Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi M

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan
2014

Bab 13
Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
(ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Di Kalangan Guru
Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Zailawati Husin & Fariza Khalid
Sarjana Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat
Fakulti Pendidikan
Universti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Abstrak
Perkembangan teknologi pada masa kini sedikit sebanyak telah mempengaruhi guru-guru sekolah terhadap kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan satu penanda aras yang baik dalam sistem pendidikan di Malaysia
khasnya. Setiap pemain agenda dalam sistem pendidikan negara telah berusaha untuk berubah dan meningkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran (pdp). Kajian lebih terarah kepada tiga (3) objektif sahaja iaitu tahap kemahiran
dan bentuk pengunaan teknologi, kekangan-kekangan yang wujud terhadap penggunaan komputer dan ICT serta
cara mengatasi kekangan-kekangan tersebut. Seramai 87 orang guru di kalangan guru sekolah di bawah seliaan
Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPNWPKL) telah dipilih dan diedarkan dengan
soalan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik, di mana ia dibina secara separuh (50%) oleh
penyelidik dan separuh (50%) lagi adalah berdasarkan kajian yang lepas ( ikut kesesuaian dan ketepatan kajian). Ia

mengandungi lima bahagian utama iaitu latar belakang responden, kekerapan dan bentuk penggunaan teknologi,
tahap kemahiran komputer dan ICT, kekangan-kekangan terhadap penggunaan teknologi dan faktor-faktor
penghalang serta cara mengatasinya. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
kemahiran guru-guru terhadap penggunaan teknologi masih berada pada tahap yang sederhana. Penggunaan
teknologi dilihat perlu dan digunakan apabila dipaksa oleh pihak pentadbir atau untuk urusan peribadi sahaja,
kegunaan bagi tujuan pdp dilihat tidak menonjol. Manakala kekangan-kekangan yang dihadapi pula ialah dari segi
masa, sikap, faktor latihan dan kemudahan.
Kata kunci: kekangan penggunaan komputer & ict, pengajaran dan pembelajaran.

1. Pengenalan
Dunia pendidikan negara adalah bersikap dinamik. Dari hari ke hari, tanpa kita sedari wujud banyak
penambahbaikan dalam sistem pendidikan kini. Dalam bidang pendidikan khasnya, ICT ini dikatakan memberi
impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) sehingga memberikan satu anjakan baru dalam teknik
pedagogi guru. Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas, telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah
dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan
dikendalikan sesuai dengan era masa kini.
Budaya pengajaran dan pembelajaran di Malaysia perlu berubah seiring dengan kemajuan pesat ICT seperti amalan
pendidikan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang. Pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999
merupakan satu inisiatif yang ditunjukkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membuktikan
bahawasanya ICT akan dilaksanakan dengan berkesan dalam sistem pendidikan negara. Pelbagai peluang dan ruang


74

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan
2014

akan dibuka seluas-luasnya oleh pihak kementerian kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan negara.
Langkah ini diharap dapat merealisasikan dasar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang ingin
memartabatkan profesion keguruan dan merapatkan jurang pendidikan di antara golongan luar bandar dan bandar.
Dengan adanya kemudahan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran ini, maka ini dapat memberikan
peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai, dan memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam bidang
ilmu secara lebih berkesan dan bermakna. Seterusnya, pelajar akan dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti
sebenar, sehingga dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana serta yang berdaya saing untuk merealisasikan
Wawasan Negara 2020.

2. Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk:
1.1 Mengenalpasti tingkat kemahiran dan penggunaan ICT di kalangan guru-guru semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
1.2 Mengenalpasti kekangan-kekangan yang wujud terhadap penggunaan komputer dan ICT dalam

perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.
1.3 Mengenalpasti cara mengatasi kekangan-kekangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di kalangan
guru
3. Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berguna kepada pihak pembuat dasar iaitu KPM khususnya
untuk mengenalpasti sejauh manakah tahap penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru-guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Adakah penggunaan komputer dan ICT dilaksanakan sebaik mungkin
oleh guru-guru? Dan adakah mereka sudah menyiapkan diri mereka untuk mengubah cara kerja mereka?
Ia juga boleh dijadikan panduan kepada guru-guru yang menghadapi masalah dalam mengunakan komputer dan ICT
sebagai medium penyampaian ilmu sekaligus cuba untuk mengatasinya.
Selain itu, kajian ini juga boleh dijadikan sumber rujukan kepada bakal-bakal guru atau pun pelajar-pelajar universiti
dan institut perguruan. Mereka boleh menggunakan maklumat yang diperolehi dalam kajian ini untuk menghasilkan
satu kajian yang lebih bermutu di samping menjadikan ia sebagai bahan bacaan tambahan.
4. Batasan Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian ilmiah yang dijalankan oleh pengkaji ke atas beberapa buah sekolah yang terdapat
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedengaran agak pelik sedikit pada tajuk kajian ini, dan mungkin ramai
yang tertanya-tanya akan kewajaran responden. Mengapa memilih sekolah-sekolah di bandar? Bukankah guru-guru
di bandar lebih bersikap terbuka, bersedia dan kreatif? Jawapannya, tidak semua guru yang mengajar di bandar
mempunyai tahap atau tingkat kemahiran penggunaan komputer dan ICT yang baik, malah ada di antara mereka
yang takut untuk menggunakan komputer semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Tidak keterlaluan

dikatakan, ada di antara guru-guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masih lagi tidak tahu bagaimana
cara untuk mengakses internet baik melalui carian Internet Explorer, Mozilla, Google, Chrome dan lain-lain carian
lagi.
Kajian yang dibuat oleh pengkaji ini terhadap guru-guru sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah
bertujuan untuk mengenalpasti kekangan-kekangan utama terhadap penggunaan komputer dan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan bagaimana cara untuk menanganinya. Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru
yang mengajar di sekolah rendah di pusat Bandar Kuala Lumpur sebagai lokasi kajian.

75

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan
2014

Terdapat beberapa kekangan yang dikenalpasti dan ianya adalah bersifat umum seperti faktor jantina, faktor latihan,
dan faktor kemudahan komputer di sekolah. Selain itu, terdapat beberapa kekangan yang dikenalpasti berdasarkan
kajian ini seperti pengalaman mengajar, taraf pendidikan, kemahiran dan lain-lain lagi. Semua faktor yang
disebutkan tadi menjadi sebab mengapa perlaksanaan komputer dan ICT kurang berjaya di sekolah. Di sinilah
timbul keinginan dalam diri penyelidik untuk membuat kajian ini, di samping mencari jalan penyelesaian untuk
mengatasinya. Hasil dapatan kajian ini adalah berdasarkan kepada penggunaan komputer dan ICT di kalangan guruguru sekolah rendah di pusat bandar Kuala Lumpur sahaja, dan ianya tidak merujuk kepada sekolah-sekolah lain
yang terdapat di luar Kuala Lumpur.

5. Metodologi
5.1 Sampel Kajian
Populasi boleh didefinisikan sebagai satu set ciri yang menunjukkan pencerapan atau ukuran yang tertentu ke atas
sekumpulan individu atau pun objek (Mohd Majid Konting, 1990). Individu atau objek yang dijadikan bahan
pencerapan di sini mestilah mempunyai sekurang-kurannya satu ciri atau sifat yang sama antara satu sama lain.
Mengenalpasti dan mendefinisi populasi yang disampel secara spesifik (Azizi et. al , 2007). Populasi kajian ini
terdiri daripada semua guru yang mengajar di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur. Lokasi kajian adalah sekitar pusat
bandar Kuala Lumpur.

Sampel merangkumi ahli-ahli kumpulan kecil yang dipilih secara rawak dari populasi untuk mengkaji sifat atau
parameter populasi (Alias Baba, 1992). Sampel kajian ini adalah sampel jenis bertujuan, iaitu hanya melibatkan
guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah sekitar pusat bandar Kuala Lumpur seperti Sekolah Kebangsaan
Lelaki Jalan Batu, Sekolah Kebangsaan Perempuan Jalan Batu, Sekolah Sultan Hishamudin dan lain-lain sekolah
yang berdekatan.
5.2 Instrumen Kajian
Kaji selidik adalah kaedah yang dipilih sebagai instrument kajian. Soal selidik yang baik adalah soal selidik yang
dapat mencapai objektif yang disasarkan dengan memperoleh maklumat yang paling tepat dan lengkap serta dapat
mencapai tujuan sebenar kajian.
Responden diedarkan dengan satu set soal selidik, di mana ia dibina berdasarkan bentuk faktor-faktor berikut :
a. Memberi masa yang cukup kepada responden untuk menjawab soal selidik

b. Soal selidik itu perlu dijawab dan ianya mudah kerana jawapan telah disediakan
c. Menjimatkan masa, tenaga dan kos

Ia merangkumi lima (5) bahagian seperti berikut :
Bahagian A : Latar belakang responden
Bahagian B : Kekerapan dan bentuk Penggunaan ICT
Bahagian C : Tahap Kemahiran komputer dan penggunaan ICT
Bahagian D : Kekangan-kekangan terhadap penggunaan komputer dan ICT
Bahagian E : Faktor-faktor yang menjadi kekangan terhadap penggunaan komputer dan ICT
Serta cadangan cara mengatasinya.
Pernyataan dan persoalan yang dikemukakan pada boring soal selidik ini adalah sebahagiannya dicipta oleh
penyelidik dan sebahagian lagi diambil daripada beberapa penyelidik sebelum ini kerana dirasakan soalan tersebut
mempunyai kepentingan kepada kajian ini. Set soalan selidik terbahagi kepada lima bahagian A, B, C, D dan E di
mana ia melibatkan 10 item di bahagian A, 12 item di bahagian B, 15 item di bahagian C, 25 item di bahagian
D,dan 3 item di bahagian E.

76

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan
2014


5.2.1 Bahagian A : Latar belakang responden
Bahagian ini memfokuskan kepada maklumat tentan latar belakang responden seperti jantina, umur, status,
kelulusan akademik, pemilikan komputer, pengalaman mengajar, mata pelajaran yang diajar, kursus berkaitan
dengan penggunaan komputer yang pernah diikuti dan kefahaman tentang ilmu komputer dan ICT. Responden
hanya perlu menandakan (/) pada ruangan pilihan jawapan yang disediakan. Juga terdapat tiga soalan terbuka yan
mudah yang perlu dijawab oleh responden.
5.2.2 Bahagian B : Kekerapan dan Kaedah Penggunaan ICT dalam PdP.
5.2.3 Bahagian C : Tahap Kemahiran dan Cara Pengunaan ICT.
Pada bahagian ini pula soalan yang ditanya adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kemahiran dan cara
penggunaan ICT di kalangan guru-guru.
5.2.4 Bahagian D : Kekangan-Kekangan Terhadap Penggunaan Komputer dan ICT.
Responden perlu memilih apakah bentuk-bentuk kekangan yang biasa dihadapi oleh mereka semasa menggunakan
atau mengaplikasikan komputer dan ICT semasa melaksanakan PdP.
Bahagian E : Faktor-faktor yang menghalang responden terhadap penggunaan komputer dan ICT serta cadangan
untuk mengatasinya.
Bahagian ini perlu dijawab oleh responden berdasarkan kepada idea dan pendapat mereka.

5.3 Kajian Rintis


Melalui kajian ini, 10 orang responden telah dipilih secara rawak mudah, ia telah dijalankan ke atas 10 orang guru
yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Leaki Jalan Batu, Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini dijalankan adalah
kerana ingin memastikan instrument kajian yang dibina adalah bersesuaian dari segi bahasa dan juga istilah. Ini
adalah untuk memudahkan responden menjawab dengan tenang dan yang paling penting ialah untuk menentukan
kebolehpercayaan dalam soal selidik yang digunakan diuji dengan menggunakan Alpha Cronbach bagi
menunjukkan bagaimana sesuainya hubungan item-item sebagai satu set soalan. Hasil analisa kajian rintis ini
memberikan nilai alpha 0.91. Ini menunjukkan bahawa soal selidik yan dibina mempunyai kebolehpercayaan yang
boleh dikategorikan sebagai baik. Menurut Rowther (1981), mengklasifikasikan 0.7 hingga 1.0 adalah tahap
kekuatan yang terbaik. Ini menunjukkan soalan tersebut boleh diterima pakai.
6. Keputusan

Bil.
1.

2.
3.
4.
5.

Jadual 1. Taburan Responden Mengikut Peratus (%) dan Min dari segi Kekerapan

dan Kaedah Penggunaan Semasa PdP.
Item
TP
TK
KK
K
AK
Saya mengakses maklumat menggunakan carian 4.60
19.5
35.6
24.1
16.1
google, chrome, mozilla firefox dan internet
explorer sebelum saya menyediakan rancangan
pengajaran harian (RPH) bagi mendapatkan
maklumat terkini dalam bahan pengajaran
Saya menggunakan perisian Microsoft Word
19.5
8.00
28.7

16.1
27.6
untuk menyediakan RPH
Saya menggunakan perisian Microsoft Power
19.5
18.4
35.6
13.8
12.6
Point untuk menyediakan nota dan bahan PdP
Saya mengunakan perisian Microsoft Excel
8.00
10.3
24.1
29.9
27.6
untuk merekod markah murid
Saya menggunakan VLEFrog untuk mengetahui 4.60
6.90
29.9

29.9
28.7

77

Min
3.28

3.24
2.82
3.59
3.71

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan
2014

6.

7.

8.

9.
10.
11.
12.

maklumat terkini tentang perkembangan
sekolah
Saya menggunakan iThink online untuk
menyediakan nota mudah untuk murid-murid
saya
Saya sering menggunakan laman sosial seperti
Facebook, Twitter dan Instagram untuk
menyembang dengan murid-murid saya
Saya sering menggunakan CD pembelajaran
yang dibekalkan oleh pihak KPM untuk tujuan
pengajaran di dalam kelas
Saya sering melayari laman web pendidikan
untuk mendapatkan maklumat yang terkini
Saya sering menggunakan printer untuk
mencetak helaian nota dan latihan untuk murid
Saya menggunakan Scanner untuk mengimbas
gambar dari pelbagai sumber bagi tujuan PdP
Saya sering menggunakan SmartPhone untuk
mengambil gambar yang berkaitan dengan isi
pelajaran untuk menampakkan ianya lebih jelas.

20.7

19.5

33.3

20.7

5.70

2.71

19.5

16.1

35.6

19.5

9.20

2.83

28.7

19.5

25.3

10.3

16.1

2.66

4.60

17.2

31.0

27.6

19.5

3.40

1.10

5.70

18.4

31.0

43.7

4.10

10.3

18.4

43.7

16.1

11.5

3.00

20.7

21.8

33.3

10.3

13.8

2.75

Min keseluruhan : 3.17 (tahap sederhana)
1.
2.
3.
4.
5.

Tidak Pernah (TP)
Tidak Kerap (TK)
Kurang Kerap (KK)
Kerap (K)
Amat Kerap (AK)

Jadual 1 menunjukkan taburan responden mengikut peratus dan min dari segi kekerapan dan kaedah penggunaan
semasa proses PdP dilaksanakan. Min tertinggi di dalam jadual tersebut ialah 4.10 iaitu pada pernyataan 10, di mana
majoriti responden bersetuju bahawa mereka kerap menggunakan pencetak (printer) untuk kegunaan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, seramai 58.6 % responden yang kerap menggunakan
perisian VLEFrog untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seperti di dalam pernyataan 5. Terdapat
juga guru yang mengatakan tidak pernah menggunakan perisian VLEFrog untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran iaitu seramai 4.6 %.
Peratusan ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan 8 di mana seramai 28.7 % orang guru mengatakan tidak pernah
menggunakan CD pembelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Hanya 26.4% orang guru sahaja yang kerap menggunakan CD yang dibekalkan oleh
KPM untuk tujuan PdP.
Nilai min terendah juga terdapat pada pernyataan 8 iaitu 2.66. Ini menunjukkan bahawa majoriti guru tidak kerap
atau tidak pernah menggunakan CD pembelajaran untuk tujuan PdP.

78

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan
2014

Daripada hasil kajian yang diperolehi, di dapati bahawa min keseluruhan ialah 3.17 yang menunjukkan bahawa ia
berada pada tahap yang sederhana. Terdapat enam item yang mempunyai min melebihi dari min keseluruhan dan
enam item lagi mempunyai min yang kurang dari min keseluruhan.

No.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.

24.
25.
26.
27.

Jadual 2. Taburan Responden Mengikut Peratus (%) dan Min berdasarkan
Tahap Kemahiran Mengunakan Komputer dan ICT.
Item
ATB
TB
KP
B
Saya mengetahui komponen-komponen
3.40
8.00
24.1
50.6
komputer dan fungsi-fungsinya
Saya mengetahui cara-cara dan membaiki
28.7
36.8
16.1
14.9
kerosakan komputer sendiri
Saya memasang software pada komputer tanpa
18.4
21.8
13.8
25.3
bantuan
Saya mencari bahan untuk pengajaran dengan
4.60
13.8
14.9
43.7
mengakses internet
Saya menggunakan komputer untuk
17.2
29.9
13.8
21.8
menyediakan bahan pengajaran saya
Saya boleh menyediakan bahan bantu mengajar
0.00
8.00
18.4
43.7
dengan menggunakan komputer
Saya boleh mereka laman web pembelajaran
16.1
37.9
19.5
17.2
sebagai bahan bantu mengajar
Saya menyediakan nota untuk murid dengan
9.20
36.8
25.3
24.1
melayari internet
Saya menyediakan pelbagai bentuk soalan
9.20
28.7
26.4
29.9
latihan untuk murid daripada sumber internet
Saya selalu menggunakan komputer untuk
6.90
16.1
19.5
32.2
tujuan PdP
Saya sering melayari internet untuk mencari
8.00
23.0
20.7
34.5
maklumat tambahan yang terkini untuk tujuan
PdP
Saya menggunakan talian terus internet semasa
31.0
40.2
9.20
17.2
proses PdP
Saya melayari internet di makmal komputer
33.3
31.0
16.1
7.2
bersama murid-murid
Saya mengajar murid bagaimana mencari
19.5
25.3
19.5
28.7
maklumat penting melalui talian internet
Saya menggunakan talian internet untuk
13.8
27.6
6.90
27.6
kegunaan peribadi

Min Keseluruhan = 3.01( tahap sederhana)
ATB = Amat Tidak Bersetuju
TB = Tidak Bersetuju
KP = Kurang Pasti
B = Bersetuju
AB = Amat Bersetuju

79

AB
13.8

Min
3.63

3.40

2.28

20.7

3.08

23.0

3.67

17.2

2.92

29.9

3.95

9.20

2.66

4.60

2.78

5.70

2.94

25.3

3.53

13.8

3.23

2.30

2.20

2.30

2.24

6.90

2.78

24.1

3.21

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan
2014

Min tertinggi bagi Jadual 2 ialah 3.95 iaitu pada pernyataan 18. Seramai 73.6 % responden telah bersetuju bahawa
mereka boleh dan mahir dalam menyediakan alat bantu mengajar (ABM) dengan menggunakan komputer untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Manakala 8% tidak bersetuju dan selebihnya kurang pasti
dengan pernyataan tersebut. Pada pernyataan 14 pula, hanya terdapat 18.3% responden yan pandai dan mahir
membaiki komputer sekiranya mengalami kerosakan tanpa bantuan. Seramai 16.1% yang kurang pasti dan
selebihnya tidak mahir membaiki komputer sendiri sekiranya rosak, mereka bimbang jika dibaiki sendiri kerosakan
bertambah teruk.
Bagi nilai min terendah pula ialah 2.20 iaitu pada pernyataan 24. Ramai responden memberikan jawapan tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut iaitu seramai 71.2%. Manakala 9.20% responden menyatakan kurang pasti
dan selebihnya bersetuju denan pernyataan tersebut.
Berdasarkan Jadual 2, nilai min keseluruhan adalah 3.01 bagi taburan responden mengikut peratus dan min dari segi
tahap kemahiran menggunakan komputer dan ICT. Ini bermakna ia berada pada tahap yang sederhana. Terhadap
tujuh item yang mempunyai min melebihi min keseluruhan dan lapan item mempunyai min yang kurang dari min
keseluruhan.
7. Perbincangan
Tahap Kemahiran dan Kaedah Penggunaan ICT
Pengujian bagi hasil dapatan kajian adalah dengan menggunakan kaedah statistic deskriptif iaitu berdasarkan kepada
nilai min dan peratus. Merujuk kepada Jadual 2, min keseluruhan yang diperolehi ialah 3.17 yang bermaksud tahap
kemahiran komputer dan ICT di kalangan guru-guru yang berkhidmat di kawasan pusat bandar adalah pada tahap
sederhana. Jelas di sini bahawa tahap kemahiran komputer dan ICT di kalangan guru adalah tidak dipengaruhi oleh
faktor demografi.
Min tertinggi adalah 3 iaitu pada pernyataan 10 di mana 74.7 % responden menggunakan pencetak (printer) untuk
mencetak bahan pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa mereka mahir dan amat kerap
menggunakan pencetak bagi tujuan PdP. Min terendah pula ialah 2.66 iaitu pada pernyataan 8, terdapat seramai 26.4
% responden yang kerap menggunakan CD perisian mata pelajaran yang dibekalkan oleh KPM untuk digunakan
semasa PdP berlangsung. Ada juga di kalangan responden yang tidak pernah menggunakan CD perisian mata
pelajaran ini iaitu sebanyak 28.7 %. Terdapat responden yang menyatakan bahawa mereka berminat untuk mengajar
untuk menggunakan CD yang dibekalkan tetapi mereka tidak berperluan kerana hanya sebahagian mata pelajaran
sahaja yang mempunyai CD perisian ini contohnya CD interaktif Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris
dan selebihnya tidak dibekalkan.
Daripada hasil kajian ini juga, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa masih terdapat ramai lagi guru yang
berkhidmat di pusat bandar ini tidak mahir dan jarang menggunakan komputer dan ICT semasa proses PdP,
sedangkan dari segi kemudahan infrastruktur sudah tersedia. Faktor ini adalah dipengaruhi oleh bilangan guru yang
berusia antara 50 dan ke atas masih lagi tinggi di pusat bandar ini. Ia diperkukuhkan lagi dengan kajian-kajian yang
lepas. Menurut Sherry (1990), yang berkata bahawa PdP tidak akan terkesan dek kerana guru-guru tidak mahu
menggunakan komputer dan ICT, sedangkan kemudahan sudah tersedia.
Menurut Bakhtiar (1995) juga menyatakan kepentingan kemahiran bagi seseorang guru untuk menggunakan
komputer dengan baik semasa proses PdP di sekolah. Tegasnya, inisiatif untuk mempertingkatkan kemahiran di
dalam bidang komputer dan ICT perlulah dipertingkatkan dengan mengikuti kursus-kursus yang berkaitan
dengannya.

80

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan
2014

Dapatan kajian menunjukkan kaedah penggunaan ICT yang digunakan oleh guru-guru berada pada tahap yang
sederhana. Penggunaan komputer sepenuhnya dalam PdP untuk berkomunikasi dengan murid-murid juga adalah
berada pada tahap yang amat rendah.
Guru-guru lebih menumpukan penggunaan komputer dan ICT untuk tujuan penyediaan kertas kerja dan pembinaan
kertas soalan-soalan peperiksaan, analisa pencapaian peperiksaan murid serta penyediaan bahan untuk RPH.
Penggunaan internet juga adalah kurang di kalangan guru-guru ini, mereka mengatakan alasannya kerana tahap
kelajuan mengakses yang kurang pantas. Mereka perlu menunggu pada jangka masa yang panjang atau lama untuk
mengakses internet. Penyelidik berpendapat bahawa guru-guru harus menguasai pelbagai bentuk kemahiran yang
diperkenalkan dalam sistem pendidikan moden supaya guru-guru tidak akan ketinggalan dalam arus pemodenan atau
perubahan pendidikan. Mereka tidak seharusnya menjadikan kekangan masa sebagai faktor yang menghalang
mereka daripada penggunaan komputerdan ICT semasa proses PdP berlangsung. Ini disokong oleh Nasheila (2000),
yang menyatakan bahawa dalam penyelidikan, ICT boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, mempproses,
menyalurkan serta menyebarkan maklumat pantas seperti hantaran elektronik (e-mel) atau CD-ROM untuk
melicinkankan lagi proses pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas.
8. Kesimpulan
Berdasarkan hasil dapatan kajian penyelidik mendapati bahawa min kekerapan dan kaedah penggunaan ICT di
kalangan guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah di pusat bandar masih berada pada tahap yang sederhana.
Mereka menyatakan bahawa kekangan masa adalah kekangan utama mereka terhadap penggunaan komputer dan
ICT semasa di dalam kelas.
Selain itu,min bagi tahap kemahiran di kalangan guru juga berada di tahap yang sederhana. Ini bermakna para guru
di pusat bandar kurang mengaplikasikan pengetahuan yang mereka perolehi semasa mereka mengikuti kursuskursus yang berkaitan dengan penggunaan komputer dan ICT atau mereka tidak berpeluang untuk mengikutinya
kerana sebab-sebab tertentu. Kekangan-kekangan yang timbul adalah disebabkan kerana faktor masa, faktor latihan,
faktor sikap, faktor tahap kemahiran dan lain-lain lagi. Dalam era teknologi yang serba canggih ini, penyelidik
masih mendapati ada segelintir guru yang langsung tidak berminat untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai
media pengajaran mereka. Mereka masih lagi mengekalkan cara lama dalam pengajaran mereka seperti “chalk and
talk”. Semoga semua guru, tidak kira yang berada di pusat bandar atau di luar bandar dapat mengubah corak
pengajaran dan pembelajaran mereka supaya sistem pendidikan kita berjalan dengan lebih baik lagi.
Rujukan
Johari Hassan & Siti Norazlina Kamisan. 2003. Halangan terhadap penggunaan komputer dan ict di dalam
pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di sekolah menengah kebangsaan luar bandar di Daerah
Kulai Jaya Johor Baharu. Tesis Sarjana Muda, UTM.
Abu Bakar Nordin & Halim Hui (ed). 1991. Kurikulum: perspektif dan perlaksanaannya. Kuala Lumpur : Pustaka
Antara.
Ahmad Rashidi Osman. 1992. Kajian penggunaan komputer di kalangan guru-guru sekolah di Johor. Tesis Sarjana
Muda, UTM.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon & Abdul Rahim Hamdan. 2007. Menguasai
penyelidikan dalam pendidikan (Teori, Analisis dan Interpretasi Data). Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing.
Johan@ Eddy Luaran. 2003. Perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran di Malaysia. Fakulti Pendidikan, UiTM.
Adenan Husin. 1999. Faktor yang mempengaruhi sikap guru terhadap penggunaan komputer. Tesis Sarjana.
Universiti Utara Malaysia.

81

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan
2014

Azhar, H.A. 1999. Penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah menengah di bandaraya Kuching Utara.
Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sarawak.
Krishnan, Janarthini, Mohamad Said,Mohd Nihra. Haruzuan & Noor Azean. 2007. Faktor-faktor yang
mempengaruhi pengunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan , Universiti
Teknologi Malaysia.
Kamus Dewan : Edisi Ketiga. 1997. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Rujukan: Bab 13
Zailawati Husin & Fariza Khalid. 2014. Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
(ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Di Kalangan Guru Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Dlm. Aliran Terkini Dalam Pengajaran Sumber & Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan
dalam Pendidikan, disunting oleh Fariza Khalid, Md Yusoff Daud & Mohd Jasmy Abd Rahman. 74-80. Bangi:
Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.

82