Aplikasi Talfiq dalam Resolusi Syariah M

SEMINAR PENYELIDIKAN KEWANGAN
DAN KEHARTAAN ISLAM
Tajuk:

Aplikasi Talfiq dalam Resolusi Syariah Majlis
Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia:
Analisis Awal Dapatan Kajian
Disediakan oleh:

MOHD HAFIZ BIN JAMALUDIN
B.Sh Universiti Al-Azhar, M.Sh Universiti Malaya
Felo SLAB di Jabatan Syariah dan Undang-Undang,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Tarikh:
19 Februari 2013 (Selasa)
Tempat:
Bilik Seminar 2,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.

SUB-TAJUK PEMBENTANGAN

1.
2.
3.
4.
5.
6.

PENDAHULUAN
TAKRIF TALFIQ
JENIS-JENIS TALFIQ
HUKUM TALFIQ
CONTOH TALFIQ
CONTOH AMALAN TALFIQ DALAM RESOLUSI
SYARIAH BANK NEGARA MALAYSIA

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN
1. Talfiq merupakan satu kaedah yang kerap
digunakan pada masa kini sekalipun ia tidak

dikategorikan sebagai salah satu sumber
hukum Islam oleh para ulama usul fiqh.
2. Konsep Talfiq ini masih memerlukan
penjelasan lanjut daripada pakar
perundangan Islam terutama dari sudut
perbincangan dalil dan perbahasan para
ulama berkenaan dengannya.

Sambungan
3. Konsep Talfiq sangat ditentang oleh para ulama
silam, khususnya pada zaman perkembangan
dan penulisan mazhab-mazhab fiqh.
4. Setelah bermulanya zaman pembaharuan fiqh
Islam pada abad ke 20, konsep ini mula
dipopularkan semula di samping kempen
supaya masyarakat Islam bebas daripada
ikatan mazhab.

Sambungan
5. Justeru, kajian ini akan mengemukakan

sejumlah pandangan para ulama terhadap
konsep ini agar satu penilaian yang tepat dapat
dibuat sama ada untuk menyokong
pengamalan konsep Talfiq ataupun tidak
membenarkan sama sekali pengamalannya
dalam proses pengeluaran hukum Islam
berserta contoh aplikasi penggunaannya dalam
isu perbankan Islam.

Sambungan
6. Dalam isu perbankan Islam yang mana
merupakan salah satu bidang yang sedang
berkembang pantas pada waktu ini, pakar-pakar
yang berkemahiran amat diperlukan bagi
menjawab dan memberi penyelesaian terbaik
bagi setiap isu yang berbangkit.
7. Disebabkan kekangan masa, ramai
berpandangan bahawa penggunaan konsep
Talfiq merupakan penyelesaian yang paling ideal
bagi memberikan jawapan terbaik dan menjawab

persoalan hukum yang timbul dalam isu
perbankan Islam.

KONSEP TALFIQ

TAKRIF (Bahasa)
Talfiq dari segi bahasa mempunyai beberapa
maksud seperti:
- Himpunan ( ‫)الض‬
- Bercampur aduk (‫)المائمة‬
- Pendustaan yang dihiasi dengan kebaikan
(‫)الكذ الزخرف‬

Talfiq dari segi istilah
Terdapat beberapa takrif Talfiq yang dapat dikemukan
di sini:
1) Mencampur adukkan dua pendapat ulama dalam
satu masalah sehingga menghasilkan satu hukum
yang tidak diiktiraf oleh kedua-duanya sama ada
percampuran itu dilakukan pada asal masalah atau

pada pecahan masalah yang terhasil daripada asal
masalah tersebut.
(Ahmad bin Ismail al-Hilwani al-Khaliji di dalam alWasam fi al-Wasyam, ms.55)

Sambungan
2) Suatu tindakan beramal dengan
mencampurkan atau menggabungkan
pelbagai pendapat mazhab dalam sesuatu
masalah tertentu tanpa terikat dengan
mana-mana mazhab fiqh.
(Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Ikhtilaf
mazhab di Malaysia: Suatu Kajian tentang
pemikiran tajdid dan islah di Malaysia ms
164-165)

Sambungan
3) Mengemukakan satu hukum yang tidak
diiktiraf oleh mana-mana mujtahid.
(Muhammad Sa id al-Albani, Umdah alTahqiq fi al-Taqlid wa al-Talfiq, ms.91)


Sambungan
- Kesimpulannya, Talfiq merupakan

penggabungan pendapat daripada
beberapa orang mujtahid sama ada pada
asal atau pecahan bagi sesuatu masalah
sehingga menghasilkan satu hukum yang
tidak diiktiraf oleh mana-mana mazhab
atau mujtahid.

JENIS-JENIS TALFIQ

Jenis-Jenis Talfiq
Talfiq boleh dibahagikan kepada dua jenis
1) Talfiq pada asal masalah
- Bermaksud: Percampuran pendapat dilakukan
pada masalah yang sama.
- Contoh: Apabila seseorang berwuduk, lalu dia
menyentuh perempuan dengan bertaqlid
kepada Imam Abu Hanifah. Kemudian dia

berbekam pula dengan bertaqlid kepada Imam
Syafie. Maka wuduknya dianggap batal di sisi
kedua-dua imam mazhab.

Sambungan
2) Talfiq pada pecahan masalah
- Bermaksud Talfiq yang dilakukan pada dua masalah
yang berbeza tetapi masalah kedua merupakan kesan
daripada masalah pertama.
- Contoh: Apabila seseorang berwuduk, lalu dia
menyapu beberapa helai rambut dengan bertaqlid
kepada Imam Syafie, kemudian dia solat dengan
menghadap kepada pihak Kaabah sahaja dengan
bertaqlid kepada Imam Abu Hanifah, maka solatnya
batal di sisi kedua-dua imam mazhab.
(Al-Bakari Al-Dumyati, I a ah al-Talibin, ms 251; AlWasam fi al-Wasyam, ms. 55)

HUKUM TALFIQ

HUKUM TALFIQ

Ulama berselisih pendapat berkenaan hukum
Talfiq:
1) Pendapat yang mengharamkan Talfiq
2) Pendapat yang membenarkan Talfiq

PENDAPAT YANG
MENGHARAMKAN TALFIQ
Pendapat yang mengharamkan Talfiq ini
merupakan pendapat yang muktamad di
sisi Syafi iyyah, Hanafiyyah dan Hanabilah
dalam semua perkara sama ada dalam bab
Ibadat, Muamalat dan lain-lain. Golongan
Malikiyyah pula berpendapat harus Talfiq
dalam masalah Ibadat sahaja

DALIL PENDAPAT YANG
MENGHARAMKAN TALFIQ
1) - Agama ini maha kaya daripada menggunakan
konsep Talfiq ini.
- Ia dianggap sebagai mempermain-mainkan agama

- Golongan yang menggunakan Talfiq sama seperti
golongan Ibahiyyin dan terkeluar daripada amalan para
imam mujtahidin.
- Hukum yang menggabungkan di antara kedua-dua
pendapat Imam tidak diiktiraf oleh kedua-dua Imam
dan juga selain daripada keduanya.

sambungan
- Kenyataan bahawa kedua-dua pendapat itu seperti
satu pendapat sahaja dan terhasil daripada sumber dan
syariat yang sama, tidak boleh diambil kira kerana
perbezaan memang wujud dan perselisihan pendapat
memang berlaku sepertimana isyarat daripada hadis
perbezaan umatku merupakan rahmat.
- Kerana itu, Talfiq itu haram dan itulah yang dipegang
oleh para ulama muhaqqiqin daripada kalangan para
imam kita dan lain-lain.
(Al-Wasam fi al-Wasyam, ms.56)

Sambungan

2) Talfiq merupakan perkara yang batil kerana
padanya terdapat banyak kerosakan dan
akibat yang merbahaya. Pintu Talfiq ini
sekiranya dibuka akan merosakkan syariah
sepertimana cuka merosakkan madu.
(Al-Safarini, alTahqiq fi Butlan al-Talfiq, ms 171;
Al-Wasam fi al-Wasyam, ms.56)

Sambungan
Antara contoh yang dikemukakan oleh al-Safarini bagi
menggambarkan bahaya Talfiq:
Talfiq boleh membawa kepada zina, sepertimana
seseorang yang mengeluarkan mahar kepada seorang
perempuan yang baligh, berakal, tidak mempunyai
sua i da Iddah, lalu menyempurnakan akad nikah
dengan perempuan itu dengan bertaqlid Imam Abu
Hanifah yang tidak mensyaratkan wali dan bertaqlid
kepada Imam Malik yang tidak menyaratkan saksi. Lalu,
lelaki ini mampu melakukan zina dengan seorang
perempuan dan perbuatan tersebut tidak dianggap

sebagai jenayah dengan menggunakan alasan Talfiq.

sambungan
Selain itu, al-Safarini juga mengemukakan perkataan
Abu Nawas tentang arak. Abu Nawas telah mengikut
pendapat Imam Abu Hanifah yang mengharuskan
minum Nabiz/Tuak. Kemudian dia mengikut pendapat
Imam Syafie yang mengatakan Arak dan Tuak adalah
benda yang sama. Seterusnya, dia mentalfiqkan di
antara kedua-dua pendapat itu sehingga menatijahkah
keharusan minum arak.
(Al-Tahqiq fi Butlan al-Talfiq, ms 171,172,174,175)

sambungan
3) Ijmak
Kebanyakan para ulama yang mengharamkan
Talfiq berhujahkan dengan Ijmak, seolah-olah
mereka tidak mengambil kira pendapat yang
bertentangan kerana terlalu lemah atau mereka
maksudkan dengan ijmak ini ialah persepakatan
sebahagian besar ahli mazhab kerana dalam
setiap mazhab masih terdapat pendapat lemah
yang mengharuskannya.
(Al-Wasam fi al-Wasyam, ms.55)

Sambungan
4) Tiap-tiap perkara yang boleh membawa
kepada haram adalah haram dan setiap
pendapat yang boleh membawa kepada
mengharuskan perkara yang haram, maka
pendapat itu akan ditolak.
5) Bahawasanya kebenaran di sisi Allah
hanyalah satu sepertimana yang ditetapkan
oleh para ulama usul fiqh.
(Al-Tahqiq, ms. 176)

sambungan
5) Pendapat sebahagian besar ulama usul fiqh adalah
tidak membenarkan pengeluaran pendapat ketiga
apabila hanya terdapat dua khilaf di antara ulama.
Seperti Iddah perempuan hamil yang kematian
suami, para ulama khilaf kepada dua pendapat iaitu
ju hur berpe dapat Iddahnya apabila dia
melahirkan anak dan pendapat kedua mana-mana
tempoh yang lebih panjang antara melahirkan anak
dan berlalu tempoh empat bulan 10 hari. Maka tidak
harus mengeluarkan pendapat ketiga dengan
e gataka Iddahnya hanya 3 bulan.
(Sa d al- A zi, Al-Talfiq fi al-Fatawa, ms 277)

PENDAPAT YANG MEMBENARKAN TALFIQ
Pendapat yang membenarkan Talfiq terbahagi
kepada beberapa golongan:
1) Golongan yang mengharuskan Talfiq secara
mutlak.
2) Golongan yang mengharuskan Talfiq dalam
bab Ibadat sahaja
3) Golongan yang mengharuskan Talfiq dalam
dua masalah yang berbeza.

sambungan
4) Golongan yang mengharuskan Talfiq dengan syaratsyarat tertentu, antara syarat-syarat tersebut ialah:
1- Tidak melakukan Tatabbu al-Rukhas
2- Talfiq yang tidak membawa kepada merujuk semula
daripada pendapat pertama yang ditaqlid atau merujuk
semula kepada hukum yang terhasil daripada pendapat
pertama secara ijmak.
3- Talfiq yang tidak membawa kepada membatalkan
hukum Qadi.
4- Terdapat darurat ataupun keperluan untuk Talfiq
(Al-Wasam fi al-Wasyam, ms. 55; I a ah al-Talibin, ms.
251; Al-Talfiq fi al-Fatawa, ms 282-285; Al-Hafnawi, Tabsir
al-Nujaba , ms. 267,272)

DALIL PENDAPAT YANG
MEMBENARKAN TALFIQ
1) Kaedah fiqh:
‫الع ا ا مذه ل إنم مذهب مذه م تي‬
Kaedah ini menunjukkan keharusan Talfiq kerana
apabila orang awam tidak mempunyai mazhab yang
tertentu bahkan mazhab mereka hanyalah
menyamai pendapat salah seorang mujtahid dalam
masalah tertentu dan mujtahud yang lain dalam
masalah yang lain, ini jelas menunjukkan keharusan
amalan Talfiq.
(Hasan al-Syati, Tajrid zawa id al-Ghayah wa al-Syarh,
ms. 166; Al-Talfiq fi al-Fatawa, ms. 278)

sambungan
2) Pengharaman Talfiq juga akan menyebabkan
rosaknya ibadat orang awam dan mereka
boleh dihukum sebagai fasik kerana
melakukan ibadat yang batil, ibadat mereka
wajib diqada semula, mereka berhak
dikenakan azab di Akhirat. Ini semua
menyebabkan kesusahan dan kesempitan
yang amat sangat khususnya kepada orang
awam.
(Tajrid zawa id al-Ghayah, ms. 167; Mar i alKarami, Silsilah al-Mu allafat al-Safariniyyah ٢,

sambungan
3)

Allah Taala tidak menjadikan kesukaran dan
kesusahan dalam syariatnya yang suci. Bahkan
Allah telah memberikan segala jenis kemudahan
sebagai memuliakan Nabi Muhammad S.A.W yang
diutuskan dengan syariat ini.
Antara kaedah yang masyhur dalam syariat ini:
‫ المشقة تج التيسير‬‫ إذا ض اأمر اتسع‬(Tajrid zawa id al-Ghayah, ms. 168; Sejarah Ikhtilaf
mazhab di Malaysia, ms. 166,167; Silsilah al-Mu allafat
al-Safariniyyah ٢, ms 159; Al-Wasam, ms. 56)

sambungan
4) Pada zaman Sahabat dan Tabi i telah berlaku
banyak perselisihan pendapat dan mazhab sesama
mereka. Walau bagaimanapun, tidak terdapat naqal
daripada mana-mana sahabat berkata kepada orang
yang meminta fatwa daripadanya: Wajib ke atas
kamu untuk mengikut segala hukum mazhab yang
kamu Taqlid agar kamu tidak mencampur adukkan di
dalam ibadah kamu di antara dua mazhab atau lebih.
Sekiranya, Talfiq merupakan satu perkara yang tidak
dibenarkan, nescaya mereka tidak akan mengabaikan
perkara tersebut ketika mereka mengeluarkan fatwa.
(Al-Talfiq fi al-Fatawa, ms. 276,277,278; Silsilah al-

sambungan
5) Harus Taqlid kepada mana-mana pendapat daripada
mazhab imam yang empat dan tidak wajib bertaqlid
dengan salah satu daripadanya sahaja. Amalan Talfiq
pula merupakan sebahagian daripada amalan Taqlid
pada hakikatnya. Oleh itu, apabila seseorang
berpegang pada pendapat yang mengharuskan
Taqlid, maka sepatutnya juga, dia hendaklah
mengharuskan Talfiq kerana golongan muqallid tidak
akan mampu untuk mentarjih pendapat para
mujtahid.
(Al-Talfiq fi al-Fatawa, ms. 276,278,279; Silsilah alMu allafat al-Safariniyyah ٢, ms. 160-163)

Kesimpulan
Kesimpulannya, masih terdapat banyak aspek yang
perlu diperbahaskan dalam meneliti hujah-hujah
daripada kedua-dua pihak yang bertentangan ini.
- Selain itu, masalah pengeluaran pendapat ketiga,
kebenaran di sisi Allah adalah satu ataupun semua
pendapat, keperluan bertaqlid kepada salah satu
mazhab yang empat dan tahap darurat dan hajat
sehingga boleh membenarkan penggunaan Talfiq
adalah antara masalah yang perlu juga diperhalusi
sebelum memilih sama ada Talfiq ini dibenarkan oleh
syarak ataupun sebaliknya.

CONTOH TALFIQ

WUDUK (IBADAT)
Sekiranya seseorang berwuduk lalu dia menyapu
sebahagian kepala dengan bertaqlid kepada
mazhab syafie dan kemudian dia menyentuh
kemaluannya dan menyempurnakan wuduknya
dengan bertaqlid kepada mazhab hanafi, maka
wuduknya dianggap batal dengan sepakat
kedua-dua imam.

NIKAH (MUNAKAHAT)
Sekiranya seseorang berakad nikah dengan
seorang perempuan tanpa wali dengan bertaqlid
kepada mazhab Hanafi. Kemudian dia mengikut
fatwa mazhab Syafie yang mengatakan tidak
jatuh talak dengan sebab lupa, maka haram
baginya bergaul dengan isterinya selama mana
dia tidak merujuk taqlidnya kepada mazhab
syafie dan memperbaharui akadnya berdasarkan
mazhab tersebut.

SYUF AH MUAMALAT
Sekiranya seseorang memiliki rumah berdasarkan syuf ah
jiran dengan bertaqlid mazhab Hanafi. Kemudian dia ingin
menjual semula, lalu seseorang yang lain telah berhak
memiliki rumah itu dengan berdasarkan syuf ah jiran juga,
lalu dia enggan menyerahkan rumah tersebut dengan
alasan bertaqlid mazhab Syafie yang tidak mengiktiraf
syuf ah jiran. Perbuatan menghalang pemilikan itu tidak
sah itu kerana asal pemilikannya terhadap rumah itu
berdasarkan adalah berdasarkan pendapat Hanafi dan
bukan Syafie. Manakala, keengganannya untuk
menyerahkan rumah itu pula akan menyebabkan
terhasilnya satu hukum yang ditegah oleh kedua-dua
imam.
(Al-Wasam, ms. 56,57,58)

CONTOH AMALAN
TALFIQ DALAM RESOLUSI
SYARIAH BANK NEGARA
MALAYSIA

RESOLUSI SYARIAH






Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara
Malaysia telah memutuskan bahawa kemudahan
jaminan kredit dengan upah yang ditawarkan oleh
Credit Guarantee Corporation (CGS) terhadap
pembiayaan yang diberikan oleh institusi kewangan
Islam adalah dibenarkan.
Ini berikutan, cadangan pihak CGS untuk
menawarkan jaminan kredit secara Islam terhadap
pembiayaan yang diberikan oleh institusi kewangan
Islam kepada pelanggan.
(Bank Negara Malaysia, Resolusi Syariah dalam
Kewangan Islam Edisi Kedua, ms. 165)

JAMINAN DENGAN UPAH
• Masalah ini turut dikenali sebagai jaminan
dengan upah (‫)الك لة بأجر‬.
• Jumhur ulama Hanafiyyah, Malikiyyah,
Syafi iyyah dan Hanabilah mengatakan
bahawa tidak harus bagi penjamin
mengambil upah atas jaminannya sama ada
upah tersebut diberikan oleh penghutang,
pemiutang ataupun pihak ketiga.
• Hanya Ishaq bin Rahawaih sahaja yang
mengatakan bahawa jaminan dengan upah
adalah sah

DALIL GOLONGAN YANG
MENGHARAMKAN
• Antara hujah golongan yang mengharamkan
jaminan dengan upah ini ialah
1) Jaminan merupakan akad tabarru bukan
akan u awadah.
2) Sesuatu ganjaran hanya berhak diperolehi
sebagai balasan bagi sesuatu pekerjaan atau
harta. Sedangkan, jaminan bukan merupakan
satu pekerjaan atau harta, maka
pengambilan ganjaran daripadanya adalah
pengambilan harta manusia secara batil.

sambungan
3) Jaminan dengan upah boleh membawa
kepada Gharar kerana penjamin
berkemungkinan untuk untung sekiranya
peminjam membayar hutang ataupun rugi
sekiranya peminjam tidak membayarnya.

(Nazih Kamal Hammad, Mada Jawaz Akhz al-Ajr
ala al-Kafalah fi al-Fiqh al-Islami, ms. 97, 112,
115).

AMALAN TALFIQ DALAM
RESOLUSI SYARIAH




Resolusi Syariah yang dikeluarkan oleh MPS Bank
Negara Malaysia ini merupakan salah satu contoh
amalan Talfiq dalam penyelesaian hukum
Perbankan Islam.
Ini kerana, hukum yang dikeluarkan oleh resolusi ini
merupakan pendapat Imam Ishaq bin Rahawaih dan
ia telah dikeluarkan tanpa merujuk secara terperinci
syarat-syarat yang ditetapkan oleh Ishaq dalam
pengamalan hukum jaminan dengan upah ini.

DALIL YANG MENGHARUSKAN
JAMINAN DENGAN UPAH
• Antara dalil yang dikemukakan dalam resolusi
ini ialah upah yang dikenakan ke atas jaminan
adalah dibenarkan atas dasar maslahah dan
keperluan masyarakat, kerana pada waktu
kini, memperoleh jaminan secara percuma
bukanlah satu perkara yang mudah atau
praktikal
(Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam Edisi
Kedua, ms. 166)

SAMBUNGAN




Selain itu, golongan yang mengharuskan jaminan ini
juga berpegang kepada pendapat Malikiyyah yang
mengatakan harus bagi pemiutang memberi upah
kepada penghutang apabila dia mencarikan
penjamin untuknya.
Begitu juga pendapat Malikiyyah yang
membenarkan penjamin untuk meminta supaya
pemiutang menggugurkan sebahagian hutangnya.
Sebagai balasan dia akan bersetuju untuk menjadi
seorang penjamin.

SAMBUNGAN
• Kedua-dua masalah di atas menunjukkan
harus penjamin mengambil upah daripada
jaminan sekalipun secara tidak langsung
(Mada Jawaz Akhz al-Ajr ala al-Kafalah fi al-Fiqh
al-Islami, ms. 104).

SEKIAN,
TERIMA KASIH