Strategi Pembangunan Berteraskan Islam d

1.0

Pendahuluan

Islam merupakan agama yang syumul mengandungi peraturan hidup yang sangat lengkap dan
menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada aspek ekonomi, sosial, politik dan
sebagainya. Kemajuan dan pembangunan dalam negara merupakan satu seruan dalam Islam
ke atas semua umatnya supaya berusaha untuk mencapainya agar kejayaan dunia dan akhirat
berjaya dicapai.
Pembangunan menurut Islam adalah bersifat multi-dimensi yang meliputi aspek
fizikal, kerohanian dan moral. Penilaian pembangunan adalah berpusat kepada konsep tauhid
iaitu Allah sebagai pemilik mutlak dan manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab
membangunkan alam semesta berlandaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Ibn Qayyim berpendapat, kebanyakan para Ulama` antaranya Abu Yusuf mentakrifkan
negara Islam sebagai sebuah negara yang didiami oleh mejoriti Islam dan seterusnya undangundang Islam dijalankan. Jika negara tersebut tidak menjalankan undang-undang Islam maka
negara tersebut tidak dianggap sebagai negara Islam.
Dalam kajian ini, pengkaji akan menjelaskan berkaitan konsep politik Islam, fungsi
pelaksanaan syura dalam politik Islam, kepentingan syura, prinsip keadilan, dan keperluan
keadilan dalam pembangunan politik Islam. Pengkaji turut membina perumpamaan
kepentingan politik Islam dalam struktur pembangunan Negara diakhir kesimpulan.


1

2.0

Definisi Politik Islam

Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai politik dari para sarjana politik ini.
Menurut Asad(1954) politik adalah menghimpunkan kekuatan, meningkatkan kualiti dan
kuantiti kekuatan,mengawasi dan mengendalika kekuatan, dan menggunakan kekuatan untuk
mencapai tujuan kekuasaan dalam negara dan institusinya. Bluntschli (1935) memandang
politik sebagai "Politik is more an art a science and to dowith the practical conduct or
guidance of the state" (Politik lebih merupakan seni daripada ilmu tentang pelaksanaan
tindakan dan pimpinan (praktis negara).
Disamping itu ,terdapat sarjana politik yang mendefinisikan politik sebagai suatu yang
penting dalam termonologi negra. Al-Farabi sebagaimana dikutip Ahmad(1954) menyatakan
bahawa negara adalah suatu tubuh yang hidup sebagaimana tubuh manusia yang menyusun
suatu kesatuan. Selain itu, Maciver mengupas negara dalam tiga makna iaitu “The state as an
association (negara sebagai persekutuan) , the state in term of sovereignty, dan the state in
term of law (negara dalam istilah hukum). Ini adalah beberapa pandangan para sejarawan
mengenai politik da negara.

Politik islam di dalam bahasa arab dikenali dengan istilah siyasah. Dalam al-Muhith,
siayasah berakar kata dari dari sasa-yasusu. Alsiyasah berti mengatur, mengendalikan,
mengurus atau membuat keputusan, mengatur kaum, memerintah dan memimpin. Ibn A’qil
sebagaimana yang dikutip oleh ibnu Qayyim menyatakan bahawa politik islam adalah segala
perbuatan yang membawa manusia lebih dekat kepada kemaslahatan dan membawa manusia
lebih jauh dari kemudharatan.
Dari segi istilah politik islam adalah pengurusan kemaslahatan umat manusia menurut
hukum syarak. Poltik islam ini mengawal dan mengurus segala permaslahan yang dihadapi
oleh manusia mengikut apa yang telah ditetapkan . politik islam berpaksikan al-Quran dan alsunnah. Dalam pemerintahannya perlu mengikut kedua sumber ini tanpa ada kompromi.
2.1

Prinsip pembangunan Politik Islam

Walau bagaimanapun, politik Islam juga memiliki keunikannya yang tersendiri berbanding
politik Barat, iaitu memiliki prinsip-prinsip seperti musyawarah, keadilan, kebebasan,
persamaan, dan mardhatillah (keredhaan Allah). Dengan kelima-lima prinsip ini menjadikan
politik Islam dapat dilaksanakan selaras dengan tuntutan Al-Quran dan Al-Hadits. Antara
prinsip tersebut seperti berikut:

2


1. Prinsip Musyawarah
Secara umumnya, Musyawarah adalah suatu sistem yang bertujuan untuk memilih ketua
Negara dan jawatan-jawatan lain yang berkepentingan dalam pemerintahan. Tujuan lainnya
ialah ruang perbincangan ahli syura untuk melaksanakan hukum-hukum yang terdapat
didalam Al-Quran. Selain itu, syura juga berperanan sebagai ruang untuk ahli syura
mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul dalam
masyarakat.
2. Prinsip Keadilan
Prinsip keadilan merupakan suatu sistem yang dapat memelihara manusia daripada
melakukan kezaliman dari segi politik, ekonomi dan sosial. Seperti sedia maklum,
perbuatan kezaliman adalah sangat ditegah dalam ajaran Islam.Sepertimana yang dikatakan
oleh Allah dalam surah An-nisa’ ayat 135 bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang
sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana
Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.
Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang
daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang
rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu
turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu

memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka
sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
3. Prinsip Kebebasan
Kebebasan yang dimaksudkan adalah kebebasan untuk kebaikan semua pelaku politik
Islam. Manusia bebas untuk bergerak ke mana sahaja yang ingin dituju, bebas memberikan
pendapat selagi mana tidak bertentang dengan syariat Islam. Rasulullah SAW pernah
bersabda yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya:
“Siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan
tangannya, jika ia tidak mampu dengan lisannya, dan jika tidak mampu dengan lisan maka
dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman”
4. Prinsip Persamaan
Persamaan dalam politik Islam bermaksud pelaku pembangunan mendapat hak sama
rata dalam Negara tidak mengira perbezaan agama, budaya dan bangsa. Hal ini kerana,
Islam tidak membezakan hak individu hanya disebabkan memiliki perbezaan latar agama

3

misalnya. Masyarakat bukan Islam juga mendapat hak perlindungan dalam Negara Islam
selagi mereka tidak menentang Islam.
Sebagai contoh, ketua Negara Islam seharusnya memberi layanan yang sama kepada

semua rakyatnya tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Masyarakat bukan Islam juga
harus dilindungi dan diberikan hak sama seperti masyarakat Islam selagi mereka tidak
memerangi atau memusuhi Islam.
Ketika Rasulullah SAW memerintah Kota Madinah, Baginda sesekali tidak pernah
membezakan kaum dan agama, sebaliknya memberi layanan yang sama rata kepada semua
rakyatnya termasuklah masyarakat Yahudi. Baginda SAW pernah bersabda yang
bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang sebelum kamu binasa lantaran apabila ada seorang
tokoh terhormat mencuri mereka membiarkannya, dan tetapi apabila ada seorang lemah
mencuri mereka melaksanakan hukum atasnya. Demi ALLAH, seandainya Fatimah binti
Muhammad mencuri niscaya aku akan potong tangannya”.

(Hadis Riwayat Ahmad)

5. Prinsip Mardhatillah
Prinsip Mardhatillah merupakan matlamat utama pelaksanaan pembangunan politik
Islam. Setiap perkara yang hendak dilakukan oleh pelaku pembangunan politik seharusnya
diniatkan kerana Allah SWT. Hal ini kerana, setiap perkara yang dilakukan manusia
hendaklah bertujuan untuk mendapatkan redha Allah SWT.
Kehidupan mansuia didunia ini hanyalah bersifat sementara dan yang kekal selamanya

adalah kehidupan di akhirat. Oleh itu, pelaku pembangunan politik Islam seharusnya
menjadikan mardhatillah (redha Allah) sebagai matlamat utama pelaksanaan pembangunan
Islam agar mendapat kejayaan didunia dan akhirat.
2.2

Sumber rujukan pembangunan Politik Islam
Dalam proses membina pembangunan politik Islam, perkara perta yang harus

dilakukan adalah mengkaji semua perkara dengan penuh ketelitian dari pelbagai aspek. Hal
ini kerana, tidak boleh menetapkan sesuatu perkara tanpa ada sebarang sumber rujukan yang
menjadi asas penentuan perancangan pembangunan politik. Jika perancangan pembangunan
politik tidak memiliki sumber rujukan yang kuat, ini akan menyebabkan kepincangan
perancangan yang akan memungkinkan sesuatu perkara itu salah disebabkan hanya
bersumberkan akal manusia.
Sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia untuk
menunaikan solat dan mengeluarkan zakat, tetapi perkara ini tidak diterangkan secara jelas
dalam Al-Quran. Sebaliknya, Rasulullah SAW yang menerangkan secara jelas cara untuk
4

melaksanakannya. Begitu juga dalam politik Islam, memerlukan sumber rujukan yang tepat

dan sahih bagi melicinkan perkembangan pembangunan politik Islam sekali gus mengelakkan
berlakunya kekhilafan. Berikut adalah sumber rujukan dalam pembangunan politik Islam:
1. Al-Quran
Al-Quran merupakan sumber primer dan rujukan utama dalam pembangunan politik
Islam. Ia mengandungi segala hukum hakam dunia seperti halal-haram, larangan, suruhan,
dan perintah Allah SWT sebagai panduan utama dalam kehidupan kepada umat manusia.
Jika manusia hidup tanpa adanya panduan, nescaya manusia akan menjadi terumbangambing hidup tanpa tujuan di dunia ini.
Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui
perantaraan Malaikat Jibril a.s, sesiapa yang membacanya adalah dikira sebagai satu
ibadah. Didalamnya mengandungi pelbagai syariat yang akan memandu manusia ke jalan
yang diredhai Allah SWT.
Oleh itu, menjadi suatu kewajipan kepada manusia untuk mematuhinya. Hal ini kerana,
yang layak menetapkan sesuatu hukum dalam politik hanyalah Allah SWT sahaja. Allah
SWT adalah penguasa mutlak kepada segala yang ada di alam ini mengikut kepada asasasas politik Islam, iaitu Hakimiyyah Islamiyyah. Sepertimana di dalam Surah al-An`am ayat
57 bermaksud: “Menetapkan sesuatu hukum hanyalah hak Allah SWT”.
2. Al-Hadith
Seterusnya, sumber kedua dalam politik Islam ialah Al-Hadith. Al-Hadith bermaksud
apa sahaja perkara yang berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW sama ada dari ucapan,
perbuatan, pengakuan dan sebagainya yang disandarkan kepada Baginda SAW. Baginda
SAW merupakan contoh utama mengenai ajaran Islam. Hal ini kerana, akhlak yang dimiliki

Rasulullah SAW adalah cerminan kepada Al-quran itu sendiri.
Begitu juga dalam hal berkaitan politik, perlu mengikuti segala amalan yang telah
dilakukan Rasulullah SAW sebagai tauladan untuk memastikan setiap perkara yang
dilakukan diberkati Allah SWT. Salah satu amalan politik yang dilakukan oleh Rasulullah
SAW semasa hayat Baginda SAW ialah mengamalkan sistem syura.
Syura merupakan suatu sistem terbaik Islam untuk memilih ketua Negara dan juga
pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam pemerintahan Negara. Ia adalah suatu sistem yang
adil dan sempurna dalam menetapkan sesuatu perkara. Hal ini turut dijelaskan didalam AlQuran, Surah Al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik)
5

hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa
susah dan senang).
3.0

Syura sebagai strategi pembangunan Politik Islam

3.1


Definisi Syura
Menurut Ibn Manzur (1968), di dalam kitabnya Lisan al-Arab, syura adalah

disamakan dengan perlakuan penyaringan madu iaitu menyaring madu dari sarangnya. Syura
diasaskan bertujuan untuk mewujudkan perbincangan dan perundingan antara cerdik pandai
ahli agama untuk menyelesaikan masalah.
Mustafa Haji Daud (1991) menyatakan syura adalah berasal dripada bahasa Arab yang
bermaksud mesyuarat. Manakala dari sudut istilahnya ialah permesyuratan yang diadakan
oleh sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan kepentingan dan
kebajikan mereka dengan berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Secara umumnya syura adalah satu majlis tempat permesyuaratan atau perbincangan
dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku. Ahli majlis syura juga dipilih
berdasarkan beberapa syarat yang telah ditetapkan. Di dalam sistem pengurusan dan
pembangunan Islam, sistem syura adalah suatu sistem yang wajib dilaksanakan bagi
melancarkan lagi sistem pengurusan dan pembangunan Islam.
3.2

Sejarah Pelaksanaan Syura

Perintah pelaksanaan syura berdasarkan ayat Al-Quran dalam Surah ali-Imran ayat 159

bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu
wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat
dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari
dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan
terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka
dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah
berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya”.
Selain itu, juga berdasarkan ayat dalam Surah asy-Syura ayat 38 bermaksud: ““Dan
juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah
Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan

6

secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang
Kami beri kepadanya”.
Pelaksaan syura sudah berlaku pada zaman Nabi Muhammad S.A.W iaitu ketika
pengubalan Piagam Madinah. Baginda S.A.W telah mengadakan pertemuan dan mesyuarat
dengan ketua kabilah serta ketua Yahudi untuk membincangkan hak masing-masing dalam
piagam Madinah. Berlaku juga syura dalam pemilihan Khalifah Umar al-Khattab sebagai

pengganti Khalifah Abu Bakar as-Syidiq.
Secara umumnya, pelaksanaan syura tidak terhenti begitu saja selepas kewafatan
Baginda S.A.W, Para Sahabat masih mengekalkan sistem syura sebagai sistem asas dalam
pembangunan tamadun Islam. Sehingga kini sistem ini masih terlaksana tetapi bukan lagi
berpandukan sistem syura yang asal seperti berlaku ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W
dan zaman Para Sahabat.
3.3

Hukum Pelaksanaan Syura
Sebahagian besar ulama fiqh berpendapat, pemerintah wajib menjalankan

musyawarah dengan ummah tentang urusan awam. Ibnu Khuways berpendapat bahawa
pemerintah wajib melaksanakan syura dengan ulama tentang masalah agama dan syariah juga
semua aspek untuk pembangunan sesebuah Negara berdasarkan ayat 159 Surah ali-Imran.
Al-Qurtubi mengambil perkataan Ibnu ‘Athiyah, “Syura termasuk salah satu kaedah
syariat dan juga dasar hukum. Barang siapa tidak bermusyawarah kepada para ilmuan dan
ahli agama, maka ia wajib dipecat. Hal ini tidak ada perselisihan terhadapnya.”
“Para pemimpin wajib bermusyawarah dengan para ulama mengenai masalah yang
tidak mereka ketahui, persoalan agama yang masih belum mereka fahami secara jelas dan
juga hal-hal yang berkaitan dengan perang dan kemaslahatan umum, serta urusan para
menteri dan pegawai yang berkaitan dengan urusan negara serta pembangunan” (Hussaian
Muhammad, 1990).
Jelaslah bahawa sistem syura sebenarnya wajib dilaksanakan oleh pemerintah
sesebuah Negara. Sistem ini sebenarnya adalah warisan peninggalan Nabi Muhammad S.A.W
dan kekuatan dalam tamadun Islam. Hal ini kerana, peranan ahli agama atau pakar agama
sangat penting dalam pembangunan Negara untuk memastikan pembangunan Negara
mengikuti landasan al-Quran dan as-Sunnah.

7

3.4

Kelayakan Ahli Syura

Al-Quran secara jelas telah menyuruh umat Islam melaksanakan syura, akan tetapi al-Quran
tidak menyebut siapakah yang layak untuk menganggotai syura. Sarjana Islam telah
mengenalpasti syarat ahli yang layak dalam majlis syura berdasarkan amalan-amalan yang
dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W seperti berikut:
1. Memiliki sifat adil
Menurut al-Muhami Mahmud (1976), seorang yang ingin menjadi ahli syura seharusnya
memiliki sifat adil yang tinggi dalam diri. Seseorang yang memiliki sifat adil yang tinggi
sudah pasti memiliki kekuatan terhadap keimanan kepada Allah SWT. Memiliki sifat adil
ini adalah keutamaan menjadi seorang ahli dalam majlis syura.
2. Tahap keilmuan yang tinggi
Tahap keilmuan yang tinggi juga menjadi syarat dalam menganggotai majlis syura.
Keilmuan yang tinggi bermaksud merujuk kepada kepakaran seseorang dalam sesuatu
bidang ilmu. Sudah pasti sukar bagi seseorang untuk menguasai semua bidang dalam suatu
masa dan keadaan.
3. Pengalaman yang luas
Abdullah Munifi (1967) berpendapat bahawa pengalaman yang luas sudah pasti akan
mendatangkan kematangan kepada seseorang. Walau bagaimanapun, peringkat kematangan
seseorang berbeza mengikut pengalaman seseorang. Oleh itu, memiliki pengalaman yang
luas juga menjadi syarat dalam menjadi ahli dalam majlis syura.
4. Warganegara asal
Warganegara asal adalah syarat paling penting dalam pemilihan ahli majlis syura,
peruntukan ini bertujuan mengawasi musuh bagi sesebuah negara. Hal ini sangat penting
kerana seseorang yang bukan warganegara asal tidak mempunyai hak ke atas undangundang negara tersebut. Oleh itu, mereka tidak mempunyai kepentingan dalam
membicarakan hal masa depan negara.
Walau bagaimanapun, syarat-syarat di atas tidak menunjukkan warganegara yang
bukan Islam tidak boleh menyertai majlis syura, mereka juga mempunyai hak dalam menjadi
ahli majlis syura seperti mana berlaku ketika zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W
iaitu kewujudan penglibatan orang Yahudi dalam perangkaan piagam Madinah.
8

Syarat-syarat untuk menganggotai majlis Syura sangat dititikberatkan oleh Islam. Jika
baik anggotanya, maka sudah pasti baik keputusannya, jika tidak baik anggotanya maka
sudah pasti tidak baik keputusannya (Zainal Abidin Ahmad, 1977).
3.5

Kepentingan Syura

Kepentingan Syura terbahagi kepada dua bahagian iaitu kepentingan secara khusus dan
kepentingan secara umum. Menurut Muhammad Asad (1987), kepentingan khusus ialah
syura berperanan dalam memilih ketua negara. Tidak ada nas kukuh untuk dijadikan rujukan
untuk memilih ketua negara, tetapi terdapat beberapa peristiwa sejarah Islam selepas
kewafatan Baginda S.A.W yang boleh dijadikan panduan dalam melantik ketua negara.
Rentetan peristiwa yang berlaku, pemilihan ketua negara dilakukan oleh golongan ahl
al-hall wa al-aqd dan mereka merupakan ahli syura yang dilantik oleh para pemerintah.
Perkara ini menunjukkan bahawa syura berperanan dalam pemilihan ketua negara. Jika ketua
negara dipilih daripada orang yang tidak berilmu sudah dan tidak menepati kehendak
pemimpin yaang dituntut oleh Islam.
Seterusnya syura juga berperanan dalam pemilih jawatan utama dalam pentadbiran
negara. Jawatan utama negara seharusnya dipilih dengan cara yang betul untuk mengelakkan
ketidaktulusan dalam kepimpinan negara. Pemilihan ahli dalam jawatan utama negara wajar
dilakukan oleh ahli syura kerana ahli syura terdiri dari mereka yang tinggi ilmu agamanya.
Menurut Abu Urwah (1989) berpendapat bahawa kepentingan syura secara khusus
iaitu ada dua keadaan iaitu pertama, syura bertujuan untuk menentukan jalan dalam
pelaksanaan undang-undang yang telah termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah. Keduanya,
kepentingan syura dalam menentukan perkara baru yang timbul dalam kalangan ummah
melalui proses ijtihad bersama.
Dr Mustafa Daud (1999) telah menggariskan beberapa kepentingan syura secara
umum. Pertama, memberi peluang penyertaan dan penglibatan ahli yang luas dalam setiap
keputusan yang diambil untuk kepentingan, kebaikan dan kebajikan semua pihak. Hal ini
kerana masyarakat juga berhak untuk menyuarakan pendapat mereka agar kepentingan dan
kebajikan mereka diketahui oleh pemerintah.
Keduanya, pelaksanaan syura dapat mengelakkan amalan diskriminasi berlaku dalam
sistem pemerintahan Negara. Pada kebiasaannya, amalan diskriminasi berlaku disebabkan
faktor mejoriti kaum atau agama. Dalam hal ini, pastinya kaum mejoriti mendapat kelebihan
9

berbanding kaum minoriti. Oleh itu, keputusan syura tidak hanya bergantung kepada suara
kumpulan mejoriti sahaja, namun keputusan yang dibuat oleh semua pihak yang terlibat.
Selain itu, kesepakatan lebih baik daripada berpusat kepada individu atau kumpulan
kecil tertentu. Syura tidak hanya mengenakan had kuasa kepada individu atau kumpulan
tertentu dalam pentadbiran Negara, akan tetapi melibatkan semua pihak termasuk masyarakat
diberi peluang dalam menyuarakan idea atau pendapat. Secara logiknya, apabila sesuatu
keputusan dibuat bersama dalam kelompok yang besar, perkara ini bertanggungjawab
mengurangkan kesilapan dan kesalahan dalam membuat sesuatu keputusan
Lain daripada itu, dengan pelaksanaan syura dalam politik Islam juga dapat
menghormati dan memperkukuhkan budaya ilmu, profesional dan kepakaran. Hal ini kerana,
tidak ada individu yang mahir dan dapat menguasai semua bidang serentak. Oleh itu, syura
membuka ruang dan peluang kepada individu yang memiliki kepakaran dan kemahiran
tertentu dalam memberikan idea atau cadangan untuk pembangunan Negara. Dalam pada
waktu sama mereka juga dihormati serta dapat memperkukuhkan budaya ilmu yang dimiliki.
Seterusnya, dapat memupuk dan memperkukuh persepakatan dan perpaduan atas
dasar hormat-menghormati, kasih sayang, muhibbah dan persaudaraan (ukhuwah Islamiah).
Hal ini kerana, dengan pelaksanaan syura ini memberi peluang kepada umat Islam untuk
berkumpul bersama-sama membincangkan hal yang berkaitan Negara serta mencari
penyelesaian terbaik untuk kebaikan semua pihak. Secara tidak langsung juga umat Islam
dapat mengekalkan hubungan silaturrahim dan mengekalkan persaudaraan sesama Islam.
Tidak lain tidak bukan tujuan utama pelaksanaan syura adalah untuk mendapat
keredhaan Allah SWT. Hal ini kerana, keredhaan Allah SWT menjadi keutamaan manusia
dalam melakukan apa sahaja yang diinginkan. Setiap perkara yang ingin dilakukan oleh
manusia hendaklah bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah SWT agar setiap yang
dirancangkan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
3.5

Syura Sebagai Strategi Pembangunan Politik Islam
Dalam mencapai matlamat politik Islam, komunikasi antara pihak pemerintah dan

masyarakat perlu wujud agar matlamat tersebut diketahui umum serta memudahkan proses
untuk mencapainya. Oleh itu, syura berperanan dalam memberi ruang komunikasi antara
pihak pemerintah dan masyarakat agar peluang dalam bertukar-tukar pendapat atau
memberikan idea-idea bernas terhadap pembangunan Negara.
10

Menurut Imam Al-Ghazali, pembangunan bermaksud pemahaman yang menyeluruh
tentang epistemologi Islam seperti tingkah laku sosial yang penuh beradab, pendidikan yang
menekankan keseimbangan terhadap kepentingan kejayaan dunia dan akhirat serta
penonjolan cara hidup Islam dengan penekanan nilai-nilai Islam secara menyeluruh dalam
kehidupan umat Islam.
Manakala menurut Muhammad Akhir dan Hailani, pembangunan ialah suatu landasan
yang berorientasikan nilai-nilai Islam untuk meningkatkan kebajikan umat Islam dri semua
aspek seperti moral, material, juga spiritual bagi mencapau keselamatan dan kedamaian hidup
di dunia dan akhirat.
Oleh itu, syura memainkan peranan penting dalam sesuatu pembangunan. Syura
berperanan sebagai ruang komunikasi antara pemerintah dan rakyatnya disamping ahli agama
menjadi penasihat kepada pemerintah, setersunya menjadi penentu perbincangan tersebut
sama ada diterima atau ditolak hasil penelitian yang mendalam terhadap al-Quran dan asSunnah. Perkara ini sangat penting untuk mengelakkan sebarang perancangan pembangunan
yang ingin dilakukan bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Jelaslah bahawa komunikasi amat penting dalam menjayakan matlamat pembangunan
sesebuah Negara khususnya pembangunan politik. Hal ini kerana hak rakyat adalah menjadi
keutamaan bagi pemerintah. Jika hak rakyat diabaikan, maka melalui syura rakyat boleh
menjatuhkan pemimpin tersebut dan mengantikannya dengan pemimpin yang dipilih mereka
melalui syura.
4.0

Keadilan Sebagai Strategi Pembangunan Politik Islam

Keadilan merupakan salah satu wadah dan wahana dalam strategi pembangunan politik
Islam. Hal ini kerana, keadilan yang diamalkan dalam sistem pentadbiran negara akan
menghasilkan sebuah negara yang aman dan sejahtera. Sebagai contoh, keadilan dalam yang
dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW melalui piagam Madinah. Antaranya keadilan yang
dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ialah hak-hak dan perlindungan yang diberikan
kepada golongan bukan Islam yang menetap di Madinah sekirannya golongan itu berjanji
untuk taat setia terhadap negara yang dihuni. (Soleh Ahmad 1992)
Perkataan adil pada asalnya telah diambil dalam Bahasa Arab yang disebut sebagai ‘AlAdl’ manakala perkataan keadilan pula telah disebut sebagai ‘Al-Adalah’ dalam Bahasa Arab.
Keadilan menurut Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, yang berada ditengah11

tengah. Keadilan juga merupakan salah satu daripada sifat Allah SWT yang mengatur
kehidupan manusia dan lawan bagi perkataan adil ialah zalim.
Terdapat beberapa pandangan tentang keadilan yang telah dikemukakan oleh tokoh dan
para ilmuan Islam. Antaranya ialah, Sayyid Qutb mengatakan bahawa menghapuskan segala
kezaliman merupakan keadilan. Ini bermaksud, sebuah kepimpinan yang tidak menzalimi
rakyat misalnya dalam pembayaran gaji rakyat yang setimpal dengan pekerjaannya
merupakan sesuatu tindakan yang adil dan tidak menzalimi rakyat.
Menurut Khalid Ibrahim Jindan (1995) Ibnu Taimiyah berpendapat bahawa keadilan
bukan sekadar syarat asas bagi pemerintahan Islam, bahkan ia adalah merupakan asas kepada
semua pemerintahan. Tambahan lagi, Al-Maududi mengutarakan bahawa puncak
kesempurnaan pemerintahan Islam adalah berasaskan akidah dan perlaksanaan Syariah Islam
sepenuhnya. Ini merupakan syarat mutlak untuk menjadi seorang pemimpin yang adil.
4.1

Asas-asas Keadilan Politik Islam
1. Asas Perlindungan Hak
Terdapat beberapa asas dalam keadilan politik Islam, pertama ialah asas perlindungan
hak. Pemimpin wajib memberi perlindungan terhadap rakyatnya termasuk rakyat yang
bukan Islam. Hal ini jelas membuktikan bahawa Islam tidak hanya membela sesama
Islam sahaja, malah Islam juga turut membela nasib golongan bukan Islam. Sebagai
contoh, Nabi Muhammad SAW telah memberikan perlindungan dan mempertahankan
golongan bukan Islam melalui perjanjian yang telah ditetapkan.
Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW yang memberi maksud: “Darah kalian
ialah darahku. Kehormatan (kalian) ialah kehormatanku. Aku sebahagian daripada
kalian dan kalian sebahagian daripadaku. Aku memerangi sesiapa sahaja yang kalian
perangi dan berdamai dengan orang-orang yang kalian berdamai dengannya.”
Menurut Ath-Thabari, Allah SWT telah menyeru kepada orang yang mengurus
kekuasaan kaum muslimin dengan melaksanakan amanah kepada yang diberi
tanggungjawab tersebut dari kewajiban dan hak-haknya. Dan yang diamanahkan mereka
kepada pemimpin untuk mengurus segala permasalahan, melalui penegakkan keadilan
diantara mereka dalam segala permasalahan.

12

2. Asas Persamaan Dalam Membina Hukum
Dalam aspek perundangan Negara, pemimpin perlu adil dalam menjatuhkan hukuman
terhadap pesalah. Menurut Muhammad Husain Haekal (2001), keadilan merupakan pola
dalam Islam dan oleh kerana itu, ia merupakan inti kedaulatan sesebuah Negara.
Tambahan lagi, Marcel A. Boisard (2000) mengatakan bahawa kualiti manusia yang
paling tinggi ialah kemerdekaan dalam keadilan.
Sepertimana kisah yang telah berlaku pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad
SAW, apabila Usmah Bin Zaid datang merayu kepada Nabi Muhammad SAW untuk
meminta kelepasan seorang wanita Makzumiyah yang didapati melakukan kecurian. Lalu
Nabi Muhammad SAW menolak permintaan tersebut dan tetap akan menjatuhkan
hukuman terhadap pesalah wanita itu.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Patutkah engkau meminta
syafaat dalam salah satu dari hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah wahai
Usamah? Demi Allah, seandainya anakku Fatimah Binti Muhammad didapati mencuri,
tentu akan ku potong tangannya.”

(Hadis Riyawat

Bukhari dan Muslim)
Dalam peristiwa ini terbukti bahawa sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan atau
jenayah pasti akan mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Hukuman
yang dijatuhkan tidak kira pangkat, keturunan atau darjat seseorang. Hal ini kerana,
hukum itu telah ditetapkan oleh Allah SWT dan perlu dijalankan oleh manusia secara adil
dan saksama.
3. Asas Hak Pembelaan Diri
Dalam konteks hak pembelaan diri, pesalah diberi hak untuk membela dirinya sendiri.
Hal ini kerana, terdapat ramai pesalah yang tertuduh terbukti tidak melakukan kesalahan
tersebut. Sebagai contoh, seseorang yang dituduh melakukan kecurian tanpa sebarang
bukti yang sah. Oleh itu, pesalah diberi hak untuk menemukan bukti bahawa dirinya tidak
bersalah dan menuntut kebebasan terhadap dirinya yang dituduh.
Sepertimana yang telah disebut dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
13

(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya
Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

(Surah an-Nisa:

58)
Oleh itu, pemerintah perlu mengingatkan diri agar tidak sewenang-wenangnya
menjatuhkan sebarang tuduhan atau hukuman terhadap seseorang. Pemerintah hendaklah
mempunyai saksi dan bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa pesalah benar-benar
bersalah. Sepertimana yang telah diutarakan oleh Ar-Razi dalam tafsirnya mafatihul
ghaibnya, para ulama’ telah sepakat bahwa para pemegang kekuasaan diharuskan
memerintah dengan adil. Memerintah dengan adil ini bermaksud menyeluruh termasuk
aspek menjatuhkan hukuman terhadap seseorang.
4.2

Kesan pelaksanaan keadilan dalam pembangunan Negara

Ibnu Khaldun telah menegaskan bahawa prinsip keadilan merupakan asas kekuatan dalam
pembangunan Islam. Pelaksanaan keadilan dalam pembangunan Negara akan memberi kesan
positif terhadap perkembangan pembangunan.
1. Menjamin Kedamaian dan Kesejahteraan Negara
Terdapat beberapa kesan dalam pelaksanaan keadilan dalam pembangunan negara,
antaranya ialah dapat menjamin kedamaian dan kesejahteraan dalam sesebuah negara.
Menurut Muhammad Bin ‘Ali (1985), para Nabi dan Rasul diutuskan Allah SWT untuk
menyampaikan syariat demi keamanan dan kesejahteraan hidup manusia. Selain para Nabi
dan Rasul yang diamanahkan untuk menyampaikan syariat tersebut, umat Islam yang telah
dilantik sebagai khalifah juga perlu menjaga keamanan dan kesejahteraan hidup sesama
manusia dengan berlaku adil.
Sepertimana yang telah diamanahkan Allah SWT yang bermaksud: “Hai Daud,
sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalîfah fil ardhi, maka berilah keputusan di antara
manusia dengan adil; dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan
menyesatkan kamu dari jalan Allâh. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allâh
akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.”
(Surah Shaad: 26)
2. Menjamin Keadilan Daripada Segala Aspek

14

Kesan kedua sekiranya keadilan dalam pembangunan negara dilaksanakan ialah dapat
menjamin keadilan daripada segala aspek. Perkara ini bertepatan dengan konsep keadilan
yang dimasukkan ke dalam sistem politik yang berteraskan Islam kerana sistem politik
merupakan sistem yang menyeluruh termasuk dalam sektor ekonomi, sosial dan politik itu
sendiri. Sepertimana yang telah diperkatakan oleh Ali Aljrishah (1991), Islam bukan hanya
berteori menuntut umatnya melaksanakan keadilan, malah Islam menuntut umatnya
menterjemahkan keadilan tersebut secara praktikal dan seluruh tindakannya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang berbunyi: “Wahai orang-orang yang beriman!
Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti
langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.”
(Surah Al-Baqarah: 208)
3. Keadilan Menjadi Asas Dalam Kehidupan Masyarakat
Ketiga, keadilan akan menjadi asas kehidupan dalam masyarakat. Menurut Abdul Monir
(1986), keadilan perlu dijadikan sebagai asas dalam kehidupan adalah untuk menolak dan
mengelakkan keburukan serta kezaliman disamping dapat menyebar dan memberi keadilan
serta memberikan hak setiap individu berdasarkan prinsip dan syariat Islam. Secara
keseluruhannya, sikap adil perlu ditanam dalam diri terlebih dahulu. Sebagai contoh, bermula
daripada berlaku adil dengan ahli keluarga dengan cara memberikan nafkah yang secukupnya
terhadap anak-anak dan isteri.
Bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum laki-laki itu adalah
pemimpin bagi kaum perempuan. Oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka
(laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan) dan kerana mereka (laki-laki) telah
menafkahkan sebahagian dari harta mereka.”

(Surah An-Nisa:

34)
Keempat, kesan pelaksanaan keadilan dalam pembangunan negara dapat mengelakkan
daripada perbuatan yang tidak berakhlak. Perbuatan yang tidak berakhlak bermaksud
seseorang itu melakukan perbuatan yang berdosa serta mendatangkan kesan yang buruk
terhadap dirinya. Sebagai contoh perbuatan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin yang jelas
akan menjejaskan imej negara dan mendapat kemurkaan Allah SWT. Hal ini kerana,
perbuatan rasuah jelas telah dilarang dan haram dalam Islam.

15

Sepertimana yang telah diperkatakan dalam kitab suci Al-Quran, yang bermaksud: “Dan
janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan
jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah)
kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta
manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

(Surah Al-

Baqarah: 188)
Rasuah haram di sisi Islam, sepertimana kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW
bahawa Baginda pernah mengutus Abdullah bin Rawahah ke tempat Yahudi untuk
menentukan jumlah cukai yang mesti dibayar. Kemudian mereka menyogok sejumlah wang
kepadanya. Lalu Abdullah berkata kepada orang-orang yahudi itu: “Wang suap yang kamu
sogokkan kepadaku itu adalah haram. Oleh itu kami tidak akan menerimanya.”

(Hadis

Riwayat Malik)
4.3

Keperluan Keadilan Dalam Pembangunan Politik Islam
Keadilan merupakan aspek yang sangat ditekankan dalam Islam kerana ia merupakan

salah satu sifat yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Sifat ini sendiri pernah dipratikkan
oleh Baginda SAW semasa Baginda menjadi ketua negara di Kota Madinah. Baginda turut
melibatkan diri dalam melaksanakan strategi peperangan, iaitu Perang Khandak apabila
Baginda SAW turut turun padang bekerjasama dengan tentara Islam bagi melicinkan strategi
peperangan dengan mengorek lubang serta parit yang besar dan kemudian ditimbus dengan
pokok-pokok dan tanah sebagai perangkap untuk mengalahkan musuh Islam.
Seterusnya, keadilan juga mampu membuktikan bahawa Islam bukanlah antara agama
yang bersikap diskriminasi, walaupun berlainan agama atau kaum. Ia jelas dibuktikan
sewaktu menandatangani Perjanjian Madinah atau Sahifah Madinah apabila Rasulullah SAW
membenarkan kaum Yahudi menetap di dalam Kota Madinah, mereka turut diberikan
perlindungan oleh pemerintah Islam dengan syarat mereka tidak menganggu gugat
ketenteraman umat Islam di Kota Madinah.
Keadilan dalam sesuatu pembangunan itu sangat penting bagi mengelak berlakunya
sebarang bentuk kezaliman atau penindasan terhadap individu dibawah pimpinannya.
Misalnya, seorang pemimpin mestilah bersikap adil dalam melaksanakan pemerintahan agar
rakyatnya tidak merasakan diri mereka dizalimi dalam segala perkara, sebagai contoh, negara
Malaysia sendiri merupakan sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi, iaitu

16

perlembagaan yang mengazetkan bahawa setiap lima tahun akan diadakan pilihan raya
umum.
Kewajipan rakyat untuk membuat pemilihan tampuk kerajaan sama ada mengekalkan
kerajaan sedia ada atau pun mengubah kepada dasar pemerintahan yang baharu. Selain itu,
perkara ini juga bagi mengelakkan berlakunya pemerintahan bersifat “kuku besi”, iaitu
pemerintahan yang tidak memberi peluang kepada pihak lain untuk memegang sesuatu
tampuk pemerintahan terlalu lama sehingga terjadinya perkara-perkara yang menindas rakyat.
Selain itu, keadilan sangat sinonim dengan sesuatu pemerintahan atau kepimpinan,
namun ia bukanlah bererti segala perkara atau tindak tanduk yang lain tidak memerlukan
keadilan. Seperti diketahui umum, bahawa keadilan adalah salah satu prinsip wajib yang
seharusnya dimiliki oleh setiap individu. Misalnya, dalam berkasih sayang sesama manusia
jua menuntut untuk berlaku adil agar tiada pihak yang berasa tersisih atau diabaikan.
Seterusnya, keadilan juga mampu membuktikan kejujuran seseorang individu,
misalnya apabila melibatkan aktiviti jual beli. Peniaga seharusnya mempraktikkan prinsip
keadilan agar pembeli atau pengguna tidak dizalimi ketiak urusan jual beli berlangsung.
Sebagai contoh, peniaga tidak melakukan penipuan dalam timbangan atau sukatan barang.
Sikap menipu dalam perniagaan seperti menjual barangan yang telah luput tarikh adalah
tindakan yang tidak wajar dan tidak adil kepada pengguna yang sepatutnya berhak
mendapatkan barangan sesuai dengan permintaan dan amaun bayaran yang diberikan kepada
penjual.
Justeru, Islam merupakan agama yang bersifat universal meliputi kehendak sejagat
sangat menitikberatkan kesejahteraan umat dan segala isi yang ada di langit dan bumi serta
memastikan setiap kehidupan di atas muka bumi memiliki hak dan tanggungjawab yang adil
dan saksama.

17

5.1

Penutup

Sebagai kesimpulan, pengkaji telah mereka satu perumpamaan kepentingan politik Islam
dalam struktur pembangunan Negara. Politik diumpamakan seperti buah pinggang dalam
tubuh manusia, manakala ekonomi diumpamakan jantung dan sosial pula ialah paru-paru.
Jika jantung manusia mendapat penyakit, ia tidak memberi kesan kepada paru-paru dan
buah pinggang. Begitu juga dengan paru-paru, jika didapati paru-paru misalnya dijangkiti
kuman tidak menyebabkan buah pinggang terkena kuman.
Sebaliknya, jika buah pinggang didapati telah dijangkiti kuman atau penyakit, ia boleh
memberi kesan kepada jantung dan paru-paru. Hal ini kerana, buah pinggang berfungsi
sebagai mengawal imunisi tubuh badan manusia. Jika imunisi berada pada keadaan lemah,
sudah pasti jantung dan paru-paru mudah untuk dijangkiti. Selain itu, buah pinggang juga
berfungsi sebagai tempat berlakunya proses penyucian darah.
Dalam pada itu, untuk mengukuhkan imunisi tubuh badan manusia, seharusnya ia
perlu mengambil ubat atau vitamin sebagai pencegah dan membantu menguatkan imunisi
badan. Begitulah juga dengan keadilan dan syura menjadi ubat atau vitamin dalam
pembangunan politik Islam. Tanpa keadilan dan pelaksanaan syura dalam politik Islam
akan menyebabkan perkembangan pembangunan politik Islam tidak sihat.
Oleh itu, jelaslah bahawa betapa pentingnya pembangunan politik dalam sesebuah
Negara. Jika politik berada dalam keadaan tidak konsisten, maka ia akan memberi kesan
kepada pembangunan ekonomi dan juga pembangunan sosial. Keadaan yang tidak
konsisten akan mempengaruhi perkembangan pembangunan ekonomi juga pembangunan
sosial.

18

6.0

Rujukan

Adhayanto. (2011). Khilafah Dalam Sistem Pemerintahan Islam. Jurnal Ilmu Politik Dan
Ilmu
Pemerintahan, hlm. 80-98.
Ahmad Nazri (2013). Pembangunan Menurut Perspektif Islam: Satu Analisis Awal. Prosiding
PERKEM VIII, (hlm. 335-370).
Ahmad Nabil Amir. (2009). Sistem Politik Islam Di Zaman Nabi. Jurnal Usuluddin, bil. 29,
hlm. 22-252.
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2004). Tasawwur Kepimpinan Islam. Jurnal Ulum
Islamyyah, hlm. 3-34.
Ariff Ismail. (2010). Prinsip dan Model Negara Islam: Definisi dan Aplikasinya di Malaysia.
Jurnal Pembangunan, hlm. 53-68.
Barsihannor. (2013). Pemikiran Abu Al-A`La Al-Maududi. Jurnal Adabiyyah. vol. 5, hlm.
139-149
Fanani Shukri. (2010). Sistem Politik Islam. Pendidikan Agama Islam Untuk Perguruan
Tinggi, hlm. 78-80.
Lukman Santoso. (2013). Prinsip Syura Dalam Konstitusional Islam. Jurnal As-Salam. vol. 3,
no. 1, hlm. 43-64.
Mohd Zaid. (2013). Konsep Syûrâ Dalam Pandangan Fiqh Siyâsah. Jurnal Al-Ihkam, vol. 4,
hlm. 17-30
Muhammad Ali al-Hasyimi. (2009). Keadilan dan Persamaan dalam Masyarakat Muslim.
hlm. 1-35
Shukeri Mohamad. (1997). Pembentukan Masyarakat Berakhlak Mengikut Politik Islam.
Jurnal Usuluddin, hlm. 145-174.

19

Stapa Zainuddin. (2009). Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran Islam. Jurnal
Hadhari ,hlm. 31-44.
Sukron Kamil. (2003). Peta Pemikiran Politik Islam Modern dan Kontemporer. Jurnal
Universitas Stuttgart, vol. 3, hlm. 63-76.
Wan Ali Wan Jusoh. (2002). Hubungan Majikan dan Pekerja dari Perspektif Islam. Jurnal
Teknikal Dan Kajian Sosial, hlm. 157-167

20