Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang Sehat

Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang

Kepentingan Makanan Berkhasiat
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun
ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu
penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan
peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk
memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan
penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah
kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang
memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam.
Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan
sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah
Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal
kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi
usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami
kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
Sumber dari berita harian
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup

untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan
dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media
massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi
pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan
yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada
makanan seimbang ini.
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek
fizikal.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan
untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal
manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang

manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan
sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal
manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang
menjaga aspek pemakanannya.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu
lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau
tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan

perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu.
Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan
seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera
sahaja.
3. Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah
manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil
tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan
pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu
gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai
aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan
badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu
mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental
seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba
menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan
seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal
berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif
berbanding

dengan
individu
yang
seimbang
aspek
pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek
mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kesimpulannya
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua
kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu

tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan
positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih
ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit
penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu
mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah
pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

Makanan Seimbang Kurangkan
Risiko Penyakit Berbahaya

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering
disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas
daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan
makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu
mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser,
serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan
kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah
makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada
penyakit berbahaya?
1. Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu
mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan
esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan
risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko
kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun
diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi
ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan
penting dalam meningkatkan risiko kanser.
2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)


Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan
pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat
(USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap
serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak
mengikuti garis panduan itu.
3. Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan
merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah,
sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.
4. Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10
hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk
tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan
darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus
mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.
5. Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada
osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran
hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6. Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayursayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin
sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi
daripada mengalami spina bifida.
Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)

Tips Diet Seimbang
Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi
berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang
putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang
disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein,
karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin
B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan –
boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya,
tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda,
termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat,
perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai
pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan
kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari
melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru.
Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk
menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum
sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga
boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayursayuran dan makanan lain.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus
menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah
keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan
pengambilan lemak berlebihan dengan:

Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.

Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit

sahaja.

Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa
dalam masakan.

Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika
boleh (contoh: kulit ayam).

Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti
marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).

Mengamalkan
kaedah
masakan
alternatif
(seperti
membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau
mengukus) daripada menggoreng.



5. Kurangkan gula.
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat
dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan
sejumlah
besar
kalori
tanpa
khasiat
makanan
atau
serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang
berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari
tubuh.Memakan
gula
yang
berlebihan
bermakna
anda
menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalahmasalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis,
serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan
makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi
terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh
menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh
membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang
mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit
(edema).
Mempraktikkan amalan pemakanan yang betul
Amalan pemakanan sihat bermaksud amalan yang boleh menjaga kesihatan.
Dengan adanya amalan pemakanan yang sihat, kita akan terhindar dari sebarang
penyakit yang merbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan
sebagainya. Amalan pemakanan yang sihat boleh dirancang dengan menggunakan
piramid makanan yang juga digunakan dalam penyediaan makanan sihat.
Terdapat banyak kepentingan apabila kita makan makanan yang berkhasiat. Antara
kepentingannya ialah membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia bermaksud kanakkanak dapat membesar dengan normal. Selain itu,kepentingan makan makanan

yang berkhasiat dapat membolehkan manusia bekerja secara produktif dan selesa.
Manusia memerlukan tenaga yang banyak dalam kehidupan seharian terutamanya
orang yang bekerja sebagai buruh binaan dan petani-petani. Oleh itu, dengan

mengamalkan amalan pemakanan yang sihat, mereka dapat bekerja secara
produktif. Di samping itu, dengan memakan makanan yang berkhasiat kita dapat
mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis dan
osteoporosis(reput tulang).
Kita juga dapat mempraktikkan amalan pemakanan yang betul berpandukan
piramid makan untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat. Pengambilan
makanan yang berlebihan bagi setiap kumpulan makanan dalam pyramid makanan
atau makanan tidak seimbang bukan sahaja boleh menyebabkan penambahan
berat badan, malah merupakan salah satu tanda awal ransangan terhadap setiap
penyakit yang bakal kita hadapi. Kita memerlukan jadual atau carta di dalam
memilih setiap makanan yang berkhasiat bagi mengekal kesihatan badan kita dan
juga mengelak dari sebarang penyakit. Sekiranya kita tersilap memilih makanan
untuk di makan setiap hari ia boleh mengundangkan penyakit pada badan kita.
Selain daripada itu adalah merupakan satu keperluan bagi setiap individu dalam
merancang pemakanan seimbang dengan menggunakan senarai kalori makanan
yang kita makan seharian. Sebagai contohnya, untuk sarapan pagi kita boleh
mengambil secawan susu, roti dan jem dan untuk makan tengahari pula, kita boleh
mengambil sepinggan nasi putih, semangkuk sup sayur, seekor ikan goreng dan jus
buah-buahan. Untuk makan malam pula,kita boleh mengambil sepinggan nasi
putih,kari ayam, sayur-sayuran dan segelas air kosong.
Di samping itu, kita juga haruslah mewajarkan pengagihan makanan kepada
golongan yang kurang bernasib baik. Mereka ini kurang mendapat khasiat zat
makanan kerana mereka tidak dapat makan makanan yang berkhasiat. Oleh itu,
kita sebagai orang yang berkemampuan mesti menolong orang yang sebegini
supaya mereka juga dapat mendapat khasiat makanan seperti kita.
Akhir sekali, mengaitkan adat makanan diantara sesama kaum dan agama sebagai
contohnya agama Islam mengharamkan umatnya meminum arak dan memakan
makan yang tidak halal seperti daging khinzir. Makanan yang halal tidak sahaja
bermaksud daging yang halal dimakan malahan ia merangkumi aspek
penyembelihan, keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut. Agama Buddha
sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang, hasil laut,
burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap benda
yang bernyawa ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh
membunuh atau mencederakan sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan
keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila seorang manusia membunuh
seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut. Bagi
penganut yang beragama Hindu pula,mereka tidak makan daging lembu. Oleh
itu,kita menghormati sensitiviti dan adat masyarakat.

Kesimpulannya, makan dan amalan pemakanan sihat sangat penting untuk
kehidupan manusia sama ada kanak-kanak atau pun orang dewasa. Kita perlulah
makan makanan yang berkhasiat untuk memberi tenaga kepada kita dalam
melakukan aktiviti seharian. Makanan yang berkhasiat dapat juga membantu kita
menjaga kesihatan dan tumbesaran kita dan ia juga dapat terhindar dari sebarang
penyakit. Kita perlulah berhati-hati di dalam memilih makanan untuk dimakan
setiap hari, janganlah kita memilih makanan untuk dimakan hanya berpandukan
pada gerakhati kita kerana nafsu makan kita hanya akan memilih makanan yang
sedap-sedap tanpa memikirkan kesan disebalik kesedapan setiap makanan yang
kita makan. Secara tidak langsung ia akan mengundang penyakit pada badan kita
serta menjejaskan kesihatan kita.

Merancang satu gizi seimbang

Gizi bermaksud makanan yang dimakan setiap hari. Gizi
yang seimbang adalah penting bagi manusia. Banyak faktor yang
mendorong kepada keperluan gizi seimbang, termasuklah aktiviti seharian.
Ini kerana dalam melakukan aktiviti seharian, kita akan bergantung
kepada keperluan tenaga yang mencukupi daripada makanan yang kita
makan. Selain daripada itu juga, kita perlukan kelas makanan yang betul
bagi menjamin pertumbuhan tumbesaran dan juga menjaga
kesihatan.

GIZI SEIMBANG
Pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti
yang betul dan mencukupi

Hidangan makanan kita mestilah mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan.
Sebagai contohnya, hidangan makan tengahari perlulah mengandungi karbohidrat untuk
tenaga kita (nasi), protein untuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam / daging), mineral
dan vitamin untuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan) serta bahan pelarut badan
(air). Semua ini perlu ada dalam kuantiti yang betul dan mencukupi seperti yang
diperlukan oleh badan.

GIZI TIDAK SEIMBANG
Pemakanan yang tidak lengkap serta hanya mengandungi kelas makanan tertentu sahaja
Hidangan makanan yang mengandungi hanya kelas makanan tertentu sahaja dan lazimnya
banyak dengan bahan makanan yang tidak berkhasiat kepada badan. Sebagai contohnya
makanan ringan atau makanan segera yang mempunyai kandungan garam atau gula yang
tinggi, sedangkan kandungan karbohidrat dan protein yang sangat rendah. Ini yang
dikatakan dengan gizi tidak seimbang.

Merancang satu gizi seimbang

Gizi seimbang adalah susunan makanan sehari-hari yang mengandung zat gizi dalam jenis
dan jumlah yang sesuai dengan kebutuhan tubuh, dengan memperhatikan prinsip
keanekaragaman atau variasi makanan, aktivitas fisik, kebersihan, dan berat badan ideal.
Jika seseorang mengalami kekurangan gizi, yang terjadi akibat asupan gizi di bawah
kebutuhan, maka ia akan lebih rentan terkena penyakit dan kurang produktif.
Sebaliknya, jika memiliki kelebihan gizi akibat asupan gizi yang melebihi kebutuhan, serta
pola makan yang padat energi (kalori) maka ia akan beresiko terkena berbagai penyakit
seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya.
Karena itu, pedoman gizi seimbang disusun berdasarkan kebutuhan yang berbeda pada
setiap golongan usia, status kesehatan dan aktivitas fisik.

Sesuai dengan prinsip gizi seimbang dan pola makan berdasarkan Pedoman Gizi
Seimbang (PGS), tidak dapat berlaku sama untuk setiap orang. Tiap golongan usia,
status kesehatan, dan aktivitas fisik masing-masing orang, memerlukan PGS yang berbeda.
Hal ini berbeda dengan pola makan berdasarkan slogan 4 sehat 5 sempurna (4S & 5S).

JANGAN LEWATKAN:

5 Manfaat Kopi yang Sudah Teruji Ilmiah

5 Solusi Tumit Kering dan Pecah-Pecah

Mengenal Manfaat Buah, Kulit dan Daun Salak

Food Combining, Rahasia Sehat Dan Berat Badan Ideal

Manfaat Mangga untuk Kecantikan dan Kesehatan
Pada saat slogan 4S & 5S diciptakan sekitar tahun 1950-an, diasumsikan bahwa kebiasaan
makan masyarakat makin sehat sehingga berbagai masalah kesehatan karena kekurangan
dan kelebihan gizi dapat dicegah dan dikurangi. Asumsi ini ternyata tidak terwujud, baik di
Indonesia maupun negara-negara lain, termasuk negara asal 4S & 5S di AS.

Pedoman Gizi Seimbang
Oleh karena itu pedoman 4S & 5S sejak awal tahun 1990-an secara internasional telah
digantikan oleh pedoman yang lebih rinci yang disebut pedoman gizi seimbang (PGS)
dengan alasan sebagai berikut :
Pertama
Susunan makanan yang terdiri atas 4 kelompok ini, belum tentu sehat, bergantung apakah
porsi dan jenis zat gizinya sesuai dengan kebutuhan.
Contoh, jika pola makan kita sebagian besar porsinya terdiri atas sumber karbohidrat (nasi),
sedikit sumber protein, sedikit sayur dan buah sebagai sumber vitamin, maka pola makan
tersebut tidak dapat dianggap sehat.
Sebaliknya, jika pola makan kita terlalu banyak sumber lemak dan protein seperti hidangan
yang banyak daging dan minyak atau lemak, tetapi sedikit sayur dan buah, maka pola
makan itu tak dapat dianggap sehat.
Selain jenis makanan, pola makan berdasarkan PGS menekankan pula proporsi yang
berbeda untuk setiap kelompok yang disesuaikan atau diseimbangkan dengan kebutuhan
tubuh. PGS pun memperhatikan aspek kebersihan makanan, aktivitas fisik, dan kaitannya
dengan pola hidup sehat lain.
Kedua
Susu bukan “makanan sempurna” seperti anggapan umum selama ini. Dengan anggapan
itu banyak orang, termasuk kalangan pemerintah, menganggap susu merupakan “jawaban”
atas masalah gizi. Sebenarnya, susu adalah sumber protein hewani yang juga terdapat
pada telur, ikan dan daging.
Oleh karena itu di dalam PGS, susu ditempatkan dalam satu kelompok dengan sumber
protein hewani lain. Dari segi kualitas protein, telur dalam ilmu gizi dikenal lebih baik dari
susu karena daya cerna protein telur lebih tinggi daripada susu.

Ketiga
Slogan 4S & 5S yang dipopulerkan oleh Prof. Poerwo Soedarmo, Bapak Gizi Indonesia, di
tahun 1950-an dianggap tak lagi sesuai dengan perkembangan iptek gizi, seperti halnya
slogan “Basic Four” di Amerika yang merupakan acuan awal 4S & 5S pada masa itu.
Basic Four dari AS yang diciptakan tahun 1940-an bertujuan mencegah pola makan orang
Amerika yang cenderung banyak lemak, tinggi gula, dan kurang serat.
Namun, setelah dievaluasi tahun 1970-an, ternyata slogan tersebut tidak memperbaiki pola
makan penduduk Amerika, yang disertai dengan meningkatnya penyakit degeneratif terkait
gizi. Sejak itu, slogan “Basic Four” diperbarui dan disempurnakan menjadi “Nutrition
Guide for Balance Diet” dengan visual piramida.
Di Indonesia sendiri “Nutrition Guide for Balance Diet” diterjemahkan menjadi PGS
yang juga menggunakan visual piramida. Berbeda dengan Nutrition Guide AS yang
berlaku untuk usia di atas 2 tahun, di Indonesia PGS berlaku sejak bayi dengan
memasukkan ASI eksklusif sebagai Gizi Seimbang.
Secara sederhana, kita dapat merancang satu pola gizi seimbang hanya dari
menekankan pentingnya membiasakan makan makanan beraneka ragam. Membangun
kebiasaan makan beraneka ragam sebagai penerapan prinsip pertama dari Gizi
Seimbang yang universal.
Setiap manusia di mana saja membutuhkan makanan yang beraneka ragam atau
bervariasi, karena tak ada satu pun makanan yang mengandung seluruh zat gizi yang
dibutuhkan tubuh, kecuali ASI (air susu ibu) untuk bayi sampai umur 6 bulan. Makin
beragam pola hidangan makanan, makin mudah terpenuhi kebutuhan akan berbagai zat
gizi.
Pola makan bergizi seimbang mengatur secara proporsional keragaman golongan
makanan, baik dalam jenis maupun jumlah sesuai dengan kebutuhan tubuh. Beberapa
sumber makanan yang bisa membentuk satu gizi seimbang antara lain sebagai berikut :
Karbohidrat Sebagai Sumber Energi Utama
Karbohidrat dikenal sebagai sumber energi utama bagi tubuh, sehingga digolongkan
sebagai makanan pokok. Sumber karbohidrat utama dalam pola makanan Indonesia adalah
beras.
Di beberapa daerah, selain beras digunakan juga jagung, ubi, sagu, sukun dan lain-lain.
Sebagian masyarakat juga menggunakan mi dan roti yang dibuat dari tepung terigu.
Karbohidrat terdiri dari zat “dapat dicerna” dalam bentuk zat gula (glukosa) dan zat pati dan
yang “tidak dapat dicerna” dalam bentuk serat.
Sumber karbohidrat yang baik adalah yang masih mengandung serat. Ada serat yang larut
dalam air dan yang tidak dapat larut. Walaupun keduanya tidak memberikan zat gizi pada
tubuh, namun serat memberikan manfaat kesehatan.
Serat yang larut dalam air dapat mengikat lemak di saluran pencernaan dan membuangnya
bersama kotoran, sehingga pada akhirnya menurunkan tingkat kolesterol jahat. Serat ini
juga membantu mengatur penggunaan gula oleh tubuh dan menahan rasa lapar. Serat
yang tidak larut membantu mendorong sisa makanan melewati saluran pencernaan dan
menunjang buang air besar (BAB) secara teratur.

Pada prinsip Gizi Seimbang, konsumsi gula dibatasi. Konsumsi makanan bergula
berlebihan mendorong timbulnya kegemukan dan segala akibatnya seperti diabetes. Para
pakar menetapkan rentang konsumsi karbohidrat sebesar 45-65 persen energi total.
Protein Memberikan Berbagai Manfaat Kesehatan
Protein terdiri dari asam amino. Diantaranya ada yang esensial karena tidak bisa dihasilkan
oleh tubuh dan hanya dapat diperoleh dari makanan. Selebihnya dapat diproduksi oleh hati
bila komponen yang diperlukan tersedia.
Protein memberikan banyak manfaat bagi tubuh. Yang pertama dan yang terpenting,
protein bertanggungg jawab untuk pertumbuhan dan pemeliharaan semua sel dan struktur
tubuh, seperti tulang, otot, sel darah, kulit dan rambut. Protein juga merupakan unsur utama
enzim yang membantu banyak reaksi kimia dalam tubuh, diantaranya pencernaan.
Protein juga merupakan bagian dalam produksi hormon seperti insulin, hormon tiroid,
estrogen dan testosteron. Protein untuk makanan kita bisa berasal dari nabati, seperti
kedelai dan kacang2an, atau berasal dari sumber hewani seperti daging, susu dan
olahannya serta telur. Dengan kedelai sebagai pengecualian, hanya protein hewani yang
mengandung semua asam amino dan dalam jumlah cukup.
Adapun makanan nabati (sumber protein nabati) mengandung asam amino yang kurang
lengkap, kecuali bila kacang-kacangan dikonsumsi secara kombinasi dan bervariasi, sesuai
dengan prinsip pertama Gizi Seimbang. Oleh sebab itu, camilan yang terdiri atas berbagai
jenis kacang-kacangan adalah tergolong camilan yang sehat.
Vitamin Dan Mineral – Walau Hanya Diperlukan Sedikit Namun Penting
Vitamin dan mineral adalah zat gizi mikro yang memperlancar proses pembuatan energi
dan proses biologis lainnya yang diperlukan untuk mempertahankan kesehatan. Ada
banyak vitamin dan mineral yang dikenal luas, namun ada beberapa yang masih menjadi
masalah kesehatan masyarakat.
Masalah kekurangan vitamin dan mineral merupakan masalah utama yang banyak dialami
negara berkembang, termasuk Indonesia. Vitamin-vitamin yang menjadi masalah
kesehatan masyarakat adalah vitamin A, berbagai vitamin B, khususnya folat, vitamin
B1, B2, dan vitamin B12, sedangkan mineral-mineral yang menjadi masalah kesehatan
masyarakat adalah yodium, zat besi, dan zat seng.
Jenis mineral lain seperti kalsium, mungkin merupakan masalah bagi sekelompok orang
yang secara klinik terkait dengan risiko penyakit, tetapi bukan masalah kesehatan
masyarakat. Vitamin dan mineral terutama banyak terdapat dalam sayur dan buah.
Untuk mempertahankan kandungan vitamin dan mineral, sayur sebaiknya dihidangkan
dalam bentuk mentah setelah dicuci bersih atau setengah matang sebagai salad atau
lalapan.
Masyarakat, terutama anak-anak, yang kekurangan vitamin A antara lain karena sayur
umumnya merupakan makanan yang kurang disukai di dalam keluarga. Oleh sebab itu
sayuran dan buah-buahan dianjurkan dikonsumsi sesering mungkin tiap hari.
Sebenarnya makanan sumber protein hewani adalah juga sumber vitamin dan mineral
penting khususnya vitamin A, zat besi, dan folat yang sangat dibutuhkan ibu hamil. Hanya

saja vitamin yang berasal dari makanan hewani relatif lebih mahal daripada sayur dan
buah.
Air
Air merupakan zat gizi dan unsur yang paling berlimpah dalam tubuh. Makin muda
seseorang, makin banyak kandungan air dalam tubuhnya. Air penting untuk fungsi tubuh,
seperti pengatur suhu tubuh, sistem saraf, cairan otak dan sumsum tulang belakang.
Air diperlukan untuk melakukan banyak reaksi kimia penting pencernaan dan
metabolisme. Untuk menjaga keseimbangan air dapat dipengaruhi oleh umur, aktivitas fisik,
suhu, pola makan dan status kesehatan (seperti saat hamil dan menyusui, untuk seorang
ibu). Pada masyarakat umum, jumlah air yang dikonsumsi minimum 2 liter atau 8 gelas per
hari.

Mewajarkan Pengagihan Makanan Kepada Golongan Kurang
Bernasib Baik
Syukur alhamdulillah kita dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Malaysia adalah
sebuah negara yang aman damai dan membangun. Kesejahteraan negara kita
bukan sahaja memberi peluang kepada rakyat belajar dan bekerja tetapi dapat
mengelakkan kita daripada kebuluran. Setiap hati kita menjamu makan makanan
berkhasiat dan menjalani gaya hidup yang sihat.

Bagaimanapun, bukan semua orang bertuah seperti kita. Congo, Liberia, Burundi
adalah tiga negara yang paling miskin di dunia. Harga makanan di sana sangat
mahal, menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk

membeli makanan berkhasiat. Mereka kekurangan sumber protein seperti daging,
ayam dan ikan. Kesannya, ramai penduduk yang menghadapi malnutrisi dan
penyakit kekurangan zat. Oleh itu, adalah wajar bagi kita untuk mengagihkan
makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik di sana.

Di negara kita, mungkin juga terdapat segelintir golongan yang sangat miskin
sehingga tidak mampu untuk membeli makanan berkhasiat. Contohnya golongan
gelendangan yang hidup meminta sedekah dan ehsan daripada orang awam.
Mereka bukan sahaja tiada tempat tinggal malah tiada wang untuk membeli
makanan berkhasiat.
Bantulah golongan gelendangan ini dengan menyumbangkan makanan kepada
mereka. Jika mereka makan makanan berkhasiat, InsyaAllah mereka mempunyai
tenaga yang cukup untuk berkerja dan menyara keluarga mereka. Secara tidak
langung, dengan mengagihkan makanan kepada golongan miskin, dapat membantu
meningkatan tahap sosiol ekonomi mereka.

P E N G AG I H A N M A K A N A N K E PA DA YA N G KU RA N G B E R N A S I B
B A I K / M E M E R LU K A N
Wajarkah mengagihkan makanan kepada yang memerlukan?Sudah tentunya wajar.Amalan
yang baik di sisi Allah semestinya kita digalakkan untuk berbuat demikian.Bagaimana jika
kita tidak mempunyai wang?Jika berkemampuan untuk menolong,tolong lah mereka.Ambil
kesempatan yang ada untuk melakukan perkara yang baik.Zaman yang sedang membangun

serta moden,mempunyai pelbagai cara nak menyumbangkan sedikit sebanyak daripada
harta kita untuk orang lain.

Antara orang yang kurang bernasib baik/memerlukan

-Fakir miskin/Pengemis

*Tidak mempunyai wang untuk beli makanan berkhasiat dan berzat.

-Orang yang sedang berperang

*Mereka memerlukan khasiat dan zat yang cukup untuk
berperang.

-Orang yang tidak berkemampuan membeli makanan yang
berkhasiat

*Contohnya di Congo dan Liberia kerana harga makanan yang mahal.

Oleh itu,kita sebagai yang berkemampuan sewajarnya menolong dan bersedekah dengan
hati yang ikhlas.Semoga dapat membantu mereka walaupun yang diberi tidak
seberapa.Bersyukurlah kerana keperluan kita mencukupi tidak seperti di negara negara lain.

* ADAB MAKAN YANG MENEPATI SENSITIVITI DAN KEPERCAYAAN AGAMA.
* Mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama.Bagi
seseorang Muslim,mengambil makanan adalah untuk meneruskan kehidupan dan
bukanlah hidup untuk makan. Kita perlu prihatin terhadap makanan yang diambil
dan menepati kehendak agama dan dari segi khasiatnya. Bagi orang Islam

diharamkan memakan daging khinzir dan meminum arak. Makan makanan yang
halal dan bersih sangat-sangat penting bagi setiap orang Muslim.Makanan yang
halal tidak saja bermaksud,daging dari binatang yang halal dimakan,tetapi juga
mencukupi keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut,seperti penggunaan
peralatan yang bersih dari segi Islam dan juga proses penyembelihan mengikut
kaedah Islam. * Bagi agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk
makan daging binatang,hasil laut,burung dan kehidupan-kehidupan yang lain.
Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa ada hak untuk hidup di dunia
ini dan manusia tidak boleh membunuh atau mencederakan sesebuah kehidupan
yang lain untuk memuaskan keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila
seorang manusia membunuh seekor binatang,dia akan dilahirkan kembali sebagai
binatang tersebut.Agama Buddha hanya mengesyorkan pengikutnya untuk makan
sayur-sayuran berdaun,sayur-sayuran berbuah,dan buah-buahan yang bersih dan
suci. * Kebanyakan orang menganggap dan mempercayai bahawa lembu tidak
dimakan oleh penganut agama Hindu dan berbangsa India kerana lembu dianggap
salah satu Tuhan mereka.Namun,itu merupakan tanggapan yang salah
sebenarnya.Seperti yang kita fahami kebanyakan orang keturunan India tidak
makan daging lembu.Orang India di sini tidak bermaksud penganut agama Hindu
sahaja sebaliknya semua orang keturunan

India,termasuk penganut agama Islam,Buddha,Sikh,Zen,Jainism dan
sebagainya.Secara amnya penduduk di India jarang makan daging lembu dari
zaman dahulu lagi.Lembu merupakan seekor binatang yang sangat jinak dan rapat
dengan manusia,kebanyakan orang kampong di India menganggap lembu sebagai
salah satu ahli keluarganya.Mengelakkan dari makan daging lembu merupakan
sebuah tradisi di India sebagai suatu penghormatan dan tanda mengenang jasa
budi lembu kepada kaum manusia.

Rancang Gizi Seimbang Dengan Senarai Kalori Makanan
Seharian
Rabu, Mei 29, 2013 PBS, Sains Ting 2 56 comments

Adalah merupakan satu keperluan bagi setiap individu dalam
merancang pemakanan seimbangdengan menggunakan senarai kalori makanan
yang kita makan seharian. Sebagai contohnya, wanita dewasa memerlukan 16002000 kalori sehari manakala lelaki dewasa pula memerlukan sehingga 2000-2500
kalori sehari.

Keperluan kalori juga adalah bergantung kepada beberapa faktor lain seperti
jantina, umur, saiz badan, jenis pekerjaan, iklim dan keadaan kesihatan. Manakala
setiap 8000 kalori yang lebih atau terkumpul pula akan menaikkan 1kg berat
badan anda. Di bawah ini, disenaraikan kalori-kalori mengikut makanan harian
kita.

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan)
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan)
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan)
4. Nasi briyani berayam (sepinggan)
5. Nasi minyak kosong (sepinggan)
6. Nasi ayam kosong (sepinggan)
7. Mee goreng kosong (sepinggan)
8. Mee sup (semangkuk)
9. Mee hoon goreng (sepinggan)
10. Roti putih (2 keping)
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping)
12. Capati tanpa kuah (sekeping)
13. Pau ayam (sebiji)
14. Emping jagung kosong (secawan)
Kategori: Lauk Pauk

= 260 kalori
= 400 kalori
= 635 kalori
= 880 kalori
= 445 kalori
= 300 kalori
= 660 kalori
= 380 kalori
= 550 kalori
= 156 kalori
= 200 kalori
= 180 kalori
= 203 kalori
= 160kalori

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor)
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong)
3. Ikan kembong goreng (seekor)
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong)
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis)
6. Ayam kari berkuah (sepotong)
7. Ayam goreng (sepotong)
8. Ayam tandoori (sepotong)
9. Sambal udang (setengah cawan)
10. Sambal sotong (setengah cawan)
11. Telor goreng (sebiji)
12. Tauhu goreng (sekeping)
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan)

= 85 kalori
= 142 kalori
= 140 kalori
= 210 kalori
= 130 kalori
= 250 kalori
= 255 kalori
= 220 kalori
= 70 kalori
= 55 kalori
= 110 kalori
= 110 kalori
= 40 kalori

Kategori: Kuih Muih
1.Kasui berkelapa parut (sekeping)
2. Kuih lapis (sekeping)
3. Bingka ubi (sekeping)
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana)
5. Popia goreng (satu)
6. Popia basah (satu)
7. Pisang goreng (sekeping)
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong)
9. Karipap (sebiji)
10. Sandwich sardin (sekeping)
11. Bubur kacang (semangkuk)

= 160 kalori
= 130 kalori
= 220 kalori
= 180 kalori
= 130 kalori
= 95 kalori
= 170 kalori
= 87 kalori
= 130 kalori
= 70 kalori
= 100 kalori

Kategori: Makanan Segera
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Peha ayam goreng (satu)
Nugget ayam (satu)
Kentang lecek (satu tub kecil)
Sayur kobis hancur (satu tub)
Burger keju (satu)
Kentang goreng (satu kantung kecil)
Sate ayam (secucuk)
Pizza berkeju (sepotong)

Kategori: Buah-buahan

= 130 kalori
= 60 kalori
= 90 kalori
= 75 kalori
= 425 kalori
= 405 kalori
= 35 kalori
= 240 kalori

1. Tembikai (sepotong)
2. Betik (sepotong)
3. Pisang emas (2 biji)
4. Durian (5 ulas)
5. Limau (sebiji)
6. Jambu batu (sebiji)
7. Nenas (sepotong)
8. Epal (sebiji)
9. Ciku (sebiji)
10. Mangga (sebiji)

= 20 kalori
= 45 kalori
= 76 kalori
= 64 kalori
= 42 kalori
= 110 kalori
= 59 kalori
= 63 kalori
= 44 kalori
= 103 kalori

Kategori: Minuman
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Minuman berkabonat 1 tin 285g
Minuman kotak 250g
Susu tepung penuh krim 1 sudu makan
Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan
Aiskrim 2 skop
Susu pekat manis 1 sudu makan
Yogurt rendah lemak 1 cawan
Mentega 2 sudu teh

Sumber

= 120 kal
= 105 kal
= 33 kal
= 25 kal
= 390 kal
= 71 kal
= 90 kal
= 75 kal

Untuk merancang pemakanan yang sihat dan seimbang juga, kita juga perlu
mengambilkira beberapa faktor lain seperti:
a) keperluan kalori seharian kita
keperluan kalori seharian adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Sebagai
contoh, keperluan kalori bagi seorang budak lelaki yang aktif dengan seorang
budak perempuan yang kurang aktif adalah berlainan.
b) kelas makanan yang seimbang
mengandungi kelas makanan yang seimbang dan mencukupi. Tidak ada kelas
makanan yang berlebihan atau tidak mencukupi, kerana setiap zat makanan
adalah penting dan mempunyai fungsi masing-masing.
Cubalah kira berapa banyak kalori yang anda ambil dalam satu hari. Atas sikap tak
pernah ambil tahu dan tak nak ambil tahulah menyebabkan Malaysia tergolong
dalam kalangan negara yang menghadapi masalah OBESITI....

Adab Makan Yang Menepati Sensitivity dan Kepercayaan
Agama di Malaysia
Isnin, Jun 03, 2013 PBS 62 comments

Adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama di Malaysia.
PBS Sains Tingkatan 2 B6D2E1. Saya kongsikan maklumat mengenai adab
makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama Islam, Buddha,
dan Hindu di Malaysia ini sebagai bahan rujukan dalam menghasilkan buku
skrap . Bagi yang mempunyai maklumat dan rujukan bagi adab makan
agama lain, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini.
Secara ringkasnya, agama Islam mengharamkan penganutnya memakan
daging babi dan meminum arak. Agama Buddha dan Hindu menggalakkan
amalan diet vegetarian tulen atau vegetarian lakto. Diet vegetarian tulen
mengandungi makanan protein daripada sumber tumbuhan seperti kacang
soya dan hasilnya bagi menggantikan sumber protein daging.

1) Islam
Bagi penganut agama Islam diharamkan memakan daging babi dan
meminum arak. Makan makanan yang halal dan bersih sangat-sangat
penting bagi setiap orang Muslim . Makanan yang halal tidak saja
bermaksud, daging dari binatang yang halal dimakan, tetapi juga
mencakupi keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut, seperti
penggunaan peralatan yang bersih dari segi Islam dan juga proses
penyembelihan mengikut kaedah Islam.
Jadi bagaimana hendak memilih makanan yang halal ,bersih dan suci ?.
Kita boleh memilih makanan dari kategori Halal dan haram dengan senang.
Kategory Makan yang Halal dimakan
1.

Semua jenis buah-buahan yang bersih

2.

Semua jenis sayur-sayuran yang bersih

3.

Semua kehidupan laut yang tidak beracun

4.

Binatang yang disembelih dengan Nama Allah
Kategori makanan yang Haram dimakan

1.

Binatang yang mati dengan sendiri

2.

Binatang yang mati dalam kemalangan

3.

Binatang yang dibunuh

4.

Tumbuh-tumbuhan yang beracun dan kotor

5.

Buah-buahan yang beracun dan kotor
Ketegori Binatang yang haram dimakan

1.

Binatang yang memburu dengan kuku ( Monyet , helang )

2.

Binatang yang memburu dengan gigi. ( Harimau , Singa )

3.

Binatang yang hidup di dua alam – air dan darat – ( Kura-kura ,
Buaya ).

4.

Binatang yang tapak kakinya meletup - ( khinzir)

5.

Binatang yang kulitnya tidak dapat dikupas ( Khinzir )

6.

Binatang yang beracun ( Ular , Cicak )

7.

Binatang yang tidak berdarah ( Lipas )
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak
disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk
semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari
Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh
dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan
binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis
nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga)
kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang
demikian itu adalah perbuatan fasik. Maka sesiapa yang terpaksa kerana
kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak
cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana
sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 5:3
Petikan dari: Makanan yang Halal dan Haram | Rahsia Alam. com

2. Buddha
Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan
daging binatang, hasil laut, burung dan kehidupan-kehidupan yang lain.
Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa ada hak untuk hidup
di dunia ini dan manusia tidak boleh membunuh atau mencederakan
sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan keperluannya. Mengikut
ajaran agama Buddha apabila seorang manusia membunuh seekor binatang,

dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut.
Salah satu ajaran penting agama Buddha ialah lahir berulang kali (ReIncarnation). Ajaran agama Buddha mengatakan bahawa manusia yang
membuat sesejenis kesalahan mungkin akan lahir kembali ke dunia ini
sebagai binatang, jadi apabila seseorang manusia makan daging binatang ia
sama seperti dia makan daging seorang manusia kerana binatang tersebut
mungkin kelahiran semula (Re-Incarnation) seseorang manusia.
Jika kita meneliti cara hidup binatang dengan betul, kita boleh mengenali
bahawa kebanyakan binatang hidup dalam kumpulan seperti keluarga
manusia dan menghormati hubungan sesama binatang. Binatang yang kita
bunuh untuk makanan mungkin bapa, ibu, adik beradik atau ahli keluarga
sesebuah binatang yang lain, apabila kita membunuh salah satu binatang
dari kumpulan binatang tersebut ia akan menyakiti hati ahli kumpulan yang
lain. Apabila kita membunuh sebuah binatang dewasa, anak-anak binatang
tersebut akan menjadi yatim dan mungkin mati kebuluran.
Oleh kerana sebab-sebab di atas dan oleh kerana banyak sebab yang lain,
agama Buddha melarang umatnya untuk makan daging binatang.
Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah seperti halia, bawang,
bawang putih dan sebagainya dilarang untuk dimakan oleh pengikut agama
Buddha. Tumbuh-tumbuhan tersebut hanya perlu dimakan oleh manusia
yang makan daging supaya daging yang mereka makan dapat di cerna
dengan cepat. Satu lagi aspek penting ialah tumbuh-tumbuhan seperti itu
akan merosakkan sistem penghadaman kita dan akan merosakkan saraf dan
usus manusia.
Agama Buddha hanya mengesyorkan pengikutnya untuk makan sayursayuran berdaun, sayur-sayuran berbuah, dan buah-buahan yang bersih dan
suci.
Petikan dari: Kaedah Makanan Dalam Agama Buddha | Rahsia Alam. com

3) Hindu
Kebanyakan orang menganggap dan mempercayai bahawa lembu tidak
dimakan oleh penganut agama Hindu dan berbangsa India kerana lembu
dianggap salah satu Tuhan mereka. Namun, itu merupakan tanggapan yang
salah sebenarnya.

Seperti yang kita fahami kebanyakan orang keturunan India tidak makan
daging lembu. Orang India di sini tidak bermaksud penganut agama Hindu
sahaja sebaliknya semua orang keturunan India, termasuk penganut agama
Islam, Buddha, Sikh, Zen, Jainism dan sebagainya. Secara amnya penduduk
di India jarang makan daging lembu dari zaman dahulu lagi.
Hakikatnya, hubungan di antara penduduk India dengan lembu sangat
rapat sehingga mereka meraikan perayaan untuk lembu, iaitu yang digelar
“Mattu Ponggal”. “Ponggal” merupakan hari perayaan di mana para petani
di India mengucap terima kasih kepada bumi, air, angin dan matahari
kerana membantu mereka dalam bercucuk tanam dan pada hari berikutnya
mereka meraikan sebagai “Mattu Ponggal” di mana mereka mandikan
lembu-lembu mereka, menghias lembu mereka dan memberi makanan,
manisan dan sebagainya kepada lembu-lembu yang telah bekerjasama
dengan mereka di sawah padi.

Lembu yang telah dihias cantik
Selain itu, apabila seorang bayi lahir ke bumi ini hanya dua jenis susu yang
boleh diminum oleh bayi tersebut iaitu susu ibunya dan susu lembu, bukan
sahaja bayi malah kanak-kanak dan orang dewasa pun turut minum susu
lembu oleh itu lembu betina dihormati sebagai ibu di India.
Beras dan hasil cucuk tanam yang kita makan hari ini di hasilkan oleh
jentera dan mesin tetapi pada zaman dahulu manusia sendiri yang berkerja
di sawah padi dan ladang, manusia turut dibantu oleh lembu dalam kerja-

kerja perladangan. Pada zaman dahulu setiap keluarga di kampung akan
membela beberapa ekor lembu untuk mendapatkan susunya, untuk berkerja
di ladang, sawah dan juga untuk di jadikan kenderaan.

Haiwan ini dihormati oleh masyarakat India kerana jasa dan khidmatnya
Selepas seorang ayah lembu jantanlah yang berkerja keras untuk
menghasilkan bekalan makanan untuk keluarga tersebut oleh itu lembu
jantan dihormati sebagai ayah di India.
Lembu merupakan seekor binatang yang sangat jinak dan rapat dengan
manusia, kebanyakan orang kampung di India menganggap lembu sebagai
salah satu ahli keluarganya. Mengelakkan dari makan daging lembu
merupakan sebuah tradisi di India sebagai suatu penghormatan dan tanda
mengenang jasa budi lembu kepada kaum manusia.
Sewajar kita harus menghargai jasa haiwan yang banyak membantu untuk
melakukan kerja kerana dengan adanya haiwan-haiwan seperti lembu,
kerbau, beruk, anjing dan sebagainya sedikit sebanyak kerja manusia
menjadi ringan lebih-lebih lagi kerja di tengah panas selain bebanan kerja
yang berat.

ADAB MAKAN YANG MENEPATI SENSITIVITI DAN KEPERCAYAAN AGAMA DI MALAYSIA Secara
ringkasnya, agama Islam mengharamkan penganutnya memakan daging babi dan meminum
arak. Agama Buddha dan Hindu menggalakkan amalan diet vegetarian tulen atau vegetarian lakto.
Diet vegetarian tulen mengandungi makanan protein daripada sumber tumbuhan seperti kacang
soya dan hasilnya bagi menggantikan sumber protein daging. 1) Islam Bagi penganut agama
Islam diharamkan memakan daging babi dan meminum arak. Makan makanan yang halal dan
bersih sangat-sangat penting bagi setiap orang Muslim .Makanan yang halal tidak saja bermaksud,
daging dari binatang yang halal dimakan, tetapi juga mencakupi keseluruhan proses penyediaan
makanan tersebut, seperti penggunaan peralatan yang bersih dari segi Islam dan juga proses

penyembelihan mengikut kaedah Islam. Jadi bagaimana hendak memilih makanan yang halal ,
bersih dan suci ? Kita boleh memilih makanan dari kategori Halal dan haram dengan senang.
Kategory Makan yang Halal dimakan 1. Semua jenis buah-buahan yang bersih 2. Semua jenis
sayur-sayuran yang bersih 3. Semua kehidupan laut yang tidak beracun 4. Binatang yang
disembelih dengan Nama Allah Kategori makanan yang Haram dimakan 1. Binatang yang mati
dengan sendiri 2. Binatang yang mati dalam kemalangan 3. Binatang yang dibunuh 4. Tumbuhtumbuhan yang beracun dan kotor 5. Buah-buahan yang beracun dan kotor Kategori Binatang yang
haram dimakan 1. Binatang yang memburu dengan kuku ( Monyet , helang ) 2. Binatang yang
memburu dengan gigi. ( Harimau , Singa ) 3. Binatang yang hidup di dua alam – air dan darat –
( Kura-kura , Buaya ). 4. Binatang yang tapak kakinya meletup -Â ( khinzir) 5. Binatang yang kulitnya
tidak dapat dikupas ( Khinzir ) 6. Binatang yang beracun ( Ular , Cicak ) 7. Binatang yang tidak
berdarah ( Lipas ) Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih),
dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang
yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan
yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang
buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas
nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak
panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan
(memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak enderung hendak melakukan dosa
(maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.  5:3 Petikan dari: Makanan yang Halal dan Haram | Rahsia Alam. com 2. Buddha
Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang, hasil laut,
burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa
ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh membunuh atau mencederakan sesebuah
kehidupan yang lain untuk memuaskan keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila
seorang manusia membunuh seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang
tersebut. Salah satu ajaran penting agama Buddha ialah lahir berulang kali (Re-Incarnation). Ajaran
agama Buddha mengatakan bahawa manusia yang membuat sesejenis kesalahan mungkin akan
lahir kembali ke dunia ini sebagai binatang, jadi apabila seseorang manusia makan daging binatang
ia sama seperti dia makan daging seorang manusia kerana binatang tersebut mungkin kelahiran
semula (Re-Incarnation) seseorang manusia. Jika kita meneliti cara hidup binatang dengan betul,
kita boleh mengenali bahawa kebanyakan binatang hidup dalam kumpulan seperti keluarga manusia
dan menghormati hubungan sesama binatang. Binatang yang kita bunuh untuk makanan mungkin
bapa, ibu, adik beradik atau ahli keluarga sesebuah binatang yang lain, apabila kita membunuh
salah satu binatang dari kumpulan binatang tersebut ia akan menyakiti hati ahli kumpulan yang lain.
Apabila kita membunuh sebuah binatang dewasa, anak-anak binatang tersebut akan menjadi yatim
dan mungkin mati kebuluran. Oleh kerana sebab-sebab di atas dan oleh kerana banyak sebab yang
lain, agama Buddha melarang umatnya untuk makan daging binatang. Tumbuh-tumbuhan yang
tumbuh di bawah tanah seperti halia, bawang, bawang putih dan sebagainya dilarang untuk
dimakan oleh pengikut agama Buddha. Tumbuh-tumbuhan tersebut hanya perlu dimakan oleh
manusia yang makan daging supaya daging yang mereka makan dapat di cerna dengan cepat. Satu
lagi aspek penting ialah tumbuh-tumbuhan seperti itu akan merosakkan sistem penghadaman kita
dan akan merosakkan saraf dan usus manusia. Agama Buddha hanya mengesyorkan pengikutnya
untuk makan sayur-sayuran berdaun, sayur-sayuran berbuah, dan buah-buahan yang bersih dan
suci. Petikan dari:Â Kaedah Makanan Dalam Agama Buddha | Rahsia Alam. com 3) Hindu
Kebanyakan orang menganggap dan mempercayai bahawa lembu tidak dimakan oleh penganut

agama Hindu dan berbangsa India kerana lembu dianggap salah satu Tuhan mereka. Namun, itu
merupakan tanggapan yang salah sebenarnya. Seperti yang kita fahami kebanyakan orang
keturunan India tidak makan daging lembu. Orang India di sini tidak bermaksud penganut agama
Hindu sahaja sebaliknya semua orang keturunan India, termasuk penganut agama Islam, Buddha,
Sikh, Zen, Jainism dan sebagainya. Secara amnya penduduk di India jarang makan daging lembu
dari zaman dahulu lagi. Hakikatnya, hubungan di antara penduduk India dengan lembu sangat rapat
sehingga mereka meraikan perayaan untuk lembu, iaitu yang digelar “Mattu Ponggal .Â
“Ponggal  merupakan hari perayaan di mana para petani di India mengucap terima kasih
kepada bumi, air, angin dan matahari kerana membantu mereka dalam bercucuk tanam dan pada
hari berikutnya mereka meraikan sebagai “Mattu Ponggal  di mana mereka mandikan lembulembu mereka, menghias lembu mereka dan memberi makanan, manisan dan sebagainya kepada
lembu-lembu yang telah bekerjasama dengan mereka di sawah padi. Selain itu, apabila seorang
bayi lahir ke bumi ini hanya dua jenis susu yang boleh diminum oleh bayi tersebut iaitu susu ibunya
dan susu lembu, bukan sahaja bayi malah kanak-kanak dan orang dewasa pun turut minum susu
lembu oleh itu lembu betina dihormati sebagai ibu di India. Beras dan hasil cucuk tanam yang kita
makan hari ini di hasilkan oleh jentera dan mesin tetapi pada zaman dahulu manusia sendiri yang
berkerja di sawah padi dan ladang, manusia turut dibantu oleh lembu dalam kerja-kerja
perladangan. Pada zaman dahulu setiap keluarga di kampung akan membela beberapa ekor lembu
untuk mendapatkan susunya, untuk berkerja di ladang, sawah dan juga untuk di jadikan kenderaan.
Selepas seorang ayah lembu jantanlah yang berkerja keras untuk menghasilkan bekalan makanan
untuk keluarga tersebut oleh itu lembu jantan dihormati sebagai ayah di India. Lembu merupakan
seekor binatang yang sangat jinak dan rapat dengan manusia, kebanyakan orang kampung di India
menganggap lembu sebagai salah satu ahli keluarganya. Mengelakkan dari makan daging lembu
merupakan sebuah tradisi di India sebagai suatu penghormatan dan tanda mengenang jasa budi
lembu kepada kaum manusia. Sewajar kita harus menghargai jasa haiwan yang banyak membantu
untuk melakukan kerja kerana dengan adanya haiwan-haiwan seperti lembu, kerbau, beruk, anjing
dan sebagainya sedikit sebanyak kerja manusia menjadi ringan lebih-lebih lagi kerja di tengah
panas selain bebanan kerja yang berat. SUMBER : http://www.cikguhai