Penggunaan peer tutoring dalam pembelaja
Recommended citation:
Lok, W. F. (2014). Penggunaan "peer tutoring" dalam pembelajaran kimia organik di kalangan pelajar
matrikulasi. Paper presented at the Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2014, Port Dickson, Negeri
Sembilan, Malaysia.
PENGGUNAAN “PEER TUTORING” DALAM PEMBELAJARAN KIMIA
ORGANIK DI KALANGAN PELAJAR MATRIKULASI
Lok Wai Foong
Kolej Matrikulasi Perak
ABSTRAK
“Peer tutoring” merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang melibatkan
perkongsian ilmu melalui interaksi sosial di kalangan pelajar. Ia adalah berkonsepkan
teori pembelajaran konstruktivis sosial yang dipelopori oleh Vygotsky. Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti pendapat pelajar terhadap penggunaan “peer tutoring” dan
kesan penggunaannya terhadap pencapaian pelajar dalam topik “Introduction to organic
chemistry”. Rekabentuk kuasi-eksperimental dan pendekatan kualitatif telah digunakan.
Seramai 76 orang pelajar dalam empat buah kelas tutorial di sebuah kolej matrikulasi
telah dipilih secara rawak untuk kajian eksperimen. Manakala empat orang pelajar dipilih
untuk ditemubual dalam kajian kualitatif. Dapatan kajian eksperimen menunjukkan
bahawa penggunaan “peer tutoring” dapat meningkatkan pencapaian pelajar berbanding
dengan kaedah PdP berpusatkan pensyarah. Pelajar berpendapat bahawa “peer tutoring”
mampu memupuk minat serta motivasi dalam pembelajaran. Kemahiran komunikasi dan
hubungan persahabatan antara pelajar juga dapat dipertingkatkan. Implikasi penggunaan
“peer tutoring” sebagai teknik alternatif PdP dalam kolej matrikulasi juga dibincangkan.
1.0 PENGENALAN
Penggunaan “peer tutoring” dalam konteks pendidikan bukan merupakan suatu
strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang baru. Ia telah lama diperkenalkan dan
kerapkali dicampur adukkan dengan pendekatan yang lain seperti pembelajaran
kolaboratif.
Menurut Colvin (2007), “peer tutoring” merupakan suatu strategi pembelajaran
yang melibatkan individu dari kumpulan dan tahap sosial yang sama, di mana individu
yang lebih berkemahiran dan berilmu akan mendidik individu yang lain. Individu yang
lebih berkemahiran, dipanggil tutor, biasanya akan membimbing individu yang kurang
berkemahiran, dipanggil tutee, samada dalam kumpulan kecil atau secara individu untuk
menyelesaikan masalah dalam pembelajaran, memperkembangkan kemahiran belajar dan
sebagainya.
1
“Peer tutoring” juga ditakrifkan sebagai suatu jenis bantuan pembelajaran secara
kolaboratif di kalangan individu yang sebaya, Ia dapat membantu pelajar yang lemah
dalam pembelajaran menerusi strategi pengajaran yang sistematik (Chen & Liu, 2011). de
Backer, van Keer & Valcke (2012) pula menyatakan “peer tutoring” merupakan suatu
strategi pembelajaran kolaboratif di mana ilmu dan kemahiran dapat dipelajari melalui
pembelajaran sesama pelajar dalam kumpulan atau secara berpasangan.
Kesimpulannya, “peer tutoring” merupakan suatu strategi PdP yang berpusatkan
kepada perkongsian ilmu melalui interaksi sosial di kalangan pelajar. Ia boleh
dilaksanakan menerusi pembentukan kumpulan kecil yang yang terdiri daripada empat
hingga enam orang pelajar atau secara berpasangan. Perbincangan biasanya dibimbing
oleh seorang tutor yang terdiri daripada rakan sebaya.
1.1 Pernyataan masalah
Pelajar matrikulasi didapati sering menghadapi masalah penguasaan dalam topik
“Introduction to organic chemistry”. Ini kerana topik berkenaan merupakan topik pertama
kepada Kimia Organik. Topik ini memperkenalkan konsep dan pengetahuan asas
terhadap Kimia Organik seperti lukisan sebatian Kimia, susunan atom dalam molekul,
konsep kumpulan berfungsi dan isomer, serta ciri-ciri dan jenis-jenis tindak balas Kimia.
Sekiranya pelajar tidak dapat menguasai topik ini dengan baik, mereka akan menghadapi
kesukaran untuk memahami topik-topik Kimia Organik yang berikutnya.
Strategi pembelajaran yang tradisional iaitu pembelajaran secara individu atau
berpusatkan pensyarah didapati kurang berkesan dalam pembelajaran Kimia Organik.
Pelajar mudah berasa bosan dan hilang tumpuan terhadap pengajaran satu hala yang
berpusatkan pensyarah. Selain itu, nisbah pensyarah kepada pelajar yang besar juga
menyebabkan interaksi atau perbincangan dua hala amat terhad. Sekiranya penerangan
yang diberikan oleh pensyarah kurang jelas, maka akan menimbulkan kekaburan di
kalangan pelajar terhadap topik yang dipelajari. Strategi pembelajaran secara individu
pula didapati kurang sesuai untuk pelajar lemah kerana topik “Introduction to organic
chemistry” memerlukan penguasaan dan pemahaman konsep secara teliti.
Oleh yang demikian, suatu strategi pembelajaran altenatif iaitu “peer tutoring”
dilaksanakan untuk mengenalpasti pendapat dan kesan penggunaannya terhadap pelajar
dalam Kimia Organik, khususnya dalam topik “Introduction to organic chemistry”.
1.2 Objektif kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk:
1. Mengenalpasti sama ada penggunaan “peer tutoring” dapat meningkatkan
pencapaian pelajar dalam topik “Introduction to organic chemistry”.
2. Mengenalpasti pendapat pelajar terhadap penggunaan “peer tutoring” dalam topik
“Inroduction to organic chemistry”.
2
1.3 Persoalan kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut:
1. Adakah perbezaan signifikan wujud di antara ujian pra dan ujian pasca dalam
pencapaian pelajar dalam topik “Introduction to organic chemistry” dengan
penggunaan “peer tutoring”?
2. Apakah pendapat pelajar terhadap penggunaan “peer tutoring” dalam topik
“Introduction to organic chemistry”?
1.4 Hipotesis kajian
Hipotesis untuk menjawab persoalan kajian pertama:
Hipotesis nul:
Tidak terdapat perbezaan signifikan di antara ujian pra dan ujian pasca dalam pencapaian
pelajar dalam topik “Introduction to organic chemistry” dengan penggunaan “peer
tutoring”.
Hipotesis penyelidikan:
Terdapat perbezaan signifikan di antara ujian pra dan ujian pasca dalam pencapaian

1.5 Kepentingan kajian
Memandangkan penglibatan pelajar terutamanya perbincangan berkumpulan
adalah penting dalam PdP, “peer tutoring” diperkenalkan kepada pelajar dalam topik
“Introduction to organic chemistry”. Proses PdP akan menjadi lebih menarik dan motivasi
pelajar dapat dipertingkatkan melalui “peer tutoring”.
Melalui “peer tutoring”, kedua-dua pihak tutor dan tutee akan memperoleh
manfaat bersama. Selain daripada meningkatkan pemahaman tutee dalam pembelajaran,
tutor juga dapat memperkukuhkan pemahaman kendiri. Oleh kerana tahap pemikiran dan
latar belakang pelajar adalah lebih kurang sama, pelajar akan lebih memahami fikiran dan
masalah yang dihadapi oleh rakan sebaya mereka. Tambahan pula, pelajar-pelajar tidak
akan berasa segan atau tertekan untuk berbincang bersama-sama dengan rakan sebaya.
Pelajar akan berusaha untuk menyelasaikan masalah yang timbul dalam pembelajaran
mereka dan secara tidak langsung memperkukuh pemahaman dalam pembelajaran.
1.6 Batasan kajian
Dapatan kajian ini tidak boleh membuat generalisasi kepada semua pelajar
matrikulasi kerana sampel kajian ini hanya melibatkan pelajar dari sebuah kolej
matrikulasi. Tambahan pula, saiz sampel yang digunakan adalah kecil dan perbezaan
kendiri antara pelajar-pelajar kolej matrikulasi yang lain mungkin wujud seperti dalam
segi tahap sosio ekonomi keluarga, pengetahuan lepas dan tahap kognitif pelajar.
3
Pelaksanaan strategi “peer tutoring” hanya dilaksanakan dalam satu topik Kimia
Organik, iaitu topik “Introduction to organic chemistry”. Dapatan kajian ini tidak boleh
diaplikasikan kepada topik-topik yang lain dalam Kimia Organik. Ini kerana tahap
kesukaran bagi topik-topik dalam Kimia Organik adalah tidak setara dari satu sama lain.
Pensyarah memilih tutor berdasarkan kepada pencapaian akademiknya dalam
peperiksaan yang lepas. Namun begitu, kualiti tutor mungkin dipengaruhi oleh faktorfaktor yang lain seperti personaliti, kebolehan kepimpinan dan komunikasi. Oleh itu,
kualiti tutor mungkin mempengaruhi dapatan kajian dari segi aktiviti perbincangan
kumpulan yang dijalankan di dalam atau luar kelas tutorial.
Selain itu, dapatan kajian mengenai pencapaian pelajar tidak bersandar
sepenuhnya kepada penggunaan strategi “peer tutoring”. Ini kerana selang masa bagi
ujian pra dan ujian pasca adalah selama dua minggu. Dalam selang masa dua minggu ini,
pelajar mungkin mendapatkan bimbingan dari pensyarah atau kawan-kawan yang lain.
Faktor-faktor seperti daya usaha, motivasi dan gaya pembelajaran juga mempengaruhi
dapatan kajian ini. Oleh itu, pencapaian pelajar dalam ujian pasca bukanlah bergantung
semata-mata kepada pelaksanaan strategi “peer tutoring”.
2.0 TINJAUAN LITERATUR
Topping (1996) berpendapat bahawa pembelajaran “peer tutoring” adalah
berkonsepkan teori pembelajaran konstruktivis sosial yang dipelopori oleh Vygotsky.
Menurut teori ini, interaksi sosial memainkan peranan yang penting dalam pembangunan
kognitif pelajar. Sekiranya percanggahan ilmu wujud dalam perbincangan, pelajar akan
cuba membina dan menstruktur semula pengetahuan sedia ada. Ini secara tidak langsung
memperkukuh pemahaman pelajar dalam pembelajaran. Maka, interaksi sosial dilihat
sebagai suatu pemangkin dalam pembangunan kognitif pelajar (Ismail & Alexander,
2005).
Selain itu, tugasan atau kemahiran yang terletak dalam “zone of proximal
development” pelajar tidak mampu diselesaikan atau dilakukan secara bersendirian. Ianya
memerlukan bimbingan dan bantuan daripada individu yang lebih kompeten seperti orang
dewasa atau rakan sebaya yang lebih berilmu (Vygotsky, 1978). Oleh itu, pendekatan
“peer tutoring” dapat mewujudkan penglibatan secara aktif di kalangan pelajarnya dan
pembinaan ilmu berlaku dengan wujudnya komunikasi antara tutor dan tutee.
Colvin (2007) berpendapat bahawa tutee dapat memperoleh pengetahuan atau
kemahiran menerusi tutor yang berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing dalam
“peer tutoring”. Tugas tutor adalah lebih cenderung kepada membimbing daripada
mengajar tutee dari segi menyelesaikan masalah. Selain itu, “peer tutoring” bukan sahaja
memanfaatkan tutee tetapi ia juga memanfaatkan tutor kerana pembelajaran tutor dapat
diperkukuhkan melalui pengajarannya kepada tutee (Topping, 1996).
4
Goodlad (1999) juga bersetuju bahawa kedua-dua pihak iaitu, tutor dan tutee
boleh memperoleh manfaat menerusi “peer tutoring”. Tutee mendapati pembelajaran
adalah lebih menarik, senang diikuti, menyeronokan dan bersemangat untuk belajar.
Tutor pula dapat mempelajari kemahiran berkomunikasi, mengaplikasikan pengetahuan
yang sedia ada untuk membimbing orang lain, menambah keyakinan diri serta
memperkukuh ilmu pengetahuan diri sendiri. Selain itu, “peer tutoring” juga didapati
boleh meningkatkan pencapaian akademik dan motivasi pelajar dalam pembelajaran
(Roscoe & Chi, 2007).
Namun demikian, Topping (1996) menyatakan cabaran “peer tutoring” dari segi
pemilihan tutor yang berkemampuan dan masa yang diperlukan untuk membuat
perancangan rapi. Selain itu, pensyarah perlu memantau perjalanan “peer tutoring”
dengan teliti dan memberi maklum balas yang bersesuaian supaya objektif PdP yang
sebenar dapat dicapai. Luca dan Clarkson (2002) juga berpendapat bahawa arahan yang
jelas, bimbingan yang berterusan serta sesi latihan untuk tutor perlu dilaksanakan
sepanjang pelaksanaan “peer tutoring”.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Skop kajian dan rangka kajian
Empat buah kelas tutorial dari sebuah kolej matrikulasi telah dipilih secara rawak
untuk dijadikan sampel kajian. Strategi “peer tutoring” dilaksanakan dalam dua buah
kelas iaitu kelas rawatan yang terdiri daripada 39 orang pelajar. Manakala, dua buah kelas
lagi yang dikenali sebagai kelas kawalan menggunakan kaedah PdP tradisional iaitu
berpusatkan pensyarah. Bilangan pelajar dalam kelas kawalan ini adalah sebanyak 37
orang. Bagi pendekatan kualitatif, empat orang pelajar dipilih dari kelas rawatan untuk
ditemubual bagi mengenalpasti pendapat pelajar terhadap penggunaan “peer tutoring”
secara lebih mendalam.
3.2 Rekabentuk kajian
Rekabentuk kajian kuasi-eksperimental dijalankan untuk mengenalpasti kesan
penggunaan “peer tutoring” terhadap pencapaian pelajar dalam topik “Introduction to
organic chemistry”. Manakala, pendekatan kualitatif iaitu temubual digunakan untuk
mengenalpasti pendapat pelajar terhadap pengunaan “peer tutoring” dalam pembelajaran.
3.3 Instrumen kajian
Untuk mengenalpasti sama ada penggunaan “peer tutoring” dapat meningkatkan
pencapaian pelajar dalam topik “Introduction to organic chemistry”, satu set soalan yang
mengandungi lima soalan struktur dijadikan sebagai instrumen dalam kajian ini (rujuk
Lampiran 1). Kedua-dua ujian pra dan ujian pasca adalah terdiri daripada set soalan yang
5
sama. Soalan-soalan ini mempunyai kesahan yang tinggi kerana ia merupakan soalan
ujian pertengahan semester yang lepas dan digubal oleh Bahagian Matrikulasi bersertakan
skema jawapan yang seragam.
3.4 Prosedur pengumpulan data
Setelah kelas-kelas tutorial dipilih secara rawak dan dibahagikan kepada
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan, suatu ujian pra dijalankan. Tujuan ujian pra
ini adalah untuk menentukan kesetaraan pencapaian pelajar di antara kedua-dua
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sekiranya kesetaraan pencapaian pelajar dapat
diperolehi, strategi “peer tutoring” akan dilaksanakan dalam kumpulan rawatan manakala
kumpulan kawalan menggunakan kaedah PdP tradisional iaitu berpusatkan pensyarah.
Pelajar-pelajar dalam kelas rawatan dibahagikan kepada kumpulan kecil yang
terdiri daripada empat atau lima orang pelajar. Seorang tutor dilantik oleh pensyarah
untuk membimbing ahli-ahli kumpulannya. Pemilihan tutor ini adalah berpandukan
kepada keputusan pelajar dalam Ujian Pertengahan Semester, Bahagian Matrikulasi yang
lepas. Pensyarah menjelaskan kepada para tutor mengenai tugas dan peranan yang
dimainkan oleh mereka iaitu membimbing rakan-rakan dalam kumpulan masing-masing
di dalam atau di luar kelas tutorial.
Sebelum “peer tutoring” dilaksanakan, pensyarah memberi garis panduan yang
ringkas kepada tutor mengenai soalan-soalan tutorial yang perlu dibincangkan dalam
kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengadakan perbincangan di luar waktu kelas
tutorial. Tutor bertindak sebagai pembimbing untuk membantu tutee menjawab soalansoalan yang diberikan. Pensyarah pula memberi bantuan dan nasihat yang sewajarnya dari
semasa ke semasa untuk setiap kumpulan.
Semasa kelas tutorial, pelajar-pelajar duduk dalam kumpulan masing-masing dan
beberapa kumpulan dipilih secara rawak untuk membentangkan jawapan mereka di depan
kelas. Pelajar dalam kumpulan lain dibenarkan untuk menyoal atau memberi cadangan
terhadap jawapan yang dibentangkan. Selepas sesi pembentangan, pensyarah memberi
komen terhadap jawapan yang dibentang dan merumuskan pelajaran.
Dalam kelas kawalan pula, strategi PdP tradisional iaitu berpusatkan pensyarah
dilaksanakan. Sesi soal jawab sehala dijalankan dalam kelas tersebut. Pensyarah
memainkan peranan yang aktif dalam kelas, di mana pensyarah memberi jawapan tutorial
dan memberi penjelasan tentang masalah yang dikemukakan oleh pelajar.
Selepas sesi PdP berjalan selama dua minggu, ujian pasca yang sama dijalankan
ke atas kelas rawatan dan kelas kawalan masing-masing. Cook dan Campbel (1979)
mencadangkan supaya selang masa bagi pelaksanaan ujian pra dan ujian pasca haruslah
bersesuaian dan soalan dalam instrumen haruslah sama tetapi diubah susunannya untuk
mengukuhkan kesahan dalaman bagi kajian kuasi-eksperimental. Oleh sebab itu, keduakedua ujian pra dan ujian pasca menggunakan instrumen yang sama tetapi susunannya
diubah serta selang masa yang diperuntukkan adalah selama dua minggu. Tambahan lagi,
6
sesi temubual dengan empat pelajar yang dipilih daripada kumpulan rawatan dilakukan
pada akhir sesi PdP.
3.4 Analisis data
Untuk memastikan pencapaian pelajar dalam kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan yang dipilih adalah setara, ujian-t untuk sampel-sampel bebas (independent t
test) bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dilakukan.
Manakala, ujian-t untuk pengukuran berulangan (paired samples t test) digunakan
untuk mengenalpasti sama ada pelaksanaan “peer tutoring” dapat meningkatkan
pencapaian pelajar dalam topik “Intorduction to organic chemistry” dalam kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan masing-masing.
4.0 KEPUTUSAN
4.1 Analisis kuantitatif
Jadual 1.
Ujian-t untuk sampel-sampel bebas (independent t test) bagi kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan dalam ujian pra.
t
df
sig.
Perbezaan min
Ujian pra
-0.19
74
0.985
-0.01
Berdasarkan kepada Jadual 1, skor min bagi kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan dalam ujian pra tidak menunjukkan perbezaan signifikan (p > .05). Ini
menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam kedua-dua kumpulan adalah setara atau
tidak mempunyai perbezaan yang signifikan.
Jadual 2.
Min dan sisihan piawai bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra
dan ujian pasca.
Kumpulan rawatan (n = 39)
Kumpulan kawalan (n = 37)
Min
Sisihan piawai
Min
Sisihan piawai
Ujian pra
7.26
3.14
7.27
3.20
Ujian pasca
11.44
2.97
7.57
3.15
Jadual 3.
Ujian-t untuk pengukuran berulangan (paired samples t test) bagi kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan.
T
df
sig.
Min
Kumpulan rawatan
-14.13
38
0.000
-4.18
Kumpulan kawalan
-1.82
36
0.078
-0.30
7
Berdasarkan kepada Jadual 2, skor min ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan
rawatan ialah 7.26 dan 11.44, manakala untuk kumpulan kawalan ialah 7.27 dan 7.57. Ini
menunjukkan terdapat peningkatan skor min yang ketara selepas strategi “peer tutoring”
dilaksanakan dalam kumpulan rawatan. Sisihan piawai ujian pra dan ujian pasca bagi
kumpulan rawatan ialah 3.14 dan 2.97, manakala kumpulan kawalan ialah 3.20 dan 3.15.
Ini menunjukkan skor bagi kedua-dua kumpulan dalam ujian pra dan ujian pasca adalah
kurang bertaburan.
Dalam Jadual 3, analisis ujian-t untuk pengukuran berulangan bagi kumpulan
rawatan menunjukkan hipotesis nul untuk persoalan kajian pertama ditolak dan keputusan
kajian adalah signifikan (t = -14.13, df = 38, p < .05). Ini menunjukkan penggunaan “peer
tutoring” dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik “Introduction to organic
chemistry”. Manakala, kumpulan kawalan yang menggunakan strategi PdP tradisional
(berpusatkan pensyarah) tidak menunjukkan peningkatan pencapaian signifikan dalam
topik “Introduction to organic chemisty” (t = -1.82, df = 36, p > .05), iaitu hipotesis nul
untuk persoalan kajian kedua diterima.
4.2 Analisis kualitatif
Dapatan kualitatif menunjukkan pelajar berpendapat bahawa “peer tutoring”
merupakan suatu pendekatan PdP yang mampu memupuk minat dan meningkatkan
motivasi belajar dalam topik Kimia Organik. Seorang pelajar menyatakan bahawa
perbincangan dengan rakan sebaya dapat menimbulkan minat dan merangsang
inisiatifnya untuk belajar. Seorang pelajar pula menyatakan rakan sebaya sering memberi
dorongan kepadanya untuk belajar dan secara tidak langsung menyemarakkan semangat
dan motivasi dalamannya untuk belajar.
Keempat-empat orang pelajar bersetuju bahawa “peer tutoring” membantu mereka
menjawab soalan-soalan tutorial yang diberi dan menjelaskan miskonsepsi yang timbul
dalam pembelajaran. Salah seorang pelajar menegaskan bahawa “peer tutoring”
menyediakan satu medium perbincangan yang efektif di antara rakan sebaya untuk
menyelesaikan masalah dalam pembelajaran. Kebanyakan masalah dalam pembelajaran
dapat diselesaikan dengan bantuan rakan sebaya.
Tambahan lagi, keempat-empat orang pelajar berpendapat bahawa hubungan
mereka dengan rakan-rakan dalam kelas menjadi lebih erat dengan pelaksanaan “peer
tutoring”. Seorang pelajar menyatakan bahawa rakan-rakan dalam kumpulannya sering
berhimpun untuk menjalankan aktiviti yang lain seperti makan malam, “outing” dan
bersukan. Walaupun aktiviti-aktiviti tersebut bukan bersifat akademik, tetapi dia dapat
mempelajari kaedah-kaedah berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain. Ini juga
penting dalam pembentukan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan
fizikal.
Namun begitu, seorang pelajar menyatakan bahawa dia menghadapi masalah
untuk meluangkan masa lapangnya untuk mengadakan perbincangan dengan rakan
sebaya. Ini kerana pelajar tersebut berpendapat bahawa perbincangan dalam kumpulan
8
mengambil masa yang panjang dan dia mempunyai tugasan subjek lain yang perlu
disiapkan. Seorang pelajar pula berasa kurang yakin dengan jawapan yang dibincangkan
dengan rakan sebaya. Walaupun dia dapat mencari kaedah penyelesaian dengan rakan
sebayanya, dia masih ragu-ragu dengan jawapan itu.
5.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperoleh, strategi “peer tutoring”
didapati meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik “Introduction to organic
chemistry”. Dapatan ini seiring dengan dapatan kajian lepas yang menyatakan bahawa
“peer tutoring” mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Roscoe & Chi,
2007).
Selain itu, pelajar-pelajar didapati bergiat aktif dan bersemangat dalam kumpulan
perbincangan masing-masing. Tutee didapati lebih berani berbincang dengan tutor dan
tutee yang lain dalam kumpulannya. Walaupun percanggahan idea dan miskonsepsi
seringkali wujud semasa perbincangan dalam kumpulan, tutor dan tutee didapati berupaya
untuk berbincang bersama-sama bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ini merupakan
suatu proses yang penting dalam perkembangan kognitif pelajar, di mana pelajar dapat
mengasimilasi dan menerap ilmu pengetahuan baru melalui interaksi sosial dengan rakan
sebayanya.
Pelaksanaan “peer tutoring” dapat meningkatkan kemahiran komunikasi bagi tutor
dan tutee. Tutor didapati boleh mempelajari kemahiran untuk memberi bimbingan dan
penjelasan dengan berkesan. Manakala, tutee dapat mempelajari teknik untuk menanya
soalan dengan jelas dan tepat, yang menggambarkan ketidakfahaman atau miskonsepsi
yang wujud. Sifat hormat-menghormati terhadap pendapat dan pandangan rakan sebaya
juga dapat dipupuk di kalangan pelajar. Oleh itu, perkembangan personaliti yang positif
dan seimbang bagi pelajar dapat dipertingkatkan.
Tambahan lagi, hubungan persahabatan antara tutor dan tutee didapati menjadi
lebih erat melalui pelaksanaan “peer tutoring”. Mereka bukan sekadar berbincang
mengenai masalah akademik, malah mereka juga berkongsi suka duka dalam hidup dan
masalah kehidupan yang timbul. Ini secara tidak langsung dapat memberi sokongan
mental dan emosi di kalangan pelajar, dan mewujudkan suasana pembelajaran yang
harmoni dan kondusif.
Pelaksanaan “peer tutoring” juga didapati boleh memaksimumkan waktu
pertembungan dan perbincangan ilmiah di kalangan pelajar. Pembelajaran tidak lagi
terhad kepada jadual waktu rasmi yang ketat. Pelajar boleh mengadakan perbincangan di
luar waktu kelas pada waktu dan tempat yang lebih fleksibel dan bersesuaian dengan
kehendak mereka.
Namun begitu, Topping (1996) mengingatkan bahawa tutor yang dilantik dari
kalangan pelajar tidak boleh menggantikan sepenuhnya tanggungjawab dan peranan yang
9
dipikul oleh pensyarah. Ini kerana perbezaan intelek dan kognitif tetap wujud di kalangan
tutor (pelajar) dan pensyarah (orang dewasa) yang telah menerima latihan profesional.
Oleh itu, PdP perlu dirancang dengan teliti kerana terdapat sesetengah konsep
memerlukan penjelasan yang lebih lanjut dan teliti daripada pensyarah.
5.1 Implikasi
Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan “peer tutoring” dapat
mempertingkatkan pencapaian pelajar khususnya dalam topik “Introduction to organic
chemistry”. Ia juga meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam pembelajaran Kimia
Organik menerusi interaksi sosial yang positif. Kedua-dua pihak, iaitu tutor dan tutee
memperoleh manfaat daripada pembelajaran dengan strategi “peer tutoring”. Oleh itu,
strategi “peer tutoring” boleh dijadikan sebagai suatu teknik alternatif PdP untuk
meningkatkan pencapaian akademik dan minat pelajar dalam pembelajaran. Namun
begitu, perancangan yang teliti dan rapi perlu dilakukan supaya keberkesanan
penggunaan “peer tutoring” terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat
dimaksimumkan. Pensyarah perlu memantau proses pelaksanaannya dari masa ke semasa
dan memberi intervasi yang bersesuaian sekiranya pelajar menghadapi masalah
pembelajaran dan komunikasi dalam “peer tutoring”.
5.2 Kajian akan datang
Kajian akan datang dicadangkan supaya faktor-faktor lain seperti sikap, motivasi
dan perubahan tingkah laku pelajar dalam “peer tutoring” dikenalpasti dan diteliti dengan
lebih jelas. Selain itu, tempoh pelaksanaan “peer tutoring” juga boleh dilanjutkan kepada
satu semester atau satu sesi supaya perubahan sikap dan motivasi pelajar dalam
pembelajaran dapat diperhatikan dengan lebih menyeluruh.
6.0 RUJUKAN
Chen, C., & Liu, C-C (2011). A case study of peer tutoring program in higher education.
Research in Higher Education Journal, 11, 1-10.
Colvin, J. W. (2007). Peer tutoring and social dynamics in higher education. Mentoring &
Tutoring, 15(2), 165-181.
Cook, T. D., & Campbell, D. T. (1979). Quasi-experimentation: Design and analysis
issues for field settings. Boston: Houghton-Mifflin.
de Backer, L., van Keer, H., & Valcke, M. (2012). Exploring the potential impact of
reciprocal peer tutoring on higher education students’ metacognitive knowledge and
regulation. Instructional Science, 40, 559-588.
10
Goodlad, S. (1999). Never knowingly oversold: A watchword for tutoring and mentoring
schemes? Paper presented at the 2nd BP Regional Conference on Tutoring and
Mentoring, Perth, Western Australia.
Ismail, H. N., & Alexander, J. M. (2005). Learning within scripted and nonscripted peertutoring sessions: The Malaysian context. Journal of Educational Research, 99(2),
67-77.
Luca, J., & Clarkson, B. (2002). Promoting student learning through peer tutoring - A
case study. In P. Barker & S. Rebelsky (Eds.), Proceedings of World Conference on
Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunications 2002 . (pp. 176-1181).
Chesapeake, VA: AACE.
Roscoe, R. D., & Chi, M. T. H. (2007). Understanding tutor learning: Knowledgebuilding and knowledge-telling in peer tutors’ explanations and questions. Review of
Educational Research, 77, 534-574.
Topping, K. J. (1996). The effectiveness of peer tutoring in further and higher education:
A typology and review of the literature. Higher Education, 32(3), 321-345.
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in the society: The development of higher psychological
processes. Cambridge, MA: Harvard University Press.
11
LAMPIRAN 1
QUIZ: INTRODUCTION TO ORGANIC CHEMISTRY
(30 minutes)
Name: …………………………………………….
Tutorial group: ……………
INSTRUCTION: ANSWER ALL THE QUESTIONS
1. Consider the following molecular structure:
OH
a
b
Cl
(a) Redraw the above structure in the form of expanded and condensed structures.
(b) Label the chiral carbon(s) with an asterisk (*).
(c) Classify the carbons labeled a and b as primary, secondary or tertiary.
[6 M]
2. Redraw the following structure, then circle and name all the functional groups:
O
OH
C OH
O
[4 M]
3. Draw the pair of stereoisomers for each compound below using the 3-dimensional formula.
Specify the type of stereoisomers.
(a) C2H5CH=C(CH3)C2H5
(b) CH3CH2CH2CH(Br)OH
[4 M]
4. Arrange the following species in order of increasing stability. Explain.
CH3 CH3
CH3CH2CH2CH2
CH3 C
C CH3
CH3
[3 M]
5. Name the type of reactions below:
(a) C6H6 + CH3Cl
AlCl3
C6H5CH3 + HCl
O
(b)
CH3
C CH3 +
(c)
CH2CH(CH3)2
OH
HCN
CH3 CCH3
CN
CH3C(CH3)2
[3 M]
12