Konsep Asas itu Hubungan Antarabangsa

Isi Kandungan
1.0 Pengenalan
2.0 Konsep-Konsep Asas Hubungan Antarabangsa
2.1. Sistem Antarabangsa
2.2. Teori Hubungan Antarabangsa.
2.3. Kepentingan Nasional
2.4. Struktur Nasional
3.0 Kesimpulan

0

1.0 Pengenalan.
Bidang hubungan antarabangsa ini adalah ilmu sains politik yang mengkaji
interaksi antara negara atau organisasi yang terlibat dalam sistem antarabangsa atas
kepentingan politik, ekonomi atau sosial. Menurut Beridge (1992) pula, kajian hubungan
antarabangsa adalah aktiviti negara sama ada (kuasa besar, negara kapitalis, demokratik,
liberal) dan aktor-aktor antarabangsa lain seperti syarikat-syarikat multinasional dan
NGO dalam mencapai kepentingan nasional tanpa mengira sempadan negara. Oleh itu
hubungan antarabangsa juga adalah bidang yang mengkaji “politik antarabangsa” untuk
menentukan dasar tindakan sesebuah kerajaan ke atas kerajaan-kerajaan lain.
Hubungan antarabangsa ini pula wujud apabila tercetusnya sesuatu isu global

seperti, konflik etnik, jenayah antarabangsa, penzaliman dan krisis makanan dunia yang
menghendaki aktor seperti kerajaan, organisasi dan aktivis yang berkenaan mewujudkan
interaksi bagi menyelesaikan isu berkenaan. Interaksi tersebut berbentuk aktiviti seperti
diplomasi, peperangan, perdagangan, pakatan, pertukaran budaya, penglibatan bersama
dalam organisasi antarabangsa dan lawatan rasmi. Sehubungan dengan itu, pembuatpembuat dasar mempunyai dua bentuk respons terhadap isu-isu tersebut iaitu sama ada
secara bekerjasama atau berkonflik.
Secara ringkasnya, skop kajian dalam hubungan antarabangsa ini meliputi
komponen seperti sistem antarabangsa, aktor, konsep dan teori hubungan antarabangsa,
kepentingan nasional yang di cita, kaedah mengorientasikan kedudukan negara, struktur
antarabangsa dan sistem kuasa. Pertamanya, proses hubungan antarabangsa ini akan
berlaku di bawah sistem antarabangsa yang meliputi unit seperti negara, organisasi,
personaliti negara dan isu yang dibentangkan. Aktor yang terlibat pula adalah negara
atau organisasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Selain itu, hubungan antarabangsa juga
melibatkan tiga teori yang popular yakni Realisme, Idealisme dan Konstruktivisme.
Setiap teori berkenaan mempunyai matlamat yang berbeza dalam menjalinkan hubungan
antarabangsa. Seterusnya, bidang ini juga berkait rapat tentang struktur antarabangsa
yang terdiri daripada negara berkuasa besar, kecil atau sederhana. Disiplin ilmu ini akan
mengkaji tindakan negara berkenaan dalam mencari kepentingan nasional dan
mengorientasikan kedudukan negara demi mengumpul kuasa sama ada kuasa ekonomi,
politik atau ketenteraan.


1

Kesimpulannya, hubungan antarabangsa ini merupakan cabang ilmu yang
mengkaji hal ehwal luar negeri serta isu-isu global dalam sistem antarabangsa, termasuk
peranan negara, pertubuhan antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta
perbadanan multinasional (MNC). Kajian ini bertujuan menganalisis serta membentuk
dasar luar negeri bagi pelbagai negara di dunia untuk mengatasi isu-isu yang berbangkit,
membandingkan tingkah laku aktor-aktor politik dalam dan luar negara serta memahami
hubungan global yang wujud.
2.0 Konsep Asas Hubungan Antarabangsa.
2.1 Sistem Antarabangsa.
Sistem antarabangsa merupakan sistem dunia perhubungan yang terdiri
daripada unit yang saling berkaitan seperti negara, organisasi, personaliti dan isu.
Perkaitan yang wujud ini memerlukan aktor yakni negara dan bukan negara
sebagai pelaku, personaliti pelaku yakni ciri-ciri dan kuasa aktor dan isu yang
berbangkit.
Negara dan bukan negara adalah aktor atau pelaku yang terlibat dalam
hubungan antarabangsa ini. Negara adalah sebuah organisasi politik yang
mempamerkan kedaulatan dalam sebuah sempadan geografi (McLean, 1996:331).

Identiti umum sesebuah negara itu mestilah mempunyai kawasan atau sempadan,
mempunyai rakyat atau warganegara, mempunyai pentadbiran, kedaulatan dan
mendapat pengiktirafan global.
Negara juga merupakan unit primer dalam kajian hubungan antarabangsa.
Negara boleh meliputi banyak bangsa seperti Malaysia yang terdiri daripada kaum
Melayu, Cina dan India. Namun begitu, negara juga boleh memisahkan bangsa
misalnya sempadan Iran dan Iraq yang membahagikan bangsa Kurdish kepada
dua. Maka, negara sangat sinonim dengan bangsa dan digelar negara bangsa oleh
pelopor sains politik dalam kajian. Negara yang berdaulat sahaja yang boleh
menghidupkan sistem antarabangsa ini kerana pengiktirafan negara berdaulat
memberi peluang kepada negara berkenaan menjalinkan hubungan antara negara
lain di dunia tanpa mengabaikan hak asasi mereka. Oleh itu, kedaulatan sangat
penting bagi sesebuah negara. Contoh-contohnya adalah seperti negara-negara

2

Brazil, Canada, Great Britain, India, Indonesia, Lebanon, Nigeria, Peru, Soviet
Union, Switzerland dan Amerika Syarikat.
Bukan negara pula adalah organisasi yang bergerak di arena global untuk
menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara-negara di dunia. Penyertaan

negara-negara di dunia membentuk organisasi ini. Antara contoh bukan negara
yang menjadi aktor adalah pertubuhan, individu atau pelbagai isu global yang
boleh memberi pengaruh dan menggugat sistem antarabangsa seperti syarikat
mega (Motorola, IBM, Facebook, FIFA, Osama, Kony dan Al Qaedah)
Sungguhpun kumpulan ini berbentuk minoriti, tetapi isu yang dibawa mampu
menarik perhatian masyarakat dunia.
Selain itu, isu juga merupakan unit terpenting dalam pemangkin hubungan
antarabangsa. Isu ini berkisar tentang politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial.
Kebanyakan isu yang terlibat melanda masyarakat dunia mengikut musim dan
zaman tertentu. Misalnya, sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an isu yang
dibentangkan mengenai isu keselamatan seperti diplomat, pembentukan pakatan
dan perjanjian ekoran daripada musim peperangan sudah berakhir. Pada sekitar
1970-an dan 1980-an, kajian dalam hubungan antarabangsa meluas kepada
ekonomi kerana hubungan antara negara pada ketika itu lebih di dominasi oleh
hubungan ekonomi. Peristiwa kejatuhan harga minyak di pasaran pada 1973-1974
dan 1979-1980 menyebabkan jurang hubungan antara negara-negara semakin
jauh. Hubungan yang bersifat ekonomi ini turut melibatkan isu-isu sampingan
yang lain seperti isu alam sekitar, migrasi, pemindahan teknologi, pelaburan terus
asing dan sebagainya. Bermula kurun ke 21, kajian hubungan antarabangsa
kembali kepada skop kajian yang tradisi iaitu mengenai isu keselamatan. Isu ini

juga telah mewujudkan banyak perjanjian, pakatan dan kerjasama antara negaranegara di dunia.
Selain itu, pengaruh dan keupayaan sesebuah negara akan memberi
saingan dan perbezaan antara negara. Keupayaan akan terbatas jika kuasa negara
adalah lemah. Kuasa boleh diperoleh daripada 3 elemen yakni pengetahuan,
kekuatan militer dan kedudukan ekonomi. Kekuatan dari segi pengetahuan dilihat
penting bagi sesetengah negara misalnya kejayaan menghasilkan tenaga nuklear
menjadikan Korea Utara negara kecil yang berkuasa. Kekuatan ketenteraan yang
3

dimiliki Amerika Syarikat pula menjadikannya berpengaruh. Kuasa juga sebagai
perhubungan di antara dua aktor. Contohnya, aktor A mempunyai kemampuan
untuk mengawal pemikiran dan tindakan aktor B. Konsep kuasa digunakan bagi
untuk menerangkan keupayaan aktor-aktor untuk menggunakan sumber dalam
isu-isu antarabangsa bagi mencapai tahap kepuasan yang dikehendakinya.
Menurut Jones (1991) ada tiga sumber kuasa yang digunakan oleh negara
bagi mencapai matlamat mereka. Pertama, kuasa semula jadi merangkumi
geografi, penduduk dan sumber alam. Kedua, sosio-psikologi, merangkumi imej
negara itu sendiri, situasi dalam negara, sosialisasi politik dan budaya, kohesi,
sokongan rakyat awam bagi negara dan kepimpinan negara. Ketiganya, kuasa
sintetik yang merangkumi kapasiti industri dan ketenteraan. Ringkasnya dalam

hubungan antarabangsa kuasa merujuk kepada kekuatan sedia ada, yang mampu
mengawal tingkahlaku sebuah negara yang lain.
2.2 Teori Hubungan Antarabangsa.
Kemunculan Teori Realisme.
Teori ini dikatakan telah mula digunakan sejak zaman empayar Greek dan
Yunani lagi melalui karya Thucydidas iaitu “A History of Philoponnesian War”
yang telah melihat perang di antara Sparta dan Athens pada zaman kegemilangan
Greek. Karya –karya lain yang menjadi pendukung kepada teori ini adalah seperti
‘The Prince’ yang dihasilkan oleh Nicolo Machiavelli. Realisme telah muncul
semula selepas Perang Dunia Pertama iaitu antara tahun 1914 sehingga tahun
1918 dan muncul semula disebabkan oleh kelemahan Idealisme yang tidak
berjaya mengelakkan perang daripada berlaku untuk kali kedua selepas Perang
Dunia Kedua. Hal ini kemudiannya memberi peluang kepada teori Realisme
untuk muncul semula selepas Idealism gagal untuk menangani isu global.
Andaian Asas dalam Teori Realisme:


Manusia adalah secara semula jadi pentingkan diri dan tidak boleh
membebaskan diri dari fakta bahawa mereka dipacu untuk bersaing
sesama sendiri.


4



Sistem negara adalah berbentuk anarki. Tiada kuasa selain negara yang
mampu meregulasikan interaksi mereka, negara perlu berhubung dengan



negara lain, berbanding dikawal oleh entiti lain.
Politik antarabangsa seperti yang di bahas oleh Thomas Hobbes adalah



usaha mendapatkan kekuasaan, perang terhadap semua.
Obligasi bagi setiap negara adalah matlamat di mana semua objektif
antarabangsa harus di subordinat bertujuan mempromosi kepentingan




nasional dan memperoleh kuasa bagi mencapai matlamat tersebut.
Sifat anarki dalam sistem antarabangsa menggambarkan bahawa negara
memerlukan keupayaan militari yang sesuai bagi menghadapi serangan
musuh dan menggunakan pengaruh yang ada untuk mempengaruhi negara



lain.
Ekonomi adalah kurang relevan kepada keselamatan nasional berbanding
militari.

Konsep Realisme


Sifat semula jadi manusia (Human nature)
Menurut Machiavelli, manusia dilahirkan dengan adanya sifat-sifat diri
yang buruk di mana adanya sifat tamak, pentingkan diri sendiri dan mahu
berkuasa dalam segala hal. Melalui pemikiran Machiavelli, sifat buruk
manusia ini telah mendorong kepada keadaan yang kucar-kacir dan anarki

dalam sesebuah negara. Oleh kerana sifat buruk manusia ini, maka ia
sekaligus telah memberi kesan yang buruk terhadap sesebuah negara. Melalui
teori Realisme ini, dalam menjalinkan hubungan antarabangsa ini, pemimpin
perlulah ada sifat yang agresif dan kepentingan diri perlulah diutamakan
berbanding dengan kepentingan yang lain. Pendekatan yang ditekankan oleh
golongan Realisme mengenai hubungan antarabangsa ini adalah bertepatan di
mana manusia haruslah menguasai kuasa yang ada pada diri mereka.



Politik antarabangsa dan konsep kuasa.
Menurut apa yang terdapat di dalam teori Realisme ini, politik
antarabangsa adalah amat penting dalam pembentukan sesebuah negara.
Menurut pandangan Realisme ini lagi, kestabilan politik sesebuah negara akan

5

menentukan sendiri, sama ada sesebuah negara itu stabil ataupun tidak.
Keadaan ini dapat kita perhatikan dalam negara-negara Kesatuan Eropah atau
EU seperti Perancis, Itali, Sepanyol dan lain-lain, politik antarabangsa mereka

stabil dan tidak terancam. Fenomena ini telah membawa kepada kestabilan


ekonomi mereka.
Kepentingan nasional (national interest)
Dalam teori yang dikemukakan oleh E.H.Carr ini, kepentingan nasional
adalah sesuatu yang penting dan ia amat dititikberatkan. Seperti mana yang
kita ketahui, kepentingan diri haruslah dipentingkan berbanding dengan
kepentingan yang lain. Dasar luar sesebuah negara juga akan dibentuk
berdasarkan kepada kepentingan nasional. Sebagai contoh, jika sesebuah
negara itu menjalinkan hubungan yang baik dengan negara yang lain, pasti
ada kepentingan lain yang dikehendakinya. Misalnya kita dapat lihat melalui
apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Israel. Israel
mempunyai kepentingan yang tersendiri apabila menjalinkan hubungan baik
dengan Amerika Syarikat. Kepentingan yang dikehendaki oleh Israel adalah
dari segi ketenteraan. Israel memerlukan bantuan ketenteraan daripada
Amerika Syarikat kerana teknologi ketenteraan yang dimiliki oleh Amerika
Syarikat adalah yang paling maju dan terbaik berbanding dengan negaranegara yang lain. Sebagai balasan ke atas apa yang diberikan kepada Israel,
maka Israel telah membantu Amerika Syarikat dalam menjana pertumbuhan
ekonominya. Seperti yang kita ketahui, kebanyakan daripada penyumbang

utama pergerakan politik di Amerika Syarikat adalah rakyat Israel yang
tinggal di Amerika Syarikat. Daripada apa yang kita ketahui sekarang ini
ialah, kedua-dua buah negara tersebut adalah saling bergantung di antara satu
sama lain. Keadaan inilah yang dinamakan sebagai kepentingan nasional bagi



sesebuah negara yang diperkatakan oleh golongan Realisme.
Negara bangsa dan penonjolan negara bangsa (militari).
Konsep Realisme yang seterusnya adalah wujudnya negara bangsa dan
penonjolan dalam sistem antarabangsa. Dalam konteks ini, soal militari
haruslah dipertingkatkan. Dalam soal ini, penekanan dan fokus haruslah
diluruskan ke arah aspek negara bangsa dan sistem antarabangsa. Hal ini
6

demikian kerana, negara bangsa adalah ‘actor’ atau pelaku penting dalam
hubungan antarabangsa. Golongan Realisme percaya bahawa, sistem
antarabangsa adalah “states-centric”, iaitu ia merupakan ‘actor’ utama dalam
sesebuah negara. Bagi golongan ini, pelaku bukan negara seperti NGO
diletakkan di ‘central’ ataupun di pertengahan. Keadaan ini membawa maksud
bahawa ’actor’ atau pelaku lain dalam sesebuah negara tidak dibenarkan
wujud kerana ia hanya akan mengganggu ketenteraman sesebuah negara.
Menurut Realisme lagi, sistem antarabangsa adalah dalam keadaan anarki
yang sentiasa berada dalam keadaan yang kacau-bilau dan tidak selamat.
Dalam hal ini keselamatan negara haruslah dititikberatkan. Hal ini kerana,
keselamatan nasional merupakan perkara terpenting bagi sesebuah negara
kerana perkara-perkara militari dan isu politik adalah berkait rapat dengan
keamanan negara.

Kemunculan Teori Idealisme
Sejarah Pendekatan atau teori Idealisme telah mula berkembang semenjak
zaman peradaban Greek dan Latin lagi. Idealism atau utopianism ni merupakan
istilah yang diguna dengan kritikal oleh pihak yang menentang realis seperti EH
Carr. Idealism dalam hubungan antarabangsa selalu merujuk kepada aliran
pemikiran yang di personifikasi dalam sejarah diplomatik Amerika oleh Woodrow
Wilson. Idealism Wilson juga merupakan perintis kepada teori liberal hubungan
antarabangsa yang akan muncul selepas Perang Dunia II. Pemikiran Idealisme ini
ketara sekali kehadirannya pada era di antara dua perang dunia pada tahun 1920
hingga 1930an, satu eksperimen yang diharapkan boleh membawa keamanan
sejagat ialah penubuhan liga Bangsa-Bangsa. (Rashila Ramli 2002). Antara tokoh
idealisme ialah Immanuel Kant, Mo Ti dan Woodrow Wilson, Alfred Zimmen,
Lester Pearson dan Philips Noel Baker.
Idealisme merangkumi pemikiran dan falsafah tentang hal yang berkait
kebebasan maksimum individu daripada sebarang kawalan kerajaan. Pendekatan
Idealisme pula berteraskan kepercayaan bahawa manusia pada hakikatnya adalah
7

baik. Manusia yang berilmu beradab dan diberi persekitaran yang sesuai boleh
hidup dengan aman dan dapat bekerjasama dalam sebuah masyarakat yang
berpegang kepada undang-undang dan peraturan yang dipersetujui oleh
masyarakat. Bagi pendukung teori ini isu moral perlu diberi perhatian.
Aliran Idealisme berpandangan bahawa kecondongan negara, lebih
daripada kemampuan negara. Yang ini menjadi pendorong kepada tindakan
negara. Idealisme juga berpandangan bahawa interaksi antara negara tidak terhad
kepada bidang politik atau keselamatan (politik tinggi) sahaja. Hubungan boleh
wujud dalam bentuk kebudayaan atau ekonomi (politik rendah) sama ada melalui
firma dagangan, organisasi, atau individu. Berbanding sistem antarabangsa yang
anarki, pendukung Idealisme mempunyai banyak peluang untuk bekerjasama.
Selain itu perkara yang ditekankan ialah undang-undang antarabangsa,
organisasi antarabangsa selain penggunaan kuasa semata-mata. Undang-undang
global dilihat penting dalam mengawal keamanan dan konflik misalnya PBB,
IMF dan bank dunia yang mempunyai matlamat keamanan dan bantuan
kemanusiaan. Para sarjana idealis dan pemimpin negara idealis telah
membahaskan bahawa kerjasama antarabangsa dan mengelakkan keganasan
adalah paling baik untuk negara sendiri dan lebih rasional untuk dicari. Antara
prinsip asas Idealisme:




Moral
Undang-Undang Antarabangsa
Organisasi Antarabangsa.
Oleh itu, Idealisme adalah teori yang mementingkan keamanan dan

menjalinkan hubungan melalui kerjasama. Aktor akan mementingkan hak asasi
manusia dan melihat keamanan sebagai jalan mengembangkan peluang ekonomi
dan kerjasama sosial. Maka dengan itu, istilah “peace no war” dicipta bagi meraih
konsep ini.
Kemunculan Teori Konstruktivisme.

8

Konstruktivisme merupakan teori alternatif kepada Idealisme dan
Realisme. Teori ini mengekalkan kritikal skeptisisme Pasca moden terhadap
andaian realis dan liberalis. Konstruktivisme cuba untuk menggantikan Realisme
dengan menekankan unsur budaya kompleks dan model linguistic (bahasa).
Mempercayai bahawa sifat semula jadi manusia adalah baik (tabula rasa), tetapi
boleh dipengaruhi oleh persekitaran sosial.
Michael Barnett, Emanuel Adler dan Alexander Wendt antara pelopor teori
ini menggambarkan hubungan antarabangsa teori Konstruktivisme sebagai ideaidea tentang bagaimana menentukan struktur antarabangsa, bagaimana struktur ini
mendefinisikan kepentingan dan identiti negara-negara dan bagaimana negaranegara dan aktor bukan-negara menghasilkan semula struktur ini. Prinsip utama
dari Konstruktivisme adalah keyakinan bahawa "politik Antarabangsa dibentuk
oleh idea-idea persuasif, nilai-nilai kolektif, budaya, dan sosial identiti”
Konstruktivisme berpendapat bahawa realiti antarabangsa secara sosial di
konstruksi oleh struktur kognitif yang memberi makna terhadap dunia material.
Contoh nya hegemoni media hiburan misalnya Hollywood secara persuasif cuba
membentuk nilai-nilai masyarakat Amerika dan dunia melalui filem-filem yang
ditayangkan dengan menekankan unsur budaya dan sosial ala Amerika Syarikat
untuk mempengaruhi masyarakat dan pembuat dasar.
Oleh itu, Konstruktivisme adalah teori yang melihat nilai dan budaya yang
kolektif serta aturan norma masyarakat mampu mewujudkan hubungan
antarabangsa yang baik. Corak dan andaian teori ini pula bercorak positif dan
bukan anarki.
Kajian hubungan antarabangsa, perlunya teori-teori ini bagi memahami
fenomena dunia dengan jelas. Teori ini amat penting dalam proses membuat polisi
antarabangsa bagi sesuatu negara. Antara pendekatan utama yang digunakan
dalam bidang Hubungan Antarabangsa ialah Realisme, Idealisme dan
Konstruktivisme. Teori ini mempunyai andaian dan konsep tersendiri dalam
menterjemah

corak

tingkah

laku

aktor-aktor

peringkat

antarabangsa.

9

Kepelbagaian pendekatan ini menggambarkan sifat ilmu sains sosial yang
fleksibel dan akur kepada persepsi pemikiran yang tertentu.

2.3 Kepentingan Nasional.

Konsep kepentingan nasional dianggap sebagai alat bagi pembuat dasar
mengaplikasikan pertimbangan nilai-nilai kepada realiti-realiti tindakan politik.
Dalam lain perkataan, kepentingan nasional yang jelas boleh memandu usahausaha jangka panjang sebuah negara dalam dasar luar dan menentukan apa yang
dilakukan dalam konteks jangka pendek. Di dalam hubungan antarabangsa,
kepentingan nasional adalah satu konsep penting untuk menghurai, menjelaskan,
meramal atau menentukan tingkahlaku antarabangsa. Ianya adalah kepentingankepentingan fundamental "yang memandu dasar luar sesebuah negara seperti
survival fizikal, kesejahteraan ekonomi dan penentuan nasib sendiri negara.
Kepentingan nasional adalah istilah yang begitu subjektif. Sebagaimana
yang digunakan oleh pembuat-pembuat keputusan, ianya adalah satu persepsi
sesebuah rejim khusus atau seorang pemimpin politik di dalam persekitaran
antarabangsa atau domestik. Contohnya, rejim komunis Soviet telah mengikuti
sebuah dasar yang agresif untuk mengekalkan negara tersebut sebagai satu kuasa
dunia, manakala Presiden Kennedy melibatkan diri dalam konfrontasi Cuban
Missile sebahagiannya adalah untuk menyelamatkan maruah politik beliau. Oleh
itu kepentingan nasional boleh diterjemahkan secara keseluruhan atau sebahagian
dari kepentingan negara atau individu.
Oleh itu, kepentingan nasional adalah sebuah tindakan negara untuk
memperoleh keuntungan dan kedudukan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Mereka akan menggunakan pelbagai kaedah untuk menjalinkan hubungan sama
10

ada secara kerjasama, sekatan ekonomi atau peperangan untuk mencapai
kepentingan nasional tersebut.

2.4 Struktur Nasional.
Kuasa merupakan ciri utama yang mempengaruhi bentuk hubungan
antarabangsa yang wujud. Kuasa mempunyai pelbagai segmen yang boleh
memberi kekuatan dan kedaulatan kepada sesebuah negara. Kuasa juga menjadi
sumber, kekayaan dan kelebihan negara apabila di pandang oleh negara luar.
Bentuk kuasa yang wujud adalah soft power yakni kekuatan dari segi ekonomi,
budaya atau muzik dan hard power yang merangkumi aspek ketenteraan dan
persenjataan.

Setiap negara mempunyai kekuatan masing-masing namun

kebanyakan negara akan cuba memperkukuhkan kedua-dua bentuk kuasa ini.
Negara yang berkuasa juga boleh membentuk polar hubungan mereka sama ada
unipolar, dwi polar atau multipolar. Kesemua ini bergantung juga kepada
kebebasan negara itu yang sudah merdeka atau masih bergantungan dengan
negara berkuasa besar yang lain. Negara yang merdeka bebas membentuk dasar
luar mereka seperti anti komunis atau pro barat.
Terdapat pelbagai bentuk kuasa yang wujud dalam hubungan antarabangsa
ini. antaranya adalah kuasa besar seperti Amerika dan Russia. Kuasa menengah
seperti Perancis, German, India dan China serta kuasa kecil bagi negara-negara
membangun seperti Fiji dan Vietnam. Bentuk kuasa yang mereka miliki akan
mempengaruhi perhubungan antarabangsa yang terjalin sama ada berbentuk
kerjasama atau konflik. Kebiasaannya, negara yang berkuasa besar cenderung
menggunakan kaedah konflik seperti peperangan dan campur tangan demi
memenuhi kepentingan nasional mereka terhadap negara yang lemah misalnya
pakatan Amerika dan Israel yang melakukan kekejaman di rampasan wilayah di
Palestine. Namun, kaedah selain perang yang boleh digunakan sebagai alat
hubungan ini adalah sekatan ekonomi atau kerjasama.
Sungguhpun begitu, negara-negara di dunia akan berusaha meninggikan
kedudukan

mereka

dengan

mengorientasikan

kedudukan

kepada

badan
11

antarabangsa yang berkuasa antaranya adalah berbentuk Perikatan Tentera
(NATO), Pertubuhan Ekonomi (ASEAN, EU), Kerjasama Serantau, Berkecuali
(NAM), Pemencilan atau Konflik. Melalui penglibatan dan pergerakan kumpulan
ini, hak dan kepentingan negara akan dilindungkan dan mendapat jaminan. Secara
tidak langsung, negara berkenaan dilihat berkuasa apabila terlibat dalam
pergerakan tersebut.

3.0 Kesimpulannya.
Kesimpulannya, hubungan antarabangsa ini merupakan disiplin ilmu yang
mengkaji interaksi antara aktor dalam sistem antarabangsa atas kepentingan ekonomi,
politik dan sosial. Melalui hubungan ini, pelbagai isu dapat diselesaikan dan
kebiasaannya memihak kepada kuasa besar yang boleh memanipulasi kuasa di bawahnya
seperti Amerika dan Russia. Konflik atau kerjasama merupakan tema yang menjadi
pilihan aktor ini dalam membentuk hubungan positif atau negatif. Kesemua tindakan
mereka sebenarnya dipengaruhi oleh bentuk kuasa yang mereka miliki, teori yang
menjadi prinsip negara itu sama ada, Realisme, Idealisme, atau Konstruktivisme,
kepentingan nasional yang ingin di capai dan struktur negara yang mempunyai
kelemahan dan kekuatan pada bahagian tertentu. Oleh itu, pergerakan dunia sebenarnya
dipengaruhi oleh struktur kuasa yang akhirnya menenggelamkan segala peraturan dan
piawaian antarabangsa misalnya pergerakan PBB yang gagal mengawal tindakan
Amerika sebaliknya akur dengan telunjuk negara tersebut. maka wujudlah hukum “Law
of the Jungle” dalam arena hubungan antarabangsa ini.

12