Penerapan nilai nilai islam ke arah peng

1.0

Pendahuluan

Umum diketahui seluruh dunia, Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Sistem
pentadbiran awam dan pengurusan di Malaysia dar segi sejarahnya lebih banyak
dipengaruhi konsep pentadbiran dan pengurusan yang berasaskan kepada kolonial
Inggeris. Oleh itu, sistem pentadbiran dan pengurusan di Malaysia merupakan waris
birokrasi penjajah, maka sistem pentadbiran dan pengurusan kelihatan berbau
keinggerisan bukan sahaja dari segi struktur juga cara bekerja dalam sesebuah
organisasi.
Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28
Februari 1991, sewaktu persidangan Majlis Perdagangan Malaysia dan beliau telah
membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “Malaysia-The Way Forward”.
Matlamat wawasan 2020 ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, dan kebudayaan menjelang tahun 2020.
Sebagai sebuah negara yang dikenali Negara Islam, dalam mencapai wawasan
2020, antara langkah tersebut ialah menjadikan pentadbiran dan pengurusan
berteraskan Islam. Maka Malaysia kini dalam proses mengaplikasikan sistem
pentadbiran dan pengurusan berasaskan ajaran Islam. Beberapa langkah dapat dilihat
dalam menjayakan sistem dibawah ajaran Islam ini antaranya kerajaan kini mula

menerapkan nilai-nilai Islam dalam pengurusan Negara.
Penerapan sebegini adalah langkah awal dalam menjayakan dan mencapai
wawasan 2020 disamping menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan
konsep Islam sepenuhnya dalam semua aspek politik, ekonomi dan sosial.

1

2.0

Pengenalan Pengurusan Islam

Umum diketahui, sistem pengurusan ini sebenarnya sudah wujud sejak zaman purba
lagi seperti zaman Mesir Kuno, zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Sebagaimana yang
kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah satu sistem yang lengkap dan sistematik
kerana sistem ini bersumberkan kepada Al-Quran dan as-Sunnah. Prinsip pengurusan
yang sangat jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur disamping
mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan bukan melihat
aspek kebendaan dan keduniaan semata-mata. Beberapa sarjana-sarjana Islam telah
mendefinisikan maksud pengurusan.
Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin, pengurusan adalah sebagai satu kajian ilmiah

terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.
Manakala Muhammad A. Al-Buraey berpendapat bahawa pengurusan merupakan
penyelaras tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk
sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.
Selain itu, Professor Syed Othman Alhabshi mendefinisikan pengurusan
merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan,
modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada
dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
Secara totalnya, pengurusan dapat ditakrifkan sebagai suatu proses penglibatan
dan mengeksploitasi seumber (tenaga manusia, benda dan perkara berkaitan) supaya
saling bekerjasama dan berfungsi dalam sebuah organisasi ke arah mencapai sesuatu
objektif dan tujuan sama ada yang bermotifkan keuntungan atau tidak ia hendaklah
selari dengan ketentuan-ketentuan Syariat Islamiah.
2.1

Sumber Pengurusan Islam

Pengurusan Islam mempunyai sumber-sumbernya tersendiri dan serba lengkap segala
aspek lahiriah dan rohaniah. Sumber dalam pengurusan Islam dapat dibahagikan
kepada dua sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer

terbahagi kepada dua iaitu al-Quran dan as-Sunnah manakala sumber sekunder

2

terbahagi kepada tiga iaiti ijtihad para Sahabat, penulisan Ulama` dan penulisan sarjana
semasa.
2.1.1 Sumber Primer
1.

Al-Quran

Al-Quran ialah wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaran
Malaikat jibrail. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat berdasarkan
sesuatu peristiwa. Dalam pengurusan, ada beberapa ayat al-Quran berkaitan dengan
dasar, taktik dan asas-asas pengurusan Islam seperti berikut.
1. Asas Ikatan Perjanjian (kontrak) dan tanggungjawab memenuhinya
Apabila seseorang individu diterima bekerja di sebuah organisasi, perkara pertama
yang perlu dilakukan oleh individu itu ialah mengisi dengan lengkap borang
perjanjian atau surat tawaran bekerja dengan organisasi tersebut. Di dalam surat
tersebut juga mengandungi beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan peraturanperaturan sebelum memulakan kerja. Firman Allah SWT:


‫ِين آ أم ُنوا أأ ْوفُوا ِب ْال ُعقُو ِد‬
‫أيا أأ ّي أها الّذ أ‬
“Wahai orang yang beriman! Penuhilah serta sempurnakan perjanjian”(Al-Maidah:
1)
2. Asas Pemberian Ganjaran
Sebuah organisasi yang mengambil individu menjadi pekerjanya diwajibkan untuk
memberi ganjaran kepada individu tersebut atas apa yang telah dikerjakannya. Jika
majikan tidak memberikan ganjaran kepada pekerjanya maka ianya adalah suatu
kesalahan di sisi undang-undang dunia mahupun agama. Berikut adalah ayat yang
mewajibkan memberi ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat.
Firman Allah Taa`la:

‫ان إِ ّل أما أس أع ٰى‬
‫أوأأنْ ألي أ‬
ِ ‫ِل ْن أس‬
ِ ْ ‫ْس ل‬
3

“Dan Bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang melainkan balasan

apa yang diusahakannya”. (Al-Najm: 39)

3. Asas Penentuan Matlamat Organisasi dan Nilai yang Wajib diikuti
Sesebuah organisasi sewajarnya memiliki matlamat yang jelas untuk dicapai oleh
pekerjanya. Hal ini bertujuan agar pekerjanya lebih berusaha dalam mencapai
matlamat tersebut di samping berlandaskan matlamat organisasi Islam iaitu
kebaikan di dunia dan akhirat. Firman Allah Taa`la:

‫ار‬
‫أو ِم ْن ُه ْم أمنْ أيقُو ُل أر ّب أنا آ ِت أنا فِي ال ّد ْن أيا أح أس أن ًة أوفِي ْالخ أِر ِة أح أس أن ًة أو ِق أنا أع أذ أ‬
ِ ‫اب ال ّن‬

“Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan didunia dan diakhirat dan
peliharalah kami dari api neraka”. (Al-Baqarah: 201)
4. Asas Komunikasi dalam Organisasi

Komunikasi merupakan asas terpenting dalam sesebuah organisasi. Hal ini kerana
komunikasi adalah penyebab sesuatu arahan dapat disampaikan dengan lebih jelas
daripada majikan kepada pekerjanya.
Firman Allah Taa`la:


‫ان أع أل ٰى ُك ّل أشيْ ٍء أحسِ يبًا‬
‫ا أك أ‬
‫أوإِ أذا ُحيّي ُت ْم ِب أت ِح ّي ٍة أف أحيّوا ِبأأحْ أس أن ِم ْن أها أأ ْو ُر ّدو أها ۗ إِنّ ّ أ‬

“Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah

penghormatan tersebut dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah ia dengan
cara sama. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung sesuatu”. (Al-Nisa`: 86)
5. Asas Pengurusan Sumber Manusia
Sumber manusia merupakan satu jabatan yang menguruskan tentang pengambilan
pekerja serta bertanggungjawab dalam memastikan pekerja tersebut sentiasa
bermotivasi.
Firman Allah Taa`la:

4

ْ ‫أقا أل‬
‫ت اسْ أتأْ ِجرْ هُ ۖ إِنّ أخي أْر أم ِن اسْ أتأْ أجرْ أ‬
ُ‫ت ْال أق ِويّ ْالأمِين‬

ِ ‫ت إِحْ دأا ُه أما أيا أأ أب‬

“Salah Seorang perempuan itu pun berkata, Wahai Ayahku, ambillah dia sebagai

orang upahan, sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil pekerja ialah
orang yang kuat lagi amanah”. (Al-Qasas: 26)
6. Asas Gesaan Bekerjasama dan Tolong-menolong antara satu sama lain
Hubungan antara jabatan dengan jabatan juga majikan dengan pekerja amatlah
penting agar kerjasama seperti ini dapat terjalin disamping mudah mencapai tujuan
dan matlamat sesebuah organisasi pengurusan khususnya Negara.
Firman Allah Taa`la:

ۖ‫ا‬
ِِ ‫ال ْث ِم أو ْالع ُْد أو‬
‫ان ۚ أوا ّتقُوا ّ أ‬
ِ ْ ‫أو أت أع أاو ُنوا أع ألى ْال ِبرّ أوال ّت ْق أو ٰى ۖ أو أل أت أع أاو ُنواِ أع ألى‬
‫ب‬
ِ ‫ا أشدِي ُد ْال ِع أقا‬
‫إِنّ ّ أ‬
“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam membuat kebajikan, dan janganlah

kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa (kemungkaran)”. (Al-Maidah: 2)
7. Asas Etika
Etika ialah mematuhi nilai moral atau akhlak yang baik (mahmudah). Oleh itu, etika
berperanan menentukan seseorang itu berperilaku baik atau sebaliknya.
Firman Allah Taa`la:

‫ا‬
‫ا أُسْ أوةٌ أح أس أن ٌة لِ أمنْ أك أ‬
ِ ّ ‫ُول‬
‫أل أق ْد أك أ‬
ِ ‫ان أل ُك ْم فِي أرس‬
‫ا أو ْال أي ْو أم ْالخ أِر أو أذ أك أر ّ أ‬
‫ان أيرْ جُو ّ أ‬
‫أك ِثيرً ا‬
“Sesungguhnya pada Rasulullah itu ada ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang
mengharapkan pahala Allah dan balasan baik pada hari pembalasan, serta banyak
memperingati Allah”. (Al-Ahzab: 21)
2.

Al-Hadis


Antara asas-asas dalam pengurusan Islam itu adalah as-Sunnah. Pertama: Kesesuaian
sistem dengan matlamat organisasi. Sesuatu matlamat dalam organisasi itu seharusnya
5

dicapai melalui cara yang betul dan dibenarkan oleh agama. Islam tidak menghalalkan
cara untuk mencapai sesuatu matlamat. Sabda Rasulullah S.A.W: Sesungguhnya
perkara halal itu nyata dan perkara haram juga nyata, di antara kedua-duanya adalah
syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang meninggalkan
perkara syubhah dia akan menyelamatkan tubuhnya. Sesiapa yang melakukan
syubhah sama seperti seorang pengembala yang mengembala ternakan di tepi
kawasan larangan, besar kemungkinan ternakannya memakan di kawasan larangan
tersebut, sesungguhnya setiap sesuatu itu ada sempadan, dan sempadan Allah ialah
perkara-perkara yang haram (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Keduanya ialah asas bertanggungjawab iaitu dalam sebuah organisasi terdiri
dari individu yang mempunyai peranan masing-masing. Maka setiap individu
seharusnya menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan setiap
tugas yang diberikan dalam mencapai matlamat organisasi. Sabda Baginda S.A.W:
“Setiap kamu adalah pengembala dan kamu semua dipertanggungjawab terhadap apa
yang dijaga”. (Hadis Riwayat Al-Muslim)

Seterusnya ialah asas kualiti kerja dan mutu kerja. Islam begitu menekankan
kepada kualiti kerja dan menegah umatnya bekerja sekadar bekerja malah
mengabaikan kualiti serta mutu kerja mereka. Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya
Allah S.W.T menyukai apabila seseorang itu melakukan dengan Itqaan (sempurna atau
berkualiti).
Selain itu, pengurusan masa juga ditekankan dalam pengurusan Islam. Hal ini
kerana masa memainkan peranan penting dalam mengejar kemajuan. Pengurusan
masa juga memperlihatkan keupayaan sesebuah organisasi sama ada beroperasi
secara cekap atau sebaliknya. Sabda Rasulullah S.A.W: “Hendaklah engkau berada di
dunia seolah-olah engkau berdagang”.
Tambahan pula, kewajipan berakhlak baik dan meninggalkan akhlak buruk
sangat dituntut dalam diri setiap individu muslim ketika bekerja mahupun dalam
menjalani kehidupan seharian. Sabda Rasulullah S.A.W: “Bertaqwalah kepada Allah
SWT di mana engkau berada, apabila engkau melakukan kejahatan bersegeralah
bertaubat dan melakukan kebaikan, nescaya kebaikan menghapuskan kejahatan, dan
berakhlak kepada manusia dengan akhlak yang baik”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
6

2.2.1 Sumber Sekunder
1. Ijtihad

Ijtihad ialah mengerah tenaga untuk mendapatkan hukum syarak terhadap
sesuatu masalah yang timbul. Ijtihad ini didasarkan kepada empat sumber utama
iaitu al-Quran, al-Hadis, Ijma` Ulama dan Qias.
Dalam konteks pengurusan Islam, amalan-amalan yang dilakukan oleh
para Sahabat terutamanya khulafa al-Rashidin menjadi rujukan dan ikutan
sistem pengurusan Islam. Serba sedikit pengurusan yang dijalankan oleh para
Sahabat menjadi rujukan sistem pengurusan Islam sebagai dasar atau prinsip
pengurusan Islam.
2. Penulisan para Ulama`
Selain ijtihad, penulisan para Ulama` juga menjadi sumber dalam pengurusan
Islam. Penulisan seperti Ibn Hazm (keperluan asas, kemiskinan, zakat, cukai dan
teori pemilikan tanah), Nizam al-Muluk al-Tusi (pentadbiran Negara, pengurusan
Negara, tanggungjawab pemerintah dan rakyat, keperluan asas dan keperluan
awam),

Imam

Al-Ghazali

(keadilan

kerajaan,

pengkhususan

pekerjaan,

akauntabiliti, dan etika dalam ekonomi), Muhammad Iqbal (teori ekonomi,
hubungan pembangunan rohani dan kebendaan, dan peranan wanita) dan AlMuhasibi

(pengawalan

kepentingan

diri

dalam

pengurusan,

konsep

keseimbangan, kekayaan, pendapatan dan berjimat cermat).
Selain itu, terdapat juga manuskrip-manuskrip lama yang menjadi rujukan
antaranya ialah Surat dari Khalifah Ali kepada Gabenor Mesir mengenai
beberapa panduan umum pentadbiran seperti etika pentadbiran, cara perlantikan
kakitangan, hubungan dengan rakyat, dan pengurusan kewangan. Kesemua
tulisan para Ulama` masih menjadi rujukan dalam usaha penambahbaikan
prinsip pengurusan Islam yang sedia ada agar lebih komprehensif dengan
zaman.
3. Penulisan Ilmuan Moden Islam
7

Tidak dilupa juga beberapa penulisan Ilmuan Moden Islam seperti Ahmad
Ibrahim

Abu

Sin

(pengurusan

Dalam

Islam),

Muhammad

al-Buraey

(Administrative Development: An Islamic Perspective), Muhammad Yasin
Mazhar (Organisation of Govermenr under the Prophet) dan Prof. Datuk Dr.
Syed Othman al-Habshi (Pengurusan dan pentadbiran). Kesemua penulisan ini
dijadikan rujukan kerana sesuai mengikut peredaran zaman ketika itu. Mereka ini
juga dikatakan telah merubah imej atau prinsip tradisional kepada prinsip moden
yang lebih efisyen.
3.0

Prinsip Pengurusan Islam

Umum diketahui, sistem pengurusan Islam bukanlah sesuatu sistem yang jumud
(Rushdan Jailani, 24/9/2011), malah ianya adalah sistem pengurusan yang sangat
mementingkan

pengurusan

yang

baik

dalam

menghasilkan

dan

memberikan

perkhidmatan agar memberi faedah dan manfaat terbanyak kepada pihak lain (Panel
Akademi Pengurusan YaPIEM, 2010: 163). Islam juga menyarankan umatnya agar
sentiasa melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin. Hal ini
kerana, kesungguhan dan keihklasan seseorang dalam melakukan sesuatu atau
arahan akan menghasilkan keredhaan Allah SWT (Abdul Halim, 1987: 140). Islam juga
menggesa umatnya melakukan sesuatu amalan dan pekerjaan itu dengan niat kerana
Allah SWT. Tambahan pula sesuatu perbuatan dan tingkah laku itu dianggap ibadat
apabila ianya dilakukan dengan seikhlas hati, berasaskan prinsip-prinsip Islam,
melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh, juga memberi kesejahteraan kepada
ummah maka ianya akan mendapay pahala daripada Allah SWT.
Oleh yang demikian, sistem pengurusan Islam sangat berbeza dengan sistem
konvensional yang hanya mementingkan aspek-aspek bersifat materialistik atau
sementara (Fadzila Azni, 2010: 55). Umum diketahui, sistem pengurusan Islam ini
adalah dipelopori oleh Baginda Rasulullah S.A.W bersama para sahabat Baginda
S.A.W dalam menjadikan sistem pengurusan Islam ini terbaik didunia. Pengurusan
Islam ini adalah pengurusan yang serba lengkap dan bersifat universal mencakupi dua
aspek lahiriah (material) dan batiniyyah (spiritual).

8

Menurut Auni (2010:xi), sistem pengurusan Islam berteraskan empat tonggak
yang sekaligus menjadi kekuatan sebenar sistem tersebut iaitu meliputi konsep
Istikhlaf, Tashkir, Tazkiat al-Nafs, dan Karamat al-Insan. Oleh itu, sistem ini juga
berpaksikan konsep Tawhidi yang diperincikan oleh hukum-hakam fiqh serta menitik
beratkan budaya Itqaan (kesempurnaan) dan nilai-nilai Ihsan dalam pelaksanaan
sesuatu tindakan. Jesteru itu, sistem pengurusan Islam ini adalah sistem yang menetapi
dan bertepatan dengan tuntutan Syariah Islamiah.

3.1

Konsep Tauhidi

Konsep Tauhidi merupakan tonggak utama umat Islam dalam membuktikan keikhlasan,
keyakinan, dan ketaatan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Malah, melalui konsep ini juga
manusia pada zaman Jahiliah berjaya membebaskan diri dari bertuankan nafsu serta
kebendaan berubah kepada bertuhankan Allah SWT sekaligus mereka keluar dari
kegelapan jahiliah (Syed Othman Alhabsi, 1998: 60-61). Rentetan peristiwa itu,
masyarakat ketika itu mentranformasikan kemunduran dan kejahilan mereka kepada
suatu kaum dan bangsa yang agung (Wan Liz Ozman, 1997: 45). Kelahiran Rasulullah
S.A.W telah membawa ajaran sebenar iaitu Islam yang penuh dengan kesempurnaan
dan kegemilangan berkualiti dengan mencakupi dua aspek jasmani dan rohani demi
mencapai objektif dan matlamat sebenar. Kejayaan hakiki (al-Falah) didorong oleh tiga
faktor amalan yang perlu ditunaikan oleh setiap Muslim iaitu sifat Ikhlas, Ilmu dan Amal
(Ibnu Tajab, 1995: Khaliq Ahmad, 2006: 20)
Prof. Ismail Raji al-Faruqi (1982: 17-18) telah menyatakan bahawa konsep
Tauhid ini adalah identiti utama Islam. Konsep ini dijaidkan identiti dalam tamadun Islam
dalam membangunkan tamadun tersebut. Konsep ini mejadi intipati dalaman dalam
tamadun Islam merencana kecemerlangan ketamadunan dan menjadikan konsep ini
sebagai tunjang asas menuju kemajuan.
Menurut Mohd Affandi (1992: 56-57) menegaskan bahawa konsep tawhidi ini
sebagai satu kaedah ilmu berasaskan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa dan Maha
Berkuasa serta Maha Adil dan Maha Pengampun serta Maha Sempurna dan tiada satu
9

pun yang menyerupaiNya, Pencipta segala Makhluk. Jesteru itu, segala perilaku itu
adalah kerana Allah semata-mata.
Jelaslah bahawa konsep Tawhidi ini perlu ada dalam diri setiap Muslim kerana
konsep ini adalah intipati ajaran Islam itu sendiri. Apabila individu Muslim memahami
dan menerapi nilai Tawhidi dalam diri maka secara tidak langsung individu tersebut
akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dalam menjalankan tugas.
Tambahan pula apabila konsep ini digunapaki dalam setiap organisasi
pengurusan, akan turut membuahkan hasil dalam usaha memartabatkan keadilan pada
semua tenaga kerja tidak mengira pihak bawahan semata-mata malah juga pihak
atasan dalam sebuah organisasi untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan dalam
pemberian hak masing-masing. Jika konsep ini digunapakai secara mapan, maka ianya
bukan sahaja melahirkan nilai kepuasan kepada para pekerja atau pelanggan, malah
juga kesan terhadap nilai keadilan dalam organisasi sekaligus mendatangkan
kebahagian sejagat secara langsung (Hasan Al-Banna, Ab Mumin dan Siti Arni, 2011).
Walau bagaimanapun, konsep ini juga sebenarnya pada dasarnya telah
membentuk ukhuwwah (perhubungan) antara dua aspek iaitu hubungan manusia
dengan PenciptaNya (hablun Mina Allah) dan hubungan manusia antara manusia
(hablun minannas) atau dengan makhluk lain seperti alam sekitarnya (Abdul Halim,
1978: 140). Oleh itu, perhubungan manusia dengan PenciptaNya adalah bersifat abadi
kerana ianya meliputi dua cabang asas kepercayaan iaitu Tauhid Uluhiyyah
(kepercayaan terhadap Keesaan Allah SWT sebagai pencipta mutlak) dan Tauhid
Rububiyyah

(kepercyaan

bahawa

Allah

SWT

sahaja

yang

layak

disembah)

(Azman,2003: 50).
Seseorang pekerja Muslim itu tidak boleh mengingkari perintah Allah SWT dan
para Rasul-Nya demi melaksanakan tugas atas arahan ketuanya. Jika suruhan atau
arahan ketua tersebut melanggar syariat Islam, maka tidak wajib untuknya mentaati
pada arahan tersebut (Khaliq Ahmad, 2006: 304). Sebagai contoh, pengurus sebuah
syarikat atau organisasi mendesak pekerjanya melaksanakan satu tugas sehingga tidak
dapat menunaikan solat fardu atau mengendali makanan haram seperti khinzir
seharusnya pekerja tersebut meninggalkan pekerjaan tersebut. Islam melarang sesuatu
10

pekerjaan itu yang boleh menjejaskan nilai Tauhid dalam diri individu Muslim
khususnya.
Hubungan

manusia

dengan

manusia

(hablun

Minannas)

pula

adalah

mementingkan sikap kerjasama dan toleransi antara pekerja bawahan mahupun pihak
atasan agar mencapai kesejahteraan hidup bersosial. Sekiranya nilai-nilai ini terhapus
dalam sebuah organisasi maka ianya akan memberi impak negatif sekaligus kepada
masyarakat terhadap kemunduran bersosial.
Wan Liz Ozman (1997: 50-54) menyatakan terdapat lapan kesan utama konsep
Tauhid ini terhadap minda, sikap, dan tingkah laku seseorang apabila berjaya meresapi
dalam jiwa konsep ini iaitu:
1. Menjadikan seseorang bersikap terbuka sekaligus menjadikannya pekerja yang
berkreadibiliti, integriti, bermaruah, cekap dan berdisiplin.
2. Melahirkan pekerja dan pengurus yang mempunyai harga diri yang tinggi (selfrespect) serta keyakinan diri (self-esteem) serta sikap berani menegakkan
kebenaran dan keadilan.
3. Menghakis sifat sombong, ujub, takbur dalam jiwa pekerja dan pengurus
walaupun mempunyai kuasa besar dalam sebuah organisasi.
4. Pengamalan nilai-nilai murni seperti amanah, tekun, dan istiqamah dalam
melaksanakan tanggungjawab.
5. Pengukuhan tidak mudah berputus asa apabila ditimpa musibah atau masalah
dalam organisasi masalah dalaman atau luaran.
6. Penerapan dalam diri sikap sabar, dan mempunyai keazaman yang tinggi.
7. Menghakis sifat akhlak Mazmumah dalam diri seperti iri hati, dengki, hasad,
tamak haloba, salah laku etika, penyelewengan, pecah amanah, rasuah dan
sebagainya.
8. Membentuk insan yang patuh dan taat setia pada peraturan serta perintah Allah
SWT dan Rasul-Nya tidak kira dimana ia berada.

3.2

Budaya Itqaan (kesempurnaan)

11

Aspek seterusnya yang perlu diberi perhatian dalam memantapkan pengurusan ialah
memiliki budaya Itqaan (Zulkifle Ghani, 23/9/2011). Budaya Itqaan ini sebenarnya telah
diungkapkan oleh Baginda S.A.W melalui hadis yang dijelaskan oleh Aisyah r.a. melalui
riwayat al-Baihaqi r.a. bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:
Sesungguhnya Allah menyukai sekiranya seseorang melakukan sesuatu perbuatan
secara Itqaan atau bersungguh-sungguh (sempurna)”.
Berdasarkan hadis tersebut dapatlah dikaitkan dengan budaya Itqaan ini sebagai
satu budaya kerja yang cemerlang, bersungguh-sungguh, komitmen dan tekun melalui
persekitaran tempat kerja yang selesa dan kondusif agar dapat melahirkan tenaga kerja
(modal insan) yang mampu menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti
serta memuaskan hati pelanggan khususnya.
Menurut Azman (2003: 74) menyatakan bahawa budaya Itqaan sering merujuk
kepada pelaksanaan dan penyempurnaan sesuatu kerja yang dilaksanakan secara
tekun dan bersungguh-sungguh. Manakala Haji Sohaimi dan Mohd Gunawan (2007:
187) mentakrifkan konsep Itqaan sebagai komitmen untuk mencapai kesempurnaan.
Jika seorang pengurus mempunyai budaya Itqaan dalam dirinya secara
langsung akan merasa yakin bahawa setiap amanah dilakukan dengan tanggungjawab
kerana pada akhir nanti bakal beroleh ganjaran baik didunia mahupun diakhirat kelak.
Oleh sebab itu, apabila seseorang menjadikan budaya Itqaan suatu unsur penting
dalam melaksanakan kerjanya, dengan sendirinya dia akan menjadikan kerjanya suatu
yang berkualiti (Utusan Malaysia, 16 Mei 2011).
Secara umumnya, terdapat beberapa nilai murni yang boleh dibudayakan dalam
kehidupan Muslim bagi memastikan konsep Itqaan ini dapat diaplikasikan sebaik
mungkin. Antaranya sesuai untuk dijadikan asas pembudayaan Itqaan tersebut ialah:
1. Memantapkan terlebih dahulu hubungan seorang insan dengan Pencipta-Nya
melalui

pelaksanaan

kerja

cemerlang

serta

sentiasa

menambah

ilmu

pengetahuan dan kemahiran-kemahiran terkini agar dapat memajukan anak
bangsa serta perubahan diri sendiri.

12

2. Setiap pekerja sama ada pihak pengurusan atau kumpulan pelaksana dalam
organisasi mestilah menunjukkan sikap atau role model (Qudwah Hasanah) yang
baik sera dapat dicontohi oleh pihak lain.
3. Sentiasa mengamalkan perubahan atau tranformasi dalam pelaksanaan kerja
sehariannya dengan mementingkan Wasatiyyah (Zulkifle Ghani, 23/9/2011)
beserta gemar mereka cipta perkara-perkara baharu yang kreatif dan inovatif
dengan harapan semoga pelaksanaan kerjanya.
3.3

Nilai Ihsan

Menurut Haji Sohaimi dan Mohd Gunawan (2007: 187) yang menyatakan bahawa
Ihsan merupakan komitmen kualiti sesuatu perkara semata-mata kerana Allah S.W.T.
Konsep ini sebenarnya telah dijelaskan oleh Baginda Rasulullah S.A.W melalui hadis
Sahih yang berkaitan dengan Iman, Islam, dan Ihsan. Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud: “Ihsan adalah kamu beribadat seolah-olah kamu melihat Allah. Sekiranya
kamu tidak dapat melihat-Nya, sesungguhnya Dia (Allah) pasti melihat kamu” (Riwayat
Imam Muslim dan Bukhari).
Konsep Ihsan menerusi mafhum hadis tersebut merujuk kepada dua definisi
penting iaitu pertamanya Ihsan dimaksudkan sebagai sesuatu yang terbaik dan paling
baik, keduanya ialah bermaksud melakukan sesuatu amalan secara berkualiti melalui
suatu tahap kesedaran yang tinggi bahawasanya setiap tindakan tersebut dalam
pemerhatian dan penilaian Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.
Tambahan pula, Allah SWT telah berfirman dalam Surah as-Sajadah ayat 7:
‫أ‬
‫أ‬
‫ين‬
ٍ ِ‫ان مِنْ ط‬
ِ ‫ال ْن أس‬
ِ ْ ‫الّذِي أحْ أس أن ُك ّل أشيْ ٍء أخلأ أق ُه ۖ أو أبدأأ أخ ْل أق‬
Maksudnya: “(Dia) yang menciptakan setiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (Ihsan)
akan dimulakan-Nya kejadian manusia berasal daripada tanah”.
Berdasarkan dalil tersebut, Allah SWT telah menciptakan dan melakukan
sesuatu tindakan secara penuh Ihsan iaitu dengan sebaik-baiknya tanpa kecacatan
berdasarkan kepada kuasa-Nya yang mutlak dan hikmah-Nya yang tiada batasan.
Jelaslah bahawa Allah SWT dan para Rasul menitik beratkan nilai Ihsan untuk dijadikan
13

nilai kualiti Ihsan sebagai budaya yang sebati dalam diri terutamanya semasa
melaksanakan sesuatu amalan pengurusan sama ada dalam organisasi masyarakat
mahupun berkeluarga.
Walaupun terdapat organisasi yang mencapai kecemerlangan atau hampir
mencapai tahap kesilapan sifar, tetapi hakikatnya masih ramai pihak yang tidak merasa
puas hati dalam hidupnya. Keghairahan majikan dan organisasi dalam mengejar
kecemerlangan langsung tidak menghiraukan peribadi pekerjanya juga kehidupan
peribadi langsung di abaikan.
Jesteru itu, konsep Ihsan ini seharusnya diintegrasikan dalam pelaksanaan
program-program kualiti pengurusan khususnya. Model ini seharusnya menekankan
dan mengambil kira kualiti atau kebajikan pekerja dan tidak hanya terhad kepada
penambahbaikan dalam bidang pekerjaan sahaja (Mohd Salmi dan Rushaimi, 1996).
Kesimpulannya, seorang pengurus atau ketua seharusnya menghiasi diri mereka
dengan nilai Ihsan agar mereka sedar sebelum memberi arahan atau tugasan kepada
orang bawahan ianya tidak membebankan pihak bawahan tersebut (Ilhaamie, 2001:
85). Sekiranya pekerja bawahan tidak dapat menyerpunakan arahan atau tugasan yang
diberikan oleh pihak majikan, seharusnya majikan bukannya mencela atau menghina
pekerja tersebut, sebaliknya memberi imbuhan semangat atau mencari alternatif lain
dalam menyempurnakan tugas tersebut dengan sempurna. Pengurus atau majikan
seharusnya mendengar rintihan atau keluhan pekerja bawahannya agar tahu akan
dimana kesilapan dan kelemahan dalam organisasinya. Situasi sebegini dianggap nilai
Ihsan atau belas kasihan dan baik hati seperti firman Allah Taa`la bermaksud
“Barangsiapa berlaku Ihsan akan mendapat Ihsan dan berlebih lagi, sementara tidak
ada debu atau benda yang mengejikan di air mukanya. Mereka inilah penghunipenghuni Syurga, mereka akan tinggal di dalamnya selama-lamanya”.

4.0

Perbincangan: Penerapan nilai-nilai Islam dalam pengurusan di Malaysia

Sistem pengurusan di Malaysia pada awalnya lebih banyak dipengaruhi oleh konsep
pengurusan yang berasaskan kepada sistem kolonial Inggeris. Walaupun Malaysia
14

sudah mengecapi kemerdekaan, namun sistem pentadbiran dan pengurusan masih
berorientasikan sistem Barat. Oleh demikian, penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem
pengurusan dan pentadbiran Malaysia amatlah penting dalam membentuk pekerja
sektor kerajaan dan sektor swasta mengikuti landasan syariat Islam dan menolak
sistem Barat.
Pendekatan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam sistem pengurusan dan
pentadbiran awam serta sektor swasta juga dianggap salah satu daripada langkah
utama untuk memenuhi tuntutan Wawasan 2020. Hal ini kerana, objektif wawasan 2020
adalah ingin menjadikan Malaysia sebuah negara yang berstatus negara maju mengikut
acuannya sendiri tanpa mengabaikan aspek agama, moral dan tradisi tempatan.
Rentetan gejala krisis nilai, moral dan pemimpinan berlaku pada era 1980an
yang telah menyebabkan kerajaan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit. Ulama`
Islam berpendapat bahawa fenomena ini merupakan satu dilema umat Islam yang
berlaku disebabkan oleh tiga perkara iaitu kekeliruan tetntang konsep ilmu, tiadanya
adab dalam masyarakat dan pemimpin yang tidak mengahayati aspek kerohanian dan
kemasyarakatan (Mohd Affandi Hassan, 1992: Al-Attas, 1978).
Oleh itu, menjadi tanggungjawab kerajaan, pihak birokrat dan kakitangan awam
yang beragama Islam menghubungkaitkan sebarang tindakan serta memikirkan
langkah-langkah pembaharuan dalam pentadbiran dan pengurusan awal selaras
dengan konsep Islam untuk mengatasi gejala serta krisis yang melanda Negara.
Umumnya, mejoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam, dan konsep ini wajar
dilaksanakan dalam menyarut seruan agama serta landasan-landasan menurut Syariat
Islamiah dalam segala aspek.

4.1

Usaha Menuju Ke Arah Pengurusan Islam di Malaysia

Walaupun kejayaan dan keberkesanan perlaksanaan pendekatan Islam dalam
pengurusan agak sukar ditentukan secara tepat memandangkan tiada petunjuk prestasi
yang jelas untuk menentukan pencapaian dasar (Wan Liz Ozman Wan Omar, 1996).
Namun terdapat juga agensi-agensi kerajaan dan juga swasta menyahut seruan
15

kerajaan dalam melaksanakan penerapan nilai-nilai Islam dalam pengurusan. Berikut
antara bukti penerapan nilai Islam dalam pengurusan di Malaysia.
1. Program Hub Halal
Program Hub Halal ini telah diperkenalkan oleh Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi
iaitu Perdana Menteri Kelima Malaysia dalam ucapannya semasa membentangkan
Rancangan Malaysia ke 9 pada tahun 2006. Halal yang dimaksudkan bukan sahaja
terhindar daripada makanan haram dari segi hukum syarak, halal juga dimaksudkan
terjaminnya dari sudut kesucian dan kebersihan makanan termasuklah bahan-bahan
yang digunakan, serta kebersihan pada kawasan penyediaan makanan tersebut.
Halal yang dimaksudkan Islam bukan sahaja sudut bahan makanan tersebut.
Sebagai contoh, ada sesetengah Syarikat melaksanakan penyembelihan haiwan
yang tidak menepati Syariat Islam maka ini tidak dia menepati konsep halal. Ini
sesuai dengan Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya perkara halal itu nyata dan
perkara haram juga nyata, di antara kedua-duanya adalah syubhah yang tidak
diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang meninggalkan perkara syubhah dia
akan menyelamatkan tubuhnya. Sesiapa yang melakukan syubhah sama seperti
seorang pengembala yang mengembala ternakan di tepi kawasan larangan, besar
kemungkinan ternakannya memakan di kawasan larangan tersebut, sesungguhnya
setiap sesuatu itu ada sempadan, dan sempadan Allah ialah perkara-perkara yang
haram”.(Hadis Riwayat al-Bukhari).
Jelaslah halal bukan sahaja dimaksudkan dengan bahan serta makanan
tersebut, sudut penyediaan awal makanan tersebut juga menjadi penilaian dalam
menentukan halal sesuatu makanan. Pengeluaran pensijilan halal ini kini diserahkan
kembali kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari Halal Industry
Corporation (HDC)(Berita Harian: 2009)
2. Program Amal Jariah dan Potongan Cukai
Dalam pembentangan belanjawan 2008, Kerajaan Malaysia telah menggalakkan
agar sektor awam dan swasta melaksanakan tanggungjawab sosial demi
kepentingan masyarakat. Dalam usaha-usaha itu kerajaan telah mengumumkan
16

Program Amal Jariah. Kerajaan juga telah memberi potongan cukai kepada syarikat
yang memberi sumbangan kepada projek kemasyarakatan berkaitan pendidikan,
kesihatan, perumahan, infrastruktur dan ICT. Program ini telah secara langsung
telah menyemai sikap bantu-membantu terhadap masyarakat miskin dan sekaligus
membantu pendapatan golongan miskin serta pemuliharaan alam sekitar.
Selain itu, kerajaan juga telah menggalakkan orang Islam melakukan potongan
zakat melalui potongan bulanan pendapatan agar institusi zakat dapat menjalankan
tanggungjawabnya

dengan

mudah

dalam

membantu

kerajaan

membasmi

masyarakat miskin Islam juga bukan Islam. Ini bersesuaikan dengan Sabda
Rasulullah S.A.W : “Orang Muslim itu bersaudara bagi orang Muslim lain. dia tidak
menzaliminya dan tidak pula membiarkannya zalim” (Hadis Riwayat Tarmizi).

3. Pengubalan dan perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO
9001:2008
Dalam memenuhi tuntutan masa terhadap kualiti perkhidmatan awam, kerajaan
Malaysia juga telah melaksanakan program-program seperti

Total Quality

Management (TQM), Quality Control Circle (QCC), Unit Jaminan Kualiti,
Perancangan Strategik dan Piagam Pelanggan bermula tahun 2005 (The Budget
Speech: 2008).
Kerajaan Malaysia juga menjadikan MS ISO 9001:2008 sebagai garis dan
panduan dalam sektor awam dan sektor swasta untuk mewujudkan satu sistem
pengurusan kualiti secara menyeluruh dalam memenuhi kehendak pelanggan,
memenuhi kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, meningkatkan
kecekapan dan produktiviti serta mengurangkan kos pengeluaran. Keperluan ini
sejajar dengan keperluan syariah iaitu budaya Itqaan (kesempurnaan) yang
digariskan dalam pengurusan Islam. Aisyah r.a. melalui riwayat al-Baihaqi r.a.
bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: Sesungguhnya
Allah menyukai sekiranya seseorang melakukan sesuatu perbuatan secara Itqaan
atau bersungguh-sungguh (sempurna)”.

17

Jelaslah bahawa dalam melakukan sesuatu itu lebih baik dilakukan dengan
sempurna. Apabila sebuah organisasi melahirkan kualiti dengan sempurna, secara
langsung ianya akan memberikan suatu pulangan yang lebih lumayan tanpa diduga.
Misalnya sebuah kilang mengeluarkan satu produk yang berkualiti, nescaya
produknya akan mendapat permintaan tinggi pelanggan.
4. Etika berpakaian
Umumnya, cara berpakaian melambangkan keperibadian seseorang pekerja serta
nilai-nilai dan etika yang murni. Dapat diperhatikan dalam agensi kerajaan misalnya,
telah menetapkan beberapa etika berpakaian bagi penjawat awam.
Bagi penjawat sektor awam lelaki iaitu memakai pakaian yang kemas, menutup
aurat, tidak berpakaian yang ketat, juga menjolok mata masyarakat sekitarnya.
Mewajibkan pembudayaan pemakaian baju Kebangsaan lengkap pada hari jumaat
agar keseragaman terlihat pada kesemua penjawat awam.
Manakala, penjawat awam wanita pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
penjawat wanita Islam dan bukan Islam. Bagi penjawat awam wanita Islam,
disyaratkan memakai pakaian yang sopan, kemas serta menutup aurat kerana ianya
selari dengan amalan akhlak yang mulia. Bagi penjawat bukan Islam juga dititik
beratkan berpakaian sopan, kemas dan dibenarkan berpakaian mengikut tradisi
tetapi tidak berpakaian yang menjolok mata masyarakat sekitarnya.
Bukan sahaja sektor awam mengamalkan etika berpakaian seperti dinyatakan,
juga sesetangah organisasi dalam sektor swasta juga mengamalkan etika berpakai
yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sebagai contoh Syarikat Goverment Link
Company (GLC) seperti Telekom Malaysia Berhad, dan Bank Islam juga
mempraktikkan etika berpakaian yang telah digariskan oleh Kerajaan.
Jelaslah etika berpakaian sopan, kemas dan menutup aurat ini adalah satu bukti
jelas penerapan nilai-nilai Islam dalam pengurusan di Malaysia. Hal ini kerana Islam
mengajar umatnya beretika dalam berpakaian, individu muslim bebas berpakaian
namun seharusnya berpakaian yang mengikuti garis panduan Syariat Islamiah.

18

5. Kemudahan Cuti bersalin dan menjaga anak
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah memberi kemudahan kepada
penjawat awam wanita, kemudahan cuti bersalin dan cuti menjaga anak secara
tanpa gaji bertujuan menjaga anak dan menyusukan bayinya adalah bermula tarikh
selepas tamat tempoh cuti bersalin telah dilaksanakan melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun dan Surat Pekeliling Bilangan 14 Tahun 2007.
Kemudahan cuti ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan kehidupan
berkeluarga dan kerjaya penjawat awam. Kemudahan cuti ini bukan sahaja terikat
kepada penjagaan anak bertaraf anak kandung, malah juga kepada penjagaan anak
bertaraf anakangkat dengan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan pihak Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA).
Kemudahan cuti bersalin ini sesuai dengan konsep Ihsan iaitu menjaga
kebajikan pekerja. Umumnya, wanita yang baru bersalin memerlukan waktu rehat
yang panjang agar tidak terbeban dengan masalah kerja. Jesteru itu, konsep
menjaga kebajikan ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan kepada penjawat awam
agar keseimbangan keluarga dan kerjaya dapat diseimbangkan khusus bagi
penjawat awam wanita. Hal ini kerana kebanyakan majikan hanya mementingkan
produktiviti namun seringkali mengabaikan kebajikan pekerja. Kemudahan cuti
seperti ini akan memberi ruang dan menjaga kebajikan pekerja.
6. Penyediaan Ruangan Solat dan peruntukan waktu solat
Penyediaan ruangan solat dalam premis kerajaan ini dilihat bermula sekitar awal
tahun 2000 an. Setiap premis kerajaan diwajibkan memiliki sekurang-kurangnya
satu ruangan solat untuk orang Islam menunaikan ibadah solat. Kerajaan juga telah
memperuntukan waktu solat bagi penjawat awam dengan kadar waktu rehat selama
setengah jam. Tambahan pula, kerajaan juga menyediakan ruangan solat di tempattempat awam seperti Hentian Rehat (R&R) dan Stesen-stesen Bas.
Walau bagaimanapun, tidak ketinggalan juga sektor swasta kini turut
menyediakan ruangan solat dan peruntukan waktu solat untuk pekerjanya. Sebagai
contoh, sebuah kilang seharusnya menyediakan sekurang-kurangnya satu ruangan
19

solat untuk pekerjanya. Hal ini kerana kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa
wajib dalam penyediaan ruangan solat dan peruntukan masa rehat untuk solat bagi
pekerja dalam semua sektor.
Tambahan pula, kerajaan juga menggariskan disetiap Stesen Pam Minyak
seharusnya memiliki sekurang-kurangnya satu bilik ruangan solat. Ini jelas
meninjukkan bahawa Quality Malaysia System (QMS) adalah berasaskan sistem
pengurusan Islam. Mencari ruang untuk menunaikan solat bukan lagi satu masalah
kepada masyarakat Islam di Malaysia.
7. Pembudayaan Bacaan Doa ketika dalam majlis, memulakan kerja, mesyuarat
Doa ialah satu ucapan permohonan dari Hamba (manusia) kepada Allah dengan
hati yang ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah (pertolongan) dan juga dijauhkan
dari bala bencana dengan cara dan adab yang tertentu.
Dalam sektor awam, pembudayaan amalan membaca doa sebelum dan selepas
tamat waktu kerja kini sudah menjadi kebiasaan. Pembudayaan bukan sahaja dilihat
sebagai satu protokol juga sudah menjadi rutin harian dalam sektor awam. Sebagai
contoh, dalam majlis-majlis rasmi misalnya, bacaan doa ini sudah menjadi protokol
dalam aturcara majlis. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga turut
membudayakan bacaan doa ini sebagai amalan wajib dalam setiap perhimpunan
wajib sekolah mahupun perhimpunan harian. Selain itu, pembudayaakn bacaan
Yaasin pada setiap hari jumaat agar pembudayaan Islam ini dapat diserap dalam
jiwa pelajar-pelajar sekolah.
Dalam sektor swasta, dapat dilihat dalam sebuah kilang misalnya, pekerjapekerja kilang akan berkumpul mengadakan perhimpunan harian setiap sebelum
mula bekerja dan sebelum tamat waktu bekerja. Dalam perhimpunan itu adanya slot
bacaan doa memohon agar terhindar dari bala bencana buruk. Ini membuktikan
bahawa pembudayaan bacaan doa ini juga diamalkan oleh sektor swasta sebagai
satu budaya kerja atau protokol dalam bekerja.
8. Sistem Perbankan Islam

20

Secara umumnya, Malaysia adalah negara pertama di rantau Asia Tenggara
menggunapakai sistem perbankan Islam. Bermula pada tahun 1983 tertubuhnya
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang melaksanakan segala urusan bank
dengan berkonsepkan undang-undang Syariah. Walau pun pada dasarnya undangundang Negara terbahagi kepada dua bahagian iaitu Undang-undang Syariah dan
juga Undang-undang Sivil, Malaysia juga menggunapakai kedua-dua undang yang
sedia ada ini dalam aspek-aspek tertentu sahaja.
Dari segi aspek syariah, Akta Bank Islam 1983 atau Akta Bank dan Institusi
secara umumnya ialah institusi perbankan Islam boleh melaksanakan apa sahaja
perniagaan

berlandaskan

undang-undang

syariah

memandangkan

tiadanya

undang-undang khusus muamalat Islam di Malaysia. Prinsip-prinsip syariah yang
diaplikasikan di dalam operasi perbankan Islam ialah seperti Uqud Al-Mua’wadhat
(Jual beli), Attabarua’t (Derma), Uqud Isytirak (Perkongsian) seperti mudharabah
(perkongsian untung), musyarakah (perkongsian untung dan rugi) dan muzaraa’
(perladangan), Uqud Tawsiqat (Jaminan) seperti Kafalah, Rahnu dan Hawalah,
Uqud Itlaqat (Umum) atau a’mal Insan seperti wakalah (agen), Uqud Taqyiydat
(Halangan) seperti taflis (muflis), Uqud Isqatat (Gugur hak) refers to ibra’ (rebat),
muqasah (set 0ff) dan Uqud Hifz (Deposit) seperti wadiah (simpanan).
Pada tahun 1993, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan skim
pinjaman tanpa faedah (sistem pengurusan Islam) dan membenarkan kepada
semua bank konvensional untuk menjalankan urusan perniagaan menurut sistem
perbankan Islam. Kini dapat dilihat beberapa bank konvensional menggunapakai
sistem perbankan Islam sebagai asas dalam urusan perbankkan mereka.
Sebagai contoh,[ CITATION Sha09 \l 1033 ] industri perbankan Islam di Malaysia
berkembang pada kadar 10 hingga 15 peratus setahun manakala sebaliknya, sektor
perbankan konvensional yang diwakili oleh bank-bank yang sama saiznya
menyaksikan deposit purata tahunan mengembang lima peratus, ekuiti enam
peratus, pelaburan empat peratus dan aset enam peratus (Utusan Malaysia: 2005).
Malahan semasa kegawatan ekonomi yang melanda Asia pada tahun 1997 dan
1998 sektor perbankan Islam di Malaysia terus berkembang sedangkan bank-bank
21

konvensional

mencatatkan

pertumbuhan

negatif.

Senario

ini

membolehkan

masyarakat dapat melihat kelebihan sistem perbankan Islam berbanding sistem
bank konvensional yang terdedah kepada pelbagai risiko yang sukar untuk
ditangani.

5.0

Penutup

Kesimpulannya, jelaslah bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah
satu langkah dalam merealisasikan sistem pengurusan Islam di Malaysia. Dengan
terlaksananya sistem pengurusan Islam ini akan memberi impak besar dalam corak
pengurusan Negara. Umum diketahui terlalu banyak berlakunya kes rasuah dalam
pentadbiran negara, jika penerapan nilai Islam ini berjaya diterapkan dalam diri pekerja
tidak kira pekerja bawahan mahupun pihak atasan, permasalahan rasuah ini tidak akan
berlaku lagi kelak. Hal ini kerana dalam diri pekerja itu memiliki sifat amanah dan
bertanggungjawab atas apa yang dilakukan serta percaya akan azab yang menanti di
akhirat kelak.
Jesteru itu, semua pihak sektor awam juga sektor swasta seharusnya
berganding bahu dalam menyokong seterusnya merealisasikan segala usaha yang
dilakukan oleh Kerajaan Malaysia agar kestabilan ekonomi, politik dan sosial kekal
aman selamanya. Setiap organisasi seharusnya menekankan sikap berkualiti bukan

22

pada mencapai matlamat semata-mata tetapi kualiti diabaikan. Kualiti juga memainkan
peranan penting dalam menjadikan sebuah organisasi kekal bertahan lama.

6.0

Rujukan

Bharudin Che Pa, S. A. (2010). Perlaksanaan Siyasah Syariyyah dalam Pentadbiran Di
Malaysia. Jurnal Al-Tamaddun, h. 58-65.
Dr. Mohamad Akhram Bin Laldin, D. M. (2008). Maqasid Syariah dalam Perlaksanaan
Waqaf. Jurnal Pengurusan Jawwar, 2(2), h. 2-5.
Hairunnizam Wahid, A. R. (2009). Pembaharuan Pentadbiran Untuk Pembangunan
Menurut Perspektif Islam.
Hasan Al-Bannah Mohamad, S. A. (2011). Pemantapan Sistem Pengurusan Islam
Berkualiti Melalui Konsep Tawhidi, Budaya Itqaan dan Nilai Ihsan. World-ISLAM
2011, h. 3-11.
Hasan Al-Bannah Mohamed, A. A. (2013, June). Sistem Pengurusan Islam yang
Berkualiti Mampu Menjamin Kepuasan Pekerja. Suatu Realiti dan Cabaran Masa
Hadapan, 3(1), pp. h. 71-74.
MS ISO 9001: 2008- SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS). (2015, September 5).
Laman Web Rasmi Jabatan Standard Malaysia. Retrieved from
http://www.jsm.gov.my/ms/ms-iso-9001#.VevKNlVVikp
23

Rosita binti Rahim, S. b. (Edisi Pertama 2014). In Panduan Pengurusan Majlis dan
Acara (p. 23). Bahagian Pengurusan Acara, Jabatan Perdana Menteri.
Sharifah Hayati Syed Ismail al-Qudsy, A. A. (2009). PENGUKUHAN NILAI DAN
PROFESSIONALISME DI KALANGAN PENJAWAT AWAM KE ARAH EFEKTIF
GOVERMENT DI MALAYSIA. Jurnal Syariah, 17(3), h. 559-592.
SHuhaila, N. S. (2011, September 29). Pengurusan Islam Kini Lebih Tersusun,
sistematik. Portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Retrieved from http://emuamalat.gov.my/akhbarmajalah/pengurusan-islam-kini-lebih-tersusunsistematik
Yang, Z. B. (2003). Nilai, Etika dan Budaya Kerja dalam Pentadbiran Sektor Awam di
Malaysia dari Perspektif Islam (satu imbasan kembali tinjauan karya). Jurnal
Pengurusan Awam,2(1), h. 46-60.

24