Sistem Demokrasi Berparlimen Dominasi Ek

Sistem Demokrasi Berparlimen: Dominasi Eksuketif ke Atas Legislatif
1.0 Latarbelakang
Sistem Parlimen merupakan pendekatan yang digunakan bagi mentadbir badan
perundangan sesebuah negara. Parlimen ialah sebuah badan atau tempat wakil rakyat untuk
bersidang dan berbahas mengenai perundangan negara serta dasar-kerajaan. Fungsi dan peranan
parlimen bersesuaian dengan maksud asal perkataan parlimen iaitu bercakap atau berucap dalam
bahasa Perancis iaitu parler [ CITATION God97 \l 1033 ]. Konsep parlimen demokrasi
digunakan dalam sistem ini berteraskan pemilihan wakil rakyat atau perwakilan menerusi
pilihanraya. Pemilihan wakil rakyat ini selari dengan prinsip demokrasi liberal yang memberi
kuasa kepada rakyat untuk memilih wakil mereka bagi membuat keputusan dalam dewan
perundangan seperti parlimen [ CITATION Hel99 \p 77 \l 1033 ]. Wakil rakyat yang dipilih
bertanggungjawab melaksanakan amanah yang diberi dan perlu mewakili suara rakyat yang
diwakilinya.
Kerajaan dalam sistem parlimen ini merujuk kepada sebuah badan eksekutif yang
dikenali sebagai kabinet. Dalam sistem parlimen, parti yang memenangi pilihan raya akan
membentuk kerajaan dan parti kedua tertinggi akan menjadi pihak pembangkang. Ahli kabinet
atau menteri perlu dilantik dalam kalangan ahli parlimen itu sendiri. Robertson (1985) memberi
definisi bahawa kabinet merupakan kumpulan kecil yang dibentuk oleh parti kanan yang dilantik
sebagai menteri untuk mentadbir negara. Pembentukan kabinet ini jelas menujukkan bahawa
terdapat hubungan jelas antara badan eksekutif dan badan perundangan dalam sistem parlimen.
Oleh sebab itu, sistem parlimen juga turut dirujuk dengan nama sistem kabinet berparlimen

kerana ahli eksekutifnya terdiri daripada ahli legislatif.
Percantuman kuasa antara badan eksekutif, iaitu kabinet dan badan perundangan dalam
sistem parlimen ini boleh diterangkan melalui doktrin pencantuman kuasa (fussion of power).
Walaupun fungsinya berbeza antara badan eksekutif dan badan perundangan dalam sistem
parlimen, tetapi secara amalan keahlian badan eksekutif adalah daripada badan perundangan.
Mahajan (1981) menegaskan bahawa menteri kabinet yang duduk sebagai ahli dalam parlimen
bertanggungjawab ke atas badan perundangan dan mereka boleh dibubarkan sekiranya mendapat
undi tidak percaya daripada ahli parlimen. Secara praktikal juga, kabinet mendominasi parlimen

1

kerana mempunyai kuasa majoriti tetapi parlimen masih mengawal akauntibiliti kuasa eksekutif
dalam pemerintahan negara.
2.0 PERBINCANGAN
2.1 Dominasi Kabinet Dalam Parlimen
Kabinet ialah sebuah badan eksekutif dan diketuai oleh Perdana Menteri yang merupakan
ketua parti yang memenangi undi majoriti paling tinggi dalam parlimen. Walaupun dari segi
teorinya raja merupakan merupakan ketua eksekutif, tetapi Perdana Menteri akan melaksanakan
tugas eksekutif secara praktikal. Pembentukan kabinet ini dilakukan oleh Perdana Menteri bagi
membantunya dalam menguruskan pentadbiran negara. Kabinet merupakan badan utama dalam

membuat keputusan dengan

merangka dasar dan undang-undang negara untuk dibawa ke

parlimen bagi diperdebatkan serta diluluskan. Proses perjalanan parlimen juga diatur oleh pihak
kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Dalam soal kewangan negara, kabinet mempunyai
kuasa untuk merangka belanjawan negara dan membuat peraturan serta mengawal sistem
percukaian yang dikenakan kepada masyarakat. Oleh hal yang demikian, sistem kerajaan
berparlimen juga dikenali sebagai sistem kerajaan berkabinet kerana segala keputusan kabinet
mendahului parlimen. Peranan dan tugas kabinet ini memperlihatkan dominasi mereka dalam
urusan parlimen. Daaldar (1963) menyatakan bahawa dominasi ini berlaku kerana kabinet
merupakan ahli yang terdiri daripada majoriti parti yang menang, maka peranan parlimen dilihat
sebagai tempat perdebataan di antara kerajaan dan pembangkang berbanding peranan sebagai
badan pengawalan undang-undang. Istilah ‘kabinet diktaktor’ digunakan bagi menggambarkan
kekuasan kabinet ke atas parlimen. Kekuasan kabinet ini berlaku dengan beberapa sebab seperti
sistem parti yang digunakan, limitasi masa parlimen dalam membahaskan isu secara terperinci
dan hak Perdana Menteri untuk menggubarkan parlimen [ CITATION NJa02 \l 1033 ]. Parlimen
dilihat hanya berperanan sebagai tempat meluluskan undang-undang berbanding untuk
menggubal undang-undang. Perdana Menteri dan kabinetnya mempunyai tanggungjawab
akauntibiliti kepada parlimen iaitu tanggungjawab menteri secara individu dan tanggungjawab

bersama kabinet.
2.2 Tanggunjawab Menteri (Ministerial Responsibility)

2

Menteri kabinet mempunyai tanggungjawab ke atas pentadbiran jabatannya, dasar yang
dilaksanakan serta tindakannya sebagai seorang menteri. Tanggunjawab menteri bermaksud
seseorang menteri itu perlu mengekalkan tanggunjawab ke atas kabinet secara konsisten dan
menikmati kepercayaan parlimen ke atas dirinya. Menteri bertanggungjawab dalam memastikan
pelaksanaan kerja yang dilaksanakan oleh penjawat awam di jabatannya mengikut undangundang dan berjalan lancar. Segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh penjawat awam
dalam jabatannya juga turut ditanggung oleh menteri. Enright (2001) menyatakan bahawa antara
prinsip tanggungjawab menteri ialah setiap menteri perlu menjawab segala pertanyaan di
parlimen. Oleh hal yang demikian, menteri perlu bersiap sedia untuk mempertahankan posisinya
sebagai menteri dan jabatannya dalam menjawab pertanyaan di parlimen. Persoalan yang
dikemukakan oleh ahli parlimen kepada menteri tentang jabatannya merupakan kaedah
digunakan untuk melihat ketulusan menteri dalam melaksanakan sesuatu dasar.
Menteri yang gagal menjawab pertanyaan parlimen serta gagal bertnggungjawab ke atas
kesalahan jabatannya boleh dipaksa untuk meletak jawatan. Pada tahun 1954, Sir Thomas
Dugdale telah meletak jawatan sebagai menteri kerana kesalahan penjawat awamnya terlibat
dengan skandal iaitu ‘Crichel Down Affairs’ [ CITATION Kei95 \l 1033 ]. Peletakan jawatan

seseorang menteri kerana kesilapan jabatanya kurang berlaku. Kebanyakan menteri akan
meletakkan jawatan mereka kerana sebab peribadi seperti skandal, rasuah dan mendapat
sokongan rendah wakil rakyat berbanding kesalahan penjawat awam dalam jabatanya
[ CITATION Bud07 \l 1033 ]. Tambahan pula, terdapat beberapa halangan yang menyukarkan
perlatakan jawatan sesorang menteri. Sokongan daripada ahli parti majoriti dalam parlimen serta
prinsip tanggungjawab bersama ahli kabinet menyebabkan peletakan jawatan menteri dan undi
tidak percaya ke atas seorang menteri sukar dilakukan. Oleh hal yang demikian, tanggungjawab
menteri secara individu tidak dipandang serius secara praktikalnya dalam memastikan
akauntibiliti seseorang menteri. Peletakan atau pemecatan menteri bukan satu kayu ukur bagi
memperlihatkan bahawa prinsip tanggungjawab menteri itu berkesan dan berlaku secara
praktikal. Perkara utama yang perlu ditekankan ialah amalan akauntibiliti yang dijalankan oleh
parlimen dalam memastikan menteri melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang.
2.2 Tanggugjawab Bersama (Collective Responsibility)

3

Menteri bukan sahaja bertanggungjawab ke atas dirinya dan jabatannya tetapi
mempunyai tanggungjawab bersama dengan ahli kabinet yang lain. Prinsip tanggungjawab
bersama ini bermaksud keputusan yang dibuat oleh kabinet perlu dipegang bersama oleh semua
menteri kabinet dan pegawai awam dalam melaksanakan perjalanan setiap jabatan kerajaan

[ CITATION Kes10 \l 1033 ]. Mesyuarat kabinet berfungsi sebagai tempat untuk membuat
keputusan penting dan setiap keputusan dibuat dalam mesyuarat perlu dituruti bersama oleh
semua menteri. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat kabinet adalah seperti
membuat dasar-dasar kerajaan, merangka belanjawan negara dan membincangkan isu-isu
jabatan.
Dalam mesyuarat kabinet, setiap menteri perlu bersaing bagi memastikan dasar merka
dapat dilakukan dan mendapat peruntukan yang utama untuk jabatan mereka. Persaingan ini
menyebabkan timbul konflik antara menteri bagi mendapatkan keutamaan jabatannya dalam
melaksanakan dasar. Untuk memastikan keberkesanan dalam membuat keputusan di peringkat
kabinet, Jawatankuasa Kabinet diwujudkan bagi memastikan dasar negara dibincangkan lebih
terperinci sebelum kabinet membuat keputusan. Pembentukan jawatankuasa ini bagi
membincangkan dan memilih dasar utama kerajaan untuk dilaksanakan [ CITATION Don99 \l
1033 ]. Peranan ini jelas membuktikan bahawa Jawatankuasa Kabinet mempunyai autoriti dan
legitemasi dalam membuat keputusan serta mewakili keputusan kabinet secara bersama.
Jawatankuasa Kabinet ini sebenarnya mengurankan lagi peranan kabinet dalam membuat
keputusan. Bekas Perdana Menteri Kanada, Pierre Elliott Trudeau yang memperkukuhkan
jawatankuassa kabinet semasa pemerintahannya banyak mengambil keputusan menerusi
jawatankuasa kabinet dan tidak berbincang dengan menteri yang lain [ CITATION Don09 \l 1033
]. Perdana Menteri dilihat boleh membelakangkan kabinet dalam membuat keputusan dan boleh
merujuk kepada jawatankuasa kabinet secara langsung. Kabinet hanya berfungsi seperti tempat

untuk menteri bertanya tentang sesuatu dasar kerana proses membuat dasar terletak kepada
jawatankuasa kabinet dan Perdana Menteri. Situasi ini dapat dilihat menerusi tindakan yang
diambil oleh Bryan Mulroney, Perdana Menteri Kanada yang menubuhkan Jawantukasa ad hoc
bagi merangka darft penggubalan perlembagaan pada musim panas 1991 tetapi draft tersebut
hanya dibawa ke kabinet dua hari sebelum diwarwarkan [ CITATION Bla98 \l 1033 ]. Oleh itu,
peranan membuat keputusan dalam kabinet secara dasarnya terletak pada jawatankuasa kabinet
berbanding kabinet itu sendiri.
4

Setiap menteri perlu bertolak ansur dan menerima keputusan kabinet secara bersama
mengikut prinsip tanggungjawab bersama.

Walaubagaimanapun, menteri yang membantah

keputusan kabinet boleh meletak jawatan sebagai tanda tidak bersetuju dengan keputusan
kabinet[ CITATION Ste06 \l 1033 ]. Pada tahun 2003, Robin Cook, Lord President Of Council
pada zaman pentadbiran Perdana Menteri British, Tony Blair telah meletak jawatan kerana tidak
bersetuju dengan keputusan kabinet untuk melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Iraq tanpa
perjanjian antarabangsa dan sokongan domestik. Prinsip tanggungjawab bersama ini
menunjukkan betapa pentingnya penyatuan dalam kabinet dan setiap menteri tidak boleh

membuat keputusan melepasi keputusan mesyuarat kabinet. Peranan penjawat awam dan
Jawatankuasa Kabinet dalam membuat dasar serta konsep tanggungjawab bersama memberi
limitasi kepada menteri secara individu dalam membuat keputusan dalam kabinet [ CITATION
Nik12 \l 1033 ]. Fungsi ini jelas menunjukkan bahawa konsep tanggungjawab bersama ini turut
menjadikan menteri perlu bergerak mengikut kehendak bersama ahli kabinet. Setiap keputusan
kabinet perlu dipertahankan bersama oleh menteri kabinetnya terutamnya dalam sesi parlimen.
Konsep tanggunjawab bersama ini juga memperlihatkan penyatuan dan kekuatan kerajaan dalam
kalangan masyarakat serta parlimen dalam melaksnakan tugas mereka.
2.3 Penjawat Awam dan Kabinet
Pembuatan dasar kerajaan ini sebenarnya tidak dilakukan oleh ahli kabinet secara
menyeluruh . Proses dalam merangka dasar-dasar kerajaan dilakukan oleh penjawat awam setiap
jabatan. Bebanan kerja dan masa yang terhad untuk menteri merangka atau terlibat dalam proses
membuat dasar menyebabkan penglibatan penjawat awam penting dalam melaksanakan tugas
tersebut. Penjawat awam berperanan bukan sahaja dalam membantu menteri untuk
melaksanakan dasar tetapi turut menjadi penasihat menteri dalam membuat dasar serta merangka
dasar kerajaan itu sendiri [ CITATION Jor03 \l 1033 ]. Penglibatan penjawat awam ini
berdasarkan kemahiran mereka dalam menjalankan tugas pentadbiran dan membuat dasar. Hal
ini demikian kerana penjawat awam mempunyai kemahiran dan pengalaman yang lama
berbanding menteri yang memegang jawatan melalui pelantikan politik. Penjawat awam juga
bersikap semulajadi (neutral) dalam melaksanakan amanahnya berbanding menteri. Perlu

diperjelaskan bahawa penjawat awam merupakan mereka yang dilantik dan bukan dipilih
menerusi pilihan raya . Oleh hal ini demikian kerana penjawat awam tidak terikat dengan
5

kepentingan dan pemikiran politik kepartian dan tidak bertanggungjawab ke atas dasar-dasar
yang dilakukan berbanding menteri.
Kemahiran penjawat awam dalam merangka sesuatu dasar menyebabkan fungsi kabinet
dalam membuat keputusan dan merangka dasar menjadi kurang efektif. Setiap

keputusan

kabinet atau menteri perlu melalui nasihat penjawat awam yang turut mendominasi peranan
menteri dalm membuat keputusan kabinet [ CITATION Rho06 \l 1033 ]. Mr. Wilson telah
menubuhkan Unit Dasar dalam kerajaan yang berperanan dalam memberi nasihat politik kepada
dirinya. Hubungan antara penjawat awam dan menteri kabinet juga amat penting dalam
memastikan bahawa setiap perancangan dan pelaksanaan dasar kerajaan dapat dijalankan.
Ketidak harmonian dan perselisihan antara penjawat awam dan menteri menyebabkan
pentadbiran kerajaan rapuh dan tidak kukuh. Realitinya, tanggungjawab bersama kabinet untuk
membuat keputusan perlu mengambil kira peranan penjawat awam dalam proses tersebut.
Pentadbiran awam dan karenah birokrasi yang kompleks memerlukan kemahiran yang tinggi

daripada penjawat awam untuk melaksanakannya. Dalam proses membuat keputusan,
menunjukkan bahawa penjawat awam lebih menekankan cara sesuatu dasar itu perlu
dilaksanakan secara praktikal berbanding menteri yang hanya menekankan prinsip yang perlu
ada dalam membuat sesuatu dasar [ CITATION Col99 \l 1033 ]. Kedua-dua perspektif iaitu
antara kabinet dan penjawat awam perlu bagi menghasilkan dasar atau pentadbiran yang
berkualiti.
Terdapat beberapa kritikan tentang penjawat awam yang dilihat mempunyai pengaruh
yang besar dalam membuat keputusan untuk menteri kabinet. Setiap nasihat dan pandangan
daripada penjawat awam boleh ditolak oleh menteri kerana keputusan muktamad terletak pada
keperluannya dan bukan penjawat awam [ CITATION Mah08 \l 1033 ]. Menteri yang membuat
keputusan perlu menanggung risiko dalam membuat sesuatu keputusan kerana perkara tersebut
merupakan tanggungjawab seorang menteri terutamnya semasa sesi soal jawab di parlimen.
Pihak penjawat awam tidak mempunyai tanggungjawab secara langsung terhadap sesuatu dasar
kerajaan kerana perkara tersebut terletak dalam tugas kabinet dan Menteri itu sendiri.
2.3 Dominasi Perdana Menteri Dalam Kabinet
Dalam sistem kabinet berparlimen, Perdana Menteri mempunyai kuasa utama dan
penggerak dalam menjalankan fungsi eksekutif melalui kabinetnya. Ketokohan dan kuasa
6

Perdana Menteri boleh memberi peluang kepada dirinya untuk mendominasi kabinet

terutamanya dalam membuat keputusan. Oleh hal yang demikian, kerajaan kabinet berparlimen
juga sering kali digelar sebagai kerajaan Perdanan Menteri. Terdapat beberapa perkara yang
memperlihatkan penguasaan Perdana Menteri ke atas kabinet seperti kuasa dalam melantik dan
memecat ahli kabinet, peningkatan organisasi dan disiplin parti serta kawalan ke atas penjawat
awam. Baylis (1998) meilihat peningkatan dominasi Perdana Menteri ke atas kabinet menerusi
kuasanya untuk melantik dan memecat ahli kabinet, menyusun agenda mesyurat kabinet serta
membuat keputusan mesyuarat mengikut keperluannya. Penguasaan yang dilakukan oleh
Perdana Menteri ini adalah untuk mengembangkan pengaruhnya dalam proses membuat
keputusan mengikut matlamatnya dalam kerajaan. Contohnya, Margeret Thatcher menggunakan
kedudukannya untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa kabinet iaitu Unit Dasar (Policy Unit)
yang terdiri daripada penyokongnya bagi memastikan dasar tersebut selari dengan ideanya
[ CITATION Jon03 \l 1033 ]. Dominasi Perdana Menteri dalam urusan kabinet dan pentadbiran
kerajaan juga mempunyai risiko yang boleh mempengaruhi kedudukannya sebagai ketua kabinet.
Sokongan daripada ahli parlimen (backbenchers) dan kabinet penting untuk Perdana Menteri
bagi membuat keputusan dan menjalankan pentadbiraan kerajaan. Tindakan Perdana Menteri
yang membelakangkan keputusan ahli kabinetnya akan menimbulkan penentangan daripada ahli
parlimen dan menteri kabinet. Dalam isu dominasi Perdana Menteri ke atas kabinet, Cook (2002)
menyatakan bahawa dominasi Perdana Menteri akan menyebabkan berlakunya beberapa
kesulitan dalam kerajaan. Perdana Menteri British daripada parti konsevetif, Mergeret Thatcher,
mendapat tekanan daripada ahli parlimen daripada partinya untuk meletak jawatan kerana

memperkenalkan cukai kepala atau ‘Poll Tax’, cukai yang dikenakan kepada pemilik kedai judi.
Keputusan tersebut

ditentang kerana kebanyakkan ahli parlimen partinya tidak diberitahu

tentang pelaksanaan cukai tersebut terlebih dahulu.
Kewujudan Jabatan Perdana Menteri atau Prime Minister Department telah membantu
Perdana Menteri dalam membuat sesuatu keputusan dalam pentadbirannya. Keputusan dibuat
oleh Perdana Menteri dengan merujuk kepada jabatannya tanpa berbincng terlebih dahulu
dengan menteri kabinet. Jabatan Perdana Menteri tidak membuat keputusan untuk semua ahli
kabinet tetapi segala nasihat diberikan terus kepada Perdana Menteri. Dominasi ini
memperlihatkan Perdana Mentari mempunyai fungsi seperti seorang presiden. Williams (1998)
yang memberi penekanan bahawa sistem kabinet akan menjadi sistem presiden apabila sesuatu
7

keputusan yang perlu dilakukan oleh badan eksekutif dikuasai oleh seorang pemimpin iaitu
Perdana Menteri. Peningkatan dominasi Perdana Menteri dalam membuat keputusan
menyebabkan kedudukannya boleh disamakan dengan seorang Presiden. Walaubagaimanapun,
kuasa

Perdana Menteri berbeza dengan Presiden. Menurut McNoughton (2011) perbezaan

ketara antara Perdana Menteri dan Presiden ialah Perdana Menteri akan dikawal oleh parlimen
dan bertanggungjawab ke atas kabinet dan partinya tetapi Presiden mempunyai kebebasan dalam
membuat sesuatu keputusan. Perdana Menteri boleh menjadi pemimpin yang dominan dalam
kabinetnya tetapi perkara tersebut tidak membuktikan bahawa kuasa Perdana Menteri boleh
disamakan dengan Presiden. Perkara yang paling utama sebgai seorang Perdana Menteri adalah
mengekalkan sokongan daripada ahli kabinet dan ahli parlimen bagi meneruskan tugasnya.
2.4 Peranan Parlimen Ke Atas Kabinet
Dalam mengawal perjalanan dan pentadbiran kuasa eksekutif, parlimen merupakan badan
yang bertanggunjawab dalam mengekalkan akauntibiliti dan ketulusan pelaksanaan kabinet.
Perkara ini bermaksud kabinet terikat dengan tanggungjawab ke atas prlimen walaupun dari segi
amalannya dilihat mereka mendominasi perjalanan parlimen itu sendiri. Parlimen yang aktif dan
kuat dalam memainkan peranannya mampu untuk mempengaruhi keputusan dan dasar kerajaan
serta kerja menteri dalam melaksanakan dasarnya. Peranan parlimen tidak boleh dilihat sebagai
pembuat dasar secara menyeluruh tetapi parlimen boleh mempengaruhi keberkesanan
pelaksanaan sesuatu dasar kerana peranan untuk membuat dasar terletak kepada eksekutif
[ CITATION Tai08 \l 1033 ]. Dalam sistem kabinet berparlimen ini, menteri kabinet perlu
mengekalkan kepercayaan ahli parlimen sama ada daripada pihak pembangkang atau kerajaan.
Mereka memerlukan legitemasi dan mandat daripada parlimen untuk meneruskan pentadbiran
negara. Laver dan Shepsle (1999) menyatakan bahawa kuasa parlimen yang boleh mengusulkan
undi tidak percaya merupakan salah satu mekanisme yang efektif dalam melihat akauntibiliti
sesebuah kerajaan dan satu kawalan bagi memastikan pihak kabinet melaksanakan tugasnya
dengan amanah. Usul undi tidak percaya ini pernah berlaku pada tahun 1979 di dalam parlimen
British apabila kabinet pimpinan Perdana Menteri daripada Parti Buruh James Collaghan jatuh
kerana tewas dalam usul undi tidak percaya. Selain itu, undi tidak percaya ini juga
memperlihatkan kemampuan parlimen untuk mengawal proses membuat dasar secara tidak
langsung dalam menolak sesuatu dasar yang dibuat oleh kerajaan. Pada tahun 2013, parlimen
8

British telah menolak usul yang dibawa oleh Perdana Menteri British, David Cameroon untuk
membuat tindakan ketenteraan terhadap Syria walaupun beliau mempunyai majoriti ahli parti
yang banyak di dalam parlimen [ CITATION Ant13 \l 1033 ]. Perkara ini jelas menujukkan
bahawa kabinet perlu bertanggunjawab ke atas parlimen dan perlu mengekalkan kepercayaan
parlimen bagi mengekalkan kedudukannya dalam kabinet
Parlimen juga boleh menguji ketulusan dan akauntibiliti menteri kabinet menerusi sesi
perdebatan dan soal jawab dalam parlimen. Setiap menteri kabinet perlu berhadapan dengan
soal yang dikemukan oleh parlimen. Kegagalan menteri menjawab pertanyaan ini akan
memperlihatkan kerapuhan jabatan yang diketuainya serta kerajaan kabinet. Oleh hal yang
demikian setiap menteri kabinet perlu menjawab soal yang ditanya oleh ahli parlimen,
terutamanya pihak pembangkang dengan baik. Pihak pembangkang mempunyai peluang untuk
memperlihatkan keberkesanan pihaknya berbanding pihak kerajaan. Kelemahan yang
ditimbulkan oleh ahli kabinet di parlimen akan memberi peluang kepada pihak pembangkang
untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik. Peluang pihak pembangkang dapat dilihat semasa
proses perdebatan yang membolehkan pembangkang menyiasat segala isu yang berlaku terhadap
kerajaan serta menarik perhatian umum tentang masalah yang timbul [ CITATION Mui05 \l 1033
]. Tambahan pula, kedudukan kerajaan mampu tergugat dengan penstrukturan kabinet bayangan
daripada pihak pembangkang. Menurut Ishiyama (2012) kabinet bayangan menjadi bayangan
kepada kerajaan dengan mengemukakan dasar alternatif sekiranya mereka memerintah serta
menyemak segala kelemahan dasar yang dibuat oleh kerajaan. Pihak kerajaan perlu merangka
dasar-dasar dan menunjukkan pretasi yang baik dalam melaksanakan tugas mereka. Kesilapan
dan kelemahan dasar akan memberi peluang kepada pihak pembangkang mengkritik dan
melemahkan kerajaan.
Dari segi kewangan dan belanjawan negara, parlimen juga mempunyai tanggungjawab
dalam mengawal perbelanjaan dan belanjawan kerajaan. Parlimen perlu mengawal kewangan
yang diperuntukan kepada kerajaan bagi memastikan tidak berlakunya pembaziran dan
penyalahgunaan kuasa seperti rasuah dalam kalangan ahli kabinet. Pengawalan perbelanjaan
negara yang dilakukan oleh parlimen adalah untuk memastikan pihak kerajaan menguruskan
perbelanjaan wang negara dengan cekap, amanah dan betul. Peranan parlimen dalam mengawal
kabinet dalam membelanjakan wang negara merupakan alat efektif bagi mengawal kes-kes
9

seperti rasuah dan pemborosan wang negara [ CITATION Sta06 \l 1033 ]. Jawatankuasa
parlimen dibentuk bagi menjalankan tugas dalam memerhatikan dan mengawal perbelanjaan
kerajaan dalam menggunakan wang negara. Pembentukan jawatankuasa parlimen yang terdiri
daripada wakil rakyat pihak pembangkang dan kerajaan adalah untuk memperincikan lagi tugas
parlimen dalam mengawal perbelanjaan negara yang dilaksanakan oleh kerajaan. Contohnya,
parlimen Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi memantau
pengurusan dan perbelanjaan wang badan-badan kerajaan. Semakan yang dilakukan oleh
jawatankuasa parlimen menerusi penyemakan laporan kewangan atau mendengar laporan
siasatan [ CITATION RKS04 \l 1033 ]. Dengan adanya Jawatankuasa Parlimen, terutamnya
dalam soal belanjawan negara, segala pelaksanaan kabinet akan diteliti secara berhemah bagi
memastikan tidak berlakunya ketirisan wang negara. Oleh hal yang demikian, kabinet perlu bijak
dalam menguruskan penggunaan wang secara berkesan dan telus.
3.0 Kesimpulan
Kabinet merupakan tunjang utama dalam mengerakkan pentadbiran sesebuah negara
yang menggunakan sistem berparlimen. Perdana Menteri dan kabinetnya mempunyai peranan
penting dalam melaksanakan tugas eksekutifnya dengan efektif. Sistem berparlimen yang
memberi beberapa kelabihan kepada kuasa eksekutif terutamnya dalam membuat dasar-dasar
negara dan keputusan penting. Undang-undang atau dasar kerajaan mudah diluluskan oleh
parlimen kerana Perdana Menteri dan kabintenya mempunyai sokongan majoriti parti. Beban
tugas Perdana Menteri dan kabinet menyebabkan proses dalam membuat keputusan menjadi
lebih kompleks dan memerlukan bantuan daripada penjawat awam yang mempunyai kemahiran
yang tinggi dalam urusan pentadbiran.
Parlimen menjalankan peranan utama dalam memastikan akauntibiliti kerajaan dalam
melaksanakn amanah. Dominasi kerajaan, terutamnya dalam menikmati jumlah majoriti did lam
parlimen, tidak menjamin kedudukan kerajaan dalam menguruskan negara. Hal ini demikian
kerana parlimen boleh mengusulkan undi tidak percaya dan memaksa kabinet atau menteri
meletakkan jawatan. Parlimen perlu memainkan peranan efektif dalam memastikan kabinet telus
dan amanah dalam pelaksanaan dasar negara. Sesi perdebatan dan sesi soal jawab dalam
parlimen perlu digunakan sebaik mungkin bagi menguji dan menyemak segala urusan
pentadbiran negara. Kabinet perlu bertanggungjawab ke atas parlimen dalam pelaksanaan
10

jabatannya. Oleh hal yang demikian, kabinet dan parlimen berperanan dalam mengimbangi
suasan politik negara dengan peranan yang telah ditentukan.

11