kajian tindakan dalam pendidikan .docx

PEMBELAJARAN
KOPERATIF BERBANTUKAN
PETA MINDA DALAM
KAJIAN TINDAKAN
DALAM PENDIDIKAN
MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHAGIAN TAMADUN ISLAM BAGI MATA
PELAJARAN PENDIDIKAN
DAN AS-SUNNAH
KPRAL-QURAN
4063

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA
HAJAR NATASHA BINTI MOHAMAD

NAMA PENSYARAH:
PENSYARAH: DR MAHIZER BIN HAMZAH

JUN 2017

NO MATRIK

L010361

Pembelajaran Koperatif Berbantukan Peta Minda Dalam Meningkatkan Penguasaan
Bahagian Tamadun Islam Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
HAJAR NATASHA BINTI MOHAMAD

Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan dalam melihat penggunaan pembelajaran koperatif bebantukan
peta minda bagi meningkatkan penguasaan bahagian Tamadun Islam dalam matapelajaran
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah bagi pelajar tingkatan 5. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan dalam melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian pelajar yang diajar
dengan menggunakan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda. Seterusnya, kajian ini
melihat penerimaan para pelajar terhadap penggunaan pembelajaran koperatif berbantukan
peta minda dalam meningkatkan penguasaan dan pencapaian pelajara dalam bahagian
Tamadun Islam bagi matapelajaran PQS. Kajian ini dijalankan disebuah sekolah di Kuala
Lipis, Pahang, Kajian ini telah dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif dengan sample
kajian terdiri daripada 15 orang pelajar dan seorang guru di sebuah sekolah di daerah Kuala
Lipis, Pahang. Kajian ini menggunakan dua set ujian objektif untuk ujian pra dan pasca,
borang kaji selidik untuk melihat tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan
pembelajaran koperatif berbantukan peta minda, pemerhatian guru, dan persediaan mengajar.

Hasil dapatan kajian menunjukan terdapat perbezaan peratus pada skor ujian pra dan pasca
pelajar. Manakala, tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan pendekatan pembelajaran
kooperatif berbantukan peta minda adalah ditahap sederhan positif. Secara keseluruhan,
pengunaan pendekatan pembelajaran kooperatif berbantukan peta minda memberi sumbangan
dalam meningkatkan penguasan dan pencapaian pelajar dalam bahagian Tamadun Islam bagi
subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.
Kata kunci; pembelajaran koperatif, peta minda.

1

ISI KANDUNGAN

Perkara
Bab 1 Pendahulauan

Muka surat
1-5

Penyataan masalah
Tujuan kajian

Objektif kajian
Persoalan kajian
Definisi istilah
Batasan kajian
Kepentingan kajian
Rumusan
Bab 2 Kajian Literature
Pendahuluan
Pembelajaran koperatif
Tujuan pembelajaran koperatif
Pengertian peta minda
Kesan penggunaan peta minda
Rumusan
Bab 3 Metodologi kajian
Pendahuluan
Reka bentuk kajian
Pelaksanaan perancangan kajian
Kumpulan sasaran
Pegumpulan data
Procedure pengumpulan data

Instrument kajian
Prosedure penganalisi data
Etika kajian
Rumusan
Bab 4 Dapatan Kajian
Analisis soal selidik
Analisi data ujian pra dan pasca
Analisis soal selidik
Bab 5 Perbincangan
Pendahuluan
Perbincangan
Cadangan
Rumusan
Bibliografi
Lampiran

2

6-10


11-17

18-21

26-27
28-32

BAB 1
1.0 PENDAHULUAN
Kajian ini dijalankan ke atas subjek elektif bagi pelajar menengah atas iaitu pelajar tingkatan
lima berkaitan dengan pemasalahan dalam subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.
Dalam subjek ini terdapat enam topik utama yang perlu dikuasai oleh para pelajar antaranya
ialah Pengajian Al-Quran, Pengajian Hadith, Ulum Hadith, Ulum Quran, Akhlak dan
Tamadun Islam. Topik yang menjadi pilihan untuk dijalankan kajian tindakan adalah
berkaitan dengan topik Tamadun Islam unit 38 yang berkaitan dengan Pemerintahan Zaman
Khulafa’ Ar-Rasyiddin dari segi pentadbiran, ekonomi dan politik.
Subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah adalah sama seperti subjek sejarah yang
mana pelajar tidak boleh tidak perlu mengingat fakta yang terdapat dalam subjek tersebut
khususnya yang berkaiatan denga istilah-istilah yang harus diingat oleh pelajar. Seperti yang
kita sedia maklum, apabila dikaitkan dengan fakta dan sejarah maka pelajar akan kurang

berminat untuk mempelajari topik tersebut. Tambahan pula jika kita lihat pada topik Tamadun
Islam kesemua tajuk adalah berkaitan dengan fakta yang harus dikuasai dan diingati oleh
pelajar. Adalah penting bagi pelajar dalam menguasai fakta-fakta yang berkaitan denga tajuk
kerana pada bahagian ini membawa kepada peratus markah yang besar dalam peperiksaan.
Ianya bukan sahaja bertujuan untuk peperiksaan, akan tetapi adalah penting bagi pelajar
untuk mengingati Tamadun Islam sebagai pengajaran dan iktibar kepada mereka supaya tidak
mengulangi perbuatan yang sama, selain mengambil perkara yang baik sebagai ikutan dalam
hidup mereka.
Dalam mempastikan pelajar dapat menguasai guru memainkan peranan yang penting
dalam merancang pengajaran yang berkesan dalam matapelajaran ini. Pada pandangan saya
pembelajaran berpusatkan guru dan cara tradisional “chalk and talk” adalah tidak bersesuai
dalam menarik minat pelajar dalam pelaksanaan pembelajaran. Akan tetapi dengan
menggunakan dan mengubah kaedah pengajaran akan menarik minat pelajar dalam
mempelajari topik ini. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan dalam usaha mencari teknik
dan kaedah pengajaran yang sesuai dalam membantu para pelajar untuk menguasi topik
tamadun islam seterusnya menarik minat mereka terhadap topik ini. Justeru dalam
mempastikan pelajar menguasai bahagian Tamadun Islam satu kaedah pengajaran iaitu
menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda digunakan.

1


1.1 PENYATAAN MASALAH
Sepanjang pemerhatian saya telah timbul satu isu dalam pembelajaran yang dapat saya lihat
adalah murid tidak menguasai sepenuhnya dalam mempelajari bahagian Tamadun Islam yang
terkandung dalam salah satu topik yang saya ajar disekolah. Hal ini dapat dilihat apabila para
pelajar menjawab soalan peperiksaan, mereka kebanyakkannya tidak menjawab soalan
bahagian Tamadun Islam. Sebagai contoh pada ujian penilaian tahap 1(PT1) yang lalu hanya
seramai 5 orang yang memilih bahagian Tamadun Islam daripada 30 pelajar. Oleh yang
demikian kajian ini adalah bertujuan membantu pelajar dalam menguasai dan memahami bab
Tamadun Islam yang mereka pelajari di sekolah dan membantu mereka untuk menjawab
soalan bahagian tamadun islam.
Kesukaran dalam menguasai dan mengingati fakta yang terkandung dalam bahagian
Tamadun Islam membawa kepada mereka tidak menjawab dengan tepat pada bahagian yang
melibatkan bahagian tamadun islam.
1.2 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan atas tujuan keprihatiana penyelidik keatas prestasi akademik pelajar
terhadap subjek yang diajarnya. Kajian ini bertujuan dalam membantu para pelajar dalam
mengusai bahagian Tamadun Islam bagi subjek Pendidikan Al-quran dan As-sunnah.
Tambahan lagi kajian ini bertujuan dalam mengenalpasti teknik yang terbaik dalam
membantu pelajar menguasai dan memahami bahagian tersebut. Hal ini kerana pada bahagian

Tamadun Islam bagi subjek ini memberi peratus markah yang besar kepada para pelajar bagi
peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia iaitu sebanyak 4/20 markah pada bahagian objektif.
Disamping itu terdapat juga soalan pada bahagian subjektif yang menyumbang markah
sebanyak 20/80. Oleh yang demikian, penyelidik membuat keputusan untuk menjalankan satu
kajian tindakan dalam membantu para pelajar untuk menguasai dan memahami bahagian
tersebut.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum
1.3.1. Meningkatkan tahap pencapaian serta penguasaan dan kefahaman pelajar dalam
bahagian Tamadun Islam
Objektif khusus

2

1.3.2. Mengenalpasti faktor yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasi dan memahami
bahagian Tamadun Islam
1.3.3. Mengenalpasti keberkesanan kaedah yang digunakan kepada tahap pencapaian pelajar
serta penguasaan dan kefahaman dalam subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.
1.3.4 Mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap kaedah yang digunakan dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran PdP.

1.4 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan mencari jawapan bagi beberapa persoalan kajian seperti yang
disenaraikan di bawah:
1.4.1. Apakah faktor yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai bahagian Tamadun
Islam?
1.4.2. Adakah kaedah yang digunakan dapat membantu pelajar dalam menguasai dan
memahami bab tamadun islam serta meningkatkan pencapaian pelajar?
1.4.3. Apakah tahap penerimaan pelajar tehadap kaedah yang diguna pakai dapat membantu
pelajar dalam menguasai bahagian Tamadun Islam?
1.5 DEFINISI ISTILAH
1.5.1. Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif adalah salah satu daripada kaedah pengajaran yang berpusatkan
murid. Koperatif bermaksud kerjasama antara dua atau tiga dan lebih dalam satu kumpulan.
Menurut Johnson (1999) kaedah pembelajaran ini menggalakkan pelajar supaya belajar
antara satu sama lain dalam satu kumpulan kecil. Tamabahan pula pembelajaran koperatif
dijalankan dalam satu kumpulan dan setiap ahli kumpulan mempunyai satu matlamat yang
sama. Sebagai contoh dalam memahami satu tajuk, setiap pelajar didalam kumpulan
mempunyai matlamat yang sama untuk memahami tajuk tersebut.
Secara amnya pembelajaran ini menekankan kepada kerjasama dan berkongsi
maklumat dalam satu kumpulan yang sama bagi melahirkan pelajar yang boleh membantu

antara satu sama lain. Dalam kajian ini pembelajaran koperatif yang dimaksudkan adalah
kaedah pembelajaran yang digunakan oleh pelajar SMA Padang Tengku.

3

1.5.2 Peta Minda
Menurut pengasas peta minda, Buzan (2007), peta minda bermaksud kaedah menyimpan,
menyusun dan mengutamakan maklumat (selalunya dalam kertas) dalam bentuk grafik
berangkai- rangkai menggunakan imej dan kata pencetus atau kata penting yang setiap
satunya akan ‘merakam’ memori khusus dan menggalakkan idea dan pemikiran baru m/s 138.
Dalam kajian ini peta minda dijadikan sebagai alat bantu dalam memudahkan pelajar
berbincang dalam kumpulana dan membuat nota ringkas dalam memahami dan menguasai
bahagian Tamadun Islam.
1.6 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya memilih sample perempuan sahaja daripada pelajar yang mendapat pencapai
yang pelbagai pada penilaian tahap 1. Sampel kajian hanya terdiri daripada pelajar tingkatan
5. Topik yang difokuskan bagi kajian ini adalah Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
tingkatan 5 bahagian Tamdun Islam tajuk Kepimpinan Khulafa’Ar-rasyiddin sahaja kerena
pelajar menghadapi masalah dalam mengingat fakta dan memahami tajuk tersebut. Populasi
yang akan dipilih adalah di sebuah sekolah menengah agama didaerah Kuala lipis, iaitu SMA

Padang Tengku. Kajian ini telah dimulakan pada awal bulan April dan berakhir pada akhir
bulan Mei.
Jadual 1: Perancangaan Pelaksanaan Kajian Tindakan
Bil
1.

Perkara
Mengenal pasti masalah

Tarikh pelaksanaan
16.4.2017

2.

Penulisan kertas cadangan kajian tindakan

19.4.2017

3.

Merancang tindakan

21.4.2017

4.

Pembinaan dan pelaksanaan ujian pra dan pos ujian

24.4.2017

5.

Memproses dan analisis data ujian pra

27.4.2017

6.

Pelaksanaan rancangan tindakan dan pemerhatian

2-19.5.2017

7.

Pelaksanaan ujian pasca dan borang soal selidik

19.5.2017

8.

Memproses dan analisis ujian pasca serta borang soal selidik

22-24.5.2017

4

9.

Refleksi dan penilaian

25-26.5.2017

10. Penulisan laporan kajian tindakan

27.5-8.6.2017

11. Pembentangan laporan kajian

10.6.2017

12. Pemurnian laporan kajian tindakan

11.6.2017

13. Penyerahan tugasan laporan kajian tindakan

30.6.2017

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting bagi mengetahui keberkesanan teknik pengajaran yang telah digunakan
oleh guru dalam proses dan pembelajaran PdP. Hal ini bertujuan dalam mengubah mentaliti
para guru dalam mengubah teknik pengajaran mereka kepada tahap yang lebih baik dan tidak
lagi tertakluk kepada strategi pengajaran tradisional yang menggunakan pengajaran “chalk &
talk”.
Kajian ini dalam usaha mempelbagaikan kaedah pengajaran para guru dalam sesi PdP
agar proses tersebut boleh berjalan dengan lebih menarik. Hal ini kerana guru boleh
mempelbagaikan pedagogi pengajaran mereka. Selain itu, kajian ini membantu dalam
menarik minat pelajar terhadap subjek serta boleh membantu dalam menguasai bahagian
Tamadun Islam.
Kajian ini dilakukan agar dapat membantu para guru dalam membuat penyeliaan
terhadap kesesuaian pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran kajian ini. Kajian ini
diharap dapat menyumbang satu alternatif kepada pihak sekolah dalam merangka strategi
untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Oleh yang demikian sekolah boleh
merancang dan menggubal masa pembelajaran agar ianya bersesuaian dengan pelaksanaan
pembelajaran koperatif di kelas.
Justeru itu, dengan adanya kajian ini, diharapkan akan dapat membantu semua pihak
diatas dalam mempertimbangkan pembelajaran kopertaif sebagai salah satu alternatif kepada
kaedah pengajaran yang boleh dilaksanakan didalam kelas, agar dapat melahirkan individu
yang lebih kompiten dan mampu bergerak seiring dengan perkembangan dunia semasa selain
daripada sekadar hanya menguasai akademik semata-mata.

5

1.8 RUMUSAN
Didalam Bab 1 ini penyelidik telah menjelaskan pengenalan kajian kepada kajian yang
dijalankan. Tumpuan diberikan kepada pengajaran berpusatkan murid dimana para pelajar
akan belajar secara berkumpulan bagi meningkatkan pemahaman mereka kepada bahagian
Tamadun Islam serta mengetahui keberkesanan teknik tersebut kepada peningkatan prestasi
pelajaran pelajar terhadap subjek tersebut. Bab 1 juga menjelaksan tentang perangkaan kajian
dalam melaksanakan kajian, sebagai rujukan bagi memastikan setiap langkah yang diambil
dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pendahuluan
Pada Bab 2 ini penyelidik akan membincangkan tentang pengertian pembelajaran koperatif
berdasarkan kepada kajian dan pandangan penyelidik-penyelidik terdahulu serta kesan
pembelajaran koperatif. Seterusnya, penyelidik akan membincangkan tentang pengertian peta
minda dan kesan penggunaan peta minda dalam pembelajaran berdasarkan kepada pandangan
penyelidikan yang telah dijalankan sebelum ini.
2.1 Pembelajaran Koperatif
Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi menggambarkan maksud pembelajaran
koperatif. Kebiasaannya pembelajaran koperatif merujuk kepada pembelajaran secara
berkumpulan dan berpustakan pelajar.
Menurut Kamus Dewan (1998), koperatif bermaksud kerjasama. Dalam konteks
pembelajaran bermaksud pelajar digalakkan untuk belajar bersama-sama, berkongsi
maklumat, berkongsi pendapat dan berinteraksi antara satu sama lain dalam kumpulan yang
kecil.
Menurut Siegel (2005), pembelajaran koperatif bermaksud situasi pembelajaran yang
berlaku dimana dua atau lebih pelajar yang berkerjasama dalam menyiapkan atau
menyelesaikan tugasan yang sama dalam satu kumpulan. Dalam konteks ini menunjukan
bahawa pembelajaran koperatif adalah pembelajaran yang menekankan kerjasama dalam satu
kumpulan dalam mencapi matlamat yang sama dalam situsai menyelesaikan tugasan ataupun
menyelesaikan masalah.
6

Selain itu definsi pembelajar koperatif menurut Johnson (1999), ialah satu kaedah
untuk menggalakkan pelajar belajar antara satu sama lain. Kumpulan pembelajaran
kooperatif digunakan untuk mengajar topic tertentu, untuk memastikan memproses maklumat
kognitif secara aktif semasa pengajaran dan juga menyediakan penguasaan jangka panjang
dalam kemajuan akademik (Johnson, Johnson dan Smith, 1991).
Tambahan, menurut Hendrix (1999), menyatakan maksud pembelajaran koperatif
bermaksud satu strategi pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri dan strategi pembelajaran
seperti berikut, iaitu interaksi semuka, keupayaan individu, kemahiran sosial, dan proses
kerja berkumpulan.
Secara amnya, pembelajaran koperatif adalam pembelajaran dalam kumpulan secara
berkerjasama dalam mencapai matlamat bersama. Dalam kajian ini pembelajaran koperatif
adalah pendekatan pembelajaran yang digunakan oleh pelajar di SMA Padang Tengku Kuala
Lipis.
2.2 Tujuan Pembelajaran Koperatif
Dengan wujudnya pembelajaran koperatif pelajar dapat belajar bersama-sama dengan rakan
sebaya dalam proses mengutip pengalam pembelajaran dalam kalangan pelajar. Menurut Idris
(2000) tujuan pembelajaran koperatif adalah bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi
antara perseorangan dan kumpulan. Hal ini adalah bertujuan dengan menggunakan teknik
pembelajaran koperatif akan meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar sesama mereka.
Selain memberi pendedahan kepada pelajar dalam langkah mendidik mereka supaya
berinteraksi dengan cara yang betul apabila berada di luar alam persekolahan.
Malahan, menurut Nor Hasliza (2012) dalam kajian beliau mengatakan bahawa anatar
tujuan pembelajaran kopertif adalah untuk membentuk sifat kepimpinan dan kepercayaan
dalam diri pelajar. Oleh kerana setiap kumpulan akan mempunyai Ketua, pencatat,
pembentang dan sebagainya, yang mana setiap dari mereka mempunyai peranan yang penting
dalam menjayakan projek atau tugasan. Oleh yang demikian dengan belajar berkumpulan
akan meningkatkan harga diri pelajar.
Menurut Nor Hasliza (2012), selain meningkatkan harga diri pelajar, belajar
pembelajaran koperatif memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut
kecenderunga dan kepantasan diri serta kebolehan mereka. Tambahan mereka akan memikul
tanggungjawab bukan sahaja kepada diri mereka bahkan juga kepada ahli kumpulan yang lain
juga
7

Disamping itu, menurut Adam (2013) dalam kajian beliau menunjukkan bahawa
dengan menggunakan teknik pembelajaran koperatif yang betul akan dapat meningkatkan
prestasi akademik pelajar. Kata beliau dengan menggunakan pendekatan pembelajaran
koperatif akan meningkatkan motivasi pelajar seterusnya membawa kepada peningkatan
prestasi akademik pelajar. Menurut beliau, pelajar kolej yang menggunakan pendekatan
pembelajaran koperatif mendapat GPA yang tinggi berbanding dengan pelajar yang belajar
secara individu.
Kesimpulannya terdapat pelbagai kesan positif daripada pelaksanaan pembelajaran
koperatif, antaranya ialah meningkatkan harga diri pelajar, peluang belajar mengikut
kencenderungan dan yang paling penting adalah meningkatkan prestasi akademik pelajar
yang menggunakan pendekatan pembelajaran ini.
2.3 Pengertian Peta Minda
Peta mida merupakan salah satu alat yang digunakan oleh pelajar dalam memudahkan mereka
mengumpul maklumat, fakta dan idea dalam sesuatu subjek. Peta minda adalah satu
kemahiran yang sangat penting kepada pelajar dalam membina nota.
Torchim (1989) menyatakan peta minda merupakan satu proses yang dapat membantu
mengembangkan idea pada suatu topik yang berlainan. Menurut Tee, Jailani, Baharom,
Widad dan Yee (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di
bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk
menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya.
Kesimpulannya, peta minda adalah satu alat yang boleh digunakan oleh para pelajar
dalam rangka memudahkan mereka dalam menyimpan maklumat, idea, fakta-fakta penting
dalam satu lembaran yang akan memudahkan mereka untuk mengulangkaji apabila ingin
digunakan pada tiba musim peperiksaan kelak.
2.4 Kesan Penggunaan Peta Minda
Pemilihan bahan adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peta minda
adalah satu alat yang boleh digunakan oleh para guru dalam langkah memudahkan para
pelajar untuk mengumpul maklumat dan nota pelajaran mereka.
Menurut Buzan (2002), manusia akan mudah mengingati sesuatu yang menarik untuk
dipandang dan tulisan atau gambar ringkas yang mengandungi maklumat yang boleh
disimpan dalam minda manusia. Ini menunjukkan selain memahami apa yang dipelajari,
8

proses untuk mengingat semula juga adalah penting untuk pelajar memanggil kembali
maklumat yang telah disimpan tadi, Muniroh, Hasfazilah, Pei Eng & Siti Nurleena (2017).
Menurut Mohd Mahzan, Abdul Razaq & Mohd Muhaimi (2014) berdasarkan hasil
kajian mereka menunjukkan bahawa majoriti responden mengakui bahawa penggunaan peta
minda mempunyai banyak manfaat termasuklah membantu pelajar mengingati fakta Sejarah,
membantu pelajar untuk membuat ulangkaji secara efektif, memudahkan ulang kaji. Dan
membantu pelajar dalam membantu pelajar dalam konsep-konsep pembelajaran Sejarah.
Tambahan lagi antara kesan lain yang dapat dilihat daripada penggunaan peta minda
dalam prosess pembelajaran adalah meningkatkan pencapaian akademik pelajar seperti
dibuktikan oleh kajian lepas oleh Leng Sim& Amir (2012), membuktikan dengan
menggunakan peta minda peratus pelajar yang mendapat cemerlang bagi subjek Sains
meningkat daripada tiada yang mendapat keputusan cemerlang pada ujuan pra berbanding
dengan Ujian Pasca. Peningkatan sebanyak 19.23 % daripada 0% pada ujian pra. Ini
membuktikan penggunaan peta minda dapat membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi
akademik mereka.
Selain itu, berdasarkan kajian lepas oleh Kui Lik (2012), beliau berpendapat bahawa
dengan menggunakan peta minda merupakan salah satu kaedah berkesan untuk meningkatkan
minat dan motivasi pelajar untuk belajar. Hal ini kerana dengan wujudnya penggunaan peta
minda ini menunjukkan peningkatan kepada prestasi pelajar tersebut jika dilihat dari sudut
pencapaian pelajar. Malahan dengan menggunakan peta minda memberi motivasi kepada
pelajar kerana ianya memudahkan para pelajar dalam mengingat sesuatu fakta dan maklumat
penting dalam sesuatu bab pelajaran.
Kajian oleh Amiruniza (2012) mendapati maklumbalas murid tentang peta minda
menunjukkan 100% suka belajar menggunakan peta minda. Lebih daripada separuh muridmurid menyatakan mereka suka menggunakan peta minda kerana dapat melukis dan
mewarna. Sebab-sebab lain yang diberikan mereka ialah buku tidak nampak kosong serta
mudah meng ingati apa yang di belajar selain dapat menambah ilmu pengetahuan.
Kesimpulannya, berdasarkan kajian lepas dapat saya rumuskan bahawa dengan
menggunakan peta minda akan dapat membantu pelajar dalam lebih faham dan menguasai
sesuatu topic selain dapat meningkatkan prestasi akademik mereka dalam pelajaran. Oleh
yang demikian, penggunaan peta minda adalah bagus dalam membantu memotivasikan

9

pelajar agar terus berminat terhadap pelajaran yang mereka pelajari disekolah. Seterusnya
membantu meningkatkan prestasi akademik meraka.

2.5 Rumusan
Pada Bab 2 ini penyelidik telah membincangkan tentang kajian literatur berkaiatan dengan
tajuk kajian. Pada bab ini penyelidik memberi penekanan kepada perkara-perkara yang
berkaitan dengan pembelajaran koperatif berdasarkan kepada kajian penyelidik lepas. Selain
itu dalam bab ini juga memberi penegasan tetang keberkesanan penggunaan peta minda dan
pembelajaran koperatif berdasarkan kepada kajian-kajian lepas. Hal ini kerana dalam
memberi bukti tentang keberkasanaan teknik yang digunakan terhadap pelajar-pelajar
disekolah.

10

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan
Pada Bab 3 penyelidik akan membincangkan tentang reka bentuk kajian yang akan digunakan
mengikut model-model kajian tindakan, tatacara pemilihan populasi dan sample, prosedure
pengumpulan data, instrument kajian yang digunakan serta prosedure menganalisi data.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Dalam melaksanakan kajian ini penyelidik telah menggunakan kaedah kajian berbentuk
campuran iaitu menggunakan kaedah kajian kualitatif dan kuantitatif. Yang mana kajian
kualitatif digunakan bagi mencari kaedah yang paling berkesan dalam menyelesaikan
masalah kajian. Manakala, kajian kuantitatif digunakan dalam mementukan keberkesanaan
pendekatan yang digunakan serta tahap penerimaan pelajar terhadap pendekatan tersebut.
Dalam melaksanakan kajian ini saya telah menggunakan proses dan prosedur kajian
mengikut Model Somekh adalah seperti berikut:
Langkah 1: mengenalpasti isu dan masalah
Penyelidik akan mengenal pasti masalah dengan melihat kepada masalah yang timbul dalam
kalangan pelajar berkaitan dengan subjek yang diajar. Dengan cara guru melihat kepada
bilangan pelajar yang menjawab soalan bahagian Tamadun Islam pada Penilaian Tahap 1.
Didapati bahawa pelajar kurang menjawab pada bahagian tersebut dan mendapat skor yang
rendah pada bahagia tersebut.
11

Langkah 2: mengumpul data
Penyelidik menjalankan ujian pra kepada pelajar bagi mengetahui tahap penguasan mereka
terhadap subjek. Malahan guru juga mengedarkan borang kaji selidik bagi mengetahui faktorfaktor yang menjadi penyebab kepada pelajar kurang memahami dan menguasai bahagian
Tamadun Islam. Disamping itu, penyelidik juga membuat kajian literatur berdasarkan kepada
kajian-kajian penyelidikan yang lepas dalam langkah mencari kaedah yang sesuai untuk
menyelesiakan masalah yang dihadapi oleh pelajar di sekolah tersebut

Langkah 3: analisis data
Penyelidik membuat analisis data terhadap ujian pra yang dijalankan telah dijalankan dengan
menganalisi peratus pelajar yang mendapat skor 1-5, 6-10, dan 11-15.
Langkah 4: rancang tindakan
Berdasarkan kepada kajian literatur, guru merancang pengajaran dengan menggunakan
pendekatan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda. Dengan cara;
i.

Guru mengkelompokkan pelajar kepada 3 kumpulan yang mengandungi 5 orang

ii.
iii.

bagi setiap kumpulan.
Pelajar diberi tajuk yang berbeza
Pelajar diminta untuk membina peta minda berdasarkan tajuk yang diberikan oleh

iv.

guru dalam kumpulan
Pelajar akan membentangkan hasil kerja mereka dalam kumpulan

Langkah 5: laksana tindakan
Penyelidik akan melaksankan rancangan tindakan yang dirancang semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku.
Langkah 6: kumpul data dan sahkan perubahan
Penyelidik akan mengedarkan soalan ujian pasca dan borang soal selidik bagi mengesan
perubahan tahap pencapian pelajar serta keberkesanan pendekatan yang digunakan.
Langkah 7: analisis dan menilai
Penyelidik akan menganalisis data skor pelajar dan analisis tahap keberkesanan pendekatan
yang digunakan dengan cara mengira peratus yang diperolehi manakala bagi keberkesanan
12

dengan cara mengira min ya atau tidak berdasarkan dapatan kajian. Seterusnya penyelidik
akan menilai kedua-dua hasil kajian dalam melihat kesesuaian pendekatan tersebut untuk
diaplikasikan kepada pelajar lain. Tambahan bagi tahap penerimaan pelajar analisis dilakukan
dengan mengira min dan ya bagi jawapan yang diberikan oleh pelajar.
Langkah 8: putaran seterusnya
Penyelidik merancang langkah seterusnya dalam memperbaiki kelemahan yang berlaku
semasa kajian dijalankan.
3.2 PERLAKSANAAN PERANCANGAN TINDAKAN
Berdasarkan kepada tinjauan awal yang telah dilakukan, penyelidik membuat perancangan
kajian tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar terhadap bahagian
Tamadun Islam. Oleh yang demikian penyelidik telah merancang untuk mengadakan sesi
pengajaran yang menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai.

Guru mengajar

Pelajar membina peta minda
Pembelajaran
koperatif
berbantukan peta
minda

Pelajar membentangkan
tugasan

Penilaian guru

Rajah 2: Kerangka Konsep Kaji

13

3.3

PELAKSANAAN

PENGAJARAN

TAMADUN

ISLAM

MENGGUNAKAN

PENDEKATAN PEMBELAJARAN KOPERATIF BERBANTUKAN PETA MINDA
Dalam melaksanakan pengajaran menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif
berbantukan peta minda bagi bahagian Tamadun Islam dalam subjek Pendidikan Al-Quran
dan As-Sunnah, guru menjalankan pengajaran mengikut perancangan yang telah ditetapkan,
antara langkah yang digunakan guru dalam melaksanakan pengajaran adalah seperti dibawah;

Langkah 1
Guru mengemukakan tajuk pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar
Pemerintahan Zaman Khulafa’ Arrasyidin
i.
ii.
iii.

politik
ekonomi
pentadbiran

Langkah 2
Guru memperkenalkan secara umum bahan pengajaran dan idea-idea utama dalam topic yang
akan diajar. Guru mengemukakan pertanyaan kepada murid bagi meningkatkan kesedaran
murid. Pelajar disusun dalam kumpulan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh guru.
Langkah 3
Pelajar diminta membina peta minda dalam kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru
mengikut topik-topik yang diberikan oleh guru. Guru membimbing dan memantau aktiviti
pelajar membina peta minda.
Pemerintahan Zaman Khulafa’ Arrasyidin
i.
ii.
iii.

politik
ekonomi
pentadbiran

Langkah 4
Pembentangan peta minda yang dihasilkan oleh para pelajar secara berkumpulan dan guru
membuat penilaian terhadap pembentangan dan isi kandungan peta minda.
14

Dalam melaksanakan kajian ini terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh
penyelidik. Terutamanya berkaitan dengan kekangan masa yang dihadapi oleh penyelidik,
oleh kerana kajian dijalankan dalam tempoh hanya lebih kurang sebulan sahaja iaitu dari
awal April sehingga akhir Mei maka tarikh-tarikh ini banyak bertembung dengan peperiksaan
yang berlangsung disekolah. Tambahan lagi, terdapat segelintir pelajar tidak memberikan
sepenuhnya komitment terhadap tugasaan yang diberikan disebabkan oleh ketidak serasian
antara ahli kumpulan.
3.4 Kumpulan Sasaran
Kumplan sasaran bagi kajian ini secara populasinya adalah seramai 110 orang yang mana
mereka merupakan pelajar tingkatan 5 SMA Padang Tengku. Manakala sampel nya adalah
hanya 15 orang pelajar yang mendapat pelbagai skor dalam penilaian P1. Sample diambil
secara rawak berdasarkan kepada keputusan yang pelbagai yang diperolehi pelajar pada ujian
penilaian tahap 1 (PT1).
3.5 Pengumpulan Data
Dapatan kajian telah dikumpukan melalui dua cara iaitu soal selidik dan set ujian pra dan
pasca.
3.5.1 Prosedur Pengumpulan Data Melalui Soal Selidik
Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan beberapa cara. Pertama dalam
mendapatkan mengenai tahap penguasaan pelajar terhadap subjek penyelidik menggunakan
borang soal selidiki. Semasa mengedarkan soal selidik, responden kajian telah diterangkan
mengenai kajian yang dijalankan dan tujuan kajian dijalankan. Soalan-soalan soal selidik
difokuskkan pada aspek-aspek berikut;
i.
ii.

Faktor penyebab kepada kurang penguasaan bahagian Tamadun Islam
Penerimaan responden terhadap pendekatan yang digunakan dalam proses PdP

3.5.2 Prosedur Pengumpulan Data Melalui Ujian Pra Dan Pasca
Manakala, dalam menentukan keberkesanan pendekatan yang digunakan penyelidik telah
menggunakan set soalan ujian pra dan pasca. Selepas pendekatan pengajaran diubah set ujian
pasca telah diedarkan kepada pelajar dan meminta pelajar untuk menjawabnya dalam
menentukan keberkesanan ujian yang telah dijalankan.
3.6. Instrument Kajian
15

Dalam melaksanakan kajian ini penyelidik telah menggunakan 2 jenis instrument kajian iaitu:
i.

Soalan-soalan ujian – dua set soalan ujian akan diberikan kepada pelajar. Dua set
soalan tersebut adalah terdiri daripada set soalan pra dan pos ujian. Kedua-dua set
soalan adalah terdiri daripada soalan objektif dari salah satu bahagian tamadun
islam berkaitan dengan tajuk “Pemerintahan Zaman Khalifah Arrasyidin”. Keduadua set soalan ini adalah bertujuan untuk melihat pencapaian murid bagi ujian
tersebut. Kedua-dua ujian ini akan dibandigkan pencapaiannya dan menjadi

ii.

penanda aras kepada keberkesanan kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan.
Borang kaji selidik – Borang kaji selidik adalah berkaitan dengan tahap
penerimaan terhadap keberkesanaan kaedah pembelajaran kooperatif berbantukan
peta minda terhadap pelajar dan faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang
menguasai dan memahami bahagaian Tamadun Islam.

3.7 Prosedur Penganalisisan Data
Data yang telah dikumpulkan dianalisi secara kualitatif dan kuantitatif mudah. Semua data
yang diperolehi melalui soal selidik dan set ujian pra dan pasca dikumpulkan. Kesemua data
tersebut dianalisis secara manual. Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisi secara
kiraan mudah berdasarka kepada bilangan respoden yang menjawab mengikut skala
YA/TIDAK. Melalui analisis penyelidik dapat mengetahui faktor penyebab kepada kurang
menguasai bahagian Tamadun Islam serta tahap penerimaan pelajar terhadap pendekatan baru
yang digunakan. Manakala bagi data ujian pra dan pasca ianya dikira berdasarkan kepada
skor yang diperolehi oleh pelajar bagi mengetahui keberkesanan teknik yang digunakan
terhadap pelajar. Analisis data dilakukan seperti berikut:
Berikut adalah jadual prosedur penganalisisan data bagi kajian ini:
Jadual 2: Prosedur Analisis Data
Bil
Persoalan
1. Apakah faktor yang menyebabkan pelajar tidak

Instrument
Soal selidik

dapat menguasai bahagian Tamadun Islam?
2. Adakah kaedah yang digunakan dapat membantu
pelajar dalam menguasai dan memahami bab

Analisis
Peratus
YA/TIDAK

Ujian pra dan

Perbezaan

pasca

skor pelajar

Soal selidik

Min

tamadun islam serta meningkatkan pencapaian
pelajar?
3. Apakah tahap penerimaan pelajar tehadap kaedah
16

yang diguna pakai dapat membantu pelajar dalam

YA/TIDAK

menguasai bahagian Tamadun Islam?

3.8 Etika Kajian
Dalam mempastikan kajian ini tidak melanggar etika dalam kajian, beberapa etika kajian
perlu dipatuhi oleh penyelidik. Hal ini kerana bertujuan dalam memelihara kerahsiaan
responden dan menjaga nama baik para penyelidik agar tidak menjejaskan proses kajian
yang dijalankan.
Berikut merupaka etika-etika yang harus dipatuhi penyelidik;
i.

Penyelidik haruslah menerangkan tujuan kajian dijalankan kepada responden agar

ii.

responden faham akan tujuannya.
Penyelidik haruslah mendapat

iii.

menjalankan kajian keatas mereka.
Penyelidik bertanggungjawab dalam memelihara maklumat dan data yang

persetujuan

daripada

responden

sebelum

diperolehi daripada responden bertujuan menggelakkan daripada pembelotan
iv.
3.9

berlaku.
Penyelidik bertanggungjawab dalam merahsiakan identiti responden dan data
yang dipungut dari mereka.
Rumusan

Secara kesimpulannya Bab 3 ini menjelaskan reka bentuk kajian, model kajian tindakan
yang digunakan, prosedur pengumpulan data, prosedur penganalisisan data, instrument
pengumpulan data, kumpulan sasaran dan etika kajian. Dalam Bab 3 ini kesemua
metodologi kajian yang digunakan dijelaskan secara terperinci bertujuan memberi
penerangan yang jelas kepada pembaca kajian ini.

17

BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.0 Pendahulan
Pada Bab 4 ini penyelidik akan menerangkan tentang dapatan kajian yang diperolehi daripada
pengumpulan data sepanjang kajian ini dijalankan. Oleh yang demikian terdapat tiga rajah
yang berbeza yang menunjukkan kepada dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian
mengikut kepada persoalan kajian
4.2 Analisis Data Soal Selidik
Persoalan kajian 1; apakah faktor penyebab kepada pelajar kurang menguasai
bahagian Tamadun Islam
Analisis data faktor penyebab kepada pelajar kurang menguasai bahagian Tamadun Islam
diambil daripada borang kaji selidik yang telah diberi kepada pelajar. Analisis dibuat
berdasarkan daripada bilangan jawapan reponden yang menjawab YA/TIDAK.
Jadual 3: Faktor Kurang Menguasai Bahagian Tamadun Islam
Item
Adakah anda minat untuk bahagian Tamadun Islam

Ya
100%

Tidak
0%

Saya sering membaca bahagian Tamadun Islam

(n=15)
27%

(n=0)
73%

Adakah anda merasakan bahagian Tamadun Islam

(n=4)
33%

(n=11)
67%

adalah susuh
Adakah fakta-fakta dan peristiwa dalam Tamadun Islam

(n=5)
67%

(n=10)
33%

susah diingati
Cara guru mengajar dapat membantu dalam menguasai

(n=10)
67%

(n=5)
33%

bahagian Tamadun Islam
Urutan peristiwa yang banyak membuatkan saya kurang

(n=10)
67%

(n=5)
33%

menguasai bahagian Tamadun Islam

(n=10)

(n=5)

18

Jadual 3 menunjukkan faktor penyebab kepada kurang penguasan bahagian Tamadun
Islam oleh pelajar dalam subjek PQS. Jadual menunjukkan faktor tertinggi yang
menyebabkan kurang penguasan pelajar terhadap subjek adalah disebabkan pelajar kurang
membaca pada bahagian tersebut, jadual menunjukkan peratus yang kurang membaca
melebih peratus yang sering membaca pada bahagia tersebut dengan peratus sebanyak 73%
pelajar kurang membaca pada bahagian tersebut.
4.3 Analisis Data (Ujian Pra Dan Pasca)
Persoalan 2; Adakah kaedah yang digunakan dapat membantu pelajar dalam
menguasai dan memahami bab tamadun islam serta meningkatkan pencapaian
pelajar?
Analisis skor responden telah diambil daripada hasil ujian pra dan pasca. Kedua-dua ujian
adalah bertujuan dalam melihat perubahan skor responden berdasarkan kepada perubahan
strategi kaedah pengajaran guru dan pembelajaran responden. Ujian pra dijalankan hasil
daripada strategi pengajaran tradisional pendekatan guru bersyarah dan responden menjadi
pendengar. Manakala ujian pasca adalah hasil skor responden daripada strategi pembelajaran
aktif menggunakan pendekataan pembelajaran kooperatif berbantukan peta minda yang
dibina responden. Berikut merupakan skor ujian pra dan pasca responden;
Jadual 4: Keputusan Ujian Pra dan Pasca Responden
Skor
1-5
6-10
11-15

Ujian pra
Frekuensi
4
11
0

Ujian pasca
Frekuensi
0
4
11

%
27
73
0

%
0
27
73

Beza
Frenkuensi
-4
-7
+11

Jadual 4 menunjukkan skor ujian pra dan pasca yang diperolehi responden. Keputusan
ujian pra menunjukkan bahawa responden adalah berada diaras serdahana dengan bilangan
yang mendapat skor 6-10 adalah ramai hal ini kerana responden tidak melepasi target untuk
menjawab soalan objektif dengan betul sepuluh keatas. Akan tetapi pada ujian pasca bilangan
yang skor 10 dan keata telah meningkat iaitu telah bertambah seramai 11 orang responden
yang skor pada tahap cemerlang.

19

4.4 Analisi Data (Borang Kaji Selidik Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Teknik
Pengajaran)
Persoalan 3: Apakah Tahap Penerimaan Pelajar Tehadap Kaedah Yang Diguna Pakai
Dapat Membantu Pelajar Dalam Menguasai Bahagian Tamadun Islam?
Analisis penerimaan pelajar terhadap teknik pengajaran yang menggunakan pendekatan
pembelajaran koperatif berbantukan peta minda diselidik berdasarkan kepada borang selidik
yang telah diedarkan oleh guru kepada responden pada akhir sesi pengajaran
Jadual 5: Penerimaan Responden Terhadap Teknik Pengajaran

Saya

suka

belajar

Item
tamadun islam

secara

Ya
koperatif 1.857 ( n=13)

Tidak
0.285 ( n=2)

berbantukan peta minda
Peta minda dan pembelajaran koperatif menyusahkan saya 0.428 ( n=3)

1.748 (n=12)

mempelajari bahagian tamadun islam
Peta minda dan pembelajaran koperatif membuatkan saya

1.857( n=13)

0.285 ( n=2)

suka kepada bahagian tamaduan islam
Peta minda dan pembelajaran koperatif membantu saya 1.748 ( n=12)

0.428 ( n=3)

dalam memahami bahagian Tamadun Islam
Setiap pelajar hendaklah menggunakan peta minda dalam 1.428 (n=10)

0.714 (n=5)

bahagian tamadun islam bagi memudahkan mengingat fakta
Pembelajaran koperatif membolehkan saya lebih banyak 1.428 (n=10)

0.714 (n=5)

bertanya soalan kepada rakan sekumpulan
Pembelajaran
koperatif
mendidik

0.428 (n=3)

saya

untuk 1.748 (n=12)

bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan oleh
guru
MIN

10.42

4.57

Berdasarkan kepada jadual 5 boleh kita perhatikan sikap penerimaan pelajar terhadap
teknik pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Jika dilihat daripada hasil soal selidik secara
majoritinya responden dengan min 1.857 suka kepada teknik pengajaran yang baru iaitu
menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda. Tambahan pula
jika dilihat pada jadual min menunjukkan 1.428 berpendapat bahawa dengan menggunakan
peta minda membantu mereka dalam mengingat fakta pada bahagian Tamadun Islam.
4.5 Rumusan

20

Justeru pada Bab 4 ini penyelidik telah menyatakan hasil dapatan kajian dengan
menggunakan 3 bentuk analisis yang mudah iaitu melihat peratus pada bahagian faktor
penyebab kurang menguasai bahagian Tamadun Islam. Selain itu pada melihat keberkesanan
teknik pembelajaran menggunakan perbezaan bilangan skor pelajar. Dan terakhir
menggunakan min dalam menentukan tahap penerimaan responden terhadap teknik yang
diguankan.

BAB 5
21

PERBINCANGAN
5.0 Pendahuluan
Pada Bab 5 ini penyelidik akan membincangkan tentang perbincangan mengenai hasil
dapatan kajian. Setiap dapatan kajian yang dibincangan adalah berdasarkan kepada urutan
persoalan kajian. Pada setiap dapatan kajian akan disisipkan bersama sokongan dapatan
kajian lepas mengenai isu yan akan dibincangkan. Perbincangan dalam kajian ini adalah
berkaitan dengan faktor yang mendorong pelajar kepada kurangnya penguasaan terhadap
bahagian Tamadun Islam. Tambahan lagi, dalam kajian ini turut melihat kesan penggunaan
teknik ini keatas responden melalui ujian pra dan pasca. Kajian juga membincangkan tentang
tahap penerimaan responden terhadap penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif
berbantukan peta minda dalam kalangan responden.
5.1 Faktor Yang Mendorong Kepada Kuranganya Penguasaan Pelajar Terhadap
Bahagian Tamadun Islam
Jika dilihat kepada analisis dapatan kajian menunjukan bahawa antara faktor yang paling
besar yang mendorong kepada kurannya penguasan pelajar terhadap bahagian Tamadun Islam
adalah disebabkan oleh kurang membaca pada bahagian tersebut, dapatan menunjukkan
bahawa 11 orang daripada 15 orang pelajar kurang membaca pada bahagian Tamadun Islam.
Selain itu, antara faktor lain yang mendorong kepada kurangnya penguasan pelajar
terhadap bahagian Tamadun Islam adalah disebabkan oleh fakta yang banyak dan susah untuk
diingat oleh pelajar dengan dapatan kajian mendapati bahawa 67% (n=10) responden
berpendapat bersetuju dengan kenyataan itu. Dapatan ini disokong oleh Khairuddin (2011),
yang menyatakan bahawa masih ramai pelajar menghadapi kesukaran mengingati fakta
Sejarah dalam jangka masa yang panjang.
Tambahan pula, daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik pengajaran guru
juga boleh mempengaruhi dalam menguasai bahagian Tamadun Islam. Dapatan menunjukkan
bahawa 67% (n=10) bersetuju bahawa teknik pengajaran guru mempengaruhi penguasan
pelajar terhadap bahagian Tamadun Islam. Hal ini boleh dikaitkan teknik pengajaran guru
dalam mempengaruhi penguasan pelajar terhadap sesuatu subjek, ini selaras dengan kajian
lepas oleh Khairuddin (2001) yang menyatakan bahawa kesukaran pelajar untuk mengingati
dan memahami konsep fakta Sejarah ialah berpunca daripada teknik pengajaran mata
pelajaran Sejarah yang salah dalam kalangan pelajar.

22

Justeru itu, boleh penyelidik simpulkan disini bahawa antara faktor besar yang
mempengaruhi kurang membaca pada bahagian Tamadun Islam serta terdapat banyak fakta
yang perlu dikuasai oleh pelajar. Oleh hal yang demikian penyelidik menyarankan agar para
guru berusaha dalam mencari metode yang sesuai bagi membantu pelajar untuk menguasai
subjek yang mempunyai fakta yang banyak untuk diingati oleh pelajar.
5.3 Keberkesannan Teknik Yang Digunakan Dalam Membantu Pelajar Menguasai
Serta Meningkatkan Prestasi Pada Bahagian Tamadun Islam.
Dalam menentukan keberkesanan teknik yang digunakan, penyelidik telah menjalankan dua
set ujian pra dan pasca semasa sebelum dan selepas teknik dilaksanakan. Dapatan kajian
menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam frekuensi pencapaian pelajar dalam ujian pra
dan pasca. Peratus pencapian responden yang mendapat skor 11-15 adalah meningkat
daripada n=0 pada ujian pra manakala telah meningkat kepada n=11 pada ujian pasca.
Perbezaan yang signifikan adalah berikutan daripada perubahan pendekatan yan digunakan
oleh guru semasa sesi PdP. Guru telah menukar teknik pengajaran daripada teknik tradisional
kepada teknik pembelajaran koperatif berbabntukan peta minda. Manakala jika dilihat pada
ujian pra terdapat murid yang skor bawah daripada 5 buktinya dapatan menunjukan seramai
n=4 telah skor pada 1-5 ini menunjukkan bahawa teknik pengajaran tradisional kurang
membantu pelajar dalam menguasai bahagian Tamadun Islam. Hal yang demikian
menunjukkan bahawa dengan menggunakan teknik ini dapat membantu pelajar dalam
menguasai serta meningkatkan pencapaian mereka pada bahagian Tamadun Islam.
Dapatan ini disokong dengan dapatan kajian Leng Sim & Amir (2012), yang
menunjukkan peningkatan prestasi pada ujian pos dan pasca oleh kerana guru menggunakan
pendekatan peta minda dalam sesi pembelajaran. Disamping itu, menurut Adam (2012),
daripada dapatan kajian beliau mendapati bahawa dengan menggunakan pembelajaran
koperatif ramai pelajar kolej mendapat GPA yang tinggi. . Hal ini selaras dengan dapatan
kajian oleh Mohd Mahzan, Abdul Razaq & Mohd Muhaimi (2014).
Kesimpulannya disini pendekatan yang digunakan oleh penyelidik dapat membantu
pelajar dalam menguasai serta meningkatkan prestasi pada bahagian Tamadun Islam. Oleh
yang demikian para guru boleh mengaplikasikan teknik pembelajaran berpusatkan murid agar
dengan cara ini dapat membantu mereka mengingat fakta yang banyak seterusnya
menjadikan sesi pembelajaran satu sesi yang menarik dan seronok.
5.4 Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Pendekatan Koperatif Berbantukan Peta
Minda
23

Secara amnya, tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan pendekatan pembelajaran
koperatif berbantukan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahagian
Tamadun Islam bagi mata pelajaran PQS menunjukkan pada tahap sederhana positif dengan
min sebanyak 10.42. Pelajar dapat menerima pendekatan yang digunakan berdasarkan kepada
alasan memudahkan mereka mengingat fakta dan memudahkan mereka memahami serta
menguasai bahagian Tamadun Islam. Ini dapat dilihat dalam proses mereka menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Pelajar memberi kerjasama dan komitmen
dalam menyiapkan tugasan. Tambahan dengan menggunakan pendekatan ini dapat
mewujudkan suasana pembelajaran aktif. Hal ini adalah penting bagi tenaga pengajar oleh
kerana boleh membantu mereka dalam mencari kaedah yang sesuai dalam menarik minta
pelajar untuk mempelajari bahagian Tamadun Islam menggunakan pembelajaran koperatif
berbantukan peta minda.
Akan tetapi dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa pelajar tidak
dapat menggunakan pendekata ini dalam mengingat fakta dan menguasi tajuk. Ini adalah
selaras dengan dapatan kajian lepas oleh Mohd Mahzan, Abdul Razaq & Mohd Muhaimi
(2014) yang menunjukkan penerimaan sederhana positif pelajar terhadap penggunaan peta
minda dalam pembelajaran.
Kesimpulannya, pelajar boleh menerima pendektan yang digunakan oleh guru oleh
kerana pendekatan yang digunakan membawa impak positif kepada hasil pembelajaran
mereka. Oleh yang demikian, pendekatan ini sewajarnya diaplikasikan didalam kelas dalam
usaha melengkapkan dan mewujudkan suasana harmoni dalam bilik darjah agar pembelajaran
menjadi satu sesi yang menyeronokkan bukan membosankan.
5.5 Cadangan
Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati terdapat segelintir pelajar yang kurang
berminat dan bermotivasi dengan pendekatan yang digunakan. Oleh itu, terdapat pelbagai
cara lain yang boleh mendatangkan minat kepada pelajar guru boleh mempelbagaikan kaedah
peta minda dengan cara guru menyediakan peta minda kosong berkaitan tajuk dan pelajar
akan ditugaskan untuk memenuhkan ruangan kosong tersebut sebagai tugasan mereka.
Tambahan lagi guru boleh mempelbagaikan pendekatan pembelajaran koperatif dari
kumpulan 5 orang sekumpulan kepada berpasangan dalam menggalakkan mereka
bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan. Hal ini kerana ada dalam kalangan pelajar
akan menjadi sekadar penumpang jika ahli kumpulan yang dibina adalah ramai.

24

5.6 Rumusan
Rumusannya pada Bab 5 ini penyelidik memfokuskan kepada perbincangan berkaitan dengan
dapatan kajian seterusnya dibuktikan oleh kajian lepas. Terdapat 3 fokus yang dibincangkan
dalam Bab 5 ini, terutamanya berkaiatan dengan faktor, keberkesanan dan tahap penerimaan
pelajar terhadap pendekatan yang digunakan didalam PdP. Kesimpulan yang boleh dibuat
bagi kajian tindakan adalah pendekatan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda telah
terbukit dapat meningkatkan pencapaian serta membantu pelajar dalam mengingat serta
menguasi bahagian Tamadun Islam bagi pelajar tingkatan 5. Selain dapat meningkatkan
prestasi pelajar adalah didapati juga bahawa pelajar lebih berminat menggunakan pendekatan
ini berbanding dengan pendekatan tradisional yang menggunaka pendekataan berpusatkan
guru.

BIBLIOGRAFI
25

Anthony R. Adams (2013), Cooperative Learning Effects On The Classroom. Northen
Michigan University.
Amiruniza K. (2012), Penggunaan peta minda bagi meningkatkan minat belajar murid
terhadap pelajaran kajian tempatan. PISMK – OUM- Institut Perguruan Sarawak, Miri.
Buzan, B. dan Buzan (2003), T. The Mind Map Book.London: BBC Worldwide Limited.
Haslina Binti Mohd Sani (2012), Kesan Penggunaan Peta Minda Dalam Pembelajaran Mata
Pelajaran Sejarah, Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn
Malaysia.

Hendrix, J.C. (1999). Connecting cooperative learning and social studies. The Clearing
House. 57-63. Diakses dari http://ezpolson.nmu.edu:5749/ps/i.do?&id=GALE
%7CA55684628&v=2.1&u=lom_nmichu&it=r&p+ITOF&sw=w
Johnson, D., Johnson, R., dan Holubec, E. (1999). The New Circles of Learning:
Cooperation in the Classroom and School. Alexandria, VA: Association for
Supervision and Curriculum Development.
Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Smith, K. A. (1991). Active learning: Cooperation in the
college classroom. Edina, MN: Interaction.
Kamus Dewan (1998), Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Khairuddin Ahmad (2011). Keberkesanan Kaedah Peta Konsep terhadap Pencapaian, Sikap
dan Kemahiran Memahami Kronologi dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Tesis
Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lim Kui Lik (2012), Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Kefahaman Dan
Ingatan Murid Tahun 4 Dalam Subjek Sains. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL
Tahun 2012, ms.31-45
Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Mohd Muhaimi Abdil Rahman (2014),
Penggunaan Peta Minda Oleh Pelajar Pintar Cerdas Dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal
Pendidikan Malaysia 39(2) (2014):95-100.
Siegel, C. (2005). Implementing a research based model of cooperative learning. The Journal
of Educational Research. 98 (6).1-15.
Tee, T. K, Jailani Md Yunos, Baharom Mohamad, Widad Othman & Yee, M. H. (2009).
Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menerusi Peta Minda Bagi Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST
2009).
Tony Buzan (2007), terjemahan Panduan Kemahiran Belajar Buzan:Cara Mudah Mencapai
Kejayaan Dalam Pengajian Anda Dengan Teknik Peta Minda, Bacaan Laju Dan Penguasaan
Daya Ingatan. Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.
26

Trochim (1989). Concept Mapping Resource Guide. Retrieved from
http://www.socialresearchmethods.net/maping/maping.html

LAMPIRAN
UJIAN KAJIAN TINDAKAN
27

15

ARAHAN :Jawab semua soalan dibawah.
1. Apakah tujuan mempelajari tamadun islam
i.
Supaya dapat mengenal pasti sumbangan sesuatu bangsa
ii.
Dapat mengenal pasti peranan sesuatu bangsa
iii.
Mendedahkan kemajuan manusia dalam bidang pentadbiran
iv.
Mendedahkan cor