Perubahan Dalam Penggredan Penilaian Men

1|6633 - PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Perubahan Dalam Penggredan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Kepada Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
Siti Nur Aaisyah Binti Alias (P85412)

ABSTRAK
Kertas konsep ini menerangkan mengenai perubahan penilaian pencapaian murid
yang beorientasikan peperiksaan kepada pelaporan berasaskan sekolah di mana
penilaian dan pentaksiaran dalam pelbagai aspek kemahiran murid secara
berterusan. Model perubahan yang digunakan adalah Model Perubahan Berman dan
Mclaughlin (1978) bagi menerangkan perubahan dalam penggredan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) kepada Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Model ini
terdapat tiga proses perubahan iaitu daya tahan, pelaksanaan dan penggabungan.
Selain itu, kertas konsep ini juga menerangkan mengenai sejarah perubahan
peperiksaan menengah rendah, perubahan dasar kerajaan dalam pendidikan
mengenai pelaporan pencapaian murid, perbezaan di antara PMR dan PT3, rasional
perubahan dan cabaran yang dihadapi melalui fasa perubahan.

1.0


TUJUAN

Kertas konsep ini menerangkan mengenai perubahan yang berlaku dalam
pengredan peperiksaan menengah rendah di Malaysia dari penilaian menengah
rendah (PMR) kepada pentaksiran tingkatan tiga (PT3) dan pelaporan pentaksiran
berasaskan sekolah (PBS).

2.0

PERMASALAHAN

Perubahan berlaku dalam penggredan adalah kerana berlaku perubahan dalam
pelaksanaan dasar pendidikan Negara di mana pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025). PPPM 2013-2025 adalah untuk
meningkatkan kualiti murid supaya lebih berdaya saing di peringkat globalisasi.

3.0

PENGENALAN
DEFINISI TAJUK

Dalam [CITATION Ism16 \l 1033 ], pengertian peperiksaan menurut Glass, C.

dan Thomas, S.M. (2003) adalah set pembelajaran tugas atau item ujian dalam
prosedur tertentu untuk menentukan sama ada calon telah mencapai tahap yang
diperlukan dengan pencapaian secara rasmi dan disahkan sebagai 2olisti

2|6633 - PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
menamatkan program latihan atau persekolahan. Selain tu, pentaksiran pula dalam
[ CITATION Ism16 \l 1033 ] memberi maksud meningkatkan pembelajaran melalui
tumpuan murid dan apa yang mereka belajar dan perlu terlibat dalam proses
pengajaran menurut Gerdy K.B. (2002) manakala menurut Huba, M.E dan Freed,
J.E. (2000) menyatakan bahawa murid berpeluang mengaplikasikan apa yang
mereka belajar dan juga mendapat maklum balas, dengan itu,mereka boleh
mengakses dan meningkatkan perestasi mereka sendiri.
Definisi

penilaian

menurut


Hu,

(2006),

adalah

set

yang

membuat

pertimbangan nilai fenomena berdasarkan nilai pendidikan tertentu atau objektif
dengan kaedah sainstifik yang berdaya maju untuk menyediakan bukti terus
mengoptimumkan dasar pendidikan dengan membuat, mengumpul dan menganalisis
maklumat secara sistematik [ CITATION HuZ15 \l 1033 ].
Peperiksaan menengah rendah diubah kepada pelaporan pencapaian murid
berdasarkan sekolah yang mengandungi empat komponen pelaporan iaitu
Pentaksiran sekolah (PS), pentaksiran pusat (PP), pentaksiran aktiviti jasmani, sukan
dan kokurikulum (PAJSK) serta pentaksiran psikometrik (Ppsi).

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) memberi penakrifan pentaksiran
sekolah adalah komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana
pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang
apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP. Pentaksiran
Pusat pula didefinisikn sebagai komponen Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)
yang merupakan pentaksiran sumatif yang setara bagi menilai pancapaian akademik
murid di mana pentaksiran pusat akan mentafsir dari segi pengetahuan, kemahiran
dan nilai secara menyeluruh iaitu pentaksiran tingkatan tiga (PT3).
Kedua-dua pentaksiran diatas adalah pentaksiran dalam kategori akademik
manakala pentaksiran bukan akademik adalah seperti Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) didefinisikan oleh LPM sebagai satu komponen
yang menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan
dan

pencapaian

murid

dalam


pelbagai

aktiviti

sukan,

kokurikulm

dan

ekstrakokurikulum manakala pentaksiran psikometrik (Ppsi) pula adalah kaedah
yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat apitud dan personaliti
murid.

3|6633 - PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) adalah selari dengan transformasi sistem pentaksiran
pendidikan


kebangsaan

(SPPK)

yang

sejajar

dengan

Falsafah

Pedidikan

Kebangsaan (FPK) yang memberi penekanan kepada aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelektual di mana menunjukkan PBS adalah holistik yang didefinisikan oleh
LPM sebagai mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan
kemahiran yang dicapai oleh murid.

SEJARAH PERUBAHAN PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH

Penilaian akademik yang berorientasikan peperiksaan bermula pada tahun
1957 dimana peperiksaan Lower Certificate Examination (LCE) dijalankan di sekolah
di Malaysia dalam aliran sesi Inggeris. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) diperkenalkan
pada tahun 1960 dalam aliran sesi Melayu. Peperiksaan ini diteruskan sehingga
tahun 1992 dan apabila kurikulunm bersekutu sekolah menengah (KBSM)
diperkenalkan pada tahun 1991, peperiksaan penilaian menengah rendah (PMR)
pula diperkenalkan pada tahun 1993.
Perubahan dalam sistem pendidikan Malaysia dimana Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK) diperkenalkan pada 2005, kerajaan telah membuat
keputusan untuk melaksanakan kajian rintis bagi melakukan perubahan secara
menyeluruh dalam sistem pendidikan negara. Setelah tujuh tahun kajian rintis dan
perancangan rapi dilakukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM) membuat keputusan pada tahun 2012, pentaksiran
berasaskan sekolah diperkenalkan di tingkatan satu sekolah menengah dan pada
tahun 2014 penilaian berorentasikan peperiksaan ditamatkan digantikan kepada
pelaporan pencapaian murid bedasarkan sekolah dimana pentaksiran tingkatan tiga
(PT3) diperkenalkan.

DASAR KERAJAAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membina pelan baru pendidikan

bagi meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara ke arah sistem pendidikan
berkualiti yang bertaraf antarabangsa. KPM telah memperkenalkan pelan baru
pendidikan negara iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(PPPM 2013-2025) bagi mencapai hasrat yang terdapat dalam falsafah pendidikan
negara.

4|6633 - PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
Visi dan Aspirasi Negara adalah salah satu inipati yang terdapat dalam PPPM
2013-2025. Intipati ini menerangkan bahawa terdapat dua perkara iaitu aspirasi
sistem pendidikan dan aspirasi murid. Aspirasi sistem pendidikan terdapat lima
hasrat yang ingin dicapai iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan serta kecekapan
manakala dalam aspirasi murid enam hasil yang ingin dicapai iaitu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian serta identiti nasional.
Laporan tahunan 2014 PPPM 2013-2025 yang dikeluarkan oleh KPM Jun
2015, menyatakan aspirasi sistem pendidikan di bawah komponen kualiti adalah
elemen yang sangat penting dalam pelaksanaan PPPM 2013-2025. Hal ini
dilaporkan sedemikian adalah kerana berdasarkan element kualiti ini adalah untuk
membangun sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf antarabangsa serta berupaya
melahirkan modal insan yang lengkap dalam pelbagai aspek terutama dalam aspek

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang releven bagi generasi muda menghadapi
cabaran dan berdaya saing dalam globalisasi dunia yang tanpa sempadan di abad
ke-21.
Aspirasi sistem pendidikan di bawah elemen kualiti, salah satu hasrat yang
ingin dicapai adalah transformasi dalam pelaporan pencapaian murid di mana hasrat
ini adalah untuk menghasilkan modal insan yang holistik yang mampu berdaya saing
secara globalisasi. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenal satu sistem
baru untuk mencapai hasrat ini iaitu dengan memperkenalkan sistem pentaksiran
pendidikan kebangsaan (SPPK) yang kini dilaksanakan sebagai sistem pentaksiran
berasaskan sekolah (PBS). PBS adalah instrument yang akan menilai dari segi
aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

PERBEZAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) DAN
PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3)
Perbezaan antara penilaian menengah rendah (PMR) dan pentaksiran
tingkatan tiga (PT3) adalah berubah secara menyeluruh dimana melibatkan tempoh
masa pelaksanaan, komponen yang diuji, badan pelaksana, dan keputusan akhir
pelaksanaan.
Tempoh pelaksanaan PMR adalah secara serentak di semua sekolah di
seluruh negara pada masa yang sama dan tarikh yang sama yang telah ditetapkan

oleh lembaga peperiksaan Malaysia (LPM). Ini kerana PMR adalah peperiksaan
berpusat manakala pentaksiran tingkatan tiga (PT3) adalah pentaksiran yang

5|6633 - PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
dilakukan berterusan oleh guru daripada murid di tingkatan satu sehingga murid di
tingkatan tiga dimana perkembangan dan pengetahuan murid sentiasa dinilai dan
ditaksir.
Komponen yang diuji juga berbeza dimana PMR hanya kemahiran kognitif
diuji manakala PT3 yang pelaporan pencapaian murid

berasaskan sekolah dan

dinilai secara berterusan menguji kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor murid.
Kemahiran kognitif menilai intelek, kemahiran afektif menilai emosi dan rohani murid
manakala psikomotor menilai jasmani yang bersesuaian dengan falsafah pendidikan
kebangsaan (FPK) yang memberi penekanan kepada aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelektual.
Dari segi pelaksanaan, PMR akan dikendaliakan sepenuhnaya oleh LPM
bermula dari penyediaan kertas soalan, pentadbiran peperiksaan, pemeriksaan skrip
jawapan serta pengeluaran keputusan peperiksaan murid. Pelaksanaan PT3 pula,

LPM akan menyediakan instrument iaitu soalan, panduan penskoran, dan
menetapkan

tempoh

pelaksanaan

manakala

pentadbiran

sekolah

akan

melaksanakan pentadbiran seperti skrip jawapan dan pengeluaran keputusan murid.
Pelaporan pencapaian murid yang dikeluarkan oleh sekolah akan mengandungi
pelaporan seperti pelaporan perkembangan pembelajaran murid (PS), pelaporan
tingkatan tiga (PT3) – pentaksiran pusat (PP), pelaporan aktiviti jasmani, sukan dan
kokurikulum dan akhir sekali pelaporan pentaksiran psikometrik murid.

4.0

MODEL PERUBAHAN

Carta Aliran 1: Model Perubahan Berman & Maclauglin 1978

Model perubahan yang digunakan untuk diaplikasikan dalam perubahan
penggredan penilaian menegah rendah (PMR) kepada pentaksiran tingkatan tiga

6|6633 - PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
(PT3) adalah model perubahan Berman dan Mclauhglin, 1978 yang mengandungi
tiga proses iaitu daya usaha, pelaksanaan dan penggabungan.
Proses daya usaha adalah proses pembuatan keputusan sebab-sebab untuk
perubahan dan membina pelan perubahan di mana proses ini akan melibatkan
individu atau kumpulan untuk memberi idea untuk pelaksanaan dan mencari jalan
penyelesaian sekiranaya terdapat kepincangan dalam pelaksanaan rintis perubahan.
Individu dan kumpulan ini akan membincangkan segala pengurusan perubahan yang
bermula daripada perancangan,pengaturan, arah tuju, pengkoordinasian dan
pengawalan semasa proses permulaan dalam perancangan perubahan.
Proses kedua dalam model perubahan adalah pelaksanaan yang merujuk
kepada peringkat dimana pendidik tempatan sebenarnya cuba untuk meletakkan
perubahan yang dipilih ke dalam amalan. Proses ini adalah proses mengadaptasi
secara kesaksamaan yang merancang perubahan kepada organisasi sekolah dan
badan pelaksana. Selalunya, orang yang terlibat secara terus dalam perubahan akan
terkesan dan akan membina komitmen serta akan mewakili dalam membentuk dan
melaksana dengan cara tersendiri.
Proses akhir sekali adalah penggabungan yang merujuk kepada aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan kesinambungan dari apa yang asalnya perubahan ke
dalam rutin organisasi yang berterusan dalam amalan kerja, di mana proses ini
bergantung kepada kejayaan proses pelaksanaan. Sekiranya proses ini berjaya,
perubahan jangka panjang organisasi pendidikan sama ada sebahagian atau tetap,
akan berubah kepada perubahan yang dilakukan atau berbalik semula pada
pelaksanaan lama.
Pengaplikasian model perubahan Berman & Mclaughlin (1978) ini dalam
perubahan penggredan dari PMR kepada PT3 adalah seperti berikut:-

DAYA USAHA
Proses daya usaha terdapat dua elemen iaitu mengapa ingin berubah dan
menyediakan pelan perubahan. Dalam hal ini terdapat dua sebab mengapa
perubahan hendak dilakukan dalam penggredan dalam peperiksaan awam di
Malaysia. Pertama adalah sebab kerajaan Malaysia iaitu Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) berusaha untuk meningkatkan tahap pendidikan yang berkualiti
yang bertaraf antarabangsa dan sebab kedua adalah untuk melahirkan modal insan

7|6633 - PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
yang berketerampilan dalam semua aspek yang membolehkan modal insan generasi
muda berdaya saing di peringkat globalisasi.
Elemen kedua dalam dalam proses daya usaha adalah membina pelan
perubahan yang melibat perancangan permulaan sebelum pelaksanaan perubahan.
Daya usaha ini dalam meralisasikan aspirasi sistem pendidikan dalam komponen
kualiti, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM) berkerjasama dalam perancangan permulaan perubahan dalam
transformasi pelaporan pencapaian murid berasaskan sekolah.
Sebelum

pembangunan

pentaksiran

berasaskan

sekolah

(PBS)

diperkenalkan satu sistem baharu yang dirancang yang dikenali sebagai Sistem
Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) pada tahun 2005. SPPK ini pada
permulaannya dikaji dalam Kajian Aspirasi Umum Pentaksiran Kebangsaan di
seluruh negara untuk mendapatkan pandangan dan pendapat umum mengenai
sistem pentaksiran negara ini. Pada tahun yang sama satu seminar kebangsaan
diadakan bagi mengumpul pakar pentaksiran dari luar negara bagi membincangkan
hala tuju sistem pentaksiran ini dan menghasilkan resolusi pendidikan Malaysia.
Pada tahun berikutnya, satu konfrens antarabangsa diadakan di Kuala Lumpur yang
mengumpulkan pakar luar negara bagi membincangkan model pentaksiran negara.
Hasil perbincangan ini terbentuknya Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)
yang menjadi teras strategik dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010 (PIPP 2006-2010). PIPP 2006-2010 mengandungi enam teras strategik iaitu
teras pertama adalah untuk membina Negara bangsa, teras kedua adalah
membangunkan modal insan, teras ketiga membangunkan sekolah kebangsaan,
teras keempat adalah merapatkan jurang pendidikan teras kelima adalah
memartabatkan profesion keguruan dan akhir sekali teras keenam iaitu melonjak
kecemerlangan institusi pendidikan. Dalam teras strategik PIPP 2006-2010 yang
sangat ditekankan dalam perancangan perubahan ini adalah teras kedua dan
keenam.
Daya usaha seterusnya adalah melatih guru dan pegawai lembaga
peperiksaan untuk membina standard prestasi iaitu perkonsepsian SPPK yang dilatih
oleh

pakar

pentaksiran

daripada

Australia.

Langkah

seterusnya

adalah

membentangkan dan membincangkan kertas cadangan mengenai PBS dalam
transformasi pentaksiran pendidikan kebangsaan (PPK) dan program rintis
dilaksanakan di 500 buah sekolah yang dipilih.

8|6633 - PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
Pada tahun 2011, PBS diperkenalkan di sekolah rendah di Tahun satu,
berpandukan pada penghasilan dokumen standard prestasi tahun satu.dan pada
masa yang sama pembangunan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasakan
Sekolah (SPPBS) secara web-based diperkenalkan seiring dengan Pembangunan
Aplikasi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) untuk sekolah
rendah secara standalone. Seterusnya, langkah yang diambil adalah mengeluarkan
surat

pekeliling

Lembaga

peperiksaan

bil1/2011:Penambahbaikan

Sistem

Pentaksiran Kebangsaan bagi Penilaian menengah rendah (PMR) mulai 2012 dan
akhir sekali penghasilan buku dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah
(PBS) sebelum PBS diperkenalkan sekolah menengah di Tingkatan 1 pada tahun
2012.

PELAKSANAAN
Proses kedua adalah pelaksanaan dimana badan pelaksana melakukan
perubahan dalam amalan. Dalam proses pelaksanaan ini organisasi sekolah akan
mengikut syarat pelaksanaan dan melaksanakan komponen pelaporan pencapaian
murid iaitu PBS.
Syarat pelaksanan yang ditetapkan yang perlu dipatuhi adalah semua murid
sekolah menengah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan atau Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan (SABK) atau sekolah di bawah agensi kerajaan atau
Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan sekolah swasta yang berdaftar
dengan kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau sekolah swasta yang tidak
berdaftar tetapi mengikuti kurikulum kebangsaan hendaklah melaksanakan PBS di
peringkat menengah rendah menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia [CITATION
Lem14 \l 1033 ].
Komponen pelaporan pencapaian murid PBS yang bersifat holistik terdiri
daripada dua kategori iaitu kategori akademik dan bukan akademik yang
memberikan pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah dimana pentadbir sekolah
dan guru diberi keupayaan dan akauntabiliti menyediakan kertas peperiksaan dan
mentadbir pentaksiran.
Jadual pelaksanaan komponen PBS sekolah menengah pentaksiran sekolah
(PS) iaitu menggunakan model perekodan perkembangan pembelajaran murid dan
pentaksiran PAJSK yang menggunakan model PAJSK akan digunakan sepanjang
murid berada di tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga manakala Pentaksiran

9|6633 - PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
Psikometrik (PPsi) murid akan ditaksir di tingkatan satu dan di tingkatan tiga.
Pentaksiran Pusat iaitu Pentaksiran tingkatan tiga (PT3) murid akan ditaksir di
tingkatan tiga sahaja.
Pelaksanaan PBS di sekolah guru akan merujuk piawai yang telah ditetapkan
oleh KPM dan LPM. Eviden pelaksanaan akan didokumentasikan dalam bentuk
formatif. Guru dan pentadbir sekolah akan membuat perancangan, pembinaan item
dan instrument pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran serta
perekodan dan pelaporan murid. Guru akan mentafsir murid secara berterusan
dengan merujuk pentaksiran rujukan standard iaitu Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid (PPPM) dimana akan digunakan untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi murid. PPPM ini mengandungi
penjelaskan mengenai standard prestasi yang memberi petunjuk sejauhmana murid
tahu, faham dan boleh buat atau menguasai apa yang dipelajari. Guru yang
membuat pentaksiran akan merujuk pernyataan standard prestasi mengikut tahaptahap penguasaan seperti yang dinyatakan dalam documen kurikulum.

PENGGABUNGAN
Penggabungan adalah proses terakhir dalam model perubahan Berman dan
Maclauglin (1978), proses ini yang akan melibatkan aktiviti kesinambungan
perubahan dalam amalan kerja berterusan. Perubahan dalam penggredan penilaian
menengah rendah (PMR) kepada pelaporan pencapaian pelajar berasaskan sekolah
(PBS) dan salah satu komponennya adalah melibatkan penggabungan iaitu
Pentaksiran tingkatan tiga (PT3).
PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara bagi menilai pencapaian
akademik murid. Ini kerna PT3 mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai
secara menyeluruh. Badan pelaksana yang terlibat dalam perubahan penggredan ini
adalah pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan pihak sekolah. Pihak LPM
akan menyediakan item, jadual spesifikasi ujian, format Instrument, jadual
penggredan, panduanpemasangan instrument, panduan penskoran item, peraturan
pentadbiran serta format pelaporan PT3 manakala pihak sekolah akan menyediakan
instrumen, mentadbir instrument, memeriksa skrip jawapan dan mengeluarkan
pelaporan dengan mencetak pelaporan berdasarkan format pelaporan PT3.
Selain itu, penjaminan kualiti adalah salah satu proses kesinambungan aktiviti
perubahan dalam amalan kerja. Penjaminan kualiti ini adalah piawai yang akan
menentukan kualiti pelaksanaan PT3 mengikut garis panduan yang ditetapkan bagi

10 | 6 6 3 3 - P E N G U R U S A N P E R U B A H A N D A L A M P E N D I D I K A N
menjaga kesahan dan kebolehpercayaan skor dan demi keadilan kepada calon.
Terdapat empat aktiviti penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PT3 iaitu pementoran,
pemantauan, pengesanan, dan penyelarasan[CITATION LPM14 \l 1033 ].
Aktiviti pementoran dilaksanakan bagi menyampai maklumat mengenai
pelaksanaan dngancara memberi latihan peningkatan profesionalisme kepada
peronel pentaksiran dalam aspek pemasangan instrument pentaksiran dan
pemeriksaan skrip jawapan. Pentaksir akan diberi pendedahan dan latihan mengenai
ilmu pentaksiran dan pemeriksaan skrip jawapan bagi memastikan tugas pentaksiran
dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah bagi menjaga kualitikesahan dan
kebolehpercayaan skor calon.
Pemantauan pula adalah pelaksanaan bagi mengawal selia Pentaksitan
tingkatan tiga (PT3). Pemantauan ini dilakukan bagi memastikan instrument PT3
disediakan dan ditadbir

mengikut garis panduan pengurusan keselamatan

pentadbiran PT3, Takwim, Jadual kerja, Peraturan dan arahan tugasan yang
disediakan oleh lembaga peperiksaan.
Pengesanan dilaksanakan bagi menilai instrumen pentaksiran di mana
pengesanan

dilakukan

dengan

membuat

verifikasi

pemasangan

instrument

pentaksiran iaitu mengesahkan instrument telah disediakan mengikut panduan
pemasangan instrument dan dicetak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan.
Aktiviti penjaminan kualiti terakhir adalah penyelarasan di mana aktiviti ini
dilaksanakan untuk memastikan keseragaman penskoran. Aktiviti dilakukan dengan
membuat moderasi peperiksaan iaitu bertujuan untuk memastikan keseragaman dan
ketekalan pemeriksaan skrip jawapan calon berpandukan Panduan Penskoran yang
disediakan

oleh

Lembaga

Peperiksaan

manakala

verifikasi

skor

bertujuan

memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah berdasarkan skripjawapan
calon dan menepti keupayaan sebenar calon sertapengiraan markah calon dibuat
dengan tepat.
Sementara

itu,

proses

penggabungan

dalam

perubahan

ini

adalah

kebersamaan dalam penggunaan sistem aplikasi. Pelaporan pencapaian murid
berasaskan sekolah yang mempunyai empat komponen itu menggunakan sistem
aplikasi yang berbeza. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia,
Lembaga Peperiksaan Malaysia dan pihak sekolah perlu bekerjasama dalam
penggunaan

sistem

aplikasi

dalam

talian

dari

segi

penggunaan

dan

11 | 6 6 3 3 - P E N G U R U S A N P E R U B A H A N D A L A M P E N D I D I K A N
penyelenggaraan sistem. Semua aspek yang melibatkan penggunaan sistem
applikasi perlu diambil kira supaya tidak menimbulkan masalah dan kekeliruan serta
mudah dalam penggunaannya.

5.0

RASIONAL PERUBAHAN
ADIL
Perubahan dalam penilaian berbentuk peperiksaan kepada pentaksiran

berterusan dilihat adil kerana penilaian yang dilakukan adalah secara berterusan,
dimana guru dapat membaiki kelemahan murid dan mencari inisiatif sekiranya murid
tidak mencapai piawai yang ditetapkan pada pentaksiran pertama. Selain itu, murid
akan dinilai secara saksama sebagai individu dan tiada perbezaan antara murid yang
dinilai dengan murid lain.
Murid akan dinilai secara individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,
kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan. Selain itu, guru akan mendapat
maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kuantitatif dan kualitatif yang
merangkumi pelbagai aspek mengenai diri seseorang murid itu. Penggredan
berterusan ini bertujuan untuk membolehkan pihak yang terlibat mengenali,
memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan
berguna yang mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembinaan Negara
bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
Rasionalnya perubahan ini disokong oleh kajian kes oleh [ CITATION
Ham14 \l 1033 ] menyatakan bahawa “PBS merupakan satu pentaksiran yang adil
dimana penilaian pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan, dan
sekaligus dapat mengesan penguasaan dan kemampuan murid dari pelbagai aspek
dengan pelbagai kaedah penilaian yang lebih bersifat autentik dan holistik”.

HOLISTIK
Rasioanalnya perubahan ini adalah kerana pelaporan murid dalam
pentaksiran secara berterusan adalah holistik di mana pengukuran bukan sahaja
berdasarkan pensil dan kertas yang menguji kemahiran intelek sahaja tetapi dalam
pelbagai aspek. Ini kerana pentaksiran berterusan ini akan melihat perkembangan
murid dari segi afektif dan psikomotor iaitu melihat aspek emosi dan rohani sejajar
dengan aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025. Psikomotor pula adalah pentaksiran

12 | 6 6 3 3 - P E N G U R U S A N P E R U B A H A N D A L A M P E N D I D I K A N
jasmani murid-murid yang menguji daya tahan dan komposisi fizikal murid.
Pentaksiran yang berterusan ini juga memberi kebebasan kepada murid mencerna
idea baru dan berfikir di luar jangkaan kerana mereka tidak mempunyai limitasi
dalam pemikiran bahawa belajar untuk lulus peperiksaan.
Pernyataan ini disokong oleh [ CITATION Ham14 \l 1033 ] dalam kajian kes
yang menemu ramah guru PBS. Kenyataan guru PBS tersebut adalah seperti
berikut:
“ …..dalam PBS ni, ia ada pentaksiran PAJSK. Kalau pelajar tu lemah dari
segi akademik, tetapi dalam PAJSK dia berkebolehan, jadi dari situ dia boleh
mencapai Band yang lebih tinggi. Ia sebagai satu pengiktirafan. Di situlah Nampak
holistiknya…..”
“ ….Macam sekarang ni ia lebih kepada berhibur, mencungkil bakat murid,
budak lebih banyak memberi idea. Kita ni sebagai pembimbing…”
“…..Kalau secara yang kita rancangkan, ia memang sesuatu perancangan
yang sangat baik untuk membantu murid-murid kita menguasai pelbagai jenis
kemahiran dalam satu masa.

Dalam kelas atau di luar kelas.

Maknanya

pembentukan individu secara menyeluruh……”
“ …..Bagusnya macam ia dapat membina jati diri budak tu, dapat bina
konfiden dalam diri dia, berani ke depan, bercakap….banyak ada explore juga….”

GURU MENGESAN PERKEMBANGAN MURID
Guru akan lebih bersikap ambil berat dan mengambil tahu terhadap
perkembangan

murid

dari

pelbagai

aspek,

ini

berbeza

dengan

penilaian

berorentasikan peperiksaan dimana guru akan lebih menumpukan perhatian dalam
menyelesaikan silibus pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian murid di akhir
pengajaran. Dengan perubahan dalam pelaksanaan pentaksiran berasakan sekolah
ini guru akan mengesan perkembangan murid dan pada masa yang sama akan
mengurangkan keciciran murid.
Ini kerana guru boleh memilih tajuk dan merancang perkara yang akan diajar
dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam dokumen
kurikulum. Selain tu, guru juga boleh menentukan kaedah pengajaran serta
mengenalpasti kaedah pentaksiran mengikut kesesuaian dalam menyediakan
bahan-bahan mengajar mengikut standard murid dengan menggunakan pelbagai

13 | 6 6 3 3 - P E N G U R U S A N P E R U B A H A N D A L A M P E N D I D I K A N
kaedah dan strategi megikut kretiviti guru. Pentaksiran tahap penguasaan murid
tentang sesuatu perkara yang diajar, instrument dan strategi yang digunakan
mestilah bersesuaian denagan perkara yang ingin ditaksir dan guru boleh mentafsir
tahap penguasaan muridsecara formal ataupun tidak formal.
Kajian [ CITATION Ham14 \l 1033 ] menyokong bahawa Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) menjadikan guru lebih bersifat endah terhadap
perkembangan murid dari pelbagai aspek terutama kognitif, afektif dan psikomotor
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru PBS mengeluarkan
pernyataan seperti berikut:
“Buktinya macam saya sendirilah. Macam saya mengajar kelas

akhir, bila

kita buat penilaian contohnya Band 1, jadi kita nampak murid ni memang tidak boleh
membaca. Jadi, apa yang saya buat, saya kena rangka satu aktiviti yang membantu
macam mana murid ini nak membaca.

Saya dapat membantu daripada awal

lah……”
“…Jadi, bila kita nampak kelemahan dia, kita boleh terus baiki kelemahan
murid itu…”
“ ….Memang kita akan guide murid nerperingkat-peringkat….”
“ …..contoh kita ada pentaksiran pertama, dia tak capai. Jadi cikgu kena cari
inisiatif lain untuk bina instrument baru sehingga budak tu boleh kita bantu….”

6.0

CABARAN PERUBAHAN
MASA
Guru-guru mata pelajaran pentaksiran tingkatan tiga (PT3) akan menghadapi

cabaran dari segi masa. Guru mata pelajaran PT3 akan menggunakan masa yang
banyak dalam penyediaan instrumen. Guru-guru PT3 akan merangka penilaian,
ulang mengajar, pengisian data dan penyimpanan eviden yang banyak. Guru perlu
menyediakan instrumen penilaian yang mempunyai kesejajaran dalam menyediakan
rangka penilaian agar setiap band, evidens dan keupayaan murid dapat diukur
dengan adil dan keputusan pentaksiran mendapat kesahan dan kebolehpercayaan.
Selain peruntukan masa yang banyak dalam penyediaan instrumen penilaian,
guru perlu mengulang pengajaran dan pembelajaran sekiranya murid tidak mencapai
tahap yang dikehendaki. pengulangan penilaian ini disebabkan oleh murid tidak
mencapai band yang ditetapkan dan guru perlu menyediakan semula instrumen yang

14 | 6 6 3 3 - P E N G U R U S A N P E R U B A H A N D A L A M P E N D I D I K A N
baru yang bersesuaian dengan murid yang ditaksir. Selain itu, pengulangan
membina instrument disebabkan oleh murid tidak hadir,oleh yang demikian
pentaksiran berasaskan sekolah terjadinya pentaksiran akan dibuat berasaskan
murid di mana guru mata pelajaran PT3 melihat dari segi keadaan murid dan
keberadaan murid.
Peruntukan masa yang banyak juga di peruntukan dalam penyimpanan
eviden dan memasukkan data dalam sistem, tetapi guru akan menghadapi cabaran
ini sekiranya server yang perlahan dan terpaksa menunggu masa yang sesuai. Hal
ini kerana peruntukan masa adalah ditetapkan mengikut jadual yang dikeluarkan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menyebabkan ramai guru-guru
memasukkan data secara serentak dan beramai-ramai menyebabkan ada ketika
sistem menjadi pengun dan tidak boleh diakses. Selain itu, guru akan menghadapi
masalah sekiranya sistem itu diselenggara akan merumitkan dan menagguhkan
kerja pengisian data.

KEMUDAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Perubahan dalam pengeluaran pelaporan pencapaian murid berasaskan
sekolah ini memberi cabaran kepada guru-guru dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) kerana kekurangan kemudahan yang disediakan.
Contohnya, seperti masalah bilik darjah, computer dan capaian internet. Hal ini
kerana terdapat sekolah yang kekurangan bilik darjah terutama sekolah yang
mengamalkan dua sesi. Selain itu, komposisi murid dalam bilik darjah juga ramai di
sekolah kawasan bandar yang akan memuatkan lebih daripada 25 orang kadangkadang jumlahnya menjadi dua kali ganda. Hal ini menyebabkan PdP dijalankan
secara berpusat tidak dapat diberi perhatian secara maksimum pada setiap murid.
Apabila bilangan murid yang ramai dalam satu kelas, peralatan yang ingin
digunakan tidak mencukupi, murid terpaksa berkongsi dan menggunakan peralatan
secara bergilir-gilir semasa menjalankan aktiviti. Situasi ini menyebabkan perjalanan
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan
mengambil masa yang lama. Selain peralatan yang tidak mencukupi, peralatan yang
digunakan juga dalam versi lama sebagai contoh penggunaan computer dalam
menjalankan aktiviti PdP. Kemudahan yang lama akan menghadapi masalah seperti
rosak ataupun sistem tidak disokong oleh perisian dan capaian.
Masalah kemudahan lain dalam pelaksanaan PdP adalah capaian internet
yang perlahan. Walaupun kemudahan wifi disediakan, tetapi disebabkan oleh

15 | 6 6 3 3 - P E N G U R U S A N P E R U B A H A N D A L A M P E N D I D I K A N
pengguna yang ramai pada satu-satu masa menyebabkan aktiviti terganggu apabila
‘Browseing’ mengambil masa yang lama atau pun terdapat ‘error’ dalam capaian.
Masalah ini yang perlu dihadapi oleh guru dalam menjalani aktiviti PdP yang
mempunyai kekurangan dalam kemudahan.

KOMPETENSI GURU
Perubahan dalam penggredan murid tingkatan tiga ini sangat menguji
kompetensi guru. Ini kerana guru perlu berubah kepada amalan baru dalan PdP.
Guru-guru beranggapan mereka sangat kurang kecekapan dalam pelaksanaan
perubahan ini. Terutama dalam fasa pencairan dari amalan lama ke dalam amalan
baru. Para guru merasa mereka tidak mendapat pendedahan yang mencukupi
mengenai pembinaan instrumen dan kursus yang mereka hadiri tidak fokus kepada
pentaksiran. Apabila hal ini berlaku pencairan maklumat tidak dapat dilakukan
dengan betul dan akan berlaku salah faham mahupun ketidakjelasan dalam
pelaksanaan.
Maklumat yang diterima tidak jelas dan sempurna menyebabkan guru yang
ingin melaksanakan penilaian secara pentaksiran ini berasa was-was kerana mereka
tidak dapat melihat apa yang ingin dibuat dan disampaikan kepada pelajar melalui
pembinaan instrumen. Ini kerana para guru tidak diberi latihan dan penerangan yang
cukup dalam menyediakan instrumen. Guru menjadi kurang cekap dalam
perlaksanaan ini akibat daripada kecairan maklumat yang tidak berlaku sepenuhnya.

SISTEM PENGURUSAN APLIKASI
Keputusan pentaksiran murid akan dimasukkan dalam sistem aplikasi yang
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), pertama, guru menghadapi
cabaran yang besar dalam pengisian data ke dalam sistem aplikasi kerana mereka
tidak diajar menggunakan sisitem aplikasi pentaksiran murid ini. Terdapat banyak
sistem yang perlu digunakan oleh guru bukan hanya pentaksiran murid sahaja.
Sistem yang banyak yang harus diketahui oleh guru, kadang-kadang menyebabkan
guru keliru dalam penggunaannya serta cara penggunanya. Hal ini kerana, sistem
berlainan antara satu sama lain dalam ‘browsing’ dan ‘layout”. Selain daripada itu,
berlaku juga para guru terlupa kata laluan disebabkan oleh kekeliruan. Hal ini juga
disebabkan oleh tiada keselarasan sistem aplikasi.
Cabaran kedua adalah capaian internet dan kelajuan server sistem aplikasi,
guru hanya boleh mengisi data ketika ada capaian internet ataupun kelajuan server

16 | 6 6 3 3 - P E N G U R U S A N P E R U B A H A N D A L A M P E N D I D I K A N
yang sempurna. Para guru tidak boleh mengisi data secara ‘offline’ keadan ini sangat
tidak fleksible dan guru perlu mempunyai capaian internet dan masalah akan timbul
sekiranya internet wifi yang disediakan lambat dan server sukar diakses.
Penggunaan sistem applikasi ‘online’ tidak mesra pengguna, terutama apabila
pengguna sistem yang ramai iaitu kalangan pendidikdi Malaysia.

8.0

KESIMPULAN
Sebelum melakukan sesuatu perubahan, agen perubahan perlulah membuat

perancangan rapi. Hai ini kerana melakukan sesuatu perubahan bukan sahaja
melibatkan pelan perancangan semata-mata tetapi hasil perubahan ynag melibatkan
pelbagai pihak danpelbagai perkara yang perlu diambil kira dalam proses perubahan.
Perubahan penilaian murid berorentasikan peperiksaan yang berubah
kepada

pelaporan

penilaian

pencapaian

murid

berasaskan

sekolah

yang

dilaksanakan secara berterusan dan mengukur pelbagai aspek kemahiran murid
adalah perubahan yang terancang dan dinamik bagi mencapai objektif kerajaan
untuk melahirkan murid yang holistik dan berdaya saing di peringkat globalisasi.

9.0

RUJUKAN

Aniza Ahmad; Zamri Mahmod. (2014). Kemahiran Guru-guru Bahasa Melayu
Terhadap
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di Sekolah Menengah.
Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan
Kesusasteraan Melayu, ms 95-109.
Aniza Ahmad; Zamri Mahmod. (2015). Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu
Sekolah
Menengah dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Berdasarkan Jantina, Opsyen dan Tempat Mengajar. Journal Pendidikan
Bahasa Melayu Melayu, 5(1) ms 18-29.
Arsaythamby, V.; Hariharan N. K.; Ruzalan M. A.. (2015). Teachers’ Knowledge and
Readiness Twards Implementation of School Based assessment in Scondary
Schools. International Education Studie, Canadian Center of Science and
Education. 8 (11), ms 193-203.
Hamimah Abu Naim; Rohaya Talib. (2014). Cabaran Pentaksiran Berasaskan
sekolah: Dilema Guru. Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan,
ms 1-12.

17 | 6 6 3 3 - P E N G U R U S A N P E R U B A H A N D A L A M P E N D I D I K A N
Hu, Z.; Huang, X. (2015). On The Validity of Educational Evaluation and its
Construction. Canadian Center of Science and Education, ms 99-105.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (24 Disember 2012). Retrieved April 01, 2015
from KPM
PORTAL: http://www.moe.gov.my/my/hala-tuju-pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 20132025. Putrajaya.
LPM 1a, Lembaga
Peperiksaan Malaysia. (2014). Panduan Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan sekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
LPM 1b, Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2014). Panduan Penjaminan Kualiti
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2013). Retrieved April 01, 2016, from LPM Portal:
http://www.lp.edu.my/v1/index.php?
option=com_content&view=featured&Itemid=209&lang=en
Mohd Azmi Mat Yusoff; Jamil Ahmad; Wan Huzaini Wan Husain; Norasmah Othman;
Norliza Che Hasan. (2015). Penilaian Tahap Penegtahuan dan Tingkah Laku
GuruTerhadap Program Latihan Dalam Perkhidmatan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara. ms
51-59.

Mohamad Johdi Salleh; Andul Razaq Ahmad; Ahmad Rafaai Ayudin. (2009).
Penilaian
Kemajuan Berasaskan Sekolah Kaedah Kerja Kursus Sejarah. Journal
Pendidikan Malaysia, 34(2), ms 111-124.
Noraini Mat Loddin; Suhaida Abdul Kadir. (2013). Penerimaan Guru Terhadap
Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dengan Komitment Guru dalam Melaksanakan
PBS Sekolah Rendah. Seminar Pasca Siswazah dalam Pendidikan, ms 526531.
San, I. (2016). Assessment for Learning: Turkey Case. Universal Journal of
Educational Research, 4(1), ms 137-143.

18 | 6 6 3 3 - P E N G U R U S A N P E R U B A H A N D A L A M P E N D I D I K A N