Perkembangan Awal Gerakan Sosio Politik

Perkembangan Awal Gerakan Sosio Politik Melayu Terengganu Sehingga Tahun 1956

Ilyas Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia ilyasabdullah084@gmail.com

ABSTRAK

Tulisan ini cuba menyoroti latar belakang sosio politik di Terengganu sejak awal penubuhannya hingga sebelum merdeka. Beberapa dinamika unik yang ada dalam latar belakang Terengganu dianggap menarik untuk ditelusuri dalam proses gerakan sosio politiknya. Salah satunya kerana Terengganu adalah negeri yang paling awal menerima kedatangan Islam di Tanah Melayu. Ini dibuktikan melalui prasasti atau Batu Bersurat yang telah ditemukan. Ikatan Islam, masyarakat dan budaya masyarakat Melayu Terengganu telah menjadi asas yang kuat dalam gerakan sosio politiknya. Keunikan ini akan digambarkan dalam penulisan ini.

1.0 Pengenalan

Terengganu merupakan sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Negeri ini juga bersempadan dengan negeri Kelantan di bahagian utara dan barat lautnya, manakala bersempadan dengan negeri Pahang di bahagian selatan dan barat daya. Keluasan Terengganu meliputi kira-kira 50 ribu batu persegi iaitu 150 batu panjang dan 55 batu lebar. Ia mempunyai lapan buah daerah iaitu Besut, Dungun,

Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, Setiu dan Kuala Nerus. 1 Daerah Hulu Terengganu mewakili daerah terluas yang merangkumi 29.9 peratus

daripada keluasan negeri, manakala daerah Marang merupakan daerah paling kecil iaitu 5.1 peratus. Bandar Kuala Terengganu yang terletak di daerah Kuala Terengganu adalah ibu negeri Terengganu (Hanapi, 1985).

Menurut Unit Perancangan Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) pada tahun 2014 (Data Asas Negeri Terengganu, 2014: 15-18). Terengganu mempunyai jumlah

Kuala Nerus merupakan daerah baru yang dibentuk pada 18 September 2014 dan menjadi daerah kelapan di Terengganu dengan keluasan meliputi 39890 hektar. Kuala Nerus sebelumnya berada di bawah pentadbiran daerah Kuala Terengganu.

penduduk seramai 1, 132, 700 di mana 16.3 peratus berada dalam daerah Kuala Terengganu, 17.8 peratus di Kemaman manakala 15.3 peratus di Kuala Nerus. Sementara itu, daerah Dungun pula mencatatkan jumlah penduduk seramai 15.0 peratus, 14.0 peratus di Besut, 9.05 peratus di Marang, 5.45 peratus di Setiu dan 7.09 peratus di Hulu Terengganu. Negeri Terengganu terdiri daripada pelbagai etnik. Etnik Melayu mendominasi jumlah penduduk negeri yang mewakili 94.7 peratus pada tahun 2014. Etnik lain seperti Cina, India dan lain-lain mewakili 2.4 peratus, 0.3 peratus dan

0.2 peratus sahaja.

Dari segi geografinya Terengganu mempunyai bentuk muka bumi yang bertanah tinggi di bahagian barat daya pedalaman namun agak rata di sebelah timur yang menghala ke muara serta ke persisiran pantainnya. Dengan keadaan negeri dan muka buminya yang semulajadi, maka pekerjaan penduduknya adalah berhubung rapat dengan iklim, keadaan bumi dan kesuburannya. Pekerjaan utama bagi penduduk negeri Terengganu ialah menangkap ikan bagi hampir semua yang mendiami di sepanjang pantai manakala sebahagiannya terlibat dalam aktiviti pertanian. Orang Melayu Terengganu juga terkenal di dalam bahagian pertukangan perahu besar, bertenun kain songket dan bertukang perkakas tembaga.

2.0 Terengganu Pada Era Tradisional

Penulisan berkaitan masyarakat Melayu tradisional walaupun lebih banyak tertumpu kepada Kesultanan Melayu Melaka namun latar belakang kerajaan-kerajaan yang lebih kecil seperti Terengganu tidak kurang pentingnya. Terengganu pada era tradisional dikenali dengan pelbagai nama yang antara lainnya dirujuk sebagai Birmigham of Penisular . Gelaran ini muncul berdasarkan kebolehan masyarakat Melayu Terengganu dalam bidang perusahaan tekstil, tembaga dan pembuatan perahu sehingga berlakunya peralihan orientasi ekonomi daripada kegiatan pertanian dan perikanan kepada ekonomi berasaskan perusahaan. Produk-produk perusahaan masyarakat Melayu Terengganu berjaya dipasarkan sehingga ke luar Terengganu seperti Siam, Singapura dan London. Pengeluaran produk perusahaan ke luar negara yang paling tinggi datangnya daripada perusahaan tekstil. Kesan daripada kemajuan perusahaan tersebut menjadikan Terengganu diberikan gelaran Birmingham of Penisular pada kurun ke-19 oleh Hugh Clifford (Norazilawati & Arba‟iyah, 2013: 137-162).

Sementara itu, dalam peta dunia yang dilukis oleh Ptolemy ahli geografi dan astronomi dari Rom sekitar 150 Masihi tercatat nama Primula yang merujuk kepada petempatan di muara sungai Terengganu dan nama Kole di Kuala Sungai Kemaman.

Selain itu dalam catatan sumber China 2 pada abad ke-12 pula nama Fo-lo-an muncul untuk merujuk kepada Kuala Berang yang merupakan pelabuhan yang penting di Hulu

Terengganu (Abdul Rahman, 2012: 141-156). Mengikut catatan sejarah 3 , Terengganu dikatakan antara negeri tertua di Tanah Melayu yang dipercayai telah wujud sejak

abad kedua belas lagi. Kewujudan negeri Terengganu juga tercatat dalam penulisan sejarawan Cina. 4 Walau bagaimanapun penulisan sejarawan Cina lebih banyak

merujuk kepada keadaan yang terdapat di Fo-lo-an (Kuala Berang). Antara catatan sejarawan Cina yang menggambarkan keadaan Fo-lo-an pada ketika itu ialah:

“…Seseorang itu boleh tiba ke kerajaan Fo-lo-an setelah empat hari belayar dari Lang-ya-ssu-chia (Langkasuka) dan boleh juga tiba melalui jalan darat…Tiap-tiap tahun Fo-lo-an menghantarkan ufti kepada kerajaan San-fo-

fh‟i. Keadaan yang sama juga wujud di P‟eng-feng (Pahang), Tengya-nung (Terengganu) dan Chi-lan-tan (Kelantan) yang berjiran dengan Fo-lo-an ” (Timah Hamzah, 1981: 2).

Berdasarkan catatan sejarawan Cina tersebut jelas membuktikan bahawa Fo-lo- an dan Terengganu pada waktu itu merupakan dua buah negeri yang berbeza kerana masing-masing turut menghantar uftinya kepada kerajaan Sriwijaya. Fo-lo-an di era

Sejarawan Cina, Ch‟u-fei dalam buku sejarahnya Ling-wai Tai-ta pada tahun 1178 menerangkan wujudnya perdagangan dua hala yang pesat antara negeri China dengan negeri-negeri di Asia Tenggara yang antara lainnya ada menyebut tentang Sanfo- Chi‟i iaitu kerajaan Sriwijaya, She-p‟o (Jawa), Chen-la (Kemboja) dan juga Fo-lo-an iaitu merujuk kepada Kuala Berang. Fo-lo-an sering menjadi tempat persinggahan saudagar-saudagar dari Cina dan juga Arab. Lihat Timah Hamzah (1981: 2).

3 Braddel, R., (1936: 16) dan Wheatley, P., (1961: 69) menerangkan tentang kewujudan dua buah kawasan di Terengganu yang dikenali sebagai Kole dan Perimula. Daripada keterangan tersebut

menunjukkan bahawa pada kurun ke 12 lagi, telah terdapat tempat-tempat di Terengganu yang telah dikenali dan dikunjungi orang atas tujuan perdagangan dan juga pengembaraan.

4 Sebuah buku sejarah Cina bertajuk Ling-wa Tai-ta yang ditulis oleh Cao Cu-Fei pada tahun 1178 ada menceritakan perihal kewujudan satu tempat di Terengganu yang dikenali sebagai Foloan. Dalam kurun

ke-12 Foloan merupakan tempat pusat perdagangan yang utama di Asia Tenggara selain kerajaan Sriwijaya. Selain itu dalam buku Cu-fan cih yang dikarang oleh Cao Ju-kua pada tahun 1226 dan Tao-i Cih-leo yang ditulis oleh Wang Ta-yuan pada tahun 1349 ada menerangkan tentang sebuah tempat yang disebut Ting-cia-lu yang merujuk kepada negeri Terengganu. Lihat Buyong Adil (1974: 6) ke-12 Foloan merupakan tempat pusat perdagangan yang utama di Asia Tenggara selain kerajaan Sriwijaya. Selain itu dalam buku Cu-fan cih yang dikarang oleh Cao Ju-kua pada tahun 1226 dan Tao-i Cih-leo yang ditulis oleh Wang Ta-yuan pada tahun 1349 ada menerangkan tentang sebuah tempat yang disebut Ting-cia-lu yang merujuk kepada negeri Terengganu. Lihat Buyong Adil (1974: 6)

dengan berbagai-bagai nama oleh sejarawan 5 antaranya Ten-ya-nung, Ting-Ko Nou dan juga Ting Kia Lou (Buyong Adil, 1974: 5-6).

Menurut Khoo Kay Kim (1974: 16), terdapat juga beberapa gambaran lain yang diberikan terhadap keadaan di Kuala Terengganu. Gambaran tersebut diberikan oleh seorang pengembara yang bernama Kapten Alexander Hamilton yang pernah melawat Terengganu pada tahun 1719 sehingga 1720 dengan mengatakan:

“Kuala Terengganu mempunyai lebih kurang 1000 buah rumah yang berselerak, dengan jarak jauhnya sepuluh

atau dua puluh batu di antara satu sama lain. Bandar itu ramai didiami oleh orang Cina yang berdagang tiga atau empat wangkang (junks) setahun di samping membawa barang-barang dagangan yang diperniagakan ke negeri- negeri Siam, Kemboja, Tonkin dan Sambas ” (Khoo Kay Kim, 1974: 16).

Daripada gambaran tersebut membuktikan bahawa Kuala Terengganu merupakan sebuah kawasan perdagangan setanding dengan Koromandel atau Malabar. Atas faktor tersebut, Sultan Zainal Abidin I menjadikan Kuala Terengganu sebagai ibu negeri. Pada pertengahan kurun ke-18, banyak kapal-kapal dari Syarikat Hindia Timur singgah di Kuala Terengganu untuk mendapatkan barang-barang dagangan sebelum meneruskan pelayaran ke China. Barangan yang tidak laku di pelabuhan Siam dijual dan didagangkan di Kuala Terengganu. Selain itu, Khoo turut menemukan bahawa lokasi Kuala Berang yang terletak lebih jauh di pedalaman mendorong berpindahnya pusat pentadbiran negeri daripada Kuala Berang ke Kuala Terengganu. Perpindahan tersebut disebabkan oleh faktor lain seperti ancaman daripada kerajaan lain seperti Siam, Belanda dan Acheh. Walau bagaimanapun perpindahan pusat pentadbiran

Palliot dalam tahun 1904 telah mencatatkan nama-nama tersebut daripada sumber China yang bertajuk Hai Kuou Wen Kien Lou dan juga sumber dari Hai Loi. Lihat Timah Hamzah (1981: 5).

tersebut tidak meminggirkan fungsi asal Kuala Berang. Hal ehwal jajahan negeri Terengganu di Kuala Berang telah diserahkan kepada wakil-wakil yang digelar wakil Anak Sungai iaitu mereka-mereka yang terdiri daripada anak buah Sultan. Wakil Anak Sungai ini akan membawa persembahan kepada sultan pada setiap tahun sebagai tanda taat setia. Sultan berhak memerintah mengikut kehendak dan pertimbangan baginda. Segala titah sultan akan dijadikan undang-undang. Lihat Timah (1981: 11).

2.1 Kedatangan Awal Islam Di Terengganu

Terengganu dikatakan sebagai negeri terawal yang menerima Islam. Walaupun begitu terdapat catatan 6 yang mengatakan bahawa ciri-ciri kehinduan pernah menjadi

pegangan hidup sebahagian besar masyarakatnya. Bagaimanapun hujah tersebut disangkal oleh Muhammad Saleh (1992: 1-10). Dakwaan yang mengatakan penduduk Terengganu menyembah tuhan patung berhala sekitar tahun 1349 Masihi kurang tepat sekiranya ditujukan kepada semua penduduk atau semua rakyat negeri Terengganu. Namun terdapat kemungkinan sebilangan penduduk sahaja yang menjadi penganut penyembah berhala iaitu masyarakat yang mendiami persisiran pantai. Pada tahun 1303 Masihi agama Islam telah pun diisytiharkan menjadi agama rasmi negeri di Kuala Berang yang jauhnya 40 kilometer dari pantai Kuala Terengganu.

Bukti terawal yang mencatatkan tentang penerimaan agama Islam oleh seorang pemerintah bangsa Melayu ialah sebuah batu nisan milik pemerintah Pasai iaitu Sultan Malik Al- Saleh yang terletak di barat laut pulau Sumatera. Batu nisan tersebut bertarikh 1297 Masihi. Selain itu terdapat sebuah lagi batu bersurat yang bertarikh 1303 Masihi yang mencatatkan tentang penganutan agama Islam sebagai agama rasmi pemerintah dan pembesar-pembesar negeri Terengganu. Batu bersurat tersebut dijumpai di tebing sebatang sungai di Hulu Terengganu pada tahun 1885 masihi. Manakala Sultan Melaka pertama yang memeluk Islam ialah pada tahun 1414 masihi. Pemerintah negeri Kedah pula memeluk Islam dalam tahun 1474 (Sheppard, M., 1982: 9).

Catatan daripada Wang Ta-yuan pada tahun 1349 menerangkan bahawa kepercayaan supernatural memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu di Terengganu. Hal ini dapat digambarkan menerusi patung-patung yang diukir daripada kayu untuk disembah serta dijadikan tempat berdoa apabila datangnya musim kemarau atau ditimpa sesuatu wabak penyakit. Lihat Wheatly, P., (1961: 69).

Walau bagaimanapun Islam pada ketika itu hanya menjadi anutan sebahagian kecil sahaja daripada masyarakat Terengganu terutamanya di kalangan pedagang- pedagang Arab. Kedatangan Islam di Terengganu dipercayai telah bermula pada abad ke-14 lagi berdasarkan kepada penemuan sebuah batu bersurat pada tahun 1889 di Kampung Buluh iaitu sebuah perkampungan yang berhampiran dengan Sungai Tersat di Kuala Berang. Batu Bersurat tersebut dipahat menggunakan tulisan jawi yang menerangkan beberapa larangan dalam agama Islam. Pada batu bersurat berkenaan juga tercatat tarikh dan tahun iaitu bulan Rejab, tahun 702 hijrah yang menjelaskan tentang tarikh batu bersurat tersebut ditulis. Hal ini mengukuhkan lagi dakwaan

sebilangan sarjana 7 bahawa Terengganu telah menerima Islam pada abad ke-14 iaitu seratus tahun lebih awal berbanding Melaka. Orang Melayu di Terengganu turut

dikatakan yang paling awal menerima dan memeluk agama Islam di Tanah Melayu (Buyong, 1974: 9).

Sementara Wan Zulkifli & Azizi (2011: 449-456) menemukan bahawa kedatangan Islam ke Terengganu banyak dipengaruhi oleh perkembangan penyebaran Islam di Pasai pada tahun 1282 Masihi. Hal tersebut diperkuatkan bilamana Pasai dikatakan antara pusat penyebaran Islam yang utama di rantau Nusantara. Justeru itu ianya memudahkan perkembangan Islam di Terengganu memandangkan Pasai pada ketika itu mempunyai hubungan yang begitu rapat dengan kerajaan di negeri-negeri Melayu di Pantai Timur. Selain menjadi pusat penyebaran Islam, Pasai dipercayai turut berfungsi sebagai sebuah pelabuhan yang penting. Pelabuhan di Pasai turut didakwa menjadi tumpuan bagi pedagang-pedagang Islam.

Selain pelabuhan di Pasai, Kuala Berang juga menjadi pusat perniagaan yang penting selain dijadikan sebagai pusat pemerintahan kerajaan Terengganu. Kuala Berang pada ketika itu banyak menawarkan pelbagai barangan yang boleh diperniagakan seperti emas, perak, hasil hutan dan juga binatang ternakan. Hubungan perdagangan yang wujud antara kedua-dua kerajaan ini turut menjadi faktor kedatangan Islam di Terengganu. Selain itu, terdapat juga dakwaan yang mencatatkan

Sayyid Muhammad Naguib Al-Attas (1970: 22) menetapkan bahawa tarikh kedatangan Islam ke Terengganu pada hari Jumaat iaitu 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan 22 Februari 1303 Masihi.

bahawa penyebaran Islam ke Terengganu adalah berpunca daripada peralihan tumpuan perdagangan oleh pedagang Arab dan Parsi dari China 8 ke Asia Tenggara.

Peralihan tumpuan perdagangan tersebut telah memberi impak kepada negeri- negeri yang didiami mereka. Selain berdagang, pedagang dari Arab dan Parsi juga merupakan pendakwah. Hujah tersebut diperkukuhkan bilamana kedatangan pedagang-pedagang dari Arab dan Parsi turut disertai oleh ulama-ulama. Syarif Muhammad al-Baghdadi merupakan antara ulama terawal yang tiba di Terengganu iaitu seawal kurun ke-17 dan menetap di Hulu Terengganu. Selain berdakwah, Syarif Muhammad al-Baghdadi turut menjalankan aktiviti perdagangan (Wan Zulkifli & Azizi, 2011: 449).

Hujah di atas turut disokong oleh Muhammad Abu Bakar (1991: 4) yang berpandangan bahawa golongan ulama banyak memainkan peranan yang begitu signifikan dalam menyebarluaskan lagi ilmu agama menerusi pembinaan institusi pengajian pondok di Terengganu. Golongan ini dipercayai bertanggungjawab mengembangkan ilmu agama kepada masyarakat dan juga menjadi sumber rujukan kepada pemerintah di Terengganu pada ketika itu. Tok Ku Paloh semasa hayatnya sekitar tahun 1817-1917 merupakan antara tokoh ulama yang memainkan peranan penting pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Beliau merupakan anak kepada seorang tokoh ulama yang tersohor di Terengganu pada ketika itu iaitu Tok Ku Tuan Besar (Muhammad Abu Bakar, 1991: 4-5).

Berdasarkan ilmu agama dan ketokohan, golongan ulama turut dilantik sebagai mufti dan pakar rujuk kepada tiga orang sultan Terengganu iaitu Sultan Omar, Sultan Ahmad Shah II dan Sultan Zainal Abidin III. Antaranya ialah Haji Wan Abdullah yang lebih terkenal dengan gelaran Tok Syeikh Duyung. Perkembangan dakwah Islam di negeri Terengganu pada ketika itu juga turut berjaya menarik kedatangan tokoh-tokoh ulama daripada luar Terengganu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Kehadiran ramai tokoh-tokoh ulama ke Terengganu menyaksikan perkembangan ilmu

Peralihan perdagangan oleh pedagang Arab dan Parsi ke Asia Tenggara adalah disebabkan oleh berlakunya pemberontakan Huang Ch‟ao di Canton pada tahun 878 Masihi. Lihat Wan Zulkifli & Azizi (2011: 449).

berlaku dengan ketara sekali khususnya di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin

III (1881-1919). Antara tokoh ulama yang berhijrah ke Terengganu ialah Haji Mat Shafei Losong (1862-1945). Beliau merupakan seorang tokoh ulama yang bermazhab Sh afi‟i dan mempunyai latar belakang keluarga dari keturunan ulama yang tersohor iaitu Syeikh Ahmad Zabidi al-Yamani dari Hadramaut. Pada pertengahan abad ke-20 Terengganu turut menerima beberapa lagi kehadiran tokoh ulama daripada luar seperti Syeikh Hasan Yamani (1940-1952) dan Syeikh Yusuf Ali al-Zawawi (1952- 1975) yang pernah menjawat jawatan sebagai mufti negeri Terengganu (Wan Zulkifli & Azizi, 2011: 452).

Pada era Sultan Zainal Abidin III juga munculnya banyak institusi-institusi pengajian agama di Terengganu antaranya Pondok Pengajian Tok Kali, Pondok Haji Abdul Hamid, Pondok Haji Mat Shafei dan juga Pondok Haji Zainal Abidin. Kebanyakan teks syarahan yang digunakan di institusi pondok berkenaan dikatakan diajar menggunakan kitab-kitab dari tokoh-tokoh ulama di Tanah Melayu dan juga ulama dari luar Tanah Melayu seperti Pattani, Mekah dan juga India. Perkembangan

dakwah Islam daripada tokoh ulama yang kebanyakannya bermazhab Shafi‟i di Terengganu juga mempengaruhi penggubalan undang-undang di negeri tersebut. Kitab-kitab fiqh perundangan Islam y ang beraliran mazhab Shafi‟i umpamanya kitab Minhaj al-Talibin, Nihayah al-Muhtaj dan Mughni al-Muhtaj serta al-Umm kemudiannya telah dijadikan sebagai asas utama dan teks perundangan negeri Terengganu. Pandangan berkenaan turut disokong oleh Allen (1968: 29).

Golongan ulama banyak mempengaruhi pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dari sudut perundangan. Hukuman yang dijatuhkan oleh baginda adalah berdasarkan kepada al-Quran. Hal ini membuktikan pemerintahan negeri Terengganu telahpun menggunapakai sistem perundangan Islam. Pemerintahan pada ketika itu menjadikan golongan ulama sebagai tempat rujukan mendapatkan nasihat dalam pentadbiran

negeri (Izziah Suryani, 2011: 225-230). 9

Sultan Zainal Abidin III merupakan Sultan Terengganu yang ketiga. Baginda mempunyai keperibadian

dilihat menerusi kecenderungannya dalam mendalami ilmu agama serta mengamalkannya secara rigid. Hal ini membuatkan baginda sama sekali berbeza dengan sultan-sultan Melayu yang lainnya. Pihak British turut mengakui akan kewibawaan baginda. Pihak British mengakui bahawa baginda turut mempunyai fikiran yang terbuka. Dasar-dasar yang diamalkan dalam pemerintahan baginda

yang sangat

tinggi. Keperibadian

baginda

dapat

menjadikan politik Terengganu stabil dan rakyat mampu hidup dalam keadaan yang harmoni dan makmur. Kestabilan politik Terengganu menyebabkan British tiada alasan untuk meletakkan paksaan terhadap baginda untuk meminta atau menerima campur tangan British seperti negeri- negeri Melayu lainnya. Lihat Izziah Suryani 2011: 225-230).

3.0 Terengganu Di Era Kolonial British

Terengganu merupakan negeri terakhir di Tanah Melayu yang menerima kehadiran Penasihat British. Penggubalan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu pada

24 November 1911 mendapat sokongan padu daripada ulama tempatan. Segala urusan pentadbiran kerajaan banyak dipengaruhi oleh nilai keislaman. Sultan turut mendapat nasihat daripada ulama untuk terus mempertahankan dan menjaga negeri dengan baik dan tidak diserahkan kepada kuasa Eropah. Hal ini menjadikan pengaruh British berkembang sedikit lewat khususnya dalam urusan pentadbiran berbanding negeri- negeri lain (Nik Haslinda, 2014: 48). Terengganu dikatakan bertahan daripada menerima Penasihat British sejak 1910 hingga Mei 1919. Kenyataan tersebut dibuktikan apabila lima sahaja wakil British berjaya ditempatkan di Terengganu. Wakil-wakil tersebut tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas pentadbiran negeri Terengganu. Oleh hal yang demikian, pentadbiran kerajaan Terengganu ditekan dengan pelbagai laporan negatif daripada wakil-wakil British berkaitan ketidakcekapan pentadbiran Kerajaan Terengganu. Atas tekanan tersebut British berjaya menempatkan Penasihatnya di Terengganu pada 24 Mei 1919.

Walaupun begitu, menurut pandangan Abdullah Zakaria (1991: 79-80), British didakwa menghadapi banyak kesulitan untuk menyebarkan pengaruhnya di Terengganu. Langkah British untuk mempengaruhi Terengganu supaya menerima perjanjian pada tahun 1902 di antara British dengan Siam untuk meletakkan Terengganu di bawah naungan Siam ternyata ditolak oleh Terengganu. Ini dibuktikan dengan kenyataan yang diutarakan oleh Ngah Muhammad iaitu setiausaha Sultan Zainal Abidin III yang memerintah dari tahun 1881 sehingga 1918 dengan menyatakan bahawa “...sesungguhnya telah nyata…Inggeris [British] sangat mencari- cari jalan akan memasuki dan mencampuri akan kita [Terengganu] supaya dapatlah padanya barang yang ada di dalam tangan kita” (Abdullah Zakaria, 1991: 79).

Daripada gambaran tersebut jelaslah bahawa usaha untuk mengambilalih Terengganu daripada naungan Siam tidak berjalan dengan lancar. Ini kerana keengganan Sultan Zainal Abidin III untuk mengiktiraf ketuanan Siam. Paksaan ke atas Terengganu untuk diserahkan kepada kuasa British tidak dapat dilakukan memandangkan tiada wakil Siam ditempatkan di Terengganu. Atas perkiraan itu

Terengganu telah mengambil peluang daripada kelemahan tersebut untuk menolak daripada menandatangani perjanjian dengan pihak British. Pihak British turut meragui ketuanan Siam ke atas Terengganu dan menganggap ketuanan Siam itu sesuatu yang kabur (Izziah, 2011: 226). British hanya berjaya menempatkan seorang ejen British bertaraf konsular bernama W.L. Conlay di Terengganu (Abu Bakar & Basri, 2013: 95-

104). Walaupun pelbagai usaha 10 telah dilakukan oleh Sultan Terengganu untuk menolak sebarang pengaruh dan campur tangan British bagaimanapun usaha tersebut

menemui kegagalan bilamana Sultan Zainal Abidin III dan para pembesarnya tidak lagi mampu menolak kehadiran pengaruh British. Hal ini dapat dibuktikan melalui catatan Haji Muhammad seperti:

“…Amatlah sukar kita [Terengganu] hendak bertolak dia [British] kerana konsol [Ejen/Wakil British] itu ialah dikatakan tali persahabatan dan damai di antara satu negeri sama lainnya dan dialah mengalir kebajikan di antara kedua-dua maka jikalau kita [Terengganu] tolakkan dia [British] jadilah kita memutuskan tali persahabatan dan menolakkan kebajikan daripadanya ” (Abdullah Zakaria, 1996: 10).

Daripada catatan tersebut dapatlah diterangkan bahawa kerajaan Terengganu menyedari bahawa pihak British dan Siam akan mengambil pelbagai langkah untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri Terengganu. Kerajaan Terengganu turut menjadikan peristiwa pengeboman Kuala Terengganu oleh kapal perang British di zaman pemerintahan Sultan Omar sebagai alasan untuk menerima seorang ejen British. Bagi mendesak Kerajaan Terengganu menerima ejennya, British turut mempamerkan kehebatan kapal perang mereka dalam lawatan wakil British ke Terengganu. Walaupun terpaksa menerima kehadiran seorang ejen British, Sultan Zainal Abidin III tetap tegas mempertahankan kemerdekaan Terengganu sehingga memaksa Sir John Anderson untuk bersetuju dengan draf perjanjian yang dirangka semula oleh baginda (Muhammad Yusoff, 1991: 850),

Sultan Zainal Abidin III bertindak mengemukakan bukti-bukti bahawa Terengganu sebagai sebuah negeri yang bebas daripada penjajahan kuasa Siam. Sultan Terengganu turut tidak bersetuju untuk menandatangani sebarang perjanjian yang boleh menyebabkan Terengganu jatuh di bawah penguasaan British. Menurut Baginda perjanjian tersebut adalah bertentangan dengan Perjanjian Burney 1826 yang jelas menyatakan bahawa negeri Terengganu sebenarnya adalah sebuah negeri merdeka dan berdaulat. Lihat Maxwell & Gibson, (1924: 323).

Tambah Muhammad Yusoff lagi, perjanjian itu telah memperakukan bahawa negeri Terengganu merupakan negeri Melayuiyah Islamiyah yang menjalankan kuasa pemerintahannya sendiri. Sultan Terengganu didakwa enggan menyerahkan kemerdekaan Terengganu kepada pihak British. Justeru itu, Terengganu menjadi negeri Melayu tunggal yang masih belum dikuasai sepenuhnya oleh British. Menurut

beberapa catatan 11 pihak British telah menghadapi kesukaran apabila terpaksa berhadapan dengan seorang pemerintah yang berwibawa seperti Sultan Zainal Abidin

III. Justeru, bagi mencapai maksud tersebut rombongan W.L. Conlay dan wakil daripada kerajaan Siam telah mengadakan pertemuan dengan Sultan Zainal Abidin III pada bulan Julai 1909 di Istana Maziah. Hasil perbincangan tersebut menyaksikan Sultan Zainal Abidin III telah menolak langkah kerajaan Siam untuk menyerahkan Terengganu kepada British. Sultan Zainal Abidin III bersama pembesar negeri turut menolak untuk memberikan kerjasama kepada Hugh Clifford untuk memburu

pejuang-pejuang dari Pahang 12 semasa lawatannya ke Terengganu.

Bagaimanapun menurut Nik Haslinda (2014: 41-43), pergolakan politik di negeri-negeri Melayu khususnya di Pahang yang memperlihatkan campur tangan British sedikit sebanyak menggusarkan kerajaan Terengganu dalam mempertahankan kedaulatan negerinya. Dengan itu, Sultan Zainal Abidin III atas nasihat daripada pembesar-pembesar negeri telah merangka satu undang-undang bagi memantapkan sistem pemerintahan dan kedaulatan kerajaan. Satu undang-undang yang dikenali sebagai Itqan al- Muluk bi Ta’dil al-Suluk telah dilaksanakan.

“…Sesungguhnya telah disifatkan dan disebutkan dan ditetapkan selama-lamanya kerajaan Terengganu ini

kerajaan Islamiyah “Melayuiyah” ialah dikatakan agama negeri dan kerajaan maka tiadalah boleh sekali-kali

sebarang agama lain dijadi atau disebut agama negeri ” (Nik Haslinda, 2014: 44).

Sultan Zainal Abidin III menjelaskan bahawa penghantaran Bunga Emas oleh Kerajaan Terengganu kepada Kerajaan Siam adalah sebagai hadiah atau tanda persahabatan sahaja dan tidak bermaksud Negeri Terengganu berada di bawah penguasaan kuasa Siam. Hal ini dapat dibuktikan dengan kenyataan berikut “...to show his gratitude for the generosity of the Siamese. Lihat Maxwell, W.G., &

Gibson, W.S., (1924: 112).

12 Pejuang- pejuang dari Pahang seperti Dato‟ Bahaman Tok Gajah dan Mat Kilau telah bersembunyi di Terengganu. Sultan Zainal Abidin III telah memberikan perlindungan kepada pejuang-pejuang Pahang

tersebut. Lihat Abdullah Zakaria (1991: 80).

Berdasarkan intipati perlembagaan yang digubal pada tahun 1911 13 oleh Kerajaan Terengganu ini adalah jelas bertujuan untuk melindungi negeri Terengganu

daripada pengaruh dan penguasaan kuasa asing. Perlembagaan ini merupakan sebuah undang-undang bertulis yang tertinggi yang menjelaskan secara khas kuasa bagi penubuhan dua badan tertinggi di Terengganu iaitu Jemaah Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri. Perlembagaan bertulis Terengganu merupakan sebuah sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang berlandaskan Islam.

3.1 Sistem Perundangan Dan Kedaulatan Politik Melayu Terengganu

Kesukaran British untuk meluaskan pengaruh dan kuasanya di Terengganu adalah berpunca daripada kebijaksanaan Sultan untuk tidak mengiktiraf ketuanan Siam dan enggan menerima sebarang ketetapan yang terkandung dalam Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Atas kebijaksanaan pemerintahan Kerajaan Terengganu, British hanya berjaya meletakkan seorang ejen British yang mempunyai kuasa yang sangat terhad (Izziah, 2011: 225-230). Memandangkan sistem pemerintahan dan kedaulatan kerajaan mula digugat, Sultan Zainal Abidin III menggubal satu Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu bagi menghadapi tekanan daripada British. Undang- Undang tersebut bertujuan melindungi Terengganu daripada penguasaan pihak luar. Menurut undang-undang ini, sultan juga adalah tertakluk kepada peruntukan undang- undang dan hukum syarak. Sultan yang memerintah haruslah menepati sifat-sifatnya sebagai sultan dan tidak boleh mempunyai sifat keji yang menyalahi hukum agama. Berdasarkan peruntukan undang-undang ini, ia menetapkan bahawa setiap keputusan negeri hendaklah dilakukan secara kolektif melibatkan sultan dengan para pembesar- pembesar negeri.

Hal ini turut disedari oleh ejen British di Terengganu. Ejen-ejen British yang bertugas di Terengganu mendakwa bahawa Sultan Zainal Abidin III banyak dipengaruhi oleh pembesarnya dalam membuat sebarang keputusan. Baginda didakwa sukar untuk memutuskan sebarang keputusan secara bersendirian. Baginda dikatakan

Fasal ke-14 menekankan tegahan bagi pemerintah untuk tidak membuat perjanjian dengan kuasa asing bagi maksud melepaskan negeri dan urusan pentadbiran kerajaan kepada mana-mana kerajaan atau kuasa-kuasa bangsa Eropah dan juga kuasa-kuasa asing (Nik Haslinda, 2014: 45).

tidak akan memberikan pendapatnya apabila berseorangan dengan ejen British tanpa kehadiran pembesar-pembesar negeri. Berdasarkan pernyataan tersebut jelaslah bahawa baginda merupakan seorang sultan yang mempraktikan amalam syura dalam membuat sebarang keputusan berkaitan dengan pemerintahan negeri Terengganu (Izziah, 2011).

Nik Haslinda (2014: 43-54) menyatakan bahawa undang-undang Itqan al- Muluk yang digubal pada 2 November 1911 turut menggariskan beberapa tatacara dalam perlantikan pemerintah negeri dengan menetapkan bahawa sumber rujukan mestilah berpandukan kepada al-Quran. Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu ini digubal atas dua tujuan utama iaitu memelihara kedaulatan agama Islam serta menjamin kesejahteraan bagi negeri Terengganu. Melalui undang-undang Sultan Terengganu bertanggungjawab dalam mengekalkan status Melayuiyah dan Islamiyah negeri tersebut daripada pencerobohan kuasa luar khususnya British. Penggubalan undang-undang ini adalah selaras dengan situasi politik semasa ketika itu yang memperlihatkan kemaraan kuasa British untuk mencampuri urusan pemerintahan di negeri-negeri Melayu. Terengganu turut tidak terkecuali terdedah kepada ancaman ekoran kerelaan kuasa Belanda dan Siam yang memberikan kuasa monopoli kepada British untuk menjajah Tanah Melayu. Penggubalan undang-undang tersebut menjadi benteng kepada kedaulatan politik Terengganu daripada sebarang campur tangan kuasa asing. Dalam Fasal ke-14 Itqanul Muluk menyatakan bahawa:

“…Maka tiada lulus dan tiada sah sekali-kali raja membuat perjanjian atau ikhtiar melepas atau menyerahkan negeri dan kerajaannya atau sebahagian daripada kuasa kerajaan atau hukumnya itu kepada sebarang mana-mana kerajaan atau kepada kuasa-kuasa bangsa Eropah atau lain-lainnya. Maka jikalau raja cuba lalui larangan dan tegahan itu, nescaya disifatkanlah akan dia memecahkan amanah yang diletakkan atasnya, serta tiada sah perbuatan yang demikian itu ” (Nik Haslinda, 2014: 45).

Intipati daripada Fasal ke-14 undang-undang tersebut menyatakan bahawa sultan dan pembesar negeri turut menggalakan untuk menjalinkan persahabatan dengan negara lain khususnya kuasa British. Namun begitu kerajaan digesa supaya Intipati daripada Fasal ke-14 undang-undang tersebut menyatakan bahawa sultan dan pembesar negeri turut menggalakan untuk menjalinkan persahabatan dengan negara lain khususnya kuasa British. Namun begitu kerajaan digesa supaya

Kesan daripada Perjanjian Bangkok pada Mac 1909 meletakkan Terengganu di bawah penguasaan British. Perubahan ini menyaksikan Sir John Anderson yang merupakan Gabenor baru bagi Negeri-Negeri Selat datang ke Terengganu mengadakan perjanjian bagi menempatkan pegawai British. Pada tahun 1910 seorang ejen British bernama W.L. Conley di tempatkan di Terengganu setelah Sultan Zainal Abidin III menandatangani perjanjian dengan kerajaan British. Bagaimanapun perjanjian ini turut mengiktiraf Terengganu sebagai a self-governing Malay-Muhammadan State sepertimana yang tercatat dalam perjanjian tersebut seperti:

“…bahawa inilah surat perjanjian yang ditetapkan di dalam beberapa perkara yang berkenaan di antara Kerajaan yang Maha Besar Benua Inggeris dan Kerajaan Negeri Terengganu yang Islamiyah al-Melayuiyah yang berkerajaan sendiri ” (Nik Haslinda, 2014: 49).

Selepas kemangkatan Sultan Zainal Abidin III. Pemerintahan kerajaan negeri Terengganu telah diambil alih oleh putera sulung baginda iaitu Sultan Muhammad. Pemerintahan Sultan Muhammad gagal untuk menyekat campur tangan British dalam pentadbiran Terengganu. Baginda telah menandatangani perjanjian dengan pihak British pada tahun 1919. Perjanjian itu telah mengesahkan bahawa Terengganu bersedia untuk menerima seorang Penasihat British dan nasihatnya akan diminta untuk urusan pentadbiran kerajaan negeri kecuali dalam hal yang melibatkan urusan agama Islam (Nik Anuar, 2001: 25-42).

Perjanjian ini telah menjadikan negeri Terengganu sebagai negeri Melayu terakhir yang menerima Penasihat British. Meskipun pemerintahan Sultan Muhammad menerima Penasihat British, namun terdapat banyak perselisihan yang timbul antara baginda dengan Sir Arthur Young berhubung pendapatan baginda dan juga bidang Perjanjian ini telah menjadikan negeri Terengganu sebagai negeri Melayu terakhir yang menerima Penasihat British. Meskipun pemerintahan Sultan Muhammad menerima Penasihat British, namun terdapat banyak perselisihan yang timbul antara baginda dengan Sir Arthur Young berhubung pendapatan baginda dan juga bidang

3.2 Implementasi Undang-Undang British Di Terengganu

Kehadiran Penasihat British di Terengganu menjadikan monopoli kuasa politik di Terengganu mengalami transformasi daripada penguasaan Melayu kepada kuasa British. Transformasi politik di Terengganu ditunjukkan dengan pengenalan pelbagai perlaksanaan undang-undang tanah dan hutan. Bagi mengekang sebarang tindakan penentangan, istilah penderhakaan mula digunakan pihak British yang dipinjam daripada sistem politik feudal Melayu. Pengenalan dasar British di Terengganu tetap menerbitkan penentangan secara terbuka daripada masyarakat Melayu bermula pada tahun 1928. Hal tersebut menunjukkan bahawa masyarakat Melayu bijak mentafsir istilah penderhakaan yang digunakan oleh British adalah berbeza dengan istilah yang digunapakan oleh sultan dalam sistem politik feudal Melayu.

Abu Bakar (1986: 148) menjelaskan pengenalan pelbagai undang-undang khususnya yang berkaitan dengan urusan tanah telah melahirkan banyak kegusaran terutamanya di kalangan penduduk Terengganu yang tinggal di pedalaman. Antara undang-undang baru yang diperkenalkan ialah kawalan terhadap rakyat daripada menebang hutan dan membuka tanah. Setiap penduduk yang ingin membuka tanah mestilah mendapatkan permit terlebih dahulu daripada Pejabat Tanah dengan bayaran 50 sen setahun. Larangan juga dikuatkuasakan dengan tidak membenarkan penduduk membuka tanah dan mengeluarkan hasil hutan tanpa terlebih dahulu mengambil pas daripada British. Penduduk yang melanggar peraturan pentadbiran tanah akan dikenakan tindakan saman, denda dan juga hukuman penjara. Tindakan dan peraturan baru yang diperkenalkan oleh British itu ternyata berlawanan dengan hukum syarak.

Menurut hukum syarak, tanah adalah hak Allah bukannya milik negeri atau kerajaan secara mutlaknya. Kerajaan juga tidak berhak untuk mengenakan sebarang cukai ke atas tanah. Tanah dalam Islam terbahagi kepada lima jenis iaitu tanah Nubah, Mamluk Khas, Mamluk Am, Baitulmal dan Bumi Mawas. Tanah Nubah merupakan tanah yang dibuka, dibersihkan dan dikerjakan untuk tujuan mendapatkan hasil secara halal. Tanah Nubah kemudian bertukar menjadi Mamluk Khas iaitu menjadi milik orang yang mengusahakannya dan diwarisi secara generasi ke generasi. Sekiranya tanah tersebut tidak lagi diwarisi maka tanah tersebut bertukar menjadi Mamluk Amdan boleh diserahkan kepada baitulmal. Tanah tersebut boleh menjadi Bumi Mawas iaitu dimiliki oleh kerajaan apabila tanah tersebut tidak lagi dimiliki atau diwarisi oleh sesiapa. Hal berkenaan menjelaskan bahawa kerajaan tidak berhak menguasai tanah dengan mengenakan cukai yang menindas rakyat. Cukai yang dikenakan mestilah menurut sistem zakat Timah Hamzah, (1981: 73-74).

Tambahan pula undang-undang tersebut dilihat sangat membebankan penduduk yang selama ini bebas membuka tanah untuk didiami serta digunakan untuk tujuan menjalankan kegiatan pertanian dan mengeluarkan hasil hutan tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak kerajaan (Jomo, 1988). Rasa ketidakpuasan hati ini disemarakan lagi dengan gerakan penentangan yang diketuai oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Tokoh ulama ini menyatakan bahawa peraturan baru tersebut

adalah peraturan kafir. 14

Menurut Abu Bakar & Basri (2013: 98), selain memperkenalkan undang- undang tanah, British juga menubuhkan sebuah mahkamah awam bagi menggantikan fungsi mahkamah syariah. Mahkamah awam yang ditubuhkan oleh British mempunyai bidang kuasa yang luas meliputi jenayah dan sivil. Fungsi mahkamah syariah di Terengganu telah digantikan dengan mahkamah kadi. Mahkamah tersebut hanya meliputi bidang kuasa yang bersangkutan dengan kekeluargaan Islam dan adat Melayu sahaja. Kesalahan yang dibicarakan di mahkamah awam akan dikenakan hukuman berdasarkan undang-undang British dan atas nama sultan. Perkara tersebut bagi

British menetapkan sempadan tanah serta Surat Kuasa. Segala perkara yang berkaitan dengan urusan tanah di Kuala Berang adalah tertakluk di bawah undang-undang British. Tanah yang dibuka untuk tujuan petempatan penduduk samada kekal atau sementara juga mesti mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah. Timah Hamzah,( 1981: 64).

mengelakkan arahan berkenaan daripada diingkari. Sekiranya arahan tersebut diingkari, ia akan dianggap melakukan satu penderhakaan kepada kerajaan.

Hal ini jelas bertentangan dengan undang-undang Islam yang telah dilaksanakan di Terengganu sebelum British memperkenalkan dan melaksanakan undang-undangnya. Walau bagaimanapun sultan terpaksa akur dengan pengenalan undang-undang tersebut meskipun British mengenepikan sebahagian besar syariat Islam. Tindakan sultan dan juga pembesar negeri yang tunduk kepada undang-undang British adalah disebabkan oleh perjanjian yang telah dibuat melalui kerjasama dengan pihak British bagi menjamin kedudukan dan kepentingan diri masing-masing. Keadaan ini menyebabkan rakyat Terengganu bangkit menentang.

Menurut Roff (1974: 93), rakyat Terengganu tidak lagi menaruh harapan dan pergantunggan kepada sultan dan pembesar negeri berikutan kerjasama yang diberikan oleh sultan dan pembesar negeri kepada pihak British. Rakyat Terengganu melihat perlaksanaan undang-undang dan peraturan tersebut telah mengenepikan sebahagian besar syariat Islam. Mereka juga mendakwa sultan dan pembesar negeri sebagai orang neraka kerana sanggup diperalatkan oleh pihak British. Dengan itu, rakyat Terengganu telah mengambil keputusan untuk melancarkan penentangan yang dianggap sebagai jihad fi sabilillah yang menjadi kewajipan sepertimana yang dituntut dalam Islam. Bagi rakyat Terengganu, British merupakan musuh yang wajib ditentang. Perjuangan rakyat Terengganu mendapat sokongan daripada golongan ulama dan juga Sarekat Islam. Sarekat Islam merupakan sebuah pertubuhan politik yang telah ditubuhkan di Beserah, Pahang yang dipimpin oleh Haji Abdul Rahman Limbong dan dianggotai oleh orang-orang Pahang dan Terengganu bagi menentang penjajah yang menjajah negara Islam.

3.3 Gerakan Penentangan Pentadbiran British Di Terengganu

Abdul Qayyum & Mohd Roslan (2011: 11-17) mendakwa dalam gerakan penentangan di Terengganu pada tahun 1922, 1925 dan 1928, peranan agama dilihat begitu menonjol. Pada tahun 1922, sekumpulan penduduk telah membersihkan tanah dan mengambil hasil hutan tanpa terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran. Tindakan ini telah menyebabkan penduduk didakwa di mahkamah. Peristiwa yang hampir Abdul Qayyum & Mohd Roslan (2011: 11-17) mendakwa dalam gerakan penentangan di Terengganu pada tahun 1922, 1925 dan 1928, peranan agama dilihat begitu menonjol. Pada tahun 1922, sekumpulan penduduk telah membersihkan tanah dan mengambil hasil hutan tanpa terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran. Tindakan ini telah menyebabkan penduduk didakwa di mahkamah. Peristiwa yang hampir

Rahman Limbong. 15 Beliau telah menerangkan kepada penduduk bahawa tanah adalah hak Allah. Atas alasan itu kerajaan tidak seharusnya mengenakan sebarang bentuk

cukai terhadap rakyat untuk membuka tanah. Perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong juga dianggap sebagai perjuangan untuk membela kebajikan masyarakat desa. Masyarakat Melayu Terengganu pada ketika itu sangat bersemangat dengan perjuangan menentang British disebabkan oleh faktor agama, jihad dan cukai.

Pada tahun 1925 sekumpulan penduduk telah bertindak membersihkan tanah yang dipercayai milik Tengku Nik yang merupakan saudara kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah di Telemong. Surat kerahan untuk membersihkan tanah berkenaan telah ditulis oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Tindakan ini membuatkan rakyat lebih yakin dan berani untuk melawan perintah daripada kerajaan. Dikatakan tindakan penduduk di Telemong membersihkan tanah Tengku Nik bukan suatu tindakan memberontak kerana tiada berlaku sebarang pertempuran yang berlaku di antara penduduk dengan pihak kerajaan. Namun tindakan penduduk tersebut hanyalah berlawanan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan kolonial British kerana gagal mendapatkan pas daripada kerajaan. Menurut Timah Hamzah (1981: 120-125), perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong adalah berpaksikan kepada menegakkan kesucian agama serta menolak sebarang pengaruh barat yang boleh menjejaskan dan memusnahkan keimanan umat Islam keseluruhannya. Beliau juga turut menggunapakai semangat Pan Islamisme dalam perjuangannya. Semangat Pan

Islamisme 16 ini telah menambahkan keyakinan masyarakat Melayu di Terengganu

Haji Abdul Rahman bin Haji Abd. Hamid lebih dikenali dengan gelaran Haji Abdul Rahman Limbong. Gelaran ini diambil sempena nama sebuah kampung di Kemaman yang sentiasa dikunjungi oleh beliau. Haji Abdul Rahman Limbong merupakan anak tempatan Terengganu yang berketurunan Johor. Beliau dilahirkan di Kampung Jongok Tomg, Beladau Kolam di Kuala Terengganu pada tahun 1868 Masihi. Beliau banyak terlibat dalam mengetuai gerakan-gerakan menentang penjajah British dan kerajaan. Lihat Engku Ahmad Zaki, (2007: 56).

16 Semangat Pan Islamisme merupakan satu wadah pergerakan intelektual Islam yang berlaku di seluruh dunia. Semangat tersebut bertujuan menyemarakan pemahaman yang lebih progresif terhadap umat

Islam tentang kepentingan menentang penjajahan kuasa asing ke atas negara umat Islam. Semangat Pan Islamisme yang dipelopori oleh Al-Afghani bersama Muhammad Abduh di Mesir menerusi penerbitan Majalah Al-Manar sekitar tahun 1898 hingga tahun 1935 banyak menekankan kepada seruan penyatuan umat Islam untuk menentang penjajahan kuasa Barat. Intipati majalah tersebut kemudiannya bertukar Islam tentang kepentingan menentang penjajahan kuasa asing ke atas negara umat Islam. Semangat Pan Islamisme yang dipelopori oleh Al-Afghani bersama Muhammad Abduh di Mesir menerusi penerbitan Majalah Al-Manar sekitar tahun 1898 hingga tahun 1935 banyak menekankan kepada seruan penyatuan umat Islam untuk menentang penjajahan kuasa Barat. Intipati majalah tersebut kemudiannya bertukar

Kemunculan gerakan kebangkitan di Kuala Berang adalah rentetan daripada kerjasama yang diberikan oleh sultan dan pembesar negeri yang telah diresapi oleh pengaruh British. Hal tersebut meninggalkan kesan yang buruk kepada rakyat yang selama ini bernaung di bawah kekuasaan sultan dan undang-undang Islam. Dengan itu timbullah tanggapan bahawa British sebagai perosak kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat. Walau bagaimanapun gerakan penentangan yang diketuai oleh Haji Abdul Rahman Limbong telah dianggap sebagai penderhakaan kepada sultan. Walaupun sultan menganggap penentangan yang berlaku itu sebagai kekacauan yang telah menyentuh kehormatan baginda serta suatu bentuk penderhakaan rakyat kepada baginda. Namun dari pandangan rakyat pula tindakan tersebut bukanlah suatu penderhakaan sebaliknya merupakan satu penentangan kepada campur tangan British dalam urusan pentadbiran baginda. Pihak British menganggap kebangkitan yang dicetuskan oleh golongan ulama sangat bahaya sepertimana yang dinyatakan oleh J.L Humphreys:

“…The close parallel to the beginings of the Kelantan Rising of 1915 has been hoted by everyone here. But

Haji Drahman’s genuine sanctity and high character make him a more dangerous leader than a rustic brace

to To’ Janggut; and the religious feelings of the more zealous Trengganu Muhammadana both in town and country, are more easily roused …” (Timah Hamzah, 1981: 122).

Sementara itu Bastin & Benda (1972: 125) pula menyatakan bahawa perjuangan masyarakat Melayu di Ulu Terengganu yang radikal itu mungkin dikaitkan dengan semangat patriotism yang menjadi asas kepada semangat nasionalisme. Atas semangat tersebut orang Melayu telah berjaya disatupadukan tenaga dan moralnya dari berbagai daerah lain di Terengganu dan juga Ulu Kelantan yang turut menyokong

kepada perbincangan politik global yang menyentuh isu-isu semasa dihadapi umat Islam (Siti Nurul Izza & Ermy Azziaty, 2013: 35).

kebangkitan tersebut. Walau bagaimanapun gerakan tersebut disifatkan sebagai bercorak kedaerahan. Gerakan kebangkitan yang hampir serupa turut berlaku di Jawa seperti Gerakan Samin dan gerakan petani di Banten pada akhir abad ke-19 dan pemberontakan Saya San pada tahun 1930 yang diketuai oleh seorang bekas rahib Buddha di Burma.