Kajian Hubungan Antara Persekitaran Kelu

Kajian Hubungan Antara Persekitaran Keluarga dan Gaya Pembelajaran Sains di Sekolah
Rendah Di Serian
Ahi Sarok dan Andrew Modol
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara persekitaran keluarga dan gaya
pembelajaran dengan pencapaian Sains di enam buah sekolah di daerah Serian. Kajian ini juga
bertujuan untuk melihat perbezaan dari segi gaya pembelajaran dengan faktor jantina serta
melihat perbezaan dari segi persekitaran keluarga dengan faktor lokasi. Seramai 210 orang
pelajar tingkatan empat dari enam buah sekolah rendah di daerah Serian telah dipilih menjadi
responden dalam kajian ini. Instrumen kajian berkaitan persekitaran keluarga telah diambil dan
diubahsuai daripada soal selidik Chuah (1994) dan Fatanah (1997), sementara instrumen
kajian berkaitan gaya pembelajaran telah diambil dan diubahsuai daripada soal selidik GrashaRiechmann (1996). Soal selidik ini telah digunakan untuk menentukan tahap min markat bagi
komponen-komponen persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran. Data yang diperoleh
dianalisis dengan analisis korelasi Pearson, analisis korelasi Spearman dan ANOVA. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat hubungan antara persekitaran keluarga dimensi perhubungan
dengan gaya pembelajaran bebas, dimensi perkembangan dan pertumbuhan personaliti dengan
gaya pembelajaran bebas, bekerjasama, bergantung, bersaing dan melibatkan diri, manakala
dimensi pengekalan sistem mempunyai hubungan dengan gaya pembelajaran bebas, mengelak,
bekerjasama, bergantung, bersaing dan melibatkan diri. Analisis korelasi juga menunjukkan
terdapat hubungan antara persekitaran keluarga dimensi perkembangan dan pertumbuhan
personaliti dengan pencapaian Sains. Analisis korelasi juga menunjukkan terdapat hubungan

antara gaya pembelajaran bebas, bekerjasama, bergantung dan mengelak dengan pencapaian
Sains. Analisis ujian ANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan gaya pembelajaran
mengelak antara pelajar lelaki dan perempuan. Manakala analisis ujian ANOVA menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara persekitaran keluarga pelajar bandar dan
pinggir bandar
Kata Kunci: Persekitaran Keluarga, Gaya Pembelajaran dan Pencapaian Murid
PENGENALAN
Peranan pelbagai pihak
berkaitan

seperti kerajaan, sekolah, masyarakat dan ibu bapa adalah saling

dalam membantu murid-murid mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Sekolah

menyediakan peluang dan prasarana yang optimum untuk merealisasikan hasrat dan wawasan
kerajaan. Masyarakat pula menyediakan suasana yang konduksif untuk mendorong para pelajar

berkembang, manakala ibu bapa pula seharusnya lebih peka terhadap keperluan perkembangan
dan pendidikan anak-anak.
Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah di Malaysia belum boleh

dibanggakan. Laporan Lembaga Peperiksaan Malaysia (1997) menunjukkan masih ramai pelajar
yang belum menguasai konsep-konsep penting dalam mata pelajaran Sains. Kelemahan dalam
mata pelajaran ini boleh mengakibatkan kurangnya peluang untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Walaupun pelbagai
usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah seperti skim prasarana, alat bantu mengajar serta skim
bantuan tuisyen, namun pencapaian mata pelajaran Sains masih lagi rendah berbanding dengan
mata pelajaran lain.
Namun demikian keputusan peperiksaan awam khususnya dalam mata pelajaran Sains
masih lagi menunjukkan pencapaian di tahap yang rendah dari segi kualitinya. Sebagai contoh
keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi daerah Serian untuk mata
pelajaran Sains pada tahun 2005 hingga 2009 menunjukkan masih ramai calon yang mengambil
peperiksaan masih gagal iaitu mendapat gred D dan E. Daripada maklumat yang telah diperoleh
pada tahun 2005, lebih ramai murid-murid memperolehi gred C manakala sedikit sahaja yang
memperolehi gred A. Data menunjukkan masih ramai murid yang gagal iaitu mendapat gred D
dan E iaitu sebanyak 24.60%. Pada tahun 2006 pula, data menunjukkan pola yang lebih kurang
sama iaitu sedikit sahaja murid yang memperolhi gred A. Paling ramai murid mendapat gred C,
manakala 22.60% gagal iaitu mendapat gred D dan E. Pencapaian murid-murid pada tahun 2006
menunjukkan peningkatan yang baik iaitu 2% peningkatan yang positif berbanding pada tahun
sebelumnya. Tahun 2007 menunjukkan paling sedikit murid mendapat gred A dan kebanyakan

murid berada pada gred C manakala peratus murid yang mendapat gred D dan E semakin
bertambah iaitu sebanyak 24.94%. Pada tahun 2008, peningkatan yang baik ditunjukkan oleh
calon-calon UPSR daerah Serian di manasebanyak 6.33% memperolehi gred A. Peratus murid
yang mendapat gred B juga meningkat manakala calon-calon yang memperolehi gred D dan E
menurun iaitu sebanyak 15.11%. Ini menunjukkan penurunan peratus calon yang gagal iaitu
sebanyak 9.83% kurang berbanding pada tahun 2007. Pada tahun 2009 pula peratus calon yang
memperolehi gred A turun semula manakala ramai murid yang berada pada gred C. Peratus calon
yang mendapat gred D dan E meningkat semula iaitu sebanyak 21.12%, peningkatan sebanyak

11.29%. Data-data ini menunjukkan bahawa pencapaian calon-calon UPSR di daerah Serian
dalam mata pelajaran sains masih tidak konsisten dan agak membimbangkan.
SOROTAN LITERATUR
Terdapat beberapa pengkaji sama ada dari luar atau tempatan telah mengkaji hubungan keluarga
dalam pencapaian akademik. Coleman (1966) mendapati perbezaan dalam pencapaian akademik
pelajar berpunca daripada perbezaan dalam program yang disediakan di sekolah, kecekapan guru
dan kemudahan yang didapati di sekolah, malah ia bermula daripada persekitaran keluarga.
Perbezaan individu dalam pembelajaran adalah fonomena yang dapat dilihat, dijangka,
diterangkan serta dapat diubah dengan pelbagai cara (Bloom 1976). Hess dan Holloway (1984)
telah mengenal pasti lima faktor yang saling bersandar dan berkaitan antara peranan keluarga
dengan pencapaian akademik anak-anak iaitu: interaksi sosial antara ibu bapa dan anak-anak;

kemesraan hubungan antara ibu bapa dengan pelajar; kepercayaan yang disandarkan oleh ibu
bapa kepada anak-anak mereka; strategi kawalan disiplin yang diamalkan oleh ibu bapa; dan,
jangkaan dan harapan ibu bapa terhadap masa depan anak mereka.
Woolfolk (1998) menyarankan beberapa strategi yang boleh diambil oleh pihak sekolah
bagi menggalakkan motivasi dikalangan pelajar yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran
iaitu; penuhi keperluan asas – sediakan persekitaran kelas yang selesa dan tersusu, bina
keyakinan diri dan jangkaan positif pelajar, tunjukkan nilai pembelajaran – kaitkan tugasan
dengan keperluan pelajar, gunakan aktiviti yang menarik minat pelajar, bantu pelajar beri fokus
terhadap tugasan – beri pelajar peluang untuk membuat respon dan menyudahkan kerja mereka,
kurangkan penekanan terhdap gred dan pertandingan, dan guru perlulah bertindak sebagai model
kerana beliau adalah insan yang paling hampir selepas ibu bapa mereka.
Sekiranya guru dapat memahami atau mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar maka
pengajaran mereka dapat diselaraskan supaya para pelajar mudah menguasai isi pelajaran. Gaya
pembelajaran seseorang individu sekiranya disesuaikan boleh mengakibatkan sikap terhadap
pembelajaran bertambah baik dan meningkatkan pencapaian serta kreativiti (Briggs 1994).
Persoalan tentang gaya pembelajaran amat penting untuk membantu mereka dalam proses
pembelajaran (Maznah & Yoong Suan 1995).
Dapatan kajian tempatan dan kajian luar seperti kajian Sharifah Alawiah (1996), dan
Douglas (1964) menunjukkan wujud hubungan yang tinggi antara kesan persekitaran keluarga


dengan pencapaian akademik para pelajar. Menurut Fraser (1959) pula dua orang kanak-kanak
yang mempunyai kecerdasan yang berbeza biasanya datang daripada unit keluarga yang
mempunyai ibu bapa yang berbeza taraf pendidikannya. Begitu juga dengan sikap, dorongan,
minat serta hubungan mesra ibu bapa terhadap anak-anak akan meningkatkan lagi prestasi
akademik anak-anak mereka (Hazil Abdul Hamid 1990).
Smith (1993) menyatakan kesan pengaruh keluarga terutamanya ibu dan bapa terhadap
pencapaian akademik adalah lebih besar. Beliau menegaskan kepentingan ibu bapa dalam
melaksanakan tanggungjawab memerhati, dan memberi stimulasi dalam perkembangan kanakkanak. Mereka mempengaruhi sikap, cara kerja, nilai dan kemahiran pembelajaran kanak-kanak
melalui nilai mereka sendiri terhadap pembelajaran, jumlah stimulasi intelek yang disediakan di
rumah, bentuk sokongan yang diberikan dan kemesraan mereka dengan anak-anak. Selain itu
keluarga juga memainkan peranan asas dalam mendidik stimulasi intelek dan kemahiran sosial
yang diperlukan untuk kejayaan anak-anak sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Justeru
kajian-kajian yang lebih terperinci berhubung dengan persekitaran keluarga perlu dilakukan bagi
membantu meningkatkan prestasi pencapaian dalam mata pelajaran Sains bagi kanak-kanak
sekolah.
Selain daripada pengaruh persekitaran, gaya pembelajaran pelajar juga memainkan
peranan terhadap keberkesanan pengajaran pembelajaran. Menurut Sims dan Sims (1995) guru
perlu mengetahui dan memahami gaya pembelajaran individu kerana gaya pembelajaran yang
berkesan bagi seseorang pelajar mungkin tidak sesuai bagi pelajar yang lain. Menurut Keefe
(1991) lokasi atau persekitaran juga adalah faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran

seseorang itu. Oleh itu seseorang guru perlu memperkenalkan pelbagai gaya pembelajaran untuk
memastikan wujud kesesuaian dan keserasian bagi semua pelajar yang terlibat. Pelajar juga perlu
mengetahui dan menyedari gaya pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Justeru, guru perlu
berperanan membantu pelajar memahami kecenderungan dan gaya pembelajaran mereka bagi
meningkatkan keberkesanan pembelajaran seterusnya menghasilkan pencapaian yang cemerlang.
Pelajar merupakan seseorang individu yang unik dan berbeza di antara satu sama lain
walaupun mereka berada dalam tahap pembelajaran yang sama. Perbezaan individu ini
merangkumi aspek pemikiran, tindakbalas, minat, kecenderungan, pencapaian dan pemahaman
(Zubaidah 2007). Para pelajar dikatakan mempunyai gaya yang tersendiri untuk menerima dan

bertindakbalas serta menggunakan rangsangan dalam proses pembelajaran. Pendekatan yang
diambil oleh setiap pelajar adalah dengan menurut tanggapan subjektif mereka terhadap
kehendak pengajar atau konteks pembelajarannya. Pada pandangan para penyelidik, pengajar
atau pendidik merupakan penggerak utama kepada pembelajaran para pelajar (Zubaidah 2007).
Gaya pembelajaran yang sesuai penting untuk meningkatkan pencapaian akademik
pelajar (Chambers, 1991). Chambers berpendapat bahawa pelajar harus menggunakan gaya
pembelajaran sebagai kekuatan mereka dalam bidang akademik. Hal ini kerana cara yang
bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih
bermotivasi dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian akademik. Sebagai tambahannya,
Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa apabila kaedah, sumber dan program dipadankan

dengan sifat-sifat gaya pembelajaran pelajar, maka pencapaian akademik dan sikap pelajar akan
meningkat. Sebaliknya, jika padanan di antara pengajaran dan pembelajaran tidak sesuai, maka
pencapaian akademik dan sikap juga turut merosot.
Beberapa kajian di Barat mendapati kesesuaian dan kepadanan gaya pembelajaran akan
menghasilkan pencapian akademik yang baik (Zamri & Mohamed Amin 2000). Kajian yang
dijalankan oleh Nelson (1993) bagi melihat kesan gaya pembelajaran ke atas kefahaman dan
pencapaian pelajar menunjukkan kesan positif. Iaitu pelajar yang mendapat pendedahan gaya
pembelajaran memperolehi pencapaian akademik yang tinggi daripada yang tidak mendapat
pendedahan tentang gaya pembelajaran.
Kajian yang dijalankan oleh Bottroff (1993) menunjukkan terdapat korelasi di antara
paras pencapaian dan gaya pembelajaran pelajar yang disukainya. Ini menunjukkan pelajar
mengamalkan pelbagai gaya pembelajaran mengikut kesukaan mereka. Gaya pembelajaran yang
sesuai dan betul merupakan faktor yang penting ke arah pencapaian yang cemerlang dalam
peperiksaan. Ini disokong oleh dapatan Abu Talib (1998). Oleh itu beliau menyarankan agar guru
mengambil kira gaya pembelajaran yang disukai oleh pelajar semasa merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Ng Sook Chin (2005), kajian tentang gaya pembelajaran pelajar adalah perlu
dan kajian seumpama ini akan mencelikkan para guru dalam mengetahui gaya pembelajaran
yang paling banyak diamalkan oleh para pelajar dan seterusnya meningkatkan minat pelajar
dalam sesuatu subjek atau matapelajaran dan membantu mereka dalam pembelajaran. Hal ini

kerana gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar mempunyai kesan terhadap hasil

pembelajarannya yang seterusnya memberi impak ke atas pencapaian akademik pelajar. Adakah
faktor-faktor keluarga dan gaya pembelajaran pelajar mempengaruhi pencapaian Sains? Faktorfaktor seperti suasana pembelajaran, persekitaran dan pengaruh keluarga serta gaya pembelajaran
kurang dikaji oleh pengkaji tempatan. Justeru pengkaji ingin mengenal pasti sejauhmanakah
persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran pelajar mempengaruhi pencapaian mereka dalam
mata pelajaran Sains khususnya.
Pendapat-pendapat yang dikemukakan di atas menggambarkan bahawa persekitaran
keluarga dan gaya pembelajaran mempengaruhi tingkah laku dan pencapaian akademik pelajar.
Kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini lebih tertumpu kepada faktor-faktor sikap, minat,
motivasi, asas akademik dan sebagainya.

KAEDAH PENYELIDIKAN
Kajian ini berbentuk tinjauan yang bertujuan untuk mengkaji hubungan antara persekitaran
keluarga dan gaya pembelajaran terhadap pencapaian Sains dalam peperiksaan UPSR di
beberapa buah sekolah rendah. Seramai 210 orang responden telah diambil dan mereka terdiri
daripada pelajar-pelajar tahun enam dari enam buah sekolah rendah di daerah Serian iaitu tiga
buah sekolah di lokasi bandar dan yang selebihnya di pinggir bandar. Instrumen yang digunakan
ialah borang soal selidik sepenuhnya. Kaedah analisis data yang digunakan ialah ANOVA untuk
menguji hipotesis nol yang melihat pemboleh ubah yang mempunyai dua kumpulan yang

berbeza. Manakala analisis korelasi Pearson dan analisis korelasi Spearman pula digunakan
untuk melihat hubungan antara dua pemboleh ubah secara serentak.
PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN
Kajian ini telah mengkaji hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah persekitaran keluarga
dan gaya pembelajaran dengan pencapaian Sains dalam peperiksaan UPSR. Kajian ini juga telah
meneliti perbezaan di antara gaya pembelajaran pelajar mengikut jantina, dan persekitaran
keluarga pelajar mengikut lokasi sekolah. Perbincangan hasil kajian yang lebih menyeluruh akan
diterangkan dalam bahagian berikutnya berdasarkan hipotesis kajian yang telah dibentuk.
Hubungan antara Persekitaran Keluarga dengan Gaya Pembelajaran pelajar

Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan antara persekitaran
keluarga dimensi perhubungan dengan gaya pembelajaran bebas. Walau bagaimanapun
hubungannya adalah lemah iaitu r = 0.194 dan p = 0.005. Sebaliknya persekitaran keluarga
dimensi perhubungan tidak mempunyai hubungan dengan gaya pembelajaran mengelak dan
bekerjasama. Terdapat hubungan positif yang sederhana antara persekitaran keluarga dimensi
perkembangan dan pertumbuhan personaliti dengan gaya pembelajaran bebas iaitu r = 0.349 , p
= 0.000 manakala terdapat hubungan negatif yang sederhana dengan

gaya pembelajaran


bekerjasama iaitu r = -0.363 , p = 0.000. Sebaliknya tidak terdapat hubungan dengan gaya
pembelajaran mengelak.
Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana antara
persekitaran keluarga dimensi perkembangan dan pertumbuhan personaliti dan gaya
pembelajaran bergantung r = 0.315 , p = 0.000), gaya pembelajaran bersaing (r = 301, p = 0.000)
dan gaya pembelajaran melibatkan diri (r = 0.326, p = 0.000).
Terdapat hubungan positif yang lemah antara persekitaran keluarga dimensi pengekalan
sistem dengan gaya pembelajaran bebas (r = 0.173, p = 0.012), hubungan negatif yang kuat
dengan gaya pembelajaran mengelak (r = -2.38, p = 0.001) serta hubungan positif yang
sederhana dengan gaya pembelajaran bekerjasama (r = 0.351, p = 0.000).
Analisis korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang lemah antara
persekitaran keluarga dimensi pengekalan sistem dengan gaya pembelajaran bergantung (r =
0.202, p = 0.000) dan gaya pembelajaran bersaing (r = 0.239, p = 0.000) serta mempunyai
hubungan positif yang sederhana dengan gaya pembelajaran melibatkan diri (r = 0.485, p =
0.000).
Dapatan kajian menunjukkan persekitaran keluarga dimensi perhubungan mempunyai
hubungan positif dengan gaya pembelajaran bebas. Persekitaran keluarga dimensi perkembangan
dan pertumbuhan personaliti mempunyai hubungan positif dengan gaya pembelajaran bebas,
bergantung, bersaing dan melibatkan diri. Sebaliknya mempunyai hubungan negatif dengan gaya
pembelajaran bekerjasama. Manakala persekitaran keluarga dimensi pengekalan sistem

mempunyai hubungan positif dengan kesemua gaya pembelajaran (bebas, mengelak,
bekerjasama, bergantung, bersaing dan melibatkan diri). Ini bermakna persekitaran keluarga
mempunyai hubungan dengan gaya pembelajaran pelajar. Dapatan ini menyokong Model Proses
Pendidikan yang dikemukakan oleh Bryant (1974) dan Alias Baba (1990) yang menekankan

faktor latar belakang dan persekitaran keluarga

yang mempengaruhi proses pembelajaran

pelajar.
Hasil kajian ini juga menyokong dapatan pernyataan Alias Baba (1990) dan Bryant
(1974) yang menyatakan persekitaran keluarga mempengaruhi proses pembelajaran individu
iaitu faktor latar belakang (persekitaran) keluarga, kebolehan dan sifat peribadi pelajar.
Persekitaran adalah faktor luaran yang banyak mempengaruhi proses pembelajaran, manakala
kebolehan pula lebih kepada kelebihan yang ada pada individu. Sifat peribadi yang menjurus ke
arah kecemerlangan juga mempengaruhi pencapaian individu.
Hasil kajian ini menyokong dapatan hasil kajian Marjoribank (1994) yang mendapati
pencapaian akademik di pengaruhi oleh persekitaran keluarga, atribut peribadi seperti daya
intelek, taraf sosioekonomi dan faktor sosial. Seterusnya persekitaran keluarga juga
mempengaruhi sikap tingkah laku pembelajaran anak-anak. Keakraban dan orientasi keluarga
juga didapati sangat mempengaruhi perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak.
Hubungan antara Persekitaran Keluarga dengan Pencapaian Pelajar dalam Mata
Pelajaran Sains
Analisis korelasi Spearman menunjukkan hubungan antara persekitaran keluarga dengan
pencapaian adalah r = 0.153, p = 0.027. Hubungan antara persekitaran keluarga dimensi
perhubungan dengan pencapaian adalah r = 0.053, p = 0.444. Dimensi perkembangan dan
pertumbuhan personaliti dengan pencapaian adalah r = 0.225, p = 0.001. Manakala dimensi
pengekalan sistem dengan pencapaian adalah r = -0.003, p = 0.969. Persekitaran keluarga
dimensi perkembangan dan pertumbuhan personaliti mempunyai hubungan positif dengan
pencapaian Sains, namun demikian hubungan tersebut adalah lemah (r = 0.225). Ini bermakna
hipotesis nol yang kedua ditolak kerana terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran
keluarga dengan pencapaian Sains
Dapatan kajian ini didapati bertepatan dengan hasil kajian oleh Asmawati (1993)
terhadap 151 murid tahun enam yang mengambil peperiksaan UPSR dan mendapati terdapat
hubungan yang signifikan antara persekitaran keluarga dengan pencapaian pelajar. Dapatan
kajian ini juga bertepatan dengan hasil kajian Wan Zuriah (2002) yang mengkaji ke atas 82 orang
pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran

pelajar dan pencapaian dalam mata pelajaran Sains. Dapatan kajian ini juga bertepatan dengan
dapatan Fatanah (1997), Keith (1982), Marjoribanks (1994) dan Atan Long (1978) yang
mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran keluarga dan pencapaian
akademik pelajar.
Selain itu, kajian ini juga menyokong hasil kajian Moos dan Moos (1993) yang
mendapati keakraban dan orientasi intelektual keluarga sangat mempengaruhi perkembangan
kognitif dan sosial kanak-kanak.
Daripada hasil kajian ini juga, ianya menyokong hasil dapatan Clephane (1990) yang
mendapati pemboleh ubah persekitaran keluarga, iaitu tahap keakraban yang tinggi, sokongan,
pernyataan perasaan dan kawalan, mempunyai hubungan yang rapat dengan pencapaian
akademik. Ini menunjukkan keluarga memainkan pengaruh yang berkesan dalam membentuk
dan mengawal tingkah laku kanak-kanak seterusnya meningkatkan pencapaian akademik
mereka.
Dapatan daripada kajian ini menyokong dapan kajian Fraser (1959) dan Taha (1977) yang
mendapati persekitaran rumah tangga boleh mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak
mereka. Kajian ini juga menyokong kajian Justice dan Calvert (1990) yang mendasarkan
pendekatan sistem keluarga, ingin melihat faktor-faktor persekitaran keluarga yang
berhubungkait dengan penganiayaan kanak-kanak. Faktor-faktor persekitaran keluarga yang
dipersepsikan itu termasuklah kohesif, ekspresif, konflik, kebergantungan, orientasi pencapaian
organisasi dan kawalan. Keputusan kajian menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan
antara tekanan yang diterima oleh keluarga yang menganiaya anak dan keluarga yang tidak
menganiaya anak.
Seterusnya, hasil kajian ini juga menyokong hasil kajian Ensminger dan Slusarcick
(1992) yang mendapati latar belakang seperti penglibatan keluarga dengan sekolah
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Remaja dari keluarga yang mempunyai peraturan
ketat terhadap kerja sekolah di rumah dilaporkan lebih berjaya dalam pencapaian akademik
daripada mereka yang mempunyai ibu bapa yang tidak begitu tegas.
Hubungan antara Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Sains

Analisis Korelasi Spearman menunjukkan terdapat hubungan positif yang lemah antara gaya
pembelajaran bebas dan pencapaian (r = 0.168, p = 0.015), gaya pembelajaran bekerjasama
dengan pencapaian (r = 0.209, p = 0.002) dan gaya pembelajaran bergantung dengan pencapaian
(r = 0.193, p = 0.005). Manakala terdapat hubungan negatif yang sederhana antara gaya
pembelajaran mengelak dengan pencapaian (r = -0.321, p = 0.000). Sebaliknya tidak terdapat
hubungan antara gaya pembelajaran bersaing dan gaya pembelajaran melibatkan diri dengan
pencapaian Sains.
Dapatan kajian ini bertentangan dengan hasil kajian oleh Rihan (2002), Suhana (1992)
Melara (1996), Asiah (1999), Mcgowan (1998) dan Cavanagh dan Stephen (1995) yang
mendapati gaya pembelajaran tidak mempunyai hubungan signifikan dengan pencapaian pelajar.
Hasil kajian ini juga bertentangan dengan dapatan kajian Norlia Abd. Aziz dan Zamri Mahamod
(2006) yang mendapati tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
dalam mata pelajaran Geografi dan tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaran terhadap jantina
dan lokasi pelajar.
Walau bagaimanapun, dapatan ini bertepatan dengan hasil kajian Entwistle dan Entwistle
(1970), Domino (1970), Pizzo (1981), Shea (1983), Copenhaver (1979), Elizabeth (2000), Alias
Baba dan Chong Mooi Lian (1992), Abdul Razak Habib dan Rashidi Azizan (1997) dan Norihan
Abu Hassan (2001)

yang mendapati gaya pembelajaran mempunyai hubungan dengan

pencapaian akademik pelajar.

Perbezaan dari segi Gaya Pembelajaran antara Pelajar Lelaki dan Perempuan
Keputusan ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi
gaya pembelajaran bebas antara pelajar lelaki dan perempuan, iaitu p = 0.027 < α = 0.05. Ujian
juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi gaya pembelajaran mengelak
antara pelajar lelaki dan perempuan, iaitu p = 0.013 < α = 0.005. Untuk dimensi bekerjasama
pula, ujian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan
perempuan, iaitu p = 0.019 < α = 0.005.

Seterusnya untuk item bergantung, ujian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan, iaitu nilai p = 0.041 < α = 0.05. Merujuk kepada
item bersaing pula, ujian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki
dan perempuan, iaitu nilai p = 0.040 < α = 0.05. Manakala untuk item melibatkan diri, ujian
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan, iaitu
nilai p = 0.058 > α = 0.05.
Dapatan kajian ini bertepatan dengan dapatan Alias Baba dan Chong Mooi Lian (1992)
dan Hadiah (1977) yang mendapati terdapatnya perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran
antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Dapatan ini bagaimana pun bertentangan dengan
kajian Norlia Abd. Aziz dan Zamri Mahamod (2006) yang mendapati tidak terdapat perbezaan
gaya pembelajaran di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Perbezaan dari segi Persekitaran Keluarga antara Pelajar Bandar dan Pelajar Pinggir
Bandar
Keputusan ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi persekitaran
keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar bagi dimensi perhubungan keakraban dan
pernyataan masalah iaitu masing-masing, p = 0.013 < α = 0.05 dan p = 0.026 < α = 0.05.
Manakala keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi
persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar bagi dimensi perhubungan konflik
iaitu, p = 0.102 > α = 0.05. Ini bermakna keadaan hubungan sosial antara ahli-ahli keluarga iaitu
antara ibu dan bapa, antara ibu bapa dan anak-anak serta di kalangan anak-anak itu sendiri adalah
berbeza di antara keluarga di bandar dan pinggir bandar.
Persekitaran keluarga yang berbeza ini mungkin disebabkan faktor jarak yang banyak
berbeza, serta kemudahan infrastruktur yang tidak sama. Ibu bapa di bandar masa kini secara
umumnya terdedah dengan kemahiran keibubapaan serta kemahiran mendidik anak-anak yang
diperolehi dengan mudah menerusi media massa serta program-program keibubapaan yang
sentiasa dilaksanakan sama ada secara percuma atau pakej berbayar. Kesedaran ibu bapa
terhadap kepentingan pendidikan anak-anak juga merupakan penyumbang kepada wujudnya
persekitaran keluarga yang lebih konduksif terhadap suasana pembelajaran anak-anak di bandar.

Bagi dimensi perkembangan kebebasan, keputusan menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dari segi persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir
bandar iaitu, p = 0.136 > α = 0.05. Dimensi perkembangan orientasi kejayaan juga menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi persekitaran keluarga antara pelajar bandar
dan pinggir bandar iaitu, p = 0.064 > α = 0.05. Begitu juga dengan dimensi perkembangan
orientasi intelek yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi
persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar iaitu, p = 0.079 > α = 0.05.
Merujuk kepada dimensi personaliti rekreasi pula menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan dari segi persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar iaitu, p =
0.035 < α = 0.05. Manakala dimensi personaliti agama dan moral menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dari segi persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir
bandar iaitu, p = 0.076 > α = 0.05.
Dimensi pengekalan sistem organisasi dan kawalan tidak menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan dari segi persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir
bandar iaitu masing-masing menunjukkan nilai p = 0.102 > α = 0.05 dan p = 0.064 > α = 0.05.
Kajian ini telah meneliti hubungan di antara persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran
terhadap pencapaian Sains. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
persekitaran keluarga dengan gaya pembelajaran. Persekitaran keluarga dimensi perhubungan
iaitu dari segi keakraban, pernyataan perasaan dan konflik mempunyai hubungan dengan amalan
gaya pembelajaran bebas. Persekitaran keluarga dimensi perkembangan dan pertumbuhan
personaliti iaitu dari segi kebergantungan, orientasi pencapaian, orientasi intelektual dan budaya,
orientasi rekreasi dan penekanan nilai moral dan agama mempunyai hubungan dengan gaya
pembelajaran bebas, bekerjasama, bergantung, bersaing dan melibatkan diri. Persekitaran
keluarga dimensi pengekalan sistem iaitu dari segi organisasi dan kawalan keluarga mempunyai
hubungan dengan kesemua amalan gaya pembelajaran yang dikaji.
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara persekitaran
keluaraga dimensi perkembangan dan pertumbuhan personaliti dengan pencapaian Sains. Ini
menunjukkan persekitaran keluarga yang menekankan nilai-nilai agama dan moral, memberi
penekanan kepada kegiatan intelektual dan kebudayaan, penglibatan dalam kegiatan rekreasi,
menggalakkan persaingan dan sentiasa memberi galakan ada mempunyai hubungan dengan
pencapaian Sains pelajar.

Manakala bagi gaya pembelajaran, dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang positif
di antara gaya pembelajaran bebas, bekerjasama dan bergantung dengan pencapaian Sains,
manakala terdapat hubungan yang negatif di antara gaya pembelajaran mengelak dengan
pencapaian Sains. Ini menunjukkan pelajar yang mengamalkan sikap yakin diri dan yakin boleh,
suka bekerjasama serta sentiasa meminta pandangan guru dan rakan-rakan atau sebaliknya
pelajar yang tidak bermotivasi dan tidak melibatkan diri dengan aktiviti kelas mempunyai
hubungan dengan pencapaian Sains mereka.
Terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi gaya pembelajaran bebas antara
pelajar lelaki dan perempuan. Ujian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi
dimensi gaya pembelajaran mengelak antara pelajar lelaki dan perempuan. Untuk dimensi
bekerjasama pula, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki
dan perempuan. Seterusnya untuk item bergantung, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Merujuk kepada item bersaing pula, ujian
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan, iaitu nilai.
Manakala untuk item melibatkan diri menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara pelajar lelaki dan perempuan.
Keputusan ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi
persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar bagi dimensi perhubungan
keakraban dan pernyataan masalah. Manakala keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan dari segi persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar bagi
dimensi perhubungan konflik.
Bagi dimensi perkembangan kebebasan keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan dari segi persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar iaitu.
Dimensi perkembangan orientasi kejayaan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dari segi persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar. Begitu juga
dengan dimensi perkembangan orientasi intelek yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan dari segi persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar.
Dimensi personaliti rekreasi pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari
segi persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar. Manakala dimensi
personaliti agama dan moral menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi
persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar. Dimensi pengekalan sistem

organisasi dan kawalan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi
persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir Bandar.
Menyedari dan memahami gaya pembelajaran yang diamalkan merupakan salah satu
momentum ke arah mencapai kejayaan dalam pendidikan. Hubungan positif di antara gaya
pembelajaran bebas, bekerjasama dan bergantung terhadap pencapaian Sains sedikit sebanyak
memberi gambaran terhadap keberkesanan amalan gaya pembelajaran tersebut dalam membantu
meningkatkan pencapaian pelajar. Oleh itu para pelajar perlu mengenal pasti gaya pembelajaran
masing-masing dan seterusnya menyesuaikan dengan persekitaran keluarga dan kaedah
pengajaran guru bagi memperolehi pencapaian yang terbaik terutama dalam mata pelajaran
Sains.

Perubahan perlu dilakukan mulai dari sekolah rendah supaya mendapat pencapaian

cemerlang di sekolah menengah nanti.
Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat tambahan kepada para guru dan ibu
bapa dalam mengenal pasti persekitaran dan gaya pembelajaran anak-anak mereka ke arah
menempa kejayaan yang lebih cemerlang. Persekitaran keluarga memainkan peranan penting
dalam proses transisi kehidupan sesebuah keluarga (Baldwin dan Baronski 1990).
Peranannya terhadap proses pendidikan dan pembentukan sahsiah kanak-kanak tidak
dapat dinafikan. Walaupun tanggungjawab mendidik secara formal terletak di bahu pihak sekolah
, namun peranan ibu bapa dalam menentukan kecemerlangan akademik seseorang pelajar adalah
penting kerana mereka merupakan antara orang yang signifikan dalam kehidupan seseorang
pelajar. Ibu bapa merupakan model kepada anak-anak untuk dicontohi. Perhubungan yang intim
dan mesra antara ibu bapa dan anak mereka serta keprihatinan ibu bapa terhadap pencapaian
anak boleh menjadi penyumbang kepada pembentukan persekitaran keluarga yang kondusif
terhadap anak mereka. Oleh itu dalam menentukan aspirasi dan persepsi keluarga terhadap
kejayaan anak-anak mereka, para ibu bapa perlulah memberi sokongan yang padu di samping
sikap timbang rasa dalam pengurusan diri dan masa anak-anak
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa pihak sekolah adalah pihak utama yang
menyumbangkan pendidikan formal kepada pelajar. Oleh itu pihak sekolah dan guru perlu
menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan terkini kerana ianya boleh
membentuk persekitaran yang kondusif dan sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar seterusnya
dapat menyumbang kepada pencapaian pelajar yang lebih baik.

KESIMPULAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan di antara persekitaran
keluarga dengan gaya pembelajaran. Kajian juga menunjukkan terdapat beberapa amalan gaya
pembelajaran yang mempunyai hubungan dengan pencapaian Sains. Seterusnya didapati terdapat
perbezaan dari segi gaya pembelajaran mengelak antara pelajar lelaki dan perempuan. Selain itu,
terdapat juga perbezaan dari segi gaya pembelajaran bekerjasama dan bergantung antara pelajar
bandar dan pinggir bandar. Namun demikian tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara
persekitaran keluarga pelajar bandar dan pelajar pinggir bandar.
Dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar mempunyai persekitaran keluarga yang
berdimensi perkembangan dan pertumbuhan personaliti manakala dari segi gaya pembelajaran
pula kebanyakan pelajar mengamalkan gaya pembelajaran bekerjasama dan bergantung. Analisis
korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran keluarga dimensi
perhubungan dengan gaya pembelajaran bebas. Bagi persekitaran keluarga dimensi
perkembangan dan pertumbuhan personaliti pula mempunyai hubungan yang signifikan dengan
gaya pembelajaran bebas, bekerjasama, bergantung, bersaing dan melibatkan diri. Manakala bagi
persekitaran keluarga dimensi pengekalan sistem, dapatan menunjukkan hubungan yang
signifikan dengan kesemua (enam) gaya pembelajaran yang dikaji.
Dapatan anlisis korelasi juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
persekitaran keluarga dimensi perkembangan dan pertumbuhan personaliti dengan pencapaian
Sains. Manakala gaya pembelajaran bebas, mengelak, bekerjasama dan bergantung menunjukkan
hubungan yang signifikan dengan pencapaian Sains.
Keputusan ujian ANOVA mendapati terdapat perbezaan yang signifikan gaya
pembelajaran mengelak, bebas, bergantung dan bersaing mengikut jantina. Namun demikian
perbezaan yang ditunjukkan adalah kecil. Bagi gaya pembelajaran terhadap lokasi pula ujian
ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi persekitaran keluarga antara
pelajar bandar dan pinggir bandar bagi dimensi perhubungan keakraban dan pernyataan masalah.
Dimensi personaliti rekreasi pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi
persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir Bandar.

RUJUKAN
Abdullah Mohd Noor. (2008) Pengaruh Latar Belakang Sosial Keluarga Terhadap Pencapaian
Sains dan Matematik Dikalangan Murid Sekolah Rendah. Universiti Brunei Darussalam
Abu Talib Abdullah. (1998). Gaya dan strategi pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan
pelajar tingkatan 4 daerah Johor Baharu. Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Abdul Razak Ahmad. (1999). Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian mata
pelajaran Sejarah dari segi etnik dan lokasi sekolah. Projek Sarjana Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia
Abdul Razak Habib & Rashidi Azizan. (1997). Hubungan antara stail pembelajaran dengan
pencapaian Sains dan Matematik sekolah menengah rendah. Jurnal Pendidikan 22: 3949.
Alexander K.L. (1997). From first grade forward: Early foundations of high school dropout.
Sociology of Education, 70 (April):87-107.
Alias Baba. (1990). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Alias Baba & Chong, M.L. (1992). Hubungan di antara stail kognitif dengan jantina, aliran dan
kesannya terhadap pencapaian akademik pelajar. Jurnal Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia. 17: 61-73.
Anthony F. Grasha. (1996). Teaching with style. A practical guide to enhancing and learning
styles. University of Cincinnati: Alliance Publishes
Asiah Hj. Pariekutty. (1999). Gaya pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar tingkatan 4
Sekolah Menengah Teknik Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tesis Sarjana.
Universiti Malaya.
Asmawati bt Baharuddin. (1993). Kajian tentang pertalian antara persekitaran rumah tangga
dengan pencapaian akademik UPSR murid-murid sekolah rendah Felda Negeri
Sembilan. Disertasi Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Atan Long. (1978). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizi Hj. Yahaya & Shareeza Abdul Karim. (2003). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan
Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik Negeri
Sembilan. Universiti Teknologi Mara Cawangan Segamat.

Azizi Yahya & Syazwani Binti Abd. Razak. (2003). Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dan
Kaedah Pengajaran Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Kejuruteraan Awam di Sekolah
Menengah Teknik di Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor.
Azizi Hj. Yahaya dan Shareeza Abdul Karim. (2007). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan
Pencapaian Akademik : Tinjauan di Kalangan Pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan
Tahun Pertama, UTM, Skudai, Johor.
Baldwin, S.E. & Baronski, V.M. (1990). Family interactions and sex education in the home.
Adolescene. 99: 573 – 582.
Bloom, B. (1976). Human characteristic and school learning. New York: Hill Book Company
Bottroff, S. M. (1993). The impact of group versus individualized classroom activities on the
levels of achievement of student in atenth-grade religion course (group activities,
individualized activities, learning style). Dissertation Abstract EDD. La Sierra university.
Bryant, E. C. (1974). Association between education outcomes and background variables.
National Assessment of Educational Progress.
Briggs, S.A. (1994). Counseling students through their individual learning. Massachusetts: Allyn
and Bacon.
Cavanagh & Stephen. J. (1995). Nurse education today. ERIC: EJ507734
Chambers, B., & Abrami, C.P. (1991). The Relationship Between Student TeamLearning
Outcome and Achievement, Causal Attributions and Affect. Educational Psychology.
83: 140-146.
Chuah, M.K. (1994). Persekitaran Keluarga: Hubungannya dengan konsep kendiri dengan
pencapaian akademik di kalangan pelajar. Projek penyelidikan Diploma Psikologi
Kaunseling, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Claxton, C. S. & Charles, P. H. (1987). Learning Style: implication for improving
education. Washington: Ashe-ERIC Higher Education Report No. 4.
Clephane, J. L. (1990). External and internal resources in transcultural transition. The impact of
family environment on social exploration preference and achievement motivation on the
social adjustment and academic achievement of the black, English speaking,
international student in the American high schools. Disertasi PhD University Maryland
College Park.
Coleman et. al. (1966). Equality of educational opportunity. Washington, DC: U.S. Government
Printing Office.
Copenhaver, R. W. (1979). The consistency of student learning style as students move

from English to Mathematics. Tesis PhD. University Indiana.
Coral, A. (1985). Increasing Science Achievement for Disadvantaged Students. University
Quarterly 32(3):2234-2246
Dauglas, J.W.B. (1964). The home and the school. London: MacGibbon and Kee.
Davis, B. G. (1993). Tools for teaching. USA: Jossey- Bass Inc. Publishers. 350 Sansome Street.
San Fancisco, Calofornia. 94104.
Domino, G. (1970). Interactive effects of an achievement orientation and teaching style on
academic achievement. Act Research Report.
Dunn, R. & Dunn, K. (1978). Teaching students through their individual learning styles: a
practical approach. The 14th annual leadership institute, Jamaica. New York.
Dunn et. al. (1982). Teaching students through their individual learning styles: a practical
approach. Jamaica. New York.
Dunnet. al. (1985). Teaching students through their individual learning styles: a practical
approach. Jamaica. New York.
Elizabeth Soo Mee Ting. (2000). Gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian
Matematik: Satu kajian kes di Malaysia France institute(MFI). Projek Sarjana Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ensminger, M.E. & Slusarcick, A.L. (1992). Pars to high school graduation or dropout: A
longitudinal study of a first-grade cohort. Sociology of Education 65:95-113.
Entwistle, N.J. & Entwistle, D.M. (1970). The relationship between personality, study methods
and academic performance. British Journal of Educational Psychology 40:132-141.
Erikson, E. (1950). Childhood and society. New York: Norton.
Fatanah Mohamed. (1997). Perkaitan antara Pencapaian Akademik dengan Faktor Personaliti
dan Persekitaran Keluarga di Kalangan pelajar MRSM. Disertasi Tesis PhD. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Fraser,E. (1959). Home environment and the school. London: University of London. Press Ltd.
Gardner, P. C. (1975). Attitudes to science: A review. Studies in Science Education, No. 2.
Grasha, A. F. (1996). Teaching with style. A practical guide to enhancing learning by
understanding teaching and learning styles.Alliance publishes: University of Cincinnati.
Hannigee, M. L. (1998). Learning mathematics and science through play. In J. P. Bauch (ED),

Early chilhhood education in the schools. Washington, DC: National Education
Association.
Hadiah Senin. (1997). Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah daerah Batu Pahat. Tesis Sarjana
Pendidikan. Universiti Kabangsaan Malaysia.
Hatcher, J. (1999). On-line and off-line survey instruments: Motivation, cognitive style and
learning style.
Haron I. (1977). Social class and educational achievement in a plural society. PhD Dissertation,
University of Chicago, Illinois, USA.
Hazil Abd Hamid. (1990). Sosiologi dalam perspektif pembangunan negara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hazliza Ismail. (2000). Satu tinjauan mengenai faktor-faktor sikap dalam mata pelajaran
Biologi berdasarkan jantina, tahap pencapaian dan status sosio-ekonomi keluarga di
Daerah Kemaman, Terengganu. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hess, R.D. & Halloway, S.D. (1984). Family and school as educational institutions. Review of
Child development research: 179-222. Chicago: University of Chicago Press.
Hurlock, E.B. (1973). Adolescent development. New York: Mc Graw Hill, Inc
Justice, B. & Calvert, A. (1990). Family environment factors associated with child abuse.
Psychological Reports. 1990.66(2):458.
Keith, T. Z. (1982). Time spent on homework and high school achivement. Journal of Educational
Psychology 74: 248 – 253.
Keefe, J. W. (1979). School application of learning style concept. Student Learning Style:
Diagnosing and prescribing programs. 18 – 25. Reston: National Association of
Secondary School Principals.
Keefe, J. W. (1991). Learning Style: Cognitive and thinking skill. Reston, VA: National
Association of Secondary school, Principals.
Khalid Abdullah, Rosadah Abd Majid & Abdul Razak Habib. (1999). Modul Pengajaran Kaedah
Matematik. Pusat Pengajian Jarak Jauh(PJJ). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kline, P. (1992). The everyday genius restoring children’s natural joy of learning. Artlington,
Virginia: Great Ocean publishers.
Kolb, D. A. (1984). Experiential Learning. Englewood cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Leslie,G. (1976). The family in social carter. New York : Oxford University Press.
Lyson, G.C. (1991). Achievement motivation: a cross – cultural comparison of British and
Chinese student. Educational Psychology. 16(3)L 271 –278.
Marjoribanks, K. (1994). Families, school and children’s learning environments. International
Journal of Educ. Research 21: 439 – 555.
McCarthy, B. (1987). The 4 MAT System: Teaching to learning style with right left mode
technique. Barrington Illinois: Excel ASCD.
Marimuthu,T. (1994). Pengenalan sosiologi pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Maktab Perguruan Seri Kota. (1996). Gaya pembelajaran guru pelatih Maktab Perguruan Seri
Kota. Jurnal Pendidikan TIGAENF 2(1): 1-9.
Maznah Ismail & Yoong Suan. (1995). Kajian terhadap pendekatan pembelajaran pelajar. Jurnal
Pendidik dan Pendidikan 14: 11 – 17
Mcgowan, B. W. (1998). An investigation of student and faculty learning style congruency and
academic achievement in an undergraduate industrial technology program (African –
Americans). Disertasi Ph. D. Mississipi State University. Dissertation Abstracs
International. 58(12): 4555A
McCarthy, B. (1987). The 4 MAT system: teaching to learning style with right/left mode
technique. Barrington Illiois: Excel. Inc. ASCD.
Melara, G. E. (1996). Investigating learning style on different hypertext environment:
Hierarchichal – Like & Network – Like Structures. Journal of educational – computing
research 14(4) : 313 – 328
Moos, R. F. & Moos, B. S. (1993). Family environment scale: manual. Palo Alto, CA:
Consulting Psychologist Press, Inc. (second edition; tenth printing)
Moos, R.H. & Moos, B.S. (1986). Family environment scale: manual Palo Alto: Counsulting
Psychologists Press.
Mohd Majid Konting.(1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Basar Marpan. (1997). Kajian untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains: Satu kajian semula. Latihan Ilmiah.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Natriello G. and McDill E.L. (1986). Performance standards, student effort on homework, and
academic achievement. Sociology of Education, 59 (January):18-31.

Nelson. B. J. (1993). An investigation of the impact of learning style factors on college students
retention and achievement. Disertasi Ed. D. St. John’s University: Dissertation Abstracts
International. 53(09): 3121.
Ng Sook Chin (2005). Relationship Between Learning Styles and Understanding of Selected
Chemical Concepts Among Pre-University Science Students. Tesis Sarjana. Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Norlia Abd. Aziz & Zamri Mahamod. (2006). Kepelbagaian gaya pembelajaran Bahasa Arab
Komunikasi mengikut jantina dan lokasi sekolah. Prosiding Seminar Pendidikan
Kebangsaan 2000. Universiti Kebangsaan Malaysia.70-78
Norihan Abu Hassan. (2001). Perkaitan antara gaya pembelajaran, keupayaan awal, kesukaran
subjek dan kaedah pengajaran dengan pencapaian Matematik pelajar Diploma
Kejuruteraan. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia
Orr, A.J. (2003). Black-white differences in achievement: the importance of wealth. Sociology of
Education, 76 (October):281-304.
Pejabat Pelajaran Daerah Serian. (1999). Analisis Keputusan UPSR 2005-2009 Daerah Serian.
Pizzo, J. (1981). An investigation of the relationship between selected acoustic environments and
sound, an element of learning style, as they affect sixth grade student’s reading
achievement and attitudes. Tesis Ph.D. University of St. john.
Rahil Mahyuddin, Jami’ah Mohamad & Kasnani Ab Karim. (2000). Psikologi pendidikan II.
Petaling Jaya: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Rihan Mansuri. (2002). Hubungan antara strategi pembelajaran dengan pencapaian pelajar
tingkatan empat dalam mata pelajaran Prinsip Akaun di sekolah menengah. Tesis
Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rohaty Mohd Majzub. (1989). Persepsi pensyarah terhadap Pemboleh ubah yang
mempengaruhi pembelajaran mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal
Personalia Pelajar. 11-21.
Sadler - Smith. E. (1996). Approaches to studying: Age, gender and academic
performance .Educational Studies 22 (3): 367 - 379.
Sharifah Alawiah Alsagoff. (1996). Sosiologi pendidikan. Heinemann Sdn. Bhd : Kuala Lumpur.
Smith, D.D. (1993). Brain, environment, heredity and personality. Psychological Reports 72: 3 –
13

Sims. R.R. & Sims. S. J. (1995). The importance of learning styles: Understanding the
implications for learning course design and education. Westport. Connecticut:
Greenwood Press.
Shahril Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu pendidikan di Malaysia sorotan dan cabaran.
Siri pengajaran dan pembelajaran utusan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Selmes, I. P. (1987). Improving study skills (Changing Perspective In education). Great Britain:
Hodder and Stoughton Ltd.
Shea, T. (1983). An investigation of the relationship among preferences for learning style
element of design, selected instructional environments and reading test achievement of
ninth-grade students to improve administrative determinations concerning effective
educational facilities. Tesis Ph. D. University of St. John.
Siti Rahayah Ariffin. (1988). Kaj