Fikih Muamalat Dalam Institusi Kewangan
Islamic Economics and Finance Research Group,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi 43600, Selangor, Malaysia
Fax: 603-89215789
http://www.ukm.my/ekonis
E-mail: [email protected]
Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 0802
Fikih Muamalat Dalam Institusi Kewangan Modern
Sanep Ahmad1
School of Economics
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, 43600 Selangor D.E.
Malaysia
e-mail: [email protected]
1
Lecturer of islamic economics, School of Economics, Universiti Kebangsaan Malaysia.
2
Abstrak
Makalah ini cuba menunjukkan bahawa fikih muamalat sebagai satu cabang dalam
syariah Islam menyediakan berbagai kontrak yang boleh diaplikasikan dalam institusi
kewangan Islam sebagai alternatif kepada kaedah konvensional. Ternyata kontrak dalam
fikih muamalat amat praktikal untuk diaplikasikan dalam semua aspek transaksi
perniagaan sama ada didalam sektor perbankan, sektor bukan bank, pasaran modal atau
pun pasaran wang. Pengaplikasian didapati sesuai untuk tujuan deposit, pembiayaan,
perkhidmatan, pensekuritian dan pengumpulan dana modal. Ia hanya tidak boleh
diaplikasikan dalam pasaran wang derivatif iaitu futures, options dan swap. Walau
bagaimana pun terdapat perbezaan diantara pandangan ulama’ berkaitan penerimaan
sesetengah kontrak dalam produk perbankan, namun kemunculan berbagai produk yang
berbeza menunjukkan kerelevanan sistem kewangan Islam untuk dipraktikkan. Cabaran
utama berkaitan dengan produk kewangan Islam ialah tentang pengurusan risiko dan
pasaran globalisasi. Pembiayaan berasaskan ekuiti seperti mudharabah dan musyarakah
didapati mempunyai risiko pengurusan yang lebih tinggi dan kurang keupayaan bersaing.
Ini menjadi alasan mengapa pembiayaan berasaskan ekuiti kurang dilaksanakan.
Berhubung dengan persoalan globalisasi pula, pengaplikasian produk Islam didapati
kurang popular kerana sistem konvensional didapati masih terlalu dominan. Untuk
tujuan menghadapi masa depan yang lebih mencabar serta berdepan dengan zaman
globalisasi masyarakat dunia maka produk kewangan Islam perlu lebih kepada inovatif
dan lebih kompetitif.
Kata Kunci:
Fikih Muamalat, Kewangan Islam, Perbankan Islam, Pembiayaan Ekuiti.
3
1. Pengenalan
Urusan kewangan manusia masa kini banyak menggunakan kaedah
konvensional yang secara umumnya berdasarkan riba / kadar bunga. Urusan simpanan,
pinjaman, pembiayaan, jual beli kesemuanya melibatkan riba. Transaksi yang melibatkan
riba adalah dilarang kerana riba secara terang adalah diharamkan pengamalannya oleh
Islam. Islam memberi alternatif kepada riba. Banyak kontrak didalam Islam yang boleh
dipraktikkan dalam urusan transaksi yang bebas daripada riba.
Kontrak tersebut
merupakan persoalan utama yang dibincangkan dalam fikih muamalat.
Fikih muamalat adalah hukum atau perundangan perdagangan Islam. Ia merupakan salah
satu daripada cabang dalam perundangan syariah yang membincangkan persoalan tentang
kontrak, sama ada diterima atau tidak serta menjelaskan syarat kesahan mengenainya.
Persoalan tentang kontrak adalah persoalan yang tidak rigid sebagaimana ibadat khusus.
Ibadat khusus adalah tetap, syarat dan rukunnya jelas serta tidak terdapat ruang
perubahan kepadanya. Akan tetapi kontrak perdagangan berkait dengan urusan
perdagangan manusia yang sentiasa berubah, semakin kompleks dari masa kesemasa dan
melibatkan persoalan perdagangan yang semakin rumit. Oleh itu kontrak perdagangan
boleh berkembang dan berubah mengikut keperluan semasa manusia.
Urusan manusia dalam institusi ekonomi dan kewangan kini melibatkan bukan sahaja
urusa niaga yang kompleks tetapi juga melibatkan manusia secara global. Urusan
perniagaan kini melibatkan hubungan sesama Islam dan juga bukan Islam diseluruh
dunia. Keperluan manusia kini telah menjadi berbagai, melibatkan amoun yang besar,
serta memerlukan transaksi yang khusus. Pengaplikasian kontrak tradisional secara
mudah mungkin tidak lagi sesuai untuk memenuhi keperluan tersebut. Lantaran itu
manusia kini memerlukan kontrak yang khusus bersesuain dengan sifat urusniaga dan
kehendak kewangan manusia.
Keperluan ini menghendaki manusia masa kini
memikirkan bentuk kontrak yang lebih releven tetapi tetap bertepatan dengan dasar asal
ilmu fikih muamalat.
Namun demikian Islam sebagai agama yang luhur daripada Allah swt tentunya
mempunyai sifat yang universal serta lengkap dan boleh diaplikasikan dalam apa keadaan
sekalipun. Sehubungan itu fikih muamalat sebagai salah satu cabang syariah tentu juga
dapat diaplikasikan untuk memenui keperluan manusia masa kini yang nyata sangat
kompleks, khususnya bagi memenuhi kehendak dan keperluan kewangan. Oleh itu perlu
diselidiki bagaimana fikih muamalat dapat diaplikasikan pada zaman moden yang penuh
mencabar ini.
Didalam makalah ini akan dibincangkan: pertama latarbelakang fikih muamalat; kedua,
aplikasi fikih muamalat dalam kewangan Islam; ketiga bagaimana operasi pembentukan
sesuatu produk kewangan Islam; keempat, persoalan berkaitan perlaksanaannya
khususnya persoalan pengurusan risiko; dan akhirnya yang kelima, isu globalisasi dan
cabaran kewangan Islam masa hadapan.
4
Rajah 1 Skop Perbincangan Makalah
Haram Riba
Fikih muamalat
Ins kewangan
Bank
B bank
Intermediaries / financial market
mm
cam
com
dm
im
2. Pengharaman Riba
Riba bermaksud tambahan, menambah atau menjadikannya lebih daripada apa yang
diberikan. Ia adalah amalan semenjak zaman jahiliah tetapi masyarakat
tetap
menganggap ia sebagai penghasilan yang tidak suci. Buktinya ialah semasa pembinaan
untuk pembaikan kaabah mana-mana sumbangan daripada sumber yang bercampur riba
telah ditolak. Dizaman awal Islam wang dianggap sebagai alat pertukaran, ukuran nilai
dan unit akaun tetapi menolak fungsinya sebagai penyimpan nilai. Pinjaman yang
dikenakan riba adalah dilarang kerana ia adalah tindakan yang tidak adil, kerana wang
tidak boleh menghasilkan wang.
Islam mengharamkan riba melalui firman Allah swt didalam al-quran 2:275 yang
bermaksud “dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” . Walaupun
tidak dijelaskan secara terperinci tentang amalan riba tersebut bagaimana ciri dan sifatnya
secara qa’tie sehingga ada pandangan yang mengatakan bahawa pulangan tetap bank
yang rendah sekadar 3% itu bukan riba, namun syariah telah menetapkan beberapa ciri
utama untuk menentukan sesuatu amalan itu sebagai riba:
a) Ia bernilai positif (naik) dan telah ditetapkan. (ex-ante)
b) Ia terikat dengan masa dan jumlah pinjaman
c) Bayaran semula adalah tetap tidak mengira sama ada pinjaman mendatangkan hasil
atau apakah tujuan pinjaman
d) Bayaran adalah wajib dan dikuat kuasakan.
5
3. Fikih Muamalat Sebagai alternatif
3.1 Kontrak dalam Fikih Muamalat
Fikih muamalat adalah perundangan perdagangan Islam. Ia menerangkan peraturan dan
syarat dalam kontrak perdaangan, iaitu apakah syarat sah dan batal, apakah kontrak yang
dibenarkan dan yang tidak dibenarkan serta apakah jenisnya dan bagaimana ia
dilakukan. Idea asas dalam melaksanakan kontrak adalam untuk mendapat persetujuan
semua pihak yang berkontrak serta mengelakkan pertelengkahan yang mungkin berlaku
setelah kontrak dilakukan. Pembentukan kontrak berasaskan kepada Al-Quran 5:1 yang
menyuruh orang beriman supaya menunaikan janji dengan firmannya:
“Tunaikanlah janji”
Didalam ayat yang lain Allah swt menghalang memakan harta secara batil dengan
firmannya:
“ Janganlah kamu makan harta sesama kamu dengan cara yang batil
kecuali dengan cara perniagaan yang sama redho diantara kamu”.
Nabi saw juga didalam hadisnya menyatakan harta muslim adalah tidak halal bagi
muslim lain kecuali dengan izin pemiliknya.
Kontrak akan menjadi sah apabila memenuhi beberapa syarat. Syarat tersebut adalah
khususnya berkaitan dengan enam (6) perkara iaitu dua orang yang berkontrak, sighah
iaitu ijab dan qabul, perkara yang dikontrakkan dan harga kontrak. Setiap satunya
mempunyai syarat tertentu yang perlu dipenuhi bagi menjadikan sesuatu kontrak itu sah
disisi syarak.
Kontrak secara umumnya terdiri daripada dua jenis iaitu kontrak satu pihak dan kontrak
dua pihak. Kontrak satu pihak adalah kontrak yang sah dilakukan oleh satu pihak sahaja
dan tidak memerlukan penerimaan dari pihak kedua. Kontrak hadiah, hibah, pelupusan
hutang, wasiat dan wakaf adalah kontrak satu pihak. Manakala kontrak dua pihak adalah
kontrak yang hanya boleh dilakukan dengan adanya persetujuan daripada kedua-dua
belah pihak yang berkontrak. Kontrak dua pihak boleh dikategorikan kepada 6 jenis iaitu
iaitu kontrak pertukaran (uqud al-muawadat), kontrak jaminan / security (uqud altawthiqat), kontrak perkongsian (uqud shirkat), kontrak simpanan (uqud al-wadiah),
kontrak tentang penggunaan manfaat (uqud al-manfaah) dan kontrak tentang kerja (uqud
al- wakalah, jualah) sebagaimana ditunjukkan didalam Rajah 1.
Jenis kontrak secara specifik boleh disenaraikan diantaranya adalah seperti berikut: jual
beli (al-bai’), kontrak hutang (al-dain), al-inah, al-salam, al-istisna’, al-wadiah, alwakalah, al-kafalah, al-rahnu, al-ijarah, al-qard, al-mudharabah, al-musyarakah, almurabahah, al-jaalah, wakaf, al-tawarraw, al-ujr, dan qard al-hassan. Terdapat tidak
kurang daripada 25 jenis kontrak atau prinsip syariah dalam fikih muamalat.
6
Rajah 2: Kontrak Dalam Fikih Muamalat
Fikih Muamalat
Kontrak satu pihak
tukaran
jaminan
Kontrak dua pihak
kongsian
titipan
manfaat
kerja
3.2 Usul Fikih
3.2.1 Definisi
Usul berasal dari perkataan al-aslu. Dari sudut bahasa bermaksud asas, dalil, rajih atau
kaedah. Fikih bermaksud memahami atau memahami. Dari sudut istilah usul fikih
bermaksud ilmu ynag membahaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh para mujtahid
untuk mengeluarkan hokum syarak yang berkaitan dengan dengan perbuatan mukallaf
dari dalil yang tafsili.
Dari sudut istilah usul fikih juga bermaksud ilmu yang membahaskan kaedah-kaedah
yang digunakan oleh para mujtahid untuk mengeluarkan hokum syarak yang berkaitan
dengan perbuatan mukallaf dari dalil juzi’

dengan dengan perbuatan mukallaf dari dalil qat’i dan dhanni.
3.2.2 Kaedah usul fikih
Ilmu usul fiqh disusun mengikut beberapa kaedah. Kaedah yang mashur ialah kaedah
ulama’ al-syafie, kaedah ulama’ Hanafi dan kaedah ulamak muta’akhir.
Kaedah ulama Shafie
Kaedah ini adalah kaedah berdasarkan nas dan yang disokong oleh dalil. Meninggalkan
kaedah yang bertentangan dengan dalil.
7
Kaedah ulama Hanaf
Kaedah ulama’ Hanafi mengguna kaedah usul fikih berdasarkan zann atau sangkaan yang
kuat.
Kaedah ulama Muakhir
Kaedah muta’akhir menggabungkan cara yang diamalkan oleh ulama’ Syafie dengan
cara ulama’ Hanafi. Ia menetapkan kaedah usul dan membawa dalil serta diimplimentasi
atau dicantumkan kaedah-kaedah usul terhadap masalah fikih.
3.2.3 Bahagian Usul fikih
Didalam fikih ada terdapat sebanyak 99 usul. Kaedah tersebut boleh dirumuskan kepada
5 kaedah utama atau pun sesetengah ulama’ membahagikan kepada 12 usul utama. Usul
tersebut boleh diguna pakai bagi menentukan sama ada sesuatu perkara tersebut sah atau
batal, halal atau haram dan boleh atau tidak boleh disisi syarak. Jika dirujuk kepada
produk perbankan Islam maka ia akan diguna pakai bagi menentukan sesuatu produk
perbankan itu sah atau sebaliknya. Usul tersebut, diantaranya ialah:
1. Segala perkara bergantung kepada tujuannya
2. Yakin tidak boleh disingkirkan dengan yang syak
3. Kemudaratan hendaklah disingkirkan
4. Kesukaran menjadi sebab kepada keringanan
5. Adat (yang baik) dijadikan sebagai rujukan dan diakui
6. Tindakan pemerintah terhadap rakyat adalah terikat dengan muslihat
7. Keadaan dharurat mengharuskan perkara yang dilarang
8. Keadaan dharurat diukur mengikut kadarnya
9. Tidak dinafikan perubahan hokum dengan perubahan zaman dan keadaan
10. Menutup segala pintu kerosakan
11. Menghindarkan kerosakan lebih diutamakan daripada mencari muslihat
12. Boleh ditanggung kemudaratan yag khas untuk menghindarkan kemudaratan yang am
13. Tidak merosakkan dan tidak dirosakkan
Berpandukan kepada usul diatas kontrak didalam fikih muamalat boleh diaplikasikan
kedalam amalan seharian sama ada ianya digunakan secara terus atau pun dilakukan
dengan melakukan perubahan berdasarkan keperluan kontrak tertentu semasa, dengan
syarat ia tidak terpesong daripada konsep dan prinsip asas sesuatu kontrak. kesemua
kontrak boleh diaplikasikan kedalam urusan
sistem kewangan masa kini.
Memandangkan sesuatu produk perbankan yang dicipta melibatkan beberapa proses
urusniaga, maka ia perlu dinilaikan keabsahannya.
Adanya perbezaan kaedah dan huraian usul maka akan berlaku perbezaan pandangan
berbeza diantara ulama’ Islam. Oleh itu boleh dan akan berlaku bahawa sesuatu perkara
itu dianggap sah bagi sesuatu mazhab tetapi dianggap batal oleh mazhab yang lain.
Begitu jugalah dengan produk perbankan Islam dimana sesuatu produk itu dianggap halal
bagi sesuatu mazhab tetapi dianggap haram bagi mazhab yang lain.
8
3.3 Kontrak Fikih dalam Sistem Kewangan
Terdapat tidak kurang daripada 25 kontrak transaksi dalam fikih Muamalat.
Sekiranya kontrak dalam fikih muamalat tersebut dihubungkaitkan dengan urusan
perdagangan dan perniagaan sebagaimana lazimnya dilakukan dalam aktiviti harian
manusia serta merujuk kepada apa yang dipraktikkan oleh sistem kewangan masa kini
maka ia boleh dikategorikan kepada 4 kategori utama iaitu urusniaga (transaction),
pembiayaan (financing), perantaraan (intermediation) dan kebajikan sosial (social
welfare). Rajah 3. Didalam setiap kategori akan terdapat berbagai kontrak yang boleh
diaplikasikan.
Rajah 3: Kontrak Dalam Perdagangan
Kontrak
Urusniaga
Pembiayaan
Perantara
Sosial
Jualbeli
murabahah
perkongsian
Ijarah
Ijarah
fee-based services
Sarf
Musharakah
Insurans
qard
wakaf
Kontrak urusniaga (Transactional contracts)
Kontrak urusniaga berurusan dengan sector benar ekonomi. Ia memudahkan proses
pertukatan, jual dan beli barang dan perkhidmatan. Urusniaga utama adalah berkaitan
dengan tukaran barang iaitu sama ada barang dengan barang, barang dengan harga atau
barang dengan harga tangguh atau harga dengan barang tangguh. Kontrak yang
digunakan disini ialah kontrak jual beli, kontrak salam, kontrak istisna’, kontrak sarf dan
sebagainya.
Kontrak pembiayaan ( Financing contracts)
Kontrak pembiayaan adalah kontrak yang mengwujudkan dan menawarkan kredit /
hutang. Ia menyediakan kemudahan kepada proses tukaran dengan menjadi saluran
kepada pembentukan modal dan mobiliti sumber diantara pelabur dan pengusaha.
Kontrak pembiayaan adalah dengan cara sama ada pembiayaan perdagangan, jaminan
bersandarkan harta, ataupun membekalkan model dengan cara perkongsian ekuiti.
9
Pembiayaan Islam tidak menggalakkan pembiayaan berasaskan hutang. Kontrak yang
digunakan meliputi murabahah, mudharabah, musyarakah, ijarah bersandarkan asset.
Kontrak Perantaraan (Intermediation contracts)
Kontrak perantaraan adalah memberikan kemudahan dan kelancaran
kepada
perlaksanaan kontrak urusniaga dan pembiayaan. Ia merupakan tindakan agen yang
berfungsi sebagai perantara diantara pemodal dan pengusaha. Agen akan mendapat
balasan daripada beberapa kontrak iaitu perkongsian, perkhidmatan berasaskan bayaran
dan takaful.
Didalam kontrak perkongsian agen boleh menggunakan kontrak
mudharabah atau musyarakah. Perkhidmatan berasaskan bayaran pula boleh dilakukan
melalui kontrak seperti kafala, jaalah, amanah atau wakalah.
Kontrak Kebajikan Sosial (Social Welfare Contracts)
Kontrak ini adalah diantara individu dengan masyarakat untuk tujuan menjamin
kebajikan individu yang kurang bernasib baik. Kontrak untuk tujuan kebajikan adalah
seperti wakaf dan qard al-Hassan.
4. Institusi Kewangan Islam dan Aplikasi Kontrak Fikih Muamalat
4.1 Produk Institusi Kewangan Islam
Institusi kewangan Islam sama ada perbankan atau bukan perbankan secara
umumnya berfungsi sebagai perantara kewangan diantara pihak yang mempunyai modal
iaitu pendeposit dan pihak yang memerlukan modal iaitu pengusaha. Ia menawarkan
produk kewangan sebagaimana kewangan konvensional merangkumi kategori deposit,
pembiayaan dan perkhidmatan. Kesemua produk dibentuk berasaskan kepada sesuatu
kontrak tertentu berasaskan prinsip syariah dan bebas dari riba. Produk dan perkhidmatan
yang ditawarkan mungkin diterima pakai dan diamalkan oleh sesuatu negara berdasarkan
mazhab anutannya tetapi mungkin juga ditolak oleh negara yang lain. Walau bagaimana
pun perkara tersebut tidak menjejaskan perlaksanaan produk kewangan Islam kerana
setiap product yang ditawarkan mempunyai asas syariah yang tertentu.
Produk berikut adalah merupakan diantara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
oleh sistem kewangan Islam pada masa kini. Lima kategori utama ialah deposit, retail
banking (pembiayaaan pengguna), corporate banking (pembiayaan korporat), pasaran
wang dan perkhidmatan lain. Setiap kategori produk mempunyai dan berdasarkan kepada
kontrak atau prinsip syariah yang tertentu mengikut kesesuaian. Misalnya deposit semasa
berpandukan kepada prinsip wadiah
manakala deposit pelaburan pula berasaskan
kepada prinsip mudharabah. Sesetengah prinsip pula boleh diaplikasikan kepada
beberapa produk yang berbeza. contohnya prinsip mudharabah boleh diaplikasikan
kepada produk deposit pelaburan, pembiayaan projek dan penerbitan bon atau sukuk.
Jenis produk dan perkhidmatan serta konsep fikih muamalat yang diaplikasikan
ditujukkan seperti didalam Jadual 1 dibawah.
10
Jadual 1: Produk Kewangan Islam
Produk /perkhidmatan
1. Deposit
Current deposit
Savings deposit
General investment
Special investment
2. Retail/consumer Banking
House & property finance
Hire purchase
Share financing
Working capital financing
Credit card
3. Corporate Banking
Project financing
Letter of credit
Venture capital
Financing syndication
Revolving financing
Letter of guarantee
Export/import finance
Leasing
Work in progress finance
Bill discounting
4. Treasury/money market
Islamic bond
Government investment services
Foreign exchange
5. Other products/services
Stock brokering services
Funds transfer (domestic & foreign)
Safe-keeping
Factoring
Hiring of strong boxes
Demand draft
ATM services & telebanking
Jenis Kontrak / prinsip syariah
Wadiah Yad Dhamanah / Qard Hassan
Wadiah Yad Dhamanah / Mudarabah
Mudharabah
Mudharabah
BBA / diminishing Musyarakah
Ijarah thumma al-bai’
BBA /Mudharabah / Musyarakah
Murabahah / Bai al-inah / Tawarruq
Bai al-inah / tawarruq
Mudharabah/musyarakah/bai alinah/BBA/istisna’
Musyarakah / wakalah/murabahah
Musyarakah/diminishing musyarakah
Musyarakah/murabahah/istisna’/ijarah
Bai al-inah
Kafalah/ujr
Musyarakah/salam/murabahah
Ijarah
Istisna’
Bai’ al-dain
Mudarabah/musyarakah/istisna’/ijarah
Qard Hassan/salam/mudarabah
Ujr
Murabahah/wakalah/jaalah
Wakalah/jaalah
Wakalah /jaalah
Wakalah/jaalah/bai’ al-dain
Amanah/wakalah
Ujr/jaalah
Ujr
11
4.2 Struktur Kewangan Islam
4.2.1 Deposit
Deposit menjadi sumber kepada institusi kewangan mendapat dana daripada penyimpan
dan pelabur. Institusi kewangan adalah perantara /intermediaries diantara pelabur dan
peminjam. Deposit boleh dilakukan sama ada dalam bentuk deposit semasa, deposit
simpaan atau deposit pelaburan. Kontrak yang biasa digunakan dalam perbankan Islam
ialah al-Wadiah dan al-Mudharabah.
4.2.2 Pembiayaan / financing
Didalam aktiviti kewangan, aktiviti pembiayaan merupakan satu aktiviti yang paling
banyak dilakukan. Ia merupakan aktiviti bank yang paling utama. Dalam pembiayaan
umumnya sistem kewangan Islam boleh mengguna sama ada kaedah pembiayaan hutang
atau pembiayaan ekuiti.
Pembiayaan hutang
Pembiayaan hutang adalah kaedah pembiayaan yang menggunakan konsep hutang
didalam urusan pinjaman dimana penerima biaya adalah sebagai pihak yang berhutang
daripada pemberi hutang. Memandangkan pinjaman ini tidak melibatkan riba maka
kontrak yang boleh digunakan ialah murabaha, BBA, ijarah, bai al-inah dan istisna’.
Kaedah pembiayaan ini akan juga melibatkan persoalan urusan diantara bank dan
sekuriti hutang.
Rajah 4: Kategori Pembiayaan
Pembiayaan
Pembiayaan hutang
Pembiayaan ekuiti
BBA,
Murabahah,
Istisna’,
ijarah,
al-inah
Bank
Pasaran antara bank
musyarakah
mudharabah
Sekuriti hutang
Pasaran wang
Sekuriti ekuiti
Pasaran modal
12
Pembiayaan Ekuiti
Pembiayaan ekuiti adalah kaedah pembiayaan yang menggunakan konsep ekuiti
didalam urusan pinjaman dimana penerima biaya sebagai pihak yang berkongsi ekuiti
daripada pemberi hutang. Pembiayaan ini menekankan konsep perkongsian diantara
pembiaya dan penerima biaya. Kontrak yang selalu digunakan ialah mudharabah dan
musyarakah. Kaedah pembiayaan ini akan melibatkan persoalan pensekuritian ekuiti.
4.3 Aplikasi Kontrak Fikih Muamalat dalam Produk Kewangan
Bahagian ini akan menerangkan bagaimana sesuatu kontrak dan prinsip syariah itu
diaplikasikan kedalam kedalam produk kewangan Islam. Aplikasi akan ditunjukkan bagi
kes deposit iaitu untuk tujuan pengumpulan dana dan pembiayaan kewangan dalam
pasaran kewangan untuk tujuan penyaluran dana kepada peminjam.
4.3.1 Deposit
a) Wadiah Yad Dhamanah: Simpanan semasa
Ia berasaskan konsep trust / amanah. Pendeposit akan menyerahkan hartanya kepada
pemegang amanah dan memberi jaminan bahawa hartanya akan dijaga dan dikembalikan
semula dengan selamat. Pemegang amanah boleh mengguna harta tersebut untuk
diniagakan dengan jaminan akan dibayar ganti rugi sekiranya berlaku kerugian.
Bahagian untung akan menjadi milik pemegang amanah, walaubagaimana pun ia boleh
memberi kepada pendeposit sebagai hibah.
Rajah 5: Wadiah Yad Dhamanah
Bank
Hibah jika ada (3)
(1)
Menerima
Deposit asas
Wadiah
(2)
Membayar semula
Individu
b) Mudharabah : Simpanan Pelaburan
Ia dilakukan berasaskan konsep perkongsian. Pendeposit akan menyerahkan hartanya
kepada bank untuk diusahakan dan diniagakan berdasarkan kontrak mudharabah.
Keuntungan akan dibahagi mengikut persetujuan dan sebaliknya jika berlaku kerugian
13
pihak bank akan memberi jaminan ganti rugi. Memandangkan kontrak mudharabah
adalah mudharabah mutlak maka pihak bank biasanya akan melakukan tier mudharabah.
Rajah 6: Simpanan Pelaburan Mudharabah
(1) dana mudharabah
Individu
(2) tier mudharabah
Bank
Pengusaha
keuntungan
(4) Bahagi antara
bank dan pemodal
keuntungan
(3) bahagi antara pengusaha
dan bank
4.3.2 Pasaran Kewangan (Financial Market)
Didalam pasaran kewangan, aplikasi fikih muamalat dapat dilakukan dalam proses
mendapatkan modal daripada bank. Bank akan bertindak sebagai perantara diantara
pemilik modal dan pengusaha. Proses mendapatkan modal tersebut berlaku dalam
pasaran modal. Proses ini adalah untuk tujuan mendapatkan pinjaman dan pembiayaan
jangka panjang. Modal boleh diperolehi sama ada melalui pembiayaan hutang atau
pembiayaan ekuiti.
4.3.2.1 Pasaran Modal : Pembiayaan Hutang
a) Murabahah: Commodity Murabahah Transaction
Urusniaga yang menggunakan konsep dimana harga jualan bersamaan kos dan tambahan
untung. Pembiaya akan mengenakan harga jualan kepada pihak berhutang dengan harga
jualan sejumlah kos belian tambah keuntungan.
Rajah 7: Pembiayaan Murabahah
(1) pertanyaan harga
(3) C+P (murabahah)
Client
(4) bayar
Bank
(6) barang
(2) quote harga
Vendor
(5) barang
14
b) Murabahah: Bai’ bi Thaman Ajil
Proses transaksi sama seperti murabahah tetapi didalam langkah ke-3 bayaran dilakukan
secara ansuran / cicilan untuk beberapa tahun.
c) Bai’ al-Inah: Pinjaman pribadi (personal loan)
Peminjam akan mendapat pinjaman tunai melalui kontrak bai al-inah. Pihak pembiaya
akan menjual asset kepada client dengan harga tangguh yang kebiasaannya lebih tinggi
daripa harga jualan semula. Dengan ini mengikut kontrak pertama client telah berhutang
dengan pembiaya. Bank kemudiannya akan membeli semula asset yang dijual tadi
daripada client dengan pada harga yang lebih rendah dengan harga tunai. Dengan ini
client akan mendapat tunai yang dikehendaki dengan terlebih dahulu telah berhutang
dengan pihak bank sebagai pembiaya.
Rajah 8: Personal Loan
(1) bank jual asset
(2) Hutang
Perlu tunai
Client
Bank
(4) bayar tunai
(3) Bank beli semula aset
Pasaran Modal : Pembiayaan Ekuiti
a) Kontrak Mudharabah
Kontrak yang dilakukan antara dua pihak untuk membiayai perniagaan. Satu pihak
sebagai pemberi modal dan satu pihak lagi pengusaha. Jika perniagaan mendatangkan
untung maka keuntungan akan dibahagi mengikut kadar yang dipersetujui bersama. Jika
perniagaan merugikan maka kerugian modal akan ditanggung oleh pemodal.
Rajah 9: Pembiayaan Mudharabah
(1) Memberi modal
Pemodal / bank
Pengusaha
(2) Kongsi untung
15
b) Ijarah : Sukuk Ijarah
Sukuk / bon Islam diterbitkan dengan menggunakan dan mengaplikasi konsep Ijarah.
Rajah 10: Sukuk Ijarah
S
P
V
(1) jual
Pemilik aset
(5) terimaan sewa / pulangan
(4) sewa
pelabur
(3) dana
(2)tertbian
sukuk
SUKUK
Projek/aset
b) Musyarakah: Sukuk Musyarakah
Sukuk / bon Islam diterbitkan dengan menggunakan atau mengaplikasikan konsep
musyarakah.
Rajah 11: Sukuk Musyarakah
(1)
penerbit
(2)
Sukuk musyarakah
(3) Aset
pelabur
(4) Dana
Kongsi Modal
(5)
Projek
(6) kongsi hasil
(6) kongsi hasil
Hasil
16
4.3.2.2 Perkhidmatan / Services
a) Qard al-Hassan: Pinjaman ikhsan
Rajah 12: Qard al-Hassan
(1) pinjaman
hibah
Klien
bank
(2) bayaran
b) Ujr: Demand Draf
Rajah 13: Demand Draf
Klien
(3) Ujr
(1) memerlukan
DD
D Draf
Bank
(2) menyediakan DD
4.3.2.3 Money Market
Pasaran wang untuk pinjaman dan pembiayaan jangka pendek seperti treasury bill dan
bankers’ acceptances. Pasaran wang Islam diantaranya Cagamas mudharabh bonds,
mudharabah interbank investment, government investment certificate (GIC).
a) Mudharabah inter-bank money market
Rajah 14: Mudharabah inter-bank
(1) Bank A menyediakan dana untuk dilabur (mudharabah)
oleh bank B dengan kadar kongsi untung tertentu
Financial institution A
(Capital provider)
Financial Institution B
(Entrepreneur)
(2) Pada masa matang untung akan dikongsi bersama
dan dana asal akan dikembalikan.
17
b) Issuance of Bank Negara Negotiable Notes
Bank Negara mengeluarkan Negotiable notes untuk mendapatkan dana tunai
Rajah 15: BNM Negotiable Notes
(1) BNM jual aset
(2) FI bayar tunai
Financial Institution
Bank Negara Malaysia
(4) BNM bayar cara hutang dengan BNNN
(3) BNM beli semula aset
c) Aktiviti Pensekurutian Hutang (securitazation)
Rajah 16: Pensekuritian Hutang
Hutang
Bank
(1)
Biaya
(2) Jual hutang
Klien
Cagarmas
(5) Bayar
(3) terbit
Pelabur
Jual hutang - asas konsep bai’ al-dayen
Terbit sukuk - Sukuk Cagarmas mudharabah
(4)
Sukuk
18
d) Rahnu lending Facilities
Institusi kewangan yang memerlukan dana boleh memohon daripada Bank Negara, dan
seterusnya akan membuat pinjaman daripada Bank Negara. Pinjaman diberi dengan
syarat dikenakan cagaran / rahnu sebagai sekuriti / jaminan bayaran balik.
Rajah 17: Kemudahan al-Rahnu
(3) Bayaran
(1) Loan
Financial institution
BNM
(2) Sediakan cagaran
Cagaran
(4) BNM jual cagaran jika gagal bayar
5. Cabaran Kepada Produk Kewangan Islam
Jadual 2: Persoalan dan Cabaran
Persoalan & Cabaran
Strategi ?
Pengurusan Risiko
Asas hutang ?
Risiko pengeluaran
Sistem iwad ?
Risiko operasi
Sistem monitor ?
Risiko kecairan
Risiko Kredit
Risiko pasaran
Risiko Fudiciary
Globalisasi
Penerapan nilai Islam
Dinar emas ?
Mekanisma pasaran
Major Incidents
Keperluan Mendesak
Prinsip Fikih
Inovatif
Muamalat ?
Kompetatif
Islamic Akaunting
5.1 Pengurusan Risiko dalam pembiayaam ekuiti
Institusi kewangan Islam dikatakan lebih stabil berbanding sistem konvensional.
kelebihan ini dikatakan wujud
kerana kewangan Islam menggunakan konsep
19
perkongsian risiko diantara pemodal dan pengusaha dalam pembiayaan ekuiti. Namun
demikian kelebihan ini tidak dapat memastikan bahawa kewangan Islam dapat mengatasi
pesaingnya perbankan konvensional. Terdapat banyak risiko yang harus dihadapi oleh
perbankan Islam dalam perniagaan, dan risiko tersebut telah melenyapkan keunggulan
kewangan Islam, diantaranya ialah:
a) Risiko pengeluaran (withdrawal risk)
Keuntungan yang tidak pasti dan mungkin lebih rendah khususnya jika prestasi ekonomi
tidak baik. Keadaan ini akan mendorong klien “withdraw deposit” daripada perbankan
Islam. Kaedah perkongsian risiko dikatakan hilang keunggulan berbanding pembiayaan
berasaskan hutang kerana ia berasaskan kepercayaan sedangkan kepercayaan telah
hilang dari kehidupan manusia. Lantaran itu keyakinan untuk mendapat pulangan yang
baik juag berkurangan.
b) Risiko operasional (operational risk)
Sistem Islam juga berhadapan dengan risiko operasional. Kepercayaan mengharapkan
kepada kejujuran. Sekiranya manusia kebanyakannya hilang kejujuran menghadapi
masalah keruntuhan akhlak dan “moral hazard” maka business cenderung untuk tidak
berjaya dan mengalami kerugian. Perbankan Islam tidak mempunyai kuasa untuk
memastikan kawalan atau mengenakan sistem monitor keatas pengusaha. Perbankan juga
dalam usaha mempertahankan keunggulan mungkin akan cuba membayar pulangan yang
tinggi melebihi keuntungan sebenar semasa dengan harapan akan mendapat lebih
keuntungan pada masa akan datang. Ini akan menyebabkan bank menghadapi masalah
operasi perdagangan.
c) Risiko kecairan (liquidity risk)
Kecairan biasanya berkait dengan keupayaan institusi. Lebih cair dikatakan lebih baik.
Masalah institusi kewangan biasanya ialah masalah kecairan dari aspek kekurangan
kecairan. Akan tetapi bagi kewangan Islam masalah sebaliknya pula berlaku iaitu
berlebihan kecairan, akibat kekurangan asset dan tempat pelaburan lulus syariah. ini
menyebabkan dana yang terkumpul tidak dapat disalurkan kepada pelaburan yang
menguntungkan dan seterusnya mengakibatkan kurang laba atau keuntungan pulangan.
d) Risiko kredit (credit risk)
kewangan Islam masa kini banyak menggunakan kaeadh pembiayaan berasaskan hutang
seperti bai’ muajjal, bai al-salam, ijara dan bai al-istisna’. Oleh itu kewangan Islam
menghadapi risiko kredit sama sperti perbankan konvensional berhubung kemungkiran.
Akan tetapi perbankan konvensional mempunyai mekanisma mengenakan penalty dan
tambahan bayaran keatas kemungkiran bayaran. Malangnya kewangan Islam tidak boleh
menegenakan tambahan bayaran bagi setiap kelewatan bayaran.
e) Risiko pasaran (market risk)
Kewangan Islam biasanya terlibat dengan perdagangan barangan dalam murabahah.
Begitu juga dengan pelaburan yang diakukan oleh perbankan Islam dimana
kebanyakannya berkait dengan urusan perdagangan yang tidak boleh terlepas daripada
20
harga barang. Perubahan harga atau kemeruapan tingkat harga akan mempengaruhi
pulangan perdagangan.
f) Syariah compliance risk / Fudiciary risk
Fudiciary risk adalah berkait dengan perlanggaran kontrak. (brich of the invensment
contract). Perlanggaran kontrak pelaburan dalam kewangan Islam boleh berlaku dari
aspek pematuhan syariah dan juga salah pengurusan. Jika ini berlaku maka ia
mengakibatkan kerugian.
Cabaran kita sekarang dan akan datang ialah bagaimana mungkin boleh mengurangkan
dan menangani risiko tersebut.
Rajah 19: Risk Profile of Islamic Financial Institution
Risk profile
Financial
risk
Business
risk
Credit risk
rate of return
risk
market risk
withdrawal
risk
ekuity risk
solvency risk
Treasury
risk
management
risk
Governa
nce risk
operational
risk
reputation
risk
Hedging risk
fudiciary risk
5.2. Globalisasi
a) Penerapan kaedah Kewangan Islam
Sistem kewangan global adalah sistem kewangan yang terdiri daripada institusi dan
peraturan yang terpakai diperingkat antarabangsa. Pemain utama dalam sistem
kewangan global adalah institusi antarabangsa, agensi nasional dan institusi kerajaan
seperti bank pusat, menteri kewangan serta institusi persendirian yang bergerak pada
peringkat global. Institusi antarabangsa adalah yang utama seperti IMF, Bank Dunia dan
WTO. Mereka mengguna kaedah kewangan konvensional, dan bagaimana menerapkan
sistem Islam kerana kebanyakan penerima manafaat adalah negara Islam.
21
i) IMF
IMF menjaga akaun bagi baki bayaran akaun antarabangsa (International balance of
payments accounts ) dan bertindk sebagai peminjam terakhir (lender of last resort)
negara-negara ahli yang mengalami krisis kewangan, atau masalah imbangan bayaran
perdagangan.
ii) World Bank (WB)
Menyediakan dana, memberi kredit untuk projek pembangunan negara sedang
membangun.
iii) World Trade Organization (WTO)
Menyelesaikan perbalahan perdagangan dan mengadakan rundingan perjanjian
perdagangan antarabangsa.
Dapatkah sistem dan kaedah kewangan Islam diaplikasikan kedalam amalan ekonomi
global ?
b) Market Mechanism
Pasaran global melabatkan segala bentuk urusan ekonomi termasuk stock, bon, tukaran
wang asing dan pasaran derivatif. Namun demikian system Islam tidak terlibat pasaran
kewangan derivatif seperti options, futures dan swaps sama ada untuk tujuan
perdagangan mahupun hedging. Ia telah disepakati haram tetapi ini membawa implikasi
bahawa aplikasi kontrak fikih muamalat dikatakan terhad.
Perlukah sistem kewangan Islam menerokai kemungkinan dalam pasaran wang derivatif
tersebut ?
c) Major incidents
Negara Asian menghadapi krisis kewangan (Asian financial crisis) dan begitu juga
dengan negara Islam. kejatuhan nilai MYR, Indonesia Rupiah dan Thailand Bath. Negara
lain seperti Rusia menghadapi masalah nilai wang dan menyebabkan devaluation dalam
nilai wang Russia.
Perlukah negara Islam memikirkan kembali persoalan mata wang ? Perlukan kembali
kepada dinar emas ?
Rajah 19:
globalis
asi
Kembali Kepada Dinar Emas ?
Crisis
Dinar
emas
22
5.3 Keperluan Segera
a) Innovasi
Institusi kewagan Islam perlu innovatif. Inovasi banyak lagi produk baru berdasarkan
prinsip baru. Cuba mencipta prinsip baru dan produk baru yang lebih kompetatif.
Jadual 3: Inovasi Prinsip dan Produk Baru
Cari Prinsip Baru
Produk Baru
Satu prinsip baru
Cari prinsip yang belum
digunakan
Gabungan dua prinsip
Ijarah thumma al-bai’
Wakala thumma al-bai’
Istisna’ bil bai’ muajjal
Kafalah bil ujr
Mudharabah fil bai’ al-dayen
Gabungan tiga prinsip
Istisna’ bil ijarah thumma albai’
House Financing
Export financing
Home financing
Kredit kad
Pensekuritian hutang / sukuk
Pembiayaan
b) Keperluan kepada Perakaunan Islam (Need for Islamic Value Accounting - IVA)
Islam melibatkan persoalan etika maka sudah tentu ia memerlukan perakunan Islam
kerana ia melibatkan prestasi etika (ethical performance). Dalam kajian kewangan
semasa terdapat beberapa perkembangan tentang perakaunan etika. Diantara pendekatan
yang boleh dilakukan ialah:
i) Laporan prestasi sosial
Suasana persekitaran, keselamatan tempat kerja, kepuasan pekerja, layanan gender
ii) Audit sosial
sama seperti kajian prestasi sosial tetapi lebih kuantitatif dan komprehensif.
iii) Akaunting etika.
Sejauh mana sesuatu institusi itu mengamalkan nilai-nilai Islam.
23
6. Pengalaman Malaysia
Malaysia telah melaksanakan beberapa produk dalam pasaran wang Islam dan pasaran
modal berasaskan kontrak fikih muamalat, diantaranya ialah:
Al-mudharabah Inter bank Invensment, Islamic Inter Bank Cheque Clearing System,
Government Investment Certificate, Islamic Negotiable Notes, Cagamas Mudharabah
Bonds, Islamic Acceptance Bills (Import.Export), Islamic Repo, al-rahnu lending
facilities, dan Islamic Private Debt Securities, sukuk ijarah dan sukuk mudharabah. .
7. Kesimpulan
Fikih muamalah telah menyediakan banyak rinsip syariah untuk diaplikasikan kedalam
aktiviti kewangan Islam. Boleh dikatakan bahawa prinsip fikih muamalat yang ada boleh
digunakan didalam semua aktiviti ekonomi sebagai ganti kepada system kewangan
konvensional. Berbagai produk berbeza boleh dibentuk berdasarkan prinsip syariah yang
sama seperti mudharabah boleh digunakan untuk produk simpanan, pinjaman dan
pembiayan. Ini menunjukkan fikih muamalat amat flexible dan amat releven untuk
dipraktikkan. Walaubagaimana pun terdapat perbezaan pandangan dan penerimaan
dikalangan ulama’ Islam berbeza mazhab tentang sesuatu produk kewangan yang
diwujudkan. Misalnya seperti BBA, diterima oleh ulama’ Asia khususnya Malaysia
tetapi ditolak oleh ulama Timur Tengah.
Terdapat beberapa cabaran dalam kewangan Islam modern khususnya ketika berdepan
dengan globalisasi. Pemain utama sistem kewangan dunia masih terikat dengan sistem
konvensional dan belum berseda untuk menerapkan sistem Islam. Kewangan Islam juga
berdepan dengan persoalan pengurusan risiko untuk bersaing dengan konvensional
kerana sistem pembiayaan ekuiti yang berkonsepkan “konsgi risiko” adalah lebih
berisiko berbanding sistem kadar bunga dalam ekonomi konvensional.
Kewangan Islam juga menghadapi cabaran segera dimasa hadapan khususnya berkaitan
dengan keperluan inovasi prinsip dan produk bagi tujuan menwujudkan produk baru yang
lebih kompetatif.
Rujukan
Mohammed Obaidullah. 2005. Rating of Islamic Financial Institutions: Some
Methodological Suggestions. IERC, King Abdul Aziz University.
Simon Archer & Rifaat Ahmed Abdel Karim. 2007. Islamic Finance: The Regulatory
Challenge. John Wiley & Sons.
Zamir Iqbal & Abbas Mirakhor. 2007. An Introduction to Islamic Finance: Theory and
Practice. John Wiley & Sons.