KAJIAN TERHADAP PENANAMAN POKOK YANG EFI (1)

KAJIAN TERHADAP PENANAMAN POKOK YANG EFISIEN DI TEPI
LALUAN PEJALAN KAKI
Mohd Azizul Ladin*1,2, Muhamad Razuhanafi Mat Yazid1, Amiruddin Ismail1, Riza Atiq Abdullah
O.K. Rahmat3
*1

Sustainable Urban Transport Research Centre, Universiti Kebangsaan Malaysia
2
School of Engineering & Information Technology, Universiti Malaysia Sabah
3

Centre for Academic Advancement, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Pengangkutan tidak bermotor (PTB) yang juga dipanggil pengangkutan aktif dan pengangkutan
berkuasa manusia merujuk kepada berjalan kaki, berbasikal, dan pelbagai varian pengangkutan
seperti kerusi roda dan skuter. Berjalan kaki merupakan asas kepada mod pengangkutan yang lain
dan juga merupakan mod pengangkutan yang paling utama. Strategi bagi menaik taraf kemudahan
laluan pejalan kaki mampu menawarkan pelbagai manfaat kepada masyarakat; antaranya boleh
meningkatkan keselamatan dan keselesaan pejalan kaki dan penunggang basikal, meluaskan pilihan

perjalanan untuk bukan pemandu, mengurangkan konflik antara pemandu dan pengguna jalan raya
yang lain, mengurangkan jumlah trafik kereta serta meningkatkan aktiviti rekreasi dan kesihatan.
Berdasarkan keutamaan tersebut, kajian ini telah dijalankan khusus di UKM bagi mengkaji
keperluan penanaman pokok di tepi jalan mempengaruhi kesudian pengguna jalan raya untuk
berjalan kaki. Objektif utama kajian ini adalah untuk membentuk satu model pengangkutan bagi
kesudian berjalan kaki jika terdapat pokok yang efisien di sepanjang laluan pejalan kaki. Kaedah
regresi linear telah digunakan untuk menghasilkan model pengangkutan. Model ini boleh digunakan
untuk menentukan kesesuaian penanaman pokok yang efisien. Hasil kajian menunjukkan jarak 400
m mencatatkan jumlah tertinggi kesudian pelajar untuk berjalan kaki disebabkan terdapat pokok
yang efisien. Penanaman pokok yang efisien di laluan pejalan kaki membolehkan kesudian pejalan
kaki di UKM bertindak untuk berjalan kaki dalam jarak 400 hingga 800 m, iaitu peningkatan dua
kali ganda daripada keadaan biasa.

Keywords: pengangkutan tidak bermotor, berjalan kaki, pengangkutan aktif, laluan pejalan kaki

*

Correspondence Author: Email [email protected]

Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013


(23-24 Dec. 2013, Bangi, Malaysia)

Penanaman Pokok Efisien Di Tepi Jalan

1.

| Transportation Engineering |

PENGENALAN

Pengangkutan Tidak Bermotor (PTB) yang juga dipanggil pengangkutan aktif dan pengangkutan
berkuasa manusia merujuk kepada berjalan, berbasikal, dan pelbagai varian seperti kerusi roda dan
skuter (Litman 2011).
Strategi PTB mampu menawarkan pelbagai manfaat kepada masyarakat; antaranya boleh
meningkatkan keselamatan dan keselesaan pejalan kaki dan penunggang basikal, meluaskan pilihan
perjalanan untuk bukan pemandu, mengurangkan konflik antara pemandu dan pengguna jalan raya
yang lain, mengurangkan jumlah trafik kereta (Shaheen 2011) serta meningkatkan aktiviti rekreasi
dan kesihatan (Andersen et al. 2000; Bassett Jr et al. 2008; Bauman et al. 2008; Huy et al. 2008;
Ohta et al. 2007; Oja et al. 1998)

Selain itu ia juga mampu menggalakkan aktiviti pelancongan PTB, memberi keselesaan kepada
orang kurang upaya, dan membantu mewujudkan masyarakat yang lebih selesa untuk
didiami (Litman 2005; Love et al. 2012). Salah satu PTB yang paling utama dan asas bagi semua
mod pengangkutan adalah berjalan kaki.
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menyelidik dan menganalisis kesudian warga
UKM untuk berjalan kaki dengan jarak yang lebih jauh kerana tertarik kepada pokok yang efisien
yang ditanam di tepi laluan pejalan kaki. Pokok yang efisien ini merujuk kepada pokok yang
mampu memberi teduhan kepada pejalan kaki daripada panas matahari.
2.

KEUTAMAAN BERJALAN KAKI

Kita semua adalah pejalan kaki. Baik apa saja jenis perjalanan dengan apa jua cara, sekurangkurangnya kita perlu kepada berjalan kaki pada setiap awal dan akhir perjalanan. Berjalan
merupakan asas pengangkutan bagi manusia dan merupakan pengangkutan bandar utama yang
telah membenarkan penempatan bandar untuk beroperasi selama beribu-ribu tahun. Poin-poin
berikut menjelaskan keutamaan berjalan kaki (Grava 2003):
(a)

Ekonomi


Mod berjalan kaki melibatkan perbelanjaan yang sangat sedikit. Laluan pejalan kaki biasanya
dibina bersama-sama dengan pembinaan jalan biasa dan sekiranya melibatkan perbelanjaan tertentu
ia masih lagi agak minimum. Kos yang minimum ini disebabkan pembinaan laluan adalah lebih
ringkas berbanding mod pengangkutan yang lain kerana tidak perlu membawa dan menampung
beban yang berat. Namun, ia perlu cukup kuat untuk menampung kenderaan penyelenggaraan.
Manakala kos operasi pula bukan merupakan satu konsep yang berkaitan dengan mod berjalan.
Malahan setiap individu hanya bertanggungjawab untuk peralatan mereka sendiri (biasanya kasut
atau selipar) yang mana kos ini lazimnya adalah perbelanjaan normal peribadi.
Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013

(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia)

2

Penanaman Pokok Efisien Di Tepi Jalan

(b)

| Transportation Engineering |


Kesihatan

Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu
kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada
bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah
dan lain-lain lagi. Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita
seperti menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras
kolesterol. Selain itu, ia juga dapat mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah
tinggi dan strok. Selanjutnya, berjalan mampu mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan
meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu
melancarkan aliran darah.
(c)

Ketersediaan

Tidak perlu menunggu untuk kenderaan transit atau untuk menghidupkan enjin; mod sentiasa hadir
dan sedia untuk digunakan. Kebayakan bandar-bandar utama di seluruh dunia telah menyediakan
rangkaian pejalan kaki. Malah sistem rangkaian ini telah dipisahkan daripada jalan untuk laluan
trafik dengan curb untuk memberi keselesaan kepada pejalan kaki.
(d)


Kognisi

Pejalan kaki menyokong hubungan secara langsung dengan alam sekitar. Tindakan berjalan adalah
automatik dan tidak memerlukan perhatian atau penjagaan yang terlalu rumit untuk mengelakkan
rintangan dan bahaya. Manakala deria dan minda boleh terus digunakan untuk menghargai laluan
atau landskap bagi melanjutkan pemikiran bebas.
(e)

Mesra alam sekitar

Berjalan kaki adalah mod pengangkutan mesra alam yang muktamad. (Tidak perlu bimbang tentang
haba yang dihasilkan oleh badan dan peluh tersejat.)
2.1

Kekangan Untuk Berjalan Kaki

Berjalan kaki, begitu menyenangkan dan digalakkan kerana menawarkan pelbagai kelebihan.
Namun, perlu diketahui berjalan kaki bukanlah mod pengangkutan untuk semua tujuan kerana
terdapat pelbagai lagi batasan fungsi . Poin-poin berikut mengemukakan keterbatasan untuk

berjalan kaki (Grava 2003):
(a)

Jarak

Manusia mudah dan cepat menjadi letih. Manusia yang memiliki fikiran juga akan sentiasa mencari
jalan yang kurang rintangan atau jalan pintas (shortcut) bertujuan untuk memelihara tenaga
peribadi.
(b)

Kelajuan

Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013

(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia)

3

Penanaman Pokok Efisien Di Tepi Jalan


| Transportation Engineering |

Kelajuan seorang manusia adalah tidak cepat. kadar berjalan normal manusia adalah 15 minit per
batu yang boleh dilanjutkan kepada 20 minit. Ini diterjemahkan ke dalam 4 atau 3 mph (6.4 atau 4.8
kilometer sejam). Untuk jarak yang pendek, kerana berjalan tidak melibatkan permulaan atau
kehilangan masa terminal, kelajuan pejalan kaki yang perlahan tidak penting, tetapi ia menjadi satu
faktor dengan perjalanan yang lebih panjang.
(c)

Aras ketinggian

Kebiasaannya manusia yang berjalan enggan untuk menukar aras ketinggian (elevation), kerana
umum mengetahui bahawa ia melibatkan penggunaan tenaga yang besar, berbanding dengan
berjalan kaki dalam aras yang sama. Oleh itu, dalam mana-mana reka bentuk pejalan kaki untuk
perubahan keadaan aras yang agak besar, aspek ini memerlukan perhatian khusus. Antara alternatif
bagi mengatasi perubahan aras ini adalah dengan menyediakan perkhidmatan lif, eskalator dan lainlain.
(d)

Perubahan cuaca


Cuaca yang buruk, sama ada hujan, salji, angin kuat, atau panas terik matahari, akan mengurangkan
dengan ketara apa-apa kecenderungan untuk berjalan. Ini adalah salah satu sebab-sebab utama
mengapa persekitaran pejalan kaki tertutup telah begitu berjaya. Penanaman pokok yang mampu
memberi teduhan daripada panas terik mentari di sepanjang laluan pejalan kaki juga merupakan
salah satu kelebihan kepada pengguna.
(e)

Mengangkut barang

Sekali lagi, pejalan kaki adalah terbatas, antaranya jumlah berat beban yang mampu dibawa
bersama dengan mereka. Beg bimbit dan buku-buku poket adalah satu perkara, namun beg
membeli-belah akan memberi masalah kepada pejalan kaki kerana keterbatasan manusia.
(f)

Mobiliti kepada golongan kelainan upaya

Mana-mana masyarakat mempunyai peratusan tertentu daripada orang-orang yang mempunyai
masalah yang lebih besar atau lebih kecil atau golongan kelainan upaya yang akan mengurangkan
tahap penyertaan mereka dalam mod berjalan. Mereka ini mungkin terdiri daripada orang yang sakit
sementara, seperti terseliuh buku lali, atau sakit kekal, seperti anggota badan yang hilang. Selain itu,

masyarakat juga sentiasa ada golongan yang sangat muda dan sangat tua.
Justeru, tugas dalam mereka bentuk kemudahan pejalan kaki ialah untuk membolehkan peratusan
terbesar daripada penduduk untuk menggunakannya. Kaedah reka bentuk ini antara lain terdiri
daripada laluan yang membolehkan kerusi roda untuk bergerak serta lampu isyarat yang boleh
didengar untuk membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan.

Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013

(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia)

4

Penanaman Pokok Efisien Di Tepi Jalan

3.

| Transportation Engineering |

PROGRAM PENANAMAN POKOK


Pokok-pokok dan tumbuhan memberikan keindahan dan banyak faedah kepada penduduk terutama
penduduk bandar. Pokok-pokok yang terdapat di tepi jalan, taman rekreasi, kawasan perumahan dan
kawasan hutan semula jadi menyediakan kualiti air dan udara yang baik kepada manusia.
Penanaman pokok memainkan peranan yang sangat penting dalam menghijaukan bandar-bandar. Di
Malaysia, perkara ini mula disedari bermula pada kurun ke-18 sehingga pembentukan Taman
Negara (Garden Nation) pada masa kini. Program penanaman pokok di kawasan bandar di
Malaysia yang terawal telah direkodkan lebih dari satu kurun yang lepas. Pokok angsana atau nama
botaninya pterocarsindus dilaporkan telah ditanam pada tahun 1778 dalam program penanaman
pokok di tepi jalan raya. Manakala spesies pokok tempatan lain seperti syzygium grande (kelat
jambu), millettia atropurpera (tulang daing), mesua ferrea (penaga lilin) telah ditanam secara
meluas di kawasan bandar dalam tahun 1920 dan 1930.
Pada tahun 1973, rancangan program penghijauan yang pertama di Malaysia telah diadakan di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan penubuhan Unit Keindahan. Agenda pertama yang
dijalankan dalam program tersebut adalah “Tiada Jalan Tanpa Pokok”. Program ini telah berjaya
dijalankan dengan baik mengikut rancangan yang ditetapkan. Berdasarkan kejayaan program
tersebut pihak Dewan Bandar raya Kuala Lumpur telah mengambil langkah serius dalam
menjalankan program penanaman pokok di bandar dengan menjalankan program “Penanaman
Pokok Segera”. Program ini telah dilaksanakan menggunakan konsep: dahan pokok besar yang di
potong digunakan untuk aktiviti penanaman. Program ini telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai
bandar hijau (Ladin 2008).
4.

METODOLOGI

Kajian ini telah dijalankan di kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi,
Selangor. Responden bagi kajian ini adalah pelajar yang menetap di kolej-kolej di kampus utama
UKM, Bangi. Mereka adalah terdiri daripada pelajar siswazah dan prasiswazah. Pemilihan mereka
dibuat kerana bilangan mereka adalah yang paling ramai selain kebanyakan mereka adalah pejalan
kaki. Dalam kajian ini kaedah stated preference survey (SPS) telah digunakan untuk mendapatkan
data-data.
Menerusi kaedah SPS ini, soalan-soalan pada borang soal selidik yang ditanyakan kepada
responden memerlukan responden mempertimbangkan sama ada sudi berjalan berdasarkan jarak
perjalanan bagi keadaan yang berbeza. Keadaan pertama, responden harus mempertimbangkan
jarak yang membuatkan mereka sudi untuk berjalan kaki tanpa kewujudan pokok yang efisien dan
sistem perlindungan cuaca, manakala bagi soalan selanjutnya pokok-pokok yang efisien disediakan.
Dalam keadaan yang berbeza ini, perubahan jarak perjalanan yang berlaku dikaji. Sebanyak 150
responden dipilih secara rawak dan ditemu duga.

Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013

(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia)

5

| Transportation Engineering |

Penanaman Pokok Efisien Di Tepi Jalan

5.

ANALISIS & PERBINCANGAN

Rajah 1 menunjukkan peratusan berjalan kaki berdasarkan jarak. Berdasarkan rajah tersebut bacaan
peratusan mencatatkan bacaan sebanyak 100% responden sudi berjalan kurang atau sama 100m,
68% responden memilih kurang atau sama 200m, 49% memilih kurang atau sama 300m, 18 %
untuk kurang atau sama 500m manakala hanya 1% sahaja memilih untuk berjalan pada jarak 800m
ke bawah. Beza peratusan antara jarak optimum dan minimum adalah 99%. Secara keseluruhan
responden cenderung memilih jarak yang dekat untuk berjalan kaki.

Peratusan Berjalan Kaki Berdasarkan Jarak
120%

100%

Peratus (%)

100%
80%

68%

60%

49%

40%

30%
18%

20%

10%

5%

1%

0%



m ≤

m ≤

m ≤

m ≤

m ≤

m ≤

m ≤

m

Jarak (m)

Rajah 1 Peratusan berjalan kaki berdasarkan jarak

Manakala Jadual 1 dan Rajah 2 menunjukkan bilangan dan peratusan berjalan kaki berdasarkan
jarak perjalanan jika terdapat pokok yang efisien di sepanjang laluan pejalan kaki. Berdasarkan
rajah tersebut bacaan peratusan menunjukkan 100% responden berjalan pada jarak kurang atau
sama 100m, 84% telah memilih untuk berjalan kurang atau sama 200m, 69% untuk kurang atau
sama 300m dan 56% untuk kurang atau sama 400m. Selanjutnya, pada jarak kurang atau sama
700m, 14% responden memilih untuk berjalan kaki sekiranya terdapat pokok yang efisien di laluan
pejalan kaki. Beza peratusan antara jarak yang paling jauh berbanding jarak terdekat mencatatkan
bacaan 95%. Secara keseluruhan kesudian responden untuk berjalan kaki dalam jarak jauh
bertambah sekiranya terdapat pokok yang efisien.

Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013

(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia)

6

| Transportation Engineering |

Penanaman Pokok Efisien Di Tepi Jalan

Jadual 1 Peratusan berjalan kaki berdasarkan jarak perjalanan jika terdapat pokok efisien

Jarak
Perjalanan
Maksimum
Bilangan

100m

200m

300m

400m

500m

600m

700m

800 m

Jumlah

24

22

20

28

23

12

14

7

150

Peratusan

16%

15%

13%

19%

15%

8%

9%

5%

100%

Jarak
Perjalanan
Bilangan
Peratusan

≤100m

≤200m

≤300m

≤400m

≤500m

≤600m

≤700m

≤800 m

150
100%

126
84%

104
69%

84
56%

56
37%

33
22%

21
14%

7
5%

Peratusan Berjalan Kaki Berdasarkan Jarak Jika Terdapat
Pokok Efisien
120%
100%
Peratus (%)

100%

84%

80%

69%
56%

60%

37%

40%

22%

20%

14%
5%

0%


m ≤

m ≤

m ≤

m ≤

m ≤

m ≤

m ≤

m

Jarak (m)

Rajah 2. Peratusan berjalan kaki berdasarkan jarak jika terdapat pokok efisien

Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013

(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia)

7

| Transportation Engineering |

Penanaman Pokok Efisien Di Tepi Jalan

Data yang diperoleh ini kemudian dianalisis menggunakan analisis model logistik dan analisis
regresi linear untuk model logistik. Fungsi logistik yang biasa digunakan dalam pemodelan
pengangkutan adalah seperti dalam persamaan 1:

P

1
1  De(xy..)

Di mana;

(1)

P ialah kebarangkalian,
x dan y adalah pemboleh ubah tidak bersandar,

α dan β adalah pekali yang perlu ditentukur
D ialah pemalar

Keputusan analisis bagi nilai model logistik bagi keadaan laluan pejalan kaki tanpa pokok dan
terdapat pokok ditunjukkan dalam Jadual 2. Manakala graf perbandingan kedua-dua keadaan
ditunjuk dalam Rajah 3. Didapati bagi jarak 300m hingga 700m peratusan kesudian meningkat satu
kali ganda jika terdapat pokok yang efisien di sepanjang laluan pejalan kaki. Ini menunjukkan
aktiviti berjalan kaki boleh bertambah sekiranya terdapat pokok yang efisien yang dapat memberi
teduhan kepada pejalan kaki semasa mereka berjalan.

Jadual 2 Perbandingan model logistik berdasarkan jarak perjalanan.
Jarak (m) P model (tanpa pokok) P model (pokok efisien)
100

0.72809

0.7910

200

0.57365

0.6954

300

0.40340

0.5794

400

0.25361

0.4539

500

0.14585

0.3340

600

0.07903

0.2323

700

0.04134

0.1544

800

0.02121

0.0992

Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013

(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia)

8

| Transportation Engineering |

Penanaman Pokok Efisien Di Tepi Jalan

Perbandingan P Model Bagi Keadaan Biasa & Terdapat Pokok
90%
80%
Peratusan (%)

70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
100

200

300

400

500

600

700

800

Jarak (m)
P Model (Keadaan Biasa)

P Model (Pokok)

Rajah 3 Perbandingan P model bagi keadaan biasa dan jika terdapat pokok
5.

KESIMPULAN

Hasil daripada kajian yang dijalankan, dua model kesudian berjalan telah dibina dalam dua keadaan
yang berbeza. Pertama adalah keadaan di mana responden berjalan kaki dalam keadaan biasa
manakala kedua dalam keadaan di mana terdapat pokok yang efisien yang dapat memberi teduhan
kepada pejalan kaki.
Model yang pertama boleh digunakan untuk merancang jarak di antara dua kemudahan. Contohnya,
jarak antara pusat kemudahan atau pusat aktiviti pelajar dengan kolej kediaman pelajar. Jika pelajar
sudi berjalan 400m, maka jarak antara dua pusat kemudahan tersebut adalah 800m. Model logistik
bagi kesudian berjalan kaki berdasarkan jarak perjalanan yang dibina adalah sebagaimana berikut:
P

1
1  0.187689e 0.006881x

Manakala model kedua pula ia boleh digunakan untuk menentukan sama ada penanaman pokok
yang efisien di sepanjang laluan pejalan kaki diperlukan atau tidak. Dalam kajian ini, faktor pokok
yang dapat memberi teduhan dikaji. Model yang diperoleh bagi kesudian berjalan kaki berdasarkan
jarak perjalanan jika terdapat pokok yang dibina adalah sebagaimana berikut:
P

1
1  0.145308e 0.003778x

Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013

(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia)

9

Penanaman Pokok Efisien Di Tepi Jalan

| Transportation Engineering |

Model ini boleh memberi panduan kepada jurutera pengangkutan dalam membuat perancangan.
Jika faktor pokok yang efisien yang dapat memberi teduhan ini mampu untuk menarik pengguna
jalan raya untuk berjalan kaki, maka para jurutera boleh menjimatkan kos daripada menyediakan
laluan berbumbung yang mananya kosnya adalah lebih tinggi dan memerlukan kos tambahan untuk
penyelenggaraan. Di samping itu, pokok juga mampu mengindahkan dan menceriakan lagi
persekitaran kawasan.
Selain itu, daripada Jadual 1 juga didapati jarak perjalanan sebanyak 400m adalah jarak yang paling
sesuai untuk penanaman pokok yang efisien kerana paling ramai responden yang memilih untuk
berjalan pada jarak tersebut. Kajian ini secara keseluruhannya berjaya mencapai matlamat dan
objektif kajian dalam memperlihatkan perkaitan antara jarak berjalan kaki dengan penanaman
pokok sebagai teduhan di laluan pejalan kaki. Kesimpulannya, penanaman pokok yang efisien di
sepanjang laluan pejalan kaki mampu menarik perhatian pengguna untuk berjalan kaki pada jarak
yang lebih jauh.
6.

RUJUKAN

Andersen, L. B., Schnohr, P., Schroll, M. & Hein, H. O. 2000. All-Cause Mortality Associated
with Physical Activity During Leisure Time, Work, Sports, and Cycling to Work. Archives
of internal medicine 160(11): 1621.
Bassett Jr, D. R., Pucher, J., Buehler, R., Thompson, D. L. & Crouter, S. E. 2008. Walking,
Cycling, and Obesity Rates in Europe, North America, and Australia. Journal of Physical
Activity and Health 5(6): 795-814.
Bauman, A., Rissel, C., Garrard, J., Ker, I., Speidel, R. & Fishman, E. 2008. Cycling: Getting
Australia Moving: Barriers, Facilitators and Interventions to Get More Australians
Physically Active through Cycling. Melbourne: Cycling Promotion Fund
Grava, S. 2003. Urban Transportation Systems Choices for Communities. McGraw-Hill.
Huy, C., Becker, S., Gomolinsky, U., Klein, T. & Thiel, A. 2008. Health, Medical Risk Factors,
and Bicycle Use in Everyday Life in the over-50 Population. Journal of aging and physical
activity 16(4): 454.
Ladin, M. A. 2008. Kajian Terhadap Penanaman Pokok Bunga Yang Harum Dan Efisien Di Tepi
Jalan Kawasan Ukm. Tesis Universiti Kebangsaan Malaysia.
Litman, T. 2005. Well Measured-Developing Indicators for Comprehensive and Sustainable
Transport Planning.
Litman, T. 2011. Evaluating Non-Motorized Transportation Benefits and Costs. Victoria:
Victoria Transport Policy Institute
Love, D. C., Breaud, A., Burns, S., Margulies, J., Romano, M. & Lawrence, R. 2012. Is the
Three-Foot Bicycle Passing Law Working in Baltimore, Maryland? Accident Analysis &
Prevention
Ohta, M., Mizoue, T., Mishima, N. & Ikeda, M. 2007. Effect of the Physical Activities in Leisure
Time and Commuting to Work on Mental Health. Journal of occupational health 49(1):
46-52.
Oja, P., Vuori, I. & Paronen, O. 1998. Daily Walking and Cycling to Work: Their Utility as
Health-Enhancing Physical Activity. Patient education and counseling 33(S87-S94.
Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013

(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia)

10

Penanaman Pokok Efisien Di Tepi Jalan

| Transportation Engineering |

Shaheen, S. 2011. Hangzhou Public Bicycle: Understanding Early Adoption and Behavioral
Response to Bikesharing in Hangzhou, China.

Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013

(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia)

11