarga akibat urbanisasi telah dijalankan
(Fatimah Abdullah 2005). Penemuan mendapati:
– Di kedua-dua tempat wanita khasnya anak dan menantu
perempuan menjadi penjaga yang penting kepada ibu
bapa yang tua.
– Di bandar, kemudahan dalam khidmat penjagaan di

institusi banyak membantu keluarga, khususnya wanita
yang juga merupakan anak atau saudara mara
perempuan.

Isu Penjagaan:
Keperluan dan Harapan






Penjagaan adalah keperluan sepanjang hayat
kerana ketidakupayaan pada satu-satu tahap dalam
kehidupan.
Dalam keluarga tradisional penjagaan disediakan
oleh wanita yakni ibu dan saudara mara
perempuan.
Walaupun fungsi penjagaan masih disediakan oleh
keluarga tetapi banyak keluarga, khasnya wanita

tidak dapat menyediakannya lagi kerana sumber
yang ada telah berubah malah berbeza.

Sambungan



Menurut Galliano (2003) meningkatnya
masalah menyediakan penjagaan masakini
adalah global sifatnya disebabkan:
– Perubahan demografik: daripada “baby boom”
kepada “senior boom”.
– Jangkahayat yang panjang mendedahkan warga
tua kepada sakit kronik.
– Saiz keluarga yang makin kecil
– Bertambahnya penglibatan wanita dalam
pekerjaan formal.

sambungan




Malaysia akan berhadapan dengan masalah
penjagaan kerana:
– Nisbah tanggungan penduduk muda ialah 53.0
sementara warta tua 6.2. Tetapi lebih 40%
penduduk 15-47 tahun belum berkahwin dan
1.7% daripada kumpulan umur itu telah bercerai
atau menjadi balu atau duda. Purata saiz
isirumah turun daripada 5.5 orang (1980) kepada
4.3 orang (2000), menjadikan penanan
penjagaan terbeban kepada beberapa orang
sahaja.
– Beban penjagaan menjadi lebih berat kerana
hampir 50% wanita dewasa terlibat dalam
pekerjaan formal.

Fungsi Penjagaan:
Strategi Memperkasa Keluarga
dan Komuniti




Menyediakan penjagaan boleh menyebabkan
konflik.
Strong (2001) mencadangkan agar keluarga dapat:
– Menyediakan “ruang” kepada ahlinya yang
memerlukan, penjaga juga perlu ada “kekuatan”.
– Berkomunikasi secara terbuka.
– Perkembangkan hubungan yang baik dengan pakar
perubatan
– Memberi sokongan emosi kepada penjaga utama (main
carer)

Sambungan



Menurut Glenn (2003) masyarakat yang
mengutamakan sifat penyayang haruslah:

– Mengiktiraf peranan penjagaan sebagai kerja
sebenar (real work), setanding dengan kerja lain.
– Pengiktirafan sosial dan sama seperti kerja
makan gaji.
– Mengiktiraf mereka yang memerlukan penjagaan
(termasuk mereka yang kurang upaya).

Sambungan



Glenn (2003) dan Cherlin (2005) sifat-sifat
yang dinyatakan lebih awal hanya akan
dicapai jika:
– Penjagaan dilegetimasi sebagai perlakuan
kolektif dan bukan tanggung-jawab keluarga
semata-mata.
– Pemisahan antara kerja dan keluarga harus
dihapuskan.
– Akses kepada penjagaan mesti diagih secara
seimbang.
– Tanggung-jawab dan kerja penjagaan sebenar
dikongsi sama rata dan tidak bertumpu kepada
wanita sahaja.

Kesimpulan







Peranan penjagaan semakin penting kerana:
Bilangan warga tua bertambah
Penduduk kurang upaya meningkat
Wanita keluar bekerja
Sais keluarga mengecil
Jadi peranan komuniti semakin penting kerana
tidak semua orang mampu menggunakan khidmat
penjagaan komersial.