Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Mema

Regional Seminar on Islamic Higher Educational Institutions 2012 (SeIPTI 2012)

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM MEMACU
KEBOLEHPASARAN GRADUAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ISLAM
(IPTI)
Zul Hilmi bin Abdullah, Shaharudin bin Ismail & Khairi Bin Abdul Rahim
Universiti Sains Islam Malaysia
(zulhilmi.a@usim.edu.my, shaharudin@usim.edu.my, khairiabdulrahim@usim.edu.my)

ABSTRAK
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuklah Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI) yang berupaya
melahirkan graduan yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi akan mempunyai reputasi yang tinggi dan
ini berupaya melonjakkan institusi tersebut menjadi sebuah institusi yang menjadi rujukan, dihormati dan
dikenali. Berdasarkan jumlah graduan yang menamatkan pengajian adalah begitu besar setiap tahun, sudah
pasti isu kebolehpasaran untuk mendapat pekerjaan menjadi perkara utama dan perlu diberi perhatian.
Pemasalahan kebolehpasaran graduan didapati membabitkan tiga faktor yang sering digariska n oleh pihak
majikan atau industri, iaitu dari segi imej dan ketrampilan diri, boleh berkomunikasi dengan baik dan
penguasaan dalam bahasa Inggeris. Di samping itu penyampaian dan pengaksesan maklumat yang mudah
serta tepat adalah sangat penting dalam proses menilai kebolehpasaran seseorang graduan. Adalah menjadi
satu harapan pihak IPTI untuk melahirkan graduan yang ber -kebolehpasaran yang tinggi - bukan sahaja
berilmu dan berkemahiran tetapi juga beriman dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, pelbagai

program telah dirangka dan dijalankan bertujuan melengkapkan graduan dengan nilai tambah (termasuklah
berilimu, berkemahiran, beriman dan berakhlak) agar lebih berkeboleh-pasaran (marketable) dan
berkeboleh-lantikan (employable) di dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa, sekaligus
mengurangkan masalah pengangguran di kalangan graduan di negara ini. Penggunaan teknologi terkini
seperti teknologi maklumat boleh diaplikasikan oleh IPTI dalam mencapai maksud dan membantu
meningkatkan peratusan graduan yang berkualiti tinggi serta mempunyai berkemahiran soft-skill, yang
mana penting dalam pasaran kerja. Kertas kerja ini membincangkan peranan teknologi maklumat yang
boleh diguna-pakai dalam meningkatkan keupayaan IPTI melahirkan graduan berkebolehpasaran tinggi
untuk pasaran dalam negara mahupun antarabangsa yang mana ia bukan hanya boleh mengurangkan kadar
pengangguran, malah boleh membantu sesebuah IPTI menjadi sebuah institusi yang dirujuk, dihormati dan
dikenali.

KEYWORDS: Kebolehpasaran graduan, e-portfolio, sistem maklumat bersepadu.

1. PENGENALAN
Kebolehpasaran graduan menjadi agenda penting untuk sesebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT). Di dalam
artikel ini, Institut Pengajian Tinggi Islam (IPTI) dikategorikan sebagai salah satu daripada IPT. Dalam
konteks Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah menetapkan kebolehpasaran
graduan sebagai salah satu dari empat Bidang Keberhasilan Utama (KRA) kementeriannya. Menegaskan lagi
keperluan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, KPT telah menjadikan kebolehpasaran graduan/

siswazah sebagai salah satu projek agenda kritikal dalam Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 –
2015 (KPT, 2010).
Pelbagai program telah dicadang dan dijalankan oleh pihak kementerian dan IPT untuk meningkatkan
kebolehpasaran graduan. Antaranya adalah program pentauliahan profesional, finishing school,
apprenticeship, latihan keusahawanan, latihan industri serta karnival kerjaya. Program-program tersebut
memerlukan komitment dari pelbagai pihak termasuklah pihak kementerian, IPT, pelajar serta industri. Tidak
kurang juga kos yang ditanggung untuk menjayakan program berkaitan demi membantu para pelajar lebih
bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan. Sebagai contoh, melalui Bajet 2013 yang dibentangkan pada 28
September 2012 (Kementerian Kewangan Malaysia, 2012), program Graduate Employability Blueprint
(GEB) disasarkan untuk bermula pada penghujung 2012. Tujuan utama GEB adalah untuk memberi tumpuan
terhadap kebolehpasaran graduan Malaysia dan sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan. Ini menunjukkan
komitmen/keseriusan kerajaan untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan Malaysia.
Dari itu, artikel ini akan membincangkan bagaimana kaedah pemasaran melalui aplikasi teknologi
maklumat boleh membantu graduan meningkatkan kebolehpasaran mereka dengan mengiklankan kebolehan,
pencapaian dan kemahiran mereka kepada bakal majikan. Kerangka dan konsep menggunakan teknologi

566

Regional Seminar on Islamic Higher Educational Institutions 2012 (SeIPTI 2012)


maklumat untuk memasarkan graduan akan dihuraikan dengan terperinci untuk memberikan jawapan kepada
persoalan bagaimana teknologi maklumat dapat membantu graduan dalam memasarkan diri mereka dalam
alam kerjaya
Bertitik tolak dari sistem maklumat di IPT, aplikasi ini boleh dijadikan sebagai kaedah pemasaran yang
berkesan untuk memasarkan pelajar ke alam kerjaya sebelum mereka menamatkan pengajian lagi. Sistem
maklumat pelajar yang menyimpan butiran pelajar boleh dinaiktaraf dengan beberapa tambahan fungsi
mengikut keperluan semasa. Sistem maklumat pelajar juga boleh diintegrasikan dengan sistem-sistem
maklumat lain seperti sistem pembelajaran online. Artikel ini mencadangkan penggunaan Portal Graduan
Bersepadu (PGB) sebagai medium pemasaran graduan. PGB dalam konteks ini wujud dari proses integrasi
beberapa sistem maklumat sedia ada dan perlu ditambahbaik dan disesuaikan mengikut objektif dan
keperluannya. Komponen dan fungsi PGB ini akan diperincikan lagi dalam bahagian seterusnya.
2. TINJAUAN LITERATUR
Bahagian ini akan membincangkan dua topik utama iaitu isu berkaitan kebolehpasaran graduan dan
perkhidmatan elektronik. Topik ini perlu dikaji lebih mendalam bagi melihat sejauh mana aplikasi teknologi
maklumat atau perkhidmatan elektronik ini mampu untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.
2.1 Kebolehpasaran Graduan

Masalah pengangguran graduan merupakan fenomena global yang harus ditangani dengan baik. Masalah ini
merupakan isu besar kepada kerajaan dan IPT terlibat. Walaupun sebelum ini isu pengangguran graduan
dikaitkan dengan kemelesetan ekonomi, isu ini terus menghantui para graduan hingga kini. Isu ini menjadi

isu besar kerana negara mengalami kerugian andai graduan yang dilahirkan tidak dapat menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi dan sosial negara. Tenaga kerja yang berkemahiran sangat diperlukan untuk memacu
ekonomi dan mengoptimakan produktiviti.
Kebolehpasaran graduan merujuk kepada keupayaan lepasan IPT untuk menempatkan diri ke pasaran
kerjaya sejurus tamat pengajian (Ahmad et. al., 2011). Setiap tahun IPT menghasilkan ribuan graduan yang
berharap dapat memasuki pasaran pekerjaan. Pelbagai faktor disandarkan dalam menilai kebolehpasaran
graduan. Pendidikan dan latihan yang diterima dari IPT dilhat faktor terpenting dalam menilai
kebolehpasaran graduan untuk memenuhi keperluan pasaran kerjaya (Yusoff et. al., 2007). Tahap pencapaian
dalam pengajian juga memainkan peranan dalam penilaian majikan untuk melantik seseorang graduan
tersebut. Kursus pengajian yang relevan dengan jawatan yang dipohon juga dilihat faktor penting yang
menentukan kejayaan seseorang graduan mendapat pekerjaan. Selain itu, kemahiran insaniah juga dilihat
salah satu faktor menentukan kebolehpasaran graduan (Chang et. al., 2011). Kemahiran-kemahiran tersebut
terdiri daripada:









Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran dan menyelesaikan masalah
Kemahirang kerja berpasukan
Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
Kemahiran keusahawanan
Etika dan moral profesional
Kemahiran kepimpinan

Perspektif berbeza pula dizahirkan oleh Ishak et. al (2011) yang melihat kepintaran emosi sebagai faktor
pencapaian akademik sesorang pelajar IPT. Faktor kepintaran emosi tersebut juga turut dikaitkan dengan
kebolehpasaran graduan apabila tamat pengajian selain faktor-faktor lain dalam kemahiran insaniah. Dengan
beberapa penyelidik lain mengaitkan isu kebolehpasaran graduan dengan ketidakseimbangan antara kursus
yang ditawarkan dengan keperluan industri, kami melihat isu ini dari perspektif berlainan. Perspektif yang
dimaksudkan ialah cara atau medium memasarkan graduan itu sendiri dilihat tidak kurang penting. Dengan
itu kami mengambil initiatif untuk mengkaji keperluan penggunaan sistem maklumat dalam membantu
memasarkan para graduan di pasaran pekerjaan.
Sebelum ini terdapat beberapa pendekatan untuk membantu memasarkan graduan IPT di Malaysia.
Antaranya termasuklah program sangkutan industri dan karnival kerjaya selain pihak graduan sendiri
memohon pekerjaan berkaitan. Dengan itu, diharapkan dengan adanya sistem maklumat yang bersepadu akan

menambah lagi pilihan dan peluang untuk para graduan memasarkan diri mereka di alam kerjaya.
2.2 Perkhidmatan Elektronik

Sistem maklumat elektronik atau perkhidmatan elektronik telah digunakan secara meluas di IPT yang
merangkumi sistem maklumat pelajar, sistem maklumat staff, sistem jadual waktu, sistem tempahan

567

Regional Seminar on Islamic Higher Educational Institutions 2012 (SeIPTI 2012)

kemudahan dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, sistem maklumat berkenaan adalah berlainan antara satu
IPT dengan IPT yang lain. Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) juga merupakan contoh sejenis
sistem maklumat yang merupakan salah satu inisiatif pihak KPTM untuk memantau dan mengenal pasti
tahap kebolehpasaran graduan atau siswazah daripada sesebuah IPT (Ahmad et. al., 2011). Graduan diminta
untuk mengisi kaji selidik tentang status dan pekerjaan mereka setelah tamat peperiksaan pada tahun akhir
pengajian sehingga tarikh menghadiri majlis konvokesyen (KPT, 2011). Walaubagaimanapun, sistem ini
hanyalah untuk memperolehi statistik terkini graduan yang telah bekerja. Walaupun secara tidak langsung
ianya memberikan maklumat tentang kebolehpasaran graduan, tetapi sistem tersebut tidak begitu membantu
untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan tersebut. Dalam perkataan lain, sistem tersebut hanyalah
berfungsi sebagai pangkalan data tentang kebolehpasaran graduan sesebuah IPT.

Artikel ini sebaliknya mengambil pendekatan berbeza dengan mencadangkan penggabungan sistem
maklumat tersebut. Sistem maklumat sedia ada daripada setiap IPT boleh digabungkan dengan sistem
pembelajaran dalam talian (online) pelajar untuk mewujudkan portfolio elektronik (e-portfolio). Konsep eporfolio sebelum ini telah diterima pakai oleh komuniti global untuk membantu pelajar dalam penilaian
sesuatu kursus semasa pengajian mereka dan digunakan untuk mencari pekerjaan selepas tamat pengajian
(Brammer, 2007). Diana & Ittelson (2005) pula menerangkan tiga jenis portfolio elektronik iaitu terdiri
daripada e-portfolio pelajar, e-porfolio pengajaran serta e-portfolio IPT. Setiap e-portfolio tersebut mewakili
entiti-entiti berkaitan. Kami melihat setiap entiti tersebut boleh diintegrasikan dalam satu sistem maklumat
bersepadu.
E-portfolio dilihat memberi cabaran kepada tenaga pengajar di IPT untuk mewujudkan persekitaran
pembelajaran berteraskan teknologi yang mana pelajar bukan sahaja memahami teknologi tetapi
mengadaptasi terknologi tersebut dalam pembelajaran dan pembangunan kendiri mereka (Gerbik, Lewis &
Amin, 2011). Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri maklumat tugas-tugas berkaitan kursus-kursus
yang diikuti semasa pengajian yang disahkan oleh pihak IPT. Dengan itu, pelajar dapat merujuk kembali
hasil kerja mereka serta dapatan daripada kursus-kursus dan projek-projek yang pernah diikuti. Di dalam
artikel ini, konsep e-portfolio digunakan tetapi digabungkan dengan sistem maklumat yang sedia ada. Ini
akan dihuraikan dengan lebih teliti selepas ini. Aplikasi sistem maklumat ini bukan sahaja boleh bertindak
sebagai pangkalan data kebolehpasaran graduan seperti sebelum ini, malah boleh meningkatkan lagi
kebolehpasaran graduan. Ini kerana, majikan akan mempunyai akses terus yang lebih terperinci, selamat dan
sah tentang seseorang graduan sebelum proses temuduga kerja boleh dijalankan.
Selain itu, portal pencarian pekerjaan (Jobstreet.com, Jobdb.com) juga dilihat boleh dijadikan rujukan

untuk merangka sistem maklumat yang lebih bersepadu kepada graduan untuk memastikan mereka
mempunyai medium yang efektif untuk memasarkan kebolehan dan kelayakan mereka. Dalam hal ini,
Kementerian Sumber Manusia Malaysia (2012) telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan
perkhidmatan elektronik bagi pencari kerja dan pihak majikan. Rajah 1 menunjukkan antaramuka pengguna
bagi portal “jobsmalaysia” yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Portal ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada pencari kerja dan bakal majikan. Antara kemudahan
yang disediakan adalah maklumat tentang jawatan kosong, pusat maklumat kerjaya, perkhidmatan penawaran
jawatan oleh majikan serta perkhidmatan permohonan pekerjaan oleh pencari kerja. Perkhidmatan seumpama
ini dilihat semakin mendapat sambutan oleh pencari kerja dan bakal majikan. Buktinya pada tahun 2011,
pendaftaran pencari kerja baru mencatatkan seramai 181, 950 orang dan sebanyak 58, 462 pendaftaran pihak
majikan direkodkan. Walaupun sambutan pengguna terhadap portal ini dilihat semakin rancak, akan tetapi
keberkesanan portal ini dalam memastikan kepuasan penggunanya juga perlu diambil kira. Jika dilihat dari
angka penempatan pekerjaan yang dicatatkan pada tahun 2011 iaitu sebanyak 20,767, timbul persoalan
tentang nisbah pendaftaran majikan dan pencari kerja dengan jumlah penempatan pekerjaan yang jauh
berbeza. Mungkin satu kajian perlu dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menghasilkan angka
tersebut.
Pada perspektif kami, tiadanya pengesahan maklumat dari pihak ketiga menyebabkan pihak majikan sukar
untuk melakukan tapisan pertama sebelum panggilan temuduga dilakukan. Pencari kerja perlu mengisi segala
maklumat termasuk maklumat diri, maklumat kelulusan dan pencapaian serta pengalaman kerja.
Walaubagaimana pun, jika pencari kerja mengemukakan maklumat yang salah, tiada pengesahan dapat

dilakukan oleh sesiapa sehingga hari temuduga dijalankan, di mana mereka perlu mengemukakan dokumendokumen berkaitan kepada pihak majikan. Perkara ini memberi peluang untuk pencari kerja mengemukakan
dokumen palsu (pengenalan diri dan transkrip) yang kadang kala sukar untuk dikesan oleh pihak majikan.
Risiko ini boleh diminimumkan jika portal ini dapat diintegrasikan dengan sistem-sistem maklumat dari
agensi-agensi berkaitan seperti sistem maklumat Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia serta IPT berkaitan. Jika terdapat sebuah portal atau
sistem maklumat yang boleh menyediakan perkhidmatan seperti ini, pencari kerja hanya perlu mengisikan
beberapa maklumat tambahan yang terkini sahaja tanpa perlu mengingati semua keputusan peperiksaan
mereka. Selain itu, pihak majikan juga tidak perlu ragu-ragu tentang maklumat barkaitan.

568

Regional Seminar on Islamic Higher Educational Institutions 2012 (SeIPTI 2012)

Gambarajah 1: Antaramuka web perkhidmatan pekerjaan.
Dengan cara yang dipraktik kini, setiap kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan mempunyai
pangkalan data mereka sendiri. Portal bersepadu yang diuruskan secara efektif dilihat memerlukan kordinasi
antara kementerian dan agensi supaya integrasi maklumat tersebut dapat dilakukan secara selamat.
Kebaikannya adalah dapat menjimatkan masa kerana tidak memerlukan kemasukan maklumat yang
berbilang, mengurangkan kesilapan atau ralat semasa kemasukan dan pengurusan maklumat, mengelakkan
ketidakseragaman format dan jenis maklumat serta boleh digunakan secara bersama.

3. PORTAL GRADUAN BERSEPADU
Portal bersepadu atau sistem maklumat bersepadu merupakan hasil daripada integrasi beberapa sistem
maklumat bagi memudahkan pengguna serta operasi pengurusan maklumat itu sendiri. Andreica et al. (2011)
mencadangkan portal bersepadu yang melibatkan penggabungan sistem pembelajaran elektronik (e-learning)
dan perkhidmatan berkaitan akademik. Portal berkenaan menyediakan modul penilaian pelajar, pengurusan
akademik, pengurusan pentadbiran serta pengurusan penyelidikan. Bezanya kami mencadangkan integrasi
turut dilakukan dengan beberapa sistem maklumat lain seperti portfolio elektronik, sistem pencarian
pekerjaan serta sistem pengesanan graduan.

569

Regional Seminar on Islamic Higher Educational Institutions 2012 (SeIPTI 2012)

Portfolio Elektronik/ Sistem
Pembelajaran Elektronik

Sistem Maklumat
Pelajar/ Alumni

Portal Graduan

Bersepadu (PGB)

Sistem Pengesanan
Graduan

Portal Carian
Pekerjaan

Gambarajah 2: Kerangka Kerja Integrasi Sistem Maklumat
Gambarajah 2 menunjukkan cadangan kerangka kerja Portal Graduan Bersepadu (PGB) yang dicadangkan.
PGB adalah hasil daripada integrasi beberapa sistem maklumat berkaitan yang perlu ditambah baik supaya
dapat memenuhi keperluan proses integrasi. Penambahbaikan perlu dilakukan pada peringkat pengurusan
pangkalan data, fungsi-fungsi tambahan serta antaramuka pengguna. Berikut adalah ringkasan tentang sistem
maklumat berkaitan:
a.

Sistem Maklumat Pelajar
Sistem maklumat pelajar telah sedia ada bagi kebanyakan IPT. Sistem ini digunakan untuk
menguruskan maklumat pelajar sesebuah IPT. Antara maklumat yang terdapat dalam sistem ini
adalah maklumat peribadi pelajar, maklumat keluarga, maklumat kelayakan masuk ke IPT,
maklumat pengajian, keputusan peperiksaan dan lain-lain lagi. Untuk tujuan integrasi, beberapa
maklumat dalam pangkalan data perlu disesuaikan dengan keperluan PGB yang akan dibangunkan.
Hanya maklumat yang diperlukan sahaja boleh dicapai oleh PGB bagi mengelakkan terjadinya
kebocoran maklumat.
Selain itu, untuk merapatkan lagi hubungan graduan dan IPT selepas mereka menamatkan
pengajian, sistem maklumat pelajar ini boleh ditambah baik dengan memasukkan modul untuk
alumni. Dengan itu graduan akan dapat terus mengikuti perkembangan IPT masing-masing
walaupun telah berada di alam pekerjaan. Pihak IPT juga dapat mengikuti perkembangan graduan
masing-masing dan seterusya dapat melihat sejauh mana kualiti graduan yang dihasilkan. Sistem
maklumat ini melibatkan pihak IPT terutamanya jabatan yang menguruskan hal ehwal pelajar, hal
ehwal akademik akademik, bahagian teknologi maklumat, bahagian kemasukan pelajar serta unit
alumni.

b.

Portfolio Elektronik/ Sistem Pembelajaran Elektronik
Sistem pembelajaran elektronik/ atas talian juga telah digunakan oleh IPT tertentu bagi
menguruskan dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia mungkin berbeza antara
satu IPT dengan IPT yang lain. Pada asasnya sistem ini menyediakan kemudahan untuk tenaga
pengajar berkongsi maklumat dan kandungan kursus yang diajar kepada pelajar. Proses pengajaran
juga boleh dilakukan secara atas talian selain dari kaedah bersemuka. Selain itu, sistem ini juga
dijadikan medium untuk penilaian pelajar sama ada dalam bentuk kuiz atau tugasan. Sebagai

570

Regional Seminar on Islamic Higher Educational Institutions 2012 (SeIPTI 2012)

kemudahan tambahan, sistem ini juga menyediakan platform atau medan perbincangan antara
pelajar dan juga tenaga pengajar.
Bagi portfolio elektronik pula, ia lebih menumpukan kepada pengurusan maklumat tugasan atau
projek yang dilakukan oleh pelajar. Rekod hasil kerja dan penilaiannya boleh disimpan dan dirujuk
untuk masa depan. Berbeza dengan sistem maklumat pelajar yang hanya merekodkan kursus yang
diikuti serta gred akhir yang diperoleh, portfolio elektronik lebih menjurus kepada rekod hasil kerja
bagi setiap kursus tersebut. Dengan itu, integrasi kedua-dua sistem maklumat ini dilihat dapat
memberi maklumat yang lebih jelas kepada bakal majikan untuk membuat penilaian terhadap
kelayakan dan kebolehan seseorang graduan. Sistem maklumat ini perlu melibatkan tenaga
pengajar, pelajar, bahagian akademik, dan bahagian teknologi maklumat yang menguruskan sistem
ini.
c.

Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPJ)
Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPJ) yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dilihat boleh diintegrasikan dalam PBG untuk memudahkan
pelajar mengemaskini status mereka setelah tamat pengajian. Jika terdapat satu sistem bersepadu
seperti PBG, graduan tidak perlu mengakses beberapa sistem berkaitan yang memerlukan proses log
masuk dan log keluar masing-masing. Maklumat berkaitan juga tidak bertindih (duplicate) antara
satu sistem dengan sistem yang lain. Sebagai contoh, jika pelajar telah mengemaskini maklumat
dalam PBG mereka tentang status pekerjaan serta tarikh mula bekerja, maklumat yang sama boleh
diakses oleh pihak KPTM untuk tujuan penjanaan rekod dan laporan mereka. Selain itu KPTM dan
IPT juga dapat meminimumkan kos penyelenggaraan sistem maklumat berkaitan penjanaan
dokumentasi dan laporan juga lebih mudah.

d.

Portal Carian Pekerjaan
Sebagai salah satu perkhidmatan elektronik yang menjadi tumpuan para graduan serta pencari kerja,
portal carian pekerjaan juga dilihat sebagai salah satu elemen yang sesuai untuk diintegrasikan
dalam PBG sebagai kaedah pemasaran seseorang graduan. Modul pencarian pekerjaan ini
merupakan salah satu elemen penting yang menjadikan maklumat dari modul-modul lain sebagai
rujukan seperti maklumat dari modul maklumat pelajar dan portfolio elektronik. Dalam modul atau
elemen carian pekerjaan, graduan perlu diberi pilihan yang lebih fleksibel untuk menentukan
maklumat berkaitan yang mahu dikongsi kepada bakal majikan, pihak IPT, pihak kementerian serta
pihak umum.
Kemudahan untuk menjana dokumen berkaitan maklumat peribadi atau ‘curriculum vitae’
merupakan salah satu fungsi yang amat berguna dalam modul ini. Hasil dari janaan tersebut,
graduan boleh membenarkan capaian ‘curriculum vitae’ mereka kepada bakal majikan mengikut
kesesuaian maklumat yang hendak dikongsi. Bahagian pengadil (referee) yang selalunya dihubungi
secara manual oleh bakal majikan untuk mendapatkan pengesahan tentang maklumat ‘curriculum
vitae’ seseorang boleh ditambahbaik dengan membenarkan penghantaran mel elektronik (e-mail)
secara automatik.
Maklumat yang memerlukan pengesahan hanyalah tentang pengalaman kerja dan lain-lain aktiviti
selepas graduan menamatkan pengajian. Maklumat kelulusan, pencapaian akademik dan
kokurikulum semasa dalam pengajian telah secara automatik disahkan melalui modul sistem
maklumat pelajar dan portfolio elektronik yang melibatkan pihak IPT dan tenaga pengajar. Salah
satu kebaikan pengesahan maklumat kelulusan secara terus oleh pihak IPT ialah pihak majikan tidak
perlu meminta salinan fizikal sijil dan transkrip graduan.

Berdasarkan fungsi dan kandungan sistem maklumat berkaitan, beberapa penambahbaikan dan penyesuaian
boleh dilakukan bagi memastikan integrasi tersebut memenuhi objektifnya iaitu membantu graduan
memasarkan diri di alam kerjaya. Antara fungsi tambahan ialah fungsi memuat naik gambar terbaru
seseorang graduan sebagai pengguna portal tersebut. Dengan itu, mereka dapat memilih gambar yang terkini
mereka yang difikirkan sesuai untuk dilihat oleh bakal majikan. Selain itu, fungsi memuat naik salinan digital
sijil-sijil mereka juga boleh dimasukkan di dalam portal ini. Bagi menambah nilai portal ini, graduan juga
perlu dibenarkan untuk mengemaskini status mereka, maklumat pengalaman kerja serta maklumat kelayakan
tambahan selain kelulusan dari IPT berkaitan.
4. ISU BERKAITAN
Walaupun begitu terdapat juga beberapa isu berkaitan yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan
cadangan ini. Antara isu yang dikenalpasti ialah penyelenggaraan sistem, pengesahan maklumat berkaitan

571

Regional Seminar on Islamic Higher Educational Institutions 2012 (SeIPTI 2012)

(verification) terutamanya maklumat yang dimasukkan oleh pelajar sendiri, keselamatan dan privasi
maklumat berkenaan dan penerimaan luar atau bakal majikan terhadap sistem ini. Peringkat perlaksaan juga
perlu diberi perhatian sama ada boleh dilaksanakan diperingkat IPT atau perlu dipusatkan di bawah
kementerian berkaitan. Isu ini perlu diambil kira bagi memastikan perlaksanaannya dapat dimanfaatkan oleh
pelbagai pihak disamping dapat menjimatkan kos. Kos-kos yang perlu diambil kira termasuklah kos
pembangunan portal, kos integrasi, kos penyelenggaraan dan lain-lain kos operasi yang terlibat.
Sebelum ini, sistem maklumat yang sedia ada diselenggarakan oleh pihak-pihak berasingan. Sebagai
contoh sistem maklumat IPT diselenggarakan oleh pihak IPT sendiri manakala SKPG diselenggarakan oleh
pihak KPTM. Jika konsep penggabungan sistem maklumat hendak digunapakai seperti yang dicadangkan
dalam artikel ini, maka perlu ada satu pihak atau badan tertentu sahaja yang perlu bertanggungjawab atas
penyelenggaraan portal bersepadu ini. Pihak tersebut akan menjadi pusat pengumpulan data daripada semua
IPT dan pihak yang terlibat, dan pada masa yang sama mengurus dan menyelenggarakan pangkalan data
portal ini. Ini kerana, maklumat yang sentiasa dikemaskini perlu tersedia (available) sepanjang masa bagi
menambahnilai kepada aplikasi tersebut untuk memudahkan akses kepada majikan, seterusnya mampu
meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Bagi maklumat yang diisi sendiri oleh pelajar ke dalam portal bersepadu ini, pengesahan maklumat
berkaitan merupakan isu yang perlu diberi perhatian sewajarnya. Di peringkat IPT misalnya, proses ini
mungkin akan menjadi rumit jika data graduan tersebut sudah melebihi tempoh dan tidak dikemaskinikan
lagi di peringkat IPT. Proses pengesahan juga akan mengambil tempoh yang panjang jika proses perlu
dilakukan setiap hari. Dari itu, mungkin perlu ada perbincangan atau rujukan kerangka kerja yang lebih
berkesan untuk menangani masalah pengesahan maklumat. Misalnya, mungkin proses pengesahan maklumat
dari pihak IPT dilakukan dua kali setahun atau secara berkala.
Selain itu, isu keselamatan dan privasi maklumat perlu juga diberi perhatian. Ini kerana, dengan
perlaksanaan portal bersepadu ini, pihak ketiga atau majikan yang berpotensi akan mempunyai akses yang
tidak terhad terhadap maklumat graduan. Walaupun kesan positif untuk meningkatkan kebolehpasaran
graduan telah dibincangkan dalam artikel ini, akan ada kesan negatif juga. Sebagai contoh, maklumat
graduan ini mungkin boleh digunakan oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab untuk kegunaan spam
dan marketing. Dengan itu, melalui portal ini, graduan diberi pilihan untuk menentukan maklumat berkaitan
yang mahu dikongsikan kepada pihak tertentu sahaja.
Akhir sekali, isu yang patut diberi perhatian adalah sejauh manakah pihak luar atau bakal majikan mampu
menerima perlaksanaan cadangan portal bersepadu ini sebagai kaedah untuk mengambil graduan bekerja.
Penulis berpendapat, sekiranya isu keselamatan dan pengesahan maklumat (verifikasi) dapat diberi perhatian
yang sewajarnya, tidak mustahil cadangan portal bersepadu ini akan memudah dan mempercepatkan proses
pengambilan graduan baru untuk bekerja. Ini kerana maklumat terkini yang sentiasa dikemaskini akan dapat
di akses terus oleh pihak majikan. Ini secara langsung dapat meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan
bukan sahaja di peringkat serantau, malah hingga ke peringkat global. Mungkin pada masa hadapan, kaedah
konvesional mencari peluang pekerjaan di mana graduan memohon pekerjaan akan bertukar kepada kaedah
baru sepenuhnya di mana majikan yang akan mencari graduan yang sesuai.
5. KAJIAN AKAN DATANG
Pada dasarnya PGB ini adalah untuk membantu graduan memasarkan diri mereka secara atas talian. Namun,
beberapa fungsi dan perkhidmatan lain boleh juga diintegrasi bersama portal ini mengikut keperluan. Kajian
lebih lanjut diperlukan bagi memastikan keberkesanan dan keperluan integrasi tersebut. Antara sistem yang
dilihat boleh diintegrasikan bersama PGB ini ialah sistem maklumat pengundi, sistem maklumat pekerja dan
sistem maklumat kesihatan mereka.
Selain itu, sistem permohonan pekerjaan sektor awam juga dilihat boleh diintegrasi sebagai salah satu
modul dalam PGB. Dengan menggunakan pendekatan sistem cerdas (intelligent system), penjodohan
pekerjaan mengikut kelayakan dan kelulusan graduan boleh dioptimumkan berdasarkan keperluan asas
sesuatu jawatan. Sistem cerdas ini berfungsi untuk menganalisa maklumat dari pihak graduan dan
dipadankan dengan maklumat keperluan dari majikan. Dengan itu, graduan lebih jelas tentang skop pekerjaan
yang mereka layak untuk memohon. Justeru, proses penapisan dan pemilihan calon untuk peperiksaan
kemasukan sektor awam akan lebih mudah. Sistem ini juga boleh digunakan oleh pihak majikan swasta untuk
memudahkan pemilihan calon kakitangan mereka.
6. KESIMPULAN
Artikel ini membincangkan pendekatan menggunakan aplikasi sistem maklumat yang bersepadu untuk
meningkatkan kebolehpasaran graduan IPT. Model kerangka untuk aplikasi ini telah dihuraikan secara jelas
dan beberapa isu yang perlu diberi perhatian telah dibincangkan. Pelaksanaan aplikasi ini boleh dilaksanakan

572

Regional Seminar on Islamic Higher Educational Institutions 2012 (SeIPTI 2012)

berdasarkan kepada kejayaan yang dapat dilihat dari kajian literatur yang dijalankan yang menunjukkan
terdapat IPT yang telah berjaya menggunakan sistem maklumat untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan
mereka. Dengan menggabungkan sistem maklumat sedia ada di IPT dengan sistem maklumat luar seperti
yang dicadangkan dalam artikel ini dan dengan sedikit penambahbaikan, tidak mustahil sistem seumpama ini
boleh dilaksanakan di IPT secara umumnya dan IPTI secara khususnya untuk kebaikan pelajar, tenaga
pengajar, pihak industri dan majikan serta IPTI itu sendiri.
PGB dilihat dapat memberi manfaat kepada pelajar melalui pendedahan kepada pelajar terhadap
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang boleh mereka gunakan untuk kebaikan mereka dari
sejak mendaftarkan diri di IPTA sehingga mereka menempatkan diri di alam kerjaya. Dengan perlaksanaan
PGB ini diharap dapat memberi kesedaran dan pendedahan kepada pelajar untuk mereka memulakan
perancangan pembangunan kendiri (personal development planning) sejak dari tahun pertama pengajian
mereka agar mereka mengaplikasikan kemahiran pengurusan maklumat diri mereka. Setiap tugasan atau
projek yang mereka jalankan semasa mengikuti pengajian perlu direkodkan supaya boleh menjadi bukti
pencapaian mereka.
7. RUJUKAN
Ahmad, S., N. Ali, and M.F. Hamzah, Kebolehpasaran graduan UKM: satu kajian perbandingan antara
graduan disiplin sains dengan bukan sains. Jurnal Personalia Pelajar , (14): p. 81-90.
A. Andreica, D. Stuparu, F. Covaci, G. Pop (2011) An integrated software solution for e-learning and
academic services, INTED2011 Proceedings, pp. 3134-3141.
Brammer, C. Electronic portfolios: For assessment and job search. dalam Proceeding of the 2007 Association
for Business Communication Annual Convention . 2007: Washington.
Chang, P.K., F. Ahmad, and F. Ibrahim, Hubungkait antara kemahiran insaniah prasiswazah dengan
dimensi hubungan organisasi-publik. Jurnal Personalia Pelajar, 2011(14): p. 23-36
Kementerian Kewangan Malaysia. Bajet 2013. Retrieved from
http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub13.pdf
Kementerian Pengajian Tinggi. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2, 2011-2015. Retrieved from
http://www.utem.edu.my/pjka/download/psptn-fasa2.pdf
Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
http://www.jobsmalaysia.gov.my, 2012.

Laman

Web

Rasmi

Perkhidmatan

Pekerjaan.

Gerbic, P., L. Lewis, and N.M. Amin. Student perspectives of eportfolios: Change over four semesters. in
Proceedings ascilite 2011 2011.
Yussoff, I., R. Ismail, and R. Sidin, Graduan dan alam pekerjaan: kes siswazah UKM. AKADEMIKA, 2008.
72: p. 3-24.

573