Meneroka Pengalaman Penjaga Dewasa Gener

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 17 (Jun) 2014: 53–69

Meneroka Pengalaman Penjaga Dewasa Generasi Sandwich
terhadap Aspek Sosio-Ekonomi Keluarga
(Exploring Sandwich Generation Adult Care Experience in
Socio-Economic Aspects of the Family)
NORULHUDA SARNON, FAUZIAH IBRAHIM, MOHD SUHAIMI
MOHAMAD, NASRUDIN SUBHI, KHADIJAH ALAVI, CHONG SHEAU
TSUEY, RAHMAH MOHD AMIN, EZARINA ZAKARIA
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan &
Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital, Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mel: norul@ukm.edu.my

Abstrak
Penjaga generasi Sandwich menyediakan penjagaan informal secara serentak
melibatkan orang tua dan anak-anak telah memberi suatu cabaran yang
besar khasnya yang berkaitan dengan aspek kewangan keluarga. Oleh itu,
artikel ini disediakan bertujuan untuk meneroka pengalaman penjaga dewasa
dalam generasi sandwich yang berpendapatan sederhana daripada aspek
sosioekonomi keluarga. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan

pendekatan grounded theory. Teknik pengumpulan data dilakukan secara
temubual mendalam dengan melibatkan seramai 30 orang responden yang
terdiri daripada penjaga generasi sandwich. Hasil kajian mendapati aspek
kewangan bukan merupakan bebanan utama kepada penjaga generasi sandwich.
Kebanyakan penjaga mengakui bahawa penjagaan generasi sandwich sebagai
tidak membebankan, mereka mampu menguruskan kewangan keluarga dengan
baik malahan mempunyai sumber kewangan lain yang membantu menambah
pendapatan untuk memenuhi perbelanjaan keperluan harian. Hasil kajian
memberi implikasi yang positif ke atas penjagaan keluarga dalam kalangan
penjaga generasi sandwich yang berpendapatan keluarga yang sederhana.
Kata Kunci: generasi sandwich, kewangan, keluarga, penjaga, orang tua.
Abstract
Caregivers among sandwich generation provides informal care simultaneously
involve their parents and children were given a big challenge, particularly
in connection with the inancial aspects of the family. Therefore, this article

54

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 17


aims to explore the experiences provided by adult caregivers in the sandwich
generation of middle-income socioeconomic families. This study is a qualitative
research design using grounded theory approach. In-depth interviews with
30 respondents of a sandwich generation caregivers were used as a data
collection. The study found that the inancial aspect wasnot the main burden
for the sandwich generation caregiver. Most caregivers recognized that was
not a burden to the sandwich generation, but they were capable to manage
family inancial well and have other inancial resources that help increase the
family income to fulill daily expenditure requirements. The results provide
positive implications on the family caregiving among sandwich generation’s
caregivers of middle-income families.
Keywords: sandwich generation, inancial, family, caregivers, elderly
Pengenalan
Generasi sandwich bukan merupakan suatu isu baru di Malaysia. Isu ini telah
diperkatakan sejak tahun 90-an lagi terutama dalam kalangan wanita yang
mempunyai kerjaya untuk menjaga dua generasi secara serentak (Norzareen
& Norbaya, 2009). Kajian yang dijalankan oleh Grundy & Henretta (2006),
menyatakan generasi sandwich merupakan mereka yang berada di peringkat
dewasa pertengahan yang terperangkap dalam urusan penjagaan terhadap dua
generasi iaitu anak-anak dan warga tua yang sudah uzur. Keadaan ini menuntut

suatu penjagaan secara serentak dalam satu-satu masa. Kebiasaanya, mereka
yang dipanggil generasi sandwich ini berada dalam lingkungan umur di bawah
40 tahun iaitu berada di dalam golongan pertengahan umur. Namun, terdapat
juga pendapat bahawa golongan pertengahan ini terdiri daripada mereka
yang berumur dalam lingkungan 45-65 tahun (Raphael & Schlesinger 1993).
Keperluan membahagikan masa dan tenaga untuk menjaga anak-anak sekaligus
menjaga ibu bapa tua yang tinggal sebumbung menyebabkan sering berlaku
konlik dalam memenuhi keperluan harian mereka dan seterusnya menjadi
dilema kepada penjaga generasi sandwich (Murphy & Grundy, 2003).
Tidak dapat dinaikan bahawa bukan mudah bagi pasangan suami
isteri atau penjaga pasangan untuk menampung kos perbelanjaan khasnya
yang melibatkan tanggungan untuk keluarga sandwich. Berdasarkan hasil
kajian yang dilakukan oleh Olson & Defrain (2000), kebanyakan pasangan
bersetuju bahawa masalah kewangan merupakan perkara utama yang dihadapi
oleh mereka dalam menjaga generasi sandwich. Faktor kewangan merupakan
sumber yang penting terutama dalam aspek penjagaan di mana pendapatan
penjaga boleh terjejas akibat daripada perbelanjaan harian yang terpaksa
diperuntukkan untuk memenuhi keperluan penjagaan anak-anak dan juga
orang tua (Fast, Williamson, & Keating, 1999; Hayman, Langa, Kabeto, Katz,


Meneroka Pengalaman Penjaga

55

DeMonner, Chernew dan & Fendrick 2001; White-Means & Rubin, 2004).
Kekangan yang paling ketara bagi penjaga generasi sandwich adalah daripada
aspek kewangan keluarga dengan melihat kemampuan penjaga untuk menyara
anak-anak dan orang tua. Kemampuan kewangan yang kukuh dalam kalangan
penjaga tidak mendatangkan masalah dalam jangka masa panjang. Senario
ini berbeza pula dengan penjaga yang mengalami masalah ekonomi di mana
sering berlaku ketidakseimbangan dalam penyediaan keperluan penjagaan
kepada warga tua dan anak-anak.
Menurut Andrew (2007), kebanyakan penjaga yang menjaga dua
generasi secara serentak berhadapan dengan masalah kewangan dan kekangan
masa untuk menyediakan keperluan-keperluan asas seperti makanan, tempat
tinggal, keselamatan bagi menjamin kesejahteraan hidup keluarga. Penjaga
yang berpendapatan rendah lebih berisiko untuk menghadapi masalah berkaitan
dengan kewangan berbanding penjaga yang mempunyai pendapatan yang
tinggi. Ini kerana pendapatan melebihi perbelanjaan menyebabkan mereka
perlu berjimat dan membahagikan pendapatan penjaga untuk perbelanjaan

rumah, pendidikan, kesihatan dan pengurusan diri sendiri. Kemungkinan jika
masalah kewangan ini tidak diatasi, pelbagai masalah lain akan timbul di mana
ia turut memberi kesan terhadap aspek yang berkaitan dengan pendidikan dan
kesihatan penjaga, anak-anak dan orang tua.
Penjaga keluarga untuk orang dewasa yang lebih tua juga mempunyai
cabaran penjagaan dan sokongan yang lebih tinggi daripada aspek kewangan
terutamanya apabila orang tua dewasa yang dijaga mempunyai penyakit kronik
(Koh & MacDonald, 2006). Penjaga ibu bapa tua dan keluarga memerlukan kos
perbelanjaan yang mahal (Acton & Kang, 2001; Aoun, Kristjanson, Currow,
& Hudson,2005; Hickenbottom, Fendrick, Kucher, Kabeto, Katz & Langa
2002;. Langa, Valenstein, Fendrick, Kabeto & Vijan 2004; Panda & Coleman,
2001) untuk mengurus dan menyediakan keperluan-keperluan harian keluarga.
Walau bagaimanapun, penulis mendapati tidak banyak penyelidikan empirikal
dijalankan untuk mengkaji kesan bebanan kos kewangan terhadap penjaga.
Umumnya, penjagaan serentak melibatkan ibubapa tua dan keluarga telah
menjejaskan pekerjaan dan kewangan penjaga. Keadaan ini disebabkan oleh
penjaga perlu mengimbangi masa antara bekerja di pejabat dan kerja-kerja
yang perlu dilaksanakan untuk menyediakan keperluan harian ibubapa tua dan
keluarga (Haddock, Zimmerman, Lyness & Ziemba 2006).
Hasil kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati isu penjaga

keluarga turut memberi kesan kepada majikan. Pekerja yang berperanan sebagai
penjaga keluarga atau ibu bapa tua kebiasaannya mempamerkan produktiviti
kerja yang rendah berbanding mereka yang tidak berperanan sebagai penjaga
(Metropolitan Life Insurance Company,1999). Sesetengah sarjana barat pula
mendapati bahawa penjaga kebanyakkannya memperuntukkan masa yang

56

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 17

lebih untuk menjaga ibu bapa tua dan keluarga sehingga menjejaskan pekerjaan
mereka (Schulz, Mendelsohn, Haley, Mahoney, Allen, Zhang, & Belle 2003).
Penjaga keluarga juga kebiasaannya terpaksa mengambil cuti yang kerap
untuk menjaga keluarga, bekerja kurang daripada tempoh yang ditetapkan
oleh majikan dan sering menghadapi gangguan ketika bekerja disebabkan
oleh tumpuan terhadap tanggungjawab untuk menyediakan keperluan
penjagaan ibu bapa tua dan keluarga (Addington-Hall, MacDonald, Anderson
Chamberlain, Freeling, Bland, & Raferty, 1992;. Brienbaum & Clarke-Steffen,
1992; Covinsky, Goldman, & Cook,1994; Ferrisetal,1991; Grunfeld, 1997;
Schulzetal,2003).

Di samping itu, perbelanjaan harian untuk menampung keluarga dan ibu
bapa tua telah menjejaskan aspek kewangan penjaga (Hayman et al., 2001;WhiteMeans & Rubin, 2004). Ini kerana penjaga yang menjaga keluarga dan ibu
bapa tua kebiasannya perlu mengeluarkan perbelanjaan yang berkaitan dengan
hal ehwal pengangkutan, bekalan perubatan, peralatan rumah dan keperluan
isirumah yang lain yang mana telah menjejaskan kewangan penjaga (Decima
Research, 2002; Hollander, Liu, & Chappell, 2009). Hasil kajian menunjukkan
bahawa penjaga yang mempunyai pendapatan yang rendah kebiasaannya
menghadapi keadaan kesukaran dan bebanan yang lebih berbanding mereka
yang mempunyai pendapatan yang tinggi. Bebanan ini adalah disebabkan oleh
mereka terpaksa memperuntukan perbelanjaan bulanan dan ubat-ubatan untuk
keperluan ibu bapa tua dan juga keluarga (Evercare, 2007). Memandangkan
wujudnya implikasi yang melibatkan isu kewangan dalam penjagaan generasi
sandwich sehingga memberikan implikasi bebanan kewangan terhadap
golongan berpendapatan rendah, maka kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk
meneroka bagaimana kumpulan berpendapatan sederhana berhadapan dengan
isu kewangan dalam penjagaan melibatkan generasi sandwich. Hasil kajian
mampu memberi input baru terhadap kajian yang berkaitan dengan penjagaan
generasi sandwich terutama dalam aspek yang berkaitan dengan pengurusan
kewangan keluarga.
Metodologi

Kajian kualitatif ini merupakan kajian kes berbentuk exploratori. Kaedah
kualitatif dengan teknik temubual mendalam dipilih bagi membolehkan
responden meluahkan perasaan dan menceritakan pengalaman mereka dengan
lebih selesa. Dengan itu, data kajian akan lebih banyak diperolehi. Kajian
ini telah dijalankan di sekitar Lembah Klang, Selangor. Seramai 30 orang
responden telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan (purposive
sampling) yang merupakan penjaga dewasa generasi sandwich dan mempunyai
pendapatan sederhana. Pada peringkat awal, responden telah dihubungi
untuk mendapatkan persetujuan untuk ditemubual. Temubual dengan soalan
semistruktur telah digunakan bagi mendapatkan data daripada responden.
Satu set soalan turut dibina oleh pengkaji sebagai panduan temubual. Data

Meneroka Pengalaman Penjaga

57

kemudiannya telah ditukar dalam bentuk verbatim dan dianalisis dengan
menggunakan kaedah tematik.
Dapatan Kajian
Latar belakang Demograi

Penjaga dewasa yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 15
orang lelaki dan 15 orang perempuan.Kesemua penjaga ditemubual di rumah
mereka semasa kehadiran kedua-dua generasi orang yang dijaga. Kebanyakan
responden berumur sekitar 30-40tahun. Hampir kesemua responden adalah
berbangsa Melayu kecuali terdapat dua orang penjaga yang bukan Melayu iaitu
seorang berbangsa Cina dan seorang lagi berbangsa India. Majoriti penjaga
yang ditemubual beragama Islam dan hanya terdapat seorang penjaga yang
beragama Buddha manakala seorang lagi beragama Hindu. Hampir semua
penjaga generasi sandwich yang dikenalpasti mempunyai pekerjaan sama ada
bekerja sendiri ataupun bekerja dengan majikan. Secara purata, rata-rata isi
rumah mempunyai pendapatan sederhana sekitar RM3000 hingga RM5000
Persepsi bebanan ekonomi keluarga
Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa majoriti
responden yang terlibat dalam kajian ini mengakui bahawa mereka tidak merasa
terbeban daripada aspek kewangan ketika menjaga ibu bapa tua dan juga anakanak sendiri. Hal ini dapat digambarkan berdasarkan daripada kenyataan di
bawah yang menggambarkan tentang keyakinan responden bahawa faktor
kewangan bukan merupakan masalah utama apabila menjaga ibu bapa tua.
“ Ekonomi, tak ada masalah. Tak ada kurang pun, cuma just
orang tua, dia pun tak makan banyak pun. Dia makan sikit
sahaja….” (Responden 19)

“Insyallah cukup la..agaknya orang kata apa kelebihan kita
jaga orang tua..kita punya kewangan tak ada masalah so far…”
(Responden 22)
Kebanyakan responden mempunyai persepsi yang positif terhadap
ekonomi keluarga. Mereka menyatakan masalah kewangan bukanlah satu isu
besar kepada keluarga mereka. Pendapatan yang diterima dianggap mencukupi
untuk menampung perbelanjaan keluarga dan seterusnya dapat menjalani
kehidupan secara sederhana seperti kenyataan responden berikut:
“ boleh la... tak la belanja sangat… tapi makan minum semua tu
ok la..cukup” (Responden 25)

58

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 17
“ekonomi macam biasa. Jaga orang tua tak ada pula kami
terjejas. Ekonomi biasa je” (Responden 11)

Strategi daya tindak isu kewangan
Dalam menangani masalah kewangan semasa, hasil kajian mendapati terdapat
beberapa strategi daya tindak yang telah dilakukan oleh responden.Terdapat

tiga jenis strategi daya tindak yang diamalkan iaitu berfokus kognitif, emosi
dan praktikal. Responden banyak menggunakan strategi daya tindak berfokus
kognitif dengan mempercayai keberkatan rezeki. Pada pandangan mereka,
dengan menjaga kedua ibu bapa, mereka akan memperoleh keberkatan dalam
kehidupan dan seterusnya memberi kesan positif kepada pendapatan yang akan
diperoleh pada masa akan datang. Keadaan ini dapat digambarkan melalui
kenyataan responden seperti berikut:
“rezeki tu datang dari orang tua… contohnya, ibu awak bangun,
sembahyang dan doa agar anak dia baik-baik je..doa seorang
ibu tu berkat..rezeki tu datang apabila seorang ibu itu berdoa
supaya memberi rezeki kepada anak-anak.. restu ibu bapa,
rezeki itu datang dari ibu..”(Responden 2)
“Ekonomi Alhamdulillah lah. Kalau kita jaga orang tua, Allah
akan tolong. Alhamdulillah rezeki tak pernah putus.” (Responden 1)
Kepercayaan yang berlandaskan keagamaan ini merupakan kekuatan
yang menjadi asas kepada kesejahteraan ekonomi majoriti responden yang
terlibat dalam kajian ini. Ekoran daripada keyakinan yang tinggi terhadap
kepercayaan keagamaan tersebut menjadikan bebanan kewangan tidak terlalu
dirasai oleh responden yang berperanan sebagai penjaga. Hasil kajian ini turut
mendapati bahawa terdapat segelintir responden yang mendedahkan bahawa
mereka akan berhutang jika mengalami keadaan kewangan yang meruncing.
Strategi daya tindak ini adalah berfokus kepada masalah yang lebih praktikal.
Responden cuba mendapatkan bantuan segera melalui cara berhutang dengan
rakan. Kenyataan responden berkaitan hal ini adalah seperti berikut:
“kalau dah tak ada sangat, carilah siapa-siapa untuk bayar
balik” (Responden 28)
Dalam masa yang sama, terdapat responden yang mengurangkan
perbelanjaan wajib bagi menampung keperluan segera kewangan. Mereka
terpaksa mengurangkan jumlah bayaran yang perlu dibayar pada bulan tersebut
memandangkan adanya perkara-perkara yang tidak diduga. Antara kenyataan
responden adalah seperti berikut:

Meneroka Pengalaman Penjaga

59

“kita akan cuba juga cukupkan…kalau ada bil yang nak kena
bayar, tak bayarlah bulan tu..akan tunda bil tu..” (Responden 29)
Pengurusan Kewangan
Hasil kajian turut menunjukkan bahawa keluarga mampu untuk menguruskan
kewangan dengan baik melalui amalan gaya hidup dan pengurusan kewangan
yang sederhana. Walaupun mereka tidak mempunyai kebebasan kewangan
(inancial freedom), namun pengurusan kewangan yang sesuai dengan
keadaan keluarga banyak membantu responden agar tidak mengalami masalah
kewangan yang kritikal. Antara kaedah yang dikenalpasti ialah berbelanja
mengikut keutamaan, mengamalkan perbelanjaan berhemah dan mempunyai
sistem kewangan yang sistematik.
Hasil kajian mendapati bahawa kesemua responden membuat
perbelanjaan bulanan mengikut keutamaan. Peruntukan wang hasil daripada
pendapatan yang diterima pada setiap bulan telah digunakan dengan bijak
dengan mengutamakan keperluan asas isirumah seperti perbelanjaan utiliti,
kereta, sewaan rumah, makan minum dan yuran persekolahan anak-anak. Hasil
kajian ini turut mendapati bahawa responden mengutamakan perbelanjaan
wang untuk hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan seperti persekolahan
dan keperluan kanak-kanak berbanding perbelanjaan untuk ibu bapa mereka.
“anggaran perbelanjaan sekolah je dah RM4000…. (Responden
30)
“RM500 tu ni je..macam anak yang kat politeknik tu dia memang
RM400 dalam RM500 tu untuk sekolah jelah (Responden 24)
Walau bagaimanapun, bagi responden yang mempunyai anak yang
masih kecil, perasaan terbeban itu turut dirasai. Ini adalah kerana mereka
memerlukan perbelanjaan untuk menampung keperluan yang berkaitan dengan
penyusuan dan lampin pakai buang.
“Anak rasanya lebih, sebab pampers dengan susu dia kan”
(Responden 1)
“Baby saje dekat RM600.00..pakaian baby sekarang mahal
kot…pampers dua dah RM30.00 lebih…susu kalau yang paket
600g, dua dah RM17.00” (Responden 3)
Manakala, perbelanjaan bulanan yang melibatkan keperluan ibu bapa
pula lebih tertumpu kepada pembelian lampin pakai buang. Keperluan lain
seperti makanan dan pakaian tidak menjadi bebanan bagi penjaga kerana
keperluan tersebut boleh dikongsi bersama oleh isi rumah yang lain.

60

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 17
“Biasanya belanja pampers la yang banyak sikit…pampers
orang tua mahal sikit banding pampers budak” (Responden 7)

Dalam menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa yang dijaga
khasnya yang telah uzur dan mengalami masalah kesihatan, mereka yang
menjaga ibu bapa tua juga telah melakukan pengubahsuaian rumah:
“Bilik air sudah ada, saya buat bilik tidur. Sebelum dia nak
pindah tinggal bersama kami, saya buat dulu, standby dulu”
(Responden 2)
Terdapat responden yang membeli peralatan bantuan seperti kerusi
roda dan tongkat bagi tujuan keselesaan dan keselamatan diri ibu bapa yang
dijaga.Walau bagaimanapun, perbelanjaan ini tidak memerlukan peruntukan
bulanan.
“Baru ini akhir-akhir ini dia dah jatuh dan kita beli, dia jatuh,
badan dia besar.Masa itu, dia nak naik kereta dia tak boleh naik,
dia nak angkat kaki dia jatuh.” (Responden 13)
Selain daripada mengurus pendapatan bulanan mengikut keutamaan,
responden juga turut mengamalkan perbelanjaan secara berhemah.
Contohnya dari segi perbelanjaan perubatan, ramai responden yang memilih
untuk menggunakan perkhidmatan klinik/hospital kerajaan berbanding ke
klinik swasta. Oleh itu perbelanjaan ubatan dapat dikurangkan sekaligus
mengurangkan bebanan kewangan penjaga.
“so far untuk kami kan goverment kan, untuk sendiri, ubatubatan takda masalah la..kita pakai GL kita..”(Responden 22)
“Ubat-ubatan pakai hospital punya ubat sahaja la.tak ada
bayar. sebab dia ada kad pesara. Dia pergi buat rawatan semua
itu tak bayar. Ambil ubat sahaja dia semua ok, lepas itu. Dia
buat appointment lepas habis ubat dia ambil ubat itu semula”
(Responden 19)
Terdapat juga responden yang memperuntukkan perbelanjaan harian
mengikut perancangan yang telah diatur mengikut keperluan tertentu.
Perbelanjaan seperti ini sangat memerlukan disiplin yang tinggi. Responden
hanya akan berbelanja mengikut peruntukan harian yang telah ditetapkan.
“Jadi saya akan budget RM20 sehari. Jangan lebih masak. Kira
berapa yang ada kat rumah, jadi taklah masak membazir. Bukan
catu semua makanan, tapi amaun tu, kalau ikan tu seorang makan
tiga ekor, boleh jadi makan seekor je..yang tu ikut kemampuan..
(Responden 29).

Meneroka Pengalaman Penjaga

61

Bagi responden yang proaktif, mereka mewujudkan sistem kewangan
keluarga yang tersendiri. Terdapat dua jenis sistem yang dapat dikenal pasti
dalam kajian ini iaitu sistem simpanan piramid dan sistem tabungan adikberadik. Sistem piramid merupakan satu sistem yang dicipta oleh salah seorang
responden dalam menangani isu kewangan menjaga ibu bapa tua. Responden
telah menyimpan gaji yang diterima oleh anak dewasanya untuk keperluan
harian mereka. Responden menceritakan bagaimana sistem ini berfungsi
dalam melonjakkan tabungan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan
ekonomi keluarga.
“Pak cik lancarkan sistem piramid. Kalau dalam rumah ni ada
yang bekerja dan yang bersekolah. Sistem piramid ni diorang
akan membantu pak cik. Sebelum dia orang berkahwin dia
orang kena berkhidmat untuk pakcik.Gaji dia orang serahkan
pada makcik, cuma boleh ambil RM10 sehari.” (Responden 2)
Sistem seterusnya ialah tabungan adik-beradik di mana semua adik
beradik akan memperuntukkan sejumlah wang secara tetap untuk perbelanjaan
ibu bapa mereka. Melalui tabungan adik beradik, penjaga yang menjaga ibu
bapa tua tidak merasa terbeban kerana semua perbelanjaan dibiayai secara
bersama.
“setiap tahun ada juga la bagi, tapi macam adik beradik kongsi
la..macam kita collect RM50 sebulan dalam 3 adik beradik
RM50 macam tula..jadi nanti dia adalah dana..sebab rawatan
tu kadang-kadang satu bulan tu mesti RM50 susu…pampers
semua” (Responden 24)
Sumber kewangan lain
Ramai di kalangan responden yang mencari sumber sampingan yang lain selain
pendapatan daripada hasil pekerjaan utama. Antara sumber kewangan lain yang
diperoleh oleh responden ialah melalui pekerjaan sampingan, bantuan formal
kerajaan, bantuan adik-beradik dan sumber pencen orang yang dijaga. Hampir
separuh daripada sejumlah responden yang terlibat dalam kajian ini dikenal
pasti telah melakukan pekerjaan sampingan. Antara kerja sampingan yang
dijalankan adalah seperti mengasuh kanak-kanak, berniaga jualan langsung,
menjual perkhidmatan seperti penyewaan kanopi dan lain-lain. Kerja-kerja
sampingan yang dijalankan sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan
kewangan isi rumah responden.
“suami kan bawak barang-barang untuk orang pindah ni ade la
duit masuk sikit……”(Responden 10)
“business susah nak cakap, terpulang pada dividen. Macam last
year saya dapat hampir 40 ribu, it is like one month RM3000, ”
(Responden 21).

62

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 17

Selain daripada mempunyai pekerjaan sampingan, terdapat sebahagian
besar daripada responden yang telah menerima bantuan daripada adik-beradik
yang tidak menjaga ibu bapa mereka. Bantuan daripada adik beradik lazimnya
tidak tetap dan sekadar mengikut kemampuan masing-masing sepertimana
kenyataan berikut;
“memberi bantuan tu mengikut kemampuan beberapa yang ada..
selain daripada pergi, menziarahi, menengoklah.. Maknanya
kalau ada, ada yang lebih, ada yang bagi sampai RM200-300
ada yang bagi RM50, RM100, tengok kepada kemampuan..”
(Responden 27)
Wang yang diberikan oleh adik-beradik tersebut dapat membantu
responden untuk merancang pembelian barangan keperluan ibu bapa mereka
yang perlu disediakan pada setiap bulan seperti pembelian lampin pakai buang
dan ubat-ubatan.
“macam pampers semuanya dalam RM500 sebulan.. untuk
pampers .. ..ubat-ubat… dekat RM300 la sebulan…..boleh la
tampung sikit....macam tulah” (Responden 24)
Di samping itu, terdapat juga beberapa orang responden yang
memperoleh bantuan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan Pusat Zakat sepertimana kenyataan berikut;
“Kewangan itu, akak ada dapat bantuan dari zakat la. Setiap
tahun. Lebih kurang sembilan ratus (RM900) dalam satu
tahun…”(Responden 18)
“akak dapat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap
bulan” (Responden 27)
Bantuan secara formal yang diberi oleh pihak kerajaan banyak membantu
responden untuk menampung perbelanjaan seharian. Ini dapat dilihat menerusi
pola bahawa mereka yang memperoleh bantuan kewangan secara formal
terutama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak melakukan pekerjaan
sampingan. Keadaan ini menggambarkan bahawa bantuan yang berbentuk
bulanan yang diterima oleh responden sangat memberi kesan kepada kewangan
isi rumah responden dan seterusnya memberi kesan positif ke atas penjagaan
warga tua dan kanak-kanak.
Bagi responden yang menjaga ibu bapa yang mempunyai pencen pula,
mereka tidak merasa terbeban. Ini adalah kerana wang pencen yang diterima
oleh mereka dapat membantu menampung segala keperluan dan perbelanjaan
untuk ibu bapa tanpa melibatkan kewangan responden.

Meneroka Pengalaman Penjaga

63

“Ekonomi tak ada masalah. Sebab ayah saya ini, dia ini… bekas
askar, dia ada pencen semua itu, jadi dari segi itu, kewangan dia
tak ada masalah.Yang itu tak ada beban”. (Responden 20)
Terdapat juga dalam kalangan ibu bapa yang menerima wang pencen dan
memberikan wang berkenaan kepada anak-anak termasuk responden. Situasi
ini telah mengurangkan bebanan penjaga dan secara tidak langsung membantu
meningkatkan kesejahteraan hidup dalam kalangan responden yang berperanan
sebagai penjaga.
“memang takda masalah. Pasal dia ada pencen, kalau anakanak dia bagi. Tapi spend untuk dia pun tak banyak. Kadang
kalau dia dapat duit, dia bagi anak dia..” (Responden 29)
Personaliti orang yang dijaga
Personaliti ibu bapa yang dijaga turut mempengaruhi keadaan yang berkaitan
dengan tekanan kewangan. Kebanyakan responden dalam kajian ini melihat ibu
bapa mereka tidak menunjukkan sikap meminta-minta dan menerima keadaan
penjaga seadanya. Keadaan ini telah membuatkan penjaga merasa selesa untuk
terus menjaga ibu bapa tua.
“Alhamdulillah laaa.Dia bukan jenis yang mintak-mintak. Mana
yang kita mampu kita tolong…”(Responden 8)
“Dia makan sikit sahaja, tak apa dia makan.Sikit saja dia
makan, dah kenyang dia kata.So, tak ada tambahan kewangan.
” (Responden 19)
Perbincangan, Implikasi dan Cadangan
Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa aspek kewangan bukan
merupakan bebanan utama kepada penjaga generasi sandwich khasnya yang
berpendapatan sederhana. Situasi ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh
Fatimang & Rahmah (2011) yang mendapati bahawa penjaga keluarga yang
mempunyai pendapatan yang lebih tinggi mengalami bebanan yang rendah
berbanding dengan penjaga yang mempunyai pendapatan yang rendah. Berbeza
dengan kajian yang dijalankan oleh beberapa sarjana barat yang mendapati
bahawa kebanyakan penjaga mengakui bahawa mempunyai masalah kewangan
dan terbeban dengan penjagaan anak-anak dan ibu bapa tua (Fast, Williamson,
& Keating, 1999; Hayman et al., 2001; White-Means & Rubin, 2004).
Kebanyakan penjaga dalam kajian ini menganggap penjagaan anakanak dan ibu bapa sebagai tidak membebankan sebaliknya ia merupakan

64

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 17

satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Persepsi penjaga
berkaitan isu kewangan ini juga dapat dikaitkan dengan budaya masyarakat
khususnya di Asia sepertimana kajian yang dijalankan oleh Khadijah, Rahim,
Khairuddin, Asnarulkhadi, dan Chan, (2011) yang mendapati bahawa kajiankajian tempatan terdahulu menunjukkan bahawa tanggapan masyarakat
Malaysia adalah anak perlu berperanan untuk membalas pengorbanan orang
tua kerana mereka juga bakal menjadi tua pada suatu masa nanti.
Hal ini juga banyak dikaitkan dengan pegangan kepercayaan penjaga
yang merupakan penganut agama Islam. Kebanyakan penjaga berpegang pada
prinsip rezeki dan amanah. Pegangan teguh pada prinsip ini merupakan strategi
daya tindak kognitif yang memberi kesan positif kepada keseluruhan persepsi
kewangan penjaga. Strategi daya tindak emosi iaitu perasaan bersyukur dan
redha dengan apa yang telah ditentukan Tuhan ke atas kehidupan mereka
menjadikan penjaga tidak mengalami tekanan yang tinggi daripada aspek
kewangan. Kajian yang dijalankan oleh Rabinowitz (2010) turut mendapati
bahawa strategi daya tindak bersifat keagamaan mempunyai hubungan dengan
kesejahteraan dan kesihatan penjaga.Walaupun penjaga mengakui wang
yang diperoleh adalah sekadar mencukupi, namun mereka sentiasa bersikap
bersyukur dan tidak sesekali menganggap menjaga ibu bapa sebagai suatu
yang membebankan daripada aspek kewangan mereka.Situasi ini agak berbeza
dengan kajian yang dijalankan oleh Ugwu (2010) yang mendapati bahawa
penjaga mengalami perasaan yang tertekan akibat daripada tekanan kewangan
yang dialami ketika menjaga ibu bapa tua.
Hasil kajian ini turut mendapati bahawa kebanyakan penjaga mampu
menguruskan kewangan mereka dengan baik dan dapat menjalankan
kehidupan bekeluarga secara sederhana.Walaupun mereka tidak bebas untuk
membelanjakan kewangan mereka, namun perbelanjaan yang berhemah
membantu penjaga dan keluarga menikmati kehidupan yang sederhana tanpa
melibatkan diri dengan masalah kewangan yang besar. Kajian yang dijalankan
oleh Ahmad (2011) turut menunjukkan bahawa keluarga yang berperanan
sebagai penjaga mengalami kekangan kewangan dengan mengurangkan
perbelanjaan untuk beriadah dan bersosial. Penjaga lebih banyak mendahulukan
keperluan asas dan berbelanja mengikut keutamaan. Hal ini adalah penting
kerana perbelanjaan yang melebihi kemampuan akan memberi implikasi
terhadap keluarga daripada aspek bebanan dan tekanan kewangan. Lazimnya
penjaga perlu memikirkan perbelanjaan yang diperlukan dalam memenuhi
permintaan penjagaan seperti pengangkutan, perubatan, peralatan dalam
merancang perbelanjaan penjagaan (Decima Research, 2002; Hollander, et al.,
2009).
Hasil kajian ini turut mendapati bahawa sumber kewangan sampingan
lain banyak membantu ekonomi penjaga. Pekerjaan sampingan yang dijalankan

Meneroka Pengalaman Penjaga

65

oleh sesetengah responden berupaya meningkatkan pendapatan bulanan
penjaga dan secara tidak langsung memberi keselesaan kepada penjaga untuk
menjaga ibu bapa tua. Walau bagaimanapun, ia perlu dilihat secara lebih
meluas kerana impak melakukan pekerjaan sampingan boleh menjejaskan
pelbagai aspek lain terutama psikologi dan hubungan interpersonal ahli
keluarga. Lyonette dan Yardley (2006) menjelaskan dalam kajiannya bahawa
semakin banyak pekerjaan yang dilakukan, maka semakin banyak permintaan
terhadap pekerjaan yang perlu dipenuhi dan ia merupakan faktor peramal
kepada tekanan psikologi terutama bagi penjaga wanita.
Bantuan kewangan daripada agensi kerajaan terutama yang bersifat
bulanan juga didapati sangat membantu ekonomi keluarga penjaga. Bantuan
kerajaan yang lebih mengkhusus kepada warga emas (orang tua) memberi imej
keprihatinan kerajaan yang baik terhadap golongan tersebut sekaligus menyuntik
semangat dalam kalangan penjaga untuk menghargai jasa dan pengorbanan
ibu bapa mereka. Dalam masa yang sama, ia mampu mengurangkan kadar
kemasukan orang tua ke institusi penjagaan. Yoo et.al., (2011) dalam kajiannya
mendapati bantuan jangka masa panjang kepada keluarga akan membantu
penjaga untuk meneruskan penjagaan dan pekerjaan terutama bagi penjaga
wanita. Pengurangan bantuan oleh kerajaan hanya akan menyebabkan penjaga
meninggalkan pekerjaan dan seterusnya memberi implikasi negatif terhadap
pasaran buruh.
Selain daripada itu, sumber kewangan sampingan seperti pencen
yang diterima oleh ibu bapa yang dijaga sangat membantu. Hasil kajian ini
turut mendapati bahawa penjaga yang mempunyai pencen tidak mengalami
masalah kewangan dan tidak merasa terbeban dengan kehadiran ibu bapa
yang tinggal serumah. Ini merupakan indikator bahawa keperluan sumber
kewangan daripada orang yang dijaga itu sendiri memainkan peranan penting.
Ini bermakna skim pencen yang diberikan oleh kerajaan mampu menjamin
bukan sahaja kesejahteraan kewangan untuk pesara, malahan kesejahteraan
bagi mereka yang tinggal serumah dengan pesara. Walau bagaimanapun, skim
pencen hanya dapat dinikmati bagi mereka yang bekerja kerajaan. Oleh yang
demikian, bagi mereka yang bekerja swasta, jaminan kewangan di hari tua
seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu dilihatdimanfaatkan
sebaiknya.
Kerjasama yang ditunjukkan oleh anak dewasa lain dalam hal ehwal
kewangan turut membantu meringankan bebanan penjaga. Walaupun ada anak
dewasa yang lain tidak dapat menjaga ibu bapa mereka, namun pemberian
berbentuk material seperti wang ringgit mampu membantu meringankan
bebanan penjagaan kepada penjaga. Szinovacz & Davey (2012) dalam
kajiannya mendapati bahawa bantuan kewangan yang diberikan oleh anak
dewasa kepada ibu bapa dapat membantu anak-anak untuk menyediakan
penjagaan dan keperluan ibu bapa itu sendiri. Ia merupakan seolah-olah

66

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 17

‘pertukaran’ penjagaan di mana anak-anak menjaga pula ibu bapa yang telah
menjaga mereka semasa mereka kecil dahulu.
Selain daripada itu, personaliti orang yang dijaga turut memainkan
peranan dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi penjaga. Apabila
penjaga dan keluarga sejahtera, maka bebanan kewangan yang berat akan
terasa ringan. Penjaga merasa selesa dengan ibu bapa yang mempunyai
sikap tidak suka meminta-minta dan menerima mereka dan keluarga mereka
seadanya sebagai sebuah keluarga. Kajian yang dijalankan oleh Boven,
Campbell and Gilovich (2010) mendapati personaliti individu materialistik dan
merasa kebahagiaannya adalah hasil daripada kebendaan lebih tidak disukai
oleh orang sekelilingnya berbanding dengan individu yang merasa bahagia
melalui pengalaman hidupnya. Persepsi penjaga yang melihat orang yang
dijaga mempunyai personaliti yang positif secara tidak langsung menunjukkan
hubungan interpersonal sesama ahli keluarga juga adalah baik.
Penutup
Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa penjaga dewasa generasi
sandwich yang berpendapatan sederhana menganggap bahawa penjagaan
generasi sandwich merupakan satu amanah Tuhan dan tanggungjawab anak
kepada ibu bapannya. Persepsi sedemikian menyebabkan kebanyakan penjaga
tidak merasa terbeban dari aspek penjagaan walaupun mereka tidak mempunyai
kebebasan dari aspek kewangan. Strategi pengurusan kewangan yang
diamalkan oleh penjaga dalam menguruskan keluarga mereka turut membantu
ke arah kesejahteraan penjagaan dalam kalangan generasi sandwich. Selain
daripada itu, bantuan kewangan sedia ada daripada kerajaan perlu dikekalkan
demi menjamin kesejahteraan keluarga generasi sandwich yang mempunyai
cabarannya yang tersendiri dalam mengurus dan menyediakan keperluan
penjagaan berbanding jenis keluarga yang lain.
Penghargaan
Kajian ini telah mendapat sokongan dan pembiayaan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia melalui Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)
kod penyelidikan: FRGS/1/2011/SS/UKM/02/26. Ucapan penghargaan juga
ditujukan kepada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM dan semua
yang telah terlibat dalam menjayakan kajian ini.
Rujukan
Acton G. J., Kang J. (2001). Interventions to reduce the burden of caregiving
for an adult with dementia: A meta-analysis. Research In Nursing &
Health, 24, 349-360.

Meneroka Pengalaman Penjaga

67

Addington-Hall J. M., MacDonald L. D., Anderson H. R., Chamberlain J.,
Freeling P., Bland J. M., Raferty J. (1992). Randomized controlled trail
of effects of coordinating care for terminally ill cancer patients. British
Medical Journal, 305, 1317-1322.
Andrew, P.( 2007). The sandwich generation mccrindle research, ABS,
NATSEM income and wealth report.
Aoun S. M., Kristjanson L. J., Currow D. C., Hudson P. L. (2005). Caregiving
for the terminally ill: At what cost? Palliative medicine, 19, 551-555
Alavi, K., Sail, R. M., Idris, K., Abu Samah, A., & Chan, C. (2011). Keperluan
sokongan emosional dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga
tua. e-Bangi, 6(1), 102- 114, 2011.
Ahmad, K. (2012). Informal caregiving to chronically iii older family members:
Caregivers’ experiences and problems. A Research Journal of South
Asian Studies, 27(1), 101-120
Boven L. V., Campbell, M. C, Gilovich, T. (2010). Personality & Social
Psychology Bulletin, 36 (4),551-63.
Brienbaum L. K., Clarke-Steffen L. (1992). Terminal care costs in childhood
cancer. Journal Of Pediatric Nursing, 18, 2858.
Covinsky K. E., Goldman L., Cook E. F. (1994). The impact of serious illness
on patients’ families. Journal of the American Medical Association,
272, 1839-1844.
Decima Research. (2002). National proile of family caregivers in Canada:
Final report. Ottawa, Ontario: Health Canada.
Szinovacz & Davey. (2012). Changes in adult children’s participation in parent
care. Ageing And Society, 3 (04), 667-697.
Evercare and National Alliance for Caregiving. (2007). Family caregivers —
What they spend, what they sacriice. Minnetonka, MN: Evercare &
Bethesda, MD: NAC,.
Fatimang Ladola, Rahmah Mohd Amin & Fatimah Abdullah. (2009). Penjaga
wanita bagi warga tua pesakit strok di bandar. Malaysian Journal of
Social Administration, 6, 57-72.
Fast, J., Williamson, D., & Keating, N. (1999). The hidden costs of informal
elder care. Journal of Family and Economic Issues, 20(3), 301-326.
Ferris F. D., Wodinsky H. B., Kerr I. G., Sone M., Hume S., Coons C. (1991).A
cost-minimization study of cancer patients requiring a narcotic infusion
in hospital and at home. Journal of Clinical Epidemiology, 44, 313327.
Funder, D. C. (2006). Towards a resolution of the personality triad: Persons,
situations, and behaviors. Journal of Research in Personality, 40, 21–
34.
Grundy, E. & Henretta, J. C. (2006). Between elderly parents and adult children:
A new look at the intergenerational care provided by the “sandwich
generation”. Aging and Society, 26, 707-722.
Grunfeld E. (1997). Caring for elderly people at home: The consequences to
caregivers. Canadian Medical Association Journal, 157, 1101-1105.

68

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 17

Haddock S. A., Zimmerman T. S., Lyness K. P., Ziemba S. J.(2006). Practices
of dual earner couples successfully balancing work and family. Journal
of Family and Economic Issues, 27, 207-234.
Hayman, J.A., Langa, K.M, Kabeto, M.U., Katz, S. J., DeMonner, S. M.,
Chernew, M.E & Fendrick, A. M. (2001). Estimating the cost of
informal caregiving for elderly patients with cancer. Journal of Clinical
Oncology, 19, 3219-3225.
Hickenbottom S. L., Fendrick A. M., Kucher J. S., Kabeto M. U., Katz S.
J., Langa K. M. (2002). A national study of the quantity and cost of
informal caregiving for the elderly with stroke. Neurology, 58, 17541759.
Hollander, M.J., Liu, G., and Chappell, N.L. (2009). Who cares and how
much? The imputed economic contribution to the Canadian healthcare
system of middle-aged and older unpaid caregivers providing care to
the elderly. Healthcare Quarterly, 12, 42-49
Khadijah, A., Rahim, M.S., Khairuddin, I., Asnarulkhadi, A.S. & Chan, C.
(2011). Keperluan sokongan emosional dalam kalangan anak dewasa
yang menjaga warga tua. e-Bangi, 6(1), 102-114.
Koh, S.K and MacDonald, M. (2006). Financial reciprocity and elder care:
Interdependent resource transfers. Journal of Family and Economic
Issues, 27, 420-436
Langa K. M., Valenstein M. A., Fendrick A. M., Kabeto M. U., Vijan S.
(2004). Extent and cost of informal caregiving for older Americans
with symptoms of depression. American Journal of Psychiatry, 161,
857-863
Lyonette, C & Yardley.L. 2006. Predicting mental health outcomes in female
working carers: A longitudinal analysis. Aging & Mental Health, 10(4),
368–377
Murphy, M. & Grundy, E. 2003. Mothers with living children and children
with living mothers: The role of fertility and mortality in the period
1911-50. Population trends, 112, 36-45.
Norzareen, M. &Nobaya, A. (2010).Women of the sandwich generation in
Malaysia. European Journal of Social Sciences, 13(2), 171-178.
Olson, D.H. &DeFrain, J. (2006). Marriages and families: Intimacy, diversity
and strengths. Ed. ke-5. Boston: McGraw Hill.
Panda S. M., Coleman B. (2001). The high cost of at-home caregiving.
American Journal of Hospice & Palliative Care, 18, 157.
Raphael, D. & Schlesinger, B. (1994). Women in the sandwich generation: Do
adult living at home help? Journal of Women and Aging, 6, 21-45.
Rabinowitz, Y.G., Hartlaub, M.G., Saen, E.C., Thompson, L.W. & GallagherThompson,D. Journal of religion & health. (2010). Is religious coping
associated with cumulative health risk? An examination of religious
coping styles and health behavior patterns in alzheimer’s dementia
caregivers.Journal of Religion and Health, 49(4), 498-512.

Meneroka Pengalaman Penjaga

69

Schulz R., Mendelsohn A. B., Haley W. E., Mahoney D., Allen R. S., Zhang
S., Belle S. H. (2003). End-of-life care and effects of bereavement on
family caregivers of persons with dementia. New England Journal of
Medicine, 349, 1936-1942
Szinovacz, M. E.& Davey, A. (2012). Stability and Change in inancial
transfers from adult children to older parents.Canadian Journal on
Aging, 31(4),367-78.
Van Boven, L., Campbell, M. C., & Gilovich, T. (2010). Stigmatizing
materialism: On stereotypes and impressions of materialistic and
experiential pursuits. Personality and Social Psychology Bulletin, 36,
551–563
Yoo, B. K., Bhattacharya, J., McDonald, K.M., & Garber, A.M. (2004). Impacts
of informal caregiver availability on long-term care expenditures in
OECD countries. Health Services Research, 39, 6.
Weber K, Giannakopoulos P, Delaloye C, de Bilbao F, Moy G, Ebbing K,
Moussa A, Herrmann FR, Gold G, Canuto A. (2012). Personality
traits, cognition and volumetric MRI changes in elderly patients with
early-onset depression: A 2-year follow-up study. Psychiatry Research,
198(1), 47-52.
White-Means, S. I., & Rubin, R. M. (2004). Trade-offs between formal home
health care and informal family caregiving. Journal of Family and
Economic Issues, 25, 337-360.