Rukyah Jampi dalam Perubatan Tradisional

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara
disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal,
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin
© Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Rukyah (Jampi) dalam Perubatan Tradisional Melayu sebagai Rawatan Penyakit,
Pencegahan, Pendinding Diri dan Harta: Kehebatan dan
Sumbangan Ilmuwan Nusantara
1

Nurdeng Deuraseh & 2Hayati Lateh

1

Jabatan Pengajian Ketamadunan dan Kenegaraan, Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
2
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor


Abstrak: Masyarakat primitif secara tradisinya berfahaman animisme dan dinamisme iaitu kepercayaan
kepada tenaga dan kekuatan roh, jiwa dan semangat terjelma dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan,
benda-benda yang boleh mendapat kesan baik atau buruk kepada manusia. Selalunya, kelompok masyarakat
ini mempercayai wujudnya makhluk ghaib yang boleh mengganggu dan menakutkan mereka. Masyarakat
Melayu sebelum datang agama Islam seperti masyarakat primitif lain percaya wujudnya kekuatan dan
pengaruh alam dalam kehidupan mereka. Seterusnya, ia membawa kepada kepercayaan tentang kepentingan
hubungan antara manusia dengan alam dalam pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk kesihatan dan
kesejahteraan. Didapati, amalan rukyah telah diamalkan oleh masyarakat Melayu-Muslim semenjak
kedatangan Islam ke Nusantara pada kurun ke-9 lagi. Manakala amalan jampi berasaskan kepada fahaman
animisme-dinamisme telah diamalkan oleh masyarakat Melayu semenjak kerajaan Srivijaya (650-1200).
Sehubungan itu, usaha akan diambil dalam makalah ini untuk mengulas dan menjelaskan sumbangan ilmuan
Nusantara dalam perubatan tradisional Melayu terutamanya berkaitan rukyah (Jampi). Khususnya,
sumbangan-sumbangan yang telah diterbitkan dan seterusnya disebarkan secara meluas di alam Melayu
terutamanya di Malaysia. Keutamaan akan diberi kepada tulisan berkaitan dengan ruqyah (jampi) yang mana
ia adalah sebahagian daripada perubatan Islam dan perubatan tradisional Melayu.

PENGENALAN
Ruqyah dalam Hadith Nabi Muhammad S.A.W:
Perubatan Islam merupakan satu sistem perubatan

yang bersumberkan kepada al-Qur’an dan Sunnah.
Ia telah diamalkan semenjak zaman Nabi
Muhammad S.A.W dan dikenali dengan perubatan
Nabi. Melalui komentar Sahih of al-Bukhari iaitu
Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari oleh Ahmad b.
Ali Ibn Hajr al-Asqalani (d. 852/1449) dan Umdat
al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari oleh Abu
Muhammad Mahmud Ahmad al-‘Ayni (d.
855/1452), perubatan Islam melalui ruqyah dapat
diketahui dalam pelbagai buku hadith antaranya
ialah Sahih Bukhari. Imam Bukhari dalam Sahih alBukhari
telah
menyenaraikan
hadith-hadith
berkaitan ruqyah dalam beberapa bab. Antaranya
ialah: Bab al-Ruqa bi al-Qur’an wa al-Mu’awwizat;
Bab al-Ruqa bi Fatihat al-Kitab); Bab al-shurut fi alruqyah bi fatihah al-kitab); Bab ruqyah al-’ayn; Bab
al’ayn haqq; Bab ruqyah al-hayyah wa al-uqrab; Bab
al-nafth fi al-ruqyah); Bab mash al-raqi al-waj’
biyadihi al-ymna); Bab al-mar’ah tarqa al-rajl); dan

Bab man lam yarqa.1

Ruqyah: Satu Kaedah Rawatan dalam Islam: Ibn
Hajar al-‘Asqalani telah menjelaskan kaedah
pengubatan yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W
antaranya ialah kaedah Jasad atau Tibb Jasad
(pengubatan jasad) dan Kaedah Rohani atau Tibb alQalb (pengubatan hati). Tibb Jasad atau pengubatan
jasad adalah pengubatan secara fizikal yang bersifat
semulajadi. Sebagaimana Sabda:
Dari Sa’id bin Jubair, dari Ibnu Abbas, dari Nabi S.A.W, baginda
bersabda maksudnya, “kesembuhan (pengubatan) itu terletak pada
tiga kaedah: meminum madu, berbekam dan pemanasan dengan
api. Tetapi aku melarang umatku mengubat dengan kaedah
pemanasan dengan api.” (Riwayat Bukhari).

Manakala, Tib al-Qalb atau pengubatan hati
pula ditakrifkan sebagai pengubatan dengan doa dan
bacaan-bacaan tertentu daripada al-Qur’an atau
sunnah atau yang disusun oleh pada ulama ahli
perubatan yang disebut Ruqiyyah. Daripada Hadith:

Dari Abi Khuzamah bahawa katanya kepada Rasulullah SAW,
“Ya Rasullullah! Bagaimana pendapatmu tentang melafazkan
kata-kata doa (ruqiyyah) untuk memohon kesembuhan, kami
bacakan ruqiyyah (jampi) itu dan tentang ubat yang kami
pergunakan untuk mengubati penyakit serta tentang kata-kata doa
untuk mohon perlindungan dan pemeliharaan (taqiyyah), lalu
kami bacakan taqiyyah itu (untuk diperdengarkan kepada
Rasullullah SAW). Tidakkah hal itu bererti menolak takdir

383

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
(ketentuan) Allah? Maka Rasullullah S.A.W menjawab: Hal itu
juga termasuk takdir Allah” (Riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Dalam masyarakat Melayu-Islam, pengamalan
ruqyah (jampi) adalah lebih kepada pencegahan dan
rawatan penyakit serta sebagai pendinding diri
daripada gangguan makhluk halus iaitu jin dan
syaitan. Al-Qur’an ada menyebut tentang kewujudan

makhluk halus seperti syaitan (syayatin), jin (jinnah)
dan iblis. Terdapat 216 ayat di dalam al-Qur’an yang
menyebut kewujudan makhlus halus antaranya di
dalam surah Al - Baqarah ayat 14, 23, 24, 34, 36,
102, 168, 169, 208, 256, 257, 268 dan 275.
Di antara ruqyah (jampi) yang sering menjadi
amalan di kalangan masyarakat Melayu-Muslim
bagi menghindari gangguan syaitan dan jin adalah
Ayatul Kursi di mana ayat ini sering diamalkan
sebelum tidur bagi menghindari gangguan syaitan
dan jin semasa tidur. Surah al-Fatihah juga
merupakan salah satu ruqyah (jampi) yang sering
diamalkan bagi mengubati pelbagai jenis penyakit
dan sebagai penerang hati. Begitu juga dengan surah
Yaasin, Basmallah, Surah al-Nas, Surah al-Falaq, alIkhlas serta zikir dan selawat ke atas junjungan Nabi
Muhammad S.A.W yang mana diamalkan bagi
tujuan yang sama iaitu perawatan ke atas penyakit
dan pelindung daripada gangguan jin dan syaitan.
Pengamal-pengamal
perubatan

Islam
menggunakan ruqyah (jampi) sebagai mekanisma
mereka merawat pesakit. Mereka menggunakan
ayat-ayat suci al-Qur’an dan perkataan-perkataan
Nabi, Rasul dan para sahabat Nabi sebagai ruqyah
(jampi) semasa mengubati pesakit. Asas kepada
perubatan mereka adalah dengan memohon
pertolongan dan petunjuk daripada Allah S.W.T
yang disertai dengan tawakal. Terdapat juga
pengamal yang menggunakan tumbuhan, haiwan
dan galian sebagai ubatan yang diberikan kepada
pesakit selain memberikan rawatan fizikal. Ini
dengan kepercayaan bahawa kehidupan manusia dan
persekitaran adalah saling bersandaran. Walau
bagaimana cara sekalipun, pengamal-pengamal ini
masih menggunakan ruqyah (jampi) di dalam
perawatan mereka.
Sudah tentu, ruqyah (jampi) adalah salah satu
kaedah perubatan Islam. Ia mementingkan pengisian
kerohanian berbanding jasmani dalam rawatan dan

pencegahan pesyakit. Dengan perkataan lain, ia
lebih menekankan aspek rohani supaya kembali
kepada fitrah manusia iaitu pertaliannya dengan
Pencipta Sekelian Alam iaitu Allah S.W.T. Ia
menekankan keyakinan bahawa hanya Allah S.W.T
yang berkuasa untuk menyembuhkan sesuatu dan
berhak untuk menunaikan apa yang dihajati.
Diriwayatkan bahawa Abi Khuzamah pernah bertanya Rasulullah
SAW: “Ya Rasullullah! Bagaimana pendapatmu tentang
melafazkan kata-kata doa (ruqiyyah) untuk memohon
kesembuhan, kami bacakan ruqiyyah (jampi) itu dan tentang ubat
yang kami pergunakan untuk mengubati penyakit serta tentang
kata-kata doa untuk mohon perlindungan dan pemeliharaan
(taqiyyah), lalu kami bacakan taqiyyah itu (untuk diperdengarkan
kepada Rasullullah SAW). Tidakkah hal itu bererti menolak
takdir (ketentuan) Allah? Maka Rasullullah S.A.W menjawab:

Hal itu juga termasuk takdir Allah.” (Riwayat Ahmad dan
Tirmizi).


Perubatan Tradisional Melayu Satu Warisan:
Warisan Perubatan Melayu2 ditulis ketika perubatan
tradisional Melayu berkembang dan diamalkan
secara meluas di kalangan masyarakat Melayu di
Nusantara. Walau bagaimanapun, pengetahuan dan
amalan perubatan tradisional yang dimiliki oleh para
dukun dan bomoh tidak diterbitkan. Oleh itu, A.
Samad Ahmad telah menyunting sebuah manuskrip
lama yang berjudul Ilmu Tabib bertarikh 1288/1872
yang telah disalin oleh Muhammad Salleh Ibni
Ahmad Penambang. Manuskrip tersebut adalah di
antara yang terpenting dalam bidang perubatan
tradisional Melayu. Ia membicarakan kaedah
perubatan tradisional Melayu termasuk kaedah
rawatan, penyembuhan dan pencegahan pelbagai
penyakit. Ini menunjukkan masyarakat Melayu sejak
zaman berzaman telah mengetahui khasiat tumbuhtumbuhan yang terdapat di sekeliling mereka.
Pengetahuan tentang perubatan berdasarkan apa
yang dibincang dalam buku ini bukan sahaja
berguna kepada pakar perubatan moden dan

tradisional, tetapi juga orang ramai yang ingin
mengetahui ubat-ubatan Melayu tradisional.
Ilmu Tabib telah dituliskan pada tahun
1288/1872. Ini menunjukkan bahawa ilmu perubatan
tradisional Melayu telah ditulis selepas kedatangan
Islam ke Nusantara. Ini terbukti apabila isi
kandungan manuskrip tersebut dipengaruhi oleh
sistem perubatan Islam dan amalan perubatan Nabi
terutamanya yang berkaitan dengan jampi dari ayat
suci al-Qur’an, hadith Nabi Muhammad S.A.W dan
doa. Tidak terkecuali juga penggunaan beberapa
mentera dari kepercayaan Hindu, serapah dalam
bahasa Thai dan Pegu (Burma) serta tumbuhtumbuhan semulajadi turut dipraktik ketika ritual
penyembuhan dijalankan. Keberkesanan jampi
diyakini akan kemujarabannya oleh masyarakat
tempatan. Maka, tidak hairanlah jika ia masih
diamalkan sehingga ke hari ini terutama sekali
apablia ia dijadikan sebagai sebahagian amalan
tradisi masyarakat Melayu Islam di Malaysia.
Amalan Perubatan Melayu Sebagai Satu Budaya:

Haliza Mohd. Riji dalam bukunya Prinsip Dan
Amalan Dalam Perubatan Melayu3 menganggap
perubatan Melayu sebagai satu budaya perubatan
yang didasari kepada kepercayaan, pemikiran
rasional serta falsafah yang bersandarkan Islam dan
pengalaman-pengalaman
pengamal
perubatan
tradisional Melayu.
Berbincangan dalam buku yang tersebut di atas
merupakan satu kajian ilmiah. Selain daripada datadata yang diperolehi dari pesakit dan pengamal
perubatan di Kedah dan Perlis, penulis juga
berkongsi pengalaman dan penglibatannya selama
lebih 15 tahun dengan bomoh, dukun dan bidan di
Malaysia. Bagi tujuan ini, penulis telah mengguna
tiga pendekatan dalam tinjauan penulisan mengenai

384

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011


penyakit dan perubatan iaitu sosiobudaya,
psikososial dan sosiologi. Hasilnya, selepas 15 tahun
penglibatan dalam bidang ini, penulis berjaya
mendalami pengamal perubatan tradisional Melayu
iaitu bomoh, dukun, bidan dan pawang dan dapat
menerangkan perbezaan di antara bomoh, dukun dan
pawang. Sebelum membicarakan isu-isu penting
dalam perubatan tradisional Melayu, penulis
menerangkan asal-usul perubatan tradisional Melayu
di mana penulis menyentuh tentang peranan
Lukmanul Hakim, seorang hamba Allah S.W.T,
sebagai pencetus perubatan tradisional Melayu.4
Seperti ilmuwan lain, beliau turut menyatakan
bahawa perubatan Melayu tradisional dipengaruhi
oleh animisme, ajaran Hindu-Buddha dan Islam.
Memandangkan Islam merupakan agama akhir
sampai ke tanah Melayu berbanding Hindu dan
Buddha, maka pengaruh perubatan Islam
terutamanya yang berkaitan dengan jampi (ruqyah)
berjaya merubah falsafah perubatan Melayu dari
animisme kepada fahaman bersandarkan falsafah
kehidupan Tauhidiyyah iaitu kepercayaan kepada
Pencipta, Allah S.W.T. Justeru itu, asas perubatan
Melayu ialah tauhid iaitu keyakinan tentang keesaan
Allah dari segi zat, sifat dan perbuatan-Nya.
Kecenderungan untuk berbincang kaitan sihir,
jampi dan ruqyah adalah jelas apabila penulis
membincang mengenai sihir di mana ia diletakkan
sebagai faktor spiritual dalam etiologi penyakit dan
keuzuran. Penulis di antara yang terawal mendapati
tiga jenis sihir digunakan di alam Melayu iaitu sihir
pendinding diri, penyebab penyakit atau ilmu hitam
dan sihir penyembuh. Tiga jenis sihir ini telah
diIslamisasikan
apabila
ruqyah
dengan
menggunakan ayat-ayat al-Qur’an dan do’a telah
digunakan oleh bomoh jampi. Ayat al-Qur’an dan
doa adalah di antara penyembuh kebatinan yang
digunakan bagi tujuan penyembuhan penyakitpenyakit yang disebabkan faktor-faktor spiritual.
Walaupun penulis membuat dan menjelaskan
perbezaan di antara jampi dan doa antaranya ialah
jampi melibatkan perkataan yang bertujuan
menggerakkan hakikat sesuatu manakala doa pula
berupa permohonan kepada Allah S.W.T agar
perawatan yang dijalankan mendapat kejayaan,
tetapi saya (pengkaji) berpendapat perbezaan
tersebut tidak ketara kerana kedua-dua amalan iaitu
jampi dan do’a mahu mennggerakan hakikat sesuatu
dengan memohon restu dari Penyembuh (al-Shafi)
iaitu Allah.
Perubatan dan Rawatan dalam Tib Nabi:
Jalaluddin Abd al-Rahman Al-Suyuti dalam
Rawatan
Cara
Nabi
Muhammad
SAW5
menghuraikan pelbagai jenis penyakit jasmani dan
rohani serta ubat-ubatnya yang diambil daripada alQur’an dan hadith Nabi Muhammad S.A.W. Tentu
sekali, seorang perlu menguasai ilmu keagamaan
dan pelbagai ilmu tabi’i termasuk perubatan sebelum
membicarakan pelbagai jenis penyakit jasmani dan

rohani serta ubat-ubatnya kerana ia dapat membantu
mengetahui dan menerangkan pelbagai punca
penyakit dan cara penyembuhannya berdasarakan alQur’an dan hadith Nabi Muhammad S.A.W.
Memandangkan, pengetahuan penulis tentang
pengubatan bukan hanya bersifat akademik sahaja,
bahkan ia berdasarkan kepada praktik dan
pengalaman yang cukup luas dalam bidang
keagamaan dan sains tabi’i. Tidak hairanlan, di awal
bahagian buku ini, penulis berjaya menerangkan
tentang teori perubatan berasaskan falsafah perubtan
Yunani dan Islam di mana beliau menyentuh tentang
susunan tubuh manusia yang di antaranya
mengandungi empat unsur iaitu api, udara, air dan
tanah. Berdasarkan sususan ini, penulis dapat
mengenal pasti tentang keadaan tubuh manusia
dalam keadaan sihat, sakit dan tidak sihat tidak pula
sakit; sebab-sebab penyakit dan tanda-tanda
penyakit seperti rambut yang berwarna hitam adalah
tanda panas. Seterusnya penulis menyentuh tentang
cara penjagaan kesihatan termasuk apa yang perlu
dilakukan dan apa yang perlu dijauhi. Dalam buku
ini juga terdapat pelbagai khasiat ubat-ubatan yang
terdiri daripada tumbuhan dan haiwan.
Mengikut langkah kajian Jalaluddin Abd alRahman al-Suyuti dalam Rawatan Cara Nabi
Muhammad SAW, maka buku bertajuk Perubatan
Mengikut Al-Qur’an Dan Sunah6 disusun oleh
Abdul Aziz Ismail dan ia merupakan satu usaha
menghuraikan peranan al-Qur’an dan Sunnah
sebagai ubat bagi penyakit terutamanya kepada
orang yang beriman. Abdul Aziz Ismail
berpendapat, al-Qur’an tidak boleh dijadikan
penawar untuk menyembuhkan penyakit hati dan
jiwa orang-orang takabur, bahkan bagi orang
munafik, hanya akan menambahkan penyakit dan
dosa. Ini adalah sebahagian antara rahsia dan hakikat
sistem perubatan yang dibincangkan dalam buku ini.
Jelas, bahawa buku ini menerangkan tentang ilmu
perubatan yang sudah lama diperkenalkan oleh
masyarakat Islam berdasarkan al-Qur’an dan Sunah
Rasulullah (iaitu cara memelihara kesihatan,
mencegah timbulnya penyakit dan mengubati/
menghilangkan penyakit). Signifikannya, penulis
telah membicarakan ayat-ayat al-Qur’an dan hadith
Rasulullah S.A.W yang dapat dipraktik dan
dijadikan sebagai amalan perubatan serta panduan
hidup seharian. Abdul Aziz Ismail tidak
menghuraikan dengan jelas, walaupun telah
disokong dengan hadith Nabi, tentang pendapat
beliau dalam buku yang tersebut di atas. Beliau
menyimpulkan, sekiranya masyarakat beramal dan
cuba untuk mendalami ilmu dari Kitabullah dan
Sunah Rasul dengan baik, nescaya tidak diperlukan
pendapat orang lain, kerana sudah cukup untuk
memperolehi sumber segala ilmu apabila bermula
dengan cara mengenal Allah S.W.T, mengetahui
hukum-hakam dan peraturan hidup sehingga
pedoman untuk kesejahteraan diri bagi kehidupan

385

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

dunia dan akhirat. Ini berdasarkan sabda Rasulullah
S.A.W:
Aku tinggalkan kepada kamu sesudah aku (wafat) dua perkara,
yang jika kamu berpegang dan berpandukan kepadanya nescaya
kamu tidak akan terbatas daripada kebenaran iaitu Kitabullah dan
Sunah Rasul”. (Riwayat Imam Malik).

Di antara penjelasan yang dibuat oleh penulis
berdasarkan hadith di atas ialah Rasulullah S.A.W
adalah orang yang memahami masalah perubatan
dan tidak dapat dinafikan bahawa sistem pengubatan
Nabawi adalah benar, tepat dan besar manfaatnya.
Sistem perubatan Nabawi tidaklah sama dengan
sistem pengubatan moden kerana pengubatan yang
ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W
berdasarkan wahyu Ilahi, keunggulan kenabian serta
hasil pemikiran yang paling sempurna, sedangkan
pengubatan moden biasanya atau hanya berdasarkan
perkiraan, persangkaan dan percubaan.
Selain daripada itu, Abdul Aziz Ismail, cuba
menghuraikan ilmu perubatan Islam yang
dipengaruhi oleh perubatan Greek. Seperti dalam
karya agong perubatan Islam, penulis dalam
Perubatan Mengikut al-Qur’an & Sunah
menegaskan
bahawa
ubat
hanya
dapat
menyembuhkan penyakit sekiranya ia serasi dengan
tubuh pesakit dan mempunyai keyakinan terhadap
ubat tersebut. Penerimaan ubat yang paling
sempurna adalah dengan iman dan perasaan rendah
diri di hadapan Ilahi. Al-Qur’an adalah sebagai ubat
bagi penyakit. Jika ia tidak dilandasi oleh iman dan
kesediaan merendahkan diri di hadapan Allah
S.W.T, ia tidak akan dapat menyembuhkan penyakit
hati dan jiwa. Penulis telah memperkukuhkan
keterangan mengenai pengubatan secara berdoa
dengan ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi
S.A.W dengan mengemukakan surah al-Israa’ ayat
82 yang bermaksud:
Dan kami menurunkan al-Qur’an menjadi ubat penawar dan
rahmat bagi orang yang beriman dan al-Qur’an itu tidaklah
menambah kepada orang yang zalim (melanggar perintah Allah)
melainkan kerugian.

Menurut penulis lagi, ilmu kedoktoran moden
berbeza dengan sistem kedoktoran dan pengubatan
yang terdapat dalam perubatan Nabi S.A.W
terutamanya yang berkaitan dengan pengubatan
rohaniah. Penulis berpendapat, kekuatan hati,
berpegang teguh kepada petunjuk Allah, bertawakal,
meminta perlindungan kepada Allah, merasa hina
dan kecil di hadapanNya, bersedekah, tidak
terbenam dalam penyesalan dan lepas dari rasa susah
dan bimbang adalah di antara pra-syarat pengubatan
rohaniah.
Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden oleh
Danial Zainal Abidin7 telah membuktikan perubatan
Islam secara saintifik dengan mengemukakan
penemuan-penemuan sains semasa, baik yang
dihasilkan oleh ahli-ahli sains Islam mahupun bukan
Islam. Selaras dengan tajuk buku beliau, penulis
menegaskan bahawa sememangnya ramai yang

meyakini Islam sebagai satu agama yang tiada tolok
bandingannya tidak mampu untuk membuktikan
keunggulan tersebut dalam senario dunia sekarang
yang sering memperkatakan tentang sains dan
teknologi. Justeru itu, Islam dilihat oleh mereka
yang bukan beragama Islam sebagai suatu agama
yang beku dan tidak berkembang serta dilihat
sebagai tidak sesuai dengan dunia yang serba
canggih pada hari ini. Hakikatnya konsep perubatan
yang terdapat di dalam al-Qur’an dan sunnah adalah
untuk diikuti oleh manusia sejagat.
Selepas menerangkan konsep perubatan Islam,
penulis seterusnya menerangkan mengenai kebaikan
tumbuhan dan haiwan yang tercatat dalam al-Qur’an
dan larangan-larangan yang perlu dijauhi oleh umat
Islam bagi tujuan pemeliharaan kesihatan beserta
dengan kajian dan bukti saintifiknya. Di sini, penulis
menyarankan supaya umat Islam pada hari ini perlu
memberi
fokus
mendalam
dalam
bidang
penyelidikan dan pembangunan supaya rahsia-rahsia
al-Qur’an dan sunnah dapat difahami. Menurut
penulis, umat Islam sebenarnya adalah umat yang
saintifik kerana acuan pendidikan Islam amat
menekankan konsep tafakur, penggunaan akal serta
minda, penolakan sebarang bentuk khurafat dan
tahayul di samping menggalakkan kajian dan
analisis. Acuan inilah berjaya melahirkan ramai ahli
sains Islam seperti Ibn Sina, al-Razi, Ibn Nafis, alZahrawi dan Khwarizmi.
Ayat al-Qur’an dan Doa Sebagai Pagar Hikmah:
Pagar Hikmah oleh Abdul Razak Kasman (Tok
Janggut)8 adalah di antara panduan atau rujukan
utama dalam rawatan, pencegahan dan penjagaan
daripada penyakit serta harta benda melalui ruqyah
kepada masyarakat Melayu di Nusantara. Penulis
merupakan pengamal perubatan tradisional yang
popular dan terkenal serta berpegalaman luas dalam
hal ehwal kebajikan masyarakat tempatan. Beliau,
yang dikenali dikalangan masyarakat tempatan
sebagai orang bersikap mulia dan budi pekerti serta
baik dan luhur, telah berjaya mengumpul hikmah
yang amat berguna bagi masyarakat Melayu-Muslim
Nusantara selepas melibatkan diri dalam rahsia
pendinding diri dari gangguan syaitan, Jin dan
manusia berjiwa Hayawaniyyah selama hampir 40
tahun. Sebagai ketua kampung, beliau telah banyak
menyelesaikan masalah masyarakat tempatan
berkaitan dengan gangguan makhluk halus.
Pagar Hikmah merupakan panduan mengenai
ruqyah (jampi) melalui ayat-ayat al-Qur’an dan do’a
dan telah dibukukan di atas permintaan masyarakat
tempatan. Kewajipan tersebut telah ditunaikan oleh
pengarang selepas hajat murid-murid beliau yang
berkehendak supaya beliau menerbitkannya. Selain
daripada itu, jasa serta kedalaman ilmu agama yang
dimiliki serta sumbangannya bukan sahaja kepada
masyarakat tempatan malahan juga kepada
masyarakat di Patani, Thailand serta Tanah Suci
Mekah, maka tercetuslah idea untuk menerbitkan

386

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

buku ini sebagai panduan hidup masyarakat dalam
menangani masalah yang dihadapi.
Dalam Pagar Hikmah, penulis menasihatkan
supaya pengamal perubatan tradisional mempunyai
semangat keberanian serta ketabahan menghadapi
kuasa ghaib yang menjelma dan menjadikan
seseorang itu lebih berusaha untuk mendalami ilmuilmu serta amalan-amalan yang dapat dijadikan
sebagai pendinding diri. Kuasa-kuasa seperti ini
sering dikaitkan dengan kekuatan atau pengaruh
amalan batin. Ada sesetengah amalan batin yang
tidak bercanggah dengan ajaran agama dan ada juga
sebaliknya. Maka disebabkan ini, penulis
menasihatkan supaya masyarakat sentiasa bersedia
menghadapi kemungkinan yang tiba walaupun hidup
di zaman yang serba canggih dan moden dengan
kemajuan sains dan teknologi.
Jampi Serapah dalam Mantera Melayu: Haron
Daud dalam bukunya yang bertajuk Mantera
Melayu:
Analisis
Pemikiran9
menggunakan
pendekatan mantera sebagai bahan sastera untuk
mengenal pasti pandangan semesta dan corak
pemikiran masyarakat Melayu. Untuk mencapai
objektif kajian, penulis mengumpulkan manteramentera dari negeri-negeri di Semenanjung
Malaysia. Menurut penulis, sejarah kewujudan
mantera memang sukar diketahui dengan tepat
walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa
mantera lahir sejak terbentuknya masyarakat. Tidak
salah untuk mengatakan, kewujudan mantera dalam
masyarakat Melayu adalah berdasarkan corak
kepercayaan mereka pada peringkat awal iaitu
animisme dan cara hidup bersederhana. Ini telah
dimantap selepas kedatangan pengaruh HinduBuddha dan Islam ke alam Melayu yang mana ia
merupakan penyebab terjadinya proses evolusi
dalam masyarakat dan budaya Melayu yang turut
mempengaruhi corak kepercayaan mereka. Penulis
menyatakan
bahawa
kepercayaan
warisan
mempengaruhi alam pemikiran orang Melayu.
Kepercayaan ini juga menjadi asas kepada worldview, iaitu tentang bagaimana mereka memandang
dunia di sekeliling mereka. Walaupun Islam
memainkan peranan penting dalam pemikiran
rasional, namun tradisi tetap penting sebagaimana
yang terpancar melalui mantera. Aspek-aspek
pemikiran itu lebih bercorak normatif rasionaliti
yang banyak melibatkan soal spiritual.
Bomoh sebagai Raqi dalam Rawatan Melalui
Ruqyah di Malaysia: Hashim Awang A.R. dalam
artikelnya yang bertajuk Bomoh Di Kelantan:
Dahulu Dan Sekarang10 memberi tumpuan khusus
kepada peranan bomoh di Kelantan dalam konteks
masyarakat tradisi dan masyarakat moden. Selain
daripada, penerangan tentang asal-usul bomoh,
jenis-jenis bomoh serta perkhidmatan dan peranan
bomoh di Kelantan, beliau menceritakan sejarah
kedatangan perubatan moden ke dalam masyarakat

Kelantan iaitu sekitar awal abad ke-20 apabila
hospital dibina dan pegawai perubatan dihantar oleh
pihak British untuk bertugas di negeri Kelantan.
Dengan perkembangan ini lama-kelamaan perubatan
moden menjadi kukuh di Kelantan. Walau
bagaimanapun, perubatan tradisional tidak terus
dilupakan kerana ia merupakan sesuatu yang telah
sebati dengan jiwa mereka. Dalam hal ini, perubatan
tradisional cuba diadaptasikan dan mengalami
perubahan mengikut keperluan semasa dengan
menolak amalan-amalan atau unsur-unsur yang
bertentangan seperti upacara atau kepercayaan karutmarut disaring dan dipinggirkan. Penyaringan
sebeginilah yang menjadikan perbomohan di
Kelantan dapat dipertahankan sehingga kini.
Menurut penulis lagi, pengekalan aktiviti
perbomohan ini juga dipengaruhi oleh kemujaraban
perubatan moden yang tidaklah 100 peratus
berkesan dan masih ada kelemahan serta tidak
mampu mengatasi segala masalah yang berkaitan
dengan kehidupan.
Bomoh-Poyang: Traditional Medicine And
Ceremonial Art Of The Aborigines Of Malaysia oleh
Roland Werner11 merupakan di antara kajian secara
komprehensif mengenai perubatan tradisional orang
Asli di Malaysia di mana bomoh dan pawang
memainkan peranan yang penting dalam perubatan
masyarakat tersebut. Penulis mendapati masyarakat
orang Asli mempercayai setiap penyakit adalah
berpunca daripada gangguan hantu. Berdasarkan
hakikat ini, penulis telah menyentuh tentang upacara
perawatan dan pemujaan untuk makhluk halus di
samping beberapa buah mantera yang digunakan
oleh masyarakat tersebut.
Transcultural Healing oleh Roland Werner,12
membicarakan pelbagai aspek rawatan tradisional
terutamanya yang berkaitan rawatan dan pencegah
penyakit dalam perubatan tradisional Melayu.
Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, penulis
telah mengumpul bahan yang berkaitan tradisi
perubatan bukan hanya dari agama Islam, Kristian,
Hindu, Buddha dan Yahudi tetapi meliputi sistem
kepercayaan dan adat masyarakat tempatan. Buku
ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi pengkaji,
pengamal perubatan tradisional dan moden. Ia juga
berguna kepada ahli antropologi dan sosiologi yang
mahu mengetahui dan mendalami perubatan sebagai
sistem teknosaintifik berteraskan budaya dan juga
kepercayaan.
Royal Healer oleh Roland Werner13
membincangkan secara ilmiah pelbagai sejarah,
bahasa, astrologi, biologi, zoologi, mineralogi, dan
yang paling penting ialah aspek keagamaan dalam
agama Hindu-Buddha dan Islam, yang berkaitan
dengan perubatan dan rawatan penyakit. Penulis
berkata:
“Illness/disease can be caused by any of the spirits. The good
forces may also cause illness or disease as a form of punishment
for an offender.” “The healer is the medium who pleads with the
spiritual/supernatural powers. Whichever spirit (good or bad) is

387

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
responsible for the illness or disease is called upon to heal or cure
it. The healer thus negotiates with both good and bad powers.”
Sejalan dengan petikan ini, penulis dalam mukadimah
menyatakan: “In order to provide a more systematic examination,
I have reorganized and structured the material into new chapters,
e.g. Comparative Animal and Human Anatomy, Physiology,
Pathology, Diagnosis, Types of Treatment, Register of Medicinal
Plants, Sociocultural, Religious and Spiritual Concepts,
Physiognomy, Astrology, Interpretation of Dreams, Qur’anic
Verses and Prayers, Virtues of the Bismillah/Kalam Allah,
Miracles, Talismans and Socio-Cultural Principles in the building
of Houses (choice of site, specific structural aspects and impact
upon people). I have also contributed comments to various topics
based upon Islamic cosmological doctrine and natural
philosophy.”

Mohd. Taib Osman dalam bukunya bertajuk
Malay Folk Beliefs: An Integration Of Disparate
Elements14 mengaitkan kepercayaan masyarakat
Melayu dengan pengaruh Hindu-Buddha dan Islam
di mana pengaruh ini masih wujud dalam amalan
mereka terutama sekali pengaruh Islam sebagai
dominasi utama.
Keberkesanan
Berdoa
(Prayer)
sebagai
Penyembuh Penyakit: The Importance of Prayer
for Mind/Body Healing15 oleh Madeline M. MaierLorentz menerangkan tentang keberkesanan berdoa
(prayer) dalam penyembuh penyakit. Penulis
mengharap agar pesakit senantiasa berdoa (prayer)
untuk meyembuh penyakit disamping turut
menggalakkan para doktor dan jururawat supaya
berdoa (prayer) disamping berusaha secara
bersungguh-sungguh dengan menggunakan pelbagai
kaedah rawatan dalam rawatan penyakit mereka.
Penulis juga mencadangkan agar para doctor dan
jururawat dapat memberi saranan kepada pesakit
supaya berdoa (prayer) dengan mengenepikan sikap
diskriminasi di antara pesakit yang berlainan
kepercayaan agama. Tidak dinafikan selepas
pelbagai penyakit misteri muncul, maka ramai
pesakit telah menerima perubatan ini dan berharap ia
dapat diintegrasi ke dalam sistem rawatan,
penjagaan dan pencegahan penyakit kesihatan
tempatan. Dengan perkataan lain, minat masyarakat
terhadap penggunaan doa (prayer) dalam
penyembuhan minda atau jasad adalah mendalam
dan berkembang sebagai salah satu perubatan
alternatif dan komplimentari. Ini kerana doa
(prayer), yang melibatkan fungsi mental dan
meditasi, dapat memberi kesan secara fizikal kepada
tubuh badan seperti merendahkan kadar pernafasan,
hati, tekanan darah dan suhu kulit serta ia juga dapat
memberi kesan positif bagi meringankan kesakitan,
rasa loya, muntah dan insomnia. Walau
bagaimanapun,
terdapat
pihak-pihak
yang
mengkritis penyembuhan secara berdoa ini (prayer)
dengan mendakwa bahawa ia tidak dapat diukur.
Oleh itu, ia tidak boleh dijadikan suatu kesimpulan
yang saintifik.16
Himpunan doa atau panduan perubatan
berjudul Doa-Doa Orang Sakit Dan Mendapatkan
Zuriat telah disusun oleh pakar sakit puan moden

iaitu A. Hamid Arshat, Rosliah Harun dan Shafiee
Khatib Jali.17 Ia merupakan panduan ringkas
diterbitkan untuk memberi panduan kepada pesakitpesakit dan kepada pasangan-pasangan kelamin
yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat
(anak). Berdasarkan kepada hakikat bahawa, setiap
penyakit ada ubatnya melainkan penyakit tua yang
mana manusia tidak dapat mengelakkannya dan
Allah S.W.T menyuruh hamba-hamba-Nya mencari
ubat bagi menyembuhkan penyakit-penyakit mereka,
maka penyusun telah mengambil inisiatif
menghimpunkan pelbagai doa sebagai alternatif
dalam rawatan perubatan moden.
KESIMPULAN
Makalah ini boleh dijadikan panduan kepada
penyelidik dalam bidang yang berkaitan perubatan
tradisional kerana penyelidikan mengenainya
terutamanya berkaitan ruqyah (jampi) agak
berkurangan. Tidak dinafikan buku-buku dan artikel
yang telah diulas dalam makalah ini mencerminkan
budaya dan pandangan semesta masyarakat Melayu
dalam perubatan. Mereka seperti masyarakat primitif
lain secara tradisinya berfahaman animisme dan
dinamisme iaitu kepercayaan kepada tenaga dan
kekuatan roh, jiwa dan semangat terjelma dalam diri
manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda
yang boleh mendapat kesan baik atau buruk kepada
manusia. Selalunya, kelompok masyarakat ini
mempercayai wujudnya makhluk ghaib yang boleh
mengganggu dan menakutkan mereka. Berdasarkan
kepada tulisan yang disebarkan dalam masyarakat
Melayu terutamanya selepas kedatangan Islam,
menunjukan telah berlaku proses Islamisasi yang
dapat mengubah bentuk kepercayaan dan corak
hidup masyarakat Melayu serta pandangan semesta
mereka. Kepercayaan kepada dewa dan animisme
bertukar kepada kepercayaan Allah S.W.T dan
RasulNya.
Didapati majoriti responden menggunakan
ruqyah (jampi) seperti yang telah dinyatakan dalam
kenyataan di atas. Ini menunjukkan keyakinan
mereka terhadap ruqyah berkenaan untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka
dari segi perubatan juga sebagai pendinding diri,
keluarga dan harta benda. Tambahan pula,
keyakinan mereka ini didorong oleh pandangan
semesta yang pernah mereka anuti dahulu
berhubung semangat jahat yang wujud disekelliling
mereka. Sehubungan itu, untuk menangani semangat
jahat ini, kuasa semangat dari ayat-ayat al-Qur’an
digunakan. Keberkesanan menggunakan ayat-ayat
al-Qur’an adalah didorong dengan semangat
pengamalnya yang disertakan dengan keyakinan
kepada kekuasaan Allah S.W.T. Ini menunjukkan
bahawa ruqyah (jampi) melalui ayat al-Qur’an tidak
dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat
Melayu-Muslim.

388

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

NOTA HUJUNG
1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

Muhammad b. Isma‘il al-Bukhari, Sahih
Bukhari, 13 Jil. Bayrut: Dar al-Kutub al-’Ilmiah,
1989, 8 jilid. (Istanbul: Al-Maktabah alIslamiyyah, n.d); Ibn Hajar al-’Asqalani, Fath alBari, 10: 215.
A. Samad Ahmad, Warisan Perubatan Melayu
(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1982
repr., 1988).
Haliza Mohd. Riji, Prinsip dan Amalan dalam
Perubatan Melayu (Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, 2000 repr. 2005).
Lukmanul Hakim ialah seorang hamba Allah dan
dikenali dengan Lukman dalam Surah Lukman
(Surah 31): 12-13.
Jalaluddin Abdurrahman Al-Suyuthi, Rawatan
Cara Nabi Muhammad S.A.W (Kuala Lumpur:
Pustaka Syuhada, 2000).
Abdul Aziz Ismail, Perubatan Mengikut alQur’an dan Sunah (Kuala Lumpur: Penerbitan
Progressive Publishing House Sdn. Bhd, repr.
2007).
Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti
Sains Moden (Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd, 2003).
Abdul Razak Kasman, Pagar Hikmah (Ipoh:
Percetakan Pustaka Muda, 1971, repr. 1980).
Haron Daud, Mantera Melayu: Analisis
Pemikiran (Pulau Pinang: Penerbit Universiti
Sains Malaysia, 2001).
Hashim Awang A.R, “Bomoh di Kelantan:
Dahulu dan Sekarang” dalam Kelantan: Dahulu
dan Sekarang. Abdullah Zakaria Ghazali &
Zahir Ahmad, eds. (Kuala Lumpur: Persatuan
Muzium Malaysia, 2007), 225-247.
Roland Werner, Bomoh-Poyang: Traditional
Medicine and Ceremonial Art of the Aborigines
of Malaysia (Kuala Lumpur: University of
Malaya, 1986).
Roland Werner, Transcultural Healing: The
Whole Human (Kuala Lumpur: University of
Malaya, 1993).
Roland Werner, Royal Healer (Kuala Lumpur:
University of Malaya, 2002).
Mohd. Taib Osman, Malay Folk Beliefs: An
Integration of Disparate Elements (Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1989).
Madeline M. Maier-Lorenz, “The Importance of
Prayer for Mind/Body Healing” dalam Nursing
Forum 39 (July-September 2004):3, 23-32.
Minat terhadap perubatan alternatif dan
komplimentari telah berkembang di kalangan
masyarakat moden sejak dekad yang lepas
selepas
ketidakpuasan
mereka
terhadap
perubatan moden terutamanya dalam perawatan
dan pencegahan kepada penyakit kronik.
Keadaan ini memaksa Institut Kesihatan
Kebangsaan U.S.A (National Institutes of
Health-NIH) mewujudkan Pusat Kebangsaan

17

Perubatan Alternatif dan Komplimentari
(National Centre of Complementary and
Alternatif Medicine-NCCAM) pada 1998 yang
bertindak sebagai penyokong fakta-fakta dan
mengkaji kebaikan perubatan alternatif dan
komplimentari (NCCAM, 2004).
A. Hamid Arshat, Rosliah Harun dan Shafiee
Khatib Jali, Doa-doa Orang Sakit dan
Mendapatkan Zuriat (Kuala Lumpur: Syarikat S.
Abdul Majeed, 1991).
RUJUKAN

A. Hamid Arshat, Rosliah Harun, Shafiee Khatib
Jali. 1991. Doa-doa Orang Sakit dan
Mendapatkan Zuriat. Kuala Lumpur: Syarikat S.
Abdul Majeed.
A. Samad Ahmad. 1988. Warisan Perubatan
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.
A. Sani, Rustam. 1993. Melayu Baru Dan Bangsa
Malaysia: Tradisi Cendekia Dan Krisis Budaya.
Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Aziz Ismail. 2007. Perubatan Mengikut alQur’an dan Sunah. Kuala Lumpur: Penerbitan
Progressive Publishing House Sdn. Bhd.
Abdul Latif Abu Bakar (pnyt.). 2001. Kesatuan dan
Perpaduan: Dunia Melayu Dunia Islam. Melaka:
Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.
Abdul Razak Kasman. 1980. Pagar Hikmah. Ipoh:
Percetakan Pustaka Muda.
Abdullah Muhammad. 1989. Falsafah Dan
Pemikiran Orang-Orang Melayu: Hubungan
Dengan Islam Dan Kesenian. Dlm. Kepimpinan
Dan Pengajian Budaya. Kuala Lumpur:
Kementerian Kebudayaan Dan Pelancongan.
Abdullah Zakaria Ghazali & Zahir Ahmad (pnyt.).
2007. Kelantan: Dahulu & Sekarang. Kuala
Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.
Afzalur Rahman. 1981. Qur’anic Sciences.
Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.
Afzalur Rahman. 1988. al-Qur’an Dalam Pelbagai
Disiplin Ilmu. Zaimuddin (Pnyt.). Jakarta:
Lembaga Penelitian Sain-sains Islam.
Afzalur Rahman. 2007. Pesan-pesan Terbesar alQur’an. al-Mustaqeem Mahmod Radhi, Khairul
Anam Che Mentri, Ammar Gazali & Eekmal
Ahmad (pnyt.). Selangor: Middle-Eastern
Graduates Centre Sdn. Bhd (MEGC).
Ainal Marhaton Abd Ghani. 2008. Serangan Emosi
atau Makhluk Halus. Dlm. Berita Harian. 8
September.
Ali Zulfakar. 1989. Hikmat Ayatul Kursi. Pulau
Pinang: Percetakan Nahdi.
al-Sabuni, Muhammad ‘Ali. 1981. Safwat al-Tafasir.
Jil. 20. Bayrut: Dar al-Qur’an al-Karim.
Alwi Mohd Yunus. 1997. Memahami Ciri-ciri
Perubatan Islam. Dlm. Alwi Mohd Yunus

389

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

(pnyt.). Islam dan Perubatan.. Kuala Lumpur:
Institut Perkembangan Minda (INMIND).
American Phychological Association (APA). 2006.
Dictionary of Psychology. American: American
Phychological Association (APA).
Amran Kasimin. 1995. Santau dan Kaedah
Rawatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
al-‘Asqalani, Ibn Hajar. t.th. Fath al-Bari. Istanbul:
al-Maktabah al-Islamiyyah.
al-Attas, Syed Muhammad Naguib. 1995.
Prolegomena To The Metaphysics Of Islam: An
Exposition Of The Fundamental Elements Of The
Worldview Of
Islam.
Kuala
Lumpur:
International Institute of Islamic Thought and
Civilization (ISTAC).
al-Attas, Syed Muhammad Naguib. 1972. Islam
Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu. Kuala
Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
al-Attas, Syed Muhammad Naguib. 2001. Risalah
Untuk Kaum Muslimin. Kuala Lumpur:
International Institute of Islamic Thought and
Civilization (ISTAC).
Azahari Ibrahim. 2001. Ubat-ubatan Tradisional
Melayu Doa-doa Penawar Penyakit Rahsia
Kebaikan Surah al-Fatihah. Kuala Lumpur:
Darul Nu’man.
Bibeau, Gilles, & Corin, Ellen. t.th. Traditional
Medicine in Zaire: Present and Potential
Contribution to the Health Services. Toronto:
International Development Research.
al-Bukhari, Muhammad Isma‘il. t.th. Sahih Bukhari.
8 Jil.
Clark, D. 1996. Urban World/Global City. London
& New York: Routledge.
Corsini, R.J. 1999. Dictionary of Psychology. US:
Taylor & Francis Group.
Danial Zainal Abidin. 2003. Perubatan Islam Dan
Bukti Sains Moden. Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Dols, M. W. 1992. Majnun: The Madman In
Medieval Islamic Society. Oxford: Clarendon
Press.
Dusuki Ahmad. 1980. Islam di Malaysia:
Kebangkitan dan Masa Depan. Selangor: alHilal.
Emoto, Masaru. 2004. The Hidden Messages in
Water terjemahan Inggeris oleh David A.
Thayne. Oregon: Beyond Words Publishing,
INC.
Farid Moustapha. 2007. Islamic Values in
Contemporary Urbanism. Dlm. Azila Ahmad
Sarkawi dan Alias Abdullah (pnyt.) Islam and
Urban Planning.Selangor: Scholar Press(M)
Sdn. Bhd.
Haliza Mohd. Riji. 2005. Prinsip dan Amalan dalam
Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Harkavy, Michael D (pnyt.). 1996. The New
Webster’s International Encyclopedia: The New

Illustrated Home Reference Guide Canada: D.S
MAX.
Haron Daud. 2001. Mantera Melayu: Analisis
Pemikiran. Pulau Pinang: Penerbit Universiti
Sains Malaysia.
Haron Daud. 2004. Ulit Mayang: Kumpulan
Mantera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka.
Haron Din & Ishak Din. 2006. Doa-Doa Pilihan
dari al-Qur’an dan al-Hadith. Kuala Lumpur:
Darul Nu’man.
Haron Din. 2007. http://www.darussyifa.org/
index.php. 31 Disember.
Hashim Awang A.R. 2007. Bomoh di Kelantan:
Dahulu dan Sekarang. Dlm. Abdullah Zakaria
Ghazali & Zahir Ahmad (pnyt.). Kelantan:
Dahulu dan Sekarang. Lumpur: Persatuan
Muzium Malaysia.
Hellriegel, Don. Jr. John, W. Slocum & Woodman,
Richard W. 1989. Organizational Behavior Fifth
Edition. Singapore: Harper & Row Publishers.
Hooker, Virginia & Norani Othman (pnyt.). 2003.
Malaysia: Islam, Society and Politics. Singapura:
Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS).
Ibn al-Qayyim. 1985. al-Tibb al-Nabawi. Shu‘aib alArna’ut & ‘Abd al-Qadir al-Arna’ut (pnyt.).
Bayrut: Mu’assasah al-Risalah.
Ibn al-Qayyim. t.th. Zad al-Ma‘ad fi Hady Khayr al‘Ibad. Shu‘ayb al-Arna’ut & ‘Abd al-Qadir alArna’ut. 5 Jil. Bayrut: Mu’assasah al-Risalah.
Idrus Alkaf (pnyt.). 2003. Senjata dan Pendinding
Mukmin. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Islam, Syed Serajul. 2005. The Politics of Islamic
Identity in Southeast Asia. Australia: Thomson
Learning (A Division Of Thomson Asia Pte Ltd).
Ismail Kamus. 2000. Jin: Rasukan dan
Pengubatannya.
Selangor:
Malindo
Communications Sdn Bhd.
Jabatan Perangkaan Malaysia 2004. Dicapai pada 26
May 2008 dari http://www.statistics.gov.
my/malay/frameset_datapenting.php.
Kamarulnizam Abdullah. 2002. The Politics of Islam
in Contemporary Malaysia. Selangor: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamus Dewan. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka.
Maier-Lorenz, Madeline M. 2004. The Importance
Of Prayer For Mind/Body Healing dalam
Nursing Forum. Bil. 39. No. 3. Julai-September.
Hlm. 23-32.
Mat Yusoff Kassim. 1975. Konsep Hantu Dalam
Masyarakat Melayu Kampung Sungai (Kelantan)
dan Cara-Cara Perubatan Tradisional Yang
Berkaitan Dengannya. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
McHugh, J.N. 1959. Hantu-hantu: An Account Of
Ghost Belief In Modern Malaya. Singapura:
Singapore Eastern Universities Press.
Md Salleh Yaapar. 1985. The World-View Of
Peninsular Malaysian Folk-Tales And Folk

390

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Drama dalam Malaysian World-View. Mohd.
Taib Osman. ed. Singapore: Institute Of
Southeast Asian Studies Program. Hlm. 253-284.
Mind Gym Groups. Dlm. http://mindgymgroups2u.
blogspot.com.
Mohamad Abu Bakar. 2007. Tanah Melayu Abad
Ke-19: Pengislaman Penjajahan & Pemupukan
Manhaj Melayu dalam Farid Mat Zain. Islam Di
Tanah Melayu. Selangor: Karisma Publications
Sdn. Bhd,, 1-7.
Mohd Yaakub Mohd Yunus. 2008. Pakai Tangkal
Cemar Kemurnian Tauhid dalam Berita Harian.
21 Julai.
Mohd. Taib Osman. 1977. Perbomohan: Satu Aspek
World-View Dalam Kebudayaan Melayu. Dlm.
Zainal Kling (pnyt.). Masyarakat Melayu:
Antara Tradisi Dan Perubahan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.
Mohd. Taib Osman. 1983. Bunga Rampai
Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Taib Osman. 1989. Malay Folk Beliefs: An
Integration of Disparate Elements. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Muhammad Yusoff Hashim. 1991. Terengganu
Darul Iman: Tradisi Persejarahan Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Muzaffar Husain. 2004. Islam’s Contribution to
Science. India: Anmol Publications PVT. LTD.
Nobaya Ahmad, Haslinda Abdullah & Zaid Ahmad.
Urbanism. 2007. Space & Human Psychology:
Some Notes on Value Change and the Impacts of
Urbanization
in
Malaysia.
Dlm.
The
International Conference of the Center for the
Study of Architecture in the Arab Region
(CSAAR). Tunisia: t.pt.
Osman Bakar. 1991. Tawhid and Science: Essay on
the History and Philosophy of Islamic Science.
Pulau Pinang: Secretariat for Islamic Philosophy
and Science.
Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati. 2008.
http://www.persatuanmrhp.freehomepage.com/in
dex.html. 25 Julai.
Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM). 2008.
http://www.ppim.org.my/view.php?page=org_or
ganisasi. 25 Julai.
Rassool, G. Hussein. 2000. The Crescent And Islam:
Healing, Nursing And The Spiritual Dimension.
Some Considerations Towards an Understanding
of the Islamic Perspectives on Caring. Dlm.
Journal of Advanced Nursing. 32 (6). Hlm. 14761484.

Rohaniza Idris. 2008. Histeria Penyakit Psikiatri
Dlm. Berita Harian. 8 September.
Rokiah Talib. 1994. Politik & Isu Ekonomi Di
Kelantan: Satu Kajian Sosioekonomi. Selangor:
Gateway Publishing (GPH).
Shahril Talib. 1995. History of Kelantan: 18901940. Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society (MBRAS).
Shehzed Husain. 2002. Kavani, Manisha, Healthy
Indian Cooking. London: Lorenzbooks.
al-Suyuti, Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman. 2000.
Rawatan Cara Nabi Muhammad SAW. Kuala
Lumpur: Pustaka Syuhada.
Unit Perancang Ekonomi Putrajaya. 2006.
Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010.
Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi.
Vanden Bos, Gary R (pnyt.). 2007. Dictionary Of
Psychology. Washington, DC: American
Phychological Association (APA).
Wan Lela. 1922. Some Malay Beliefs. Dlm. Journal
of Federal Malay States Museums. 9, 263-265.
Wan Mohd Nor Wan Daud. 2006. Masyarakat islam
Hadhari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.
Werner, Roland. 1986. Bomoh-Poyang: Traditional
Medicine and Ceremonial Art of the Aborigines
of Malaysia. Kuala Lumpur: University of
Malaya.
Werner, Roland. 1993. Transcultural Healing: The
Whole Human. Kuala Lumpur: Universiti of
Malaya.
Werner, Roland. 2002. Royal Healer. Kuala
Lumpur: University of Malay.
Wilkinson, R.J. Papers On Malay Customs And
Beliefs dalam Journal Of Malayan Branch Royal
Asiatic Society. 30, 1957, 1-87.
Zainal Kling (pnyt.). 1977. Masyarakat Melayu:
Antara Tradisi Dan Perubahan. Kualan Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.
Zainal Kling. 1989. Asas Ketuhanan Dalam
Pemikiran Sosio-Politik Melayu. Dlm. Jurnal
Budaya (Kajian Interdisiplin Tentang Alam
Melayu). 1 Disember.

391