Alternatif Strategi Pengajaran Guru Bagi

1

Kombinasi Penggunaan Analogi, Ayat-Ayat Al-Quran Dan ICT Sebagai Strategi
Pengajaran Guru Sains bagi Menerapkan Kemahiran Berfikir Murid
1

KhairulHasni Abdul Kadir, 2Norazah Mohd Nordin, 3 Zanaton Iksan dan
4
Norhapizah Mohd Burhan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,
Selangor, Malaysia

1

Tel: +6012-3531605 e-mail: khairulhasni@siswa.ukm.edu.my, 2Tel: +6019-3328704
E-mail: drnmn@ukm.my, 3 Tel: +6019-6004627 e-mail: zanaton.iksan@ukm.edu.my,
4
Tel: +6016-3335484 e-mail: nrizahuia_04@yahoo.com.my

Abstrak
Pendidikan dalam bidang sains di abad ke 21 menekankan kemahiran berfikir secara kreatif

dan kritis bagi membantu mereka memahami konsep sains, menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan dalam kehidupan seharian. Menyedari kepentingan perkembangan
kognitif ini, program peringkat antarabangsa iaitu TIMSS (Trends in Mathematics and
Science Study) ditubuhkan bagi mentaksir penguasaan kemahiran kognitif pelajar dalam
tempoh empat tahun sekali. Namun begitu, penguasaan kemahiran kognitif subjek sains bagi
murid Malaysia menunjukkan penurunan yang ketara dalam pentaksiran antarabangsa,
sekaligus menunjukkan tahap kemahiran berfikir murid berada di bawah pencapaian purata
antarabangsa. malah, mereka juga kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan
dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik. Rentetan itu, kajian yang dijalankan oleh
para penyelidik lepas mendapati beberapa faktor telah dikenalpasti menjadi penyumbang
kepada permasalahan ini. Antara faktor-faktor tersebut ialah, guru-guru sains kurang
memberi perhatian terhadap aktiviti-aktiviti ke arah penerapan kemahiran berfikir murid,
malah teknik penyoalan pula lebih menjurus kepada soalan aras rendah seperti menguji
pengetahuan murid. Selain daripada itu, kaedah konvensional yang berpusatkan guru masih
diamalkan semasa proses pdp sains menyebabkan murid tidak berpeluang menyumbang dan
menjana idea masing-masing. Justeru, kertas konsep ini akan membincangkan serta
menjelaskan bagaimana kombinasi penggunaan analogi, ayat-ayat Al-Quran dan teknologi
ICT sebagai satu strategi pengajaran bagi membantu guru menerapkan kemahiran berfikir
murid dalam pembelajaran sains.
Kata kunci: Analogi, Ayat Al-Quran, Teknologi ICT, Pendidikan Sains, Kemahiran Berfikir.


2
1.0 PENGENALAN
Pendekatan dan strategi yang digunakan guru dalam proses pdp (pdp) sains perlu
diberi perhatian agar domain kognitif murid iaitu mengetahui, memahami, mengaplikasi,
menganalisis dan mensintesis dapat ditingkatkan. Salah satu tujuan dari pendidikan
sains adalah untuk menjadikan pelajar mempelajari konsep-konsep secara bermakna bagi
mereka aplikasikan sebagai satu keperluan dalam kehidupan sehari-hari (BPK, 2011). Untuk
mencapai tahap pemikiran yang tinggi, murid perlu menguasai kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif yang diaplikasikan oleh guru dalam aktiviti pdp (Maria & Kamisah
2010), di mana aktiviti yang diberikan haruslah dapat merangsang pemikiran murid. Di
samping itu, kemahiran berfikir amat diperlukan bagi membentuk perkembangan kognitif
murid dari aspek persepsi, penyelesaian masalah, kemahiran sosial dan pencapaian motivasi
(Stapleton 2013). Maka, potensi individu akan dapat dikembangkan secara menyeluruh bagi
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara, iaitu mewujudkan insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERIS).
Namun begitu, penguasaan kemahiran kognitif bagi elemen memahami, mengaplikasi
dan menaakul pula masih di tahap yang rendah dan terhad (Insorn & Sanrach 2012). Ini
dapat dilihat daripada keputusan TIMSS iaitu satu program peringkat antarabangsa TIMSS
yang mentaksir penguasaan kemahiran kognitif pelajar di mana kebanyakan peserta

antarabangsa menunjukkan tahap penguasaan kemahiran mengingati lebih tinggi berbanding
aplikasi kemahiran saintifik (TIMSS 2011). Malah, skor pencapaian subjek Sains murid
Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 menunjukkan penurunan yang ketara dan
berada di bawah pencapaian purata antarabangsa (PPPM 2013-2035). Keadaan ini
menyebabkan sebahagian besar murid Malaysia kurang berupaya mengaplikasikan
pengetahuan dalam kehidupan seharian serta kurang menjana idea-idea asli mereka.

Skor subjek Sains Pelajar Malaysia - Gred 8
550
500

510

492

Skor

471

450


426

400
350
1998

2000

2002

2004

2006

2008

2010

2012


Rajah 1 : Skor pencapaian subjek sains murid Malaysia

3
2.0 STRATEGI PENGAJARAN SAINS
Strategi dan pendekatan yang digunakan dalam P&P sains sangat dititikberatkan kerana
murid perlu menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir untuk memahami konsep
dipelajari agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan iaitu menyelesaikan masalah
dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kurangnya
kemahiran berfikir di kalangan murid, namun begitu, kertas konsep ini akan membincangkan
dan menfokuskan kepada strategi pengajaran guru semasa melaksanakan pdp sains dalam
kelas. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
(JNJK) terhadap pengajaran subjek sains di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, didapati
penguasaan teknik penyoalan dan bentuk soalan yang digunakan oleh guru-guru masih
kurang berkesan untuk menerapkan pemikiran kreatif dan kritis murid. Selain daripada itu,
pengajaran guru pula lebih menekankan kepada penyampaian isi kandungan berbanding
penerapan kemahiran berfikir murid yang menyebabkan murid tidak dapat membina
pengetahuan (Mohd Ali 2003).
Ini dapat dilihat melalui kaedah pengajaran konvensional yang diamalkan oleh
majoriti guru sains kurang berkesan dalam meningkatkan kebolehan berfikir murid (Zainol

Budiman et al 2010) iaitu pengetahuan sedia ada murid tidak dikaitkan dengan konsep baru
yang dipelajari menjadikan proses kognitif seperti membuat penaakulan (analogical
reasoning) dan membuat kesimpulan tidak dapat dicapai (Marlina dan Shaharom 2010).
Laporan kebangsaan juga mendapati, penggunaan sumber pendidikan khususnya teknologi
seperti komputer, perisian dan LCD masih belum digunakan secara optimum oleh guru di
mana peratus skor penggunaannya adalah di antara 44.70% hingga 62.14% (Jemaah Nazir
KPM, 2011). Sehubungan itu, kombinasi penggunaan analogi, ayat-ayat Al-Quran dan
teknologi ICT dicadangkan sebagai satu strategi alternatif dalam pdp sains murid bagi
membantu guru-guru menerapkan kemahiran berfikir murid. Malah, pengintegrasian melebihi
satu strategi dapat menggalakkan keterlibatan murid dari pelbagai gaya pembelajaran agar
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis murid dapat ditingkatkan.
3.0 ANALOGI DALAM SAINS
Analogi ialah satu hubungan perbandingan di antara dua benda, istilah atau konsep
yang mempunyai ciri-ciri yang serupa atau sama (Gentner, 1983; Else et al 2008).
Penggunaan analogi telah lama dijadikan sebagai alat bagi menerangkan konsep sains, malah
para saintis juga menjadikan analogi sebagai asas untuk menjelaskan sesuatu konsep agar
lebih mudah difahami (Harrison & Treagust, 1993; Diki, 2013; Erökten & Gökharman,
2013). Analogi dalam pendidikan sains merujuk kepada perbandingan di antara dua benda
yang mempunyai ciri-ciri yang sama untuk menerangkan sesuatu konsep abstrak sains bagi
meningkatkan keupayaan penaakulan dan kemahiran berfikir murid (Harrison & Treagust

1993; Nessel & Graham 2007).
Para saintis dari negara Barat telah membuktikan bahawa analogi merupakan alat
yang sangat hebat bagi menerangkan sesuatu konsep sains yang sukar difahami dan dilihat
dengan mata kasar melalui kajian-kajian yang telah dijalankan oleh mereka. Kajian yang
telah dijalankan oleh Trey et al (2008) membuktikan penggunaan simulasi analogi telah
meningkatkan pemahaman pelajar (95%) berbanding pengajaran berasaskan teks (79%)
dalam topik Prinsip Le Chatelier (Kimia) dan konsep abstrak dalam Fizik oleh Aubusson
(2006). Kajian dalam pengajaran subjek Fizik pula mendapati penggunaan analogi dapat

4
meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap pelajaran fizik bagi tajuk ‘Direct Current’,
malah purata ujian pasca bagi sikap pelajar meningkat (min:lelaki=175.50;
perempuan=174.38) berbanding dengan purata ujian pra sikap pelajar (min:lelaki=187.38;
perempuan=184.14) (Çıbık & Yalçın, 2011). Pemahaman terhadap konsep sukar ini
menunjukkan tahap kemahiran berfikir murid juga meningkat kerana murid perlu berfikir
untuk memahami konsep tersebut terutamanya yang berbentuk abstrak. Rajah 2 menunjukkan
satu contoh bagaimana penggunaan analogi dalam subjek sains bagi konsep sel haiwan

Konsep atau prinsip yang diajar
(Contoh: Struktur sel)


Ciri perwakilan dibandingkan dengan ciri sasaran
Sasaran (target)
Perwakilan/analog (analog)
(Sel haiwan)
(Kilang)
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pintu masuk/keluar
Pusat kawalan
Mesin pengeluaran
Penyerahan dan penyimpanan dalaman
Pembungkusan dan penghantara keluar
Penjana kuasa


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Membran
Nukleus
Protein pembuat ribosom
Retikulum Endoplasma
Set Golgi
Mitokondria

Pemetaan antara analog dan sasaran bagi menerangkan konsep struktur sel haiwan

Rajah 2 : Contoh analogi sel haiwan
Huraian seterusnya adalah berkenaan bagaimana analogi atau perumpamaan dalam
Al-Quran boleh digunakan bagi menerapkan kemahiran berfikir murid untuk memahami
konsep-konsep dalam sains.

3.1 Analogi dalam Al-Quran
Al-Quran merupakan kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w, sejak
14 abad yang lalu sebagai panduan dan cara hidup seorang muslim. Kitab Al-Quran ini

5
banyak menggambarkan fenomena alam semesta sehingga merangsang akal untuk merenungi
kehebatan ciptaan Allah serta menjadi panduan manusia menerokai keajaiban dalam bidang
sains. Ayat-ayat dalam Al-Quran ini diolah dalam bentuk retorik, sistem yang berasaskan
nada dan melodi yang menarik didengari bagi membimbing akal manusia untuk mengenali
pencipta dan alam semesta (Yusuf al-Hajj Ahmad, 2010).
Penggunaan analogi boleh dilihat juga di dalam kitab Al-Quran, di mana Allah
menggunakan banyak perumpamaan bagi menggambarkan sesuatu konsep atau fenomena
yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kebanyakan penggunaan perumpamaan yang
terdapat dalam Al-Quran menyuruh manusia untuk berfikir tentang pelbagai kurnia Allah,
perintah dan larangan, jalan mengenal Allah serta segala sesuatu yang berkaitan dengan Allah
dan rasul-Nya (Syekh Abdul Aziz 2008). Malah, Allah berulang kali mengingatkan manusia
untuk mengkaji kejadian alam atau fenomena sains bagi mengenali hakikat kejadian alam dan
mengagungkan kebesaran Allah sebagai pencipta (Yazid 2011). Contoh perumpamaan dalam
ayat Al-Quran boleh dilihat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 265 yang bermaksud;
“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keredhaan

Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi
yang disiram oleh air hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika
hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai).
Dalam ayat ini Allah memberi perumpamaan perbandingan antara orang yang
berinfak (membelanjakan harta kerana Allah) dengan orang yang tidak mahu mengeluarkan
hartanya kepada Allah melalui analogi air hujan. Seterusnya dengan akal yang dikurniakan
Allah, kita dapat memahami ayat tersebut di mana Allah akan melipat gandakan pahala orang
yang membelanjakan hartanya di jalan Allah. Dalam hal ini perumpamaan ini berkaitan
dengan ilmu sains tabii yang perlu pemikiran dan kajian. Maka, manusia perlu mengkaji
elemen sains yang terdapat dalam ayat tersebut seperti kebun yang berada di tanah tinggi,
perbezaan hujan lebat dan hujan gerimis serta peranan air dalam kehidupan di atas muka
bumi.
Dari sudut konsep sains pula, air merupakan sumber utama bagi kehidupan, di mana
Allah menurunkan air ini dalam bentuk hujan bagi menumbuhkan tanam-tanaman, pokokpokok dan bunga-bungaan. Analogi air ini juga banyak digunakan dalam pembelajaran sains,
sebagai contoh dalam topik pengaliran elektrik. Elektron yang mengalir dalam sesuatu litar
tidak dapat dilihat dengan mata kasar, maka pengaliran air menjadi analogi bagi menerangkan
proses pengaliran elektrik (Glynn 1998). Rajah 3 menunjukkan adaptasi penggunaan ayat
Quran (pengaliran air) sebagai analogi bagi konsep sains (arus elektrik) dan tuntutan berfikir
melalui penyelidikan.

Perwakilan (analog)

Pemetaan (mapping)

Sasaran (target)

Melihat bagaimana arus
elektrik mengalir
Air mengalir

Arus elektrik

1 Hubungan analogikal
Kontekstual
(alam tabii)

Kemahiran berfikir

abstrak

6

Rajah 3 : Hubungan analogi dalam Al-Quran dan penggunaannya dalam ilmu sains
Teori Fourier menggunakan air terjun sebagai analogi bagi menerangkan pengaliran
haba iaitu dari suhu tinggi ke suhu rendah dengan pengaliran air terjun dari tempat tinggi
yang mengalir ke tempat rendah (Duit & Wilbers 2006). Kesinambungan daripada analogi
yang dipelopor oleh Fourier ini, saintis Ohm pula menggunakannya bagi membangunkan
teori pengaliran elektrik. Ini telah menunjukkan bahawa hanya dengan menggunakan analogi
air ciptaan Allah, manusia mampu untuk berfikir dengan lebih jauh sehingga terciptanya
formula-formula sains yang boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan
sebenar. Benarlah firman Allah dalam Surah As-Shaad, ayat 29 yang bermaksud:
“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya
mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang
mempunyai fikiran”.
Justeru, analogi berasaskan Al-Quran yang diterapkan dalam proses p&p sains dapat
menerapkan nilai-nilai murni seperti mensyukuri nikmat Allah dan menghargai alam sekitar
dengan mendalami sumber wahyu dalam konsep sains yang boleh diterokai. Menyedari
kepentingan analogi dalam pembelajaran sains, maka strategi pedagogi perlu dipertingkatkan
dalam usaha mengukuhkan pemahaman konsep sains pelajar. Guru juga perlu berusaha
mendalami Al-Quran serta mengkaji perumpamaan atau analogi yang boleh menghubungkan
proses sains dan kejadian alam sekitar dengan penciptaNya bagi membentuk akhlak .
5.0 TEKNOLOGI ICT
Penggunaan teknologi ICT seperti komputer dan internet semakin meluas
diaplikasikan dalam pendidikan, selari dengan arus perkembangan global dunia teknologi.
Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mensasarkan pembangunan ICT dalam
bidang pendidikan melalui Gelombang 1 (2013- 2015) dalam Pelan Tindakan Memanfaatkan
ICT iaitu dengan mempertingkatkan asas ICT. Pelan Strategik bagi Sekolah Bestari dan Dasar
ICT adalah antara yang telah dilaksanakan di mana ia bermatlamatkan untuk memanfaatkan
potensi ICT khususnya dalam bidang pendidikan bagi membantu murid meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi. Penggunaan ICT dalam pendidikan sains pula berupaya
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membolehkan pengetahuan dan kepakaran
dapat dipindahkan dan dikongsi bersama. Menurut Manjula (2012), penggunaan ICT dalam
pendidikan dapat menyediakan ruang murid untuk berfikir dan berkomunikasi secara kreatif
dan secara tidak langsung membantu mereka menjalani kehidupan serta berjaya dengan
kerjaya di dalam dunia pesat teknologi.
Salah satu kajian penggunaan multimedia yang telah dijalankan oleh Lee dan
Kamisah (2012), mendapati skor ujian pencapaian subjek kimia bagi topik Elektrokimia
meningkat berbanding dengan murid yang diajar menggunakan kaedah konvensional.
Seterusnya, kajian oleh Chang dan rakan-rakan (2010) pula dalam topik molekular subjek
kimia mendapati, model berasaskan komputer dinamik atau animasi dapat membantu murid
menggambarkan proses molekul satu fenomena kimia yang tidak dapat dilihat dengan mata

7
kasar. Melalui penggunaan elemen multimedia yang menarik beserta teks, grafik, visual,
audio dan video beserta analogi bergambar ini akan membantu murid memahami fenomena
sains semasa proses pdp berlangsung.
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan web atau e-learning adalah satu
perkembangan baru dalam dunia pendidikan, kesan daripada pembangunan pesat dalam
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Norazah et al 2012). Ia merupakan satu
pendekatan inovatif dalam pendidikan di mana pelbagai sumber bahan yang dikehendaki
boleh diperolehi dengan pantas dan merentasi sempadan. Sehubungan itu, kementerian telah
melancarkan program FrogVLE bermula tahun 2012, iaitu satu sistem pembelajaran yang
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Pembelajaran
berasaskan web juga dapat mewujudkan persekitaran konstruktivisme yang berpusatkan
murid serta interaktif, di mana murid dapat mengakses sendiri maklumat yang dikehendaki
dan menjelajah menggunakan pautan ke laman web lain. Tujuan utama penggunaannya
adalah untuk membantu mempelbagaikan kaedah pedagogi guru-guru serta meningkatkan
kemahiran guru dan murid terhadap penggunaan teknologi ICT.
Pengintegrasian teknologi ICT yang diaplikasikan dalam kajian ini menggunakan
kaedah flipped-classroom iaitu satu bentuk pembelajaran yang disesuaikan di mana murid
mempelajari dahulu topik tertentu di atas talian (on-line) samada di rumah atau di mana jua
ada akses internet. Kemudian, guru dan murid akan berbincang bersama dan menjalankan
aktiviti, tugasan atau penyelesaian masalah (www.wikipedia.org/wiki/Flipped_classroom).
Terdapat beberapa kelebihan penggunaan flipped-classroom dari aspek penjimatan masa
murid, penggunaan lebih berfungsi semasa pengajaran dalam kelas, dan mempunyai lebih
masa untuk menerangkan topik sukar dan memberi kesan positif kepada murid (Wei Zheng et
al, 2014). Namun, guru perlu bijak menggunakan teknologi ini mereka terlalu bergantung
kepada pelajar dalam membuat persediaan sebelum kelas bermula dan mengambil kira
kepada pelbagai latar belakang murid. Selain itu, dalam menyelusuri pengintegrasian
teknologi ICT dalam pendidikan haruslah berpaksikan etika tawhidik yang merujuk kepada
pinsip nas iaitu wahyu sebagai induk, di mana pemantauan manusia tidak diperlukan tetapi
terus merujuk kepada Allah sebagai pemantau (Mohd Nor Mamat, 2008). Etika ini adalah
berasaskan kepada pandangan etika universal yang dijadikan kod etika terhadap sahsiah guru
dan murid dalam aplikasi e-learning. Maka, gagasan prinsip etika yang bertunjangkan
keimanan, haruslah dilestarikan bersama matlamat kurikulum sains bagi mewujudkan sebuah
masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya maju dan dinamik ke arah bagi
membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi.
6.0 KOMBINASI ANALOGI, AYAT AL-QURAN DAN TEKNOLOGI ICT DALAM
BAHAN PENGAJARAN
Reka bentuk pengajaran merupakan satu latihan penyusunan media beserta kandungannya
bagi membantu murid-murid dan guru memindahkan ilmu dengan cara yang efektif (Dick &
Carey, 1990). Reka bentuk pengajaran yang berkesan pula dapat meningkatkan situasi yang
hamper sama antara persekitaran pembelajaran dengan keadaan sebenar (Branch 2009).
Sebelum membangunkan sebuah reka bentuk yang berkesan ini, pereka bentuk (guru) perlu
menentukan objektif pengajaran yang perlu dicapai secara keseluruhan dan memilih model
yang sesuai bagi mencapai matlamat diingini (Norazah Mohd Nordin t.th). Setelah memilih
model yang sesuai, teori-teori pembelajaran yang diaplikasikan dalam model tersebut
haruslah dapat memberikan implikasi dalam pdp murid dari pelbagai aspek yang

8
dikehendaki. Strategi pengajaran yang dibangunkan pula haruslah berasaskan teori-teori
pendidikan dan model pembelajaran bagi meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran
murid.
Kertas kajian ini membincangkan bagaimana model 5E, anaolgi dan ayat Al-Quran
digabungkan untuk membentuk satu bahan pengajaran dengan mengintegrasikan teknologi
ICT sebagai strategi pengajaran guru bagi menerapkan kemahiran berfikir murid. Penggunaan
model 5E sebagai model pengajaran dilihat sesuai dalam konteks pengajaran sains kerana
kerana ia mengutamakan kaedah inkuiri yang memerlukan kemahiran berfikir murid. Setiap
fasa 5E (penglibatan, penerokaan, penjelasan, penghuraian dan penilaian) mempunyai aktiviti
yang dilaksanakan oleh guru adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan aras kognitif bagi
meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep sains dipelajari (McHenry & Borger
2013).
Manakala elemen focus, tindakan dan refleksi dalam model anaolgi FAR (focus-actionreflection) diterapkan dalam model 5E bagi membantu murid membuat hubungkait konsep
baru dipelajari dengan pengalaman sedia ada mereka untuk membina konsep baru yang
difahami. Kombinasi kedua-dua model ini didapati amat sesuai kerana teori konstruktivisme
menekankan bahawa murid dapat memperolehi pengetahuan baru secara aktif apabila mereka
mampu menghubungkan konsep tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka (Fatma
& Muammer 2008). Rajah 3 menunjukkan elemen model analogi (fokus, tindakan dan
refleksi) diterapkan dalam model konstruktivisme 5E.

Rajah 3: Penerapan model analogi FAR dalam model konstruktivisme 5E
Penerapan kemahiran berfikir murid dalam bahan pengajaran ini dilaksanakan pada
setiap fasa 5E melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
murid seperti ditunjukkan dalam Rajah 5. Antara aktiviti kemahiran yang dicadangkan bagi

9
menerapkan kemahiran berfikir kritis ialah mencirikan, membanding membeza dan
menganalisis, manakala kemahiran berfikir kreatif ialah menghubung kait, menjana idea dan
menganalogikan. Selain itu, penyoalan juga dilakukan semasa proses pdp berlangsung bagi
mencungkil pengetahuan murid. Aktiviti memberi soalan-soalan terbuka yang mengikut aras
taksonomi Bloom dapat meningkatkan kemahiran berfikir kritis
murid (Hafizah
et al
2012). yang
Penggunaan
ayat-ayat
Al-Quran
berkaitan dengan konsep yang akan
dipelajari murid
Cth konsep:Arus elektrik
Analogi : Pengaliran air
Ayat Al-Quran tentang air:
Surah An-Nur (43), Jatsiyah (5), AlWaqiaah (68-70)

Kemahiran berfikir kritis dan kreatif
diterapkan melalui aktiviti penyoalan aras
rendah & aras sederhana

Kemahiran berfikir kritis diterapkan
dengan membuat perbandingan antara
anaolgi dengan konsep sains
penyoalan.
Guru menggunakan elemen
multimedia seperti gambar,
animasi, video yang berkaitan
dengan konsep dipelajari
Kemahiran berfikir kritis & kreatif
diterapkan melalui aktiviti penyoalan
aras sederhana
Pelajar diberi tugasan
individu/berkumpulan bagi
menghuraikan konsep dipelajari
melalui pembentangan (penerapan
kemahiran berfikir kritis aras tinggi)






Pelajar dapat membuat kesimpulan
atas apa yang telah dipelajari –
objektif tercapai
Pelajar mampu membina analogi
sendiri – kemahiran berfikir kreatif
aras tinggi diterapkan
Penggunaan ayat Al-Quran:
Membentuk akhlak murid
menghargai setiap ciptaan Allah

10

Rajah 4: Reka bentuk bahan pengajaran dalam Rancangan Pengajaran Harian guru
7.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kertas konsep ini bertujuan untuk menerangkan bagaimana
kombinasi analogi, penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan teknologi ICT boleh diintegrasikan
dalam bahan pengajaran sains sebagai satu strategi pengajaran guru untuk menerapkan
kemahiran berfikir kritis dan kreatif murid. Maka, melalui kombinasi ini, pendidikan sepadu
yang mengintegrasikan ilmu wahyu ayat-ayat Al-Quran dengan sains tabii dapat
dikembangkan untuk menghasilkan murid yang seimbang dari aspek pembangunan
keduniaan dan kerohanian berasaskan prinsip ilmu, iman dan amal (Tajul Ariffin & Nor’Aini
(2002). Menurut Tajul Ariffin Nordin (1990), pendidikan sains bukan sekadar melahirkan ahli
sains yang mempunyai kemahiran inkuiri serta memahami nilai-nilai sains, tetapi matlamat
yang paling utama ialah menghasilkan insan yang dapat memikul amanah Allah di atas muka
bumi ini secara bijaksana dan penuh ketakwaan. Ini pasti dapat melahirkan sebuah
masyarakat yang berakhlak, kekal utuh dan progresif serta mempunyai ketamadunan yang
dibanggakan.
Bagi merealisasikan tujuan tersebut, guru sebagai pemudahcara perlu berusaha
mendalami Al-Quran dengan meneroka dan memahami perumpamaan (analogi) yang
terdapat di dalam Al-Quran bagi menghubungkannya dengan proses-proses sains dan
kejadian alam sekitar. Melalui perumpamaan yang dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran,
secara tidak langsung memandu manusia memikirkan kejadian ciptaan Allah, memahami
perintah dan laranganNya serta mengenal Allah sebagai Pencipta dengan lebih dekat lagi
(Syeikh Abdul Aziz 2008). Tuntutan mendalami Al-Quran ini boleh dilihat dalam surah AShod ayat 29 yang bermaksud:
“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai
Muhammad), - Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami
dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna
beringat mengambil iktibar”
Selain itu, prinsip etika tawhidik yang diamalkan semasa menggunakan teknologi ICT
pasti dapat menerapkan kemahiran berfikir murid agar mereka bijak menilai serta membuat
keputusan berlandaskan keimanan. Justeru, kombinasi analogi, ayat Al-Quran dan teknologi
ICT ini diharapkan bukan sahaja dapat mendorong murid berfikir, namun apa yang lebih
penting ialah menggunakan akal fikiran anugerah Allah bagi tujuan kemaslahatan ummat
sejagat.

11

Rujukan
Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan, Rohana Hamzah & Muhammad
Sukri Saud. Pendidikan, Kurikulum Dan Masyarakat : Satu Integrasi. 2011. Journal
of Edupress 1(9):350-356.
Aubusson, P. 2006. "Can analogy help in Science education research?." Metaphor and
Analogy in Science Education. Springer Netherlands. 165-175.
Branch, R. M. 2009. Instructional Design:The ADDIE Approach. Springer.
Chang, H. Y., Quintana, C., Krajcik J.S. 2010. The Impact Of Designing And
Evaluating Molecular Animations On How Well Middle School Students Understand
The Particulate Nature Of Matter. Science Education 94:73–94.
Çıbık, A. S. dan Yalçın, N. 2011. The Effect Of Teaching The Direct Current Concept With
Analogy Technique To The Attitudes Of Science Education Students Toward Physics.
Procedia Social And Behavioral Sciences 15: 2647–2651.
Dick, W., & Carey,. 1990. The Systematic Design of Instruction. New York. Harper
Collins.
Diki, D. 2013. Creativity for Learning Biology in Higher Education. A Journal of
Transdisciplinary Writing & Research from Claremont Graduate University 3(1):112.
Duit R. dan Wilbers J. 2006. “Post-festum and Heuristic Analogies”.
Analogy
in Science Education. Springer Netherlands. 37-49.

Metaphor and

Else, M. J., Clement, J., Rea-ramirez, M. A. 2008. Chapter 12 Using Analogies in Science
Teaching and Curriculum Design : Some Guidelines 12 . Model Based Learning and
Instruction in Science, 215–231. Springer.
Erokten, S. dan Gokharman, H. K. 2013. The Effect of Analogy Method on the
Student Achievement in the Unit “The Structure and Properties of Matter”.
World Applied Science Journal 23(6):744-750.
Hafizah Husain, Siti Salasiah Mokri, Aini Hussain, Salina Abdul Samad dan Rosadah Abd
Majid. 2012. The Level of Critical and Analytical Thinking Skills among Electrical
and Electronics Engineering Students , UKM. Asian Social Science 8(12):80-87.

12

Harrison, A. G. and Treagust, D. F. 1993. Teaching With Analogies: A Case Study in Grade10 Optics. Journal of Research in Science Teaching 30(10):1291-1307.
Gentner, D. 1983. Structur Mapping: A Theoretical Framework for Analogy.
Cognitive Science 7(2):155-170.
Glynn, S. M. dan Takahashi, T. 1998. Learning from Analogy-Enhanced Science
Text. Journal of Research in Science Teaching 35(10): 1129-1149.
Insorn, P dan Sanrach, C. 2012. Design and Development of Adaptive Coaching
System to Enhance the Logical Thinking Model in Problem-Based Learning
European. Journal of Social Sciences 28(4):444-451.
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. t.th. Laporan Kebangsaan Mata Pelajaran Sains dan
Matematik Tahun 2011. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lee, T.T. dan Kamisah Osman. 2012. Interactive Multimedia Module in the Learning of
Electrochemistry: Effects on Students’ Understanding and Motivation. Procedia Social and Behavioral Sciences 46:1323-1327.
Manjula K A. 2012. ICT for Innovative Education. International Journal of
Computer Science & Engineering Technology (IJCSET) 3(12):586-587.
Maria Abdullah & Kamisah Osman. 2010. 21st Century Inventive Thinking Skills
Among Primary Students in Malaysia and Brunei. Procedia Social and
Behavioral Sciences 9:1646-1651.
Marlina Ali dan Shaharom Noordin. 2010. Hubungan Antara Kemahiran Berfikir Kritis
Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi, 52(5):45–55
McHencry, N. dan Borger, L. 2013. How Can Teacher-Directed Professional
Development Lead to The Identification, Utilization, Reflection on, And Revision of
5e Learning Progressions? Electronic Journal of Science Education 17(1):1-24.
Mohd. Ali Ibrahim dan Shaharom Noordin. 2003. Perbandingan Pencapaian Para
Pelajar dalam Pentaksiran Kerja Amali dengan Peperiksaan Bertulis. Buletin
Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor. Dlm. Marlina Ali dan Shaharom
Noordin. 2010. Hubungan Antara Kemahiran Berfikir Kritis Dengan Pencapaian
Akademik Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia. Jurnal Teknologi, 52(5):45–55
Mohd Nor Mamat. 2008. Dimensi Dunia ICT Islam. Menyelusuri Perspektif Etika dan
Sosial.
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Universiti Teknologi Mara. Shah Alam.
Nessel D. D. dan Graham J. M. 2007. Thinking Strategies For Student Achievement:
Improving Learning Across The Curriculum, k-12. Corwin Press. USA.

13
Norazah Mohd Nordin. t.th. Reka Bentuk Instruksi. Dlm. Mohamed Amin Embi (pnyt.).
Panduan Amalan Pengajaran & Pembelajaran Berkesan. Pusat Pembangunan
Akademik. UKM.
Norazah Mohd Nordin, Norainon Mohd Isa, Effandi Zakaria dan Mohamed Amin
Embi. 2012. Development and Evaluation ofWebquest for the Science Subject. The
International Journal of Learning 18(5):221-236.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2035 (Pendidikan Prasekolah
Hingga Lepas Menengah). 2013. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Stapleton, M. 2013. Steps to a “Properly Embodied” Cognitive Science. Cognitive Systems
Research 22-23:1-11
Syeikh Abdul Aziz Nashir Al-Jalil.
Publishing.
Jakarta.

2008.

Tidakkah Kalian Berpikir?.

Cakrawala

Sheikh Abdullah Basmeih. Mushaf Tajwid Beserta Terjemahan ke Dalam Bahasa Malaysia.
2006. Darul Fikir. Kuala Lumpur.
Tajul Ariffin Noordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. 2002. Pendidikan dan Pembangunan Manusia :
Pendekatan Bersepadu. Selangor: As-Syabab Media.
TIMSS 2011 Assessment. 2013. International Association for the Evaluation of
Educational Achievement (IEA). Publisher: TIMSS & PIRLS International Study
Center, Lynch School of Education, Boston College, Chestnut Hill, MA and
International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA), IEA
Secretariat, Amsterdam, the Netherlands.
Trey, L. & Khan, S. 2008. How Science Students Can Learn About Unobservable
Phenomena Using Computer-Based Analogies. Computers & Education 51:2:519529.
Türk, Fatma dan Çalik, Muammer. 2008. Using Different Conceptual Change Methods
Embedded Within 5E Model: A Sample Teaching of Endothermic – Exothermic
Reactions. Asia-Pacific Forum on Science Learning and Teaching 9(1):1-10.
Wei Zheng, Becker, T. and Xuedong Ding. 2014. The Effects of "Flipped Classroom"
Concept on the Effectiveness of Teaching. Proceedings of The 2014 ASEE North
Midwest Section Conference, October 16‐17, 2014, Iowa City, IA.
Yazid Abdul Manap.
Selangor.

2011.

Menerokai Kegemilangan Saintis Islami.

Karya Bestari.

Zainol Budiman, Lilia Halim, T. Subahan Mohd Meerah dan Kamisah Osman. 2010. Modul

14
Pengurusan Konflik Kognitif:Konsep dan Amalan. Dlm. Ahmad Fauzi Mohd Ayub &
Nurzatulshima Kamarudin (pnyt.). Isu Pengurusan, Pengajaran & Pembelajaran
dalam Pendidikan Sains. Universiti Putra Malaysia. Serdang.