Kaedah Konstruktivisme dalam sejarah dalam

Pendahuluan
Keberkesanan dan kejayaan pengajaran dan pembelajaran Sejarah bergantung bergantung
kepada kreativiti guru merancang, mengolah dan melaksanakan pendekatan ,kaedah,teknik
secara bersepadu dan sistematik.Guru perlulah merancang pengajaran dan pembelajaran
yan berpusatkan murid bagi menggalakkan penglibatan yang aktif agar menimbulkan
suasana pembelajaran yang menarik1. Di samping itu ,guru perlulah memberi fokus kepada
penerapan dan pengamalan berterusan tentang elemen kewarganegaraan dan nilai sivik.
Pengajaran Sejarah, memerlukan anjakan paradigma dalam menarik minat pelajar
menghayati mata pelajaran itu. Kaedah berkonsepkan pergantungan sepenuhnya terhadap
buku

teks,

kini

dianggap

sudah

tidak


berapa

sesuai

lagi2

Terdapat beberapa kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat pelajar terhadap
mata pelajaran sejarah. Kaedah merupakan alat pengajaran yang digunakan oleh guru
untuk mencapai objektif dan menjadikan corak pendidikan di dalam bilik darjah menjadi
lebih seronok dan berkesan.Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah
seperti berikut:
i)

Kaedah Kajian Kes
Kajian kes ialah kaedah penyelesaian masalah dalam bentuk deskriptif atau
penerangan.Kajian

kes

boleh


dijalankan

dalam

kalangan

murid

bagi

melaksanakan kurikulum mata pelajaran sejarah.Salah satu pedagogi penting
yang dapat dilaksanakan dalam menjalankan menjalankan kajian kes ialah inkuiri
.Kajian kes dapat meningkatkan kemahiran dan kebolehan murid

untuk

mengenal pasti permasalahan ,merancang,mengolah isi dan memberi rumusan
terhadap sesuatu permasalahan 3. Pengalaman menjalankan kajian kes dapat
menggalakkan penglibatan murid ,disamping memupuk sikap ingin tahu.Kajian

kes boleh dijalankan berdasarkan pelbagai aspek atau isu mengikut langkahlangkah yang berikut :
a) Kajian kes adalah berdasarkan cerita atau peristiwa bagi menjawab beberapa
persoalan yang menggunakan kemahiran menaakul ,di samping memberi
pendapat dan membuat rumusan serta menggalakkan penglibatan murid

1

2

3

Kemneterian Pendidikan Malaysia
Berita Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

dalam pengajaran dan pembelajaran .Kaedah ini dapat mengenal pasti inti
pati cerita atau peristiwa yang hendak dikaji.
b) Memahami pesoalan berdasarkan petikan cerita atau peristiwa yang
terkandung dalam kurikulum Sejarah.
c) Mengumpul maklumat melalui pelbagai kaedah berkaitan cerita atau peristiwa

tentang pperkara yang hendak di selesaikan .
d) Mengkaji maklumat yang telah dikumpul dengan cara menganalisis
,menaakul dan empati untuk menjelaskan masalah tersebut.
e) Membuat rumusan dan menyatakan pengajaran yang diperoleh daripada
maklumat yang telah dianalisis.

ii)

Kaedah Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir secara kritis
,kreatif dan inovasi.Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai
sesuatu idea secara munasabah dan bersifat evaluatif. Kemaahiaraan berfikir
secara kreatid daan inovasi pula merupakan kkebolehan untuk mencerna dan
menghasilkan idea asli dan dan bersift generatif.Idea baru terhasil melalui ilham
atau gabungan idea-idea yang ada.Kemahiran berfikir secara menaakul adalah
sebagai perangsang dalam membantu murid membuat pertimbangan secara
logik dan rasional.Strategi berfikir

pula merupakan proses berfikir yang lebih


tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatakan
beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif.Kesemua kemahiran yang
digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya
menuju ke arah membina dan memahami konsep ,membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.

iii)

Keadah Belajar Cara Belajar
Belajara cara belajar adalah suatu proses untuk membolehkan teknik belajar
sama ada bersama guru atau tanpa guru.Kaedah ini bertujuan untuk meyediakan
murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru, menggunakan pengetahuan
sedia

ada

,raka-rakan

dan


bahan

–bahan

lain

sebagai

sumber

pembelajaran.Kaedah ini membolehkan pelajar membuat refleksi

danmenilai

tahap pembelajaran sendiri serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran dalam situasi yang berlainan.

iv)

Kaedah Pembelajaran Masteri

Pembelajran

masteri merujuk kepada

pembelajaran bagi memastikan

suatu

kaedah pengajaran dan

murid menguasai

hasil pembelajaran yang

dihasratkan alam suatu un\it pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran yang seterusnya.Kaedah ini digunakan kerana murid mempunyai
kebolehan dan keperluan yang berbeza dalam pembelajaran.Kaedah ini
memerlukan pperuntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti.
v)


Kaedah Pembelajaran Akses Kendiri
Pembelajaran Akses Kemdiri ialah suatu kaedah yang membolehkan murid
belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran.Murid diberi
peluang memilih aktiviti,menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka
sendiri agar mereka bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran
mereka.Dalam program Pembelajaran Akses Kendiri, bahan pembelajaran direka
dan

diuruskan

supaya

murid

belajar

mengikut

minat


,keperluan,tahap

penguasaan dan gaya pembelajaran mereka.Murid juga boleh mengetahui
maklum balas pencapaian mereka kerana Pembelajaran Akses Kendiri
menyediakan pentaksiran kendiri.
vi)

Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBK)
Pembelajarn Luar Bilik Darjah adalah satu program atau aktiviti luar bilik darjah
yang terancang dan berstruktur.Aktiviti ini berpuatkan murid dan bertujuan
menyokong dan mengukuhkan perlksanaan kurikulum sekolah. Ia juga
merangkumi persekitaran

ppemebeajaran yang progresif .PLBK dapat

mengukuhkan kkefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dlam bilik
darjah.PLBK boleh dilaksanakan di luar bilik darjah bagi memberikan
pengalamanpembelajaran


dalam

situasi

yang

sebenar

,bermakna

dan

menyeronokkan.Sellain itu PLBK boleh mengembangkan kemahiran sosial dan
kerja berpasukan murid.

vii)

Pembelajaran Secara Konstektual
Pemebelajaran


secara

menggabungkan

isi

konstektual

kandungan

ialah

dengan

kaedah

pembelajaran

pengalaman

harian

yang

inndividu,

masyarakat dan persekitaran. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara
konkrit yang melibatkan aktiviti hands- on dan mond –on.
viii)

Pembelajaran Secara Kontruktivisme
Kontruktivisme adalah suatu kaedah pembelajaran yng menggalakkan murid
membina

sendiri

pengetahuan

dn

konsep

secara

akktif

berdasarkan

penegetahuan dan pengalaman sedia ada.Dalam proses ini, murid akan
meyesuaikan ilmu pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baharu.
ix)

Kaedah Pembelajaran Kajian Masa Depan
Pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan ialah satu kaedah pengajaran
seara saintifik untuk memikirkan tentang masa depan secara berkaedah dan
bermakna.Dalam megkaji masa depan, murid peprlu tahu perkara yang telah
berlaku (sejarah) dan pperkara yang sedang berlaku

(trend dan perubahan

terkini). Maklumat ini penting bagi membantu murid membuat

pertimbangan

terhadap kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan sebelum membuat
sesuatu keputusan. Kajian masa depqan bertujuan mendidik murid supaya
bersedia menghadapi cabaran dan perubahan di samping menyedari bahawa
masa depan pasti berubah.
x)

Kaedah Penggunaan Teknologi Maklumat
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan
pembelajaran bermaksud menggunakan TNK secara berfikrah,terancang,dan
bersesuaian dengan keperluan pembelajaran bagi meningkatkan kefahaman dan
penguasaan murid terhadap pelajaran.Ppenggunaan TMK juga memberi peluang
pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan bagi

meningkatkan motivasi diri, di samping membolehkan murid mengamalkan
pembelajaran kendiri.Penggunaan TMK boleh dilaksanakan secara tutorial
,penerokaan, aplikasi dan komunikasi.

Pengajaran Sejarah, memerlukan anjakan paradigma dalam menarik minat pelajar
menghayati mata pelajaran itu. Kaedah berkonsepkan pergantungan sepenuhnya terhadap
buku

teks,

kini

dianggap

sudah

tidak

berapa

sesuai

lagi.

Terdapat beberapa kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat pelajar terhadap
mata pelajaran sejarah Kaedah merupakan alat pengajaran yang digunakan oleh guru untuk
mencapai objektif dan menjadikan corak pendidikan di dalam bilik darjah menjadi lebih
seronok dan berkesan4
Sejarah bukanlah sesuatu yang asing pada masyarakat kita kerana negara kita juga
memiliki sejarahnya tersendiri.Unsur-unsur sivik yang telah diterapkan dalam mata pelajaran
Sejarah adalah supaya para pelajar dapat menghayatinya kepentingan sejarah. Matlamat
pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga
sebagai rakyat Malaysia5. Melalui penghayatan sejarah tanahair, pelajar-pelajar dapat
memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan keharmonian dan
semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dalam sebuah negara yang
mempunyai satu bahasa 6.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Sejarah, masalah mengingat fakta dan
menghuraikan fakta sememangnya merupakan satu perkara yang agak umum bagi pelajar,
khususnya bagi pelajar yang lemah dari segi akademik.Akan tetapi setelah diperhati dan
diperhalusi didapati masalah mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah ini berlaku
akibat dari beberapa faktor.Antaranya ialah disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak
berminat untuk membaca dan tidak berminat untuk ingin tahu, cara pelajar menghafal fakta
tanpa memahami konsep dan kronologi peristiwa yang berlaku dan sikap pelajar yang tidak
suka bertanya untuk faham.Selain itu, masalah ini wujud adalah disebabkan oleh pelajar
yang terlalu bergantung kepada ayat buku teks menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab

4

Kementerian Pendidikan Malaysia

5

Jurnal Pendidik dan Pendidikan

6

ebid

soalan apabila ayat tersebut diubah dan juga kebergantungan kepada fakta buku teks
semata-mata menyebabkan pelajar tepu dan rigid untuk berfikir7

Kaedah Konstruktivisme
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada
guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu
pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada
usaha pelajar itu sendiri dan pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan
pengalaman

yang

membentuk

struktur

kognitif

terhadap

persekitaran

mereka.

Konstruktivisme berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan
dinamik. Ia berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seorang individu 8. Justeru itu,
apa yang dilalui dalam kehidupan seorang merupakan himpunan kesemua pengalaman
yang dialami oleh manusia. Dalam proses ini, seseorang individu akan membina atau
‘konstruk’ ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang
lain.9
Pembinaan ilmu adalah satu proses semulajadi. Menurut penyokong konstruktivis, apabila
manusia berhadapan dengan sesuatu tidak diketahui, mereka ingin memahaminya. Naluri
mereka akan mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada supaya ia
menjadi satu informasi yang bermakna.10
Melalui refleksi,pelajar-pelajar akan membina makna bagi setiap fenomena di sekelilingnya.
Mereka akan menjana peraturan dan panduan mental sendiri agar memahami dunia
sekeliling. Dengan itu, pembelajaran mereka dipengaruhi oleh cara sesuatu topik
dipersembahkan oleh guru dan kualiti pengalaman yang ada pada para pelajar.
Prinsip-Prinsip Konstruktivisme

7

Junal Pendidkan Malaysia

8

Jurnal Pendidikan Malaysia

9

Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran

10

Jurnal Pendidik dan Pendidikan

Setiap murid yang menerima maklumat akan memproses secara kognitif untuk
mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semulajadi, pemikiran, sikap,
kepercayaan dan perasaannya sendiri.
Ahli konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda
tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina
melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran lampau dengan pembelajaran
terbaru yang berkaitan.

Ciri-Ciri Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran dari perspektif konstruktivisme dilihat sebagai suatu proses pelajar membina
makna secara aktif daripada pengalaman yang dilaluinya. Juga makna yang dibina itu
bersangkutan dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Ciri paling penting pembelajaran
konstruktivisme ialah pelajar-pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya. Guru-guru
mesti sedar tentang corak mental pelajar yang membantu mereka mengerti dunia dan
membuat

andaian-andaian

untuk

menyokong

pemikiran

mereka.

Dalam

teori

konstruktivisme, pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan maklumat di
mana jawapan betul diberikan oleh guru.
Justeru itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-isu yang berkait rapat dengan minat
dan naluri ingin tahu pelajar. Pemahaman sesuatu konsep harus dibuat secara menyeluruh
dan sebagai kaitan di antara bahagian-bahagian yang kecil dan pembelajaran berpusatkan
kepada pengusaan konsep-konsep asas

11

. Guru harus menunjukkan pertalian di antara

fakta-fakta dalam sesebuah konsep supaya pelajar dapat mengaitkannya dengan
pengetahuan sedia ada. Bagi membolehkan pelajar memahami pengajaran guru, maka
guru-guru perlu mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar dan membina kefahaman
berdasarkan pengetahuan sedia ada ini. Selain itu, guru juga harus mendorong proses
pembelajaran

pelajar

dengan

mengemukakan

soalan-soalan

terbuka

dan

sering

mengadakan perbincangan kumpulan di kalangan pelajar. Oleh itu dapat dirumuskan
bahawa pembelajaran secara konstruktivisme hanya berlaku dengan adanya penglibatan
aktif pelajar dan tahap pemahaman pelajar bergantung kepada pengetahuan sedia ada
mengenai konsep yang dipelajari.

11

Kementerian Pendidikan Malaysia

Implikasi Teori Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah
Prinsip yang paling penting adalah bahawa guru tidak memberikan pengetahuan kepada
murid. Sebaliknya murid-murid mesti membangunkan ilmu pengetahuan secara kendiri
dalam struktur mental mereka. Ini bermakna murid-murid harus berusaha sendiri dalam
aktiviti seperti berikut :
1. Pembinaan Ilmu Pengetahuan Kendiri
Pelajar-pelajar membina pengetahuan sendiri, iaitu membina makna daripada
pengalaman dan interaksi sosial serta persekitaran. Secara aktif, pelajar-pelajar membina
maklumat berasaskan pengalaman sedia ada dan apa yang telah dipelajari oleh mereka
sebelum proses ini adalah penting. Pengetahuan dibina secara aktif melalui proses saling
mempengaruhi di antara pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru, proses-proses
berterusan melibatkan penjanaan idea, pemeriksaannya dan kemudian penstrukturan
semula idea-idea tersebut. Pembinaan maklumat dibuat secara membanding maklumat
lama dan baru.Dalam pembelajaran Sejarah, pelajar perlu membaca dahulu tajuk yang akan
diajar sebelum sesi pembelajaran bermula supaya pelajar mudah memahami dan mengikuti
apa yang di ajar oleh guru.
Guru sebagai fasilitator menyediakan pelbagai bahan sokongan untuk
membantu pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran kendiri. Bahan bantu
pengajaran yang digunakan oleh guru harus menunjukkan perkaitan dengan
pengalaman

sedia

ada

pelajar.

Bahan-bahan

bantu

pengajaran

yang

dipersembahkan juga mesti menarik dan pelbagai untuk menarik minat pelajarpelajar agar mereka cepat menguasai ilmu baru. Pelajar-pelajar mengambil
kesempatan untuk menerapkan idea-idea baru berdasarkan pemahaman kendiri
daripada bahan-bahan bantu pengajaran.Contohnya penggunaan bahan bergambar
dan grafik seperti carta-carta, poster, slaid, video dan sebagainya.
Pelajar-pelajar hanya boleh membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
12

Berita Harian

12

. Mereka perlu menggunakan

minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-maklumat baru dengan
pengalaman sedia ada mereka dan untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini.
Pelajar-pelajar juga terlibat dalam proses metakognitif, iaitu operasi yang mengarah dan
mengawal kemahiran secara kognitif dalam minda mereka. Pada akhir sesi pengajaran,
mereka terlibat dalam proses-proses menilai dan menaksir pemikiran sendiri melalui refleksi
dan renungan.Sebagai contoh guru mengadakan sesi soal jawab di akhir pengajaran untuk
memastikan setiap pelajar mengikuti sesi pembelajaran tersebut dengan berkesan.
Pelajar-pelajar perlu merancang strategi pembelajaran yang berkesan untuk diri sendiri
serta membuat refleksi dan menilai tentang pembelajaran yang telah berlaku. Guru pula
perlu merancang dan menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran
berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar
untuk

mengendalikan

pembelajaran

kendiri

mereka.Contohnya

membuat

aktiviti

berkumpulan dan setiap kumpulan akan membentangkan tajuk yang diberi di hadapan
kelas.Secara tidak langsung ini menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
Kesimpulan
Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting. Hal ini demikian kerana pengajaran
sejarah mampu membentuk jiwa, akhlak, dan jati diri bangsa khususnya dalam memupuk
semangat patriotisme. Oleh itu,guru berperanan untuk menyediakan suasana pembelajaran
yang menarik dan harmonis dan menciptakan pengajaran yang berkesan bagi menarik
minat dan membantu pelajar-pelajar mempelajari Sejarah dengan mudah.Dengan
mengaplikasikan

Teori

Memprosesan

Maklumat

Gagne

dan

Teori

Pembelajaran

Konstruktivisme di dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah,masalah sukar mengingati
fakta-fakta dalam mata pelajaran Sejarah dapat diatasi. Berdasarkan Model Pemprosesan
Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa
proses pembelajaran

13

. Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan

lupaan serta pemindahan. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses
maklumat .Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek.Kemudian diproses
sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang.Kombinasi pengetahuan (maklumat yang
diproses) & kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif
atau kemahiran yang berkaitan secara tidak langsung akan membantu meningkat daya
ingatan pelajar dan memudahkan pelajar mempelajari Sejarah. Kaedah Pembelajaran
Konstruktivisme pula adalah strategi pengajaran memusatkan murid dan guru bertindak
sebagai fasilitator dalam pengurusan aktiviti pengajaran danpembelajaran.Guru perlu
13

Jurnal Pendidikan

menggalakkan pelajar belajar secara pembelajaran koperatif yang memerlukan penglibatan
pelajar secara aktif untuk berdikari dan membina pengetahuan sendiri. Dengan
mengaplikasikan pembelajaran secara koperatif dalam pengajaran Sejarah, pelajar akan
bekerjsama

dalam

kumpulan

kecil

dan

menyelesaikan

tugasan

yang

diberikan.

pembelajaran secara berkumpulan akan membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan
belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama. Melalui pembelajaran ini,
pelajar perlu mencari maklumat yang diperlukan, berbincang dengan rakan untuk membina
pengetahuan yang baru dan mengolahkannya sendiri untuk menjana pengetahuan dan
menjadikannya pembelajaran itu lebih bermakna dan kekal. Dengan mengaplikasikan
kedua-dua teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar
dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik
mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.

Kaedah Simulasi
Menurut Ang Huat Bin (2011) simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat
berkesan.Penggunaan kaedah simulasi membolehkan guru mencapai objektif
pembelajaran dari segi konsep ,isi kandungan,,kemahiran dan sikap.Kaedah simulasi
juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti.
Simulasi yang berasal dari perkataan simulate bermaksud berpura-pura atau
perbuatan seolah-olah.
Menurut Mok Song Sang (2004) pula, Simulasi adalah juga suatu situasi
pembelajaran yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi
sebenar.Tujuannya adalah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan
masalah.
Menurut Noraini Ishak dalam tulisan beliau bertajuk”Teori-teori Yang Boleh Diguna
Atau Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” bertarik 5 Disember 2009, menyatakan
bahawa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi
adalah satu gambaran absrtak tentang situasi sebenar yang memerlukan pelajar
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk
menyelesaikan masalah atau isu-isu berkaitan.ia juga merupakan satu situasi yang
diwujudkan untuk meyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan
masalah-masalah yang benar-benar wujud atau meyediakan situasi –situasi yang
benar-benar wujud dalam keadaan terkawal.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah , kaedah simulasi
digunakan untuk membolehkan pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam
keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara
penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, di mana masalah yang
ditimbulkan itu melibtkan satu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwaperistiwa yang berlaku di alam sekitar.

Terdapat beberapa jenis simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran
di dalam bilik darjah.Antaranya Antaranya ialah lakonan atau drama,sosio
drama,perbahasan,simulasi segera dan permainan . Melalui lakonan,pelajar
melakonkan watak yang diberikan oleh guru sama ada berskrip atau tanpa skrip
Menurut Mok Soon Sang (2004) sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan

yang menarik , ianya adalah berdasarkan suatu situasi atau isu berkonflik ,
mempunyai perwatakan yang menentang sosial .Oleh kerana sosiodrama adalah
merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap.Kebiasaannya
skrip lakonan akan disediakan lebih awal agar ianya dapat difahami,dibaca dan
membuat persediaan oleh pelajar yang dipilih untuk melakonkan sesuatu watak yang
diberikan oleh guru.

Main peranan pula merupakan satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan
pelajar tanpa menggunakan skrip .Ianya merupakan lakonan yang berdasarkan
kepada satu masalah yang timbul pada ketika itu.Biasanya di dalam aktiviti main
peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka
melakonkan situasi yang dibayangkan secara spontan.Contohnya dalam mata
peljaran sejarah murid diminta melakonkan cara kehidupan masyarakat zaman
neolitik.
Aktiviti main peranan bermula daripada satu situasi yang direka atau ditimbulkan oleh
guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini ,kebiasaannya penerangan
yang rigkas tentang objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini
akan dihuraikan oleh guru.Setelah menerangkan secara ringkas barullah pemilhan
pelakon dilakukan.Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan lakonan secara
spontan , maka masa yang diberikan adalah pendek iaitu sekitar 5 hingga 7 minit
sahaja.
Bagi memastikan keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam bilik darjah
terdapat beberapa prnsip yang perlu dipatuhi.Antaranya ialah guru hendaklah
merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkan nya secara bertulis atau lisan
di dalam kelas.
Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan yang rigkas tentang
masalah,peranan watak - watak, dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah
diberikan.
Pelajar –pelajar yang dipilih telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon .Ia
bertujuan bagi memastikan aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar .
Bagi sosiodrama,skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada pelajar
yang telah dipilih terlebih dahulu.
Semasa sesi simulasi , pastikan pelajar yang menjadi penonton benar-benar
memberikan perhatian dan tumpuan terhadap aktiviti lakonan itu.Selepas sesi
simulasi pula guru hendaklah meminta mereka memberikan pandangan tentang

cara penyelesaian maslah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.Menurut Mok
Soon Sang (2004) suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara guru
dan murid pada akhir waktu pelajaran.

TUJUAN KAEDAH SIMULASI
Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan
konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang
diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan,
diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah
diselesaikan.Kaedah ini melibatkan pelajar- pelajar melakonkan sesuatu perkara dalam
suuatu suasana yang terancang.

Dalam kaedah ini, guru mempunyai beberapa

tanggungjawab, antaranya:


memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat atau pandangan yang
berlawanan.



memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam simulasi.



mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau isu berkenaan.



menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi. Langkah-langkah
ini termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang dimainkan, serta
peraturan yang mempengaruhi tindakan murid tersebut.

Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan individu atau
pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru.
Dalam teknik perbahasan pula pemidato memegang peranan sebagai tokoh sejarah yang
membahaskan sesuatu isu sejarah .Contohnya: seorang pelajar menerangkan apa yang
dialami oleh Parameswara ketika diserang oleh Temasik dan mengapa Melaka dipilih untuk
dijadikan kerajaan baharu.
Pelaksanaan

kaedah simulasi segera pula memerlukan guru memberikan penerangan

tentang sesuatu tajuk dan meminta pelajar memegang suatu peranan dan menggambarkan
bagaimana peristiwa itu berlaku.Contoh : jika anda ialah tokoh x apakah yang akan anda
lakukan? Bagaimana riaksi anda terhadap..............

KELEBIHAN KAEDAH SIMULASI
Setiap aktiviti yang dirancang dan diplih sebagai suatu kaedah

dalam pengajaran dan

pembelajaran pasti mempunyai kelebihan dan kelemahannya.Begitu juga dengan
penggunaan teknik atau kaedah simulasi.

Simulasi bertujuan untuk membina pemikiran analitis dan kritis : semasa menjalankan aktiviti
lakonan ,murid-murid harus berfikir

dan menyusun ideanya secara teratur untuk

menggambarkan cara penyelesaian yang dilakukan.Simulasi juga bertujuan untuk membina
sikap positif

di mana melalui

simulasi yang dilakonkan , konflik sosial dapat

diselesaikan.Sikap atau tingkah laku yang negatif dapat diubah dan sikap positif akan dapat
dipupuk dan dibentuk.Melalui kaedah simulasi juga dapat melatih pelajar bertutur dengan
menggunakan sebutan yang tepat.
Simulasi juga bertujuan untuk mengaitkan iisi pelajaran dengan aspek afektif di mana
melalui aktiviti lakonan berdasarkan pelajarn sejarah ,murid –murid dapat menghayati nilainilai patriotisme atau sikap cintakan negara.
Tujuan simulasi yang seterusnya ialah untuk membawa situasi yang sbenar ke dalam bilik
darjah mislanya

untuk menjelaskan konsep demokrasi murid-murid boleh melakonkan

watak sebagai pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.
Kaedah simulasi membolehkan guru mempelbagaikan aktiviti dalam proses pengajran an
pembelajaran.Menurut Mok Soon Sang (2004)simulasi merupakan suatu teknik mengajar
tambahan yang

boleh membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran pembelajaran

dengan berkesan.
Kelebihan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi
peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi
bermasalah yang telah guru wujudkan.Di sini dapat dilihat potensi murid dalam meramal dan
menaakul tentang sesuatu situasi masalah sama ada dapat diselesaikan atau tidak. Di
samping itu murid dapat mempertingkat kemahiran pertuturan mereka.Pengajaran guru
yang meyeronokkan dapat memberikan kesan yang lebih baik terhadap penerimaan ilmu
oleh pelajar.Oleh sebab itu ,aktiviti simulasi yang dijalankan dapat menarik dan mendorong
minat murid untuk meneruskan pelajaran.
Kelebihan kaedah ini juga memberikan ruang kepada murid bergaul dan berkomunikasi
dengan rakan-rakan.Ianya dapat menjalinkan satu hubungan sosial serta mendidik cara
pergaulan yang sopan dengan menerapkan nilai-nilai yang baik atau murni.Dengan kaedah
simulasi , banyak situasi luar bilik darjah dapat ditunjukkan di dalam bilik darjah.Contohnya
peristiwa pengistiharan kemerdekaan.
Kaedah simulasi juga dapat menberikan kesan yang kuat kepada daya ingatan
pelajar.Pelajar dapat mengingati sesuatu peristiwa atau fakta berdasarkan pengalaman
yang mereka lakukan atau lakonkan sendiri .