Ciri ciri Kepimpinan Kejuruteraan Dalam

Ciri-ciri Kepimpinan Kejuruteraan Dalam Kalangan
Pelajar Semester Akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Port Dickson
Nur Zakiah Hani Bte Kamarolzaman1, Muhammad Khairi Bin Aziz2
1

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson, KM 14 Jalan Pantai, 71050, Port Dickson,
Negeri Sembilan, nurzakiah.poli@1govuc.gov.my
2

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Kolej Komuniti Bukit Beruang, No.23, Jalan BBI 1, Taman Bukit
Beruang Indah, 75450 Melaka, abgkhairi@yahoo.com

__________________________________________________________________________________
Abstrak Kepimpinan Kejuruteraan merupakan suatu kemahiran yang diperlukan oleh setiap graduan bidang kejuruteraan
yang bakal menempuh alam kerjaya. Kemahiran kepimpinan kian menjadi sebuah komponen penting berbanding
kemahiran teknikal. Maka kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji tahap ciri-ciri kepimpinan kejuruteraan
dalam kalangan pelajar diploma kejuruteraan elektrik di Politeknik Port Dickson. Sampel kajian ini adalah seramai 155
orang pelajar semester akhir diploma kejuruteraan elektrik sesi Disember 2015, di Politeknik Port Dickson, Negeri
Sembilan. Kajian ini berbentuk tinjauan yang akan menggunakan borang soal selidik sebagai kaedah utama bagi
mengumpulkan data. Data yang diperolehi melalui borang soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk analisis

statistik deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Science version 17. Taburan skor min telah digunakan bagi
menentukan tahap ciri-ciri kepimpinan kejuruteraan dalam kalangan pelajar diploma semester akhir diploma kejuruteraan
elektrik. Hasil kajian mendapati tahap ciri-ciri kepimpinan kejuruteraan oleh pelajar semester akhir diploma kejuruteraan
elektrik adalah berada pada tahap yang tinggi. Di akhir kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak
Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Politeknik, pensyarah serta pelajar bagaimana mereka boleh
membantu meningkatkan kepimpinan kejuruteraan dalam kalangan pelajar politeknik. Cadangan kepada penyelidikan akan
datang juga ada dinyatakan.

Kata kunci Ciri-ciri kepimpinan, Kepimpinan kejuruteraan.
_____________________________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan masa kini semakin meluas dan
berkembang pesat merangkumi pelbagai bidang. Sebagai
sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia turut
memandang bidang pendidikan sebagai sangat kritikal dan
perlu dibangunkan seiring dengan pembangunan negara.
Sehubungan itu, pelbagai institusi pengajian tinggi awam
mahupun swasta telah dibangunkan bagi tujuan tersebut.
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan dengan

bantuan UNESCO telah memulakan langkah pertama di
dalam penubuhan politeknik dengan menubuhkan Politenik
Ungku Omar (PUO) di Perak pada tahun 1969. Ia
merupakan salah satu usaha pihak kerajaan di dalam
memperkasakan dan membekalkan tenaga kerja di dalam
bidang teknikal dan kejuruteraan. Sehingga kini, Politeknik
dilihat sebagai satu institusi yang berperanan besar
membekalkan pekerja separa mahir di dalam bidang
teknikal kepada agensi kerajaan mahupun swasta. Justeru
itu, pelbagai usaha yang mampan telah dijalankan bagi

memastikan kesemua Politeknik di Malaysia benar-benar
menjalankan fungsinya secara total. Usaha tersebut adalah
untuk memastikan pendidikan yang diberikan benar-benar
berkesan dan bermakna terhadap pembangunan ekonomi
serta sosial negara. Melihat kepada keperluan pendidikan
yang diperlukan oleh para graduan yang akan bekerjaya, di
dapati bahawa politeknik telah menyediakan secukupnya
ilmu serta pendidikan di dalam bidang kejuruteraan iaitu
bidang utama mereka. Selain daripada ilmu di dalam bidang

teknikal yang telah mereka pelajari, ilmu mengenai
kepimpinan di dalam bidang kejuruteraan turut perlu diberi
perhatian. Bagi menyokong matlamat serta visi dan misi
Politeknik, kini ia telah menyediakan silibus yang lengkap
bagi merangkumi kemahiran kepimpinan di dalam sistem
pembelajarannya.
Bagi kesemua program diploma di bawah Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, elemen kemahiran sememangnya
telah dititik beratkan. Ia juga telah dimasukkan di dalam
Hasil Pembelajaran Program bagi kesemua program.
Dengan ini, dapat dilihat bahawa di sepanjang pengajian

seseorang pelajar di dalam program Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Komunikasi), mereka juga telah diberikan ilmu
kemahiran kepimpinan. Di mana sebanyak 11 kursus
(28.21%) yang telah dijalani bermula semester 1 hingga
semester akhir (semester 6), mereka telah diterapkan
dengan kemahiran kepimpinan.
Di samping itu, bagi memperkukuhkan kemahiran
kepimpinan serta kemahiran-kemahiran lain yang telah

dipelajari, politeknik telah menetapkan syarat kepada
pelajar-pelajarnya untuk menjalani Latihan Industri di
mana-mana industri berkenaan. Manakala, bagi pelajar
yang telah bergraduat pula kemahiran kepimpinan ini juga
merupakan salah satu kemahiran yang sangat penting bagi
memastikan kejayaan mereka sebagai seorang pembantu
teknik, penolong jurutera, penolong pegawai, juruteknik,
pembantu jurutera mahupun pembantu pengaturcara.
Kemahiran kepimpinan ini mungkin juga boleh diperolehi
daripada pengalaman serta kursus-kursus insentif yang
disediakan oleh pihak majikan selain daripada ilmu yang
diterapkan semasa pengajian di politeknik. Walau
bagaimanapun, kemahiran ini perlu dikaji tahap amalannya
bagi memastikan ia dipraktikan seiring dengan kemahiran
teknikal yang ada.

kepimpinan telah dilaksanakan di Politeknik (Jabatan
Pengajian Politeknik, 2015). Walaubagaimanapun, melalui
proses pemantauan pelajar latihan industri, terdapat
beberapa ulasan yang kurang memberangsangkan terhadap

kemahiran kepimpinan para pelajar. Ini kerana, para pelajar
dilihat kurang mengamalkan kemahiran kepimpinan yang
telah diperolehi di sepanjang pengajian mereka di politeknik
(Mohamad Siri, 2014).
Para pelajar juga didapati kurang proaktif (motivasi)
dan kurang memberikan komitmen yang tinggi semasa
menjalani latihan (Mohamad Siri, 2014). Sebahagian para
pelajar politeknik yang menjalani latihan industri juga
didapati mempunyai masalah kelewatan hadir serta
ketidakhadiran ke tempat latihan (Aznul Rafizul, 2013; Raja
Noorzihan, 2014; Tham, 2014). Akan tetapi, masih juga
terdapat para ketua organisasi yang telah memberikan
pujian terhadap kebolehan para pelajar yang dilihat sangat
berpotensi di dalam kemahiran teknikal mahupun
kemahiran kepimpinan. Maka dengan ini, penyelidikan ini
perlu dilaksanakan menguji tahap ciri-ciri kepimpinan
kejuruteraan yang telah diterapkan sejak semester 1. Namun
sehingga kini, masih belum ada kajian telah dijalankan bagi
menguji tahap ciri-ciri tersebut.


2.0 PERNYATAAN MASALAH

3.0 KAJIAN LITERATUR

Kepimpinan kejuruteraan merupakan suatu kaedah
yang sangat berguna bagi semua pekerja di dalam bidang
kejuruteraan terutamanya bagi pengurus peringkat
pertengahan. Ini adalah kerana tanggungjawabnya terhadap
pengurus peringkat atasan serta pengurus operasi (Salmani
& Bagheri, 2010). Menurut Maturo (2007) menerusi
kajiannya terhadap pekerja senior dan pengurus di empat
buah syarikat akauntasi, didapati bahawa kemahiran
teknikal hanya dikategorikan sebagai sederhana penting,
manakala kemahiran memimpin dan kemahiran komunikasi
adalah lebih penting berbanding kemahiran teknikal.
Sebagaimana yang diketahui umum, pereka ataupun
pembangun produk baru serta penambahbaikan proses
memerlukan segala-galanya iaitu bukan hanya kemahiran
teknikal sahaja. Namun, sehingga kini kemahiran
memimpin amat jarang dititik beratkan di dalam program

pendidikan kejuruteraan mahupun teknologi kejuruteraan
(Summers. M.,Davis, B. and Tomovic, C., 2004).
Menyedari hakikat bahawa setiap graduan bidang
kejuruteraan memerlukan kemahiran memimpin selain
daripada kemahiran teknikal untuk berjaya di dalam kerjaya
mereka, ilmu mengenai kemahiran memimpin perlu
diberikan kepada mereka semasa menjalani pengajian di
institusi masing-masing.
Seiring dengan kehendak industri yang sebegini,
politeknik telah melakukan penambahbaikan di dalam
silibus pengajian mereka. Di mana, atribut kemahiran
kepimpinan (LD9) telah ditambah dalam kurikulumnya
sejak tahun 2011 (Jabatan Pengajian Politeknik, 2015). Di
samping itu juga, pelbagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dapat yang dapat meningkatkan ciri-ciri

Kepimpinan merupakan sebuah proses yang sangat
kompleks. Ia sangat penting bagi seseorang pemimpin
untuk memastikan ia dapat menerajui ahli bawahnnya
mencapai matlamat yang telah disasarkan. Northouse

(2004) di dalam Quennel (2008) telah menyatakan bahawa
kepimpinan merupakan sebuah proses mempengaruhi satu
mahupun lebih individu di dalam mencapai matlamat,
menginspirasi, menyusun mahupun memandu usahanya
untuk mencapai matlamat. Perubahan pesat yang berlaku di
alam pekerjaan telah menyebabkan meningkatnya kehendak
industri terhadap graduan kejuruteraan dan teknikal yang
mempunyai lebih daripada akademik sebagai persediaan
menempuhi alam pekerjaan yang serba mencabar. Terdapat
beberapa kajian yang telah menunjukkan isu kesediaan
graduan di dalam menempuh alam kerjaya serta mengenai
kebolehpasaran siswazah di Malaysia oleh Robert (2008)
dan Muhammad Hazrul Ismail (2012). Kesemua mereka
mendapati bahawa walaupun kebanyakkan graduan
merasakan mereka telah benar-benar bersedia di dalam
aspek teknikal bagi sesuatu kerjaya, kebiasaannya mereka
sebenarnya tidak bersedia untuk bekerja di dalam ketetapan
di tempat kerja.
3.1 KEPIMPINAN KEJURUTERAAN
Sejarah kepimpinan kejuruteraan adalah berpandukan

untuk Cyrus, The Great, Raja Parsi, yang menggabungkan
ciri-ciri pengurusan dengan dexterities ketenteraan untuk
memimpin kerajaan besar Parsi. Tiga isu utama yang
disebutkan oleh Cyrus adalah Penetapan matlamat, Strategi
keputusan dan penentuan kesesuaian cara untuk mencapai

dan juga membuat keputusan yang sesuai. Menurut Richard
(2010) dan (Brown, 2005), profesyen kejuruteraan kini telah
menyampaikan suatu mesej bahawa kompetensi secara
tenikal adalah tidak lagi releven bagi kejayaan pada masa
akan datang, komunikasi, pengurusan projek serta
kemahiran kepimpinan telah menjadi sesuatu yang lebih
penting. Pada masa kini penekanan kepada pelbagai prinsip
diperhatikan di mana komponen utama yang berkesan
pemimpin kejuruteraan adalah keupayaan untuk memberi
motivasi dan melengkapkan kakitangan dengan mampu
berkomunikasi dengan jelas, mengurus dan mengatur
konflik, membangunkan kreativiti dan tugas teknikal.
Menurut Shaw (2003), kepimpinan kejuruteraan
merupakan suatu proses membayangkan, merekabentuk,

membangun dan menyokong produk baharu dan
perkhidmatan bagi menepati keperluan bajet dan jadual
mengikut tahap risiko yang boleh diterima untuk
menyokong objektif strategi sesebuah organisasi. Beliau
juga menambah lagi bahawa kepimpinan kejuruteraan juga
adalah suatu proses merancang masa hadapan,
merekabentuk, membangun dan menyokong produk baru
serta memberikan perkhidmatan bagi sebarang permintaan
mengikut peruntukan dan jadual beserta tahap risiko yang
boleh diterima.
Manakala Iain (2009), pula menyatakan bahawa
seorang pemimpin kejuruteraan adalah merupakan
seseorang yang boleh mencipta suatu perubahan yang
signifikan terhadap para pengikutnya serta organisasinya.
Sementara itu Hartmann & Jahren (2015) menyatakan
bahawa kepimpinan kejuruteraan telah dipersoalkan bahawa
ianya sama sahaja dengan kepimpinan secara umumnya,
walau bagaimanapun terdapat juga pandangan yang
menolak kenyataan tersebut dengan menyatakan bahawa
kepimpinan kejuruteraan adalah merangkumi elemen rekaan

kejuruteraan. Manakala menurut Crumpton-Young et.al
(2010) dan Shaw (2003) kepimpinan kejuruteraan
merupakan sebuah keupayaan untuk memimpin sebuah
kumpulan jurutera dan personel kejuruteraan yang
bertanggungjawab terhadap mencetus, merekabentuk,
membangun, menggunapakai serta menilai produk, sistem
ataupun servis mengikut permintaan di dalam perbelanjaan
dan menguruskan tahap risiko bagi menyokong objektif
organisasi. Di samping itu juga, kepimpinan kejuruteraan
juga didefinisikan sebagai sebuah perubahan di dalam
kepimpinan teknikal iaitu meliputi, konsep inovatif,
merekabentuk dan menggunapakai pelbagai produk baru,
proses, projek, bahan, molekul, ataupun sistem yang mana
ia telah disokong oleh sebuah penciptaan pelbagai
teknologi, bagi memenuhi kehendak pelanggan dan
masyarakat (Bernard, 2011).
Walaupun kepentingan
kemahiran kepimpinan telah pun dikenalpasti, ia masih lagi
belum menjadi sebahagian daripada kurikulum pelajar
kejuruteraan.

3.2 CIRI-CIRI KEPIMPINAN KEJURUTERAAN
Sehingga kini terdapat banyak kajian telah
dilaksanakan berkaitan ciri-ciri seorang transformational di
antaranya adalah kajian oleh Hall, J.,Johnson, S., Wysocki,
A. & Kepner, K., (2002); Simic (1998); Iain (2009);
Salmani, D., & Bagheri, O. (2010).
Kepimpinan
transformasi merupakan sebahagian daripada paradigma
“the New Leadership” dan amat menitikberatkan nilai,
etika, tahap serta matlamat jangkamasa panjang (Amin
Akhavan Tabassi & Mahyuddin Ramli et. al, 2014). Di
samping itu, Bass and Avolio (1990), Bass and Riggio
(2006) dan Sylvie, Clara & Monique (2012) menyatakan
bahawa seorang pemimpin transformational adalah seorang
eksekutif yang mempromosikan dan memotivasikan para
pengikutnya dengan menjangkakan dan berkomunikasi
secara menarik mengenai visi, matlamat utama dan nilai di
samping mempamerkan contoh perilaku yang diperlukan.
Maka dengan ini, kepimpinan transformational sangat
bersesuaian dengan keperluan tugas seorang jututera di
dalam pelbagai bidang kejuruteraan. Berdasarkan kajian
yang telah dijalankan oleh Pankaj & Pathak (2015),
mendapati bahawa terdapat perkaitan yang kuat di antara
motivasi berinspirasi dengan kreativiti para jurutera di
sebuah sektor automobil di India. Dengan ini, kajian ini
akan menggunakan ciri-ciri kepimpinan transformasional
bagi mengenalpasti ciri-ciri kepimpinan di dalam bidang
kejuruteraan.
Di antara ciri seseorang pemimpin
transformational adalah seorang yang boleh dipercayai,
pentadbir, setia dan dihormati oleh pengikutnya (Barbuto,
2005). Walau bagaimanapun, Hall, Wysocki &Kepner
(2002) berdasarkan kajiannya telah menyenaraikan empat
ciri-ciri utama seorang pemimpin transformasional iaitu
mempunyai pengaruh idealistik, motivasi berinspirasi,
pencetus intelektual serta pertimbangan individual.
Keempat-empat ciri berkenaan turut disokong oleh kajian
yang telah dijalankan oleh Judge & Piccolo (2004) di dalam
Flanigan, R. L. (2012).

4.0 OBJEKTIF
Oleh itu, satu kajian dijalankan berdasarkan objektif
kajian di bawah:








Mengenalpasti tahap ciri pengaruh idealistik dalam
kalangan pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan
elektrik.
Mengenalpasti tahap ciri motivasi inspirasi dalam
kalangan pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan
elektrik.
Mengenalpasti tahap ciri pencetus intelektual dalam
kalangan pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan
elektrik.
Mengenalpasti tahap ciri pertimbangan individu dalam
kalangan pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan
elektrik.

5.0 METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif iaitu bagi
mengetahui tahap ciri pengaruh idealistik, motivasi
berinspirasi, pencetus intelektual dan pertimbangan individu
dalam kalangan pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan
elektrik. Secara khususnya kajian ini adalah berbentuk
tinjauan di mana setiap maklumat diperolehi daripada
borang kaji selidik yang diedarkan kepada responden.
Responden dalam kajian ini terdiri daripada 155 orang
pelajar semester akhir Jabatan Kejeurteraan Elektrik,
Politeknik Port Dicskon (sesi Disember 2015). Sesi
penerangan berkenaan borang soal selidik telah diberikan
bagi memastikan responden benar-benar faham dengan
item-item yang dinyatakan. Jadual 1 menunjukkan secara
ringkas kaedah analisis yang digunakan bagi memenuhi
objektif kajian.
Bah
A

B

C

D

Jadual 1. Kaedah Analisis Data
Perkara
Persoalan Kajian 1
Apakah tahap ciri pengaruh idealistik dalam
kalangan pelajar semester akhir jabatan
kejuruteraan elektrik?
Persoalan Kajian 2
Apakah tahap ciri motivasi inspirasi dalam
kalangan pelajar semester akhir jabatan
kejuruteraan elektrik?
Persoalan Kajian 3
Apakah tahap ciri pencetus intelektual
dalam kalangan pelajar semester akhir
jabatan kejuruteraan elektrik?
Persoalan Kajian 4
Apakah tahap ciri pertimbangan individu
dalam kalangan pelajar semester akhir
jabatan kejuruteraan elektrik?

Kaedah Analisis
Skor min

Skor min

Skor min

Skor min

Soal selidik telah dibina dengan menggunakan
skala likert bagi mengukur aras persetujuan responden
terhadap item yang dikemukakan.
Kajian ini juga
melibatkan skor min dan peratusan bagi menunjukkan
kecenderungan responden ketika menjawab soal selidik
yang diedarkan. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan
menggunakan Statistical Packages for Social Sciences
(SPSS) versi 17.0. Jawapan responden akan diukur dengan
menggunakan skala yang merujuk Skala Likert Lima Point
dengan skor 1, 2, 3, 4 dan 5 dari Sangat Tidak Setuju, Tidak
Setuju, Kurang Setuju, Setuju dan Sangat Setuju. Analisis
dilakukan berdasarkan kepada jadual skor min (Jadual 2).
Jadual 2. Tahap Kecenderungan
Skor Min
Tahap kecenderungan
1.00 – 2.40
Rendah
2.41 – 3.80
Sederhana
3.81 – 5.00
Tinggi
(Adaptasi daripada Landell, 1997 dalam Noor Suriani, 2000)

6.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Hasil dapatan kajian telah dianalisa bagi mengetahui
tahap ciri pengaruh idealistik, motivasi berinspirasi,

pencetus intelektual serta pertimbangan individual dalam
kalangan pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan
Elektrik, Politeknik Port Dickson.
6.1 CIRI KEPIMPINAN KEJURUTERAAN :
PENGARUH IDEALISTIK
Pembolehubah pertama di dalam menentukan ciri-ciri
kepimpinan kejuruteraan oleh pelajar adalah pengaruh
idealistik. Bagi mengukur ciri pengaruh idealistik ini,
pengkaji telah membariskan sebanyak lima item, iaitu item
1B, 2B, 3B, 4B dan 5B. Hasil analisa skor min mendapati
bahawa hanya satu item yang berada pada tahap tinggi iaitu
item 4B „Saya bertanggungjawab untuk mempengaruhi /
menasihati rakan untuk menjadi lebih baik‟. Manakala
empat lagi item hanya mencatatkan tahap sederhana. Di
samping itu, Item 4B juga telah menduduki hiraki pertama
dimana ia telah mencatatkan nilai skor min tertinggi iaitu
3.9097. Item 3B iaitu „Saya menjadi rujukan rakan-rakan di
dalam menyelesaikan masalah rakan-rakan‟ pula
mencatatkan skor min terendah iaitu 3.2387 (Jadual 3). Ini
bermakna ciri pengaruh idealistik dalam kalangan reponden
adalah berada pada tahap yang sederhana. Ini dapat dilihat
apabila hanya satu item daripada lima item mencatatkan
hasil analisa skor min tahap tinggi.
Jadual 3. Skor Min Dan Tahap Ciri Kepimpinan Kejuruteraan : Pengaruh
Idealistik
Pernyataan
Skor
Tahap
Item
Min
Saya pernah menjadi wakil/ketua
3.2774
Sederhana
1B
kelas
Saya berupaya mempengaruhi
3.5226
Sederhana
2B
kebanyakkan rakan-rakan di dalam
membuat apa jua keputusan
Saya menjadi rujukan rakan-rakan di
3.2387
Sederhana
3B
dalam menyelesaikan masalah rakanrakan.
Saya bertanggungjawab untuk
3.9097
Tinggi
4B
mempengaruhi / menasihati rakan
untuk menjadi lebih baik.
Kebanyakkan rakan akan memilih
3.3806
Sederhana
5B
untuk mengikut keputusan yang telah
saya buat.

6.2 CIRI KEPIMPINAN KEJURUTERAAN :
MOTIVASI BERINSPIRASI
Pembolehubah kedua bagi mengukur ciri-ciri
kepimpinan kejuruteraan oleh pelajar adalah motivasi
berinspirasi. Bagi mengukur secara holistik pembolehubah
Motivasi Berinspirasi ini, pengkaji telah menyenaraikan 8
item yang dapat menguji sepenuhnya responden. Secara
keseluruhannya, pembolehubah motivasi berinspirasi telah
mencatatkan analisis tahap tinggi bagi setiap itemnya.
Hanya terdapat satu item iaitu item 7B sahaja yang
mempunyai tahap sederhana iaitu mencatatkan skor min
sebanyak 2.8194. Item ini secara automatiknya menduduki
hiraki terakhir. Jadual 4 menyatakan sepenuhnya skor min

dan tahap item-item ciri-ciri
pembolehubah motivasi berinspirasi.

kepimpinan

bagi

Jadual 4. Skor Min Dan Tahap Ciri Kepimpinan Kejuruteraan : Motivasi
Berinspirasi
Item
6B
7B
8B

9B

10B

11B
12B

13B

Pernyataan
Saya mempunyai motivasi dalam diri
yang tinggi
Saya jarang memerlukan motivasi
daripada luar (rakan/keluarga)
Saya sentiasa bersemangat untuk
mendengar & memahami segala ilmu
yang dicurahkan oleh pensyarah
sepanjang sesi kuliah dijalankan
Saya sentiasa bersemangat untuk
melaksanakan kesemua tugasan yang
diberikan oleh pensyarah
Saya sentiasa bersemangat untuk
melaksanakan kesemua ujikaji yang
diberikan
Saya tidak pernah ditahan daripada
menduduki peperiksaan akhir
Saya tidak pernah menerima surat
peringatan ketidakhardiran ke kuliah
sepanjang pengajian semester ini.
Saya tidak pernah datang lewat ke
kuliah/amali

Hasil analisis mendapati bahawa sebanyak enam item
berada pada tahap tinggi iaitu item 14B, 15B, 16B, 18B,
21B dan 22B. Manakala bagi item 17B, 19B dan 20B
berada pada tahap sederhana. Di dapati bahawa item 21B
iaitu „Kehidupan seharian saya di kampus Politeknik
banyak memikirkan cara bagaimana untuk meningkatkan
PNM/HPNM‟ berada pada hiraki pertama dengan skor min
sebanyak 4.5032. Item 20B iaitu „Saya lebih suka
memikirkan perkara-perkara intelektual berbanding
hiburan‟ berada pada hiraki terakhir iaitu kesembilan. Item
20B mencatatkan skor min sebanyak 3.3419. Di samping
itu, item 22B iaitu „Saya gemar menubuhkan kumpulan
belajar untuk berbincang dan melaksanakan tugasan
bersama‟ mencatatkan skor min pada tahap tinggi iaitu
3.8129.

Skor
Min
3.8065

Tahap

2.8194

Sederhana

4.5290

Tinggi

4.2323

Tinggi

4.2839

Tinggi

5.0000

Tinggi

Item

Pernyataan

4.4452

Tinggi

14B

3.8065

Tinggi

Saya kerap memberikan idea/pendapat
di dalam kelas
Saya kerap menjawab pertanyaan
pensyarah di dalam kelas
Saya kerap bertanya di dalam kelas
Saya kerap memberikan idea /
pendapat kepada rakan-rakan di dalam
menyelesaikan pelbagai masalah
Di dalam kumpulan amali, saya sering
bertindak sebagai seorang yang selalu
memberikan idea untuk
menyelesaikan
Di dalam kumpulan projek, saya
banyak memberikan idea di dalam
menjayakannya
Saya lebih suka memikirkan perkaraperkara intelektual berbanding
hiburan.
Kehidupan seharian saya di kampus
Politeknik banyak memikirkan cara
bagaimana untuk meningkatkan
PNM/HPNM
Saya gemar menubuhkan kumpulan
belajar untuk berbincang dan
melaksanakan tugasan bersama

Tinggi

Jadual 5. Skor Min Dan Tahap Ciri Kepimpinan Kejuruteraan : Pencetus
Intelektual

15B

Manakala item 11B pula mencatatkan hiraki teratas di
mana ia mencatatkan skor min 5.00. Item ini menyatakan
bahawa „Saya tidak pernah ditahan daripada menduduki
peperiksaan akhir‟.
Item 8B yang menguji bahawa
responden sentiasa bersemangat untuk mendengar &
memahami segala ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah
sepanjang sesi kuliah dijalankan turut mencatatkan skor min
pada tahap yang tinggi iaitu 4.5290. Hasil analisis
mendapati bahawa item 8B menduduki hiraki kedua. Di
samping itu, item 6B dan 13B menduduki hiraki yang sama
iaitu keenam, masing-masing mencatatkan skor min
sebanyak 3.8065. Item 6B menyatakan bahawa „Saya
mempunyai motivasi dalam diri yang tinggi‟ manakala item
13B pula menyatakan bahawa „Saya tidak pernah datang
lewat ke kuliah/amali‟.
Maka, didapati bahawa secara keseluruhannya ciri-ciri
kepimpinan kejuruteraan yang kedua iaitu motivasi
berinspirasi bagi responden adalah pada tahap yang tinggi.
Di mana para pelajar didapati sentiasa bersemangat dan
bermotivasi di dalam pelajaran mereka. Mereka juga
berjaya menggalas tanggungjawab mereka dengan baik di
dalam melaksanakan kesemua tugasan yang telah diberikan
oleh pensyarah di dalam masa yang telah ditetapkan.

6.3 CIRI KEPIMPINAN KEJURUTERAAN :
PENCETUS INTELEKTUAL
Hasil analisis pembolehubah ketiga di dalam mengukur
ciri-ciri kepimpinan ialah pencetus intelektual. Sebanyak
sembilan item telah disenaraikan oleh pengkaji di dalam
menguji pembolehubah pencetus intelektual (Jadual 5).

16B
17B

18B

19B

20B

21B

22B

Skor
Min
3.8581

Tahap

4.1419

Tinggi

4.0968
3.7161

Tinggi
Sederhana

4.0516

Tinggi

3.4774

Sederhana

3.3419

Sederhana

4.5032

Tinggi

3.8129

Tinggi

Tinggi

Justeru di dapati bahawa, para responden mempunyai
tahap yang tinggi bagi ciri kepimpinan yang ketiga ini. Para
responden di dapati berjaya menjadi seorang pelajar yang
mampu mencetuskan inspirasi kepada rakan-rakan yang
lain. Mereka juga di dapati gemar belajar di dalam
kumpulan. Ini mungkin kerana keperluan tugasan yang
diberikan, di mana sesetengah tugasan perlu disiapkan
secara berkumpulan. Dengan ini, seorang pemimpin
kejuruteraan perlu bijak menggunakan kebolehan diri untuk
mengetuai kumpulan perbincangan tersebut.
6.4 CIRI KEPIMPINAN KEJURUTERAAN :
PERTIMBANGAN INDIVIDUAL
Pembolehubah
terakhir bagi menguji ciri-ciri
kepimpinan kejuruteraan dalam kalangan pelajar adalah

pertimbangan individual. Sebanyak sembilan item telah
dihasilkan
bagi
menguji
responden
mengenai
pembolehubah pertimbangan individual ini. Hasil analisis
Skor Min dan Tahap adalah sepertimana dinyatakan di
dalam Jadual 6.
Jadual 6.Skor Min dan Tahap Ciri-ciri Kepimpinan Kejuruteraan bagi
Pembolehubah Pertimbangan Individual
Item

Pernyataan

23B

Saya tidak pernah bergaduh dengan rakanrakan dan selalu beralah.
Saya merasa lebih selesa untuk berdiam
diri apabila dimarahi oleh rakan-rakan.
Saya berupaya untuk membuat keputusan
yang betul tanpa dipengaruhi oleh manamana pihak.
Saya berupaya untuk memilih untuk
membuat kebaikan berbanding mengikut
hati.
Kebanyakkan keputusan yang saya buat
adalah berdasarkan pemikiran yang
matang dan positif.
Sekiranya ada rakan yang memohon
pertolongan saya di kala saya juga sedang
menghadapi masalah yang besar, saya
akan memilih untuk membantu rakan saya
untuk menyelesaikan masalahnya terlebih
dahulu.
Emosi saya tidak mudah terganggu dengan
pengaruh luar.
Saya tidak mudah menggelabah / panik
ketika menghadapi sesuatu masalah yang
besar.
Dikala menghadapi mengahadapi masalah
yang yang besar, saya masih boleh
menjalani kehidupan seperti biasa

24B
25B

26B

27B

28B

29B
30B

31B

Skor
Min
3.5806

Tahap
Sederhana

3.6774

Sederhana

3.8000

Tinggi

3.9548

Tinggi

3.8129

Tinggi

3.9097

Tinggi

3.6839

Sederhana

3.8581

Tinggi

4.1484

Tinggi

Hasil analisis ini mendapati bahawa item 31B yang
menyatakan bahawa „Dikala menghadapi mengahadapi
masalah yang yang besar, saya masih boleh menjalani
kehidupan seperti biasa‟ telah menduduki hiraki teratas
dengan skor min sebanyak 4.1484 dan sisihan piawah
sebanyak 0.70980. Manakala item yang menduduki hiraki
terendah adalah 23B iaitu „Saya tidak pernah bergaduh
dengan rakan-rakan dan selalu beralah‟, di mana Skor
Minnya hanyalah 3.5806 dan berada pada tahap sederhana.
Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya sebanyak
6 item di dalam bahagian ini iaitu 25B (Saya berupaya
untuk membuat keputusan yang betul tanpa dipengaruhi
oleh mana-mana pihak), 26B (Saya berupaya untuk memilih
untuk membuat kebaikan berbanding mengikut hati.), 27B
(Kebanyakkan keputusan yang saya buat adalah
berdasarkan pemikiran yang matang dan positif.), 28B
(Sekiranya ada rakan yang memohon pertolongan saya di
kala saya juga sedang menghadapi masalah yang besar, saya
akan memilih untuk membantu rakan saya untuk
menyelesaikan masalahnya terlebih dahulu), 30B (Saya
tidak mudah menggelabah / panik ketika menghadapi
sesuatu masalah yang besar) dan 31B (Dikala menghadapi
mengahadapi masalah yang yang besar, saya masih boleh

menjalani kehidupan seperti biasa) berada pada tahap yang
tinggi dan hanya 3 item sahaja berada pada tahap sederhana.
Dengan ini, didapati bahawa ciri kepimpinan
kejuruteraan yang terakhir iaitu pertimbangan individual
adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu para responden
di dapati dapat mengawal perasaan dan emosi tatkala
berhadapan dengan pelbagai masalah mahupun konflik.
Mereka juga didapati sangat matang di dalam berhadapan
dengan masalah yang mendatang.

7.0 PERBINCANGAN
Berdasarkan kepada dapatan kajian yang telah
diperolehi, secara keseluruhannya para pelajar diploma
semester akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik di Politeknik
Port Dickson mempunyai ciri-ciri kepimpinan di dalam
kejuruteraan. Ini dapat dibuktikan dengan sebanyak 20 item
penilaian telah mencatatkan tahap yang tinggi meliputi
item-item ciri motivasi berinspirasi, ciri pencetus intelektual
dan juga ciri pertimbangan individu, berbanding hanya 11
item mencatat tahap yang sederhana. Ini menunjukkan
bahawa sebanyak 64.5% item bahagian ciri-ciri kepimpinan
kejuruteraan mencatatkan tahap tinggi berdasarkan skor min
yang diperolehi. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa
para pelajar semester akhir diploma Jabatan Kejuruteraan
Elektrik (JKE) di Politeknik Port Dickson mempunyai ciriciri pengaruh idealistik, bermotivasi yang berinspirasi,
pencetus intelektual serta mempunyai pertimbangan
individual di mana kesemua ciri-ciri tersebut mencerminkan
ciri kepimpinan kejuruteraan yang ada di dalam diri mereka.
Kepemimpinan menurut Nik Rashid (1993) akan
melibatkan penggunaan pengaruh, komunikasi, dan
matlamat. Kepemimpinan adalah satu percubaan untuk
pengaruh-mempengaruhi antara peribadi, yang diarahkan
melalui proses komunikasi, menuju pencapaian satu
matlamat atau beberapa matlamat.
Kepimpinan juga
ditakrifkan sebagai aktiviti mempengaruhi individu supaya
berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif sesuatu
kumpulan (Jaafar, 1996). Takrif ini menyamai pendapat
Abdullah & Ainon (1998) bahawa kepemimpinan
merupakan suatu tingkahlaku yang bertujuan untuk
mempengaruhi orang lain supaya mereka sanggup dan
secara senang hati melakukan apa yang dikehendaki oleh
orang yang memimpin. Maka dengan ini keupayaan
mempengaruhi adalah sesuatu yang penting di dalam
kepimpinan. Suatu ciri yang dinamai Pengaruh Idealistik
merupakan salah satu ciri kepimpinan yang perlu ada di
dalam diri seseorang pemipin kejuruteraan khasnya dan
seorang pemimpin amnya.
Berdasarkan kepada dapatan yang telah diperolehi,
mendapati bahawa para pelajar semester akhir JKE secara
keseluruhannya mempunyai keupayaan di dalam memimpin
rakan-rakan sebaya mereka di dalam kelas. Di mana
mereka kadangkala dilantik dan dipilih untuk mewakilil
rakan-rakan di dalam semua urusan perjalanan kuliah. Di
samping itu, mereka juga dilihat dapat mempengaruhi

kebanyakkan rakan-rakan di dalam membuat sebarang
keputusan. Ini mungkin berlaku di dalam hal urusan
penentuan masa dan tempat kuliah gantian akan dijalankan
serta penghantaran kerja-kerja kursus yang perlu dilakukan.
Mereka juga turut menjadi rujukan kepada rakan-rakan
di dalam menyelesaikan masalah. Ini mungkin berlaku
kerana mereka dilihat berkebolehan untuk memberi
pandangan serta nasihat yang baik di dalam menyelesaikan
masalah rakan mereka dan apa yang sangat membanggakan
adalah, mereka juga didapati dapat memberikan pengaruh
kepada rakan-rakan untuk mengikut keputusan yang telah
dibuat. Di samping itu juga, para pelajar semester akhir
JKE juga mempunyai sifat tanggungjawab di dalam
menasihati serta mempengaruhi rakan-rakan mereka untuk
menjadi lebih baik.
Selain daripada itu, para responden dilihat mempunyai
pengaruh yang idealistik, mereka juga di dapati mempunyai
motivasi yang berinsprasi. Mereka jelas dilihat sebagai
individu yang sangat bermotivasi di dalam menjalani
aktiviti harian di Politeknik Port Dickson. Mereka juga
didapati sentiasa bersemangat untuk mendengar &
memahami segala ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah
disepanjang sesi kuliah. Kajian turut mendapati bahawa
para pelajar ada mempamerkan motivasi dan semangat
semasa melakukan aktiviti di dalam kelas.Semasa sesi amali
pula, mereka juga didapati sentiasa bersemangat dan
bermotivasi untuk melaksanakan segala ujikaji yang telah
diberikan.
Di samping itu juga, mereka didapati sangat cemerlang
dari aspek kehadiran ke kelas, di mana mereka tidak pernah
ditahan daripada menduduki peperiksaan akhir. Pihak
Politeknik telah menggariskan bahwa mana-mana pelajar
yang mencatatkan jumlah kehadiran kurang daripada 80%
akan ditahan daripada menduduki peperiksaan akhir.
Mereka juga didapati jarang sekali menerima surat
peringatan ketidakhadiran ke kuliah sepanjang sesi
pengajian serta mereka juga jarang sekali datang lewat ke
kuliah. Didapati juga mereka merupakan pelajar yang cukup
bermotivasi serta bersemangat di dalam kelas apabila
mereka kerap menjawab pertanyaan pensyarah, kerap
bertanya serta mereka kerap memberikan idea ataupun
pendapat di dalam kelas.
Melalui analisis yang telah dijalankan di dalam bahagian
ini juga mendapati bahawa para pelajar semester akhir
jabatan kejuruteraan elektrik juga mempunyai ciri Pencetus
Intelektual di mana mereka dilihat kerap menjawab
pertanyaan pensyarah serta kerap mengajukan soalan ketika
di dalam kelas.
Ini membuktikan bahawa mereka
mempunyai daya fokus yang tinggi semasa sesi kuliah
dijalankan dan mereka juga merupakan pelajar yang serius
di dalam pembelajaran mereka.
Sementara itu, mereka juga didapati sering bertindak
sebagai seseorang yang selalu memberikan idea untuk
menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul ketika
sesi amali dijalankan. Mereka juga di dapati dapat
bekerjasama dengan baik di dalam kumpulan serta dapat
menyelesaikan amali yang telah diberikan. Ia sangat

bertepatan dengan penyataan Wormley (2005) di dalam
Richard (2010):
“As corporations depend increasingly on developing
new products, processess and services to be competitive,
students’ ability to work in and lead groups of people
with various backgrounds and cultures....will be a key to
success” (ms.121)
Sementara itu, mereka juga didapati mempunyai ciri-ciri
pertimbangan individual yang sangat baik. Ini terbukti
dengan majoriti item yang dinyatakan di dalam soal jawab
mencatatkan tahap tinggi untuk hampir kesemua item.
Melalui soal jawab yang telah diberikan, didapati bahawa
para pelajar semester akhir jabatan kejuruteraan elektrik
berupaya untuk membuat keputusan yang betul tanpa
dipengaruhi oleh mana-mana pihak, mereka juga berupaya
membuat keputusan dengan akal yang waras berbanding
menurut kata hati semata-mata.
Bertepatan dengan Teori trait Gordon Allport (Zainal &
Sharani, 2005) di dalam bukunya yang bertajuk Panduan
mengurus Remaja Moden, sifat-sifat yang menunjukkan
personaliti matang adalah seperti bersifat terbuka dan
memahami masalah orang lain, mempunyai matlamat yang
cekal dan bersifat celik akal. Di samping itu juga, para
pelajar dikatakan matang apabila mereka boleh mengasihi
orang lain seperti mengasihi diri sendiri serta boleh
berhubung mesra dan menghormati orang lain. Mereka
yang matang juga bersifat yakin pada diri dan juga bersedia
mengatasi masalah diri.
Berdasarkan kepada dapatan ini, ia membuktikan
bahawa para pelajar semester akhir JKE, PPD adalah
bersifat matang.
Mereka didapati mempunyai sifat
pertimbangan yang baik di dalam diri. Ini memberi
gambaran bahawa apabila mereka bekerja nanti, mereka
akan menjadi seorang juruteknik yang bijak mengawal
emosi, suka bertolak ansur, berupaya membuat keputusan
yang betul, matang dalam memutuskan sebarang keputusan,
rajin membantu serta dapat berfikir secara waras walaupun
sedang berhadapan pelbagai masalah. Kesemua sifat ini
sangat diperlukan di dalam diri seseorang juruteknik yang
sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah serta cabaran
di dalam bidang teknikal. Keputusan yang betul dan tepat
perlu dibuat di dalam pelbagai situasi dan keadaan tanpa
mengira emosi mereka dikala itu.
Dengan itu,
sememangnya sangat perlu mereka mempunyai sifat
pertimbangan individual yang baik.
8.0 KESIMPULAN
Kepimpinan merupakan suatu yang penting di dalam
sesuatu organisasi di dalam menentukan pencapaian tujuan
yang telah ditetapkan. Kepimpinan merupakan titik sentral
dan penentu kebijakan dari kegiatan yang akan
dilaksanakan di dalam organisasi. Menurut Robbins (2002)
di dalam Flanigan (2012)., kepimpinan adalah kemampuan
untuk mempengaruhi suatu kelompok untuk mencapai
tujuan. Manakala kepimpinan kejuruteraan menurut Shaw

(2003), kepimpinan kejuruteraan merupakan suatu proses
membayangkan,
merekabentuk,
membangun
dan
menyokong produk baharu dan perkhidmatan bagi menepati
keperluan bajet dan jadual mengikut tahap risiko yang boleh
diterima untuk menyokong objektif strategi sesebuah
organisasi.
Kepimpinan kejuruteraan sangat diperlukan bagi
seorang pemimpin di dalam bidang kejuruteraan
sehinggakan bagi memastikan sesorang itu kekal kompetatif
di dalam ekonomi global masa kini di Amerika, industri
memerlukan individu yang berani mengambil risiko,
melakukan perubahan yang besar, pemikir yang global,
mempunyai komunikasi yang baik serta banyak lagi kualiti
penting yang lain untuk terus berdaya saing (Farr, Walesh
Forsythe, 1997; Farr & Brazil, 2009).
Menyedari
kepentingan ini,bagi memastikan graduan yang dihasilkan
oleh institusi pendidikan di negara kita selari dengan
keinginan dan keperluan industri, Kementerian Pendidikan
telah mewujudkan pelbagai institusi teknikal yang turut
menitikberatkan ilmu kepimpinan. Sebagaimana yang telah
dilaksanakan di Politeknik di seluruh Malaysia,
kurikulumnya turut memberikan ilmu kepimpinan kepada
kesemua pelajarnya.
Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk menguji tahap
ciri-ciri kepimpinan kejuruteraan para pelajar semester
akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Port
Dickson. Maka hasil daripada kajian yang telah dijalankan,
mendapati bahawa secara keseluruhannya tahap ciri-ciri
serta amalan kepimpinan kejuruteraan dikalangan pelajar
semester akhir JKE PPD adalah pada tahap yang tinggi.
Mereka didapati mempunyai ciri-ciri pengaruh idealistik,
motivasi
berinspirasi,
pencetus
intelektual
serta
pertimbangan individual.

9.0 RUJUKAN
Abdullah Hassan & Ainon Muhamad (1998). Komunikasi untuk
pemimpin. Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd.
Amin Akhavan Tabassi, Mahyuddin Ramli, Abu Hassan Abu
Bakar & Abd. Hamid Kadir Pakir (2014). Transformational
leadership and teamwork improvement:the case of
construction firms. The Journal of Management
Development: 1034-1019. Dicapai pada 27 April 2016
daripada
talian:http://search.proquest.com.newdc.oum.edu.my/educati
on/docview/1651323726/fulltextPDF/76EBA9EC387C4AF2
PQ/1?accountid=48462
Aznul Rafizul (2013). Jadual dan Laporan Penyeliaan Pelajar
Latihan Industri Sesi Disember 2013. Politeknik Port
Dickson.

Barbuto (2005). Motivation and transactional, charismatic, and
transformational leadership: a test of antecedents. Journal of
Leadership and Organizational Studies, 11(4), 26-40.
Bass, B. & Avolio, B. (1990). Transformational Leadership
Development: Manual for The Multifactor Leadership
Questionnaire. Consulting Psychologists Press, Palo Alto,
CA.
Bass, B. M., & Riggio, R. E. (2006). Transformational leadership
(2nd. ed.). Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates
Bernard, M. G. (2011) .MIT Engineering Leadership Program
Capabilities of Effective Engineering Leaders Version 3.6.
Dicapai. pada 1 September 2015 daripada
http://gelp.mit.edu/sites/default/files/documents/leadershipca
pabilities.pdf
Brown, J. (2005). Special Report: Wanted: Civil Engineers. Civ.
Eng., 10.1061/ciegag.0000028, 46-49.
Crumpton,Y. L., et.al (2010). Engineering Leadership
Development Programs a Look at What Is Needed and What
Is Being Done. Journal of STEM Education:Innovations and
Research, 11(3), 10-21.
Farr, J. V., Walesh, S. G. & Forsythe, G. B. (1997). Leadership
development for engineering managers, Journal of
Management in Engineering 13(14), 38–41.
Farr & Brazil (2009). Leadership skills development for engineers.
Engineering Management Journal. 21(1), 3-8.
Flanigan, R. L. (2012). An Examination of the effect of
transformational and transactional leadership styles on
branch level Success of Industrial Distribution Companies.
Utah State University, ProQuest Dissertations Publishing,
2012. Dicapai pada 20 April 2016 daripada
http://search.proquest.com.newdc.oum.edu.my/docview/101
5628731/fulltextPDF/7629B93FB6214DF3PQ/3?accountid=
48462.
Hall, J.,Johnson, S., Wysocki, A. & Kepner, K. (2002).
Transformational Leardership: The transformation of
manager and associates. Dicapai pada 2 Feb 2015 daripada
http://edis.ifas.ufl.edu/pdffiles/HR/HR02000.pdf
Hartmann & Jahren (2015). Leadership: Industry Needs for EntryLevel Engineering Positions. . Journal of STEM Education :
Innovations and Research 16.3. Dicapai pada 16 April 2016
daripada
http://search.proquest.com.newdc.oum.edu.my/education/do
cview/1728610843/fulltextPDF/75472C9E2A32449CPQ/2?
accountid=48462
.Iain (2009). Transformational Leadership : Characteristics and
criticisms,School of Geography , Flinders University .
Dicapai pada 4 April 2016 daripada
http://www.leadingtoday.org/weleadinlearning/transformatio
nalleadership.htm

Jaafar Muhamad (1996). Kelakuan organisasi. Kuala Lumpur:
Leed Publication
Jabatan Pengajian Politeknik (2015). Manual Pembangunan
Kurikulum Program Pengajian Politeknik. Dicapai pada 20
Mac 2016 daripada http://cidos.edu.my:8081/.
.Maturo, D. (2007). Being a technician is not enough: Develop
leadership and communication skills. Pennsylvania CPA
Journal, 77(4), 1-2.
Mohamad Siri (2014). Jadual dan Laporan Penyeliaan Pelajar
Latihan Industri Sesi Jun 2014. Politeknik Port Dickson.
Muhammad Hazrul Ismail (2012). Kajian Mengenai
Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia: Tinjauan dari
Perspektif Majikan. PROSIDING PERKEM VII, JILID 2
(2012) 906 - 913 ISSN: 2231-962X. Dicapai pada 15
November 2015 daripada
http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012
_3E1.pdf
Nik Rashid Ismail (1993). Kepemimpinan : ulasan teori dan
kajiannya di Malaysia. Dlm Psikologi Melayu, diselenggara
oleh Abdul Halim Othman. Kuala Lumpur : Dewan
.
Pankaj, S. & Pathak, S. C.(2015). Impact of transformational
Leadership of Engineers Working in Automobile Sector in
India on their own Creativity.International Journal of
Enterprise and Innovation Management Studies (IJEIMS)
Vol. 1 No. 3. Dicapai pada 27 April 2016 daripada
http://www.ijcns.com/pdf/61-67.pdf
Quennel.B (2008). Leadership behavior of undergraduates in the
College of Agricultural and Life Sciences (CALS) at the
University of Florida. University of Florida, ProQuest
Dissertations Publishing, 2008. 3440908. Dicapai pada 5
Februari 2016 daripada
http://search.proquest.com.newdc.oum.edu.my/education/do
cview/849726170/fulltextPDF/EC335E7C11040C6PQ/2?acc
ountid=48462
Raja Noorzihan.(2014). Jadual dan Laporan Penyeliaan Pelajar
Latihan Industri Sesi Disember 2014. Politeknik Port
Dickson.
Richard (2010). Engineering Leadership Education-The search for
definition and curicular Approach. Journal of STEM
Education : Innovations and Research 11.3/4 (2010): 61-69.
Robert L.(2008). Engineering graduate preparedness for the
workplace: Employer assessments of outcome based
education. University of Nevada, Reno, ProQuest
Dissertations Publishing, 2008. 3339098. Dicapai pada
3Mac 2016 daripada
http://search.proquest.com.newdc.oum.edu.my/pqdtglobal/d
ocview/275863051/fulltextPDF/49E1EE3B8E0D4A31PQ/9?
accountid=48462
Salmani, D., & Bagheri, O. (2010). Engineering leadership.
Academic Leadership Journal, 8(1), 187-194. Dicapai pada
20 Mac 2016 daripada

http://contentcat.fhsu.edu/cdm/compoundobject/collection/p
15732coll4/id/835
Shaw (2003). A review of leadership theory and competency
frameworks. Dicapai pada 1 Mac 2015. daripada
http://businessschool.exeter.ac.uk/documents/discussion_papers/cls/mgmt_
standards.pdf
Simic, I.(1998). Transformational Leadership-the key to succesful
management of transformational organizational changes.
Facta Universitas, 1(6), pp. 49-55.
Summers. M.,Davis, B. and Tomovic, C. (2004). When
engineering and technology skills are not enough:
Engineering leaders out of their element’. Dicapai pada 5
april 2016 daripada
https://www.researchgate.net/profile/Michele_Summers/publ
ication/237291540_WHEN_ENGINEERING_AND_TECH
NOLOGY_SKILLS_ARE_NOT_ENOUGH_ENGINEERIN
G_LEADERS_OUT_OF_THEIR_ELEMENT/links/00b495
2d5e511ec0ca000000.pdf
Sylvie, V. H, Clara,M. & Monique, J. (2012). Transformational
leadership, work engagement, and occupational success.
Career Development International 17 (2012): 663-682.
Dicapai pada 20 April 2016 daripada
http://search.proquest.com.newdc.oum.edu.my/education/do
cview/1191981499/fulltextPDF/76EBA9EC387C4AF2PQ/1
5?accountid=48462
Tham, Y. C. (2014). Jadual dan Laporan Penyeliaan Pelajar
Latihan Industri Sesi Disember 2014. Politeknik Port
Dickson.
Zainal & Sharani (2005) . Panduan Mengurus Remaja Moden.
PTS Professional