Konsep Toyyiban Dalam Pemakanan. pptx

Konsep Toyyiban Dalam
Pemakanan.
(Halal dan berkualiti)
15/1/2015
DUP2
Tec2
Ustazah Siti Hajar binti Dahari

1. Pengenalan
Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh alTirmizi dan Ibn Majah bermaksud:
“ Daripada Salman al-Farisi semasa Rasulullah SAW
ditanya tentang hukum lemak, keju dan keldai hutan,
Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa apa yang
dihalalkan di dalam kitab Allah adalah halal dan apa yang
diharamkanNya adalah haram, manakala apa yang
didiamkan adalah kemaafan bagi kamu”.

2. Difinisi
Perkataan halal berasal daripada bahasa Arab halla,
yahillu, hillan yang membawa erti membebaskan,
melepaskan, memecahkan, membubarkan dan
membolehkan.

Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan
Islami ia membawa maksud:
1) Segala sesuatu yang menyebabkan seseorang itu
tidak dihukum jika menggunakannya.
2) Sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak.

Al-Jurjani dalam Kitab al-Ta’rifat menjelaskan bahawa
pengertian halal dengan maksud:
1) Merujuk kepada keharusan menggunakan bendabenda atau apa-apa yang diperlukan untuk memenuhi
keperluan jasmani seperti makanan, minuman dan
ubat-ubatan.
2) 2) Bersangkut paut dengan keharusan
memanfaatkan, memakan, meminum dan
mengerjakan sesuatu yang kesemuanya ditentukan
berdasarkan nas.

Toyyib: baik
Konsep Toyyiban Dalam Pemakanan = makanan itu
mestilah baik untuk dimakan dan diperolehi daripada
sumber yang asli. Makanan tersebut juga mestilah suci,
bersih dan menyihatkan badan serta membolehkan
seseorang muslim itu melaksanakan ibadah kepada
Allah.

3. Konsep Menurut Al-Quran
Apa yang lebih menarik tentang konsep makanan dan rezeki  halal
yang disebut di dalam al-Quran ialah kata sifat “toyyib” yang
mengekorinya.Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atau tuuba sebagai
jamak) dari segi makna ialah sesuatu yang baik atau elok atau
yang berlawanan dengan yang buruk. Jadi apabila disebut “halalan
toyyiban” ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat
baik atau elok.

Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari
perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas
mereka makanan yang baik-baik yang pernah
dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka
banyak menghalang manusia dari jalan Allah.(anNisaa:160)

• Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada
di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut
jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan
itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.(alBaqarah:2:168)

Surah yang menyebut tentang
makanan halal dan toyyib
al-Baqarah (2:168), 
al-Maidah (5:1), (5:4-5), (5:87-88), (5:96)
al-A’raf (7:157)
an-Nisa’(4:160)
 at-Tahrim(66:1)
al-Hajj (22:30)

Menurut JAKIM
makanan yang ditanggung halal’

Kandungan

digunakan oleh orang
Islam dan tidak bercampur
dengan bahan-bahan yang
tidak halal atau najis.

Peralatan

Peralatan yang digunakan
untuk menyedia,
memproses, mengilang
dan sebagainya perlulah
bebas daripada bendabenda yang bernajis.

Pengendalian

Pengendalian makanan
sama ada pengangkutan,
penyimpanan, menghidang
dan selainnya hendaklah
tidak berhampiran atau
bersentuhan dengan
benda-benda yang
diharamkan.

• Manakala Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasan Halal) 1975,
menjelaskan perkataan halal adalah ‘makanan orang Islam’ atau
‘makanan ditanggung halal’ atau ‘halal’ dengan definisi seperti
berikut:
1- Bukan terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau
benda daripada binatang yang dilarang oleh hukum syarak
memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
2- Tidak mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis
mengikut syarak.
3- Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apaapa alat yang tidak bebas daripada najis mengikut syarak.
4- Tidak dalam masa menyedia, memproses atau meyimpannya
tidak berdekatan atau bersentuhan dengan makanan yang tidak
memenuhi kehendak perenggan (1), (2) dan (3) atau apa-apa yang
dihukumkan sebagai najis mengikut syarak.

4. Konsep Toyyiban Dalam
Pemakanan.
Perkataan toyyiban bermakna baik iaitu makanan itu
mestilah baik untuk dimakan dan diperolehi daripada
sumber yang asli. Makanan tersebut juga mestilah suci,
bersih dan menyihatkan badan serta membolehkan
seseorang muslim itu melaksanakan ibadah kepada
Allah.

5. Makanan Dan Minuman
Berkhasiat Menurut Al-Qur’an & AsSunnah
makanan berkhasiat atau berkualiti menurut al-Quran
dan as-Sunnah
1) Buah-buahan.
Al-Quran menyebutkan sejumlah buah-buahan yang
diakui ilmu pengetahuan moden memiliki khasiat untuk
mencegah beberapa jenis penyakit dan member manfaat
kepada tubuh manusia dengan pelbagai cara.

Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan
itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan
tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis
buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian
mengandungi satu tanda (yang membuktikan
kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.(alNahl:11)

2) Khasiat daripada Haiwan
Manusia mendapat makanan dalam jumlah besar dari
sumber haiwan.

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu
beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum
kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang
lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu
yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi
orang-orang yang meminumnya.(al-Nahl:66)

6. Kriteria Makanan Dan
Minuman Halal Menurut Syarak
Kaedah syarak dalam menentukan makanan dan
minuman yang diharamkan dan dihalalkan adalah bertitik
tolak daripada firman Allah SWT.

"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang
Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam
Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan
perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan
perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda
yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk;
dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggubelenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman
kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur
(cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orangorang yang berjaya.

HAIWAN DARAT (Semua haiwan darat halal dimakan
kecuali
KATEGORI

CONTOH

Haiwan yang tidak disembelih mengikut
hukum syarak
Babi dan keturunannya
Anjing dan keturunannya
Haiwan bertaring yang digunakan untuk
membunuh

Harimau, beruang, kucing, kera dan
sebagainya.

Burung yang mempunyai kuku pencakar
atau menyambar

Helang,

Haiwan yang dibenarkan oleh syarak
untuk dibunuh

Tikus, kala, ular, gagak, lipan

Dokumen yang terkait

Dokumen baru