Pengurusan Keusahawanan Sosial Islam Mod

SEMINAR PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2014
MEMARTABATKAN KESARJANAAN MELALUI PENYELIDIKAN

PENGURUSAN KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM: MODEL
USAHAWAN BERJAYA DALAM AMALAN NILAI-NILAI MURNI
Mohd Adib Abd Muin
Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia
[email protected] / [email protected]
Muhammad Fakhirin Che Majid
Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia
[email protected]
Shuhairimi Abdullah
Pusat Pengajian Komunikasi dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Perlis, 01000 Kangar, Perlis,
Malaysia
[email protected]

ABSTRAK
Bidang pengurusan keusahawanan sosial Islam adalah salah satu cabang penting di bawah konteks
Muamalah yang mana ianya dikenal pasti sebagai pemangkin yang berpontensi besar dalam
membangunkan ekonomi ummah sejagat. Islam memandang berat tentang amalan nilai-nilai murni yang
diaplikasikan oleh golongan usahawan terutama golongan usahawan berjaya dalam menguruskan aktiviti

keusahawanan sosial Islam. Pembentukan model dalam meningkatkan hubungan di antara usahawan
berjaya dengan Tuhan, sesama manusia, dan alam bagi mencapai Maqasid Syariah sangat diperlukan
untuk dijadikan panduan dan sandaran bagi memartabatkan agama Islam itu sendiri. Kertas kerja ini akan
memberi penekanan kepada model usahawan berjaya dalam melaksanakan amalan nilai-nilai murni
keusahawanan sosial menurut perspektif Islam. Oleh itu, perbincangan berdasarkan sumber hukum alQuran dan as-Sunnah akan ditekankan bagi mencapai sistem al-falah iaitu mendapatkan keredhaan Allah
s.w.t di dunia dan akhirat.
Kata Kunci:Muamalah, Pengurusan, Keusahawanan Sosial Islam, Usahawan Berjaya

1. PENGENALAN
Bidang pengurusan keusahawanan sosial Islam adalah salah satu bidang tugas khalifah yang
juga merupakan sebahagian daripada urusan ibadah kepada Allah s.w.t. Oleh kerana itu, ianya
mesti merujuk kepada Allah s.w.t sebagai pencipta yang Maha Berkuasa dan pemegang kuasa
mutlak dalam memberi rezeki kepada seluruh makhlukNya, menambah atau mengurangkannya,
menjaya atau meninggalkan seseorang dalam usahanya (Adnan Alias & Mohamed Dahlan
Ibrahim, 2002). Segala-galanya berada di dalam kekuasaan Allah swt. Firman Allah s.w.t yang
bermaksud:

386

SEMINAR PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2014

MEMARTABATKAN KESARJANAAN MELALUI PENYELIDIKAN

“Allah s.w.t Maha lemah lembut terhadap hamba-hambaNya. Dia memberi rezeki
kepada mereka yang dikehendakiNya dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
(Surah asy-Syuura:19)

Dalam aspek syariah terdapat empat perkara penting yang biasa di bincangkan oleh ulamak
terdahulu dan masa kini iaitu Ibadah, Muamalah, Munakahat, dan Jinayah. Dalam kertas kerja
pengurusan keusahawanan sosial Islam ini banyak membincangkan tentang ibadah dan
muamalah kerana ianya berkait rapat dengan kepentingan ekonomi, sosial, politik dan
pendidikan. Berdasarkan situasi semasa yang berlaku di Negara Eropah dan Amerika, terdapat
masalah krisis ekonomi yang sangat mengusarkan pelbagai pihak terutamanya para pelabur
asing, peniaga, dan usahawan tempatan (Petikan Ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Di
Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Pidato Integriti Antara Institut Pendidikan Guru, Piala
Menteri Pelajaran Malaysia 2012).
Dalam skop negara Malaysia, secara pandangan individu dapat dilihat bahawasanya usahawanusahawan sememangnya berjaya dalam menghasilkan pendapatan yang lumayan melalui aktiviti
keusahawanan. Tetapi apa yang perlu ditekankan disini adalah faktor keberhasilan pendapatan
usahawan tersebut dalam konteks keusahawanan sosial Islam terutamanya daripada golongan
usahawan berjaya iaitu berkaitan dengan amalan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam setiap
transaksi perniagaan yang berlaku.

Oleh itu, kertas kerja ini dihasilkan adalah bertujuan untuk mendedahkan konsep pengurusan
keusahawanan sosial Islam dan pembentukan model usahawan berjaya dalam keusahawanan
sosial Islam yang lebih teratur dan sistematik kepada satu kelompok atau kumpulan dalam
masyarakat iaitu memfokuskan kepada golongan usahawan berjaya berdasarkan al-Quran dan asSunnah. Penekanan ini ditujukan kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti secara langsung
atau tidak dalam perniagaan bagi melaksanakan amalan nilai-nilai murni selaras dengan maqasid
syariah. Hubungan usahawan dengan masyarakat yang di amalkan sekarang adalah bersesuaian,
akan tetapi ianya kurang lengkap sekiranya tidak diterapkan prinsip pengurusan dan maqasid
syariah dalam setiap amalan perniagaan tersebut.
2. USAHAWAN BERJAYA
Usahawan berjaya adalah usahawan yang telah melakukan aktiviti keusahawanan dalam sesuatu
perniagaan dan telah berjaya mendapatkan keuntungan hasil dari aktiviti tersebut. Menurut
kajian yang dijalankan oleh Hafiza Othman (2012), keusahawanan adalah salah satu sumber
untuk mencari rezeki melalui cabang ibadah dan muamalah yang dapat mendekatkan diri kita
kepada Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan ayat al- Quran yang bermaksud:
“Dan Allah s.w.t menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”
(Surah Al- Baqarah (2): 275)

387

SEMINAR PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2014

MEMARTABATKAN KESARJANAAN MELALUI PENYELIDIKAN

Hadis Nabi Muhammad s.a.w. tentang perniagaan dan usahawan yang merupakan salah satu
sumber rezeki terbesar dan menjanjikan pulangan yang lumayan. Antara hadis Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud:
“Dorongan atas kamu ialah perniagaan kerana di dalamnya 9/10 daripada
adalah punca rezeki”(Hadis ini dikeluarkan dalam Jami' Soghir [hadis no.
6183] , Abu Ubd al-Gharib [2/52] , al-Ghazali dalam Ihya' [hadis no.1576]
dan lain-lain)
Pembentukan model usahawan berjaya dalam amalan nilai-nilai Murni yang telah digariskan
oleh Islam melalui sejarah silam seorang hamba yang paling mulia di sisi Allah iaitu Nabi
Muhammad s.a.w dalam melaksanakan keusahawanan sosial Islam. Menurut al- Ghazali (2000),
dalam kitabnya ihya‟ Ulumuddin ada menceritakan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang
bermaksud
“Usaha yang paling baik sekali ialah usaha seseorang dengan tangannya,
dan semua jual beli yang diredhai oleh Tuhannya”.
Selain itu, usahawan berjaya menurut Shuhairimi Abdullah (2013), adalah usahawan yang
mempunyai ciri-ciri umum dan spesifik. Antara ciri-ciri umum yang dimaksudkan adalah
menjadikan agama Islam sebagai satu cara hidup, melakukan aktiviti yang halal, mengeluarkan
sedikit daripada harta yang kita ada ke jalan Allah, menghargai nilai yang baik, dan

bertanggungjawab ke atas diri sendiri, keluarga, pekerja, dan masyarakat. Manakala ciri- ciri
spesifik usahawan berjaya adalah usahawan itu mestilah kreatif, berkemampuan dalam
mengurus, berorentasikan masa hadapan, bermotivasi, berpengetahuan, bertanggungjawab, dan
mempunyai keyakinan diri. Berdasarkan kajian Sudin Haron (1990), usahawan berjaya adalah
individu yang selalu bersyukur dengan apa yang ada pada dirinya sendiri.
Antara usahawan berjaya di zaman Rasulullah s.a.w adalah seperti Uthman bin Affan,
Abdurrahman bin „Auf, Zubair Ibnul „Awwam, Thalhah bin Ubaidillah, Shuhaib bin Sinan, Abu
Zar al-Ghiffari. Kesemua mereka adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang berjaya
dalam dunia keusahawanan dan mengeluarkan harta tersebut ke jalan Allah s.w.t.
Antara tokoh usahawan muslim yang berjaya di Malaysia pada masa kini adalah Syed Moktar
Al-bukhari, Shahril & Shahriman Shamsuddin, Mokhzani Mahathir, Azman Hashim, Kamarudin
Meranun, Ahmayuddin bin Ahmad, Eleena Azlan Shah, Abdul Hamid Sepawi, Nazir razak,
Hamdan Mohamad, Ameer Ali Mydin, Ali Hassan Mohammad Hassan, Husammudin Yaacub,
Rusli Abdullah, Nadzim Johan, Rozita Ibrahim, Che Che Din Rozmey dan banyak lagi. (Sumber
daripada Majalah Niaga, 2013).
Menurut Adnan Alias (2002), usahawan berjaya selalunya individu yang berpengaruh dalam
masyarakat dan mempunyai kedudukan yang tinggi dan disegani. Disebabkan itu golongan
usahawan berjaya ini biasanya akan mendekatkan diri dengan ahli pemimpin politik untuk
mendapatkan maklumat dan kerjasama bagi meningkatkan aktiviti keusahawanan di peringkat
global. Pengaruh usahawan semakin meluas dan kukuh dengan keadaan zaman moden ini di

mana gandingan politik dan ahli perniagaan sentiasa berganding bahu dalam meningkatkan
ekonomi.

388

SEMINAR PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2014
MEMARTABATKAN KESARJANAAN MELALUI PENYELIDIKAN

3. NILAI-NILAI MURNI ISLAM
Menurut Shuhairimi Abdullah (2013), nilai-nilai murni adalah nilai yang bersifat universal yang
memberi penekanan kepada adab yang terpuji dan kehalusan tatasusila individu dalam kerangka
perhubungan yang melibatkan manusia dengan Tuhan (hablu min Allah), manusia dengan
manusia (hablu min Nas), dan manusia dengan alam (hablu min Makhluk). Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud:
“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia akan menghadap
kepadanya. Maka berlumba- lumbalah (dalam membuat) kebaikan di mana
saja kamu berada pasti Allah s.w.t. akan mengumpulkan kamu sekalian (pada
hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”
(Surah al-Baqarah, 2: 148)


“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta
sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang
berlaku dengan suka sama suka antara kamu”
(Surah an-Nisa‟, 4: 29)

“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan sesuatu
perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak
terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasulnya,
serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah s.w.t. dengan
harta benda dan diri kamu; yang sedemikian itulah yang lebih baik bagi
kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)
(Surah al-Saf, 61: 10-11)

“Perlumbaan memperbanyakkan harta dan anak-anak telah melalaikan
kamu (iaitu mengabaikan nilai-nilai yang lebih mulia) sehingga kamu masuk
kubur”
(Surah at-Takaathur, 102: 1-2)

Berdasarkan kepada firman-firman Allah s.w.t. tersebut, al-Quran telah banyak memberi nasihat,
petunjuk, amaran, dan panduan kepada semua manusia. bahawa melakukan perkara- perkara

yang baik itu sangatlah di tuntut dalam Islam. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Sesungguhnya al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang
cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada
Allah dengan berilmu). Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai
Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
(Surah al-Anbiyaa‟, 21: 106-107)

389

SEMINAR PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2014
MEMARTABATKAN KESARJANAAN MELALUI PENYELIDIKAN

Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
“Daripada Jabir bin Abd Allah bahawa Rasulullah bersabda: “Semoga
Allah s.w.t. merahmati seseorang yang sentiasa bertoleransi ketika menjual,
membeli dan menuntut haknya”
(Sahih Bukhari, Kitab al- Buyu‟, Bab al-Suhulah wa al-Samahah fi al Syira‟
wa al-Bay‟, no. 1934)

Ciri-ciri manusia yang mengamalkan nilai-nilai murni Islam dalam kehidupan sehariannya

diceritakan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w.: Dari Abd Allah bin Umar dari Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya:
“Orang muslim itu ialah orang yang sejahtera dalam kalangan semua orang
Islam dari bencana lidah dan tangannya. Dan orang muhajir ialah orang
yang berhijrah (meninggalkan) segala larangan Allah s.w.t”
4. PENGURUSAN KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM
Bidang pengurusan keusahawanan sosial Islam adalah salah satu bahagian di dalam konteks
Muamalah yang mana ianya melibatkan hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan
manusia, dan manusia dengan alam. Pengurusan keusahawanan yang dianjurkan oleh Rasulullah
s.a.w. adalah pengurusan yang berorganisasi, terancang, terkawal, serta panduan yang sempurna.
Bermula sejak zaman rasulullah dan diikuti oleh para sahabat sehinggalah kini pengurusan dan
pentadbiran yang cemerlang dan terbilang (Al-Syabani dan Al-Abidi, 2010).
Matlamat keusahawanan sosial Islam ini adalah bertepatan dengan keperluan Maqasid syariah
yang mana objektifnya adalah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t serta mencapai kejayaan
dan kebahagian di dunia dan akhirat. Ini selaras dengan apa yang di bincangkan oleh Muhammad
Akram (2003), iaitu berusaha sedaya upaya dalam mencapai kejayaan al-falah. Ciri-ciri
usahawan berjaya yang ditakrifkan oleh Shuhairimi Abdullah (2013), seseorang yang bergelar
usahawan itu hendaklah mempunyai daya pemikiran yang tinggi, kreatif, inovasi, berkemampuan
mengurus, berfikiran jauh, dan berteraskan konsep al- falah iaitu patuh kepada ajaran agama
berpandukan syariah, beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t, bersedekah, berzakat,

bertanggungjawab, dan menghargai nilai- nilai Islam yang mana tidak terlibat dengan aktiviti
mencuri, kedekut, mengamalkan rasuah, melakukan jenayah, manipulasi, menipu dan
menyalahgunakan sumber.
Manakala pandangan Barat terhadap definisi keusahawanan sosial merupakan satu bentuk
perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan yang mana keuntungan tersebut digunakan untuk
kebaikan masyarakat. Maksudnya, setiap sen yang digunakan untuk membeli daripada usahawan
sosial akhirnya akan memberi faedah langsung kepada rakyat. Keusahawanan sosial
menggabungkan efisiensi dan produktiviti sektor swasta dengan etika perkhidmatan awam.
Hasilnya kita mendapat faedah daripada kedua-dua budaya kerja ini (Dees & Anderson, 2003).

390

SEMINAR PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2014
MEMARTABATKAN KESARJANAAN MELALUI PENYELIDIKAN

Keusahawanan sosial dari kaca mata barat ialah merujuk kepada aktiviti sosial berinovasi yang
dijalankan oleh sesebuah kumpulan organisasi yang mempunyai objektif sosial (Dees &
Anderson, 2003; Emerson & Twersky, 1996). Keusahawanan sosial juga biasanya di lakukan
oleh badan- badan korporat yang sememangnya stabil dan berkemampuan melaksanakan aktiviti
sosial (Austin, Leonard, Reficco, & Wei- Skillern, 2004).

5. SIFAT- SIFAT NABI MUHAMMAD S.A.W DALAM KEUSAHAWANAN
SOSIAL ISLAM

Menurut pandangan Mohd Faisol Ibrahim, Mohd Zulkifli Muhammad, Suhaina Musani (2008),
menyatakan bahawa seseorang usahawan itu hendaklah menjadikan sifat-sifat Nabi Muhammad
s.a.w sebagai panduan dalam melaksanakan amalan keusahawanan sosial Islam. Antara sifat
yang dimaksudkan adalah Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah.
Makna Siddiq adalah benar. Usahawan berjaya tidak seharusnya menipu atau menyembunyikan
sesuatu demi kepentingan perniagaan. Malah usahawan itu dituntut untuk bercakap benar kepada
sesiapa pun. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat
kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari
perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran
kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”
(Surah al-Nahl:90)

Makna amanah adalah jujur dalam semua perkara. Usahawan berjaya hendaklah jujur dalam
melaksanakan aktiviti keusahawanan sosial Islam. Terutamanya usahawan muslim, mesti
percaya kepada konsep ihsan di mana di bawah konsep ini setiap individu itu mesti yakin dan
percaya bahawa setiap perkara yang dibuat oleh manusia itu Allah s.w.t. sentiasa melihat.
“Jibril bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. apakah dia ihsan? Lalu
Nabi Muhammad s.a.w. menjawab Ihsan itu adalah kamu beribadat kepada
Allah s.w.t. seolah-olah kamu melihatNya, Sekiranya kamu tidak dapat
melihatnya maka sesungguhnya Allah s.w.t. sentiasa melihat kamu”
(Sahih Bukhari, Kitab al-Iman, babSualalJibril al Nabi „an al-Iman wa al
Islam wa Ihsan, no. hadis 48)

Melalui contoh Nabi Muhammad s.a.w. dalam berurusan jual beli barang perdagangan, haiwan
ternakan, dan susu kambing. Hasil kejujuran baginda itu telah mendatangkan keuntungan yang
sangat banyak dan menggembirakan Saidatina Khadijah.
Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Dan jangan kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada
hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian
391

SEMINAR PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2014
MEMARTABATKAN KESARJANAAN MELALUI PENYELIDIKAN

daripada harta manusia
mengetahuinya (salahnya)”

dengan

(berbuat

dosa)

padahal

kamu

(Surah al-Baqarah: 188)

“Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruh kamu menyerahkan segala jenis
amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah s.w.t. menyuruh) kamu
menghukum dengan adil”
(Surah al-Nisa‟, 4: 58)

Makna tabligh ialah menyampaikan sesuatu dengan ikhlas. Usahawan berjaya digalakkan
menyampaikan sesuatu maklumat tentang produk keluarannya secara telus. Sesuai dengan
firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Bekerjasamalah kamu atas dasar kebaikan dan taqwa dan janganlah sekalikali bekerjasama atas dasar dosa dan permusuhan dan bertakwalah kepada
Allah s.w.t.. Sesungguhnya seksa Allah s.w.t. itu amatlah berat”
(Surah al-Maidah: 2)

Makna Fathonah disini adalah bijaksana. Bijaksana juga adalah salah satu nama- nama Allah
s.w.t.. Usahawan berjaya hendaklah bijak dalam melaksanakan amalan nilai-nilai murni dalam
aktiviti keusahawanan sosial berdasarkan perspektif Islam. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seseorang Rasul dari kalangan
mereka yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan
mengajarkan kepada mereka al Kitab (al- Quran) dan al-Hikmah (alSunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Kuasa lagi Maha Bijaksana”
(Surah al-Baqarah: 2: 129)

Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Daripada Abu Hurairah; Nabi Muhammad s.a.w Bersabda: Aku tinggalkan
kamu dua perkara yang paling penting iaitu Quran dan Sunnah untuk
dijadikan sebagai panduan”
(Imam Malik)

6. PERLAKSANAAN MAQASID SYARIAH DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
ISLAM

Maqasid syariah dari segi bahasa adalah objektif syariah, manakala secara umum ianya bererti
segala tujuan di sebalik penciptaan syariat pada keseluruhannya dan di sebalik setiap hukum di
dalamnya secara satu persatu. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Mek Wok Mahmud, Akhtarzaite
392

SEMINAR PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2014
MEMARTABATKAN KESARJANAAN MELALUI PENYELIDIKAN

Abdul Aziz (2012), menyatakan bahawa maqasid syariah merupakan satu pendekatan dalam
berijtihad atau melakukan penyelidikan ilmiah dan ia juga adalah sesuatu perkara yang
menghasilkan kebaikan dan membanteras segala keburukan. Menurut Ahmed, Habib (2011),
Maqasid syariah adalah objektif atau matlamat utama yang perlu dicapai dalam konteks syariah
iaitu untuk mencari keredhaan Allah s.w.t semata-mata. Berdasarkan kata-kata Imam al- Ghazali
yang di ambil oleh M. Umer Chapra, (2000):
“The objective of the Shari`ah is to promote the well-being of all mankind,
which lies in safeguarding their faith (din), their human self (nafs), their
intellect (`aql), their posterity (nasl) and their wealth (mal). Whatever ensures
the safeguard of these five serves public interest and is desirable.”
Matlamat utama dalam pelaksanaan keusahawanan Islam adalah menuju ke arah pembentukan
usahawan yang sentiasa mencari keredhaan Allah s.w.t (Ab. Aziz Yusof, 2009). Seperti firman
Allah di dalam quran yang bermaksud:
“Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku,
semuanya kerana Allah s.w.t, Tuhan semesta alam. Tiada bagi-Nya sekutu
dan dengan demikian aku disuruh dan aku orang yang mula-mula Islam
(tunduk kepada Allah s.w.t)”
(Surah al-An‟am (6): 162-163)

Matlamat usahawan berjaya dalam amalan nilai-nilai keusahawanan sosial Islam adalah untuk
mencapai kejayaan al-falah dan mendapat keredhaan Allah s.w.t di dunia dan akhirat. Menurut
kajian-kajian lepas, dengan berpaksikan kepada maqasid syariah dalam melakukan aktiviti
usahawan dan perniagaan maka akan menghasilkan keputusan yang positif dan baik. Malah akan
mendapat keuntungan dari perniagaan dan mencapai keredhaan Allah s.w.t (Asyaf Wajdi
Dusuki, 2009; Ahmed, Habib, 2011). Allah s.w.t telah menyediakan segala-galanya di alam ini
untuk kemudahan manusia atau khalifah mentadbir dan memakmurkannya, yang Antara lain
berupa harta. Sehubungan dengan itu, manusia disuruh supaya berusaha mendapatkannya dan
menjaganya agar di belanjakan kea rah memakmurkan kehidupan ini dalam acuan yang
dikehendaki oleh Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah s.w.t telah menundukkan apa
yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untuk kepentingan kamu dan
menyempurnakan nikmat-Nya untukmu zahir dan batin”
(Surah Luqman: 31:20)

Secara keseluruhannya, hubung kait diantara usahawan berjaya, nilai-nilai murni, keusahawanan
sosial Islam, sifat-sifat Nabi Muhammad s.a.w, dan juga maqasid syariah menjadi titik tolak
kepada penghasilan model usahawan berjaya.

393

SEMINAR PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2014
MEMARTABATKAN KESARJANAAN MELALUI PENYELIDIKAN

7. KAEDAH PENYELIDIKAN

Kajian ini mengaplikasikan pendekatan analisis data yang mana penyelidikan di buat ke atas
semua dokumen-dokumen penting dalam menyatakan dan mengukur fenomena secara sistematik
dan secara objektif. (Downe-Wamboldt, 1992; Krippendorff, 1980; Sandelowski, 1995).
Penyelidikan secara analisis data ini membenarkan penyelidik memperbaiki dan memahami
secara lebih mendalam ke atas data melalui satu proses menguji isu-isu teori. Kajian secara
perpustakaan juga dibuat berdasarkan data sekunder dengan melihat tesis, disertasi, latihan
ilmiah, manuskrip, laporan, kertas persidangan, buku akhbar, majalah dokumen dan jurnal
(Blaikie & Norman, 2009).
Penyelidikan ini juga banyak merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah berdasarkan kajian-kajian
lepas berkaitan dengan keusahawanan sosial, etika Islam, amalan nilai-nilai murni, dan usahawan
berjaya.
Kertas kerja ini menggunakan kaedah konsep pembentukan model yang mana ianya telah
diadaptasi dari model sedia ada daripada Shuhairimi Abdullah (2013), dalam Journal of Islamic
and Human Advanced Research yang bertajuk The Characteristics of Successful Entrepreneurs
from Islamic Perspective. Usahawan berjaya berdasarkan rangka kerja usahawan yang mencapai
al-Falah. Secara ringkas berkaitan dengan rangka kerja usahawan berjaya itu adalah seperti di
bawah.

Rajah 1: Usahawan Berjaya

Al-Falah

Specific Characteristics






Creative and Innovative
Management Ability
Future Oriented
Motivated
o Knowledge
o Responsible
o Self Confidence

General Characteristics







Islamic way of life
Halal activities
Infaq of properties
Appreciate good values
Responsible to own self,
family, employees and society

Sumber: Model Usahawan Berjaya Al-Falah menurut kajian Shuhairimi Abdullah (2013)
394

SEMINAR PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2014
MEMARTABATKAN KESARJANAAN MELALUI PENYELIDIKAN

8. PENEMUAN DAN PERBINCANGAN

Secara umumnya, penyelidik telah menghasilkan satu model awalan baru untuk usahawan
berjaya dalam amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial Islam (sila lihat rajah 2 di bawah).
Dengan berpandukan model usahawan berjaya al-falah yang sedia ada dari Shuhairimi Abdullah
(2013), penyelidik telah menghasilkan model yang lebih signifikan dan spesifik iaitu masih
mengekalkan model usahawan berjaya al-falah, akan tetapi lebih menekankan kepada sifat-sifat
Nabi Muhammad s.a.w dan elemen-elemen maqasid syariah dalam mencapai kecermerlangan
dunia dan akhirat seiring mendapatkan keredhaan Allah s.w.t..
Dalam model ini, usahawan berjaya itu di tuntut mengamalkan amalan nilai-nilai murni yang di
bawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w iaitu sifat siddiq, amanah, tabligh, dan
fathonah dan mengambil kira matlamat syariah melalui al-dhururiyyah al-khomsah iaitu
melakukan sesuatu aktiviti perniagaan dan keusahawanan dengan memelihara agama, nyawa,
akal, keturunan, dan harta. Sehubungan dengan itu, adalah penting pembentukan model ini bagi
merealisasikan matlamat maqasid syariah bagi usahawan berjaya dalam melakukan aktiviti
amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Dengan pelaksanaan model ini, diharapkan dapat memberi garis panduan dan rujukan berguna
kepada usahawan berjaya secara khususnya dan semua pihak secara amnya dalam mendekatkan
diri kepada Allah s.w.t seterusnya mengabdikan diri dalam mencari hikmah melalui sunnah Nabi
Muhammad s.a.w.
Rajah 2: Kerangka Model Usahawan Berjaya dalam Amalan Nilai-Nilai Murni
Keusahawanan Sosial Islam

395

SEMINAR PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2014
MEMARTABATKAN KESARJANAAN MELALUI PENYELIDIKAN

9. KESIMPULAN
Kajian dan penulisan bidang keusahawanan sosial Islam adalah begitu terhad dan mempunyai
banyak kelemahan. Ini adalah keadaan yang semestinya bagi perkara baru terhadap pengkajipengkaji yang ingin memahami keusahawanan sosial Islam. Secara kesimpulan, kejayaan hakiki
di akhirat merupakan harapan kepada setiap umat Islam untuk mencapainya. Namun demikian
masih terdapat syarat yang perlu dipenuhi dengan meletakkan tujuan hidup di atas landasan yang
betul. Dalam konteks keusahawanan sosial Islam, usahawan berjaya perlu menjalankan aktivitiaktiviti keusahawanan sosial bagi membasmi kadar kemiskinan Negara dengan melaksanakan
amalan nilai-nilai murni yang telah dibincangkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah (Mohd
Adib Abd Muin, Azizi Abu Bakar, Muhammad Fakhirin Che Majid, Shuhairimi Abdullah,
2013). Keusahawanan sosial Islam juga mendorong umatnya mempertingkatkan ekonomi diri,
keluarga, masyarakat dan negara di samping memperkukuhkan lagi keimanan dan ketakwaan
dari kepada Allah s.w.t. Keusahawanan sosial Islam mengambil berat tentang pengagihan harta
yang saksama, melakukan aktiviti sosial terhadap individu dan kelompok yang memerlukan,
malah menganjurkan perang terhadap kemiskinan yang boleh mendatangkan kehinaan dan
kekufuran.
Kertas kerja ini adalah usaha untuk menghasilkan sebuah model keusahawan sosial berdasarkan
perspektif Islam. Melalui model usahawan dalam amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial
Islam, beberapa aspek telah disentuh antaranya di bawah aspek syariah iaitu ibadah dan
muamalah. iaitu merupakan bidang yang sangat strategik untuk diceburi oleh masyarakat
sekarang terutamanya orang-orang Islam yang menjalankan aktiviti keusahawanan sosial dalam
perniagaan di Malaysia pada masa kini. Kertas kajian ini adalah signifikan dalam perkembangan
keusahawanan sosial Islam bagi memberikan satu garis panduan kepada golongan usahawan
berjaya dalam menerapkan amalan nilai-nilai murni berdasarkan amalan dan sifat Nabi
Muhammad s.a.w serta menjadikan maqasid syariah sebagai elemen penting dalam panduan
perlaksanaan. Usahawan berjaya haruslah sentiasa bersyukur dan mencari keredhaan Allah s.w.t
di atas muka bumi ini dengan melaksanakan amalan nilai-nilai murni dalam aktiviti
keusahawanan sosial Islam. Sesuai dengan Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur nescaya aku tambahi nikmatku kepadamu, dan demi
sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras”
(Surah Ibrahim: 7)

Selain dijadikan bahan bacaan tambahan dalam koleksi pengajian dan penyelidikan berdasarkan
perspektif Islam, disertakan juga cadangan agar kajian yang dilakukan ini diteruskan lagi kepada
generasi penyelidik yang akan datang supaya kajian ini diperluaskan dan ilmu pengetahuan
tentang keusahawanan sosial Islam ini diperbanyakkan lagi di masa depan serta mendapat
manfaat daripada kertas kerja yang dihasilkan.
396

SEMINAR PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2014
MEMARTABATKAN KESARJANAAN MELALUI PENYELIDIKAN

10. RUJUKAN
Al- Quran al- Karim
Ali, Abd Allah Yusuf. (1968). The Holy Quran: Text, Translation and Commentary. Beirut: Dar
at- Tiba‟ah wa an- Nashr wa at- Tawzi‟.
Al-Abidi, Al-Syabani. (2010). Al-Idarah al-Hadithah wa Saykulujiyyah al-Tanzim wa al-Ibda‟.
Dar Debono li al-Nasyri wa al-Tawzi‟, Amman, Jordan
Ab. Aziz Yusof, (2009). Pendidikan Keusahawanan dalam Konteks Pembangunan Negara.
Selangor. Perpustakaan Negara Malaysia.
Ab. Aziz Yusof. (2010). Pengenalan kepada Usahawan dan Keusahawanan. Kuala Lumpur:
Scholar Mind Publishing.
Ab. Mumin Ab Ghani, Suhaili Sarif. (2005) Penerapan Budaya Keusahawanan Dalam
Masyarakat Islam. Seminar Keusahawanan Islam Peringkat Kebangsaan 2005.
Abu Abd Allah Muhammad Ismail bin Ibrahim al- Bukhari. (1981). Sahih al-Bukhari. Jil. 1,
Istanbul: al- Maktabah al- Islamiyyah.
Ahmed, Habib (2011) 'Maqasid al-Shari‟ah and Islamic financial products: a framework for
assessment.', ISRA International journal of Islamic finance, 3 (1). pp. 149-160.
Adnan Alias, Mohamed Dahlan Ibrahim, (2002). Keusahawanan Islam. Petaling Jaya: Prentice
Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Bharudin Che Pa, Siti Arni Basir, Raja Hisyamudin Raja Sulong, Mohd Zaidi Abd Rahman,
(2008). Prinsip- prinsip Kualiti Usahawan Muslim. Seminar Keusahawanan Islam II
Peringkat Kebangsaan.
Blaiki, Norman, (2009). Designing Social Research. Cambridge: Polity Press.
Dusuki Asyraf Wajdi and Abdulazeem Abozaid, (2007). “The Challenges of Realizing Maqasid
al- Shariah in Islamic Banking and Finance”, 15
Dusuki Asyraf Wajdi. (2009). Fundamental of Islamic Finance. Asian Regional Public Debt
Management Forum. 5th November 2009.
Dees J. G. and Anderson B. B. (2003). For- Profit Social Venture. In Social Entrepreneurship,
Eds. M. L. Kourilsky and W. B. Walstad. Birmingham, UK: Senate Hall Academic
Publishing.
Downe-Wamboldt B. (1992). Content analysis: method, applications and issues. Health Care for
Women International, 13, 313-321.
397

SEMINAR PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2014
MEMARTABATKAN KESARJANAAN MELALUI PENYELIDIKAN

Emerson, J. & Twerksy,(Eds.). (1996). New Social Entrepreneurs: The Success, Challenge and
Lesson of Non- Profit Enterprise Creation. San Francisco: Robert Foundation, Homeless
Economic Development Fund.
Krippendorff, K. (1980). Content Analysis: An Introduction to its Methodology. Newbury Park,
CA: Sage Publications.
Mahmood Zuhdi Abd Majid, Mek Wok Mahmud, Akhtarzaite Abdul Aziz. (2012). Maqasid alShariah. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia: Penerbit UIAM/ IIUM .
M. Umer Chapra, (2000). The Future of Economics: An Islamic Perspective (Leicester: The
Islamic Foundation, 118.
Muhammad Akram. (2003). Islamic Economic and finance: A Glossary, h: 60
Muhammad Reza Noruzi, Jonathan H. Westover, Gholam Reza Rahimi. (2010). An Exploration
of Social Entrepreneurship in the Entrepreneurship Era. Journal Asian Social Science.
Vol. 6, No. 6; June 2010.
Mohd Adib Abd Muin, Azizi Abu Bakar, Muhammad Fakhirin Che Majid, Shuhairimi Abdullah.
(2013). Model Usahawan Berjaya Dalam Amalan Nilai-Nilai Murni Keusahawanan
Sosial Islam. International Conference on Business Innovation, Entrepreneurship and
Engineering 2013 (ICOBIEE 2013).
Mohd Faisol Ibrahim, Mohd Zulkifli Muhammad, Suhaina Musani. (2008). Konsep Pemasaran
Islam dalam Perniagaan Berasaskan Ekonomi Islam bagi Usahawan Muslim. Prosiding
Perkem III, Jilid 1 (2008) 110-117, ISSN:2231-962X
Mohamed Mustapha. (1989). Pembentukan generasi usahawan Muslim yang Berjaya. Seminar
Sumbangan Ahli Akademik Kepada Dunia Perindustrian & Perniagaan. Ogos 6, 1989.
Kota Bharu, Kelantan.
Nor Hafiza Othman. (2012). Nilai dan Etika Perniagaan dalam Islam bagi Membentuk
Usahawan Bertakwa. Proceeding: International Conference on Islamic Leadership- 2
(ICIL).
Sahih Bukhari, Kitab al- Buyu‟, Bab al- Suhulah wa al-Samahah fi al Syira‟ wa al- Bay‟, no.
1934
Sahih Bukhari, Kitab al- Iman, Bab Sual al Jibril al Nabi „an al- Iman wa al Islam wa Ihsan, no
Hadis 48
Sandelowski, M. (1995). Qualitative analysis: what it is and how to begin? Research in Nursing
& Health, 18 (4), 371-375.
Shuhairimi Abdullah. (2011). Aplikasi Nilai- Nilai Murni Dalam Kalangan Usahawan ke Arah
Pembangunan Usahawan Muslim Yang Holistik. Kertas Kerja Seminar Keusahawanan
Islam II Peringkat Kebangsaan.

398

SEMINAR PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2014
MEMARTABATKAN KESARJANAAN MELALUI PENYELIDIKAN

Shuhairimi Abdullah. (2013). The Characteristics of Successful Entrepreneurs from Islamic
Perspective. Journal of Islamic Human Advanced Research, 3 (6, June 2013), 322-345.
Solahuddin Abdul Hamid & Che Zarrina Sa‟ari. (2011). Reconstructing Entrepreneur‟s
Development Based on al- Quran and al- Hadith. International Journal of Business and
Social Science (The Special Issue on Social Science Research), 2(19), 110-116.
Sudin Haron. (1990). Ke Arah Menjadi Usahawan Berjaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Suhaimi Mhd Sarif, Abdullah Sarwar, and Yusof Ismail. (2013). Practice of Social
Entrepreneurship among the Muslim Entrepreneurs in Malaysia. Middle East Journal of
Scientific Research. 14 (11): 1463-1470.
Wan Sabri Wan Hussin. (2003). Ciri-ciri Usahawan Berjaya Dari Perspektif al-Quran. Jurnal
Usuluddin, bil 18, h: 81-110. Kuala Lumpur: Bahagian Pengajian Usuluddin.
Ucapan Timbalan Perdana Menteri Di Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Pidato Integriti
Antara Institut Pendidikan Guru, Piala Menteri Pelajaran Malaysia 10hb April 2012 .
Sumber di laman sesawang: www.btn.gov.my/ Tarikh diakses: 3hb Oktober 2013

399