M Pembelajaran Era Baru dalam Pembelajar

Seminar TVE’06
M-PEMBELAJARAN : ERA BARU DALAM PEMBELAJARAN
Mahizer bin Hamzah
Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
ABSTRAK
Pembelajaran mudahalih (m-pembelajaran) bukanlah satu fenomena baru. Ianya
merupakan sebahagian daripada e-pembelajaran yang memberi peluang seluas-luasnya
untuk belajar tanpa membataskan capaian maklumat. Berbanding dengan kaedah
bersemuka (face-to-face) teknologi mudahalih dan tanpa wayar ini membolehkan
pembelajaran berlaku tanpa memerlukan infrastuktur fizikal tertentu bagi mencapai
maklumat terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan yang tiada kemudahan tersebut.
Dengan mempunyai peralatan mudahalih seperti telefon mudahalih, PDA (personal
digital assistants) atau komputer bimbit, maklumat boleh dicapai di mana-mana sahaja
dan pada bila-bila masa. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan membincangkan tentang
potensi m-pembelajaran sebagai salah satu alat pembelajaran.
PENGENALAN
Bermula awal 1970an kerajaan telah mengambil inisiatif bagi mengalakkan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi di dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan.
Dengan pelancaran projek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1 Ogos 1997 oleh YAB
Perdana Menteri pada waktu itu membuktikan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan

Malaysia sebuah negara yang progresif dan mampu bersaing di peringkat global. Sekolah
Bestari yang merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana turut memainkan
peranan didalam mencapai wawasan 2020 dengan menyediakan pelajar serta tenaga kerja
yang berpengetahuan, celik dan mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Projek
perintis sekolah bestari yang melibatkan 88 buah sekolah dengan kos berjumlah RM 300
juta telah berjaya dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke 8 (Smart School,2006
).
Sejak dari mula pelancarannya sehingga kini perkembangan sekolah bestari telahpun
menampakkan hasilnya. Sehingga kini lebih 5,037 sekolah atau 50% telah dilengkapi
dengan kemudahan makmal komputer. Manakala 9,285 sekolah atau 95% mempunyai
sambungan jalur lebar di bawah program School-Net (The Star, 30 April 2006). Namun
begitu kemudahan yang ada amat terhad dan memaksa pelajar berkongsi komputer.
Infrastuktur makmal yang telah direka sedemikian rupa tidak memberi kebebasan kepada
pelajar untuk belajar dengan selesa. Sehubungan itu, teknologi tanpa wayar dan
mudahalih ini dikenalpasti dapat memberi kebebasan untuk bergerak, mudah berhubung
antara satu dengan lain disamping maklumat dapat diperolehi dengan cepat.
KONSEP M-PEMBELAJARAN
Beberapa dekad yang lepas kita telah diperkenalkan dengan konsep e-pembelajaran
dimana aktiviti pembelajaran berlaku melalui saluran internet, sistem rangkaian ataupun
tanpa rangkaian menggunakan teknologi elektronik. Penggunaan teknologi elektronik ini

termasuklah pembelajaran berasaskan web, berasaskan komputer, pembelajaran maya

- 150 -

Seminar TVE’06
dan koloborasi digital. Sekarang ini, teknologi elektronik telah berkembang pesat
menjurus kepada penggunaan teknologi tanpa wayar dan mudahalih. Ini secara tidak
langsung telah memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan teknologi tanpa wayar serta alat komunikasi mudahalih juga telah
menyumbang kepada penggunaan alatan mudahalih dalam pendidikan ( Ally, 2004
).Justeru itu, konsep m-pembelajaran mula diperkenalkan sebagai salah satu alternatif
kepada aktiviti pembelajaran.. Apakah itu m-pembelajaran ? dan apakah kaitannya
dengan e-pembelajaran ?
Menurut Desmond (2002) m-pembelajaran merujuk kepada penyediaan pelajaran dan
latihan melalui penggunaan peralatan tanpa wayar seperti PDA, telefon mudahalih dan
komputer telapak. Manakala Saedah Siraj, Vijay Kumaran (2006) menyatakan bahawa
m-pembelajaran adalah penggunaan peralatan tanpa wayar bagi membolehkan
pembelajaran berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ini jelas
menunjukkan bahawa e-pembelajaran terhad kepada pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku di dalam bilik darjah ataupun dengan kemudahan infrastruktur fizikal yang

tersedia manakala m-pembelajaran membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlaku
pada bila-bila dan di mana-mana sahaja secara sinkronous mahupun asinkronous.
Georgiev et al.(2004) mengaitkan m-pembelajaran sebahagian daripada e-pembelajaran
dan pembelajaran jarak jauh. Manakala Brown (2005) juga mengaitkan m-pembelajaran
sebagai subset kepada e-pembelajaran, pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran
fleksibel. Sekiranya m-pembelajaran dikaitkan dengan internet dan tanpa wayar, ianya
tidak jauh berbeza dengan konsep asal e-pembelajaran. Oleh itu, kebolehan sesuatu
pembelajaran itu berlaku walaupun di mana pelajar itu berada ataupun ke mana sahaja
arah tujuan mereka tanpa mengira waktu merupakan satu kelebihan yang ada pada mpembelajaran.
POTENSI M-PEMBELAJARAN DI MALAYSIA
Perkembangan teknologi tanpa wayar kini menunjukkan berkembang yang amat pesat
sekali. Penggunaan peralatan mudahalih seperti telefon mudahalih, PDA, komputer
bimbit telah meningkat. Permintaan yang tinggi terhadap telefon mudahalih ini
menjadikan harganya semakin murah dan mampu dimiliki.

- 151 -

Seminar TVE’06

Sumber : http://www.mcmc.gov.my/facts_figures/stats/index.asp

Rajah 1 : Jumlah Pelanggan Telefon Selular di Malaysia
Mengikut statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Rajah 1),
pelanggan telefon mudahalih pada tahun 2005 telah mencecah sebanyak 19.545 juta
manakala pada suku tahun kedua 2006 pula pelanggannya telah meningkat kepada 21.52
juta. Senario ini jelas menunjukkan peningkatan yang amat tinggi terhadap penggunaan
telefon mudahalih di Malaysia.
Mengikut kajian pengguna telefon mudahalih 2005 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia, golongan pengguna yang berumur kurang daripada 25 tahun
merupakan 34% dari jumlah pengguna keseluruhan. Manakala 3.15 juta merupakan
pelajar. Ini secara tidak langsung
menunjukkan kebanyakkan rakyat Malaysia
mempunyai telefon mudahalih yang membolehkan maklumat diperolehi secara tanpa
wayar yang memungkinkan m-pembelajaran dilaksanakan.
PERALATAN MUDAHALIH
Terdapat pelbagai peralatan mudahalih yang menyokong m-pembelajaran. Setiap
daripadanya mempunyai keupayaan dan fungsi yang berbeza dan apa yang penting
adalah kebolehan peralatan tersebut menyokong aplikasi tanpa wayar. Berikut adalah
jenis-jenis peralatan mudahalih yang menyokong m-pembelajaran :
Telefon Selular membolehkan pengguna berhubung antara satu dengan lain di
mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Pengguna juga boleh menerima dan

menghantar SMS dan MMS kepada pengguna lain. Terdapat juga telefon selular
yang mampu mengakses internet melalui teknologi WAP atau GPRS.

- 152 -

Seminar TVE’06
PDA (Personal Digital Assistants) berfungsi sebagai pembantu digital peribadi
yang bersaiz kecil dan berkeupayaan memainkan pelbagai fail-fail multimedia.
PDA menggunakan sistem pengoperasian Palm dan Microsoft Pocket PC.
Komputer Bimbit bersaiz kecil dan ringan. Mudah dibawa ke mana-mana serta
berkeupayaan berfungsi sebagaimana komputer desktop. Kebanyakannya
menyokong komunikasi tanpa wayar.
Telefon Pintar (Smart phone) merupakan kombinasi antara telefon selular
dengan PDA. Menggunakan perisian Symbian, Windows Mobile dan perisian
mudahalih yang lain. Dilengkapi dengan kemudahan akses internet dan
berkeupayaan menyokong aplikasi multimedia.
Telefon 3G telefon mudahalih generasi ke-3 mempunyai keupayaan
memindahkan 4 kali lebih baik dari telefon selular biasa. Ianya mampu
menyampaikan maklumat sehingga 2 Megabit sesaat disamping mampu
menyokong aplikasi video dan multimedia sepenuhnya.

TEKNOLOGI MUDAHALIH
Sekarang ini terdapat pelbagai teknologi yang menyokong peralatan mudahalih. Setiap
teknologi tersebut mempunyai keupayaan pemindahan data dan maklumat dalam jarak,
kelajuan dan jenis yang berbeza. Antara teknologi yang biasa digunakan adalah :
GSM (Global System For Mobile Communications) merupakan sistem digital
selular. Menggunakan narrow band TDMA (Time Division Multiple Access).
Menyediakan perkhidmatan gabungan mail suara, faks, paging dan SMS.
GPRS (General Packet Radio Service) sambungan mudahalih berkelajuan tinggi
bagi internet dan data komunikasi yang lain. Kelajuannya melebihi 4 kali ganda
berbanding GSM.
WAP (Wireless Application Protocol) merupakan protokol antarabangsa percuma
yang membenarkan pengguna mengakses internet melalui telefon mudahalih.
Bluetooth membolehkan isyarat dipindahkan secara tanpa wayar dari satu
peralatan mudahalih ke peralatan yang lain pada jarak yang pendek.
SMS (Short Message Service) perkhidmatan yang ditawarkan oleh telefon
mudahalih yang memboleh maklumat dalam bentuk teks dihantar kepada
pengguna telefon mudahalih yang lain.
MMS (Multimedia Messaging Service) membolehkan maklumat dalam bentuk
multimedia (gambar, audio, video dan rich text) dihantar kepada pengguna telefon
lain.


- 153 -

Seminar TVE’06
CADANGAN PERLAKSANAAN M-PEMBELAJARAN
Secara amnya perlaksanaan m-pembelajaran boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
sokongan pentadbiran dan sokongan pembelajaran.
Sokongan pentadbiran
Maklumat pentadbiran serta pengumuman boleh disalurkan kepada pelajar
melalui penghantaran SMS secara pukal.
Penggunaan SMS bagi mendapatkan maklumat kemasukkan, pendaftaran,
peperiksaan, kewangan dan pengurusan pelajar. Sebagai contoh beberapa buah
IPTA antaranya UiTM dan UMS telahpun melaksanakan kaedah ini bagi
membolehkan pelajar mereka mengetahui keputusan peperiksaan.
Makluman kepada ibubapa tentang disiplin dan prestasi pelajar di sekolah melalui
SMS. Antara projek perintis berbayar ini telahpun dikendalikan oleh
MyPressto.com melalui smssekolah yang telahpun dilancarkan oleh Perdana
Menteri Malaysia serentak dengan pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan
2006 (Utusan Malaysia, 16 Mei 2006)
Sokongan pembelajaran

Komunikasi antara pelajar dengan pendidik ataupun dengan rakan mereka boleh
dilaksanakan menggunakan SMS.
Perlaksanaan kuiz secara tanpa wayar. Pelajar hanya perlu menghantar jawapan
melalui SMS berdasarkan soalan kuiz yang telah dihantar kepada mereka.
Pengajaran dijalankan secara video terutamanya melalui penggunaan telefon 3G.
Permainan Java yang berorientasi pendidikan.
Melayari internet menggunakan teknologi WAP dan GPRS bagi mendapatkan
maklumat.
Pelajar boleh memuat turun bahan pembelajaran samada dalam bentuk video,
gambar mahupun teks.
PENUTUP DAN PERANCANGAN
M-pembelajaran telah mula memainkan peranan yang penting di dalam pembelajaran.
Kewujudan teknologi mudahalih dan tanpa wayar telah menjadikan ianya satu realiti.
Kebebasan pelajar belajar dan memperolehi maklumat menjadikan m-pembelajaran
sangat digemari. Dengan kecanggihan teknologi serta kemampuan memiliki peralatan
mudahalih, m-pembelajaran bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan di
Malaysia. Komitmen semua pihak termasuk kerajaan, syarikat pembekal perkhidmatan,
perekabentuk pengajaran, pendidik mahupun pelajar amat diperlukan.
Bagi perancangan hadapan, penulis bercadang untuk menjalankan kajian bagi
mengenalpasti kesediaan pelajar dan intitusi pendidikan dalam melaksanakan mpembelajaran.

RUJUKAN
Ally, M. (2004). Using Learning Theories to Design Instruction for Mobile Learning
Devices.
Kertas
prosiding
MLEARN
2004,
Rome,
Italy.
http://www.mobilearn.org/mlearn2004/

- 154 -

Seminar TVE’06
Brown, T.H. (2005) Towards a Model for m-Learning in Africa, International Journal on
Elearning; 2005; 4, 3; ProQuest Education Journals pg. 299
Desmond, K. (2002) m-learning: The Cutting Edge. Persembahan PowerPoint Ericsson
Education
2002
Dublin.

http://learning.ericsson.net/mlearning2/project_one/cutting_edge/
Georgiev, T., Georgieva, E., Smrikarov, A.(2004). M-Learning – a New Stage of ELearning. Kertas prosiding International Conference on Computer Systems and
Technologies – CompSysTech, 2004,Rousse, Bulgaria.
http://ecet.ecs.ru.acad.bg/
Hand Phone Users Survey (2005). Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.
Saedah Siraj, Vijaya Kumaran (2006) mLearning Module Design for Futuristic
Secondary School Curriculum Implementation in Malaysia. Kertas Prosiding
Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-19, Langkawi.
Smart
School
(2006).
Diperolehi
Nov.10,dari
http://www.msc.com.my/smartschool/index.asp
Statistic and Records ( Cellular Phone Subscribers), Suruhanjaya Komunkasi dan
Multimedia Malaysia. http://www.mcmc.gov.my/facts_figures/stats/index.asp
The Star (online) , 30 April 2006.Getting vital data on ICT use in schools.
http://thestar.com.my/education/story.asp?file=/2006/4/30/education/14099788
Utusan Malaysia, 16 Mei 2006. PM lancar khidmat SMS sekolah.


- 155 -

How to cite:
Mahizer Hamzah (2006). M-Pembelajaran: Era Baru dalam Pembelajaran . Prosiding Seminar
Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional, pp. 150 – 155. Johor Bahru: Fakulti Pendidikan, UTM