SISTEM EJAAN JAWI YANG DIKEMASKINI OLEH

SISTEM EJAAN JAWI YANG DIKEMASKINI OLEH DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA: SATU TINJAUAN
Oleh
Sabariah Binti Haji Bahrun
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah
Emel: fatimahanim@yahoo.com

Abstrak
Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, majoriti penduduk terdiri
daripada golongan buta huruf dan tidak mempunyai tulisan sendiri. Sejak
penyebaran agama Islam, tulisan Arab diperkenalkan dan akhirnya telah
diterima sebagai tulisan umat Islam. Bagi bangsa yang belum memiliki
tulisan sendiri seperti bangsa Melayu, mereka telah mengambil seratus
peratus tulisan Arab menjadi tulisan jawi. Bahkan tulisan ini juga adalah
sebahagian daripada warisan kebudayaan Melayu Lama. Sebelum
penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, tulisan jawi menjadi tulisan rasmi
dan sehingga kini ia telah mengalami pelbagai peringkat proses
perubahan. Terkini, tulisan jawi telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka. Kajian ini adalah berbentuk ujian bertulis bertujuan untuk
menguji prestasi pelajar menulis jawi. Seramai 58 orang pelajar opsyen

Pendidikan Islam IPG Kampus Kent telah terlibat dalam kajian ini. Data
kuantitatif yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan SPSS.
Selain membincangkan dapatan kajian, penulis turut menghalusi
permasalahan mata pelajaran Jawi ejaan terkini seterusnya beberapa
cadangan turut diketengahkan.

PENDAHULUAN

Perkembangan Penggunaan Tulisan Jawi Dalam Sistem Pendidikan Islam
Tulisan jawi adalah antara tulisan yang terawal ditemui di Nusantara. Tulisan ini telah
berkembang sejak zaman kerajaan Islam Pasai sekitar kurun ke 13Masihi (Syed

1

Muhammad Naquib al-Attas, 1969). Penemuan Batu Bersurat di Terengganu yang
bertarikh 1303 Masihi membuktikan tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih awal
berbanding tulisan rumi yang hanya ditemui sekitar abad ke 19. Begitu juga, penemuan
batu nisan yang bertulis angka dalam bahasa Arab di Kedah pada 651 Masihi, dan wang
dinar di Kelantan pada 1181 Masihi (Hasyim Musa, 1997).


Dengan kedatangan Islam, bukan sahaja agama dan kepercayaan masyarakat di
Kepulauan Melayu berubah, tetapi aspek-aspek budaya yang lain turut berubah. Syed
Muhammad Naquib al-Attas berkata bahasa Melayu juga mengalami proses pengislaman.
Di samping penggayaan istilah dengan kemasukan istilah Arab dan Parsi Islam, bahasa
Melayu juga menjadi alat perantaraan penyampaian dan pengajaran Islam di seluruh
Kepulauan Melayu, termasuk Thailand Selatan dan Kampuchea.

Akibat daripada proses pengislaman ini, penggunaan dan adaptasi skrip Arab telah
menjadi skrip jawi untuk mengeja Bahasa Melayu. Oleh disebabkan itu, tulisan jawi telah
menjadi tulisan orang Melayu sehingga sekarang, meskipun telah melalui pelbagai tahap
perubahan sistem ejaan dan pasang surut penggunaannya dalam penulisan di alam
Melayu amnya dan Malaysia khasnya.

2

Pernyataan masalah

Berdasarkan kepada beberapa fakta sejarah, tulisan jawi telah memainkan peranan
penting di rantau Kepulauan Melayu. Dalam proses penyebaran pendidikan agama Islam,
tulisan jawilah yang banyak memainkan peranan utama sebagai alat tulisan Melayu-Islam

yang pertama dalam masyarakat Melayu. Ia juga menjadi sebagai penghubung bagi
kesatuan Islam di seluruh rantau Melayu.

Tulisan jawi berfungsi sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat
istiadat, perjanjian-perjanjian antara raja Melayu dan pihak berkuasa Portugis, Belanda
dan Inggeris. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 juga ditulis dalam tulisan Jawi.
Perkembangan tulisan ini juga telah mengalami jatuh bangunnya sendiri. Keadaan ini
lahir dari sikap kita sendiri terhadap warisan bangsa.

Pada tahun 1954, sebuah

jawatankuasa penyiasat tulisan Jawi-Rumi dalam Kongres Persuratan Melayu se-Malaya
Kedua di Seremban, telah membandingkan sistem ejaan tulisan Jawi dan Rumi. Hasil
daripada penyiasatan itu maka disimpulkan dalam Memorondum Mengenai Tulisan Rumi
untuk Bahasa Melayu 1954, sebelas kelebihan tulisan Rumi berbanding dengan 12
kelemahan tulisan Jawi. Hasilnya, Angkatan Sasterawan 50 telah mengesyorkan:

Sudah sepatutnya tulisan Rumi di rasmikan bagi persuratan Melayu
dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa akan
menentukannya.


3

Seterusnya Penyata Razak tahun 1956 menyatakan:

Kami telah menimbangkan dengan halus berkenaan perkara menggunakan
tulisan rumi atau jawi dalam bahasa kebangsaan itu dan cadangan
digunakan tulisan rumi dengan syarat diadakan pelajaran jawi bagi muridmurid Islam.
Begitu juga Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menyatakan:
Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi dengan syarat bahasa
itu tidak melarang penggunaan tulisan melayu yang lebih dikenal dengan
tulisan jawi bagi bahasa kebangsaan.

Demikianlah senario terpinggirnya tulisan jawi yang telah digunakan sejak beratus-ratus
tahun di Malaysia termasuk di sekolah-sekolah. Bila diteliti sejarah dunia, lanjutan
daripada perang salib telah menyebabkan kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam di Eropah.
Rentetan itu berlaku kejatuhan kerajaan Turki dan seterusnya kejatuhan kerajaan Melayu
dan berlakunya penjajahan Barat di Indonesia dan Tanah Melayu dan memberi kesan
terhadap terpinggirnya penggunaan tulisan jawi sekitar tahun 40-an dan 50-an. Semasa
Tanah Melayu berada di dalam kuasa penjajah Barat, kedudukan tulisan jawi kian

tergugat. Pada tahun 1950an, tulisan rumi pula mengambil tempat terutama dalam
persuratan Melayu (Shukri Zain, 1988). Banyak bahan penulisan telah disalurkan kepada
masyarakat melalui penonjolan tulisan rumi. Akhirnya, tulisan jawi menjadi tulisan yang
kurang popular kerana keistimewaan tulisan rumi yang amat berpengaruh dalam
masyarakat. Pengabaian ini bukan sahaja berlaku di kalangan masyarakat Melayu Islam
di Malaysia, bahkan turut dialami juga di kalangan masyarakat Melayu Islam di negara
sekitar seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

4

Meskipun tulisan Jawi masih kekal diajar kepada murid-murid dalam pelajaran Agama
Islam, kemerosotan prestasi murid-murid dalam membaca dan menulis Jawi semakin
ketara. Hal ini mungkin disebabkan tempoh masa pelajaran Jawi di sekolah yang agak
terhad dan meluasnya penggunaan tulisan Rumi dalam pelbagai aktiviti dalam kalangan
masyarakat.

Dalam masa yang sama penggunaan tulisan Jawi sudah tidak

memberangsangkan dan kurang ditekankan dalam masyarakat dan negara.


Kajian ini dilakukan bagi menyingkap kembali akan kepentingan tulisan jawi dalam
masyarakat Melayu Islam, terutamanya dari segi mengenal al-Quran dan Sunnah
sekaligus agama Islam itu sendiri. Di samping itu juga, penyelidik ingin memberi
kesedaran kepada masyarakat Melayu amnya bahawa tulisan jawi merupakan tulisan asal
bagi bahasa dan bangsa Melayu sebelum ini. Di Malaysia, bangsa Melayu amat sinonim
dengan Islam (Perlembagaan Persekutuan). Tulisan jawilah yang menjadi jambatan ilmu
untuk memudahkan penyebaran agama Islam di kalangan masyarakat Melayu dahulu.
Bahkan sesetengah masyarakat menganggap bahawa mengenal tulisan jawi samalah juga
mengenal tulisan al-Quran (Faridah mohamed, 1997).

Dalam usaha meningkatkan kembali penggunaan tulisan jawi dalam kalangan
masyarakat, masyarakat patut didedahkan tentang keperluan mempelajari tulisan tersebut
berasaskan kepentingan dan kelebihannya. Menurut Faridah (1997), di antara
kepentingan dan kelebihan tulisan jawi kepada masyarakat ialah;

a. Memudahkan pembelajaran al-Quran
b. Memudahkan penghayatan ilmu pengetahuan Islam.
c. Mendekatkan kepada agama Islam

5


d. Memelihara keaslian perkataan Arab dalam bahasa Melayu.

OBEJEKTIF UMUM

Secara umumnya, kajian ini bertujuan meninjau prestasi pelajar dalam menulis sistem
ejaan jawi terkini yang telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus, objektif kajian ini ialah untuk:
1. Meninjau prestasi pelajar menulis jawi ejaan terkini
2. Mengenal pasti aspek-aspek kelemahan pelajar dalam ejaan terkini
3. Mengenal pasti permasalahan dalam penggunaan ejaan jawi terkini

Tinjauan Literatur

Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengemas kini tulisan jawi dari masa ke semasa demi
untuk memartabatkan kembali tulisan ini. Beberapa buah kamus Jawi telah disusun dan
dicetak iaitu pada tahun 2001 dan 2004. Terkini, kamus Daftar Kata Bahasa Melayu

(Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi Kedua (2008) telah diterbitkan dengan mengetengahkan lima
kaedah utama ejaan jawi iaitu ejaan lazim, ejaan tradisi, ejaan mengikut hukum, ejaan
lampau hukum dan ejaan pinjaman serta serapan. Kaedah pelengkap ejaan juga

6

diketengahkan dalam kamus ini seperti ejaan gelinciran, penggunaan huruf hamzah dan
ejaan imbuhan.

Kajian tentang prestasi tulisan jawi telah banyak dijalankan. Boleh dikatakan bahawa
kebanyakan hasil dapatan kajian berkenaan menunjukkan bahawa penguasaan tulisan
jawi dalam kalangan murid Islam masih berada pada tahap sederhana dan lemah.
Misalnya, kajian Abdul Halim Tamuri et al (2004) dalam kajiannya tentang keberkesanan
kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar
mendapati bahawa, tahap penguasaan tulisan jawi murid adalah sederhana (67.8%).
Begitu juga kajian Nik Hassan (2006) terhadap pelajar tingkatan empat di empat buah
sekolah daerah Tuaran, Sabah mendapati bahawa skor min pelajar adalah 2.26. Ini
disokong oleh kajian Asmawati Suhid et al (2008) mendapati tahap penguasaan murid
membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata tertutup adalah 49.2%,
membaca dan menulis perkataan mudah daripada suka kata tertutup adalah 57.9% dalan

jawi. Manakala kajian Sabariah (2011) mengetengahkan tentang perestasi menulis jawi
265 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran jawi (dalam pelajaran Bahasa Melayu
dan Pendidikan Islam) di IPG Kampus Kent adalah sebanyak 57.2% memperoleh gred C
dan D. Justeru penyelidik menganggap prestasi dan tahap penguasaan pelajar dalam
tulisan jawi masih perlu dikaji dan diberi perhatian.

7

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif iaitu secara ujian bertulis. Ia bertujuan
untuk mendapatkan data kuantitatif tentang prestasi pelajar opsyen Pendidikan Islam
Kampus Kent menulis jawi menurut sistem ejaan terkini. Penyelidik menggunakan metod
convinience sampling iaitu penyelidik memilih kumpulan pelajar Kampus Kent sebagai sampel
kajian.

Penulis akan membuat satu generalisasi berkaitan populasi ini. Thomas, J. Sullivan

(1992) menyatakan, “sample is a number of elements from a larger population of elements.”
Namun, dalam kajian ini penyelidik akan mengambil kesemua 58 orang menjadi sampel kajian.

Menurut Krejcie et al. (1970) sekiranya jumlah populasi 60 orang, sampel yang sesuai adalah 52
orang. Oleh itu jumlah sampel penyelidik adalah menepati saranan tersebut.

Kesahan instrumen kajian dilakukan dengan melantik sebuah panel terdiri daripada dua
orang pakar daripada universiti tempatan untuk menilai dari segi format dan kejelasan
maksud yang komprehensif tentang isi kandungan item yang dibentuk. Data yang
diperoleh telah dianalisis dengan mengaplikasi kaedah statistikal bagi mendapatkan
maklumat yang dikehendaki dengan menggunakan program Statistical Package For The
Social Science (SPSS).

8

DAPATAN KAJIAN

Prestasi Pelajar Menulis Jawi Ejaan Terkini
Bagi mengenal pasti prestasi pelajar menulis jawi, mereka telah diberi ujian bertulis
untuk menguji tahap penguasaan mereka. Prestasi mereka dapat dilihat dalam Jadual 1.
Jadual 1: Prestasi Pelajar Menulis Ejaan Jawi Terkini
Julat Markah
90 - 100

80 - 89.9
75 – 79.9
70 – 74.9
65 – 69.9
60 – 64.9
55 – 59.9
50 – 54.9
40 – 49.9
30 – 39.9
20 – 29.9
0 – 19.9

Gred
A+
A
AB+
B
BC+
C
CD+
D
F

f
0
1
2
0
3
11
16
10
12
3
0
0

%
0
1.7
3.4
0
5.2
19.0
28.0
17.2
21.0
5.2
0
0

N = 58

Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, prestasi murid tidak seimbang
dalam setiap gred. Sebanyak tiga orang (5.2%) sahaja mencapai gred A dalam ujian
menulis jawi, 14 orang (24.2%) mendapat gred B dan 38 orang (66.2%) mendapat gred
C. Analisa dapatan turut mendapati 3 orang pelajar mendapat gred D (5.2%).

9

Aspek-aspek Kelemahan Pelajar Dalam Ejaan Terkini
Pelajar telah diberi ujian menulis jawi. Dapatan menunjukkan bahawa secara
keseluruhannya, pelajar mencapai prestasi sederhana dan lemah dalam aspek kaedah
ejaan jawi terkini. Maklumat terperinci tentang hal ini ditunjukkan dalam Jadual 2.
Jadual 2: Aspek-aspek kelemahan pelajar dalam ejaan terkini
Kaedah
Ejaan
Lazim

Kaedah
Ejaan
Tradisi

Kaedah
Ejaan Ikut
Hukum

Kaedah
Ejaan
Lampau
Hukum

Ujian
Menulis

Kaedah
Ejaan
Pinjaman

f

%

f

%

f

%

f

%

f

%

Betul

46

79.3

44

75.8

37

64.0

19

32.8

38

65.5

Salah

12

20.7

14

24.1

21

36.2

39

67.2

20

34.5

N = 58

Analisa Jadual 2 menunjukkan sebanyak 46 orang (79.3%) menulis dengan betul kaedah
ejaan lazim, 44 orang (75.8%) menulis dengan betul kaedah ejaan tradisi dan 37 orang
(64.0%) dapat menulis dengan betul kaedah ejaan mengikut hukum. Analisa dapatan juga
mendapati kelemahan pelajar menulis dengan betul ejaan lampau hukum iaitu 19 orang
(32.8%).

Permasalahan Dalam Penggunaan Ejaan Jawi Terkini
Sepanjang kajian ini dijalankan, penyelidik menemui beberapa permasalahan dalam
penggunaan ejaan jawi terkini yang telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pertama, meskipun Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengemaskini ejaan jawi dari
semasa ke semasa selama belasan tahun, pendedahan sistem ejaan ini kurang diketahui

10

oleh kebanyakan guru dan pelajar. Malahan golongan guru agama sendiri merasa agak
asing dengan sistem ejaan terbaru ini sehingga menimbulkan masalah dalam proses
pengajaran mereka di sekolah. Kedua, terdapat kalangan guru dan pelajar
mempertikaikan kaedah sistem ejaan baru kerana kesukaran penggunaannya. Mereka
lebih selesa menggunakan ejaan lama yang telah sebati sekian lama dalam penulisan.
Ketiga, kurangnya kursus dan pendedahan sistem ejaan jawi baru dalam kalangan guru
dan pelajar.

Pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan sebagainya hanya

mengendalikan kursus ejaan jawi pada peringkat permulaan sekitar tahun 2005 dan 2006
sahaja. Terkini, amat jarang kursus sebegini diadakan di jabatan-jabatan, sekolah-sekolah
dan institut pengajian. Keempat, penggunaan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat
dan negara semakin hambar. Jarang kelihatan iklan-iklan, surat khabar, surat-menyurat,
papan tanda dan sebagainya yang menggunakan tulisan jawi. Jika adapun, kaedah ejaan
lama yang digunakan.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Berdasarkan pembentangan dapatan kajian di atas, secara umumnya boleh dikatakan
bahawa prestasi pelajar menulis ejaan jawi terkini adalah berada pada tahap sederhana
dan lemah. Sebahagian besar pelajar telah mendapat gred C. Dapatan ini selari dengan
kajian Abdul Halim Tamuri et al. (2004) dan Asmawati Suhid et al. (2008) yang
mendapati kemahiran murid menulis adalah pada tahap kurang memuaskan. Prestasi ini

11

agak membimbangkan walaupun pelajar-pelajar ini boleh dianggap mahir dalam menulis
jawi kerana latar belakang pendidikan sekolah agama.

Memandangkan tahap prestasi pelajar pada aspek-aspek kaedah ejaan tertentu adalah
lemah, maka perlu diberi perhatian aspek-aspek tersebut. Pelajar paling kurang
kemahiran menulis dengan betul ejaan lampau hukum iaitu 19 orang (32.8%) sahaja.
Dapatan ini selari dengan kajian Nik Hassan (2006) yang mendapati skor min pelajar
adalah 2.26 sahaja. Begitu juga kaedah ejaan serapan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
ada kalanya sukar dikuasai bagi sesetengah perkataan.

Berdasarkan perbincangan ini, maka beberapa cadangan boleh diutarakan. Pertama,
ejaan jawi terkini yang telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlu
didedahkan kepada masyarakat umumnya, dan golongan guru dan pelajar khususnya.
Kelas, kursus dan latihan perlu diperhebatkan ke semua peringkat di samping
pemantauan dan penambahbaikan yang berterusan.

Kedua, semua guru Pendidikan

Islam dan guru Bahasa Melayu perlu diberi pendedahan yang lebih kepada sistem ejaan
yang terkini ini agar mereka boleh mengajar pelajar dengan betul dan yakin. Peranan
media massa perlu diperhebatkan dan peruntukan kewangan yang mencukupi hendaklah
diberikan agar aktiviti-aktiviti memartabatkan tulisan jawi dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Ketiga, perhatian yang serius perlu diberikan terhadap sistem kaedah ejaan
yang agak menyukarkan untuk dikuasai. Kajian ini mendapati kaedah lampau hukum
agak mengelirukan. Kaedah ini memerlukan seseorang menguasai perbendaharaan
Bahasa Melayu dengan baik. Sebagai contoh terdapat perkataan hantar dan hentar,

12

kampung dan kempung, lantik dan lentik dan lain-lain. Begitu juga beberapa ejaan
perkataan pinjaman dan serapan sama ada bahasa Arab atau bahasa Inggeris masih sukar
untuk dikuasai. Penyelidik merasa bimbang sekiranya kurangnya penguasaan terhadap
ejaan baru, akan melunturkan minat masyarakat terhadap tulisan jawi. Akhirnya, namun
yang utama, penggunaan tulisan jawi perlu diperluaskan dalam masyarakat dan negara.
Iklan-iklan, papan kenyataan, tanda jalan, papan tanda, nama bangunan, kedai dan
sebagainya hendaklah menggunakan tulisan jawi. Urusan surat menyurat rasmi sebaiknya
menggunakan tulisan jawi meskipun tidak secara keseluruhan. Penggunaan tulisan jawi
perlu mendapat sokongan dari semua pihak bagi memastikan ia benar-benar berjaya dan
mencapai objektif yang diharapkan. Tulisan jawi adalah warisan bangsa dan agama,
yang mana roh dan syiar Islam jelas kelihatan dengan tersebarnya tulisan jawi.

KESIMPULAN

Sistem ejaan jawi yang dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah bertujuan
untuk memartabatkan kembali tulisan ini agar ianya lebih kemas dan sistematik. Namun
secara umumnya masyarakat Malaysia, dan khususnya umat Islam masih belum dapat
menguasai ejaan terkini ini dengan sebaik mungkin. Penggunaan tulisan jawi terkini perlu
disemarakkan lagi di samping usaha-usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran
masyarakat terhadap sistem ini. Para pensyarah, guru dan pelajar perlu diberi pendedahan
dan kursus-kursus yang berterusan agar hasrat memartabatkan sistem ejaan terkini dapat
dicapai. Sekiranya masyarakat lebih terdedah dan dapat menguasai sistem ejaan jawi,
minat dan motivasi terhadap tulisan ini akan dapat dipertahankan dan diperkasakan.

13

Seterusnya, satu kajian lanjutan juga perlu dijalankan bagi mengenal pasti tahap prestasi
dan masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan guru terhadap sistem ejaan jawi yang
dikemaskini.

Rujukan

Abdul Halim Tamuri et al. (2004). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan JAPIM.
Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2008). Model Kelas Pemulihan Jawi:
Satu Penilaian Umum. Kertas Kerja Seminar JPPG.
Faridah binti Mohamed (1997). Bahasa al-Quran dan Hubungannya dengan Tulisan Jawi:
Suatu Kajian Terhadap Pelaksanaan Tulisan Jawi Di Sekolah-Sekolah Kota Baru
Kelantan. Tesis Ijazah Sarjana Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya.
Hashim Musa (1997), Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kang Kyoung Seock (1990). Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970), Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30 (3).
Nik Hassan Bin Seman (2006), “Pengaruh Motivasi dan Gaya Pembelajaran Pelajar
Terhadap Kemahiran Menulis Jawi” (Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Sekolah
Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah).
Rusli bin Abdul Ghani et al (2008), Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi)
Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sabariah Binti Bahrun (2011), Perkembangan Tulisan Jawi di Malaysia. Prosiding
Konferensi Antarabangsa Islam Borneo, Universiti Mulawarman, Indonesia.
Shukri Zain (1988). Sumbangsih. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

14

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1969), Preliminary Statement on a General Theory of
The Islamization of the Malay Archipelago. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Thomas, J. Sullivan (1992), Applied Sociology Research and Critical Thinking. New
York: Macmillan Publishing Company.

15