KEBEBASAN KEHAKIMAN ISTIQLAL AL QADA DAL

KEBEBASAN KEHAKIMAN (ISTIQLAL AL-QADA’) DALAM SEJARAH
ISLAM
Nur Aina Abdulah1
Ibnor Azli Ibrahim2
Abstrak
Kebebasan kehakiman atau dalam bahasa Arabnya dikenali sebagai istiqlal al-qada’
ialah kebebasan yang diberikan kepada para hakim melalui pengasingan kuasa
daripada badan eksekutif dan legislatif serta jauh daripada dipengaruhi oleh manamana pihak yang boleh memesongkannya daripada kebenaran untuk menegakkan
keadilan. Sistem kehakiman yang terdapat dalam Islam datang dalam bentuk pakej
lengkap yang mana mestilah mengamalkan konsep istiqlal al-qada’ dalam
pentadbirannya. Malangnya, apabila kebebasan kehakiman ini dibicarakan sering kali
contoh pelaksanaannya diambil dari negara Barat, sedangkan ianya adalah sebahagian
daripada syariat Islam dan telah dilaksanakan dalam sejarah Islam dahulu. Persoalan
yang wujud di sini ialah apakah contoh dan bukti pelaksanaan istiqlal al-qada’ yang
telah diamalkan dalam sejarah Islam. Oleh sebab itu, artikel ini bertujuan mengkaji
dan menganalisis pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam sejarah Islam. Kajian ini
merupakan kajian bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen
dalam mengumpul data. Data-data yang diperoleh daripada rujukan turath diolah dan
diberikan sentuhan kontemporari agar lebih mudah difahami. Kajian ini mendapati
bahawa istiqlal al-qada’ telah diamalkan dalam sejarah Islam sejak dari zaman
Rasulullah SAW lagi yang mana Baginda SAW sendiri sebagai pengasasnya. Namun,

pada ketika itu istiqlal al-qada’ hanya berlaku dari segi konsepnya sahaja. Manakala,
dari sudut pengasingan kuasa daripada badan eksekutif dan legislatif ianya belum lagi
terlaksana pada zaman Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar al-Siddiq
disebabkan jumlah umat Islam yang sedikit pada masa itu. Walau bagaimanapun,
kebebasan kehakiman melalui pengasingan kuasa itu tetap berlaku secara praktikalnya
bermula pada zaman Sayidina ‘Umar al-Khatab.
Kata Kunci: Kebebasan kehakiman, Istiqlal al-qada’, Pengasingan kuasa, Pelaksanaan,
Sejarah Islam.
PENGENALAN
Pelaksanaan konsep istiqlal al-qada’ merupakan kewajiban yang utama dalam
sesebuah institusi kehakiman. Tanpa konsep ini, badan kehakiman dilihat senget, berat
sebelah dan tidak adil. Ini kerana kehakiman adalah suatu badan yang sepatutnya
bebas daripada campur tangan mana-mana pihak. Pelaksanaan istiqlal al-qada’ ini
juga menjadikan para hakim bebas membuat keputusan atau menarik balik hukuman
tanpa pengaruh daripada sesiapa.
Pelajar sarjana tahun akhir di Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
2
Pensyarah kanan di Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
1


1

Sejarah Islam telah membuktikan bahawa pelaksanaan istiqlal al-qada’ ini
sebenarnya telah lama bermula sejak zaman Rasulullah SAW yang mana Baginda
merupakan pengasas kepada konsep istiqlal al-qada’ ini. Banyak contoh kehakiman
yang ditunjukkan oleh Rasulullah sebagai ikutan dan panduan kepada para hakim
selepasnya dan hari ini agar tetap mengamalkan konsep istiqlal al-qada’ ini dalam
badan kehakiman demi menjamin keadilan dan menjaga maslahat umat. Benarlah
bahawa sesungguhnya Baginda adalah contoh ikutan sepanjang zaman tidak kira
dalam apa jua bidang termasuklah dalam bidang kehakiman ini.
RASULULLAH SAW PENGASAS ISTIQLAL AL-QADA’
Rasulullah SAW merupakan ketua negara Madinah dan satu-satunya hakim pada
peringkat awal penubuhan negara Islam ketika itu( al-Badwi 2012 : 152). Ini kerana
keadaan dan situasi pada masa itu tidak memerlukan kepada hakim yang lain
disebabkan kurangnya pertelingkahan dan pergaduhan yang berlaku lantaran kuatnya
pegangan agama di kalangan umat Islam. Tambahan pula, umat Islam ketika itu
tidaklah terlalu ramai (Abu Talib 1982: 30).
Namun, setelah urusan kenegaraan semakin banyak, Rasulullah SAW telah
melantik beberapa orang sahabat untuk menjadi hakim bagi mewakili Baginda.

Hakim-hakim yang dilantik itu dikehendaki menjalankan tanggungjawab sama ada
dengan kehadiran Baginda sebagai pemantau atau tanpa kehadiran Baginda di
Madinah. Mereka adalah ‘Uqbah bin ‘Amir, Mi’qal bin Yasar al-Muzanni, Huzaifah
al-Yamani dan ‘Umar bin al-Khattab. Selain itu, setelah wilayah taklukan Islam
semakin membesar, Rasulullah SAW juga telah mengutuskan beberapa sahabat lain
ke negara luar dari Madinah untuk mewakili Baginda sebagai hakim, penguasa dan
guru bagi mengajarkan ajaran Islam. Sahabat-sahabat yang menjadi utusan Rasulullah
SAW ke negara luar dari Madinah itu ialah Ali bin Abi Talib, ‘Itab bin Usaid, ‘Amru
bin Hazim, Abu Musa al-Ash’ari dan Muaz bin Jabal (al-Qattan 1993: 33-37).
Rasulullah SAW merupakan pengasas kepada istiqlal al-qada’ dalam syariat
umat Nabi Muhammad. Walau bagaimanapun, pengasingan kuasa kehakiman

2

daripada kuasa eksekutif dan legislatif belum berlaku pada zaman Rasulullah SAW
(Madkur 1964: 23). Ketiga-tiga kuasa itu dipegang sendiri oleh Baginda. Meskipun
begitu, keadilan tetap dapat ditegakkan oleh Baginda melalui pelaksanaan istiqlal al-

qada’ dalam kehakiman Baginda. Semua lapisan masyarakat tanpa mengira
kedudukan dan keturunan seseorang tetap diheret ke muka pengadilan jika disabitkan

bersalah (al-Hashimi 2005: 20). Banyak contoh dan kes yang dihakimi oleh Baginda
yang membuktikan bahawa pelaksanaan istiqlal al-qada’ itu diamalkan sepanjang
penghakiman Baginda. Contoh-contoh dan kes ini mengukuhkan lagi hujah bahawa
Rasulullah SAW sebagai hakim yang mengasaskan istiqlal al-qada’ dalam syariat
umat Nabi Muhammad. Berikut adalah tiga contoh antara pelaksanaan istiqlal al-qada’
dalam kehakiman Rasulullah SAW:
1) Hukuman terhadap wanita bangsawan;
Rasulullah SAW adalah hakim yang adil yang tidak membezakan kedudukan
dan taraf seseorang dalam penghakiman. Sesiapa sahaja yang disabitkan
bersalah tetap akan menerima hukuman. Suatu hari, telah berlaku kes curi
yang melibatkan seorang wanita dari keturunan mulia, Bani Makhzum. Ketika
itu, penduduk Madinah cuba meminta syafaat dan pertolongan Rasulullah
SAW agar mengecualikan wanita itu daripada dikenakan hukuman hudud.
Kisah Makhzumiah ini diceritakan dalam hadis berikut;

ِ‫ ﰲ ﻏﺰوة‬. َ‫أنﱠ ﻗﺮﻳﺸًﺎ أﳘﱠﻬﻢ ﺷﺄ ُن اﳌﺮأ ِة اﳌﺨﺰوﻣﻴﱠﺔِ اﻟﱵ ﺳﺮﻗﺖ ﰲ ﻋﻬﺪِ اﻟﻨﱯِّ ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﱠﻢ‬
‫ وﻣﻦ ﳚﱰئُ ﻋﻠﻴﻪ إﻻ‬: ‫ ﻣﻦ ﻳُﻜﻠِّ ُﻢ ﻓﻴﻬﺎ رﺳﻮلَ ﷲِ ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﱠﻢَ ؟ ﻓﻘﺎﻟﻮا‬: ‫ ﻓﻘﺎﻟﻮا‬. ‫اﻟﻔﺘ ِﺢ‬
‫ ِﺣﺐﱡ رﺳﻮلِ ﷲِ ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﱠﻢَ ؟ ﻓﺄﺗﻰ ﺎ رﺳﻮلَ ﷲِ ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ ﻋﻠﻴﻪ‬، ‫أﺳﺎﻣ ُﺔ ﺑ ُﻦ زﻳ ٍﺪ‬
ُ‫ﻓﻘﺎل )أﺗﺸﻔﻊ‬.َ‫ ﻓﺘﻠﻮﱠنَ وﺟﻪُ رﺳﻮلِ ﷲِ ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﱠﻢ‬. ٍ‫ ﻓﻜﻠﱠﻤﻪ ﻓﻴﻬﺎ أﺳﺎﻣ ُﺔ ﺑ ُﻦ زﻳﺪ‬.َ‫وﺳﻠﱠﻢ‬
‫ رﺳﻮلَ ﷲِ ! ﻓﻠﻤﺎ ﻛﺎن اﻟﻌﺸﻲﱡ ﻗﺎم‬.‫ اﺳﺘﻐﻔِﺮْ ﱄ‬: ُ‫ﷲ ؟( ﻓﻘﺎل ﻟﻪ أﺳﺎﻣﺔ‬

ِ ‫ﰲ ﺣ ٍﺪّ ﻣﻦ ﺣﺪو ِد‬
‫ ﻓﺈﳕﺎ‬. ‫ ﰒ ﻗﺎل )أﻣﺎ ﺑﻌﺪ‬.‫ ﻓﺄﺛﲎ ﻋﻠﻰ ﷲِ ﲟﺎ ﻫﻮ أﻫﻠُﻪ‬. ‫ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﱠﻢَ ﻓﺎﺧﺘﻄﺐ‬
ُ ‫ﷲ ﺻﻠﱠﻰ‬
ِ ‫رﺳﻮ ُل‬
‫ وإذا ﺳﺮق ﻓﻴﻬﻢ‬. ‫ ﺗﺮﻛﻮﻩ‬، ُ‫ أ ﻢ ﻛﺎﻧﻮا إذا ﺳﺮق ﻓﻴﻬﻢ اﻟﺸﺮﻳﻒ‬، ‫أﻫﻠﻚ اﻟﺬﻳﻦ ﻣَﻦ ﻗﺒﻠﻜﻢ‬
‫ واﻟﺬي ﻧﻔﺴﻲ ﺑﻴﺪﻩ! ﻟﻮ أن ﻓﺎﻃﻤﺔ ﺑﻨﺖ ﳏﻤﺪ ﺳﺮﻗﺖ‬، ‫ وإﱐ‬.‫ أﻗﺎﻣﻮا ﻋﻠﻴﻪ اﳊﺪﱠ‬،ُ‫اﻟﻀﻌﻴﻒ‬
.‫ ﰒ أﻣﺮ ﺑﺘﻠﻚ اﳌﺮأة اﻟﱵ ﺳﺮﻗﺖ ﻓﻘﻄﻌﺖ ﻳﺪﻫﺎ‬.(‫ﻟﻘﻄﻌﺖ ﻳﺪﻫﺎ‬

3

Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang Quraisy sedang berasa resah gelisah tentang kes
kecurian yang melibatkan seorang wanita berbangsa Makhzum (yang
berketurunan mulia) pada hari pembukaan kota Mekah. Mereka berkata:
“Siapakah yang berani membawakan kes ini kepada Rasulullah SAW?” Lalu,
ada yang menjawab: “Siapa lagi yang berani selain Usamah bin Zaid, pemuda
kesayangan Rasulullah saw.” Maka, Usamah pun pergi berjumpa dengan
Rasulullah SAW untuk meminta syafaat pertolongan (pengecualian hukuman)
dalam kes tersebut. Lantas berubahlah wajah Rasulullah s.a.w. kerana marah
dan bersabda: “Apakah kamu memohon syafaat pertolongan dalam kes hudud

yang Allah telah tetapkan?” Lalu Usamah berkata: “Maafkan aku wahai
Rasulullah” Kemudian Baginda Rasulullah SAW berdiri dan menyampaikan
khutbah ringkas: “Wahai manusia! Sesungguhnya umat-umat sebelum kamu
yang terdahulu telah dimusnahkan kerana perkara seperti ini. Mereka telah
mengecualikan hukuman hudud terhadap golongan yang berkuasa dan
berkedudukan dalam masyarakat. Namun, apabila rakyat biasa yang lemah dan
tiada kedudukan di antara mereka mencuri, maka barulah mereka
melaksanakan hudud. Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya, sesungguhnya
sekiranya Fatimah binti Muhammad didapati telah mencuri, nescaya aku akan
potong tangannya”. Setelah itu diperintahkan wanita yang mencuri tadi
dipotong tangannya. (Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-hudud, Bab qat’ul alsariq al-syarif wa ghairihi wa al-nahyucan al-shafacah fi al-hudud, hadis no.
4387)
Hadis di atas menerangkan cara penghakiman Rasulullah SAW dalam kes curi
terhadap seorang wanita dari keturunan Makhzum yang mulia. Rasulullah
SAW telah menjatuhkan hukuman hudud potong tangan kepada wanita
tersebut yang telah disabitkan dengan bersalah dengan kesalahan mencuri
walaupun dia terdiri daripada keturunan yang mulia ketika itu. Malah,
Rasulullah SAW juga bersumpah bahawa Baginda sendiri yang akan
menjalankan hukuman hudud potong tangan sekiranya anaknya Fatimah
didapati mencuri seperti wanita Makhzum itu. Rasulullah SAW juga

mengingatkan tentang kemusnahan umat terdahulu yang disebabkan oleh
ketidakadilan yang berlaku dalam penghakiman bilamana hanya golongan
bawahan sahaja yang dikenakan hukuman. Sebaliknya golongan yang kaya dan
berkedudukan lepas bebas begitu sahaja dan terkecuali daripada menerima
hukuman.
Pendalilan kepada hadis di atas menunjukkan pelaksanaan istiqlal al-qada’
dalam penghakiman Rasulullah SAW melalui dua syahid hadis, iaitu;

4

i.

‫أﺗﺸﻔﻊُ ﰲ ﺣﺪٍّ ﻣﻦ ﺣﺪودِ ﷲِ؟‬

Syahid pertama

yang bermaksud ‘Apakah

kamu memohon syafaat pertolongan dalam kes hudud yang Allah telah
tetapkan?’. Syahid ini membuktikan bahawa Rasulullah SAW adalah

hakim yang adil dan bersikap bebas serta tidak terpengaruh dengan
pangkat dan kedudukan seseorang. Rasulullah tetap menjatuhkan
hukuman dan tidak memberikan sebarang pertolongan atau pelepasan
kepada sesiapa sahaja yang disabitkan bersalah melakukan jenayah
walaupun terhadap keturunan atasan seperti Bani Makhzum.
ii.

Syahid kedua:

‫ ﻟﻮ أن ﻓﺎﻃﻤﺔ ﺑﻨﺖ ﳏﻤﺪ ﺳﺮﻗﺖ ﻟﻘﻄﻌﺖ ﻳﺪﻫﺎ‬yang bermaksud

‘Sekiranya Fatimah binti Muhammad itu mencuri, pasti aku akan
memotong tangannya’. Syahid ini membuktikan Rasulullah SAW
selaku hakim yang benar-benar bersikap bebas dan tidak berpihak
kepada sesiapa walaupun terhadap anaknya sendiri. Rasulullah telah
bersumpah bahawa sendiri yang akan memotong tangan anaknya
Fatimah sekiranya dia disabitkan bersalah dengan kesalahan mencuri.
Penghakiman Rasulullah SAW dalam kes ini menunjukkan bahawa
kehakiman adalah suatu badan yang bebas yang tidak boleh
dipengaruhi oleh pangkat dan keturunan demi menegakkan keadilan.

2) Panduan kepada hakim;
Rasulullah SAW adalah hakim yang rasional dan adil dalam penghakiman.
Baginda telah memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada Sayidina ‘Ali RA
sebagai hakim yang baru dan muda belia lagi. Sayidina ‘Ali adalah hakim
yang akan diutuskan ke negara Yaman seperti mana yang disebutkan dalam
hadis;

‫ ﺗﺮﺳﻠﲏ وأ‬،ِ‫رﺳﻮل ﷲ‬

‫ ﻓﻘﻠﺖ‬، ‫ﷲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ إﱃ اﻟﻴﻤﻦ ﻗﺎﺿﻴﺎ‬
ِ ‫ﺑﻌﺜﲏ رﺳﻮل‬

‫ ﻓﺈذا‬، ‫ وﻳﺜﺒﺖ ﻟﺴﺎﻧﻚ‬، ‫ إن ﷲ ﺳﻴﻬﺪي ﻗﻠﺒﻚ‬:‫ وﻻ ﻋﻠﻢ ﱄ ﻟﻘﻀﺎء؟ ﻓﻘﺎل‬، ‫ﺣﺪﻳﺚ اﻟﺴﻦ‬

5

‫ ﻛﻤﺎ ﲰﻌﺖ ﻣﻦ اﻷول ؛ ﻓﺈﻧﻪ‬، ‫ﺟﻠﺲ ﺑﲔ ﻳﺪﻳﻚ اﳋﺼﻤﺎن ﻓﻼ ﺗﻘﻀﲔ ﺣﱴ ﺗﺴﻤﻊ ﻣﻦ اﻵﺧﺮ‬
.‫أﺣﺮى أن ﻳﺘﺒﲔ ﻟﻚ اﻟﻘﻀﺎء‬
Maksudnya:
Rasulullah SAW mengutuskanku ke negara Yaman sebagai hakim. Maka, aku

telah berkata kepada Rasulullah: “Kamu mengutuskanku sedangkan aku masih
muda dan tidak ada ilmu tentang kehakiman?” Lalu Rasulullah SAW
menjawab: “Sesungguhnya Allah akan memberikan hidayah kepada hatimu
dan menetapkan lidahmu (agar menjadi fasih). Sekiranya dua orang yang
bertelagah datang kepadamu, maka janganlah kamu menghakimi mereka
sehinggalah kamu mendengar keterangan pihak yang lagi satu sepertimana
kamu mendengar keterangan pihak yang pertama tadi. Itulah cara yang dapat
menerangkan kepadamu tentang kehakiman” (Abi Daud, Sunan Abi Daud,
Kitab al-aqdiyyah, Bab kayfa al-qada’,hadis no. 3582).
Hadis di atas menerangkan tunjuk ajar Rasulullah SAW kepada Sayidina ‘Ali
yang akan diutuskan ke negara Yaman sebagai penguasa dan hakim.
Rasulullah telah mengajarkan bahawa seorang hakim itu tidak boleh
menjatuhkan hukuman berdasarkan dakwaan dan keterangan sebelah pihak
sahaja. Sebaliknya, seorang hakim itu mesti mendengar hujah keterangan
daripada kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan dan menjatuhkan
hukuman.

Pendalilan kepada hadis di atas menunjukkan pelaksanaan istiqlal al-qada’
dalam penghakiman Rasulullah SAW melalui syahid hadis,


‫اﳋﺼﻤﺎن ﻓﻼ ﺗﻘﻀﲔ ﺣﱴ ﺗﺴﻤﻊ ﻣﻦ اﻵﺧﺮ‬

‫ﻓﺈذا ﺟﻠﺲ ﺑﲔ ﻳﺪﻳﻚ‬

yang bermaksud ‘Sekiranya dua orang

yang bertelagah datang kepadamu, maka janganlah kamu menghakimi mereka
sehinggalah kamu mendengar keterangan pihak yang lagi satu seperti mana
kamu mendengar keterangan pihak yang pertama tadi’. Syahid ini
menunjukkan bahawa Rasulullah adalah hakim yang bersikap bebas dan tidak
mudah dipengaruhi berdasarkan dakwaan satu belah pihak sahaja. Sebaliknya,
Rasulullah mengajarkan bahawa seseorang hakim mesti mendengar hujah
keterangan daripada kedua-dua belah pihak sebelum membuat sesuatu
keputusan dan menjatuhkan hukuman.

6

3) Hubungan baik yang tidak mempengaruhi;
Rasulullah SAW adalah hakim yang bebas dan berpendirian. Walaupun,
Baginda Nabi mempunyai hubungan baik dengan seseorang, namun hubungan
itu sedikit pun tidak mempengaruhi Baginda dalam kehakiman.Ini kerana
konsep istiqlal al-qada’ yang diamalkan oleh Rasulullah sebagai pengasas
kepada syariat ini. Pernah suatu ketika, dua orang lelaki dari wilayah Kindah
dan Hadaramaut di Yaman bertelagah di hadapan Rasulullah SAW tentang
pemilikan tanah. Pada masa yang sama, lelaki dari wilayah Hadaramaut
(digelar sebagai Hadrami) itu sangat dikenali oleh Rasulullah dan mereka
mempunyai hubungan yang baik. Namun, hubungan yang baik itu langsung
tidak mempengaruhi penghakiman Rasulullah terhadapnya sepertimana yang
diceritakan dalam hadis;

:‫ت ورﺟﻞٌ ﻣﻦ ﻛِﻨﺪةَ إﱃ اﻟﱠﻨﱯِّ ﺻﻠﱠﻰ ا ﱠُ ﻋﻠَﻴﻪِ وﺳﻠﱠﻢَ ﻓﻘﺎلَ اﳊَﻀﺮﻣﻲﱡ‬
َ ‫ﺟﺎ َء رﺟﻞٌ ﻣِﻦ ﺣَﻀ َﺮﻣَﻮ‬
‫ ﻫﻲَ أرﺿﻲ ﰲ ﻳﺪي‬:‫ ﻓﻘﺎلَ اﻟﻜِﻨﺪيﱡ‬.‫رﺳﻮ َل ا ﱠِ! إنﱠ ﻫﺬا ﻗﺪ ﻏَﻠﺒَﲏ ﻋﻠَﻰ أرضٍ ﱄ ﻛﺎﻧَﺖ ﻷﰊ‬
‫ﺲ ﻟَﻪ ﻓﻴﻬﺎ ﺣﻖﱞ ﻓﻘﺎلَ رﺳﻮلُ ا ﱠِ ﺻﻠﱠﻰ ا ﱠُ ﻋﻠَﻴﻪِ وﺳﻠﱠﻢَ ﻟﻠﺤَﻀﺮﻣﻲِّ أﻟَﻚَ ﺑـَﻴِّﻨﺔٌ ﻗﺎلَ ﻻ‬
َ ‫أز َرﻋُﻬﺎ ﻟﻴ‬
‫ﻚ ﳝﻴﻨُ ُﻪ ﻗﺎ َل رﺳﻮ َل ا ﱠِ إنﱠ اﻟﺮﱠﺟﻞَ ﻓﺎﺟﺮٌ ﻻ ﻳُﺒﺎﱄ ﻋﻠَﻰ ﻣﺎ ﺣﻠﻒَ ﻋﻠَﻴﻪِ وﻟﻴﺲَ ﻳﺘﻮرﱠعُ ﻣِﻦ‬
َ َ‫ﻗﺎ َل ﻓﻠ‬
َ‫ﻚ ﻣﻨ ُﻪ إﻻﱠ ذﻟِﻚَ ﻓﺎﻧﻄﻠﻖَ ﻟﻴﺤِﻠﻒَ ﻓﻘﺎلَ رﺳﻮلُ ا ﱠِ ﺻﻠﱠﻰ ا ﱠُ ﻋﻠَﻴﻪِ وﺳﻠﱠﻢَ ﳌﺎ أدﺑﺮ‬
َ َ‫ﺲ ﻟ‬
َ ‫ﺷﻲءٍ ﻓﻘﺎ َل ﻟﻴ‬
ٌ‫ﻒ ﻋﻠَﻰ ﻣﺎﻟِ ِﻪ ﻟِﻴﺄﻛﻠَﻪُ ﻇُﻠﻤًﺎ ﻟَﻴﻠﻘَﲔَﱠ ا ﱠَ وَﻫﻮَ ﻋﻨﻪُ ﻣُﻌﺮِض‬
َ ‫أﻣﺎ ﻟَﺌﻦ ﺣﻠ‬
Maksudnya:
Seorang lelaki dari wilayah Hadaramaut (digelar sebagai Hadrami) dan
seorang lelaki dari wilayah Kindah (digelar sebagai Kindi) telah berjumpa
dengan Nabi SAW. Maka, Hadrami itu berkata: “Wahai Rasulullah,
sesungguhnya lelaki ini telah menguasai tanah milikku ini. Dahulunya, tanah
ini milik bapaku.” Lalu, Kindi menjawab: “Ini adalah tanah milikku yang
mana aku bercucuk tanam padanya. Sesungguhnya dia tidak mempunyai hak
ke atasnya”. Rasulullah SAW bertanya kepada Hadrami; “Adakah kamu
mempunyai bukti?” Hadrami menjawab: “Tidak.” Rasulullah pun berkata:
“Oleh sebab itu, bagimu adalah sumpahnya”. Lantas, Hadrami berkata:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia adalah lelaki yang jahat. Dia sama
sekali tidak hirau terhadap sumpah yang dilafazkannya dan dia tidak bersifat
wara' terhadap apa jua”. Lalu, Rasulullah membalas: “Tiadalah bagimu
melainkan sumpahnya”. Maka, apabila Kindi beredar, Rasulullah SAW
bersabda kepada Hadrami: “Sekiranya dia bersumpah atas hartanya supaya dia
dapat memakan harta tersebut dengan cara yang zalim, ketahuilah bahawa
sesungguhnya dia akan berjumpa dengan Allah SWT sedangkan Allah

7

berpaling daripadanya” (Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-iman, Bab wa’eid
man aqto’a hak muslimbiyamini fajirah bi al-nar, hadis no. 356).
Hadis di atas menerangkan cara penghakiman Rasulullah SAW dalam kes
perebutan pemilikan tanah antara Kindi dan Hadrami. Kindi adalah seorang
lelaki yang jahat dan tidak bersifat warak terhadap apa jua sekalipun.
Manakala Hadrami telah dikenali oleh Rasulullah sebagai lelaki yang soleh
dan mereka berdua mempunyai hubungan yang baik. Walau bagaimanapun,
Hadrami sebagai pendakwa tidak mempunyai bukti. Oleh sebab itu, Rasulullah
telah memutuskan bahawa tidak ada jalan lain bagi Hadrami melainkan
sumpah daripada Kindi sebagai penafian terhadap dakwaan Hadrami.

Pendalilan kepada hadis di atas menunjukkan pelaksanaan istiqlal al-qada’

‫ﻗﺎ َل رﺳﻮ َل ا ِﱠ‬
‫ﻚ ﻣﻨ ُﻪ إﻻﱠ‬
َ َ‫ع ﻣِﻦ ﺷﻲءٍ ﻓﻘﺎلَ ﻟﻴﺲَ ﻟ‬
ُ ‫ﺲ ﻳﺘﻮرﱠ‬
َ ‫ﻒ ﻋﻠَﻴﻪِ وﻟﻴ‬
َ ‫إنﱠ اﻟﺮﱠﺟ َﻞ ﻓﺎﺟﺮٌ ﻻ ﻳُﺒﺎﱄ ﻋﻠَﻰ ﻣﺎ ﺣﻠ‬
َ‫ ذﻟِﻚ‬yang bermaksud ‘Hadrami telah berkata: “Wahai Rasulullah,

dalam penghakiman Rasulullah SAW berdasarkan syahid hadis;

sesungguhnya dia adalah lelaki yang jahat. Dia sama sekali tidak hirau
terhadap sumpah yang dilafazkannya dan dia tidak bersifat wara' terhadap apa
jua”. Lalu, Rasulullah membalas: “Tiadalah bagimu melainkan sumpahnya”.
Syahid ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sememangnya telah
mengenali Hadrami dan mereka berdua mempunyai hubungan yang baik.
Jikalau tidak, masakan Rasulullah membiarkan dakwaan Hadrami yang
mengatakan bahawa Kindi adalah lelaki yang jahat. Malah, Rasulullah tidak
berkata perkara yang sama kepada Hadrami kerana Baginda sememangnya
mengenali Hadrami sebagai lelaki yang soleh dan mereka berdua mempunyai
hubungan yang baik.

Walau bagaimanapun, hubungan yang baik antara

Rasulullah SAW dengan Hadrami sedikit pun tidak mempengaruhi Baginda
untuk berlaku adil dalam kehakiman. Baginda tetap menerima sumpah Kindi
kerana Hadrami tidak mempunyai bukti berdasarkan kaedah fiqah;

‫اﻟﺒﻴﻨﺔ ﻋﻠﻰ‬

‫ واﻟﻴﻤﲔ ﻋﻠﻰ ﻣﻦ أﻧﻜﺮ‬،‫ اﳌﺪﻋﻲ‬yang bermaksud ‘Beban pembuktian adalah ke atas
pendakwa, dan sumpah daripada orang yang menafikan dakwaan’. Begitulah

8

keadilan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebagai hakim yang
membuktikan pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman Baginda.
PELAKSANAAN ISTIQLAL AL-QADA’ PADA ZAMAN KHULAFA’ ALRASYIDIN
Khulafa al-Rasyidin membawa maksud khalifah-khalifah yang menggantikan
Rasulullah SAW selepas kewafatannya untuk memimpin umat. Antara tugas para
khalifah adalah menguruskan dan mentadbir hal ehwal kehakiman (al-Qattan 1993:
41). Para khalifah telah menjalankan urusan kehakiman dengan begitu baik sekali
sebagaimana yang telah diajarkan oleh Baginda Nabi SAW. Pelaksanaan istiqlal al-

qada’ dalam kehakiman juga telah diteruskan demi menjamin keadilan dan menjaga
maslahat umat.
Sayidina Abu Bakar al-Siddiq atau nama sebenarnya Abdullah bin Abi
Qahafah adalah khalifah pertama yang telah memimpin umat Islam selepas kewafatan
Rasulullah SAW pada tahun kesebelas Hijrah (al-Humaydi 1989: 235). Tidak berlaku
sebarang perubahan dalam sistem kehakiman semasa zaman pemerintahan Sayidina
Abu Bakar al-Siddiq sepertimana pada zaman Rasulullah SAW. Ini kerana tugas
kehakiman masih lagi dipegang oleh khalifah itu sendiri dan dibantu oleh beberapa
orang penguasa yang telah dilantik untuk memerintah wilayah luar Madinah
(Mushrifah 1939: 98-99). Pelaksanaan istiqlal al-qada’ juga tetap berjalan sepertimana
pada zaman pemerintahan Rasulullah SAW walaupun ketika itu belum berlaku
pengasingan kuasa kehakiman daripada kuasa eksekutif dan legislatif.Ini disebabkan
kurangnya pertelingkahan yang berlaku lantaran kuatnya pegangan agama dalam diri
mereka yang masih lagi dekat dengan zaman Rasulullah SAW(Madkur 1964: 25).
Pada tahun ketiga belas Hijrah, Sayidina ‘Umar telah menggantikan
pemerintahan Sayidina Abu Bakar selepas kewafatannya (Mushrifah 1939: 98-99).
Beliau telah memperkenalkan istilah baru dan menggelarkan dirinya dengan istilah itu,
iaitu ‘Amirul Mukminin’ yang bermaksud ketua pemimpin orang-orang mukmin
sebagai ganti kepada gelaran ‘Khalifah kepada khalifah Rasulullah’ yang agak
panjang itu (al-Suyuti 2004:125). Semasa dua tahun pertama pemerintahan Sayidina

9

‘Umar al-Khattab, khalifah masih lagi memegang tugas kehakiman sepertimana pada
zaman Rasulullah SAW dan zaman pemerintahan Sayidina Abu Bakar al-Siddiq
(Mushrifah 1939: 98-99). Walau bagaimanapun, setelah wilayah Islam semakin besar,
umat Islam semakin ramai dan tugas penguasa pentadbiran wilayah semakin banyak,
maka Sayidina ‘Umar al-Khattab telah mengasingkan kuasa kehakiman daripada
kuasa legislatif dan eksekutif (al-Humaydi 1989: 233). Pengasingan kuasa ini
bertujuan agar tugas kehakiman dapat difokuskan dan dilaksanakan dengan sempurna
oleh hakim-hakim yang telah dilantik demi menjaga maslahat umat. Manakala,
penguasa pula dapat menumpukan kepada tugas-tugas pentadbiran wilayah sahaja (alHashimi 2005: 24)
Seterusnya, Sayidina ‘Uthman bin Affan pula telah dilantik menjadi khalifah
pada tahun kedua puluh tiga Hijrah menggantikan Sayidina ‘Umar yang telah
meninggal dunia kerana dibunuh (Mushrifah 1939: 109). Semasa zaman pemerintahan
Sayidina ‘Uthman, beliau lebih banyak mengadakan perbincangan dengan para
sahabat yang lain sebelum memutuskan kes dan menjatuhkan sesuatu hukuman. Para
sahabat yang sering dipanggil itu ialah Sayidina ‘Ali bin Abi Talib, Talhah bin
Ubaidillah, Zubair al-‘Awwam dan Abdul Rahman bin ‘Auf (al-Qattan 1993: 53-54).
Walau bagaimanapun, pelaksanaan istiqlal al-qada’ tetap diteruskan seperti zaman
pemerintahan yang sebelumnya.
Manakala Sayidina ‘Ali RA pula adalah Khulafa’ al-Rasyidin terakhir yang
dilantik pada tahun ketiga puluh empat Hijrah (Mushrifah 1939: 119). Pada ketika itu,
umat Islam berada dalam keadaan yang tegang berikutan pembunuhan Sayidina
‘Uthman. Malah, ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab memfitnah
Sayidina ‘Ali sebagai pembunuhnya. Oleh sebab itu, Sayidina ‘Ali telah memecat
beberapa orang hakim yang terlibat dalam penyebaran fitnah ke atasnya itu dan sangat
berhati-hati dalam pelantikan hakim (al-Qattan 1993: 56). Berikut adalah tiga contoh
antara contoh pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman para Khulafa’ alRasyidin yang diambil daripada athar sahabat:

1) Keharusan Hakim Membatalkan Hukumannya;

10

Seseorang hakim berhak untuk menarik balik keputusan dan membatalkan
hukuman apabila didapati berlaku kesilapan dalam penghakiman. Keharusan
ini membuktikan kebebasan seseorang hakim itu dalam institusi kehakiman
yang mana dia tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Suatu ketika,
Sayidina ‘Ali bin Abi Talib pernah menyangkal dan mempersoalkan hukuman
rejam ke atas seorang wanita gila yang berzina yang telah dijatuhkan oleh
Khalifah ‘Umar al-Khattab sebagai hakim ketika itu. Walau bagaimanapun,
selepas mendengar hujah Sayidina ‘Ali, maka Khalifah ‘Umar telah menarik
kembali hukuman tersebut sepertimana yang diceritakan dalam athar;

‫ ﻓﻤﺮ ﺎ ﻋﻠﻰ ﻋﻠﻲ‬، ‫ ﻓﺄﻣﺮ ﺎ ﻋﻤﺮأن ﺗﺮﺟﻢ‬، ‫ ﻗﺪ زﻧﺖ ﻓﺎﺳﺘﺸﺎر ﻓﻴﻬﺎ أ ﺳﺎ‬، ‫أﰐ ﻋﻤﺮ ﲟﺠﻨﻮﻧﺔ‬
. ‫ ﻓﺄﻣﺮ ﺎ ﻋﻤﺮأن ﺗﺮﺟﻢ‬، ‫ ﳎﻨﻮﻧﺔ ﺑﲏ ﻓﻼن زﻧﺖ‬: ‫ ﻣﺎ ﺷﺄن ﻫﺬﻩ ؟ ﻗﺎﻟﻮا‬: ‫ﺑﻦ أﰊ ﻃﺎﻟﺐ ﻓﻘﺎل‬
‫ أﻣﺎ ﻋﻠﻤﺖ أن اﻟﻘﻠﻢ ﻗﺪ رﻓﻊ ﻋﻦ‬، ‫ أﻣﲑ اﳌﺆﻣﻨﲔ‬: ‫ ﰒ أ ﻩ ﻓﻘﺎل‬، ‫ ارﺟﻌﻮا ﺎ‬: ‫ ﻓﻘﺎل‬: ‫ﻗﺎل‬
‫ ﺑﻠﻰ‬: ‫ وﻋﻦ اﻟﺼﱯ ﺣﱴ ﻳﻌﻘﻞ ؟ ﻗﺎل‬، ‫ وﻋﻦ اﻟﻨﺎﺋﻢ ﺣﱴ ﻳﺴﺘﻴﻘﻆ‬، ‫ﺛﻼﺛﺔ ؛ ﻋﻦ ا ﻨﻮن ﺣﱴ ﻳﱪأ‬
‫ ﻓﺠﻌﻞ‬: ‫ ﻗﺎل‬، ‫ ﻓﺄرﺳﻠﻬﺎ‬: ‫ ﻗﺎل‬، ‫ ﻗﺎل ﻓﺄرﺳﻠﻬﺎ‬، ‫ ﻻ ﺷﻲء‬: ‫ ﻓﻤﺎ ًل ﻫﺬﻩ ﺗﺮﺟﻢ ؟ ﻗﺎل‬: ‫ ﻗﺎل‬،
‫ﻳﻜﱪ‬
Maksudnya:
Sayidina ‘Umar telah didatangi oleh seorang wanita gila yang telah berzina.
Maka, orang ramai meminta agar dihakimi wanita itu. Oleh sebab itu, Sayidina
‘Umar telah memerintahkan agar dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya.
Kebetulan, seketika kemudian, Sayidina ‘Ali telah lalu di hadapan wanita itu
dan bertanya, “ Apa yang telah dilakukan oleh wanita ini?” Lantas, orang
ramai yang berada di situ menjawab, “Wanita gila daripada Bani Fulan telah
berzina. Maka, Sayidina ‘Umar memerintahkan hukuman rejam ke atasnya
dilaksanakan.” Lalu Sayidina ‘Ali berkata, “Kembalilah kamu semua
kepadanya (wanita gila itu)”. Setelah itu, Sayidina ‘Ali telah pergi menemui
Sayidina ‘Umar dan berkata, “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah kamu
mengetahui bahawa sesungguhnya pena itu terangkat (tidak dikenakan
hukuman ke atasnya) terhadap tiga golongan; (pertama) orang gila sehingga
dia pulih dari gilanya, (kedua) orang tidur sehingga dia terjaga dari tidurnya,
(ketiga) kanak-kanak sehingga dia berakal (tahu menilai antara baik dan
buruk)? Sayidina ‘Umar menjawab : “Ya” Lalu Sayidina ‘Ali berkata lagi:
“Kalau begitu, mengapakah kamu menjatuhkan hukuman rejam ke atasnya?”
Sayidina ‘Umar menjawab: “Benar, tidak perlu hukuman apa-apa ke atasnya”
Sayidina ‘Ali berkata lagi: “Oleh sebab itu, lepaskanlah dia” Maka, Sayidina
‘Umar telah melepaskannya. (Abi Daud, Sunan Abi Daud, Kitab al-hudud,
Bab fi al-majnun yasriq au yusibuhaddan, hadis no. 4399)

11

Athar sahabat di atas menceritakan kebebasan Sayidina ‘Umar RA
sebagai hakim dalam membuat keputusan, sama ada mengekalkan atau
menarik kembali keputusan dan membatalkan hukuman setelah diperbetulkan
oleh Sayidina ‘Ali. Akhirnya, setelah Sayidina ‘Umar menyedari akan
kesilapannya dalam penghakiman, maka beliau telah menarik balik hukuman
rejam ke atas wanita itu berdasarkan hujah daripada hadis Nabi yang
dibawakan oleh Sayidina ‘Ali RA.
Pendalilan kepada athar di atas menunjukkan pelaksanaan istiqlal al-qada’
dalam kehakiman yang mana Sayidina ‘Umar al-Khattab adalah seorang
hakim yang bebas untuk membuat sebarang keputusan dan bebas juga menarik
balik sesuatu keputusan melalui syahid athar:

i.

Syahid pertama;

‫ ﻓﺄﻣﺮ ﺎ ﻋﻤﺮ أن ﺗﺮﺟﻢ‬yang bermaksud ‘Sayidina ‘Umar

memerintahkan ke atas wanita itu direjam’. Ini menunjukkan pada
permulaannya Sayidina ‘Umar telah membuat keputusan dan
menjatuhkan hukuman rejam ke atas wanita.
ii.

Syahid kedua;

‫ ﻓﺄرﺳﻠﻬﺎ‬yang bermaksud ‘Bebaskanlah dia (wanita itu).

Syahid ini menunjukkan bahawa Sayidina ‘Umar telah menarik semula
keputusan dan membatalkan hukuman ke atas wanita itu dengan
membebaskannya

setelah

didapati

berlaku

kesilapan

dalam

penghakiman sepertimana yang ditegur oleh Sayidina ‘Ali.
2) Penolakan terhadap penghakiman berat sebelah;
Seseorang hakim adalah bertanggungjawab penuh untuk menegakkan keadilan,
tidak berat sebelah dan bersikap bebas serta tidak boleh dipengaruhi oleh
pangkat, kemuliaan atau apa jua sekalipun. Para hakim hendaklah berpegang
teguh kepada prinsip istiqlal al-qada’ walaupun orang yang dihakiminya
adalah pemimpin masyarakat yang mulia. Pernah suatu ketika pada zaman
pemerintahan Khalifah Sayidina ‘Umar, berlaku pertelagahan antara Sayidina
‘Umar RA dengan Ubai bin Ka’ab. Mereka berdua telah pergi berjumpa
dengan Zaid bin Thabit sebagai hakim untuk dihakimi. Walau bagaimanapun,

12

Sayidina ‘Umar telah menolak penghakiman Zaid yang tidak adil dan tidak
mengamalkan konsep istiqlal al-qada’ sepertimana yang diceritakan dalam
athar;

‫ اﺟﻌﻞ ﺑﻴﲏ‬:‫ ﻛﺎن ﺑﲔ ﻋﻤﺮ وأﰊ رﺿﻰ ﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ ﺧﺼﻮﻣﺔ ﻓﻘﺎل ﻋﻤﺮ‬:‫ ﲰﻌﺖ اﻟﺸﻌﱯ ﻗﺎل‬:‫ﻗﺎل‬
‫ ﻋﻤﺮ رﺿﻰ ﷲ ﻋﻨﻪ‬:‫ ﻓﺄﺗﻮﻩ ﻗﺎل ﻓﻘﺎل‬:‫ ﻓﺠﻌﻼ ﺑﻴﻨﻬﻤﺎ زﻳﺪ ﺑﻦ ﺑﺖ ﻗﺎل‬:‫وﺑﻴﻨﻚ رﺟﻼ ﻗﺎل‬
‫ ﻓﻠﻤﺎ دﺧﻠﻮا ﻋﻠﻴﻪ أﺟﻠﺴﻪ ﻣﻌﻪ ﻋﻠﻰ ﺻﺪر ﻓﺮاﺷﻪ‬:‫ ﻗﺎل‬.‫أﺗﻴﻨﺎك ﻟﺘﺤﻜﻢ ﺑﻴﻨﻨﺎ وﰲ ﺑﻴﺘﻪ ﻳﺆﺗﻰ اﳊﻜﻢ‬
‫ ﻓﻘﺼﺎ ﻋﻠﻴﻪ اﻟﻘﺼﺔ‬:‫ ﻓﻘﺎل ﻫﺬا أول ﺟﻮر ﺟﺮت ﰲ ﺣﻜﻤﻚ أﺟﻠﺴﲏ وﺧﺼﻤﻲ ﳎﻠﺴﺎ ﻗﺎل‬:‫ﻗﺎل‬
‫ ﻓﺄﻗﺴﻢ ﻋﻤﺮ رﺿﻰ ﷲ ﻋﻨﻪ‬:‫ ﻓﻘﺎل زﻳﺪ ﻷﰊ اﻟﻴﻤﲔ ﻋﻠﻰ أﻣﲑ اﳌﺆﻣﻨﲔ ﻓﺈن ﺷﺌﺖ أﻋﻔﻴﺘﻪ ﻗﺎل‬:‫ﻗﺎل‬
‫ﻋﻠﻰ‬
.‫ ﻻ ﻳﻜﻮن ﱄ ﻋﻠﻰ أﺣﺪ ﻓﻀﻴﻠﺔ‬/ ‫ذﻟﻚ ﰒ أﻗﺴﻢ ﻟﻪ ﻻ ﺗﺪرك ب اﻟﻘﻀﺎء ﺣﱴ‬
Maksudnya:
Suatu pertelingkahan telah berlaku di antara Sayidina ‘Umar al-Khattab dan
Ubai RA. (pada zaman pemerintahan Sayidina ‘Umar). Maka, Sayidina ‘Umar
telah berkata: “Sesungguhnya kita mesti melantik seorang hakim di antara kita
(untuk mengadili kes ini).” Oleh sebab itu, mereka berdua telah menjadikan
Zaid bin Thabit sebagai hakim dan pergi berjumpa Zaid. Apabila tiba di rumah
Zaid, Sayidina ‘Umar berkata: “Sayidina ‘Umar RA. telah datang kepada
kamu untuk dihakimi dan dirumahmu diputuskan kes ini” Maka, setelah
mereka berdua masuk ke dalam rumah, Zaid terus memberikan tempat
duduknya kepada Sayidina ‘Umar (kerana memuliakannya) dan duduk
bersama dengannya. Lantas, Sayidina ‘Umar berkata: “Ini adalah kesalahan
pertama (kerana tidak berlaku adil) yang berlaku dalam penghakimanmu!
Hakimi aku dan lawanku dalam satu perbicaraan (pada kedudukan yang
sama).” Setelah Sayidina ‘Umar dan Ubai masing-masing selesai menceritakan
hal dan punca pertelingkahan mereka itu, maka Zaid pun berkata kepada Ubai
al-Yamin: “Sekiranya kamu mahu, maafkanlah dia (kerana memuliakan
Sayidina ‘Umar sebagai Khalifah pada masa itu)”. Lantas, ‘Umar sekali lagi
marah dengan tindakan Zaid ini (kerana tidak berlaku adil) dan berkata:
“Jangan kamu menghampiri pintu kehakiman (termasuklah menjadi hakim
atau peguam atau pihak yang bertelingkah) sehinggalah kamu tidak lagi
melebihkan aku daripada orang lain” (al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, kitab
adab al-qadhi, bab al-qadi la yahkum li nafsihi, hadis no. 20510)
Athar sahabat di atas menceritakan pertelagahan yang berlaku antara Sayidina
‘Umar RA dengan Ubai bin Ka’ab RA yang telah dihakimi oleh Zaid bin
Thabit sebagai hakim yang dilantik ketika itu. Walau bagaimanapun, Zaid
telah melakukan kesilapan dalam prosiding perbicaraan dengan tidak berlaku

13

adil dan memberi keistimewaan kepada Sayidina ‘Umar berbanding Ubai.Ini
disebabkan Zaid sangat menghormati dan memuliakan Sayidina ‘Umar sebagai
khalifah. Kesannya, penghakiman Zaid ini telah ditolak oleh Sayidina ‘Umar
dan peringatan tegas diberikan kepadanya.
Pendalilan kepada athar di atas menunjukkan bahawa Sayidina ‘Umar
al-Khattab tegas dalam pendiriannya berkaitan dengan pelaksanaan istiqlal al-

qada’ melalui syahid athar;
i.

Syahid pertama: Pelaksanaan konsep istiqlal al-qada’ melalui
pengasingan kuasa kehakiman daripada kuasa legislatif dan eksekutif
berdasarkan kata-kata

‫ ﻓﺠﻌﻼ ﺑﻴﻨﻬﻤﺎ زﻳﺪ ﺑﻦ ﺑﺖ‬yang bermaksud ‘Maka,

mereka berdua telah menjadikan Zaid bin Thabit sebagai hakim’. Ini
menunjukkan Sayidina ‘Umar sebagai Khalifah ketika itu telah
mengasingkan kuasa kehakiman daripada kuasa legislatif dan eksekutif
apabila beliau sendiri telah pergi berjumpa dengan hakim untuk
menyelesaikan pertelagahannya dengan Ubai kerana ia di luar bidang
kuasanya sebagai Khalifah.
ii.

Syahid kedua; Ketegasan pendirian Sayidina ‘Umar dalam memastikan
pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman dengan menolak
penghakiman Zaid yang tidak adil yang mana telah memberikan
keistimewaan kepada dirinya berbanding pihak lawannya, Ubai
berdasarkan kata-kata Sayidina ‘Umar

‫ﱄ ﻋﻠﻰ أﺣﺪ ﻓﻀﻴﻠﺔ‬

‫ ﻻ ﻳﻜﻮن‬/ ‫ﻻ ﺗﺪرك ب اﻟﻘﻀﺎء ﺣﱴ‬

yang bermaksud ‘Jangan kamu menghampiri pintu

kehakiman (termasuklah menjadi hakim atau peguam atau pihak yang
bertelingkah) sehinggalah kamu tidak lagi melebihkan aku daripada
orang lain’. Kisah ini benar-benar membuktikan pelaksanaan istiqlal al-

qada’ dalam sejarah zaman pemerintahan Sayidina ‘Umar RA.

14

3) Kesamarataan Pihak yang Bertelagah
Antara prinsip pelaksanaan istiqlal al-qada’ yang menjadi kewajiban kepada
seseorang hakim adalah menyamaratakan kedua-dua pihak yang bertelagah.
Para hakim mestilah bersikap bebas dan tidak memihak kepada mana-mana
pihak sekalipun. Prinsip kesamarataan ini telah ditunjukkan oleh Sayidina ‘Ali
RA ketika mana seorang lelaki telah datang berjumpa dengannya
mengemukakan kes pertelingkahannya. Walau bagaimanapun, Sayidina ‘Ali
telah menolak untuk menghakimi kes itu kerana lelaki itu hanya datang
berseorangan sahaja tanpa pihak lawannya sepertimana yang diceritakan dalam
athar;

ُ‫ ﻓﻘﺎلَ ﻟَﻪُ ﻋﻠﻲﱞ رﺿﻲَ ا ﱠ‬، ُ‫ ﰒﱠ ﻗ ِﺪمَ ﺧﺼﻤًﺎ ﻟَﻪ‬، ِ‫ﻧﺰ َل ﻋﻠَﻰ ﻋﻠ ٍﻲّ رﺿ َﻲ ا ُﱠ ﻋﻨ ُﻪ رﺟﻞٌ وَﻫﻮَ ﻟﻜﻮﻓﺔ‬
‫ َﺎ‬: َ‫ ﻓﺈنﱠ رَﺳﻮلَ ا ﱠِ ﺻﻠﱠﻰ ا ﱠُ ﻋﻠﻴﻪِ وﺳﻠﱠﻢ‬، ْ‫ ﻓﺘﺤﻮﱠل‬: َ‫ ﻗﺎل‬، ‫ ﻧﻌﻢ‬: ‫ﺖ ؟ ﻗﺎ َل‬
َ ‫أﺧﺼﻢٌ أﻧ‬: ‫ﻋَﻨ ُﻪ‬
3

ُ‫ﻒ اﳋﺼ َﻢ إﻻﱠ وﺧﺼﻤُﻪُ ﻣﻌَﻪ‬
َ ‫أن ﻧُﻀﻴ‬

Maksudnya:
Sayidina ‘Ali telah didatangi seorang lelaki ketika di Kufah. Kemudian
lelaki itu telah mengemukakan suatu kes pertelingkahan kepadanya. Lalu,
Sayidina ‘Ali bertanya kepadanya: “Adakah kamu orang yang bertelingkah
itu?” Lelaki itu menjawab: “Ya”. Lantas Sayidina ‘Ali berkata: “Pulanglah
kamu. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah melarang kami untuk mendengar
suatu pertelingkahan kecuali dia dan pihak lawannya ada bersama-sama
dengannya.” (al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, kitab adab al-qadi, bab la
yanbaghi li al-qadican yudif al-khosmuilla wa khosmuhuma’ahu, hadis no.
20470)
Athar di atas menerangkan bahawa Sayidina ‘Ali enggan untuk menghakimi
dan mendengar kes pertelingkahan seorang lelaki yang telah datang berjumpa
dengannya di Kufah.Ini disebabkan oleh peringatan Rasulullah SAW yang
telah melarang seorang hakim daripada mendengar sesuatu kes daripada
sebelah sahaja tanpa dihadiri oleh pihak lawan bersama-sama dengannya

al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, kitab adab al-qadi, bab la yanbaghi li al-qadican yudif alkhosmuilla wa khosmuhuma’ahu. Lihat al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, hadis no. 20470, Jil. 10, hlm.
232.
3

15

kerana dikhuatiri keputusan hakim itu nanti hanya dipengaruhi oleh satu pihak
sahaja.
Pendalilan kepada athar di atas menunjukkan pelaksanaan istiqlal al-

qada’ dalam kehakiman Sayidina ‘Ali RA melalui syahid athar;
i.

Syahid pertama: Keengganan Sayidina ‘Ali RA daripada mendengar
kes pertelingkahan lelaki itu apatah lagi untuk menghakiminya
berdasarkan kata-kata

ْ‫ﻓﺘﺤﻮﱠل‬

yang bermaksud ‘Pulanglah’. Ini

menunjukkan Sayidina ‘Ali sebagai hakim menolak untuk mendengar
kes itu kerana lelaki itu hanya datang berseorangan tanpa pihak
lawannya. Perkara ini membuktikan bahawa kesamarataan antara
kedua-dua pihak yang bertelagah dalam kehakiman bilamana mereka
berdua mestilah dating bersama-sama untuk mengemukakan sesuatu
kes pertelingkahan.
ii.

Syahid kedua; Pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman
berdasarkan kata-kata Sayidina ‘Ali;

: َ‫ﻓﺈنﱠ رَﺳﻮ َل ا ِﱠ ﺻﻠﱠﻰ ا ُﱠ ﻋﻠﻴﻪِ وﺳﻠﱠﻢ‬

ُ‫ َﺎ أن ﻧُﻀﻴﻒَ اﳋﺼﻢَ إﻻﱠ وﺧﺼﻤُﻪُ ﻣﻌَﻪ‬yang bermaksud ‘Sesungguhnya
Rasulullah SAW telah melarang kami untuk mendengar suatu
pertelingkahan kecuali dia dan pihak lawannya ada bersama-sama
dengannya’. Ini menunjukkan Sayidina ‘Ali adalah seorang hakim yang
bersikap bebas dan tidak mahu dipengaruhi dalam membuat keputusan
dan menjatuhkan hukuman berdasarkan dakwaan sesuatu pihak sahaja
sepertimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.
KESIMPULAN
Kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa pelaksanaan istiqlal al-qada’ ini
sememangnya telah diamalkan dalam sejarah Islam sejak zaman dahulu. Rasulullah
SAW sebagai pengasas kepada konsep istiqlal al-qada’ ini telah meninggalkan kepada

16

umatnya banyak contoh amalan kehakiman sebagai panduan kepada para hakim
selepasnya dalam melaksanakan istiqlal al-qada’. Begitu juga dengan hakim-hakim
pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin yang tetap teguh berpegang dan mempertahankan
prinsip pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman. Antara contoh pelaksanaan

istiqlal al-qada’ yang telah ditunjukkan adalah tentang kebebasan kehakiman yang
menolak sebarang bentuk pengaruh dan campur tangan daripada mana-mana pihak
dengan menyamaratakan semua orang dalam kehakiman tanpa memberikan
keistimewaan atau kelebihan kepada mereka yang mempunyai pangkat dan keturunan.
Maka, sejarah Islam telah membuktikan bahawa konsep kebebasan kehakiman
(istiqlal al-qada’) ini adalah sebahagian daripada syariat Islam dan telah dilaksanakan
sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

17

RUJUKAN

al-Quran al-Karim.
al-Badwi, Ismacil Ibrahim.2012. Nizam al-Qada’ al-Islami. Iskandariyyah: Dar alFikir al-Jam’ie.
al-Bayhaqi, Abi Bakar Ahmad bin al-Husin bin cAli. 1999/1420H. al-Sunan al-Kubra.
Jil. 10. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
Abu Talib, Hamid Muhammad. 1982. Tanzim al-Qada’i al-Islami. Cetakan pertama.
Misr: Matbacah al-Sacadah.
Abi Daud. 2009. Sunan Abi Daud. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
al-Hashimi, Muhammad cAli. 2005/1426H. Mafakhir al-Qada’ al-Islami. Bayrut: Dar
al-Basha’ir al-Islamiyyah.
al-Humaydi, cAbd al-Rahman Ibrahim cAbd al-cAziz. 1989/1409H. al-Qada’ wa
Nizamuhu fi al-Kitab wa al-Sunnah. Makkah: Jamicah Umm al-Qurra’.
Madkur, Muhammad Salam. 1964/1348H. al-Qada’ fi al-Islam . al-Qahirah: Tibacat
al-‘Alamiyyah.
Muslim. 2007. Sahih Muslim. Jil. 11. Cetakan ke -14. Bayrut: Dar al-Macrifah.
Mushrifah, A’thiyah Mustafa. 1939. al-Qada’ fi al-Islam. Tesis Doktor Falsafah.
Universiti al-Azhar, al-Qahirah.
al-Qattan, Manna’. 1993/1414 H. al-Nizam al-Qada’i fi al-cAhd al-Nabawi wa cAhd
al-Khilafah al-Rashidah. al-Qahirah: Maktabah Wahbah.
al-Suyuti, Jalal al-Din. 2004/1425H. Tarikh al-Khulafa’. Cetakan ke-6. Bayrut: Dar alMacrifah.

18

19