ULAMAK DAN KONSEP FILEM SATU ANALISIS

1

ULAMAK DAN KONSEP FILEM : SATU ANALISIS
Oleh,
Dr Abdullah Yusof ,
Prof. Madya Dr Rahimin Affandi Abd Rahim &
Nur Adina Abdul Kadir
Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam,
APIUM, 50603 Kuala Lumpur
Pengenalan
Secara kasarnya, kajian ini merupakan dapatan awal daripada projek penyelidikan
tajaan UM (RG005/09HNE) bertajuk: Pembangunan Filem Islam Di Malaysia.
Berbanding dengan tajuk penyelidikan asal yang lebih luas sifatnya, artikel ini hanya akan
cuba menganalisa tentang sikap ulamak Islam terhadap filem di Malaysia. Tidak keterlaluan
jika dikatakan bahawa filem memang memainkan peranan yang cukup besar di dalam
pembentukan tamadun Melayu-Islam di Malaysia. Tamadun merupakan suatu fenomena
pencapaian manusia yang bersifat cemerlang yang terhasil daripada banyak faktor. Ada yang
bersifat asas (substance) dan ada pula yang bersifat sampingan. 1 Genre filem ini boleh
dikategorikan sebagai faktor sampingan semata-mata, namun begitu jika diteliti secara
mendalam ianya memang mampu dipergunakan untuk tujuan pembentukan dan pemantapan
tamadun Melayu-Islam.

Dalam temubual yang dibuat dengan Deddy Mizwar, seorang pengiat filem terkenal di
Indonesia- beliau secara terang-terangan menyatakan agak terkilan dengan sikap para ulamak
Indonesia yang begitu memusuhi dan menjauhkan diri dengan pengiat media filem ini.
Sedangkan tema yang hendak dibawa di dalam filem Kiamat Sudah Dekat, memang
bernuasakan prinsip Islam. Apabila filem tersebut berada di pasaran, baru lah para ulamak
turut sama menontonnya dan mengakui keberkesanan mesej dakwah Islam yang ditonjolkan.
Atas dasar ini, kajian ini akan bakal dipersembahkan dalam beberapa bahagian yang utama;
(i) teori yang berkaitan dengan fokus kajian; (ii) bagaimana sikap ulamak terhadap media
filem dan akhirnya (iii) filem dan pemantapan idealism Islam di dalam tamadun MelayuIslam moden.
Sebagai metodologi asas, kajian ini bakal menggunakan kaedah analisa kritikal
(terangkum di dalamnya kaedah pensejarahan, perbandingan dan pengamatan semasa). 2
Selain itu juga, kaedah Content Analysis turut digunakan daripada proses literature review
terhadap karya primari dan sekondari, serta filem tertentu di dalam fokus yang dikaji. Dengan
cara ini, penulis dapat mengenalpasti beberapa teori penting 3 yang berkaitan dengan media
filem ini. Penemuan teori ini bakal memberikan gambaran yang bersifat holistik tentang fokus
kajian, yang kemudiannya bakal dinilai kesahihannya melalui penganalisaan terhadap realiti
filem Islam yang ada di Malaysia. Terpenting sekali, kesemua teori pilihan ini akan dikaitkan
secara langsung dengan realiti tempatan Malaysia, termasuklah faktor perkembangan semasa
yang mempengaruhi tafsiran seseorang individu yang terbabit. 4 Bagi mengelakkan berlakunya
1 Hashim Musa (2001), Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia

Alaf Baru, Kuala Lumpur, h. 27-40.
2 Lihat sebagai contohnya, Maimunah Osman,(2004) Kemahiran Berfikir, Kuala Lumpur: INTAN, h. 71- 72;
Abdul Majid An-Najar, (2002) Kebebasan Berfikir Dalam Islam, Jakarta: Pustaka Firdaus, 2002, h. 57- 58
3 Antara lainnya, kita boleh mengatakan teori adalah falsafah untuk menyelesaikan sesuatu masalah hukum
ataupun ilmu yang telah diterima ramai mutu kesahihannya memandangkan ianya terhasil daripada penyelidikan
ilmiah yang agak ketat.

2

pendekatan oppurturnist (hanya tahu menimbulkan masalah), kajian ini sebaliknya bakal
mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikian yang sepatutnya.(solutionist) 5
Teori Yang Berkaitan Dengan Fokus Kajian
Demi untuk memantapkan perbincangan, kita boleh mengemukakan beberapa teori
penting yang berkaitan dengan isu tamadun dan media filem. Kesemua teori yang
dikemukakan ini terhasil daripada proses literature review yang dilakukan terhadap sejumlah
pandangan yang dicetuskan oleh sarjana Islam dan barat. Teori-teori pilihan ini akan dinilai
kebenaran ataupun sebaliknya dalam perbincangan seterusnya. Antaranya;
Pertama, teori tentang jatuh dan bangun sesuatu tamadun manusia, dilihat dari segi usia
sesuatu tamadun dan faktor-faktor yang menyumbang ke arah kecemerlangan dan
kemunduran sesuatu tamadun. Mengikut teori ini, masyarakat umpama suatu organism yang

bersifat hidup, mempunyai potensi untuk berubah dan berkembang maju seandainya
perancangan pembangunan (fizikal dan spiritual) yang rapi dan tersusun dapat dilakukan.6
Hasil penelitian yang dijalankan terhadap serangkaian tamadun umat Islam silam, samada
di Timur Tengah dan rantau Alam Melayu, mendapati bagaimana tamadun itu timbul
berpunca daripada enam faktur yang utama;
1) Pengamalan budaya ilmu.
2) Pengamalan cara hidup Islam yang betul mengikut world-view Tauhid.
3) Program R&D yang cukup canggih.
4) Kewujudan pengetahuan S&T yang baik.
5) Pembangunan sector ekonomi yang bersepadu dan menekankan peluang pengagihan yang
seimbang di antara rakyat.
6) Proses pembandaran yang mampan yang menyediakan perkhidmatan dalam bidang sosial
yang baik kepada rakyat.
Bagi Ibn Khaldun, di dalam proses perancangan pembangunan sesuatu masyarakat,
perhatian utama perlu diberikan kepada usaha mengenal pasti pelbagai faktur negatif yang
mungkin boleh menyebabkan kelemahan sesuatu masyarakat. Hal ini perlu diberikan
perhatian memandangkan sesuatu tamadun/masyarakat secara hukum alami akan melalui tiga
tahap yang utama; tahap kelahiran, kemajuan dan kemunduran. 7 Antara faktor keruntuhan
sesuatu tamadun adalah sifat malas, mewah, menjauhi budaya ilmu dan penyakit jiwa hamba.
Penyakit ini biasanya dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah, kebiasaannya akan

menganggap kuasa penjajah sebagai suatu bangsa yang maju dan agung.
Kupasan tentang penyakit jiwa hamba ini diperkukuhkan lagi oleh Syed Husin al-Attas.
Menurut beliau, penyakit ini (diistilahkan sebagai mentality watak tertawan) merujuk kepada
sikap yang terlalu pro nilai-nilai barat dikalangan sesetengah kalangan masyarakat di
Malaysia. Antara sikap utama golongan ini;8
1) sikap yang suka meniru secara tidak rasional terhadap semua nilai daripada barat.
2) Tidak mampu menimbulkan idea ataupun pendekatan baru bagi menanggani persoalan
hidup, sebaliknya lebih suka meneruskan warisan tinggalan penjajah.
4 Hassan Ahmad, (2006) Memperkasa Bangsa Melalui Kekuatan Dalaman: Ke arah Kelahiran Melayu Glokal,
Kuala Lumpur: Alaf 21 Sdn Bhd, h. 82-84.
5 Sila lihat contoh pendekatan oppurtunist dan solutionist ini dalam Rahimin Affandi Abd. Rahim (1999),
“Krisis Remaja Dan Media Massa Di Malaysia: Suatu Tinjauan Dari Perspektif Islam”, Dalam Jurnal Usuluddin,
bil. 10, h. 125-134.
6 Rahimin Affandi Abd. Rahim (2008), Perubahan Sosial Dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan
Menurut Ibn Khaldun, dalam Jurnal Hadhari, Institut Islam Hadhari UKM, v. 1,
7 Saleh Faghizadeh (2004), Sosiologi Sosiologi, Mohd Fauzi Yaacob (terj.) Kuala Lumpur: ITNMB, h. 63-68.
8 Syed Hussein al-Attas (2005), “Watak Tertawan Di Negara Membangun”, Dalam Mohamad Daud Mohamad
(edit oleh) Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu, Kuala lumpur: DBP, h. 2-7.

3


3) Mendapat pendidikan langsung daripada institusi pendidikan barat dan sering taasub
dengan teori dan bahan bacaan daripada barat.
4) tidak mengamalkan sikap kritikal dan tidak membantah apa-apa yang disajikan kepada
mereka daripada sumber barat.
5) Tidak menyedari kelemahan sikap tertawan mereka.
Sebagai lanjutan kepada sikap tertawan ini yang rata-ratanya dihidapi oleh pelbagai
kalangan masyarakat, timbul beberapa persoalan sistem nilai yang masih gagal ditonjolkan
secara tuntas di dalam masyarakat, yang terdiri dari;9
1) Masalah kurangnya sifat bersungguh-sungguh (sense of urgency) dalam melakukan
sesuatu perkara.
2) Kurangnya ditonjolkan kepentingan sifat malu (sense of shame) di dalam masyarakat. Apa
yang sepatutnya dirasakan malu tidak ditonjolkan, sebaliknya ianya cuba ditengelamkan.
3) Kurangnya masalah kebertanggungjawaban (sense of accountability).
4) Meluasnya gejala keruntuhan moral dan rasuah di dalam masyarakat.
Kedua, teori kepentingan menguasai ilmu pengetahuan yang lebih holistic bagi
menghadapi dunia global yang serba mencabar. Keperluaan dan penerusan hidup manusia
bergantung sepenuhnya kepada tiga media atau keperluan10;
1) Pekerjaan untuk kelangsungan hidup – memerlukan antara lainnya kepada penciptaan
pelbagai ilmu sains sosial dan sains tulen, khususnya pengetahuan S&T yang bakal

menghasilkan alat teknikal bagi memudahkan kelangsungan hidup manusia.
2) Kominikasi untuk tujuan perhubungan sesama manusia – memerlukan kepada penciptaan
dan penyusunan ilmu bahasa, perfileman, kaedah hermuenitik (pentafsiran sesuatu karya)
dan kaedah kritikan
3) Agama ataupun Sistem etika– bagi mengatur agar perjalanan media pekerjaan dan
kominikasi dapat berjalan dengan baik, seimbang dan memberikan manfaat kepada semua
umat manusia. Sebagai contohnya, setiap proffesion pekerjaan dalam pelbagai jenis perlu
berpegang kepada etika proffesion yang khusus, yang lebih berteraskan kepada kerangka
ideology ataupun agama sebagai piawaian dan system nilai di dalam menjalankan
aktiviti.11
Pendek kata, kesemua media ini yang membabitkan kehidupan manusia amat
memerlukan ilmu pengetahuan yang saling melengkapi di antara satu sama lain, bagi tujuan
memberi panduan asas, menyusun dan mempermudahkan lagi kehidupan manusia.
Ketiga, teori yang menegaskan penguasaan media massa (termasuk genre filem) amat
penting memandangkan ianya bakal mempengaruhi public opinion masyarakat. Filem sebagai
genre sastera dan media adalah paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Genre
filem ini dikategorikan sebagai genre sastera berasaskan kepada beberapa cirri yang utama;
1) Ianya dihasilkan oleh akal budi manusia yang diilhamkan daripada pengalaman hidup
seharian.
2) Ianya merupakan luahan rasa ataupun manifestasi keindahan yang dimiliki oleh elemen

dalaman seseorang karyawan.12
3) Ianya mengandungi tema dan mesej khusus yang diharapkan akan difahami ataupun
diambil iktibar oleh khalayak penonton.13
9 Ibid, h. 8-10.
10 Mohd Amin Abdullah (2006), Islamic Studies Di Perguruan Tinggi: Pendekatan Integrative-Interkonektif,
Yogyakarta: Pustaka Pelajar, h. 389-395.
11 Ahmad Shukri Mohd. Naim (2003), Konsep, Teori, Dimensi Dan Isu Pembangunan, Skudai: Penerbit UTM,
h. 240-245.
12 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Mana Sikana, Falsafah Dan Seni Kreatif Melayu, Kuala Lumpur,
1996.

4

4) Ianya mementingkan nilai keindahan ataupun estestika samada dalam segi bentuk dan
makna.14
5) Ianya boleh dikatakan sebagai neraca ataupun sumber utama bagi melihat trend dan
perkembangan mentaliti sesuatu masyarakat di dalam menanggani sesuatu isu yang timbul
di dalam masyarakat.
6) Berbanding dengan genre sastera biasa, genre filem ini ternyata lebih berkesan berasaskan
kepada dua faktur yang utama; (i) genre filem ini boleh dinikmati secara langsung melalui

pengelihatan (pandang, dengar dan fikir) dan tidak harus dibaca semata-mata. Hal ini
timbul dengan berkembangnya teknologi digital yang lebih efisen berbanding dengan
bentuk teknologi analog.15 (ii) realiti fenomena globalisasi yang memungkinkan proses
penyebaran maklumat ataupun filem dalam apa-apa tema sekalipun boleh diperolehi oleh
sesiapa sahaja. Dengan datangnya era globalisasi, bentuk perhubungan masyarakat dunia
telah berubah dengan wujudnya reruang siber/reruang maya (virtual realiti) yang tidak
pernah berlaku sebelumnya dalam sejarah manusia.
Keempat, teori yang menegaskan Islam bersifat wasatiyyah (pertengahan) dan mesra
budaya.16 Ianya merujuk kepada paradigma yang menentang keras tindakan yang melampaui
batas agama dan kemanusiaan sejagat. Islam dalam banyak penegasan al-Quran mengakui
keabsahan sesuatu tamadun dan kebudayaan masyarakat dengan sikap yang selektif. Islam
pada prinsipnya tidak membawa ideologi ras dan etnik seperti agama Yahudi yang
menganggap mereka sebagai bangsa pilihan tuhan.17 Sebaliknya Islam adalah untuk manusia
seluruhnya tanpa menghadkan keanggotaannya kepada bangsa Arab semata-mata.18
Bersesuaian dengan sifat yang mengakui variasi ras dan budaya sebagai tanda kekuasaan dan
kreativiti Allah,19 antara lainnya Islam mengakui kehebatan dan sumbangan tamadun bukan
Arab ke atas kehidupan manusia sejagat. Tanpa mengira bangsa dan tempat, sesuatu tamadun
itu harus diterima secara positif dan selektif dengan memanafaatkan apa yang baik dengan
tapisan yang teliti agar ianya bersesuaian dengan prinsip-prinsip Tauhid.20 Kedatangan Islam
telah dilihat sebagai tidak menghapuskan banyak bentuk budaya Arab tempatan, tetapi ia telah

menerima dan mengekalkan banyak budaya mubah ini ataupun ianya telah melahirkan
(sentesis) budaya baru21 hasil penerapan rapi dengan nilai-nilai Islam.22
Sikap selektif yang disertakan dengan tapisan yang rapi telah dianggap sebagai punca
utama yang menjadikan masyarakat yang menerima Islam telah dikesan mempunyai
pencapaian keilmuan dan tamadun yang cukup tinggi. Pencapaian yang cemerlang ini juga
dapat dikesan dalam masyarakat Melayu yang ditegaskan sebagai : “ within the space of
13 Shafie Abu Bakar (1995), “Takmilah: Teori Sastera Islam”, dalam Nadwah Ketakwaan Melalui Kreativiti,
Kuala Lumpur: DBP, h. 51-54.
14 Lihat sebagai contohnya kupasan yang diberikan oleh Nor Azlin Hamidon (2000), “Sikap Islam terhadap isu
seni figuratif”, dalam Jurnal Usuluddin, bil. 12, h. 149-170.
15 Mohd. Jamil Sulaiman (1999), “Peluang Ummah Dalam Pembangunan Multimedia”, dalam Multimedia Dan
Islam, Kuala Lumpur, h. 145-156.
16 Rahimin Affandi Abd Rahim (2003),“Al-Quran dan peranan Ulamak Melayu dalam Pemodenan Rantau Alam
Melayu”, dalam Mohd Radzi Othman (ed. oleh) Warisan al-Quran dan peradaban manusia siri 1, Penerbit
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, h. 1-31.
17 Ghazali Darusalam (1998), Dakwah Islam Dan Ideologi Barat, Kuala Lumpur, 1998, h. 30-39.
18Quran 49:13.
19 Quran 25:2; 36:36; 44:38-39; 50:38; 2:29 dan 28:80.
20 S. Waqar Ahmad Husaini (1980), Islamic Environmental system Engineering, London, h. 4-5.
21 Dalam soal ini, Mona M. Abul Fadl menyatakan: Historically the Islamic paradigm of knowledge has proven

congenial to the different modes of knowing. The legacy of the Birunis, Ibn Haythams, al-Ghazali, Ibn Rushd,
Razi is a monument to this capacity to integrate and accommodate the diverse modes or traditions within what is
more of a synthetic rather than a syncretist whole. Lihat Mona M. Abul Fadl (1995), Toward Global Cultural
Renewal : Modernity And The Episteme Of Transcendece, Herndon, h. 13-14.
22 S. Waqar Ahmad Husaini (1980), op.cit, h. 30-31.

5

decades, the Arabs had outgrown the phase of tribal parochialism to become the uncontested
masters of an empire and the heralds of an open and expanding world community. This
examples was not confined only to the history of the Arabs, for it was repeated in the case of
Berbers, Turks, Mongols, Persians, Indians, Malays and the kongdoms in West and East
Africa.23
Dengan pemahaman yang bersifat mesra budaya ini mubaligh awal telah mengakui dan
terlibat secara langsung di dalam memperkukuhkan budaya tempatan dengan nilai-nilai Islam
dengan cukup berkesan.24 Para mubaligh yang awal dengan kesedaran tentang pendekatan
pertama dan kedua ini telah menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam pembentukan asas
masyarakat Melayu.25 Kesan pengaruh Islam kepada budaya Melayu dapat dikesan dari
beberapa aspek, psikologi26 dan amalan harian (adat) Melayu.
Manakala di peringkat amalan harian pula, Islam telah dipandang oleh orang Melayu

sebagai al-din (way of life) yang bukan terhad bagi tujuan ibadat semata-mata 27, bahkan
sebagai suatu cara hidup yang lengkap yang wajib dipatuhi. 28 Berikutnya sebahagian besar
daripada amalan budaya Islam timur tengah seperti sambutan Maulid Nabi, Maal Hijrah,
sambutan bulan Ramadan, hari raya, Haji, Umrah dan banyak lagi telah diterima dan
dianggap sebagai sebahagian dari perayaan keagamaan utama orang Melayu yang biasanya
disambut dengan menekankan falsafah yang terkandung di sebaliknya.29 Pendekatan dan
penghayatan budaya Islam ini telah diakui sendiri oleh mubaligh Kristian sebagai akibat
langsung daripada usaha pengembangan ilmu-ilmu agama yang dijalankan oleh ulamak
Melayu terhadap masyarakat Melayu.30
Bukan setakat itu sahaja, penerapan ini telah turut memperkukuhkan lagi budaya Melayu
dalam bentuk artifak dan keseniaan.31 Bertitik tolak kepada kesedaran bahawa sifat cintakan
seni adalah fitrah anugerah Allah kepada manusia,32 mubaligh awal ini telah menyediakan
medium, saluran dan wadah untuk keseniaan masyarakat itu terus berkembang dengan
diterapkan secara halus dengan nilai-nilai Islam.

Bagaimana Sikap Penganut Islam Terhadap Media Filem

23 Mona M. Abul Fadl (1995), op.cit, h. 8-9.
24 Mana Sikana (1996), Falsafah Dan Seni Kreatif Melayu, Kuala Lumpur, h. 31-32.
25 C.A.O Van Nieuwenhuijze (1969), “Legacy of Islam in Indonesia”, dalam The Muslim World, v. L1X, h. 210.
26 Maklumat lanjut tentang Psikologi Melayu boleh didapati dalam Abdul Halim Othman (1993), Psikologi
Melayu, Kuala Lumpur.
27 Muhammad Kamal Hassan (1996), “Islamic Intellectual Patterns In The Malay-Indonesian Archipelago: A
Historical Survey”, Dalam Toward Actualizing Islamic Ethical And Educational Principles In Malaysian Society,
Petaling Jaya, h. 1-20.
28 Mohd. Taib Osman (1980), “Islamisation of the Malays: A transformation of culture”, dalam Tamadun Islam
Di Malaysia, Kuala Lumpur, h. 1-4.
29 Mohd. Taib Osman (1989), Malay Folk Beliefs: An Integration Of Disparate Elements, Kuala Lumpur, h. 4850.
30 Md. Sidin Ahmad Ishak, The Malays, h. 33-34.
31 Maklumat lanjut tentang pengaruh Islam dalam seni persembahan Melayu boleh didapati dalam Ahmad
Kamal Abdullah (1988), Unsur-Unsur Islam Dalam Puisi Melayu Moden, Kuala Lumpur, h. 47-48; Shafie Abu
Bakar (1987), “Ruba’i: Pengaruhnya di dalam kesusasteraan Melayu”, dalam Cendekia Kesusasteraan Melayu
Tradisional, Kuala Lumpur, h. 95; Mohd. Anis Md. Nor (1990), The Zapin Melayu Dance Of Johor: From
Village To A National Performance Tradition, tesis PhD untuk University of Michigan, h. 30-38.
32 Shafie Abu Bakar (1995), op.cit, h. 51-54.

6

Mengikut pengamatan semasa, terdapat tiga bentuk paradigma yang diamalkan oleh
ulamak Islam di Malaysia terhadap isu pemodenan secara amnya dan konsep filem
khususnya. Hal ini timbul disebabkan perbezaan world-view pegangan yang diterimapakai
oleh kelompok tersebut. Pertama, kelompok sekularis/ Liberalis. Golongan ini terlalu
mengagumi dan bertaqlid secara melampau dengan paradigma barat moden. Bagi mereka,
semua perkara daripada barat dianggap sebagai baik, termasuklah dalam amalan beragama.
Tanpa segan silu, mereka sanggup menghina metodologi ulamak silam. Kononnya,
kemunduran umat Islam dari segi fizikal dan intelektual berpunca daripada kesilapan
metodologi Islam yang dibangunkan oleh sarjana Islam silam. Bagi tujuan penambahbaikian
kemunduran umat Islam, pendekatan reform barat (menolak semua elemen tradisi) perlu
dipakai sepenuhnya.33 Berasaskan paradigma ini, kita boleh menjangka sudah semestinya
golongan sekularis ini akan mengagumi semua bentuk filem barat tanpa sanggup menilainya
secara kritikal, iaitu samada ianya bertentangan dengan prinsip Islam dan adat ketimuran.
Kedua, kelompok tradisionalis/fundamentalis melampau (paradigma yang mementingkan
dimensi telah lalu dan sekarang).34 Mereka berpegang kepada pendekatan eksklusif (tertutup)
yang tidak mahu menerima pandangan yang berasal daripada luar, lebih-lebih lagi dalam soal
keagamaan. Bagi mereka, hanya pandangan kumpulan mereka sahaja yang paling betul dan
menafikan hal ini kepada golongan lain, lebih-lebih lagi yang mempunyai kaitan dengan
dunia Barat. Secara langsung, mereka mengamalkan backward looking di dalam
mengemukakan jawapan terhadap permasalahan umat Islam - segala elemen tradisi yang
diputuskan oleh ulamak silam yang wajib dipertahankan dan mempersalahkan kesemua
elemen pemodenan. Dalam trend semasa, golongan ini mendokong prinsip kekerasan untuk
sampai kepada maksud dan matlamat akhir perjuangan mereka. Dalam soal ini, pendekatan
mereka secara terang-terangan bersamaan dengan golongan Khawarij di dalam sejarah umat
Islam yang sanggup mengkafir dan menghalalkan darah sesiapa yang menentang perjuangan
mereka. Atas dasar ini, Golongan ini memang menentang keras media filem kerana ianya
berasal daripada barat – dikatakan penuh dengan elemen kemungkaran.
Sebagai contohnya, pendekatan melampau pegangan mereka bersamaan dengan apa yang
diamalkan oleh golongan Taliban di Aghanistan. Dalam hal ini, golongan Taliban telah
menetapkan;35
1) Sebarang bentuk pengambaran kamera dan perakam video terhadap manusia dan binatang
tidak dibenarkan. Ianya juga tidak dibenarkan walaupun untuk merakam sesuatu majlis
perkahwinan.
2) Setiap keluarga diharamkan mendengar music dan menonton filem.
3) Semua arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Taliban ini tidak boleh dikritik ataupun
tidak boleh dipersoalkan, dan sekiranya ada seseorang yang cuba melanggar dekri Syariah
ini, mereka akan dihukum di khalayak ramai.
Ketiga, kelompok reformis ((paradigma yang mementingkan dimensi silam, sekarang dan
akan datang - prinsip Al-Aslahah wa Muasarah). Golongan ini mengambil sikap pertengahan
di dalam segenap perkara, antaranya;
1) Penekanan kepada proses mewujud dan menajamkan daya intelektualism umat Islam di
dalam memahami ajaran Islam itu sendiri. Bagi golongan ini, ketinggian tamaddun umat
Islam silam bukannya patut dibanggakan secara nastolgia semata-mata, bahkan perlu
33 Rahimin Affandi Abd Rahim (2006) “Islam Dan Dan Isu Penterjemahan Dalam Era Globalisasi”, dalam
Hamedi Mohd Adnan (ed. oleh), Penerbitan Malaysia-Indonesia: Mengukuhkan Jaringan Penerbitan Serantau,
Kuala Lumpur : Penerbit UM, h. 151-164
34 Ibrahim Abu Bakar (1994), Islamic Modernism In Malaya, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 1416 dan Abu Bakar Hamzah (1981), Al-Imam: Its Role In Malay Society 1906-1908, Kuala lumpur, h. 54-55.
35 Rahimin Affandi Abd Rahim (2009), Paradigma Wasatiyyah Dan Dailog Peradaban: Satu Analisis, Jurnal
Peradaban, Pusat Dailog peradaban UM, v. 2.

7

dipetik kesimpulan dan intipati induktif dalam bentuk pengajaran terbaik daripada
peristiwa ini untuk dilaksanakan oleh ummat Islam.36 Mengikut sesetengah sarjana Islam
moden, pembangunan tamaddun agung merangkumi Barat dan Islam, adalah berpunca
dari amalan budaya ilmu.37 Hal ini dirujuk kepada penggunaan set idea dan kreativiti
masyarakat untuk mengkaji sesuatu ilmu dan menterjemahkannya di dalam bentuk
program bertindak demi membangunkan pembangunan yang bersifat bersepadu kepada
umat manusia.38
2) Demi untuk menghadapi persaingan dengan kuasa Barat, umat Islam tidak seharusnya
menggunakan pendekatan kekerasan,39 sebaliknya perlu lebih proaktif mempelajari sebab
utama ketinggian tamaddun Barat, iaitu ketinggian budaya ilmu mereka,40 yang perlu
diterapkan ke dalam masyarakat melalui institusi pendidikan. 41 Dalam soal ini, secara
jelasnya mereka menganjurkan bentuk perjuangan yang bersifat evolusi dan bukannya
secara revolusi.42
Berasaskan kepada paradigma ini, golongan ini mengamalkan pendekatan selektif, kritikal
dan positif terhadap perkembangan teknologi maklumat moden. Hal ini termasuklah dalam
soal menangani isu media filem moden. Tanpa menafikan sumbangan positif yang diberi oleh
perkembangan ICT ini, mereka mengamalkan sikap yang berhati-hati dalam soal ini, 43
memandangkan perkembangan teknologi maklumat telah menyebarkan fahaman sekularisme
bentuk baru dengan meluas di dalam masyarakat. 44 Fahaman ini seperti mana halnya dengan
fahaman sekularisme klasik merupakan fahaman yang anti agama dan berasaskan budaya
hawa nafsu (sensate culture).45
Bagi menangani pengiat filem (pelakon, penerbit, pengarah dan semua krew), kita
mempunyai tiga pilihan yang utama; pertama, mengaplikasikan paradigma
tradisionalis/fundamentalis melampau - bersikap anti dan menjauhi golongan yang terlibat
dalam industri perfileman, kerana kononnya golongan ini terlibat dalam aktiviti yang
menjurus kepada kemaksiatan. Kedua, mendokong sepenuhnya pengiat filem dengan modal
material dan idea untuk terus menyebarkan world-view fahaman sekularisme barat yang
menyesatkan. Ketiga, mengaplikasikan paradigma reformis – berusaha mendekati golongan
pengiat filem secara berhemah, yang kemudiannya secara beransur-ansur diterapkan dengan
nilai-nilai Islam.
Mengikut hemat penulis, paradigma reformis yang berteraskan prinsip pertengahan patut
diaplikasikan. Hal ini lebih bersesuaian dengan teori ketiga dan keempat ; sifat ajaran Islam
sendiri yang bersifat mesra budaya dan sirah para mubaligh Islam yang awal di Alam Melayu.
36 Mohamad Kamil Abdul Majid (2001), “Pertembungan Tamaddun Islam dengan Kolonialisme Barat”, dalam
Tamaddun Islam Dan Tamaddun Asia, Kuala Lumpur: DBP, h. 150-151.
37 Lihat sebagai contohnya kupasan yang diberikan oleh Wan Mohd Nor Wan Daud (1990), “Budaya ilmu
sebagai asas pembangunan tamaddun”, dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil. 1, h. 51-67.
38 Louay M. Safi (1998), Truth And Reform: Exploring The Patterns And Dynamics Of Historical Change,
Kuala Lumpur: Open press publication, h. 114-115.
39 Ibid, h. 112.
40 Sebab utama ketinggian tamaddun kebendaan Barat seperti dinilai oleh reformis moden boleh dilihat dalam
Majid Irsan Kailani (1996), Mendidik Peribadi Muslim, Kuala Lumpur: Berita Publishing, h. 64-66.
41 Dr. Majid Irsan Kailani (2000), Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Jerusalem Ke Pangkuan
Islam, Abdullah Abbas (terj.), Kuala Lumpur: Thinker libraries, h. 369-371.
42 Syed Ahmad Hussein (2002), “Muslim politics and discourse on democracy”, dalam Democracy In
Malaysia; Discourse And Practices, Richmond, Surrey: Curzon press, h. 75-80.
43 Zainuddin bin Jaafar (1998), “al-Quran dan Globalisasi”, dalam Monograf Minda KISDAR, Shah Alam:
KISDAR, h. 1-8.
44 Zakaria Stapa (1997), “Negara Malaysia Yang Maju Dan Berakhlak Mulia: Realiti Dan Kemungkinan”,
dalam Jurnal IKIM, V. 5, NO. 1, h. 123-145.
45 Zakaria Stapa (1999), “Ancaman Pasca Moden Dan Faham Modenisme Terhadap Akidah Dan Akhlak Umat
Islam Masa Kini”, dalam al-Maw’izah, v. 7, h. 1-14.

8

Para mubaligh yang awal ini telah mengamalkan sikap yang selektif, proaktif dan responsif di
dalam aktiviti seni dan budaya Melayu – sehingga kemudiannya telah berjaya melahirkan
tamadun Melayu-Islam yang cukup tinggi. Seandainya kita menerimapakai paradigma
tradisionalis dan sekularis, secara langsung kita akan terjebak dengan fenomena watak
tertawan (teori pertama) dan menafikan sumbangan bermakna yang boleh dimainkan oleh
media filem dalam kehidupan manusia moden.(teori kedua)
Filem Dan Pemantapan Idealism Islam Di Dalam Tamadun Melayu-Islam Moden
Bersesuaian dengan kesemua teori yang dikemukakan sebelumnya, kita boleh
menegaskan bahawa media filem dapat membekalkan sistem nilai ataupun idealism Islam
sejati bagi program memantapkan lagi pembangunan tamadun Melayu-Islam moden. Hal ini
boleh dirujuk kepada beberapa perkara;
Pertama, media filem boleh digunakan bagi memenuhi tiga sifat dan keperluan yang
dimiliki oleh seseorang manusia. Sarjana menegaskan manusia itu sebagai Homo Sapien
(perlukan kominikasi untuk hidup), Homo Festivus (memiliki fitrah sukakan seni) dan Homo
Religious (fitrah percaya kepada kewujudan tuhan).46 Bagi sifat Homo Sapien, manusia
memerlukan sistem kominikasi (verbal dan non verbal) untuk menyampaikan sesuatu
kehendak dan maksud.47 Seperti mana halnya kedatangan Islam ke Alam Melayu telah
menjana penciptaan sistem tulisan jawi untuk tujuan penyebaran ilmu Islam, seseorang
pengarah boleh mempergunakan media filem untuk menyampaikan mesej Islam kepada
penonton secara berkesan. Lebih menarik lagi, mesej Islam ini boleh disampai secara
langsung (tersurat melalui dailog) ataupun secara tidak langsung (tersirat). Dalam konteks
kaedah berfikir yang sihat, penyampaian mesej secara tersirat ini amat baik sekali
memandangkan ianya boleh menjana pemikiran kritikal seseorang penonton, walaupun
selepas beliau selesai menonton filem terbabit.
Untuk fitrah Homo Festivo pula, semua manusia boleh dianggap sebagai seniman. Hal
ini ditegaskan oleh ahli falsafah Islam, sebagai anugerah Allah yang Maha Pengasih kepada
manusia sejak azali lagi bersesuaian dengan salah satu daripada sifat Allah, Jamal. Dalam
pemahaman ini, semua manusia (penonton) pasti akan sukakan seni untuk tujuan hiburan,
meningkatkan ilmu- pengalaman dan menenangkan jiwa. Begitu juga, seseorang seniman
(pengarah filem) itu perlu diberikan peluang untuk meluahkan hasil seni yang ada tertanam di
dalam dirinya. Seandainya peluang ini tidak diberikan, hidupnya akan menjadi tertekan. 48 Kita
boleh melihat precedent ini yang diamalkan oleh Mubaligh Islam Alam Melayu. Mereka telah
mempergunakan sepenuhnya fitrah seni (Homo Festivo) ini dengan terlibat mencipta dan
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kesenian Islam. Hal ini telah dilakukan oleh Sunan
Kalijaga salah seorang daripada Wali Songo yang menyebarkan ajaran Islam di Indonesia
secara berkesan menggunakan medium wayang kulit yang diterapkan dengan nilai dan
falsafah Islam.49 Hal ini dilakukan kerana mengikut pengamatan Sunan kalijaga, masyarakat

46 Muhammad Kamal Hasan (2001) dalam Intellectual Discourse At The End Of The Second Millennium:
Concerns Of A Muslim-Malay CEO, Kuala Lumpur: UIAM, h. 1.
47 Kupasan yang cukup menarik dalam soal ini boleh didapati dalam Hassan Ahmad (2003), Metafora Melayu:
Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna Dan Membentuk Epistemologinya, Sungai Ramal Dalam:
Akademi Kajian Ketamadunan, h. 32-42
48 Roskang Jailani (2003), “Hubungan pendidikan seni dengan konsep Tauhid”, dalam Mohd. Radzi Othman
(ed. oleh), Warisan Al-Quran : Aspek Sosiobudaya, Pulau Pinang: Penerbit USM, h. 228-244
49 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2003), “Analisis Sejarah Dakwah Dan Jalinan Intelektuaal Rantau MalaysiaIndonesia”, dalam Zulkiple Abd. Ghani (ed. oleh) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan
Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi, h.
47-74.

9

di Alam Melayu memang bersifat homo festival yang meminati semua bentuk seni, khususnya
seni persembahan bagi tujuan hiburan dan pengajaran.50
Merujuk kepada keperluan Homo Religio, genre filem secara berkesan boleh digunakan.
Pengarah boleh menyusun plot cerita yang menunjukkan bagaimana seseorang manusia itu
memerlukan pertolongan kuasa tuhan apabila dilanda sesuatu masalah. Elemen ketenangan
jiwa akan diperolihi seandainya hal ini mampu dicapai oleh setiap manusia. Atas dasar inilah
tema keagamaan dalam genre filem akan sentiasa relevan untuk setiap zaman dan masyarakat
penonton. Hal ini termasuklah kepada masyarakat penonton barat yang terkenal dengan sifat
anti tuhan (sekularisme). Sebagai contohnya, di dalam filem Titanic, Gladiator, Ghost dan
Dragon Fly, secara tidak langsung pengarah telah menonjolkan mesej homo religio ini. Hal
ini boleh dilihat apabila watak utama (watak Maxcimus, Sam dan Jack Dawson) di dalam
kedua-dua filem ini yang semasa hidupnya telah ditindas, digambarkan memperolihi bantuan
tuhan dan ketenangan selepas kedua-duanya mati- kerana mereka berada di alam Ghaib
(syurga). Secara jelas, pengarah cuba menyampaikan mesej bahawa hidup di dunia ini penuh
dengan ketidakadilan, jadi sesuai dengan fitrah homo religio, keadilan sejati hanya akan
diperolihi selepas kita mati nanti dengan bertemu dengan tuhan yang bakal membalas segala
kebaikan semasa hidup di duinia.
Kedua, genre filem boleh dijadikan sebagai medium utama untuk pemupukan
idealisme Islam yang cukup berkesan. Melalui bakat yang dimiliki oleh seseorang pengarah,
mesej idealism Islam ini boleh diterapkan dalam bentuk penceritaan yang menarik minat
penonton. Boleh dikatakan kesemua plot filem akan menjadi lebih menarik seandainya
idealism Islam yang memang bersifat evergreen ini dapat diterapkan. Antara idealism Islam
yang dimaksudkan;
1) Islam sebagai agama yang menekankan konsep Tauhid. Melalui konsep ini, sebarang
perbuatan syirik kepada Allah tidak dibenarkan sama sekali, kerana ianya mengakibatkan
kezaliman yang amat besar, yang tidak akan diampunkan oleh Allah. Matlamat utama
daripada ajaran anti-syirik ini adalah bagi menjuruskan pengabdian insan hanya kepada
Allah, yang bakal melahirkan manusia yang berjiwa bebas, merdeka dan tidak tunduk
kepada manusia dan lainnya yang mengantikan posisi tuhan. Melalui prinsip ini, terdapat
perbezaan yang jelas di antara tuhan dengan makhluk. Tuhan adalah tuhan dan ianya
berbeza daripada makhluk di mana makhluk dalam apa bentuk sekalipun bukannya
jelmaan daripada tuhan yang harus ditakuti. Alam dan makhluk adalah ciptaan Allah yang
maha berkuasa secara mutlak, di mana kedua-duanya hanya tunduk dan mentaati Allah
semata-mata. Hasilnya, ia bakal membuahkan paradigma yang menolak ketaatan yang
mutlak tanpa kritis kepada mana-mana kuasa ataupun manusia. Neraca tertinggi untuk
sesuatu kebenaran bukan terletak kepada individu, parti dan puak (pendekatan nonpartisan), tetapi perlu dinilai mengikut garis panduan wahyu Allah. Hal ini bakal
menghilangkan benih awal untuk sesuatu pendekatan fanatik di dalam betindak.
2) Islam sebagai agama yang menekankan pendekatan Societal ( mementingkan kehidupan
bermasyarakat) .Semua nilai terkutuk dan sifat terpuji yang dikehendaki oleh mana-mana
system masyarakat sekalipun, seperti buruknya sifat mementingkan diri dan baiknya sifat
kebersamaan, tolak ansur dan sebagainya; turut menjadi agenda utama ajaran Islam.
3) Islam sebagai agama yang mementingkan budaya ilmu yang bersepadu. Antaranya
menuntut seseorang itu bertindak mengikut perkiraan ilmu yang benar dan bukannya
mengikut dorongan ilmu yang salah serta hawa nafsu; perlu menjauhi sifat bebalism yang
timbul akibat dari penyakit kekeliruan ilmu ini, yang digambarkan oleh Wan Mohd Nor
Wan Daud dengan, jahil dan bebal tidak merujuk semata-mata kepada ketiadaan
50 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2006), “Ulamak Dan Paradigma Menanggani Kebudayaan Melayu”, dalam
Othman Yatim (ed. oleh), Wacana Budaya, Kuala Lumpur: APMUM, h. 55-80.

10

maklumat dari fakta yang betul, tetapi lebih penting lagi merujuk kepada sifat rohaniah
yang rendah dan degil walaupun mempunyai maklumat yang betul dan cukup.51
4) Islam sebagai agama yang menekankan pendekatan Rationalistik. Antaranya, Islam
menentang keras amalan budaya Taqlid iaitu amalan yang menerima pendapat orang lain
tanpa usul periksa secara teliti. Amalan ini perlu ditolak sama sekali membabitkan aspek
akidah dan syariah. Bukan setakat itu sahaja sikap bertaqlid kepada semua perkara yang
didatangkan daripada barat perlu ditolak sepenuhnya, kerana kesan daripada amalan ini
akan merosakkan daya keupayaan akal manusia yang pada dasarnya bersifat mulia.
5) Islam sebagai agama yang menekankan pendekatan World Affirmative (alam sebagai
tempat yang berguna). Kehidupan dunia ini perlu dilangsungkan dalam bentuk yang
seimbang di antara kehidupan akhirat. Apa yang lebih penting lagi, kehidupan dunia ini
perlu dijadikan medan utama untuk mendapatkan sebanyak mungkin bekal untuk
kegunaan hari akhirat. Dalam soal ini, secara halus kita dapat menyingkap bahawa di
antara kedua-dua alam ini, perkiraan alam akhirat perlu diutamakan memandangkan ianya
lebih bersifat kekal abadi.
Ketiga, genre filem dapat digunakan untuk memperbetulkan nisbah negatif yang
dipaparkan oleh pihak barat melalui medium filem dan media massa. Maknanya, kita boleh
menggunakan senjata musuh bagi membalas serangan mereka ke atas kita sendiri. sebagai
kaedah utama untuk menghapuskan tohmahan buruk yang diberikan oleh media barat
terhadap ajaran Islam dan penganutnya. Dewasa ini, kelihatannya pandangan negatif yang
dibawa oleh sarjana Barat telah lebih mendominasi dan diterimapakai oleh pihak berkuasa
Barat, di dalam merangka dasar luar mereka terhadap dunia umat Islam. 52 Rata-ratanya
kalangan orientalis Barat ini memberikan kupasan yang agak stereotaip terhadap Islam dan
gerakan Islam moden di seluruh dunia;
1) Menonjolkan gerakan Islam moden sebagai golongan penganas yang hauskan darah
masyarakat bukan Islam. Hal ini berlaku disebabkan antara lainnya kerana faktor agama
Islam itu sendiri yang mengalakkan penganutnya bertindak ganas terhadap golongan
bukan Islam.53
2) Menonjolkan gerakan Islam sebagai penentang terhadap segala elemen yang datang dari
dunia Barat, seperti idea pemodenan, Hak asasi manusia, sistem demokrasi dan
sebagainya.54
3) Menonjolkan gerakan Islam sebagai ancaman utama kepada dominasi order baru dunia
moden yang ditaja oleh Amerika Syarikat. Pandangan ini bersesuaian dengan teori clash
of civilization yang diutarakan oleh Sameul Hutington, yang menganggap faktor budaya
dan agama, khususnya agama Islam yang menjadi musuh utama masyarakat Barat, yang
harus diperangi secara habis-habisan.55
Atas dasar ini, mengikut kupasan sarjana Islam moden, terdapat tiga kelompok
pengguna ICT (termasuk Filem) dalam masyarakat awam barat semasa selepas era post 11
september;56

51 Wan Mohd Nor Wan Daud (1990), “Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamaddun”, dalam Jurnal
Pendidikan Islam, v. 3, bil. 1, h. 51-52.
52 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Fawaz A. Gerges (1999), America And Political Islam; Clash Of
Cultures Or Clash Of Interest, Cambridge: Cambridge university press, h. 21-28.
53 Bernard Lewis (1993), “Islam and Liberal Democracy”, dalam Atlantic Monthly, Februari 1993, h. 93.
54 Bernard Lewis (1990), “The roots of Muslim rage”, dalam Atlantic Monthly, September 1990, h. 60-62.
55 S. Huntington (1993), “The Clash of civilizations”, dalam Foreign Affairs, Summer, h. 25, 31-32 dan 39.
56 Gordon D. Newby (1996), “Muslim/non-Muslim relations : lesson from the past for a better future”, dalam
(edit) Aidit Haji Ghazali, Development, Islamic, Malaysian And American Perspectives, Kuala Lumpur :
INMIND, h. 47-76.

11

1) Kelompok yang semakin membenci Islam kerana terpengaruh membabi buta dengan
paparan negative yang disogokkan oleh media massa barat.57
2) Kelompok yang separuh faham dengan reality kenapa umat Islam sanggup bertindak
melakukan keganasan terhadap kepentingan kuasa barat. Ianya disebabkan dasar kuasa
barat sendiri yang memang menindas penganut Islam di seluruh dunia. Kelompok ini
timbul apabila mereka merujuk sendiri kepada sumber Quran dan Sunnah bagi
mengetahui maklumat sebenar tentang ajaran Islam. Memang terbukti mereka hairan
kerana sebahagian besar ajaran Islam di dalam kedua sumber asasi Islam ini penuh dengan
butiran ajaran yang mementingkan pendekatan mesra dengan penganut agama lain dan
penuh dengan sifat Rahmah.58
3) Kelompok yang semakin faham dan simpati dengan penganut Islam , termasuklah
sehingga memeluk agama Islam sendiri. Ianya timbul kerana mereka terdedah dengan
pelbagai laman web milik penganut Islam di internet yang berusaha menangkis segala
tohmahan buruk yang diutarakan oleh media massa barat.59
Daripada perkembangan ini, kita boleh menyaksikan keberkesanan medium ICT baru
seperti laman web dan filem di dalam menjalankan usaha memperbetulkan nisbah buruk ini
dan usaha dakwah sekaligus.
Keempat, genre filem dapat membantu kita memahami dan meniru pelbagai elemen
positif yang memang dimiliki oleh masyarakat barat, sehingga mereka mampu membina dan
mempertahankan kelangsungan tamadun mereka hingga pada masa sekarang. Dalam soal ini,
pendekatan yang bertapis dan selektif perlu digunakan. Memandangkan sifat pemikiran barat
yang rata-ratanya bersifat anti Islam60 telah menyebabkan sesetengah pihak mengambil sikap
negatif dan pasif (tidak mempedulikan) dengan menentang keras dan menafikan unsur-unsur
kebaikan yang kedapatan di dalam hasil pemikiran tersebut. Malahan terdapat setengah pihak
yang menyatakan bahawa sesiapa yang belajar daripada golongan orientalis akan dianggap
sebagai musuh ummah Islam, pengikut syaitan dan penyambung lidah orientalis, yang wajib
ditentang keras oleh seluruh umat Islam. 61 Bahkan mengikut pendapat Wan Mohd. Nor Wan
Daud, terdapat sejumlah besar dari sarjana Islam sendiri yang telah dijangkiti penyakit
westophobia, sikap takut dan benci yang tidak rasional terhadap barat. Pada dasarnya,
penyakit ini adalah serpihan daripada penyakit akal, xenophobia yang menyebabkan
penghidapnya sentiasa takut kepada unsur-unsur luar.62
Secara mudahnya, kita patut belajar secara selektif dengan segala perkembangan filem
moden – khususnya dari segi teknologi baru63 dan mesej yang hendak disampaikan kepada
khalayak penonton. Antara mesej yang boleh dipelajari;
1) Unsur kemanusiaan sejagat yang menentang keras semua bentuk elemen penindasan dan
pencabulan hak asasi manusia yang biasanya bakal menimbulkan kemudaratan kepada
semua lapisan masyarakat.64
57 Peter Heath (1996), “Some American perceptions of developing Muslim countries”, Aidit Haji Ghazali (ed.
oleh), Development, Islamic, Malaysian And American Perspectives, Kuala Lumpur: INMIND, , h. 5-29.
58 Mohd Azizuddin Mohd. Sani (2002), Hak Asasi Manusia Menurut Pandangan Islam Dan Barat, Kuala
Lumpur: Penerbitan PTS, h. 52-58.
59 Antara homepage Islam yang cukup terkenal menggunakan pendekatan ini adalah kampung net-Singapore
Muslim Community page, Japan Islamic network dan About al-Islam and Muslims. Lihat “Islam dalam Internet”,
dalam Majalah PC, Sumber Komputer Generasi Baru, Jilid 5, v. 1, 1996, h. 29.
60 Asaf Husain (1984), “The Ideology of Orientalism”, dalam Orientalism, Islam and Islamist, Vermont, h. 5-22.
61 Abdul Rahman Abdullah (1997), Pemikiran Islam Di Malaysia: Sejarah Dan Aliran, Jakarta, h. 102.
62 Kata pengantar Wan Mohd Nor Wan Daud (1999), dalam Syed Muhammad Dawilah al-Edrus, Epistemologi
Islam: Teori Ilmu Dalam Al-Quran, Kuala Lumpur, h. xv.
63 Seperti mana teknologi baru yang diterapkan dalam filem Finding Nemo, Shrek 1 Dan 2, Madagascar, The
Car dan sebagainya.
64 Filem The Killing field, the Interpreter, Platoon, Schindler’s list

12

2) Unsur kepentingan menjaga keseimbangan system ekologi alam sekitar- bakal
memudaratkan kehidupan generasi manusia akan datang.65
3) Elemen konspirasi, sifat munafik dan taktik kotor yang diamalkan oleh kuasa politik dan
ketenteraan barat terhadap dunia Islam- sering dijadikan sebagai scapegoat untuk setiap
kemusnahan yang berlaku dalam dunia moden.66
4) Pendedahan tentang fakta ketinggian tamadun umat Islam silam yang dilihat telah
memberi kesan kepada proses pembangunan tamadun barat moden.67
5) Elemen pasca kolonialisme- masyarakat barat sudah menyedari kelemahan fahaman
sekularisme yang menolak agama dalam kehidupan dan memilih untuk kembali
mendekati agama68 demi untuk memberikan ketenangan dalam hidup.69
6) Protes terhadap unsure negative yang terhasil akibat penggunaan S&T moden yang tidak
beretika- seperti isu pengklonan manusia,70 penggunaan senjata Bio-Teknologi71 dan
sebagainya.
7) Kepentingan mentaati ibubapa dan penjagaan keluarga.72
Kelima, jalinan yang erat dalam bentuk saling mempelajari antara satu sama lain perlu
diwujudkan di antara pengiat filem dan ulamak Islam. Memanglah diakui sesuatu tamadun itu
muncul dan mampu bertahan lama kerana faktor agama. Agama memberi garis panduan
tentang apa yang boleh dan tidak dilakukan dilakukan untuk kehidupan seharian.Ajaran
agama ini perlu disampaikan melalui pelbagai medium. Secara tradisinya, medium ini berupa
ceramah, forum dan kitab agama. Dengan perkembangan S&T moden, medium filem boleh
digunakan bagi tujuan pendidikan Islam secara langsung dan tidak langsung.
Dalam konteks ini, ulamak perlu mendekati pengiat filem bukan untuk mendapatkan
publisiti murahan, tetapi bertujuan untuk mendidik mereka ataupun memberikan imput
berguna agar filem yang bakal dihasilkan itu lebih bernuasakan nilai-nilai Islam.Untuk itu,
ulamak perlu menjauhkan pengamalan sifat yang lebih suka menghukum (legal formalistik). 73
Atas dasar muhibbah (sanggup memberi dan menerima),74 pengiat filem juga perlu
menerimapakai sebarang formula yang diutarakan oleh kalangan ulamak. Dengan cara ini,
pengiat filem akan dapat mengetahui bahawa usaha mereka boleh menjadi suatu ibadah yang
bakal memperolihi ganjaran yang besar di sisi Allah.
Bagi kalangan ulamak, terdapat beberapa pendekatan dan kerangka penilaian terhadap
konsep seni filem yang berhemah yang perlu dilakukan. Pendekatan terbaik yang mungkin
perlu diterapkan dalam konteks ini adalah berbentuk pertengahan (tidak terlalu ekstrim dan
terlalu mudah) yang boleh mengelakkan Islam daripada tohmahan kesat yang menyatakan
Islam itu anti pemodenan, anti seni dan ketinggalan zaman. Pada dasarnya, dicadangkan tiga
pendekatan utama;
65 Filem On Deadly Ground.
66 Filem Spy Game, True Lies, The Long Kiss Good night, Blackhawk down, Syriana
67 Filem Robin Hood The Prince Of Thief, Kingdom Of Heaven
68Kuntowijoyo, (2003) " Epistemologi dan paradigma ilmu-ilmu Humaniora dalam perspektif pemikiran Islam
", dalam Akh. Minhaji(ed. oleh) Menyatukan Kembali Ilmu-Ilmu Agama Dan Umum: Upaya Mempertemukan
Epistemologi Islam Dan Umum, Yogyakarta: Sunan kalijaga press, 2003, h 66-67.
69 Filem Gladiator, Ghost, Brave heart
70 Filem The Island dan the Fifth Day
71 Filem The Outbreak
72 Filem ForestGump, The Patriot
73 Maklumat lanjut tentang keburukan pendekatan ini boleh dilihat dalam Rahimin Affandi Abd Rahim (2006),
“Ulamak dan paradigma menanggani kebudayaan Melayu”, dalam Othman Yatim (ed. oleh), Wacana Budaya,
Kuala Lumpur: APMUM, h. 55-80.
74 Ulasan yang cukup bernas tentang konsep muhibbah ini boleh dilihat dalam Hassan Ahmad (2006)
Memperkasa Bangsa Melalui Kekuatan Dalaman: Ke arah Kelahiran Melayu Glokal, Kuala Lumpur: Alaf 21
Sdn Bhd.

13

1) Pendekatan ala filosofis-sejarah; di mana seseorang fuqaha patut mengambilkira persoalan
asal usul pensejarahan sesuatu aspek adat dan seni Melayu itu diciptakan. Di samping itu
juga, fuqaha perlu mengetahui persoalan filosofis yang terkandung di dalam adat dan seni
Melayu itu yang rata-ratanya dikesan telah diasaskan oleh para mubaligh Islam yang awal.
Maksudnya, banyak daripada hasil adat dan seni Melayu ini yang sesuai untuk diamalkan
bagi kelangsungan umat Islam di zaman moden. Contoh yang paling jelas boleh dilihat
daripada timbulnya fenomena Nasyid Kontemporari sebagai medium utama yang bersifat
islamik untuk menghiburkan masyarakat.
2) Pendekatan yang bersifat lebih konstruktif terhadap konsep seni, yang perlu disertakan
dengan pengkajian yang teliti. Atas dasar ini, setiap hasil seni tidak sepatutnya dimusuhi,
tetapi sebaliknya perlu dihargai kerana ianya secara tidak langsung dapat dijadikan ukuran
tentang nisbah penghayatan ajaran Islam yang berlangsung di dalam kehidupan
masyarakat. Setiap hasil kreativiti seni para seniman Islam merupakan luahan seni yang
memang terdapat di dalam diri setiap manusia, berpunca daripada pengalaman perenungan
terhadap keindahan ciptaan Allah dan jalinan spiritual berasaskan akal budi dan rasa cinta
dengan Allah.75 Ianya perlu dikaji, diteliti dan dipetik elemen pengajaran bagi manafaat
umat Islam.
3) Pendekatan yang tidak terlalu anti melulu kepada adat dan seni Melayu. Islam amat
mementingkan elemen ekspresi keindahan yang berteraskan kepada konsep Tauhid.
Namun begitu, sebelum ianya boleh dianggap sebagai sesuatu yang bermanafaat dan
mempunyai nilai estetika keindahan yang bermutu, tapisan terhadap metode dan isi
kdanungannya perlu dilakukan.
4) Pendekatan ala futuristik patut ditekankan, demi untuk mengelakkan bencana yang lebih
berat terkena kepada umat Islam.76 Sebagai contohnya, kita boleh mendapati bagaimana
sebarang usaha yang mengharamkan ataupun membatas kegiatan kesenian hanya akan
menimbulkan masalah ummah yang lebih kronik lagi, masyarakat akan tidak
mempedulikan ajaran agama dan meninggalkan kesenian Melayu yang dianggap
ketinggalan zaman dan bertentangan dengan Islam. Sebagai gantinya, mereka akan secara
mudahnya mengamalkan amalan kesenian ala barat yang kononnya lebih bersifat sejagat
dan lebih bersesuaian dengan kehendak nafsu serakah manusia semata-mata.77
Secara mudahnya, manafaat yang bakal terhasil daripada jalinan antara ulamak dengan
pengiat filem dapat diperjelaskan dengan paparan berikut;
1) penerbit dan Pengarah filem perlu memperbetulkan niat mereka dalam penghasilan
sesuatu filem, dan bukannya bermatlamatkan untuk mendapat keuntungan semata-mata.
Mereka perlu mematuhi semua syarat seni Islam seperti tidak membenarkan sebarang
amalan yang diharamkan oleh Syariat.
2) Bakat yang dimiliki oleh seseorang pengarah perlu diterapkan dengan ilmu yang bersifat
Haqq Yakin. Mengikut epistemology Islam, gabungan antara bakat, ilmu dan pengalaman
akan melahirkan unsur kebijaksaan (Hikmah) yang cukup tinggi. Hal ini bakal
memperkasakan lagi mutu kepengarahan yang dimiliki oleh seseorang pengarah.
3) Pemilihan tema atau mesej yang lebih kreatif bertepatan dengan prinsip Islam. Apa yang
jelasnya, ianya pasti memperluaskan variasi tema dan mesej yang lebih baik. Pemilihan
tema yang bersifat popular (pendekatan realism tentang apa yang berlaku di dalam
masyarakat semasa) memang dibolehkan. Namun begitu, ianya perlu diolah secara kreatif
agar dapat memberikan pengajaran dan pendidikan yang sepatutnya. Dalam soal ini, kita
75 A. Khudori Soleh (2004), Wacana Baru Filsafat Islam, Yogyakarta: Pustaka Pelajar, h. 320-327.
76 Yusuf Qardawi (1992), Wawasan Islam Antara Keaslian Dan Kemodenan, Ahmad Nuryadi Asmawi (terj.),
Kuala Lumpur, h. 135-143.
77 Lihat Salasiah Abd. Wahab (2001), “Madonna, Pascamoden dan Kebudayaan Popular”, dalam Jurnal YADIM,
bil. 2, h. 15-20. Lihat juga Shaharom TM Sulaiman (2001), “Budaya Hiper Dan Ekstasi Gaya Hidup Remaja
Dalam Era Siber”, dalam Jurnal YADIM, bil. 2, h, 1-12.

14

boleh merujuk kepada beberapa mesej yang terkandung di dalam filem Kiamat Sudah
Dekat. Walaupun diakui, filem ini tidak menggunakan latar belakang yang menarik seperti
filem barat dan Hindustan, tetapi ia berjaya menarik minat penonton kerana mesej yang
dibawanya. Sesetengah daripada mesej ini sebelumnya tidak disedari oleh ulamak sendiri;
a) Ulamak atau orang yang berpengetahuan agama bukanlah maksum. Mereka juga
seperti manusia bia