Pengukuran masa perjalanan dalam menentu

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Perindustrian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta
tanah di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor
perindustrian dapat meningkatkan kemampuan pencapaiannya bagi pembangunan
negara (Aniza, 2001). Perkembangan pembangunan sektor industri menjadi
penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Perletakan kawasan perindustrian adalah penting kerana lokasinya akan
memberi kesan kepada pembangunan lain di persekitarannya. Pembinaan kilangkilang dan gudang-gudang memerlukan kawasan yang strategik dan sesuai di mana
lokasinya mudah diakses oleh organisasi atau firma yang memerlukan hasil daripada
pengoperasian pembangunan tersebut.

Organisasi atau firma memerlukan pengeluaran yang baik daripada kilang
dan gudang yang menghasilkan dan membekalkan sesuatu produk harta tanah. Oleh

itu, kedudukan industri yang sesuai dengan lokasinya akan memberi kesan kepada
firma khususnya kesan ke atas kos dan untung firma tersebut.

2

1.2

Latar Belakang Masalah

Pembangunan industri yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan masih
terdapat beberapa masalah terutamanya berhubung kait dengan aspek perletakan
sesebuah industri di kawasan tertentu. Pihak pemaju juga tidak terkecuali memainkan
peranan penting dalam perancangan industri khususnya faktor kemudahsampaian
bagi lokasi industri. Pemilihan kawasan perindustrian merupakan proses awal bagi
menentukan lokasi yang sesuai bagi pembangunan yang dirancang. Hal ini penting
kerana lokasi industri yang tidak sesuai akan menyebabkan kenaikan kos, kelewatan
tempoh masa dan jarak perjalanan yang panjang bagi pengangkutan. Secara tidak
langsung hal ini akan menyebabkan keuntungan firma berkurangan dan tidak
mencapai matlamat yang dirancang.


Masalah yang timbul di peringkat perancangan perindustrian boleh
mendatangkan banyak kesan negatif dan seterusnya menghalang perindustrian dari
terus berkembang maju (Mazlin, 2008). Kriteria pemilihan kawasan pembangunan
biasanya berbeza mengikut jenis harta tanah yang hendak dibina. Contohnya
pembangunan rumah kedai sebagai harta tanah perdagangan haruslah mengambil
kira kawasan yang mempunyai bilangan pengunjung dan pembeli yang maksimum.
Hal ini kerana pembangunan harta tanah tersebut memfokuskan perspektif pembeli
berdasarkan kawasan yang banyak permintaan. Namun, bagi pembangunan harta
tanah perindustrian pula, pembinaannya berdasarkan zon perancang dan guna tanah.
Perancangan industri berat haruslah dibina di kawasan yang jauh dari kawasan
perumahan dan perdagangan, manakala industri ringan dan sederhana pula biasanya
ditempatkan di kawasan berdekatan perdagangan.

Menurut Garis Panduan Perancangan Kawasan Perindustrian (GPPKP) yang
diterimapakai oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru pada tahun 1999, perancangan
tapak dan pengezonan perlulah sesuai dari segi perletakan agar mudah untuk sampai.
Merujuk kepada Hamid (2006), semakin banyak kemudahsampaian suatu tapak ke
suatu tempat aktiviti dicapai, semakin berkurang kos ke tapak tersebut. Hal ini

3


menyebabkan tapak tersebut berpotensi dalam memberi pulangan dan nilai pasaran.
Tapak yang mempunyai kemudahsampaian yang tinggi adalah sesuai untuk
pembangunan kerana ia berpotensi untuk memberi pulangan kepada pelaburan projek
pembangunan serta menghasilkan nilai pasaran yang tinggi.

Kemudahsampaian perlu dikira dalam menentukan suatu tapak yang sesuai,
iaitu tapak yang banyak terdapat kemudahan di sekitarnya. Kemudahsampaian dikira
berdasarkan jarak, masa dan kos (Zhu, Liu dan Yeow, 2005). Kemudahsampaian
boleh dikira dengan menggunakan perisisan Sistem Maklumat Geografi (GIS). GIS
adalah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam mengira kemudahsampaian
dengan menggunakan perisian GIS (Farraw dan Nelson, 2001). Antara perisian GIS
yang dapat mengira kemudahsampaian dan seterusnya menentukan tapak adalah
Arcview dan ArcGIS.

Pemilihan lokasi adalah sesuatu yang sukar dilakukan dalam perancangan
pembangunan perindustrian. Prinsip dalam perancangan kawasan perindustrian lebih
banyak memfokuskan kepada aspek fizikal dan persekitaran. Kesilapan dalam
memilih lokasi industri yang dirancang boleh memberi kesan negatif kepada projek
pembangunan itu pada masa akan datang. Contohnya, projek tersebut tidak

mendatangkan keuntungan, kesukaran membekalkan perkhidmatan dan produk
kepada firma, risiko pencemaran kepada kawasan persekitaran industri dan
sebagainya. Bagi mengelak masalah ini berlaku, analisis pemilihan tapak perlu
dijalankan bagi memfokuskan lokasi yang sesuai terutamanya dalam aspek
kemudahsampaian.

Kemudahsampaian merupakan kriteria perancangan yang penting diambil
kira dalam membuat pemilihan lokasi bagi pembangunan industri. Menurut Lewis
(1987) dalam Peiser dan Frej (2003), terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira
oleh pemaju sebelum membeli tapak untuk pembangunan. Antaranya adalah
memastikan jenis zon guna tanah yang sesuai dengan pembangunan yang ingin
dijalankan. Perkara ini juga turut ditekankan oleh Miles et al. (2000) dan Kone

4

(1994) dalam Greg et al. (2003) yang mengatakan sekatan undang-undang dan
peraturan kerajaan seperti pengezonan dan kawalan guna tanah merupakan faktor
penting dalam pemilihan tapak.

Aspek kemudahsampaian juga menitikberatkan peluang kepada individu itu

terhadap lokasi yang diberi agar memudahkan mereka untuk menyertai sesuatu
aktiviti. Pada asasnya kemudahsampaian mewakili aktiviti yang mudah untuk dicapai
dari lokasi tertentu dengan adanya sistem pengangkutan (Zhu, et. al, 2004). Ini
menunjukkan sesuatu aktiviti seperti perindustrian boleh dicapai dengan adanya
kemudahsampaian yang sangat baik. Maka kajian ini hanya memfokuskan kepada
kriteria kemudahsampaian sahaja sebagai suatu aspek penting dalam menentukan
kesesuaian lokasi perindustrian.

Pengukuran kemudahsampaian lokasi industri biasanya terdiri daripada jarak
perjalanan, masa perjalanan dan kos perjalanan. Menurut Zhu Liu dan Yeow (2005),
penggunaan masa dan wang secara minimum akan mendorong lebih banyak aktiviti
yang boleh dicapai di dalam suatu masa yang ditetapkan. Penjimatan masa dan wang
tersebut menunjukkan bahawa kemudahsampaian lokasi industri tersebut adalah
lebih baik.

Kemudahsampaian juga diukur dalam bentuk jarak laluan terdekat di

mana ia boleh didefinisikan sebagai jarak yang paling dekat untuk dilalui antara satu
nod dengan nod yang lain (Yang, 2004). Penggunaan jarak perjalanan terdekat
biasanya diperlukan di antara dua lokasi sama ada dari satu bilik ke bilik yang lain,

satu jalan ke jalan yang lain atau dari satu bandar ke bandar yang lain (Rohaizan,
2005).

Kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dipilih sebagai kawasan
kajian kerana bersesuaian dengan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Johor Bahru
(2003) yang akan meletakkan kawasan pentadbiran MBJB sebagai kawasan industri
sederhana dan ringan serta akan menumpukan kepada kawasan industri terancang.
Terdapat pelbagai kaedah statistik digunakan dalam membuat pemilihan tapak yang
bersesuaian tanpa mengambil kira analisis kemudahsampaian sepenuhnya serta

5

keutamaan pembeli dalam pemilihan tapak. Penentuan lokasi yang bersesuaian bagi
sesebuah industri yang melibatkan jarak akan dianalisis mengunakan analisis
rangkaian.

Oleh

itu,


pemilihan

lokasi

dengan

mengambil

kira

faktor

kemudahsampaian berasaskan masa perjalanan kenderaan akan menentukan tahap
kesesuaian lokasi industri tersebut yang akan digambarkan menggunakan Sistem
Maklumat Geografi (GIS).

1.3

Penyataan Masalah


Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan pihak yang bertanggungjawab
dalam perancangan sesuatu pembangunan dan penentuan perletakan kawasan
perindustrian di sesuatu kawasan. Menurut Garis Panduan Perancangan Kawasan
Perindustrian (2005), masalah yang masih diketengahkan oleh Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa (JPBD) adalah dari aspek perancangan. Kriteria yang ditetapkan
dalam perancangan kawasan perindustrian merangkumi konsep kemudahsampaian,
komponen dan kualiti, keselamatan dan kesejahteraan, kebersihan dan keindahan,
pengoptimuman, dan dokumen yang informatif.

Biasanya lokasi bagi industri sederhana lebih cenderung bertumpu di
kawasan berdekatan taburan penduduk seperti kediaman dan perdagangan. Ini kerana
sistem pengangkutan dan perhubungannya boleh menjimatkan kos pengeluaran dan
memendekkan masa perjalanan untuk mudah sampai ke kawasan urus niaga. Oleh itu
kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti di manakah lokasi industri sederhana yang
mempunyai kemudahsampaian tinggi. Walaupun aspek kemudahsampaian telah
digariskan dalam panduan berkenaan, ia tidak diasaskan kepada konsep
pengoptimuman jarak dan masa perjalanan yang mempengaruhi kos dan kecekapan
pergerakan kenderaan.

6


Lokasi

industri

yang

mempunyai

kemudahsampaian

yang

tinggi

memudahkan pemasaran barangan. Secara tidak langsung, kos penghantaran boleh
diminimumkan kerana jarak perjalanan yang dekat dan tempoh masa yang singkat.
Aplikasi GIS boleh digunakan untuk menganalisis kemudahsampaian sesuatu lokasi
industri di sesebuah kawasan yang kemudahannya boleh digunakan untuk
menggambarkan tahap kesesuaian lokasi berkenaan. Maka, sistem ini akan menjadi

alat dalam perancangan kawasan industri yang memberi manfaat kepada pelbagai
pihak yang terlibat dalam perancangan dan pembangunan industri.

Berdasarkan penyataan masalah yang telah dinyatakan, kajian ini akan
dijalankan terhadap aspek pengukuran kemudahsampaian lokasi yang beasaskan
masa perjalanan kenderaan.

Hal ini kerana sesebuah firma industri amat

mementingkan aspek penjimatan kos. Kos pengangkutan dipengaruhi oleh jarak dan
masa perjalanan.

Oleh itu, terdapat beberapa persoalan yang timbul di mana persoalanpersoalan tersebut akan dikupas dalam kajian ini. Persoalan yang timbul adalah
apakah faktor-faktor lokasi industri yang akan memberi kesan terhadap
kemudahsampaiannya?

Seterusnya,

bagaimanakah


GIS

diaplikasikan

untuk

mengukur tahap kesesuaian bagi faktor lokasi industri berdasarkan pengukuran
kemudahsampaian yang berasaskan tempoh masa perjalanan?

7

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

a)

Membincangkan

faktor-faktor

penting

yang

mempengaruhi

kemudahsampaian sesuatu lokasi industri; dan

b)

Mengukur

kemudahsampaian

lokasi

industri

secara

spatial

berdasarkan masa perjalanan kenderaan dan menentukan kesesuaian
lokasi berdasarkan masa perjalanan terpantas.

1.5

Skop Kajian

Skop kajian ini memfokuskan kepada dua aspek utama berkaitan dengan
pembangunan kawasan industri yang terdiri daripada aspek kemudahsampaian dan
lokasi industri. Satu aspek kemudahsampaian yang dikaji adalah berasaskan masa
perjalanan (time-travel) yang akan diukur bagi menentukan tahap kemudahsampaian
sesuatu lokasi industri. Aspek kedua yang menjadi fokus kajian adalah faktor-faktor
lokasi yang bersifat ruang (spatial). Faktor-faktor lokasi adalah penting bagi
menentukan kesesuaian lokasi industri di peringkat perancangan.

Salah satu prinsip yang perlu dipenuhi oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam
merancang kawasan perindustrian adalah kemudahsampaian. Kawasan perancangan
perindustrian di bawah pentadbiran MBJB dipilih sebagai lokasi kajian yang
memfokuskan kepada industri sederhana sebagai contoh kilang menghasilkan produk

8

susu. Jaringan jalan raya yang lengkap di sekitar kawasan MBJB digunakan dalam
kajian untuk memudahkan lagi hasil kajian yang tepat.

GIS akan digunakan dalam kajian ini bagi menentukan lokasi yang sesuai
bagi industri sederhana. Analisis rangkaian dalam sistem tersebut digunakan bagi
mengukur kemudahsampaian berasaskan masa perjalanan dari kawasan industri ke
kawasan perdagangan yang berhampiran. Bagi mengukur masa perjalanan, jarak juga
diperlukan bagi mengukur masa.

Selain itu, skop kajian fokus kepada suatu lokasi industri sederhana yang
paling sesuai dan menguntungkan di mana produk yang dikeluarkan dapat sampai ke
tempat yang dituju dengan mudah, selamat serta dapat memenuhi kriteria yang
diingini kedua-dua pihak sama ada daripada pihak pembeli atau pembekal dan
pengusaha industri tersebut.

Oleh kerana perusahaan memproses susu terhad di kawasan Johor Bahru,
aktiviti industri ini akan dijadikan subjek kajian untuk membuat perbandingan dan
contoh secara tidak langsung kerana kawasannya terletak di zon industri sederhana.
Produk yang diproses merupakan produk yang mempunyai tempoh masa terhad dan
cepat rosak. Akhir sekali pengukuran kemudahsampaian akan dijalankan untuk
memastikan kesesuaian lokasi industri tersebut dan menentukan kawasan yang sesuai
untuk akiviti industri sederhana.

9

1.6

Kepentingan Kajian

Pada amnya, terdapat dua perkara utama yang berkait dengan persoalan yang
dibincangkan. Pertama, persoalan faktor-faktor kemudahsampaian yang boleh diukur
untuk mengetahui tahap kesesuaian tapak industri. Kedua ialah penggunaan GIS
untuk menentukan ukuran kemudahsampaian bagi lokasi industri yang sesuai. Oleh
itu, kajian ini penting kepada:-

1.6.1

Pihak Berkuasa Tempatan

Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
memainkan peranan penting dalam merancang pembangunan tanah. Oleh itu, kajian
ini penting kepada MBJB untuk mengkaji semula segala permasalahan berkaitan
pembangunan yang dijalankan khususnya perancangan bagi pembangunan harta
tanah industri. Selain mengkaji dari aspek guna tanah, aspek kemudahsampaian juga
perlu diambilkira. Oleh itu, penting bagi MBJB dalam mengkaji kepentingan
kemudahsampaian dalam merancang lokasi pembangunan industri.

1.6.2

Pihak Pemaju dan Pengusaha Industri

Pemaju memainkan peranan sebagai pemilik tanah yang akan meneruskan
pembangunan yang dirancang mengikut zon guna tanah di kawasan yang dipilih.
Oleh itu, pemaju harus membuat keputusan dalam memilih lokasi yang sesuai
sebelum merancang pembangunan industri di kawasan tersebut. Hal ini penting

10

supaya pengusaha industri dapat memastikan bahawa operasi industri tersebut
berjalan lancar apabila industri sudah siap dibangunkan.

1.6.3

Firma Perdagangan

Kemudahsampaian lokasi sesebuah industri penting bagi organisasi dan firma
yang berurusan dengan perusahaan tersebut bagi mendapatkan bekalan produk dan
perkhidmatan. Antara faktor kemudahsampaian yang penting dalam konteks ini
adalah jarak dan masa perjalanan firma dengan industri tersebut. Jarak yang dekat
akan menjimatkan kos perjalanan dan pengangkutan, serta masa perjalanan. Oleh itu
kajian ini penting bagi firma supaya mereka bijak membuat keputusan untuk memilih
lot perdagangan yang mempunyai kesesuaian jarak tertentu.

1.6.4

Kepentingan Pembangunan dan Kualiti Persekitaran

Antara kepentingan lain, ialah dari aspek pembangunan persekitaran.
Pembangunan industri yang berada di lokasi dan kawasan yang sesuai akan memberi
kepentingan kepada industri tersebut dan juga pembangunan di sekitarnya. Sekiranya
pembangunan industri berada di lokasi yang tidak sesuai khususnya industri berat, ia
akan menyumbang risiko kepada pembangunan yang lain seperti pencemaran. Risiko
ini akan mengurangkan kualiti persekitaran yang baik di kawasan tersebut.

11

1.7

Metodologi Kajian

Keputusan kajian ini bergantung kepada langkah-langkah menjalankan kajian
iaitu dalam mendapatkan sumber-sumber data yang lengkap. Oleh itu, metodologi
kajian ini akan menjelaskan dengan terperinci berkenaan kaedah kajian yang
digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Beberapa langkah telah
dikenalpasti dalam menjalankan kajian terhadap kemudahsampaian lokasi industri
yang sesuai. Metodologi kajian diterangkan dalam lima peringkat seperti berikut:

1.7.1

Peringkat Pertama : Mengenalpasti Penyataan Masalah

Peringkat pertama merupakan peringkat pemahaman awal. Idea-idea kajian
akan diwujudkan daripada isu yang telah dikenalpasti dan diperolehi daripada
pembacaan bahan-bahan rujukan seperti jurnal, keratan akhbar atau artikel, internet,
buku-buku dan bahan ilmiah yang lain. Setelah menjelaskan penyataan masalah
kajian, objektif kajian pula dikenalpasti. Melalui objektif tersebut, pemilihan skop
dan kepentingan kajian akan ditentukan. Oleh itu, kajian dapat dijalankan
berpandukan kepada objektif kajian yang hendak dicapai.

1.7.2

Peringkat Kedua : Kajian Literatur

Peringkat kedua kajian ini meliputi kajian literatur di mana pengumpulan
maklumat secara terperinci diperoleh daripada data sekunder. Pengumpulan data
tersebut berdasarkan penyataan masalah yang telah dikenalpasti. Idea dan maklumat

12

akan dikumpul daripada bahan-bahan rujukan utama termasuk pembacaan bukubuku, jurnal-jurnal, tesis-tesis, internet dan bahan-bahan ilmiah yang bersesuaian
dengan isu yang dikaji berkenaan kemudahsampaian dan kesesuaian lokasi industri.
Melalui kajian literatur, teori-teori serta perkara asas mengenai perancangan lokasi
perindustrian dapat diketahui dengan lebih jelas. Kajian literatur dapat menunjukkan
gambaran sebenar kajian kes yang dipilih supaya memperoleh pemahaman yang
lebih baik mengenai masalah dalam menentukan lokasi industri yang sesuai dalam
aspek kemudahsampaian.

1.7.3

Peringkat Ketiga: Kajian Lapangan

Kawasan Pentadbiran MBJB dijadikan lokasi kajian yang asas untuk
mendapatkan maklumat bagi pengumpulan data kawasan kajian. Maklumat yang
diperlukan ini melibatkan data terperinci yang melibatkan kepadatan penduduk,
lokasi kilang susu, pembangunan perindustrian di kawasan sekitar, jaringan
pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian, pembangunan persekitaran, kawasan
pasaran dan sebagainya.

Selain itu maklumat perancangan kilang sebagaimana yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) seperti jenis perindustrian yang
terdapat di kawasan sekitar, kilang-kilang yang berhampiran, bilangan industri yang
terdapat di kawasan kajian dan sebagainya. Kesemua maklumat ini penting untuk
dijadikan panduan bagi menentukan lokasi perletakan industri sederhana yang sesuai
dan boleh memberikan faedah serta keuntungan industri dan firma yang berurus
niaga.

13

1.7.4

Peringkat Keempat : Menganalisis Data Kajian

Data-data yang diperoleh daripada sumber sekunder akan dianalisis untuk
mencapai objektif kajian ini. Kaedah analisis yang digunakan ialah analisis
rangkaian. Kaedah ini digunakan untuk menentukan masa perjalanan terpantas
berdasarkan jarak perjalanan terpendek dalam menentukan tahap kemudahsampaian.
Analisis ini menggunakan beberapa fungsi di dalam Sistem Maklumat Geografi
(GIS) seperti lapisan dan pengkelasan untuk mendapatkan hasil bagi lokasi industri
yang sesuai.

1.7.5

Peringkat Kelima : Kesimpulan dan Cadangan

Peringkat terakhir di dalam kajian ini adalah membuat kesimpulan. Pada
peringkat ini, kesimpulan akan diperolehi daripada hasil analisis yang dilakukan
berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan pada peringkat awal kajian. Selain
itu, cadangan-cadangan, limitasi dan permasalahan kajian, serta cadangan kajian
lanjutan juga dinyatakan di dalam kesimpulan.

1.8

Susunatur Bab

Susunatur bab mengandungi ringkasan pembahagian bab yang menerangkan
secara ringkas kandungan perbincangan bagi setiap bab dalam kajian yang

14

dijalankan. Huraian ringkas ini diharapkan dapat memberi sedikit gambaran dan
pemahaman terhadap keseluruhan perbincangan dalam penulisan ini.

1.8.1

Bab 1 : Pengenalan

Bab ini menerangkan kepentingan kemudahsampaian dalam sesebuah
pembangunan industri yang memberi kesan kepada organisasi atau firma yang secara
langsung terlibat dalam urusan mendapatkan bekalan daripada industri tertentu. Di
samping itu, dalam menentukan kemudahsampaian sesuatu lokasi industri pemilihan
tapak adalah proses awal dalam menentukan lokasi yang sesuai untuk pembangunan
industri.

Hal

ini

penting

bagi

kelancaran

pengoperasian

industri

dan

kemudahsampaian yang menjadi ukuran penting bagi firma yang ingin berhubung
dalam aktiviti perniagaan dengan industri tersebut.

1.8.2

Bab 2 : Lokasi Industri, Kemudahsampaian dan Aplikasi Sistem
Maklumat Geografi (GIS)

Bab ini memberikan keterangan secara teoritikal mengenai pembangunan
lokasi industri yang sesuai secara umum iaitu menyentuh tentang definisi industri
serta pengkelasan industri, faktor-faktor lokasi industri yang bersifat ruang (spatial)
dalam menentukan kesesuaian lokasi. Selain itu konsep kemudahsampaian
diterangkan secara jelas dan pengukuran kemudahsampaian berdasarkan GIS dalam
menentukan lokasi yang sesuai bagi sesebuah indutri.

15

1.8.3

Bab 3 : Metodologi Kajian

Bab ini menerangkan berkaitan dengan metodologi kajian iaitu cara-cara
pengumpulan data yang digunakan bagi mencapai objektif-objektif kajian berkenaan
kesesuaian lokasi industri berdasarkan aspek kemudahsampaian. Kaedah analisis
data yang hendak digunakan juga dinyatakan dalam bab ini iaitu berdasarkan teknik
Analisis Spatial (Spatial Analysis) dengan menggunakan GIS untuk mengenalpasti
kemudahsampaian yang tinggi dan lokasi industri yang sesuai.

1.8.4

Bab 4 : Analisis Pengukuran Kemudahsampaian Lokasi Industri
Berasaskan Masa Perjalanan Kenderaan

Bab ini menerangkan hasil analisis yang diperoleh daripada analisis
berbentuk spatial dengan menggunakan perisian GIS. Analisis rangkaian digunakan
ke atas faktor kemudahsampaian yang diukur untuk menentukan lokasi yang sesuai
bagi kilang susu.

Faktor-faktor kemudahsampaian seperti jarak dan masa akan

diperoleh berdasarkan analisis ini bagi menunjukkan tahap kemudahsampaian yang
tinngi dan rendah di samping mengetahui tahap kesesuaiannya. Seterusnya, industri
yang dipilih sebagai kajian kes akan dibandingkan dengan kawasan taburan
perletakan seperti yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

16

1.8.5

Bab 5 : Kesimpulan dan Cadangan

Bab terakhir ini merangkumi huraian daripada hasil analisis kajian. Hasil
analisis tersebut akan dirumuskan sebagai suatu penemuan kajian. Selepas membuat
kesimpulan kajian, penulis menyatakan cadangan bagi mengatasi masalah yang
wujud di dalam menentukan lokasi industri yang sesuai untuk pembangunan industri
pada masa hadapan yang mementingkan aspek kemudahsampaian.

1.9

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab pertama ini penulis telah menerangkan tentang
objektif yang ingin dicapai daripada kajian berdasarkan isu dan penyataan masalah
yang dikenalpasti. Skop dan kepentingan kajian. Penulis juga menerangkan secara
ringkas keseluruhan bab dalam kajian ini. Seterusnya, kajian ini akan dilaksanakan
ke arah mencapai objektif-objektif kajian yang ditetapkan dengan menggunakan
carta alir metodologi kajian yang telah dirangka seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.1 dalam bab ini.

17

PENYATAAN
MASALAH
Apakah faktor lokasi yang memberi kesan kepada kesesuaian
dan kemudahsampaian industri?
Bagaimana mengukur kemudahsampaian dan kesesuaian
lokasi industri?

Kajian Literatur
(Kaedah analisis
Dokumen)
Aplikasi GIS
(Kaedah analisis
Spatial)

OBJEKTIF
KAJIAN

i) Membincangkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi
kemudahsampaian sesuatu lokasi industri.
ii) Mengukur kemudahsampaian lokasi industri secara spatial berdasarkan
masa perjalanan kenderaan dan menentukan kesesuaian lokasi
berdasarkan masa perjalanan terpantas.

SKOP
KAJIAN

METODOLOGI
KAJIAN

Dua aspek utama perancangan industri
sederhana:i) Kemudahsampaian dan kesesuaian
kawasan industri berasakan ukuran masa
perjalanan.
ii)Faktor lokasi yang bersifat spatial bagi
menentukan tahap kesesuaian dan tahap
kemudahsampaian kawasan industri.

Perisian ArcGIS 9
(Closest Facility
Analysis dalam
Analisis Rangkaian)

KEPENTINGAN
KAJIAN

Memberi pengetahuan tentang pemilihan
lokasi dan kawasan yang terbaik untuk
pembangunan industri sederhana
berdasarkan ukuran kemudahsampaian.
PENGUMPULAN
DATA

Data
dimasukkan ke
dalam extension
ArcMap

i) Blok Perancangan MBJB (dari MBJB)
ii) Kawasan Perindustrian (dari MBJB)
iii) Gunatanah semasa (dari IRDA)
iv) Jaringan Jalan Raya (dari IRDA)

ANALISIS
DATA
KESIMPULAN
DAN
CADANGAN

Masa perjalanan terpantas
melalui laluan terdekat
berdasarkan nilai min masa

Rajah 1.1: Carta Alir Metodologi Kajian

HASIL
ANALISIS