Islam amat mengambil berat tentang perso

Islam amat mengambil berat tentang persoalan harta dalam kehidupan manusia. Harta
dianggap sebagai satu amanah oleh Allah yang mesti diuruskan dengan baik dan
sesempurna mungkin,berdasarkan peraturan dan hukum Allah S.W.T. Pengurusan
harta sebagai bekalan kehidupan di akhirat mesti diurus dan dirancang semasa
seseorang itu masih hidup lagi.
Harta dunia ini adalah milik Allah S.W.T. dan k ita hanyalah pemegang amanah yang
dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mentadbirnya sebaik mungkin mengikut
syariat Islam. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah an-Nisa’, ayat 132, yang bermaksud:
“Dan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan memadailah
Allah sebagai pengawal”
Di bawah Undang-undang Islam, pemilik harta mempunyai hak atau kuasa untuk
menguruskan atau menentukan sendiri kaedah pengurusan harta yang diingini. Pemilik
mempunyai hak untuk menguruskan hartanya dengan menggunakan apa sahaja
kaedah samada ketika masih hidup ataupun membiarkan hartanya diuruskan oleh pihak
berkuasa yang berkaitan untuk dibahagikan kepada waris-warisnya.
Oleh itu Islam telah menyusun dan mengatur pelbagai sistem dan kaedah yang terbaik
bagi umatnya untuk mengurus harta melalui kaedah-kaedah seperti wakaf, sedekah,
wasiat, faraid dan juga hibah. Wakaf merupakan harta yang diberi untuk tujuan
kebajikan kerana Allah di mana pemberian tersebut tidak boleh dibatalkan. Sedekah
pula merupakan suatu pemberian atau sumbangan ikhlas yang mengharapkan
keredaan daripada Allah. Tujuan seseorang itu melakukan sedekah ialah menolong dan

membantu meringankan beban sesama insan.
Kaedah lain yang sering digunakan dalam pengurusan harta orang Islam ialah faraid. Ia
merupakan suatu formula pembahagian pewarisan harta pusaka yang telah ditentukan
oleh Islam. Wasiat pula merupakan salah satu kaedah lain yang digunakan dalam
menguruskan harta ketika masih hidup. Ia merupakan satu deklarasi oleh pewasiat
semasa hayatnya keatas hartanya dan manfaatnya untuk kebajikan waris yang
dibenarkan oleh syarak. Manakala hibah pula merupakan pemberian sukarela semasa
hidup tanpa mengharapkan imbalan atau balasan. Setiap satu kaedah pengurusan
harta ini adalah berbeza antara satu sama lain.

Apabila seseorang itu mati maka secara automatik harta simati itu akan diuruskan
mengikut kaedah faraid yang telah ditentukan cara pengiraannya. Harta-harta tersebut
akan dibahagikan kepada waris-waris yang telah ditetapkan setelah hutanghutang
simati telah dilangsaikan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai harta,
mereka boleh menguruskan harta mereka semasa mereka masih hidup lagi iaitu
dengan menggunakan kaedah-kaedah yang telah diterangkan sebelum ini seperti
hibah. Kaedah melalui faraid telah ditetapkan bahagian-bahagian yang perlu
dibahagikan kepada waris-waris yang telah ditetapkan mengikut hukum syarak Islam.
Wakaf, wasiat dan hibah pula digunakan ketika pemilik harta tersebut masih hidup.
Dalam undang-undang Islam, wakaf itu boleh dibuat samada untuk kaum keluarga atau

kerabat yang dikenali sebagai wakaf keluarga, atau untuk kepentingan kebajikan dan
agama yang dikenali sebagai wakaf am( Ridzuan Awang, 1994). Kedua-dua jenis wakaf
ini mempunyai fungsi yang sama iaitu dicipta untuk kebajikan saudara terdekat ataupun
untuk keperluan anak-anak yatim serta golongan yang miskin dan malang.
Wasiat pula berbeza dengan hibah di mana ia telah ditetapkan jumlah yang boleh diberi
kepada bukan waris iaitu 1/3 dan ia mestilah mendapat persetujuan daripada semua
waris-waris. Manakala hibah pula merupakan kaedah perancangan harta yang berbeza
daripada wasiat. Ia tidak memperuntukkan jumlah yang boleh diberi berbanding dengan
wasiat dah hibah pula boleh diberi kepada sesiapa sahaja iaitu bukan waris samada
orang Islam dan bukan Islam. Walau bagaimanapun, kaedah perancangan harta
melalui hibah ini kurang dikenali oleh masyarakat berbanding dengan wasiat sedangkan
wasiat itu hanyalah salah satu daripada instrumen yang boleh dibuat untuk
mengagihkan harta pusaka. Maka wasiat bukanlah suatu kaedah yang boleh
menyelesaikan semua masalah dalam harta pusaka. Selain itu tiada peruntukan atau
akta yang khusus berkaitan dengan hibah kecuali sesetengah negeri yang
memperuntukkan di dalam perundangan negeri mereka contohnya seperti negeri
Selangor. Oleh itu, pengetahuan tentang hibah ini perlulah diperluaskan dan
dipertingkatkan lagi oleh kerajaan serta pihak-pihak yang mempraktikkan hibah.

Hikmah disyariatkan pembahagian harta secara Hibah, Wasiat dan Faraid

KELEBIHAN FARAID
Perancangan Pewarisan Harta Islam adalah perlu dilakukan oleh setiap muslim yang
ingin memastikan orang yang mereka sayangi terutamanya mereka yang tidak
tergolong dalam senarai ahli waris melalui hukum faraid mendapat harta sepertimana
yang diingini. Sekiranya perancangan mengenai pewarisan harta tidak dilakukan,
pembahagian harta pusaka adalah ditetapkan oleh hukum faraid di mana hanya ahli
waris yang layak sahaja akan menerima pembahagian harta pusaka tersebut. Bagi
mereka yang tidak disenaraikan sebagai ahli waris, tidak berhak untuk menerima harta
pusaka Si Mati.
Dalam sistem faraid, ahli waris ditentukan melalui dua cara iaitu perkahwinan dan
keturunan.

Walaubagaimanapun,

pertalian

yang

hampir


dan/atau

kuat

akan

menghalang pertalian yang jauh dari menerima harta pusaka. Contohnya, anak
lelaki Si Mati akan menghalang cucu lelaki Si Mati. Begitu juga Saudara Lelaki Seibu
Sebapa akan menghalang Saudara Sebapa dari menerima harta pusaka.
Memandangkan sistem faraid hanya diberi kepada ahli waris yang ditentukan sahaja,
wasiat adalah salah satu alternatif lain yang dapat memastikan bahawa mereka yang
tidak disenaraikan sebagai ahli waris menerima harta pusaka. Antara golongan tersebut
ialah anak angkat, ibu angkat, ayah angkat, adik angkat, kakak angkat, abang angkat,
cucu yang dihalang oleh anak, anak yang tidah sah taraf, ibu bapa bukan Islam, ahli
keluarga bukan Islam, sahabat karib dan lain-lain yang tidak akan menjadi ahli waris di
bawah faraid.
Selain memastikan mereka yang tidak disenaraikan sebagai ahli waris mendapat
manfaat harta melalui wasiat selepas kematian Pewasiat, wasiat juga boleh mencairkan
harta Si Mati dalam tempoh yang singkat berbanding harta yang ditinggalkan tanpa
wasiat.


Melalui amalan di Malaysia, apabila seseorang itu meninggal dunia, semua asetnya
akan dibekukan dari sebarang transaksi. Contohnya, wang simpanan Si Mati di Bank
dan pemilikan tanah atas nama Si Mati akan dibekukan sementara pentadbir harta Si
Mati mendapatkan probet atau Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah.
Sekiranya seseorang itu meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat, semua ahli waris
hendaklah bersetuju untuk melantik seorang pentadbir untuk mentadbir harta Si Mati.
Dalam hal ini, sekiranya waris bertelagah dan tidak bersetuju atau ahli waris tidak
mengendahkan dalam menentukan siapa pentadbir harta Si Mati, pembahagian Harta
Pusaka menjadi sukar untuk diselesaikan dan memakan masa yang lama untuk
diselesaikan. Ini berlainan sekiranya wasiat di lakukan. Masalah mengenai persetujuan
dikalangan ahli waris untuk melantik pentadbir harta Si Mati tidak berlaku kerana
pewasiat sendiri telah melantik pentadbir hartanya di dalam wasiat.
Selain itu, bagi mereka yang mempunyai bebanan hutang yang banyak, wasiat juga
boleh menjadi satu pemberitahuan kepada ahli waris supaya membayar terlebih dahulu
hutang Si Mati dengan menolak harta pusaka Si Mati sebelum dibahagikan menurut
Faraid.
KELEBIHAN HIBAH
Formula pembahagian yang berkuatkuasa
Berbeza dengan wasiat yang formula pembahagiannya mesti dipersetujui oleh waris

sebelum boleh dilaksanakan, formula pembahagian Hibah berkuatkuasa sepenuhnya
mengikut hasrat pemberi hibah di dalam dokumen Hibah tersebut. Oleh itu, jika anda
berhasrat agar harta pusaka anda dibahagikan mengikut formula yang anda kehendaki,
buatlah Hibah dan bukannya Wasiat.
Hibah kepada anak dan cucu boleh ditarik balik
Jumhur menyatakan bahawa haram bagi seseorang untuk menarik balik hibah apabila
hibah telah diterima oleh penerima hibah, sekalipun antara suami dan isteri.

Walaubagaimanapun, ibu bapa dan ke atas mempunyai hak untuk menarik balik atau
mengubah formula pemberian ini pada bila-bila masa apa yang telah diberikan kepada
anak cucu ke bawah.
Dalil: Daripada Ibn Abbas dan Ibn Umar r.a, sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak dibenarkan
bagi seseorang yang telah memberikan sesuatu pemberian kemudian menarik kembali
pemberian tersebut melainkan ibu bapa yang memberikan kepada anaknya. Misal bagi
orang yang menarik kembali pemberiannya adalah seperti seekor anjing yang makan
sesuatu, dan kemudian apabila ia lapar, ia memuntahkan kembali makanan tersebut
lalu memakannnya semula.” H.R Abu Dawud dan Al-Nasa’iy dan Ibn Majah.
Kadar yang tiada had
Satu kelebihan hibah berbanding wasiat, seorang boleh menghibahkan hartanya
kepada waris atau seseorang lain semasa dia masih hidup dan jumlahnya tidak terhad.

Berbanding wasiat, kadar yang boleh diwasiatkan terhad 1/3 daripada keseluruhan
harta dan tidak boleh mewasiatkan harta kepada waris yang berhak menerima pusaka
kecuali dengan persetujuan waris lain.
Aset yang dihibah tidak dikira sebagai harta pusaka
Berkuatkuasa serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah. Aset
yang dihibahkan tidak dianggap sebagai harta penghibah. Harta yang telah dihibah
akan terkeluar dari harta pusaka. Aset tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi
mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah. Hak benefisiari selamat dan terjamin. Harta
yang telah dihibah tidak boleh dituntut oleh waris yang lain.
Kos yang murah
Sekiranya pindahmilik dibuat dari nama pemberi hibah kepada penerima hibah, duti
setem perlu dibayar. Secara umumnya, duti setem ini ialah 1 % untuk nilai hartanah RM
100,000.00 yang pertama, 2 % untuk nilai hartanah RM 400,000.00 yang kedua dan 3
% untuk nilai hartanah yang seterusnya. Seorang ayah atau ibu boleh memilih untuk
memindahmilik hartanah mereka kepada anak-anak hari ini, tetapi mereka perlulah
membayar kos ini. Oleh kerana hibah tidak memerlukan pindahmilik berlaku, duti setem
tidak perlu dibayar dan ini menyebabkan prosedur menyediakan Hibah jauh lebih efektif
dari segi kos

KELEBIHAN WASIAT

Kepentingan berwasiat bukanlah untuk pembahagian harta semata-mata kerana asas
pembahagian telah ditetapkan oleh syarak dalam surah An-Nisa’ ayat 5 hingga 12.
Berwasiat adalah untuk menjaga hak dan kepentingan demi keadilan ke atas mereka
yang tidak diberikan hak.
Berwasiat juga bertujuan untuk melantik seorang pemegang amanah yang akan
mentadbir harta pusaka yang ditinggalkan secara sempurna dan bijaksana. Kita semua
mahu peninggalan kita di dunia ini diiringi rahmat dan doa dari semua pihak. Firman
Allah s.w.t. dalam surah An-Nisa’ ayat 13:
Maksudnya: “(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah.
Barangsiapa taat kepada Allah & RasulNya, nescaya Allah memasukkanya ke
dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di
dalamnya dan itulah kemenangan yang besar”
Wasiat juga memberi keadilan dalam pembahagian harta kepada anak-anak yang
disembunyikan statusnya kerana perkahwinan kedua atau ketiga yang tidak disenangi
keluarga utama. Wasiat mungkin hebahan terhadap harta si pewasiat yang tidak
diketahui oleh ahli waris secara menyeluruh atau secara ditil satu persatu. Pewasiat
semasa hidupnya menyembunyikan harta atau kepentingan berkenaan dengan sebabsebab yang tertentu.

MASALAH BERBANGKIT DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA
1. Waris tidak tahu proses tuntutan

Waris tidak tahu ke mana mereka perlu pergi untuk menuntut harta pusaka tersebut.
Kita hanya akan mula mencari maklumat apabila kes kematian sudah berlaku.
2. Pengurusan harta pusaka melibatkan kos yang tinggi
Mengikut Akta Probate & Pentadibiran 1959, pihak yang mengurus dan mentadbir harta
pusaka boleh mengenakan caj maksima sebanyak 5% dari nilai semasa harta tersebut.
Kalau harta RM1 juta, maka kos pengurusan yang boleh dikenakan adalah RM50,000.
Kos yang tinggi ini menyebabkan ramai waris berputus asa untuk meneruskan proses
tuntutan harta pusaka ini. Caj ini biasanya dikenakan oleh pihak yang menguruskan
proses tuntutan harta pusaka tersebut seperti peguam dan syarikat trustee.
3. Tidak ada kesepakatan antara waris
Sekiranya waris bersetuju tentang pembahagian harta pusaka ini, maka proses tuntutan
akan menjadi lebih mudah dan cepat. Lebih parah sekiranya waris bergaduh sesama
sendiri berebut harta yang ditinggalkan.
4. Waris tiada masa urus pusaka
Urusan tuntutan harta pusaka ini perlu dilakukan di Pejabat Pusaka Kecil, Amanah
Raya Berhad atau di Mahkamah Tinggi. Mereka yang bekerja di bahagian ini juga
mempunyai waktu pejabat seperti orang lain. Maka, waris perlu uruskan semuanya
ketika office hour. Agak susah sekiranya semua waris bekerja secara sepenuh masa
dan susah untuk mendapat pelepasan atau cuti bagi menguruskan hal tersebut.


5. Waris tidak tahu hukum faraid
Ilmu faraid ini jarang disentuh dan dikupas secara mendalam samada di sekolah,
universiti mahupun di pengajian di masjid-masjid. Ramai yang menganggap ilmu ini

tidak penting. Apa yang ditakuti adalah apabila kita termakan hak orang lain secara
batil. Haram dan berdosa.
6. Harta yang ditinggalkan kecil
Mungkin anak-anak si mati sudah mempunyai kerjaya sendiri dan berpangkat besar.
Apalah yang nak disibukkan dengan sebidang tanah di kampung. Mungkin itu cetusan
hati mereka menyebabkan waris membiarkan sahaja harta tersebut tidak dituntut.
Walhal mereka perlu ingat, tanah sekangkang kera itulah yang membesarkan mereka
adik beradik sehingga berjaya. Daripada terbiar begitu sahaja, baik tuntut terlebih
dahulu. Jika tak mahu, jual sahaja dan hasil jualan tersebut wakafkan untuk membuat
masjid dan sebagainya. Pahala wakaf tersebut akan terus mengalir kepada si mati
sampai bila-bila.
7. Proses tuntuan harta pusaka memakan masa yang lama
Sebab utamanya adalah tidak ada kesepakatan antara waris atau waris yang berhak
menerima sudah meninggal dunia terlebih dahulu. Maka, waris seterusnya adalah anak
kepada penerima tersebut yang mungkin sudah ada kehidupan masing-masing di
tempat lain. Hendak cari mereka semula itu yang susah dan memakan masa. Tidak ada

kesepakatan juga menjadi isu utama. Bergaduh di mahkamah bertahun-bertahun
berebutkan harta si mati.

SATU ISU RELEVAN YANG BERKAITAN PEMBAHAGIAN PUSAKA DI MALAYSIA

Isu Yang Dipilih : Isu wang caruman KWSP,Penama dan Perwarisan pusaka.

Tujuan utama caruman KWSP adalah untuk kegunaan para pencarum ketika
persaraan kerja sekitar umur 55 tahun.Namun hakikat yang kita tahu ada kemungkinan
para pencarum ada yang meninggal dunia lebih awal daripada umur persaraan
mungkin diumur 30an,40an dan sebagainya.Oleh itu wang caruman KWSP yang
ditinggalkan telah menjadi harta pusaka si pencarum yang telah meninggal dunia itu (si
mati).Sebagaimana yang kita tahu kebiasaannya para pencarum semasa hayatnya
akan menamakan seseorang dalam hidupnya sebagai "Penama" (Nominee).
Setelah berlaku kematian pencarum, adalah menjadi tanggungjawab Penama
untuk mengeluarkan wang tersebut dan menguruskannya mengikut hukum
syarak.Penama wajib berlaku jujur iaitu membahagikan wang tersebut kepada wariswaris yang lain mengikut hukum Faraid yang telah ditetapkan oleh Islam.Justeru para
penama wajib mengenal pasti siapakah waris yang layak menerima harta pusaka
simati beserta bahagian pusaka yang layak diterima menurut hukum Faraid.
Malangnya banyak kes yang telah berlaku didalam masyarakat kita berapa ramai
'penama' di KWSP (begitu juga penama di tabung haji,koperasi,insurans,takaful) tidak
berlaku jujur,amanah dan adil terhadap waris-waris yang lain.Ada penama yang
sanggup mengambil kesemua wang untuk kepentingan diri sendiri sahaja tanpa rasa
bersalah.Ini disebabkan mereka menganggap wang tersebut adalah milik penama
seorang.Sedangkan penama hanyalah sebagai pemegang amanah dan wasi.

Kerana wujudnya rasa tamak dan tidak mempunyai rasa berdosa maka terjadilah
keadaan-keadaan seperti di bawah :


Ramai ibu bapa yang telah memakan hak anak-anaknya



Ramai datuk dan nenek telah memakan hak cucu-cucu mereka



Ramai anak-anak serta cucu-cucu menafikan hak ibu-bapa ataupun hak datuk
dan nenek mereka



Ramai suami atau isteri yang mengkhianati arwah pasangan masing-masing

Kemungkinan perkara di atas berlaku kerana atas rasa “ kepunyaan” kerana si mati
telah menamakan kepada yang sepatutnya dapat mengeluarkan caruman. Namun
harapan untuk diagihkan kepada yang berhak tidak berlaku. Dalam hal penama ramai
yang salah anggap.Kebanyakkan orang lelaki /suami akan menamakan isteri sebagai
penama KWSP/insurans/takaful.Lain pula halnya dengan orang perempuan/isteri
kebanyakan daripada mereka lebih selesa menamakan anak-anak sebagai penama
berbanding suami. Sungguhpun hak menamakan penama adalah hak masing-masing
dan tiada siapa yang boleh pertikaikan tetapi kita perlu tahu kesan yang akan timbul jika
penama adalah anak yang masih di bawah umur di saat berlaku kematian.
Lihat kesan yang akan berlaku:
Sekiranya kita mati,anak yang bawah umur tidak boleh mengeluarkan duit sehingga
berumur 18tahun.
Bermakna si anak kena tunggu sehingga usia 18tahun.
Apabila berumur 18tahun si anak pergi menuntut wang KWSP (atau penamaan lain spt
takaful etc)
Apabila wang diterima,si anak pula menganggap wang tersebut kepunyaannya.
Sedangkan wang yang diterima anak tersebut ada bahagian atuk dan neneknya.(atau
waris-waris lain)

Atau ketika anak itu sudah mendapat wang tersebut atuk dan neneknya sudah
meninggalkan dunia,
Dan sepatutnya bahagian datuk dan nenek(yang telah meninggal sebelum anak
berumur 18tahun) perlu diagihkan pula kepada waris-waris berhak lain seperti pakcik
dan makcik atau mereka yang layak.

Sekiranya perkara diatas berlaku bermakna anak-anak ini telah memakan harta pusaka
hak orang lain tanpa dia sedar dan akibatnya amatlah buruk dan ia dinamakan
memakan harta secara bathil.Harta tidak bersih akan menyumbang kepada kehancuran
masyarakat.Sanggupkah anda membiarkan anak-anak anda terlibat dengan
permasalahan ini disebabkan ketidakpedulian kita berkenaan hukum Faraid dan tidak
mahu merancang harta semasa hidup.
Oleh itu semak semula siapa penama yang anda lantik dan perjelaskanlah kepada ahli
keluarga dan sahabat handai berkenaan maklumat ini dan isu perwarisan harta
pusaka.Rancanglah juga semua harta yang anda ada seperti
rumah,tanah,perniagaan,saham dan semua yang dikategorikan sebagai 'harta anda'
dalam satu dokumen wasiat pentadbiran harta bagi memudahkan proses pentadbiran
dan pembahagian harta setelah kematian anda.