Cabaran Globalisasi Dalam Memahami Keper

Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, 2015

447

Cabaran Globalisasi Dalam Memahami Keperluan Waqi’ Kehidupan
Dan Pendidikan Islam: Satu Sorotan
1

Farah Farhana Rosli, 2 Mohd Anuar Ramli, 3Nordiana Asra A. Rahim, & 4Noraziah Ahmad Nadzim
1,2

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
3
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
4
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
farahfarhanarosli@siswa.um.edu.my

Abstrak: Kepantasan perkembangan teknologi kini
menjadikan Malaysia semakin maju dan kian menghampiri
Wawasan 2020 setelah hampir dua dekad merancang.

Hasrat tersebut bertujuan menggerakkan perkembangan
dan pembangunan negara dalam pelbagai bidang seperti
ekonomi, politik, sosial, rohani, dan psikologi. Bagi
merealisasikan hasrat ini, semua aspek kehidupan dan
minda mestilah maju ke hadapan dan bergerak seiring
dengan arus kemodenan serta kemajuan terkini. Namun
kecanggihan teknologi komunikasi telah membawa kepada
cabaran yang besar terhadap dunia masa kini. Perubahan
tersebut secara tidak langsung menyerap masuk arus
globalisasi dalam semua skop kehidupan khususnya bidang
pendidikan.
Resapan
berkenaan
mendatangkan
kepincangan dalam proses didikan, bimbingan, dan latihan
kepada pelajar bercanggah dengan tujuan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan khususnya dalam aspek
pembangunan dan pemantapan rohani. Sewajarnya
kehadiran globalisasi dilihat dari sudut yang positif sebagai
penambahbaikan dan dapat memberi modifikasi baru

dalam membantu memantapkan sistem efikasi pendidikan
Islam masa kini. Penambahbaikan tersebut juga
seharusnya berupaya meningkatkan intelektual, emosi,
jasmani, rohani, dan sahsiah kendiri pelajar dalam menjadi
individu yang bertamadun dan berperibadi mulia. Oleh
yang demikian, dalam membantu peningkatan keupayaan
tersebut guru Pendidikan Islam sewajarnya perlu
memahami dan meneliti wa i semasa supaya dapat
diadun dengan konsep pendidikan untuk menghadapi
cabaran globalisasi. Berdasarkan sorotan literatur yang
ada, penulis melihat pemahaman dan penguasaan fiqh alwa i dengan baik mampu mendominasi arus globalisasi
dan membentuk peribadi serta akhlak yang mapan dalam
mendepani cabaran. Justeru, artikel ini akan mengupas
dengan terperinci tentang konsep globalisasi dalam
kehidupan di samping mengaitkannya dengan kefahaman
al-waqi untuk meneraju kehidupan dan pendidikan
berteraskan Islam. Penerapan fiqh al-wa i dalam
Pendidikan Islam yang disesuaikan dengan keperluan abad
ke-21 turut diteliti dalam membantu kehidupan umat
Islam. Situasi ini selaras dengan apresiasi Falsafah

Pendidikan Islam yang memartabatkan pendidikan Islam

sebagai agen sosialisasi masyarakat dalam pembinaan
akhlak, pemikiran, dan budaya hidup umat Islam amnya.
Kata kunci : globalisasi, fiqh al-wa i , pendidikan Islam
Abstract: The advances in technology nowadays are
making Malaysia flourished and approaching Vision 2020
after almost two decades of planning. The intended move
is for of the country to progress and develop in various
fields such as economy, politics, social, spiritual, and
psychological. To realize the dream, all aspects of life and
mind must move forward and move along with the tide of
modernity and progress update. But the sophistication of
communications technology has led to great challenges for
the world today. Such changes indirectly affect
globalization in all its scope, in particular education. The
globalization interfere with the teaching and learning
process for the students. This is not what the National
Education Blueprint aimed to achieve in developing a well
rounded students. Due to the presence of globalization

seen from a positive angle as an improvement and will
provide new mods in strengthening the effectiveness of the
system in Islamic education. The improvements should also
enhance intellectual, capable of emotional, physical,
spiritual, self and personality in students becoming
individuals who are civilized and noble became. Therefore,
teachers of Islamic education must accordingly understand
and examine the current realities so as to blend the
concept of education to meet the challenges of
globalization. Based on a review of available literature, the
authors see that the understanding and mastery of fiqh
reality could dominate and shape globalization and
sustainable personel moral character in facing challenges.
Hence, this article will discuss in the concept of
globalization in life and relate it with the understanding of
reality of Islamic life and education. The application of fiqh
reality in Islamic education adapted to the needs of the
st
21 century are also examined in helping the lives of
Muslims. This situation is in line with the Philosophy Of

Islamic Education that promote Islamic education as a
socialization agent in the construction of society, morals,
and the culture of life thinking the Muslims in general.
Keywords : globalization, fiqh of reality, Islamic education

448 Farah Farhana, Mohd Anuar, Nordiana & Noraziah

Pengenalan
Pembangunan dan perkembangan tamadun dunia
menjadikan manusia saling bergantung antara satu
sama lain. Kemajuan teknologi yang dimiliki juga
membuatkan manusia menyebar luaskan kepakaran
dan pengetahuan yang ada. Malaysia turut
mengambil peluang berkongsi dan mempelajari
teknologi baru dengan membuat perancangan dan
penelitian terhadap sesuatu perkara. Kepesatan
budaya saintifik dan teknologi ini menghasilkan
gelombang globalisasi antara satu sama lain.
Fenomena ini merupakan perkembangan yang amat
penting dan membawa implikasi yang pelbagai

kepada manusia khususnya umat Islam dalam bidang
politik, ekonomi, sosio-budaya, dan pendidikan.
Menurut Fauzi et al.(2009), dominasi Barat
ke atas dunia mendatangkan cabaran baru kepada
masyarakat dunia membangun dan dunia mundur
dalam membentuk budaya dan identiti diri. Pengaruh
atas tiket pe je a aa global
e yebabka
masyarakat menjadi leka dan hanyut dengan
propaganda yang sengaja dicetuskan. Namun adalah
tidak wajar jika kita melarikan diri daripada
fenomena ini kerana ia melanda keseluruhan dunia.
Cabaran yang mendatang seharusnya diatasi sebaik
mungkin agar kita tidak kehilangan jati diri kepada
kuasa-kuasa besar yang berhasrat menjadikannya
sebagai neo-kolonalisme.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Islam dijadikan tonggak dalam mendidik
dan membimbing generasi muda supaya kental
dalam pembangunan dan pemantapan identiti diri.

Sewajarnya kehadiran globalisasi dilihat sebagai
suatu cabaran yang menambah baik dan memberi
modifikasi baru dalam membantu memantapkan
sistem efikasi pendidikan Islam masa kini.
Penambahbaikan tersebut juga seharusnya berupaya
meningkatkan intelektual, emosi, jasmani, rohani,
dan sahsiah kendiri pelajar dalam menjadi individu
yang bertamadun dan berperibadi mulia.

Pernyataan Masalah
Globalisasi yang melanda negara wajar ditangani
dengan berhati-hati dan lebih terperinci dalam
membantu
penghayatan
masyarakat
Islam
mengamalkan ajaran dan budaya Islam dalam
kehidupan. Justeru melalui sistem pendidikan,

falsafah yang sedia ada berperanan dalam

menguatkan
serta
memantapkan
proses
pentarbiahan dalam generasi muda dengan memberi
bimbingan dan pengajaran sebagai persediaan dalam
menangkis arus globalisasi.

Tujuan Kajian
Perbincangan artikel ini adalah berkisar tentang
konsep globalisasi dan cabaran yang dihadapi dalam
memahami wa i kehidupan dan pendidikan Islam
terutamanya. Kefahaman dan penguasaan fiqh alwa i dalam kehidupan membantu masyarakat Islam
dalam menghadapi arus globalisasi.

Objektif Kajian
Dalam menghasilkan penulisan artikel ini, penulis
berpandukan kepada tiga objektif utama iaitu:
1.
Meneliti konsep globalisasi yang meresap

masuk dan mempengaruhi sistem kehidupan
kini
2.
Menjelaskan penguasaan fiqh al-wa i dalam
memahami realiti kehidupan semasa
3.
Melihat
cabaran
globalisasi
dalam
memahami wa i pendidikan Islam

Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian turut dijadikan panduan
penulis dalam memandu proses penghasilan artikel
ini iaitu:
1. Apakah konsep globalisasi dalam sistem
kehidupan?
2. Apakah konsep fiqh al-wa i
dalam

memahami realiti kehidupan semasa?
3. Apakah
cabaran
globalisasi
dalam
memahami wa i pendidikan Islam?

Metodologi
Dalam menentukan keberhasilan artikel ini, penulis
menggunakan beberapa metode.
Penyelidikan Perpustakaan
Kaedah ini digunakan bagi mendapat maklumat dan
data yang diperlukan dalam bentuk fakta dan kajian

Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, 2015

lalu. Penulis mengaplikasikan penggunaan bahan dari
buku, tesis, jurnal, majalah dan internet yang
berkaitan dengan cabaran globalisasi dalam realiti
pendidikan negara khususnya dalam Pendidikan

Islam.
Dokumentasi
Penulis
menggunakan
kaedah
ini
bagi
membincangkan secara terperinci tentang cabaran
globalisasi kepada masyarakat dalam memahami dan
menguasai kefahaman wa i
negara untuk
membantu peningkatan akhlak, rohani, jasmani,
emosi, dan intelek mereka. Penghayatan ini perlu
diadun dan dicerna dalam diri pelajar supaya menjadi
benteng pertahanan kendiri menangani arus
globalisasi.
Metode Penganalisisan Data
1.

2.

3.

Metode komparatif: Metode ini digunakan
bagi membandingkan data dan maklumat
yang diperoleh dari pelbagai sumber
berkaitan tajuk yang dikaji.
Metode induktif: Penghasilan artikel ini juga
melihat kepada perincian kajian secara
terperinci bermula dari konsep umum
globalisasi yang membawa kepada perkaitan
dengan realiti fiqh al-wa i
dalam
pendidikan.
Metode
deduktif:
Penulis
turut
menggunakan metode ini bagi menganalisis
cabaran dan kesan globalisasi dalam dunia
pendidikan dan kesimpulan berkaitan dengan
skop yang dikaji.

Konsep Globalisasi: Perspektif Islam dan Barat
Istilah globalisasi sering kali dikaitkan dengan aspek
ekonomi.
Walau
bagaimanapun,
kewujudan
globalisasi turut dilihat dalam aspek politik, sains dan
teknologi, kebudayaan, kesenian, ideologi dan
pendidikan. Perkataan globalisasi menurut Kamus
Dewan berasal daripada perkataan global yang
membawa maksud dunia, luas, menyeluruh dan
sejagat. Ia ditakrifkan sebagai dunia tanpa sempadan
(borderless world), perkampungan dunia (global
village) dan langit terbuka (open sky) (Shamsul &
Hamzah, 2004). Faktor utama berlakunya globalisasi

449

adalah kerana ledakan teknologi tinggi dan canggih
serta tamatnya perang dingin – tiada lagi sekatan
ideologi serta globalisasi juga mudah berlaku tanpa
saingan serta faktor peredaran zaman yang
menggalakkan globalisasi meletus.
Ha idah & Sa aa
e yataka
globalisasi adalah suatu siri aktiviti yang berperingkat
iaitu memecahkan sempadan geografi dan
menukarkan dunia ini kepada satu unit global
manakala prosesnya berlaku berterusan dan
keadaannya tidak statik. Asi & Mahe
pula
menambah globalisasi adalah satu fenomena multidimensi yang meliputi aspek ekonomi, politik,
ideologi dan budaya dan tidak tertumpu kepada
aspek ekonomi sahaja.
Menurut Hamad (2012) globalisasi adalah
satu proses pengaliran global yang menggabungkan
pelbagai aspek dan beliau berpendapat globalisasi
dalam Islam menumpukan kepada empat bidang
utama iaitu ilmu, ekonomi, agama dan sains. Beliau
juga berpendapat bahawa globalisasi banyak
memberi kesan kepada ekonomi dan hanya aspek
tertentu sahaja meliputi bidang politik dan sosial.
Pendapat ini juga seiring dengan pandangan Pusat
Kajian Globalisasi Dan Serantau CSGR, Universiti
Warwick, England yang bersetuju bahawa globalisasi
adalah satu himpunan proses. Selain itu, pusat kajian
ini turut menegaskan bahawa globalisasi tidak hanya
tertumpu kepada bidang ekonomi sahaja. Menurut
Mahathir
Mohamad
(2000)
globalisasi
menggabungkan semua negara menjadi satu entiti
serta menekankan aliran bebas modal dan
perdagangan bagi barangan dan perkhidmatan.
Penulis berpendapat bahawa Mahathir Mohamad
turut memberi penekanan yang mendalam terhadap
globalisasi yang menjurus kepada bidang ekonomi.
Dalam pada itu Noddings (2010) turut
menegaskan bahawa globalisasi berkait rapat dengan
proses pembaratan yang menenggelamkan etika dan
nilai, penindasan terhadap negara miskin dan sedang
membangun, monopoli media Barat secara
berterusan ke atas dunia ketiga, dasar teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) yang sering
mengancam ideologi dan akidah agama. Dapatlah
dilihat di sini juga bahawa beliau memandang
globalisasi sebagai penjana elemen negatif dalam
kehidupan serta memberi tekanan yang lebih hebat
terhadap negara miskin.

450 Farah Farhana, Mohd Anuar, Nordiana & Noraziah

Berdasarkan pandangan sarjana di atas,
penulis menyimpulkan globalisasi adalah berkait
rapat dengan semua aspek kehidupan selari dengan
pendapat yang dikemukakan Buckley (2013) bahawa
globalisasi adalah fenomena yang sedang berlaku di
seluruh dunia meliputi aspek ekonomi, politik,
pendidikan,
kebudayaan
malah
keagamaan
(Jaenudin, 2012). Walau apa sahaja takrif yang
diberikan kepada globalisasi, ia bukanlah perkara
baru malahan ia cuma diberi nama dan nafas baru
dalam perubahan zaman ini.
Al-Qardhawi menyatakan bahawa globalisasi
telah mewujudkan satu cabaran baru kepada dunia
kerana ia telah memberikan kesan positif dan negatif
terhadap dunia. Namun begitu, ia bukanlah satu
proses baru memandangkan Islam itu sendiri adalah
agama yang universal dan fleksibel untuk sepanjang
zaman. Perlaksanaan konsep persaudaraan Islam
yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W antara
golongan ansar dan muhajirin, kesatuan kiblat dan
kitab suci, ketauhidan dan sistem peribadatan juga
melibatkan persefahaman sejagat yang membentuk
masyarakat global umat Islam (Hamad, 2012).
Berdasarkan huraian di atas, penulis
berpendapat bahawa Islam tidak menolak secara
bulat-bulat terhadap pembaharuan yang dijalankan
sebaliknya mestilah mempunyai asas pengetahuan
yang mencukupi bagi menghadapi apa jua situasi
yang mendatang dalam kehidupan kita. Justeru,
umat Islam mestilah mempunyai daya pemikiran
yang tinggi dan berusaha memiliki ilmu agar dapat
berdepan dengan segala cabaran yang melanda
dunia Islam masa kini. Semangat persaudaraan
dalam Islam juga amatlah dititik beratkan bagi
membentuk kesatuan Ummah agar menjadi lebih
kuat dalam menghadapi cabaran globalisasi ini.
Berdasarkan perbincangan sejarah di atas,
dapatlah disimpulkan bahawa globalisasi Barat juga
bertujuan menyebarkan lagi ajaran Kristian dengan
bercirikan penguasaan ke atas aspek ekonomi dan
politik untuk mengembangkan lagi saluran
jajahannya. Justeru, ideologi
Barat terhadap
globalisasi perlulah diberi perhatian yang serius agar
anak muda kini tidak leka dengan budaya dan kesan
globalisasi ini dengan menjalankan perintah agama
Islam serta berusaha untuk menimba ilmu
berdasarkan penghayatan yang tinggi terhadap
ajaran Islam.

Penguasaan Fiqh Al-Waqi’ dala

Kehidupa

Dalam menyusun kehidupan manusia supaya
menjamin kebahagiaan dan kemaslahatan, peranan
fiqh tidak dapat dinafikan lagi. Ilmu fiqh merupakan
sebahagian cabang amalan dan ilmu berasaskan
daripada al-Quran dan al-Sunah yang dipelajari,
dikaji, diperhalusi dan disebarkan bagi memandu
kehidupan umat Islam. Namun realiti kini terdapat
miskonsepsi dalam pengajian ilmu fiqh yang dianggap
hanya bertumpu kepada penghayatan agama,
berpisah dari gerak kerja dan amalan kehidupan
masyarakat, dan tidak disuaikan dengan keperluan
masa dan tempat. Maka sewajarnya, perbahasan
ilmu fiqh al-wa i disebar luaskan supaya masyarakat
memahami dan mengamalkan fiqh dalam konteks
yang bersesuaian dengan budaya tempatan tanpa
meminggirkan nilai dan konsep serta prinsip asas
dalam Islam.
Justeru dalam memahami pengertian fiqh,
para sarjana sepakat meletakkan fiqh sebagai
memahami, mengetahui atau bijaksana tentang
sesuatu terutamanya dalam ilmu agama (dasar dan
tunjang bagi setiap ilmu). Bahkan fiqh juga
dinisbahkan kepada pemahaman yang jelas dan
benar dalam ilmu syariah dan hukum-hukumnya
termasuk ilmu usuluddin berdasarkan dalil tafsili
yang diperolehi dari metode tertentu (Abdul Kareem
Zaidan, 2014; al-Asnawi, 2008; al-Qardhawi, 1999;
Muhammad,1997). Peranan fiqh berdasarkan firman
Allah swt dalam surah Al-Hasyr 59:7 (mematuhi
perintah dan larangan yang dibawa oleh Nabi saw).
Menurut Abdul Kareem Syarf Ad-Deen,1985. Fiqh
merangkumi hukum-hukum perbuatan yang disebut
dalam al-Quran, as-Sunnah dan apa yang
ditawassulkan dengannya oleh para mujtahid
da ipada aul, pe buata sahabat, tabi i , da i a imam mujtahid apabila tidak terdapat nas yang qat ie
dalam kitabullah. Ilmu fiqh juga menjaga hukumhuku sya ie a aliah ya g te ka du g dala alQuran, as-Su ah, ij a , iyas, atau a a-mana dalil
yang lain serta kumpulan hukum-hukum dan
pe asalaha
sya ie ya g te hasil pada ya
sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Luqman
31:11 (semua yang ada di bumi ini adalah ketentuan
Allah).
Tatkala berhadapan dengan cabaran
globalisasi kini, kesedaran dan keinginan umat Islam
memantapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi

Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, 2015

menanggung realiti semasa amat penting tanpa
meminggirkan nilai-nilai insan (Supardin, 2014).
Pemahaman tentang realiti dan fenomena yang
berlaku dalam ruang litup kehidupan dapat dilihat
dengan pancaindera yang mempunyai kesan positif
dan negatif pada individu dan masyarakat. Dalam
memahami al-waqi ‫ )الواقع‬iaitu realiti dan fenomena
semasa dalam keadaan dan situasi kehidupan
manusia yang menyentuh pelbagai perkara
merangkumi segala aspek. Ilmu fiqh al-wa i adalah
mengkaji tentang pemahaman bebas dan rasional
keadaan semasa yang membahaskan realiti dan
fenomena sebenar berdasarkan faktor-faktor yang
mendatangkan kesan kepada masyarakat dan
individu, kenegaraan, pemikiran dan mengubah
kepercayaan serta amalan kerana tuntutan
keperluan semasa negara (Al-Qaradhawi, 2008;
Ah ad Bu ud, 06; Al-Nadwi, 1998).

Prinsip yang Mendasari Pemahaman al-Waqi’
Kehidupan manusia dikelilingi dan dibina dengan
tamadun dan teknokrat zaman. Hasil daripada
kemajuan ilmu pengetahuan dan sains teknologi
menyebabkan munculnya pelbagai peristiwa dan
fenomena berlaku dengan nilaian dan tafsiran
masyarakat yang subjektif (Supardin, 2014). Setiap
perkara yang menyentuh tentang isu-isu dalam
syariah terutamanya fenomena baharu dalam aspek
ibadat, muamalat, akhlak, perundangan, dan
kenegaraan mempunyai solusi penyelesaiannya
bersesuaian dengan keadaan manusia. Dalam surah
al-Baqarah 2:286, Allah swt menjelaskan bahawa
seseorang hamba itu tidak akan dibebani untuk
melakukan perkara yang berada di luar kemampuan.
Sehubungan itu, wajarlah bagi hamba-Nya
untuk patuh dan bertakwa kepada Allah swt dengan
sedaya upaya (surah at-Taghaabun 64:16). Firman
Allah itu jelas menzahirkan kefahaman tentang Islam
sebagai fiqh kemampuan (‫ فقه ااستطاعة‬atau ‫) فقه الممكن‬
yang tidak memberati umatnya dengan perkara di
luar kesanggupan dan kemungkinan kerana konsep
syariah itu adalah memberi kemudahan, menghindari
kemudharatan, dan menjauhkan kesukaran yang
membawa pelbagai bentuk kefahaman istilah fiqh
dalam semua situasi. Seperti mana yang dijelaskan,
fiqh al-wa i amat diperlukan dalam konteks
kehidupan melitupi semua aspek. Mahmood Zuhdi
(2010) dan Sidek Baba (2009a) meletakkan keperluan

451

fiqh al-wa i ini sebagai memenuhi maslahat umat
berhubung dengan dharuriyat, haajiyat, dan
tahsiniyat selagi mana ianya menuruti prinsip dan
asas yang telah ditetapkan oleh para fuqaha.
Era globalisasi dan pengaruh Barat kini
menyebabkan umat Islam menjadi leka dan hanyut
dengan budaya dan ideologi yang keterlaluan
sehingga gagal mengimbangi dan membezakan
antara hak dan batil. Wan Ji Wan Hussin (2014),
Sidek Baba (2009b), dan Rosnani Hashim (2002)
menyimpulkan umat Islam kini kian longgar
pegangan agamanya kerana pengaruh dan desakan
halus pihak Barat dalam kehidupan. Nasrul Hisyam
(2004) dalam meneliti pandangan al-Qaradawi
menyifatkan kepentingan fiqh al-wa i dalam
kehidupan adalah sebagai pelaksanaan ajaran Islam
yang menyeluruh, fleksibel dan anjal dalam setiap
keadaan. Berdasarkan himpunan ayat-ayat al-Quran
dan hadis-hadis Nabi saw, jelas menunjukkan setiap
perkara mengandungi hikmah, kebaikan dan
peringatan untuk manusia. Justeru menurut Badri
Khairuman (2013) dan al-Qaradawi (2008)
pemahaman fiqh al-wa i sebenarnya memberi
kemudahan dan keringanan dalam perkara yang
bermanfaat tanpa membelakangkan prinsip dan asas
fiqh yang sedia ada.

Elemen yang Mendasari Pemahaman dan
Penguasaan al-Waqi’
Fenomena keperluan menuntut kepada perubahan
meliputi segenap aspek. Hukum fiqh juga tidak
terkecuali mengalami perubahan bersesuaian dengan
kaedah fiqhiyyah
‫الحكم ع ي الشيء ف ع عن تصور‬
(menghukum ke atas sesuatu adalah suatu gambaran
terhadapnya) ); ‫ا ي ك تغي اأحكا بتغي اأ ما‬
(perubahan hukum tidak dapat diingkari ekoran
berubahnya masa); dan ‫( العادة محك ة‬adat itu boleh
dijadikan sebagai hukum) dijadikan asas sandaran
kepada realiti yang berlaku (Supardin, 2014; Chozin,
2012).
Menurut Rumaizuddin (2012) perubahan dan
tuntutan kepada penguasaan kefahaman fiqh ini
didasari kepada sumber, nilai, dan akhlak yang
mendominasi keperluan fiqh. Perincian tersebut
dihuraikan oleh al-Qaradawi (1999) yang meletakkan
al-Quran dan al-Hadis sebagai rujukan utama umat
Islam yang menjadikan fiqh itu sebagai ibadah yang
wajib ditaati. Daripada sumber tersebut melahirkan

452 Farah Farhana, Mohd Anuar, Nordiana & Noraziah

nilai-nilai agama, sosial, universal, dan kehidupan
dalam diri penganutnya bagi melengkapi pola
kehidupan sebagai manusia dan hamba kepada
Pencipta bersandarkan realiti yang ada dan jauh dari
khayalan. Pemahaman fiqh yang mantap membentuk
akhlak yang sederhana dan seimbang dalam
kehidupan individu dan masyarakat.
Hal yang sama dianjurkan oleh Ja al Atiyyah
& al-Zuhayli (2000) yang menegaskan perlunya
pembaharuan dalam fiqh demi menyesuaikan
kehidupan manusia agar sentiasa berlandaskan alQuran dan as-Sunnah. Pembaharuan itu seharusnya
meraikan perkara-perkara yang tsabit (tetap) dan
perkara yang berubah di samping memahami perkara
yang memerlukan perubahan dan yang statik. Setiap
yang dirai dan difahami itu perlu berlandaskan alQuran, as-Su ah, ij ak, iyas, istihsa , istislah, u f,
mazhab para sahabat, dan istishab mengikut susunan
dan aturannya (al-Zuhayli, 2000). Dalam perkara
tajdid fiqh i i Atiyyah
e egaska
te dapat
golongan yang hanya berpegang kepada fiqh sahabat
da tabi i se ta e olak azhab i a ya g e pat
iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali. Bahkan
terdapat juga golongan yang berpegang kepada
perundangan manusia yang dilabelkan sebagai
memenuhi keperluan semasa masyarakat moden
kini. Walau bagaimana pun, al-Qaradawi meletakkan
pendekatan tawassuth (sederhana) sebagai yang
terbaik dalam melengkapi kehidupan Muslim.
Malahan pendekatan ini turut dipakai oleh semua
fuqaha dan mujtahid dari pelbagai zaman kerana
manhaj ini memelihara perkara yang tetap dan
meraikan perubahan semasa dengan asas maslahat
bersandarkan kepada nas-nas yang muktabar (Badri
Khairuman, 2013; Rumaizuddin
; Atiyyah & alZuhayli 2000; al-Qaradawi 1999).
Oleh yang demikian, pengkaji menyimpulkan
aspek-aspek perubahan tersebut menjadi elemenelemen yang menyokong pemahaman dan
penguasaan ilmu al-wa i dalam diri umat Islam
selagi ianya tidak mengubah perspektif keharmonian
kehidupan manusia sejagat.

Cabaran Globalisasi dalam Memahami
Keperluan al-Waqi’ dalam Pendidikan Islam
Antara cabaran terbesar dalam mendepani
globalisasi adalah fahaman sekularisme dan dualisme
yang meresap masuk ke dalam sistem pendidikan.

Menurut Noor Hisham (2012) biar pun isu ini
dianggap lapuk dan berulang-ulang oleh segelintir
pihak namun ianya tetap menjadi ancaman yang
berabad lamanya meski pun diperbahaskan oleh para
sarjana Islam. Pelbagai langkah penyelidikan dan
cadangan persidangan diambil bagi memastikan
hasilnya, namun hasilnya tidak begitu memuaskan.
Sikap kebergantungan dan kejumudan umat Islam
sendiri menyebabkan lemas dalam gelombang
globalisasi. Walhal globalisasi adalah ciptaan manusia
yang boleh memberi dominan positif kepada
manusia sekiranya bijak dalam memanfaatkannya.
Rentetan perbincangan dan perdebatan sarjana
dalam pelbagai bidang khususnya pendidikan Islam,
mewujudkan pemahaman tentang konsep global
yang melingkari umat Islam terutamanya. Namun
ianya
seakan
tidak
memperlihatkan
jalan
penyelesaian dalam mengubah kemelut ini. Justeru
pendekatan kefahaman al-wa i berpaksikan alQuran dan as-Sunnah cuba diketengahkan dengan
memperincikan konsep fiqh al-wa i dalam memacu
kehidupan global umat Islam.
Dalam pada itu, menurut Rosnani Hashim
(2007) pendirian umat Islam terhadap isu
ketidakneutralan ilmu sains moden menjadi
perbahasan hebat dalam kalangan para sarjana Islam
semasa juga tidak berapa jelas walau pun
implikasinya kepada sistem pendidikan umat amat
besar. Ini kerana sesuatu pembaharuan sukar
diterima umum kerana kebanyakan manusia lebih
menyukai status quo terutamanya dalam realiti
masyarakat Islam yang gagal memahami konsep dan
falsafah Pendidikan Islam sebagai salah satu sub
sistem dalam keseluruhan sistem syariah Islam (Noor
Hisham, 2012).

Dualisme dalam Sistem Pendidikan
Dalam suasana menghadapi kebangkitan globalisasi,
pendidikan adalah satu proses menentukan jati diri
ummah dalam hala tuju sistem pendidikan itu
sendiri. Sistem pendidikan sekular sememangnya
berjaya melahirkan golongan profesional dalam
semua bidang dalam pembangunan negara kecuali
dalam bidang syariah. Menurut Rosnani Hashim
(2002), fahaman dualisme yang wujud dalam sistem
pendidikan di kebanyakan negara orang Islam
menjadi penyebab dan sekali gus menjadi ciri utama
kepada sistem pendidikan sekular. Dalam sistem

Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, 2015

sekular ini bukan bererti agama tidak langsung
diajarkan bahkan agama diajarkan sebagai satu
subjek dan tidak mampu menimbulkan satu fahaman
terhadap pemikiran Islam yang lengkap malah subjek
tersebut dilihat terpisah dengan mata pelajaran yang
lain. Oleh itu tidak wujudnya mata pelajaran agama
tersebut merentasi disiplin ilmu yang lain.
Dualisme
yang
dimaksudkan
dalam
pendidikan ialah kurikulum yang memisahkan di
antara pengajaran agama (kerohanian) dengan
disiplin-disiplin ilmu akal di mana wujudnya dua
sistem yang berjalan seiring, masing-masing
membentuk kepentingan masing-masing sehingga
tidak wujud kemungkinan kedua-duanya bertemu
apatah lagi bersepadu (Douglass & Shaikh (2004).
Daripada pandangan di atas dapat diringkaskan
bahawa tidak mungkin sistem Islam yang benarbenar Islamik dapat dijalankan selagi mana sistem ini
masih lagi berada sebumbung dengan sistem
pendidikan sekular. Ini selari dengan pandangan
Nawi (2012) yang menyatakan bahawa untuk
menegakkan sistem pendidikan Islam harus
diruntuhkan terlebih dahulu sistem sekular yang ada.
Selain itu, penulis juga berpandangan di
dalam pendidikan hari ini matlamat belajar adalah
lebih kepada untuk lulus periksa dan mendapat ijazah
yang paling tinggi dan cemerlang tetapi dalam Islam
yang lebih diutamakan ialah mencari kebenaran
menerusi ilmu kerana kebenaran ilmu akan
menjadikan manusia berjaya di dalam hidupnya dan
seterusnya akan dapat menghampirkan diri dengan
Penciptanya. Ini selari dengan pandangan Nawi
(2012) yang menyatakan bahawa disebabkan disiplin
akal terlalu ditekankan di dalam peperiksaan,
akibatnya mata pelajaran agama tidak diberi
peruntukkan sewajarnya. Oleh itu akan lahirlah nanti
dua kumpulan generasi muda yang mana satunya
terlalu mementingkan daya intelek tanpa
penghayatan agama dan kerohanian manakala
kumpulan yang kedua ahli agama yang langsung
tidak menguasai asas-asas ilmu dari disiplin akal
seperti ilmu matematik, sains dan teknologi
maklumat (ICT).

Pendidikan Islam dan Gejala
Keruntuhan Akhlak
Menurut Othman et al. (2014), pendidikan adalah
merupakan proses pemupukan serta peningkatan

453

kesedaran di dalam diri manusia sehingga terserlah
fitrah, bakat, potensi dan nilai-nilai insaniah. Nilainilai yang baik akan menjadi petunjuk bagi segala
tingkah laku manusia. Manakala Sidek Baba (2009b)
pula menyatakan bahawa matlamat yang dingin
dicapai melalui Falsafah Pendidikan Islam itu sendiri
ialah kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Namun dari sudut realitinya matlamat yang
ingin dicapai tersebut pada pandangan penulis agak
sukar untuk dicapai bahkan menghadapi cabaran
yang begitu hebat khususnya dalam era globalisasi
ini. Masalah keruntuhan akhlak seperti zina, rogol
serta kegagalan remaja Islam untuk melaksanakan
tuntutan asas sebagai seorang Islam telah
menimbulkan kesangsian masyarakat terhadap
pendidikan Islam itu sendiri sedangkan Rohizan et al.
(2012) mengatakan proses didikan Islam adalah
untuk melatih akal, jasmani, rohani, dan emosi
berasaskan sumber wahyu al-Quran dan as-Sunnah
dan pengalaman ilmuan muktabar yang lain dalam
melahirkan insan soleh dan bertanggungjawab.
Justeru, daripada pernyataan di atas penulis
dapat merumuskan bahawa matlamat utama
pendidikan Islam itu sendiri adalah untuk melahirkan
individu muslim yang berakhlak mulia dan berbudi
pekerti luhur yang dapat memakmurkan alam ini dan
memikul amanah selaku khalifah berlandaskan
hukum Allah yang digariskan di dalam al-Quran dan
as-Sunnah. Ini bertepatan dengan perutusan Nabi
Muhammad SAW selaku Rasul Allah untuk
membentuk akhlak dan peribadi seluruh umat
manusia. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“esu gguh ya aku diutuska
e ye pu aka akhlak.

u tuk

Fakhruddin et al. (2013) menyatakan
bahawa era globalisasi merisaukan sesetengah pihak
tentang kemerosotan nilai akhlak dan moral manusia
serta sistem agama baik dalam cara hidup mahupun
kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat hari
ini. Umumnya globalisasi telah mewujudkan satu
cabaran baru kepada umat Islam khususnya di
kalangan remaja muslim. Proses yang menjadikan
dunia ini tanpa sempadan mempunyai impak yang
positif dan negatif. Namun demikian proses ini
bukanlah satu yang asing dalam Islam kerana Islam
itu sendiri adalah satu agama yang sejagat untuk
sepanjang zaman Othman et al. (2014) . Walau

454 Farah Farhana, Mohd Anuar, Nordiana & Noraziah

bagaimanapun, pada pandangan penulis globalisasi
lebih meninggalkan kesan yang merisaukan ke atas
umat Islam di negara ini khususnya. Cara hidup, nilai
dan amalan harian juga semakin berubah. Ini selari
dengan pandangan Halstead (2007) yang
menyatakan
bahawa
materialisme
dan
individualisme telah menular dengan hebatnya di
dalam masyarakat hari ini. Manakala kejayaan sering
diukur berasaskan kebendaan dan bukan kepada
pembangunan diri dan akidah itu sendiri.
Kekurangan dan kecetekan agama adalah
faktor utama berlakunya gejala sosial dalam
kalangan masyarakat Islam hari ini. Mereka kurang
memahami konsep keimanan kepada Allah dan Rasul
yang seharusnya menjadi benteng kepada
kemaksiatan. Pemahaman masyarakat terhadap
Islam sebagai satu Din yang syumul ataupun sekadar
memahami Islam sebagai masyarakat sekular
memahami agama dalam ruang lingkup yang sempit
wajar dipersoalkan (Jaenudin, 2012). Selain itu,
kewujudan bahan-bahan negatif dari majalah
hiburan, surat khabar hiburan, cakera padat, TV,
radio dan internet telah menimbulkan masalah yang
serius kepada perkembangan anak-anak muslim hari
ini. Remaja malah orang dewasa sekali pun mudah
terjebak dan terjerumus ke lembah maksiat
disebabkan pendedahan negatif ini (Buckley, 2013).
Oleh yang demikian, penulis merumuskan
bahawa kemajuan dalam bidang informasi dan
teknologi juga merupakan jalan memudahkan
pencerobohan perkara negatif ke dalam nilai-nilai
ke-Islaman dan ketimuran yang dipegang oleh
masyarakat kita. Masyarakat hanyut dalam budaya
keseronokan melampau tanpa mempedulikan nilainilai murni dan akhlak Islam yang mulia. Hamidah &
Sa aa
e egaska pe yelesaia da hu aia
berkaitan penyalahgunaan dadah, masalah disiplin,
materialisme dan sekularisme yang membawa
kepada krisis kehidupan moden haruslah
berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
Allah SWT berfirman di dalam Surah at-Tin 95:4 yang
bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dalam bentuk yang sebaikaik ya…
Sebagai kesimpulannya, nilai dan akhlak
dalam Islam meliputi segenap aspek kehidupan.

Individu muslim yang beriman kepada Allah SWT
perlu melaksanakan semua tuntutan yang digariskan
oleh Islam. Kefahaman dan keupayaan seorang
muslim terhadap ajaran Islam yang menyeluruh
mampu menjadikan mereka rasional dalam
membuat pertimbangan dalam menghadapi dan
menangani permasalahan keruntuhan akhlak di
dalam masyarakat terutamanya di dalam arus
globalisasi hari ini.

Percambahan Ideologi
Selepas berakhirnya blok komunis Soviet Union
dalam era perang dingin antara dunia, tiada lagi
kedengaran sekatan ideologi ke atas negara-negara
yang lain. Ini menyebabkan negara Barat khususnya
Amerika terus mengambil peluang menyebarkan
doktrin dan fahaman mereka ke atas yang lain
Buckley (2013). Ideologi merupakan sistem
kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku
seseorang. Menurut Zubaidi (2006) terdapat tiga
elemen penting yang harus ada dalam mana-mana
gerakan perubahan sosial iaitu sistem sedia ada telah
korup dan rosak, sehingga majoriti rakyat mudah
diyakinkan bahawa ia perlu ditukar, kehebatan
ideologi atau sistem pemerintahan baru yang
ditawarkan sebagai alternatif bagi menumbangkan
sistem lama yang menekan dan menzalimi rakyat,
dan kemunculan pemimpin yang berkarisma.
Hitt et al. (2012)
menyatakan
pada
dasarnya ideologi ialah satu sistem nilai atau
kepercayaan politik yang dianggap oleh pendokongpendokongnya sebagai satu sistem politik yang ideal
untuk direalisasikan berdasarkan rasional-rasional
yang terkandung di dalamnya yang dapat
menerangkan keadaan masyarakat yang dihadapi
dan dapat pula digunakan sebagai kerangka teori
untuk merancang sistem alternatif bagi masyarakat
tersebut. Selain itu, Francis Fukuyama, H.A. Kissinger,
dan S.Huntington pula menjelaskan tamadun Barat
telah memberikan puncak kesempurnaan dalam
segala keperluan manusia sejagat dan mengakhiri
proses pencarian ideologi dan sistem hidup yang
muktamad. Atas dasar itulah, ia merupakan tamadun
yang universal dan manusia Barat adalah manusia
universal, jelmaan terakhir manusia yang telah
mencapai kemuncak kesempurnaan (Siddiq Fadzil
2002).

Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, 2015

Justeru, menurut Rosnani & Rossidy (2000)
pada permulaan abad ke-20 telah berlaku beberapa
perubahan yang bersifat kebangkitan dan
pembaharuan dalam Islam. Kelahiran gerakangerakan Islam seperti salafiyah dan modernis di
negara-negara Asia Tenggara khususnya tidak dapat
diterima oleh masyarakat secara menyeluruh. Ini
kerana berlakunya percanggahan pemikiran dalam
melaksanakan sesuatu perkara meski pun pada
dasarnya adalah jelas berpaksikan al-Quran dan asSunnah.
Namun begitu, kewujudan pelbagai krisis dan
keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat remaja
khususnya umat Islam kini berada pada tahap yang
membimbangkan. Rentetan itu, satu diskusi ilmiah
iaitu Ko g es Pertama Rejuvenasi Pendidikan
Me a tabatka
I sa
ya g dia ju ka
oleh
Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS)
dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia dan
Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Perak telah
membincangkan sejauh mana kewajaran sistem
pendidikan kini disemak semula untuk memastikan
masyarakat khususnya remaja Islam tidak terpesong
daripada ajaran dan tuntutan Islam dan dapat
membentengi diri dari gejala-gejala negatif Barat
(http://www.harakahdaily.com.my - 11 Julai 2009).
Sehubungan itu, dalam menghadapi cabaran
globalisasi ini aliran materialisme, atheisme, dan
hedonisme amat kuat mencengkam masyarakat.
Mereka lebih percaya kepada kekuasaan kebendaan
yang menyebabkan mereka hanyut dan leka dengan
budaya
keseronokan
melampau
tanpa
memperdulikan nilai-nilai murni dan akhlak yang
mulia. Oleh yang demikian, penyakit ini hanya boleh
diubati dengan menyuntik kembali asas-asas tauhid
iaitu kepercayaan kepada Tuhan yang Esa (Othman
et al., 2014). Di samping itu, pihak Barat juga telah
memasukkan ideologi
M Do aldisatio
iaitu
materialisme,
hedonistik,
individualistik,
westernisasi, dan nasionalisme sempit dalam minda
dan fahaman masyarakat Islam umumnya sebagai
usaha untuk menghakis nilai dan jati diri Islam secara
dalaman.
Penularan ini jelas membimbangkan umat
Islam khususnya kerana setiap kejayaan hanya diukur
berasaskan kebendaan dan bukannya pada
pembangunan diri dan akidah (Halstead, 2007). Hal
yang demikian telah dinyatakan oleh Banks (2009) di
mana budaya tersebut menimbulkan implikasi yang

455

dapat menyegarkan pancaindera dan mematikan
rohani di samping menyebarkan budaya pengguna
yang bertentangan dengan nilai kerohanian dan
merendahkan martabat insan.
Oleh itu penulis berpendapat, meskipun
banyak persidangan dan perbincangan yang telah
dicapai ia tidak akan memperoleh keberkesanan
seperti
yang
diharapkan
ekoran daripada
pencampuran sistem dualisme dan sekuralisme yang
menyelinap masuk dalam institusi pendidikan Islam
kini. Ini kerana manusia dalam pendidikan sekular,
gambaran dan coraknya diserahkan kepada
pandangan majoriti iaitu kepada cita-cita dan
keinginan seseorang atau kelompok semata
(Rosnani,2014; Rosnani, 2002). Justeru, pendidikan
Islam sejak dahulu lagi berusaha untuk membangun
dan memantapkan lagi fitrah tauhid dalam diri anak
didik.

Teknologi dalam Pendidikan Islam
Kelahiran teknologi maklumat telah mencorakkan
perkembangan hidup yang mencabar dan
berhadapan dengan pelbagai tuntutan baru. Dengan
berlakunya pelbagai perkembangan baru seperti
globalisasi, liberalisasi maklumat, ledakan ilmu
pengetahuan melalui komputer dan multimedia,
kurikulum pendidikan Islam perlu mengorak langkah
ke arah matlamat yang lebih jelas dengan membantu
para pelajar mengawal disiplin diri semasa
mendalami ilmu teknologi maklumat. Justeru,
kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi
merupakan pemangkin kepada arus globalisasi yang
melanda dunia hari ini.
Secara umumnya, Sidek Baba (2009a)
menyatakan teknologi merupakan alat dan bukannya
matlamat dalam setiap persepsi agama dan ianya
bertujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan
sesuatu proses yang akan menghasilkan produk yang
kreatif dan inovatif. Kenyataan ini turut disokong
oleh Noddings (2010) yang turut menjelaskan
teknologi maklumat (IT) adalah apa jua peralatan
yang berasaskan komputer yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat, menyokong maklumat dan
keperluan memproses maklumat yang diperlukan
oleh sesuatu organisasi. Teknologi maklumat juga
merupakan sebahagian daripada ilmu pengetahuan
yang mesti dipelajari kerana menurut al-Attas ilmu
itu termasuk dalam iman dan tujuan ilmu itu adalah

456 Farah Farhana, Mohd Anuar, Nordiana & Noraziah

untuk mengasuh, memupuk dan menjelmakan
kebaikan dalam diri insan (Rosnani & Rossidy,2000).
Penulis
berpendapat
teknologi
maklumat
memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan
sama seperti ilmu-ilmu yang lain. Bahkan,
kepentingan alat dan matlamat juga perlu berjalan
seiring dalam membangunkan personaliti pelajar
supaya peka tentang pentingnya alat dan dalam
masa yang sama tidak mengurangi matlamat
pendidikan itu sendiri iaitu membentuk sahsiah dan
sistem nilai yang baik.
Menurut Jaenudin (2012), kewujudan produk
berteknologi tinggi ini juga turut menyebabkan
berlakunya kepincangan dan keruntuhan akhlak
remaja Islam khususnya. Penggunaan laman web
lucah, pencetakan dan penjualan VCD lucah dan
cetak rompak juga berleluasa hasil penyalahgunaan
teknologi maklumat. Keadaan ini turut menyebabkan
berlakunya pembanjiran maklumat yang tidak
berguna dan boleh membantutkan usaha ke arah
melahirkan
manusia
yang
berilmu
dalam
mewujudkan budaya ilmu yang sihat. Menurut
Shamsul et al. (2004) kesepaduan yang wujud antara
teknologi maklumat dan kurikulum pendidikan Islam
adalah sangat penting dan memainkan peranan
dalam memahami konsep akidah dan syariat Islam
untuk pembangunan diri seseorang dalam
melakukan kebaikan. Oleh itu, kaedah pendidikan
teknik dan vokasional bolehlah digabung jalinkan
dalam kurikulum pendidikan Islam ini bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar dan
menambahkan keperluan negara. Justeru, tidak
dapat dinafikan lagi teknologi dan vokasional adalah
perkara yang seiring dalam memastikan kemajuan
dan kemodenan sesebuah negara. Namun, kemajuan
teknologi sahaja tidak mampu mengimbangi jati diri
dan keutuhan nilai, akhlak dan moral seseorang
individu (Rohizan et al., 2012)
Justeru, penulis berpendapat teknologi
memang boleh membawa implikasi negatif dan
positif terhadap sistem pendidikan dan peradaban
manusia. Namun, kita perlulah mengimbangi situasi
tersebut dengan akal yang diberikan dan bukannya
berlandaskan nafsu semata. Teknologi juga
merupakan satu kaedah yang bertujuan untuk
memudahkan sesuatu perkara. Lantaran itu, umat
Islam khususnya tidak seharusnya menolak teknologi
secara langsung mahupun tidak bahkan ia sepatutnya
digunakan bagi tujuan pembangunan ummah.

Kesimpulan
Secara sedar atau pun tidak, globalisasi menyelinap
masuk ke dalam setiap aspek kehidupan. Islam
secara amnya tidak menolak kemajuan dan
kemodenan namun haruslah disertai dengan disiplin
diri dan keimanan yang kuat dalam menghadapi arus
ini. Meskipun pelbagai rintangan dan cabaran yang
melanda, kesatuan hati dan fikiran mestilah wujud
dalam setiap diri umat Islam. Kesepaduan ilmu
adalah satu agenda besar yang terbaik yang harus
didokongi oleh semua lapisan masyarakat Islam
sedunia sebagai pra-syarat dalam mendidik generasi
muda. Pemahaman dan penguasaan fiqh al-wa i
dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia adalah
sesuatu yang penting dalam mengimbangi arus
globalisasi yang melanda. Bahkan fiqh al-wa i perlu
dipelajari oleh pelbagai lapisan masyarakat Islam bagi
melahirkan generasi yang bertunjangkan iman
kepada Pencipta. Namun tidak perlulah memahami
dan mengetahui secara mendalam sebagaimana ahli
dalam bidang pengajian Islam tetapi memadailah
mengetahui hukum yang berkaitan dengannya bagi
memudah dan melancarkan urusan kehidupan serta
memastikan perjalanan hidup berada di atas
landasan perkara-perkara yang dihalalkan oleh
syarak dalam menempuh era globalisasi.

Rujukan
Asi

al- aa aji & Mahe al- aa aji.
. Al-Haajah ila
manzur la taqlidi al-idaa i fi as al- aula ah fi
al- ala al- a abi. Majalah al-Gha i Lil Ulu alIkhtisadiyah wa al-Idariah, 9(29).
Abdul Kareem Syarf Ad-Deen. 1985. Tarikh at-tasy i
al-Islami. Kaherah: Dar Al- A abi.
Abdul Kareem Zaidan. 2014. Al-Wajiz fi usul al-fiqh.
Damsyik: Muassasah al-Resalah.
Ah ad Bu ud.
. Fiqh al-wa i usul wa dawa it .
Kaherah: Dar al-Salam.
Al-Asnawi, Abdul Rahim al-Hasan. 2008. Al-Tamhid fi
takhrij al-fu u ala al-usul.
Al-Nadwi, Ali Ah ad.
. Al- awa id al-fiqhiyyah.
Cet.4. Damsyik: Dar Al-Qalam.
Al-Qaradawi, Yusuf Abdullah. 2008.
Mujib attagashyyur al-fatwa fi nashrina. Kaherah: Dar
asy-Syuruq.

Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, 2015

Al-Qardhawi,Yusuf Abdullah. 1999. al-Fiqh al-Islami
baina al-asolah wa at-tajdid. Kaherah:
Maktabah Wahbah.
Baba, S. 2009 (a). Sinergi pendidikan tinggi islam
serantau:
cabaran
dan
prospek.
http://www.irep.iium.edu.my
Baba,
S.
2009
(b).
Tajdid
ilmu
dan
pendidikan. Milenia Muslim, 62-63.
Badri Khairuman. 2013. Kontribusi Yusuf alQaradhawi bagi pengembangan pemikiran
hukum islam: studi atas fatwa-fatwa
kontemporer yang berkaitannya dengan
tantangan perubahan-perubahan sosial.
Buckley, K. 2013. Global Civil Society: The Dialectics
of Concept and Reality.Globalizations, 10(2),
231-244.
Chozin Nasuha, A. 2012. Epistemologi ushul fiqh, alRisalah vol 2, no 1 (Mei 2012). 63-78.
Douglass, S. L., & Shaikh, M. A. 2004. Defining islamic
education:
differentiation
and
applications. Current Issues In Comparative
Education, 7(1), 5-18.
Halstead, J. M. 2007. Islamic values: a distinctive
framework for moral education?. Journal Of
Moral Education, 36(3), 283-296.
Hamad, D. A. H. 2012. The Effect of Cultural
Globalization on the Citizens of the West Bank.
Ha idah & Sa aa .
. Taksii al- aula ah ala alnizam as-siyasi al-jazaairi.
Hashim, R. 2002. Dualisme pendidikan umat Islam di
Malaysia: sejarah, perkembangan dan cabaran
masa depan. Jurnal Pendidikan Islam, 10(2), 928.
Hashim, R. 2007. Intellectualism in higher Islamic
traditional studies: Implications for the
curriculum. American Journal of Islamic Social
Sciences,24(3), 92-115.
Hashim, R. 2014. The curriculum of Islamic studies
and Islamic studies education programmes in
meeting the challenges of globalization: a case
study of selected Malaysian Universities.
http://www.irep.iium.edu.my
Hashim, R., & Rossidy, I. (2000). Islamization of
knowledge: a comparative analysis of the
conceptions
of
al-attas
and
alfaruqi. Intellectual Discourse,8(1), 19-44.
Hitt, M., Ireland, R. D., & Hoskisson, R.
2012. Strategic
management
cases:

457

competitiveness and globalization. Cengage
Learning.
Jaenudin, R. 2012. Pengaruh Globalisasi Terhadap
Pendidikan Ilmu Pengetahuan Sosial (PIPS).
dalam Forum Sosial (Vol. 5, No. 1, pp. 77-86).
Jurusan Pendidikan Ilmu Pengetahuan Sosial
Fakultas Keguruan Dan Ilmu Pendidikan
Universitas Sriwijaya.
Ja al Atiyah & az-Zuhayli, Wahbah. 2000. Tajdid alfiqh al-islami. Damsyik: Dar al-Fikr.
Mahathir Mohamad. 2000. Globalisation, smart
partnership and government. Kuala Lumpur:
Pelanduk Publications.
Mahmood Zuhdi. 2010. Transformasi fikah semasa:
Evolusi hukum Islam. Selangor: PTS Islamika.
Mohd Fakhruddin, F., Alwi, N. H., & Suhid, A.
Penerapan elemen ilmu oleh guru pendidikan
islam dalam pengajaran pendidikan islam
sekolah
menengah.
http://Www.Psasir.Upm.Edu.My
Mohd Rumaizuddin Ghazali. 2012. Yusuf al-qaradawi
dan pengaruhnya dalam masyarakat Islam di
Malaysia. Negeri Sembilan: Penerbit Universiti
Sains Islam Malaysia.
Muhammad Bakr Ismael. 1997. al-Fiqh al-wazih min
al-kitab wa as-sunah. Kaherah: Dar Al-Manar.
Muhammed Fauzi Othman, Mohd Kohruddin Balwi,
& Mohd Azhar Abdul Hamid. 2009. Globalisasi
dan
hubungan
etnik.
dalam
http://eprints.utm.my/14545/1/.pdf
Nasrul Hisyam Nor Muhamad. 2004. Pandangan
Yusuf al-Qaradawi terhadap fiqh semasa.
Dalam Islamiyyat 26 (2) 2004. 69-81.
Nawi, N. H. M. 2012. Islamisasi kurikulum pendidikan
islam di institusi pendidikan guru: tribulasi dan
cadangan.
http://www.umkeprints.umk.edu.my
Noddings, N. (2010). Moral education in an age of
globalization. Educational Philosophy and
Theory, 42(4), 390-396.
Othman, Z. B., Ali, H. A. B., & Zin, M. 2014.
Pendidikan integratif dalam islam: kesepaduan
iman,
ilmu
dan
amal. Jurnal
AlMuqaddimah, 2(2).
Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa
dan Pustaka. Diakses pada 2 November 2015.
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=global
isasi

458 Farah Farhana, Mohd Anuar, Nordiana & Noraziah

Siddiq Fadzil. 2002. Institusi pengajian tinggi Islam:
Peluang dan cabaran. Dalam Jurnal Pendidikan
Islam Jilid 10, Bil 4.45-56.
Shamsul, A. B., Mohamed, R., & Hamzah, H. 2004.
Globalisasi, teknologi maklumat dan ilmu:
Menyuluh pengalaman Malaysia. SARI: Jurnal
Alam dan Tamadun Melayu, 22, 77-96.
Supardin. 2014. Analisis sosiologi hukum dalam
realitas fikih sosial. dalam al-Daulah, vol 3, no
1:80-90.
Wan Ji Wan Hussin. 2014. Fiqh tawaqqu. Dalam
Seminar Fiqh Malaysia pada 23-24 Ogs 2014,
Shah Alam.
Ya, R., Tamuri, A. H., Jaafar, M. M., Abd Rahim, K. N.,
& Abd Hamid, M. H. 2012. Peranan guru
pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan
islam dalam membentuk kemenjadian individu
murid yang berakhlak. dalam Prosiding
Seminar Penyelidikan Pendidikan IPG (Vol. 1,
No. 1).
Zubaidi. 2006. Membangun fikih yang berorientasi
sosial: Dialektika fikih dengan realitas
empirikal masyarakat. dalam al-Jaa i ah vol
44, no 2. 429-452.
Arkib Harakah Daily. Diakses pada 2 November 2015.
http://www.harakahdaily.com.my - 11 Julai
2009