Perkara yang terlibat dalam isu melaksanakan

Lampiran 1
ANALISIS PASARAN

1.

Perkara yang terlibat dalam melaksanakan Analisis Pasaran adalah seperti berikut:

i)

Analisis Permintaan

2.

Analisis Permintaan dibuat untuk mengenal pasti keperluan pengguna dan menentukan

sejauh mana mereka sanggup dan mampu membayar untuk mendapatkan output produk. Justeru,
saiz, keadaan dan jumlah permintaan untuk produk adalah penting dan boleh ditentukan seperti
berikut:


Siapa dan di mana pasaran? Bagi menentukannya, adalah penting pasaran

dikategorikan mengikut jenis, cara penggunaan, klasifikasi pendapatan, lokasi, umur
dan sebagainya. Kaedah pasaran ditentukan sebahagian besarnya bergantung kepada






jenis produk.
Arah aliran jumlah permintaan domestik bagi produk untuk tempoh 10 tahun.
Tentukan permintaan produk untuk pasaran di luar negeri. Sekiranya ada, tentukan
arah aliran permintaannya.
Menilai arah aliran pertumbuhan permintaan pada masa lalu dan berdasarkan arah
aliran tersebut, unjurkan permintaan pada masa depan dengan menggunakan teknik
unjuran yang sesuai.

ii)

Analisis Penawaran


3.

Adalah penting untuk menganalisis situasi penawaran produk yang sedia ada dan

jangkaan penawarannya pada masa hadapan. Analisis ini akan memberi petunjuk mengenai
persaingan daripada pembekal lain dan menentukan sama ada pengeluaran produk mampu
bersaing di pasaran. Situasi penawaran boleh ditentukan seperti berikut:

47

Lampiran 1


Siapa dan di manakah pesaing langsung? Kategorikan pesaing mengikut saiz, kualiti
produk, lokasi dan prestasi pesaing dan prestasi segmen pasaran.

 Adakah

terdapat firma yang mengeluarkan produk dan tiada pengeluar yang


 Adakah melibatkan gabungan firma besar dan kecil dalam industri?
memonopoli pasaran?

Kedua-dua maklumat ini penting dalam menentukan jenis persaingan yang akan
mempengaruhi keputusan serta keupayaan pengeluaran dan strategi pemasaran yang
akan digunakan.





Tentukan arah aliran penawaran domestik bagi pengeluaran tempatan dan import.
Terdapatkah pasaran asing bagi pengeluar domestik. Sekiranya ada, tentukan arah
aliran penawaran serta pengeluaran produk tempatan di negara asing dan importnya.
Menilai arah aliran pertumbuhan penawaran pada masa lalu dan berdasarkan arah
aliran tersebut, unjurkan penawaran pada masa depan dengan menggunakan teknik
unjuran yang sesuai.

iii)


Analisis Permintaan - Penawaran

4.

Setelah situasi permintaan dan penawaran diketahui, analisis berikut dilaksanakan:





Bandingkan arah aliran permintaan dan penawaran;
Tentukan jumlah permintaan yang tidak dipenuhi dan jika ada, maklumat jumlah
permintaan ini akan memberi petunjuk jumlah pengeluaran yang boleh dihasilkan;
Jika tiada jurang antara permintaan dan penawaran, maka perkara berikut hendaklah
dipertimbangkan:

48

Lampiran 1


 Sama ada faktor yang mempengaruhi pasaran boleh menjejaskan keseimbangan
pasaran yang menyebabkan permintaan meningkat lebih ketara daripada

 Sama

penawaran; atau
ada kualiti produk boleh menjana permintaan tambahan atau mengalih

sebahagian permintaan produk sedia ada untuk memihak kepadanya.







Tentukan bahagian pasaran dengan membandingkan cadangan jumlah pengeluaran
(yang ditentukan menerusi Analisis Teknikal) dengan jumlah saiz pasaran;
Menjalankan kajian harga;
Mengenal pasti faktor lain yang mempengaruhi pasaran; dan

Membentuk pelan pemasaran.

iv)

Keterangan Produk dan Kajian Harga

5.

Semasa mempertimbang potensi pasaran bagi sesuatu produk, adalah penting untuk

menentukan ciri-ciri produk, bakal/prospek pembeli dan harga produk. Oleh itu, perkara berikut
hendaklah diberi perhatian:









6.

Nama produk;
Ciri-ciri produk seperti fizikal, kimia, dan lain-lain;
Kegunaan produk sama ada barangan siap atau barangan perantara; dan
Pengguna utama produk sama ada individu atau firma.

Mengikut teori ekonomi, penentuan harga bergantung terutamanya kepada permintaan

dan penawaran. Sebarang peningkatan permintaan dan penawaran adalah malar, akan
menyebabkan harga meningkat dan sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat faktor lain yang
boleh mempengaruhi harga. Meskipun tiada perubahan dalam permintaan dan penawaran, harga
boleh meningkat jika kos input seperti bahan mentah meningkat dan harga boleh jatuh sekiranya
Kerajaan memberi subsidi dalam kos pengeluaran. Berdasarkan faktor ini, penetapan harga
hendaklah mengambil kira:

49

Lampiran 1








harga jualan barang pengganti sempurna dan barang pengganti. Contohnya, harga
minyak sawit dengan harga minyak sayuran lain;
arah aliran harga barang tersebut;
keanjalan permintaan terhadap perubahan harga; dan
harga jualan produk.

v)

Faktor Mempengaruhi Pasaran

7.

Dalam usaha menentukan pasaran bagi sesuatu produk, adalah penting untuk mengambil


kira faktor lain yang mempengaruhi pasaran sebelum membuat keputusan dalam Analisis
Pasaran. Antara faktor yang mempengaruhi pasaran adalah seperti berikut:


Pertumbuhan penduduk, perubahan pendapatan, cita rasa, tahap pembangunan bandar
dan luar bandar, harga barang pengganti dan penggenap, teknik pemasaran, dasar



pinjaman dan lain-lain yang akan memberi kesan kepada permintaan.
Perkembangan barang pengganti, keluar atau masuk firma, punca dan kos
pengeluaran, dasar Kerajaan, kesediaadaan teknologi, dan sebagainya yang akan



memberi kesan kepada penawaran.
Harga pula boleh dipengaruhi oleh kos pengeluaran, kawalan harga, inflasi dan harga
barang pengganti dan sebagainya.

vi)


Analisis Saluran Pasaran

8.

Aspek terakhir dalam Analisis Pasaran ialah Analisis Saluran Pasaran, iaitu aliran produk

daripada pengeluar kepada pengguna. Analisis ini merupakan faktor penting yang sering
diabaikan dalam membuat penilaian pasaran. Salah satu kaedah yang boleh digunakan ialah
Analisis Rantaian Komoditi atau Commodity Chain Analysis (CCA) yang merupakan pendekatan
berasaskan teori analisis sistem. Walaupun CCA digunakan untuk menentukan aliran komoditi

50

Lampiran 1
bagi produk pertanian, ianya juga boleh disesuaikan untuk produk lain.8 Rantaian komoditi boleh
ditakrifkan sebagai semua agen yang terlibat dengan pengeluaran, memproses dan memasarkan
komoditi tertentu serta agen ini boleh terdiri daripada individu, kumpulan, institusi, enterpris dan
sebagainya.


9.

Rantaian komoditi yang telah dikenal pasti akan disediakan dalam bentuk carta aliran.

Apabila struktur rangkaian ini telah diperjelaskan, langkah berikutnya ialah mengira jumlah
transaksi barangan atau aliran transaksi di kalangan pelbagai agen yang terlibat. Perkiraan ini
membantu dalam menilai dan menentukan keutamaan agen secara relatif serta mengenal pasti
kekangan yang wujud dalam pemasaran produk.

10.

Satu lagi aspek yang boleh dianalisis bagi menentukan aliran barangan ialah harga di

setiap peringkat agen dan juga margin pemasaran mereka. Analisis harga ini dapat membantu
dalam menentukan harga di peringkat pengeluaran. Sekiranya analisis menunjukkan wujudnya
sistem pemasaran yang tidak cekap bagi produk yang hendak dihasilkan, langkah yang sesuai
boleh diambil untuk mengatasinya dan langkah ini perlu diambil kira sebagai komponen
pemasaran dalam carta aliran projek. Contoh Analisis Rantaian Komoditi ditunjukkan seperti di
Rajah 11.

8

Intisari CCA adalah di mana agen berkaitan sesuatu komoditi (contoh: petani, pedagang, pembuat, pemborong,
peruncit dll. Tidak dikaji secara berasingan tetapi mengambil kira hubung kait mereka dengan agen yang lain.

51

Lampiran 1
Rajah 11: Contoh Quantified Commodity Flow Diagram9
415

Petani
1523*
(benih)

Pengimport
Pengeksport
1630

1357

8262*

4723

Pengilang L/Bandar

Pengilang Bandar

236

4487

149
2838

Pedagang Tempatan
3141

Pemborong

1346*

521
1824
2244

2432

Peruncit (bandar lain)

Peruncit (pusat bandar)

2432*

1824*

Pengguna
(pusat bandar)

Pengguna
(bandar lain)

Peruncit (luar bandar)

3950*

Pengguna
(luar bandar)

Penunjuk:
X
Aliran beras (tan)

Agen

X*
Pengguna akhir

Aliran beras kpd pengguna akhir

Kehilangan, pembaziran

Contoh “Quantified” Flow Diagram – Formulation of Agriculture and Rural Investment Projects – Planning
Tools, Case Studies and Exercises – Food and Agricultural Organization (FAO) of the United Nations, Rome 1994.

9

52

Dokumen yang terkait

OPTIMASI FORMULASI dan UJI EFEKTIVITAS ANTIOKSIDAN SEDIAAN KRIM EKSTRAK DAUN KEMANGI (Ocimum sanctum L) dalam BASIS VANISHING CREAM (Emulgator Asam Stearat, TEA, Tween 80, dan Span 20)

97 464 23

Analisis tentang saksi sebagai pertimbangan hakim dalam penjatuhan putusan dan tindak pidana pembunuhan berencana (Studi kasus Perkara No. 40/Pid/B/1988/PN.SAMPANG)

8 102 57

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22

Diskriminasi Perempuan Muslim dalam Implementasi Civil Right Act 1964 di Amerika Serikat

3 55 15

Kekerasan rumah tangga terhadap anak dalam prespektif islam

7 74 74

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi penerapan manajemen mutu terpadu pada Galih Bakery,Ciledug,Tangerang,Banten

6 163 90

Kesesuaian konsep islam dalam praktik kerjasama bagi hasil petani desa Tenggulun Kecamatan Solokuro Kabupaten Lamongan Jawa Timur

0 86 111

Upaya guru PAI dalam mengembangkan kreativitas siswa pada mata pelajaran pendidikan agama islam Kelas VIII SMP Nusantara Plus Ciputat

48 349 84

Konsep kecerdasan ruhani guru dalam pembentukan karakter peserta didik menurut kajian tafsir Qs. 3/Ali-‘Imran: 159

9 101 103