10 Gambar Inovasi Dalam Dunia Teknologi

Muhammad Izzul Akmal Bin Othman (A149535)

GGGE2123
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM
PENDIDIKAN
Tugasan Tutorial Minggu ke-4
PREPARED FOR : EN. MD YUSOFF DAUD
PREPARED BY : MUHAMMAD IZZUL AKMAL BIN
OTHMAN
A149535
920906-02-6349
: SEM 2 2015/2016

Muhammad Izzul Akmal Bin Othman (A149535)

1.

MWC 2016 : Pita Pengukur Pintar
Bagel

Pita pengukur terdapat dalam pelbagai variasi. Ia juga mengikut kegunaan penggunanya. Pita

pengukur untuk tukang jahit adalah berbeza dengan pita pengukur yang digunakan oleh
tukang kayu. Bagel mencipta pita pengukur pintar ini bagi memudahkan sesiapa sahaja yang
selalu memerlukan ukuran melaksanakan tugas tersebut.
Pada badan peranti ini, terdapat butang mod ukuran, hujung pita pengukur untuk mod ukuran
menggunakan pita pengukur, sensor inframerah bagi pengukuran secara laser, dan tayar yang
boleh mengukur mengikut golekan. Pengukuran dilakukan dengan tiga pilihan mod
pengukuran. Mod ‘Tape’ membolehkan pengukuran dilakukan menggunakan pita pengukur,
mod ‘Wheel’ membolehkan ukuran disukat mengikut jumlah jarak golekan oleh tayar pada
badan bawah peranti ini, dan mod ‘Laser’ membolehkan pengukuran dari jarak peranti
kepada objek legap diukur mengikut cahaya inframerah.
Sesudah pengukuran dilakukan, panel LED yang menunjukkan ukuran akan berkelip,
menandakan pengukuran tersebut telah direkodkan. Pengguna juga boleh menandakan ukuran
tersebut menerusi rakaman suara. Ukuran yang telah dilakukan akan dihantar kepada aplikasi
pintar, dan memudahkan pengguna melihat semula kesemua ukuran tersebut. Dengan aplikasi
tersebut, pengguna tidak perlu risau akan kehilangan data ukuran, dan peranti ini semestinya
memenuhi kehendak pengguna yang kerap mengukur sesuatu.
Pita pengukur pintar dari Bagel Labs ini masih sedang dalam proses prototaip, dimana
didalam video dan gambar diatas ia hadir pada warna putih dengan rekaan yang lebih mesra
kepada semua pengguna. Rekaan yang dijangka akan hadir ke pasaran pada bulan Jun
menerusi halaman Kickstarter pula dilihat lebih menyerupai pita pengukur yang kerap

digunakan oleh tukang kayu.
Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=66h7yJmALic

Muhammad Izzul Akmal Bin Othman (A149535)

2.

Skylights Theater – Sistem Hiburan
Realiti Maya Di Dalam Pesawat

Peranti realiti maya ialah teknologi yang dijangka meletus pada tahun 2016. Pelbagai peranti
maya untuk kegunaan permainan video dan juga kegunaan riadah mula membanjiri pasaran.
Pasaran peranti realiti maya dijangka mencecah $70 Billion menjelang 2020. Buat masa ini
peranti realiti maya masih belum digunakan secara meluas. Skylights Theater, sebuah
syarikat dari Perancis cuba menjadikannya lebih popular dengan memperkenalkannya
sebagai pengganti sistem hiburan di dalam pesawat.

Peranti realiti maya Skylights Theater mempunyai skrin dengan resolusi 720P. Ia mampu
digunakan selama 8 jam sebelum perlu dicas dan mempunyai storan mencukupi untuk 40
filem pada resolusi HD. Penumpang boleh memilih untuk menonton filem secara 2D ataupun

3D. Sistem Skylights Theater kini sedang diuji di dalam pesawat penerbangan murah XL
Airways yang tidak mempunyai sistem hiburan pada setiap tempat duduk penumpang. Peranti
ini disewakan kepada penumpang yang mahu menonton rancangan hiburan sepanjang
perjalanan.

Muhammad Izzul Akmal Bin Othman (A149535)

Sumber Rujukan: VRWorld

3.

Prototaip Peranti Pintar Dengan
Panel Solar Terbina Pada Skrin
Diperlihatkan Kyocera

Kyocera ialah syarikat yang terkenal di Jepun dengan inisiatif membangunkan infrastruktur
sumber tenaga mesra alam. Mereka sedang membina stesen janakuasa solar terbesar di Jepun
yang mempunyai keluasan 180 000 meter persegi. Ianya dibina di atas permukaan tasik yang
terhasil akibat pembinaan sebuah empangan. Apabila siap pada tahun 2018, “ladang solar” ini
akan menghasilkan tenaga bersih untuk 5000 buah rumah di wilayah Chiba. Penglibatan

mereka di dalam penghasilan peranti pintar agak terhad. Peranti mereka yang paling dikenali
ialah Echo yang mempunyai dua skrin berlipat seperti buku. Tahun lalu mereka menghasilkan
peranti tahan hakisan air laut dan sebuah lagi yang boleh dibasuh dengan sabun.

Di MWC2016 mereka mempamerkan prototaip peranti dengan skrin solar yang terbina pada
skrin peranti. Ya skrin peranti pintar ini mempunyai panel fotovoltaik terletak di antara skrin
LCD dan lapisan digitiser skrin sesentuh. Menurut Kyocera dengan pengecasan selamat 3
minit, peranti boleh digunakan untuk melakukan panggilan telefon selama 1 minit. Prototaip
ini direka untuk kegunaan mereka yang kerap bekerja di luar dan tidak mempunyai akses
kepada sumber elektrik. Prototaip skrin peranti dengan panel solar terbina ini masih lagi di
peringkat ujian dan masih belum bersedia untuk kegunaan komersial. Sekiranya dijual kelak
ia pastinya berguna untuk situasi kecemasan ketika berkhemah ataupun ketika bencana banjir.

Muhammad Izzul Akmal Bin Othman (A149535)

Sumber Rujukan: Gizmag

4.

Robot Pengutip Sampah Seakan

Wall-E Diperlihatkan Oleh Volvo

Robot dijangka menggantikan 5 Juta pekerjaan manusia menjelang 2020. Antara kerja yang
akan diambil alih ialah pekerjaan kolar putih di pejabat. Di Sweden pekerjaan yang mungkin
tidak akan lagi dilakukan oleh manusia ialah sektor pelupusan sampah. Robot-based
Autonomous Refuse handling (ROAR) ialah prototaip robot pengutip sampah seakan WallE yang baru sahaja diperlihatkan oleh Volvo. Robot ini menggunakan sistem GPS dan
LiDAR untuk mengesan kedudukan tong sampah sebelum mengosongkannya ke dalam lori
sampah.

ROAR berfungsi secara berpasangan dengan sebuah dron quadrotor yang terlebih dahulu
melakukan imbasan kawasan pengutipan sampah. Imej yang diambil kemudian dihantar ke
ROAR dan robot ini akan mengenalpasti tong sampah yang perlu dikosongkan. Robot
pengutip sampah ini dihasilkan dengan kerjasama Chalmers University of Technology,
Mälardalen University dan Penn State University. Kepada pekerja pengumpul sampah anda
tidak perlu risau tentang masa depan kerjaya anda dalam masa terdekat. ROAR masih lagi di
peringkat percubaan dan tidak mampu melakukan tugas mengutip sampah sehandal manusia.
Pekerjaan seperti ini menurut kerajaan tidak menarik minat rakyat Malaysia. Oleh itu

Muhammad Izzul Akmal Bin Othman (A149535)


sekurang-kurangya di Malaysia robot tidak akan menggantikan manusia sebaliknya jutaan
pekerja asing akan menggantikan pekerja tempatan buat masa ini.
Sumber Rujukan: Volvo

5.

Kid Lid – Kerangka Menghadkan
Penggunaan Peranti iOS Untuk KanakKanak

Peranti iOS amat mudah dipelajari dan mengikut kajian seorang bayi berumur dua tahun
mampu menggunakannya tanpa masalah. Sebagai seorang bapa seorang puteri berusia
setahun setengah kami bersetuju dengan kajian ini. Walaupun masih belum petah berjalan dan
pantas berlari, si kecil ini mampu melancarkan aplikasi dan melakukan nyahkunci pada iPad
yang dimainkannya. Kerap kali kami mahu hanya satu aplikasi dimainkan oleh si puteri tetapi
butang home kerap kali ditekan dan aplikasi bertukar-tukar tanpa kebenaran. Dengan Kid Lid
masalah yang menghantui ibu bapa dengan anak kecil dan peranti iOS dapat diselesaikan.

Kerangka ini mempunyai panel bawah yang menutup butang home. Ini memastikan si kecil
tidak akan hanya dapat memainkan aplikasi yang dibenarkan dan tidak boleh melakukan
pertukaran aplikasi dengan menekan butang home. Apabila ibu bapa ingin menggunakan

peranti mereka semula, bahagian dagu kerangka yang menutup butang home boleh diputar
bagi mendedahkan semula butang home ini. Kid Lid direka untuk iPhone dan juga iPad.
Selain sistem menutup butang home, keseluruhan kerangka diperbuat daripada bahan tahan
hentakan bagi mengelakkan peranti mengalami kerosakan sekiranya terjatuh ketika

Muhammad Izzul Akmal Bin Othman (A149535)

digunakan. Kerangka ini adalah evolusi dari Kid Lid asal yang direka untuk menutup papan
kekunci sebuah MacBook. Harga jualan bermula dari $10 (~RM 42) sebuah.
Sumber Rujukan: Kid Lid

6.

Mi Powerbank Pro Dilancarkan –
Menyokong Sambungan USB-C

Peranti dengan USB-C semakin banyak di pasaran tetapi aksesori untuknya kami dapati
masih sukar dimiliki. Sekiranya anda memiliki sebuah Nexus 6P misalnya, kabel pengecas
peranti ini menggunakan USB-C pada kedua-dua hujung wayar. Jika anda ingin
menggunakan sebuah powerbank, anda perlu membeli sebuah penyesuai USB-C ke USB-A

untuk menggunakannya. Menyedari masalah ini Xiaomi mengumumkan Mi Powerbank Pro
yang mempunyai sambungan USB-C terbina.

Powerbank dengan kapasiti 10000 mAh ini turut mempunyai sebuah lagi port USB-A supaya
anda masih boleh menggunakannya untuk peranti tanpa USB-C. Sokongan pengecasan
pantas membolehkannya mengecas peranti dengan pantas dan dicas semula dalam masa
hanya 3.5 jam. Walaupun mempunyai kapasiti bateri yang besar, saiz Mi Powerbank Pro
adalah sama dengan saiz Mi Powerbank 5000 mAh sebelum ini. Harga jualan ialah RMB 149
(~RM 93) sebuah.
Sumber Rujukan: Miui

Muhammad Izzul Akmal Bin Othman (A149535)

7.

Toyota Hadir Dengan Project
BLAID Untuk Membantu Orang Buta

Toyota mempunyai beberapa projek menarik selain daripada untuk pengangkutan, dan terkini
mereka telah mengumumkan projek yang dinamakan sebagai Project BLAID.

Project BLAID ingin membantu orang buta atau mereka yang mempunyai masalah
penglihatan. Untuknya, ia hadir dengan sebuah peranti yang dipakai pada bahu, dan ia
disertakan dengan kamera terbina untuk mengesan objek dan tanda dihadapan bagi
memudahkan pemakai untuk mengenal-pasti apa dihadapan dan apa yang dinyatakan oleh
sesuatu tanda – sebagai contoh tanda pada pintu tandas dan sebagainya.
Peranti ini boleh dikawal menggunakan input suara, dan ia memberikan maklumbalas dalam
bentuk haptic kepada pemakai. Secara kasar, peranti ini akan mengimbas persekitaran dan
memberitahu anda apa yang anda lihat.
Toyota mengatakan mereka merancang untuk menambah lebih banyak sokongan padanya,
termasuk teknologi pengecaman wajah. Project BLAID ini lebih kepada menyelesaikan
beberapa masalah yang tidak diatasi untuk peranti sedia ada bagi mereka yang mempunyai
masalah penglihatan.
Projek ini masih dalam pembangunan buat masa ini, dan percubaannya dijangka dimulakan
tidak lama lagi.
Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=sNoPV0epfHA

Muhammad Izzul Akmal Bin Othman (A149535)

8.


Mesin Salinan Xerox Mengalih
Bahasa Dokumen Dicetak Secara
Automatik

Mesin salinan ialah sahabat baik semua pelajar di kolej. Ribuan helai nota kelas, tugasan dan
lirik lagu dicetak menggunakannya di makmal kolej. Itulah kegunaannya setiap hari.
Mencetak apa yang dimahukan oleh manusia tanpa mengenal lelah. Di Xerox mereka mahu
menghasilkan mesin cetak yang boleh melakukan lebih daripada itu.
Xerox Easy Translator ialah perisian yang boleh dipasang pada mesin salinan yang
mempunyai fungsi ConnectKey. Selepas perisian dipasang, mesin salinan boleh mengalih 30
bahasa secara automatik. Perkhidmatan Easy Translator adalah percuma untuk 30 salinan
pertama. Selepas itu bayaran $10 dikenakan untuk 10 salinan. Pengguna boleh membeli pakej
secara pukal 100 salinan pada harga $50 ataupun 100000 salinan pada harga $50000.
Sumber Rujukan: Gizmodo
https://www.youtube.com/watch?v=C_2LyPB2LpQ

Muhammad Izzul Akmal Bin Othman (A149535)

9.


Rainpal – Sistem Pengelap Cermin
Untuk Topi Keledar Motosikal

Penunggang motosikal ialah golongan yang paling berisiko tinggi ditimpa kemalangan ketika
menggunakan jalan raya. Kemalangan boleh berlaku kerana kecuaian peribadi ataupun akibat
dilanggar oleh pemandu lain. Oleh sebab itu pelbagai alat keselamatan telah dicipta untuk
mengelakkan kecederaan kepada penunggang dan membuatkan penunggang lebih mudah
dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain. Rainpal ialah ciptaan baru yang mengelap cermin
pada topi keledar motosikal ketika hujan.

Ia hanya perlu dipasang pada bahagian cermin muka topi keledar dan beroperasi
menggunakan kuasa bateri yang boleh dicas menggunakan USB. Bateri ini membolehkan
Rainpal beroperasi selama 90 minit di dalam mod pantas dan 180 minit sekiranya pengelap
beroperasi setiap dua saat. Ia juga telah diuji dan akan kekal melekap pada top keledar
sehingga kelajuan maksimum 160 kilometer sejam. Rainpal masih mengumpul dana dan
dijual pada harga £49 (~RM 286) sebuah.

Sumber Rujukan: Rainpal

Muhammad Izzul Akmal Bin Othman (A149535)

10. ICECool – Sistem Penyejukan
Cecair Terbina Pada Cip Pemproses
Cip pemproses ialah otak kepada peranti pintar. Kerana banyak “berfikir”, komponen akan
mengeluarkan haba yang banyak. Oleh itu sistem penyejukan yang baik diperlukan bagi
memastikan peranti berfungsi secara optimum dan mengelakkan kerosakan kepada
komponen yang lain. Sistem penyejukan cecair dahulunya digunakan hanya pada komputer
kerana memerlukan kolam takungan air yang besar.
Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini versi miniatur penyejukan cecair mula wujud
seperti yang dihasilkan oleh Fujitsu. Ia telahpun digunakan pada peranti seperti Lumia
950XL.

Di Lockheed Martin, sebuah sistem penyejukan cecair baru sedang dibangunkan dan ia
terbina di dalam cip pemproses itu sendiri. Cip ini dibangunkan di bawah projek Inter/Intra
Chip Enhanced Cooling (ICEcool) kelolaan DARPA. Sistem penyejukan ini meletakkan
cecair bersaiz mikro di di antara lapisan cip pemproses. Rintangan akibat pemanasan dapat
dikurangkan sebanyak empat kali ganda dan output pemproses meningkat sebanyak enam
kali ganda berbanding sistem penyejukan konvensional. Dengan ICEcool saiz cip dan peranti
akan dapat dikurangkan kerana tiada lagi keperluan menggunakan kipas serta penenggelaman
haba yang besar.
Sumber Rujukan: Lockheed Martin