Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al q

MANHAJ HERMENEUTIKA DALAM MENTAFSIR A-QURAN

ABSTRAK
Artikel ini menjelaskan tentang hermeneutika iaitu salah satu metod yang
digunapakai oleh para liberalis untuk mentafsirkan al-Quran. Pada awalnya metod
hermeneutika ini digunakan untuk mentafsir Bible dan kini mereka gunakan pula
untuk mentafsir al-Quran menggantikan metodologi yang telah disusun oleh ahli
mufassirin sendiri. Objektif

utama

artikel ini adalah membahaskan berkenaan

metod hermeneutika yang kian berkembang menjangkiti umat Islam, serta
pandangan dan pendapat yang menolak kaedah ini. Kajian artikel ini menggunakan
pendekatan kepustakaan dan analisis dokumen yang dibahagikan kepada tiga
bahagian. Pertama pengenalan mengenai kajian, kedua huraian berkenaan maksud
hermeunatik, sejarah bermulanya hermeunatik, dan tokoh-tokoh hermeneutik, ketiga
perbincangan mengenai metodologi hermeunatik dalam mentafsirkan al-Quran serta
hujah yang menolaknya. Dapatan awal kajian ini merumuskan bahawa kaedah
hermeneutika yang digunakan untuk mentafsir al-Quran adalah sama sekali

bercanggah dengan metodologi tafsir al-Quran yang telah disusun oleh para alim
ulama’ dan mencabar syariah Islam itu sendiri.

1

PENDAHULUAN
Sejak akhir-akhir ini, kita sering dikejutkan dengan perkara yang telah mengancam
akidah umat Islam. Pelbagai pertubuhan, aliran dan ilmu yang muncul atas nama
Islam dengan membawa ideologi yang berbeza yang jelas tersasar dari ajaran Islam
yang sebenar. Begitu juga dalam bidang tafsir, munculnya ilmu hermeneutika yang
di dukung oleh golongan liberal yang menghendaki keterbukaan melampau dalam
berijtihad dan mengamalkan hukum Islam.
Dalam mentafsirkan al-Quran, seorang mufassir itu dituntut untuk menguasai
cabang dan disiplin ilmu untuk mentafsirkan suatu ayat al-Quran selari dengan
kaedah Islam. Seorang mufassir tidak boleh sesuka hati mentafsirkan mengikut akal
bila tidak mempunyai keahlian yang baik dalam bidang tafsir. Metodologi tafsir
yang digunakan juga mestilah mengikut garis panduan Rasulullah, para sahabat dan
para ulama’ kerana mereka adalah sumber rujukan kita selepas al-Quran. Namun
begitu, tanpa kita sedari, umat Islam kini diserang dengan pemikiran liberalisme
yang mengatas namakan sebagai hak asasi manusia, maka ilmu hermeneutika

digunakan untuk mentafsir hukum yang ditetapkan. Istilah Hermeneutika mungkin
masih asing di telinga sebahagian besar umat Islam di tanah air. Namun apabila kita
melihat kepada sejarah hermeneutika itu sendiri, sebenarnya ia bermula sejak abad
yang lalu dan berkembang di Eropah Barat. Pada mulanya, ilmu hermeneutika ini
digunakan untuk mentafsirkan kitab Bible dan memenuhi tuntutan perkembangan
zaman. Maka melalui tradisi ini lahirlah pemikiran sekular-liberal, dan kini ilmu
hermeneutika telah diterapkan oleh kelompok ini dalam mentafsirkan al-Quran
sebagai sumber hukum.

2

DEFINISI METODOLOGI HERMENEUTIKA
Metod menurut kamus Maurid al-hadis bermaksud tariqah, manhaj, nizham.
Manakala metodologi pula bermaksud ilmu manhaj atau kajian mengenai metod. (
‫( )ميتودولوجيا‬Munir Ba’albaki. 2009 : 721) . Hermeneutic menurut kamus Maurid alHadis bermaksud tafsiriy, ta’wiliy. Manakala hermeneutics bermaksud ilmu tafsir,
dan khususnya tafsir kitab suci (Munir Ba’albaki. 2009 : 539). Secara harfiah,
hermeneutika bermasud ‘tafsir’. Secara etimologi, istilah hermeneutika berasal dari
bahasa Yunani hermeneuin yang bererti mentafsirkan. Istilah ini merujuk kepada
seorang tokoh mitologi dalam metologi Yunani yang dikenal dengan nama Hermes
(Mercurius). Di kalangan pendukung hermeneutika ada yang menghubungkan tokoh

Hermes dengan Nabi Idris. Dalam mitologi Yunani, Hermes dikenal sebagai dewa
yang bertugas menyampaikan pesan-pesan dewa kepada manusia. Dari tradisi
Yunani, Hermeneutika berkembang sebagai metologi penafsiran Bible, yang di
kemudian hari di kembangakan oleh para teologi dan falsafah Barat sebagai metod
penafsiran secara umum dalam ilmu-ilmu sosial dan humanniora.(Adian Husaini.
2007:7-8)
Menarik juga untuk disemak bahawa ada perbezaan antara istilah
‘hermeunatic’ dan ‘hermeunatics’. Istilah yang pertama yang bermaksud sebagai
kata sifat yang apabila diterjemahkan dapat diertikan sebagai suatu sifat yang
terdapat dalam suatu pentafsiran. Manakala istilah yang kedua ialah sebuah kata
benda dan istilah tersebut mengandungi tiga maksud iaitu :
i.

Ilmu pentafsiran

ii.

Ilmu untuk mengetahui maksud yang terkandung dalam kata-kata dan
ungkapan penulis.


iii.

Pentafsiran secara khusus menunjukkan kepada pentafsiran kitab suci
(Fakhruddin Faiz.2002:21 ).

SEJARAH HERMENEUTIKA
Secara etimologi, istilah “hermeunatics” berasal dari bahasa Yunani (ta
Hermeneutika) bentuk jamak dari (to Hermeneutikon) yang bererti hal-hal yang
berhubungkait dengan pemahaman dan penterjemahan suatu mesej. Kedua-dua kata
3

tersebut merupakan serapan dari kata “Hermes”, yang dalam keyakinan bangsa
Yunani dikatakan sebagai dewa yang diutus oleh Zeus (Tuhan) untuk menyampaikan
mesej dan berita di bumi. Dalam karya logika Aristotle, kata “hermeneias” bererti
ungkapan atau pernyataan sahaja. (Adian Husaini. 2004)
Secara lebih luas, hermeneutik didefinisikan oleh Zygmunt Bauman sebagai
upaya menjelaskan dan menerokai mesej dan pengertian dasar sesuatu ucapan atau
tulisan yang tidak jelas, rigid dan bercanggah yang menimbulkan kebingungan
pendengar atau pembaca. (Mazlan Ibrahim,Achmad Yaman.2010:40)
Istilah hermeneutika dalam khazanah Islam memang tidak diketemukan,

namun al-Farabi (w.339H) pernah membahaskan mengenai istilah hermeneutika
menerusi dari karya Aristotle yang bertajuk Peri Hermeneias, begitu juga dengan
Abu Ma`syar (272H) dalam kitab beliau yang bertajuk al-Ulf fi Buyut al-Ibadah,
beliau ada menyebutkan istilah yang mirip dengan hermeneutika iaitu Hirmis,
Harmes, yang diertikan dengan al-Muthalath bi al-Hikmah (tiga rangkaian aliran
pemikiran), yang dijumpai dalam falsafah Yunani. (Ilyas Ibrahim. Tth)
Hermeneutika pada dasarnya adalah suatu metod atau cara untuk mentafsirkan
simbol yang berupa teks untuk dicari maksud dan maknanya. Dimana metod
hermeunatik ini mensyaratkan adanya kemampuan untuk mentafsirkan masa lampau
yang tidak dialami, kemudian dibawa ke masa sekarang. Dalam perkembangannya,
hermeunatik mengalami perkembangan dan perubahan-perubahan persepsi dan
model penerapannya muncul daripada keragaman pentafsiran dan pemahaman
terhadap hermeneutik. Antara perkembangan hermeunatik ada beberapa kategori
seperti hermeneutik sebagai pentafsiran kitab suci, hermeunatik sebagai teori filologi
(kemanusiaan), hermeneutik sebagai pemahaman linguistik dan hermeneutik sebagai
metod tafsir.(Fakhruddin Faiz. 2002:22)
Hermeneutika dipergunakan sebagai metode untuk mentafsirkan naskahnaskah sejarah kuno dan kitab suci. Jika dilihat ke belakang, keberadaan
hermeunatik ini sebenarnya sudah ditemukan sejak zaman Yunani Kuno. Pada masa
itu sudah ada perbincangan tentang hermeneutik sepertimana yang terdapat dalam
tulisan Aristotle yang bertajuk Peri Hermenians (de interpretation).(Sahiron

Syamsuddin.2003:54)
4

Di antara disiplin ilmu yang paling banyak menggunakan hermenetika adalah ilmu
tafsir kitab suci, seperti kitab Zabur, Taurat dan Injil. Kemudian sejarah interpretasi
teks mengalami perkembangan yang sangat pesat melalui tradisi pemikiran teologi,
sama ada Yahudi maupun Kristian, iaitu sekitar abad 4 dan 5 M. Seterusnya pada
abad ke- 17 dan 18 hermeneutika berkembang secara luas dalam pelbagai disiplin
ilmu pengetahuan, banyak sarjana barat yang memberikan idea-idea yang berkaitan
dengan hermeneutika, seperti Friedrich Schleiermacher (1768 – 1834), Wilhelm
Dilthey (1833 – 1911), dan Rudolf Karl Bultman (1884 – 1976). Kemudian di abad
20, kajian hermeneutika di dunia Barat mengalami lompatan yang cukup besar,
kerana perdebatannya lebih mengarah pada persoalan ontology (sebuah cabang ilmu
falsafah atau metafizik yang berkaitan dengan fitrah makhluk) dan epistemologi.
Lompatan hermeneutika kontemporari tersebut di pelopori oleh para filosuf besar
seperti; Martin Heidegger (1889 – 1976), Paul Ricoerur (1913 – 2005) dan Hans
George Gadamer (1900 – 2002). (Ilyas Ibrahim. Tth)
Friedrich Schleiermacher (1768-1834M) seorang teologi asal Jerman, yang
kononya memperluas hermeneutik dari teknik pentafsiran kitab suci Bible (Biblical
Hermeneutics) menjadi hermeneutik umum (general hermeneutics) yang mengkaji

keadaan-keadaaan apa saja yang memungkinkan terwujudnya pemahaman atau
pentafsiran yang betul terhadap suatu teks. Schleiremacher bukan hanya meneruskan
usaha Semler dan Ernesti untuk membebaskan tafsir daripada doktrin agama, bahkan
ia melakukan desakralisasi teks. (Mazlan Ibrahim, Achmad Yaman. 2010:40)
Dalam tradisi Bible, para pemuka Kristian memang mengakui bahawa teksteks Bible bukanlah keseluruhannya wahyu Tuhan. Di dalamnya terdapat
percampuran antara firman Tuhan dan karangan-karangan manusia, selain bahasa
wahyu asal juga sudah

tiada. Oleh itu dikembangkanlah juga satu metodologi

pentafsiran yang di sebut sebagai hermeneutika untuk mencari kebenaran Bible itu
sendiri.
For both Jews and Christians throughout their histories, the primary purpose
of hermeneutics, and of the exegetical methods employed in interpretation, has
been to discover the truths and values of the Bible.(Encyclopedia Britanica)

5

[Sepanjang sejarah orang-orang Yahudi dan Kristian, tujuan utama hermeneutik dan
metod tafsir yang digunakan dalam interpretasi adalah untuk mencari nilai dan

kebenaran Bible]
Dakwaan ini jelas sangat berbeza dengan al-Quran, kerana para ulama’ yang
mengkaji dan mentafsir al-Quran bukanlah untuk mencari kebenaran dalam alQuran, kerana al-Quran itu sendiri adalah sumber kebenaran yang tidak dapat
dipertikaikan. Hermeneutik bukan sekadar tafsir, melainkan satu metode tafsir
tersendiri atau satu falsafah tentang penafsiran yang sangat berbeza dengan metod
tafsir al-Quran. Dalam kalangan Kristian, penggunaan hermeunatik sudah sangat
lazim meskipun menimbulkan perdebatan. Salah satu buku yang selalu dirujuk
kalangan akademik IAIN dalam menulis hermeneutika adalah buku E.Sumaryono
bertajuk “ Hermeneutika : Sebuah Metod Filsafat” (Yogyakarta penerbit kanisiua
1999). Buku ini mempunyai kesalahan yang besar dalam memandang konsep teks
kitab suci agama-agama dan mengatakan tafsir al-Quran sama dengan teks
hermeneutika. Beliau menulis dalam bukunya :
“Disiplin ilmu yang pertama banyak menggunakan hermeunatik ialah kitab
suci. Kerana semua karya yang mendapat inspirasi Ilahi ialah al-Quran, taurat,
kitab-kitab veda dan Upanishad supaya dapat difahami memerlukan intepretasi
atau hermeunatik”
Cara pandang Sumaryono sebagai orang katolik memang khas konsep Kristian
terhadap Bible. Tetapi Sumaryono jelas tidak cermat kerana di kalangan Kristian
seperti Dr.C. Groenen, ramai sedar terhadap kontesk perbezaan anatara al-Quran dan
Bible. Al-Quran bukanlah kitab yang mendapat inspirasi dari Tuhan sebagaimana

konsep Bible, tetapi al-Quran ialah kitab yang tanzil, lafzhan wa ma’nan (lafaz dan
maknanya dari Allah) konsep ini berbeza dengan Bible,yang merupakan teks dari
manusia yang mendapat inspirasi dari roh kudus. Bahkan pope sendiri mengaku
sendiri perbezaan antara al-Quran dan Bible. Pada 17 Januari 2006, surat khabar
New York Sun menurunkan tulisan Danial Pipes, bertajuk “The Pope And The
Qoran” (pope dan al-Quran). (Adian Husaini.2007:9)

6

BENTUK-BENTUK HERMENEUTIKA
i. Hermeneutika Objektif
Dikembangkan oleh tokoh-tokoh klasik, khususnya Friedrick Schleiermacher (17681834), Wilhelm Dilthey (1833-1911) dan Emilio Betti (1890-1968).(Fazlur Rahman.
1985:9-10). Menurut model pertama ini, penafsiran bermaksud

memahami teks

sebagaimana yang difahami pengarangnya, sebab apa yang disebut teks, menurut
Schleiermacher, adalah ungkapan jiwa pengarangnya, sehingga seperti juga
disebutkan dalam hukum Betti, apa yang disebut makna atau tafsiran atasnya tidak
didasarkan atas kesimpulan kita melainkan diturunkan dan bersifat intruktif.( Josef

Bleicher.1980:29)
ii. Hermeneutika Subjektif
Dikembangkan oleh tokoh-tokoh modern khususnya Hans-Georg Gadamer (19002002) dan Jacques Derida (l. 1930).( Fazlur Rahman. 1985:13). Menurut model
kedua ini, hermeneutika bukan usaha menemukan makna objektif yang dimaksud si
penulis seperti yang digambarkan model hermeneutika objektif melainkan
memahami apa yang tertera dalam teks itu sendiri. Pemikiran mereka adalah isi teks
itu sendiri secara tersendiri bukan pada idea awal si penulis. Inilah perbezaan utama
antara hermeneutika objektif dan subjektif.

Dalam pandangan hermeneutika subjektif, teks bersifat terbuka dan dapat
diinterpretasikan oleh siapa jua, kerana itu sebuah teks diterbitkan dan dilepas, ia
telah menjadi berdiri sendiri dan tidak lagi berkaitan dengan si penulis. Oleh itu,
sebuah teks tidak harus difahami berdasarkan idea si pengarang melainkan
berdasarkan sumber yang tertera dalam teks itu sendiri. Bahkan, penulis telah “mati”
dalam pandangan kelompok ini. Karena itu pula, pemahaman atas tradisi si
pengarang seperti yang disebutkan dalam hermeneutika objektif, tidak diperlukan
lagi.
iii.

Hermeneutika Pembebasan


Dikembangkan oleh tokoh-tokoh Muslim kontemporari khususnya Hasan Hanafi (1935) dan
Farid Esack (1959). Hermeneutika ini sebenarnya didasarkan atas pemikiran hermeneutika
7

subjektif, khususnya dari Gadamer. Namun, menurut para tokoh hermeneutika pembebasan
ini, hermeneutika tidak hanya bermaksud ilmu penafsiran atau metode pemahaman tetapi
lebih dari itu sebagai tindakan. Menurut Hanafi, dalam kaitannya dengan al-Quran,
hermeneutika adalah ilmu tentang proses wahyu dari huruf sehinggalah kepada kenyataan,
dari spiritual sehingga praktik, dan juga tranformasi wahyu dari fikiran Tuhan kepada
kehidupan manusia. Hermeneutika sebagai sebuah proses pemahaman hanya menduduki
tahap kedua dari keseluruhan proses hermeneutika. Yang pertama adalah kritik sejarah
untuk menjamin keaslian teks dalam sejarah. Ini penting, kerana tidak akan terjadi
pemahaman yang benar jika tidak ada kepastian bahawa yang difahami tersebut secara
sejarah adalah asli. Pemahaman atas teks yang tidak asli akan menjerumuskan orang pada
kesalahan.

TOKOH

MUSLIM

LIBERAL

YANG

MENGGUNAKAN

TAFSIR

HERMENEUTIKA
Hermeneutika mula digunakan terhadap kajian al-Quran pada abad 19 Masihi oleh
para sarjana Islam, akan tetapi banyak kalangan ulama mempersoalkannya. Ini
kerana hal tersebut dapat meragukan keaslian dan kesucian al-Quran. Di samping itu
juga, hermeneutik telah digunapakai dalam menafsirkan Bible bagi mencari nilai
kebenarannya. Namun hal ini bertolak belakang terhadap penggunaannya kepada alQuran yang telah diakui keasliannya.
Di antara para sarjana tersebut adalah Muhammad ‘Abid al-Jabiri,
Mohammad Arkoun, Fazlur Rahman (1919 – 1988), Nasr Hamid Abu Zayd dan
Muhammad Syahrur. Mereka merancang projek besar terhadap telaah kitab suci alQuran. Fazlur Rahman membawa wacana Hermeneutik melalui konsep Doble
Movement of Interpretation iaitu sebagai alternatif dari konsep lama tentang Qat`I
dan Zanni. Muhammad Arkon membangun kritik terhadap pemikiran Islam
(Critique de la raison Islamique). Hasan Hanafi mencanangkan kebangkitan umat
(Masyru` Nahdhawi) melalui projek besarnya, menerusi buku beliau yang bertajuk
al-Turath wa al-Tajdid. `Abid al-Jabiri, Pemikir asal Maroco mencetuskan kritik
terhadap pemikir Arab (Naqd al-`Aql al-`Arabi). Nasr Hamid Abu Zayd
membangunkan kritikan terhadap wacana agama (Naqd al-Khitab al-Dini).
Kemudian Muhammad Syahrur menawarkan telaah Kontemporari terhadap
8

Pemahaman Teks al-Quran (Qiraah Mu`ashirah), ia adalah seorang tokoh yang
banyak menimbulkan polemik, beliau berasal dari damaskus, Syiria.(Ilyas Ibrahim.
Tth)
Ada juga di kalangan mereka yang kagum dengan pendapat-pendapat beliau
dengan anggapan dapat memberikan semangat baru dalam dunia pemikiran islam,
seperti Sultan Qaboos Kerajaan oman, beliau memberikan tanggapan yang positif
serta merekomenkan kepada para menterinya untuk membaca karya Muhammad
Syahrur, begitu juga para sarjana non Muslim seperti Wael B. Hallaq dan Dael F.
Eickelman. (Ilyas Ibrahim. Tth)

MOHAMMED ARKOUN
Arkoun berpandangan bahawa banyak hal yang terdapat dalam Islam yang unthinkable (tak dapat
difikirkan) kerana kekuatan dan pemaksaan penguasa rasmi. Sebagai contohnya adalah mushaf
Utsmani yang dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Arkoun
menganjurkan free thinking (berfikir liberal) untuk mengubah unthinkable menjadi thinkable. Ia
beralasan bahawa free thinking merupakan respon terhadap dua perkara utam; pertama, umat
Islam perlu memikirkan masalah-masalah yang tak difikirkan sebelumnya dan kedua, umat Islam
Islam perlu membuka wawasan baru melalui pendekatan sistematis lintas budaya terhadap
masalah-masalah asas. Dalam konteks al-Quran, Arkoun melihat bahawa penolakan umat Islam
terhadap biblical criticism kerana alasan politik dan psikologi. Alasan politik kerana mekanisme
demokrasi belum berlaku dan psikologi kerana pandangan “khalq al-Qur’ân” Mu’tazilah
tertolak.(Ahmad Isnaeni. tth). Arkoun juga membahagi wahyu menjadi dua peringkat:
a.

Umm al-kitab. Wahyu jenis ini berada di lauh al-mahfûzh, bersifat abadi,tak terikat waktu

dan mengandung kebenaran tertinggi.
b.

Apa yang disebut Arkoun sebagai wahyu edisi dunia (terrestresedition). Termasuk dalam

wahyu ini adalah al-Quran dan Bibel. Menurutnya wahyu edisi dunia ini telah mengalami
modifikasi.
Selain itu, Arkoun juga membahagi sejarah al-Quran dalam tiga zaman:

9

a.

Masa Prophetic Discourse (610-632 M). Al-Quran zaman ini lebih suci dibanding zaman

lain. Sebabnya al-Quran zaman ini berbentuk lisan yang terbuka untuk semua maksud yang
mungkin.
b.

Masa Official Closed Corpus (12-324 H/632-936 M). Arkoun berpendapat bahawa al-

Quran di masa ini telah tereduksi dari al-kitâb al-mûhâ menjadi tak lebih dari buku biasa. Kerana
itu mushaf menurutnya tidak patut untuk disucikan.
c.

Masa ortodoks (324 H/936 M).

NASR HAMID ABU ZAYD
Jika Arkoun menggunakan pendekatan sejarah terhadap al-Quran, Nasr Hamid Abu
Zayd memilih untuk mengaplikasikan metode analisis teksbahasa-sastra. Abu Zayd berpijak pada
pendapat bahawa al-Quran walaupun ia merupakan kalam Ilahi, namun al-Quran menggunakan
bahasa manusia. Kerana itu ia tak lebih dari teks-teks karangan manusia biasa. Menurut Abu Zayd,
al-Quran telah terbentuk oleh realiti dan budaya Arab selama kurang lebih 20 tahun. Oleh sebab itu,
ia mengatakan bahawa al-Quran merupakan hasil budaya (muntaj tsaqâfî ). Al-Quran yang
terbentuk melalui realiti, budaya dan terungkapkan dalam bahasa menjadikan al-Quran sebagai teks
bahasa. Sedang realiti, budaya dan bahasa itu sendiri tidak lepas dari sisi sejarah yang
melingkupinya, kerana itu al-Quran juga merupakan teks sejarah. Ia juga mengkritik paradigma
penafsiran yang dipakai oleh para ulama, menurutnya, perkara metafizik yang selalu difikirkan
dalam benak mereka tidak mendorong pada sikap ilmiah.(Nasr Hamid Abu Zayd. 2003.)

PENGGUNAAN HERMENEUTIKA DALAM METOD ILMU TAFSIR
Dalam perbahasan falsafah heremeneutika sentiasa melihat sebuah karya dari sudut
tiga serangkai (triadic relation), iaitu teks, pengarang dan pembaca. Ketika Bible
dihalakan kepada tiga sudut pandang ini maka para ahli teologi Kristian mengakui
bahawa teks-teks Bible bukanlah dari Tuhan, bahawa Bible itu ada pengarangnya
dan pembaca Bible mempunyai jarak, baik masa mahupun bahasa dengan wahyu
Tuhan yang sebenarnya. Sehingga si pembaca tidak dapat secara langsung
memahami firman Tuhan itu sendiri. Bahkan mereka juga mengakui bahawa teksteks Bible mmempunyai masalah yang sangat banyak. Jadi apabila teks-teks sudah
10

bermasalah maka jelaslah tafsirannya juga ikut bermasalah. Itulah dilema yang
terjadi dalam hermeneutika diberi tugas untuk memperbetulkan teks dan di sisi lain
dituntut untuk memberikan penafsiran terhadap teks itu. (Ugi Suharto. 2007:27)
Secara umumnya konsep yang menjadi panduan kepada golongan liberal ini
dalam mentafsirkan al-Quran ialah :
1.

Relativisme Tafsir.

Para pengaplikasi hermeneutik menganut fahaman

relativisme tafsir. Tidak ada tafsir yang tetap. Semua tafsir dipandang sebagai
produk akal manusia yang relative, kontekstual, temporal dan personal. Prof. Amin
Abdullah menggambarkan fungsi hermeneutika seperti berikut.

“dengan sangat intensif hermeneutika cuba membongkar kenyataan, bahawa
siapapun orangnya, dia berada dalam kelompok manapun, kalau dia seorang
manusia, pasti pemikirannya terbatas pemahamannya, serta boleh sahaja
keliru, perkara ini mungkin juga berkait dengan perasaan ego yang
menginginkan selalu betul”

Prof. Amina Wadud seorang tokoh feminis juga menyatakan “no method of
quranic exegsis fully objectives, each exegete makes some subjectives choices”
(Tidak ada metod penafsiran al-Quran yang sepenuhnya objektif. Masing-masing
penafsir boleh membuat pilihan yang subjektif. (Adian Husaini.2007:18)

Berdasarkan

kepada

fahaman

relativisme

ini,

maka

pandangan

ini

menyebabkan tiada suatu kebenaran yang betul-betul dapat dipastikan keabsahannya
kerana menganggap semua manusia boleh sahaja salah. Ummat Islam sejak zaman
Nabi hingga kini sentiasa bersepakat kepada perkara-perkara dasar tanpa perlu
perbahasan seperti membaca syahadat dengan lafaz yang sama, puasa di bulan
ramadhan, solat itu wajib, haji kebaitullah. Ini menunjukkan bahawa akal manusia
boleh menjangkau sesuatu yang mutlak dan membenarkan kebenaran yang satu.

11

Berdasarkan metod al-Quran, di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat qat’i dan
juga ayat-ayat zanni yang merupakan ciri dan tabiat al-Quran dalam menjelaskan
hukum. Umumnya, ayat qat’i mengatur tentang asas-asas ajaran Islam yang bersifat
tetap (al-tsawabit) sehingga tidak berpeluang dilakukan takwil dan dirubah. Ayat
zanni merupakan ayat dengan mengandungi kemungkinan beberapa makna sehingga
menjadi ruang lingkup ijtihad menentukan makna mana yang dimaksudkan ayat.
Ayat-ayat zanni banyak berkaitan dengan bidang muamalat.

2.

Pentafsiran berdasarkan ‘kontekstual histories’ (kondisi dan masa sejarah :

Dengan Hermeneutika, hukum Islam memang menjadi tidak pasti. Sebagai contoh
adalah hukum perkahwinan antara agama. Dalam Islam, berdasarkan kepada surah
Mumtahanah ayat 10 jelas diharamkan bahawa perempuan muslim di larang
berkahwin dengan lelaki kafir ataupun sebaliknya :

   
  






















       





 

































    
       
   

12

“ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku
beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka Allah lebih
mengetahui akan iman mereka dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui
bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada
orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai
isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). Dan
berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan
tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan
yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan
janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada `aqad
perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan)
kafir, dan minta lah balik maskahwin yang kamu telah berikan, dan biarkanlah
mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah
belanjakan. Demikianlah hukum Allah Ia hukumkan diantara kamu”.
Namun Musdah menghuraikan dengan metod kontekstualnya tentang ayat ini :

“Jika kita memahami konteks waktu turunnya ayat ini, larangan pada ketika
itu sangat sesuai, kerana pada ketika itu kaum kafir quraish sangat memusuhi
Rasulullah dan pengikutnya. Waktu itu konteksnya adalah peperangan kaum
muslim dan kafir. Kerana ayat itu harus difahami secara kontekstual. Jika
kondisi peperangan itu tidak ada lagi, maka larangan itu gugur dengan
sendirinya..

Daripada contoh ini kita boleh lihat, bagaimana metodologi kontekstual histories
digunakan secara semberono dan menjadikan suatu hukum menjadi relative dan
tidak tetap. Padahal pada pandangan Islam, hal agama adalah yang terpenting dalam
sebuah perkahwinan (Adian Husaini. 2007:21).

13

KONSEP-KONSEP HERMENEUTIKA MUHAMMAD SYAHRUL

Di antara konsep-konsep yang menjadi panduan para tokoh hermeneutik dalam
pentafsiran terhadap al-Quran adalah: Hubungkait Tafsir, mengenepikan syari’ah dan
menolak kuasa Mufassir. Sehingga sebagaimana yang penulis kutip dari seorang
hermeneutik terkenal timur tengah Muhammad Syahrur dalam bukunya Qiraah
Mu`asirah akan terjadi pemahaman yang sangat menghancurkan sendi-sendi Islam
dari akarnya, (Ilyas Ibrahim. Tth). Antaranya adalah:

1.

Penafian Sinonim Dalam Bahasa al-Quran.

Muhammad Syahrur berpendapat, bahawa pandangan yang mengatakan kalimatkalimat al-quran memiliki makna yang sama atau mirip adalah keliru kerana
menurut beliau setiap kalimat dalam al-Quran memiliki makna yang spesifik atau
lebih dari satu makna, hal itu sebagai bukti kemukjizatan al-quran yang releven di
setiap ruang dan waktu. Dari konsep tersebut timbullah pentafsiran baru terhadap
istilah-istilah dalam al-Quran yang berlandaskan penafian sinonim. Maka seperti
kata-kata al-kitab, al-Quran al-Dhikir, al-Furqan, Uluhiyyah, al-Risalah, alNubuwwah, Islam, Iman dan lain sebagainya masing-masing mempunyai makna
tersendiri. Maka pentafsiran semacam ini bertentangan dengan metode tahlili 1 yang
telah menjadi kesepakatan para ulama, hal tersebut dapat dibuktikan dengan bentuk
penafsiran lafaz seperti berikut:
          

Kata ‫ ل ريب فيه‬ditafsirkan oleh ulama tafsir dengan ‫ ل شكك فيه‬, sekiranya kata Rayba
tidak sama maknanya dengan kata Syak maka penafsiran tersebut sebuah kesilapan,
begitu juga seperti pentafsiran dalam ayat berikut:
1Metode tafsir analitik terdapat 2 kategori tafsir dalam bentuk ini iaitu tafsir bi
al-Ma’thur dan tafsir bi al-Ra’y. Analitik bermaksud menjelaskan kandungan
ayat-ayat AlQur’an dari seluruh aspeknya.

14

     

      

Kata al-Zulm pada ayat diatas ditafsirkan dengan al-Syirk, tafsiran tersebut daripada
penjelasan Nabi s.a.w yang merujuk kepada ayat dalam surah Luqman, oleh sebab
itu dengan penafian kepada sinonim dapat menafikan bentuk-bentuk tafsir yang telah
dipraktekkan oleh nabi dan para sahabat dalam memahami al-Quran.
2.

Penafian Terhadap Asbab al-Nuzul al-Quran

Al-Inzal adalah proses pemindahan maklumat yang diluar jangkauan akal manusia
dari sesuatu yang abstrak menjadi dapat dipahami oleh manusia. Sedangkan alTanzil adalah proses pemindahan objek secara bentuk yang berlangsung diluar
kesadaran manusia seperti transformasi gelombang satelit. Kemudian Muhammad
Syahrur menjelaskan mengenai proses penurunan al-Quran dengan tiga istilah; alJa`l, al-Inzal dan al-Tanzil. Al-Ja`l adalah pengubahan wujud dari bentuk yang
ringkas/tidak nyata kepada bentuk yang dapat dipahami oleh manusia secara
relative, ini bermakna al-quran mengalami perubahan struktur eksistensi (Taghyir fi
al-Sairurah), Ia mencontohkan konsep al-Inzal dan al-Tanzil dengan tayangan TV
yang menyiarkan pertandingan bola sepak secara langsung dari satu tempat
kemudian dilihat oleh penonton yang berada di tempat yang lain. (Ilyas Ibrahim.
Tth)
3.

Kemukjizatan al-Quran

Muhammad

Syahrur

berpendapat

bahawa

al-Quran

mempunyai

dua

sisi

kemukjizatan sastera dan ilmiah. Beliau menggunakan pendekatan deskriptif dan
gramatis untuk kajian sastera al-Quran dan pendekatan histori untuk kajian ilmiah.
4.

Dialektik dan pengetahuan dalam al-Quran

Menurut Nashr Hamid Abu Zayd dalam bukunya, “Hermeneutika Inklusif”,
permasalahan dasar yang diteliti hermeneutika adalah masalah penafsiran teks secara
umum, sama ada berupa teks historis mahupun teks keagamaan. Oleh kerananya,
yang ingin dipecahkan merupakan persoalan yang sedemikian banyak lagi kompleks
yang terjalin di sekitar watak dasar teks dan hubungannya dengan al-Turath di satu
sisi, serta hubungan teks di sisi lain.
15

Yang terpenting di antara sekian banyak persoalan di atas adalah bahawa
hermeneutika mengkonsentrasikan diri pada hubungan mufassir dengan teks. Ia
berpendapat bahawa al-Quran adalah teks yang berupa bahasa (nasshun
lughawiyyun). Peradaban Arab Islam tidak mungkin melupakan sentralisasi teks.
Menurutnya, prinsip-prinsip, ilmu-ilmu dan juga kebudayaan Arab Islam itu tumbuh
dan berdiri di atas teks. Namun demikian, teks tidak akan dapat berkesan kalau tidak
ada campur tangan manusia. Ertinya, teks tidak akan mampu mengembangkan
peradaban dan keilmuan Arab Islam apabila tidak mendapatkan sentuhan dari
pemikiran manusia. Dalam pandangan demikian, dengan kata lain agama sebagai
teks tidak akan berfungsi apabila keberadaanya tidak dipikirkan manusia.
Kerananya, ia berpendapat bahawa perkembangan Islam itu sangat tergantung
kepada relasi dialektis antara manusia dengan dimensi realitasnya pada satu sisi, dan
teks pada sisi yang lainnya. Di sini jelas terlihat Nashr Hamid Abu Zayd
menganggap Islam dan al-Quran masih harus terus didialektikkan dan harus
mengikuti perubahan zaman, bukan hanya dalam tataran praktis, namun juga dalam
tataran konsep, termasuk konsep mengenai metode tafsir. Oleh kerana itu kaum
Ahlussunnah menyusun sumber-sumber utama pentafsiran al-Quran pada empat hal:
penjelasan Rasulullah, sahabat, tabi’in, dan terakhir yaitu tafsir bahasa.

TOKOH YANG MENOLAK TAFSIR HERMENEUTIKA
Terdapat di kalangan ilmuan yang menolak idea-idea yang disusun Muhammad
Syahrur di dalam bukunya (Qiraah Mu`ashirah, di antaranya: Prof. Dr. Muhammad
Sa`id Ramadhan al-Buti dalam majalah Nahj Islam, bertajuk al-Khalfiyat alYahudiyyah li Siar Qiraah Mu`ashirah, (Disember 1990), Dr. Syauqi Abu Khalil
dalam tulisannya bertajuk Taqatu`at Khatirah fi Darb al-Qiraah al-Mu`ashirah,
dalam majalah Nahj Islam (maret 1991). Seluruh umat Islam sepakat bahawa lafaz
al-Qur’an adalah dari Allah SWT. Setelah kesepakatan ini, maka tugas umat Islam
dan para ulamanya selanjutnya adalah menafsirkannya apabila ada ayat-ayat yang
perlu diperhalusi lagi. Prof. Naquib al-Attas, misalnya, pernah mengatakan:
“Indeed, it was because of scientific nature of the structure of the language that
the first science among the Muslims – the science of exegesis and commentary
(tafsir) became possible and actualized; and the kind of exegesis and
16

commentary not quite identical with Greek hermeneutics, nor indeed with the
hermeneutics of the Christians, nor with any ‘science’ of interpretation of
sacred scripture of any other culture and civilization”. (Ugi Suharto.2008)
Sesungguhnya, ia adalah kerana sifat saintifik struktur bahasa yang sains yang
pertama di kalangan umat Islam - sains tafsiran dan ulasan (tafsir) menjadi
mungkin dan direalisasikan; dan jenis tafsiran dan ulasan tidak cukup serupa
dengan hermeneutics Yunani, Tiada juga dengan hermeneutics orang-orang
Kristian, dan tidak juga dengan mana-mana 'sains' tafsiran kitab suci mana-mana
budaya dan tamadun lain.

HUJAH PENOLAKAN HERMENEUTIKA
Pertama, hermeneutika menganggap semua teks adalah sama, semuanya merupakan
karya manusia. Tanggapan ini lahir dari kekecewaan mereka terhadap Bible. Teks
yang semula dianggap suci itu diragukan keasliannya. Campur tangan manusia
dalam Perjanjian Lama (Torah) dan Perjanjian Baru (Gospels) didapati jauh lebih
banyak menyeleweng apa yang sebenarnya diwahyukan Allah kepada Nabi Musa a.s
dan Nabi Isa a.s. Bila diterapkan pada al-Quran, hermeneutika akan menolak status
al-Quran sebagai Kalamullah, memperlekeh kebenarannya, dan menggugat kemutawatir-an mushaf Usmani. (Syamsuddin Arif. 2008)
Kedua, hermeneutika menganggap setiap teks sebagai ‘hasil sejarah’ iaitu
sebuah andaian yang sangat tepat dalam kitab Bible, mengingat sejarahnya yang
amat bermasalah. Hal ini tidak berlaku kepada al-Quran, yang kebenarannya
melintasi

setiap

ruang

dan

waktu

(trans-historical)

dan

pesan-pesannya

ditujukan kepada seluruh umat manusia (hudan li-n naas).
Ketiga, pengamal hermeneutika dituntut untuk bersikap skeptis, selalu
meragukan kebenaran dari manapun datangnya, dan terus terperangkap dalam apa
yang disebut sebagai ‘lingkaran hermeneutik’, dimana maknanya sentiasa
berubah. Hal ini hanya sesuai untuk kitab Bibel, yang telah mengalami
pergantian bahasa (dari Hebrew dan Syriac ke Greek, lalu Latin) dan menjadi
17

banyak perubahan serta kesalahan redaksi (textual corruption and scribal
errors).

Tetapi

tidak

pada

al-Quran

yang

jelas

kesahihan

proses

penjagaanya dari zaman ke zaman.
Keempat, hermeneutika menghendaki pelakunya untuk mengikut relativisme
epistemologi. Iaitu tidak ada tafsir yang mutlak, semuanya relatif. Yang
benar menurut seseorang, boleh jadi salah menurut orang lain. Kebenaran
terikat dan bergantung pada konteks (zaman dan tempat) tertentu. Selain
mengaburkan dan menolak kebenaran, faham ini juga akan melahirkan
mufassir-mufassir palsu dan pemikir-pemikir yang tidak terkendali (liar).
Hermeneutika al-Quran seperti yang diuraikan di atas wajib ditolak
berdasarkan beberapa alasan berikut :
1. Hermeneutika asal-usulnya dari tradisi orang Kafir. Ianya bukan berasal dari
tradisi keilmuan Islam, melainkan dari tradisi keilmuan kafir, iaitu kaum Yahudi
dan Kristian, yang digunakan sebagai metode untuk menafsirkan kitab agama
mereka (Bible). Allah SWT berfirman:










      

    

yang bermaksud : “ Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah
dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.” (Al-Hasyr: 7)
Pemahaman terbalik ayat itu, adalah “apa yang diberikan selain Rasul
kepadamu, maka janganlah kamu terima dia.” (Taqiyuddin an-Nabhani, AsySyakhshiyah Al-Islamiyah, Juz III (Ushul Al-Fiqh), Bab Madzhab Ash-Shahabi).
Maka jelaslah bahawa hermeneutika yang tidak datang dari Rasul, haram hukumnya
diterima oleh umat Islam. Diriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab r.a pernah
memegang selembar Taurat. Nabi SAW melihatnya lalu bersabda; “Tidakkah aku
telah mendatangkan sesuatu yang terang benderang bagimu, yang tidak tercemar dan
tidak rosak. Andaikata Musa saudaraku menjumpaiku, nescaya dia tidak boleh
berbuat apa-apa selain mengikuti aku." (Taqiyuddin an-Nabhani, Mafahim Hizb AlTahrir).

18

Jika lembaran-lembaran Taurat ditolak oleh Islam, maka lebih-lebih lagi
metodologi tafsirnya mengikut metode hermeneutika. Namun sebagai catatan, Islam
membolehkan kita mengambil sesuatu dari orang kafir selama tidak dipenuhi
pandangan hidup asing (value-free), seperti sains dan teknologi. Di sinilah makna
sabda Nabi SAW : “Kamu lebih tahu urusan-urusan duniamu.” (HR Muslim).
Segala idea atau benda yang mengandungi pandangan hidup asing (valuebond/

value-laden),

seperti

hermeneutika,

Islam

tidak

dapat

menerimanya. Hermeneutika bukan termasuk sains dan teknologi yang bersifat
universal, melainkan termasuk dalam peradaban (al-hadharah) yang sarat dengan
nilai-nilai kehidupan kufur yang bertentangan dengan Islam.
2. Hermeneutika tidak sesuai untuk menafsirkan al-Quran. Hermeneutika dapat
diumpamakan tongkat untuk orang buta (cacat) bagi memahami Bible. Itu memang
baik dan sudah seharusnya demikian. Contoh, dalam Mazmur (Pasal) 93 ayat 1
tertulis, “Yea, the world is established, it shall never be moved.” Ayat ini
menerangkan bumi tidak bergerak, yakni sebagai pusat utama suria. Ayat ini secara
literal bertentangan dengan temuan Copernicus dan Galileo yang menteorikan
matahari sebagai pusat tata suria. Di sinilah hermeneutika diperlukan untuk
menafsirkan ayat tadi secara kiasan, bukan dalam makna literalnya yang jelas akan
menimbulkan kekacauan pemahaman atau bahkan kegoncangan iman penganut
Kristian. Jadi, hermeneutika mungkin memang sesuai untuk Bible. Al-Quran tidak
memerlukan hermeneutika. Kerana Al-Quran masih terjaga keasliaannya, dan tidak
mengalami masalah-masalah seperti yang dialami Bible. Allah SWT berfirman:

    
  
Bermaksud: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quran dan
sesungghnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr : 9)
Menurut Prof. Wan Mohd. Nur Wan Daud, hermeneutika teks-teks agama
Barat bermula dari masalah-masalah besar, iaitu : (1) ketidakyakinan tentang
kesahihan teks-teks tersebut oleh para ahli dalam bidang itu sejak awal kerana tidak
adanya bukti material teks-teks yang paling awal, (2) tidak adanya laporan-laporan
tentang tafsiran yang dapat diterima umum, iaitu ketiadaan tradisi mutawatir dan
19

ijma’, (3) tidak adanya sekelompok manusia yang menghafal teks-teks yang telah
hilang itu. Ketiga masalah besar yang dialami Bible ini, tidak dialami oleh alQuran . Yang mengerikan adalah, ada sebagian pemikir liberal yang kemudian
mencoba membuktikan bahwa Al-Qur`an juga bermasalah, sebagaimana Bible.
Tujuannya supaya penggunaan hermeneutika menemukan alasannya yang rasional.
Mereka menggugat teks al-Quran yang disebut-sebut sebagai hasil dari rekaan
Quraisy, yang katanya bermotifkan politik belaka. Jelas ini sikap taqlid yang
berbahaya. (Wan Mohd Nor Wan Daud. 2003)
3. Hermeneutika semakin menguatkan sekularisme dalam penggunaannya untuk
menafsirkan al-Quran, yang seharusnya dihancurkan umat Islam, iaitu idealogi
sekularisme-liberalisme di Dunia Islam. Misalnay seperti mengharamkan poligami,
menyamakan bahagian waris lelaki dan perempuan, menghalalkan perkawinan
dalam waktu tertentu iaitu membolehkan kahwin kontrak, menghalalkan perkawinan
antara agama secara bebas dan sebagainya. Perkara ini lahir kerana metodologi yang
digunakan untuk memahami al-Quran adalah hermeneutika. Dengan hermeneutika,
ayat-ayat al-Quran ditundukkan pada prinsip yang merupakan idea sekularisme.
Menurut para penggagas CLD KHI, idea yang menjadi paradigma perkara itu
adalah : (1) kesetaraan gender, (2) pluralisme, (3) hak asasi manusia, dan (4)
demokrasi. Dari sini jelaslah pengaruh hermeneutika dalam memperlakukan ayat alQuran di satu sisi, dengan ideologi Barat di sisi lain. Tujuan hermeneutika tidak lain
dan tidak bukan adalah menyesuaikan al-Quran dengan ideologi Barat, atau
menggunakan ideologi Barat dalam reality kini. Perkara inilah yang sering mereka
sebut sebagai “kontekstualisasi al-Quran” untuk menyesatkan umat Islam. Hasil
akhir dari aplikasi hermeneutika terhadap al-Quran adalah bukan untuk kepentingan
umat Islam apalagi untuk meninggikan agama Islam. Hasil akhirnya adalah untuk
menyesatkan umat Islam, menghancurkan agama Islam, dan mengokohkan dominasi
sekularisme di Dunia Islam.

ANALISIS
Setelah huraian mengenai hermeneutika dan tafsir dari segi sejarah dan metode yang digunakan,
beberapa kesimpulan dapat dibuat, antaranya:
20

1. Jika dilihat dari faktor munculnya hermeneutika, idea untuk menerapkan
hermeneutika muncul kerana desakan rasionalisasi yang dipelopori oleh falsafah Yunani waktu
itu. Syair Homer yang dianggap mengandung pesan Ilahi, di mata para ahli falsafah lebih dekat
pada mitos daripada kenyataan. Hal yang sama terjadi pada kitab suci umat Yahudi dan Kristian,
Bibel. Masalah yang mereka hadapi iaitu hingga kini, tidak seorangpun yang dapat memastikan
siapa penulis Bibel yang sebenarnya. Malah, naskah Bibel yang asal belum ditemukan hingga hari
ini. Di sisilain, pengaruh falsafah yang semakin menguat menjadikan teks Bibel berubah-rubah.
Maka adalah bahawa dalam penulisan Bibel, unsure kemanusiaan para penulis masih terlibat. Bibel
bukan seratus peratus dari Tuhan. Maka wajar apabila terdapat kesalahan antara satu versi Bibel
dengan lainnya. Oleh itu, segala perbezaan yang terjadi antara satu versi Bibel dengan yang lainnya
berpangkal dari sang penulis. Salah satunya dengan Schleiermacher menyamakan antara teks Bibel
dan teks Yunani atau Romawi kuno dan menerapkan teori hermeneutika untuk mentafsirkan Bibel
sebagai penjelasan kekeliruaan. Kedudukan yang berbeza kita dapati dalam al-Quran. Al-Quran
tidak mengalami permasalahan dari segi sejarah, kerana al-Quran telah dihafal oleh puluhan sahabat
di bawah bimbingan Rasulullah Saw. Selain itu al-Quran telah ditulis sejak turunnya dan dijaga
dengan baik di masa khalifah ‘Utsmân ra Manakal dsri segi pewahyuan, al-Quran sendiri telah
menjelaskan bahwa Nabi SAW dalam proses pewahyuan adalah hanya menerima wahyu tanpa
merubah redaksinya sedikit pun.
2. Hermeneutika dalam hal ini adalah teori penafsiran yang hanya dapat digunakan terhadap teksteks yang manusiawi. Hal ini keran tidak mungkin kita menyelidiki kehendak Tuhan sesuai dengan
konsep Schleiermacher misalkan. Atau menelusuri komponen sejarah yang mempengaruhi Tuhan,
seperti teori Dilthey. Sedang konsep al-Quran, wahyu dan sejarahnya membuktikan kebenaran
bahawa al-Quran lafzhan wa ma‘nan dari Allah Swt. Kesimpulannya, konsep Hermeneutika tidak
dapat diterapkan pada al-Quran. Kerana konsep ini bertujuan untuk mengurangi nilai ilahiah dalam
al-Quran dan menegaskan bahawa unsur-unsur manusiawi telah tercampur di dalamnya. Nasr
Hamid Abu Zayd misalkan, ia menyatakan bahawa al-Quran adalah hasil budaya (muntaj tsaqafi ).
Al-Quran kerana menggunakan bahasa Arab yang tidak biasa digunakan manusia lain, maka ia
telah menjadi teks bahasa. Teks ini telah melalui proses panjang berdialog dengan budaya dan
masyarakat. Hubungan antara teks dan masyarakat merupakan hubungan timbal balik (altasyakkul wa al-tasykîl, istilah Nasr Hamid), dimana kenyataan membentuk teks dan teks kembali
pada masyarakat dengan pandangan baru akan membawa maksud yang pelbagai:

21

a.

Al-Quran bukanlah teks Arab biasa dan tidak dilahirkan oleh budaya. Hal ini sejalan dengan

kesukaran para sahabat sendiri untuk memahami beberapa kosakata al-Quran. Selain itu, gaya
bahasa al-Quran benar-benar khas, tidak dikenali bangsa Arab sebelumnya. Sebaliknya, al-Quran
merubah konsep-konsep jahiliyah seperti kemuliaan, dan memaknakan kosakata Arab dengan
maksud yang baru, seperti solat dansebagainya.
b.

Pandangan Nasr Hamid bahawa al-Quran terhasil daripada budaya sekaligus melalui proses

al-tasyakkul wa al-tasyill adalah racun. Ia menggabungkan dua hal yang saling bertentangan.
Idea Nasr Hamid berdasar peradaban Islam terbangun berpaksi pada teks al-Quran. Namun bukan
teks itu sendiri yang membuat peradaban, budaya dan ilmu, akan tetapi proses dialog antara
manusia, realiti dan teks. Penggunaan teori dialektik materialis ini mengandungi kaitan bertolak dari
makna kosakata Bahasa Arab. Al-Quran dan sunnah berbahasa Arab. Tafsir bi al-ra’yi disyaratkan
untuk tidak menafikan dan menyimpang jauh dari maksud yang sebenarnya. Takwil yang
dilakukan para ulama harus dengan alasan yang menyebabkan sebuah kata tidak dapat diertikan
dengan makna aslinya. Dengan nas sebagai titik tolak, al-Quran terhindar dari penafsiran-penafsiran
yang menyimpang. Sedangkan dalam hermeneutika, interpretasi sebuah teks saling berbeza
menimbang unsur yang terlibat dalam penafsiran. Perbezaan tempat, waktu dapat menyebabkan
perbezaan makna. Belum lagi perbezaan pengetahuan antara penafsir satu dengan lainnya
mengenai sejarah teks, psikologi pengarang dan sejauh mana kedua factor tersebut mempengaruhi
pemikiran pengarang dalam teks. Seterusnya factor tersebut menjadikan hermeneutika lebih
bernilai relatif.
Jika dibandingkan antara tafsir dan hermeneutika, tafsir lebih mempunyai
kedudukan tradisi yang kuat. Sumber primer tafsir dalam Islam adalah al-Quran, Rasulullah SAW
dan sahabat. Tafsir yang berasal dari ketiga sumber tersebut disambung melalui jalur riwayat yang
jelas. Rasulullah SAW menjelaskan erti ayat dengan petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT
kepada para sahabat. Kemudian para sahabat mendirikan madrasah-madrasah tafsir sebagai wadah
untuk meneruskan rantai riwayat kepada tabi’in. Selepas masa tabi’in, muncul usaha untuk
memperkembangkan tafsir diikuti dengan penetapan syarat-syarat mufassir.

22

PENUTUP
Setelah perbandingan-perbandingan tersebut, di penghujung makalah ini, kami menyimpulkan
bahawa hermeneutika mempunyai latar belakang dan metode yang berbeza bahkan cenderung
bertentangan dengan sifat al-Quran, tafsir, serta pandangan hidup Islam. Oleh kerana itu,
hermeneutika tidak dapat diterapkan sebagai metode tafsir al-Quran.
Penerapan metodologi hermeneutika untuk al-Quran perlu ditolak, kerana
hermeneutika berasal dari pandangan hidup kufur, tidak sesuai untuk menafsirkan alQuran, dan akan membawa kepada pengaruh sekularisme yang bersalahan dengan
budaya Islam. Oleh yang demikian, kita semua wajib berwaspada, kerana orangorang yang mempropagandakan dan menyebarkan metode hermeneutika ini bukan
sahaja orang kafir, melainkan orang-orang yang di tengah-tengah kita, yang
mengikuti orang-orang kafir itu.
Oleh itu, kita perlu menggunakan nikmat dikurniakan akal fikiran untuk
berfikir sebaiknya. Jika tidak, manusia hidup mengikuti pola, standar, atau perilaku
seperti binatang. Namun, itu boleh terjadi, jika ada di antara umat Islam ini yang
mengikuti cara orang kafir, termasuk menggunakan metode hermeneutika untuk
menafsirkan al-Quran. Akhirnya bukan kemuliaan, tapi malah kenistaan.

23

RUJUKAN
Al-Quran al-Karim
Adian Husaini & Abdurrahman Albaghdadi. 2007. Hermeneutika Dan Tafsir Al
Quran. Jakarta. : Gema Insani
Ahmad Isnaeni. t.t. Pro Kontra Hermeneutika Al-Qur’an. Artikel Indonesia.
Encyclopedia Britanica.2014.www.britannica.com
Fakhruddin Faiz. 2002. Hermeneutika Qur’ani : Antara Tek,Konteks Dan
Kontekstual.Yogyakarta : Qalam.
Fazlur Rahman.1998. Islam and Modernity: Transformation of an Intelectual
Tradition. Chicago London: The University of Chicago Press.
Ilyas Ibrahim. Tth. Isu-isu Kontemporari Dalam Pengajian al-Quran :
Permasalahan Hermeneutika dalam Tafsir al-Quran.
Jurnal Hadhari UKM.
2013.http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/V5n12013/makalah03.pdfMazlan
Ibrahim & Achmad Yaman.2010. Penyelewengan Tafsir Alquran : Kritikan
Terhadap Buku Fiqih Lintas Agama.Bangi : Fakulti Pengajian Islam,Universti
Kebangsaan Malaysia.
Munir Ba’albaki. 2009. al-Maurid al-Hadis : Qamus ingiliziy – ‘arabi: Dar al- ilm li
al-Malayin.
Link ilyas Ibrahim : (http://arifinmalay.blogspot.com/2011/12/permasalahanhermeneutika-dalam-tafsir.html)
Mohd. Khuailid. 2009. Filsafat Hermeneutika: Studi Tentang Filsafat Bahasa Dan
Para Tokohnya. Artikel Indonesia: Program Pascasarjana Stain Cirebon.
24

Muhammad Syahrur. 1990. Al-Khitab wa al-Quran Qiraah Mu`asarah. Damsyiq: al`Ahali.
Nasr Hamid Abu Zayd. 2003. Al-Quran Hermeneutika dan Kekuasaan, Dede Iswadi
A. Rohman dan Ali Mursyid(terj.), Bandung: RQis (Risearch for Quranic Studies)
Sahiron

Syamsuddin.

2003.

Hermeneutika

Al-Quran

Mazhab

Yogya.Yogyakarta.Islamika.
Syamsuddin Arif. 2008. Orientalis & Diabolisme Pemikiran-Bab Hermenutika dan
Tafsir Al-Qur’an. Jakarta : Gema Insani Press.
Ugi Suharto.2007. Pemikiran Islam Liberal Pembahasan Isu-Isu Sentral.Selangor :
Dewan Pustaka Fajar.
Wan Mohd Nor Wan Daud. 2003. Filsafat Praktik Pendidikan Syed M.Naquib AlAttas. diterjemahkan dari The Educational Philosophy and Practice of Syed
Muhammad Naquib Al-Attas. Bandung: Mizan.

25