Persepsi Komuniti Terhadap Bangunan Squa

Persepsi Komuniti Terhadap Bangunan Square Tower, Kuching
Nur Shahira Binti Buang
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai persepsi komuniti terhadap bangunan warisan iaitu Bangunan Square
Tower yang terletak di Waterfront, Kuching. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti
persepsi penduduk setempat dengan bangunan warisan peninggalan pemerintahan Brooke,
menganalisa pendapat masyarakat terhadap penggunaan bangunan Square Tower dan kajian ini
adalah mengkaji nilai yang ada diantara komuniti dengan bangunan warisan. Tambahan pengkaji
mensasarkan sebanyak 370 orang sebagai responden kajian ini. Bangunan warisan merupakan
satu sejarah yang bernilai kerana merupakan kesan peninggalan cerita atau sejarah pada suatu
masa dahulu yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan untuk generasi akan datang.

Pengenalan
Bangunan warisan merupakan satu sejarah yang bernilai kerana merupakan kesan peninggalan
cerita atau sejarah pada suatu masa dahulu yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan untuk
generasi akan datang. Bangunan-bangunan warisan juga merupakan satu warisan yang
mempunyai nilai sejarahnya tersendiri.
Malaysia merupakan negara yang pernah dijajah oleh Portugis, Belanda, Jepun manakala
Sarawak pernah diperintah oleh pemerintahan British dan sesetengah seni bina untuk bangunan
warisan banyak dipengaruhi oleh budaya mereka. Bagi bidang pelancongan, kewujudan
bangunan warisan dianggap salah satu industri yang boleh menyumbangkan ekonomi kepada

negara. Bahkan dapat memberi maklumat kepada pelancong yang datang untuk mengenali
sesuatu tempat pada suatu dahulu dan perbezaanya pada masa kini.
Menurut Straits Central Travel and Tours (2016), Sarawak adalah negeri yang terbesar daripada
13 negeri di Malaysia dan merupakan salah satu dua negeri terletak di pulau ketiga terbesar di
dunia. Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang mempunyai banyak bangunan warisan yang
masih dikekalkan keaslianya. Sarawak terkenal dengan pemerintahan Brooke pada suatu ketika
dahulu. Pada Ogos 1839, kedatangan Brooke di Sarawak dan merupakan seorang pengembara

1

Inggeris. Terdapat banyak juga bangunan yang wujud pada zaman pemerintahan beliau yang kini
menjadi banguanan warisan dan menjadikan salah satu tarikan pelancong.
Terdapat banyak bangunan, monumen dan tapak bersejarah di Sarawak dan terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Ketiga-tiga bahagian tersebut diwartakan The Antiquities
Ordinance dan Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993. Bangunan Square Tower telah dibina
pada 1886 tahun pada masa pemerintahan Brooke dan bangunan ini diwartakan di bawah The
Antiquities Ordinance pada 10 Februari 1971. Menurut Jabatan Muzium Sarawak, bangunan
Square Tower merupakan sebuah pertahanan dan merupakan penjara sementara kepada pesalah
sebelum dipenjarakan ke Kubu Magherita. Menurutnya lagi, bangunan Square Tower juga
bekait rapat dengan dua bangunan iaitu Kubu Magherita dan Round Tower. Bangunan dan kubu

ini saling berkait rapat adalah untuk tujuan pertahanan suatu ketika dahulu.
Sorotan Kesusasteraan
Menurut pendapat Fileden (2003), antara kepentingan pemuliharaan bangunan bersejarah ialah
seperti berikut:
i. Bangunan bersejarah mempunyai nilai nostalgia, seni bina, estetik, simbolik, sejarah,
dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga politik serta rohani.
ii. Bangunan bersejarah berupaya memberi imej dan identiti pada rupa bentuk bandar dan budaya
setempat.
iii. Lokasi dan kawasan persekitaran bangunan bersejarah berupaya untuk menarik minat para
pelancong seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan.
iv. Bangunan bersejarah sedikit sebanyak akan mengingatkan kita kepada sejarah penjajahan
masa lampau seterusnya memberi iktibar kepada generasi akan datang tentang sejarah silam
tanah air serta meningkatkan semangat patriotisma.
Bangunan warisan yang terdapat pada sesebuah negara menurut pendapat A. Ghafar Ahmad
(1994) dan Yahaya Ahmad (2006) wajar dipulihara kerana ia memiliki nilai emosi, budaya dan
kegunaan yang tidak ternilai harganya.
Menurut Zuraidi (2011) lagi, pemuliharaan bangunan warisan ini sangat penting untuk
mengekalkan bentuk asalnya dan secara tidak langsung dapat memberi imbasan tentang
pembangunan dan teknologi kejuruteraan pada masa dahulu.


2

Jahi (2009), mengatakan bahawa destinasi lama akan hanya dikunjungi semula apabila ia mampu
memberikan saingan kepada destinasi baru.
Menurut Borneo Post Online (2012), Muzium Sarawak ditugaskan untuk menjaga warisan dan
budaya negeri ini melalui Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993, kata Menteri Pembangunan
Sosial Tan Sri William Mawan Ikom.
Sebaliknya menurut Ahmad (2009) sebahagian besar daripada bangunan warisan tidak dipulihara
dengan baik dan kebanyakanya daripadanya berada dalam keadaan yang buruk disebabkan faktor
kerosakan bangunan.
Hamilton (2002) ada di antara bangunan warisan ini sedang diancam kemusnahan kerana
diabaikan oleh pemilik asal dan dirobohkan atas desakan pembangunan serta kurangnya
keperihatinan masyarakat dalam usaha untuk memulihara bangunan warisan.
Fielden (2003) memberi pendapat bahawa pemuliharaan ialah tindakan untuk mengelakkan
kereputan dan Jaraiee (2016), banyak bangunan bersejarah di negara ini telah dimusnahkan
untuk tujuan pembangunan.
Menurut Jabatan Warisan Negara (2016), di dalam sesebuah projek pemuliharaan bangunan
warisan, satu rangka kerja yang khusus perlu dirancang dan diikuti bagi menjamin
perlaksanaannya bersifat menyeluruh dan sistematik. Manakala menurut Galihkusumah, A.H.
(2010), bangunan warisan tidak memiliki fungsi dan tidak membawa keuntungan dari segi

ekonomi. Selain itu, pemuliharaan bangunan sama nilainya pembinaan semula bangunan baru.
Metodologi Kajian
Kajian ini memfokuskan kepada persepsi komuniti terhadap bangunan Square Tower di
Waterfront, Kuching. Ianya adalah untuk mendapatkan maklum balas komuniti terhadap
bangunan warisan yang mempunyai sejarah pembentukan negeri mereka suatu ketika dahulu..
Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif

untuk memperolehi maklumat kajian.

Kaedah kuantitatif ini memerlukan pengkaji mengedar borang soal selidik kepada responden
iaitu komuniti yang berhampiran dengan bangunan Square Tower. Untuk mendapat maklum

3

balas dari responden pengkaji akan mengedar borang soal selidik sebanyak 370 helai borang di
sekitar kawasan bangunan Square Tower sahaja.
Sumber data primer merupakan sumber data atau maklumat yang diperolehi melalui dua kaedah
iaitu borang soal selidik dan kaedah pemerhatian. Sumber data ini

memerlukan pengkaji


mendapatkan sendiri secara sumber asli dan merupakan sumber pertama kepada pengkaji untuk
menjalankan kajian ini. Data ini hanya akan pengkaji perolehi apabila pengkaji melakukannya
secara langsung.
Dapatan dan Perbincangan
Pengetahuan am komuniti terhadap Bangunan Square Tower
Bangunan Square Tower merupakan sebuah bangunan yang tersenarai dalam bangunan warisan
yang terdapat di Kuching, Sarawak. Bangunan ini merupakan bangunan peninggalan
pemerintahan Brooke suatu ketika dahulu.
Menurut Jabatan Muzium Sarawak fungsi asal bangunan tersebut merupakan merupakan sebuah
pertahanan dan merupakan penjara sementara kepada pesalah sebelum di penjarakan ke Kubu
Magherita. Bangunan Square Tower juga bekait rapat dengan dua bangunan yang lain yang di
kenali sebagai Kubu Magherita dan Round Tower. Bangunan dan kubu ini saling berkait rapat
adalah untuk tujuan pertahanan suatu ketika dahulu.
Berdasarkan dapatan kajian di bab empat, ianya adalah mengenai pengetahuan komuniti sendiri
terhadap nama bangunan yang disertakan dilindungi dengan gambar. Terdapat banyak jawapan
yang diberikan antaranya ialah bangunan tersebut ialah bangunan bersejarah, bangunan warisan,
sebuah kafe, Fort Magherita, galeri James Brooke, James Brooke sebuah kubu, Rajah House,
Restoren Magenta, dan ada yang tidak tahu nama bangunan tersebut.
Jumlah responden yang tidak tahu mengenai nama bangunan tersebut menunjukkan jumlah yang

paling tinggi. Namun begitu, masih terdapat juga responden yang menjawab bangunan tersebut
merupakan bangunan Square Tower. Malahan responden juga lebih mengenalinya sebagai
sebuah restoran berbanding nama asal bangunan warisan tersebut. manakala terdapat juga
komuniti menyatakan bangunan Square Tower adalah Fort Margherita. Sebanyak 370 orang
4

responden untuk kajian ini dan hanya sebanyak 15.9% sahaja yang mengetahui nama bangunan
tersebut.
Kesimpulannya, keseluruhan jumlah tersebut ramai responden iaitu komuniti setempat tidak
mengetahui nama bangunan tersebut merupakan jumlah yang paling besar. Malahan komuniti
lebih mengenalinya sebagai sebuah restoren daripada sebuah bangunan warisan iaitu bangunan
Square Tower. Soalan ini dibentuk adalah untuk mengetahui pengetahuan komuniti terhadap
bangunan warisan mereka, namun setelah memperolehi data dan semasa pengedaran borang soal
selidik rata-rata responden tidak mengetahui nama bangunan tersebut tetapi mengetahui
kewujudannya. Maklumat mengenai bangunan Square Tower pada masyarakat amat kurang
mengenali nama bangunan tersebut.
Mengenalpasti persepsi komuniti terhadap bangunan warisan peninggalan pemerintahan
Brooke
Berdasarkan hasil dapatan pada bab sebelumnya, ianya merupakan kekerapan dan peratusan
responden mengenai persepsi mereka terhadap bangunan Square Tower. Soalan 1 mengenai

bangunan A adalah satu-satunya bangunan warisan di Sarawak. Sebanyak 326 orang responden
tidak setuju mengenainya dan berkemungkinan di Sarawak terdapat banyak lagi bangunan
warisan. Sebaliknya 44 orang pula bersetuju bahawa bangunan Square Tower adalah satusatunya bangunan warisan di Sarawak. Bagi mereka yang setuju mengenainya berkemungkinan
bangunan warisan itu sahaja yang mereka seringkali nampak semasa berada di lokasi tersebut.
Seterusnya bangunan tersebut adalah bangunan yang tertua di Sarawak pula, sebanyak 275 orang
yang tidak setuju dan bekemungkinan bagi responden ada lagi bangunan warisan yang lain yang
mempunyai usia yang lebih lama akan penubuhannya. Manakala 95 orang pula setuju bahawa
Square Tower merupakan bangunan tertua. Ianya berkemungkinan bangunan tersebut di bina
semasa pemerintah Brooke suatu ketika dahulu.
Bangunan Square Tower menjadi satu tarikan kerana lokasinya yang strategik dan terletak di
tengah bandar pula sebanyak 344 orang responden yang tidak bersetuju akan penyataan tersebut.
Ianya berkemungkinan bagi mereka bangunan tersebut hanyalah sebuah bangunan yang tidak
mempunyai fungsinya kerana pelancong dan orang awam hanya melihat luaran bangunan sahaja.
Secara tidak langsung bangunan tersebut tidak menjadi satu tarikan. Sebaliknya, 33 orang pula
5

bersetuju berkemungkinan bangunan tersebut boleh dilihat oleh semua masyarakat yang berada
di lokasi tersebut. Menurut Fileden (2003), lokasi dan kawasan persekitaran bangunan bersejarah
berupaya untuk menarik minat para pelancong seterusnya menyumbang kepada pembangunan
industri pelancongan.

Seterusnya sebanyak 74 orang tidak setuju ianya boleh meningkatkan kesedaran dan
pengetahuan masyarakat tentang sejarah masa lampau kerana berkemungkinan masyarakat tidak
mengetahui sejarah bangunan tersebut. manakala sebanyak 296 orang pula bersetuju
mengenainya berkemungkinan mereka meminati akan sejarah pembentukan atau pemerintahan
dahulu dan perasaan ingin tahu dan berdasarkan pendapat Fileden (2003), bangunan bersejarah
sedikit sebanyak akan mengingatkan kita kepada sejarah penjajahan masa lampau seterusnya
memberi iktibar kepada generasi akan datang tentang sejarah silam tanah air.
Seni bina bangunan Square Tower menunjukkan latar belakang masyarakat sebanyak 306 orang
komuniti bersetuju kerana berekemungkinan bagi komuniti kesan pemerintahan Brooke dahulu
banyak sejarah dalam pembentukan masyarakat dahulu sehingga sekarang. Manakala 64 orang
tidak bersetuju mengenai penyataan tersebut kerana ianya bekemungkinan menganggap sebuah
bangunan warisan tidak menggambarkan latar belakang sesuatu masyarakat.
Menganalisa pendapat masyarakat terhadap penggunaan Square Tower
Pendapat komuniti tentang penggunaan warisan merupakan objektif yang kedua bagi kajian ini.
Ianya merupakan satu objektif mengenai pendapat komuniti terhadap penggunaan bangunan
Square Tower tersebut sama ada sesuai atau sebaliknya.
Berikut merupakan soalan-soalan yang telah diolah untuk memenuhi objektif kedua ini.
Antaranya ialah bangunan Square Tower sesuai dijadikan muzium sebanyak 335 orang bersetuju
bahawa ianya sesuai berkemungkinan bangunan tersebut merupakan bangunan warisan yang
mempunyai sejarah dan keunikannya. Manakala, 35 orang responden tidak bersetuju kerana

berkemungkinan ruang pada bangunan tersebut tidak sesuai dijadikan muzium.
Tambahan penggunaan bangunan Square Tower sebagai sebuah restoren merupakan satu langkah
yang bagus menunjukkan 246 orang komuntiti tidak bersetuju berkemungkinan bagi mereka jika
bangunan warisan digunakan sebagai sebuah restoren akan merosakan imej atau kualiti keaslian
6

bangunan tersebut. Akan tetapi sebanyak 106 orang komuniti pula bersetuju berkemungkinan
ianya boleh memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat daripada bangunan tersebut tidak
mempunyai fungsi.
Sebaliknya daripada 300 orang yang tidak bersetuju bangunan Square Tower dikekalkan sebagai
restoren, jumlah menjadi sebanyak 302 orang pula yang bersetuju bahawa bangunan Square
Tower sesuai dikekalkan sebagai sebuah bangunan warisan sahaja. Ianya berkemungkinan
berpendapat bahawa bangunan warisan ini bertahan lama sehingga kehari ini dan masyarakat
berpendapat bahawa ianya sepatutnya dipelihara agar generasi akan datang boleh melihat bukti
fizikal pemerintahan dahulu. Manakala 68 orang yang tidak bersetuju bangunan tersebut sesuai
dikekalkan kepada fungsinya sebagai bangunan warisan ianya berkemungkinan berpendapat
bahawa bangunan itu hanya akan mempamerkan luaran bangunan sahaja dan tidak dapat
memasukinya untuk memperolehi pengalaman sendiri untuk melihat dan mengamati dalam
bangunan tersebut.
Soalan seterusnya adalah sejarah menyatakan bangunan Square Tower adalah sebuah penjara

atau kem pertahanan. Sebanyak 211 orang bersetuju mengenainya kerana ianya merupakan fakta
mengenai fungsi sebenar bangunan Square Tower suatu ketika dahulu. Menurut The Sarawak
Tourism (2016), pada asalnya bangunan ini adalah merupakan sebuah penjara atau kem tahanan
banduan pada awal pembinaan. Manakala sebanyak 159 orang pula tidak bersetuju
berkemungkinan tidak mengetahui sejarah bangunan tersebut pada zaman pemerintahan Brooke.
Mengkaji nilai yang ada di antara komuniti setempat dengan bangunan warisan

Nilai di antara komuniti dengan bangunan warisan ialah objektif yang mana pengkaji mahu
mengetahui nilai sesebuah bangunan tersebut kepada setiap individu. Selain itu ianya merupakan
objektif ketiga bagi kajian ini.
Berdasarkan soalan 1 bangunan Square Tower merupakan tinggalan sejarah kepada masyarakat
Sarawak. Sebanyak 34 orang responden tidak bersetuju dan berkemungkinan jumlah komuniti ini
tidak ambil peduli sejarah pembentukan negerinya sendiri. Manakala sebanyak 336 orang
responden pula bersetuju mengenainya kerana ianya merupakan bukti fizikal yang ditinggalkan
oleh mayarakat dahulu dan masih dikekalkan sehingga sekarang.

7

Seterusnya, bangunan Square Tower juga menunjukkan pemerintahan Brooke suatu ketika
dahulu mencatat 330 orang bersetuju dan berkemungkinan mereka tahu bahawa negeri Sarawak

memang di perintah oleh James Brooke. Sebaliknya 40 orang daripada jumlah keseluruhan tidak
bersetuju kerana berkemungkinan tidak mengetahui fungsi bangunan tersebut terhadap
pemerintahan pada zaman dahulu. Menurut Jabatan Muzium Sarawak, Brooke bukanlah penjajah
tetapi merupakan seorang pemerintah suatu ketika dahulu.
Sebanyak 61 orang responden tidak bersetuju bangunan tersebut bahawa pengaruh penjajah
terhadap seni pembinaannya dan berkemungkinan menganggap kewujudan kaum yang berbilang
yang terdapat di Sarawak yang sepatutnya diterapkan pada seni bina bangunan bukannya
pengaruh penjajahan. 309 orang responden pula bersetuju seni bina dipengaruhi oleh penjajah
ianya berkemungkinan keunikanya yang berlainan jika di bandingkan dengan bangunan warisan
yang mempengaruhi budaya masyarakat sendiri.
Seterusnya, bangunan Square Tower sesuai dijadikan tempat perniagaa pula menunjukkan
sebanyak 146 orang komuniti tidak bersetuju mengenainya. Ini berkemungkinan komuniti
berharap bangunan tersebut dikekalkan pada penggunaan asalnya agar keasliannya tidak
diganggu oleh aktiviti perniagaan. Manakala 224 orang bersetuju bangunan itu sebagai tempat
perniagaan berkemungkinan merupakan langkah yang sesuai daripada bangunan tersebut tidak
diselenggara dengan baik.
Manakala 298 orang bersetuju bangunan tersebut perlu dikekalkan kepada fungsi asalnya dan
berkemungkinan untuk mengekalkan sejarah secara fizikal agar dapat disampaikan oleh generasi
akan datang. Selain itu, generasi akan datang dapat sesuatu yang mempunyai nilai sejarah yang
tersendiri di sebalik penubuhan bangunan Square Tower. Sebanyak 72 orang tidak bersetuju
bangunan itu di kekalkan kerana berkemungkinan mereka berpendapat aktiviti perniagaan yang
sedia ada pada bangunan tersebut sesuai diteruskan.
Seterusnya bangunan itu juga boleh mewujudkan perasaan bangga kepada masyarakat Sarawak.
Jumlah komuniti yang bersetuju tehadap kenyataan tersebut adalah sebanyak 344 orang dan
berkemungkinan komuniti mempunyai rasa bangga mengenai bangunan warisan yang ada kerana
mengetahui nilai yang ada pada sesuatu perkara. Selain itu, 26 orang pula tidak bersetuju dan
berkemungkinan tidak mempunyai perasaan atau tidak peduli terhadap nilai bangunan warisan.
8

Soalan yang seterusnya ialah mengenai bangunan Square Tower dapat memupuk semangat
patriotisme kepada masyarakat ianya sebanyak 341 orang yang bersetuju dan berkemungkinan
sebuah bangunan tersebut merupakan sejarah yang menceritakan satu kisah pemerintahan yang
terjadi pada zaman berlakunya sebarang pencerobohan, penentangan, pembentukan negeri dan
sebaginya. Perkara tersebut dapat memupuk semangat patriotisme masyarakat. Fileden (2003),
menyatakan Bangunan bersejarah sedikit sebanyak akan mengingatkan kita kepada sejarah
penjajahan masa lampau seterusnya memberi iktibar kepada generasi akan datang tentang sejarah
silam tanah air serta meningkatkan semangat patriotisma. Sebaliknya 29 orang sahaja yang
menyatakan tidak setuju mengenainya berkemungkinan tiada semangat patriotisme yang
ditonjolkan.
Kesimpulan

Secara kesimpulanya, kajian ini dapat memenuhi objektif kajian yang pengkaji telah tetapkan
dan merupakan garis panduan pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang penting.
Keseluruhannya, pengkaji telah menyatakan persepsi komuniti, pendapat komuniti terhadap
bangunan warisan, dan nilai yang ada bangunan warisan kepada komuniti sendiri. Selain itu,
beberapa cadangan yang disertakan adalah berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa kajian dan
semasa mendapatkan maklumat mengenai bangunan Square Tower.
Berdasarkan hasil dapatan kajian, komuniti setempat banyak yang tidak mengenali bangunan
Square Tower yang merupakan bangunan yang menggambarkan latar belakang pembentukan
negeri. Walaupun tidak dikenali oleh komuniti namun masyarakat masih mengambil berat akan
bangunan tersebut mempunyai nilainya yang tersendiri.

Rujukan

9

Ahmad, A. G. (1994). Pengenalan kepada bangunan dan monumen lama di Malaysia. Bengkel
Menangani Masalah Pemuliharaan Bangunan Lama di Malaysia .
Ahmad, A. G. (2009). Treatment of rising damp and replastering at heritage buildings. Bengkel
Bersiri Konservasi Bangunan Warisan Siri 2.
Ahmad, Y. (2006). Kepentingan dan keaslian dalam kerja konservasi. Kursus Konservasi
Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah.
Borneo Post Online. (2012). Berita Sarawak. Dicapai dari Muzium Sarawak ditugaskan
menajaga warisan dan budaya negeri : Mawan:
http://www.theborneopost.com/2012/05/23/muzium-sarawak-ditugaskan-menjagawarisan-dan-budaya-negeri-mawan/
Feilden, B. M. (2003). Conservation of historic building. London: Architectural Press.
Galihkusumah, A. (2010). Pengaruh heritage value terhadap keputusan perusahaan dalam
menggunakan bangunan heritage ( Survey terhadap pengguna bangunnan heritage di
Kota Bandung). Bandung: Universitas Pendidikan Indonesia.
Jabatan Warisan Negara. (2016). Laman Web Rasmi Jabatan Warisan Negara. Dicapai dari
Daftar warisan: http://www.heritage.gov.my/index.php/ms/daftarwarisan/statistik/warisan-kebangsaan
Jahi, J. M. (2009). Pembangunan pelancongan dan impaknya terhadap persekitaran fizikal
pinggir pantai. Malaysian Journal of Environmental Management , 1-18.
Jaraiee, J. (2015). Harakah Daily. Dicapai dari Kekalkan Masjid Lama Bintulu sebagai warisan
negara: http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/38269-kekalkan-masjid-lamabintulu-sebagai-warisan-negara
Sarawak Heritage Society. (2015). A summaryof the Sarawak cultural heritage ordinance 1993.
Sarawak cultural heritage ordinance 1993 , 1-4.

10

Sarawak Tourism Board. (2016). Sarawak Tourism Board . Dicapai dari Archievement statistics:
http://www.stb.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?
mod=webpage&sub=page&id=88&menu_id=0&sub_id=113
Siti Nor Fatimah Zuraidi, Zainal Abidin Akasah, Mohammad Ashraf Abdul Rahman. (2011).
Masalah dalam pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia. Persidangan Kebangsaan
Sains Sosial UNIMAS 2011 : Pembangunan ke arah masa depan yang mapan, 1-12.

11

Dokumen yang terkait

Analisis Konsep Peningkatan Standar Mutu Technovation Terhadap Kemampuan Bersaing UD. Kayfa Interior Funiture Jember.

2 215 9

Efek Pemberian Ekstrak Daun Pepaya Muda (Carica papaya) Terhadap Jumlah Sel Makrofag Pada Gingiva Tikus Wistar Yang Diinduksi Porphyromonas gingivalis

10 64 5

Pengaruh Atribut Produk dan Kepercayaan Konsumen Terhadap Niat Beli Konsumen Asuransi Syariah PT.Asuransi Takaful Umum Di Kota Cilegon

6 98 0

Pengaruh Proce To Book Value,Likuiditas Saham dan Inflasi Terhadap Return Saham syariah Pada Jakarta Islamic Index Periode 2010-2014

7 68 100

Analisis Pengaruh Lnflasi, Nilai Tukar Rupiah, Suku Bunga Sbi, Dan Harga Emas Terhadap Ting Kat Pengembalian (Return) Saham Sektor Industri Barang Konsumsi Pada Bei

14 85 113

Strategi Public Relations Pegadaian Syariah Cabang Ciputat Raya Dalam Membangun Kepuasan Layanan Terhadap Konsumen

7 149 96

Analisis Pengaruh Faktor Yang Melekat Pada Tax Payer (Wajib Pajak) Terhadap Keberhasilan Penerimaan Pajak Bumi Dan Bangunan

10 58 124

Pengaruh Dukungan Venezuela Kepada Fuerzas Armadas Revolucionaries De Colombia (FARC) Terhadap Hubungan Bilateral Venezuela-Kolombia

5 236 136

Pengaruh Kerjasama Pertanahan dan keamanan Amerika Serikat-Indonesia Melalui Indonesia-U.S. Security Dialogue (IUSSD) Terhadap Peningkatan Kapabilitas Tentara Nasional Indonesia (TNI)

2 68 157

Pengaruh Rasio Kecukupan Modal dan Dana Pihak Ketiga Terhadap Penyaluran Kredit (Studi Kasus pada BUSN Non Devisa Konvensional yang Terdaftar di OJK 2011-2014)

9 104 46