Kapitalisme dalam Pembangunan Negara dalam

Kapitalisme dan Pembangunan Negara:
Beberapa Permasalahan

Esai ini untuk melengkapi Tugasan Kursus Falsafah dan
Teori Pembangunan (SKAD 6123)

RIDWAN WAHYUDI
P77537

Program Sains Pembangunan
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaaan Malaysia
Bangi

1

Abstrak

Jika kita amati setakat ini, falsafah pembangunan dalam negara-negara banyak
menganuti Kapitalisme. Hal ini telah banyak diajarkan oleh para sarjana-sarjana barat
yang melahirkan para elimen negara bangsa. Sementara negara-negara berkembang

senantiasa mengejar pembangunannya dengan berkiblat kepada negara-negara maju.
Tulisan

ini

ingin

mengeksplorasi

mengenai

pandangan

kapitalisme

dalam

menubuhkan sebuah negara bangsa melalui kaedah analisa deskripsi. Kejayaan
kapitalisme dalam tatanan global dirasa telah membuat pergeseran, kesenjangan dan
kerosakan sosial dan budaya sesebuah negara.


Pendahuluan

Sejarah kapitalism bermula pada saat jaman pencerahan (enlightment), dimana
kuasa geraja sangat dominan. Semua aktiviti individu selalunya dirujuk dalam dogma.
Pada saat ini muncul anti-thesis daripada apa yang telah dibawa oleh agama.
Alasannya kerena tidak semua yang diajarkan oleh agama itu benar adanya. Lebih
jauh lagi, gereja juga menjadi kelas superior dan menguasai aktiviti ekonomi
masyarakat. Maka munculah tokoh-tokoh yang melatar-belakangi kapitalism ini. Para
tokoh ini ingin memberikan pengaruh mengenai pandangannya kepada masyarakat
bahawa entiti manusia yang ingin menentukan kehidupannya dan mencapai kepuasan
sendiri. Pertama ialah Marthin Luther (1571), seorang pendeta Jerman dengan
membawa ajaran Theosophic. Dipengaruhi oleh kebudayaan Greek yang menganggap
bahawa agama selalunya membawa kemanfaatan, bukan malah menimbulkan
kemudzaaratan di masyarakat. Ketika gereja sangat dominan pengaruhnya kepada
masyarakat, dia menyebarkan surat protes kepada Roma yang merupakan pusat
daripada ajaran Katolik dan kepada seluruh gereja-gereja di Eropah. Adapun protes
yang disampaikan ialah menolak surat pengampunan dosa (aflat) yang diberikan oleh
gereja kepada manusia. Kemudian dia meletakkan ide dasarnya bahawa manusia
menurut kodratnya menjadi suram kerena dosa-dosanya dan semata-mata melalui

perbuatan dan karya yang lebih baik sahaja mereka dapat menyelamatkan dirinya dari
kutukan abadi. Tokoh yang kedua ialah Benjamin Franklin (1748) yang memberi
2

dasar-dasar falsafah, mengajak orang untuk bekerja keras mengakumulasi modal atas
usahanya sendiri. Kemudian dia mengamanatkan dalam jargon yang sangat fenomenal
iaitu 'Waktu adalah Uang'. Kemudian tokoh selanjutnya ialah Adam Smith (1776)
yang memberikan dasar-dasar ekonominya dan tercantum dalam buku An Inquiry into
The Nature and Causes of The Wealth of Nations .

Dia lebih menyatakan usaha

kapitalismenya dalam sesebuah konsep sebagai mekanisme pasar. Falsafah asasnya
ialah laissez faire, laissez-passer . Dia mengatakan bahawa barang langka akan
menyebabkan harga barang tersebut menjadi mahal sehingga menjadi sulit didapatkan
terutama oleh mereka yang berpenghasilan rendah. Tetapi menurut Smith bahawa
yang harus dilihat adalah perilaku produsen. Ketika harga barangan mahal, maka
keuntungan akan meningkat. Ketika keuntungan yang dijanjikan atas barangan
tersebut tinggi, maka banyak produsen yang memproduksinya. Sehingga dengan
demikian kelangkaan barang tersebut akan terpenuhi dan menjadi murah dan

keperluan masyarakan akan terpenuhi. Sehingga masalah yang terjadi di masyarakat
akan diselesaikan oleh the invisible hand. Pada intinya ketiga tokoh tersebut ingin
menekankan bahawa setiap individu pasti memiliki hasrat untuk mencapai kepuasan
pribadi.

Sebenarnya pandangan mengenai kapitalis tidak hanya disokong oleh ketiga
tokoh tersebut sahaja, Sjahrir (1995) menyebut bahawa tokoh besar Seperti Max
Weber juga memberikan pandangannya berkenaan dengan kapitalisme ini. Ia
mendefinisikan kapitalisme sebagai sistem produksi komoditi berdasarkan kerja
berupah untuk dijual dan diperdagangkan guna mencari keuntungan. Ciri produksi
berdasarkan upah buruh itu merupakan karakter mendasar bagi kapitalisme. Bagi
Weber, ciri kapitalisme yang lebih mendasar lagi adalah pada sistem pertukaran di
pasar. Sistem di pasar ini menimbulkan konsekuensi logis berupa rasionalisasi yang
mengacu pada bagaimana cara meraih keuntungan yang sebesar. Dengan kata lain,
bagaimana melakukan akumulasi kapital secara berterusan. Akumulasi kapital itu
dimaksudkan

untuk

melakukan


produksi

barangan

atau

jasa

yang

lebih

menguntungkan (more profitable). Keuntungan inilah yang secara dominan bagi
rasionalitas tekhnologi.

3

Dalam melihat realiti tersebut, Karl Max (1818 – 1883) seorang Jerman merasa
prihatin dengan aktiviti sosial ekonomi yang dilakukan oleh para kapitalis yang

merambah di negara-negara eropah. Hal ini terjadi pada awal revolusi industri di
Prancis dan Inggeris. Max tidak ingin apa yang dikerjakan oleh kaum pekerja
(proletariat) sebagian besar dinikmati oleh para pemodal. Untuk itu, A.Z. Abidin
(1968) menyebutkan bahawa sumbangan besar Max bagi kaum buruh ialah konsep
perjuangan kelas yang menjadi pemangkin kepada kaum buruh untuk bangkit
mempertahankan hak dan kebebasan mereka dari terus menjadi 'kuda tunggangan'
kaum kapitalis. Lantaran itu, ajaran Marxisme telah dijadikan perjuaangan buruh
hampir ke seluruh dunia. Sebagai sebuah ideeologi, Marxisme merupakan inspirasi
bagi sebahagian besar gerakan pembebasan sosial dan beransur-ansur menjadi gerakan
politik dan sosial di pelbagai tempat dan negara. Konsep Historical Materalism dan
Dialectical Materialism merupakan ideologi utama yang melahirkan konsep kelas,

hubungan antara kelas dan perjuangan kelas dalam gagasan pemikiran Marxisme.
Kedua konsep di atas secara tidak langsung dapat dikatakan sebagai faktor ekonomi
dan faktor sosial. Faktor ekonomi meliputi kaedah mengeluarkan produk keperluan
hidup dalam menentukan segala perubahan kehidupan manusia. Sementara faktor
sosial menggambarkan sifat semula jadi manusia yang suka bergaul. Namun, faktor
sosial tidak lengkap tanpa berhubung terus dengan faktor ekonomi kerena kehidupan
sosial manusia tidak akan bertahan lebih lama melainkan manusia menghasilkan
barangan untuk memenuhi keperluan hidup manusia dan masyarakatnya.


Pengertian Ekonomi Kapitalis

Adam Smith ialah peletak asas pemikitan kapitalisme yang menjelaskan
bekerjanya mekanisme pasar atas dorongan kepentingan pribadi kerena kompetisi dan
kekuatan individualisme dalam menciptakan keteraturan ekonomi. Melaluinya,
kapitaliesme melakukan klasifikasi antara nilai guna dan nilai tukar yang ada pada
setiap komoditi. Ukuran riil daripada nilai tukar komoditi, harus dilihat dari kondisi
pertukaran, dimana 'ukuran riil' dari nilai komoditi ialah kuantiti dari kerja yang
berada dalam barangan lain yang dapat dipertukarkan di pasar. Tokoh berikutnya yang
penting menurut Budiman (1996) dalam Teori Pembangunan Dunia Ketiga ialah
4

David Ricardo yang melakukan kritik terhadap Adam Smith, terutama sekali yang
berkait dengan nilai komoditi. Menurutnya, nilai komoditi terdapat pada kerja manusia
berikut bahan-bahan mentah dan alat-alat kerja. Ricardo menemukan bahawa komoditi
yang dijual pada harganya, berkira akan setara dengan jumlah kerja yang diperlukan
untuk memproduksinnya. Asumsinya satu-satunya nilai tukar, berawal dari jumlah
kerja yang digunakan untuk memproduksi, Karenanya dari Ricardo-lah sifat parasit
dari seluruh pendapatan yang tidak diperoleh dari kerja terbongkar, sebab darinya,

kelak akan ditemukan apa yang dinamai dengan nilai lebih dan kerja lebih.

Kapitalisme merupakan sebuah sistem organisasi ekonomi yang dicirikan oleh
hak milik pribadi atas alat-alat produksi dan distribusi yang pemanfaatannya untuk
mencapai keuntungan dalam kondisi yang sangat kompetitif (Milton H. Spencer, 1990;
Giddens, 1990). Selajutnya pengertian sistem ekonomi kapitalis adalah suatu sistem
yang memberikan kebebasan yang cukup besar bagi pelaku-pelaku ekonomi untuk
melakukan kegiatan yang terbaik bagi kepentingan individual atas sumberdayasumberdaya ekonomi atau faktor-faktor produksi. Pada sistem ekonomi ini terdapat
keleluasaan bagi perorangan untuk memiliki sumberdaya, seperti kompetisi antar
individu dalam memenuhi keperluan hidup, persaingan antar badan usaha dalam
mencari keuntungan. Prinsip 'keadilan' dalam sistem ekonomi kapitalis adalah setiap
orang menerima imbalan berdasarkan prestasi kerjanya. Dalam hal ini campur tangan
kerajaan sangat minim, sebab kerajaan berkedudukan sebagai 'pengamat' dan
'pelindung' dalam perekonomian (Subandi, 2005). Dari beberapa pengertian tersebut
diatas tidak ada yang luput dari apa yang diajarkan oleh nabi pertamanya iaitu Adam
Smith melalui bukunya yang terbit pada tahun 1776 dengan tajuk An Inquiry the
nature and Cause of the wealth of nation yang menghendaki setiap orang diberi

kebebasan untuk bekerja dan berusaha dalam persaingan sempurna dengan
meniadakan sama sekali intervensi kerajaan.


1. Hak Milik Swasta (Private Property)

Pertubuhan ini merupakan elemen pokok dari kapitalisme. Ianya menjamin bahawa
setiap orang mempunyai hak untuk mencapai barangan ekonomi dan sumber-sumber
5

daya melalui cara yang rasmi, mengadakan perjanjian-perjanjian sehubungan dengan
hak alami terlepas dari kuasa Negara. Pemberian hak pemilikan atas harta kekayan
memenuhi fungsi-fungsi ekonomi penting, iaitu: Para individu memperoleh
perangsang agar aktiva mereka dimanfaatkan seproduktif mungkin. Hal tersebut
sangat memengaruhi agihan kekayaan serta pendapatan karena individu-individu
diperkenankan untuk menghimpun aktiva dan memberikannya kepada ahli waris
mereka apabila mereka meninggal dunia. Selanjutnya memungkinkan laju pertukaran
yang tinggi oleh karena orang perlu memiliki hak pemilikan atas barangan sebelum
hak tersebut dapat dialihkan kepada pihak lain. Konsekuensi sosial dan ekonomi
fungsi-fungsi tersebut sangat memengaruhi perkembangan kapitalisme.

2. Dibina oleh Tangan Tidak Terlihat (The Invisible Hand)


Prinsip tersebut menyatakan bahawa untuk mencapai hal yang terbaik untuk
masyarakat. Setiap individu dalam sebuah masyarakat kapitalistik dimotivasi oleh
kekuatan-kekuatan ekonomi sehingga ianya akan bertindak sedemikian rupa untuk
mencapai kepuasan terbesar dengan pengorbanan atau biaya yang sekecil-kecilnya.

3. Individualisme Ekonomi (Laissez-Faire)

Pernyataan ini menjadi kata kunci kapitalisme. Dalam erti bahawa tiadanya campur
tangan kerajaan akan menyebabkan timbulnya individualism ekonomi dan kebebasan
ekonomi. Campur tangan kerajaan dibatasi pada aktivitas-aktivitas tertentu.

4. Persaingan dan Pasar Bebas (Free Market Mechanism)

Prinsip bekerjanya mekanisme pasar menyebabkan terjadinya persaingan. Persaingan
terjadi antara penjual barangan yang serupa untuk menarik pembeli; antara pembeli
untuk mencapai barangan yang mereka inginkan; antara pekerja untuk memperoleh
pekerjaan, antara pihak majikan untuk memperoleh pekerja, antara pembeli dan
penjual sumber-sumber daya untuk mencapai syarat yang sebaik-baiknya. Dalam
bentuknya yang paling sempurna, pasar bebas menunjukkan ciri-ciri, pembeli dan
6


penjual dalam jumlah yang ramai menjebabkan mereka tidak dapat memengaruhi
harga barang yang bersangkutan kemudian kebebasan para pembeli serta penjual yang
tidak dihalangi oleh pembatasan-pembatasan ekonomi atas permintaan dan
penawaran.

Beberapa Permasalahan daripada Impak Sistem Ekonomi Kapitalis

Doktrin utama dari sistem ekonomi kapitalis 'Laissez-Faire' dan pasar bebas
yang merujuk kepada pemikiran ahli ekonomi klasik dimana digambarkan bahawa
perekonomian akan berjalan tampa campur tangan kerajaan, model pemikiran ini
bertahan cukup lama dari kwartal terakhir abad ke-18 dan pertengahan pertama abad
ke-19, pandangan dan pemikiran para tokoh ekonomi pada zaman ini sangat
berpengaruh di Eropah dan Amerika Serikat hampir satu abad lamanya (Bachrawi
Sanusi, 2004). Akan tetapi dengan terjadinya depressi dunia pada tahun 1930-an akan
memaksa orang ramai untuk menyadari bahwa telah terjadi perubahan-perubahan dan
mengakui bahawa pemikiran-pemikiran lama ternyata sudah tidak sesuai lagi dengan
perekonomian pada zaman itu, oleh karena depressi mengakibatkan beberapa Negara
industri yang maju, menciptakan banyak pengganguran basar-besaran, berbagai
perbankan dan perusahaan menjadi bangkrut, para petani banyak yang kehilangan
tanah, penghasilan dan pengeluaran merosot. Akibat tersebut muncul pendapat
kebanyakan orang utamanya ahli-ahli ekonomi pada zaman itu, mereka berpendapat
bahawa satu-satunya obat yang paling mujarab adalah perlunya kebijaksanaan
kerajaan dalam belanja besar-besaran. Pendapat kebanyakan orang soal depressi dan
obat mujarabnya benar, karena terbukti dari cacatan sejarah bahwa kebanyakan
Negara-negara industri termasuk Amerika Serikat kesulitan akibat depressi dan
pengangguran dapat diatasi dengan kebijaksanaan pembelanjaan kerajaan yang cukup
besar untuk membangun proyek prasarana. Pakar ekonomi klasik yang merupakan
penganjur dari sistem ekonomi kapitalis tidak mampu menemukan solusinya pada
waktu itu.

1. Pasar Bebas

7

Dalam konsep pasar bebas, swasta dibebaskan dari keterikatannya terhadap Negara
dan tanggung jawap terhadap permasalahan sosial yang terjadi kerena aktiviti
perusahaan mereka. Pengurangan tingkat upah dengan menghapus serikat-serikat
pekerja dan memotong hak-hak buruh Harga dibiarkan bergerak tampa campur tangan
kerajaan. Kebebasan total dalam perpindahan modal, barang, jasa. Para pengusung
pasar bebas senantiasa menyatakan: pasar yang tidak diatur ialah jalan terbaik untuk
meningkatkan pertumbuhan ekonomi, dan memberikan keuntungan bagi setiap orang.

2. Pembatasan Anggaran Belanja Negara

Anggaran negara seperti kesihatan, pendidikan, pemenuhan air bersih, listrik, jalan
awam, fasiliti awam, dan bantuan untuk orang miskin harus dikurangi dan dibatasi
sehingga tidak membebani anggaran negara. Pandangan ini sama ada dengan
mengurangi peranan kerajaan dalam perekonomian dan pemenuhan keperluan awam.
Namun dibalik paham neoliberal ini, kalangan perusahaan dan pemilik modal sangat
mendukung subsidi dan pengurangan pajak yang menguntungkan perniagaan mereka.

3. Deregulasi

Mengurangi atau bahkan menghapus peraturan-peraturan yang menghambat
kepentingan perniagaan perusahaan dan pemilik modal. Jika ada peraturan, maka
kewenangan daripada peraturan tersebut diberikan kepada swasta.

4. Privatisasi

Menjual badan usaha, barang atau jasa yang menjadi milik Negara kepada
investor/pemodal, khasnya aset-aset dalam bentuk bank, industri-industri kunci, kereta
api, jalan tol, listrik, sekolah, rumah sakit, dan air bersih. Alasan utama dilakukannya
privatisasi untuk megejar efisiensi. Namun pada faktanya privatisasi justru
menciptakan konsentrasi kekayaan ke tangan segelintir orang-orang kaya sedangkan
rakyat harus menanggung beban harga-harga keperluan awam yang mahal.

8

5. Menghilangkan Konsep Barangan Awam

Pemindahan tanggung jawap pengadaan barangan dan perkhidmatan awam dari
tangan Negara menjadi tanggung jawap individu. Dengan kata lain, masyarakat harus
menemukan sendiri solusi dalam pemenuhan keperluan hidup mereka berkenaan
dengan barangan awam. Kelahiran neoliberalisme memang tidak dapat dipisahkan
dengan dari keberadaan ideologi kapitalisme. Karakter liberal yang bertumpu pada
kebebasan dan menonjolkan kepentingan individu senantiasa menjadikan kegiatan
ekonomi berjalan seperti hukum rimba. Philosuf Inggeris Herber Spencer memandang
seleksi alam (survival of the fittest) sebagai prinsip wajib kegiatan ekonomi dalam
sistem kapitalisme. Konsekwensinya, perekonomian berjalan dengan cara menindas
yang lemah dan memfasilitasi yang kuat (pemilik modal) agar alokasi sumber daya
(resources) dan penguasaan pasar berada di tangan pemilik modal. Fenomena yang
terjadi dengan lahirnya system ekonomi neoliberalis ini adalah ditandai kian
merajalelanya perusahaan yang menembus batas antar Negara, yang dikenal dengan
Trans National Coorporate (TNC) dan Multi National Coorporate (MNC). Menurut
Tony Clarke dalam Winardi (2000), saat ini, 70 persen dari perdagangan dunia
dikontrol oleh hanya sekitar 500 TNC/MNC. Setengah dari investasi di dunia ini
sahamnya dimiliki oleh hanya satu persen TNC. Lebih lanjut, dari 500 TNC/MNC
terkaya didunia tersebut, sebanyak 443 perusahaan, yang berasal dari AS 185, Eropah
158 dan Jepun 100.

Kesimpulan

Sistem ekonomi kapitalis ialah produk dari teori Adam Smith lahir pada abad
ke-17, teorinya menghendaki setiap orang diberi kebebasan untuk berusaha dalam
persaingan sempurna ,dengan meniadakan sama sekali intervensi negara. Masyarakat
kapitalis membawa pengaruh modeniti dalam kehidupan masyarakat, sehingga
masyarakat berpotensi meninggalkan budayanya dan beralih pada sistem kapitalis
yang berorientasi pada mekanisme pasar. Prilaku hidup hedonis dan menindas berlaku
pada masyarakat kapitalis hingga memengaruhi institusi-institusi negara. Sistem
kapitalis memperbesar kesenjangan sosial antara si miskin dan si kaya. Yang miskin
9

semakin miskin sedangkan yang kaya semakin kaya. Hal ini terjadi kerena kapitalis
mengeksplotasi pekerja untuk mendapatkan keuntungan sebesar-besarnya. Pada akhir
dekade ini, sistem ekonomi kapitalis berubah jubah menjadi sistem ekonomi
neoliberal.

Rujukan

Abidin, A.,Z & Loppa, Baharuddin. 1968. Bahaya Komunisme. Jakarta: Bulan Bintang
Abduh, Ghanim. 2003. Kritik atas Sosialisme Marxisme. Surabaya: Al Izzah
Giddens, Anthony. 1990. The Consequence of Modernity. Polite Press, Cambridge.
Giddens, Anthony. 1985. The Nation State and Violence. Vol. II of a Contemporary
critique of History Materialism. Polite Press, Cambridge
Heilbroner, Robert. 1993. 21st Century Capitalism. W.W. Norton
Marcuse, Herbert. 2000. Manusia Satu Dimensi, terj. Silvester G., Sukur dan Yusup
Priyasudiarja. Yogyakarta: Yayasan Bentang Budaya
Sanusi, Bachrawi. 2004. Tokoh Pemikir Dalam Mazhab. Jakarta: PT Rineka Cipta
Sjahrir. 1995. Formasi Mikro-Makro Ekonomi Indonesia. UI Press
Sudono, Sukirno. 1985. Ekonomi Pembangunan: Proses, Makalah dan dasar
Kebijaksanaan. Jakarta: Lembaga Penerbit FE UI

Suseno, Frans Magin. 2000. Pemikiran Karl Marx. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama
Winardi. 2000. Kapitalisme versus Sosialisme. Bandung: Remaja Karya
www.ekonomikapitalis.com. Neoliberalisme dan Kebangkitan Ideologi Kapitalisme.
September 2008

10