HUBUNGAN KONSEP KENDIRI PELAJAR DENGAN

PENGARUH TINGKAH LAKU PONTENG TERHADAP
KONSEP KENDIRI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

1.0

PENDAHULUAN

Konsep kendiri mempengaruhi pembentukan diri seseorang pelajar. Sama ada baik
atau tidak seseorang pelajar itu, ianya dipengaruhi oleh konsep kendirinya. Super
(1963) , merumuskan konsep kendiri sebagai suatu asas dalam pembentukan
personality seseorang individu, yang mana ianya merangkumi penilaian, sikap dan
persepsi seseorang itu terhadap dirinya sendiri.
Setiap pelajar mempunyai konsep kendiri yang berbeza antara satu sama lain, sama
ada positif atau negative. Setiap pelajar mempunyai matlamat hidup sendiri, tidak
kiralah matlamat itu jangka panjang atau matlamat jangka pendek. Matlamat-matlamat
ini seterusnya akan menjadi landasan kepada tindakan yang akan diambil. Sebagai
pendidik, guru-guru di sekolah sering mengharapkan pembentukan konsep kendiri yang
positif

di


kalangan

pelajar-pelajarnya,

kerana

ianya

sedikit

sebanyak

akan

mempengaruhi proses pembelajaran mereka di dalam kelas.
Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan untuk menanamkan konsep kendiri dalam diri
pelajar. Menurur Shahabudin, et al. (2003) konsep kendiri positif di kalangan pelajar
boleh dibentuk melalui tindakan guru-guru yang sentiasa mempamerkan sikap positif di
samping memberi nasihat-nasihat


berguna kepada pelajar. Selain itu kursus-kursrs

peningkatan kerjaya dan personality juga mampu membentuk konsep kendiri positif
pelajar dengan syarat

pelajar-pelajar perlu diberi kemahiran bagi manila diri dan

menatapkan matlamat kehidupan yang realistic.