Manhaj Sastera Islam Menurut Kaca Mata S (1)

Manhaj Sastera Islam… Mohd Shahrizal

Manhaj Sastera Islam Menurut Kaca Mata Shaykh
Abū al-×asan ÑAlī al-Nadwī
Oleh: Mohd Shahrizal Nasir*

Abstract: This article is dedicated to discussing the aspirations and views of AbË al-Hasan ÑAlÊ
al-NadwÊ, the founder of the Universal League of Islamic Literature, on the Islamic literature
framework in an attempt to rectify assumptions and misconceptions on Islamic literature. Islamic
literature has been assumed by many as obsolete, rigid and untangable for the fact that it is
committed to the religious, value-orientation and ethical commitments in accordance to the
Islamic worldview. This article highlights the meaning of Islamic literature and its concept based
on al-NadwÊ point of view. Al-NadwÊ is a well-known scholar in promoting Islamic literature as
an intellectual means of enlightenment to society. Without any doubt, al-NadwÊ was contribute
such a great contribution to the cultural and literature studies of Islam.
Keywords: Islam, Islamic literature, moral value, tauÍÊd, al-adab.

Pendahuluan
Perbincangan mengenai sastera Islam tidak boleh lari daripada merujuk kepada aktiviti para
penulis karya sastera yang berusaha memanfaatkan unsur-unsur Islam ke dalam karya mereka.
Secara tidak langsung, golongan ini dilihat berusaha untuk memartabatkan seni sastera yang

sejajar dengan tuntutan Islam. Dalam dunia kesusasteraan Arab, antara tokoh-tokoh yang
berjuang untuk memartabatkan sastera Islam di persada dunia seperti Sayyid QuÏb, MuÍammad
QuÏb, NajÊb al-KÊlānÊ, ÑImād al-DÊn al-KhalÊl, ÑAbd al-RaÍmān Ra’fat Bāshā, dan juga Shaykh
AbË al-×asan ÑAlī al-NadwÊ (seterusnya al-NadwÊ).
Dewasa ini, kehadiran dan pemanfaatan sastera Islam menjadi satu kemestian. Antara
lain, ia berperanan menyanggah dan menolak pendapat sesetengah ideologi sastera Barat yang
mencetuskan pelbagai bentuk kebobrokan dalam kehidupan manusia. Ideologi-ideologi Barat
seperti Marxisme dan Sosialisme mendapat sambutan baik dalam kalangan penggiat sastera
antarabangsa. Sebagai contoh, terdapat karya Barat yang dilihat menghina Islam secara jelas
seperti karya The Divine Comedy yang telah dihasilkan oleh Dante Alighieri (1265-1321),
seorang sasterawan yang dilahirkan pada tahun 1265 di Florence (Dante 1993, 3). Karya ini
dilihat sebagai satu manipulasi Dante terhadap peristiwa Israk Mikraj dalam Islam. Sesuatu yang
melampaui batas apabila Dante dengan jelas meletakkan Nabi Muhammad dan Saidina Ali dalam
neraka bersama-sama ahli maksiat yang lain dalam karyanya itu (Dante 1993, 117).
Bukan sekadar itu sahaja, dunia sastera Arab juga dirosakkan dengan kehadiran elemenelemen yang bertentangan dengan Islam. Sesetengah para karyawan Arab dilihat telah
terpengaruh dengan pemikiran, ideologi dan konvensi sastera Barat iaitu apabila mereka
memanfaatkan simbol-simbol Barat dan agama Kristian dalam kesusasteraan Arab-Islam, yang
diguna dan diterima pakai secara selesa tanpa bantahan yang signifikan. Sebagai contoh ialah
simbol salib, iaitu yang dianggap oleh penganut Kristian sebagai lambang penderitaan Jesus
*


Dosen Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),
Terengganu, Malaysia.
- 179 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

Manhaj Sastera Islam… Mohd Shahrizal

kerana menebus dosa pengikutnya. Simbol ini digunakan oleh para karyawan Arab-Islam dalam
karya mereka. Lebih daripada itu, menurut MaÍmËd MuÍammad Shākir, para penyair Arab yang
menggunakan simbol salib dalam karya mereka mengatakan bahawa salib adalah satu simbol
pengorbanan insan terhadap sesuatu perkara yang berharga (Shākir, 1415H: 72-78). ÑAbd alWahhāb al-Bayātī, seorang penyair berasal dari Iraq, adalah antara karyawan Arab yang kerap
menggunakan simbol salib dalam karya puisinya.
Berdasarkan fenomena-fenomena ini, adalah jelas bahawa sastera Islam semakin
diperlukan bagi menangkis dakyah jahat ini. Sebenarnya terdapat beberapa takrifan yang
diberikan bagi merujuk kepada istilah sastera Islam. Takrifan ini dicetuskan oleh beberapa orang
tokoh yang mendalami bidang sastera khususnya sastera Arab. Antaranya MuÍammad QuÏb yang
menjelaskan bahawa sastera Islam adalah satu ungkapan yang indah tentang cakerawala,
kehidupan dan manusia daripada tasawur Islam tentang alam ini (QuÏb, T.th: 6). Namun, dalam
makalah ini, penulis tidak sekadar menurunkan beberapa takrifan ringkas tentang sastera Islam,
sebaliknya makalah akan menfokuskan penelitian terhadap manhaj atau kerangka asas bagi

menggambarkan keutuhan konsep sastera Islam tersebut. Pemahaman yang jelas mengenai
sastera Islam menerusi manhaj atau kerangka yang lebih mendalam akan membuatkan khalayak
masyarakat mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai perkara ini.
Justeru, pemilihan al-NadwÊ dan pandangannya tentang sastera Islam bagi perbincangan
dalam makalah ini adalah amat signifikan. Selain banyak menulis esei-esei berbentuk eceran
dalam majalah-majalah berorientasikan sastera, al-NadwÊ turut giat menulis buku berbentuk
ilmiah yang khusus membicarakan sastera Islam. Posisi al-NadwÊ sebagai pengasas dan bekas
pengerusi pertama Pertubuhan Sastera Islam Sedunia (RābiÏah al-Adab al-IslāmÊ al-ÑÓlamÊah)
juga mengukuhkan sebab pemilihan al-NadwÊ bagi perbincangan tentang sastera Islam dalam
makalah ini.

Sejarah Hidup al-Nadwī
Nama penuh al-NadwÊ ialah AbË al-×asan ÑAlÊ al-×asanÊ al-NadwÊ. Al-NadwÊ merupakan
seorang yang serba boleh. Beliau merupakan seorang pemimpin, pemikir, pendakwah dan juga
pada masa yang sama adalah seorang karyawan. Beliau dilahirkan pada 6 MuÍarram 1333 HijrÊ
bersamaan 23 November 1914 Masihi (al-GhËrÊ, 2005: 146). Al-NadwÊ berasal daripada sebuah
keluarga berketurunan Arab. Susur-galur nasab keturunannya sampai kepada Saidina ×assan bin
ÑAlī, iaitu cucuanda Rasulullah. Menjadi pengetahuan umum, bahawa al-NadwÊ merupakan
seorang tokoh yang dipandang tinggi dari segi ilmu pengetahuannya. Kemuliaan al-NadwÊ ini
bukan sahaja diterima daripada masyarakat sekelilingnya sahaja, malah beliau turut dikagumi

dan disegani oleh masyarakat dunia secara amnya.
Al-NadwÊ dibesarkan dalam keluarga yang amat mementingkan ilmu pengetahuan dan
agama. Keturunannya dikenali sebagai sebuah keturunan yang tinggi darjat kemuliaannya, iaitu
yang berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Islam, kuat pegangan akidah, memenuhi setiap
masa dengan perjuangan meninggikan agama Allah, mempertahankan agama serta memelihara
keperibadian selaras dengan tuntutan Islam. Bapanya seorang ulama’ besar bernama al-Sayyid
ÑAbd al-×ay bin Fakhr al-Dīn al-×asanī. Beliau merupakan pengarang kitab masyhur berjudul
Nuzhat al-KhawāÏir dan Bahjat al-MasāmiÑ (Ùariq, 1421H: 7). Ibunya pula seorang pendidik,
penulis, penyair di samping memiliki kelebihan menghafal al-Qur’an (Ùariq, 1421H: 7). AlNadwÊ membesar dalam lingkungan individu yang kuat pegangan Islam. Oleh sebab itu, dapat
dibuat kesimpulan awal bahawa didikan Islam yang kuat dalam diri al-NadwÊ ini, akhirnya
menyebabkan beliau amat mementingkan bidang dakwah serta perjuangan ke arah
memartabatkan Islam dari segenap bidang termasuk bidang seni sastera.
- 180 -

DINIKA,

Volume

9,


Number

2,

July

2011

Manhaj Sastera Islam… Mohd Shahrizal

Dari sudut pendidikan, al-NadwÊ telah memulakan pendidikan awalnya di rumah dan di
masjid. Beliau belajar membaca huruf hijā’īyah serta belajar membaca buku-buku dalam bahasa
Urdu (al-GhËrÊ, 2005: 151). Pada peringkat yang lebih tinggi, al-NadwÊ telah melanjutkan
pengajiannya di Universiti Lakhore pada awal bulan Ogos tahun 1927 bagi mendalami bidang
sastera Arab. Pada ketika itu, umur al-NadwÊ belum mencapai 14 tahun (al-GhËrÊ, 2005: 160).
Beliau merupakan pelajar termuda di universiti berkenaan pada ketika itu, manakala kebanyakan
daripada para pelajar di situ merupakan lepasan daripada sekolah-sekolah Arab. Daripada sini,
secara jelas ia menunjukkan bahawa al-NadwÊ amat meminati bidang sastera Arab. Di atas minat
yang tinggi inilah akhirnya mendorong al-NadwÊ untuk terus merealisasi dan memperjuangkan
sastera Islam sehingga akhir hayatnya.

Berdasarkan penerangan mengenai latar belakang al-NadwÊ di atas, secara jelas ia
menggambarkan keperibadian mulia yang dimiliki oleh al-NadwÊ sejak zaman kecilnya sehingga
ke akhir hayatnya. Hal ini dikuatkan dengan pandangan beberapa orang tokoh Islam terhadap alNadwÊ. Antaranya, Sayyid QuÏb menyatakan bahawa:
“...AbË al-×asan al-NadwÊ sepertimana yang saya kenali daripada sudut
keperibadiannya dan penulisannya, saya mendapati bahawa dalam dirinya
terdapat sekeping hati dan akal Muslim, saya mengenalinya sebagai seorang
lelaki yang hidup dengan Islam dan untuk Islam, beliau bergerak atas asas
pemahaman yang tepat mengenai Islam, kesemuanya ini adalah satu penyaksiaan
yang saya buat kerana Allah” (al-GhËrÊ, 2005: 7).
Manakala seorang lagi tokoh besar dalam bidang dakwah Islam iaitu Shaykh YËsuf al-QaraÌāwÊ
yang menyatakan bahawa:
“Pendawah besar iaitu Shaykh AbË al-×asan ÑAlÊ al-NadwÊ ialah seorang umat
yang patuh, berpegang kepada manhaj salaf, tokoh ilmu yang mengamalkan
ilmunya, tokoh yang sempurna, seorang yang zuhud serta sentiasa bermujahadah,
pemilik buku-buku yang hebat, dan tulisan-tulisan yang hebat, serta pemberi
ucapan yang bermanfaat, perlakuan beliau tidak pernah menyalahi apa yang
beliau katakan, dirinya memenuhi ciri-ciri golongan salaf, ahli tasawuf, orang
yang bermazhab mahupun yang tidak bermazhab, dirinya memiliki ciri-ciri
golongan yang memiliki pengetahuan mengenai Islam silam dan kontemporari,
sesungguhnya kata-katanya menjadi persetujuan semua, beliau disayangi kerana

kebenarannya, keikhlasannya semata-mata kerana Allah, serta beliau jauh
daripada kepentingan peribadi, dan keutamaan sendiri, serta ketaksuban
Jahiliah...” (al-GhËrÊ, 2005: 8).
Begitu juga pendapat yang dilontarkan oleh seorang tokoh besar mengenai al-NadwÊ iaitu
Shaykh ÑAbd al-×alÊm MaÍmËd. Beliau merupakan bekas Shaykh al-Azhar dan kini merupakan
ketua Madrasah Sufi Moden. Beliau menyatakan pandangannya menerusi sebuah majlis ilmu di
Dār al-ÑUlËm iaitu Nadwah Ulama’ India pada tahun 1975:
“Secara ringkas tentang AbË al-×asan al-NadwÊ, kehidupannya kerana Allah,
perjalanan hidupnya sebagai seorang Muslim yang ikhlas kerana Allah dan
Rasulullah. Beliau menyeru manusia kepada Islam dengan contoh ikutan yang
terbaik, beliau menyeru manusia kepada Islam dengan buku-bukunya yang hebat,
beliau juga menyampaikan dakwah menerusi lawatannya, semoga Allah
memberikannya ganjaran sepertimana ganjaran yang diberikan kepada orangorang alim yang memperjuangkan agama-Nya” (al-GhËrÊ, 2005: 10).

- 181 -

DINIKA,

Volume


9,

Number

2,

July

2011

Manhaj Sastera Islam… Mohd Shahrizal

Begitulah pandangan beberapa orang tokoh tentang keperibadian al-NadwÊ. Seterusnya,
perkara yang lebih penting ialah untuk mengetahui sumbangan penulisan yang telah ditinggalkan
oleh al-NadwÊ. Secara umum, jumlah karya al-NadwÊ mencecah 300 tajuk yang kebanyakannya
ditulis dalam bahasa Arab. Antara karya-karya beliau ialah MÉdhÉ Khasara al-ÑÓlam bi InkhitÉt
al-MuslimÊn (Apakah Kerugian Dunia dengan Kelemahan Muslimin), IlÉ al-IslÉm min JadÊd (Ke
Arah Islam daripada Pembaharuan), IdhÉ Habbat RÊh al-ÔmÉn (Jika Bertiup Angin Keimanan),
Al-ÙarÊq ilÉ al-MadÊnah (Jalan Ke Kota), RijÉl al-Fikr wa al-DaÑwah fÊ al-IslÉm (Pemuda
Intelektual dan Dakwah kepada Islam), SÊrat KhÉtim al-NabÊyyÊn li al-AÏfÉl (Sejarah Rasul

Terakhir untuk Kanak-kanak), NaÐarÉt fÊ al-Adab (Pandangan Tentang Sastera), dan FÊ MasÊrat
al-×ayÉh (Di Jalan Kehidupan). Hakikatnya, kesemua buku al-NadwÊ berkisar tentang
perjuangannya bagi memastikan masyarakat kembali kepada Islam.
Al-NadwÊ telah kembali ke rahmatullah pada hari Juma’at, 23 RamaÌān 1420 ×ijrÊ
bersamaan 31 Disember 1999 Masihi (Ùariq, 1421H: 9). Latar belakang al-NadwÊ ini perlu
diketahui dan difahami dengan lebih jelas agar idea atau kerangka sastera Islam dari kacanya
dapat dirungkai dan difahami. Hakikatnya, penghormatan yang tinggi telah diberikan kepada alNadwÊ. Penghormatan ini diberikan bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan besar di
sepanjang hayatnya terhadap Islam, khususnya yang berkaitan dengan sastera Islam. Perkara ini
sejajar dengan keperibadian al-NadwÊ yang telah menafkahkan sebahagian besar daripada
hidupnya untuk Islam dan sastera Islam.

Sastera Islam di Timur Tengah: Satu Sorotan
Hakikatnya, sastera Islam bukanlah satu perkara baru dalam Islam. Sastera Islam telah muncul
sejak Islam menyinari bumi Semenanjung Tanah Arab. Ia diiktiraf sebagai antara wadah penting
untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Sastera Islam telah dimanfaatkan untuk menarik manusia
agar berpegang kepada ajaran Allah serta mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Selain
itu, sastera Islam telah dimanfaatkan untuk mempertahankan keagungan Islam. Keadaan ini
diperkukuhkan apabila para pemuisi di zaman Rasulullah telah memanfaatkan seni puisi untuk
menangkis segala tomahan yang dilemparkan oleh golongan Musyrikin Mekah kepada
Rasulullah dan Islam.

Rasulullah sendiri menerusi beberapa buah hadith, telah mengiktiraf peranan sastera
dalam perkembangan dakwah Islamiah. Baginda turut mengakui bahawa seni sastera berupaya
membawa mesej kebaikan dan hikmah yang berguna kepada masyarakat. Keadaan ini secara
langsung membuktikan bahawa Islam turut mengiktiraf seni sastera yang mengajak manusia ke
arah kebaikan. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

Maksud: Sesungguhnya sesetengah daripada kata-kata yang memukau itu adalah
sihir, dan sesetengah daripada ungkapan puisi itu adalah hikmah. (Hadith
riwayat Ibn Mājah).
Daripada hadith ini, sekumpulan para sahabat Rasulullah telah giat menggunakan puisi untuk
mempertahankan Islam daripada sebarang bentuk tomahan dan cercaan golongan Musyrikin pada
ketika itu. Antara para sahabat tersebut ialah ×assān bin Thābit, KaÑab bin Mālik, dan ÑAbdullÉh
bin RawāÍah. Malah ×assān bin Thābit telah menerima gelaran “pemuisi Rasulullah” kerana
keindahan puisi Islam yang dihasilkannya.
Terdapat beberapa pendapat janggal berkaitan makna sastera atau al-adab dalam dunia
kesusasteraan Arab dewasa ini. Antaranya merujuk kepada pendapat Ùāhā ×ussayn, seorang
- 182 -

DINIKA,


Volume

9,

Number

2,

July

2011

Manhaj Sastera Islam… Mohd Shahrizal

pengkritik sastera Arab dari Mesir. Menurut Ùāhā ×ussayn, sastera atau al-adab khususnya pada
zaman Umayyah tiada kaitan dengan agama, ia hanya memberi pengertian puisi dan perkhabaran
yang berkaitan dengannya. Menurut beliau lagi, pada zaman Abbasiah, prosa Arab serta seni
kritikan sastera turut dimaksudkan sebagai al-adab. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor
seperti perluasan bidang penulisan dan pertambahan golongan intelektual dalam pemikiran
masyarakat Arab pada ketika itu (×ussayn, 1991: 28). Daripada pengertian ini, secara jelas, Ùāhā
×ussayn melihat bahawa sastera atau al-adab pada kurun ke-2, ke-3 dan ke-4 Hijrah hanya
memberi maksud puisi dan prosa serta yang berkaitan dengan keduanya sama ada berkaitan
dengan tafsiran mahupun kritikan (×ussayn, 1991: 29). Inilah antara bentuk penyelewengan yang
telah berlaku dalam dunia kesusasteraan Arab yang telah dipengaruhi oleh pemikiran Orientalis
Barat. Penafian sastera atau al-adab sebagai satu wadah penting dalam penyebaran dakwah Islam
dan ilmu pengetahuan telah dinafikan sama sekali. Sastera hanya difokuskan kepada karya
sastera semata-mata tanpa mengakui bahawa ia juga mengandungi intipati yang lebih besar
daripada sekadar sebuah karya seni. Seperti yang diketahui umum Ùāhā ×ussayn telah berguru
dengan beberapa orang tokoh Orientalis antaranya Carlo Alfonso Nallino (1872-1938) yang
berasal dari Itali.
Pendapat Ùāhā ×ussayn ini boleh dikira sebagai penguat kepada pendapat sesetengah
pihak yang menyatakan bahawa karya sastera yang dikaitkan dengan agama akan lebih bersifat
jumud apabila ia terikat dengan ketetapan-ketetapan agama. Hakikatnya, pendapat seperti ini
bertujuan untuk memberi kebebasan yang sepenuhnya kepada para karyawan dalam
menghasilkan karya sastera menurut cakupan minda dan nafsu masing-masing. Keadaan inilah
yang akhirnya menyuburkan penghasilan karya-karya sastera yang hanya menjurus kepada
keseronokan serta kosong daripada intipati yang bermanfaat buat masyarakat. Malah, terdapat
segelintir karyawan yang menggunakan karya sastera mereka untuk menyebarkan ideologi yang
sesat serta tidak kurang yang menggunakan bahasa-bahasa kesat dan lucah dalam karya mereka.
Jika fenomena sebegini dibiarkan berleluasa, seni sastera boleh membawa masyarakat ke arah
kefasikan dan kemungkaran. Justeru, perkara ini perlu ditangani dengan segera lebih-lebih lagi
apabila ciri-ciri negatif tersebut terkandung dalam karya-karya sastera dewasa ini, dan ia diterima
secara terbuka oleh masyarakat. Sewajarnya, keadaan ini diubah dengan menggantikan ciri-ciri
tersebut dengan ciri-ciri yang memperlihatkan keindahan Islam khususnya dalam karya-karya
penulis Islam. Kemasukkan unsur-unsur agama dalam seni sastera sebenarnya tidak sedikit pun
menghilangkan kekuatan dan keindahan karya sastera tersebut.
Perkara inilah yang seharusnya diusahakan oleh para karyawan Muslim kontemporari
masa kini. Hakikatnya, jika dirujuk kepada takrifan sastera atau al-adab secara literal, pengertian
al-adab lebih merujuk kepada soal akhlak yang mulia (makārim al-akhlāq). Dalam MuÑjam
Maqāyīs al-Lughah karangan Ibn Fāris, kalimah al-adab dimaksudkan sebagai himpunan kepada
kebaikan (Ibn Fāris, 1969: 74-75). Al- Zabīdī di dalam kamusnya Tāj al-ÑArūs menyatakan
bahawa al-adab adalah sesuatu yang diaplikasikan oleh al-adīb (karyawan) untuk
memperbetulkan manusia ke arah sifat-sifat terpuji (al-maÍāmid) dan menghindari manusia
daripada sifat-sifat tercela (al-maqābih) (al-Zabīdī, 1306H: 144). Makna yang terdapat dalam
kamus Tāj al-ÑArūs juga diterima pakai oleh Ibn ManÐūr di dalam kamusnya Lisān al-ÑArab.
Namun terdapat pertambahan dari segi maksud perkataan “addaba” yang merupakan kata kerja
terbitan daripada istilah al-adab apabila Ibn ManÐūr menyatakan bahawa ia membawa maksud
“Ñallama” yang bererti mengajarkan iaitu kata kerja terbitan daripada kalimah al-Ñilm atau ilmu
(Ibn ManÐūr, 1999: 93). Al-Jawharī pula dalam kamusnya al-ØiÍāÍ menjelaskan bahawa
perkataan al-adab membawa dua pengertian, iaitu al-adab yang merujuk pada diri (akhlak) dan
al-adab yang merujuk kepada kesusasteraan iaitu satu daripada cabang-cabang ilmu pengetahuan
(al-Jawharī, 1999: 132). Berdasarkan kamus-kamus (maÑājim) yang dirujuk di atas, adalah jelas
bahawa istilah al-adab membawa dua pengertian asas, iaitu al-adab sebagai “akhlak mulia”
- 183 -

DINIKA,

Volume

9,

Number

2,

July

2011

Manhaj Sastera Islam… Mohd Shahrizal

(makārim al-akhlāq), dan al-adab sebagai “kesusasteraan”. Jelas di sini, bahawa intipati yang
terkandung dalam karya sastera seharusnya sarat dengan perkara-perkara yang baik, berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan menyeru manusia ke arah kebaikan. Perkara-perkara inilah yang
menjadi gesaan Islam agar karya sastera ditunjangi oleh asas-asas ilmu yang bermanfaat dan
perkara-perkara kebaikan.
Bagi memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang kaitan sastera dengan Islam,
adalah menjadi satu keperluan untuk memahami firman Allah dalam surah al-ShuÑarā, ayat 224
hingga 227. Ayat-ayat ini memberi gambaran yang jelas tentang gesaan Islam kepada para
karyawan Muslim agar mereka mengikut asas pengkaryaan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan
hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak
berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyairpenyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka
membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang
melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka
akan kembali” (surah al-ShuÑarā: 224-227).
Daripada ayat-ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa Islam tidak sekali-kali menolak seni
sastera secara mutlak. Islam telah menyediakan panduan yang cukup jelas bagi setiap insan untuk
berpegang kepadanya dalam proses penghasilan karya sastera yang menepati garis panduan
Islam. Antaranya seorang karyawan sastera Islam mestilah memiliki akidah Islam yang jelas,
melakukan setiap perkara baik seperti mana yang diungkapkan serta sentiasa mengingati Allah
secara berterusan. Mengingati Allah pada setiap masa dan ketika akan membuatkan manusia
tidak akan tergelincir daripada landasan Islam yang telah ditetapkan-Nya.
Daripada firman Allah di atas juga, dapat disimpulkan bahawa isi kandungan sesebuah
karya itu jauh lebih penting daripada bentuk keindahan luarannya. Hal ini jelas apabila Allah
melarang para pemuisi Arab mengungkapkan kata-kata yang tidak berfaedah yang dijelaskan
menerusi gambaran para pemuisi yang mengungkapkan bait-bait puisi di lembah-lembah, tanpa
faedah yang terarah. Ungkapan kata-kata yang tidak membawa sebarang faedah ini, hakikatnya
akan menyebabkan tiada manfaat yang akan diperolehi oleh masyarakat. Pada masa yang sama,
Allah memerintahkan supaya para penyair melakukan setiap apa yang telah mereka pertuturkan
dalam bait-bait puisi mereka. Justeru, amat jelas bahawa makna yang terkandung dalam karya
sastera sama ada yang berbentuk puisi mahupun prosa mempunyai peranan yang penting dalam
pembentukan peribadi Muslim yang terbaik. Ingin ditekankan sekali lagi bahawa dalam Islam,
makna yang terkandung dalam karya sastera adalah jauh lebih penting daripada bentuk
keindahan luaran. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-ShuÑarā tersebut.
Bertitik-tolak dari sini, dapat kita katakan bahawa semua tomahan yang dilontarkan oleh
segelintir para Orientalis Barat mahupun golongan pengkritik sastera Arab seperti Ùāhā ×ussayn,
yang menyatakan bahawa jika sastera itu dikaitkan dengan agama ia akan menjadi sempit dan
jumud, perlu ditolak secara tuntas. Perlu ditegaskan di sini, bahawa sastera menurut Islam
mencakupi semua perkara yang melibatkan hal dunia dan akhirat. Jika sastera berkisar tentang
semua ini, tiada satu sebab munasabah untuk Islam menolak sesebuah karya sastera secara
keseluruhan. Disebabkan perkara-perkara yang disebutkan dalam ruangan ini, maka keperluan
untuk memperjuangkan sastera Islam amat tinggi. Sorotan ringkas berkaitan fenomena yang
berlaku dalam dunia kesusasteraan Arab ini menjadi asas utama kepada perjuangan para
- 184 -

DINIKA,

Volume

9,

Number

2,

July

2011

Manhaj Sastera Islam… Mohd Shahrizal

cendekiawan Arab untuk memartabatkan sastera Islam, seperti mana yang diusahakan oleh alNadwÊ.

Ciri-Ciri Sastera Islam Menurut al-Nadwī
Al-NadwÊ menjelaskan dalam bukunya bertajuk “Sastera Islam dan Kaitannya dengan
Kehidupan”, bahawa hanya golongan yang secara jelas menyifatkan Islam itu sebagai agama
yang lemah dan sempit akan menyatakan bahawa sastera Islam itu bersifat jumud dan sempit (alNadwÊ, 1985: 6). Sesungguhnya kehidupan Islam itu sempurna, seperti mana yang ditunjukkan
dalam kehidupan Rasulullah yang menjadi gambaran contoh terbaik. Di dalam kehidupan
Rasulullah, terdapat banyak contoh mengenai kehidupan yang menepati kehendak Islam.
Jika disoroti beberapa takrifan yang telah dinyatakan oleh beberapa orang tokoh sastera
Arab, dapat dilihat bahawa takrifan tersebut mempunyai nilai persamaan yang agak ketara.
Sayyid QuÏb merupakan antara orang yang terawal membicarakan soal sastera Islam menjelaskan
bahawa yang dimaksudkan dengan istilah ini ialah satu ungkapan yang berkaitan dengan
pengalaman perasaan mengenai gambaran kehidupan (QuÏb, T.th: 87). Menerusi takrifan
tersebut, perkataan “ungkapan” memberi gambaran tentang tabiat karya dan jenisnya, manakala
“pengalaman perasaan” menjelaskan subjek dan objektivitinya, “gambaran kehidupan” pula
menerangkan garis panduan, syarat-syarat serta tujuan pengkaryaan. Bagi MuÍammad QuÏb pula,
sastera Islam bermaksud satu ungkapan yang indah tentang cakerawala, kehidupan dan manusia
daripada tasawur Islam tentang cakerawala, kehidupan dan manusia (QuÏb, T.th: 6).
Selain itu, menurut ÑAbd al-RaÍmān Ra’fat al-Bāshā , sastera Islam ialah ungkapan seni
yang indah dan berobjektif tentang realiti kehidupan, cakerawala, dan manusia menurut naluri
karyawan, menerusi ungkapan yang berasaskan tasawur Islam tentang pencipta dan sekalian
makhluk ciptaan-Nya, dan tidak ketandusan dengan nilai-nilai Islam (al-Bāshā, 1998: 113).
Secara asasnya, dapat disimpulkan bahawa terdapat kemungkinan yang menunjukkan bahawa alNadwÊ mengambil kira takrifan yang diusulkan oleh Sayyid QuÏb dan MuÍammad QuÏb dalam
memberi penjelasan tentang mafhum dan manhaj sastera Islam menurut kaca matanya. Sebagai
bukti, jika dilihat kepada takrif sastera Islam yang diberikan oleh Pertubuhan Sastera Islam
Sedunia, iaitu yang dipengerusikan oleh al-NadwÊ sendiri, takrifan tersebut merupakan cantuman
idea mengenai sastera Islam yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh seperti yang dijelaskan
sebelum ini. Pertubuhan Sastera Islam Sedunia menjelaskan bahawa sastera Islam ialah satu
ungkapan seni yang berobjektif tentang kehidupan dan cakerawala yang berlandaskan tasawur
Islam (rujuk laman web rasmi pertubuhan ini).
Seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini, sastera Islam merupakan antara wadah
menarik serta berkesan dalam penyebaran dakwah Islamiah. Sebenarnya sastera Islam tidak
hanya tertumpu kepada khutbah, kisah, mahupun nilai agama semata-mata. Bahkan ia turut
mencakupi aspek sejarah, perihal, perbualan, penggambaran, dan juga ungkapan yang memberi
kesan serta bersifat indah. Ia meliputi seni prosa dan puisi yang menarik, yang memberi
kefahaman jelas mengenai sesuatu isu, serta cermin kepada kebenaran yang berlaku dalam
kehidupan manusia serta kejadian cakerawala (al-NadwÊ, 1985: 21).
Jika seni sastera menggunakan prinsip selain Islam dan digunakan dengan tujuan untuk
menyebarkan kesesatan dan kerosakan, malah turut digunakan untuk memerangi Islam, maka
pada ketika ini, wajib bagi setiap Muslim untuk menggunakan wadah sastera Islam untuk
menyebarkan kebaikan serta menyeru manusia ke arah kebaikan menuju jalan Allah, serta
mempertahankan kesucian Islam daripada terus dinodai dan dihina.

- 185 -

DINIKA,

Volume

9,

Number

2,

July

2011

Manhaj Sastera Islam… Mohd Shahrizal

Inilah antara perkara yang telah diperjuangkan oleh al-NadwÊ sebagai seorang
pendakwah. Beliau telah menjelaskan secara terbuka tentang keperluan untuk memurnikan
sastera menurut landasan yang ditetapkan oleh Islam. Keadaan inilah yang membawa al-NadwÊ
terus memperjuangkan sastera Islam agar umat Islam benar-benar faham tentang situasi yang
berlaku dalam dunia Islam hari ini. Al-NadwÊ telah menggesa agar semua tokoh-tokoh pejuang
Islam khususnya yang terlibat secara langsung dalam bidang kesusasteraan agar bersama-sama
beliau dalam perjuangan memartabatkan sastera Islam sebagai wadah dakwah yang berkesan.
Dengan kata lain, sastera Islam pada hakikatnya mampu menaikkan imej Islam serta
menzahirkan kekuatan Islam. Sastera Islam juga sentiasa menjadikan masalah umat sebagai
keutamaan dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Apabila meneliti beberapa buah buku karangan al-NadwÊ khususnya yang berkaitan
dengan sastera Islam seperti bukunya yang berjudul “Sastera Islam dan Kaitannya dengan
Kehidupan” dan “Pemerhatian terhadap Sastera”, dapat diperhatikan beberapa perkara penting
yang perlu diambil perhatian bagi memahami pengertian sebenar sastera Islam menurut kaca
mata beliau. Daripada analisis ringkas yang dibuat, dapat dibuat kesimpulan awal bahawa
perkara-perkara yang dibangkitkan oleh al-NadwÊ ini boleh dikategorikan sebagai ciri-ciri asas
mengenai pengertian sastera Islam menurut pandangan beliau.
Pertama: Hubungan Sastera dengan Kehidupan
Al-NadwÊ menjelaskan bahawa sastera adalah perumpamaan bagi kehidupan dan gambaran
mengenainya. Sastera memberi gambaran kepada masyarakat tentang peristiwa yang berlaku
dalam kehidupan. Ia dipersembahkan dalam bentuk yang indah dan memberi kesan terhadap
perkara yang ditimbulkan. Selain itu, sastera memberi gambaran mengenai cakerawala dan
kehidupan dalam pelbagai bentuk. Apabila melakar sesuatu peristiwa dalam kehidupan, maka ia
merupakan sebuah karya yang baik dan dihasilkan oleh pengkarya yang mahir (al-NadwÊ, 1985:
2). Dari sini, jelas menunjukkan bahawa sastera tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan
manusia. Bahkan dengan sastera, pelbagai masalah boleh dirungkai dan diselesaikan.
Sebenarnya, sastera juga dapat membantu bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat dalam
pelbagai sudut seperti sosial, ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Dengan kata lain,
sastera seharusnya memberi faedah kepada manusia dan bukan satu bentuk omongan kosong atau
pun khayalan fantasi. Justeru, ikatan sastera dengan kehidupan akan menyerlahkan faedah sastera
secara lebih jelas.
Sastera berfungsi sebagai perakam kepada peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Ia
memaparkan sesuatu peristiwa sebenar iaitu dengan kata lain, sastera bukan satu khayalan yang
tidak boleh diterima akal fikiran yang waras. Walaupun sesuatu peristiwa itu telah berlalu,
namun mesej yang dibawa oleh karya tersebut tetap kekal sepertimana keadaan yang sebenar (alNadwÊ, 1985: 17). Sebagai contoh, karya sastera Jahiliah telah memainkan peranan penting
sebagai perakam peristiwa sejarah yang berlaku dalam kehidupan masyarakat ketika itu. Jika
karya sastera pada zaman Jahiliah memiliki fungsinya yang penting, maka sastera Islam harus
lebih berfungsi daripada itu. Justeru, al-NadwÊ menjelaskan bahawa sastera Islam adalah sastera
yang mencakupi aspek kehidupan manusia yang luas. Keluasan skop perbincangan tentang
situasi yang berlaku dalam kehidupan menerusi seni sastera akan terus berkembang sebagaimana
kepesatan perkembangan hidup manusia. Hakikatnya, masyarakat akan dapat merasai kesan
sesuatu peristiwa yang berlaku di tempat lain melalui penghayatan karya sastera, walaupun ianya
tidak dialami oleh mereka sendiri (al-NadwÊ, 1985: 18).
Dari sudut yang lain pula, melalui sastera, manusia dapat merasai setiap keadaan yang
berlaku dalam kehidupan serta mengambil pengajaran berguna daripadanya. Pengajaran yang
- 186 -

DINIKA,

Volume

9,

Number

2,

July

2011

Manhaj Sastera Islam… Mohd Shahrizal

diperolehi daripada karya sastera ini kadangkala memberi makna dan kesan yang lebih
mendalam daripada penyaksian dan pengalaman dalam realiti kehidupan. Keadaan ini berbalik
kepada peranan sastera yang mampu memberi kesan positif dalam jiwa dan minda masyarakat
melalui susunan perkataan serta mesej jelas dan benar dalam karya tersebut.
Kedua: Hubungan Sastera dengan Islam
Apabila membincangkan perkara ini, al-NadwÊ telah mengaitkan peranan bahasa Arab dalam
memahami ajaran Islam. Penjelasan ini menunjukkan peri pentingnya bahasa Arab sebagai
pembawa mesej Islam. Di sini, perlu diteliti satu persoalan iaitu bagaimana seorang penulis yang
berhasrat untuk menyampaikan dakwah Islam melalui penghasilan karya sastera itu mampu
untuk berbuat demikian, dengan keadaannya yang tidak mempunyai ilmu tentang Islam? Dengan
kata lain, sebenarnya al-NadwÊ menggesa para penulis karya sastera Islam untuk memahami
ajaran Islam dengan tepat, demi menjanjikan hasil karya yang berfaedah dan selari dengan Islam.
Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Arab memainkan peranan yang penting dalam
proses penyebaran dakwah Islam. Bahasa Arab telah diiktiraf sebagai bahasa utama umat Islam.
Beberapa ayat al-Qur’an telah jelas memberi gambaran tentang peranan yang dimainkan oleh
bahasa Arab serta ketinggian martabatnya berbanding dengan bahasa lain. Firman Allah di dalam
al-Qur’an:

Maksud: Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai al-Qur’an yang
dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk)
memahaminya (sËrah YËsuf: 2).

Maksud: Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami
wahyukan kepadamu al-Qur’an dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi
peringatan dan amaran kepada (penduduk) ’Ummul-Qura’ dan sekalian
penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran
mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - Yang tidak ada syak tentang masa
datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk syurga dan sepuak lagi masuk neraka
(sËrah al-ShËrā: 7).
Begitu jelas penerangan Allah tentang keistimewaan bahasa Arab yang dipilih sebagai bahasa alQur’an. Jika seseorang penulis karya itu memahami isi al-Qur’an yang mencakupi segenap
perkara berkaitan kehidupan, maka pada ketika itu, dia mampu untuk menghasilkan sebuah karya
seni yang menggambarkan tasawur Islam secara tepat dan kolektif.
Memang benar bahawa bahasa Arab adalah bahasa utama bagi umat Islam. Bahasa yang
dapat menyatukan umat Islam yang terdiri daripada lapisan masyarakat yang pelbagai warna,
bentuk dan keturunan. Tetapi perlu juga menjadi ingatan, bahawa umat Islam yang jumlahnya
amat besar ini, memiliki bahasa mereka yang tersendiri. Mereka menggunakan bahasa ibunda
masing-masing dalam kehidupan seharian. Justeru, penekanan terhadap kepentingan bahasa Arab
- 187 -

DINIKA,

Volume

9,

Number

2,

July

2011

Manhaj Sastera Islam… Mohd Shahrizal

bukanlah bermaksud kesemua karya sastera Islam mesti diungkap menggunakan bahasa Arab.
Sebenarnya persepsi ini harus diperbetulkan kerana Islam tidak pernah sesekali memaksa para
penulis karya sastera Islam untuk menggunakan bahasa Arab. Sesungguhnya Islam mengiktiraf
kewujudan bahasa lain serta peranannya yang tersendiri. Oleh itu, sastera Islam memberi
kebenaran yang luas kepada para penulis untuk menghasilkan karya dengan menggunakan apa
juga jenis bahasa. Jika sastera Islam diwajibkan menggunakan bahasa Arab, maka sudah pasti
faedah yang terdapat dalam karya tersebut tidak dapat dimanfaatkan oleh mereka yang tidak
menguasai bahasa Arab. Hakikatnya, kepelbagaian bahasa yang terdapat di muka bumi ini
merupakan antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Perkara ini dijelaskan menerusi firman-Nya di
dalam al-Qur’an:

Maksud: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan
kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu
dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan (sËrah al-RËm:
22).
Selain itu, al-NadwÊ turut menjelaskan bahawa Islam bukan satu agama yang hanya
menumpukan aspek ibadat khusus semata-mata. Islam tidak menggesa umatnya untuk
mementingkan akhirat semata-mata dan meninggalkan kepentingan dunia secara mutlak.
Sebaliknya, Islam adalah agama yang menggesa umatnya agar mengejar faedah dan bahagian
masing-masing sama ada bagi kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat.
Firman Allah di dalam al-Qur’an:

Maksud: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau
melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia (sËrah al-QaÎaÎ:
77).
Justeru, hal ini menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa sastera Islam hanya terhad
kepada perkara-perkara yang melibatkan soal ibadat khusus semata-mata. Sebenarnya, setiap
karya sastera mampu membawa mesej Islam. Hakikatnya, mesej Islam bersifat fitrah dan ia
bukan satu ideologi yang jumud dan kompleks. Islam mencakupi setiap perkara dalam kehidupan
seharian manusia. Oleh itu, dari sudut sastera Islam, sesebuah karya itu tidak akan dikatakan
indah jika ia tidak menyelesaikan masalah-masalah dalam kehidupan dan tidak memberi
sebarang manfaat untuk kehidupan duniawi dan ukhrawi (al-NadwÊ, 1985: 19).
Ketiga: Sastera Islam ialah Sastera yang Luas
Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, sastera Islam ialah sastera yang mampu untuk
menampung keperluan hidup manusia. Sastera Islam memaparkan gambaran sebenar sebuah
kehidupan yang bersifat realiti. Namun, sastera Islam tidak mengetepikan aspek keindahan
luaran sesebuah karya, malah keindahan luaran turut membantu dalam menjadikan sastera Islam
itu terus berfungsi. Menurut al-NadwÊ, sastera Islam mencakupi semua perkara sama ada yang
berkaitan dengan perasaan suka dan duka, marah dan redha, tangisan dan ketawa, suka dan benci,
kesengsaraan dan kenikmatan, logik dan perasaan, hikmah dan permainan dan banyak lagi (alNadwÊ, 1985: 21). Dari sini, jelas menunjukkan bahawa sastera Islam bukan hanya memaparkan
- 188 -

DINIKA,

Volume

9,

Number

2,

July

2011

Manhaj Sastera Islam… Mohd Shahrizal

perkara yang indah dan positif sahaja, malah ia turut memaparkan isu yang negatif dan buruk
sifatnya, tetapi masih dalam batasan yang ditetapkan oleh Islam (al-NadwÊ, 1985: 21).
Pemaparan isu negatif dalam karya sastera Islam adalah bertujuan agar manusia mengambil
pengajaran dan iktibar daripadanya. Perlu ditegaskan di sini, perkara negatif yang termuat dalam
karya sastera Islam, semestinya tidak dihidangkan secara terperinci kerana tujuannya bukan
untuk melihat keburukan tersebut tetapi untuk mengambil pengajaran daripadanya.
Jelaslah di sini bahawa sastera Islam itu bersifat luas dan menyeluruh. Kesemuanya
dipaparkan bagi memberi manfaat dan pengajaran untuk manusia. Faedah yang diperolehi
daripada karya sastera menjadi objektif utama bagi sastera Islam. Justeru, apa sahaja bentuk
karya yang menyentuh soal Islam serta dipenuhi dengan pengajaran yang menepati ajaran Islam,
maka ianya adalah sebahagian daripada sastera Islam. Inilah yang membuktikan bahawa Islam
bersifat fitrah dan dekat dengan naluri manusia. Islam bukan satu ajaran yang bersifat retorik,
tetapi ia merupakan satu panduan berguna yang memandu kehidupan ke arah kebaikan. Perlu
ditegaskan di sini bahawa keterbukaan sastera Islam dalam membincangkan segenap hal
kehidupan haruslah sentiasa disandarkan kepada batasan yang termaktub di dalam al-Qur’an dan
Sunnah. Oleh itu, adalah wajar bagi setiap penulis untuk kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah,
iaitu dengan mengetahui isi kandungan dan maknanya agar ia dapat diaplikasikan dalam bentuk
yang indah dan bermakna melalui penghasilan karya sastera.
Keempat: Sastera Islam adalah Sastera yang Membina
Seperti yang sedia dimaklumi bahawa Islam mengiktiraf kepentingan sastera. Islam tidak pernah
menghalang umatnya untuk terus berkarya asalkan ia menepati garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Islam. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya dalam sËrah alShuÑarā, ayat 224-227. Ayat-ayat ini dengan jelas memperlihatkan pengiktirafan Allah terhadap
golongan karyawan serta sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh mereka agar aktiviti pengkaryaan
menepati kehendak Islam. Hakikatnya, keredhaan Allah dalam apa juga aktiviti yang dilakukan
adalah matlamat utama yang perlu dicapai oleh setiap Muslim termasuk para penulis karya
sastera, Oleh itu, perlu menjadi ingatan bahawa setiap landasan yang ditetapkan Islam adalah
bertujuan untuk melahirkan individu yang mematuhi perintah Allah, begitu juga kepada para
penulis karya sastera. Batasan yang ditetapkan bukanlah bertujuan untuk menyempitkan skop
perbincangan sastera tetapi ia bertujuan untuk memastikan faedah yang terkandung dalam karya
tersebut selari dengan ajaran Islam. Justeru menurut al-NadwÊ, Islam tidak sekali-kali memberi
autonomi yang mutlak kepada manusia dalam setiap tindakan mereka. Hal ini kerana, ada
kalanya manusia akan mengutamakan keseronokan yang boleh membawa kepada musnahnya
kebahagian insan (al-NadwÊ, 1985: 27). Perkara ini berlaku sekiranya manusia menuruti
kehendak nafsu mengatasi tuntutan wahyu dan batasan kewarasan akal fikiran.
Pengamatan terhadap sastera Islam akan mendapati bahawa sastera bukanlah bertujuan
untuk hiburan dan keseronokan. Sastera Islam juga tidak bertujuan untuk menyemai perkaraperkara negatif dalam masyarakat seperti perbalahan, penipuan, penindasan dan sebagainya,
bahkan sastera Islam menyanggah semua perkara ini. Sastera Islam mempunyai peranan yang
besar dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam. Justeru, pada zaman permulaan Islam,
beberapa tema puisi seperti tema cinta yang terbuka (al-ghazl), kebanggaan (al-fakhr),
penghinaan (al-hijā’) dan ratapan (al-marāthÊ) telah dimansuhkan (Osman Khalid, 1999: 163164). Ini kerana tema-tema seperti ini tidak membawa sebarang manfaat malah boleh menjadi
punca tercetusnya perbalahan dan peperangan dalam kalangan masyarakat. Perbalahan dan
peperangan ini sudah pasti akan menjadikan Islam lemah dan dipandang hina oleh masyarakat
sekeliling.
- 189 -

DINIKA,

Volume

9,

Number

2,

July

2011

Manhaj Sastera Islam… Mohd Shahrizal

Sastera yang bercirikan Islam akan sentiasa membawa Islam ke tahap yang tertinggi serta
membangunkannya mengatasai kepercayaan karut dan khurafat ciptaan manusia. Oleh sebab
kepentingan sastera ini, dapat diperhatikan bahawa golongan khalifah amat menitik-beratkan seni
sastera untuk dipelajari dan dimanfaatkan oleh masyarakat seperti yang berlaku pada zaman
Umayyah dan Abbasiah. Perhatian yang tinggi terhadap seni sastera oleh golongan pemerintah
membuktikan bahawa sastera bukan satu wadah untuk menyampaikan omongan kosong. Aktiviti
penghasilan karya sastera juga bukan satu pekerjaan yang sia-sia dan membuang masa, tetapi ia
merupakan kerja makruf iaitu membawa mesej berguna untuk masyarakat. Ini dibuktikan melalui
pendapat Umar ibn al-Khattab yang menyatakan bahawa seni puisi mengajak manusia untuk
memiliki akhlak dan sifat terpuji, pendapat yang bernas serta pengetahuan yang luas tentang ilmu
berkaitan masyarakat Arab. Perkara ini dijelaskan menerusi kata-katanya yang bermaksud:

Maksud: Suruhlah sesiapa yang hampir dengan kamu untuk mempelajari puisi;
sesungguhnya ia membawa kepada ketinggian budi perkerti, pendapat yang
benar, dan maklumat mengenai salasilah keturunan (al-QayrawānÊ, 1996: 43).

Pembahagian Sastera Islam Menurut al-Nadwī
Dalam ruangan ini, makalah membincangkan pembahagian sastera Islam yang telah dibuat oleh
al-NadwÊ iaitu yang pertama dikenali sebagai: Sastera Agama dan Dakwah, manakala bahagian
yang kedua disebut sebagai: Sastera Umum.
Bahagian pertama yang dikenali sebagai Sastera Agama dan Dakwah lebih menjurus
kepada peranan sastera dalam menyampaikan dakwah atau mesej Islam secara jelas. Ia
merangkumi doa dan kata-kata bercirikan Islam yang secara langsung berkaitan dengan isi ajaran
Islam. Oleh itu, dapat diperhatikan bahawa al-NadwÊ membawa contoh yang tepat apabila beliau
membawa khalayak pembaca memerhatikan petikan hadith dan doa-doa yang ma’thËr daripada
Rasulullah (al-NadwÊ, 1985: 27). Tidak dapat dinafikan, walaupun Rasulullah bukan seorang
pemuisi malah Baginda tidak pandai mengungkap puisi, tetapi kata-katanya dan doa ma’thËr
daripadanya penuh dengan keindahan dan seni balāghah yang tinggi.
Al-NadwÊ menggesa para karyawan agar menitik-beratkan apa yang disebut sebagai
“Sastera Nabi” (al-Adab al-NabawÊ) yang terdiri daripada himpunan hadith dan doa-doa yang
ma’thËr daripada Rasulullah. Kesemuanya ini adalah bagi memberi garis panduan kepada para
karyawan agar dapat mempelajari teknik pengkaryaan yang menepati landasan Islam. Apa yang
lebih penting, dapat dilihat bahawa kesemua hadith dan doa-doa tersebut bukan sahaja dihiasi
dengan keindahan lafaz dan susunannya yang tertib dan menarik, malah ianya membawa makna
yang mendalam serta jelas.
Rasulullah memang diutuskan sebagai seorang yang tidak pandai mengungkapkan seni
syair atau puisi. Perkara ini adalah bertujuan untuk membuktikan kebenaran al-Qur’an sebagai
al-Risālah al-IlāhÊyah yang bukan datang daripada Rasulullah sendiri. Inilah antara hikmah yang
tersirat disebalik perkara ini. Secara langsung, ia menangkis secara total segala tomahan dan
fitnah yang dilontarkan kepada Rasulullah oleh kaum Musyrikin Mekah terhadapnya. Allah
menjelaskan keadaan ini menerusi firman-Nya:

- 190 -

DINIKA,

Volume

9,

Number

2,

July

2011

Manhaj Sastera Islam… Mohd Shahrizal

Maksud: Bahawa sesungguhnya al-Qur’an itu ialah (wahyu dari Kami) yang
disampaikan oleh Rasul yang mulia. Dan bukanlah al-Qur’an itu perkataan
seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah
sedikit kamu beriman. Dan juga bukanlah al-Qur’an itu perkataan seorang
pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu
mengambil peringatan. (al-Qur’an itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian
alam (sËrah al-×āqqah: 40-43).
Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan bahawa setiap kata-kata Rasulullah adalah wahyu
daripada-Nya. Ia tidak datang berdasarkan gerak hati mahupun hawa nafsu dan pemikiran
Rasulullah sendiri. Firman Allah di dalam al-Qur’an:

Maksudnya: “Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan
agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang
diperkatakannya itu (sama ada al-Qur’an atau hadith) tidak lain hanyalah wahyu
yang diwahyukan kepada-Nya” (sËrah al-Najm: 3-4).
Al-NadwÊ menjelaskan bahawa setiap butir kata-kata Rasulullah membawa makna yang
berguna serta ia disesuaikan mengikut keadaan khalayak pendengar serta situasi semasa pada
ketika itu (al-NadwÊ, 1985: 31). Kata-kata Rasulullah yang tergolongan sebagai wahyu Ilahi
menjadi hujah kepada banyak perkara khususnya yang melibatkan penerangan kepada ayat-ayat
al-Qur’an yang tidak begitu jelas maksudnya. Justeru, keindahan hadith serta doa-doa ma’thËr
daripada Rasulullah perlu diteliti malah dijadikan contoh ikutan dalam penghasilan karya sastera
yang bermutu tinggi menepati citarasa Islam. Menurut al-NadwÊ (al-GhËrÊ, 2005: 596):

Maksud: Marilah kita melihat kepada himpunan doa yang diungkapkan oleh
Rasulullah dalam kitab-kitab hadith dan sejarah serta perang, kita lihat; Adakah
seseorang daripada kita mampu – walaupun hebatnya beliau dalam sastera, dan
hebatnya dalam seni kesusasteraan dan seni pengucapan – untuk mendatangkan
kata-kata yang mempunyai kesan yang mendalam, makna yang terperinci, dan
yang menggunakan susunan ungkapan yang kurang (tidak meleret), serta terbaik
dalam memberi kesan dalam diri, dan ketenangan dalam hati serta memukau
ingatan dan pemikiran.
Gesaan untuk kembali melihat keindahan hadith dan doa-doa Rasulullah ini, sekali lagi
membuktikan bahawa sastera menjadi wadah penting dalam menyampaikan mesej Islam.
Keadaan ini turut menempelak sesetengah pihak yang menafikan peranan sastera dalam usaha
menyebarkan dakwah Islamiah. Di dalam kitabnya, al-NadwÊ ada melampirkan beberapa contoh
doa Rasulullah yang sarat dengan mesej yang terkandung di dalamnya, serta diwarnai oleh
keindahan luaran yang amat menakjubkan. Antaranya doa Rasulullah ketika berada di kota Taif
di mana Baginda mendapat tentangan daripada penduduk di situ. Sabda Rasulullah yang
berbunyi (al-GhËrÊ, 2005: 596-597):
- 191 -

DINIKA,

Volume

9,

Number

2,

July

2011

Manhaj Sastera Islam… Mohd Shahrizal

Maksud: Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu akan kelemahanku, dan kurangnya
strategiku, dan kehinaanku di hadapan manusia, wahai Tuhan Yang Maha
Mengasihani, Engkaulah Tuhan bagi hamba-hamba yang lemah.
Untuk bahagian kedua pula ia dikenali sebagai Sastera Umum, iaitu sastera yang
berkaitan dengan kehidupan yang berlandaskan ajaran Islam serta menurut setiap acuan yang
telah ditetapkan oleh Islam (al-NadwÊ, 1985: 27). Ia lebih bersifat umum daripada Sastera Agama
dan Dakwah seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Malah jika disoroti daripada sirah
Rasulullah, pengiktirafan terhadap tema-tema sastera yang dipraktikkan semasa zaman Jahiliah
yang kemudian diteruskan pada zaman Islam menunjukkan bahawa apa juga bentuk sastera yang
memperihalkan kehidupan dunia, walaupun tidak mengaitkan Islam secara langsung, juga
dikategorikan sebagai sastera Islam. Keadaan ini menunjukkan Islam tidak menghalang setiap
perkara baik selagi ia tidak menyalahi ketetapan syara’. Namun, “perkara baik” yang
dimaksudkan haruslah berlandaskan acuan Islam dan bukanlah yang dimaksudkan dengan “baik”
itu menurut hati dan naluri kemanusiaan semata-mata tanpa sandaran wahyu Ilahi. Di sinilah
letaknya keterbukaan Islam sebagai sebuah agama fitrah yang meraikan naluri dan perasaan
manusia yang kadang-kala berkehendakan hiburan dan kegembiraan.
Justeru, tema-tema seperti pujian, hikmah, perihal dan sebagainya diteruskan pada zaman
Islam, manakala tema-tema yang negatif serta boleh membawa kepada keburukan ditolak oleh
Islam. Antaranya tema kebanggaan (al-fakhr) yang begitu popular dalam masyarakat Jahiliah.
Mereka mengungkapkan bait-bait puisi semata-mata untuk menaikkan puak dan kabilahnya serta
memberi aib dan menjatuhkan kabilah yang lain. Hal ini bertentangan dengan saranan Islam yang
menyatakan semua manusia itu adalah sama nilainya di sisi Allah, hanya takwa yang
membezakan antara mereka. Firman Allah di dalam al-Qur’an:

Maksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu) (sËrah al-×ujurāt: 13).
Penerimaan Sastera Umum sebagai salah satu cabang sastera Islam turut menyangkal
pandangan sesetengah pihak yang mengatakan sesebuah karya itu kurang Islamnya jika tidak
dihiasi oleh ayat-ayat al-Qur’an atau pun hadith-hadith Rasulullah. Sesungguhnya Islam itu tidak
bersifat jumud atau tertutup terhadap setiap perkara. Pandangan yang lebih luas perlu dib