TEKANAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIA

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2015 (INSAN2015)
Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, 19 – 20 Oktober 2015

TEKANAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR PALAPES UNIVERSITI
Kartini Abd Ghani¹, (Johari Bin Taha²)
¹Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Universiti Malaysia Sarawak

[email protected]
²Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Universiti Malaysia Sarawak

[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara tekanan dan pencapaian
akademik pelajar universiti yang melibatkan diri dengan badan beruniform seperti
PALAPES. Pelajar PALAPES menggalas dua tanggungjawab iaitu sebagai seorang
pelajar dan sebagai seorang pegawai kadet dan ini akan menyumbang kepada
peningkatan tekanan. Terdapat banyak kajian menunjukkkan tekanan atau stres
mempunyai hubungan yang kuat dalam mempengaruhi prestasi akademik pelajar.

Tahap tekanan yang tinggi akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap prestasi
pelajar jika stres tidak dikawal sebaiknya.Seramai 124 pelajar tahun akhir yang terdiri
daripada pegawai PALAPES kadet udara dan darat terlibat di dalam kajian ini. Kajian
ini menggunakan instumen soal selidik yang telah direka bentuk untuk mengumpul
data berkaitan dengan demografi responden, butir penglibatan pelajar dalam aktiviti
badan beruniform, tahap tekanan dan persepsi responden terhadap tekanan. Soal
selidik telah dibina dan diuji dengan Alfa Cronbach .842. Keputusan analisi korelasi
menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan (r= 0.241, p=0.007) antara tekanan
dan pencapaian akademik pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti badan
beruniform. Kesimpulannya, tekanan yang dialami oleh pelajar yang melibatkan diri
di dalam badan beruniform seperti PALAPES boleh dianggap sebagai tekanan yang
positif menghasilkan pelajar yang turut cemerlang di bidang akademik.
This study aims to identify the relationship between stress and academic achievement of
university students involved with uniformed bodies such as PALAPES. PALAPES
students undertake two responsibilities as a student and as an cadet and may contribute
to an increase in pressure. Many studies have shown a strong relationship between
pressure or stress influencing students' academic performance. High levels of stress
will have negative impacts on the performance of students if the stress is not controlled
wisely. A total of 124 final year students comprising PALAPES air and land cadets
were involved in this study. A questionnaire instrument was developed to collect data

on the demographics of respondents, details of the involvement of students in the
activities of uniformed bodies, students’ stress levels and perception of stress. The
questionnaire was developed and tested with Cronbach Alpha .842. Results of the
correlation analysis showed that there is a significant correlation (r = 0.241, p =
0.007) between pressure/stress and the academic achievement of students who
participated in uniformed bodies. In conclusion, the stress experienced by students who

1

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2015 (INSAN2015)
Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, 19 – 20 Oktober 2015

participated in uniformed bodies such as PALAPES should be regarded as a positive
pressure to produce students who also excel in academics.
Keywords: Stress; Academic Achievement; PALAPES;

1.0 PENGENALAN
Di era globalisasi ini pelajar universiti telah didedahkan dengan aktiviti
badan beruniform seperti Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES),
Sukarelawan Siswa dan Siswi (SUKSIS) dan Siswa dan Siswi Pertahanan

Awam (SISPA). Tujuan utama penubuhan PALAPES adalah untuk melatih para
pelajar dalam ilmu ketenteraan bagi membina insan yang berdisiplin dan
bersemangat tinggi. Selain itu, objektif PALAPES juga adalah untuk
menyediakan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan bagi
mengukuhkan pertahanan dan ketahanan nasional. Selain itu, Falsafah
Pendidikan Negara menggariskan kemantapan jasmani, emosi dan rohani serta
intelektual para pelajar menjadikan setiap universiti di negara ini harus memberi
fokus kepada aktiviti yang wajib pelajar ambil iaitu aktiviti kokurikulum dan
aktiviti senggang. Pengisian aktiviti ini dilihat dapat meningkatkan kemahiran
kendiri seseorang pelajar selain mempunyai intelektual yang tinggi khususnya
para pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti badan beruniform yang di ajar
dan di didik dengan ciri kepimpinan yang tinggi.
Mereka yang terlibat dengan badan beruniform sebegini memerlukan
komitmen yang tinggi dalam latihan mahupun dalam pelajaran mereka. Sudah
semestinya mereka ini akan mengalami stres di luar jangkaan sehingga boleh
menyebabkan pelajaran terganggu dan komitmen kepada pelbagai aspek turut
terjejas. Oleh itu pelajar ini perlulah pandai menguruskan masa dan komitmen
serta memperbaiki diri sendiri agar setanding dengan kemajuan teknologi masa
kini. Kajian ini akan melihat sejauh mana tekanan yang dihadapai oleh pelajar
PALAPES dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar tersebut di

kalangan pelajar di Universiti Malaysia Sarawak.
Latar Belakang Kajian
Merujuk kepada Kamus Dewan (2005), Stres adalah istilah payung yang
merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan
gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya. Gejala stres ini terhasil
apabila seseorang itu merasa bahawa keperluan melebihi dari keupayaan atau
sumber yang ada pada dirinya. Reaksi stres adalah unik bagi seseorang individu.
Bagaimana kita bertindak balas kepada stres dan bagaimana baiknya kita
mengawal stres adalah bergantung kepada bagaimana individu yang menerima
stres itu sendiri.

2

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2015 (INSAN2015)
Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, 19 – 20 Oktober 2015

Remaja masa kini lebih kerap mengalami stres berbanding remaja masa
dahulu. Contohnya di United Kingdom terdapat peningkatan dari aspek bantuan
yang diperlukan oleh remaja dalam menangani stres yang mereka hadapi. Antara
tahun 1980 hingga 1993, bilangan remaja yang mengalami stress psikologikal

seperti kebimbangan, kemurungan dan kecelaruan makanan meningkat secara
dramatik pada tahap akhir remaja (McNamara 2000). Stres yang keterlaluan juga
akan mengakibatkan kemurungan dan penyakit fizikal (MacGeorge, Samter &
Gillihan, 2005).
Menurut Kohn dan Frazer (1986), pelajar universiti sering berhadapan
dengan stres dalam menjalani kehidupan akibat daripada beban tugas yang
diberikan oleh pensyarah, tekanan di kolej, masalah penyesuaian gaya hidup
dari peringkat menengah hingga ke peringkat institusi tinggi dan jangkaan yang
tinggi di dalam bidang akademik. Pandangan Kohn dan Frazer, (1986) selari
dengan pendapat Yunus Mohd Noor (1984) (di dalam Mazni, Mohammad HajiYusuf dan Sapora, 2004) yang menyatakan bahawa pelajar universiti di
Malaysia terdiri daripada golongan elitis yang sentiasa menghadapi
kegelisahan mengikut tempoh dan peringkat pengajian dan mereka ini akan
sentiasa gelisah. Kajian dari Mucowski (1984) pula menunjukkan bahawa
tekanan ini akan menganggu proses pembelajaran pelajar seperti rekod akademik
yang tidak memuaskan, gangguan sosial dan interpersonal, krisis keluarga,
tekanan kewangan, kekeliruan matlamat hidup dan masalah kesihatan.
Setiap individu mempunyai cara yang berbeza dalam menangani atau
mengurus stress. Ada pelajar yang menjadikan stress atau tekanan sebagai
motivasi manakala ada yang murung dan berfikrian negative bila menerima
tekanan. Kajian Aminudin (2004) mendapati bahawa penglibatan pelajar secara

aktif dalam bidang kokurikulum memberi kesan yang positif kepada tahap
pencapaian pelajar. Kajian beliau melihat dari beberapa aspek tertentu seperti
peringkat penglibatan, sikap pelajar terhadap aktiviti yang telah dirancangkan,
pengurusan masa, minat dan tanggungjawab pelajar terhadap kegiatan
kokurikulum dan pencapaian akademik mereka. Hasil kajiannya mendapati
pelajar-pelajar yang aktif dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum juga mempunyai
pencapaian yang baik dalam akademik.
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau juga dikenali dengan singkatannya
PALAPES yang dahulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training
Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan
Malaysia dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk mahasiswa dan
mahasiswi yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Aktiviti
PALAPES adalah untuk melahirkan pegawai simpanan yang memenuhi
keperluan Angkatan Tentera Malaysia. Di samping menyokong usaha kerajaan
dan IPTA untuk membentuk kualiti warganegara yang sempurna, berdisiplin dan
mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. Seorang pegawai
kadet akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan di mana latihan biasa
yang meliputi subjek berkaitan dengan ketenteraan akan diadakan pada hujung


3

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2015 (INSAN2015)
Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, 19 – 20 Oktober 2015

minggu secara berselang seli. Selain daripada itu, latihan lanjutan dan latihan
insentif juga akan diadakan setahun sekali secara sepenuh masa selama 2
minggu. Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan
dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut.
Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan Cawangan masingmasing.
Penyataan Masalah
Latihan PALAPES dilaksanakan selama tiga tahun atau enam semester dan
dibahagikan kepada tiga peringkat. Tahun pertama sebagai Peringkat 1 (Junior
Level), tahun kedua sebagai Peringkat 2 (Intermediate Level) dan tahun ketiga
sebagai peringkat 3 (Senior Level). Pelbagai jenis latihan yang dijalankan
antaranya adalah Latihan Tempatan (LT) selama 120 jam atau 12 hari satu
semester. Seterusnya Latihan Lanjutan atau Latihan Berterusan (LB) yang
diadakan 14 hari setahun dan latihan Kem Tahunan yang dilaksanakan selama
15 hari berturut-turut. Bagi mencapai objektif latihan PALAPES, silibus
pelajaran dibahagikan kepada aspek-aspek tertentu untuk dijadikan pendekatan

kepada latihan seperti taktik perang, membaca peta, semboyan, undang-undang
tentera dan pentadbiran. Seterusnya aspek latihan ketenteraan seperti senjata
(pengendalian senjata persendirian dan senjata bantuan) dan kawad yang
meliputi kawad kaki, senjata, tongkat dan pedang. Tidak ketinggalan juga
latihan ketahanan fizikal yang merangkumi latihan asas jasmani, senaman
perang, merentas halangan, merentas desa, ujian kecergasan akal (UKA), ujian
kercegasan tempur (UKT), jalan laju dan sukan.
Sudah semestinya latihan seperti ini mampu mendatangkan tekanan pada
pelajar di samping boleh menyebabkan pelajaran terganggu. Terutamanya
latihan tempatan dan latihan berterusan yang dilakukan pada minggu-minggu
kuliah. Latihan tempatan yang dilakukan menyebabkan para pelajar sukar
untuk membahagikan masa menyiapkan tugasan berkumpulan dan tugasan luar.
Beban latihan dan beban tugasan menjadi salah satu faktor penyebab kepada
masalah tekanan ini. Selain itu, penghantaran tugasan juga turut di hantar
selepas sahaja cuti pertengahan semester berakhir. Sedangkan pelajar yang
terlibat dengan PALAPES yang mengikuti latihan berterusan terpaksa
membahagikan masa untuk fokus kepada tugasan disamping menggalas
tanggungjawab sebagai pegawai kadet untuk mengikuti latihan dan menerima
arahan daripada jurulatih PALAPES. Arahan daripada jurulatih yang tidak tetap
dan selalu berubah boleh menyebabkan para pegawai kadet tertekan dan

terbawa- bawa pada masa penerimaan pelajaran dalam kuliah. Kesannya
pencapaian pelajar dalam pelajaran akan terganggu dan menurun.
Tekanan boleh memberi kesan yang berbeza-beza terhadap individu
yang menghadapinya. Jika sesorang itu menilai tekanan itu secara negatif maka
ianya akan mendatangkan kesan buruk pada individu itu sendiri dari segi
kesihatan tubuh badan, mental, emosi. Ini secara tidak lansung menganggugugat

4

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2015 (INSAN2015)
Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, 19 – 20 Oktober 2015

pencapaian akademik mereka. Bagi mereka yang berfikiran kearah positif,
individu itu akan menganggap tekanan adalah satu tindak balas yang positif
bagi mereka mencabar diri untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan
keputusan akademik akan meningkat kepada yang lebih baik (Selye, 1963,1976).
Selain itu pencapaian akademik pelajar yang cenderung ke arah
kokurikulum ini khususnya pelajar-pelajar yang terlibat dengan PALAPES
sering kali dibandingkan dengan mereka yang yang tidak aktif walaupun
tahap kecergasan adalah sama. Menurut Coleman (1983) dalam kajiannya

mendapati bahawa pelajar sekolah tinggi menghargai aktiviti kokurikulum lebih
daripada kerja akademik yang mereka buat. Beliau berkata fenomena ini boleh
membawa kepada kesan negatif pada pencapaian akademik pelajar.
Walaubagaimanapun, menurut kajian yang telah dijalankan oleh Rajni Kumari,
(2012) pelajar yang mempunyai tekanan yang tinggi kadang kala memperolehi
keputusan lebih baik berbanding dengan pelajar yang kurang menerima tekanan.
Hal ini disebabkan pelajar yang mempunyai tekanan yang lebih tinggi adalah
lebih efektif dan lebih cenderung untuk meningkatkan diri daripada kurang baik
kepada yang lebih baik.
Justeru itu kajian ini ingin mengenal pasti tahap tekanan pelajar dalam
menjalani latihan ketenteraan di samping ingin mengetahui hubungan di
antara tahap tekanan dengan pencapaiaan akademik pelajar. Hal ini dapat
mengubah persepsi masyarakat terhadap keupayaan pelajar yang terlibat secara
aktif dalam kokurikulum ini.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
1. Menentukan hubungan antara tahap tekanan dan pencapaian
akademik pelajar PALAPES
Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian yang diperoleh daripada hasil kajian dapat membuka

mata semua pihak agar lebih peka dan mengetahui kepentingan melibatkan
diri dalam aktiviti kokurikulum khususnya ibu bapa, pelajar dan seterusnya
masyarakat umum. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi segelintir
masyarakat terhadap PALAPES itu sendiri dan bagaimana pentingnya
kokurikulum ini demi masa depan pelajar.
Kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tentang latihan ketenteraan yang
di lalui oleh pelajar selama 3 tahun berkhidmat dan berkecimpung dalam
PALAPES. Dapatan kajian diharap dapat membantu mengalakkan penglibatan
mahasiswa dalam PALAPES dan juga dapat membantu organisasi PALAPES itu
sendiri supaya lebih peka dan prihatin terhadap pegawai kadet dengan
aktiviti dan latihan yang dilakukan supaya segala aktiviti yang di anjurkan agar

5

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2015 (INSAN2015)
Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, 19 – 20 Oktober 2015

tidak mendatangkan bebanan dan tekanan terhadap pelajar dalam masa yang
sama sebagai pegawai kadet.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan.
Kajian inin menggunakan borang soal selidik bagi melihat hubungan di antara
tekanan dan tahap pencapaian akademik pelajar yang melibatkan diri dengan
badan beruniform. Kajian berbentuk tinjuaan akan dilaksanakan di mana
pengkaji menggunakan satu set borang soal selidik yang dijawab sendiri oleh
responden sebagai alat utama bagi mengumpul maklumat tekanan dan
hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar PALAPES Universiti.
Borang soal selidik yang digunakan disesuaikan dan disusun supaya mudah
difahami oleh responden bagi mencapai objektif kajian. Kaedah ini digunakan
untuk mengumpul data dari sampel yang kecil untuk membuat generalisasi
kepada populasi yang lebih besar.
Sampel dan Populasi
Populasi kajian ini adalah melibatkan semua pelajar tahun akhir bagi
kedua-dua pasukan iaitu PALAPES Darat dan PALAPES Udara di UNIMAS.
Sampel yang akan pengkaji gunakan adalah pelajar Pasukan Latihan Pegawai
Simpanan (PALAPES) Universiti Malaysia Sarawak. Seramai 124 pelajar tahun
akhir terlibat di dalam kajian ini. Responden adalah terdiri daripada latar
belakang fakulti yang berbeza. Antara fakulti yang melibatkan diri dalam
organisasi PALAPES ialah Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif, Fakulti Sains
Kognitif dan Pembangunan Manusia, Fakulti Ekonomi Dan perniagaan, Fakulti
Sains Sosial, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber dan
Fakulti Teknologi Maklumat.
Instrumen Kajian
Instrumentasi dalam kajian ini adalah dalam bentuk borang soal selidik
untuk melihat hubungan diantara tahap tekanan dan pencapaian akademik dalam
kalangan pelajar PALAPES dan melihat perbezaan stres dalam kalangan pelajar
perempuan dan lelaki. Borang soal selidik ini telah diubahsuai daripada
Coursework Stress in University Students (CSUS) yang dibentuk oleh AnnMarie Roy (2003). Borang soal selidik di dalam kajian ini mempunyai 36 item.
Pengkaji hanya mengubaisuai ke dalam Bahasa Melayu di dalam borang soal
selidik ini bagi memudahkan pemahaman responden terhadap item-item yang
dikemukakan. Borang soal selidik yang digunakan mengandungi empat bahagian
utama iaitu Bahagian A berkaitan maklumat diri dan pencapaian akademik,
Bahagian B mengenai maklumat kokurikulum, Bahagian C penilaian
tekanan dalam menjalani latihan PALAPES, Bahagian D mengenai hubungan
tahap tekanan terhadap akademik dalam menjalani latihan PALAPES.Ujian

6

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2015 (INSAN2015)
Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, 19 – 20 Oktober 2015

realibiliti alat pengukur ini adalah pada nilai Alpha Cronbach 0.84 (Kajian
Rintis).
Kesemua data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis mengunakan
perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) bagi tujuan analisis
deskriptif (peratus dan bilangan), manakala bagi menentukan hubungan antara
stres dan pencapaian akademik, analisis bivariate menggunakan korelasi Pearson
telah digunakan.
DAPATAN KAJIAN
Latar Belakang Responden
Jadual 1 menunjukan taburan responden kajian berdasarkan jantina, pasukan
PALAPES serta faktor penglibatan. Dapatan kajian mendapati nisbah responden
berdasarkan jantina ialah 3:2 (perempuan: lelaki). Majoriti 70.2% pelajar
melibatkan diri dalam PALAPES udara manakala selebihnya dalam PALAPES
Darat. Semasa tinjauan, majoriti responden menyertai Palapes adalah kerana
minat, seramai 72 orang dengan peratusan sebanyak 58.1% di ikuti dengan faktor
pengaruh rakan dan ibu bapa iaitu seramai 26 orang dengan peratusan sebanyak
21%. Faktor secara tidak sengaja hanya mencatat responden sebanyak 13 orang
dengan 10.5%. Manakala faktor lain-lain seramai 12 orang. Manakala pegawai
kadet yang terlibat secara paksaan hanya mewakili 1 orang dengan peratusan
sebanyak 0.8%.

Jadual 1 Latar belakang responden
Bilangan
Jantina
Pasukan PALAPES
Faktor Penglibatan

Perempuan
Lelaki
Udara
Darat
Minat
Pengaruh Rakan/Ibu
Bapa
Paksaan
Secara tidak sengaja
Lain-lain

74
50
87
37
72
26

Peratusan
(%)
59.7
40.3
70.2
29.8
58.1
21.0

1
13
12

0.8
10.5
9.7

Pencapaian Akademik Pelajar
Jadual 2 menunjukkan taburan responden mengikut pencapaian akademik
para pegawai kadet PALAPES. Terdapat 3 responden (2.4%) yang merupakan
pelajar yang mendapat keputusan cemerlang iaitu kepujian dekan bagi

7

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2015 (INSAN2015)
Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, 19 – 20 Oktober 2015

keputusan keseluruhannya. Manakala kelompok keputusan akademik PNGK di
antara 2.50 hingga 2.99 yang mencatat responden yang paling ramai iaitu
seramai 61 orang (49.2%) diikuti keputusan 3.00 hingga 3.49 yang mencatat
seramai 36 orang (29.0%), PNGK 2.00 hingga 2.49 yang hanya mencatat 23
orang iaitu 18.5% daripada keseluruhan responden. Tidak ketinggalan juga
pegawai kadet PALAPES yang memperoleh keputusan bersyarat iaitu1.99 dan
kebawah yang membawa peratus sebanyak 0.8% sahaja.
Jadual 2 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Akademik
Purata Timbunan (PNGK)
3.75-4.00
3.50-3.74
3.00-3.49
2.50-2.99
2.00-2.49
1.99 dan kebawah

Frekuensi (orang)
3
0
36
61
23
1

Peratusan (%)
2.4
0
29.0
49.2
18.5
0.8

Hubungan Antara Tekanan Dan Pencapaian Akademik
Jadual 3 menunjukan keputusan analisis korelasi Pearson di antara tahap
tekanan dan pencapaian akademik pelajar PALAPES. Berdasarkan analisis ini,
terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara tahap tekanan dengan
pencapaian akademik pelajar khususnya pelajar yang melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum ini ( r = 0.241 , p = 0.007). Implikasinya, semakin tinggi
tahap tekanan pelajar, make semakin baik keputusan akademik yang diperolehi.
Walau bagaimanapun, perkaitan hubungan korelasi yang ditunjukkan adalah
rendah sebagaimanan tafsiran perkaitan yang dikemukan oleh Chua (2006).
Menurutnya, nilai ‘r’ yang berada dalam lingkungan 0.10 hingga 0.29
diinterpretasikan sebagai mempunyai perkaitan yang rendah.
Jadual 3: Korelasi antara tahap tekanan dan pencapaian akademik
Pembolehubah

Korelasi, r

Nilai p

Faktor tahap tekanan
0.241
Nota -Signifikan pada aras p < 0.05

0.007

Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Mohd Rizal
(2009), hubungan stres atau tekanan dengan faktor persekitaran terhadap
pencapaian akademik. Malah kajian dari Ooi Yoon Phaik (2002) bertujuan
mengetahui punca stres di kalangan pelajar Ijazah Sains dan kesannya terhadap
pencapaiaan akademik juga mendapati terdapat hubungan yang positif diantara
hubungan stres faktor pesekitaran dengan pencapaian akademik pelajar dalam
fakulti tersebut.

8

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2015 (INSAN2015)
Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, 19 – 20 Oktober 2015

Namun begitu, hasil kajian ini bertentangan dengan kajian yang lain seperti,
kajian yang dilakukan oleh Chai Ming Sing (2004) yang mendapati terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap tekanan dengan pencapaian akademik
para pelajar. Kajian mereka menunjukkan bahawa tekanan membawa kepada
kesan negatif kepada pencapaian akademik pelajar yang mendatangkan
ketidakcemerlangan dalam akademik pelajar. Hal ini kerana mereka yang
tertekan tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran yang disampaikan oleh
pensyarah disamping gagal untuk mengulangkaji pelajaran apabila tertekan
dan mengalami kemurungan yang berpanjangan.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa kegiatan pelajar
dalam aktiviti ko korikulum bukan hanya dapat membentuk insan yang
mempunyai kemahiran kepimpinan, berdisiplin serta sihat jasmani malah dengan
keterlibatan mereka dalam aktivit badan beruniform seperti PALAPES dapat
memberikan impak yang positif kepada akademik mereka juga.
Dapatan daripada kajian ini menunjukan terdapat hubungan yang positif di
antara tahap tekanan dengan pencapaian akademik pelajar walaupun
mempunyai perkaitan yang rendah. Ini mungkin disebabkan pelajar PALAPES
mempunyai minat yang mendalam menyertai PALAPES dan tidak merasai
bebanan dengan aktiviti-aktiviti PALAPES yang dijalankan. Selain itu menyertai
PALAPES bukan satu paksaan tetapi penyertaan tersebut adalah dengan
kerelaan hati mereka sendiri (Minat dan pengaruh ibu bapa). Di samping itu,
latihan- latihan yang disediakan oleh pihak PALAPES, dilakukkan dengan
sewajarnya supaya dapat membantu untuk menghilangkan tekanan yang
dihadapi selama lima hari menjalankan kehidupan sebagai seorang pelajar yang
sentiasa bergelut dengan tugasan dan kuliah yang disampaikan oleh
pensyarah. Pihak PALAPES ada juga menyediakan aktiviti diluar kampus bagi
membantu para pelajar atau pegawai kadet menghilangkan tekanan dengan
aktiviti yang menarik seperti hari keluarga, bersukan dan melihat alam sekitar
disekitar Taman Negara yang berhampiran. Hal ini sedikit sebanyak mampu
mengurangkan tekanan pelajar yang selalu sibuk dengan kuliah dan latihan
yang diberikan oleh pensyarah.
Oleh itu, pihak PALAPES perlu lebih prihatin dan peka terhadap tahap
tekanan yang dihadapi oleh pegawai kadet (pelajar) supaya aktiviti yang
dijalankan semasa minggu latihan tidak dirasakan sesuatu beban yang perlu
dipikul oleh seorang pelajar malah memberi manafaat yang tidak terhingga.
Malah pihak univeristi sendiri dicadangkan berganding bahu dengan organisasi
PALAPES itu sendiri agar dapat mempromosikan PALAPES kepada semua
pelajar agar mereka tahu dan dapat menceburi diri dengan aktiviti yang
dilakukan. Justeru pentadbir Universiti sewajarnya bekerjasama dengan unit
sukan dan kokurikulum untuk membantu para pelajar agar menceburi diri dan
mengubah persepsi segelintir masyarakat dan pelajar itu sendiri agar mengetahui

9

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2015 (INSAN2015)
Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, 19 – 20 Oktober 2015

pelajar yang aktif dalam kokurikulum tidak mendatangkan kesan kepada
pelajaran malah mampu meningkatkan kecermerlangan dalam akademik pelajar
itu sendiri.
Keseluruhannya aktiviti kokurikulum seperti PALAPES ini walaupun
memberikan tekanan kepada pelajar yang terlibat, ianya juga mampu membantu
para pelajar kearah yang lebih baik dari segi pengurusan dan disiplin diri. Selain
itu jika stress atau tekanan dapat dikawal dengan baik dan teratur, ia akan
dapat membantu individu yang terlibat itu menjadi lebih baik, cemerlang dan
bertanggungjawab di atas sesuatu kerja yang diberikan.

RUJUKAN
Aminudin Abdul Rahman. 2004. Penglibatan Pelajar Secara Aktif dalam Aktiviti
Ko-kurikulum dan Kesannya ke Atas Pencapaian Akademik. Tesis
Sarjana Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Ann-Marie Roy Coursework stress study (2003). Available from
http://www.gerardkeegan.co.uk/tsp/ arm_project_2.pdf
Chai Ming Sing, M. F. (2004). Level Of Psychological Stress Among College
Student in Malaysia Kertas Kerja Seminar Kaunseling. Universiti Utara
Malaysia.
Chua Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik
Penyelidikan. Malaysia: McGraw-Hill.
Coleman, J. (1983). The Adolescent Society . New York: Free Press of Glencoa.
Kamus Dewan (2005)
Kohn, J. P., and Frazer, G. H. (1986). An academic stress scale: Identification and
rated importance of academic stressors. Psychological Reports, 59: 415426.
Kumari R., & Garita R. (2012). Relationship between stress and academic
achievement in senior secondary school students. Asian J
Multidimensional Research, 1(3):76-82.
MacGeorge, E. L., Samter, W., & Gillihan, S. J. (2005). Academic stress,
supportive communication, and health. Communication Education, 54,
365-372.
Mazni Mustapha, Mohammad Haji-Yusuf dan Sapora Sipon. (2004). Wanita dan
stres: Satu kajian ke atas sampel remaja. Proceedings of the National
Stress Conference, 23 dan 24 Ogos, Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu,
143-151
McNamara, S. (2000). Stress in young people: What’s new and what can we do?
New York: Continuum
Mohd Rizal Mohd Sham.(2009). Stres dan hubungannya dengan faktor
persekitaran terhadap pencapaian akademik.Universiti Malaysia Sabah.
Mucowski, R. J. (1984). Some common problems of new students and sources
of help. Journal of College Student Personnel. 26,(6), 550-551

10

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2015 (INSAN2015)
Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, 19 – 20 Oktober 2015

Ooi, Yoon Phaik, (2002). “Stress and Anxiety among Engineering Students and
Non-Engineering Students at UTM.” UTM : Tesis Sarjana
Seyle, H. (1963). The Stress of Life. New York: McGraw Hill Book Co.
Seyle, H. (1976). Stress Health and Disease. Butterworth: Reading Material.
PENGHARGAAN
Penulis amat menghargai kerjasama diberikan oleh para pelajar dan kadet muda
UNIMAS yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan penyelidikan
ini. Penulis juga berterima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh Universiti
Malaysia Sarawak.

11