PROGRAM ULUL ALBAB SUATU PROSES TRANFORM

PROGRAM ULUL ALBAB SUATU PROSES TRANFORMASI PENDIDIKAN Malaysia:
KAJIAN KES SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ, TERENGGANU1

Norhazriah Mohamed @ Ismail2
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang

ABSTRAK

Program Ulul Albab (UA) adalah suatu proses penambahbaikkan dalam sistem
pendidikan di Malaysia, khususnya di Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu.
Pendekatan yang di perkenalkan oleh program UA adalah bercirikan Quran, Ijtihad dan
Ensaiklopedia. Tujuan penambahbaikkan sistem pendidikan ini adalah bertujuan untuk
menghasilkan generasi yang bukan sahaja celik mata tetapi celik hati sebagai wadah
pembentukkan sahsiah dan jati diri. Pendidikan yang sedia ada lebih menekankan soal
duniawi sehingga soal ukhrawi terabai. Kekurangan sistem pendidikan yang ada telah
melahirkan ramai generasi yang bijak pandai tetapi pincang dari segi akhlak dan sahsiah
diri. Keadaan ini telah membuka mata sesetengah pihak dan berusaha dalam
mentransformatifkan pendidikan melalui gandingan dua cabang ilmu iaitu ilmu duniawi

(sains) dan ilmu ukhrawi (agama) melalui program UA. Oleh itu kertas kerja ini dibina
untuk mengenal pasti dan menganalisis corak yang telah diterapkan dalam program UA
sebagai satu medium transformasi pendidikan di Malaysia. Persoalannya,
sejauhmanakah corak program UA berkembang dan merebak serta diterima umum di
dalam arus pendidikan Malaysia? Kajian ini dilakukan dengan menggunakan reka bentuk
kajian kes dan analisis kandungan melalui sumber perpustakaan dalam mencapai objektif
kajian.

Kata kunci: Corak program UA, Transformasi Pendidikan

1

Kertas kerja yang bertajuk program Ulul Albab sebagai suatu proses transformasi pendidikan Malaysia.
Kajian kes: sek. Men. Imtiaz, Terengganu dibentangkan di “Workshop Antarabangsa Pembangunan
Berteraskan Islam V (WAPI-5) pada 10 April 2012 bertempat di Kampus Universitas Muhammadiyah
Sumatera (UMSU), Jalan Kapten Mukhtar Basri Nomor 3 Medan, Indonesia.
2
Calon Sarjana Pengurusan Islam (Ekonomi Politik Islam), Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang


1

Pengenalan
Dalam temboh beberapa abad, Malaysia telah mengalami perubahan demi perubahan
dalam sistem pendidikan dan perubahan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Perubahan ini mengikut kehendak dan keperluan masyarakat pada zaman itu. Perubahan
dan perkembangan ini bermula sejak dari zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman
pascamerdeka

(1957-1970),

zaman

Dasar

Ekonomi

Baru

(1971-1990),


zaman

Pembangunan Negara (1991-2000) dan zaman Dasar Wawasan Negara (2001 hingga
sekarang). Apa yang jelas, perubahan dan perkembangan sistem pendidikan Malaysia
lebih menumpukan usaha dalam merapatkan jurang perhubungan kaum, kemudian
memberi tumpuan terhadap kelahiran generasi yang berinovasi, berdaya saing dan bijak
pandai serta menekankan pendidikan sains dan teknologi sehingga sedikit sebanyak
terlepas pandang akan kepentingan pendidikan agama dalam sektor pendidikan
Malaysia.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2005, kerajaan telah mula memperkenalkan program jQAF di sekolah-sekolah rendah. Program ini terus diperluaskan pada tahun 2006
sehingga sekarang bagi memastikan murid beragama Islam menguasai Jawi, Al-Quran,
Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri,
2003).
Pada tahun 2005 juga, kerajaan negeri Terengganu telah melaksanakan program UA
sebagai salah satu usaha dalam mengatasi kemelut pendidikan. Program ini menjulang
misi menjana kepimpinan muslim yang bertaraf global sebagai satu sistem pembelajaran
yang diberi nilai tambah serta sebagai satu medium transformatif pendidikan Malaysia di
Terengganu umumnya dan di Sekolah Menengah Imtiaz khususnya. Program UA
berlangsung dengan berpandukan kepada tiga ciri,


iaitu Quran3, Ijtihad4 dan

Ensiklopedia5.
Oleh sebab itu, penulisan kertas kerja ini adalah bertujuan untuk melihat bagaimana corak
program UA ini berlangsung serta memberi perubahan dalam salah satu usaha
mentransformasikan pendidikan di Malaysia.

3

Hafiz 30 juzuk al-Quran semasa tingkatan 3 serta memahami tuntutan al-Quran berdasarkan konsep baca, ingat, faham,
fikir, amal, sebar (BIFFAS).
4
Berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat, memaksimakan keupayaan otak dan minda, berfikiran
kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.
5
Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa
asing.

2


Program Ulul Albab: Analisi Konsep
Ungkapan Ulul Albab jarang-jarang didengari apatah lagi mendapat perhatian daripada
rakyat umum. Namun begitu, ungkapan ini bukanlah suatu yang baru tetapi ia telah
disebut sebanyak enam belas kali di dalam al-Quran (Ali Syari‟ati, 1985; 17). Ungkapan
ini mula menjalar apabila ia mula diperkenalkan dan diuar-uarkan oleh mantan Perdana
Menteri Malaysia Ke-5 dalam ucapan beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 15
November 2006, berkata:
‘GAGASAN KETIGA: membangunkan modal insan; melalui program
pendidikan berkualiti dan holistik untuk memperlengkapkan warga
Malaysia bagi menghadapi dunia global; disusuli dengan kelahiran
masyarakat kreatif dan inovatif yang menjadi komponen kepada
barisan warga berfikiran dan berbudaya kelas pertama. Kita
memerlukan barisan warga yang menguasai pengetahuan, ilmu,
kemahiran dan maklumat.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih
bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang
berakal”. (Ali Imran:190).
Ayat ini memperingatkan manusia betapa pentingnya akal. Justeru itu
akal manusia perlu dibangunkan. Program pembangunan akal

manusia adalah usaha untuk membangunkan masyarakat „Ulul
Albab‟, merupakan barisan insan yang berupaya menganalisis,
menguasai sains, memahami falsafah dan menguasai teknologi. Ayat
ini menuntut umat untuk memperlengkapkan minda, agar manusia
memiliki keupayaan menghadapi dunia moden. Membangunankan
masyarakat Ulul Albab terdiri daripada saintis dan teknologis,
usahawan dan teknokrat adalah suatu kewajipan yang membolehkan
ummah mendaki tangga kemajuan hingga sampai ke punjak
kejayaan. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan
prasarana dan membekalkan kemudahan untuk melahirkan
masyarakat Ulul Albab.‟
Rentetan daripada itu, kerajaan negeri Terengganu telah menyambut baik akan seruan
Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5 dengan memperkasakan sistem pendidikan
yang telah sedia ada dengan mengenengahkan program UA di Sekolah Menengah
Imtiaz, Terengganu. Istilah ini merupakan salah satu usaha dalam mentransformatifkan
dua bidang ilmu iaitu ilmu duniawi (sains) dan ilmu ukhrawi (agama) di dalam sistem
pendidikan Malaysia. Program UA merupakan sistem pelaksanaan kurikulum, kokurikulum dan hafazan al-Quran yang berpaksikan kepada tiga ciri iaitu Quran, Ijtihad
dan Ensiklopedia.

3


Modul Program Ulul Albab
Dalam sesuatu pelaksanaan sistem atau program sudah pasti mempunyai modul atau
dokumen sebagai bahan rujukan pihak-pihak yang terbabit. Begitu juga dengan program
UA yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu. Kandungan yang
terdapat di dalam modul Program Ulul Albab Sekolah Menengah Imtiaz adalah seperti visi,
misi, moto, pelan perancangan strategi Sekolah Menengah Imtiaz, kurikulum (hal ehwal
akademik), hal ehwal pelajar, ensiklopedia, ijtihad dan ko-kurikulum.
Visi yang digariskan di dalam program UA di Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu ialah
menjadi institusi pendidikan bertaraf dunia yang mampu melahirkan generasi UA
bercirikan Quran, Ensiklopedia dan Ijtihad menjelang tahun 2015. Seiring dengan motonya
“Ulul Albab Mencipta Zaman”, misi adalah menjadikan al-Quran sebagai teras
pembelajaran dalam mendidik pelajar supaya mampu menguasai pelbagai disiplin ilmu,
bahas dan kemahiran serta menyediakan prasarana pendidikan dan iklim pembelajaran
yang kondusif.
Bagi pelan perancangan strategi sekolah (2010-2015), telah melakarkan beberapa
strategik. Pertama ialah melahirkan 50% hafiz dan hafizah menjelang 2015, pelan kedua
memberi penekanan kepada semua pelajar untuk menghafal sekurang-kurangnya 20 juz
semasa tingkatan 3 dan ketiga, memartabatkan kurikulum diniyyah dan hafazan al-Quran
ke peringkat nasional. Pelan keempat lebih menjurus kepada menjadikannya sebagai one

stop center bagi hafazan al-Quran dan pusat rujukan masyarakat dalam bidang al-Quran.
Strategi yang kelima pula mensasarkan setiap 100 keluarga mempunyai seorang hafiz
atau hafizah menjelang 2015 dan seterusnya keenam menetapkan matlamat untuk
mendapat keputusan dengan gred purata sekolah (GPS) 1.0 bagi peperiksaan PMR dan
1.2 bagi SPM menjelang 2015. Strategi seterusnya (ketujuh) kemudian mensasarkan
menjelang 2015 sebanyak 40% pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke universiti
terkemuka luar negara melalui program fast track dan yang kelapan adalah dapat
menjuarai semua pertandingan akademik seperti olympaid, matematik dan sains peringkat
kebangsaan. Setelah dijalankan 8 strategi ini, jaringan kerjasama dengan universiti
tempatan

seperti

USIM,

Kolej

Universiti

Darul


Quran

dan

UIA

bagi

tujuan

penambahbaikkan program serta kesinambungan program UA di jalinkan. Kesepuluh ialah
mengadakan program menganak angkatkan sekolah rendah bagi memberi pendedahan
lebih awal kepada murid sekolah rendah tentang program hafazan al-Quran dan program
UA bagi menimbulkan minat lebih awal kepada murid-murid pada tahun 1 hingga 6
sebagai persiapan memasuki ke tinggatan satu ke sekolah menengah imtiaz dan terakhir;
4

menjelang 2015 semua Sekolah Menengah Imtiaz dapat dinobatkan sebagai sekolah
terbaik di peringkat kebangsaan.

Melihat kepada perubahan dan perkembangan dalam pendidikan Malaysia, pada awal
abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan Malaysia
telah berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi, liberalisasi
dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam menentukan hala tuju
sistem pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

telah menggubal misi

pendidikan sebagai fokus yang ingin dicapai dalam mengangkat martabat Malaysia dalam
dunia global. Misi pendidikan Malaysia ialah;
“Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia
bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara Malaysia”.
Selaras dengan misi tersebut Malaysia telah menetapkan matlamat pendidikan negara
bagi melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, melahirkan insan
yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera juga menyediakan
sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara dan seterusnya memberi
peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Bagi mencapai matlamat tersebut, sistem pendidikan Malaysia adalah bertunjangkan
kepada falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) iaitu;

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara”. (Falsafah pendidikan kebangsaan)
Banyak usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia bagi memastikan taraf pendidikan
berkualiti mencakupi semua bidang dan aspek kehidupan. Walau bagaimanapun, tidak
dinafikan soal pendidikan lebih mengutamakan akademik yang beraliran duniawi (sains,
teknologi, kemahiran) berbanding aliran ukhurawi (agama) walaupun di dalam matlamat
pendidikan Malaysia tercatat isu melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia dan
berilmu.
Berdasarkan kepada penelitian semasa, Malaysia telah melahirkan ramai generasi bijak
pandai di dalam medan akademik tetapi kurang dari sudut akhlak dan jati diri. Keadaan ini
5

merujuk kepada permasalahan moral dan kemelut sosial yang semakin meruncing, yang
kebanyakannya melibatkan remaja dan muda mudi. Melihat pula pada dada-dada akhbar
pasti isu keruntuhan akhlak dan moral sering di isukan. Daripada permasalahan salah
guna najis dadah, rompak, samun, rogol, bunuh, pembuangan bayi, seks di luar nikah,
Lesbian,

Gay,

Biseksual dan Transeksual (LGBT), Pengkid, Gothic, Black

Metal,

pergaulan bebas, rempit dan lain-lain. Pendek kata, terlalu banyak permasalahan sosial
yang berkembang biak di Malaysia.
Terdapat banyak penelitian yang melihat permasalahan ini. Hasil penelitian yang banyak
diperolehi, memaparkan kepada banyak faktor yang menyumbang ke arah permasalahan
yang dibicarakan. Walau bagaimanapun, faktor sistem pendidikan merupakan antara
faktor yang terbesar yang telah menyumbang di dalam permasalahan ini. Jadi, di
manakah kurangnya sistem pendidikan Malaysia yang telah dibentuk dan digubal oleh
kerajaan Malaysia? Bagaimanakah corak dan pendekatan yang dilaksanakan dalam
sistem pendidikan Malaysia? Bersepadukah antara dua bidang ilmu iaitu ilmu duniawi
(sains) dan ilmu ukhrawi (agama) di dalam sistem pendidikan Malaysia? Atau, setulus
manakah para pendidik menyampaikan ilmu kepada anak didiknya? Adakah sistem
pendidikan Malaysia hanya menekankan pembelajaran berorientasikan peperiksaan
semata-mata?
Sejak tahun 1979 (Mok Soon Sang, 1990; 104), sistem pendidikan telah berakar umbi di
dalam sistem pendidikan Malaysia, tetapi masih tidak dapat menyelesaikan permasalahan
ini. Keadaan ini mungkin kerana sistem pendidikan yang tidak holistik yang tidak
menghubungkan dunia akademik dengan cabaran semasa seperti cabaran sosial,
ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, program UA cuba menggabungkan kelemahan ini
dengan tuntutan semasa dengan menerapkan kedua-dua bidang ilmu iaitu ilmu duniawi
dan ilmu ukhrawi.

Program Ulul Albab dalam Transformasi Pendidikan
Tujuan pendidikan menentukan keadaan dan kandungan kurikulum setiap sukatan
pelajaran. Jika baik tujuannya maka berkualitilah dapatannya. Ini kerana pendidikan
bukanlah berakhir dalam diri pelakunya tetapi merupakan satu jalan untuk sampai ke satu
matlamat. Walaupun, ada sesetengah pihak yang beranggapan memperoleh ilmu adalah
tujuan pendidikan. Maka, sebuah negara Islam, Malaysia sewajarnya meletakkan

6

matlamat pendidikan sejajar dengan tuntutan Islam iaitu menjadi seorang hamba Allah
yang taat dan alim.
Pendidikan hendaklah menukarkan sifat semula jadi pelajar menurut arah yang betul dan
membolehkan mereka baik dari segi mental, fizikal, budaya, akhlak mahupun amali untuk
menjadi hamba Allah yang bersyukur. Mereka harus dibentuk menerusi pendidikan
supaya

mereka

selalu

berfikir,

merancang

dan

bertindak

menurut

kehendak

Pencipta_Allah swt. (Afzalur Rahman, 1990; 107).
Tidak dinafikan, di dalam falsafah pendidikan Malaysia telah jelas menyatakan hasrat
pendidikan terhadap generasi pemangkin negara. Walau bagaimanapun, apabila laporan
semasa menunjukkan statistik keruntuhan akhlak dan moral yang semakin hari makin
berleluasa dan populasi keterlibatannya adalah golongan belia muda mudi Islam.
Keadaan ini jelas membuktikan ada yang tidak kena dengan pendidikan Malaysia. Apatah
lagi, cabaran dan godaan dunia globalisasi yang menghimpit kini menuntut perubahan
dan penambahbaikkan dalam sistem pendidikan yang ada.
Sedar atau tidak, sedikit sebanyak pendidikan Malaysia yang ada telah dipengaruhi oleh
pendidikan asing. Kini, apabila Malaysia mula membuka mata dan menyedari hakikat
sistem pendidikan asing gagal menyediakan pendidikan yang sewajarnya kepada individu
dan masyarakat seperti yang dituntut oleh Islam, maka sudah sampai masanya orangorang Islam kembali kepada kitab suci al-Quran dan sunah Rasulullah SAW sebagai
sumber rujukan utama bagi teori-teori pendidikan.
Atas desakan kesedaran terhadap sistem pendidikan yang telah mencorakkan
pembentukkan akhlak dan jati diri muda mudi, kerajaan dan pihak-pihak yang prihatin
mula mengambil inisiatif dalam usaha untuk mentransformatifkan pendidikan agar
seimbang di antara pendidikan tabii dan agama. Di sekolah-sekolah rendah (tahun 1-6) di
bekalkan dengan kelas KAFA (fardhu ain) dan yang terbaru sistem j-QAF. Di sekolahsekolah menengah pula di wajibkan pendidikan Islam dan moral (bagi non-muslim).
Selain itu, sekolah-sekolah beraliran agama sudah pasti mendapat dedahan pendidikan
agama. Dan ternyata, banyak sekali sekolah-sekolah yang beraliran agama dan maahad
tahfiz di Malaysia. Tetapi, kita harus waspada, memenuhi piawaian sukatan pelajaran di
akhir pengajian secara menghafal bukanlah satu cara yang baik untuk memupuk
pendidikan dalam pemikiran muda mudi. Penerapan adalah sangat penting bukan
sekadar pengetahuan teori (Muhammad Hamid, 1990; 23).

7

Tuntutan perubahan yang sewajarnya di dalam sistem pendidikan Malaysia juga telah
memberi ilham kepada kerajaan negeri Terengganu dalam mengusahakan salah satu
proses memperkasakan pendidikan. Di mana, pemerkasaan ini memberi nilai tambah
dalam sistem pembelajaran sedia ada yang dikenali sebagai program UA. Penerapan
yang digunakan dalam program ini ialah membudayakan al-Quran serta meletakkan alQuran sebagai teras pembelajaran dengan menggabungkan sistem pendidikan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ia mula diperkenalkan di Terengganu khususnya
di Sekolah Menengah Imtiaz.
Pembentukkan satu modul sebagai garis panduan untuk program UA dalam mencapai
misi, visi, matlamat dan strategi yang berasaskan kepada tiga ciri iaitu Quran, Ijtihad dan
ensiklopedia. Tujuan utama di dalam pendidikan yang bersumberkan al-Quran ialah
tuntutan untuk melahirkan insan yang baik dan beriman supaya mereka akan menerajui
corak kehidupan yang sejahtera dan kebahagiaan di akhirat kelak. Kehidupan insan yang
sebenarnya ditentukan oleh peraturan dan undang-undang Allah swt seperti yang
termaktub di dalam al-Quran6. Allah swt berfirman, ertinya;
“Tidak ada apa-apa pun yang kami tertinggal dalam kitab suci ini”.
(Q 6: 38).
Corak pendidikan daripada program UA telah berkembang biak bukan sahaja di
Terengganu malah di beberapa buah negeri yang ada di Malaysia. Terdapat lima buah
Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu iaitu di Besut, Kuala Terengganu, Kuala
Berang, Dungun dan Kemaman. Selain itu, Pihak Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP)7 telah menubuhkan sebuah Sekolah Menengah Imtiaz yang juga
menggunakan pendekatan program UA. Pihak jabatan MARA8 juga telah menyerapkan
program UA di dalam tiga buah institusi pendidikan di peringkat sekolah iaitu MRSM 9
yang beroperasi di Kota Putra, Terengganu, Gemecheh, Negeri Sembilan dan Kepala
Batas, Pulau Pinang. Bahkan, di negara jiran iaitu indonesia juga turut menggunakan
pendekatan UA dalam sistem pendidikan mereka lewat tahun 90-an iaitu Sekolah Maahad
Al-Zaytun10 dan Universiti Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang11.

6

Muhammad Hamid. (1990). Menuju ke arah kurikulum Islam. hlm. 3
Haji Anan C. Mohd. Agihan Zakat: Isu, Impak Dan Pengharapan. 26 Oktober 2010. Hlmn. 5-6.
8
Majlis Amanah Rakyat
9
Maktab Rendah Sains Mara
10
Al- Zaytun. (2005). Brochure & Corporate Video. Indonesia.
11
http://www.uinmalang.ac.id/index.
7

8

Perkembangan program UA jelas menunjukkan ia mendapat sambutan positif daripada
pelbagai pihak dan masyarakat. Malah pelajar-pelajar yang mendaftar di Sekolah-Sekolah
Imtiaz, Terengganu turut bertambah dari mula diperkenalkan sehingga sekarang. Pada
tahun 2009, sebahagian jumlah pelajar sekolah menengah imtiaz, Terengganu ialah
dalam sekitar 744 orang. Justeru,

keadaan ini telah membuka mata banyak pihak.

Menurut satu laporan akhbar12, Perlis rancang lahirkan lebih ramai penghafaz al-Quran
oleh pengerusi Majlis Agama Negeri, Jefperi Othman.
Pengikhtirafan dan penghargaan turut diberikan terhadap kecemerlangan pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu di dalam ujian atau khatam al-Quran 30 juzuk dan
peperiksaan PMR dan SPM. Seramai 177 orang pelajar pada tahun 2008 dan seramai
185 orang pelajar pada tahun 2011 yang berjaya mengkhatam al-Quran. Manakala, bagi
keputusan peperiksaan PMR pada tahun 2009 ialah seramai 164 orang daripada 295
orang pelajar yang mendapat 9A iaitu sebanyak 55.59%. dan peperiksaan SPM pada
tahun 2009 pula seramai 12 orang yang mendapat straight A13. Program UA turut
mengadakan peperiksaan i‟dadi terhadap pelajar yang berada di tingkatan 1-3.

Penutup
Laporan-aporan melalui dada akhbar dan menjelajah dunia di hujung jari (internet) telah
mendedahkan maklumat lepas, semasa dan terkini kepada umum. Perkembangan dan
perubahan telah banyak berlaku di dalam sistem pendidikan Malaysia. Malah banyak
pihak yang telah berusaha dalam mentransformasi dan memperkasakan pendidikan
negara.
Susulan dari itu, wujud sebahagian pihak yang mula menyedari akan kepentingan
gandingan di antara kedua-dua bidang ilmu iaitu ilmu duniawi (sains) dan ilmu ukhrawi
(agama) di dalam sistem pendidikan. Dan salah satunya ialah Program UA. Dengan itu,
nilai-nilai murni dapat diterapkan secara mendalam di dalam jati diri belia muda mudi.
Kesedaran ini berputik apabila keruntuhan moral dan akhlak belia muda mudi menjadi
semakin parah dan bernanah sehingga kemelesetan akhlak umpama satu lumrah
kehidupan muda mudi kini.

12
13

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur
http://www.myimtiaz.com.my/v2/

9

Perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan sedikit sebanyak mula
menampakkan usaha ke arah memartabat dan menitik beratkan soal pendidikan agama
(al-Quran) terhadap pembentukkan akhlak dan jati diri belia muda mudi yang dikatakan
berkait rapat dengan permasalahan keruntuhan akhlak dan moral. Oleh itu, dengan
terlaksananya program UA yang semakin bercambah dan mula menyubur dalam sistem
pendidikan Malaysia, sedikit sebanyak agar dapat membantu dalam membentuk sahsiah
dan jati diri belia muda mudi pada zaman globalisasi yang penuh cabaran tidak kira sama
ada dari sudut sains, teknologi, komunikasi, ekonomi, agama, budaya, jati diri,
perundangan malah juga pendidikan.
Dan oleh sebab, pendidikan merupakan sesuatu yang maha penting untuk memandu
kehidupan manusia, maka segala falsafah dan dasarnya mesti dipetik secara ekslusif dari
al-Quran.

10

Bibliografi
Abdullah Sani Yahaya. (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang:
PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.
Abdullah Taib. (1991). “Pengalaman Penyelidikan: Metodologi dan Analysis” dlm. Jurnal
Antropologi dan Sosiologi. Vol. 19. No 37-47. Hlmn. 38.
Abdul Wahab Bin Mohd Arshad (Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Besut, Terengganu).
Kepimpinan Instruksional Ke Arah Transformasi Sekolah: Satu Perkongsian
Pengalaman. Diakses dari:
http://www.iabu.moe.gov.my/kolokium2011/kertas%20kerja%20pdf/8.%2
0Abdul%2 0Wahab%20Mohd%20Arshad-1st%20Proof.pdf.
Ali Syari‟ati. (1985). Ideology Kaum Intelektual Suatu Wawasan Islam. Bandung: Penerbit
Mizan. Hlmn. 17.
Al- Zaytun. (2005). Brochure & Corporate Video. Indonesia.
Jamil Ahmad & Norlia Goolamally. Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan
Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. UKM & OU.
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2005). Pendidikan di Malaysia: Memartabatkan
Kecemerlangan Pendidikan Negara. KPM: Putrajaya.
Mok soon sang. (1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Kuala Lumpur: Vinlin
Press Sdn. Bhd. Hlmn. 104.
Rohana Yusof. (2003). Penyelidikan Sains Sosial. Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.
Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ucapan Dasar Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Presiden UMNO. Bertajuk: Kata
Dikota. Diperhimpunan Agung AMNO Ke-57. Di Pusat Perdagangan Dunia
Putra (PWTC), 15 November 2006.
http://www.uinmalang.ac.id/index.php?option=com_content&view=category&id=
11:sistem-akademik&Itemid=146&layout=default
http://ytrg.terengganu.gov.my/v2/bahagian/pengurusan-imtiaz
http://www.myimtiaz.com.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=134:ker
atan-akhbar-majlis-anugerah-hafazan-dan-haflah-al-takharruj2010&catid=16:berita

11

Dokumen yang terkait

ANALISIS SISTEM PENGENDALIAN INTERN DALAM PROSES PEMBERIAN KREDIT USAHA RAKYAT (KUR) (StudiKasusPada PT. Bank Rakyat Indonesia Unit Oro-Oro Dowo Malang)

160 705 25

PROSES KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM SITUASI PERTEMUAN ANTAR BUDAYA STUDI DI RUANG TUNGGU TERMINAL PENUMPANG KAPAL LAUT PELABUHAN TANJUNG PERAK SURABAYA

97 602 2

PEMAKNAAN BERITA PERKEMBANGAN KOMODITI BERJANGKA PADA PROGRAM ACARA KABAR PASAR DI TV ONE (Analisis Resepsi Pada Karyawan PT Victory International Futures Malang)

18 209 45

ANALISIS PROSES PENYUSUNAN PLAN OF ACTION (POA) PADA TINGKAT PUSKESMAS DI KABUPATEN JEMBER TAHUN 2007

6 120 23

AN ANALYSIS OF LANGUAGE CONTENT IN THE SYLLABUS FOR ESP COURSE USING ESP APPROACH THE SECRETARY AND MANAGEMENT PROGRAM BUSINESS TRAINING CENTER (BTC) JEMBER IN ACADEMIC YEAR OF 2000 2001

3 95 76

EFEKTIVITAS PENGAJARAN BAHASA INGGRIS MELALUI MEDIA LAGU BAGI SISWA PROGRAM EARLY LEARNERS DI EF ENGLISH FIRST NUSANTARA JEMBER

10 152 10

EVALUASI IN VITRO ANTIOKSIDAN SENYAWA FENOL BIJI MELINJO (Gnetum gnemon L.) SELAMA PROSES PENGOLAHAN EMPING MELINJO BERDASARKAN SNI 01-3712-1995

4 111 16

IMPLEMENTASI PROGRAM PENYEDIAAN AIR MINUM BERBASIS MASYARAKAT (Studi Deskriptif di Desa Tiris Kecamatan Tiris Kabupaten Probolinggo)

21 177 22

PROGRAM BK SAKETI 2 07 08

19 122 18

UPAYA PENINGKATAN PROSES DAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI PENGGUNAAN ALAT PERAGA PADA MATA PELAJARAN IPA DI KELAS IV (EMPAT) SDN 3 TEGALSARI KECAMATAN GADINGREJO KABUPATEN PRINGSEWU TAHUN PELAJARAN 2011/2012

23 110 52