MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN
Pengenalan/Definisi Masyarakat Feudal


masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan aturan
yang ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah ke atas golongan
diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis
yang ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan di antara keduanya
berasaskan saling memerlukan antara satu sama lain.



masyarakat feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa
mutlak dan berada pada kedudukan teratas, diikuti oleh count (bangsawan),
lord (tuan tanah), manor dan serf (petani)



manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan
tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek
dalam pemerintahan termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah

mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga syogun dan dibantu oleh daimyo
serta samurai.
Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England

1. Setiap serf (rakyat bawahan biasanya petani) memberi sumpah kesetiaan
kepada golongan yang lebih tinggi daripada mereka. Golongan yang lebih
tinggi ini ialah knight (pahlawan), bangsawan (baron, duke , lord) dan akhir
sekali ialah Raja.
2. Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan Raja.
Punca kekayaan golongan ini ialah tanah yang dianugerahkan oleh Raja.
3. Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui persetiaan
seseorang hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada seseorang
hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan (lord) kepada vassal tersebut.
4. Harta feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca
kekayaan kepada tuan tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah
dikurniakan oleh raja kepada seseorang lord kemudian lord pula akan
memberikan tanah kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan.
5. Dalam aspek ketenteraan, wujud kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan
khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai
penerimaan fief.


6. Kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki
dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang
berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord. Selain menguasai tanah,
seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran,
pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi
ketenteraan dan institusi kewangannya.
Susun lapis masyarakat feudal di England
1. Masyarakat di England atau Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu
pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan
bangsawan. Susunan masyarakat feudalnya berbentuk piramid iaitu raja
atau pemimpin utama terletak di lapisan paling tinggi. Di bawahnya
terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi pengikut raja atau
vassal yang memberi kesetiaan kepada raja. Golongan bangsawan ini
terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua.
2. Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara
langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief. Bangsawan
lapisan pertama pula membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan
kedua. Proses ini dikenali sebagai subinfeudation . Bangsawan lapisan
ke dua seterusnya membahagikan fief mereka kepada bangsawan yang

lebih rendah daripadanya atau golongan petani. Setiap bangsawan (Vassal)
berkuasa ke atas petani yang menentap difiefnya. Hampir kesemua petani
terdiri daripada serf yang bertaraf antara orang bebas dengan hamba.
3. Golongan yang dipimpin pula merupakan golongan rakyat biasa yang
menetap di wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Rakyat biasa ini
dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas
sepenuhnya. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak
bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain.Mereka
bergantung kepada golongan bangsawan untuk mendapatkan mata
pencarian. Terdapat juga petani bebas yang menyewa tanah daripada
golongan bangsawan.
4. Selain itu terdapat golongan paderi yang merupakan satu kelas yang
berasingan. Sebilangan besar daripada mereka terdiri daripada daripada
golongan bangsawan yang mempunyai tanah sebagai Vassal dalam sistem
feudal. .Menurut Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan ke-13, hampir
1/3 daripada tanah yang boleh digunakan di Eropah
barat di kawal oleh
greja. Bishop, abot dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting
dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan.Justeru itu mereka
sering campur tangan dalam pemilihan jawatan bishop dan jawatan-jawatan

lain untuk salah seorang dari ahli keluarga mereka. Akibatnya pegawai-

pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan meterial dan
mempunyai dua tanggungjawab
Ciri-ciri Masyarakat Feudal di Jepun
1. Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun, iaitu maharaja yang
berada di kemuncak struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang
tidak terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya
termasuklah tanah. Hakikat ini dapat dilihat pada zaman Kamakura
antara abad ke-12 dan 14, di mana keluarga Minamoto menjadi keluarga
yang penting di Jepun. Keluarga ini mampu membekalkan keperluan
keselamatan yang diperlukan oleh maharaja dan mereka turut menguasai
tanah dan segala penghasilannya.
2. Sebagai ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo misalnya telah melantik
mereka yang setia kepadanya mewarisi jawatan jito atau pengurus
tanah dan bertanggungjawab mengutip cukai. Shugo merupakan pegawai
yang bertanggungjawab memastikan agar semua cukai di bayar walaupun
kekerasan terpaksa digunakan. Sistem sebegini terus kekal sehingga zaman
Meiji apabila beberapa perubahan besar dilakukan.
3. Menurut Abdullah Zakaria Ghazali, dalam usaha melihat sejarah sistem

Feudal di Jepun, maka zaman Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana
zaman ini merupakan akar kepada keberlangsungan sistem feudal yang
hanya tamat pada pertengahan abad ke-19. Menurutnya lagi, sistem feudal
tumbuh subur di Jepun kerana kewujudan estate persendirian yang dikenali
sebagai syo atau syoen. Pertumbuhan estet-estet persendirian ini
telah dipercepatkan oleh kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan
golongan perwira (buke).Golongan ini memberi taat setia kepada Kamakura
dan hasil daripada ketaatsetiaan ini menyebabkan mereka mendominasi
jawatan jito serta shugo. Gabungan organisasi inilah yang menjadi asas
kepada kemunculan sistem feudal di Jepun.
4. Sehubungan itu kita dapat melihat sistem feudal di Jepun telah
melahirkan dua golongan yang saling bergantung antara satu sama
lain, iaitu golongan birokrasi pemerintahan dan golongan tentera.
Golongan birokrasi pemerintahan termasuklah tuan-tuan tanah atau
daimyo yang bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian daripada
hasil tanah kepada maharaja.
5. Selain itu perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik dan berbeza dengan
negara lain. Ini disebabkan wujud keterikatan yang kuat antara
golongan daimyo dengan tentera dan petani , manakala maharaja
tidak mempunyai sebarang peranan. Kemunculan golongan tentera

khusus (profesional) di Jepun begitu berpengaruh dalam menentukan hala

tuju pemerintahan. Golongan daimyo merupakan kelompok yang sangat
berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan mengalahkan kuasa maharaja.
6. Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam peperangan
dan digunakan oleh golongan bangsawan sama ada untuk mempertahankan
hak milik mereka atau menjaga keselamatan tuan-tuan mereka.
Kekuatan ketenteraan ini menjadi tulang belakang kepada kebangkitan
daimyo di Jepun sehingga maharaja tidak berfungsi sebagaimana
sepatutnya.
Susun lapis masyarakat feudal di Jepun
1. Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang terdiri daripada
golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah
Maharaja, Shogun, Daimyo dan Samurai. Golongan diperintah terdiri
daripada petani, tukang dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat dengan jelas
semasa pemerintahan Shogun Tokugawa.
2. Dalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas.
Namun semasa pemerintahan Shogun Tokugawa Maharaja Jepun tidak
mempunyai kuasa untuk mentadbir. Baginda hanya menjadi lambang
perpaduan rakyat. Kuasa pemerintah terletak kepada Shogun Tokugawa.

Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan
perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun terjamin.
Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan
bangsawan atau Daimyo yang penyokong dan menentangnya. Daimyo yang
menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang
menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu
Tokugawa.
3. Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting
dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu
daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli
keluarga Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan tanah yang berhampiran
kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang
keluarga Tokugawa. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada Shogun.
Daimyo Tozama terdiri daripada mereka yang memusuhi Shogun. Mereka
telah ditempatkan jauh daripada Shogun untuk mengelak ancaman
daripada mereka.
4. Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan
istimewa. Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan negara dan Daimyo.
Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain.
5. Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki tempat yang

tertinggi. Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi

bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi upah hanya
secukup makan sahaja kerana hasil beras untuk negara. Jepun telah
menjalankan dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat hanya bergantung
kepada beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja.
6. Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir
dalam pembuatan pedang dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi gaji
yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan
pedang.
7. Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah
dan tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah
menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah berjaya
mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status
diri mereka.
Perbandingan ciri-ciri masyarakat feudal di England dan Jepun
Persamaan:
1. Konsep masyarakat feudal yang berasaskan saling memerlukan antara
golongan pemerintah dan golongan diperintah dan berbentuk piramid
2. Pembentukan masyarakat adalah berdasarkan keturunan dan sistem kelas

3. Kurang perubahan status atau mobiliti sosial
4. Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan masyarakat
5. Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional iaitu menggunakan kuda,
pedang dan baju perisai
Perbezaan:
1. Masyarakat feudal di England menekankan hak, undang-undang dan
kewajipan manakala di Jepun menekankan aspek moral, kesetiaan dan
dipengaruhi oleh etika Confucius
2. Pembinaan istana di England menggunakan batu manakala di Jepun
menggunakan kayu
3. Kuasa pemerintahan dikongsi dalam badan perwakilan di England tetapi di
Jepun
4. kuasa dan kesetiaan adalah sesuatu yang mutlak
5. Di England, sesiapa boleh memiliki tanah asalkan berjasa kepada
pemerintah (Knight) tetapi di Jepun golongan samurai tidak berhak untuk
mempunyai tanah
6. Di England, penyatuan rakyat dijalankan oleh Raja tetapi di Jepun ia
dilaksanakan oleh ketua tentera
Soalan-soalan Perbincangan:


1. Huraikan konsep dan ciri-ciri feudalisme di England dan Jepun.
2. Bincangkan susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun
3. Bandingkan ciri-ciri feudalisme di England dan Jepun
By Cg. Nazri