Pertama Tafsir Zaman Mutaakhirin Kedua

ISI KANDUNGAN

UNIT 1 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (TAFSIR DAN TERJEMAHAN))

Hasil pembelajaran

4 Pengenalan

4 Maksud tafsir

5 Sejarah perkembangan tafsir

5 Klasifikasi tafsir

10 Maksud Tafsir bi al-Riwayah (Tafsir bi al- Ma’thur)

10 Maksud Tafsir bi al-Diwayah (Tafsir bi al- Ra’yi)

13 Maksud Tafsir Isyari

14 Syarat-syarat pentafsir

15 Ringkasan

18 Kata kunci

19 Penilaian

UNIT 2 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (KEMEWAHAN MEMBAWA KEHANCURAN (AL- ISRA’: 16-21))

Hasil pembelajaran

21 Kefahaman ayat

21 Kalimah Mufradat

22 Intisari ayat

23 Pengajaran ayat

26 Penilaian

KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (ISTIQAMAH DALAM BERAGAMA ( HUD: 112-115))

Hasil pembelajaran

27 Kefahaman ayat

27 Kalimah Mufradat

28 Intisari ayat

28 Pengajaran ayat

29 Penilaian

UNIT 3 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (ASAS DAKWAH ISLAMIYAH (FUSSILAT: 33 – 36))

Hasil pembelajaran

31 Kefahaman ayat

31 Kalimah Mufradat

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 2

Intisari ayat

32 Pengajaran ayat

35 Penilaian

KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (PENGAMPUNAN ALLAH DAN CELAAN KEPADA PENGIKUT LANGKAH SYAITAN. (AL-NUR : 21-26))

Hasil pembelajaran

36 Kefahaman ayat

36 Kalimah Mufradat

37 Intisari ayat

38 Pengajaran ayat

40 Penilaian

UNIT 4 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (BATASAN AURAT (AL-NUR : 30-31))

Hasil pembelajaran

43 Kefahaman ayat

43 Kalimah Mufradat

44 Intisari ayat

45 Pengajaran ayat

48 Penilaian

UNIT 5 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (GALAKAN BERKAHWIN (AL-NUR : 33-35))

Hasil pembelajaran

49 Kefahaman ayat

49 Kalimah Mufradat

51 Intisari ayat

51 Pengajaran ayat

53 Penilaian

54 Rujukan

[Document title]

UNIT PELAJARAN 1 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (TAFSIR DAN TERJEMAHAN)) HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menjelaskan maksud tafsir dari segi bahasa dan istilah.

2. Membincangkan sejarah tafsir pada zaman Nabi, Sahabat, dan Tabi’in.

3. Membezakan antara tafsir bi al-Ma’thur, tafsir bi al-Ra’yi dan Tafsir al-Isyari.

4. Mengetahui terjemahan tafsir dengan cara yang betul.

5. Mengenalpasti syarat-syarat pentafsir (penterjemah).

PENGENALAN

Gambar kitab-kitab tafsir.

ebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, saya yakin dan percaya anda telah mengetahui berkaitan dengan ilmu tafsir berdasarkan gambar di atas. Pada pendapat anda, adakah ilmu tafsir merupakan ilmu yang sangat penting di dalam Islam? Benarkah ilmu ini membuatkan umat Islam akan

memahami ayat-ayat al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia?

Adakah anda sedar Allah SWT telah mentakdirkan setiap perutusan Rasul dengan menggunakan bahasa kaumnya. Ini adalah untuk memastikan segala pengajaran yang terkandung di dalam al-Quran dapat difahami dan dimaklumi seterusnya diamalkan di dalam kehidupan seharian. Namun, adakah anda mengetahui isi kandungan al-Quran dengan jelas? Adakah anda mengetahui sejarah ilmu tafsir ? Adakah anda tahu ilmu tafsir itu terdapat klasifikasi-klasifikasinya? Adakah anda mampu untuk mentafsir al-Quran?

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 4

Apakah yang dimaksudkan dengan tafsir?

Dari sudut bahasa tafsir ( رسفت ) atas wazan ( ليعفت ), bererti penjelasan, penerangan atau pembukaan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat 33:

Maksudnya: Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis Segala yang mereka katakan itu).

Sementara dari sudut istilah ialah suatu ilmu yang di dalamnya membahaskan mengenai al-Quran dari aspek dalil-dalil (tanda-tanda) untuk menentukan atau mengenali serta memahami maksud firman Allah SWT atas kadar kemampuan manusia.

Tahukah anda sejarah perkembangan Tafsir ?

Sejarah perkembangan secara lebih terperincinya dapat dibahagikan kepada peringkat berikut:

Terbahagi kepada period

1- Zaman Nabi dan Sahabat.

2- Zaman Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in

3-Zaman Tadwin

1- Zaman Nabi dan Sahabat.

Sebagaimana yang kita ketahui, Nabi merupakan ahli tafsir dan pentafsir yang paling pakar dan arif. Hal tersebut berikutan bagindalah yang diberikan mukjizat berupa al-Quran, memahaminya dan menyampaikannya kepada seluruh umat manusia. Pertumbuhan ilmu tafsir telah bermula semenjak pada zaman Nabi lagi. Cuma, terdapat perbezaan di antara pentafsiran yang dilakukan oleh Nabi dengan

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 5

pentafsiran ahli tafsir lain ialah dari sudut pengertiannya sahaja. Nabi mentafsir melalui hadis Baginda yang mana ia merupakan ulasan dan penerangan terhadap al-Quran. Tafsir yang dibuat oleh Nabi atau disampaikan oleh Baginda melalui hadis merupakan tafsir yang paling tinggi nilainya dan ia adalah benar dan muktamad.

Tafsir sahabat pula mempunyai tiga perkara asas.

Pertama: Mereka berpegang bahawa dalam mendalami dan membuat tafsiran al-Quran hendaklah merujuk kepada al-Quran itu sendiri kerana apa yang datang secara jumlah di dalam al-Quran akan datang menerangkan pada ayat lain. Mana yang datang secara mutlak maka pasti akan datang yang am sesudahnya. Jika terdapat ayat yang umum akan terdapat pula ayat yang mengkhususkannya.

Kedua: Mereka berpegang atau merujuk kepada Nabi yang merupakan penerang dan penjelas al-Quran. Para sahabat akan segera menemui Nabi sekiranya mereka menemui sebarang masalah yang tidak difahami atau tersalah faham mengenai penafsiran al-Quran.

Ketiga: Mereka mentafsir al-Quran berdasarkan fahaman dan ijtihad mereka sendiri. Sahabat ketika tidak menemui sebarang tafsiran dari al-Quran sendiri dan juga tidak dapat dari Nabi lalu mereka mentafsirkan al- Quran menggunakan ijtihad mereka sendiri. Ini adalah kerana mereka orang Arab tulin yang menguasai bahasa Arab dengan fasihnya serta memiliki kefahaman yang baik mengenainya. Di samping itu mereka juga mengetahui tentang kesusasteraannya.

Cuba fikirkan sumber ilmu tafsir pada zaman nabi dan sahabat?

Berpegang kepada al-Quran.

Berpegang kepada penjelasan Nabi.

Berpegang kepada ijtihad.

Nyatakan tiga sumber ilmu tafsir pada zaman nabi dan sahabat?

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 6

2- Zaman Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in

Zaman ini bermula pada awal abad kedua Hijrah hingga abad keempat Hijrah. Sebagaimana masyhur dan terkenalnya para sahabat yang mentafsirkan al- Quran secara ma’thur maka tidak kurang juga di kalangan para tabi’in. Ini adalah kerana mereka pernah menjadi murid kepada sahabat dan juga kerana mereka berpegang kepada punca sebagaimana berpegangnya sahabat yang terdahulu dengan puncanya iaitu Nabi. Selain dari itu mereka mendapat kelebihan dengan adanya ijtihad dan juga pandangan-pandangan yang baru dalam tafsir yang bersesuaian dengan maksud al-Quran.

Ulama pertama yang berusaha ke arah penulisan dan mencatat tafsir berkaitan dengan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk buku adalah d aripada kalangan Tabi’in yang dipelopori oleh Mujahid. Selepas batu asas yang dibuat oleh Mujahid, maka muncullah kemudiannya ulama lain yang bertungkus lumus untuk mengumpulkan tafsir ayat-ayat al-Quran yang asalnya berselerak dan ada di tempat yang berbagai-bagai. Ulama terkenal yang menjadi pengumpul dan berusaha untuk mengumpulkan segala tafsir ayat-ayat al-Quran yang berselerak itu ialah:

i. Sufian Ibn Uyainah yang meninggal dunia pada tahun 198 Hijrah. ii.

Waki’ Ibn al-Jarah yang meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah. iii.

Syu’bah Ibn al-Hajjaj yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah. iv.

Ishak Ibn al-Rahawiyah yang meninggal dunia pada tahun 398 Hijrah.

Cuba fikirkan sumber ilmu tafsir T abi’in?

Berpegang kepada al-Quran.

Berpegang kepada penjelasan Nabi.

Berpegang kepada tafsiran sahabat.

Berpegang kepada pandangan golongan ahli kitab.

Berpegang kepada ijtihad.

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 7

Huraikan biografi dua daripada ulama tafsir berikut:

i. Sufian Ibn Uyainah yang meninggal dunia pada tahun 198 Hijrah. ii.

Waki’ Ibn al-Jarah yang meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah. iii.

Syu’bah Ibn al-Hajjaj yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah. iv.

Ishak Ibn al-Rahawiyah yang meninggal dunia pada tahun 398 Hijrah.

3- Zaman Tadwin

Untuk penjelasan lebih terperinci, zaman Tadwin tersebut dapat dikhususkan kepada dua peringkat zaman iaitu:

Pertama: Tafsir

Zaman

Kedua: Tafsir Mutaakhirin

Zaman Moden

Pertama: Tafsir zaman Mutaakhirin

Zaman ini berlangsung selama 8 abad, iaitu bermula dari awal abad keempat Hijrah hingga abad kedua belas Hijrah. Untuk penjelasan, pada zaman inilah perkembangan pentafsiran al-Quran mengalami perkembangan yang pesat. Di mana beratus-ratus kitab tafsir yang besar telah dihasikan. Pada tahun 322 hingga 542 Hijrah merupakan tahun berlangsungnya perkembangan pentafsiran al-Quran dengan gemilang sekali. Dalam jarak masa tersebut, ahli tafsir telah melakukan penyemakkan semula terhadap riwayat-riwayat tafsir yang diragui, khasnya berasal daripada Israiliyyat dan Nasrani. Antara lain juga ulama pada masa itu juga telah melakukan usaha untuk menyelaraskan tafsiran mereka sesuai dengan perkembangan pemikiran umat Islam yang ada pada masa itu. Pada masa itu terdapatlah kitab-kitab tafsir yang secara khususnya menitik beratkan aspek-aspek tertentu, sebagai contoh:

i. Tafsir yang ditinjau dari sudut ilmu bahasa dab tatabahasa, antaranya Tafsir al-Kasyaf oleh al- Zamakhsyari, Tafsir Ma’ani al-Quran olh al-Zajjaj, Tafsir al-Basit oleh Wahidi.

ii. Tafsir yang menitik beratkan tentang sifat-sifat Allah SWT diantaranya ialah Tafsir Mafatih al-Ghaib oleh Imam Razi.

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 8

Kedua: Tafsir Zaman Moden

Pada peringkat zaman moden,pentafsiran al-Quran itu berlaku atau bermula pada awal abad keempat belas Hijrah atau akhir abad ke 19 Masihi. Pada masa itu khasnya sebahagian besar negara Islam berada di bawah penjajahan Barat serta mengalami penjajahan dari sudut mental, ekonomi, politik dan cara hidup. Pada masa itu umat Islam mengalami bermacam bentuk penindasan, di mana agama Islam dihina dan dicemari. Lantaran itu, beberapa orang mujaddid Islam telah bangkit dan berjuang untuk mengubah nasib umat Islam dan negara Islam.

Antara mujaddid dan reformasi Islam yang bangkit untuk meniup kembali semangat rantau Islam yang bebas merdeka ialah Jamaluddin al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh di Mesir, Syeikh al-Dahlawi di India, Haji ahmad Dahlan di Indonesia dan lainnya. Ekoran daripada lahirnya reformasi tersebut, maka semangat tajdid itu telah mempengaruhi tafsir al-Quran. Di mana kitab tafsir yang disusun serts dikarang pada waktu itu tidak lagi dengan mewarisi riwayat- riwayat lama yang disandar atau dipetik daripada sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in semata, mata tetapi ia lebih banyak memasukkan pendapat dan ijtihad sendiri daripada ayat-ayat al- Quran yang ditafsirkan menurut konteks dan keperluan Islam dan umat Islam semasa. Di antara kitab-kitab tafsir yang disusun dan ditulis pada peringkat moden ini ialah:

i. Tafsir al-Mannar oleh Rasyid Reda. ii.

Tafsir Mahasin al- Ta’wil oleh Jamaludin al-Qasimi. iii.

Tafsir al-Jawahir oleh Thantawi Jauhari iv.

Tafsir al-Maraghi oleh Ahmad Mustafa al-Maraghi. v.

Tafsir Fi Zilal al-Quran oleh Syed Qutb.

Cuba fikirkan sumber ilmu tafsir zaman Mutaakhirin?

Berpegang kepada al-Quran .

Berpegang kepada penjelasan Nabi.

Berpegang kepada tafsiran sahabat .

Berpegang kepada pandangan golongan ahli kitab .

Berpegang kepada ijtihad sendiri daripada ayat- ayat al-Quran yang ditafsirkan menurut konteks dan keperluan Islam dan umat semasa.

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 9

Klasifikasi Tafsir

Secara ilmiah, tafsir dapat diklasifikasikan kepada tiga bahagian.

Klasifikasi Tafsir

Tafsir bi al-Riwayah

Tafsir bi al-Dirayah

Tafsir al-Isyari (Tafsir bi al-Ma'thur)

(Tafsir bi al-Ra''yi)

Bolehkah anda klasifikasi tafsir? Adakah anda mampu menyebutkannya sekarang? Adakah mampu memberikan contoh bagi setiap tafsir-tafsir tersebut?

Apakah yang dimaksudkan dengan Tafsir bi al-Riwayah(Tafsir bi al- Ma’thur)?

Tafsir bi al-Riwayah(Tafsir bi al- Ma’thur)

Tafsir bi al-Riwayah atau Tafsir bi al- Ma’thur ialah tafsir berdasarkan al-Quran atau Hadith ataupun perkataan sahabat untuk menjelaskan kepada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah SWT Oleh kerana itu, Tafsir bi al- Riwayah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

1- Penafsiran al-Quran dengan al-Quran.

Contohnya: firman Allah SWT dalam surah al-Tariq ayat 1-3:

Maksudnya: Demi langit dan "At-Taariq dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "al-Taariq" itu? (al-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya).

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 10

Oleh itu, dapatlah kita ketahui bahawa terdapat ayat lain yang disertakan terus untuk menerangkan makna ayat lain yang disertakan terus untuk menerangkan makna ayat yang mempunyai maksud yang tersirat. Allah SWT sendiri yang membongkar rahsia keajaiban cakerawala. Jelaslah kepada kita bahawa maksud al-Tariq yang muncul pada malam hari di sini ialah sejenis bintang yang boleh menembusi cahaya (Seolah-olah seperti komet). Inilah yang dikatakan sebahagian ayat al-Quran mentafsirkan ayat lain.

2- Penafsiran al-Quran dengan Hadith Nabi SAW

Penafsiran al-Quran dengan menggunakan hadis Nabi SAW yang ada kaitan dengan ayat itu. Ini kerana tidak semua ayat al-Quran dapat ditafsirkan dengan ayat al-Quran yang lain. Rasulullah SAW lebih megetahui apa yang dimaksudkan oleh Allah SWT berbanding manusia. Terdapat banyak ayat al-Quran yang ditafsirkan oleh Baginda melalui hadis.Sebagai contoh firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 60:

Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

Al-Quran menjelaskan ayat ( ةوقل ) iaitu kekuatan secara umum. Sedangkan kekuatan atau kelengkapan ا perang yang sewajarnya boleh didapati daripada sabda Nabi SAW yang berbunyi:

Maksudnya: Sesungguhnya kekuatan itu ialah pada balingan panah dan sebagainya. Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. (Hadis riwayat Muslim).

Mengenai ungkapan kekuatan itu ialah pada balingan panah di atas, Imam al-Qurtubi berkata: Perlu menyediakan peralatan perang untuk menunjukkan kekuatan dan kecanggihan senjata terhadap musuh ketika berperang. Baginda memberi perumpamaan seperti alat memanah kerana ia mudah digunakan, panahan laju dan jauh serta tepat mengenai sasaran apabila panahan dibuat pada barisan hadapan musuh.

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 11

3- Penafsiran al-Quran dengan pendapat para sahabat.

Sahabat adalah mereka yang hidup sezaman dengan Rasulullah SAW dan sempat melihat penurunan wahyu ke atas baginda SAW Oleh itu, mustahil berlaku penyelewengan dan pembohongan daripada mereka. Bahkan, merekalah paling memahami si kandungan al-Quran berbanding generasi selepasnya kerana al- Quran diturunkan di dalam bahasa mereka iaitu bahasa Arab. Sebagai contoh firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 5:

Maksudnya: Iaitu (Allah) al-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

Al-Hafiz Ibn Hajar RH. telah menyatakan dalam kitab Fath al-Bari: Dinukilkan daripada imam al-Barawi RH dalam kitab tafsirnya iaitu tafsir Barawi: Ibn Abbas menegaskan kebanyakan ahli tafsir berpendapat bahawa makna )ىوتسا( ialah kedudukan paling tinggi.

Kesimpulannya tafsir bi al Ma’thur dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

Penafsiran Penafsiran

Penafsiran

al-Quran

al-Quran

al-Quran

dengan

dengan al-

dengan

pendapat

Quran

Hadis Nabi.

para sahabat.

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 12

Peringatan!

Kita wajib mendahulukan tafsir yang dikelaskan oleh Rasulullah SAW berbanding tafsir lain. Ini kerana baginda lebih mengetahui maksud sebenar yang dikehendaki oleh Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al- Hujurat ayat 1:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan Rasul-Nya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Ibn Kathir berkata: Apa yang dimaksudkan dengan jangan kamu mendahului Allah SWT dan Rasulnya ialah janganlah kamu mendahului pendapat dan perbuatan sebelum Allah SWT dan rasul menetapkan hukumnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan Tafsir bi al-Dirayah (Tafsir bi al- Ra’yi)?

Tafsir Dirayah (Tafsir bi al- Ra’yi)

afsir bil al- Ra’yi (tafsir berdasarkan fikiran) ini juga disebut tafsir bi al-‘Aqli, tafsir bi al-Dirayah (tafsir berdasarkan pengetahuan) atau tafsir bi al- Ma’qul bagi mufassir yang menggunakan ijtihad mereka dan tidak didasarkan pada riwayat sahabat dan tabi’in. Sandaran mereka adalah bahasa arab, budaya

Arab yang terkandung di dalamnya, pengetahuan tentang gaya bahasa sehari-hari dan kesadaran akan pentingnya sains yang amat diperlukan oleh mereka yang ingin menafsirkan al-Quran . Para ulama memberi beberapa defenisi yang agak berbeza mengenai tafsir bi al- Ra’yi diantaranya:

Menurut Muhammad Ali al- Shabuni: “Tafsir bi al-Ra’yi adalah Ijtihad yang didasarkan kepada dasar-dasar yang shahih, kaidah yang murni dan tepat, biasa diikuti dan sewajarnya diambil oleh orang yang hendak mendalami tafsir al-Quran atau mendalami pengertiannya, dan bukan bermaksud mentafsirkan ayat-ayat al- Qura n berdasarkan kata hati atau kehendak sendiri.”

Menurut Manna’ al-Qaththan: “Tafsir bi al-Ra’yi adalah metode penafsiran yang dipakai oleh mufassir dalam menerangkan makna yang hanya berlandaskan kepada pemahamannya yang khusus dan mengambilnya

hanya ber dasarkan pada akal saja, dan keterangan tersebut tidak berlandaskan pemahaman syara’ dan yang berdasarkan kepada nash- nasnya.”

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 13

Syarat-syarat Tafsir bi al- Ra’yi ini diantaranya:

1. Memiliki pengetahuan bahasa Arab dan selok beloknya . 2. Menguasai ilmu-ilmu al- Qur’an

3. Menguasai ilmu-ilmu yang berhubungan dengan ilmu al- Qur’an, seperti Hadis dan Usul Fiqh. 4. Beraqidah yang benar.

5.Mengetahui prinsip-prinsip dan menguasai ilmu yang berhubung dengan agama Islam. 6.Menguasai ilmu yang berhubungan dengan ayat yang ditafsirkan

Kriteria-kriteria diatas haruslah dipenuhi para mufassir, agar tidak menimbulkan kekeliruan di dalam menafsirkan al-Quran.

Apakah yang dimaksudkan dengan Tafsir Isyari?

yang segera mudah difahami akal fikiran sebelum yang lainnya, sedangkan makna batin adalah isyarat- T

afsir Isyari adalah tafsir yang menta`wilkan ayat tidak menurut zahirnya namun disertai usaha menggabungkan antara yang zahir dan yang tersembunyi. Manna Khalil al-Qattan menyatakan bahwa setiap ayat mempunyai makna zahir dan makna batin (tersembunyi). Makna zahir ialah segala sesuatu

isyarat tersembunyi yang hanya nampak dan diketahui maknanya oleh para ahli tertentu (ahli suluk).

Menurut kaum sufi, setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin. Makna zahir adalah yang segera mudah difahami oleh akal fikiran sedangkan yang batin adalah yang isyarat-isyarat yang tersembunyi dibalik itu yang hanya dapat diketahui oleh ahlinya. Isyarat-isyarat kudus yang terdapat di balik ungkapan-ungkapan al-Quran inilah yang akan tercurah ke dalam hati dari limpahan ghaib pengetahuan yang dibawa ayat-ayat. Itulah yang biasa disebut tafsir Isyari.

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 14

Dengan kata lain Tafsir al-Isyari adalah suatu tafsir di mana mufassir berpendapat dengan makna lain tidak sebagai yang tersurat dalam al-Qur`an, tetapi penafsiran tersebut tidak diketahui oleh setiap insan kecuali mereka yang hatinya telah dibukakan dan disinari oleh Allah, yakni orang-orang yang saleh iaitu mereka yang telah dianugerahkan pemahaman dan pengertian dari Allah (al-Rasikhun). Beberapa contoh karya tafsir Isyari yang terkenal antara lain: Tafsir al-Naisabury, Tafsir al-Alusy, Tafsir Ibnu Araby.

Syarat-syarat Pentafsir (Penterjemah).

alamullah adalah kalam yang mulia. Untuk membuat komen atau tafsiran terhadapnya sudah pastinya seseorang itu memiliki beberapa syarat dan kelayakan untuk dibenarkan membuat tafsiran terhadap al-Quran. Antara syarat-syaratnya ialah:

 Sah iktikad atau pegangannya terhadap agama. Sekiranya seseorang itu tidak benar pegangannya

terhadap agama Islam pastinya tidak dapat dipercayai pendapatnya mengenai Kalamullah.

 Suci hati dan perasaannya serta fikirannya tidak terpengaruh dengan unsur-unsur duniawi. Jika tidak

akan jadilah tafsiran yang dibuat berlandaskan fahaman atau mazhab melampau seperti tafsiran Muktazilah, Qadariyah, Jabariyah dan sebagainya.

 Memulakan tafsiran terhadap sesuatu ayat al-Quran dengan al-Quran juga. Ini adalah kerana apa

yang bersifat umum dalam sesuatu ayat sudah pasti akan datang ayat lain yang mengkhususkannya dan sebagainya.

 Sekiranya tidak ada ayat dari al-Quran hendaklah mentafsirkannya dengan sunnah kerana ia

penerang bagi al-Quran.

 Sekiranya tidak terdapat hadis yang menerangkan hendaklah mentafsirkan berdasarkan pendapat

sahabat. Ini adalah kerana mereka merupakan orang yang menyaksikan tanda-tanda dan keadaan penurunan al-Quran dan juga disebabkan mereka memiliki kefahaman yang sempurna dan benar serta amal soleh yang tiada tandingannya.

 Selepas sahabat juga tidak diperoleh hendaklah merujuk kepada pendapat Tabiin.

 Memiliki ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bahasa Arab. Ini penting kerana al-Quran telah diturunkan

dalam bahasa Arab yang mempunyai gaya bahasa yang amat tinggi. Pengetahuan yang luas dalam bahasa tersebut penting untuk membuat tafsiran al-Quran.

 Memiliki dan menguasai ilmu-ilmu usul yang berkaitan dengan al-Quran seperti qiraat, tajwid, fekah,

tauhid dan sebagainya.

 Memiliki kefahaman yang tajam terhadap sesuatu perkara terutama dalam hal-hal yang berkaitan

dengan akidah al-Quran dan syariat yang diterangkan di dalam al-Quran. Ini akan membolehkan seseorang itu membuat kesimpulan tentang sesuatu hukum secara tepat dan benar.

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 15

Antara kaedah dan prinsip yang terbaik dalam mentafsirkan al-Quran iaitu :

1. Menggabungkan antara riwayat dan dirayah iaitu menggabungkan aspek nas atau dalil yang sahih dan

hasil pemikiran yang jelas yang menggabungkan antara warisan turath dan semasa.

2. Mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran kerana al-Quran, satu bahagian darinya saling membenarkan

bahagian yang lainnya. Satu bahagian mentafsirkan bahagian yang lain.

3. Mentafsirkan al-Quran dengan hadith yang sahih.

4. Mempergunakan tafsir sahabat dan tabi’in kerana para sahabat adalah murid madrasah Nabi

Muhammad. Dengan madrasah itu, mereka mendapat ilmu dan kefahaman dari Rasulullah.

5. Mengambil kemutlakan bahasa iaitu menggunakan kaedah dan prinsip bahasa Arab yang betul dan

standard bertepatan dengan uslub nahu dan balaghah.

6. Memperhatikan konteks kalimat di tempat dalam ayat. Ayat itu harus dikaitkan dengan konteksnya yang

ada. Ia tidak boleh diputus hubungannya dengan yang sebelumnya dan yang selepasnya.

7. Memperhatikan asbab al-Nuzul kerana ia penting dalam memahami dan mentafsirkan al-Quran.

8. Menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama dalam mencari kefahaman. Ia tidak memaksakan kehendak dirinya terhadap al-Quran dan mentafsirkannya agar bersesuaian dengan kehendak dirinya atau mazhabnya.

Bincangkan kaedah dan prinsip terbaik dalam mentafsirkan al-Quran.

Quran. Memahami dan mentafsir al-Quran merupakan tuntutan dan perintah al-Quran sendiri selama mana M

. Quraish Shihab menyebutkan keperluan mentafsir al-Quran kerana al-Quran diturunkan untuk manusia sepanjang zaman dan tempat. Oleh itu, umat dituntut berinteraksi memahami al-Quran sebagaimana tuntutan yang pernah ditujukan kepada masyarakat yang menyaksikan turunnya al-

penafsiran tersebut dilakukan secara sedar dan bertanggungjawab. Menurutnya, walaupun Islam memberi kebebasan untuk mentafsirkan al-Quran namun ia mempunyai batas-batas yang perlu patuhi sebagaimana dalam setiap disiplin ilmu. Mengabaikan pembatasan-pembatasan tersebut akan menimbulkan pemikiran yang songsang dalam kehidupan. Islam juga membezakan antara penafsir dengan seorang yang hanya menguraikan tafsiran tersebut. Menurut M. Quraish Shihab, mentafsir berbeza dengan berdakwah dan berceramah berkaitan dengan tafsir al-Quran. Seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat penafsir, tidaklah bererti terlarang untuk menyampaikan huraian tafsir, selama huraian yang dikemukakannya berdasarkan pemahaman ahli tafsir yang memenuhi syarat-syarat penafsir. Tetapi apabila ia berdiri untuk mengemukakan pendapat-pendapatnya dalam bidang tafsir, ia perlu memiliki syarat-syarat tersebut.

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 16

warisan nubuwwah yang terdahulu. Menurutnya sikap umat Islam kini telah berubah dalam memahami al- M

uhammad al-Ghazali memperjelaskan kemurnian dan keaslian al-Quran. Al-Quran al-Karim adalah satu-satunya wahyu yang masih kekal di dunia ini, kitab yang tidak didatangi kebatilan. Kekalnya keaslian al-Quran ini merupakan penghormatan tertinggi kepada manusia daripada ketandusan

Quran kerana mereka tidak menghiraukan al-Quran yang telah memberi kehormatan yang tinggi kepada manusia. Selanjutnya Muhammad al-Ghazali berkata : Tetapi sikap dan pendirian kaum Muslimin terhadap al-Quran yang telah memberi penghormatan kepada mereka sungguh menyedihkan. Semenjak beberapa kurun, dakwah al-Quran telah dibekukan, risalah Islam laksana sungai yang sudah kering airnya atau piala yang sudah tersumbat mulutnya. Umat yang dipilih oleh Allah SWT supaya berurusan dengan al-Quran secara aktif sudah seperti kaum Jahiliyah dahulu yang pekak telinga mereka daripada mendengar bacaan al-Quran, hiruk-pikuk dalam majlis al-Quran secara terang-terangan mendustakan Rasulullah SAW sehingga baginda mengadu kepada Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat 30:

Maksudnya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran sesuatu yang tidak diacuhkan”.

Adapun orang-orang Islam hari ini, apabila mereka mendengar al-Quran mungkin mereka mengeluh ataupun diam, namun akal mereka lali dan deria mereka berserakan, berjalan di lembah yang asing, seolah-olah dipanggil dari tempat yang jauh.” Muhammad al-Ghazali menghuraikan sikap kaum Muslimin terhadap al- Quran memerlukan kajian yang mendalam. Umat Islam hari ini hanya menumpukan perhatian dari segi bacaannya sahaja tanpa ada usaha untuk memahami, mengerti dan menyelami, secara mendalam makna dan maksud al-Quran.

Muhammad al-Ghazali sedih apabila didapati mereka yang berinteraksi dengan al-Quran secara tuli dan buta amat banyak. Mereka hanya mampu mendengar tapi tidak memahaminya. Sikap ini hendaklah dilenyapkan dan dijauhkan. Umat harus membaca dan mengkaji al-Quran sebaik mungkin dan memahami makna dan maksudnya. Mengkaji al-Quran bermaksud membacanya, memahaminya, memikirkannya serta mengungkapkan peraturan-peraturan Allah yang ada di dalam diri manusia atau alam seluruhnya di samping mengemukakan faktor-faktor kekuatannya dalam menghadapi tamadun masa kini. Mengkaji al-Quran juga adalah untuk mengetahui pengajaran atau hukum hakamnya, balasan baik dan ancaman buruk serta apa saja yang diperlukan oleh manusia di dalam membina peradaban. Beliau juga menjelaskan aliran-aliran penafsiran al- Quran seperti aliran penafsiran secara ma’thur, penafsiran hukum, penafsiran kalamiyyah, dan penafsiran al-Bayani. Walau bagaimanapun terdapat kelemahan serta kecacatan dalam aliran-aliran

tersebut. Beliau menjelaskan bahawa yang mencacatkan aliran penafsiran ini (ma’thur) pada pandangannya ialah mengaitkan ayat-ayat al-Quran dengan hadith- hadith yang kebanyakannya da‘if. Ia menghalang usaha

untuk mencetuskan pemikiran al-Quran kepada matlamat-matlamat yang syumul di dalam penafsiran, lalu menjadi asas kepada media penyebaran hadith- hadith da‘if yang menjadi asas pemikiran para mufassirin pada masa kini.

Beliau juga menerangkan penafsiran hukum yang telah dibuat oleh ahli tafsir, iaitu penafsiran ayat-ayat menurut hukum-hukum yang ditetapkan oleh para fuqaha dan cara-cara mereka menetapkan hukum. Mereka hanya mementingkan ayat-ayat hukum dan membataskan hukum pada hukum syarak tanpa

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 17

maksud-maksud yang lain. Di sini perlu sedikit pembetulan. Perlu diketahui setiap aliran-aliran tersebut mempunyai kebaikan dan dasar tersendiri. Kita tidak boleh menafikan kelebihan yang disumbangkan oleh aliran-aliran tersebut. Tetapi apa yang diinginkan ialah hubungan dengan al-Quran penuh dengan kesedaran sehingga dapat menanggapi dimensi-dimensi dan maksud-maksudnya. Penggunaan hadith- hadith da‘if yang begitu lemah sanadnya adalah satu keaiban yang perlu dibersihkan daripada tafsir-tafsir al-Quran.

Cari maklumat melalui buku-buku rujukan, artikel jurnal dan laman web bagi mendapatkan maklumat mengenai ilmu tafsir, sejarah dan pembahagiannya dengan lebih lanjut bagi memantapkan lagi kefahaman anda mengenai perkara-perkara tersebut. Usaha anda sangat diperlukan bagi meluaskan lagi maklumat anda sendiri. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

RINGKASAN

 Tafsir dari sudut bahasa tafsir (رسفت) atas wazan (ليعفت), bererti penjelasan, penerangan atau

pembukaan.

 Tafsir dari sudut istilah ialah suatu ilmu yang di dalamnya membahaskan mengenai al-Quran dari

aspek dalil-dalil (tanda-tanda) untuk menentukan atau mengenali serta memahami maksud firman Allah SWT atas kadar kemampuan manusia.

 Sejarah perkembangan secara lebih terperincinya dapat dibahagikan kepada period iaitu pada

zaman nabi dan sahabat, zaman tabiin dan zaman tadwin.

 Secara ilmiah, tafsir dapat diklasifikasikan kepada tiga bahagian Iaitu Tafsir bi al-Ma’thur, Tafsir bi

al- Ra’yi dan Tafsir Isyari.

 Tafsir bi al-Riwayah atau Tafsir bi al-Ma’thur ialah tafsir berdasarkan al-Quran atau Hadith ataupun

perkataan sahabat untuk menjelaskan kepada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah SWT Oleh kerana itu, Tafsir bi al-Riwayah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian.

 Tafsir bil al-Ra’yi (tafsir berdasarkan fikiran) ini juga disebut tafsir bi al-‘Aqli, tafsir bi al-Dirayah (tafsir

berdasarkan pengetahuan) atau tafsir bi al- Ma’qul bagi mufassir yang menggunakan ijtihad mereka dan tidak didasarkan pada riwayat Sahabat dan Tabi’in.

 Kalamullah adalah kalam yang mulia. Untuk membuat komen atau tafsiran terhadapnya sudah

pastinya seseorang itu mestilah memiliki beberapa syarat dan kelayakan untuk dibenarkan membuat tafsiran terhadap al-Quran.

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 18

 Tafsir Isyari adalah tafsir yang menta`wilkan ayat tidak menurut zahirnya namun disertai usaha

menggabungkan antara yang zahir dan yang tersembunyi.”Manna Khalil al-Qattan menyatakan bahawa setiap ayat mempunyai makna zahir dan makna batin (tersembunyi.

 Memiliki kefahaman yang tajam terhadap sesuatu perkara terutama dalam hal-hal yang berkaitan

dengan akidah al-Quran dan syariat yang diterangkan di dalam al-Quran. Ini akan membolehkan seseorang itu membuat kesimpulan tentang sesuatu hukum secara tepat dan benar.

 Al-Quran al-Karim adalah satu-satunya wahyu yang masih kekal di dunia ini, kitab yang tidak

didatangi kebatilan. Kekalnya keaslian al-Quran ini merupakan penghormatan tertinggi kepada manusia daripada ketandusan warisan nubuwwah yang terdahulu.

 Umat harus membaca dan mengkaji al-Quran sebaik mungkin dan memahami makna dan

maksudnya. Mengkaji al-Quran bermaksud membacanya, memahaminya, memikirkannya serta mengungkapkan peraturan-peraturan Allah yang ada di dalam diri manusia atau alam seluruhnya di samping mengemukakan faktor-faktor kekuatannya dalam menghadapi tamadun masa kini.

 Seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat penafsir, tidaklah bererti terlarang untuk

menyampaikan huraian tafsir, selama huraian yang dikemukakannya berdasarkan pemahaman ahli tafsir yang memenuhi syarat-syarat penafsir. Tetapi apabila ia berdiri untuk mengemukakan pendapat-pendapatnya dalam bidang tafsir, ia perlu memiliki syarat-syarat tersebut.

KATA KUNCI

1. Tafsir

2. Sejarah Tafsir

3. Klasifikasi Tafsir

4. Sumber Tafsir

5. Syarat Pentafsir

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 19

PENILAIAN

Apakah yang dimaksudkan dengan Tafsir?

Bolehkah anda memberi maksud dari segi bahasa dan Istilah? __________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

Terangkan sumber-sumber ilmu tafsir? __________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

Terangkan Klasifikasi tafsir? __________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan sejarah perkembangan tafsir secara jelas serta datangkan bersama contoh bagi setiap peringkat?

Apakah yang dimaksudkan dengan Tafsir bi al- Ma’thur?

Apakah yang dimaksudkan dengan Tafsir bi al-Ra,yi?

Apakah yang dimaksudkan dengan Tafsir Isyari?

Huraikan syarat-syarat pentafsir?

[Document title]

UNIT PELAJARAN 2 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (KEMEWAHAN MEMBAWA KEHANCURAN (AL- ISRA’: 16-21))

Hasil Pembelajaran

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Meyakini bahawa setiap amal perbuatan di dunia dirakam sebagai bukti pada hari pembalasan kelak.

2. Mengetahui bahawa Allah tidak menjatuhkan hukuman kepada manusia sebelum menggariskan sebuah peraturan.

3. Mengetahui bahawa kemurahan Allah berlaku umum di dunia akan tetapi kasih sayang-Nya hanya kepada orang yang beriman dan mengutamakan kehidupan di akhirat.

Setiap perbuatan di dunia akan menjadi bukti pada hari pembalasan kelak.

Kefahaman Ayat

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 21

16. Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

17. Dan berapa banyak umat-umat yang Kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (Wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hamba-Nya.

18. Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya Dalam dunia apa Yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya Dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

19. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak bagi-Nya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.

20. Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (Wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun).

21. Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.

Nyatakan konsep ar-Rahman dan ar-Rahim dan bincangkan perbezaan konsep antara dua nama Allah tersebut?

Kalimah Mufradat

 ان ْرمأ - kami perintahkan  دْيرن ْنمل - bagi orang yang Kami kehendaki  اًم ْ مْذم - keadaan terhina  اًر ْ حْدم - jauh dari rahmat Allah

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 22

Intisari Ayat

16. Allah SWT menjelaskan bahawa apabila Dia berkehendak untuk membinasakan suatu negeri, Dia memerintahkan orang-orang yang hidup mewah di negeri tersebut supaya mentaati Allah terlebih dahulu. Maksudnya, apabila sesuatu kaum telah melakukan kemaksiatan dan kejahatan secara meluas, wajar jika mereka dikenakan seksaan dengan cara menghancurkan negeri mereka dengan bencana alam sebagai balasan yang setimpal, namun kerana keadilan-Nya, seksaan tersebut tidak segera dijatuhkan sebelum memberikan peringatan kepada pada pemimpin mereka untuk menghentikan kemaksiatan dan kejahatan kaumnya dan kembali taat kepada Allah.

Menurut sejarah terdahulu, mereka tidak mahu mendengar peringatan itu, sebaliknya mereka menjadi penderhaka dengan cara membangkang dan menentang peringatan yang disampaikan sehingga kepada tahap memperolok-olokkannya. Justeru, sebagai balasan wajar ke atas perlakuan mereka, mereka dimusnahkan dari muka bumi dengan azab seksaan berupa bencana alam. Itulah ketentuan Allah yang tidak dapat dielak, Allah menghancurkan negeri tersebut sehancur-hancurnya sehingga tidak sedikit pun yang tersisa, baik rumah-rumah mereka mahupun harta kekayaan mereka.

17. Seterusnya Allah SWT mengisahkan kaum-kaum yang mengalami nasib serupa setelah zaman Nabi Nuh. Mereka dibinasakan kerana membangkang utusan-utusan Allah. Ayat ini merupakan penegasan terhadap ayat sebelum ini yang menyatakan bahawa setiap kaum yang membangkang utusan Allah pasti akan mengalami nasib yang serupa dengan umat-umat terdahulu. Di akhir ayat ini, Allah SWT menyebut bahawa balasan tersebut merupakan balasan yang bijaksana dan adil kerana Allah cukup mengetahui tindak tanduk mereka dan Maha Melihat dosa-dosa hamba-hamba-Nya.

18. Kemudian Allah SWT menyebutkan bahawa terdapat dua golongan manusia iaitu, golongan yang mencintai kehidupan dunia dan golongan yang mencintai kehidupan akhirat.

Di dalam ayat ini Allah SWT menyebutkan golongan yang pertama sedangkan golongan yang lain, disebutkan dalam ayat berikutnya. Ketika menyebut golongan yang pertama, Allah SWT menyatakan bahawa barang siapa yang berkehendak agar kehidupan dunia yang kenikmatannya mereka rasakan dengan segera, maka Allah SWT menyegerakan keinginan mereka itu di dunia sesuai dengan kehendaknya.

Pernyataan ini ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempercayai adanya hari kebangkitan dan hari pembalasan, sehingga mereka berkeyakinan bahawa tidak ada kehidupan lain sesudah kehidupan di dunia ini. Itulah sebabnya mereka terlalu tamak dan rakus terhadap kekayaan dunia dan kemewahannya, padahal kehidupan dunia serta kenikmatannya adalah bersifat sementara. Itulah sebabnya, kehidupan di dunia serta kemewahan itu digambarkan oleh Allah SWT sebagai suatu yang segera dapat diperoleh, tetapi segera pula musnah.

Kemudian Allah SWT mengancam mereka dengan ancaman neraka Jahannam sebagai imbalan yang wajar bagi mereka. Di dunia mereka mengalami penyesalan-penyesalan yang sedalam-dalamnya akibat berpisah dengan kemewahan dunia yang sangat mereka cintai saat ajal telah merenggut mereka.

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 23

Sedang di akhirat mereka akan mengalami penderitaan yang seburuk-buruknya kerana menyesali perbuatan yang tercela, dan jauh pula dari nikmat Allah.

19. Di dalam ayat ini Allah SWT menyebutkan golongan yang kedua. Allah SWT menyatakan bahawa barang siapa yang berkehendak kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh dalam keadaan dirinya sedang beriman, maka dia akan mendapat balasan yang baik. Orang-orang yang berkehendak kehidupan akhirat bermaksud orang yang mendamba kebahagiaan hidup di akhirat, ia berusaha untuk mendapatkannya dengan mematuhi bimbingan Allah serta menjauhi tuntutan hawa nafsunya. Orang sedemikian menganggap kenikmatan di dunia serta kemewahannya sebagai nikmat Allah yang digunakan sebagai sarana untuk kepentingan mengabdi kepada Allah dan mensyukuri nikmat-Nya.

Orang sedemikian akan mendapat balasan baik dari Allah dengan pahala yang melimpah ruah sebagai imbalan daripada amalannya yang soleh dan ketabahannya melawan hawa nafsu. Ia akan dimasukkan ke dalam syurga firdaus dan kekal selama-lamanya di sana.

Di dalam ayat ini disebut tiga syarat yang harus dipenuhi agar seorang itu mencapai kebahagiaan yang abadi iaitu:

1. Adanya kehendak untuk melakukan sesuatu perbuatan dengan mengutamakan kebahagiaan akhirat atas kepentingan duniawi.

2. Hendaklah melakukan amalan-amalan dengan niat untuk mencapai kebahagiaan akhirat iaitu dengan jalan mentaati perintah Allah dan selalu mendekatkan diri kepada-Nya.

3. Hendaklah dia menjadi orang mukmin kerana iman merupakan dasar sama ada diterima atau tidak amal perbuatan seseorang. Seseorang yang hatinya kosong dari iman, tidak mungkin akan menerima kebahagiaan abadi tersebut.

Lakukan suatu perbuatan dengan niat untuk mencapai kebahagiaan akhirat.

20. Allah SWT menegaskan bahawa kedua-dua golongan tersebut masing-masing dilimpahkan dengan kemurahan-Nya. Baik golongan yang mencintai kehidupan duniawi, atau pun golongan yang lebih menyukai kebahagiaan akhirat, kedua-dua golongan ini tetap merasakan kemurahan Allah di dunia ini

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 24

bersama-sama. Bahkan, mereka akan diberikan rezeki dan dibiarkan mengembangkan keturunan, kerana kemurahan-Nya tidak terhalang dengan sebab ingkarnya seseorang kepada-Nya. Sebab itu, kedua-dua golongan itu sama-sama dapat menikmati kelazatan hidup di dunia sesuai dengan usaha masing-masing. Walau bagaimanapun, kedua-dua golongan itu tidak akan merasakan kasih sayang Allah pada tahap yang sama. Berdasarkan kepada kedua-dua golongan tersebut, golongan yang mengutamakan kehidupan akhirat, akan dimasukkan ke dalam syurga sedangkan golongan yang satu lagi adalah sebaliknya.

21. Allah SWT memerintahkan kepada seluruh manusia agar memperhatikan kemurahan Allah SWT kepada kedua-dua golongan tersebut. Dapat dilihat bahawa Allah SWT melebihkan satu golongan daripada golongan yang lain, sungguh pun kedua-dua golongan tersebut berusaha untuk mencari rezeki dan kenikmatan dunia namun, akibatnya adalah berbeza-beza. Allah memberikan nikmat kepada golongan yang mengutamakan kehidupan dunia menyebabkan mereka bertambah ingkar kepada Allah, sebaliknya Allah memberikan nikmat kepada mereka yang mengutamakan kehidupan akhirat agar mereka semakin mensyukuri zat yang memberikan nikmat itu.

Bincangkan secara ringkas latar belakang kaum nabi Nuh dan nyatakan bentuk-bentuk kemungkaran yang telah dilakukan oleh mereka sehingga mendapat azab daripada Allah.

Allah menurunkan azab kepada kaum nabi Nuh yang ingkar terhadap perintah-Nya.

Nyatakan ciri-ciri golongan yang mencintai kehidupan duniawi lebih daripada kehidupan akhirat.

Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukakn oleh seorang Muslim untuk memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 25

Pengajaran Ayat

a. Semua amalan manusia akan dirakam di dalam sebuah kitab. Rakaman itu menjadi bukti bagi mereka dan akan diperlihatkan di dari pembalasan.

b. Rakaman itu menjadi bukti yang tidak mampu dibantah kerana rakaman itu merupakan hasil perbuatan kita sendiri.

c. Barang siapa yang berbuat sesuai dengan hidayah Allah, ia sendirilah yang akan menerima pahalanya, sedangkan siapa yang berbuat sesuatu yang menyimpang dari hidayah Allah, maka ia sendirilah yang akan menerima akibatnya. Hal ini menunjukkan, tidak mungkin seseorang dijatuhkan hukuman sebelum dibentangkan perundangan sebagai sebuah peraturan.

d. Kemurahan Allah SWT berlaku umum di dunia, dicurahkan kepada mereka yang beriman kepada-Nya atau pun tidak. Tetapi kasih sayang-Nya hanya kepada mereka yang beriman dan mengutamakan

kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

e. Kenikmatan yang diberikan kepada manusia menjadi dugaan kepada mereka. Barang siapa yang mendapat nikmat Allah kemudian bersyukur kepada-Nya, dia akan mendapat keredaan-Nya. Sedangkan

mereka yang mendapat nikmat Allah namun mengingkarinya, mereka akan mendapat kemurkaan-Nya.

PENILAIAN

1. Nyatakan dua golongan yang disebut dalam potongan ayat al-Quran di atas dan huraikan ciri-ciri golongan tersebut?

2. Berdasarkan potongan ayat al-Quran di atas, apakah syarat seseorang itu memperoleh kebahagiaan abadi?

[Document title]

(ISTIQAMAH DALAM BERAGAMA ( HUD:112-115))

Hasil Pembelajaran

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Mengikuti jejak langkah Rasulullah untuk terus bersama baginda dalam pendirian akidah dan tidak sekali-kali bergeser sedikit pun daripada jalan yang lurus.

2. Mengelakkan diri daripada cenderung kepada orang-orang yang zalim.

3. Beristiqamah dalam mengerjakan solat, menyusuli perbuatan jahat dengan perbuatan baik dan sentiasa mendidik diri dengan sifat sabar.

Kefahaman Ayat

112. Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

113. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

114. Dan dirikanlah sembahyang (Wahai Muhammad, Engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. perintah-perintah allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

115. Dan sabarlah (wahai Muhammad, Engkau dan umatmu dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 27

Kalimah Mufradat

 ا ْ غْطت ا - janganlah kamu melampaui batas  را َنلا يفرط - tepi siang (pagi dan petang)  لْيَللا نِم اًفلز - bahagian permulaan daripada malam

Sentiasa tetap dan teguh di jalan Allah.

Jelaskan maksud melampaui batas dan apakah ciri-ciri orang yang melampaui batas dalam beragama?

Intisari Ayat

112. Pada ayat ini Allah SWT memberikan tuntutan kepada Nabi Muhammad SAW mengenai perkara yang sepatutnya ia lakukan ketika umatnya melancarkan tentangan dan meragukan al-Quran yang dibawa. Tuntutan tersebut ialah, Nabi Muhammad SAW hendaklah tetap pada pendiriannya, berjalan di atas jalan yang lurus, benar dalam menyampaikan syariat yang diamanahkan, sabar dalam melaksanakan risalah dan menghalang lintasan hati untuk meninggalkan wahyu hanya kerana kekejaman fitnah umatnya.

Begitu juga dengan orang-orang yang telah sedar dan insaf serta bertaubat dari kemusyrikan dan kekafirannya di samping beriman bersama Muhammad SAW supaya tetap dalam pendiriannya, mempertahankan akidah tauhidnya dan tidak sekali-kali tergeser dari jalan yang lurus dan benar yang telah diimani dan diyakininya, kerana Allah SWT melihat dan mengetahui segala perkara tersebut.

113. Pada ayat ini Allah SWT menegaskan kepada orang-orang yang beriman kepada Nabi Muhammad SAW dan menganut agamanya supaya jangan sekali-kali cenderung kepada orang-orang yang zalim, iaitu musuh-musuh kaum Muslimin yang selalu menyakiti dan juga orang-orang musyrik yang selalu berusaha mengembalikan mereka kepada perkara musyrik. Jangan sekali-kali meminta bantuan dan

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 28

pertolongan daripada mereka dan seolah-olah menjadikan sebagai pemimpin kerana hal ini menjadikan orang mukmin tidak akan mendapat petunjuk.

114. Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan agar kaum Muslimin mendirikan solat lima waktu sehari semalam iaitu solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’ lengkap dengan rukun serta syaratnya dengan tekun.

115. Manakala dalam ayat ini pula, Allah SWT memerintahkan kaum Muslimin agar sentiasa bersikap sabar. Sabar dalam ayat ini bermaksud tabah dan tahan menghadapi segala kesulitan di dalam menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Sikap sabar dan kewajipan solat merupakan amalan yang saling berkaitan dan dapat dijadikan penolong untuk mengatasi segala kesulitan yang dihadapi sehingga pada akhirnya dapat mencapai cita-cita yang diidamkan dengan mudah.

Elakkan diri daripada orang Zalim.

Nyatakan lima bentuk kezaliman yang besar dalam Islam.

Sebutkan lima ganjaran bagi orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah beserta dalil daripada al-Quran.

Pengajaran Ayat

a. Allah SWT memerintahkan kepada Nabi Muhammad SAW bersama orang-orang yang telah bertaubat dan beriman bersamanya agar tetap dengan pendirian akidah dan tidak sekali-kali bergeser sedikit pun dari jalan yang lurus dan benar kerana Allah SWT melihat dan mengetahui perkara yang benar dan akan membalasnya sesuai dengan perbuatan yang dilakukan.

Kajian Teks al-Quran dan Hadith 29