Langkah Dalam Mengatasi Fenomena Setingg

Langkah Dalam Mengatasi Fenomena Setinggan.

Masalah setinggan sudah lama wujud di negara ini. Banyak pendekatan digunakan
untuk menyelesaikan masalah tersebut. Walau bagaimanapun masalah ini masih dianggap
boleh dibendung tetapi sukar dihapuskan sama sekali terutama dalam tempoh kita
menghadapi abad ke-21 ini. Untuk mengatasi masalah setinggan, langkah pertama yang
wajar dijalankan ialah dengan menubuhkan satu unit khas yang dipanggil sebagai Unit
Penyelidikan Sosioekonomi. Unit tersebut mempunyai tenaga pakar dalam bidang
penyelidikan, ilmu ekonomi , statistik dan sebagainya untuk menjayakan masalah setinggan.
Unit ini akan diminta untuk menganalisis semua aspek mengenai setinggan di negara ini, di
samping menjalankan kajian tentang peranan yang sebenar yang boleh dimainkan oleh
agensi-agensi Kerajaan, badan-badan berkanun serta pihak swasta tertentu dalam
menangani masalah setinggan. Tanpa mempunyai pakar ekonomi yang ditempatkan di Unit
berkenaan agak sukar unit itu untuk menjalankan tugas yang amat berat dan mencabar.
Tambahan lagi, jika para pengurusan unit tersebut hanya terdiri daripada ‘generalists’ maka
unit ini pada akhirnya akan menjadi sebuah pejabat pentadbiran sahaja bukan menjadi ‘think
tank’ kepada Kerajaan untuk mengatasi masalah setinggan. Perhatian harus diberi kepada
masalah tersebut. Unit ini harus diberi kuasa untuk terus mengemukakan cadangannya
kepada YAB Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar. Hal yang demikian, supaya
pelaksanaan suatu program tindakan dapat dijalankan dengan cepat, tepat dan berkesan.
Dengan wujudnya satu Unit khusus serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri,

pihak berkuasa akan dapat meneliti masalah yang sebenar yang dihadapi oleh setinggan
menjelang abad ke-21 ini. Pada permulaan, perancangan lima tahun pertama dijalankan
bagi menangai masalah setinggan, kemudian perancangan bertindak yang lebih mantap
dijalankan. Unit ini juga harus dibebankan dengan tugas untuk memperolehi data yang
lengkap serta terkini mengenai setinggan di negara ini. Satu kajian menyeluruh mengenai
setinggan harus dijalankan oleh unit berkenaan. Ia bertujuan untuk mengenal pasti taraf
sosioekonomi dan latarbelakang setinggan di negara ini. Dengan mengunakan data kajian
berkenaan, pihak berkuasa dapat membuat perancangan yang lebih teratur untuk mengatasi
masalah setinggan sebenar. Dalam dunia moden ini, kita tidak dapat menyelesaikan sesuatu
masalah itu tanpa mempunyai maklumat yang lengkap serta terkini mengenai masalah
berkenaan. Lazimanya kita menghadapi masalah memperolehi data yang terbaru yang
disebabkan kekurangan pakar menyebabkan data yang sepatutnya diperolehi dalam masa
singkat terpaksa diperolehi dalam masa yang agak lama ini menggagalkan usaha negara
dalam mengatasi fenomena setinggan. Justeru itu, tindakan dalam memastikan unit yang
bakal ditubuhkan tidak menghadapi masalah yang disebutkan harus dikajian semula. Dalam
mengatasi masalah ini, di dalam perpustakaan unit berkenaan harus dilengkapkan dengan
buku, laporan, tulisan dan bahan-bahan yang terkini mengenai setinggan di Sabah dan
Malaysia. Ini bagi memudahkan para pakar membuat unjuran atau cadangan dan
mengemukakan pelan bertindak yang lebih teratur untuk mengatasi masalah setinggan yang
menghimpit negara kita menjelang abad ke-21 ini.


Sebagai sebuah negara membangun, peranan Kerajaaan amat penting. Dengan
usaha Kerajaan yang gigih, sesuatu program dan rancangan itu dapat dilaksanakan dengan
cepat dan tepat. Pemimpin kita diakui mempunyai visi yang amat bernas untuk mengatasi
masalah yang menghimpit negara kita. Pemimpin negara mempunyai kuasa untuk
menjayakan sesuatu rancangan untuk kepentingan rakyat. Dalam keadaan tersebut,
peranan yang boleh dimainkan oleh ahli politik memang begitu besar. Ini selaras dengan
matlamat membasmi kawasan setinggan disamping menubuhkan unit yang ditugaskan untuk
memperolehi idea-idea bernas mengenai penyelesaian masalah setinggan. negara kita
mempunyai golongan pegawai pentadbiran yang cekap dan efesen untuk menjalankan

tangggungjawab mereka dengan sebaik-baik yang mungkin. Sebagai contoh, Ahli politik
disesebuah kawasan boleh memainkan peranan yang agressif sebagai wakil rakyat di
kawasan masing-masing, mereka juga boleh mengemukakan idea dan cadangan yang
bernas bagi mengatasi masalah setinggan. Ini disebabkan sebagai seorang wakil rakyat di
sesebuah kawasan yang diwakilinya, beliau sentiasa bergaul rapat dengah ahli-ahlinya yang
sebahagiannya turut merupakan penduduk atau masyarakat yang tinggal di kawasan
setinggan. Justeru, masalah mereka lebih diketahui oleh ahli politik atau wakil rakyat di
kawasan mereka sendiri dan usaha ini akan dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan
kerana mereka dapat mempengaruhi penduduk setinggan yang menjadi penyokongnya

dengan memberitahu bahawa dalam perjalanan pembangunan negara, sudah tentu ada
pihak akan mendapat keuntungan, tetapi tidak kurang jua terpaksa berkorban untuk
kepentingan negara, bangsa dan agama. Hal ini bermaksud untuk memajukan negara,
kawasan setinggan yang menjadi penghalang kepada kemajuan negara harus di musnahkan
namun, penduduk yang menghuni kawasan tersebut akan diberi penempatan yang lebih
selesa yang di sediakan oleh kerajaan. Dalam keadaan demikian, peranan yang boleh
dimainkan oleh ahli politik begitu penting kerana wakil rakyat dalam sesebuah kawasan
mempunyai penyokong tersendiri yang mampu memberi kesetiaan dan kerjasama dalam
sesuatu pembaharuan yang dilakukan. Hal ini, bermaksud persefahaman antara pemimpin
dan penduduk disesebuah kawasan amat penting dan sekiranya ada berlaku konflik
kepentingan diri timbul, kepentingan negera dan kepentingan majoriti masyarakat harus
diutamakan. Dengan cara demikian, barulah masalah setinggan yang merupakan salah isu
negara boleh diatasi.

Di samping itu, Pihak Berkuasa Tempatan harus memainkan peranan dalam
menangani masalah setinggan yang wujud dibandar. Misalnya Pihak Berkuasa Tempatan
boleh melaksanakan setiap program dan rancangan pembasmian kawasan setinggan.
Namun yang demikian, usaha yang dijalankan harusla disokong oleh pihak-pihak lain seperti
pihak swasta, NGO dan juga persatuan penduduk setempat. . Pihak Berkuasa Tempatan
boleh mengambil inisiatif dan mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan projek

perumahan yang berskala besar bertujuan untuk menghapuskan ketidakseimbangan di
kalangan penduduk di kawasan bandar. Pada masa yang sama Pihak Berkuasa Tempatan
juga dapat menjamin dalam meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin bandar. Selain
itu, masalah setinggan yang wujud juga lebih banyak melibatkan Kerajaan Negeri dan Majlis
Kerajaan Tempatan, termasuk juga Pejabat Tanah. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah
setinggan pihak Kerajaan Negeri perlu bersikap terbuka untuk menangani masalah tersebut.
Dalam hal tersebut, pihak berkuasa tempatan dan negeri harus menguatkuasakan undangundang tanah dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, kawasan tanah yang terbiar, tanah
lombong, tanah pinggir dapat digunakan dan dimajukan untuk mendirikan kawasan
perumahan yang berkos rendah untuk menempatkan penduduk yang menjadi penghuni
kawasan setinggan serta penduduk yang mempunyai masalah kemiskinan yang tidak
mampu untuk membeli rumah.

Dalam menjalankan usaha ini kita dapat melihat pihak kerajaan bersungguh-sungguh
dalam membasmi masalah setinggan yang wujud di negara kita. Misalnya kerajaan telah
memperkenalkan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang merupakan
progam dalam rancangan Malaysia Ketujuh iaitu rancangan yang berlangsung pada tahun
1996 sehingga 2000 dan kemudiaanya diperkembangan dengan mewujudkan Projek
Perumahan Rakyat (PPR) yang dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Rakyat
Termiskin yang dikendalikan dibawah Jabatan Perumahan Negara (JPN). Objektif utama
dalam pelaksanaan projek ini adalah untuk mengawal dan menempatkan semula penduduk

dikawasan setinggan dan memberi kemudahan serta meringankan beban golongan miskin
dengan cara membina rumah yang lebih selesa dan mampu dimiliki kerana rumah

merupakan salah satu unsur penting dalam kehidupan manusia serta rumah yang didiami
mampu memberi keselesana dan menjamin keselamatan penghuninya. Selain itu,pihak
kerajaan juga perlu menekankan pembinaan rumah berdasarkan Pelan Induk Urbanisasi
bagi mengatasi semua masalah di kawasan bandar di seluruh negara serta rangkaian
pembinaan rumah yang strategik. Melalui langkah ini,golongan yang berpendapatan rendah
harus dibantu kerana mereka layak menyewa atau tinggal di tempat lain dan bukannya
tinggal di kawasan setinggan

Seterusnya, peranan syarikat-syarikat perumahan Kerajaan harus diubah dengan
hanya membina rumah yang berkos rendah dan rumah berkos sederhana sahaja. Pihak
Kerajaan harus memperuntukkan satu peruntukan yang besar untuk mendirikan rumah
pangsa yang murah untuk dibeli atau disewa oleh setinggan. Lazimnya kita dapati syarikatsyarikat perumahan Kerajaan negeri lebih berminat berlumba-lumba dengan pihak swasta
mendirikan rumah berkos tinggi. Melalui langkah ini pihak pemaju swasta akan diberi
tanggungjawab untuk mengendali dan mendirikan rumah untuk golongan menengah dan
golongan kaya manakala pihak Perumahan Kerajaan akan mengendalikan pembinaan
rumah yang berkos rendah untuk menampung penduduk di kawasan setinggan. Di samping
itu, Satu langkah yang dikira berkesan yang pernah dijalankan oleh Kerajaan ialah mengenai

syarat atau sekatan mengenai pembelian rumah. Mereka yang telah memiliki rumah tidak
dibenarkan memiliki rumah yang kedua dan cara ini merupakan salah satu langkah yang
berkesan kerana ia bukan sahaja menyekat harga rumah dari melambung tinggi namun juga
memberi peluang kepada lebih ramai para setinggan membeli atau menyewa rumah
Kerajaan.

Penyekatan ini sepatutnya diteruskan untuk kepentingan banyak pihak. Dengan cara
ini, peluang yang terbuka itu dapat diraih oleh mereka yang berpendapatan rendah. Bukan
pihak yang berkemampuan sahaja diberi peluang untuk menikmati sebanyak rumah yang
mereka mampu beli. Dalam keadaan harga rumah tinggi, bilangan rumah terhad, pihak
setinggan sudah tentu tidak mampu untuk memiliki atau menyewa rumah. Berhadapan
keadaan demikian, jalan keluar bagi setinggan ialah dengan sengaja menerokai tanah
Kerajaan secara haram untuk mendirikan pondok mereka. Mereka juga seperti kita juga
memerlukan tempat tingggal yang selesa untuk tempat kediaman anak-anak mereka. Usaha
Kerajaan yang teratur untuk memindahkan setinggan juga harus dialu-alukan serta
dijalankan. Pemindahan mereka ke sesuatu kawasan penempatan yang baru boleh
mengubahkan taraf hidup dan sikap mereka. Pengubahan sikap membuahkan peningkatan
taraf hidup mereka masing-masing. Pemindahan ke satu kawasan penempatan baru
membolehkan mereka dapat mendiami di kawasan yang lebih teratur dan sempurna. Di
samping itu, pihak berkuasa perlu menyediakan projek khas untuk mereka usahakan bagi

menambahkan pendapatan yang lebih. Kawasan penempatan baru juga akan disediakan
kemudahan-kemudahan asas seperti api, air, jalan dan kawasan permainkan disamping
anak-anak mereka juga akan akan mendapat persekolahan yang lebih baik. Ini akan
memberi peluang mobiliti yang lebih kepada mereka. Penempatan baru juga akan
menyelesaikan banyak masalah. Satu daripadanya ialah masalah jenayah di kawasan
setinggan yang biasanya dilakukan oleh pendatang tanpa izin yang banyak mempengaruhi
penduduk tempatan. Justeru, dengan pembinaan kawasan penempatan yang baru akan
memberi peluang kepada pihak berkuasa mengawal dan membenteras penyakit sosial di
kawasan berkenaan.

Setiap tahun kerajan tidak pernah lupa untuk mengumumkan dana bagi membina
kawasan penempatan untuk golongan yang kurang berkemampuan. Sebagai contoh, dalam

Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), Jabatan Perumahan Negara telah merangka
beberapa Program Perumahan Rakyat (PPR) seperti Program Perumahan Rakyat
Bersepadu, Program Perumahan Rakyat Disewa (Dasar Baru), Program Perumahan Rakyat
Dimiliki (Dasar Baru) dan Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR). Program
Perumahan Rakyat adalah salah satu program kerajaan untuk menempatkan semula
setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.
Sehingga Disember 2006 bilangan unit yang terlibat adalah sebanyak 95,222 unit yang

merangkumi 158 projek. Program Perumahan Rakyat Bersepadu Dilaksanakan mulai
Disember 1998 berikutan keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), supaya
menyediakan kemudahan perumahan untuk disewa pada harga RM124 sebulan bagi
penempatan semula golongan setinggan. Matlamatnya ialah supaya memastikan
pencapaian setinggan sifar menjelang tahun 2005. Sehingga Disember 2006 bilangan projek
yang dilaksanakan ialah 52 yang melibatkan 53,348 unit. Manakala Program Perumahan
Rakyat Disewa (Dasar Baru) pula yang dikendalikan di bawah strategi Dasar Baru
pelaksanaan Program Perumahan Rakyat oleh kerajaan pada Februari 2002, memberi
keutamaan kepada tanah yang disediakan oleh kerajaan Negeri. Kos penyediaan tapak dan
pembinaan bangunan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Rumah PPR
Disewa adalah disewa pada kadar harga RM124 sebulan. Projek yang telah disiapkan akan
diserah kepada Kerajaan Negeri bagi urusan pemilikan penyewa dan kerja-kerja
penyelenggaraan. Sasaran utamanya adalah masyarakat setinggan, namun ianya akan
dibuka kepada golongan berpendapatan rendah yang lain setelah matlamat setinggan sifar
tercapai. Disasarkan sebanyak 50,000 unit rumah PPR Disewa akan dibina dalam tempoh 5
tahun. Sebanyak 12,426 (14 projek) sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara.
Bagi PPR Dimiliki (Dasar Baru) Program ini menggantikan Program Perumahan Awam Kos
Rendah (PAKR) dibawah strategi dan Dasar baru pelaksanaan PPR pada Februari 2002.
Kos tanah dan 50% kos infrastruktur akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dalam
bentuk geran tetapi keutamaan diberi kepada tanah yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan membayar sepenuhnya kos pembinaan bangunan dan 50% kos
infrastruktur daripada Tabung Pusingan PPR Dimiliki. Harga jualan adalah antara RM25,000
hingga RM35,000 berdasarkan harga tanah dan lokasi projek iaitu di Bandar raya, Bandar
besar dan pinggir Bandar, Bandar kecil atau luar Bandar dengan kenaikan tidak melebihi
20% bagi negeri Sabah dan Sarawak. Hasil jualan dimasukkan ke dalam Tabung Pusing
PPR Dimiliki untuk membiayai pembinaan Projek-projek akan datang.

Masalah setinggan merupakan satu masalah negera yang berterusan dan
memerlukan pengorbanan banyak pihak. Jumlah setinggan semakin bertambah tahun demi
tahun disebabkan oleh jumlah tanah yang ada terhad di samping, kejadian bencana alam
seperti hakisan tanah dan banjir yang memburukkan keadaan serta menyekang peluang
setinggan mempunyai rumah sendiri. Selain itu, pembangunan yang tidak seimbang di
antara negeri-negeri di Malaysia merupakan satu faktor juga mewujudkan setinggan. Bandar
besar sudah sesak, disesakkan lagi dengan masalah setinggan. Semua negeri berebut-rebut
bagi pembangunan yang sama. Begitu juga pelabur lebih berminat melabur di kawasan
tertentu. arah aliran ini perlu diubah agar dapat menjamin pekerjaan untuk golongan
setinggan. Usaha dalam mewujudkan peluang pekerjaan bagi golongan ini dapat
meningkatkan pendapatan mereka sekaligus mengubah taraf hidup golongan tersebut dan
membantu mereka untuk berkemampuan dalam memiliki rumah masing-masing. Langkah ini
wajar dijalankan oleh Pihak berkuasa yang mampu membantu dan menempatkan golongan

setingggan di dalam bidang kemahiran yang mana sebahagian daripada golongan setinggan
ini mempunyai potensi untuk berkembang maju. di samping itu, mereka yang mempunyai
pengalaman tertentu dan mereka boleh dilibatkan dalam bidang perniagaan tertentu. Satu
institusi kewangan harus dilantik untuk memberi pinjaman kepada ahli anggota keluarga
setinggan untuk mengusahakan sesuatu projek atau perniagaan yang boleh meningkatkan

taraf ekonomi mereka. Mereka juga mesti diberi rangsangan bagi mengubahkan sikap
mereka untuk mencari peluang-peluang baru yang boleh menambahkan pendapatan mereka
sepanjang masa agar mereka dapat hidup dengan lebih maju dan tidak memilih kawasan
setinggan yang berisiko tinggi untuk menjalankan kehidupan mereka. Pengurangan
masalah kawasan setinggan dapat dilihat apabila pendapatan setinggan sudah meningkat di
samping pihak berkuasa sudah berkemampuan menyediakan tempat kediaman untuk
kebanyakan setinggan di negara ini untuk membeli atau menyewa rumah yang berkos
rendah.
Selain daripada itu, langkah menaikkan kadar gaji pekerja dan menyediakan
perumahan serta peluang pekerjaan dapat membantu dalam mengurangkan masalah
setinggan. kerajaan harus menaikkan gaji pekerja sama ada dalam sektor awam mahupun
swasta. Kenaikan gaji ini penting kerana kita tahu dunia pada hari ini kian berkembang pesat
terutama sekali melibatkan kawasan bandar. Oleh yang demikian, tahap gaji yang berada
pada paras lama sudah tidak relevan dengan arus perbandaran pada hari ini. Melihat pada

bajet 2012 yang telah dikatakan mampu menangani masalah kemiskinan yang menjadi
penyumbang utama dalam kewujudan kawasan setinggan. Hal ini kerana, melalui bajet 2012
ini, pekerja di sektor awam akan mendapat kenaikan gaji dan juga mendapat kadar bonus
yang agak lumayan. Perkara ini secara tidak langsung dapat membantu golongan pekerja
sektor awam yang berada pada paras kemiskinan untuk keluar dari kancah berkenaan.
Mereka bukan sahaja dapat keluar dari kancah kemiskinan malah mereka mungkin dapat
memberi keselesaan yang lebih kepada keluarga mereka sama ada dari segi perumahan
dan juga berpeluang memberi pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak mereka.
Manakala bagi pekerja di sektor swasta pula, kerajaan telah berbincang dengan pihak
swasta untuk meningkatkan gaji pokok pekerja swasta. Namun, perkara ini sukar untuk
dilaksanakan kerana sektor swasta tidak berada di bawah kawalan oleh kerajaan. Namun
begitu, kerajaan tetap berusaha untuk membantu golongan pekerja swasta yang berada
pada tahap kemiskinan untuk membantu mereka keluar dari masalah kemiskinan yang
dihadapi oleh mereka. Walaupun kenaikan gaji pekerja ini tidak dapat menangani masalah
setinggan di bandar secara menyeluruh namun kebanjiran pekerja dalam sektor awam
mahupun swasta di kawasan bandar ini secara tidak langsung dapat mengurangan masalah
fenomena tersebut. Hal ini demikian kerana, masalah setinggan yang berlaku bandar terjadi
akibat pendapatan yang rendah dan tidak mampu untuk menanggung kos sara hidup yang
tinggi di kawasan bandar. Oleh yang demikian, menyebabkan mereka mewujudkan kawasan
setinggan yang mana dapat mengurangkan kos sara hidup mereka kerana mereka tidak
perlu mengeluarkan kos yang tinggi dalam menjalankan kehidupan mereka dimana mereka
tidak perlu membayar sewa tanah, bil air dan elektrik. Justeru, dengan kenaikan gaji ini
secara tidak langsung dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin ini
menjalani kehidupan yang lebih selesa dan juga teratur.
Kegagalan dalam mengadakan rundingan menyebabkan penduduk setinggan
meminta pampasan yang tidak munasabah untuk dipertimbangkan oleh kerajaan
menyebabkan masalah setinggan ini tidak dapat diselesaikan dan dibiarkan tergantung.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan disaran mengerakkan kembali pasukan
petugas khas mengenai masalah setinggan agar selaras dengan agensi kerajaan tempatan
di negeri-negeri (Utusan Malaysia,16 Mei 2005). Oleh itu, langkah lain seperti merujuk
kejayaan atau kegagalan Program Setinggan Sifar 2005 bagi negeri Selangor boleh
dijadikan kayu pengukur kepada kerajaan negeri yang lain dalam menangani masalah yang
sama agar dapat membantu Malaysia bebas dari petempatan setinggan pada masa
hadapan. Pemaju juga boleh menggunakan kajian atau contoh yang telah dilakukan sebagai
rujukan dalam menangani masalah yang sering mereka hadapi dengan kawasan setinggan.
Kajian ini juga dapat membantu pihak berkuasa dalam merangka sesebuah kawasan atau
bandar supaya lebih tersusun dan terancang agar tidak wujud lagi mana-mana kawasan

kosong yang berpotensi untuk dijadikan kawasan setinggan. Sebagai contoh pihak berkuasa
dan pihak pemaju boleh mengumpulkan data yang rapat dengan pengumpulan data primer
dan sekunder. Dalam data sekunder maklumat boleh didapati dari sumber seperti buku,
jurnal, laman web, petikan dari akhbar, majalah dan bahan cetak lain yang berkait rapat
dengan masalah setinggan. Sementara dalam data primer pula maklumat boleh diperoleh
dari temubual dengan pihak perancang serta pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan
yang terlibat dalam menghapuskan setinggan serta melalui kaedah soal-selidik yang
diedarkan kepada beberapa penduduk setinggan di kawasan kajian secara rawak. Soalselidik ini akan memfokuskan kepada pendapat penduduk setinggan tentang hasrat kerajaan
untuk menghapuskan setinggan serta sebab-sebab mereka memilih cara hidup sebegini
berbanding dengan memiliki kediaman yang sah disisi undang-undang. Data yang dikumpul
melalui sumber primer dan sekunder akan dianalisa untuk mengenalpasti faktor-faktor
wujudnya kawasan setinggan. Masalah yang seringkali timbul dari kawasan ini juga
diperbincangkan di peringkat ini. Untuk mencapai objektif, keberkesanan langkah-langkah
yang diambil oleh pihak perancang terutamanya dapat dikenalpasti diperingkat ini dan dapat
menilai sejauhmana langkah-langkah ini berjaya. Hal ini akan membawa kepada penemuan
kajian dan akhirnya akan mencapai matlamat kajian. Keputusan dari soal-selidik serta
temubual yang dijalankan dapat memberi pemahaman serta pendekatan yang lebih mantap
bagi mencapai matlamat setinggan sifar di dalam negara.
Seterusnya langkah Program perumahan kos rendah yang dilaksanakan oleh sektor
awam dan swasta bertujuan untuk menyediakan kemudahan kediaman kepada golongan
yang berpendapatan rendah supaya matlamat Kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup
rakyat dan membasmi kemiskinan. Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes yang melibatkan
golongan yang berpendapatan tinggi telah memiliki rumah kos rendah. Kes-kes ini timbul
akibat kecuaian pengawasan dan kawalan pengagihan rumah kos rendah. Rancangan ini
menyentuh tentang pengwujudan satu sistem pendaftaran yang seragam dan berkesan serta
mempastikan program-program ini dimanfaat oleh golongan sasaran. Jabatan Perumahan
Negara telah mengeluarkan garis panduan pemilihan pembeli rumah kos rendah dan
penyewa rumah pangsa awam. Penubuhan Sistem Pendaftaran Terbuka bertujuan
mempastikan pemilihan dan pengagihan rumah kos rendah dan rumah pangsa awam
dilaksanakan dengan adil serta menepati kumpulan sasarannya. Garis panduan ini
disediakan khusus untuk menyeragamkan dasar dan kriteria pemilihan pembeli rumah kos
rendah dan penyewa rumah pangsa awam serta meningkatkan keberkesanan
pelaksanaannya agar memanfaatkan kumpulan yang disasarkan. Garis panduan itu, di
antara lain menetapkan sistem pemberian markah dalam pemprosesan permohonan
membeli rumah kos rendah atau menyewa rumah pangsa awam dan telah dipersetujui serta
diterima pakai oleh Bahagian Perumahan Setiausaha Kerajaan-kerajaan Negeri. Terdapat
dakwaan dan rungutan bahawa rumah rumah kos rendah tidak dijual dan dinikmati oleh
golongan yang disasarkan dan keraguan mengenai cara-cara yang digunakan untuk memilih
pembeli yang layak. Bagi mengatasi masalah-masalah di atas, satu garis panduan telah
diwujudkan. Garis panduan ini bertujuan untuk meningkat keberkesanan pelaksanaan
Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR), Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR),
Program Perumahan rakyat (PPR) Dana RM500 juta dan projek-projek sektor swasta yang
mengandungi rumah kos rendah supaya kemudahan perumahan yang disediakan di bawah
program-program ini dimanfaati oleh golongan yang sasaran sahaja.

Seterusnya langkah yang dapat dijalankan dalam mengatasi masalah setinggan ialah
dengan memperketatkan lagi pengawalan kemasukan migrasi dari luar negara. Langkah ini
dapat mengurangkan berlakunya kebanjiran masuk migrasi dari luar negara yang
menyebabkan wujudnya kawasan petempatan setinggan yang semakin berleluasa di

kawasan bandar. Kemasukan migrasi ini haruslah dipandang serius dan dititikberatkan oleh
pihak-pihak berkuasa bagi mengurangkan masalah petempatan setinggan yang akan
didirikan oleh golongan tersebut secara haram di tanah-tanah kerajaan yang terbiar.
Kemasukan golongan migrasi dari luar negara ini berpunca daripada sikap pihak berkuasa
yang memandangan mudah perkara tersebut disamping, kemudahan keluar dan masuk
golongan ini ke dalam negara kerana tiada kawalan ketat yang dilakukan oleh pihak
berkuasa di sempadan-sempadan perairan negara. Secara keseluruhannya, terdapat empat
sebab utama yang boleh menerangkan punca kemunculan kawasan setinggan di negeri
Sabah. Pertama masalah ketidakupayaan kawasan perumahan menampung bilangan
penduduk yang semakin meningkat (Dayu, 1981). Seterusnya kelahiran semula jadi, proses
migrasi luar bandar ke bandar dan penghijrahan antarabangsa (Cheong, 1991). Migrasi
antarabangsa ini merujuk kepada kemasukan golongan pendatang asing dengan izin
ataupun tanpa izin dari dua negara jiran Malaysia iaitu Filipina dan Indonesia. Di Kota
Kinabalu sendiri, bilangan rumah setinggan telah mengalami pertambahan sejak kemasukan
migrasi dari luar negara samaada dari Indonesia dan Filipina yang telah mula dilaporkan
sebelum tahun 1970-an lagi (Jalihah, 2004). Terdapat dua tahap perkembangan kawasan
setinggan di Kota Kinabalu. Pertama peringkat awal berlaku sebelum 1970-an yang
melibatkan setinggan tempatan. Tahap kedua iaitu selepas tahun 1970-an memperlihatkan
kemunculan setinggan asing secara berleluasa. Punca kepada masalah disebabkan oleh
penghijrahan golongan belia tempatan luar bandar ke bandar dan bertambahnya kemasukan
pelarian dari Filipina (Dayu, 1981:142). Justeru dalam menangani masalah ini proses
bancian perlu dijalankan oleh kerajaan bagi memudahkan pihak berkuasa mengenalpasti
warga asing tanpa izin yang mengambil kesempatan menghuni di petempatan setinggan di
Sabah. Menurut Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Edward Khoo berkata,
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan terus mengambil langkah proatif dalam menangani
masalah setinggan secara berterusan melalui pelbagai pendekatan samaada melalui
program pemantauan, bancian mahupun menjalan operasi merobohkan kawasan setinggan
bagi memastikan tiada kawasan setinggan baru yang akan didirikan.
Selain itu, langkah lain yang dapat dijalankan adalah dengan meningkatkan
kemajuan dan pembangunan di pinggir bandar. Usaha ini dilakukan untuk menjadikan
kawasan pinggir bandar turut maju daripada segi pembangunan sealiran dengan
pembangunan yang berada di bandar. Jika melihat kepada kawasan bandar ia selalunya
menjadi kawasan tumpuan ramai kerana faktor pembangunan dan kemajuan sekali gus
menyebabkan berlakunya aliran migrasi yang akan bertumpu di kawasan tersebut.
Penghijrahan ini berlaku dari kawasan luar bandar dan luar negara disebabkan golongan
trsebut berapa mereka berada dalam taraf hidup yang rendah serta kurangnya peluangpeluang kemudahan yang tersedia berbanding di bandar. Oleh itu, untuk mengubah nasib
mereka cuba untuk mendapatkan pekerjaan di bandar dan ini akan menyebabkan
berlakunya tumpuan masyarakat ke pusat bandar. Kebanjiran penduduk yang berhijrah ke
bandar menyebabkan penduduk bandar bertambah ramai dan permintaan untuk sektor
perumahan akan turut meningkat seterusnya akan menyebabkan kos rumah sama ada untuk
disewa atau dibeli akan bertambah mahal. Hal yang demikian, akan menyebabkan golongan
yang kurang berkemampuan akan mencari penyelesaian mudah dengan mewujudkan
petempatan setinggan. Justeru langkah dalam meningkatkan kemajuan dan pembangunan
di pinggir bandar perlu bagi mengelakkan golongan yang tinggal di kawasan pinggir pantai
tidak berhijrah ke kawasan bandar untuk mencari pekerjaan dan memperbaiki taraf hidup
mereka. Pihak kerajaan terutamanya akan merangka beberapa projek pembangunan yang
sesuai untuk dibina di kawasan pinggir bandar, ini adalah bertujuan untuk memberikan
bantuan kepada mereka yang menjalankan aktiviti pekerjaan mereka. Sekiranya pembinaan
yang dibuat tidak mengikut efisien penduduk sekitarnya pembinaan yang dibuat mungkin
akan sia-sia kerana sektor pembinaan yang dibuat tidak menepati kerjaya mereka.
Umpamanya, di Terengganu kawasan pinggir bandarnya merupakan kawasan pantai. Oleh
sebab itu, segala usaha dibuat adalah menepati kerjaya mereka sebagai nelayan dengan

membina jeti untuk pemunggahan hasil tangkapan dan pemberian subsidi minyak. Terdapat
juga pembinaan daripada sektor pelancongan seperti di duyung dan pantai Batu Buruk.
Pembinaan kawasan pelancongan ini dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
kepada masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut. Oleh sebab itu, peluang pekerjaan
tidak akan tertumpu di pusat bandar sahaja dan ini dapat mengurangkan migrasi penduduk
luar bandar terus ke pusat bandar kerana mereka juga mendapat peluang untuk bekerja di
kawasan pinggir bandar dengan pelbagai sektor pekerjaan. Disamping kemudahan seperti
infrastruktur dan perkhidmatan yag dibina dapat memberi kemudahan bagi masyarakat yang
tinggal di kawasan pinggir bandar.