PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN SUMBER

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN
SUMBER KUASA GURU BESAR
DI SJKC YUK HWA TENOM

1

Abstrak
Kajian kualitatif ini bermatlamat meneroka persepsi guru terhadap penggunaan sumber kuasa guru besar
dalam pengurusan pentadbiran di SJK(C) Yuk Hwa Tenom. Lima sumber kuasa yang difokuskan, iaitu
kuasa sah, kuasa ganjaran, kuasa paksaan, kuasa pakar dan kuasa rujukan. Peserta kajian terdiri daripada
tiga orang guru penolong kanan dan enam orang guru kelas. Kajian ini berbentuk penerokaan kualitatif
dengan menggunakan temu bual yang telah direka bentuk khas untuk meneroka persepsi guru terhadap
penggunaan sumber kuasa oleh guru besar di sekolah ini. Hasil temu bual dengan sembilan orang peserta
kajian telah disimpulkan bahawa penggunaan kuasa amat penting dalam memberi impak kepada
pencapaian akademik sekolah. Guru besar turut mengaplikasikan kelima-lima jenis kuasa yang berbezabeza mengikut situasi tertentu. Hasil temu bual juga turut mendapati bahawa kuasa rujukan paling efektif
dalam merealisasikan pembentukan kecemerlangan akademik di sekolah. Ini akan membolehkan kesemua
guru dan kakitangan yang di bawah jagaan bersemangat dan bekerja sepasukan untuk mencapai targettarget yang telah dirancang. Sebagai penutup bicara, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan
kepada pihak pendidikan berkenaan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan
meningkatkan penggunaan sumber kuasa guru besar dalam usaha pembentukan kecemerlangan akademik
di sekolah dengan lebih efektif.


2

BAB 1 MASALAH KAJIAN
1.1

PENGENALAN
Sistem pendidikan negara kita kini mengalami reformasi yang pesat dan ini mencerminkan satu
hala tuju yang sedang beradaptasi dengan perubahan sosio ekonomi, kemajuan sains dan
teknologi serta pembangunan tenaga manusia yang seiring dengan tuntutan globalisasi dunia.
Justeru, sekolah sebagai satu organisasi pendidikan telah dipertanggungjawabkan untuk
merealisasikan Wawasan 2020.

Dunia pendidikan tidaklah drastik tetapi dunia pendidikan sentiasa berubah walaupun dalam
kadar yang perlahan selaras dengan perubahan dunia global kini. Era teknologi maklumat telah
menjanjikan pelbagai perubahan drastik kepada dunia pendidikan dan perubahan ini sekali gus
mencabar para pendidik, para pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya. Justeru,
sesebuah institusi pendidikan memerlukan pemimpin yang menggunakan sumber kuasa dengan
betul dan cekap untuk menghadapi perubahan dunia pendidikan ini.
Guru besar, selaku pemimpin sekolah rendah merupakan pemangkin untuk aspirasi kebangsaan
manakala guru-guru pula ialah agen untuk menjana perubahan pada peringkat sekolah. Dalam

menyelesaikan masalah pentadbiran sekolah, seseorang guru besar berhadapan dengan pelbagai
pilihan sumber kuasa. Seseorang guru besar harus sensitif terhadap penggunaan cara tindakan
dalam menyelesaikan kebuntuan masalah. Pemilihan jenis sumber kuasa oleh guru besar
membawa implikasi terhadap dimensi psikososial seperti konflik, kejayaan sesuatu program,
kepercayaan serta pengaruh negatif dan positif.

Jatuh bangun dan maju mundurnya sesebuah sekolah bergantung penuh pada komitmen dan
kesungguhan guru besar dan guru-guru dalam menjalankan tugas mereka di sekolah. Hal ini
kerana semua tindakan dan kerjabuat serta aktiviti yang berlaku di sekolah dicetuskan oleh guru
besar dan seterusnya digerakkan oleh para guru. Guru besar pasti tidak berkemampuan untuk
menjalankan sebarang aktiviti atau program bersendirian tanpa penyertaan dan kerjasama para
guru. Komitmen guru-guru terhadap tugas yang telah diamanahkan kepada mereka adalah
bermula dengan keselesaan dan keseronokan mereka bekerja. Selaras dengan itu, guru akan
bersemangat bekerjasama untuk mencapai sesuatu tujuan jika seseorang guru besar dapat
menggunakan kuasa mereka dengan cekap. Maka, semua tindakan mereka ini berpunca

3

daripada beberapa faktor yang mewujudkan suasana dan persekitaran kerja mereka di sekolah
termasuklah penggunaan sumber kuasa pengurus sekolah (guru besar).

Guru besar sebagai pemimpin organisasi sekolah rendah seharusnya dapat melaksanakan
tanggungjawabnya dengan berkesan berdasarkan sumber sumber kuasa yang ada padanya. Kuasa
eksekutif yang ada padanya diperolehi dari dua cara iaitu kuasa yang diperturunkan bersama
dengan jawatan dan kuasa yang diperoleh sendiri dalam proses perhubungannya dengan manusia
lain (Tbrahim Mamat, 1998). Apabila seseorang itu berjaya memimpin, bermakna dia berjaya
mempengaruhi anggota-anggota yang lain dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi
bergantung pada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu (Shuhadah Yaacob,
2000).
Tindakan guru besar yang menggunakan sumber kuasa paksaan dalam

menangani kemelut

sekolah tidak akan mendapat sokongan dan seterusnya menjejaskan perhubungan guru besar
dengan guru-guru. Keadaan ini akan turut menyumbangkan masalah yang pelbagai di sekolah
akibat ketidakpatuhan arahan dan juga ketidakpuasan yang akan membawa kepada kemerosotan
pencapaian prestasi akademik. Hubungan antara guru besar dengan para guru haruslah kongruen
untuk meningkat etika profesion guru (Tang, 2003). Bertolak dari premis ini, alangkah baiknya
jika sumber kuasa yang bersesuaian agar dapat meningkatkan etika profession guru. Maka kajian
ini dilaksanakan untuk mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan sumber kuasa guru besar ke
atas etika profesion guru di SJKC Yuk Hwa Tenom.

1.2

LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN
Kepimpinan dalam sesebuah organisasi adalah satu proses pengaruh-mempengaruhi antara
pemimpin dengan orang yang dipimpinnya.

Seseorang pemimpin biasanya mempunyai

kewibawaan atau autoriti seperti yang ditentukan oleh pangkat atau taraf jawatan dalam hierarki
organisasi. Contohnya guru besar yang dilantik sebagai pemimpin di sesebuah sekolah rendah
mempunyai tanggungjawab dan kewibawaannya untuk menggerakkan segala arahan yang telah
diamanahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Wibawa ini memberikan sah taraf atau
legitimasi bagi seseorang pemimpin melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

Wibawa

biasanya dikaitkan dengan konsep kuasa dan ini membolehkan seseorang pemimpin bertindak
mengarah dan membuat keputusan. Kuasa yang dihubungkaitkan dengan taraf, kedudukan atau
hierarki organisasi adalah ditakrifkan sebagai kuasa sah.
Peranan guru besar sebagai pemimpin di sekolah memerlukan komitmen yang tinggi dan padan

dengan profesion kerana fungsi sekolah hari ini adalah amat besar dan mencabar. Dalam
4

organisasi sekolah, guru besar dilihat sebagai personaliti atau penggerak yang bertanggungjawab
untuk mencapai kemajuan dan hasrat Negara. Oleh itu, diharapkan guru besar mampu membawa
pelbagai perubahan dan kecemerlangan sekolah. Di sekolah, masalah yang sering dihadapi oleh
guru besar adalah untuk memberi kepuasan dalam pelbagai perkara kepada guru-guru. Guru besar
selaku pemimpin sekolah seharusnya peka dan berusaha memberikan perhatian yang sewajarnya
terhadap pelbagai perkara terutamanya yang melibatkan aspek kepuasan kerja kerana faktor
komitmen guru adalah penting untuk meningkatkan mutu pendidikan dan kejayaan sesebuah
sekolah.
Seseorang guru besar memerlukan kuasa untuk menggerakkan jentera pengurusannya seperti
melaksanakan sesuatu dasar atau polisi, mengekalkan polisi, prosedur serta peraturan dan
seterusnya meningkatkan produktiviti sesuatu

oraganisasi. Penggunaan sumber kuasa guru

besar dalam kajian ini adalah berdasarkan model sumber kuasa French dan Raven (1962). Model
ini merangkumi lima jenis sumber kuasa , iaitu sumber kuasa ganjaran, sumber kuasa pakar,
sumber kuasa rujukan, sumber kuasa sah, dan sumber kuasa paksaan.

Penggunaan sumber kuasa guru besar yang berhubung kait dengan kepuasan kerja guru perlu
dikaji supaya ia mampu menghasilkan beberapa tindakan susulan mengenai keberkesanan
kepimpinan mereka. Hal ini kerana kecemerlangan pelajar dalam pelbagai segi sama ada dari segi
hal ehwal murid, kurikulum atau kokurikulum banyak bergantung kepada faktor kepuasan kerja
guru.
Beberapa jenis sumber kuasa digunakan oleh seseorang guru besar dalam menguruskan
pentadbiran sekolahnya. Contohnya pemilihan dan pemberian guru cemerlang merupakan hasil
penggunaan sumber kuasa ganjaran. Para guru juga sentiasa mendapatkan khidmat nasihat dalam
bentuk penggunaan sumber kuasa pakar daripada guru besar.
Kuasa berperanan mengukuhkan struktur sesebuah organisasi, memantapkan norma-normanya
dan menjamin kesinambungannya. Tanpa kuasa tidak akan wujud organisasi dan tanpa kuasa
tidak akan ada perintah. Dalam keadaan ini, kuasa hieraki diperlukan oleh guru besar untuk
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin, pentadbir, dan pengurus di organisasi
sekolahnya.
1.3

PERNYATAAN MASALAH
5

Menurut Tang (2003), harapan ibu bapa yang terlalu tinggi atas pencapaian akademik anak-anak

mereka dan kejayaan seseorang guru besar dinilai atas pencapaian akademik muridnya dalam
peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mengakibatkan para guru
besar tidak ada pilihan lain, kuasa sah dan paksaan dalam pengurusan sekolah. Justeru, didapati
kebanyakan guru besar di sekolah rendah cenderung untuk menggunakan kuasa sah dan kuasa
paksaan dalam pengurusan sekolah diakibatkan oleh sistem pendidikan kita yang terlalu
berorientasikan peperiksaan atau penilaian. Guru besar sentiasa menggunakan kuasa sah dan
paksaan bagi tujuan mencapai prestasi yang telah ditetapkan oleh kementerian atau Jabatan
Pelajaran. Contohnya, guru besar telah menggunakan kuasa untuk membolehkan guru-guru
bekerjasama dan bekerja keras ke arah mencapai target LINUS sebanyak 98% di peringkat negeri
pada tahun ini.
Selain daripada itu, kurangnya pendedahan pengetahuan para guru besar terhadap jenis-jenis
sumber kuasa, stail kepemimpinan, teori-teori organisasi, dan sebagainya mengakibatkan
sebahagian guru besar tidak mengenal jenis sumber kuasa yang ada pada mereka. Apa yang
mereka lebih kenali cuma kuasa sah yang wujud daripada jawatan mereka dan kuasa paksaan
seperti arahan-arahan yang tegas, mereka tidak tahu masih terdapat tiga jenis sumber kuasa lain
yang mereka boleh gunakan untuk meningkatkan etika profesion guru.
Guru besar yang merupakan pemimpin utama di sekolah perlulah berupaya mempengaruhi semua
guru mendapat kepuasan kerja yang maksimum untuk melaksanakan program. Keadaan ini boleh
dicapai jika guru besar menggunakan sumber kuasa dengan cekap dan betul yang dapat
memenuhi kepuasan kerja guru-guru. Berdasarkan latar belakang kajian yang dikemukakan

wujudnya masalah hubungan ketidakpuasan kerja dengan penggunaan sumber kuasa guru besar.
Dalam kajian ini, isu utama yang hendak difokuskan adalah persepsi guru-guru mengenai
penggunaan sumber kuasa guru besar yang memberi kepuasan kerja kepada mereka.
1.4

1.5

OBJEKTIF KAJIAN
i.

Melihat persepsi guru-guru di SJKC Yuk Hwa Tenom terhadap penggunaan jenis sumber

ii.

kuasa oleh guru besar dalam kepimpinannya untuk mencapai matlamat organisasinya.
Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru-guru di SJKC Yuk Hwa Tenom.

KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian tentang penggunaan sumber kuasa guru besar dan persepsi guru merupakan langkah untuk
memahami peranan dan gaya kepimpinan terhadap kepuasan kerja agar dapat memberikan

maklum balas demi kepentingan pengurusan, khususnya di peringkat sekolah. Keadaan
6

ketidakselesaan dan suasana kerja antara pemimpin sekolah dengan guru-guru diharap dapat
dikurangkan agar usaha menjamin keberkesanan sekolah dapat dipertingkatkan. Keadaan ini
memberikan kefahaman bahawa penggunaan kuasa guru besar dan keselesaan kerja guru di
sekolah adalah amat penting untuk mewujudkan kerjasama yang erat dalam memacukan sekolah
menuju ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai panduan
yang bermanfaat kepada pengurusan pendidikan sebagai bahan rujukan untuk mengambil
langkah-langkah pengukuhan dan peneguhan terhadap pengurusan sekolah. Maklum balas
daripada kajian ini juga dapat membantu guru besar atau bakal guru besar untuk mengaplikasikan
jenis sumber kuasa yang perlu diaplikasikan di sekolah bagi memastikan keselesaan dan
kepuasan kerja guru bagi mewujudkan pengurusan sekolah yang lebih berkesan lagi. Maka
diharapkan dapat membantu pihak pentadbiran sekolah, khususnya guru besar untuk menilai dan
memperbaharui corak pengurusan mereka.
1.6

BATASAN KAJIAN
Kajian ini terbatas kepada sebuah sekolah biasa (bukan sekolah bestari) di daerah Tenom, Sabah.
Hanya sebuah sekolah dipilih, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Jumlah respoden yang

terlibat ialah sembilan orang.

1.7

DEFINISI OPERASIONAL
1.7.1

SUMBER KUASA

Gaya atau cara seseorang ketua menggunakan sumber-sumber kuasa seperti kuasa rujukan, kuasa
pakar, kuasa ganjaran, kuasa paksaan, dan kuasa sah untuk mengurus organisasi sekolah atau
mengubah tingkah laku guru-guru supaya selaras dengan norma dan kehendak organisasi sekolah.
(Tang & Ghani, 2007) Kuasa rujukan merujuk pada kebolehan guru besar mengawal tingkah
laku guru kerana keinginan guru mengaitkan diri dengan guru besar dan punca kuasa. Kuasa
pakar merujuk pada kebolehan seseorang guru besar mengawal serta mempengaruhi tingkah
laku orang lain kerana pengetahuan, pengalaman, dan kemahirannya. Kuasa ganjaran ialah
keupayaan untuk memberi ganjaran atau pengukuhan positif kepada subordinat berdasarkan
prestasi kerja. Kuasa paksaan ialah kuasa menghukum, memecat atau menurunkan pangkat.
Kuasa sah ialah keupayaan untuk melaksanakan autoriti yang ditugaskan dalam penghuraian
kerja, gelaran jawatan, dan spesifikasi kerja.

1.7. 2

PERSEPSI

7

Persepsi merupakan proses yang terjadi di dalam diri individu yang dimulai dengan diterimanya
rangsang, sehingga rangsangan itu disedari oleh individu sehingga individu dapat mengenali
dirinya sendiri dan keadaan di sekitarnya. Persepsi juga mengambarkan konteks kehidupan
sosial, sehingga dikenali persepsi sosial. Persepsi sosial merupakan suatu proses yang terjadi
dalam diri seseorang yang bertujuan untuk mengetahui, menginterpretasi, dan mengevolusi orang
lain yang dipersepsikan, baik mengenai sifatnya, kualitasinya, ataupun keadaan lain yang ada
dalam diri orang yang dipersepsikan sehingga terbentuk gambaran mengenai orang lain sebagai
objek persepsi tersebut.
1.7.3

KEPUASAN KERJA

Kepuasan kerja merupakan hal yang bersifat individual. Setiap individu mempunyai tingkat
kepuasan yang berbeda-beda, seperti yang didefinisikan oleh Kreitner & Kinicki (2005), bahwa
kepuasan kerja sebagai efektivitas atau respons emosional terhadap pelbagai aspek pekerjaan.
Definisi ini mengandung pengertian bahwa kepuasan kerja bukanlah suatu konsep tunggal,
sebaliknya seseorang dapat relatif puas dengan suatu aspek dari pekerjaannya dan tidak puas
dengan salah satu atau beberapa aspek lainnya. Handoko (2001) mengatakan bahawa kepuasan
kerja sebagai respon emosional menunjukkan perasaan yang menyenangkan berkaitan dengan
pandangan karyawan terhadap pekerjaannya. Kepuasan kerja berhubungan dengan sikap dari
karyawan terhadap pekerjaan itu sendiri, situasi kerja, kerjasama antara pimpinan dan sesama
pimpinan dan sesama karyawan. Locke dan Luthans berpendapat bahawa kepuasan kerja adalah
perasaan pekerja atau karyawan yang berhubungan dengan pekerjaannya, iaitu merasa senang
atau tidak senang, sebagai hasil penilaian individu yang bersangkutan terhadap pekerjaannya.
1.8

RUMUSAN
Latar belakang masalah kajian, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian
dan definisi operasional dibincangkan dengan teliti dalam bab ini oleh pengkaji supaya dijadikan
sebagai panduan untuk metodologi kajian. Ia juga membolehkan pengkaji memahami kajian
secara mendalam.

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1

PENGENALAN

8

Bab ini menjelaskan literatur yang berkaitan dengan penggunaan sumber kuasa dan persepsi guru.
Kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan sumber kuasa dan kepuasan

kerja

juga

turut

dipaparkan.
2.2

LITERATUR BERKAITAN DENGAN SUMBER KUASA
Kajian ini bermatlamat untuk mengenai pasti penggunaan jenis sumber kuasa kepimpinan oleh
guru besar dalam organisasi sesebuah sekolah dari persepsi guru. Lima dimensi kuasa yang
difokuskan adalah kuasa sah, kausa ganjaran, kuasa paksaan, kuasa rujukan dan kuasa
pakar.
Seseorang guru besar atau pengurus sekolah tidak mungkin boleh menjadi pengurus yang ekfektif
jika menggunakan kuasa sah semata-mata tanpa mempunyai pertimbangan dan pemikiran yang
rasional. Guru besar perlu menggunakan kuasa kepakarannya

dan

kuasa

keperibadinya

“personel power” (Omar & Robiah 1993). Maka dengan itu, guru besar perlu mewujudkan satu
bentuk perhubungan manusia yang kondusif bagi membolehkannya bersama-sama guru
sekolahnya mencapai objektif sekolah.

Secara keseluruhannya, pengurus pendidikan perlu

mengarah memandu, dan menyatupadukan usaha-usaha manusia yang berkaitan untuk
ditumpukan ke arah pencapaian objektif-objektif yang tertentu.

Guru besar harus pandai

menggunakan sumber kuasa dengan sebaik yang mungkin untuk memajukan sekolah serta
mencapai objektif sekolah secara bersatu hati bersama-sama guru. Menurut kajian Lamb (1993),
menunjukkan gaya kuku besi tidak boleh digunakan terhadap golongan staf / pekerja kerana akan
memuaskan semangat pekerja, seterusnya mengurangkan keberkesanan organisasi secara
keseluruhan.
Menurut Herbert Simon (dalam Abdul Shukur, 1991) apabila menganalisis kuasa dalam
organisasi, fokus perspektif teori kuasa dan politik adalah terhadap sistem autoriti, terutamanya
hak untuk membuat keputusan yang dikawal oleh satu golongan yang kemudiannya perlu
dipatuhi oleh golongan yang lain. Misalnya guru besar sekolah membuat keputusan yang perlu
dipatuhi oleh guru-guru.
Menurut French dan Raven (1960), umumnya kuasa merangkumi ciri peribadi dan ciri kedudukan
yang menjadi asas keupayaan pemimpin mempengaruhi orang lain. Kuasa dikatakan berbeza
daripada kewibawaan dengan melihat bahawa kuasa merangkumi kedua-dua ciri, peribadi dan
kedudukan, manakala kewibawaan melibatkan ciri yang berhubung kait dengan kedudukan
9

sahaja. Umpamanya, seorang ketua jabatan akedemik di univesiti mempunyai kuasa kerana pangkat
hierarkinya dan tidak kerana sifat peribadinya seperti karisma sebagai ketua. Keupayaan
mempengaruhi, memujuk dan mendorong pengikut adalah berasaskan umumnya kuasa yang
ditanggap ada pada pemimpin itu.
2.3

LITERATUR BERKAITAN DENGAN KEPUASAN KERJA
Kepuasan kerja merupakan salah satu elemen khusus yang penting dalam aspek sikap seseorang
individu terhadap kerjayanya. Oleh itu ia menjadi satu topik yang penting kepada pihak
pengurusan dalam usaha untuk menghasilkan kumpulan kerja yang lebih proaktif dan produktif.
Menurut Ishak (2004) kepuasan kerja merupakan satu tindak balas emosi atau perasaan suka atau
tidak seseorang pekerja terhadap sesuatu kerja.
Kepuasan terhadap dimensi penyeliaan merujuk kepada perasaan pekerja terhadap hubungan
mereka dengan ketua atau penyelia terdekat. Secara umumnya, kepuasan terhadap penyeliaan
dinilai dari aspek yang penting iaitu hubungan peribadi, bantuan teknikal dan gaya kepimpinan
(Hamdan, Eliza dan Bakhtiar,2005).
Menurut Bardford (1981), pemimpin yang kurang berkebolehan memimpin akan membawa
kepada ketidakpuasan kerja di kalangan guru dan seterusnya akan membawa kesan negatif
kepada sesebuah organisasi. Pengaruh pemimpin menentukan darjah

rancangan,

keputusan dan tindakan strategi. Tindakan seseorang pemimpin bukan hanya akan

mempengaruhi organisasi yang dipimpinnya malah dari segi kepuasan kerja di
khususnya

keberkesanan
kalangan

kakitangan

guru-guru yang di bawah kawalannya juga perlu dititikberatkan kerana ianya melibatkan

kredibiliti seseorang.
2.3.1

FAEDAH KEPUASAN KERJA
Terdapat banyak faedah sekiranya pekerja berpuas hati dalam pekerjaan mereka di mana
Brayfield dan Crockett (1983) mendapati bahawa semakin tinggi kepuasan kerja, semakin kurang
kemungkinan mereka akan berhenti kerja. Kepuasan kerja juga memberi kesan secara langsung
ke atas kualiti prestasi kerja dengan meningkatkan kemampuan seseorang untuk memberi prestasi
kerja yang lebih baik, mengurangkan masalah ketidakhadiran dan datang lambat ke pejabat.

2.3.2

MODEL KEPUASAN KERJA HERZBERG

10

Frederick Herzberg (dalam Ilhaamie, 2005) lebih menekankan kerja sebagai perkara yang
mempunyai potensi untuk menimbulkan motivasi dan kepuasan kerja daripada ahli saintis lain.
Terdapat dua faktor yang diperkenalkan oleh beliau, iaitu perkara yang menimbulkan
motivasi atau kepuasan kerja, iaitu faktor perangsang dan dikenali juga sebagai motivasi dalaman
atau kandungan pekerjaan dan faktor kesihatan yang dikenali juga sebagai motivasi luaran atau
konteks pekerjaan.
2.4

KAJIAN LEPAS BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN SUMBER KUASA OLEH
PEMIMPIN
Kajian yang telah dijalankan oleh Omar Abdul (1991) menyatakan kuasa penting untuk
membolehkan sesebuah organisasi sekolah kekal lama. Jika pengetua gagal menggunakan
sumber kuasa dengan berkesan, akan longgarlah kesetiaan dan rasa hormat guru-guru terhadap
kewibawaan guru besar. Sekiranya guru besar menggunakan sumber kuasa yang tidak sesuai
dengan masalah, situasi, dan individu yang dihadapinya boleh menyebabkan timbulnya
perasaan tidak puas hati dalam kalangan guru-guru terhadap kepimpinan guru besar.
Tambahan beliau, gaya atau cara seseorang guru besar menggunakan sumber kuasa paksaan,
kuasa ganjaran, kuasa sah, kuasa rujukan, dan kuasa pakar untuk mengurus organisasi sekolah
atau mengubah tingkah laku guru-gurunya supaya selaras dengan norma dan kehendak organisasi
sekolah.
Kuasa paksaan mempunyai kesan negatif dan teguh dengan pengurusan. Kuasa ini didapati
membawa kesan yang negatif yang akan mengurangkan kepuasan kerja. Kuasa ganjaran dan
kuasa sah tidak ada kesan terhadap pemboleh ubah kriteria. Mereka merumuskan bahawa kita
tidak boleh bergantung pada kuasa sah kerana ini kurang kapasitinya untuk menggalakkan
pekerja mengubah perangai dan meningkatkan prestasi kerja mereka. Penggunaan kuasa rujukan
dan pakar dapat menentukan keberkesanan pengurusan kerana kedua-dua sumber kuasa yang
mempunyai kesan positif yang teguh terhadap pengurusan ( Carson, Carson, Knight & Roe,

1995).
Analisis kajian Jamali (2001) mendapati guru besar menghadapi masalah apabila menggunakan
kuasa paksaan untuk mengawal sesuatu situasi. Pengetua sekolah menengah dan pengetua
sekolah agama lebih suka menggunakan kuasa pakar berbanding dengan sumber kuasa lain
untuk mendapatkan kerjasama daripada para guru. Kuasa yang kedua dominan digunakan ialah

11

kuasa rujukan. Mereka hanya menggunakan kuasa paksaan ketika dalam keadaan yang terdesak
sahaja.
2.4.1

KAJIAN LEPAS BERKAITAN DENGAN KEPUASAN KERJA
Hasil kajian yang dijalankan oleh Hassan Bin Hushin dan Adnan Bin Hussin tentang “Hubungan
Kepuasan Kerja Guru-guru dengan Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Daerah Besut,
Terengganu” , mendapati bahawa tahap kepuasan kerja guru di sekolah rendah Daerah Besut,
Terengganu secara keseluruhannya pada tahap tinggi berdasarkan kepada peratusnya adalah
66.7% paling setuju dan 23.7% setuju dengan kepuasan kerja guru mempunyai hubungan
dengan gaya

kepimpinan guru besar. Ekoran keselesaan kerja guru sekaligus melahirkan

kepuasan kerja mereka ekoran kepimpinan sekolah yang menyenangkan dan tidak memberi
tekanan kepada para guru. Daripada jawapan responden didapati bahawa kepuasan kerja guru
mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya kepimpinan Instrumental ( beserta) dan
demokratik.
Yusof Bin Boon dan Azizah Binti Ghazali telah menjalankan kajian yang bertajuk “ Gaya
Komunikasi Guru Besar dan Hubungannya dengan Kepuasan Bekerja Guru di Tiga Buah
Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru, Johor” pada tahun 2005 dan telah mendapati bahawa tahap
kepuasan guru di sekolah rendah di Daerah Johor Bahru secara keseruhannya berada pada tahap
sederhana mewakili sebanyak 87 orang responden (48.9%) dengan nilai min skor adalah 2.433.
terdapat sebanyak 76 orang responden (42.7%) setuju dengan pendapat bahawa mereka menyukai
tugas-tugas mereka berbanding guru-guru yang lain dan sebanyak 72 orang responden (40.4%)
setuju mereka menyukai tugas-tugas mereka berbanding masa rehat mereka. Dapatan kajian ini
secara keseluruhan menyatakan terdapat hubungan antara gaya komunikasi guru besar dengan
kepuasan bekerja guru. Ini telah menunjukkan bahawa suatu persepsi yang positif telah wujud
terhadap penggunaan sumber kuasa guru besar di daerah Johor Bahru.
2.5

RUMUSAN
Penggunaan sumber kuasa guru besar dapat dibuktikan berhubung kait dengan tahap persepsi
guru-guru berdasarkan kajian lepas. Oleh itu, penggunaan sumber kuasa guru besar yang sesuai
perlu dititikberatkan demi mencapai tahap kepuasan kerja guru-guru di samping membentuk
suasana pesekitaran kerja yang selesa, hormoni dan kondusif. Warga sesebuah organisasi hanya
akan dapat menghasilkan produktiviti yang efektif jika suasana adalah memberangsangkan.

12

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1

PENGENALAN
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat persepsi guru terhadap penggunaan sumber
kuasa guru besar di sekolah. Bab ini mengandungi huraian tentang reka bentuk kajian, peserta
kajian, instrumen kajian, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data.

3.2

REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan instrumen soal temu bual.
Kajian deskriptif dipilih untuk memenuhi keinginan penyelidik bagi menerangkan sifat semula
jadi data yang dikumpulkan. Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat
untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Kajian deskriptif digunakan untuk
mendapatkan persepsi guru terhadap penggunaan sumber kuasa guru besar. Di samping itu,
fokus kajian ini adalah melihat tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru di SJK(C) Yuk
Hwa, Tenom.

3.3

PESERTA KAJIAN
Hanya terdapat 15 orang guru di SJK(C) Yuk Hwa. Dengan ini, tiga orang guru penolong kanan
dan enam orang guru kelas di sekolah ini dipilih untuk menjadi peserta dalam kajian ini. Guruguru yang digelar sebagai peserta kajian terdiri daripada 3 lelaki dan 6 perempuan. Guru-guru
penolong kanan dan guru kelas dipilih sebagai peserta kajian untuk memudahkan kami
menjalankan temu bual.

3.4

INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan temu bual yang dibina berdasarkan
objektif kajian. Soalan temu bual sila rujuk LAMPIRAN 1. Soalan temu bual adalah satu kaedah
kajian yang amat penting kerana ia membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat
kajian secara mendalam. Kelebihan penggunaan soalan temu bual kepada para peserta ialah dapat
melihat keikhlasan seseorang peserta memberi jawapan melalui perbincangan berdepan.
Tambahan pula, soal temu bual juga memudahkan penyelidik menerangkan tujuan untuk
mendapat jawapan yang tepat daripada peserta.
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan temu bual separa berstruktur. Ia bersifat fleksibel dan
jawapan yang diberikan oleh responden adalah tidak terhad dan terbuka.Ini membolehkan
13

responden menghuraikan perasaan mereka yang realiti dan juga apa yang difikirkannya kepada
penyelidik. Aspek-aspek temu bual ini adalah berdasarkan pengetahuan dan situasi benar yang
mereka alami. Selain daripada itu, temu bual ini mempunyai kesahan yang tinggi dan ia tidak
akan diheboh-hebohkan kepada orang ramai. Maka para responden adalah tidak berasa bimbang
atau teragak-agak untuk mengutarakan pendapat mereka.
3.5

KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Pengkaji perlu membuat jalinan hubungan dengan pihak yang berkaitan terutamannya pihak
sekolah sebelum pengkaji menjalankan kajian. Pengkaji dikehendaki berbincang dengan pihak
pentadbir untuk memohon kebenaran bagi menjalankan kajian di sekolah. Setiap guru yang
terlibat dalam kajian ini diberi taklimat ringkas tentang faktor kerahsiaan dan masa untuk sesi
temu bual. Mereka diberi jaminan hasil temu bual dan tidak memberi kesan kepada keselamatan
mereka atau lain-lain implikasi yang mungkin akan wujud berikutan dengan ini. Kajian ini
bertujuan menghasilkan maklumat yang berguna kepada pembangunan kualiti kesedaran persepsi
guru-guru terhadap penggunaan sumber kuasa guru besar di sekolah, bukannya membuat
justifikasi kepada sesiapa atau mana-mana pihak tertentu. Guru-guru juga diberi penghargaan
terhadap kesediaan memberi maklumat dan sumbangan idea-idea dalam kajian ini. Mereka
digalakkan berfikiran secara terbuka, ikhlas dan positif ketika memberi maklumat ketika temu
bual.

3.6

KAEDAH PENGANALISISAN DATA
Pendekatan analisis kandungan seperti yang dicadangkan oleh Miles dan Huberman, Merrien
(1998) telah digunakan untuk menganalisis data temu bual.

Menurut Burn (1995), analisis

kandungan merupakan kaedah analisis yang sering digunakan dalam kajian kualitatif. Analisis
kandungan digunakan untuk mengenal pasti tema, konsep dan makna. Dalam hal ini, analisis
kandungan memerlukan sistem pengkodan yang berkaitan dengan matlamat sesuatu
penyelidikan.
Menurut Burn (1995) kategori pengkodan harus dibangunkan sebaik saja pengumpulan data
pertama dilakukan. Pengkodan memudahkan seseorang penyelidik memahami maklumat yang
diperolehi dan menjadi panduan kepadanya untuk menentukan apakah yang harus difokuskan
kepada maklumat seterusnya.

Miles dan Huperman (1984) menyatakan bahawa pengkodan

bukanlah sesuatu data yang telah siap sedia dianalisis maka ianya terbit terus menerus sepanjang
proses pengumpulan data.
14

3.7

RUMUSAN
Reka bentuk kajian, peserta kajian, instrumen kajian dan kaedah penganalisisan data dirancang
dengan teliti oleh penyelidik supaya dapatan bagi kajian ini menjadi lebih berkesan dan

bermakna.

BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1

PENGENALAN
Bab ini memaparkan keputusan analisis data dan penafsirannya bagi kajian yang telah dijalankan.
Paparan keputusan kajian meliputi dapatan temubual. Tafsiran dapatan kajian kami ditunjukkan
dalam bentuk deskriptif.

4.2

LATAR BELAKANG PESERTA
Maklumat yang telah dikumpul daripada responden kajian di sekolah masing-masing ialah faktorfaktor demografi guru seperti jantina, umur, jawatan, dan tempoh berkhidmat di bawah pimpinan
guru besar berkenaan. Antara 9 orang responden kajian, terdiri daripda 3 orang lelaki dan 6 orang
perempuan. Terdapat 6 orang adalah berumur kurang daripada 35 tahun dan hanya 3 orang
adalah terdiri daripada golongan veteran. Kesemua peserta kajian mempunyai tempoh
perkhidmatan lebih daripada 5 tahun. Manakala peserta kajian yang tergolong dalam veteran
mempunyai tempoh perkhidmatan lebih daripada 10 tahun.

4.3

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN SUMBER KUASA GURU BESAR
Melalui soal temu bual yang terdiri daripada 11 item, didapati guru besar cenderung
menggunakan kuasa rujukan berdasarkan persepsi guru di sekolah. Penggunaan sumber kuasa
guru besar ditentukan dengan berpandukan soalan temu bual yang mempunyai kriteria seperti
berikut :

4.3.1

STAIL BEKERJA GURU BESAR
Berdasarkan sesi temu bual dengan peserta kajian, didapati bahawa guru besar tiba di sekolah
tidak lewat dari pukul 7.00 pagi pada setiap hari. Menurut peserta kajian, guru besar menamatkan
tugas rasmi tidak tentu masa. Biasanya, beliau akan pulang ke rumah pada pukul 5.00 petang.
Guru besar adalah tegas dalam menjalankan tugas. Tambahan pula, beliau memiliki perancangan
15

yang kemas dalam urusan tugas seharian. Beliau menggunakan buku rekod sebagai panduan
untuk merancang pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga menggunakan sistem diari untuk
memastikan tarikh-tarikh penting dan waktu-waktu untuk menghadiri mesyuarat, pemantauan dan
urursan-urusan rasmi yang lain. Selain daripada itu, guru besar juga sentiasa mencatatkan
perkara-perkara yang penting atau yang perlu dilaksanakan di atas papan notis dan sentiasa
memantau serta menyemak hasil-hasil kerja guru-guru di bawah jagaannya. Catatan-catatan juga
turut sentiasa dikemaskini oleh beliau. Guru besar juga sentiasa membawa berbincang bersama
tentang perkara-perkara yang ingin dilaksanakan.
4.3.2

CARA PENGENDALIAN PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap pagi Isnin jam 7.10 pagi. Murid-murid akan
berkumpul di dewan sekolah lebih awal iaitu pada 7:00 pagi. Sebaik sahaja loceng berbunyi,
murid-murid akan beratur mengikut kelas masing-masing menuju ke dewan dengan diiringi oleh
pengawas yang telah ditugaskan. Guru besar akan berucap selepas laporan guru bertugas pada
minggu lepas. Hasil temu bual daripada peserta kajian menyatakan bahawa murid-murid
membawa diari untuk mencatat perkara yang dianggap penting yang disampaikan oleh guru-guru
dan guru besar sepanjang perhimpunan berlangsung. Menurut hasil temu bual juga menyatakan
bahawa murid-murid kelihatan berdisiplin, mendengar dengan teliti dan berada dalam keadaan
yang senyap semasa menghadiri perhimpunan mingguan sekolah. Peserta-peserta kajian juga
menyatakan pengendalian perhimpunan rasmi sekolah sememangnya berjalan lancar dengan
adanya kepimpinan guru besar yang professional dan berkaliber di sekolah ini.

4.3.3

CARA PENGENDALIAN MESYUARAT STAF
Hasil daripada temu bual peserta kajian menyatakan proses mesyuarat staf berjalan dengan lancar
dan teratur pada setip kali. Berdasarkan dapatan temu bual yang telah dibuat, jumlah mesyuarat
kurikulum adalah sekurang-kurangnya 8 kali setahun. Didapati guru-guru menepati waktu semasa
menghadiri mesyuarat staf. Di samping itu, guru-guru berkeupayaan menukar idea dan fikiran
serta menyumbangkan idea yang membina semasa mesyuarat berlangsung. Guru-guru juga
mendengar arahan dan saranan daripada guru besar dengan teliti. Bukan setakat itu sahaja, guru
besar juga sentiasa menegaskan kepentingan semangat kerja berpasukan dan bersatu hati demi
mencapai kecemerlangan prestasi akademik dan juga kokurikulum di peringkat sekolah mahupun
di peringkat yang luar.

4.3.4

CARA BERINTERAKSI DENGAN GURU DAN KAKITANGAN BAWAHAN
16

Hasil daripada temu bual, guru besar tidak mempunyai batasan tertentu dalam menjalinkan
interaksi dengan guru-guru dan kakitangannya. Beliau dapat mengenali semua subordinat dan
mesra dengan pekerja-pekerja bawahannya. Guru-guru, kakitangan pejabat dan murid-murid
mudah berurusan dengan guru besar. Guru-guru juga mudah merujuk dengan guru besar
sekiranya memerlukan sesuatu penjelasan, pandangan dan pendapat. Guru besar bercakap dengan
sopan dan memadai keprofesionalan semasa berinteraksi dengan warga sekolah.
4.3.5

CARA PENYAMPAIAN MESEJ DAN MAKLUMAT TERKINI
Menurut peserta kajian, mesej dan maklumat-maklumat terkini disampaikan melalui beberapa
cara. Cara penyampaian dilakukan mengikut situasi dan keperluan sama ada perlu disegerakan
atau boleh diberitahu melalui orang lain mengikut kepentingan sesuatu maklumat tersebut.
Lazimnya maklumat akan disalurkan melalui guru-guru penolong kanan, ketua-ketua panitia,
guru disiplin, kaunselor sekolah dan sebagainya. Pekeliling jabatan dan kementerian pendidikan
pula ditampalkan di papan kenyataan. Di samping itu, maklumat-maklumat juga disampaikan
semasa mesyuarat khususnya yang menyentuh dasar-dasar dan polisi sekolah selaras dengan
matlamat sekolah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain daripada itu, guru besar juga
sentiasa menyampaikan maklumat melalui taklimat atau perbincangan secara kumpulan kecil.
Pengurusan cara ini adalah lebih efektif dalam penggunaan sumber kuasa di sekolah ini.

4.3.6

CARA MENYELESAIKAN MASALAH-MASALAH PENTADBIRAN
Peserta-peserta kajian juga menyatakan bahawa beliau belum lagi menghadapi masalah yang
besar dalam pentadbiran kerana guru-guru dan kakitangan pejabat dapat memahami tugas dan
peranan masing-masing. Setiap individu mampu melaksanakan tanggungjawab yang telah
diamanahkan dengan berkesan. Guru besar akan memberikan garis panduan yang professional
kepada guru-guru yang telah diamanahkan bagi melaksanakan sesuatu perkara. Penggunaan
sumber kuasa rujukan oleh guru besar mendorong guru-guru supaya memberikan idea yang
munasabah dan difikirkan untuk memastikan segala urusan dan tugas dapat dijalankan dengan
sempurna.

4.4

TAHAP KEPUASAN KERJA GURU-GURU
Dapatan temu bual yang dibuat terhadap peserta kajian menunjukkan tahap kepuasan guru berada
pada tahap tinggi atau berpuas hati dengan penggunaan sumber kuasa guru besar di sekolah ini.
Menurut Herzberg (1959) bahawa kepuasan kerja seseorang itu ditentukan oleh faktor dalaman
yang

dipanggil pendorong seperti mendapat pengiktirafan dan kerja itu sendiri. Manakala
17

ketidakpuasan kerja pula adalah factor-faktor keadaan kerja, jaminan kerja dan status.
Disebabkan guru besar cenderung menggunakan sumber kuasa rujukan, maka guru besar mampu
menaikkan tahap kepuasan kerja guru seperti memotivasikan guru-gurunya supaya komited
dengan kerjanya.
4.5

RUMUSAN
Penggunaan sesuatu sumber kuasa mempunyai hubungan dengan tahap kepuasan kerja guru-guru.
Walau bagaimanapun, kesemuanya ini bergantung kepada cara pelaksanaan dan interaksi guru
besar dengan guru-guru. Maka, guru besar memainkan peranan yang sangat penting untuk
mewujudkan tahap kepuasan kerja guru-guru demi keberkesanan pendidikan.

BAB 5 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

5.1

PENGENALAN
Bab ini akan menjelaskan rumusan kajian, kesimpulan kajian, perbincangan dapatan kajian,
implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan rumusan

5.2

RUMUSAN KAJIAN
Berdasarkan persepsi guru terhadap penggunaan sumber kuasa guru besar yang paling tinggi
ialah sumber kuasa rujukan. Dapatan kajian dapat membuktikan kualiti peribadi guru besar SJK
(C) Yuk Hwa dalam keadaan yang baik dan boleh dijadikan sebagai pakar rujuk. Sebagai
pemimpin, beliau juga dapat menunjukkan kesabaran yang tinggi dan mempunyai semangat
untuk terus maju dalam semua bidang. Dari aspek kepimpinan, beliau mempunyai motivasi
kendiri yang tinggi dan mempunyai ciri-ciri keyakinan pada diri sendiri dan dapat mempengaruhi
guru-guru di bawah jagaannya bersedia menerima perubahan dan seterusnya menuju ke arah
kecemerlangan. Juuteru, guru besar juga berperanan sebagai agen perubahan di sesebuah
organisasi.

5.3

KESIMPULAN KAJIAN
Sebagai kesimpulan, penggunaan sumber kuasa guru besar memang mempengaruhi tahap
kepuasan kerja guru-guru dalam amalan harian. Jenis sumber kuasa yang sering digunakan oleh
guru besar ialah sumber kuasa rujukan. Kelihatan sebahagian besar guru di sekolah mempunyai
18

tahap kepuasan kerja yang sederhana dan tinggi. Maka guru-guru di sekolah sanggup
bekerjasama dan bekerja keras dengan guru besar dalam melaksanakan sesuatu tugas. Dengan ini,
seseorang guru besar perlulah memandang berat terhadap penggunaan sumber kuasa dalam
amalan harian supaya guru-guru berpuas hati terhadap kerja yang diamanahkan demi
kecemerlangan prestasi sekolah.
5.4

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Hasil daripada temu bual dapat dirumuskan guru besar meepati ciri-ciri karismatik, bijaksana
dalam menyelesaikan masalah. Sebagai pemimpin beliau juga dapat menunjukkan kesabaran
yang tinggi dan mempunyai semangat untuk terus maju dalam semua bidang. Beliau juga seorang
yang adil, amanah dan bertanggungjawab. Guru besar sememangnya orang yang mudah mesra,
mudah didekati, berwajah tenang dan ceria serta menyenangkan. Dari aspek kepimpinan beliau
mempunyai motivasi kendiri yang tinggi dan mempunyai ciri-ciri keyakinan pada diri sendiri.
Dari aspek personaliti, dengan jelas memperlihatkan pemimpin ini memepunyai ciri-ciri iman dan
takwa, beramal soleh dan berdisiplin.
Guru besar didapati menggunakan atau mengaplikasikan kelima-lima sumber kuasa dalam
kepemimpinan di sekolah mengikut keadaan melalui kajian ini. Guru besar di sekolah ini sentiasa
menukar strategi dalam penggunaan sumber kuasa berdasarkan perkara yang berbeza dan juga
terhadap individu serta situasi yang berlainan. Ini bertepatan dengan pendapat Tang (2003) yang
mengatakan pemimpin yang yang berjaya adalah pemimpin yang mengaplikasikan beberapa jenis
sumber kuasa. Pola persepsi guru terhadap kelima-lima sumber kuasa yang digunakan oleh guru
besar, sumber kuasa yang paling dominan ialah kuasa rujukan, kuasa pakar, kuasa ganjaran, kuasa
sah, dan kuasa paksaan.
Dapatan kajian ini adalah selaras dengan penemuan kajian Omar Abdul (1991) yang
menunjukkan

sekiranya seseorang pengetua menggunakan sumber kuasa yang tidak sesuai

dengan masalah, situasi, dan individu yang dihadapinya boleh menyebabkan timbulnya perasaan
tidak puas hati di dalam kalangan guru-guru terhadap kepimpinan pengetua. Penggunaan kuasa
rujukan dan pakar dapat menentukan keberkesanan pengurusan kerana kedua-dua sumber kuasa
yang mempunyai kesan positif yang teguh terhadap pengurusan adalah bertepatan dengan
dapatan Carson, Carson, Knight & Roe (1995).

19

5.5

IMPLIKASI KAJIAN
Hasil kajian ini yang diperoleh dari persepsi guru-guru terhadap penggunaan sumber kuasa oleh
guru besar telah menunjukkan guru besar berkecenderungan tinggi menggunakan sumber kuasa
rujukan. Hasil daripada kajian dan tinjauan literatur juga menyarankan guru-guru besar perlu
berfungsi secara berkesan sebagai pemimpin sekolah. Kajian ini juga amat bermakna bagi guruguru melihat secara positif terhadap penggunaan sumber kuasa guru besar dengan tahap kepuasan
bekerja. Pengetahuan ini penting bagi mewujudkan persefahaman dan komitmen dalam
penglibatan guru-guru ke arah mencapai visi dan misi organisasinya. Hasil dapatan menunjukkan
bahawa guru besar akan memberikan penerangan dan garis panduan sebagai rujukan untuk
seseorang individu dalam melaksanakan tugas yang diagihkan.
Peranan pemimpin merupakan faktor yang utama dalam membentuk pentadbiran yang boleh
memotivasikan guru-guru untuk bekerja dengan berkesan melalui tindakan-tindakan yang boleh
mewujudkan komitmen dan kepuasan kerja yang tinggi. Oleh itu, guru-guru besar
bertanggungjawab untuk menggunakan sumber kuasa yang sesuai terhadap situasi, perkara dan
juga individu yang berbeza telah terbukti dapat mempengaruhi komitmen dan kepuasan kerja
guru-guru.

5.6

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Kajian yang dijalankan ini adalah terhad kepada sebuah sekolah rendah sahaja. Oleh itu adalah
dicadangkan untuk kajian yang akan datang melibatkan peserta kajian yang lebih besar sama ada
di peringkat daerah atau negeri dengan meliputi lebih banyak sekolah supaya hasil kajian yang
didapati akan menjadi lebih tepat dan menyeluruh.
Adalah menarik jika sesuatu kajian berkaitan dengan penggunaan sumber kuasa guru besar dan
hubungannya dengan kepuasan kerja guru diperluaskan skopnya dengan melibatkan juga kajian
terhadap kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan sokongan bukan guru di sekolah
memandangkan kakitangan sokongan juga merupakan warga sekolah.

5.7

RUMUSAN
Dalam bab ini telah dibentangkan ringkasan aspek-aspek rumusan hasil, perbincangan dapatan
kajian, kesimpulan dapatan kajian dan implikasi dapatan kajian. Dinyatakan juga cadangancadangan pelaksanaan dan cadangan lanjutan yang mungkin boleh dilaksanakan.

20

RUJUKAN
Abdul Shukur Abdullah. (1991). Pengurusan Organisasi Perspektif Pemikiran dan
Teori. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bardford (1981). Supervision and Teachers. Syracuse Universiti: Mc Cuthan
Publishing Co.
Brayfield dan Crockett (1983). Job Satisfaction:Theoretical Perspectives and A
Longitudinal Analysis. New York: Libra Publishers Ins
Burn, R.B (1995) . “ Introduction to Research Methods.” Melbourne: Longman
Carson, P.P., Carson, K.D., Knight, E.L. and Roe, C.W. 1995). “Power in
Organizations: A look through the Total Quality Management lens”. Quality
Progress,73-78
French, J.R.P dan Raven, B. (1960). “The bases of social power”, dalam Darwin Cartwright dan
A.F. Zander (ed.). Group Dynamics (2nd Ed.). Evanston III: Row, Peterson and Co. 60723.
French,1. R. P. & Raven, B. (1962). "The Bases ofSociaJ Power". Dalam Cartwright,
D. Group Dynamics: Research and Theory. Evanston, IlIinios: Row, Peterson
and Co.
Hamdan Abd. Kadir, Eliza Seth, Bakhtiar Yusof (2005). Panduan Menjadi Penyelia
Efektif. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Handoko (2001). Teori Online. Dimuat turun pada 20 Disember
http://teorionline.wordpress.com/2010/01/25/definisi-kepuasan-kerja/

2012

dari

Hassan Bin Hushin dan Adnan Bin Hussin (2001). Hubungan Kepuasan Kerja Guru-guru
dengan Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Daerah Besut, Terengganu. Universiti
Teknologi Malaysia: Fakulti Pendidikan
Ilhaamie binti Abd. Ghani Azmi (2005) Kepuasan Kerja: Kajian di Kalangan Pensyarah di
Akademi Pengajian Islam dan Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.[versi
elektronik]. Jurnal Syariah 13:2, 115.
Ishak Mad Shah (2004). Pengenalan Psikologi Industri & Organisasi.Jilid II.
Skudai:Universiti Teknologi Malaysia
21

Jamali Basri. (2001). Pengurusan Konflik di Sekolah Menengah Satu Kajian Kes. Tesis
Ijazah Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Kamus Dwibahasa (1989). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kamus Perdana(2004). Selangor: United Publishing House (M) Sdn. Bhd.
Kreitner & Kinicki (2005). Teori Online. Dimuat turun pada 20 Disember 2012 dari
http://teorionline.wordpress.com/2010/01/25/definisi-kepuasan-kerja/
Lim Lay Hong. (1998). The elationship of Perceived Principal’s and Design (7 th ed.) Upper
Saddle River, New Yok: Prentice-Hall, Inc.
Merriem, S.B. (1998). “Qualitative Research and Case Study Applications in Education.”
Miles, M.B and Huberman, A. M (1994). “Qualitative Data Analysis: An Expanded
Sourcebook.” 2nd ed. Thousand Oaks, Califf: Sage.
Mohd Nor Bin Jaafar( 2002). Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Komitmen dan Kepuasan
Kerja Guru: Satu Kajian Perbandingan dan Hubungan Antara Sekolah Berkesan dengan
Sekolah Kurang Berkesan. Jurnal: Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim
Oh Su Hoon. (2001). Subordinate’s Conflict Handling Styles:The Impact of Supervisory Bases of
Power and Leader-member Exchange. Unpublished master’s thesis, University Sains
Malaysia, Minden.
Omar Abdul. (1991).Hubungan Di antara Lokus Kawalan dengan Gaya Penggunaan Kuasa di
kalangan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah di Malaysia. Tesis Master yang Tidak
diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
OUM.(2006). Modul HBEF 2503 Kaedah Kajian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:UNITEM
Sdn. Bhd.
Patton, M.Q (1990). “Qualitative Evaluation and Research Methods.”
Publications

London: Sage

Shuhadah Yaacob. (2000). Penggunaan Kuasa Kepimpinan Pengetua dalam Organisasi Sekolah
dari Perspektif Guru: Satu Tinjauan di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.
Tesis Master yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
22

Silverman, D. (2000). “Doing Qualitative Research: A Practical Handbook.” London, Thousand
Oaks, New Delhi: Sage
Tang Keow.Ngang.
(2003). Pengurusan KolaboratifDi Sekolah Menengah Wtlayah
Persekutuan. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan Universiti Putra Malaysia: Serdang.
Yusof Bin Boon dan Azizah Binti Ghazali (2005). Gaya Komunikasi Guru Besar dan
Hubungannya dengan Kepuasan Bekerja Guru di Tiga Buah Sekolah Rendah Daerah
Johor Bahru, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pendidikan

LAMPIRAN 1
1. Adakah guru besar senang menerima pendapat atau cadangan yang diutarakan ?
2. Adakah guru besar mengagihkan tugas secara adil dan berpandukan kebolehan individu ?
23

3. Adakah kamu berasa selesa dan bersemangat bekerjasama dengan guru besar ?
4. Adakah guru besar bersama-sama menangani masalah dengan semua guru ?
5. Pada pendapat anda, apakah personaliti guru besar berpandukan cara bekerja di sekolah?
6. Bagaimanakah guru besar mengendalikan perhimpunan rasmi di sekolah?
7. Apakah tindakan guru besar semasa mengendalikan mesyuarat?
8. Bagaimanakah guru besar berinteraksi dengan guru-guru dan kakitangan bawahan?
9. Bagaimanakah guru besar menyampaikan mesej dan maklumat terkini?
10. Bagaimanakah guru mengatasi masalah-masalah pentadbiran?
11. Pada pendapat anda, setakat manakah kecekapan guru besar dalam usaha pengurusan di
sekolah ?

24