UNTUK PELAJAR GARIS PANDUAN AMALAN PROFE

UNTUK PELAJAR

GARIS PANDUAN
AMALAN PROFESIONAL

PENGALAMAN BERASASKAN
SEKOLAH (PBS)

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
1.

KONSEP
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi

pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS
dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang
guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi
pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan
interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan
sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.

2.

OBJEKTIF
Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)

(x)
(xi)

3.

memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;
menghayati kerjaya seorang guru;
memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah;
mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid;
memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran;
membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah;
mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan
budaya sekolah;
membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal;
membina sikap positif terhadap profesion keguruan;
membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; dan
mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi
selepas PBS dilaksanakan.

STRATEGI PELAKSANAAN

(i)

Tempoh
Tempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah

(ii)

Program

Semester

Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan

1
2
3
4


Tempoh
1 Minggu
1 Minggu
1 Minggu
1 Minggu

Penempatan
Sekolah Rendah
Sekolah Rendah
Sekolah Rendah
Sekolah Rendah

Penempatan
Pelajar ditempatkan di sekolah rendah tertentu dan diuruskan oleh Unit Praktikum IPG dengan
kerjasama Penyelaras PISMP dan jabatan mata pelajaran major/elektif masing-masing.
Penempatan hendaklah mengambil kira lokasi, saiz dan jenis sekolah yang berbeza-beza
mengikut semester. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat pengalaman dan
pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum.

(iii)


Prosedur Pelaksanaan
a)
b)

IPGM akan memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tentang
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
IPGM akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar dan
pelaksanaan PBS.
2

c)
d)
e)

f)

IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk pelajar.
IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.
Jabatan Ilmu Pendidikan, mata pelajaran major/elektif memberikan panduan

pelaksanaan aktiviti PBS kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh
pelaksanaan PBS.
Hasil aktiviti PBS akan dibincang bersama pensyarah yang berkenaan semasa sesi
interaksi kuliah dan sesi refleksi. (rujuk Jadual 2.2).

Jadual 2.2:Pengalaman Berasaskan Sekolah Mengikut Semester

(iv)

b)

c)

1
2
3
4

Pengajian Profesional
Major

Elektif 1
Elektif 2

Pelajar dikehendaki memperolehi maklumat umum tentang sekolah di mana mereka
menjalani setiap PBS berdasarkan Lampiran 1-7A.
Pelajar juga dikehendaki melaksanakan aktiviti PBS berdasarkan semua aspek yang
dtetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan dan jabatan mata pelajaran major / elektif
masing-masing berdasarkan semester yang ditetapkan..
Jabatan Ilmu Pendidikan, jabatan mata pelajaran major dan jabatan mata pelajaran
elektif hendaklah merancang aktiviti PBS berdasarkan format dan tema aktiviti yang
dicadangkan di dalam Lampiran 1-7B

KEHADIRAN
a)
b)
c)

5.

Mata Pelajaran


Aktiviti Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah
a)

4.

Semester

Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera
memerlukan pengesahan doktor/pegawai perubatan.
Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat kebenaran daripada
Pengarah/Timbalan Pengarah IPGK.
Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang ditetapkan.

STATUS PELAKSANAAN PBS
Pelajar yang telah menjalani PBS perlu memenuhi keperluan berikut:
a)
b)
c)
d)


6.

Kehadiran pelajar dalam PBS (Lampiran 1-8)
Menyempurnakan aktiviti PBS (Lampiran 1-7)
Melengkapkan Portfolio individu (Lampiran 1-2 dan 1-3)
Laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-8 dan dan 1-9)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
(i)

Pelajar:

a.
b.
c.
d.
e.
f.


Menghadiri taklimat PBS;
Memahami objektif PBS;
Melaksanakan aktiviti PBS;
Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS;
Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan IPGM dan peraturan sekolah;
Membuat pemerhatian terhadap iklim pembelajaran di bilik darjah, persekitaran dan
kelengkapan sekolah;
Berbincang dengan pihak sekolah tentang aktiviti yang dilaksanakan di sekolah;

g.

3

h.
i.
j.
k.

Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta pengurusan kelas
sebagai bahan refleksi;

Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan dalam portfolio
individu;
Mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya dan pensyarah tentang pengalaman
yang diperoleh semasa menjalani PBS;
Menyerahkan hasil aktiviti PBS kepada pensyarah mata pelajaran Ilmu Pendidikan, major/elektif
masing-masing pada masa yang ditetapkan untuk perbincangan bersesuaian dengan objektif
PBS;

(ii)

Sekolah

a)

Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan,
disiplin dan budaya sekolah
Bekerjasama dengan pihak IPGM dalam menjayakan PBS
Memberi
peluang
kepada
pelajar
membuat
pemerhatian
persekitaran
sekolah/pengajaran/aktiviti guru
Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi melaksanakan
aktiviti PBS
Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah
Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan mengesahkan Borang
Kehadiran PBS
Melaporkan kemajuan pelajar dengan menggunakan Borang Laporan Perkembangan Pelajar
(rujuk Lampiran 1-8 dan 1-9)
Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajar
Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan PBS dilaksanakan dengan
sempurna
Membantu pelajar meningkatkan perasaan cinta terhadap alam persekolahan dan profesion
keguruan.

b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)

(iii)

IPGK (Unit Praktikum, Penyelaras PISMP dan Jabatan Ilmu Pendidikan/Major/Elektif)

a)
b)
c)
d)

Memahami, menghayati dan melaksanakan PBS mengikut Garis Panduan Pelaksanaan PBS
Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan pelajar untuk PBS
Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS ke sekolah-sekolah yang terlibat.
Memastikan aktiviti PBS disediakan pada masa yang ditetapkan dan masa yang mencukupi
diberikan kepada pelajar
Memberikan taklimat kepada pelajar berhubung dengan konsep, objektif dan aktiviti dalam
pelaksanaan PBS
Mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kes-kes yang memerlukan tindakan
Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan
Memastikan pelajar melaksanakan aktiviti PBS dan menyerahkan hasil aktiviti kepada
pensyarah mata pelajaran yang berkenaan
Mengadakan sesi refleksi selepas PBS tamat (Jabatan yang terlibat)
Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPGM dengan sekolah
Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar kepada pihak IPGM dengan segera

e)
f)
g)
h)
i)
j)
k)

4

LAMPIRAN 1-1
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI
1.

Pengenalan
Pernyataan profesional/kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/aktiviti yang ditetapkan
sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan
oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan.
Setiap fokus aktiviti hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat
akhir.

2.

Tujuan Penyataan Profesional
2.1 Menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas
2.2 Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan
sistematik
2.3 Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang
difokuskan
2.4 Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan/
penambahbaikan

3.

Pernyataan Profesional
3.1 Sebelum PBS
Kenal pasti fokus utama aktiviti
Tujuan aktiviti
Merancang strategi pelaksanaan
Instrumen penilaian kendiri
3.2 Semasa PBS
Melaksanakan aktiviti/strategi yang dirancang
Mengumpul data
Merekod
3.3 Selepas PBS (refleksi)
Menganalisis data
Menilai
Melapor

i.

Penilaian Kendiri Terhadap Penyataan Profesional
Pencapaian objektif
Cadangan tindakan susulan/penambahbaikan

5

LAMPIRAN 1-2
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
PANDUAN PENYEDIAAN PORTFOLIO
1. Pengertian Portfolio
1.1 Portfolio atau profil profesional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang
seorang profesional dari segi:
1.1.1 Pengetahuan
1.1.2 Kemahiran
1.1.3 Pengalaman
1.1.4 Kelayakan
1.1.5 Matlamat dan pencapaian
1.2 Satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yang didokumentasikan dan diperkukuhkan dengan
bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif.
(Shulman, 1992).
2. Tujuan Portfolio
2.1
2.2
2.3
2.4

Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman dalam PBS
Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan mentor untuk menilai
Perkembangan profesionalisme pelajar.
Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat pengetahuan dan pengalaman
baru.
2.5 Membudayakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen secara sistematik dan
profesional.
3.

Ciri-Ciri Portfolio

3.1
3.2
3.3
3.4

Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan pelajar telah terlibat dengan refleksi kendiri.
Hasil yang dibuat sendirioleh pelajar – menghargai usaha dan diri sendiri.
Mempunyai maklumat yang berbeza dan mesti dikemaskinikan pada setiap masa.
Mengandungi maklumat yang menggambarkan proses pelaksanaan, perkembangan dan
penilaian dalam melaksanakan setiap tugasan.

4. Tanggungjawab Pelajar Dalam Penyediaan Portfolio
4.1 Menyediakan portfolio yang bermakna dan kemas kini berdasarkan senarai semak.
4.2 Menyerahkan portfolio kepada pensyarah untuk disemak selepas PBS.

6

LAMPIRAN 1-3
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
SENARAI SEMAK PENYEDIAAN PORTFOLIO
Bil

Tajuk

Item

Tandakan


1.1) Nama

1

Biodata
(ditulis dalam helaian
berasingan)

1.2) No. Kad Pengenalan
1.3) Major dan Ambilan
1.4) Tarikh PBS
1.5) Gambar

2

Pernyataan Profesional /
Kontrak Aktiviti
(Lampiran 1-1)

2.1) Penyataan sebelum PBS
2.2) Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus
3.1) Pemerhatian

3

Instrumen Pengumpulan
Data Berhubung Tugasan
(yang mana sesuai
mengikut keperluan)

3.2) Senarai semak
3.3) Temu bual
3.4) Soal selidik
4.1) Perbincangan dengan pengurusan sekolah
4.2) Perbincangan dengan mentor

4

Kolaborasi
(Lampiran 1-4)

4.3) Perbincangan dengan guru-guru lain
4.4) Perbincangan dengan kakitangan sekolah
4.5) Interaksi dengan murid
5.1) Pemerhatian

5

Ilmu/Pengetahuan Baru
Melalui

5.2) Senarai Semak
5.3) Temu bual

6
7

Refleksi
(Lampiran 1-6)

6.1) Aktiviti
6.2) Perbincangan/Interaksi
Laporan Akhir

Ulasan Pensyarah: _________________________________________________________________
_________________________________________________________________

Tandatangan _________________ Nama ______________________________Tarikh __________

7

LAMPIRAN 1-4
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
REKOD KOLABORASI/INTERAKSI/PERBINCANGAN
Tarikh

: ________________________

Masa : _______________________

Nama Guru Yang Ditemui: _________________________________________________
Tajuk/Perkara : __________________________________________________________
Isi Perbincangan

Cadangan Tindakan

Tandatangan : ____________________________________
Nama

: ____________________________________

Jawatan

: ____________________________________

8

LAMPIRAN 1-5
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
PENULISAN REFLEKSI
1. Definisi Refleksi
Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk
membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)
Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia
memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini
membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta – pemerhatian, temu bual
dan soal selidik.
Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih
strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan
refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme
keguruan secara efektif.
2. Tujuan Refleksi
Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang
dilaksanakan.
Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan
meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.
Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan
inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.
Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan
3. Ciri-ciri Refleksi
Bermula dengan mengingat kembali
Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu
Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)
Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif
4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam PBS
Refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan PBS oleh pelajar
sendiri untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh
dilaksana ialah:
4.1

Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti
membincangkan:
Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai?
Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?
Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan
aktiviti tersebut ?
Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau
menambah baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut ?

4.2

Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di Lampiran 6

9

LAMPIRAN 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/Perkara yang difokuskan:

2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan:

2.2 Kelemahan:

3. Cadangan Penambahbaikan:

(Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda)

10

LAMPIRAN 1-7
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AKTIVITI PROFESIONAL
1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat umum mengenai sekolah yang disenaraikan di
dalam borang berikut
Bil

Perkara

1

Nama dan Alamat
Sekolah

2

No. telefon sekolah

3

Alamat e-mail/web
Sekolah

4

Lokasi

5

Nama Guru Besar

6

Nama GPK 1

7

Nama GPK HEM

8

Nama GPK Kokurikulum

9

Nama Penyelia Petang

10

Gred Sekolah

11

Bilangan Guru

Catatan / data

Lelaki:
Perempuan:

12

Kelayakan Profesional
Guru

Siswazah:
Bukan Siswazah:

13

Bilangan Kelas

14

Purata Saiz Kelas

15

Jumlah Murid

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Lelaki
Perempuan
16

Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda mengenai sekolah ini

11

2.

Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah (Gunakan helaian tambahan jika perlu)
2.1

Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor
melaksanakan pengajaran pembelajaran.

2.2

Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran
dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.

2.3

Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah
digunakan oleh murid?

2.4

Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang
berasaskan ICT ?

2.5

Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam
setiap aktiviti pembelajaran?

2.6

Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan
tertentu

12

LAMPIRAN 1-7B
FORMAT AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
1

Tajuk aktiviti – berdasarkan topik di dalam kurikulum kursus yang
ditawarkan pada setiap semester

2

Menyatakan objektif aktiviti yang hendak dicapai dengan jelas

3

Kandungan aktiviti yang dicadangkan
3.1

Aktiviti yang diberikan mestilah melibatkan tugasan
harian yang perlu dijalankan semasa PBS

3.2

Fokus aktiviti ialah :
berkaitan sukatan pelajaran
ada unsur pemerhatian terhadap P & P
melibatkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah
mengenai persekitaran sekolah (termasuk iklim
dan budaya sekolah)
meliputi sumber pengajaran dan pembelajaran
meliputi strategi pengajaran dan pembelajaran/
kemahiran mengajar

4.

Format Penulisan Laporan Aktiviti PBS
4.1 Format penulisan aktiviti PBS adalah seperti berikut : (cth)
-

font Arial

-

saiz huruf ialah 12

-

langkau satu setengah baris

-

rujukan mengikut format A.P.A.

-

lampiran

4.2 Panjang penulisan aktiviti antara 500 hingga 1000 patah perkataan
( 3 hingga 5 muka surat)
4.3 Tarikh penyerahan penulisan aktiviti
(2 minggu selepas tamat tempoh PBS)
5.

Refleksi selepas PBS dikendalikan oleh Jabatan yang terlibat

13

LAMPIRAN1-8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
BORANG KEHADIRAN
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Sekolah

: ____________________________________________________

Alamat Sekolah

: ____________________________________________________

Tarikh PBS

: ______________________ hingga ________________________

Bil

Nama Pelajar

No. KP

Major

Tarikh

1
2
3
4
5
6
Catatan:

* Ketua kumpulan diminta menghantar borang kehadiran ini kepada
Ketua Unit Praktikum IPGKRM selepas tamat Pengalaman
Berasaskan Sekolah
*

Ketidakhadiran mesti disertakan dengan sijil/kenyataan cuti sakit
atau surat kebenaran Pengarah/ Timbalan Pengarah IPGKRM

Tandatangan Pelajar : _____________________
Nama : _____________________________________________
Tarikh : __________________________

Pengesahan Guru Besar:
Tandatangan _________________________

Cop Sekolah

14

Tarikh : ____________________

LAMPIRAN1-9
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR
(Diisikan oleh Pengurus Sekolah)

Nama Pelajar : _______________________________

No. K.P.

Major : ______________________________________

Ambilan

: __________
: __________

Tandakan
()

Baik

Sederhana

Lemah

Aspek

Ulasan

a) Penampilan diri
Sahsiah dan
Perwatakan

Komunikasi
Berkesan:

Budaya
Profesional
Guru:

b) Pekerti
c) Keprihatinan
d) Sifat/Peribadi sebagai
pendidik
a) Berinteraksi secara
beretika
b) Keupayaan memerhati,
berbincang dan
membuat refleksi
c) Berupaya
menyampaikan idea
secara berkesan
a) Berupaya membina
hubungan positif
dengan warga sekolah
b) Sentiasa berusaha
untuk mendapatkan
ilmu, bimbingan dari
mentor dan guru-guru
lain
c) Komited terhadap
tugasan yang diberikan
oleh IPGK

Tandatangan & Cop Guru Besar ____________________

15

Tarikh_______________